Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


PAS Permatang Pauh beri kata dua pada PKR

Posted: 19 Apr 2015 04:30 AM PDT



PAS Kawasan Permatang Pauh hari ini bertegas menuntut PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud jika mahukan sokongannya pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen kawasan itu.
  
Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan memberikan kata dua itu bagi tempoh hingga hari penamaan calon, 25 April ini, sambil menuntut PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu.
  
"Jika bersetuju (dengan syarat yang diberikan) maka kami PAS Kawasan Permatang Pauh akan meneruskan kerjasama PAS-PKR dalam pilihan raya kecil ini.
  
"Pendirian ini adalah keputusan yang dibuat dan disepakati dalam mesyuarat agung PAS kawasan kali ke-38 hari ini.
  
"Jika mereka masih berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan itu kita tengoklah macam mana nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
  
Pada Mac lepas, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata hukum hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui Pakatan Rakyat (PR), yang dianggotai PAS, DAP dan PKR.

Beliau berkata dasar bersama yang dipersetujui PR adalah berkaitan ekonomi, pendidikan dan keselamatan malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menyatakan pendirian sama pada 2010.
  
Pada 18 Mac lepas, Abdul Hadi, yang juga anggota Parlimen Marang mengemukakan notis kepada Dewan Rakyat bagi membentangkan rang undang-undang itu.
  
Mengenai pendirian PAS kawasan itu jika PKR mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK itu, Omar berkata masih terlalu awal untuk memperkatakan berhubung perkara itu.
  
Ditanya tentang kenyataannya berhubung 'kejutan' PAS Permatang Pauh sekiranya PKR dan DAP menyinggung dasar perjuangan yang didukung oleh parti, Omar berkata: "Kalau saya beritahu sekarang sudah tidak menjadi kejutan lah".
  
Beliau berkata pada masa sama pihaknya juga tidak berhasrat untuk membelakangkan keputusan PAS pusat dalam membuat sebarang pertimbangan.

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


KEPALSUAN BULAN REJAB

Posted: 19 Apr 2015 02:57 PM PDT

BULAN REJAB: KEMULIAAN DICEMARI KEPALSUAN
Oleh:
Dr.Arieff Salleh bin Rosman,
Felo Fatwa
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada 'al-Ashur
al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram,
Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan-bulan haram merupakan
bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam
surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud,
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum)
Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan)
dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan
bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati).
Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul
lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu
dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan
melanggar laranganNya)...." Abu Bakrah melaporkan,
Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya masa
itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan
bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya
ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga
bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan
Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan
Jamadilakhir dan Sya'ban." (Hadis sahih direkodkan
oleh Imam Bukhari dan Muslim).
Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab
ialah agung (Lata'if al-ma'arif, hlm. 117). Oleh sebab
itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia.
Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya
peristiwa Isra' dan Mikraj yang menurut majoriti ulama'
ia berlaku pada 27 Rejab.
Namun isu yang timbul ialah kemuliaan bulan Rejab
sebagai salah satu bulan haram telah dicemari dengan
pengagungan yang bersumberkan kepada laporan/hadis
palsu yang direka-reka yang diistilahkan dalam ilmu
hadis sebagai hadis maudhuk.
Mengagungkan bulan Rejab bukanlah satu persoalan
yang baru. Ia telah pun wujud pada zaman Jahiliyyah;
sebelum kedatangan Islam. Masyarakat Arab Jahiliyah
begitu mengagungkan bulan Rejab sehingga mereka
menjadikannya sebagai perayaan. Antara amalan
popular yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam di
Malaysia apabila datangnya bulan Rejab ialah mereka
berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan puasa
sunat Rejab dan menghidupkan malam dengan
sembahyang sunat Rejab.
Umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya;
kini dan dahulu, telah disajikan dengan pelbagai janji
manis jika melakukan sesuatu amalan khusus di bulan
Rejab. Satu kebenaran yang perlu dijelaskan kepada
umat Islam ialah tiada amalan khusus dalam bulan
Rejab yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW dari
hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab,
puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah
sebahagian kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah
(daif) dan kebanyakkannya adalah hadis palsu
(maudhuk).
Isu mencemarkan bulan Rejab dengan janji-janji
daripada sumber yang palsu ini sudahpun wujud sekian
lama. Antara ulama terdahulu yang membongkar usaha
golongan pemalsu hadis yang membuat pembohongan
terhadap Nabi Muhammad saw berkaitan kelebihan
bulan Rejab dan amalan khusus padanya, antaranya
ialah Imam ahli hadis Abu al-Khattab 'Umar bin Hasan
ibn Dihyah (w. 633H) yang mengarang buku yang
bertajuk 'Ada' ma wajab min bayan wad' al-wadda'in fi
Rajab (Melaksanakan apa yang wajib dengan
menerangkan pemalsuan yang dilakukan oleh
pembohong berkaitan Rejab)' dan Imam Ibnu Hajar
al-'Asqalani (w. 852H) yang mengarang risalah yang
bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab
(Menjelaskan perkara yang pelik berkaitan dengan apa
yang disampaikan tentang kelebihan Rejab)'.
'Ata; seorang ulama tabi'in menjelaskan, Nabi
Muhammad saw melarang daripada berpuasa penuh
sebulan bulan Rejab agar ia tidak dijadikan sebagai
perayaan sebagaimana yang dilakukan oleh orang Arab
Jahiliyyah (Ibnu Rajab, Lata'if al-ma'arif, hlm. 11). Ibnu
Hajar al-'Asqalani menjelaskan, "Larangan daripada
berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab adalah
berkaitan dengan individu yang melakukannya kerana
terpengaruh dengan amalan orang Arab jahiliyyah yang
begitu mengagungkan bulan Rejab.
Tetapi jika seseorang itu berpuasa sunat sama seperti
bulan lain tanpa menganggap puasa bulan Rejab adalah
lebih utama daripada bulan lain, tidak mengkhususkan
puasa hari tertentu bulan Rejab bagi mendapat ganjaran
tertentu, maka amalan itu tidak menjadi kesalahan.
Begitu juga dengan individu yang menghidupkan malam
bulan Rejab dengan beribadah sebagaimana dia
beribadah pada malam bulan lain. Tetapi jika seseorang
beribadah sunat hanya pada bulan Rejab sahaja dengan
anggapan ia khusus untuk bulan Rejab, maka ia adalah
amalan yang dilarang." (Tabyin al-'ajab, hlm. 49).
Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan tujuan beliau
mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma
warada fi fadhl Rajab' : "Telah berulang-ulang soalan
yang dikemukakan tentang kelebihan bulan Rejab,
tentang berpuasa dan solat sunat padanya. Serta untuk
menjelaskan yang mana hadis yang sahih dan yang
palsu." Kesimpulan daripada analisa yang dilakukan
oleh Imam Ibnu Hajar ialah, "Langsung tidak terdapat
hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang
kelebihan bulan Rejab, puasa sunat khusus Rejab, juga
solat sunat qiyamullail khusus Rejab...namun begitu
terdapat sebahagian ulama yang membenarkan
menerima hadis yang menjelaskan tentang kelebihan
bulan Rejab walaupun hadis itu daif, tetapi tidak boleh
diterima jika ia hadis mauduk."
Antara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus
padanya yang bersumberkan laporan/hadis palsu ialah:
i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya
Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari
Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang
pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai
seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn
al-Mubarak al-Saqati.
ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan
bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan ini palsu
kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel
oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu
Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam
rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang
tidak dikenali seperti al-Kassa'i.
iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti
kelebihan Quran atas segala zikir. Laporan ini palsu
kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel
oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu
al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah
menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa
yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu
neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka
baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah
bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh
keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya,
orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa
sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di
padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini
palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang
dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong
iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang
menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari
di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh
Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin
al-Sa'ib.
v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama
bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang
sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap
rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu
membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu
pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh
seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis
sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin
Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka
menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang
sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan
tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang
bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut
ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash.
Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai
sembahyang sunat Ragha'ib.
vii. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah
daripada api neraka. Laporan ini palsu kerana ia direka
oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama
hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi
'Iyash.
HARAM MENYEBAR HADIS PALSU
Al-Mughirah bin Syu'bah melaporkan, Nabi Muhammad
saw bersabda, "Sesungguhnya pembohongan yang
dilakukan ke atasku adalah tidak sama dengan
pembohongan yang dilakukan ke atas orang lain.
Sesiapa yang membuat pembohongan terhadapku
dengan sengaja, maka bersedialah dia dengan tempat
duduknya di dalam api neraka." (Hadis sahih direkod
oleh Imam al-Bukhari).
Syeikh Abu Asma' Ibrahim bin Ismail Ali 'Asr
menjelaskan dalam pendahuluannya kepada suntingan
karya Imam Ibn Hajar al-'Asqalani yang bertajuk 'Tabyin
al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab', ramai dalam
kalangan pendakwah, penceramah, guru agama, khatib
yang tidak sensitif terhadap hadis maudhuk, sehingga
mereka menyampaikannya kepada masyarakat tanpa
berusaha mengenalpasti status sesuatu hadis. Perkara
merbahaya ini boleh menceburkan mereka dan anggota
masyarakat yang menyebarkan hadis palsu dalam
ancaman Nabi, "Sesiapa yang berdusta terhadapku,
maka bersedialah tempatnya di dalam api neraka".
Walaupun mereka tidak berniat untuk melakukan
pendustaan terhadap Rasulullah, tetapi dengan tindakan
mereka menyebarkan hadis palsu sedangkan mereka
sudah dijelaskan kepalsuan hadis itu, mereka telah
terjebak dalam melakukan pendustaan terhadap
Rasulullah saw.
Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw
bersabda, "Cukuplah seseorang itu sudah dianggap
berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang
didengar tanpa disiasat terlebih dahulu." (Hadis sahih
direkod oleh Imam Muslim).
Umat Islam tidak perlu disajikan dengan pahala dan
fadhilat untuk melakukan amalan khusus hanya di bulan
Rejab sahaja, sedangkan ia bersumberkan laporan/hadis
palsu yang merupakan pembohongan terhadap Nabi
Muhammad saw. Adalah amat baik kita dapat melazimi
diri dengan melaksanakan amal ibadah secara
berterusan yang bersumberkan dalil yang benar
daripada al-Quran dan hadis sahih; tentang kelebihan
menghidupkan malam dengan solat sunat seperti
tahajud dan witir, puasa sunat isnin khamis, puasa
sunat hari ke 13, 14, dan 15 setiap bulan, puasa sunat
selang sehari seperti cara puasa Nabi Daud.
Marilah sama-sama kita memelihara kemuliaan bulan
haram seperti bulan Rejab ini daripada dicemari dengan
hadis palsu.
Wallahu a'lam.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Adakah Tun Mahathir pun dispin Mkini dan TMI?

