Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


PROGRAM ANAK DIPARLIMEN ROMPIN

Posted: 15 Apr 2015 10:41 AM PDT



Jadual perancangan awal...
kemungkinan ada perubahan jadual diperingkat akhir nanti...
Ia tertakluk pada keadaan ...
Segala masaalah hubunggi AJK ANAK tel yang tertera dibawah.

1.Tarikh Himpunan : 25 & 26 April 2015
2. Lokasi : Felda Keratong 4 , Rompin Phg ( Markaz Pas)
3. Aturcara ;
25 April , Sabtu
4.30 ptg - 7.00 ptg :
( PIC Nasaie)
Program Outdoor Gen 2
Pertandingan motor cantik
Konvoi Arc
Dikir barat
7.00 ptg - 9.00 mlm
( PIC Us Roslan Esa )
Solat magrib berjamaah
Tahlil perdana
Solat Isya berjamaah
Solat Hajat Save Felda
9.00 mlm - 12.00 mlm
( Jamuan Rakyat - Pas Rompin )
Ceramah Umum :
( Pengerusi Majlis : Nasaei & zabidi )
Dato Seri TG Hj Abd Hadi Awang
YAB Tuan Azmin Ali
Dato Tn Ibrahim Tn Man
Sdr Mazlan Aliman
Calon PRK Rompin
26 April 2015 , Ahad
9.00 pg - 12 tghri :
Agenda 1 ; (pengerusi majlis Sdr Shamsul Bakri )
Pembentangan oleh
Dr Rosli Yaakob
YB Sivarasa
Tuan Hj Mohd Soid Jonit
Selingan persembahan artis
Agenda 2 ;
Perbahasan wakil2 Negeri
Agenda 3 ;
Bacaan Resolusi oleh Aris Faizul Ismail , Timb Presiden Anak
Penutup oleh ; Tn Hj Mohamad b Sabu
Bersurai

Jemput hadir beramai ramai.
Sebar luaskan.
Maklumat lanjut hubungi Ust Aris 0199855883,
Yuhanis 0133039913,
Fadil 0173339668, 0148299413(gerai)

Din Abu Bakar 0197487362

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Pengarah2 Melayu BIAR PENCUCIAN ETNIK terhadap Melayu dalam Maybank!!!!

Posted: 15 Apr 2015 06:57 PM PDT


Tulisan bersiri ABITW diketengahkan oleh blogger Rocky Bru SINI hari ini.

Ia menceritakan mengenai usaha penccucian etnik di dalam Maybank oleh pengurusan IT Omputih dan Cina ke atas pekerja tetap Maybank yang asal.

Omputih ni bawa cina ramai2 tapi bila projek dia gagal dua kali, dia buang pekerja asal dan bukan pekerja yang dibawa masuk dan gagal. Malah dikatakan ada berlaku sabotaj untuk gagal yang disengajakan.


Cara pengurus dan pekerja dilayan untuk dibuang menyerupai harimau melapah daging. Harimau adalah ikon Maybank. Kekerasan yang dilakukan secara terancang sama macam zaman Gestapo bawah rejim Hiter.

Isunya bukan meritkrasi kerana pengurusan cina yang dibawa tak competent lalu dikambinghitam pengurusan dan staff lama yang majoriti adalah Melayu. Mereka yang faham business process Maybank tapi cina yang datang dari CON-sultant tak mahu dengar dan ingat dah handal sangat.

Nak bangun IT yang mustahak dalah ilmu, pemahaman dan pengalaman tentang business process dan bukan hal teknoloji yang bleh ditukar dan ditambah. Core dalam sistem yang terbina yang penting dan bukan gadget2 terbaru.  


Blogger The Chulan SINI mengeluh:

Kadang kala muak juga tengok komen komen orang orang tertentu hentam kerajaan. Yang buat kita mual tu sebab yang komen tu sendiri dari jenis yang tidak betul.

Selesa sangat hingga sempat berkhayal tulis buku P Ramlee

Ada yang baru jadi pengurus syarikat milik kerajaan dan buat macam ayah dia punya syarikat. Baru urus benda macam tu dah tak amanah dan gelecoong. Jawatan pulak bukan sebab kebagusan diri tapi kerana network peribadi.

Kita sebagai bloggers picisan pun dapat in box macam macam berkenaan peneraju GLC sengget ni. Ada kakitangan yang  sudah mati sebab  berubat kampung konon nya mohon medikal dari syarikat tidak di layan. Tapi syarikat tu mampu pula taja benda benda yang tak ada faedah untuk puas kan hati orang atas.


Menurut Rocky, pihak Yayasan Pelaburan Bumiputera berkata tak boleh dipersalahkan Dato Najib dan tulisan blogger tak salahkan Dato Najib. Dia hanya terlibat dalam urusan polisi tapi urusan harian adalah urusan PNB dan Maybank.

Baca siri ke 4 di SINI dan dari situ ada link2 yang lain. Mari kita bantu ketengahkan ke pengetahuan PM akan apa yang berlaku di bawah. Kasi PM sedar akan bertapa hopeless pengurusan Melayu lliberal dalam Maybank dan PNB.

Tun Ahmad Sarji dan pengurusan Maybank sila jawab. Ahmad Sarji ini adalah pejuang DEB dulu. Kenapa bleh terjadi macam gini?

Kami bertanya saja bukan suruh resign lagi....

Buzze Azam ditahan sebab hina IGP, Jangan tak tahan Gohlee dan Nga Kor Meng

Posted: 15 Apr 2015 05:30 AM PDT


Buzze menuduh IGP ada kaitan dengan Sanjeevan. Malam tadi dia ditahan untuk siasatan.

Kalau penyokong UMNO dan BN hina Ketua Polis boleh disoalsiasat , takkan mat-mat ini semua tak disiasat


Ivan Goh Lee Ee Tat dah dikesan





Tak lama lagi tutuplah FB ni

Jho Loh diinterview Euromoney dan Edge, sediakah muncul di PAC?

Posted: 15 Apr 2015 12:29 AM PDT


Berikut adalah artikel Euromoney:













Jho LOh dikatakan akan muncul dalam satu temuramah di satu media hari minggu ini.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GST: BILA NAJIB BUAT KERJA...ABU LAHAB, ABU JAHAL BUAT APA???

Posted: 15 Apr 2015 10:14 PM PDT


Puak-puak pembangkang dah mula berkira-kira mahu turunkan berjuta-juta pencacainya pada 1 Mei untuk berdemo bantah dan hapuskan GST. 

Sekali lagi isu ekonomi dieksploitasi sepenuhnya untuk mendapatkan sokongan rakyat berselindung di sebalik usaha membebaskan seorang peliwat.

Di hari tersebut nanti kita akan melihat kita akan melihat betapa bodoh dan naifnya umat Islam -Melayu dipergunakan oleh kafirin, munafiqin dan fasiqin DAP dan PKR serta PASMA turun ke jalanan.


1 Mei 2015 akan jatuh pada hari mulia, hari Jumaat. Hari di mana umat Islam dituntut membersihkan diri dari dosa, memperbanyakkan istighfar, zikir dan selawat. Bukannya memekik terlolong membela peliwat.

Hari Jumaat umat Islam dituntut membersihkan jiwa dan hati bukannya melalak separuh mati mencaci GST.

Mana para ulama PAS yang boleh menegah pengikutnya supaya tidak mencemarkan kesucian hari Jumaat - penghulu segala hari? 

