Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BILA PENCACAI LEBIH PERCAYAKAN SI FASIK PEMBAWA BERITA...

Posted: 12 Apr 2015 11:00 PM PDT


Benarlah Firman Allah bahawa tanda-tanda kiamat dah dekat adalah apabila fitnah menjadi semakin melata hingga membingungkan manusia.

Ketika itu Dajjal menjadi semakin berkuasa dan mampu menyebabkan orang lain terpana dengan cerita-cerita bohong yang tidak sahih asal-usulnya.

Dajjal akan lebih berkuasa apabila terdapat segelintir umat Islam sendiri yang mengaku diri mereka sebagai  beriman tetapi turut menjadi kayu-kayu api menyemarakkan lagi fitnah tersebut.

Samalah juga dengan fitnah yang ditimpakan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.

Sumpah Laknat

Sebagai umat Islam, jalan terakhir untuk membersihkan diri mereka dari tuduhan fitnah ke atas diri mereka adalah dengan cara bersumpah dengan nama Allah.

Ketika bersumpah itu nasibnya diserahkan sepenuhnya kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang akan menghakimi seseorang itu.  

Tetapi puak-puak Dajjal laknatullah terutamanya Sabah Daily Express yang ditulis seorang kafirin berjiwa Dajjal bernama Tracy Patrick menulis kononnya Ismail Sabri mengatakan sebaliknya.

Dajjal SR adalah penyebar fitnah utama golongan Pakatan Rakyat - Mohon PDRM siasat siapa Dajjal SR ini dan ambil tindakan tegas terhadap terroris media ini.

Tak perlu nak tanya apa motif si Dajjal kafirin ini memfitnah sedemikian rupa. 

Semuanya ada kaitan dengan puak pembangkang terutamanya Jeffry Kitingan dan Dorris Jones melalui gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang begitu anti dengan pemimpin UMNO, Melayu dan Islam. sumber

Tambahan pula Datuk Seri Ismail seorang yang istiqamah dengan perjuangan jihadnya membela para pengguna dan rakyat melalui kempen jihad ekonominya membantu golongan miskin dan golongan yang tertindas akibat sabotaj ekonomi yang dijalankan oleh para peniaga tamak.


Sudah tentu golongan penindas ekonomi rakyat begitu panas dan dendam dengan perjuangan Ismail Sabri. 

Kalau boleh mereka nak kalahkan beliau masa PRU 13 dulu agar dia tersungkur di Parlimen Bera. 

Bukan kita tak tahu calon Pakatan Rakus (PR) di Parlimen Bera semuanya ditaja oleh tokey-tokey kaya DAP seluruh Malaysia semata-mata mahu kalahkan beliau. 

Mustahil seorang Islam boleh mensyirikkan Allah dengan Najib melainkan beliau difitnah oleh seseorang tukang cacai yang mempunyai agenda busuk seperti wartawan pro SSKM.


Tapi inilah yang terjadi jika puak-puak Dajjal memegang kuasa media. 

Mereka akan mengeksploitasi kebebasan media untuk menebar fitnah atas nama hak kebebasan suara hinggakan umat Islam sendiri yang sepatutnya menyiasat kesahihan berita itu turut termakan dengan fitnah yang merosakkan.

Lihatlah betapa banyak dosa membunuh yang dilakukan oleh umat Islam yang turut terpengaruh dan percaya lalu menyebarkan fitnah-fitnah tersebut.

Firman Allah swt dalam surah Al Hujurat: 6

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". 

Sekali lagi kita jangan percaya pada golongan fasik pembawa berita. 

Siasat kesahihan berita yang mereka bawa jangan sampai kita bersubahat dengan fitnah si Dajjal yang akhirnya merosakkan amalan kita.

Kita menyokong jika si Dajjal Sabah Daily Express dan wartawannya bernama Tracy Patrick itu dikenakan saman dan didedahkan muka, alamat dan nombor perhubungannya.  