Posted: 19 Apr 2015 08:30 PM PDT


Laporan Malaysian Insider cuba manipulasi jawapan Tun berhubung komen Zaid Ibrahim bahawa Tun harus kerjasama dengan Tengku Razaleigh dan Anwar untuk jatuhkan Najib.

Jawapan I dont know Tun tidak digemari oleh penyokong UMNO dan ramai anggap Tun M membantu pembangkang hingga ditimbulkan Tun M supaya ganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang oleh orang PKR dan bekas PKR dalam UMNO. 


Namun Tun M jelaskan semalam bahawa dia tidak sertai pembangkang. Ketika keadaan bergelora ramai pihak jadi batu api dan sedia mahu lihat UMNO berpecah. 


Adakah Tun M juga menyebut sebagaimana laporan Mkini di atas?

58% setuju Sirul dihukum ... Mat Lebai Sudin cabut ke Tokyo!!!!.

Posted: 19 Apr 2015 05:30 PM PDT


Setakat ini banci pandangan tentang patut atau tidak Sirul dihukum kerana bunuh didahului oleh patut dengan 58%. Tak patut 25% dan lain2 tu balance.

Banci diteruskan hingga Rabu tengahhari. Nyatakan di atas. Nak bincang isu Sirul sila komen di posting sebelum ini. Suni isu Kedah saja ...

Semalam KeKL melaporkan:

Sidang media Adun-Adun dan Ketua Bahagian UMNO negeri Kedah bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon.

Mereka membuat keputusan bersama untuk menyokong penuh beberapa ketetapan.

Pertama, Adun dan Ketua Bahagian BN/UMNO Kedah menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Kedua, mereka juga menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan Menteri Besar Kedah yang telah diberi kepercayaan oleh Presiden parti dan amanah oleh rakyat.

Ketiga, mereka juga menghormati pendirian Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, malah meminta Tun Dr Mahathir memberi masa kepada PM dalam perkara yang berbangkit sebelum ini. Malah mereka menyokong saranan YAB PM, mahukan 1MDB disiasat oleh Jabatan Audit Negara dan hasilnya diserahkan pada PAC.

Dalam sidang media tersebut Adun-adun dan Ketua Bahagian bersetuju agar Dato Seri Hj Mukhriz TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG KENYATAAN kerana mereka memahami situasi beliau dalam perkara ini.

Sepenuh di KeKL SINI

Suatu tindakan bijak Pengerusi UMNO Kedah, sayap2 dan UMNO Kedah. Nampaknya jelas UMNO Kedah menolak pengacau terutama kaki sabo parti dan batu ronson.



Sementara itu, satu gambar tersebar akan Mat Lebai Sudin (kiri sekali barisan ketiga dari depan) bersama rombongan Dato Ismail Sabri untuk ke Tokyo.

Adakah Mat Lebai Sudin sudah lari membawa diri ekoran tiada sokongan terhadapnya?

Mana pula rakan regu Mat Lebai Sudin dlm pemilehan bahagian iaitu Sahlan dan Ahmad Yahya yg sama2 bungkus membawa diri?

Baik kaum keluarga dia mahu pun Mahfuz Omar dipercayai dapat projek dari kerajaan piimpinan Dato Mukhriz. Apa lagi Mat Lebai Sudin mahu?

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


DYMM Sultan of Johor said it last month

Posted: 19 Apr 2015 10:23 PM PDT

The crooked bridge and me - Dr M

Posted: 19 Apr 2015 09:12 PM PDT

SEMBOYAN telah berbunyi, Terima kasih Tan Sri

Posted: 18 Apr 2015 11:57 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:01 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PRK PERMATANG PAUH: NENEK KIPAS...HUKUM HUDUD APA CERITA?

Posted: 19 Apr 2015 08:15 PM PDT


Lelong...lelong...lelong kipas lama ganti baru. Calon lama ganti baru...

Siri penjelajahan menabur fitnah dan janji manis mula dijalankan secara giat oleh anak beranak Jijah dan Ijah.

