Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


PKR dilemma tentang calun tapi CUBA KELIRUKAN pencalunan BN di PPauh

Posted: 13 Apr 2015 11:30 PM PDT

Kemungkinan besar Wan Azizah di recycle jadi calun bagaikan kertas terbuang direcycle jadi tisu gulomg di tandas.


Prestasinya lemah dan susah untuk dia jaga dua kawasan sekali - Kajang dan Permatang Pauh. Bukankah dia letak jawatan sebagai calum PPauh.

Manakala Guan Eng tak yakin dengan Nurul Nuha. [Baca Semut Hitam SINI].

PKR sedar isu nepotisma akan timbul bila salah satu dari.dua calun diguna.

Masaalahmya kabinet dapor dalam kepimpinan PKR takut nak cuba calun-calun muda dua ADUN PKR di.PPauh kerana dipercayai orang2 Azmin.

Buat masa ini, Azmin sudah open war dengan Nurul dan akan kerjakan orang2 Wan Azizah ... seorang demi seorang.

Dengan demikian PKR cuba konfiuskan dan pengaruhi pemilihan calun untuk BN dengan menyebarkan khabar angin.

Kononnya PKR yakin jika calun adalah Ketua Bahagian Cikgu Zaidi dan disebarkan keburukan Zaidi.

Jika Dr Mazlan mereka kata dia tak boleh tarik undi bukan Melayu tapi solid undi Melayu. Mereka kata masih mudah untuk mereka.

Nampaknya ada satu calun yang mereka sebenarnya tak takut. Nama menyerupai calun yang tak jadi.diletak.

Katanya dia ini hebat dan boleh main macam2 game pilihanraya. Pengundi cina pun ok pada dia. PKR takut pada dia. Dengan menyebar khabar palsu ini ereka harap itulah calunnya.

Itu baru satu kerana macam2 versi senarai calun BN palsu yang pemimpin2 pkr tengah sebarkan.

Masa seminggu pada AmBank LAMA HABIS TEMPOH juga .. Azwandin

Posted: 13 Apr 2015 09:30 PM PDT


Azwandin JMM mahu Ketua Audit buka semula siasatan berhubung Perwaja dan MISC-Petronas yang membabibitkan Tun Dr Mahathir.

Katanya kerajaan diberi tempoh seminggu atau 7 hari untuk mulakan siasatan. Kini hari ini, dah tinggal 5 hari lagi tinggal. Kenyataan keluar pada 12hb April dan ini bermakna dia buat enyataan pada 11hb Aprl. Hari ini sudah 14hb April dan tinggal 3 hari.

Naya Dato Najib kalau dalam 3 hari tak hantar Ketua Audit ke Perwaja dan Petronas, habis Dato Najib akan ditumbang untuk digantikan orang lain sebagai PM ka?

Hebat boleh cabar PM dan kerajaan. 3 Hari lagi habih kerajaan jika tak ikut amaran Azwandin dan JMM.

Kami pun dok fikir mesti dah habis kot Ambank sebab dulu pun kena amaran untuk 7 hari lakukan sesuatu:


Lani LGBT tu belum di transformasikan jadi laki2 atau pompuan. Tak juga ada cerita LGBT kena nyahkan dari Ambank sebab orientasi seks mereka?

 Harap kali ini Azwanddin tunjukkan keseriusan sebab kami dah tak ingat isu-isu sebelum tahun 2000 yang dah lebih dari 15 tahun. Pasti dokumen pun dah simpan dalam warehouse atau store mana-mana. Nak cari dokumen berada di mana pun makan lebih dari 3 hari, inikan pula nak cari dan odit.

Dah adakah siasatan tentang Petronas dan MISC? Bukankah dah odit dulu? Dua-dua public company mesti dah ada odit.

Hal Perwaja kan sampai bawa kes terhadap Eric Chia. Kami dah lupa ...

Azwandin ingat kot ... cecrita. Pasal 15 tahun dulu ingat ka? Kedai mana hang kerja??? Opps sorry ... hang kerja Bank mana?

Kedah beri pendirian 24hb ... Ada apa NAK BERLAKU, Mukhriz????

Posted: 13 Apr 2015 05:15 PM PDT


Dato Ahmad Lebai Sudin yang sedang menyerang Mukhriz menuduhnya tidak mahu ambil pendirian hingga odit 1MDB selesai.

Hal ini tidak dipersetujui oleh beberapa pihak. Boleh baca laporan FMT SINI.

Khabarnya Mukhriz ada kata mesyuarat ada ambil persepakatan untuk tunggu hingga 24hb untuk beri kenyataan selepas berbincang dengan semua peringkat bahagian2 dan sayap2 negeri dan bahagian.

Dengar kenyataan Mukhriz berikut:


Dipercayai sensitiviti orang ramai tentang Tun M mahu diambilkira kerana ramai pihak percaya Kedah dapat diambilalih dari PAS atas sokongan dan usaha Tun M berkempen himgga dapat pusing banyak kawasan.

Jika main layan gaduh dalaman UMNO kedah yang sejak azali tidak ada kesudahan, boleh rebah. Phahrolrazi atau Amiruddin dah boleh senyum.

Ada pihak memberitahu pula bahawa ada benda nak berlaku yang boleh cerahkan kedudukan Dato Najib. Maka ianya boleh membaiki persepsi dan pendirian UMNO Kedah dilihat berasas dan berhemah.

Kita pun ada dengaq benda nak berlaku dalam masa terdekat tapi tak dak sampai tahu ia akan berlaku sebelum 24hb. Mukhriz dah tahu ka ...

Apa pun apalah Mukhriz ...

Nyatakan saja sokongan. Hang dilantik Najib. Polisi Najib dan makmal serta metodologi Najib hang ikut. Mana boleh hang tak nyatajan sokingan. 1mdb kemudian cerita ...

Jika Najib bersalah dalam hal 1mdb, tak bolehlah sokong lagi. Pentingnya, "no one should be made guilty until proven guilty". Setakat tuduhan belum cukup.

Hanya pembangkang saja kata orang bersalah sebelum dibukti salah.

Jika tak ada apa2 berlaku sebelum 24hb, masak Mukhriz ni. Mukhriz dan Tun M masak maka Kedah pun masak. Pada PRU akan datang setiap.kerusi sangat berharga. Oleh itu berpada2lah semua pihak.

Pi ka langkawi dan relax fikiran.


AKSI LOW CLASS calun president Husam Musa

Posted: 13 Apr 2015 08:00 AM PDT


Apa dah calun President PAS, Husam Musa. Buat tuduhan menipu rupanya.

Sebelum mula musim pencalunan, beriya-iya Husam lakunkan seolah-olah serba salah untuk terima pencalunan. Bila dah cukup nanti, dia akan guna skrip Anwar untuk kata atas kehendak penyokong dia terpaksa terima.

Adakah dia mahu terima?


Khabarnya rancangan adalah untuk Dato Ahmad Awang yang akan tanding Presiden. JIka demikian, Mat Sabu dan Husam akan tanding apa? Presiden PASMA???


Yang Husam nak tanding President buat apa kalau cita-cita tiada dan masih mengharap kepada Anwar Ibbrahim peliwat tegar

Penyokong Umno SAMA BODOH bantu sebar SOALAN BODOH Pakatan

Posted: 13 Apr 2015 05:30 AM PDT



Permata ini satu program yg sangat baik dan dah masa kita perlu lakukan dan tak biarkan kanak2 berpotensi orang kita terbiar tak diasah bakat. Dlm permata macam2 program termasuk membela anak2 austisma.

Semalam terima dari penyokong UMNO bahalol boleh sebar dan persoalkan Permata guna imej sebaran pembangkang.

Kalau yang tanya orang kurang pelaran lainlah ... ini doktor!!!



Permata program kerajaan. Bajet diterangkan berkali2 dah campur dengan bajet lain hal.

Pasal mangkok punya doktor ni ada prejudis terhadap Rosmah lalu soalan pembangkang dia upload dan mahu soal2 orang.

Pergi cari jawapanlah... tanya Permata dan bukak website ... hai bahalol punya doktor!!!!


