Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Pembangkang tak mahu faham tapi rakyat mahu POTA

Posted: 16 Apr 2015 09:30 PM PDT


Kalau dilayan pembangkang, semua undang-undang tak betul. Pastinya bila mereka memerintah, ISA akan dikembalikan dan undang-undang lebih mencengkam seperti di Singapura dan kekerasan lebih bermaharajalela seperti di Pulau Pinang dan Maybank.




Kita rakyat Malaysia perlu faham dan jangan tertipu ....

APA ITU POTA?

✔POTA atau Prevention of Terrorism Act (Akta Pencegahan Keganasan) bukanlah di gubal bagi menangani isu hasutan tetapi isu aktiviti pengganasan yang mana isu aktiviti ini adalah telah dimaktubkan di dalam undang2 substantif yg lain termasuklah Bab VI dan Bab VIA di dalam Kanun Keseksaan.


✔POTA juga terpakai apabila aktiviti pengganasan ini melibatkan entiti yang telah disenaraikan di dalam Seksyen 66B dan 66C Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUA) 2001.

❌ Tuduhan bahawa POTA ini akan digunakann kepada PENGHASUT PEMBENCI KERAJAAN dilaman sosial atau mereka yang mengubahsuai gambar pemimpin negara bagi mewujudkan dan menanam kebencian di kalangan rakyat adalah sama sekali TIDAK BENAR. POTA adalah bagi menangani KEGANASAN dan BUKAN HASUTAN.

❌POTA juga tidak boleh digunapakai bagi menahan seseorang hanya kerana fahaman atau aktiviti politiknya. Namun, sekiranya parti/ahli/pengikut sesebuah parti politik itu terlibat dalam aktiviti keganasan, maka POTA adalah terpakai.



✔Akta POTA mencegah sebelum kegiatan aktiviti keganasan itu dilakukan. Apakah tuan/puan mahu melihat KLCC & KLIA diletupkan oleh pengganas, baru diambil tindakan? Apakah tuan/puan mahu anak2 tuan/puan terlibat dalam aktiviti pengganasan, kemudian bila nasi sudah mnejadi bubur,tindakan baru dibuat? Ini kerana di dalam kes pengganasan, bukti2 yang diperolehi adalah berbentuk risikan dan kebanyakkan bukti2 ini sukar dibawa ke Mahkamah atas keengganan saksi untuk hadir ke Mahkamah untuk memberikan keterangan.


✔ Akta ini adalah bersifat Pencegahan yang mana kuasa eksekutif Menteri untuk menjatuhkan hukuman telah dipindahkan kepada Lembaga Pencegahan Keganasan yang dilantik oleh Yang DiPertua Agong (YDPA). Ahli2 Lembaga adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman sekurang2nya 15 tahun pengalaman di dalam bidang undang2.


✔Keputusan Lembaga ini boleh dicabar dengan Semakan Kehakiman (Judicial Review).

dan


✔Peguambela dibenarkan hadir semasa keterangan diambil oleh Pegawai Inkuiri (IO) yang dilantik oleh YDPA dan IO mestilah bukan seorang anggota/pegawai PDRM. ❌👮


✔Perintah Tahanan POTA boleh dicabar, oleh itu tuduhan bahawa Perintah Tahanan POTA tidak boleh dicabar adalah sama sekali tidak benar.


✔Perintah Tahanan ini juga haruslah di bawa ke satu lagi Lembaga Penasihat sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan.


✔Memandangkan POTA adalah undg2 pencegahan, para tahanan akan menjalani Modul Pemulihan Khas yang telah dirangka bagi meneutralisasikan fahaman ekstemisme mereka yg mana modul2 ini menekankan aspek keagamaan (mengikut agama tahanan), moral dan rohani serta isu hubungan kekeluargaan yang mana ahli keluarga tahanan juga terlibat dalam memberikan semangat kepada para tahanan agar berjaya meneruskan proses neutralisasi.


✔Harus diingat bahawa undang2 pencegahan ini adalah berbentuk pencegahan dan bukanny
a undang2 punitif(bersifat menghukum).

❌Maklumat berkenaan pusat tahanan di sebuah pulau seluas 1000 ekar di utara Sabah adalah tidak benar. Ini bukan seperti Penjara Alcatraz di Teluk San Francisco yang menahan penjenayah terkenal Al-Capone. Sebaliknya para Tahanan akan ditempatkan di satu Pusat Tahanan Khas.


❗Saya menyeru agar tuan/puan menyebarkan tentang perkara ini memandangkan terlalu banyak maklumat palsu mengenai undang2 ini telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Harus diingatkan bahawa penyebaran maklumat palsu yg boleh mencetuskan kegemparan awam di mana2 platform media sosial adalah satu kesalahan dan boleh di ambil tindakan undang2 dibawah undang2 sedia ada termasuklah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.


✔ Undang2 ini digubal bagi menjamin keselamatan anak cucu generasi akan datang. Janganlah disebabkan kekurangan kita dalam memahami sesuatu perkara, natijahnya ia menjejaskan masa depan anak cucu kita. Kita bertanggungjawab dalam mencorak dan menyediakan masa depan yang lebih selamat kepada generasi akan datang. Wallahualam.....



[POTA = ISA???]


1. POTA atau Akta Pencegahan Keganasan 2015 adalah satu undang2 pencegahan yang digubal oleh Kerajaan untuk menangani mana2 individu atau kumpulan yang melakukan perbuatan keganasan.


2. Akta ini bukan utk menghukum tapi untuk menahan sebagai pencegahan dan seterusnya memulihkan melalui Program Pemulihan yg dianjurkan oleh Kementerian dgn kerjasama pihak polis, penjara, Jakim dan agensi2 Kerajaan yg lain.


3. POTA adalah berbeza dgn ISA kerana POTA hanya akan digunakan terhadap pengganas. Tak boleh tangkap sebarangan.


4. POTA tak boleh di samakan dgn ISA. Antara perbezaan paling ketara adalah:


- Perintah Tahanan utk ISA adalah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri sedangkan POTA dikeluarkan oleh sebuah Lembaga yg bebas yg mana ahli2 Lembaga tersebut dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. So, utk POTA menteri tiada kuasa langsung utk keluarkan sebagai Perintah atau arahan.


- sebelum seseorang individu dikenakan Perintah Tahanan atau Perintah Sekatan, mereka perlu melalui tempoh tahanan utk siasatan polis atau juga dipanggil tahanan reman. Jumlahnya ada 60 bagi ISA dan POTA. Tetapi ianya berbeza kerana ISA totally kuasa polis utk menahan direct 60 hari sebelum Menteri keluarkan Perintah Tahanan atau Sekatan tadi. Manakala POTA perlu dibawa ke Mahkamah Majistret utk perlanjutan tempoh reman. So...sangat berbeza....?


Seperkara lagi, jika ISA, sabjek tidak boleh jumpa keluarga sedangkan POTA boleh jumpa keluarga atau waris kadim dalam tempoh tahanan utk siasatan polis atau reman tadi.


Finally, ISA selepas tahanan reman 60 hari oleh kuasa polis, Menteri akan keluar order. Sedangkan POTA dah lah bukan Menteri yg keluarkan Perintah atau order tetapi sebuah Lembaga yg bebas, bahkan seorang pegawai inkuiri akan menjalankan inkuiri atau siasatan utk membuat recommendation samada sabjek ada terlibat atau tidak.

Harus diingat bahawa Pegawai Inkuiri itu tidak boleh dilantik dikalangan anggota polis tetapi mereka adalah terdiri dari pegawai skim L iaitu Perundangan. So dapat dilihat betapa telusnya POTA ini dan tiada isu mengapa POTA ini perlu disamakan dgn ISA.

Pemerhati politik yakin HUTANG RM42 BILLION 1MDB SEMUA LESAP?

Posted: 16 Apr 2015 05:15 PM PDT


Jangan terkejut tetapi ada pemerhati ingat hutang RM42 billion 1MDB dah lesap semua. Kononnya hanya satu saja IPP dibeli dari Ananda Krishnan dan macam-macam lagi pandangan berdasarkan hearsay akibat malas nak membaca dan dengar pandangan pelbagai pihak.

Mereka juga tak upaya nak faham isu 1MDB dengan lebih dalam tapi mahu buat kesimpulan mudah seolah-olah mereka dah cekap untuk simpulkan. AKhirnya pandangan mereka salah.

Unspinners ada terima penjelasan yang mungkin lahir dari usaha pihak tertentu untuk jelaskan mana duit itu diguna:


KEMANA PERGINYA 42 BILLION HUTANG 1MDB?

RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak hanya hilang begitu sahaja. Inilah yang anda dapat dari wang itu.