Al maklumlah bila laki-laki mereka tak da bebas sikit ke hulu ke hilir menjaja diri dan anak beranak.

Berbuih kami dengar Kak Jijah tabur janji. Khabarnya dia nak jadi calon lagi. DAP pun nak dia lagi. 

Al maklumlah nenek kipas ini tak seberapa cerdik, mudah dipergunakan. Maka itulah peluang bagi bagi segala buaya dan naga nak sangap.

Hanya bermodalkan kipas tangan dan air mata serta muka seposen minta simpati nak jadi calon lagi, Jijah berharap kali ini dia jadi calon lagi.

Kalau dulu dia sesuka hati letak jawatan kerana nak bagi pada laki dia jadi YB. Dia bertekad nak jaga cucu iaitu anak-anak si Ijah yang dahagakan kasih sayang mak bapaknya yang sentiasa sibuk ke hulu hilir jaja fitnah.

Maka jadilah lakinya YB Permatang Pauh.


Penangan Cucukan Sate Kajang

Lepas tu lakinya teringin nak jadi ADUN Kajang atas cadangan bininya pula. Sebabnya lakinya itu senang nak melangkah kat Kajang untuk jadi MB Selangor seterusnya jadi Perdana Menteri di Putrajaya. 

Tapi dengan kuasa Allah lakinya kantoi kena hukuman, tak boleh jadi calon. Bininya terpaksa diangkat lakinya itu jadi calon Kajang dan menang.

Bininya pula nak ditabalkan jadi MB atas arahan lakinya itu hingga kelam kabut pentadbiran negeri Selangor. Hujung-hujung MB sedia ada kena pecat, tapi dia masih tetap tak jadi MB.

Mungkin 'berkat' janjinya dia kena jaga cucu. Kalau jadi MB nanti habis terbarai anak cucu.

Sibuk nak jaga rakyat, nanti laki merayap ntah ke mana?

Lagipun tugas sebagai ADUN Kajang tak ler berat sangat kot sekadar pergi kedarah kenduri kendara isi perut dah kira buat kerja.

Cucu-cucu pun diangkut sekali pergi kenduri. Tak perlu masak kat rumah. 

Bila anaknya si Ijah diceraikan oleh menantu kesayangan, cucu-cucunya berteraburan, terpaksalah nenek kipas beri masa jaga cucu. Ke hulu ke hilir usung cucu-cucu. Jaga sungguh ehhhh.


Kajang Pak Malau terbuang layu...

Bandar Kajang masih macam tu...sesak, kotor, banyak jenayah...tak satu pun janji pilihanraya kecil di tunaikan...Banjir demi banjir berlaku hingga menyusahkan penduduk...Ade Jijah kesah... cer cerita?  

Kini Jijah kembali lagi, ke hulu  ke hilir jaja diri nak jadi calon.  

Kalau bukan Jijah tak pun mesti anak Jijah atau pun adik beradik Jijah...

Pokoknya semua kena kaum kerabat Jijah. Nampaknya saka puaka pusaka tak mahu berubah. Jika mereka tak nak berubah ayuh Permatang Pauh kita yang ubah.

Kalau tabie manusia pun mereka boleh dilanggar, hukum Allah hudud pun boleh disanggah maka keluarga jenis apa ini? Parti jenis apa ini?


Yang jenis macam ni ke pengundi nak sokong?

Mahukah umat Islam Permatang Pauh bersama menanggung dosa bersubahat? 

Sanggup menolak hukum agama kerana lebih mementingkan DAP yang kafir harbi komunis chauvinist itu? 


Pengundi di Permatang Pauh mempunyai pilihan. Kalau sayangkan agama dan bangsa wajiblah menolak calon PKR undilah calon UMNO - Barisan Nasional. 

Berilah peluang kepada calon Barisan Nasional untuk mewakili Permatang Pauh. Cukup-cukuplah dendam permusuhan lalu. 

Kita perlu melangkah mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara yang telah dipecah belahkan oleh keluarga Anwar Ibrahim ini. 

PAS perlu sedar dan insaf

Inilah masanya PAS jadi lebih cerdik sikit, sudahlah Presiden sendiri dihina dan dicaci maki oleh puak-puak kapir DAP yang menolak Hudud, ini pula umat Islam yang kutuk Presiden yang istiqamah nak tegak hudud...masih boleh tengok lagi.


Mana pendirian kamu wahai sahabat ku PAS. kalian mahu bersama-sama tanggung dosa maksiat dan subahat menyokong parti penentang hudud yang majoritinya dianggotai umat Islam sendiri.

Wahai PAS kamu ada maruah, jangan letakkan maruah kamu setaraf terompah jamban. Sudahlah ditempatkan di tempat najis, dipijak dan diijak-ijak walaupun bising bunyinya kamu tetap tidak dilayan dan dihina.   



HJ HADI TUNJUK KEBIJAKSANAAN, KHALID TUNJUK KEBODOHAN

Posted: 19 Apr 2015 05:00 PM PDT

Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang berkata, adalah tidak menjadi satu kesalahan sekiranya beliau membawa usul persendirian mengenai Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 tanpa persetujuan saf pimpinan di dalam parti.
‎Malah katanya, parti komponen lain di dalam PR terutamanya DAP tidak seharusnya menjadikan perkara itu sebagai isu yang menyebabkan hubungan Pas dan DAP retak.
Abdul Hadi juga berkata, tindakannya yang menyerahkan notis agar Rang Undang-undang Persendirian itu dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu merupakan suatu perkara biasa.
"Itu perkara melibatkan agama Islam. Kita dah buat perjanjian dengan DAP sejak beberapa tahun lalu.
"Kalau perkara berkaitan dengan Kelantan, biar Kelantan uruskan. Kelantan ada hak sendiri untuk laksanakan syariah di negeri itu," katanya dalam sidang media selepas Kongres Profesional Muslim SeMalaysia, di Ampang hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mendakwa Abdul Hadi membelakangkan kepemimpinan parti berikutan pembentangan rang undang-undang persendirian tersebut.
Kata Khalid, tindakan Abdul Hadi itu telah menimbulkan salah faham dalam kalangan pimpinan PR sehingga DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, beliau pernah melakukan perkara sama pada 1996 ketika kepimpinan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.
"Ketika itu saya bawa usul yang sama dan kita tak bawa dalam mesyuarat pun. Jadi tidak salah kalau tidak bincang dengan saf kepimpinan Pas dan PR," katanya.
Menurut beliau lagi, perbincangan antara kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan Pusat juga tidak seharusnya dijadikan isu.
"Apa yang berlaku ialah Kelantan mengemukakan perkara itu dan Kelantan juga berunding dengan kerajaan Pusat. Sama macam kerajaan Pulau Pinang berunding tentang jambatan kedua dengan kerajaan Pusat," katanya 

GST - GUA SUKA TIPU: KEDAI TELEFON TIPU PELANGGAN TAPI KERAJAAN YANG SALAH

Posted: 19 Apr 2015 06:25 AM PDT


Susulan dari kejadian lelaki warga asing dibelasah peniaga Cina di The Mines, Serdang semalam, seorang lelaki gadis cina, Stephanie Tan, tampil mendedahkan peniaga telko Cina seringkali menipu pelanggan. 

Stephanie, bekas pekerja kedai telefon itu berkata, hampir 90% kedai telefon yang dimiliki oleh Cina menipu pelanggan mereka.