Hari yang dijanjikan dosa umat Islam akan diampunkan jika mereka ikhlas beribadah.

Tapi adakah turun ke jalanan memekik terlolong itu dikira sebagai jihad dan ibadah?

Ada pahala ker merintih, melalak, merungut dan mengkufuri nikmat itu?

Golongan ini mengatakan diri mereka dizalimi oleh sistem GST.  Kononnya harga mahal apabila membelinya di kedai-kedai. Jika tahu kena tipu mengapa tak laporkan pada pihak berkuasa?

Dah tahu golongan peniaga menipu harga dan menzalimi serta merompak wang kita, kenapa masih berdiam diri tidak mahu bertindak ke atas mereka?


Sepatutnya jika tahu golongan peniaga itu menipu, sebagai pengguna kita ada hak menegur mereka, tak pun marahkan mereka kerana sebab mereka rakyat sengsara.

Menipu tak habis-habis... patutlah kaya bergenerasi lamanya.

BR1M merugikan?

Kununnya bagi duit kat rakyat itu merugikan negara. Kununnya duit negara akan habis. Kununnya lagi duit itu tidak mengembalikan sokongan pada kerajaan...kunun....kunun...kunun.

Tapi sedarkah kita pemberian bantuan ihsan BR1M telah berjaya menggerakkan ekonomi negara. Rakyat sebagai pengguna dan peniaga mendapat manfaatnya. 

Manfaatnya lebih kepada mereka yang berpendapatan bawah RM4,000 sebulan terutamanya di luar-luar bandar. 

Pengguna membelanjakan wang mendapat barang. Peniaga mendapat jual barang dan wang, keuntungan kemudiannya dijadikan simpanan dan pelaburan. Keuntungan juga digunakan untuk membayar cukai.

Cukai digunakan untuk membangunkan negara. Cuba cerita dimanakan yang dikatakan kerajaan kutip duit cukai tak belanjakan untuk manfaat rakyat?

Anak-anak kita dapat bersekolah dengan kemudahan infrastruktur yang sempurna semuanya hasil dari cukai.

Dapat kemudahan elektrik dan air semuanya hasil pembangunan infrastruktur menggunakan wang cukai.

Jalanraya baik, gaji dibayar hasil cukai banyak kemudahan untuk rakyat, harga barang pun masih lagi murah berbanding di negara-negara jiran...semuanya hasil kutipan cukai. 

Zaman Nabi Yusof a.s pun dah ada cukai. Baginda adalah Menteri Kewangan yang cekap. 

Zaman Rasulullah s.a.w, Khulafa Ar Rasyidin dan seterus-seterusnya cukai dikenakan kepada rakyat untuk pembangunan dan pertahanan negara. Jadi yang mana hukumnya dikatakan haramnya cukai?   

Jadi cuba ceritakan yang mana dikatakan kerajaan zalim menyamun harta rakyat dengan adanya GST?  

Siapa sebenarnya memeras kita?

Siapa samun wang kita kalau bukan peniaga khianat? Dengan GST harga sepatutnya jadi murah tetapi siapa yang khianat naikkan harta sesuka hati menipu rakyat kalau bukan para peniaga sendiri?

Siapakah mereka, mengapa mereka begitu marah sangat pada sistem GST dan sanggup membiayai gerakkan menentang GST?


Maki hamun orang lain tak betul memang senang. Tambah senang lagi kalau hanya duduk dikerusi empuk hanya menerima laporan sebelah pihak tanpa turun membantu memulihkan kepincangan.

Kerja pembangkang PR semuanya nak bangkang, semuanya salah kerajaan semuanya tak betul. Tapi apa pula jasa-jasa mereka untuk bantu rakyat? 

Bila tahu naik elaun sokong pulak...itulah hipokrit namanya.

Jadi apabila menerima seruan golongan fasik dan kafirin untuk turun demo 1 Mei ni maka kita wajib tolak kerana mereka mahu mencemarkan kesucian Jumaat kita.

Mana satu yang kita nak ingat pada hari Jumaat itu, ingat demo maki hamun atau ingat Allah?

Kalau masa berdemo sanggup berpanas melalak. Adakah mereka juga sanggup berpanas tanpa berteduh ketika mendengar khutbah dan bersolat Jummat?...Tu pun kalau sembahyang Jumaat laa...

Nak jamak atau qasar solat zuhur...dey korang pergi demo tu atas tujuan baik ker?

Oppsss lupa wali terompah pernah kata solat Jumaat itu berdemo jugak....muahahahaha mana punya mazhab daaa...










DAP TUGASKAN ZAIRIL PUJUK HJ HADI KAW-KAW SAMPAI LEMBUT

Posted: 15 Apr 2015 06:15 PM PDT

Jika sebelum ini DAP menggunakan strategi character assassination (serangan peribadi) kini mula mengubah kepada bentuk pujukan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hadi dan kepimpinan ulama PAS sebelum ini disarafkan DAP sebagai 'kumpulan UG' – kumpulan yang mahu bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Namun, sejak kebelakangan ini, DAP dilihat mula menukar rentak daripada menyerang kepada pujukan.
Ia dikesan daripada kenyataan 'anak emas' Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada media dua hari lepas.
Anggota Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dilaporkan Malaysiakini mengingatkan PAS supaya tidak terjerat dalam "perangkap" UMNO buat kali dua kali.
Zairil membuat peringatan itu sebagai mengulas kenyataan Hadi yang menyifatkan wajib berunding dengan UMNO berkenaan pelaksanaan hudud.
Hadi yang sebelum ini dilabel sebagai penipu, dipujuk Zairil agar mengingati kembali penipuan yang dilakukan UMNO terhadap PAS pada 1970-an.
Zairil mengingatkan PAS mengenai insiden apabila ditipu selepas penyertaan parti itu dalam kerajaan campuran, rampasan kuasa semasa Kelantan ekoran darurat serta tragedi Memali pada 1985.
"Hadi Awang bukan orang baru dalam kancah politik Malaysia. Beliau seharusnya faham bahawa UMNO cuma lunak kepada PAS ketika mereka terdesak memandangkan UMNO sendiri yang menghalang pelaksanaan hudud pada 1993.
"Bagaimana pula dengan tragedi Memali pada tahun 1985? Sekiranya PAS ingin bekerjasama dengan UMNO, tidakkah mereka perlu terdahulu menuntut kebertanggungjawaban terhadap kematian Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya?," katanya.
Dalam kenyataan medianya, Zairil turut bertanya mengapa Hadi tidak mempersoal kesanggupan UMNO membantu PAS melaksanakan hudud di Kelantan, sedangkan langsung tidak menunjukkan minat untuk membentangkannya di negeri yang mereka kuasai.
"Malahan, Presiden UMNO sendiri terus mengelak daripada menyatakan pendiriannya berkenaan hudud, sementara terdapat menteri UMNO yang terus-terang menolak pelaksanaan hukum tersebut," katanya.
Sehubungan itu, Zairil yang juga penolong setiausaha kebangsaan DAP itu turut mempersoalkan tindakan Hadi yang dianggapnya terburu-buru mewajibkan bekerjasama dengan UMNO walaupun parti itu banyak kali dikhianati.
Malah, katanya, sikap Hadi juga berbeza dengan pemimpin sebelumnya seperti bekas presiden Datuk Fadzil Noor dan bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dilihat sentiasa tegas dan lantang dalam isu yang melibatkan UMNO.
Katanya, kedua-dua pemimpin itu menekankan nilai Islam, keadilan dan amanah serta menggalakkan sikap istiqamah bersama pakatan pembangkang bagi menumpaskan UMNO dan BN.
"Mengapa Hadi Awang begitu terburu-buru untuk mewajibkan kerjasama dengan Umno setelah banyak kali dikhianati mereka (UMNO)?
"Setelah berkali-kali ditipu oleh UMNO, PAS seharusnya sedar dan tidak menjadi pelanduk yang melupakan jerat," katanya lagi.
Setelah puas maki hamun tendang2 & ceraikan PAS talak 3 sekarang semua DAP gila meroyan gila talak mahu merujuk kembali dengan PAS

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:16 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Ke Mana Hilangnya RM42 Bilion Duit 1MDB?