PADAN MUKA KAU KATA RONNIE LIU KEPADA HJ HADI

Posted: 12 Apr 2015 07:10 PM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikutuk secara terbuka oleh pemimpin DAP ekoran Himpunan HINDAR bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kurang mendapat sambutan.
Ronnie Liu di laman sosial Facebook memuatkan status 'padan muka Haji Hadi', "padan muka UG (Kerajaan Perpaduan) yang merujuk kepada Himpunan HINDAR di Padang Merbok pada Sabtu yang tidak mencapai sasaran.
Dia memuatkan status dan beberapa keping gambar sekitar Himpunan HINDAR pada 11 April, kira-kira jam 11.30 malam.
Ronnie Liu mendakwa Himpunan HINDAR yang tidak membawa sebarang makna itu telah digunakan untuk menghentam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan pemimpin liberal PAS yang lain.
"Digunakan hentam Mat Sabu dan pejuang PAS yang liberal," tulis bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Perhimpunan itu adalah merupakan program anjuran Dewan Ulama PAS Pusat bermula jam 4 petang semalam hingga 9 malam, mendapat kelulusan pihak polis.
Sementara itu, Ronnie Liu yang pernah menjadi EXCO Kerajaan PKR Selangor, turut memuat naik kiriman terbaru dalam facebooknya yang menyindir Haji Hadi berikutan kenyataan Presiden PAS itu bahawa parti itu wajib menerima jika UMNO mengajak berunding mengenai hudud.
"Ooh ia kah kononnya UMNO yang ajak!!!!
"Jika UMNO yang ajak kenapa tiada seorang pun Menterinya bawakan usul ini dalam Dewan Rakyat?.
"Jika UMNO yg ajak anehnya Presiden UMNO sampai hari ini tidak pernah nyatakan pendirian UMNO sokong usul peribadi ini?," kata Ronnie

KERANA DERHAKA HIDUP JADI CELAKA...PADAN MUKA

Posted: 12 Apr 2015 06:19 PM PDT


Hukum alam dan karma telah berlaku buat si penderhaka Sultan dan pencacai DAP.

Kalau dulu dia begitu bongkak dan sombong kerana merasakan dia terlalu hebat sebagai Menteri Besar boneka dan baruah kepada DAP laknatullah. 

Dia pernah memohon sembah derhaka pada Almarhum baginda Sultan Perak kerana mahu terus membaruahkan diri menjadi boneka mencacai DAP.

Penghinaan terhadap Almarhum Sultan Perak telah menimbulkan rasa kecewa Sultan Selangor yang juga sepupu baginda.

Dulu dia juga pernah menghina dan memfitnah Sultan Johor berhubung isu peribadi si Sultan hingga disumpah sebagai pemimpin berkudis. 


Baru-baru ini dia menjadi lembu yang dicucuk hidungnya kerana menuruti titah perintah DAP untuk memakai baju serba hitam semasa pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri hingga Tuanku Sultan Nazrin murka dan membatalkan sesi bergambar dan majlis santapan.

Tegar beliau menghina Sultan -Sultan kerana menjilat DAP.

Di Kelantan habis tanah negeri di bawah Sultan Kelantan digasak oleh sepupu sepapat beliau Nga- Ngeh hingga rakyat derita terkena tsunami banjir dan balak. 

Dah la hina Sultan Kelantan secara tak langsung tolak pulak Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang diperkenankan oleh Tuanku Sultan semata-mata kerana DAP. 

Kini daulat kerana hina Sultan terkena pada beliau. Satu persatu bala akibat derhaka pada Sultan dan agama.

Benarlah titah Tuanku Sultan Johor...Nizar adalah pemimpin berkudis. Kudis layaknya amat jelek dipandang, menyakitkan mata memandang dan perlu disingkir dari badan.

Kerana kudis mudah berjangkit kepada sesiapa yang mendekatinya. Memang siapa yang dekat dengan Nizar akan terkena penyakit kudisnya yang membusuk itu. 

Jadi ia perlu dibuang setelah gagal diubati.

Sebab itulah Nizar bagaikan kena tulah, hidupnya semakin tak keruan. Semakin sokong DAP semakin dibenci anak-anak Melayu.