"I must say 90% kedai handset dimiliki oleh Cina memang penipu. I sendiri kerja di kedai handset dan saya tahu taktik bos I untuk menipu customer.

"I pun tak faham, kenapa perlu tipu? Nak untung tapi cari duit yang tak halal buat apa? I sedih kaum Cina saya sendiri buat macam tu," katanya dengan nada yang kesal dengan tindakan majikannya yang tidak bertanggungjawab.

Kenyataannya itu mendapat 215 likes di Facebook pada ketika berita ini ditulis.

"I give you all some tips. Next time if nak beli fon (hanphone) Lenovo, nak tahu dia original atau tidak, tengok pada kotaknya. If just putih kosong tulis Lenovo and what model, itu 'AP'. Original Lenovo, kotak dia ada gambar handset sekali. iPhone pula jgan beli AP set kat kedai. Kebanyakannya dah mati expired dengan Apple Store. That's why warranty kedai," dedahnya.

Tindakan gadis itu mendapat tentangan dari beberapa individu yang juga bertugas di bidang yang sama. Mereka menyelar tindakan Stephanie berbohong dan memintanya mengemukakan bukti yang mendakwa 90% kedai jual telefon bimbit yang dimiliki Cina itu menipu para pelanggan mereka.

Bagaimanapun, Stephanie meminta individu terbabit membuktikan kepadanya terlebih dahulu 90% kedai jual handset milik Cina tidak menipu selain dari mendakwa dia tidak gentar mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.

"I don't give a f*ck if no one like me. At least I didn't lie to myself and other people," tegasnya yang juga mendedahkan Low Yat bukan tempat yang selamat untuk melabur duit membeli telefon bimbit berikutan sudah banyak aduan dari orang ramai.


Kes penipuan penjualan telefon bimbit sudah kerap berlaku dan ramai yang telah menjadi mangsa kepada para peniaga yang tamak ini. Meskipun telah banyak aduan yang dilaporkan, hanya sebilangan kecil saja yang telah dikenakan tindakan. Selebihnya, masih meneruskan operasi seperti biasa kerana para peniaga ini mempunyai 'cable' mereka sendiri.

Namun, bagi kami perkara ini mudah diselesaikan dengan satu cara dan gaya sahaja. Belilah smartphone dari wakil-wakil jualan lantikan sah dari pengeluar smartphone itu sendiri. Biarlah mahal sekali pun, yang penting anda berpuas hati dengan produk yang asli dan yang penting, tiada masalah sampingan. 

Jika cara dan gaya di atas itu membebankan, ukurlah baju di badan anda sendiri sekali lagi. 


Kami kata;

Patutla kaya bergenerasi lamanya...duit haram akan melahirkan generasi haram yang suka benda-benda haram...memang haram jadah sungguh!

PRK ROMPIN: APA SANGAT JASA BN-UMNO BERBANDING PAS?

Posted: 19 Apr 2015 12:30 AM PDT


BN-UMNO sudah mencalonkan Datuk Hassan Ariffin Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rompin sebagai calon mewakili BN dalam PRK P91 Rompin.

Pemilihan Datuk Hasan memang dikehendaki oleh majoriti pengundi BN-UMNO di dalam PRK Rompin kali ini berikutan beliau dilihat sebagai legasi paling layak menggantikan arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis (JJ)

Kenapa pilih Datuk Hasan dan BN?

Sebabnya sepanjang arwah Tan Sri JJ menjadi Duta Besar di Amerika Syarikat, segala kerja parti dilaksanakan oleh Datuk Hassan dan semua ahli-ahli UMNO serta komponen BN dengan cemerlang.

Legasi Tan Sri JJ dan BN memang cemerlang di Rompin. Banyak diusahakan oleh arwah bersama BN Rompin selama 5 penggal antaranya;
  • Meningkatkan taraf sosio ekonomi kaum Orang Asli di Parlimen Rompin.
  • Membangunkan Bandar Muadzam Shah sebagai bandar satelit dan hub pendidikan dan komersial di tenggara Pahang hingga beliau digelar Bapa Pembangunan Muadzam Shah.
  • Membuka kampus UNITEN di Muadzam Shah
  • Membuka Sekolah Teknik, MRSM, Politeknik, Sekolah Agama Integrasi di Muadzam Shah Berasrama untuk anak-anak Felda dan Rompin
  • Pembinaan Tokong Cina untuk masyarakat Cina di Rompin bernilai RM260,000.00
  • Membina hubungan erat Malaysia -US sepanjang 4 tahun menjadi TYT Duta Besar Malaysia di Washington
  • Memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan Pulau Nias di Sumatera, Indonesia termasuk zakat bagi pembangunan sekolah-sekolah agama di sana
  • Membangunkan program Angkasawan Pertama Malaysia semasa menjadi Menteri MOSTI
  • Membangunkan rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia melalui Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) semaa menjadi CEO PR1MA
  • Membangunkan sektor pelancongan di Rompin termasuk menaik taraf jeti Tanjung Gemuk untuk ke Tioman
  • Membina jalan raya merentasi bukit bukau di Tekek ke kampung Juara di Pulau Tioman yang memudahkan perhubungan penduduk
  • Membina sekolah menengah di Pulau Tioman sekaligus dapat meningkat taraf pendidikan belia dan mengurangkan keciciran pelajar luar bandar.
  • Bersama-sama dengan agensi FELDA membangunkan prasarana di perkampungan FELDA dan kampung-kampung tradisi Melayu dan orang asli berhampiran FELDA termasuklah perumahan generasi kedua FELDA dan perumahan pegawai di FELDA Keratong.

Banyak yang boleh diceritakan tentang jasa BN-UMNO di Rompin di bawah arwah JJ. 

Adakah itu semua bukan kebaikan dan jihad membangunkan umat seperti mana ditohmahkan puak-puak jumud PAS?

Apakah itu semua duniawi dan rasuah pembangunan yang melekakan rakyat seperti mana yang difitnahkan oleh puak-puak jumud PAS dalam kempen mereka di Rompin?

Perumahan baru untuk Generasi Kedua Felda di Rompin...adakah ia petanda kezaliman BN kepada rakyat?
Ramai generasi kedua menantikan nikmat mendiami rumah mampu milik yang dibangunkan oleh Felda dan Kerajaan Barisan Nasional ini termasuk puak-puak langau hijau...Kita tidak akan dapat keistimewaan sebegini jika memilih parti kutu brahak yang hanya tahu kritik di sebalik kepiah, jubah dan purdah mereka saja.

Puak-puak jumud ini tak ubah seperti katak di bawah tempurung yang hanya tahu dunia tempurung mereka; sempit, jumud, gelap dan kecil.

Apakah membangunkan umat itu bukan satu kebaikan yang dituntut agama?

Apakah memecah belahkan umat melalui hasutan, fitnah dan tohmahan itu boleh dikira sebagai jihad fisabilillah?

Datuk Hasan ada kelebihan sendiri

Tak perlulah menuduh calon UMNO tak reti agama atau berumur hingga mengenepikan orang muda. 

Yang berumur jika lebih kredibiliti dan berkemampuan itu lebih baik. Datuk Hassan yang dikenali ramai sering turun padang dan memberi bantuan sebagai penyambung kepada arwah JJ sekiranya arwah JJ sibuk di luar.

Bahkan beliau berpengalaman dengan selok belok di Rompin termasuklah pernah menjadi ADUN di Bukit Ibam dan Tioman serta Timbalan Menteri Besar Pahang.