Posted: 15 Apr 2015 07:41 PM PDT



RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak hanya hilang begitu sahaja. Inilah yang anda dapat dari wang itu.

1) Membeli dan memiliki 15 loji kuasa dan desalinasi di lima buah negara - dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW

- Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia.
- IPP terbesar di Mesir dan Bangladesh. Kedua terbesar di Malaysia.

2) Membina 3 lagi Loji kuasa baru
- 2000MW Jimah East Power di Port Dickson (RM11b untuk kos)
- 2000MW Loji Kuasa Gas di Melaka - http://tinyurl.com/pxulqx8
- 50MW (RM1b untuk kos) Loji Solar di Kedah - terbesar di Malaysia - http://tinyurl.com/ljjar4a
- Membeli 310 ekar  tanah berharga RM300 juta di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga. http://tinyurl.com/qfw22gh

3) Membantu mengurangkan kos kuasa IPP kepada TNB sehingga separuh pada tahun 2012 setelah berunding untuk kadar yang lebih rendah bagi loji kuasa sedia ada dan baru.

- Ini telah membantu pembekuan peningkatan harga elektrik yang dijadualkan pada bulan Julai 2014, Jan 2015 dan juga membenarkan TNB untuk mengurangkan kadar elektrik pada bulan Mac 2015 (pertama kali dalam sejarah bahawa kadar elektrik dikurangkan dalam Sejarah Malaysia) mungkin dengan satu lagi pengurangan kadar elektrik pada bulan Julai 2015.

4) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan  70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan  Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion

- Dijangka menarik lebih 250 syarikat global, mewujudkan 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung

- Menjadi pusat global bagi kewangan antarabangsa, perdagangan dan perkhidmatan terutamanya bagi Kewangan Islam

- Jualan dan pembangunan Pertama adalah projek RM8b dengan syarikat terbesar di Australia, Lend Lease ditandatangani pada bulan Mac 2015 - http://tinyurl.com/knqebe2

5) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion

- Termasuk hubungan melalui 60-90minute Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur (satu stesen dari TRX).

- Dijangka mempercepatkan pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.

6) Membeli, membina dan melengkapkan lapan kemudahan ketenteraan baru untuk TUDM dan PDRM berharga RM2.7b (http://tinyurl.com/7eduhru)

- Termasuk dua lapangan terbang udara baru – 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan dan flying wing PDRM di Subang.

7) Merancang dan membeli tanah untuk beberapa projek bagi 30.000 rumah kos rendah dan mampu milik di seluruh Malaysia - khususnya di Pulau Pinang (9999 unit rumah mampu milik dengan kos tanah RM1.3b (http://tinyurl.com/ous4pcj) dan Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia).

8) Menjalankan hampir RM400 juta projek CSR yang termasuk menghantar 2,300 orang di antara 2011 dan 2014 untuk menunaikan Haji, subsidi tayar untuk pemandu teksi di bawah TR1MA 1.0 dan 2.0, 15 tempat pemulihan untuk pelajar di Sarawak, projek bekalan elektrik dan air luar bandar dan klinik bergerak 1Malaysia. http://tinyurl.com/q225juq

- Termasuk membaik pulih rumah lama untuk golongan miskin di bawah program Nadi Kasih pada tahun 2011, dengan kos RM90.5 juta.

9) Membina dan mendalami hubungan dengan negara-negara utama di Timur Tengah - termasuk urusan dengan Arab Saudi yang telah membantu Malaysia meningkatkan kuota haji sebanyak 20,000 jemaah haji setiap tahun dan juga membantu pelajar  kita keluar dari Mesir.

- Membangkitkan minat dan menarik berpuluh-puluh bilion pelaburan dari negara-negara asing - terutamanya daripada kerajaan dan syarikat-syarikat dari Timur Tengah ke Malaysia sejak 2009 dalam pelbagai projek 1MDB dan projek bukan 1MDB yang lain.

Untunglah Orang Permatang Pauh #PRKPmtgPauh

Posted: 15 Apr 2015 07:25 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:13 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Fomca: Harga barang naik sampai 30 peratus selepas GST

Posted: 15 Apr 2015 09:12 PM PDT

Pemantauan oleh Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mendapati harga bagi kebanyakan barangan dinaikkan antara 20 hingga 30 peratus selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Fomca, pemantauan di sebuah pusat membeli-belah di Kelana Jaya itu dibuat ke atas pematuhan peraturan tanda harga, kedudukan harga dan resit pembayaran.

Harga barangan tersebut seterusnya dibandingkan dengan senarai dalam Buku Panduan Harga Pengguna yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Kita mendapati kebanyakan harga barang telah naik antara 20 peratus hingga 30 peratus berbanding harga baru dalam buku panduan," kata Mohd Yusof Abdul Rahman, Timbalan Presiden FOMCA.

Jelasnya, pemantauan di pusat membeli-belah Paradigm itu melibatkan barangan di kedai video Speedy, kedai peralatan kesihatan Guardian, kedai runcit My News.com dan pasaraya besar Tesco.

Yusof menunjukkan satu contoh satu pewangi ketiak yang dinaikkan harga sehingga RM5.35, berbanding harga RM4.44 mengikut buku panduan.

Dalam tinjauan berkenaan, Fomca turut menemui beberapa ketidakwajaran berikut:
   

  • Kedai keluarkan resit pembelian dengan harga yang berbeza berbanding harga barangan di rak.
     
  • Peniaga tidak pamerkan harga asal barangan sebelum ditambah GST dalam resit.
     
  • Pengusaha letakkan dua harga berbeza untuk barangan tertentu.
     
  • Tanda harga di rak berbeza dengan harga yang dinyatakan dalam resit.
     
  • Tanda harga barang tidak menunjukkan jenis GST yang dikenakan ke atas harga barang itu.
 Read More / Baca Lagi >>

GST: Emosi rakyat terganggu dengan kenyataan Ahmad Maslan - Pakar psikologi

Posted: 15 Apr 2015 09:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Emosi rakyat negara ini yang terganggu dengan beberapa kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkaitan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilihat bakal pulih dalam sedikit masa lagi.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, pelbagai pendapat rakyat terutama di media sosial dilihat proses biasa meluahkan perasaan yang normal bagi setiap manusia.

"Mereka akan menggunakan medium media sosial yang dilihat lebih mudah, selain diakui ia menjadi viral namun masih dilihat normal.

"Memang lumrah bagi manusia apabila rasa ditekan, mereka akan menyatakan rasa tidak puas hati namun ia hanya berbentuk sementara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Abdul Jalil mengulas keluhan masyarakat terutama di media sosial mengenai reaksi pelaksanaan GST.

Ia menjadi lebih 'panas' apabila Ahmad mengeluarkan beberapa kenyataan yang dilihat tidak menyebelahi pelajar kampus.