Sedar tak bukan lagi RM711 juta yang doktor bahalol itu tanya?

Permata masuk bajet bawah kementeriaan apa? Permata dikumpulkan bawah JPM. Kan bodoh dikaitkan sesuka hati.

Tanyalah apa pasal KSU atau KP minta dan KSU atsu KP KEwangsn letak bsnyak tu? Bukan kerja Penaung la mangkok!!!!



Kenapa penyokong UMNO tak pertahan pemimpin diserang?

Posted: 13 Apr 2015 02:30 AM PDT


Itu cakap Mat Maslan untuk sedapkan hati pelbagai pihak termasuk dirinya. Masaalahnya pemimpin dan penyokong UMNO tak macam pembangkang yg sedia pertahsnkan pemimpin.

Bila blogger pertahankan, cepat dituduh ambik duit atau dah kena suap atau digaji. Kalau setakat sebulan RM500 atau seribu dua, itu bukan gaji atau suap. Hanya cenderahati atau appreciation. Bantu bayar bil internet dan smartphone.

Belum membeli kesetiaan tapi tetap sukarela. Nak professional bayarlah mcm wartawan tuntut. Wartawan yang blog dan fb "tak ada trafik" pun mintak RM6 ribu.

Berbalik cerita tak.pertahan pemimpin, kenapalah Mat Maslan dikutuk dan dibesarkan oleh penyokong UMNO sendiri?


Sementanglah dia anak orang kampong yang bangun pagi-pagi menoreh getah. Tak habis2 Mat Maslan dipermainkan dan diperbodohkan.

Diakui Mat Maslan ada tersilap atau tak ingat fakta lalu hantam. Kadang2 dia mahu terjemahkan isu terlalu simple. Dia pun manusia yang tak terlepas dari kesilapan dan kekurangan.

Namun begitu, kebanyakkan hal yang menyebabkan dia dipermainkan adalah direka2, diputarbelit dan difitnah.

Macam isu UiTM, apa salah pelajar dinasihat dan diajar cara kurangkan kos dengan memasak?


Student Malaysia di luar negara semua tahu masak. Malah student orang putih atau arab atau mana2 negata masak untyk.jimat duit.

Hanya kita di Malaysia yang student mewah makan luar di kedai. Jika yg duduk asrama tak boleh masak, mereka yg duduk luar tu cuba masak utk kurangkan kos.

Satu lagi dalam satu majlis, Mat Maslan.salam dengan Sultan ketika Tuanku sampai. Masa nak balik Sultan tak sedar terlepas salam Mat Maslan sebab orang nak selfie.

Lalu mereka yang mahu permainkan sebar video untuk malukan dia.

Mana ada cerita Sultan Johor tak mahu salam dengan Mat Maslan. Berikut terbaru:


Mana blogger2 Johor. Baru Mat Maslan ... belum lagi kawan2 yang lain.


Semua kata2 yang dispin dan komdian dimomokkan.


Tak boleh biarkan keadaan begini hjngga parti buruk imejnya. Jawab atau lagi baik serang balas. Kita kena sentiasa berfikiran menyerang dan bukan defend. Nak defend pun guna serang balas.

Setuju?

Mat Lebai Sudin diserang peribadi ... Giliran MUKHRIZ KENA JAWAB

Posted: 12 Apr 2015 11:30 PM PDT


Itu adalah tuduhan yang dibuat terhadap Mukhriz.

Hal ini dilaporkan oleh Suara TV dari kumpulan MyKMU yang memetik pandangan Ahmad Lebai Sudin.

Boleh baca berikut atau link yg disebut:



Ketika Tun Mahathir menyoal Najib, ada pihak menjawab untuk Najib dengan persoalan peribadi ditimbulkan terhadap Tun M lalu disindir oleh penyokong Tun M.





Sekarang nampaknya pihak Mukhriz pula guna serangan peribadi terhadap Ahmad Lebai Sudin.


Itu pun tak boleh.

Dah ada tuduh Mahfuz kong ka li kong dengan Ahmad Lebai Sudin dan tuduh Ahmad Lebai Sudin ada sekongkol dengan pemimpin lepas.

Ini dah juga serangan peribadi. Tak boleh juga!!!!


Ini pun bukan tepat. Bukan caramya dengan kata ini urusan keluarga. Ini soal disiplin parti. Mana boleh sokongan pada presiden parti nak tunggu2 laporan odit 1mdb.

Jika keluar laporan dan ada hanky panky melibatkan dan disahkan ada kaitan dengan PM, lainlah cerita.

Dato Najib disuruh jawab, maka lani Mukhriz pun kena jawab dan jangan diam2.



Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GANDINGAN BARU HJ HADI: TUAN IBRAHIM GANTI MAT SABU

Posted: 13 Apr 2015 05:00 PM PDT

Pro-ulama PAS vice-president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man is leading in the race for the party deputy presidency with more nominations than incumbent Mohamed Sabu.
As nominations poured in from the party's 175 divisions ahead of the elections to be held in June, Tuan Ibrahim has garnered support from 14 while Mohamed has received six.
There is intense interest for this year's PAS elections due to a possible challenge for the presidency.
While Datuk Seri Abdul Hadi Awang is currently leading with 18 nominations to defend his post, vice-president Datuk Husam Musa has received at least five nominations to challenge the president.
This is the first time in 33 years that a potential contender for the presidency in PAS has emerged, although Husam has not confirmed whether he would actually challenge Hadi for the No.1 post.
The ouster of Tan Sri Mohamed Asri Muda in 1982 was the last time a challenge took place for the helm of the Islamist party. Asri was replaced by Yusof Rawa.
Since then, the baton has been passed – from Yusof to Datuk Fadzil Noor and then to Hadi – without any contest taking place.
Hadi has been facing mounting criticism, mostly from DAP over his insistence on pushing for the implementation of hudud in Kelantan, which has led to cracks in the Pakatan Rakyat.
Hadi received nominations from Shah Alam, Kuala Kedah, Kluang, Alor Gajah, Kuala Krau, Besut, Rompin, Kota Raja, Putrajaya, Kulai, Pulai, Wangsa Maju, Jerantut, Kota Kinabalu, Batu Gajah, Hulu Terengganu, Kuala Langat and Sabak Bernam.
Husam's nomination for the top post came from Kota Tinggi, Batu Sapi, Segamat, Teluk Kemang and Seremban.
There has been widespread speculation that Tuan Ibrahim will be Hadi's running mate in the elections to defend the dominance of conservative ulama in the party's top leadership.
Putrajaya PAS chief Kamaruzaman Mohamed said his division was unanimous in nominating Hadi and Tuan Ibrahim for the president and deputy president posts, saying that there was no better person to lead the party than Hadi.
"We believe that PAS must be strong to continue its struggle for Islam. There is no better person to help the president in this cause than Tuan Ibrahim," said Kamaruzaman.
When contacted, Tuan Ibrahim who is also PAS Pahang Commissioner said he would announce his decision whether or not to challenge Mohamed once all the division had submitted their nominations.
"Nevertheless, I am grateful and humbled by the support of party grassroots," he said.
Nominations for the party elections will close at the end of the month.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Rakan Saya Sertai IS di Syria - Pelajar

Posted: 13 Apr 2015 11:20 PM PDT

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 9:33 AM


EKSKLUSIF
MELAKA: Seorang pelajar sebuah universiti berprestij di Kuala Lumpur mendakwa tiga rakannya berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS).

Pelajar berusia 22 tahun yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Dia turut mendakwa cuba dipengaruhi untuk menyertai IS menerusi media sosial.

"Rakaman video yang disifatkan sebagai perjuangan oleh militan IS dimuat naik dalam laman Facebook saya dan rakan saya yang berada di Syria sentiasa meminta saya untuk menyertai mereka," katanya.

Katanya, dia mula bertemu sekumpulan pelajar itu pada 2012 dan mereka sering bercakap tentang memperjuangkan hak pihak yang ditindas di negara lain.

Dia berkata, tiga pelajar dalam kumpulan tersebut berlepas ke Syria untuk menyertai IS tahun lalu.