1) Membeli dan memiliki 15 loji kuasa dan desalinasi di lima buah negara - dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW
- Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia.
- IPP terbesar di Mesir dan Bangladesh. Kedua terbesar di Malaysia.
2) Membina 3 lagi Loji kuasa baru
- 2000MW Jimah East Power di Port Dickson (RM11b untuk kos)

- 2000MW Loji Kuasa Gas di Melaka - http://tinyurl.com/pxulqx8

- 50MW (RM1b untuk kos) Loji Solar di Kedah - terbesar di Malaysia - http://tinyurl.com/ljjar4a
- Membeli 310 ekar  tanah berharga RM300 juta di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga. http://tinyurl.com/qfw22gh
3) Membantu mengurangkan kos kuasa IPP kepada TNB sehingga separuh pada tahun 2012 setelah berunding untuk kadar yang lebih rendah bagi loji kuasa sedia ada dan baru.
- Ini telah membantu pembekuan peningkatan harga elektrik yang dijadualkan pada bulan Julai 2014, Jan 2015 dan juga membenarkan TNB untuk mengurangkan kadar elektrik pada bulan Mac 2015 (pertama kali dalam sejarah bahawa kadar elektrik dikurangkan dalam Sejarah Malaysia) mungkin dengan satu lagi pengurangan kadar elektrik pada bulan Julai 2015.
4) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan  70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan  Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion
- Dijangka menarik lebih 250 syarikat global, mewujudkan 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung

- Menjadi pusat global bagi kewangan antarabangsa, perdagangan dan perkhidmatan terutamanya bagi Kewangan Islam
- Jualan dan pembangunan Pertama adalah projek RM8b dengan syarikat terbesar di Australia, Lend Lease ditandatangani pada bulan Mac 2015 - http://tinyurl.com/knqebe2
5) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion
- Termasuk hubungan melalui 60-90minute Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur (satu stesen dari TRX).
- Dijangka mempercepatkan pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.
6) Membeli, membina dan melengkapkan lapan kemudahan ketenteraan baru untuk TUDM dan PDRM berharga RM2.7b (http://tinyurl.com/7eduhru)
- Termasuk dua lapangan terbang udara baru – 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan dan flying wing PDRM di Subang.
7) Merancang dan membeli tanah untuk beberapa projek bagi 30.000 rumah kos rendah dan mampu milik di seluruh Malaysia
- khususnya di Pulau Pinang (9999 unit rumah mampu milik dengan kos tanah RM1.3b (http://tinyurl.com/ous4pcj) dan Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia).
8) Menjalankan hampir RM400 juta projek CSR yang termasuk menghantar 2,300 orang di antara 2011 dan 2014 untuk menunaikan Haji, subsidi tayar untuk pemandu teksi di bawah TR1MA 1.0 dan 2.0, 15 tempat pemulihan untuk pelajar di Sarawak, projek bekalan elektrik dan air luar bandar dan klinik bergerak 1Malaysia. http://tinyurl.com/q225juq
- Termasuk membaik pulih rumah lama untuk golongan miskin di bawah program Nadi Kasih pada tahun 2011, dengan kos RM90.5 juta.
9) Membina dan mendalami hubungan dengan negara-negara utama di Timur Tengah - termasuk urusan dengan Arab Saudi yang telah membantu Malaysia meningkatkan kuota haji sebanyak 20,000 jemaah haji setiap tahun dan juga membantu pelajar  kita keluar dari Mesir.
- Membangkitkan minat dan menarik berpuluh-puluh bilion pelaburan dari negara-negara asing - terutamanya daripada kerajaan dan syarikat-syarikat dari Timur Tengah ke Malaysia sejak 2009 dalam pelbagai projek 1MDB dan projek bukan 1MDB yang lain.
Bolehkah dibandingkan sumbangan pada rakyat yang dilakukan oleh  mana-mana SLC negeri pakatan rakyat?

1MDB: Patut cabar juga MEDIA dan PEMIMPIN PEMBANGKANG tunjuk bukti

Posted: 16 Apr 2015 08:58 AM PDT


Berita The Star hari ini melaporkan Ketua Pengarah JASA baru yang lebih vokal, Dr Puad Zarkashi minta Tun Dr Mahathir tunjuk bukti tentang salah laku 1MDB. Link di SINI.

Din Turtle SINI cuba jawab dengan memomok kenyataan Arul Kanda dan Dato Najib dengan mengatakan wang yang hilang tak boleh dibuktikan dan seolah-olah wang yang ada saja bboleh dibuktiikan wujud.

Perlu diingatkan bahawa Arul berkata wang itu berada dalam akaun. Najib pula kata wang itu berada dalam bank di Singapura. Tidak hairan wang itu asalnya berada di Cayman Island dan diremittance ke akaun US dollar atas nama 1MDB di dalam sebuah Bank di Singapura.

Isu seterusnya bukan isu utama tetapi hanya isu cari salah dalam hal remeh temeh operasi.

Namun begitu, seeloknya Dr Puad tujukan soalan itu juga pada pemimpin pembangkkang yang buat tuduhan tapi tiada bukti dan hanya berdasarkan media-media pro-pembangkang dan asing.

Laporan media seperti The Edge, Sarawak Report, Kinibiz, Malaysian Insiders, dll banyak memetik dari sumber-sumber yang tidak bernama dan hanya guna sumber-sumber tertentu sebagai rujukan.  

Malah laporan media asing seperti NY Times, Bloomberg dll tidak juga memberi sumber yang pasti dan bernama. Ini yang jadi sumber untuk pembangkang goreng tambah cili dan akhirnya ada antara kita percaya bulat.

Selagi sumber-sumber yang diberi tiada yang pasti maka tindakan dan tuntutan seperti tuntut Najib turun tidak ada kredibiliti. Maka patutlah Najib minta pengesahan akaun dan juga siasatan akaun dari Auditor General.

Tak akanlah tuntut PM turun dan lakukan liquidation seperti dituntut NGO tertentu hanya berdasarkan hearsay? Ahli NGO tu ada pelajaran ke?


Nak kritik GST jangan main mak orang .. MELAMPAU!!!

Posted: 16 Apr 2015 05:08 AM PDT


Demikian respon Mar Maslan yg dilaporkan Msian Insider di  SINI.

Sikap mempersendakan Mat Maslan dah melampau batas dah.



Kami setuju... jgn libatkan mak bapak. Dato Ibrahim mati kami beri penghormatan. Salah silap anak tak patut dipersalahkan mak bapak.

Kurang ajar dan biadap namanya.

Pakatan Riot bertepuk tangan cadangan KWSP tembak kaki BN

Posted: 16 Apr 2015 12:00 AM PDT


KWSP kata mereka risau bila mereka yang pencen sudah kehabisan duit sebaik saja duit KWSP dikeluakan.

Walaupun ianya satu kerisauan yang sah tapi cadangan untuk lambatkan pengeluaran ke umur 60 tahun bukan sesuatu yang bijak.

Setiap orang ada keperluan asas yang perlu disegerakan dan sudah dirancang wang pencen itu untuk kegunaan seperti selesaikan bayar rumah dan lain-lain hutang.

Sudahlah banyak kisah sekarang akan syarikat memberhentikan pekerja berdasarkan umur 50 tahun tanpa ambilkira keupayaan, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman. Banyak syarikat ambil pekerja berdasarkan hanya umur muda walaupun masuk berhingus pemikiran, kematangan, sikap dan tindak tanduk.

Kerajaan perlu fikirkan satu cara yang lebih bijak dan bukan cara mudah yang tidak difikirkan dengan mendalam untuk tahan wang yang pekerja simpan seluruh hidup mereka.

KWSP sudah ada RM600 billion dana untuk melabur. Itu saja jumlah yang susah diurus. Kenapa perlu nak tahan wang simpanan pencen orang?

Jika mereka risau wang habis, fikirkan sistem kebajikan yang lebih telus dan efektif. BUkan dengan tahan-tahan gaji orang.

Dari segi politik, menahan simpanan pencen orang hanya membuat pembangkang senyum. Baca perbualaan pembangkang yang kami ambil dari MIK bawah ini:


Sila ke SINI, untuk dengar komen-komen lain.






Purata aktuari untuk umur orang Malaysia dalam 63 - 65, jika baru 60 tahun baru booleh dapat duit. Ia bermakna dari umur 50 bagi yang kena buang kerja akibat polisi Khazanah, PNB dan GLC perlu terus hidup melarat meminta-minta hingga ke umur 60 tahun.

Hanya pegawai kerajaan dapat kekal kerja hingga ke 60. Korporat diskrminasi terhadap pekerja umur 50 tahun ke atas.

Kami tak setuju dengan cadangan ini. Sapa tak setuju boleh baca kempen MIK di SINI dan terus ke link untuk nyatakan bangkangan anda.

Menyokong cadangan KWSP serupa menyokong pembangkang.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Hapuskan sabotaj dalam parti!

Posted: 16 Apr 2015 10:58 AM PDT


"Kekuatan kita hanya akan menjadi sesuatu kenyataan sekiranya kita padu dalam parti kita. Kalau kita padu dan kita tak berbalah sesama kita tiada unsur-unsur sabotaj dalam parti dan sebagainya, saya yakin insya-Allah kita boleh menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan datang.''

Itulah petikan pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diwawancara dalam edisi Soal Jawab TV3 pada Khamis lalu.

Sememangnya, mana-mana juga pihak boleh memberi peringatan dan pandangan berhubung peluang UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam sesuatu pilihan raya tidak kira sama ada pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum tetapi akhirnya yang akan menentukan parti tersebut mampu mendapat sokongan atau tidak ialah rakyat.

Tetapi zaman sudah berubah, sokongan rakyat tidak akan dilakukan secara membuta tuli. Rakyat kini semakin kritis dan bijak menilai kedudukan sesebuah parti politik. Di atas kertas BN dan UMNO jauh lebih baik berbanding pakatan pembangkang yang disertai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. Soalnya kenapakah dari semasa ke semasa sokongan kepada BN semakin merosot?

Bermula pada 2008, seterusnya 2013, BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen. Perak pernah jatuh seketika ke tangan pembangkang begitu juga Kedah manakala di Kelantan sehingga ke hari ini UMNO bagaikan terus bermimpi untuk menguasai negeri itu.