Ahmad dilaporkan berkata, kenyataannya tentang saranan untuk masak sendiri dimanipulasi kumpulan tertentu.Read More / Baca Lagi >>

1MDB: Ketua Umno bahagian terus desak Jho Low pulang beri penjelasan

Posted: 15 Apr 2015 08:59 PM PDT


Tekanan terus diberikan kepada ahli perniagaan Low Taek Jho yang dikaitkan dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kali ini daripada ketua Umno bahagian yang mendesak beliau pulang beri penjelasan.

Pemimpin akar umbi Umno mencabar Low, juga dikenali Jho Low, supaya tampil menghadap Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sekiranya tidak bersalah. "Kami desak Jho Low segera pulang ke Malaysia, beri penjelasan kepada PAC mengenai isu 1MDB, kita mahu lihat sama ada beliau terlibat atau tidak.

 "Kalau benar ingin bantu, pulang ke tanahair dan beri penerangan," kata Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Gesaan juga dinyatakan oleh Ketua Umno Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang berkata Low perlu bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjelaskan permasalahan melanda syarikat pelaburan dana strategik negara itu.

 "Jadi sekarang kita mahu Low bertanggungjawab sepenuhnya, berani buat berani tanggung," katanya.

Dua lagi ketua Umno bahagian turut membuat desakan sama terhadap Low dan berkata masalah 1MDB berpunca daripada ahli perniagaan tersebut.

"Tetapi perbuatannya itu tidak menyelesaikan masalah sebaliknya menambah suasana kurang senang dalam isu 1MDB," kata Ketua Umno Bahagian Rasah, Datuk Hasim Rusdi.

 Sementara itu, Ketua Bahagian Temerloh Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin pula menyifatkan Low yang mengaitkan Umno dalam skandal 1MDB sebagai tidak wajar.
Read More / Baca Lagi >>

Kempen kotor cemari pemilihan PAS - Pengerusi Pemilihan

Posted: 15 Apr 2015 07:06 PM PDT

Di sebalik slogan berjuang berlandaskan Islam, PAS mengakui proses pemilihan parti itu kini dicemari kempen kotor dan gejala tidak sihat, malah ia didakwa bukanlan perkara baru.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi berkata, kempen kotor dalam pemilihan parti itu bukan lagi rahsia, namun di sebalik pengakuan itu beliau tidak menolak kemungkinan ia didalangi pihak luar yang ingin mengambil kesempatan.
 
"Cerita label melabel sesama ahli PAS memang sudah lama berlaku. Bukan ketika pemilihan kali ini saja. Sebelum pemilihan pun ini sudah berlaku.
 
"Ada individu dilabel liberal, menolak hudud, sebagai begitu, sebagai begini. Ia memang berlaku," katanya kepada Malaysiakini.
 
Kelmarin, bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang, mengakui sukar untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden walaupun beliau mendapat pencalonan minimum seperti disyaratkan perlembagaan parti itu.
 
Ahmad yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Pusat Islam dan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia antara 1981 hingga 1999 berkata, pemilihan jawatan dalam PAS kali ini dicemari kempen kotor dan amalan berat sebelah.
 
Antara tokoh yang dikaitkan sebagai mangsa kempen kotor itu ialah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, yang kalah dalam perebutan jawatan Yang Dipertua Kawasan Kampar.
 
Pemilihan jawatan tertinggi PAS pusat dijadual diadakan Jun ini.
 
Asmuni berkata, apa yang didedahkan Ahmad itu memang ada kebenarannya. 
 
Katanya, antara tokoh dalam PAS yang menjadi mangsa kempen kotor itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang pernah dituduh mahu menjatuhkan kepimpinan ulama dua tahun lalu.
 
Tidak ketinggalan, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin dan Pengarah Pilihan Raya PAS yang juga Ahli Parimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli. 
Read More / Baca Lagi >>

‘Bailout’ MAS oleh Khazanah – satu langkah biasa

Posted: 15 Apr 2015 07:02 PM PDT

oleh Ng Kee Seng
Selagi politik sosio-ekonomi Malaysia kekal "berjalan seperti biasa" di bawah kerajaan persekutuan pimpinan Umno BN, amalan membazir dan 'bailout' akan terus dilaksanakan.
Ia akan berterusan sehingga kerajaan persekutuan tidak mampu untuk berbuat demikian. Itu tidak akan berlaku dalam jangka masa terdekat, kerana kerajaan persekutuan telah menemui satu pendapatan tanpa had baru menerusi GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), di mana rakyat Malaysia membayar cukai setiap saat dalam sehari.
Daripada makan roti canai dan nasi lemak di restoran mamak kepada membeli barang runcit, anda perlu membayar kerajaan. Atau, seperti menurut seorang menteri, jangan makan di luar!
Dengan GST, wakil rakyat kini memberi diri mereka kenaikan gaji yang lumayan menerusi elaun, kenaikan sehingga 50 peratus.
Dengan sumbangan GST yang tidak berkesudahan daripada rakyat, sekarang merupakan "waktu merumput" bagi semua pihak yang ada kabel politik dan kerajaan.
Lihatlah bagaimana Khazanah Nasional Bhd dan kerajaan persekutuan menyelamatkan Malaysia Airlines Bhd (MAS)! Hanya suntik sahaja dana, buat pengurusan MAS kelihatan cermat di bawah apa yang dipanggil sebagai penyusunan semula, tetapi pegawai-pegawai atasan terus mendapat ganjaran yang lumayan.
Mengapa bimbang? Rakyat mampu menampung kerajaan persekutuan menerusi sumbangan GST dan cukai pendapatan tahunan yang murah hati.
Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan (Nufam) telah mengeluarkan satu kenyataan, seperti yang dilaporkan oleh The Rakyat Post, menuntut pengurusan MAS supaya menyiasat kerugian kewangan tanpa henti yang direkodkan pada masa lalu. 

Presiden Nufam, Ismail Nasaruddin berkata yang ada beberapa laporan yang dibuat mengenai perkara, itu tetapi tidak siasatan pernah dijalankan sehingga kini.
"Kelihatannya, MAS seolah-olah bersih, tetapi realitinya adalah terdapat terlalu banyak kerugian dalam MAS setakat ini.
"Tiada satu pun kenyataan awam telah dibuat mengenai isu-isu ini, dan MAS tidak pernah menjelaskan mengapa mereka telah mengalami kerugian sebegitu besar," kata beliau dalam satu kenyataan, menurut The Rakyat Post.
Ismail menempelak Khazanah kerana menyalahkan MAS yang menggaji terlalu ramai kakitangan, dan menuntut kedua-duanya mengemukakan bukti kewangan dan mendedahkan jumlah wang yang dibayar kepada ahli-ahli lembaga dan eksekutif.
"Sekarang kami mendengar bahawa ketua pegawai eksekutif yang baru sedang dibayar €5 juta (RM19.8 juta) setahun. Jika ini benar, Khazanah perlu mendedahkan kepada rakyat tentang RM6 bilion yang diperuntukkan untuk menyelamatkan MAS," katanya.
Ismail juga berkata yang jika dakwaan itu benar, MAS terpaksa menjelaskan kepada Nufam bagaimana ia mampu membayar jumlah itu kepada seorang, tetapi tidak mengekalkan 6,000 kakitangannya, walaupun dengan pemotongan gaji.
"Masih terdapat banyak soalan yang tidak terjawab dan jika ini berterusan, kita tidak akan nampak masa hadapan yang lebih baik bagi MAS. Ia akan mendapat kedudukan yang lebih buruk dan dalam masa yang singkat, akan ada orang-orang yang akan menyalahkan kakitangan sekali lagi."
Read More / Baca Lagi >>

'Kenapa ada pegawai kerajaan makan komisyen dari persembahan buskers?' - MYBC

Posted: 15 Apr 2015 06:46 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Memang ada segelintir pegawai kerajaan yang mengharapkan imbuhan dari program-program yang ditawarkan kepada buskers di samping ingin mendapat nama dan 'tunjuk buat kerja' tanpa ada keikhlasan dalam berperanan sebagai seorang kakitangan yang komited."