Pelajar tersebut yang enggan namanya didedahkan berkata, dia berasa malu terutamanya sejak Facebooknya turut ditag bekas rakannya di Syria.

"Saya juga tidak boleh fokus kepada pelajaran kerana mereka sering memujuk saya untuk menyertai mereka disana.

"Saya berhenti menjawab panggilan telefon kerana ada diantara mereka menghubungi saya walaupun saya memberitahu mereka untuk tidak berbuat demikian dan mereka tersilap langkah," katanya.

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

PKR letak calon wanita di Permatang Pauh

Posted: 12 Apr 2015 11:55 PM PDT


  • PRK Permatang Pauh
 1 / 1 
SHAH ALAM – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh akan menyaksikan pertembungan calon wanita PKR menentang calon BN pada 7 Mei ini.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), G Manivannan berkata, perkara tersebut akan dimuktamadkan oleh Biro Politik pada Selasa depan.

"Buat masa sekarang, sudah ada dua nama diputuskan, namun keputusan mengenai calon tersebut akan dimuktamad dan diumumkan pada Selasa ini," katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Menurutnya lagi, perkara tersebut akan diumum menerusi sidang media yang akan diadakan di Permatang Pauh.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai calon tersebut.

"Ada dua nama.. (Keputusan tersebut) akan diberitahu pada Selasa. Sabar.." katanya lagi.

PKR sebelum ini menjamin memilih calon berkredibiliti tinggi untuk mewakili PKR di PRK Permatang Pauh dan Rompin.

Dua nama yang disebut-sebut adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Nuha Anwar.

Sementara itu, Manivannan berkata, pihaknya telah pun mengatur strategi untuk memastikan kemenangan di PRK tersebut.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Hinakah guru KAFA?

Posted: 13 Apr 2015 07:58 AM PDT

Ekhsan Bukharee

Rakaman video seorang guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) yang dihalang untuk menyerahkan memorandum menuntut kerajaan negeri Selangor menunaikan janji menaikkan gaji guru KAFA, menjadi buah mulut selepas insiden itu viral.

Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang bertindak mewakili hampir 10,000 guru KAFA di negeri itu, tanpa segan silu merintih dan merayu di hadapan para pengawal yang menghalangnya. Pada manifesto pilihan raya lepas, kerajaan negeri gabungan PKR, DAP dan Pas berjanji untuk menaikkan gaji guru KAFA daripada RM1,300 kepada RM1,500.

Sebagai insan kerdil, tersentuh melihat insiden itu sambil mengenangkan nasib guru KAFA. Berikut sedutan rayuannya yang penuh sebak.

"Tolonglah, tolonglah, lepaskanlah, tak payah layan saya macam ini. Hina sangatkah ustaz macam saya ni, saya nak jumpa ADUN pun tak boleh. (Kerjaya) macam saya ni didik anak-anak encik. saya nak beri surat je. Tolonglah, saya merayu nak beri surat tu je. Encik bayangkan (nasib) guru KAFA. Siang ada yang jadi cleaner, malam jaga stesen minyak semata-mata kos sara hidup tinggi. Encik bayangkan gaji kami cuma RM1,212. Tolonglah... saya merayu nak hantar surat je. Daripada sebelum PRU-13, kata gaji kami nak dinaikkan RM1,500 tetapi sampai sekarang (tidak dilaksanakan) ... daripada (era) Tan Sri Khalid sampai Azmin Ali, menteri besar baharu. Asyik kaji, rancang, kaji rancang, itu je. Kerajaan negeri buat kami seperti peminta sedekah, hina sangatkah kami guru KAFA yang mengajar Alif, ba , tha. Jika hina sangat, biarlah kami berhenti kerja."

Kepada semua, terutama Azmin, renungkanlah. Kepada Ekhsan, usah kecewa, guru KAFA tidak hina malah ia kerjaya yang mulia. Berbanding pemimpin dan parti politik yang peralat rakyat dengan janji manis semasa pilihan raya, itu barulah benar-benar hina.

Suara Politik
Belantan

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


We don't want a Police State - Dr Mahathir

Posted: 13 Apr 2015 06:43 PM PDT

Dr Mahathir - Soal Tak Jawab

Posted: 13 Apr 2015 02:22 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:38 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Pandangan Datuk Seri Hishamuddin Terhadap Kritikan Tun M

Posted: 13 Apr 2015 09:30 PM PDT


Shahir Samad Jelaskan Apa Sebenarnya Berlaku Dalam Isu Jambatan Bengkok

Posted: 13 Apr 2015 07:30 PM PDT


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:10 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Saya paling banyak terima aduan di dunia - Hasan Malek

Posted: 13 Apr 2015 07:45 PM PDT

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek menyifatkan dirinya sebagai individu yang menerima paling banyak aduan pengguna di dunia ketika ini.
Beliau menjelaskan, aduan yang paling banyak sejak kebelakangan ini melibatkan caj perkhidmatan di hotel dan restoran iaitu sebanyak 40 peratus dari jumlah keseluruhan aduan yang diterimanya.
"Saya ingat di dunia ini saya yang paling banyak terima aduan berhubung kait harga barang dan penipuan di sana sini.
"Jadi, kementerian saya bercadang untuk memansuhkan caj perkhidmatan dalam industri makan dan minuman. Tapi saya melihat ada kekangan di situ kerana ada implikasi undang-undang.
"Ini kerana caj perkhidmatan dilaksanakan berikutan terdapat persetujuan bersama antara majikan dan pekerja. Ini bermakna 10 peratus yang dikenakan kepada pengguna akan diberikan kepada pekerja," katanya.
Hasan mengulas jumlah aduan yang diterima kementerian sejak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April lalu.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Petronas WAYS2WIN di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Petronas Dagangan Berhad, Mohd. Ibrahimnuddin Mohd. Yunus.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Rompin: Nuridah antara calon pilihan PAS

Posted: 13 Apr 2015 07:36 PM PDT



Post Pic
KUANTAN: Sekurang-kurangnya tiga calon disenarai pendek PAS untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.
 
Menurut sumber, salah seorang calon yang dipertimbangkan adalah bekas Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh yang bertanding di kerusi sama pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Mei 2013, tetapi tewas.
 
Difahamkan Ketua Pemuda PAS Pahang, Nazri Ahmad merupakan seorang lagi nama yang turut dipertimbangkan sebagai calon.
 
Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan bahawa seorang wanita dalam senarai itu dengan sekurang-kurangnya dua calon lain.
 
Tuan Ibrahim berkata, senarai tersebut akan dikemukakan kepada kepimpinan pusat untuk diputuskan.
 
"Kami sudah menyenaraikan beberapa calon yang layak," katanya yang enggan mengulas lanjut.
 
Difahamkan, mesyuarat diadakan di Pejabat Agung parti itu untuk membincangkan perkara tersebut tetapi belum dapat disahkan sama ada keputusan telah dicapai.
 
Sumber berkata, nama calon itu disenarai pendek lebih awal sebagai pimpinan PAS yang berpotensi untuk bertanding pada PRU yang akan datang.
 
Menurutnya, nama-nama tersebut sudah dihantar kepada Pejabat Agung parti awal tahun ini.
 
"Kami sudah bersedia untuk mengaktifkan jentera parti untuk PRK ini.
 
"Cakap-cakap bahawa PAS memilih untuk tidak bertanding adalah spekulasi yang dicetuskan sesetengah pihak untuk menimbulkan kekeliruan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Hormat JJ, PAS digesa tak tanding Rompin kata MB Pahang

Posted: 13 Apr 2015 07:33 PM PDT

Ia adalah 'langkah manis' jika PAS memutuskan tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) parlimen Rompin, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Adnan berkata, UMNO mengambil tindakan sedemikian (tidak bertanding) pada PRK negeri Chempaka, kerana menghormati Mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Jika PAS tidak bertanding...kerana menghormati JJ (Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis) sebagai seorang pemimpin kanan, tentunya ini merupakan tindakan manis (oleh PAS).