Masalahnya bukanlah UMNO atau BN itu tidak kuat tetapi acap kali dalam pilihan raya berlaku perpecahan dalaman atau istilah popularnya sabotaj oleh pemimpin dan ahli parti itu sendiri. Apa yang lebih malang sabotaj ini tidak berlaku dalam komponen BN lain sebaliknya hanya dalam UMNO.

Lebih memalukan sabotaj juga tidak berlaku dalam pakatan pembangkang biarpun mereka dilihat berbalah sesama sendiri namun dalam pilihan raya mereka akan bersatu. Walaupun seseorang pemimpin itu tidak dipilih sebagai calon atau orang yang mereka sokong tidak menjadi calon namun mereka sama sekali tidak akan mensabotaj parti. Tetapi bagaimana dengan UMNO?

Perlu diakui `penyakit sabotaj' ini masih berlaku dan terus wujud bagaikan sakit yang tiada ubatnya. Atas sebab itulah Najib memberi pandangan tersebut. Walaupun Najib bersikap terbuka menerima segala kritikan ke atas parti di bawah pimpinannya dan berusaha menangani kritikan itu tetapi kesudahannya perpaduan dalam parti juga bakal menjadi penentu kemenangan dalam pilihan raya.

Sabotaj tidak akan berlaku jika seseorang pemimpin atau ahli di sesuatu kawasan sayangkan parti. Di hadapan pemimpin utama mereka beria-ia menyatakan akan menyokong sesiapa juga calon yang dipilih tetapi di belakang mereka melakukan pengkhianatan berdasarkan sikap `kalau aku tak dapat, kau pun tak dapat', soal yang kalah ialah parti bukannya perhitungan utama.

Keadaan itu berlaku kerana seseorang pemimpin khususnya di peringkat bahagian merasakan dirinya sahaja yang layak bertanding dalam pilihan raya. Kalau pucuk pimpinan parti memilih orang lain, maka keputusan itu tidak akan diterima secara terbuka.

Sedangkan keputusan memilih calon bukanlah dilakukan secara membuta tuli tetapi berdasarkan laporan yang diterima oleh pucuk pimpinan daripada pelbagai sumber. Sepatutnya kalau benar mereka berjuang untuk parti dan berhasrat melihat parti mencapai kejayaan dalam pilihan raya maka mereka perlu menyokong calon yang dipilih.

Bagaimanapun keadaan itu tidak berlaku, sebaliknya di sesetengah bahagian, walaupun rakyat sudah memberikan isyarat jelas mereka tidak mahu seseorang pemimpin atau seseorang pemimpin itu mempunyai rekod yang boleh menjejaskan peluang parti mencapai kemenangan, namun pemimpin yang terlibat tetap berdegil. Kalau dia tidak terpilih maka bersedialah menanti tindak balas apabila pilihan raya berlangsung.

'Penyakit' ini sama sekali tidak boleh dibiarkan berlaku dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh dan Rompin pada 5 Mei dan 7 Mei ini. Ada sesetengah pemimpin menguar-uarkan kononnya ada penyokong pembangkang mengundinya kalau dia bertanding. Sebenarnya, inilah politik syok sendiri.

Penulis menyatakan demikian kerana sokongan supaya dia menjadi calon ada `udang di sebalik batu'. Penyokong pembangkang tidak akan sewenang-wenangnya memberikan undi mereka kepada mana-mana calon BN biarpun mereka tidak suka kepada calon parti mereka. Janganlah `bermimpi di siang hari'.

Perlu difahami, apabila PRK berlangsung seluruh jentera parti akan `turun padang' ke kawasan Parlimen terlibat. Mereka akan bertungkus lumus siang malam dan mengaturkan pelbagai program bagi meraih sokongan rakyat. Segala penat lelah mereka tidak harus disia-siakan begitu sahaja akibat tersalah pilih calon atau akibat sabotaj dalam parti.

Pengalaman membuat liputan dalam beberapa pilihan raya kecil memberi pemahaman kepada penulis bahawa unsur-unsur sabotaj masih menjadi salah satu faktor kekalahan calon-calon BN khususnya UMNO.

Seorang bekas calon daripada UMNO yang pernah bertanding dalam sebuah pilihan raya pernah memaklumkan kepada penulis bahawa dia sudah serik untuk menjadi calon lagi walaupun berpeluang menang berdasarkan sokongan rakyat kepadanya.

Tetapi dia sudah patah hati kerana tidak tahan dengan sabotaj yang diterimanya ketika kempen berlangsung.

Fenomena ini tidak boleh dibiarkan dan hanya boleh diatasi dengan ketegasan parti memastikan mana-mana juga pemimpin atau ahli di peringkat bahagian tidak melakukan sabotaj kepada parti khususnya pada PRK Permatang Pauh dan Rompin.

Kedua-dua PRK itu amat penting untuk UMNO. Parti itu berusaha merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada PKR manakala di Rompin, UMNO akan cuba meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis.

Penilaian terhadap sesuatu calon perlu dilakukan secara terperinci. Segala laporan daripada sumber-sumber yang dipertanggungjawab berbuat demikian harus diterima dan bukannya berdasarkan kepada pandangan bahagian sahaja. Jika tidak UMNO perlu bersedia menerima kekalahan yang sepatutnya boleh dielakkan.

Oleh : Zulkeflee Bakar

Suara Politik
Belantan


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TU DIIAAAA...KAT MANA PERGINYA RM42 BILION WANG 1MDB??? HABIS TERDEDAH !!!

Posted: 16 Apr 2015 09:11 PM PDT




Hangat memang hangat pasti akan terbakar punggung mereka yang selalu dok tanya ke mana perginya wang 1MDB. 

Ramai yang tunggu dan lihat ke manakah wang itu dibelanjakan, adakah ia hangus sebegitu tanpa jejak atau faktanya sengaja disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu yang mahu mengaibkan Perdana Menteri.

Kununnya berlaku penyelewengan yang maha besar dalam pentadbiran negara. Hangat sungguh sampai meluap-luap dada Kak Jah bergerak-gerak asetnya walaupun sudah dilitupi jubah dan purdahnya.

Pasti Haji Mat Bun pun bergerak-gerak kepiah putihnya melihat pendedahan terbaru ini. Bengang dan sasau dibuatnya...

Mana perginya wang 1MDB???

"Saya cuma tanya, mana pi wang 1MDB? Tu jaa...bila orang tanya saya tak boleh jawab..."

Hang tak boleh jawab mai aku jawab. Hang dok diam ja.

Sebenarnya RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak hanya hilang begitu sahaja. Inilah yang anda dapat dari wang itu.


1) Membeli dan memiliki 15 loji kuasa dan desalinasi di lima buah negara - dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW

- Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia. IPP terbesar adalah di Mesir dan Bangladesh. Kedua terbesar di Malaysia. 

2) Membina 3 lagi loji kuasa baru; 

- 2000MW Jimah East Power di Port Dickson (RM11b untuk kos)

- 2000MW Loji Kuasa Gas di Melaka - http://tinyurl.com/pxulqx8

- 50MW (RM1b untuk kos) Loji Solar di Kedah - terbesar di Malaysia - http://tinyurl.com/ljjar4a

- Membeli 310 ekar tanah berharga RM300 juta di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga. http://tinyurl.com/qfw22gh

3) Membantu mengurangkan kos kuasa IPP kepada TNB sehingga separuh pada tahun 2012 setelah berunding untuk kadar yang lebih rendah bagi loji kuasa sedia ada dan baru.

- Ini telah membantu pembekuan peningkatan harga elektrik yang dijadualkan pada bulan Julai 2014, Jan 2015 dan juga membenarkan TNB untuk mengurangkan kadar elektrik pada bulan Mac 2015 (pertama kali dalam sejarah bahawa kadar elektrik dikurangkan dalam Sejarah Malaysia) mungkin dengan satu lagi pengurangan kadar elektrik pada bulan Julai 2015.

4) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion 

- Dijangka menarik lebih 250 syarikat global, mewujudkan 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung

- Menjadi pusat global bagi kewangan antarabangsa, perdagangan dan perkhidmatan terutamanya bagi Kewangan Islam

- Jualan dan pembangunan Pertama adalah projek RM8b dengan syarikat terbesar di Australia, Lend Lease ditandatangani pada bulan Mac 2015 - http://tinyurl.com/knqebe2

Tun Razak Exchange (TRX). Bila dah siap nanti kaum bumiputra dan rakyat dapat manfaat ekonomi jangka panjang

5) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion 

- Termasuk hubungan melalui 60-90 minit Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur (satu stesen dari TRX).

- Dijangka mempercepatkan pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.

Projek keretapi laju Malaysia -Singapura mendapat pembiayaan 1MDB untuk keselesaan rakyat dan membangunkan ekonomi negara untuk jangka panjang.
6) Membeli, membina dan melengkapkan lapan kemudahan ketenteraan baru untuk TUDM dan PDRM berharga RM2.7b http://tinyurl.com/7eduhru

- Termasuk dua lapangan terbang udara baru – 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan dan flying wing PDRM di Subang.

http://www.airforce.gov.my/my-berita-induk/my-berita-utama/21-jan-14-timbalan-panglima-tentera-udara-tinjau-projek-pangkalan-udara-sendayan/

7) Merancang dan membeli tanah untuk beberapa projek bagi 30.000 rumah kos rendah dan mampu milik di seluruh Malaysia

- Khususnya di Pulau Pinang (9999 unit rumah mampu milik dengan kos tanah RM1.3b (http://tinyurl.com/ous4pcj) dan Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia).