Pendedahan itu dibuat Presiden Kelab Penghibur Jalanan Malaysia (MYBC) Wady Hamdan yang dilihat kemuncak kepada rasa tidak puas hati kerana pemuzik jalanan atau buskers yang kerap diperdaya oleh sesetengah agensi kerajaan yang meminta mereka membuat persembahan namun tidak menerima habuan setimpal.

Kata Wady, apabila perkara sedemikian terjadi, imej dan kredibiliti mereka akan tercemar sekali gus melunturkan semangat untuk memberi kerjasama dan memastikan sokongan berjalan lancar.

"Saya berharap agar sikap pegawai seperti ini dapat dipantau secara serius dan diambil tindakan agar tidak menjejaskan pembentukan agenda yang baik untuk negara.

"Kita akan terus lebih berani dalam menyampaikan suara sesuatu komuniti. Kerajaan juga perlu terus memastikan semua agensi di bawah faham tanggungjawab mereka," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.



Antara persembahan buskers yang mendapat sambutan hangat masyarakat

Wady mengulas masalah yang melanda beberapa buskers di bawah naungan MYBC yang dikatakan ditindas beberapa agensi kerajaan dalam isu bayaran persembahan.

Sebelum ini, Wady dilaporkan berkata, buskers bukan peminta sedekah dan mahu masyarakat melihat mereka sebagai seniman jalanan selain tidak terpalit dengan persepsi sebagai penagih dadah.

Wady turut memberi amaran tidak lagi mampu bertolenrasi sekiranya segala gerak kerja bersama mana-mana jabatan atau agensi kerajaan, menimbulkan masalah atas sikap negatif kerana tidak memperoleh imbuhan atau kepentingan.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas menteri Sarawak dinamakan dalam laporan rasuah balak

Posted: 15 Apr 2015 06:35 PM PDT

"Rasuah hutan" di Sarawak dikaitkan dengan pelan pembesaran syarikat dikatakan terlibat "membersihkan" sejumlah besar hutan hujan di Peru, menurut Agensi Penyiasatan Alam Sekitar (EIA) yang menamakan bekas menteri Sarawak Tan Sri Leonard Linggi sebagai tokoh utama dalam struktur rumit pemilikan korporat tersebut.

Pemilikan dan pelaburan yang "membersihkan" sebahagian besar hutan semula jadi Sarawak untuk dijadikan ladang kelapa sawit dikatakan memberi dana kepada Dennis Melka, ketua pegawai eksekutif syarikat United Cacao yang disenaraikan di Bursa Saham London (LSE), mengumpulkan tanah hutan di Peru dan membersihkannya untuk perladangan, kata EIA.

Dalam laporan siasatannya baru-baru ini, "Deforestation by Definition", EIA berpengkalan di London mengaitkan Linggi kepada Melka, mendedahkan kedua-duanya sebagai pengarah Asian Plantations Limited (APL), disenaraikan dalam Alternative Investments Market (AIM) LSE yang dijual kepada Felda Global Ventures pada 2014.

 Katanya, Melka membuat keutungan melalui APL di Sarawak dan dibantu melalui hubungan politik termasuk Linggi. Menurut laporan itu, bekas ahli Parlimen Kapit itu masih mempunyai kepentingan dalam APL melalui anak syarikat lain.

Laporan yang menumpukan empayar perniagaan Melka dan sasarannya bertujuan menyedarkan kerajaan dan bakal pelabur di Peru mengenai jejak wang dan pautan dengan rasuah hutan di Sarawak. EIA menamakan Linggi selepas siasatan badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar seperti Global Witness dan Bruno Manser Fund yang cuba mendedahkan rasuah balak di Sarawak.

"Kejayaan APL dan keuntungan bermula dengan pemberian tanah hutan berharga oleh kerajaan negeri Sarawak, di bawah pimpinan (bekas) ketua menteri kepada sekutu politik dan ahli keluarga lebih rendah daripada harga pasaran.

Read More / Baca Lagi >>

Setiausaha sulit menteri JPM ditahan SPRM kerana tuntutan palsu RM500,000

Posted: 15 Apr 2015 06:10 PM PDT

Setiausaha sulit seorang menteri Kabinet yang didakwa membuat tuntutan palsu sebanyak RM500,000 ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Borneo Post semalam.

Suspek berusia 41 tahun itu, setiausaha sulit kepada seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri, dibawa ke Mahkamah Majistret di Kuching semalam untuk ditahan reman sehingga 20 April.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Low Chin How membuat permohonan melengkapkan siasatan mereka dan pendengaran dibuat secara tertutup di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman, lapor Borneo Post

Walaupun ada bilik mahkamah khas mendengar sebarang kes tahanan reman, peguam bela Wit Malang yang mewakili suspek, memohon agar pendengaran permohonan dibuat secara tertutup atas alasan anak guamnya adalah individu yang sangat penting, lapor akhbar berkenaan.

Suspek disiasat kerana didakwa membuat tuntutan palsu bagi dana kerajaan beberapa program dan jumlah terbabit dikatakan sebanyak RM500,000.

Menurut Boreo Post, siasatan akan dijalankan di ibu pejabat SPRM di Kuala Lumpur.

ADUN Umno: Saya tak berniat nak rebut jawatan MB Kedah

Posted: 15 Apr 2015 06:01 PM PDT

ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, beliau tidak berniat langsung untuk merebut jawatan menteri besar Kedah, yang kini disandang Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau menangkis dakwaan bahawa seruannya agar Mukhriz meletak jawatan itu mengandungi niat peribadi.

Sebaliknya, kata Ahmad (kanan), seruannya kepada Mukhriz itu dibuat atas prinsip menjaga perpaduan dalam parti.

Katanya beliau tidak mempunyai niat langsung untuk merebut jawatan tersebut memandangkan kuasa melantiknya adalah hak Najib selaku presiden Umno.

"Jawatan MB tu hak perdana menteri. Bukan kita. Itu hak beliau. Kalau saya desak pun, dia kata bukan saya yang jadi MB, (tak jadilah).

"Kalau saya niat, beliau tak lantik, tak jadi juga," kata Ahmad menjawab teguran ketua Umno bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee semalam.

Syed Ali mendakwa, Ahmad mungkin mempunyai agenda peribadi dan mungkin mengidamkan jawatan menteri besar kerana mendesak Mukhriz melepas jawatan jika gagal menyatakan sokongan kepada Najib.

Syed Ali turut menggesa semua pihak berhenti memberi tekanan kepada Mukhriz supaya berseteru dengan bapanya yang sejak kebelakangan ini giat mengkritik perdana menteri.

Ketua Umno Cheras itu mengulas tindakan Ahmad membuat desakan itu kerana Mukhriz masih tidak menyatakan sokongan kepada perdana menteri selepas pertemuan di antara pemimpin Umno Kedah minggu lalu.