Pengorbanan beliau amat besar kepada masyarakat di Rompin.

Jeti Feri di Tanjung Gemuk, Rompin untuk ke Pulau Tioman, antara jasa BN yag menjana ekonomi rakyat. Adakah ini tanda kezaliman BN memnggirkan rakyat?
Tetapi masa peneroka dan rakyat Rompin susah ada puak-puak pembangkang datang membantu menghulurkan bantuan sepertimana jasa yang dilakukan oleh BN di Rompin?

Di bawah kepimpinan BN di Rompin tak de pun rakyat di situ mati kebuluran. Rakyat diajak supaya mempelbagaikan sumber ekonomi mereka untuk menjana pendapatan harian

Adakah PAS yang hanya tahu menghasut dan melonggokkan mereka berhimpun untuk merusuh dalam himpunan haram Kuning, Hijau, Oren, Hitam  itu dikira jihad fisabillah? 

Adakah hanya itu jasa-jasa PAS pada umat dan rakyat di Rompin?

Antara jasa-jasa PAS melonggokkan peneroka dan generasi mereka yang jumud dijalanan untuk perjuangan yang tak pasti dan sonsang dari syariat. Sambil kumpul sambil tipu sambil kaut sedekah...duit lesap ke mana? 
Siapakah yang membantu rakyat Rompin selama ini jika bukan BN-UMNO di bawah kepimpinan arwah JJ, Datuk Hassan dan semua komponen BN?

Tak perlulah PAS dan jenteranya berkempen di Rompin kerana ia hanya akan menjadi punca perpecahan umat. 

Ingat menabur fitnah, memaki hamun, memutar belit ayat-ayat suci untuk membela manusia songsang dan memecah belahkan umat itu haram dan berdosa besar.

Antara jasa BN adalah membangunkan komuniti Orang Asli termasuklah mengembangkan syariat Islam kepada mereka di Bukit Lepas, Rompin. Banyak mana pula ahli-ahli DAP berjaya di Islamkan oleh PAS?

Insaflah wahai rakan-rakan PAS. Marilah bersama-sama BN-UMNO kita makmurkan lagi bumi Rompin agar anak cucu kita lebih selesa di sini.  

Syukur pada nikmat Allah dan kenanglah segala jasa manusia yang membantu kita. 

Undi Barisan Nasional insya Allah kita dapat meneruskan keselesaan pada rakyat dan menjadikan kita hamba-hamba yang tahu bersyukur pada segala nikmat Allah taala.

Tinggalkan perjuangan PAS yang banyak tersasar itu. Sertai UMNO, Insya Allah kita bersama-sama akan jadi umat yang hebat. 

Lihatlah contoh calon-calon PAS di Rompin sebelum ini hanya tahu melalak menyalahkan orang tapi diri mereka sendiri sampai tergolok tergadai harta benda mengejar duniawi nak jadi ADUN dan MP tapi tak jadi...

Cukup-cukuplah tu...

  
Link Berkaitan:






  

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:27 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Umno running out of propaganda ideas

Posted: 19 Apr 2015 05:30 PM PDT

The powers that be have chosen to ignore what they know about the true feelings of Malaysians.
mahatihir dan umno
By Aspan Alias
Dr. Mahathir Mohamad's criticism of Prime Minister Najib Abdul Razak and the widespread public discontent with his administration have caused panic in Umno. That's why we're hearing statements of support from the state Umno heads and Barisan Nasional lawmakers as well as from the heads of organizations sponsored by Umno and BN. It's the only form of propaganda left for Najib in his desperation to remain in power.
The PM and others in the power structures of both Umno and Putrajaya know very well that these expressions of support are not representative of the true feelings of Malaysians as a whole, including Umno members. They know that the people are suffering from the results of defective government policies. They know that the people are feeling poorer economically. They know that the people are unhappy with the oppressive laws that modern lawmakers would normally not even think of legislating. They know that the people realize how outdated the government mentality is and how undependable our lawmakers are.
Yes, the people in power understand the feelings of the people very well indeed, but they choose to disregard them so that they can continue to feed their insatiable hunger for power and wealth.
Read More / Baca Lagi >>

Sokong & Undi lagi BN.. Padan Muka Korang Semua...

Posted: 19 Apr 2015 09:06 AM PDT


Tol lebih rendah dengan lanjutan tempoh konsesi. 

KUALA LUMPUR - Selain Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Persekutuan 2 (FHR2) turut terlibat dalam pemanjangan tempoh konsesi sebagai usaha kerajaan mengurangkan bebanan bayaran tol dan kos sara hidup pengguna lebuh raya, demikian menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

YABEDABEDOOO !!!.. Tol lebih rendah tapi SAMPAI KIAMAT KENA BAYAR TOL.

Kita harus tahu bahawa apabila PAL bergaduh, tiada siapa yang menang

Posted: 19 Apr 2015 08:26 AM PDT

oleh Cynic View

Langsung tiada saat membosankan dalam politik Malaysia. Apabila anda fikir badut-badut telah menanggalkan mekap mereka dan sarkas telah meninggalkan pekan, seorang pelawak membuka mulut dan episod baru Raja Lawak bermula.

Sekurang-kurangnya rancangan bakat itu mempunyai orang kelakar yang sangat kreatif yang serius tentang kerja mereka dan bekerja keras untuk memenangi hati juri dan penonton. Tetapi dalam pentas besar kehidupan, ahli-ahli politik ini sedang kehilangan cengkaman mereka dan rakyat yang telah lama menderita sama sekali tidak terhibur.

Pelawak dan ahli politik mempunyai satu misi yang sama: untuk menyediakan kelegaan sementara dan/atau gangguan daripada ragam kehidupan. Dan sesetengah mereka membuat kerja yang baik dalam profesion yang dipilih mereka.

Secara dasarnya kedua-dua melakukan perkhidmatan awam. Perbezaannya adalah pelawak meninggalkan penonton dengan gelak tawa dan berasa seronok. Ahli politik pula, membuatkan penonton mereka berasa tidak percaya dengan kekurangan sensitiviti dan logik mereka.

Ahli politik Malaysia bukan saja berselindung di sebalik perhatian, tetapi juga berasa teruja untuk memalukan diri mereka sendiri apabila di dalamnya. Tidak seperti rancangan komedi, rakyat tidak dapat berjalan keluar kerana mereka secara konsisten dimomokkan dengan imej ahli politik, ucapan dan kata-kata mereka di media masssa dan atas talian.

Penipuan itu telah berlaku dengan sama rata dan meloyakan oleh kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang. Tidak lama dahulu, kita telah dilayan buruk dengan kemelut dalaman Pakatan Rakyat. PKR, DAP dan sekarang PAS mengambil alih tugas itu untuk tatapan umum. Pertamanya PKR memecat MB di Selangor, kemudian DAP menentang PAS berkenaan hudud dan sekarang ulama PAS menentang puak progresif.

Read More / Baca Lagi >>

Nik Amar selar pemimpin PAS sembunyi cita-cita laksana syariah Islam

Posted: 19 Apr 2015 08:20 AM PDT

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini menyelar sesetengah pemimpin PAS yang tidak ikhlas kepada pengundi dengan tidak memberitahu cita-cita sebenar parti itu melaksanakan syariat Islam di negara ini apabila berkuasa di Putrajaya. Berucap merasmikan mesyuarat agung PAS Selayang, beliau berkata, PAS perlu ikhlas menyatakan cita-cita perjuangan mereka itu kepada rakyat, bukannya 'menipu' dengan hanya melaksanakan Islam selepas berjaya menawan Putrajaya.