Projek perumahan rakyat mendapat pembiayaan 1MDB untuk keselesaan rakyat.

8) Menjalankan hampir RM400 juta projek CSR yang termasuk menghantar 2,300 orang di antara 2011 dan 2014 untuk menunaikan Haji, subsidi tayar untuk pemandu teksi di bawah TR1MA 1.0 dan 2.0, 15 tempat pemulihan untuk pelajar di Sarawak, projek bekalan elektrik dan air luar bandar dan klinik bergerak 1Malaysia. http://tinyurl.com/q225juq

- Termasuk membaik pulih rumah lama untuk golongan miskin di bawah program Nadi Kasih pada tahun 2011, dengan kos RM90.5 juta.

Projek TR1MA dibawah 1MDB untuk keselesaan pemandu dan penumpang selain meningkatkan ekonomi rakyat dan meningkat imej pengangkutan negara di mata pelancong.
9) Membina dan mendalami hubungan dengan negara-negara utama di Timur Tengah - termasuk urusan dengan Arab Saudi yang telah membantu Malaysia meningkatkan kuota haji sebanyak 20,000 jemaah haji setiap tahun dan juga membantu pelajar kita keluar dari Mesir.

- Membangkitkan minat dan menarik berpuluh-puluh bilion pelaburan dari negara-negara asing - terutamanya daripada kerajaan dan syarikat-syarikat dari Timur Tengah ke Malaysia sejak 2009 dalam pelbagai projek 1MDB dan projek bukan 1MDB yang lain.


Bolehkah dibandingkan sumbangan pada rakyat yang dilakukan oleh mana-mana SLC negeri Pakatan Rakyat?

Untuk membangunkan negara sejak dahulu kita terpaksa berhutang namun rekod negara kita mampu membayarnya. 

Macam kita nak beli rumah dan kenderaan terpaksa berhutang tapi kita masih mampu bayar.

Yang penting kita perlu menjaga keamanan negara agar ekonomi sentiasa mantap dan semua rakyat gembira.

Tak perlu nak pening kepala, kerajaan tak suruh pun kita bayar hutang negara. Sama juga tak perlu pening kepala fikirkan hutang jiran tetangga, jaga hal sendiri.

Biar Bank Negara yang settle hutang negara kita teruskan bekerja cari rezeki halal dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. 

TS KHALID- HJ HADI BEKERJASAMA TUMBANGKAN PAKATAN PKR-DAP DI SELANGOR

Posted: 16 Apr 2015 05:00 PM PDT

TS KHALID DAN HJ HADI DI JAKARTA
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid yang lantang mengkritik pentabdiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat semakin rapat dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak kebelakangan ini.
Beliau melalui laman Facebook rasminya menyiarkan gambar bersama Abdul Hadi sewaktu mengunjungi Speaker Dewan Perwakilan Indonesia Bp Irman Gusman di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Keakraban ditonjolkan kedua-dua pemimpin pembangkang yang pernah dikecam teruk DAP dan PKR itu memperkuatkan desas-desus mengenai Abdul Khalid bakal menyertai PAS yang kini dalam pertikaian dengan DAP dan PKR.
"Saya dan Presiden PAS berkesempatan mengunjungi rakan lama Speaker Dewan Perwakilan Indonesia di Jakarta. Kami berbincang tentang peri penting mengukuhkan ikatan ukhwah antara masyarakat Islam khusus di rantau ini," katanya dalam Facebook beliau hari ini.
Abdul Khalid dijatuhkan daripada jawatan Menteri Besar oleh partinya sendiri, PKR pada tahun lalu kerana tidak sehaluan dalam pelbagai keputusan penting membabitkan kepentingan parti itu dalam kerajaan Selangor.
Abdul Hadi yang mempertahankan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar pula dibidas teruk oleh pemimpin DAP dan PKR sejak kebelakangan ini kerana bersungguh-sungguh mahu melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

PUAKA MALAM JUMAAT: UDAH-UDAH LA TU JIJAH...SAMPAI BILA NAK NIPU RAKYAT ???

Posted: 16 Apr 2015 09:02 AM PDT


Fikir dan renungkan...

Suami dipenjarakan kerana kacau anak teruna orang

Anak pulak sampai cerai berai.

Sudah-sudahlah di Kajang pun janji tak tunaikan. Rakyat dapat janji air liur jer.

Jem di Kajang bertambah parah. Kat Permatang Pauh lagi parah.

Tanah dan sawah milik Melayu di Permatang Pauh makin terhakis.

Mana janji Anwar dulu nak bela rakyat?

Mendekati rakyat bukan sekadar pergi kenduri kendara mentekedarah semata.


Mana janjimu dulu kononnya nak jaga cucu tak nak jadi ahli Parlimen lagi?

Mana janji-janjimu nak bela anak-anak Melayu Penang di kala mereka terusir akibat kejahatan DAP yang maha rakus?

Mana letaknya akidah kamu... hukum Allah hudud ditentang seenaknya?

Mana lebih utama hukum Allah hudud atau taat pada si Ketum dan Presiden PKR?



Pencacai bertopengkan agama PKR yang anti hudud. 


Ustaz Moden's Weblog

0

Posted by Unknown | Posted on 11:01 PTG | Posted in

sumber :-

Ustaz Moden's Weblog


Pembelaan Uwais Qarni Terhadap Fitnah Syeikh Nazim Al Haqqani 

Posted: 16 Apr 2015 03:31 AM PDT

Copy&paste:

Antara penerangan dan nasihat daripada Ustaz Uwais Qarni dalam kuliah semalam berkenaan dengan isu Habaib dan Naqshabandi ;

1. Hentikan kata-kata yg tidak baik seperti tuduhan sesat dan sebagainya terhadap org yang telah meninggal dunia. Sama ada terhadap Almarhum Syeikh Nizam al-Haqqani (Pengasas Tareqat Naqshabandi) dan Almarhum YM Raja Ashman Sultan Azlan Shah, anakanda Sultan Perak. Dikhuatiri kita mencerca orang yang Allah telah muliakan mereka setelah mati, kita tidak tahu.

2. Sebagai org awam, jangan terlalu ghairah bersandar kpd pandangan2 pihak tertentu yg gemar melempar tuduhan sesat, syirik, kafir dan sebagainya kpd pihak lain yg tidak disenangi mereka. Untuk menjatuhkan hukum sesat, syirik, kafir dan sebagainya perlu kepada penelitian yg terperinci bkn semata-mata atas bukti gambar dan video kerana kita tidak hadir semasa gambar diambil dan video itu dirakamkan.

3. Isu bersentuhan dengan wanita ajnabi harus dilihat dari segi pegangan mazhab. Syeikh Nazim al-Haqqani dan Syeikh Hisham Kabbani merupakan pengikut mazhab Hanafi yang membolehkan sentuhan antara lelaki dan wanita ajnabi dengan tanpa syahwat. Justeru tidak timbul persoalan di sini. Satu perkara lagi yang perlu dinilai adalah kerja dakwah yg dilakukan oleh Syeikh Nizam al-Haqqani. Beliau merupakan pendakwah Islam yg bergerak di negara-negara eropah. Syeikh berdepan dengan pelbagai jenis org yg datang dari kehidupan yg penuh zulumat. Kita sedia maklum kejahilan dan budaya eropah yg teruk. Ada antara mereka yg bila berdepan dgn Syeikh, dengan pelbagai tingkah laku dan gaya penampilan yg bermacam-macam. Syeikh mengambil pendekatan berbeza bila berdepan dgn mereka atas nama dakwah dan sudah tentulah Syeikh akan mendidik dari semasa ke semasa dan berperingkat. Berbalik kpd bukti bergambar yg disebarkan, kita tidak hadir semasa itu justeru jangan terlalu cepat membuat tuduhan.

4. Penggunaan istilah yg boleh mengelirukan orang awam hendaklah diperbetulkan. Seperti cium kaki menjadi sujud atau sembah, berdoa di kubur menjadi sembah kubur, berzikir dengan pergerakan badan menjadi tarian atau berjoget. Penggunaan istilah yg tidak tepat inilah yang boleh menimbulkan fitnah. Sedangkan amalan-amalan tersebut ada dalil-dalil yg mengharuskannya.

5. Pergerakan badan dalam berzikir adalah diharuskan. Sekiranya pergerakan itu disifatkan sebagai tarian atau berjoget, soalannya adakah tarian dan berjoget itu haram atau sesat? Jika tidak, adakah tarian apabila disertakan zikir menjadikan ia sesat atau haram? Tarian yg haram atau zikir yg haram? Sesuatu yg bukan sunnah, tidak semestinya haram dan sesat. Isu ini pernah diulas dan dijawab oleh Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din. Sila cari dan rujuk kenyataan beliau.

6. Hubungan Habaib dan Naqshabandi. Setakat ini, cuma sekali sahaja Habib Syech dijemput mengalunkan Qasidah dan Selawat dalam majlis yang  

Gambar untuk fitnah tariqat Syeikh Nazim Al Haqqani oleh puak pro Wahabi 

diadakan oleh kumpulan Naqshabandi. Tuduhan menyatakan Habib Syech sebagai orang kanan Syeikh Hisham Kabbani jelas satu fitnah, tanpa siasatan dan hanya merujuk kepada sekeping gambar. Kalaulah dengan hanya gambar kita boleh menjatuhkan tuduhan kepada ulamak, ramailah ulamak yg kita akan tuduh mcm2 dengan sebab gambar.