Sikap yang akan ditunjukkan Mukhriz selepas kritikan keras bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib itu dijangka akan memberi kesan besar kepada perpaduan dalam Umno Kedah.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata desakannya juga tidak bermaksud supaya Mukhriz "menderhaka" bapa sendiri.

Read More / Baca Lagi >>

Cubaan Khairy perkecilkan #KitaLawan tanda UMNO semakin takut - Tian Chua

Posted: 15 Apr 2015 05:24 PM PDT

Cubaan Khairy perkecilkan #KitaLawan tanda UMNO semakin takut - Tian Chua
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Tian Chua menyifatkan percubaan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memperkecilkan himpunan #KitaLawan sebagai tanda ketakutan UMNO.

Khairy, dalam satu kenyataan semalam berkata sambutan yang diterima #KitaLawan tidak mencapai tahap seperti gerakan Reformasi pada 1998 dahulu.

Mengulas perkara ini, Tian Chua berkata #KitaLawan merupakan kesinambungan kepada perjuangan mereka dan ia tidak boleh dibandingkan dengan gerakan Reformasi.

"Saya tidak rasa dia (Khairy) tahu apa-apa mengenai Reformasi… sudah tentu tidak boleh dibandingkan.

"Tetapi ia suatu kesinambungan perjuangan, dan jika ada yang fikir bahawa angka Kitalawan adalah lebih kecil dari 1998, saya rasa sila balik dan lihat semula foto-foto tersebut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Rabu.

Menurut beliau, jumlah peserta perarakan dari Sogo ke KLCC pada 7 Mac lalu melebihi peserta pada perarakan tahun 1998 dan 1999.

Katanya lagi, pada perhimpunan Reformasi, 90 peratus yang menyertainya adalah kaum Melayu dan orang-orang UMNO, manakala #KitaLawan pula dihadiri peserta daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.
Read More / Baca Lagi >>

DAP: SPRM berani siasat anak Rosmah?

Posted: 15 Apr 2015 05:21 PM PDT

Seorang MP DAP memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana berani menyiasat isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kes cincin berlian.

Namun, SPRM masih tidak meneliti kekayaan yang diraih oleh anak Rosmah, kata MP Kulai, Teo Nie Ching.

Katanya, kekayaan Riza Aziz itu malah menjadi tumpuan laporan media antarabangsa.

Katanya, laporan New York Times juga membangkitkan mengenai koleksi beg tangan mewah dan barang kemas Rosmah.

Sedangkan, gaji yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya US$100,000 (RM370,000) setahun.

"Sudahkan SPRM memulakan siasatan ke atas (beg tangan) Hermes (Rosmah) dan rumah emper anaknya bernilai RM110 juta di New York?
 

Read More / Baca Lagi >>

Adakah Rakyat Malaysia Yang Suka GST ?

Posted: 15 Apr 2015 05:18 PM PDT

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Jika saya, jawapannya mudah: Saya tidak suka GST kerana benci dengan penjelasan kerajaan yang menyatakan GST menurunkan harga barang. Ini hujah yang tidak jujur.
Bagi kebanyakan rakyat, mereka tidak suka GST kerana menyebabkan barang naik dan ini membebankan kehidupan mereka. Kata mereka: "tidak ada pun harga barang keperluan yang turun."

Hairannya ada juga kawan-kawan saya yang mendokong kuat GST ini. Kata mereka GST meninggalkan kesan yang baik. Antaranya ialah:
i. Rakyat semakin cerdik memilih kedai yang boleh dituju.
ii. Rakyat merancang bajet dan berbelanja untuk barang bekeperluan sahaja.
iii. Institusi keluarga menjadi semakin kukuh kerana rakyat makan di rumah.
iv. Rakyat berani bersuara kepada pekedai untuk menjaga hak mereka sebagai pengguna.
v. Rakyat menyimpan resit untuk menghargai kos produk yang dibeli.
vi. Rakyat mula berjimat dan ini baik untuk meningkatkan tabungan.
vii. Pekedai dan peruncit tidak lagi berani menipu kerana takut kepada hukuman melalui Akta Pencatutan.
viii. Rakyat semakin jimat berbelanja untuk mengelakkan pembaziran.
Saya berfikir lama untuk menghadam hujah kebaikan GST di atas. Tapi semakin saya fikir, semakin otak saya menolaknya.
Mengapa? Ini kerana hujah di atas sengaja dibuat dan dicipta. Hujah sebegitu tidak ikhlas dan tidak ada roh.
Moralnya: Berilah penjelasan yang betul dan konsisten kepada rakyat. Alasan yang banyak berbelit menyebabkabn rakyat hilang keyakinan kepada kebaikian GST, jika ada.

KALAU malas bayar gst, menteri saran supaya rakyat bertani, pelajar masak sendiri...

Posted: 15 Apr 2015 07:51 AM PDT


Harga rumah naik RM30,000 setahun..

Harga rumah naik RM30,000 setahun..
Harga rumah naik RM30,000 setahun..

Buat fresh graduate susah dapat kerja, bile dapat kerja gaji RM1.5k, nak bayar PTPTN, nak kahwin, beli rumah, berhutanglah sampai mati..

TAMBAH SORANG LAGI mangsa wabak Ahmad Maslan..

Posted: 15 Apr 2015 07:49 AM PDT


Kali ini menteri Dato' Abdul Rahman Dahlanpula terjebak..

Mengapa setiap kali kenyataan dari mulut pemimpin UMNO mesti hendak membandingkan dgn negara2 mundur terutamanya negara2 Afrika !!!

KENAPA tidak membandingkan dgn negara2 pengeluar minyak amnya...

Nampaknya mentaliti menteri2 UMNO skrg dah tahap kronik slps GST dilaksanakan tanggal 1 April 2015..

Posted: 15 Apr 2015 07:47 AM PDT


Sejauh mana dakwaan ‘sabotaj’ dalam pemilihan PAS kawasan?

Posted: 15 Apr 2015 06:58 AM PDT

oleh Alyaa Alhadjri
KUALA LUMPUR: Komplot tersirat – atau tidak terlalu tersirat – antara puak dalam PAS mungkin sudah pun mula berjalan menjelang muktamar pemilihan Jun depan, dengan sekurang-kurangnya satu laporan berhubung sabotaj dan pengaturan dalam pemilihan peringkat bahagian.
Pada 14 April, Malaysiakini memetik tokoh veteran PAS Ahmad Awang yang mendakwa bekas menteri besar Perak Nizar Jamaluddin adalah antara mangsa "kempen fitnah" oleh puak pro ulama'. Nizar terlepas kedudukan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar.
Ahmad dilaporkan mendakwa, ada risalah yang melabelkan Nizar sebagai "talibarut DAP" yang menyebabkan beliau tewas kepada Ketua Hal-ehwal Ulama' PAS Kampar.
Nizar sebelum ini menjadi Yang Dipertua di sana untuk tujuh penggal, atau hampir mencecah dua dekad.
Ketika dihubungi, Nizar yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak pada awalnya berkata, tidak menyedari tentang dakwaan Ahmad.
Namun selepas dimaklumkan, beliau kemudiannya berkata, "Betul lah!", tetapi tidak mengulas lanjut.
Jika sabotaj dan taktik begitu benar-benar berlaku, ini bermakna mereka dalam puak ulama' sedang bergerak untuk mengukuhkan kedudukan mereka, menguasai lebih banyak PAS kawasan yang akhirnya dapat menentukan pencalonan dan menghantar perwakilan kawasan ke muktamar nanti.
Namun, pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Asmuni Awi memaklumkan belum menerima apa-apa laporan "rasmi" berhubung dakwaan salah laku dalam tempoh berkempen yang sedang berlangsung.
Katanya, garis panduan telah dikeluarkan kepada setiap ahli dan tidak akan melayan apa-apa "khabar angin" berhubung dakwaan kesalahan, termasuk dakwaan sabotaj terhadap Nizar.
"Tiada laporan (diterima). Jika ada, saya tiada kuasa untuk menyiasat, (maka) saya akan lanjutkannya kepada jawatankuasa disiplin.
"Saya juga tidak akan mengulas khabar angin. Individu itu sendiri atau ahli kawasan yang perlu membuat laporan rasmi kepada parti," katanya ketika dihubungi Semut Harian.
Setakat ini, sejumlah 40 daripada 191 PAS kawasan seluruh negara telah mengadakan mesyuarat dan memilih pemegang jawatan bagi penggal 2015-2017, serta menamakan calon untuk bertanding jawatan di peringkat pusat.
Read More / Baca Lagi >>