Akhirnya Nizar disingkirkan oleh 'badannya' sendiri iaitu parti PAS.

Kudis (tokak) di kakinya tidak boleh diubati lagi kerana busuk dan menjijikan.


Jadilah Nizar seperti manusia berminda pelarian, menderhakai Rajanya, buta sejarah bangsa, longgar pegangan adat dan kosong fahaman adabnya... 

Itulah akibat menjadi pencacai DAP laknatullah...


Apakah ini petanda penderhaka Sultan-Sultan, pencacai kafirin DAP dan penyokong seks lubang bontot telah menerima akibatnya?

Mungkinkah ini hukum karma miker derhaka miker terima tulahnya...padan muker deme. Orang demer sendiri yang tolak miker jatuh terjelompap.




GST: MENTERI CAKAP LAIN, DAJJAL FITNAH LAIN, UITM JADI MANGSA...

Posted: 12 Apr 2015 04:34 AM PDT



Kalau tak tabur fitnah bukan pencacai namanya. Sendiri reka pembohongan lepas tu burukkan orang lain.

Entah berapa ramai yang kena tipu dek permainan dajal-dajjal tukang penyebar fitnah.

Namun perbuatan jahat mana nak berkat dan bertahan lama. Akhirnya terkantoi jua 

Sebab itulah kita diminta berwaspada dengan fitnah-fitnah akhir zaman yang disebarkan oleh golongan penabur fitnah.

Kita tidak boleh mempercayai apa jua cakap mereka. Tepatlah sepertimana firman Allah s.w.t;

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". [Al Hujurat : 6].

Dosa membuat fitnah pembohongan dan menjadi batu api menyebarkan fitnah itu sama dosanya dengan membunuh. 

Maka setiap hari puak-puak pencacai terus mencipta dosa dengan membunuh manusia. Mungkin bagi mereka hanya dengan menyokong sesebuah parti berlabel Islam maka terhapuslah dosa-dosa mereka.

Memberi sedekah karung plastik terhapuslah dosa-dosa mereka ibarat gugurnya helaian-helaian daun ke bumi.


Tak pasal-pasal kita membuat dosa mengutuk, memfitnah dan menyebarkan kebencian sesama manusia. 

Inilah yang diinginkan dajal-dajjal perosak akhir zaman. 

Mereka membunuh maruah dan imej seseorang kerana mereka sendiri sudah gelupur segala pembohongan mereka terhadap rakyat dan pengguna terdedah satu persatu.

Metro Ahad 12 April 2015 ms 38 - Menteri cakap lain mereka spin lain lepas tu ajak orang kutuk ramai-ramai...sah mereka pencacai dan dajjal akhir zaman

Kami mahu cadangkan kepada pihak yang berwajib agar setiap rakyat yang memberikan maklumat hingga tertangkapnya para peniaga yang menipu pengguna berhubung caj GST diberi ganjaran dan imbuhan matawang.

Jika para peniaga yang menipu boleh dikompaun RM200,000.00 atas kesalahan menipu pengguna, apalah sangat kiranya 1% minima atau RM2,000.00 dari jumlah hasil denda tersebut diberikan kepada pengguna yang bijak dan prihatin tersebut. 

Kalau nak bagi banyak pun lagi bagus...

Kerajaan perlu memikirkan cadangan ini jika mahu rakyat bersama-sama membenteras penyelewengan peniaga curang yang memeras wang rakyat dengan cara yang zalim ini.


Dalam masa yang sama siarkan siapa peniaga yang menipu itu, blacklist perniagaan mereka dan rekodkan sebagai penjenayah ekonomi. Sudah masanya kita melancarkan jihad ekonomi membantu rakyat yang tertindas.

Sebabnya mereka mengumpul kekayaan bergenerasi lamanya dengan cara menipu dan menzalimi rakyat tetapi masih lagi merungut tak dapat itu ini walaupun kononnya dah bayar begitu banyak cukai.

Walhal selama ini golongan mereka inilah yang banyak lari dari cukai. Mujur ada GST baru kita tahu selama ini kita ditipu bulat-bulat oleh golongan peniaga korup yang 'berjaya' kononnya pandai dan rajin berniaga.