"Kita akan jimatkan wang, masa dan tenaga kedua-dua parti," kata beliau.

Lagipun, sekarang hanya untuk satu kerusi parlimen, kata Adnan pada sidang akhbar selepas melancarkan projek kediaman Swiss-Garden Resort Residences Sungai Karang di Kuantan Isnin.

Tentang sama ada Barisan Nasional perlu bertanding di PRK parlimen Permatang Pauh, Adnan berkata itu isu lain.

"Permatang Pauh dipegang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), bukan PAS," kata beliau.

Adnan berkata, Badan Perhubungan UMNO Pahang menyambut baik keputusan UMNO Bahagian Rompin untuk menolak sebarang calon dipilih dari luar.

Beliau bagaimanapun berkata ini terpulang kepada pucuk pimpinan parti memutuskan dan seterusnya menjelaskan dengan baik sebab-sebab pemilihan itu.

Read More / Baca Lagi >>

Pas Terengganu: PKR akan ditolak rakyat pada PRU14

Posted: 13 Apr 2015 07:23 PM PDT


Satiful Bahri Mamat 

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu menjangka sekiranya PKR mengambil tindakan bertentangan dengan parti itu, PKR mungkin ditolak rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, sekiranya keadaan itu berlaku, beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertembungan kerusi sebagaimana di beberapa kerusi pada pilihan raya umum lepas.

Menurutnya, keadaan mungkin akan menjadi sukar kepada PKR apatah lagi beliau mendakwa adanya petugas Pas yang bekerja untuk memenangkan calon PKR.

"Kalau ambil sikap konfrontasi dengan Pas, dia akan ditolak dan tidak mustahil boleh jadi pertembungan kerusi (pada PRU14)," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Mengulas lanjut, beliau tidak menolak bahawa hubungan parti itu dengan PKR di peringkat negeri agak longgar ketika ini.

Dengan perkembangan yang berlaku sebelum ini termasuk isu saman bekas calon PKR terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditambah pula dengan perkembangan politik di peringkat Pusat, beliau berkata, ia turut mempengaruhi hubungan tersebut dan tidak menolak memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada PKR di peringkat negeri.

Beliau berkata, isu terbaharu melibatkan hudud juga dilihat memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada PKR apatah lagi pimpinan PKR peringkat Pusat sebelum ini turut memberi kenyataan tidak menyokong hudud.

Beliau memberitahu, keadaan politik di Terengganu agak berbeza kerana ia lebih didominasi oleh Umno dan Pas.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan kenyataan Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing yang akur terhadap kepimpinan DAP Pusat untuk memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau memberitahu, Chai Hing sebelum ini boleh bertindak membelakangi parti apabila keluar daripada DAP apabila menjadi pegawai kepada Abdul Hadi yang juga Menteri Besar Terengganu ketika Pas mentadbir Terengganu pada 1999 hingga 2004.
Read More / Baca Lagi >>

GST: Kelantan dicabar haramkan cukai negeri juga - Fathul Bari

Posted: 13 Apr 2015 06:24 PM PDT

Fathul Bari
SHAH ALAM - Kerajaan Kelantan pimpinan Pas dicabar mengeluarkan fatwa bahawa semua cukai di bawah pentadbirannya adalah haram sebelum menyanggah hukum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada masa ini.

Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas Kelantan tidak sewajarnya menyalahgunakan dalil untuk menyerang pelaksanaan cukai baharu itu sahaja tanpa pemahaman mendalam.

"Sebenarnya, nas-nas tersebut adalah bersifat umum terhadap apa-apa cukai, jadi kenapa ditumpukan kepada GST sahaja, saya melihat ini ada usaha-usaha politik.

"Kalau hendak cakap cukai itu haram, saya minta Kerajaan Kelantan bercakap haram ke atas semua cukai, cukai pendapatan haram...cukai pintu haram...haramkan semua cukai, kenapa GST sahaja, tolong jangan selektif," katanya kepada Sinar Online, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob semalam yang mendakwa Islam melarang pemimpinnya mengutip cukai daripada orang miskin untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara.

Ahmad berkata, lagi cukai tersebut harus dikutip termasuk orang miskin apabila negara berada dalam keadaan darurat untuk tujuan mempertahankan kedaulatan negara.

Read More / Baca Lagi >>

Menabung Untuk Siapa ? " Cadang had umur keluar KWSP 100 tahun" - Pemuda PAS

Posted: 13 Apr 2015 06:21 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya cadang KWSP naikkan had umur pengeluaran ke 100 tahun," kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

Beliau menyatakan demikian menerusi facebook sebagai respons kepada cadangan untuk menetapkan had umur pengeluaran simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada usia 60 tahun.

"Nampak nak pegang duit orang tu lama sangat. Nak buat apa?

"Kalau dah duit orang tu duit orang lah," tulisnya lagi.

Bagi beliau, biarlah para pencarum merasa hasil simpanan mereka bekerja selama ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong menyatakan bahawa kerajaan belum memuktamadkan berhubung perkara itu.

Beliau ketika ditemui media di lobi Parlimen, semalam berkata perkara itu hanya cadangan daripada pihak KWSP, selaras dengan pelanjutan had umur persaraan yang ditetapkan kerajaan sebelum ini daripada 55 kepada 60 tahun.

Katanya, sebarang pelaksanaan mesti perlu melalui Kabinet terlebih dahulu.

Kemelut dalam PAS bukan perkara kecil, Ahmad Awang bantah Hadi

Posted: 13 Apr 2015 06:15 PM PDT

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang menyifatkan masalah yang sedang melanda parti itu sangat teruk, tidak kecil seperti dakwaan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Jika dibiarkan berterusan, parti boleh hancur, kata Ahmad yang merupakan salah seorang calon yang layak bertanding kerusi presiden pada pemilihan parti yang akan datang Jun ini.
"Presiden kata ia perkara kecil. Apa yang ada sekarang ini bagi saya sangat teruk, dan jika terus dibiarkan, ia boleh menghancurkan parti," kata ahli Majlis Syura Ulama itu.

Beliau berkata, badan tertinggi parti Islam itu juga mahu pimpinan parti tidak membiarkan apa yang berlaku begitu sahaja, tetapi perlu menghentikannya segera. "Jika ini caranya dan dibiarkan oleh parti, ini bukan saja tidak demokratik tetapi bercanggah dengan prinsip perjuangan PAS," kata Ahmad yang kini turut menjadi mangsa "permainan politik" yang berlaku dalam parti itu sekarang.
Beliau yang juga bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu mendakwa, pihak tertentu sudah mula mengenakan tekanan kepadanya, termasuk menghentikan kuliah beliau di masjid.
Ia dibuat ekoran tulisan beliau yang didakwa mengkritik cara kumpulan ulama dalam parti itu berkempen dan juga ekoran pencalonan yang beliau terima untuk bertanding jawatan presiden PAS.
"Setiausaha sebuah masjid menghantar SMS meminta saya menghentikan kuliah, selepas dinasihatkan Jawatankuasa Harian PAS kawasan, meminta saya direhatkan dari mengajar di masjidnya," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.
Ahmad yang sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan itu berkata, jika beliau memutuskan untuk bertanding, PAS perlu pastikan amalan demokrasi diamalkan dengan baik.
Beliau juga mengkritik sikap Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang baru dilantik, yang membuat kenyataan terbuka agar Hadi dikekalkan sebagai presiden.
"Ia tidak wajar dilakukan. Ia satu penyalahgunaan kuasa. Kerana kedudukan dia itu ada pengaruhnya," kata Ahmad yang turut kesal dengan kenyataan beberapa pesuruhjaya negeri yang seolah-olah memaksa PAS kawasannya menyokong calon tertentu.
"Bertanding bukan bermakna kita berseteru. Tetapi sekarang, seolah-olah kita mahu berseteru dengan rakan yang kita tandingi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ehh...Najib Dah Menang Ke Lawan Mahathir Sampai Dijulang Ni?