Engkau Tidak Keseorangan

Posted: 15 Apr 2015 06:48 AM PDT

A Kadir Jasin
(Puisi buat orang tua kita, Tun Dr Mahathir)
ENGKAU tidak keseorangan
Suaramu tidak hilang dalam kebisingan
Amanatmu tidak boleh disekat dihalang
Atau dilenyapkan oleh genderang perang.
Biarkan mereka meniupkan nafiri
Mendabik dada menunjuk berani
Biarkan mereka julang sang dewata
Biarkan mereka bersumpah setia
Menyanyikan lagu-lagu cinta
Sambil berkata:
"Kami cintakanmu sang dewata."
Biarkan dia dijulang sejuta manusia
Biarkan dia disanjung demi kuasa
Biarkan dia dipuja kerana wang berjuta
Kerana engkau lebih besar daripada itu
Engkau tidak perlu puji dan puja palsu.
Engkau tidak keseorangan
Suaramu tidak hilang dalam keriuhan
Amanatmu tidak pudar kerana cemuhan
Atau dilenyapkan oleh sejuta tuduhan.
Biarkan mereka mengutuk mencacimu
Biarkan mereka menyumpah seranah namamu
Memanggilmu orang tua gila
Kerana azammu membela bangsa dan negara
Kerana pedulimu kepada rakyat jelata.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa ahli BN secara membuta tuli sokong pemimpin tidak cekap

Posted: 15 Apr 2015 06:18 AM PDT

oleh Ahmad Mustapha Hassan

Negara ini tidak pernah memiliki pentadbiran yang lebih tidak cekap berbanding kerajaan kini di bawah Najib Razak.

Ini adalah kerajaan paling lemah dan berhadapan pelbagai skandal. Tetapi amat mengejutkan apabila beliau mendapat sokongan besar daripada mereka di dalam Umno Baru dan rakannya yang tidak relevan di dalam kerajaan.

Pertama, Ketua Bahagian Umno Baru mengadakan pertemuan untuk menunjukkan sokongan kepadanya. Sejumlah 160 "warlord" memberikan dukungan penuh kepada ketua mereka yang tiada keupayaan dan semberono. Ia langsung tidak bermakna apa-apa. Media sosial secara konsisten melaporkan dakwaan salah laku kerajaan.

Fakta yang paling mengejutkan adalah perbelanjaan tidak terkawal untuk hal-hal yang tidak penting. Sebuah jet mewah telah dibeli, walaupun yang ada masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

Kemudian tentang perjalanan yang menelan belanja jutaan ringgit, apabila jet menjelajah banyak negara tanpa sebab yang munasabah. 1MDB telah menunjukkan kerugian berjumlah RM42 bilion, dan tiada seorang pun yang menyokong Najib memperkatakannya.

Mereka hanya membiarkan kesalahan berlaku. Seolah-olah tiada seorang pun dalam kerajaan dan Umno Baru yang peduli.

Tentulah tidak salah untuk menyokong pemimpin, namun apabila pemimpin itu telah melakukan kesalahan yang nyata dan menyebabkan negara kehilangan wang berbilion ringgit, mereka perlu menunjukkan bahawa hal itu tidak boleh dibiar begitu sahaja.

Mereka perlu memberitahu Najib untuk memperbetulkan tindakannya dan lebih bertanggungjawab.

Read More / Baca Lagi >>

Mahathir: Ada yang sokong Najib kerana takut

Posted: 15 Apr 2015 06:14 AM PDT

oleh V Shuman
Jawapan yang diberikan Perdana Menteri Najib Razak dalam wawancara yang dikatakan menjawab segala persoalan dan ditayangkan di televisyen beberapa hari lalu, gagal memuaskan hati individu yang menjadi sebab wawancara itu diadakan – bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Dalam tulisan terbaru di blognya Isnin lalu, Mahathir menyentuh soal sokongan yang diterima Najib, yang tidak semestinya disebabkan kesetiaan.
"Sokongan dari kumpulan-kumpulan tertentu tidak bermakna mereka sokong 1MDB.
"Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu.
"Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib," kata Mahathir, barangkali merujuk dilema yang kini dihadapi anaknya, Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir.
Mukhriz kini berbelah bagi antara menyuarakan sokongan kepada presiden partinya Najib, atau berdiri di sisi bapanya.
Mahathir berkata lagi, beliau sedar yang beliau mungkin keseorangan dalam lantang mengkritik Najib, namun melakukannya atas  rasa nggungjawabnya kepada rakyat.
"Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya," soalnya.
Beliau kemudian sekali lagi membangkitkan isu dana 1MDB di Pulau Cayman, yang kini dikatakan berada di Singapura.
"Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua billion? Kenapa kerajaan membuat 'standing credit' sebanyak 900 million?
Read More / Baca Lagi >>

PKR soal cadangan jual Sacofa kepada syarikat keluarga Taib

Posted: 15 Apr 2015 06:11 AM PDT

PKR Sarawak hari ini mempersoalkan cadangan untuk menjual 50% pegangan saham anak syarikat kerajaan negeri, Sacofa Sdn Bhd, kepada Cahaya Mata Sarawak Berhad (CMS), syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Yang DiPertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How berkata, ia jelas bertentangan dengan ikrar Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem untuk mendukung integriti kerajaan negeri.

Katanya, Adenan sepatutnya membawa isu penjualan syarikat infrastruktur telekomunikasi ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dibincangkan.

Sacofa pada tahun 2002 memperoleh kontrak monopoli 20 tahun oleh kerajaan negeri bagi membina, menguruskan, memajak, dan menyelenggara menara telekomunikasi di negeri itu.

Sehingga kini, syarikat itu mendirikan lebih 600 menara telekomunikasi, yang kemudiannya dipajakkan kepada syarikat telekomunikasi di Sarawak.