Aku masa student UiTM dulu duduk kat luar pun lebih suka masak sendiri dengan member-member. Tambahan lagi bila hujung-hujung bulan atau semasa bulan Ramadhan...best ooo.

So apa masalahnya jika Pak Menteri suruh student UiTM yang dok kat rumah sewa mereka di luar belajar memasak sendiri? Dia tak suruh pun student pi masak dalam dorm asrama!



ADAKAH PAS PARTI BERMARUAH, PENTINGKAN UKHWAH DAN SAYANGKAN UMMAH?

Posted: 12 Apr 2015 12:27 AM PDT



INI masanya Pas untuk 'membalas budi' Barisan Nasional (BN) dengan tidak meletakkan calon di kerusi Parlimen Rompin.

Sosek sosek ini begitu hangat diperkatakan setelah BN tidak menyaingi Pas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan tempoh hari.

Lagipun dengan majoriti besar 15,114 undi yang diperoleh Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dalam PRU-13 lalu, agak mustahil untuk Pas merampas kembali Rompin yang dikuasai wakil rakyat UMNO sejak 23 tahun lalu. Bahkan, Allahyarham Jamaluddin amat disenangi pengundi kerana banyak membantu serta menyumbang bakti kepada rakyat.

Tambahan lagi, UMNO Bahagian Rompin yang kini dipangku oleh timbalan ketuanya, Datuk Hassan Ariffin yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Pahang tentu sekali tidak akan membiarkan pembangkang mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian yang dikecapi penduduk Rompin selama ini.

Sama seperti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendominasi DUN Chempaka berpenggal-penggal lamanya, BN bukan tandingan Pas di Rompin. Untuk sebab kekosongan dua kerusi inipun kerana kematian wakil rak­yatnya.

Pas pernah tidak menurunkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Batu Talam, Raub pada 2007.

Alasan yang diberikan Pas ketika itu kerana 'memboikotnya' walaupun perkara sebenar kerana tidak berani bersaing selain menghormati kematian ADUN yang telah meninggal dunia. Jadi, tak salah jika Pas berbuat perkara sama, kali ini di Rompin.


Cuma, kalau Pas tidak meletakkan calon di Rompin, apakah ahli dan jentera parti Islam itu akan turun padang membantu kempen pakatan pembangkang di kerusi Parlimen Permatang Pauh?

Pilihan raya kecil Permatang Pauh itu berlangsung selang sehari, iaitu 7 Mei selepas PRK Rompin, 5 Mei.

Dengan ketegangan politik dalaman antara Pas dan rakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat yang menentang pelaksanaan hudud, apakah Pas masih akan membiarkan parti mereka disepak terajang macam bola ke sana, ke sini?

Tentu sekali ahli Pas tidak wajar membiarkan diri mereka dipergunakan lagi untuk mencapai matlamat politik pakatan pembangkang semata-mata,

DAP dan PKR hanya mahu mempergunakan Pas untuk mencapai matlamat politik.

Setelah menang, mereka menghina lagi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Titah Sultan Perak - Tolak pihak langgar sempadan adab dan adat!

Posted: 12 Apr 2015 09:59 AM PDT

Sultan Nazrin muizzuddin Shah ketika bertitah dalam Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke-163 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak, semalam. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (kanan).

KUALA KANGSAR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah rakyat menolak golo­ngan yang melanggar sempadan adab dan adat yang dipelopori individu dan organisasi yang disifatkan sebagai buta huruf terhadap sejarah negara.

Titah baginda, perbuatan mahu mengetepikan adab sehingga memijak adat semakin ketara oleh mereka yang longgar pegangan adat dan kosong fahaman adab­nya.

Ini kerana golongan itu mempunyai pengetahuan cetek tentang tamadun bangsanya, minda budaya pelarian dan minda terapung-apung serta tidak ada akar budaya sehingga melanggar adab dan menyisihkan adat.