Posted: 13 Apr 2015 06:11 PM PDT

Tidak cukup dengan menzahirkan sokongan penuh, menjerit slogan "Lawan Tetap Lawan" dan menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita", Pemuda UMNO bertindak lebih ke depan dalam kemelut politik yang sedang berlaku sekarang dengan bertindak menjulang Perdana Menteri, Najib Razak.

Aksi itu diperlihatkan selepas Najib mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pemuda UMNO seluruh negara di PWTC semalam bagi menjelaskan pelbagai isu seperti 1MDB, Altantuya dan sebagainya yang menjadi asas serangan bertali arus oleh Tun Mahathir.

Tetapi menjulang Najib selepas pertemuan itu menimbulkan lebih banyak persoalan daripada sekadar bertujuan menunjukkan sokongan. 

Perlukah Pemuda UMNO berlebih-lebihan sehingga ke peringkat menjulang Najib?

Najib hakikatnya tidak boleh lagi dijulang sebab beliau tidak menang sebarang pertandingan dan belum juga menang dalam pertembungannya dengan Tun Mahathir. 

Apakah tujuan Pemuda UMNO berbuat demikian sebagai suatu provokasi agar Tun Mahathir terus menyerangnya lagi?

Apatah lagi apabila Tun Mahathir menyatakan beliau hanya berseorangan dalam tindakannya mengkritik dan membangkitkan pelbagai isu mengenai kepimpinan Najib Razak. Nampak macam Pemuda UMNO ada baeek punya strategi!!

Sebagai orang yang pernah dimusuhi oleh Tun Mahathir dalam era kepimpinan Tun Abdullah sebelum ini, tindakan Pemuda UMNO yang dipimpin KJ menjulang Najib juga mungkin digambarkan berunsur ingin membalas dendam lama dan "ada udang di sebalik batu".

Bukankah lebih natural jika sekadar bertemu, mendengar penjelasan dan menyatakan sokongan saja?
Read More / Baca Lagi >>

Wanita mangsa helikopter terhempas: Siapa dia dan siapa yang ditemaninya?

Posted: 13 Apr 2015 05:45 PM PDT

oleh Ng Kee Seng

Kedua-dua pihak polis dan media bersalah kerana mencemarkan imej warganegara Kyrgyzstan berusia 25 tahun, Aidana Baigazieva yang terbunuh dalam kemalangan helikopter di Semenyih, pada 4 April.

Sebelum dapat mengenal pasti mayat Aidan secara positif lagi, polis telah menyatakan yang dia menjalinkan hubungan dengan juruterbang helikopter, Clifford Fournier seorang suami dengan empat orang anak.

Bagaimana ketua polis Selangor, Abdul Samah Mat mendapat kesimpulan mengenai "hubungan" itu, adalah benar-benar membingungkan.

Persoalan utama di bibir setiap orang adalah: jemputan siapakah yang membawa jelitawan itu berada dalam Eurocopter AS365 N2 Dauphin itu?

Jika tepat laporan-laporan bahawa Fournier adalah seorang juruterbang yang berwibawa, cekap dan bertanggungjawab, adakah mungkin dia akan membenarkan Aidana naik, begitu sahaja?

Bolehkah seorang juruterbang membenarkan sesiapa sahaja naik? Jika tidak, maka gadis itu merupakan tetamu siapa?

Boleh atau adakah pihak berkuasa penerbangan akan menjelaskan mengenai perkara ini?

Bolehkah seorang juruterbang membenarkan "teman wanitanya" berada di atas penerbangan?
Read More / Baca Lagi >>

Undi bukan Islam tidak penting?

Posted: 13 Apr 2015 05:30 PM PDT

A Shukur Harun

Ramai yang berkongsi kerunsingan dan menyertai kebimbangan bekas pemimpin PAS, Ustaz Haji Ahmad Awang apabila beliau berkata, "ramai yang sedih melihat gelagat beberapa pimpinan PAS yang menunjukkan sikap tidak menghargai dan bersyukur atas kewujudan Pakatan Rakyat. Sama ada mereka mempunyai wawasan masa depan politik yang begitu terbantut atau agenda tersendiri yang masih belum didedahkan hanya Allah yang mengentahui."
Menurut Ahmad Awang, kata-kata seperti "PAS mampu bersendirian", "Putrajaya bukan matlamat kami", "Sokongan bukan Islam tidak penting" dan sebagainya adalah sangat bercanggah dengan wawasan pimpinan terdahulu.
Ungkapan seperti ini bermunculan ketika tercetusnya krisis berat dalam PAS sendiri sekarang ini, lebih-lebih lagi menjelang Muktamar Tahunan PAS  bulan Jun depan.

Menurut pendapat saya, pandangan PAS mampu bersendirian sementara sokongan bukan Melayu tidak penting adalah kata-kata yang menggambarkan betapa naifnya bacaan politik mereka ini, yang sama sekali tidak berasaskan realiti politik yang ada. Bahkan pandangan begini membahayakan kelansungan masa depan PAS lebih-lebih lagi apabila golongan ini berkata, "Putrajaya bukan matlamat kami".
Pandangan seperti ini bukan saja aneh, tetapi juga membayangkan pemikiran paranoid, kecelaruan, bahkan kedangkalan politik.
Belum pernah dalam sepanjang sejarah politik moden seperti PAS
yang berjuang untuk kemenangan politik dan kuasa, tiba-tiba merasakan Putrajaya (pusat kuasa) tidak penting. Kalau begitu adakah PAS mahu berhenti sebagai parti politik dan hanya mahu menjadi badan dakwah? Pendapat begini bertentangan dengan wawasan pemimpin masa lalu. Perlu diingat, pelaksanaan hudud itu sendiri, umpamanya memerlukan kuasa politik. Oleh itu sangat aneh dan dangkal pemimpin politik yang berkata, "Putrajaya bukan matlamat kami."
Sepanjang sejarahnya, selama ini pemimpin PAS berjuang dalam politik diiringi dengan niat untuk mencapai keredhaan Allah. Ini bermakna kemenangan politik dan redha Allah itu tidak pernah terpisah. Oleh itu, janganlah ada pemikiran dangkal memisahkannya.
Sementara itu, jika ada pemikiran PAS perlu menumpukan perhatian kepada pengundi kawasan majoriti Islam saja untuk menang, maka pemikiran politik seperti itu sangat naif dan ketinggalan zaman.
Ia hanya merugikan PAS sendiri dan tidak menolong usaha memperkukuh Pakatan Rakyat yang dipersetujui bersama dalam empat kali muktamar tahunan PAS sebelum ini.
Keadaan ini berasaskan realiti demografi pengundi di negara ini yang taburannya pelbagai, di mana negeri di Pantai Timur – Terengganu dan Kelantan – jumlah pengundi Melayunya besar. Tetapi di Pantai Barat, jumlah pengundi Melayu sekitar 60% atau kurang dari itu, sementara jumlah pengundi bukan Melayu ialah sekitar 40%.
Read More / Baca Lagi >>

Hukuman mati: Rejim Zionis Al-Sisi salah guna kuasa melampau

Posted: 13 Apr 2015 05:06 PM PDT

Kami mengecam hukuman mati oleh Mahkamah di Mesir ke atas Mohamed Badie, pemimpin Ikhwan Muslimin pada 11 April 2015.

Rejim Mesir yang melaksanakan perbicaraan yang bersifat superfisial ke atas pegerakan itu sejak rampasan kuasa 2013 yang lalu bertujuan untuk menghapuskan semua pemimpin Ikhwan. Dengan dakwaan yang direka, kononnya mereka  terlibat "menghasut untuk menimbulkan kekecohan dan keganasan", anggota Ikhwan kini sedang disasar untuk dihukum dengan menyalahgunakan undang-undang dan prosedur mahkamah oleh rejim Al-Sisi.

Hukuman penjara seumur hidup juga dikenakan ke atas seorang yang mempunyai dwi kerakyatan iaitu Mesir dan AS kerana didakwa mempunyai hubungan dengan Ikhwan.