"Kalau kita pergi ke Putrajaya, kemudian baru kita kata nak laksanakan Islam, (maknanya) kita menipu orang. Sembunyi rupa diri kita sebenarnya, untuk menang. Itu menipu orang," kata timbalan menteri besar Kelantan itu.

 Beliau yang lebih dikenali sebagai Nik Amar berkata, PAS perlu jelas dengan Islam yang dibawanya dan tidak boleh berpura-pura dengan pengundi dan rakyat negara ini. "Kita kena beritahu dengan jelas Islam yang dibawa.

Kita tak boleh berpura-pura kerana kita sememangnya nak laksana Islam bila menang," katanya. Nik Amar sebaliknya memuji DAP, rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR), yang konsisten menegaskan negara ini sebuah negara sekular dan menghalang dari syariah Islam dilaksanakan.

 "Matlamat DAP ialah sekular, dan (supaya) syariah tidak dilaksana di negara ini. Tahaluf siyasi kita dengan mereka, ialah matlamat jangka pendek sahaja," katanya di hadapan perwakilan dan pemerhati muktamar, termasuk ahli Parlimen Selayang, William Leong, dari PKR.

Nik Amar berkata, PAS perlu mencontohi sikap DAP yang sentiasa konsisten dengan pendiriannya. "Kita kena puji sikap konsisten DAP ini dari dulu. Kenapa pula PAS tidak boleh bertegas dan konsisten dengan sikap kita?" soalnya.

Read More / Baca Lagi >>

TPM: Dr M tidak keseorangan nyata kebenaran

Posted: 19 Apr 2015 08:16 AM PDT

Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhyiddin berkata berpendiran tegas dan menyatakan kebenaran adalah sikap bekas perdana menteri itu, khususnya apabila beliau bercakap menentang kuasa besar barat dalam memerangi peperangan.

"Menyatakan kebenaran dan berpendirian tegas... ini adalah sikap beliau sejak menjadi doktor dan ahli Umno.

"Kamu tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran," kata Muhyiddin sewaktu memulakan ucapannya dalam satu forum anti peperangan di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir turut hadir dalam majlis itu dan duduk bersebelahan dengan timbalan perdana menteri.

Ketika bercakap dalam konteks peperangan, kenyataan Muhyiddin itu boleh dilihat merujuk keluhan Mahathir baru-baru ini bahawa beliau bersendirian dalam mendapatkan jawapan Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak.

Mahathir, yang mahu Najib berundur, juga telah berkata bahawa Muhyiddin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan perdana menteri kini.

PKR tuntut penjelasan Pas Permatang Pauh

Posted: 19 Apr 2015 08:15 AM PDT

PERMATANG PAUH - PKR akan berjumpa kepimpinan Pas Permatang Pauh bagi mendapat penjelasan mengenai tuntutan mereka agar memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang tidak menyokong pelaksanaan Rang Undang-undang Persendirian berkaitan Hudud.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hairan dengan tuntutan disuarakan Yang Dipertua Pas Permatang Pauh, Omar Hassan kerana sebelum ini pernah bertemunya semasa pelancaran jentera PKR Jumaat lalu.

Beliau berkata, dalam pertemuan yang turut disertai beberapa pimpinan Pas Pusat, Omar menyatakan sokongan terhadap PKR bagi menghadapi PRK Permatang Pauh.

"Sebelum ini dia (Omar) sendiri menyatakan sokongan mahu membantu PR dalam PRK Permatang Pauh.

"PKR akan bertemu mereka bagi mendapatkan penjelasan dan cerita sebenar," katanya kepada media selepas menghadiri minum petang bersama penduduk Pangsapuri Permata, Bandar Perda di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya, Azmin Ali dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

Read More / Baca Lagi >>

Isu GST, 1MDB bakal ‘makan BN’ di Permatang Pauh - Prof Dr Agus

Posted: 19 Apr 2015 08:11 AM PDT

Dalam politik semua boleh berlaku. Dalam konteks Permatang Pauh, kejutan itu mungkin, tetapi sukar.

Demikian respon  penganalisis politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff ketika ditanya keberangkalian BN untuk merampas semula kerusi Permatang Pauh daripada PKR.

Agus berkata, kenyataannya itu adalah berdasarkan faktor kini yang dilihat tidak memihak kepada BN.

"Isu-isu semasa di Permatang Pauh seperti GST, 1MDB dan isu ekonomi lainnya tidak memihak kepada BN.

"Di samping serangan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang dipetik sebagai berkata, BN mampu melakar kejutan di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sementara ketika ditanya mengenai situasi di PRK  Rompin, Agus berkata, kawasan tersebut terlalu sukar untuk dimenangi Pas.

"Pas sukar menang di Rompin, kawasan tradisi Umno yang dijaga baik oleh Ahli Parlimen sebelum ini. Jika pun Pas boleh capai ialah mengurangkan majoriti BN," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Najib, Tunggu Apa Lagi!!

Posted: 19 Apr 2015 04:51 AM PDT


Perdana Menteri, Najib Razak kini sedang berada di Kazakhstan bagi menghadiri majlis bertandang perkahwinan anak perempuannya, Nooryana Najwa dengan Daniyar Besikkbayev, seorang jejaka yang pandai bertinju dari negara tersebut.


Tetapi di dalam negara, asakan untuk memaksanya berundur kian giat dilakukan. Tun Mahathir yang menjangkau usia 90 tahun kelihatan semakin agresif dan seolah-olah mendapat "suntikan tenaga baru" untuk terus menyingkirkan Najib.

Jika Jumaat lalu, Tun Mahathir dilaporkan sudah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh selama kira-kira sejam tidak jauh dari Masjid Negara, hari ini pula bekas Perdana Menteri itu duduk bersebelahan dengan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam suatu program anti perang di PWTC, Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, Muhyiddin secara terbuka menyatakan sokongan kepada "perjuangan kebenaran" yang dilakukan oleh Tun Mahathir.

Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran, kata Muhyiddin yang bagaikan menyambut keluhan Tun Mahathir sebelum ini bahawa beliau mungkin keseorangan dalam berhadapan dengan Najib Razak yang mahu disingkirkannya.

Selain semakin rancak bertemu dengan pelbagai pihak sejak akhir-akhir ini, Tun Mahathir juga semakin rajin menulis meluahkan pandangan dan kritikannya kepada Najib di blog Chedet miliknya. 

Kehadirannya di pelbagai program yang disusuli dengan lontaran pelbagai pandangan mengenai isu politik semasa dalam negara, juga turut bertambah.

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim pula mendedahkan baru-baru ini, Tun Mahathir juga ada mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali di luar negara.

Sokongan terbuka Muhyiddin kepada "perjuangan kebenaran" yang dilakukan oleh Tun Mahathir tidaklah sukar difahami bahawa ia tentunya berkaitan dengan serangan dan kritikan terhadap Najib, tambahan pula tiada akvititi atau isu lain yang difokuskan oleh bekas Perdana Menteri itu ketika ini.
Read More / Baca Lagi >>

Orang-orang Umno Baru bukanlah ingin menyelamatkan Najib tetapi diri mereka sendiri

Posted: 19 Apr 2015 04:48 AM PDT

oleh Ahmad Mustapha Hassan

Persembahan yang ditunjukkan dalam Umno Baru sekarang dengan perjumpaan daripada pelbagai seksyen parti bukanlah sesuatu yang ikhlas daripada mereka yang mengambil bahagian. Orang-orang Umno tidaklah risaukan mengenai Najib tetapi lebih berminat untuk survival politik mereka sendiri.