7. Habaib dan para ulamak mengambil pendekatan mempertahankan para Syeikh Naqshabandi bkn kerana mereka juga ahli Naqshabandi. Tetapi mereka tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman sesat, syirik atau kafir kepada pihak yang tidak sama cara dengan mereka. Mereka meneliti dan mengambil kira perbezaan pendapat dan hujah-hujah yang dikemukakan.

Ustaz Moden : Hati-hati membuat tuduhan kepada ulama yang diiktiraf ulama besar dunia Islam… Yang banyak jasa sebar Islam di Eropah. Elok diam dari menolong sebar fitnah.


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:35 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Adakah PAS pun mudah lupa?

Posted: 16 Apr 2015 09:31 PM PDT


PAS berada di kedudukan politik terkuat dalam sejarah jatuh-bangun perjuangannya selepas mencatatkan prestasi terbaik pada pilihan raya umum (PRU) ke-10  lalu dengan memenangi 27 daripada 63 kerusi parlimen yang ditandingi.

Dua negeri - Kelantan dan Terengganu - ditadbir oleh pemimpin PAS, manakala presiden ketika itu, Datuk Fadzil Noor dilantik sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Memang benar PAS gagal mengatasi prestasi terbaiknya dalam PRU ke-12 dan ke-13 apabila memenangi 23 kerusi pada 2008 dan 21 daripada 73 kerusi ditandingi pada 2013.

Kedah berjaya ditawan dalam PRU ke-12 walaupun  negeri itu akhirnya hilang daripada genggaman kira-kira lima tahun kemudian.
Namun, mengapakah penulis tetap mengatakan PAS berada pada kedudukan terkuat ketika ini?

Kekuatan sesebuah parti politik perlu diukur dari pelbagai dimensi dan bukan semata-mata melihat kepada jumlah kerusi di parlimen. Tambahan pula jika kemenangan itu disebabkan faktor-faktor situasi luaran.

Kemenangan PAS dalam PRU ke-10 disebabkan berlaku "tsunami Melayu" menolak Umno-Barisan Nasional kesan daripada pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tun M mencabar PAS

Malangnya kemenangan itu tidak dapat bertahan lebih lama. Ya, sebaik saja sesi parlimen ke-10 (1999-2004) bermula, PAS mula kehilangan hilang apabila ada pimpinan mula mendakwa parti itu berjaya kerana orang Melayu mahukan negara Islam.

Tun Dr Mahathir Mohamad lantas mencabar PAS.

Akibatnya, Memorandum Rakyat yang menjadi legasi Almarhum Datuk Fadzil Noor sebagai reaksi kepada cabaran Dr Mahathir mula mengalami perubahan kepada Dokumen Negara Islam.

Pesanan Fadzil kepada penulis dan rakan-rakan pemikir parti supaya dokumen itu ditajukkan "Penghayatan Sebuah Pemerintahan Abad 15H/21Masehi", tenggelam dan hilang dalam hiruk-pikuk polemik tentang negara Islam.

Penulis dan anggota think-tank yang terlibat terpaksa akur.
Gabungan pembangkang di bawah Barisan Alternatif (BA) ketika itu terus berantakan. DAP keluar daripada BA pada September 2001.

Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat - PKR) merenggang daripada PAS dan membawa haluan sendiri. Ketika itu BA hanya wujud pada nama, lambang dan cogan kata, tetapi tidak pada gerak kerja.

Akibat 'terlupa' mengurus kekuatan barunya, PAS dihukum teruk dalam PRU-ke11 (2004). Daripada 27 kerusi, PAS hanya menang enam kerusi parlimen, gagal mempertahankan kerajaan Terengganu dan hampir kalah di Kelantan apabila menguasai dewan undangan negeri dengan majoriti satu kerusi.

Read More / Baca Lagi >>

JKKK Tioman ugut boikot PRK Rompin jika BN letak calon bukan pilihan

Posted: 16 Apr 2015 08:55 PM PDT


Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman tidak menolak kemungkinan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin sekiranya pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) memilih calon selain Datuk Hasan Arifin, lapor sinar Harian.

Pengerusi Ketua-ketua Kampung DUN Tioman Mohd Zaker Awang berkata barisan kepimpinan BN perlu meletakkan Hasan yang juga pemangku ketua Umno Rompin pada PRK yang akan berlangsung 5 Mei depan kerana beliau calon terbaik, berpengalaman dalam politik serta mudah didekati masyarakat.

"Andai kata nama calon yang diumumkan itu selain Datuk Hasan, kami akan menolak sekeras-kerasnya dan tidak mustahil memboikot PRK Parlimen Rompin nanti," katanya dipetik daripada Sinar Harian.

 Zaker berkata, peribadi Hasan yang disenangi penduduk tempatan akan mendorong parti pembangkang turut memberi sokongan kepada calon BN itu. "Berdasarkan pengamatan kami, masyarakat di daerah ini menyukai Datuk Hasan kerana beliau mudah didekati selain ramah dengan masyarakat. "Tidak mustahil pemimpin parti pembangkang pun akan memberi sokongan kepadanya," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

'KEMELUT' MAHATHIR-NAJIB : MENUNGGU PENJELASAN ATAU PERTANDINGAN ‘MENANG-KALAH’?

Posted: 16 Apr 2015 08:23 PM PDT

Kemelut politik yang berlaku kini sudah berada di dua persimpangan – antara mencari kebenaran, menunggu penjelasan dan mencari sokongan. Dan kadang-kadang hasrat awal yang semata-mata untuk minta penjelasan sudah 'tenggelam' dan telah timbul semacam satu 'perjuangan' mencari sokongan untuk menentukan 'menang-kalah'.
Bagi aku rakyat Malaysia agak malang kerana 'dipergunakan'. Ahli UMNO dari semua peringkat 'digembelingkan' untuk memberikan sokongan kepada DS Najib dalam menghadapi 'serangan' dari Tun Mahathir. Dan 'berduyun-duyunlah' ahli UMNO dari semua peringkat dan bahagian menyatakan sokongan kepada pemimpin mereka.
Tetapi jikalau ahli dan pemimpin UMNO itu sanggup  merenungkan sejenak rasionalnya mereka memberikan sokongan kepada DS Najib, pastinya mereka akan kebingungan dan merasa agak 'termalu' kerana memberikan sokongan membabi-buta. Dan aku yakin bahawa DS Najib tidak pula menagih simpati dan meminta diberikan sokongan. Kemungkinan 'juak-juak' yang 'mengipas' DS Najib sahaja yang bersungguh-sungguh mencari sokongan yang berkenaan.
Jikalaulah 'golongan' yang memberikan sokongan kepada DS Najib sanggup berfikir sejenak tentang perkataan 'sokongan' yang dinyatakan oleh mereka itu pasti mereka juga akan mengakui tentang 'tidak cerdik'nya tindakan mereka itu.
·      Tun M mempersoalkan tentang siapa yang memberikan arahan kepada Sirul dan Azilah untuk membunuh Altantuya. Dan DS Najib telah menyatakan bahawa beliau tidak mengenali Altantuya. Rakyat umum merasakan bahawa soalan 'siapa suruh' itu tidak terjawab. Tetapi kepimpinan dan ahli UMNO memberikan 'sokongan' kepada DS Najib. 'Sokongan' untuk apa?
·      Tun M minta diperjelaskan tentang IMDB dan siapakah 'manusia' yang bernama Jho Low  yang begitu berperanan dalam pelaksanaan IMDB. Dan kepimpinan dan ahli UMNO memberikan 'sokongan' kepada DS Najib selaku pemimpin UMNO. Sokongan untuk apa? Sehingga kini rakyat masih belum mendapat penjelasan yang memuaskan. Oleh itu tugas DS Najib hanya memperjelaskan persoalan itu. Dan jikalau boleh diadakan perdebatan terbuka sebagaimana yang telah dicadangkan oleh salah seorang pemimpin parti pembangkang.
Apabila timbul keghairahan untuk memberikan 'sokongan' kepada DS Najib oleh pengikutnya yang terdiri dari ahli dan kepimpinan UMNO (mungkin bukan semua agaknya), maka Tun Mahathir tetap tidak berganjak daripada isu yang diperjuangkannya. Beliau masih mengemukakan persoalan dan masih mahukan penjelasan daripada DS Najib tetapi 'merasakan dirinya keseorangan' dalam memperjuangkan  sesuatu yang dianggapnya sebagai tugas dan tanggungjawab seorang rakyat Malaysia. Maknanya walaupun keseorangan, namun Tun Mahathir akan terus 'berdiri' dan memperjuangkan haknya sebagai rakyat Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Mukhriz mungkin jadi mangsa pertama serangan Mahathir

Posted: 16 Apr 2015 07:48 PM PDT

oleh Aziz Bari 

Jelas terdapat banyak perkara yang boleh diperkatakan tentang kritikan-kritikan yang dibuat oleh Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak.

Tetapi saya akan mengehadkan diri saya kepada beberapa isu-isu yang mempunyai kepentingan perlembagaan. Pertamanya, serangan itu bukan hanya kritikan terhadap seorang pemimpin parti tetapi yang lebih penting, ia adalah mengenai sebuah kerajaan yang dasar-dasarnya sedang dikecam.

Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui pandangan menteri-menteri mengenai BR1M dan 1MDB, sebahagian daripada dasar-dasar ini telah dikecam Mahathir dan juga penyokong-penyokong beliau, seperti Daim Zainuddin.

Lebih penting lagi, pengundi mempunyai hak untuk mengetahui pendirian menteri-menteri dalam isu-isu ini. Ini adalah rasional doktrin perlembagaan; tanggungjawab bersama ahli-ahli Kabinet. Isu-isu lain seperti kebebasan bersuara atau sama ada dasar-dasar ini baik atau sebaliknya adalah tidak relevan.

Ini kerana apabila seseorang ahli parlimen menerima jawatan menteri, beliau terikat dengan doktrin ini. Tanpa doktrin ini, adalah sukar untuk membuat kerajaan semasa bertanggungjawab atas tindakannya.

Oleh itu, ketua Pemuda Umno dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhak untuk menyatakan yang beliau lebih menggemari 1Malaysia berbanding Wawasan 2020. 1Malaysia merupakan slogan yang dicipta oleh Najib, sedangkan Wawasan 2020adalah hasil buah fikiran Mahathir.

Read More / Baca Lagi >>

Kantoi Habis: Tidak Zahid, kami tak bersetuju dengan Pota kata Suhakam

Posted: 16 Apr 2015 07:11 PM PDT

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyangkal dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa suruhanjaya itu bersetuju dengan Akta Pencegahan Keganasan.

Sebaliknya, jelas Suhakam, ia menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri pada 12 Mac supaya ia diberi peluang untuk memberi nasihat tentang bagaimana rang undang-undang itu boleh diperbaiki dari segi hak asasi manusia.

Dalam satu kenyataan semalam, suruhanjaya itu sekali lagi menegaskan bahawa ia tidak dibawa berunding mengenai perundangan tersebut.

Menurutnya, ia telah mengeluarkan satu kenyataan yang melahirkan rasa kesal selepas rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Rakyat minggu lepas.

Suruhanjaya itu, tambahnya, telah menyatakan rasa kesalnya bahawa Pota telah diluluskan walaupun terdapat keraguan dalam beberapa peruntukannya.
 

Read More / Baca Lagi >>

PRK jadi medan perang proksi Dr M-Najib?

Posted: 16 Apr 2015 07:10 PM PDT

 Pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Rompan - masing-masing merupakan kubu kuat PKR dan Umno -  pada mulanya dijangka mungkin tidak begitu menarik.

Tetapi kini ia dilihat berkemungkinan boleh bertukar menjadi medan perang proksi antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Penyokong Najib tampil secara terbuka menyuarakan kesetiaan mereka terhadap kepimpinannya dalam mendepani kritikan Mahathir - daripada isu beban hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hingga kepada isu motif di sebalik pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun, sekutu Mahathir - Tun Daim Zainuddin - berpandangan sokongan itu mungkin 'dibuat-buat' kerana katanya, memang perkara biasa bagi ahli Umno menyatakan sokongan terbuka kepada presiden mereka.

Dengan itu, pilihan raya kecil Parlimen Rompin dilihat akan menjadi kayu pengukur bagaimana tulennya sokongan untuk Najib itu.

Kerusi itu kosong selepas Datuk Jamaluddin - yang merupakan orang kuat Najib yang mewakili kawasan itu selama 25 tahun - terkorban dalam nahas helikopter awal bulan ini.

Walaupun berdepan dengan sentimen anti-establishment dalam pilihan raya umum lepas, namun Jamaluddin berjaya meningkatkan majoriti kemenangannya daripada 10,679 undi kepada 15,114 undi, di kawasan yang terletak bersebelahan dengan kawasan Parlimen Najib - Pekan.

Kritikan Mahathir boleh menjadi 'peluru' untuk PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Walaupun Umno dijangka mengekalkan kerusi tersebut, yang terletak di negeri kelahiran Najib, tetapi kemerosotan majoritinya, akan memboleh Mahathir menguatkan lagi  dakwaannya bahawa kritikannya turut dikongsi rakyat.

Sekiranya Umno berjaya meningkatkan lagi jumlah majoritinya di Rompin, ia akan menjadi satu tamparan kepada Mahathir dan sebaliknya menunjukkan sokongan kepada Umno di bawah pimpinan Najib tetap utuh, walaupun di sebalik amaran Mahathir bahawa Umno akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Cubaan untuk memalukan Dr M
 

Read More / Baca Lagi >>

Pertikaian Tun M, Najib seolah tiada penghujungnya, kata Zam

Posted: 16 Apr 2015 06:52 PM PDT

Pertikaian Tun M, Najib seolah tiada penghujungnya, kata ZamKUALA LUMPUR: Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata pertikaian di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seolah tiada penghujungnya.

Katanya, mengenali bekas perdana menteri itu, beliau (Dr Mahathir) tidak akan berhenti dalam memperjuangkan sesuatu selagi matlamatnya tidak tercapai.

"Tun M tahu apa dia buat. Beliau jenis yang tidak akan ambil berat tentang pihak yang bersuara kerana kepentingan diri.

"Bagi Najib pula saya percaya beliau akan gunakan kuasa yang ada di tangannya untuk kekal pada kedudukannya. Jadi saya tak nampak bagaimana ia akan berakhir," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Zainuddin telah diminta untuk mengulas tentang situasi yang menyelubungi kedua-dua tokoh tersebut berikutan komennya di blog pada Khamis.

Dalam blod zamkata.blogspot.com, beliau telah mengulas tentang catatan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin di laman Instagramnya yang menyatakan sokongan terhadap Dr Mahathir.

Sokongan secara terbuka itu turut dinyatakan oleh pelakon jelita, Rozita Che Wan yang juga dibuat menerusi Instagram.
Read More / Baca Lagi >>

DAP pertikai polis lambat tangkap Jho Low, tapi cepat siasat twitter

Posted: 16 Apr 2015 06:51 PM PDT

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mempersoalkan mengapa polis masih belum menyiasat ahli perniagaan Low Taek Jho yang didakwa mempunyai kaitan dengan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun laporan polis sudah dibuat.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata siasatan sepatutnya dilakukan segera memandangkan laporan polis terhadap watak utama di sebalik syarikat yang berjaya mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion dalam tempoh 5 tahun sudah lama dibuat.

Katanya, beliau sendiri membuat laporan polis pada 4 Mac, 2015 dan memberikan dokumen lengkap berserta nama watak utama yang dimaksudkan iaitu Low yang juga dikenali sebagai Jho Low, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Halmi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Namun, sehingga hari ini, berbulan-bulan selepas laporan polis dibuat, polis belum pun mengangkat jari mereka untuk menyoal siasat Jho Low.

"Jho Low sendiri mengaku kepada media antarabangsa pihak berkuasa Malaysia belum pernah mencuba untuk mendapatkan bantuannya dalam siasatan tersebut," kata Pua dalam satu kenyataan dan menambah pemimpin Umno turut membuat laporan terhadap 1MDB seawal Disember tahun lepas.

Beliau merujuk kepada laporan polis bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada 12 Disember, 2014 yang menggesa laporan terperinci ke atas 1MDB dilaksanakan.

Read More / Baca Lagi >>

Hampir 50% pengundi tidak yakin Putrajaya mampu tangani 1MDB

Posted: 16 Apr 2015 06:49 PM PDT

Satu tinjauan pendapat yang dijalankan baru-baru ini mendapati 49% daripada pengundi di Semenanjung Malaysia secara terang-terangan tidak yakin dengan kemampuan Putrajaya menguruskan masalah yang melanda syarikat milik penuh Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tinjauan pendapat yang dijalankan Merdeka Center dengan kerjasama BFM Radio itu juga menunjukkan hanya 18% yakin Putrajaya mampu menguruskan masalah yang menyelubungi 1MDB sementara 33% lagi tidak pasti.

Kajian dilakukan Merdeka Center itu menggunakan kaedah temu bual menerusi telefon terhadap 1,011 responden pada 12 hingga 25 Mac lalu.

 1,011 responden yang dihubungi terbahagi kepada 60% responden Melayu, 30% responden Cina dan 10% responden kaum India.

Mahathir: Kenapa PM perlu jawab di TV?

Posted: 16 Apr 2015 04:45 PM PDT

Ketika Datuk Seri Najib Razak berdiam diri, Tun Dr Mahathir Mohamad giat menekan agar perdana menteri itu menjawab persoalan yang dibangkitkannya.

Selepas Najib muncul di TV untuk menjawab isu tersebut, Mahathir menekan lagi: Apa perlu PM menjelaskan perkara itu?

Beliau berkata demikian untuk menggambarkan bahawa Najib kini semakin kehilangan sokongan.

"Kenapa perlu ada rancangan TV untuk jelaskan pada rakyat? Jika rakyat sokong saya, kenapa perlu jelaskan pada mereka?

"Tak payahlah peduli saya seorang. Tapi nampak tidak konsisten, benda yang dijawab kadang-kadang menafikan kenyataan dulu," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

GST: Menteri boleh daftar peserta Maharaja Lawak

Posted: 16 Apr 2015 04:43 PM PDT

Merujuk kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek bahawa rakyat sudah memahami dan boleh menerima pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan sejak dua minggu lalu.

Beliau membuat kesimpulan mudah itu hanya sekadar berpandukan statistik kementerian yang menunjukkan pengurangan dari segi bilangan aduan pengguna yang diterima.

Saya berasa amat hairan atas kenyataan Menteri ini kerana ia tidak ubah seperti syok sendiri dan menafikan realiti beban berat yang ditanggung oleh rakyat.