Perbicaraan massa ke atas pergerakan Ikhwan oleh Mahkamah Mesir telah dikritik dengan keras oleh pemerhati antarabangsa dan juga pergerakan perlindungan hak manusia. Kritikan antarabangsa terhadap sistem kehakiman dan rekod hak manusia Mesir yang buruk telah banyak didedahkan.

Kami melihat penerusan menghukum anggota Ikhwan di zaman Al Sisi adalah lebih buruk berbanding era Mubarak. Menjatuhkan seorang presiden yang dipilih oleh rakyat melalui rampasan kuasa militari telah membenarkan rejim itu membunuh dangan rambang siapa sahaja  memprotes kudeta tersebut.

Kini presiden Mesir sedang menindas siapa sahaja yang mengkritik rejimnya melalui undang-undang secara paling ekstrem apabila hukuman bunuh dijatuhkan secara beramai-ramai  ke atas ratusan yang didakwa. Tidak ada saksi dan peguam pembela yang hadhir ketika hukuman dijatuhkan.

Kami terkejut dengan hukuman ke atas anggota Ikhwan yang dikelompokkan ke dalam satu dakwaan kesalahan yang sama.

Kami mengecam pendirian Fatah Al-Sisi yang mengketagorikan Ikhwan sebagai ancaman keselamatan paling utama dan beliau mengumumkan untuk menghapuskan kumpulan itu walaupun Ikhwan telah menafi dan mengisytiharkan mereka komited kepada jalan keamanan dan tidak terlibat dengan keganasan pasca rampasan kuasa.
Read More / Baca Lagi >>

'Masa itu emas, maka beli jet baru' kata Menteri Umno

Posted: 13 Apr 2015 05:04 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membawa banyak pembaharuan kepada negara terutama berkaitan perpaduan dan pemberian pelbagai bantuan bagi meringankan beban rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata antara perkara pertama yang dilakukan Najib ketika mengambil alih jawatan perdana menteri adalah memperkenalkan konsep 1Malaysia bagi menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

"Tapi ramai yang salah ertikan dengan mengatakan ia menggalakkan pluralisme," katanya pada majlis "Malam  Anugerah Kelab Media Kelantan Darul
Naim (Kemudi) 2014".

Hadir sama Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Datuk Makhtar Mustapha, Presiden Kemudi Azran Fitri Abdul Rahim dan Presiden Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) Ayob Mamat.

Beliau berkata Najib juga telah memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah kerana beliau mempunyai rasa ihsan yang tinggi.

Menyentuh tentang pembelian pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320), Mustapa berkata ia adalah untuk  kegunaan rasmi Yang di-Pertuan Agong, perdana menteri dan menteri-menteri kanan.
  
"Ini adalah penting bagi mempercepatkan urusan kerajaan kerana bagi pemimpin, masa itu emas.

"Bagi saya, Najib dah memimpin dengan baik. Ketokohan beliau diiktiraf di luar negara dan beliau dihormati kerana kebijaksanaannya. Tapi dalam negara pun
beliau kena hebat juga tapi malangnya beliau dikritik hebat sejak akhir-akhir ini," katanya.

Untuk itu, Mustapa berkata rakyat perlu memberi sokongan kepada Najib dalam meneruskan usahanya membangunkan negara.

Read More / Baca Lagi >>

Why Mahathir sees BN leaders risking jail

Posted: 13 Apr 2015 04:54 PM PDT

Transparency, public accountability, conflict of trust, abuse of power and criminal breach of trust are major issues.

mahathir_new_600
Former Prime Minister Mahathir Mohamad's statement that Barisan Nasional (BN) leaders are at risk of being carted off to jail if the opposition alliance, Pakatan Rakyat, seizes the reins of power in Putrajaya, should come as no surprise. He has referred to an open secret: BN leaders are crooks who have been shielded so far by the system and the establishment. It won't be surprising if the police go after Mahathir next.
One of the checks-and-balances in a democracy is for the people to change the ruling party every two or three terms. That has not happened in Malaysia since 1957 basically owing to the power of incumbency which, armed with a two-thirds majority in Parliament, facilitates gerrymandering of the electoral boundaries. Strong government, meaning a two-thirds majority in Parliament, has always been the battle cry of BN until the urban voters realized in 2008 that there was something amiss here.
In the United States for example, the law states that no President can stay in office for more than two terms, each term being for four years. The presidential elections are held on fixed dates every four years and the swearing-in is always on January 20.
Once voters in Malaysia realize the importance of changing the ruling party on a regular basis, no party will be in power for more than two or three terms. Some parties may even have a very short life in government as in Italy where the government used to fall every month. The BN is living on borrowed time.
All this has nothing to do with race or religion, the usual scare tactics trotted out by the party in power, but issues close to the heart of the electorate. Some major issues are transparency, public accountability, and conflict of trust, abuse of power and criminal breach of trust.
Hence, Mahathir's fears that BN leaders are risking jail by keeping Prime Minister Najib Abdul Razak who, he's convinced, will lead them to defeat. The remedy: kick the scandal-ridden Najib out and bring in someone who will lead the BN to victory again in 2018. Even if the new Prime Minister too faces defeat at the 14th General Election, he will have time between now and then to put the government "in order". That, Mahathir reckons, will make it doubly difficult for Pakatan to cart BN leaders off to jail.
Sarawak is a case in point. Taib Mahmud, now the Governor, was in office as Chief Minister for an unprecedented 33 years. He succeeded his maternal uncle, Abdul Rahman Yakub, who was Chief Minister for ten years until a rebellion by Supp Assemblymen drove him out from power.
The result of the uncle and nephew being in power for more than four decades was the reduction in the status of the Dayaks, the majority community in Sarawak, to nursing the dubious distinction of being hewers of wood and drawers of water for others.
Read More / Baca Lagi >>

Najib guna ugutan - Dr M

Posted: 13 Apr 2015 04:50 PM PDT

Menurut Dr Mahathir, penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program Soal Jawab Khas, menjadikan orang ramai lebih keliru.
mahathir_600PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak mengenakan ugutan untuk mendapat sokongan.
Dalam entri entri terbaru blognya, chedet.cc, beliau menegaskan cara itu bagi menakutkan kumpulan yang mempersoalkan dana 1MDB.
"Sokongan dari kumpulan-kumpulan tertentu tidak bermakna mereka sokong 1MDB. Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib", tulisnya.
Menurut Dr Mahathir, penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program Soal Jawab Khas, terbitan TV3, tidak jelas dan menjadikan orang ramai lebih keliru.
"Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada dimana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura.
"Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua billion. Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 million," persoal Dr Mahathir.
Perkara yang sama juga dibangkitkan mengenai Altantuya Shaaribuu, di mana beliau menekankan hanya bertanya siapa yang memberi arahan kepada Sirul Azhar Umar sehingga dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Read More / Baca Lagi >>

PKR lancar jentera PRK Permatang Pauh malam ini sempena tarikh “Black 14″

Posted: 13 Apr 2015 04:41 PM PDT


KUALA LUMPUR, 14 April:
Seperti yang dijanjikan, hari ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melancarkan Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P44 Permatang Pauh.
Tarikh hari ini sengaja dipilih sebagai simbolik sempena tarikh 14 April 1999 yang digelar sebagai "Black 14′′ oleh penyokong PKR kerana bekas Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara enam tahun setelah disabitkan bersalah atas empat pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin malam, Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata, PKR bersama rakan komponen dakam Pakatan Rakyat (PR) akan melancarkan Jentera Pilihan Raya pakatan pembangkang bagi PRK Parlimen Permatang Pauh pada jam 8.30 malam ini.
Majlis pelancaran itu akan dilangsungkan di Dataran Rakyat Guar Perahu, bersebelahan Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh, di Jalan Taman Guar Perahu.
"KEADILAN berbesar hati untuk menjemput seluruh rakyat dan rakan-rakan media bagi menghadiri majlis pelancaran ini.
"Jentera KEADILAN telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil ini," kata Dr Afif Bahardin yang juga Exco kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Seberang Jaya.
Beliau menegaskan, kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah kubu terpenting untuk perjuangan PKR selama ini.
"Selain menjadi kerusi parlimen kepada Ketua Umum (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim – Permatang Pauh adalah nama yang dipilih untuk disematkan kepada Deklarasi Permatang Pauh – gagasan besar kepada perjuangan Reformasi dan KEADILAN," kata beliau dalam kenyataan berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