Jadi ramai daripada ahli Umno Baru bergantung kepada Najib terhadap segala sifar murah hati yang mereka dapat dan dengan Najib tiada di situ, nasib kewangan mereka turut tergendala. Umno Baru hanyalah berpaksikan wang ringgit. Itu adalah darah daging mereka.

Najib tahu mengenai ini dan inilah sebab utama kenapa beliau tidak peduli tentang kritikan walaupun daripada pendahulu beliau yang bertanggungjawab meletakkan beliau sebagai perdana menteri. Ini menunjukkan solidariti daripada beberapa golongan adalah tidak pernah berlaku sebelum ini kerana tiada sebarang ancaman luar parti dan juga tidak berhadapan dengan pilihan raya umum setakat ini.

Tetapi sokongan yang ditunjukkan yang hampir mencapai lapangan histeria menunjukkan terdesaknya ahli parti tentang nasib mereka sendiri jika berlakunya perubahan kepimpinan. Inilah situasi dalam Umno Baru sekarang.

Masa depan setiap ahli yang berkenaan bergantung kepada pemimpin sekarang. Ianya mengenai kepentingan mereka sendiri dan kepentingan mereka ini bergantung kepada mereka yang membuatkan mereka perlu memastikan pemimpin sekarang terus berkuasa.

Malahan penyokong di luar Umno Baru juga terutamanya parti sekutu tahu yang tanpa Najib, posisi mereka sekarang dalam kerajaan mungkin akan tamat. Inilah apa yang telah berlaku kepada parti kerajaan sekarang. Slogan seperti "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" lebih kepada gimik politik.

Read More / Baca Lagi >>

1MDB: Jangan gelabah dengan persoalan Tun M - Prof Dr Mohammad Agus

Posted: 19 Apr 2015 04:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta tidak gelabah dan menjawab setiap persoalan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara jujur dan telus.

Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Sains dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, persoalan wang akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diharap dapat diselesaikan sebelum ia menjadi lebih parah dan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

"Saya fikir kerajaan tidak perlu gelabah dengan pertanyaan Tun Mahathir ini. Jawab sahaja dengan jujur, maka Insha Allah keyakinan rakyat dapat diraih.

"Yang menjadi masalahnya ialah apabila sekali kerajaan menjawab hutang 1MDB tidak ada masalah, dan hari ini menterinya mengakui hutang 1MDB membebankan.

"Saya fikir sudah sampai masanya pemimpin kerajaan lebih telus dalam memberi reaksi kepada keluhan dan teguran rakyat supaya masalah negara, jika ada, dapat diselesaikan sebelum ia menjadi lebih parah. Terbukalah," katanya dalam catatan di laman Facebooknya.

Agus mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang menyifatkan 1MDB kini memberi tumpuan kepada usaha untuk menyelesaikan isu-isu semasa dan melaksanakan kajian strategik seperti yang digariskan oleh pengurusan dan lembaga pengarah.

Kata Abdul Wahid, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah mengarahkan supaya audit dilaksanakan oleh Ketua Audit Negara dan laporan itu dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Permatang Pauh beri kata dua pada PKR

Posted: 19 Apr 2015 04:43 AM PDT

PAS Kawasan Permatang Pauh hari ini bertegas menuntut PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud jika mahukan sokongannya pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen kawasan itu.
  
Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan memberikan kata dua itu bagi tempoh hingga hari penamaan calon, 25 April ini, sambil menuntut PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu.
  
"Jika bersetuju (dengan syarat yang diberikan) maka kami PAS Kawasan Permatang Pauh akan meneruskan kerjasama PAS-PKR dalam pilihan raya kecil ini.
  
"Pendirian ini adalah keputusan yang dibuat dan disepakati dalam mesyuarat agung PAS kawasan kali ke-38 hari ini.
  
"Jika mereka masih berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan itu kita tengoklah macam mana nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
  
Pada Mac lepas, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata hukum hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui Pakatan Rakyat (PR), yang dianggotai PAS, DAP dan PKR.

Beliau berkata dasar bersama yang dipersetujui PR adalah berkaitan ekonomi, pendidikan dan keselamatan malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menyatakan pendirian sama pada 2010.
    

Read More / Baca Lagi >>

Saya berundur ketika masih ada sokongan, sindir Dr Mahathir kepada Najib

Posted: 19 Apr 2015 04:42 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan serangan ke atas Datuk Seri Najib Razak hari ini dengan mendakwa sokongan yang diberikan kepada perdana menteri itu adalah tidak benar. Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat tersebut menyindir Najib dengan membandingkan antara sokongan yang diterimanya daripada orang ramai semasa membuat keputusan untuk berundur pada 2003 dengan sokongan yang diterima Najib kini.

"Apabila seseorang merasakan beliau tidak lagi menerima sokongan, lebih baik beliau pergi (lepas jawatan)," kata Dr Mahathir semasa ditemui wartawan selepas forum anti peperangan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pagi ini.

"Saya berundur, walaupun saya memiliki sokongan, tapi itu disebabkan saya menjadi perdana menteri terlalu lama. "Tetapi, apabila rakyat menyatakan mereka tidak gembira, anda perlu respons, jangan hanya fikir diri sendiri, tetapi fikirkan rakyat yang anda pimpin, mereka yang di belakang anda.

"Apabila mereka tiada lagi, anda bukan lagi seorang pemimpin," katanya. Katanya, pendiriannya supaya Najib berundur dikongsi ramai orang kerana ia demi Umno dan kebaikan negara.

Read More / Baca Lagi >>

Awas suara Gunung Semanggol, Hadi

Posted: 19 Apr 2015 02:11 AM PDT

Gunung Semanggol di Kerian, Perak, menyimpan sejarah perjuangan 'radikal' Islam terawal di Malaysia.

Pada Mac 1948 Hizbul Muslimin atau Parti Orang Muslimin Malaya ditubuhkan oleh seorang guru pondok Abu Bakar al-Baqir dengan seruan antipenjajah British.

Digelar "suara dari gunung", Hizbul Muslimin menakutkan penjajah sehingga parti Islam pertama ditubuhkan itu menjadi parti Islam pertama diharamkan di Malaya.

Ketika Hizbul Muslimin ditubuhkan, tokoh ulama PAS Ahmad Awang berumur 12 tahun.

Kini, di usia emas 79 tahun, Ahmad disebut-sebut sebagai alternatif terbaik untuk membawa suara 'radikal' dalam kepimpinan PAS yang diterajui Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahmad dan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa kini layak mencabar Hadi setelah melepasi pencalonan minimum daripada dua kawasan PAS.

Walaupun Hadi, tokoh ulama popular, progresif dan berwibawa 30 tahun lalu, keadaan kini dilihat berbeza apabila hari demi hari menyaksikan beliau membawa PAS makin jauh daripada Pakatan Rakyat dan Putrajaya.

Bagi PAS, walaupun tidak bertulis, hampir semua pihak mengakui sukar untuk memimpin parti itu tanpa peribadi pendidikan agama.

Pertarungan lulusan Mesir

Idea kepimpinan ulama yang terlalu sebati dengan PAS mungkin menyebabkan Hadi tidak pernah dicabar selama 13 tahun, sejak mengambil alih jawatan itu daripada allahyarham Fadzil Noor pada 2002.