Adakah dengan kurangnya aduan itu bermakna rakyat sudah faham dan terima GST?

Setiap hari kita boleh membaca di akhbar, portal berita dan laman media sosial berkenaan keluhan dan aduan rakyat berkenaan pelaksanaan GST ini telah membebankan mereka.

Iklan promosi GST yang dibuat oleh pihak kerajaan melalui siaran televisyen, radio dan papan tanda besar itu hanyalah seperti kata pepatah "indah khabar dari rupa".

Jikalau dahulu barang keperluan harian dan makanan yang dibeli itu pada harga tertentu, namun setelah GST harga yang perlu dibayar meningkat naik.

Bukankah itu membebankan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana?
Read More / Baca Lagi >>

Mukhriz jadi mangsa amukan penyokong Najib

Posted: 16 Apr 2015 04:42 PM PDT



KINI tercetus lagi politik keluarga bagi mempertahankan hegemoni politik. Datuk Seri Hishammuddin Hussein tampil mempertahankan sepupunya, Datuk Seri Najib Razak.
Datuk Seri Mukhriz Mahathir tertekan antara jawatan Menteri Besar dan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disebut-sebut menggantikan tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Lim Kit Siang beriring dengan anaknya Lim GuaN Eng mahu berkerat rotan dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Begitu juga Gobind Singh Deo masih lagi meneruskan agenda mendiang Karpal Singh "menyergah" Kanun Jenayah Syariah yang diusahakan kerajaan Kelantan.

Inilah sebahagian episod politik keluarga di Malaysia. Namun paling menarik minat ramai sekarang dramatikal antara Najib dan Dr Mahathir.

Tidak semena-mena Mukhriz menjadi mangsa amukan penyokong Najib.

Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin memulakan peluru tabur terhadap Mukhriz. Dia mahu Menteri Besar Kedah itu meletak jawatan sekiranya enggan menyatakan sokongan terbuka kepada Najib.

Hishammuddin juga memberi signal amaran kepada Mukhriz. Katanya anak Dr Mahathir itu gagal sebagai Menteri Besar jika Umno Kedah berpecah.

"Ini tanggungjawabnya sebagai menteri besar untuk memastikan Umno Kedah tidak berpecah," kata Naib Presiden Umno terbabit.

Ternyata para strategis Najib berjaya membuat Mukhriz panas punggung. Seperti agenda berjadual apabila semua pihak perlu menyatakan sokongan terbuka terhadap Perdana Menteri.

Disebut Dr Mahathir terdapat ugutan jika mereka tidak berbuat demikian.Read More / Baca Lagi >>

Najib patut terbuka kritikan 1MDB, kata Tony Pua

Posted: 16 Apr 2015 04:13 PM PDT

Disaman fitnah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana komennya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mempertahankan diri dengan berkata beliau bertanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk menimbulkan isu berkaitan rakyat.

"Ia tanggungjawab undang-undang, sosial dan moral saya untuk menimbulkan isu yang berkaitan rakyat," kata Pua dan menambah hak sebagai penggubal undang-undang sebagai salah satu dasar pembelaannya terhadap saman Najib.

Setiausaha publisiti DAP itu memfailkan dokumen mahkamahnya pada Isnin dan satu salinan diberikan kepada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak – peguam mewakili Najib.

Pua berkata orang ramai berhak untuk menerima maklumat tentang isu yang mempunyai kesan kepada mereka.

"Sebagai ahli Parlimen, saya membuat komen sah tentang perkara berkepentingan awam, berdasarkan maklumat dan fakta yang disahkan," katanya di dalam dokumen mahkamah yang dilihat The Malaysian Insider.

Dalam kes julung kalinya seorang perdana menteri menyaman ahli Parlimen kerana fitnah di Malaysia, Pua juga bergantung kepada justifikasi pembelaan dan berkata maklumat didedahkan kepada umum tentang 1MDB adalah benar.

Dalam dokumen pembelaan 23 mukasurat itu, Pua juga mempersoalkan kedudukan Najib yang memfailkan saman tersebut memandangkan beliau merupakan ahli Parlimen Pekan, perdana menteri serta menteri kewangan.

 "Tindakan beliau boleh dikritik kerana beliau memegang jawatan awam," katanya. Seorang lagi tertuduh dalam saman tersebut, Chan Chee Keong yang diwakili Raul Lee Bhaskaran, memfailkan pembelaan beliau pada 31 Mac. Kes saman tersebut akan didengar di hadapan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera.
Read More / Baca Lagi >>

Tiga sayap UMNO Kedah minta Mukhriz tidak buat kenyataan 24 April

Posted: 16 Apr 2015 04:09 PM PDT

Tiga sayap UMNO Kedah minta Mukhriz tidak buat kenyataan 24 AprilALOR SETAR: Ketiga-tiga sayap UMNO negeri Kedah hari ini memberi amaran kepada mana-mana pihak yang sengaja mempolemikkan isu peletakan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sehingga  mengundang kepada perpecahan UMNO negeri itu.

Pada masa yang sama, mereka juga mahukan Mukhriz tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung sokongannya terhadap Perdana Menteri pada 24 April depan bagi mengelak diputar belitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Gesaan itu dibuat oleh Ketua Pemudanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, Ketua Wanita, Datuk Maznah Hamid dan Ketua Puteri, Datin Norashimah Md Nowar di Bangunan Tunku, Alor Setar dalam mesyuarat ketiga-tiga sayap yang diadakan hari ini.

Dalam pada itu, ketiga-tiga ketua sayap pimpinan UMNO Kedah turut melahirkan sokongan padu kepada pentadbiran Mukhriz dan akan berdiri teguh di bawah kepimpinan beliau.

"Kita mohon dan kita minta kepada yang amat berhormat Menteri Besar untuk tidak mengeluarkan kenyataan pada 24 haribulan atas dasar yang pertama sekali kita takut yang mana pertama sekali kita takut bahawa kenyataan pada 24 haribulan itu akan diambil sebagai satu spekulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab," kata Saiful Hazizy selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua Sayap UMNO Kedah itu.
Read More / Baca Lagi >>

69 Ketua UMNO DUN Bukit Lada setuju Mukhriz lepas jawatan jika tidak sokong Najib

Posted: 16 Apr 2015 04:08 PM PDT

69 Ketua UMNO DUN Bukit Lada setuju Mukhriz lepas jawatan jika tidak sokong Najib
POKOK SENA: Seramai 69 daripada 86 Ketua UMNO Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada menyokong penuh kenyataan ADUNnya, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang mahu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir melepaskan jawatannya sekiranya tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sokongan itu disuarakan Ketua UMNO Cawangan Kampung Hujung Bendang Datuk Mohd Ismail Othman, yang mewakili ketua-ketua UMNO cawangan lain yang menyatakan sokongan teguh kepada ADUN Bukit Lada itu dan Najib selaku Presiden UMNO.

Pada masa yang sama, mereka menasihatkan Ahmad agar tidak menarik balik kenyataan yang disiarkan menerusi akhbar dan media elektronik sebelum ini serta tidak membuat permohonan maaf seperti yang dituntut oleh UMNO cawangan Bukit Lada.
Read More / Baca Lagi >>

400,000 penjawat awam masih terima gaji serendah RM805 sebulan

Posted: 16 Apr 2015 04:06 PM PDT

Terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji serendah RM805 sebulan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.
Beliau berkata, mereka yang menerima gaji sedemikian kebanyakannya adalah pembantu am dan pemandu yang masuk ke perkhidmatan awam menggunakan kelayakan
Penilaian Menengah Rendah (PMR).
"Yang menerima gaji minimum itu ialah golongan pelaksana dan mereka adalah rakyat serta aset kepada kerajaan dan negara. Jika aset ini tidak dijaga, kita bimbang mereka terkesan dan tidak dapat menumpukan sepenuhnya jiwa dan raga untuk meningkatkan produktiviti.

Selain itu, mereka juga tidak akan dapat memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak disebabkan kewangan yang tidak mencukupi, di samping tidak mampu menanggung kos kesihatan yang kini meningkat 120%," katanya. Azih berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ekonomi Penjawat Awam 2015 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tuntutan Cuepacs yang mahukan kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 35% bagi menjadikan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum.
Read More / Baca Lagi >>

Dalam 1Malaysia....Oh Negara ku...!!!!

Posted: 16 Apr 2015 10:11 AM PDT


DAH LAH MENIPU BERI DATA SALAH !!!

Posted: 16 Apr 2015 10:06 AM PDT

Kenya itu NEGARA MUNDUR..
Malaysia juga negara mundur juga ka !!!!

Semakan Pakej Harga Broadband di Malaysia Streamyx, Celcom, Digi, Umobile, Maxis. Menteri kata, 14% dan 57% Lebih Murah Daripada Harga Semasa!

Posted: 16 Apr 2015 08:20 AM PDT

Rakyat mendesak harga Pakej harga broadband Unifi, Celcom, Digi, Maxis di Malaysia disemak semula kerana pakej harga broadband yang ditawarkan kepada pengguna sangat membebankan.
Masakan tidak, melihatkan sahaja jiran terdekat kita Singapura pakej harga broadband mereka yang ditawarkan pada kelajuan 150Mpbs hanyalah RM119 sebulan sahaja, Malaysia? 5Mbps dengan pada harga RM 157.94 termasuk dengan cukai GST. Oh…..Berita Semasa itu negara maju dan negara terkaya di dunia. Janganlah bandingkan dengan negara kota Singa. Ok Baik….