GST: Mahasiswa dan memasak

Posted: 13 Apr 2015 04:36 PM PDT

Oleh Fikri Ahmad
Saya kira umum mengetahui memasak di kawasan kampus bukanlah satu perkara yang dibolehkan bahkan bakal dikenakan saman sekiranya mahasiswa berbuat sedemikian. Isu yang membarah bukanlah hanya seputar saranan penjimatan tetapi lebih kepada bagaimana kerajaan dapat mengurangkan kos sara hidup yang semakin membebankan sebelum dan pasca Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Langkah Timbalan Menteri untuk berkongsi CGPA semasa zamannya bukanlah sesuatu yang ditagih masyarakat, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana CGPA itu mampu mengurus kekayaan negara supaya jurang pendapatan dapat diatasi. Saya sangat berharap agar Timbalan menteri dapat menjadikan GINI Coeficcient Indicator (satu indeks yang digunakan dunia dalam mengukur jurang kemiskinan) sebagai KPI kerajaan dalam RMK 11. Saranan Timbalan Menteri Kewangan tentang GST kepada mahasiswa di UITM akan lebih enak sekiranya beliau mampu membentangkan usaha kementerian untuk mengurangkan beban misalnya melalui pelbagai insentif seperti berikut :
1) Endowment fund atau zakat fund di setiap universiti akan disalurkan ke setiap kafe dan kiosk universiti bagi mengawal harga makanan.
2) Mewujudkan pelbagai insentif khusus bagi mahasiswa untuk mengembangkan potensi perniagaan bagi menampung beban melalui agensi Kementerian Kewangan.
Read More / Baca Lagi >>

Seperti institusi diraja, sukan perlu melangkaui politik

Posted: 13 Apr 2015 09:47 AM PDT

oleh Hazlan Zakaria
"Beta menitahkan agar inspirasi dan semangat kesukanan tidak dicemari dengan unsur politik dan perkauman," begitulah kata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam ucapannya ketika majlis Anugerah Sukan Selangor pada 10 April lalu.
Sultan Selangor menyuarakan bantahannya terhadap langkah kerajaan negeri Pakatan untuk menggunakan slogan "Kita lawan" untuk kontinjen Selangor bagi Sukan Malaysia (Sukma) tahun depan.
Benar apa yang dikatakannya. Seperti mana istana dan institusi diraja yang menjadi simbol kesatuan, sukan juga tidak boleh digunakan untuk laba politik.
Dan juga seperti istana, tiada siapa yang boleh menggunakan sukan sebagai platform untuk tujuan politik, malah untuk membayangkan dasar mana-mana parti politik, walaupun yang menjadi kerajaan di peringkat negeri mahu pun persekutuan.
Sama seperti istana dan institusi diraja, sukan perlu kekal daripada unsur politik, dwipartisan dan dijauhi daripada permainan berbau politik.
Apatah lagi rakyat secara keseluruhanlah – sekurang-kurangnya yang membayar cukai – yang terus menanggung kos perbelanjaan sukan dan institusi diraja serta istana-istana mereka.

Saya merasa sedih kerana baginda Sultan Selangor sendiri yang perlu keluar daripada istana dan menyusahkan dirinya memberi ucapan kepada kerajaan yang sepatutnya lebih arif dalam soal ini.
"Beta jarang bercakap di majlis anugerah. Namun hari ini beta mesti menyampaikan pesanan dan nasihat bagi kebaikan pembangunan sukan negeri," menurut ucapan Sultan Selangor itu lagi.
Memang benar, menurut laporan, Sultan Selangor menyebut bahawa sukan boleh menjadi faktor penyatu kepada negeri dan patut merentasi setiap sempadan dan tidak menunjukkan kecondongan politik.
"Beta menyeru agar badan sukan, atlet dan penyokong mengenepikan fahaman politik dan jangan biarkan ia masuk ke dalam pentadbiran sukan."
Baginda berkata, "Kita lawan" telah digunakan sebagai slogan bagi kumpulan politik tertentu dan menggesa agar kerajaan negeri memilih sloga lain bagi kontinjen Sukmanya.
Read More / Baca Lagi >>

Sebagai menteri kewangan, Najib patut ‘memimpin melalui tauladan’

Posted: 13 Apr 2015 09:40 AM PDT

oleh Alyaa Alhadjri

Konsep kepimpinan melalui tauladan jelas tidak diamalkan oleh pegawai daripada Kementerian Kewangan dalam menangani isu salah guna wang rakyat. Atau pun mereka benar-benar mengikuti konsep tersebut, dengan mengambil kesempatan daripada "taudalan" yang ditunjuk Perdana Menteri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, dalam tidak mempedulikan kebertanggungjawaban dalam mengurus dan membelanjakan dana awam.

Akhbar The Malay Mail pada 12 April lalu melaporkan kerisauan yang dibangkitkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Nur Jazlan Mohamed, berhubung kegagalan Kementerian Penerangan untuk mematuhi peraturannya sendiri yang di bawah Arahan Perbendaharaan 304(B).

Nur Jazlan sehingga berkata, jawatankuasa parlimen dwipartisan itu lebih baik "ditamatkan kewujudannya" jika peranannya tidak diambil serius oleh kerajaan. Di bawah Arahan Perbendaharaan 304(B), kementerian kewangan sepatutnya melaporkan kepada PAC jika melaksanakan apa-apa syor yang dikemukakan jawatankuasa itu.

Namun, Nur Jazlan berkata, amat sedikit maklumat tentang apa-apa tindakan yang diambil terhadap jabatan kerajaan atau agensi yang menggunakan wang rakyat secara meragukan. "Kementerian tidak memberikan penjelasan yang sepatutnya tentang mengapa gagal mematuhi Arahan Perbendaharaan.

Saya faham jika kementerian mengambil masa untuk menjawab soalan itu, namun jika terlalu lama, PAC perlu membangkitkan kementerian itu," katanya. "Sudah tiba masanya PAC dipandang serius oleh kerajaan," Nur Jazlan berkata seperti dipetik.

Dalam laporan susulannya pada 12 April, The Malay Mail juga memetik Presiden badan anti-rasuah Transparency International Malaysia (TI-M) Ahbar Satar, yang menyatakan kementerian kewangan perlu mematuhi arahan "kerana Laporan Ketua Audit Negara juga membangkitkan isu yang sama setiap tahun, namun tiada tindakan yang diambil".

Sementara itu, bekas pengasas dan presiden TI-M Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam laporan sama berkata, Perbendaharaan Malaysia, selaku penjaga kekayaan negara, menghantar "mesej yang salah" kepada agensi kerajaan yang lain. "Perbendaharaan perlu menghormati peraturannya sendiri. Jika tidak, kita tidak boleh mengharapkan agensi atau pihak lain untuk mematuhinya.
Read More / Baca Lagi >>

GST: Makanan dalam tin bukan lagi pilihan golongan miskin

Posted: 13 Apr 2015 09:37 AM PDT

oleh Edgar Ong

Pada suatu ketika dahulu, namun tidaklah terlalu lama - malah barangkali masih segar dalam ingatan golongan berusia 40-an, makanan bertin secara umumnya dianggap sebagai makanan ruji bagi golongan yang "kurang berada" – terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah, atau tinggal di pedalaman dan pesisir pantai – yang tidak memiliki peti sejuk (kerana tiada bekalan elektrik).

Mereka bergantung kepada makanan bertin apabila tiada apa yang dapat dituai di kebun atau hutan; atau apabila nelayan tidak mendapat hasil tangkapan.

Zaman itu nampaknya sudah berlalu. Hari ini, anda pasti terkejut apabila melihat harga makanan bertin di pasar raya atau kedai di kampung, pekan atau bandar sudah melonjak naik.