Berikut ialah titah ucapan Sultan Nazrin dalam Mesyuarat Dewan Negara Negeri Perak ke-163 di Istana Iskandariah Kuala Kangsar semalam:

Istiadat pertabalan ini bukan satu pesta untuk bersuka-suka dan berpesta-pesta. Beta amat sensitif akan aspek perbelanjaan dan pada setiap kali disembahkan taklimat, beta memperingatkan ahli-ahli jawatankuasa agar dipastikan elemen bermewah-mewah dan bermegah-megah dihindarkan daripada berlaku.

Istiadat ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperingatkan kembali warga akan sejarah negara bangsanya yang memiliki tamadun dan telah membina tamadun bangsa, berlandaskan adab - bertiangkan adat.


Sebagai sultan yang telah dipilih oleh mesyuarat Dewan ini pada 28 Mei 2014, beta wajib memenuhi tanggungjawab untuk memelihara adab dan adat yang telah diwariskan turun-temurun sejak daripada Sultan Perak yang pertama.

Setiap negara ada adabnya. Adab melibatkan aspek-aspek mo­ral, perilaku, perbuatan baik, kesantunan, kesopanan dan kemanusiaan. Malah, kemajuan sesebuah negara bergantung pada warga yang mengamalkan disiplin tinggi, kesusilaan terpuji, beradab sopan terhadap negara dan menghormati lambang kedaulatan negara.

Setiap warga ada adatnya, ditakrifkan secara umum sebagai satu aturan cara hidup, prinsip pegangan dan kepercayaan yang timbul daripada pemikiran lalu mempengaruhi tingkah laku. Adat adalah hukum norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat.

Dalam bahasa Melayu lama, adat sebenarnya merujuk kepada undang-undang yang merangkumi bidang sosial, politik, ekonomi, malah undang-undang samudera. Hukum adat adalah hukum yang berlandaskan kebiasaan turun-temurun. Kerana adat itu secara konvensyen dianggap sebagai undang-undang, lahir pepatah dalam masyarakat Melayu, yang sedia mati anak daripada mati adat. Pepatah 'Biar Mati Anak, Asalkan Tidak Mati Adat' memperlihatkan masyarakat Melayu amat menghormati undang-undang.

Undang-undang sama sekali tidak akan dikompromikan walaupun yang melakukan kesalahan itu adalah anak sendiri. Adat ialah peraturan hidup, adat ialah gagasan kebudayaan. Masyarakat dan anggota masyarakat yang menghormati dan menghargai adat adalah masyarakat dan anggota masyarakat yang hidup bertatacara.

Adat berfungsi membentuk sebuah masyarakat berdisiplin yang maju, dinamik dan progresif. Adat itu mencerminkan jiwa dan keperibadian sesuatu masyarakat - jiwa dan keperibadian sesuatu warga - jiwa dan keperibadian sesuatu bangsa.

Oleh itu, Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV ini adalah istiadat yang dianjurkan dengan tujuan untuk menziarahi semula adab dan adat negeri beraja - rakyat bersultan, agar semangat kenegaraan dan semangat ketatanegaraan dapat difahami, di apresiasi dan dihayati oleh rakyat jelata.

Ia bukan istiadat semata-mata untuk batang tubuh individu seorang Raja, tetapi ia adalah istiadat menabalkan raja yang bertakhta, lambang kedaulatan negara - payung penyatuan warga; sementara Raja Pemerintah pula turut diamanahkan dengan tanggung jawab sebagai pelindung dan pemelihara (protector and custodian) kepada adab, adat dan budaya bangsa.


Raja yang ditabalkan itu adalah pemegang watak utama untuk menghubungkan tradisi dengan modenisasi, menghidupkan kembali sejarah dan keagu­ngan tamadun bangsanya, yang telah dibina melalui amalan budaya yang penuh adab lagi beradat, mengandungi komponen-komponen kekayaan sejarah, keagungan tamadun, kehalusan budi dan keindahan bahasa, lalu dijadikan asas untuk membangunkan sebuah negara bangsa yang berdisiplin, maju, moden lagi progresif. Ia menjadi amat relevan, bertambah relevan malah semakin relevan ketika masyarakat kini sedang berhadapan dengan pelbagai perbuatan subversif budaya dan sabotaj budaya.