Kita bandingkan pula dengan jiran di sebelah utara kita negara gajah putih Thailand iaitu di sekitar Narathiwat, patani dan Yala terletak di Selatan Thailand. Di fikiran anda pasti terbayang suasana yang kacau bilau dengan orang mati ditembak dan dibom bukan? Tetapi tahukah anda di sana kebanyakannya pakai IPTV dan internet berkelajuan tinggi (10mbps unlimited) pada kadar harga RM74 atau 650 Bhat sahaja.
Mengapa negara kita yang dicanang mahu menju ke negara maju, pakej harga broadband yang ditawarkan kepada rakyat marhaen begitu tinggi?
Selepas didesak berkali-kali akhirnya berita terkini yang Berita Semasa terima Menteri akhirnya mengumumkan pakej harga broadband Unifi, Celcom, Maxis, Digi kepada anda semua. Katanya inilah tawaran pakej harga broadband selepas Menteri berhempas pulas berbincang dengan taikun-taikun berkepentingan dalam industri telekomunikasi negara. Katanya…ada pengurangan….Mari kita semak bersama-sama…

Senarai Semakan Pakej Harga Broadband di Malaysia Streamyx, Celcom, Digi, Umobile, Maxis

Read More / Baca Lagi >>

Tentang Siti Nurhaliza dan perlawanan ‘pasukan merah’ dalam Umno

Posted: 16 Apr 2015 08:12 AM PDT

oleh Alyaa Alhadjri
Selalunya mencampurkan politik dan sukan bukanlah idea yang baik, tetapi apa kita buat "percubaan" kali ini?
Perdana Menteri Najib Razak dikenali sebagai penyokong kuat pasukan bola sepak Inggeris Manchester United dan baru-baru ini dilaporkan memiliki jam tangan Hublot edisi terhad Big Bang King Power 'Red Devils' Manchester United.
Baru bulan lalu Najib meluangkan masa menonton perlawanan antara Manchester United dan Liverpool FC bersama peminat tempatan di Restoran Singgah Selalu di Johor Bahru.
Pasukan Red Devils itu menewaskan "The Reds" dengan keputusan 2-1, dan pada masa ini menikmati kemenangan demi kemenangan selepas bermula buruk pada musim ini.
Saya bukanlah peminat bola sepak, namun dapat melihat persamaan antara pertembungan antara dua pasukan itu (dan penyokongnya), dengan pergolakan dalam Umno yang kini berlangsung.
Tambahan pula, merah adalah warna yang sinonim dengan Umno, dan pertembungan antara penyokong Najib dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pula semakin panas.
Berbeza dengan bola sepak, perlawanan dalam poltitik biasanya "berlangsung" di belakan tabir – bukannya di padang terbuka dan ditayangkan kepada peminat di seluruh dunia.
Dalam kes ini, penyokong Liverpool masih lagi memakai jersi pasukan mereka dengan penuh bangga, namun mana-mana penyokong Mahathir dalam Umno sekarang nampaknya sudah menutup mulut, kalau pun tidak "diugut" untuk kekal membisu.
Malah anak Mahathir sekali pun,iaitu Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir tidak berani mempertahankannya.
Ketua Umno Cheras Syed Ali Alhabshee pula dilaporkan menafikan wujudnya puak dalam Umno, dan menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Bila pemimpin negara dilantik di kalangan golongan bangsawan inilah hasilnya..

Posted: 16 Apr 2015 06:42 AM PDT


WOWW!!! 400,000 masih bergaji RM805....
MASIH TETAP TERBAIK, sekurang2nya gaji mereka LEBIH BAIK dari negara Zimbabwe & Kenya...

BEZANYA KOS DAN KELAJUAN JALUR LEBAR NEGARA LAIN TERUTAMANYA ASIA TENGGARA DENGAN MALAYSIA.

Posted: 16 Apr 2015 06:41 AM PDT


ANGAN-ANGAN atau REALITI...
Lagi 5 tahun lagi negara kita bakal jadi NEGARA MAJU ???

"Malaysia mensasarkan menjadi sebuah negara maju dalam masa lima tahun lagi. Dan biarpun rakyat negara ini semakin celik IT, hakikatnya kadar kelajuan jalur lebar di negara ini masih rendah. Ini diburukkan lagi dengan kos langganan jalur lebar yang dilihat tinggi berbanding negara-negara serantau."

APA AKAN JADI jika UMNO & BN hidup berparasit di S'pore mahupun Brunei ???

Posted: 16 Apr 2015 05:27 AM PDT


Adakah Mahathir sudah kabur, melihat titik buta atau rabun?

Posted: 16 Apr 2015 05:11 AM PDT

oleh Mariam Mokhtar
Sebahagian rakyat Malaysia bukan sahaja mudah lupa, mereka juga naif dan mudah terpedaya. Apabila bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kelihatan seperti menyuarakan kebimbangan kita, dan bercakap menentang korupsi dan politik wang, beliau berjaya membuatkan ramai menyangka yang "beliau bukanlah jahat sangat"!
Di kalangan kita, ada yang sudah membangkitkan soal ketidakadilan dan korupsi berdekad lamanya, dan ramai dalam usaha itu telah dilokap Mahathir. Perdana Menteri paling lama negara ini bukanlah secara tiba-tiba "insaf". Ada banyak sebab bagi sikapnya kini. Barangkali beliau hanya memikirkan tentang dirinya, bukan anda – rakyat.
Mahathir berkata Umno Baru akan tewas pada PRU ke-14, jika Najib Razak masih memimpinnya. Beliau mendakwa ramai yang akan didakwa ekoran kemelut 1MDB. Beliau mencadangkan agar Najib disingkirkan sekarang, untuk membolehkan Umno Baru menyelesaikan isunya dalam masa dua tahun sebelum PRU.
Kata-kata Mahathir sedikit sebanyak ada benarnya. Umno Baru akan tewas dalam PRU ke-14, tetapi mereka akan masih menang pilihanraya, dengan cara menipu. Melainkanlah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibubarkan. Apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Ismail Sabri mendakwa bahawa manipulas persempadanan semula bermula ketika era Mahathir, SPR menafikannya bagi pihak Umno.
Menurut Mahathir, ramai yang akan ditangkap. Entah mengapa beliau tidak merasakan dirinya termasuk dalam senarai itu. Jika bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak berhadapan dakwaan rasuah, mengapa tidak Mahathir?
Read More / Baca Lagi >>

Gandingan Hadi – Tuan Ibrahim akan buatkan PAS terpencil?

Posted: 16 Apr 2015 05:07 AM PDT

oleh Rizuan Shamsudin
Kemaraan gandingan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man bagi pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden menjanjikan masa depan yang malap buat parti itu.

Setakat ini majoriti PAS Kawasan termakan hujah risalah 'Parasit' yang mencaci puak profesional. Terdapat dakwaan risalah itu diterbitkan oleh musuh PAS berdasarkan rekaletak ang menyamai risalah menghentam Nurul Izzah di parlimen Lembah Pantai ketika PRU yang lalu.
PAS dengan ideologi yang direncanakan kumpulan Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki semakin bergerak ke arah perjuangan Hezbollah di Lubnan. Parti Hezbollah yang dipimpin ulama' mendapat sokongan masyarakat Kristian dan sekular. Parti itu memenangi undi terbesar dan mentadbir selatan Lubnan.

Tidak percaya PR

Dengan kira-kira 1.3 juta ahli, ulama' PAS tidak lagi percaya terhadap gabungan Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah. Sebaliknya mereka hanya bersetuju dengan persefahaman longgar di negeri pantai barat, utara dan selatan Semenanjung Malaysia. Sekiranya Pakatan tidak mahu bersama mereka lagi, persefahaman akan berakhir dan parti itu boleh membentuk kekuatan sendiri di Kelantan serta Terengganu.

PAS bersedia untuk membentuk gabungan longgar bersama BN bagi memerintah negeri-negeri lain.. Mimpi Hezbollah ini sering didodoikan oleh pemikir ekstrem dalam parti itu.

Hakikatnya, andainya Hezbollah masuk bertanding pilihan raya di Malaysia maka parti itu pasti akan dilabel setaraf gerakan Tabligh. Hezbollah hanya akan mampu memenangi satu atau dua kerusi DUN sahaja.

Lubnan sebuah negara yang baru pulih daripada perang dan parti yang progresif serta mampu menjanjikan kebajikan ala kadar  akan diundi. Malaysia sebaliknya adalah negara moden dan maju insfrastrukturnya. Parti seperti Hezbollah akan kelihatan kuno dengan corak politik yang keras dan anti-demokrasi. Sekiranya PAS mahu menukar diri kepada Hezbollah maka mereka sebenarnya menggali kubur sendiri.
Malah, PAS sejak 1998 telah mamasuki fasa yang lebih canggih pada era kepimpinan presiden almarhum Fadzil Noor.

Idelogi terpesong

Definisi tahaluf siyasi pula jelas. Sekutu yang akan bersama untuk mengambil alih pemerintahan negara telah ditetapkan. Sistem politik yang diamalkan juga jelas.

Malangnya, segalanya disabotaj oleh puak pemikir PAS yang mahu menyingkir golongan profesional, yang sejak sedekad lalu berusaha keras menjadikan parti itu lebih arus perdana dan berwibawa. 
Read More / Baca Lagi >>