1MDB: PKR dakwa Najib beri penjelasan berbeza

Posted: 15 Apr 2015 05:53 AM PDT

PM dikatakan membuat kenyataan bercanggah di Dewan Rakyat bahawa Jho Low tidak terlibat dengan dana 1MDB.
pkr najib jlo
PETALING JAYA : PKR mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penjelasan berbeza kepada Pergerakan Pemuda UMNO berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam perjumpaannya baru-baru ini.
Kesangsian itu ditimbulkan Naib Presidennya Tian Chua apabila Najib dikatakan membuat kenyataan bercanggah di Dewan Rakyat bahawa Low Taek Jho atau Jho Low tidak terlibat dengan dana 1MDB.
"Saya tidak mengetahui apa yang Najib terangkan kepada Pemuda UMNO dalam perjumpaannya kerana kita tidak berada di sana. Kecuali Perdana Menteri menerangkan kepada Pemuda UMNO versi yang berlainan apa yang kita dengar bahawa Jho Low adalah dalang," katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat PKR.
Mengulas lanjut , Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata penafian yang dilakukan oleh Jho Low selama ini konsisten dengan apa yang ditegaskan oleh Perdana Menteri bahawa ahli perniagaan itu tidak terlibat dengan 1MDB.
"Sekiranya, kamu (Pemuda UMNO) marahkan Jho Low kerana gelarkan UMNO 'Spinmaster' kenapa tidak saman sahaja beliau," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pengakuan jenayah terpendam Mahathir, UMNO bakal terima balasan

Posted: 15 Apr 2015 05:49 AM PDT


dr_mahathir


KUALA LUMPUR, 15 APR: Pihak polis perlu segera memulakan siasatan terhadap pengakuan jenayah berprofil tinggi kerajaan oleh Tun Dr Mahathir agar semua pihak yang terlibat dikenakan hukuman sewajarnya, kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong.
"Jika polis gagal melakukannya, rakyat perlu bersatu dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang untuk memberi undi kepada kerajaan baru di Putrajaya yang boleh berjanji untuk menyiasat dan membuat semua menteri menerima pembalasan terhadap jenayah yang mereka lakukan kepada rakyat serta negara," katanya dalam satu kenyataan.
Steven yang juga Pengarah Pendidikan Politik Pemuda DAP (DAPSY) berkata demikian merujuk kepada pengakuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu video temubual berhubung jenayah rahsia UMNO dalam tiga dekad lalu sejak beliau mula berkuasa pada 1981.
Mahathir dalam temubual tersebut memberi amaran jika Pakatan Rakyat berkuasa, 'mereka akan menggali dan jika mereka menggali, ramai orang boleh didakwa dan didapati bersalah.
Menurut Steven, walaupun pengakuan oleh Perdana Menteri paling lama itu agak terselindung, tapi ia jelas membuktikan terdapat aktiviti haram dan salah laku oleh UMNO.
Katanya, pengakuan itu juga telah disahkan oleh bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin dalam blognya baru-baru ini bahawa amaran Mahathir kepada Najib adalah secara tidak langsung merupakan amaran untuk diri sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Tangkap Jho Low, Buka Semula Kes Altantuya...Habis Cerita!!

Posted: 15 Apr 2015 05:30 AM PDT

Disebalik Najib Razak menerima sokongan satu persatu, bermula dengan Ketua-Ketua Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri dan UMNO Negeri-negeri, hakikat yang makin nyata ialah apa yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dalam serangannya selama ini semakin diakui ada kebenarannya.

Dua isu pokok yang dipersoalkan Tun Mahathir terhadap Najib ialah berkenaan 1MDB dan keadilan untuk Sirul. Berkaitan 1MDB, antara pertanyaan Tun Mahathir ialah ke mana perginya wang RM42 bilion yang ia berhutang dan apa peranan Jho Low dalam syarikat tersebut?

Dalam isu Sirul pula, pertanyaan Tun Mahathir ialah siapakah yang mengarahkannya membunuh Altantuya?

Selepas Najib mengadakan pertemuan dengan Pemuda UMNO yang menyaksikan beliau dijulang kemudiannya, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin bukan saja meminta audit terhadap syarikat itu dipercepatkan, malah mahu Jho Low segera disiasat.

Ramai yang hairan kenapa KJ secara tiba-tiba, tidak lama selepas menjulang Najib, mahukan pula Jho Low disiasat?

Apakah beliau tidak puas hati dengan penjelasan Najib dalam pertemuan itu atau tidak percaya dengan pengakuan Perdana Menteri sebelum ini bahawa Jho Low tiada sebarang kaitan dengan urusniaga 1MDB?

Tidak lama selepas Jho Low tampil menuding UMNO sebagai "kaki putar"  dalam isu melibatkan dirinya, Ahli Parlimen Kepala Batas yang juga bekas Setiausaha Politik Tun Abdullah, Reezal Merican Naina Merican pula mencabar ahli perniagaan itu agar berani kembali ke tanahair untuk menjelaskan kaitannya dengan 1MDB.

Dalam masa yang sama, hari ini juga Tony Pua dari DAP turut mendesak agar pihak polis segera menyiasat Jho Low dan Najib atas kesalahan melakukan jenayah kepada pembayar cukai.

Dengan pihak pembangkang dan UMNO seakan "senada dan seirama" mahukan Jho Low disiasat, ia seolah-olah semakin ramai mulai sedar bahawa kritikan dan teguran Tun Mahathir selama ini ada benarnya.

Dengan menangkap dan menyiasat Jho Low, barangkali banyak maklumat boleh diperolehi mengenai peranannya dalam syarikat yang bermasalah itu seperti dengan siapa dia berhubung, siapa yang memberi arahan, peranannya dalam beberapa entiti pelaburan di luar negara dan sebagainya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri: Kadar Internet akan turun hingga 57%

Posted: 15 Apr 2015 05:25 AM PDT

Kerajaan mengumumkan, pengguna bakal menikmati kadar bayaran lebih rendah untuk penggunaan Internet jalur lebar.

Satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Bernama menyebut, ia melibatkan pengurangan antara 10 peratus hingga 57 peratus bagi kadar tertentu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pengurangan tarif itu akan mengimbangi kadar enam peratus yang dikenakan melalui cukai barangan dan perkhidmatan.

Pakej jalur lebar mudah alih dengan had data 1GB dengan frekuensi 3G akan dikenakan kadar baru RM25 sebulan.

Read More / Baca Lagi >>

Anwar ‘intai’ pergeseran Najib-Mahathir dari tirai besi

Posted: 15 Apr 2015 05:23 AM PDT

Mahathir-Vs-NajibKUALA LUMPUR 15 APRIL: Pergeseran kencang antara Najib Razak dan Mahathir Mohamad turut menarik perhatian Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim.
Walaupun terkurung di sebalik tirai besi, Ketua Pembangkang itu masih seperti dahulu, sama sebelum beliau dipenjarakan – cakna isu rakyat termasuk krisis kepimpinan Umno Barisan Nasional.
Buktinya, ketika lawatan isteri dan ahli keluarganya di Penjara Sungai Buloh minggu lalu, Anwar seperti lazim bertanyakan perkembangan masalah rakyat, soal ekonomi dan isu negara termasuk sengketa dua pimpinan Umno itu.
"Jumaat lepas saya dan keluarga pergi berjumpa Anwar selepas pemergian ayahandanya ke Rahmatullah. Dia masih lagi kuat, kental, selalu baca al-Quran dan mindanya cergas.
"Dalam pertemuan itu, dia banyak bertanya pasal Selangor, isu rakyat, ekonomi dan peristiwa-peristiwa paling mutakhir terutama yang berlaku antara mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dengan Perdana Menteri sekarang," cerita Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada Suara Keadilan.
Serangan terbuka Mahathir yang merupakan bekas Presiden Umno kepada Najib meletakkan kedudukan Najib kini bagaikan telur di hujung tanduk.
Read More / Baca Lagi >>