Personaliti, selain kekananan dalam parti dan kemampuan politik, sentiasa menjadi faktor diambil kira perwakilan bagi memilih pemimpin mereka bagi tempoh dua tahun lagi.

Walaupun suara tidak puas hati pada pentadbiran Hadi sentiasa ada, tetapi ia jarang datang daripada golongan ulama sendiri, yang berada dalam kedudukan layak mencabarnya.

Justeru, bagi penyokong Ahmad, beliau berada di landasan tepat untuk membuat comeback ke arena politik PAS setelah tidak mempertahankan jawatan naib presiden beberapa tahun lalu.

Tetapi adakah beliau mempunyai kekuatan peribadi untuk menggalas tugas itu?
Read More / Baca Lagi >>

DAP berkampung di Permatang Pauh bantu gerak kerja KEADILAN

Posted: 19 Apr 2015 02:09 AM PDT

TAMPILPENANTI 19 APRIL: DAP bakal berkampung di Permatang Pauh dan bersedia untuk melancarkan jentera parti itu bagi membantu calon KEADILAN yang mewakili Pakatan Rakyat.
Ketua Wanita DAP Pulau Pinang, Chong Eng berkata, DAP amat komited untuk bergandingan bersama pimpinan KEADILAN dan PAS dan memberi sokongan maksimum bagi memastikan kemenangan Pakatan.
"Komitmen ini satu kesepakatan yang dipersetujui bagi membantu siapa sahaja calon yang diumum KEADILAN dalam PRK kali ini.
"DAP siap sedia untuk membuka bilik gerakan sebelum hari penamaan calon yang akan diadakan pada 25 April ini.
"Kita telah mengatur strategi termasuk kepada sayap parti untuk bersama-sama dengan KEADILAN dan PAS bagi memastikan kerusi Parlimen Permatang Pauh tetap menjadi milik Pakatan dan memperolehi majoriti lebih besar," kata Chong Eng ketika ditemui selepas program 'TAMPIL' anjuran Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) di Yayasan An-Nadhoh, semalam.
Chong Eng yang juga Exco Kerajaan Negeri menjelaskan, persiapan telah pun dibuat bagi menggerakkan jentera di PRK tersebut.
"DAP akan berkampung di Permatang Pauh sepertimana sebelum ini bagi menggerakkan jentera menemui pengundi.
"Apa saja isu yang dibangkitkan Umno BN tidak menjadi masalah kerana rakyat sedar, selagi BN memerintah selagi itulah mereka akan hidup susah.
Read More / Baca Lagi >>

PAS tetap sokong calon KEADILAN untuk kemenangan Pakatan

Posted: 19 Apr 2015 02:08 AM PDT

Mat SabuPAS sepakat menyokong calon KEADILAN bagi mempertahan kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh pada Pilihan
Raya Kecil Parlimen itu 7 Mei nanti.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, suara-suara kecil berhubung isu pencalonan di PRK itu tidak mewakili PAS yang tekad mahu membantu calon Pakatan menang menewaskan kerajaan zalim Umno BN.
"Kita tidak boleh bersendirian jika inginkan kemenangan besar untuk menuju Putrajaya. Kemenangan calon KEADILAN adalah kemenangan Pakatan.
"Sepakat akan membawa berkat kerana kemenangan menjadi harapan semua komponen Pakatan.
"Atas keyakinan itulah, PAS telah pun membuka bilik gerakan bagi membantu KEADILAN menang," kata Mohamad Sabu pada ceramah isu semasa dan perasmian Dewan Tuan Haji Harun Haji Rejab di Permatang Tok Dik, di sini, 17 April lalu.
Mat Sabu 2Pengarah Pilihan Raya PAS PRK itu berkata, penindasan pemerintah yang berterusan ke atas rakyat perlu disekat Pakatan secara bersepadu.
"Sejak zaman Mahathir (Mohamad) kita ditindas dan dizalimi oleh pelbagai dasar yang menyekat kebebasan rakyat.
"Sekarang Najib Razak meneruskan dasar zalim BN untuk menyekat suara rakyat dan menghalang demokrasi melalui Akta Hasutan, Akta
Perhimpunan Aman dan pelbagai lagi dasar mereka.
"Takkanlah kita hendak sokong parti pemerintah yang zalim dan meninggalkan rakan kita dalam Pakatan Rakyat," katanya lagi menangkis dakyah pihak tertentu berkenaan penggabungan PAS bersama Umno.
Beliau dalam pada itu menyeru rakyat berhimpun di Kuala Lumpur 1 Mei ini bagi menzahirkan bantahan terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST).
"Himpunan Tok Janggut ini bagi membuktikan kepada kerajaan bahawa rakyat semakin terhimpit dengan sistem yang diperkenalkan mereka.
"Ayuh rakyat di seluruh pelusuk negara kita turun ramai-ramai tunjukkan kepada kerajaan betapa sukarnya hidup rakyat dengan
pelaksanaan GST," kata Mohamad Sabu lagi.

Siap sedia kejutan besar- Pas Permatang Pauh

Posted: 19 Apr 2015 02:07 AM PDT

Jentera pilihan raya Pas bagi PRK Permatang telah diingatkan supaya tidak akur jika perjuangan yang diketengahkan sepajang tempoh berkempen tidak mengikut syariat Islam.
spr_600PETALING JAYA: Pas Kawasan Permatang Pauh memberi amaran akan membuat kejutan besar jika PKR dan DAP terus menyingung parti itu.
Amaran Itu diberikan oleh Yang Dipertua Pas kawasan itu, Omar Hassan ketika Mesyuarat Agung Tahunan ke-38 Kawasan Permatang Pauh pada Ahad, lapor Berita Harian Online.
"Saya ingin tegaskan, kita akan membuat kejutan kepada pakatan pembangkang sekiranya mereka menyinggung dasar perjuangan didukung Pas," kata Omar.
Dia juga memberi amaran jentera pilihan raya untuk membantu Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh telah diingatkan supaya tidak akur sekiranya perjuangan diketengahkan bertentangan dengan syariat Islam.
"Kita terbuka bagi setiap pandangan dan cadangan dikemukakan, selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam,' katanya.
Amaran terbuka Pas dikaitkan dengan tindakan PKR yang enggan menyokong undang-undang Hudud di Kelantan.
Sebelum ini, Pas Permatang Pauh dilaporkan menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail atau ahli keluarganya dicalonkan PRK Permatang Pauh.

Tokoh Wartawan Negara senaraikan kelemahan Najib

Posted: 19 Apr 2015 01:58 AM PDT

Malaysia floods months later leave many homeless

Posted: 19 Apr 2015 01:05 AM PDT

1MDB: State of Affairs

Posted: 19 Apr 2015 01:04 AM PDT

Tun M: I will not work with the opposition

Posted: 19 Apr 2015 01:03 AM PDT

Tun M: Remove a failed PM or lose GE14

Posted: 19 Apr 2015 01:03 AM PDT

Muhyiddin to Tun Mahathir: You're not alone Sir!

Posted: 19 Apr 2015 01:02 AM PDT

Tun M: Where is the support?

Posted: 19 Apr 2015 01:02 AM PDT

Tun M boleh maaf kan tapi Najib takut kpd S'pore

Posted: 19 Apr 2015 01:00 AM PDT

Mahathir: Tukar Najib atau hadapi risiko kalah PRU14

Posted: 19 Apr 2015 12:59 AM PDT