Kita ditimpa bencana berganda – pertama, nilai ringgit yang melemah berbanding kebanyakan mata wang lain, dan sejak kedua, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan sejak 1 April lalu – yang meliputi 75 peratus produk berpakej dan makanan bertin sama ada keluaran tempatan atau import.

Memburukkan lagi keadaan, kita berhadapan ramai pemilik restoran dan peniaga yang tamak dan terlalu mengutamakan keuntungan, yang telah mengambil kesempatan atas pelaksaaan sistem itu dengan menaikkan harga lebih daripada yang dibenarkan undang-undang.

Saya masih ingat ketika harga setin sardin hanyalah RM0.80 (kecil) dan RM3.80 (besar); namun kini berharga RM1.80 (kecil) dan RM5.80 (besar). Begitu juga dengan harga setin ayam kari Yeo's yang dahulunya berharga EM2.80, namun kini hampir mencecah RM6.

Dulu, kebanyakan keluarga sering menjadikan sardin dan seumpamanya sebagai makanan untuk kucing dan anjing mereka, namun tidak lagi – ia sudah jadi makanan golongan berpendapatan pertengahan dan ke atas.

Seorang warga prihatin, Mary Goh menulis di Facebook, "Mereka di kementerian berkata banyak negara laksanakan GST – namun gaji penduduk di negara-negara itu cukup untuk menampung kehidupan mereka.

Read More / Baca Lagi >>

Tak tuduh Najib, ini soal nak gantung anak orang, kata Dr M

Posted: 13 Apr 2015 09:33 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membunuh Altantuya Shaariibuu, tetapi cuma mahu tahu siapa dalang yang bertanggungjawab mengarahkannya.

Katanya, kebiasaannya seseorang anggota polis atau tentera tidak akan menembak mati melainkan mengikut arahan, merujuk kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri yang dihukum gantung kerana bersalah membunuh warga Mongolia itu.

"Berkenaan Altantuya, saya hanya bertanya siapa yang memberi arahan kepada Sirul yang dikena hukum bunuh.

Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau di arah.

"Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul. Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adillah jika Sirul dibunuh," katanya dalam blog popularnya www.chedet.cc hari ini.

Katanya, ramai yang berjumpa dengannya mempersoalkan keadilan yang diterima Sirul dan keluarga yang berjumpa dengannya. "Ramai orang datang jumpa saya. Jika keluarga Sirul nak jumpa, saya jumpa.

"Ini bukan soal lapan tahun dahulu. Ini soal nak gantung anak orang ini hari ini," katanya. Sirul kini di pusat tahanan imegresen Villawood di Sydney selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari lalu, ekoran amaran merah yang dikeluarkan polis antarabangsa (Interpol).
Read More / Baca Lagi >>

Malays win when Umno loses, says Ariff Sabri

Posted: 13 Apr 2015 09:28 AM PDT

The Raub MP believes it will be good for the Malays if Umno becomes an opposition party.
ariff sabri, umno
PETALING JAYA: Umno's loss of power will be a boon to the Malays, Raub MP Ariff Sabri Abdul Aziz asserts in his latest blog entry.
That is a theme Ariff often returns to in his writings. This time he has related it to fears expressed from within Umno that the party will weaken if former premier Mahathir Mohamad continues with his attacks on Prime Minister Najib Abdul Razak.
"Umno members and supporters don't know how to handle Dr Mahathir's attacks," he writes. "For example, Utusan Malaysia, Umno's official mouthpiece, has warned that Malay political interests are endangered if the attacks on Najib are not stopped.
"That's not true. Only Najib's and Umno's political interests are in danger.
"The majority of Malays are adversely affected by the disastrous policies that Umno has executed. Getting rid of Umno and Najib means removing the source and cause of policies that bring loss to the Malays.
"The people who champion the greater cause of the Malays are those who speak up and expose the depravities of Umno as a ruling power. And Umno seeks to suppress these people and their voices with tyrannical laws such as the Prevention of Terrorism Act and the Sedition Act in addition to the oppressive laws already in place."
He says the country has enough non-oppressive laws for the nation's protection.
"The bulwark against terrorism is a strong military," he says. "Terrorism is war and it is soldiers, not policemen, who make war."
When Umno is defeated, he says, the negative policies will go with it.
Read More / Baca Lagi >>

Saya sedar saya keseorangan, kata Dr M

Posted: 13 Apr 2015 09:25 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluh bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagi mewajarkan kritikannya itu, Mahathir berkata soalan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih tidak berjawab dan ramai pihak masih bertanya kepadanya berkaitan kes pembunuhan Alttantuya Shaariibuu.

"Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah.

"Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya," soalnya dalam tulisan blog terbaru berjudul "Soal tak jawab".

Meneruskan asakannya, perdana menteri 22 tahun itu terus membangkitkan persoalan berhubung status wang 1MDB, syarikat pelaburan cetusan ilham Najib.

"Hakikatnya wang 1MDB ada di mana masih tidak dijawab, kata Dato Sri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.

"Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada di mana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura.

"Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua bilion. Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 milion (juta).

Najib pada 9 April lalu menegaskan tidak akan bertolak ansur bagi sebarang salah laku dalam pengurusan kewangan 1MDB mahupun mempertahankan mana-mana individu.

Malah, atas pendirian itu, tegasnya, beliau mahukan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara agar menyegerakan siasatan terhadap sebarang salah laku dalam syarikat itu.

'Ini soal nak gantung anak orang'

Read More / Baca Lagi >>

Mahathir: Ada ugutan jika tak sokong Najib

Posted: 13 Apr 2015 09:24 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa terdapat ugutan dibuat terhadap pihak yang tidak menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Oleh itu, katanya, sokongan kumpulan tertentu terhadap Najib tidak bermakna mereka menyokong 1Malaysia Developmement Bhd (1MDB) yang kini diserang daripada segenap penjuru.

"Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.

"Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk 'I love PM' dan menyanyi 'IM4U'.

"Tetapi dalam PRU 13 kalah," sindir Mahathir, perdana menteri keempat.

Mahathir tidak menyebut secara khusus ugutan yang dimaksudkannya itu.

Bagaimanapun, ketika ketegangan memuncak akibat kritikan kerasnya, anak tunggalnya yang menyertai politik Datuk Seri Mukhriz Mahathir mula terasa bahangnya.

Naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengingatkan Mukhriz supaya bertanggungjawab memastikan Umno Kedah tidak berpecah susulan pertemuan khasnya dengan pemimpin-pemimpin negeri semalam.

Bukan kerana 'jambatan bengkok'

Mukhriz malah digesa meletakkan jawatan jika tidak menyokong kepimpinan Najib, yang dilihat mewujudkan keadaan serba salah kepada ahli politik muda itu.

Sementara itu, kenyataan Mahathir hari ini juga dilihat hampir selari dengan pendirian Umno Pulau Pinang yang mahu 1MDB disiasat, walaupun mereka mendakwa menyokong kepimpinan Najib.

Read More / Baca Lagi >>

SIAPA SEBENARNYA yg merompak menyamun kekayaan negara !!!

Posted: 13 Apr 2015 09:16 AM PDT


MENGAPA INI TERJADI !!!..


KDNK S'pore HAMPIR SAMA dgn KDNK M'sia
S'pore TIADA SUMBER BUMI berbanding M'sia

TETAPI.. Pendapatan per kapita rakyat S'pore LEBIH LIMA KALI GANDA TINGGI drpd M'sia..

JUARA DUNIA REKOD HUTANG ISI RUMAH

Posted: 13 Apr 2015 09:13 AM PDT

Sejarah ekonomi di beberapa ekonomi terbesar di dunia termasuklah negara Amerika Syarikat telah menunjukkan kepada dunia yang mana masalah HUTANG ISI RUMAH yang sangat tidak mampan telah menjadi TERAS UTAMA disebalik tragedi kemelesetan dan kegawatan ekonomi pada tahun 2008... MAKSUDNYA, anda sendiri tahu jawapannya Emotikon like

TAHUKAH ANDA.. Hari ini juga Kanada dijangka sedang berhadapan dengan krisis dengan kerana DATA SEBEGINI. So, berwaspadalah rakyat Malaysia...