Kebelakangan ini, perbuatan mahu mengetepikan adab malah memijak adat semakin kelihatan; perbuatan yang dipelopori oleh kalangan yang buta huruf atau illiterate terhadap sejarah negaranya, kalangan yang cetek tentang tamadun bangsanya, kalangan yang berminda budaya pelarian, (refugee minded culture); minda yang terapung-apung, minda yang tidak ada akar budaya lalu melanggar adab dan menyisihkan adat; mengingatkan Beta kepada pantun Melayu lama:

Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.

Terlalu mahal - terlalu berharga untuk tamadun yang telah dibina dan tercatat dalam sejarah bangsa untuk boleh dibenarkan dirompak, dirampas, dimusnahkan dan dinyahkan dari bumi bersejarah ini kerana perbuatan yang dicetuskan oleh individu dan organisasi tertentu yang longgar pegangan adatnya dan kosong fahaman adab­nya.


Individu dan organisasi yang cerdiknya tidak boleh diikut dan dungunya tidak boleh diajar tetapi bernafsu besar untuk memperkenalkan orde baharu dan tatacara baharu; berkelakuan sumbang tidak bertempat, mempromosikan budaya yang sangat asing dan bercanggah dengan adat dan adab bangsa yang selama hari ini amat mengutamakan sifat santun dan hormat serta suasana rukun lagi harmoni. Bangsa perlu disedarkan untuk menolak perbuatan pencerobohan bu­daya yang semakin melanggar sempadan adab dan adat daripada terus berlaku. Bangsa tidak boleh dibenarkan menjadi warga yang tidak bertamadun, miskin adab - papa adat.

Istiadat pertabalan ini adalah peristiwa yang wajib diusahakan secara bersama untuk membina jati diri rakyat daripada diresapi oleh racun-racun yang mahu memusnahkan tamadun bangsa.

Beta mentakrifkan acara-acara yang Beta akan alami sepanjang istiadat pertabalan ini adalah acara-acara yang dapat menyediakan ruang membawa Beta mengenali lebih dekat - lebih rapat majoriti rakyat di negeri Perak Darul Ridzuan, rakyat daripada pelbagai strata sosial dan ekonomi, rakyat dari pelbagai agama, rakyat dari pelbagai kaum dan rakyat daripada pelbagai lapisan usia.

Istiadat pertabalan ini hendaklah dijadikan platform untuk rakyat disatukan dalam semangat kenegerian dan kenegaraan, menerima dan menghormati perbezaan, sama-sama berazam untuk teguh bersatu dalam kepelbagaian, membina negara bangsa yang bertamadun lagi dihormati.

Semoga Allah Subhanahu Wa­ta'ala akan mengurniakan rahmat dan kesejahteraan kepada rakyat dan negeri ini. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala senantiasa memberikan hidayat, petunjuk dan panduan membolehkan Beta menyempurnakan amanah dengan adil lagi saksama.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Awat Phahrolrazi senyum lebar?

Posted: 12 Apr 2015 09:21 PM PDT


Phahrolrazi dah tak ada masa depan as MB lalu umum pasma akan jadi parti politik jika kumpulan Anwarinas tak berjaya ambilalih PAS.

Dengan demikian dia mungkin rasa sinaran akan naik kembali.

Mungkin semalam dia tersenyum lebar Phahrolrazi.


Rasanya Mahfuz tahu sebab dia juga yang cocok dengsn mengajak ibu Sirul jumpa Tun M.

Bila cerita pasal Mahfuz, teringat UMNO punya calun untuk pokok sena.


Mahfuz memang tahu sebab Sahlan kalah.


Ketua bahagian UMNO ketika itu pun tahu sebab. Sayang sekali dia tak boleh selamatkan Sahlan. Doa pun sibuk dengan kempen DUN dia kot.

Dah ada sukarela untuk di dakwa bawah POTA

Posted: 12 Apr 2015 07:33 PM PDT





Nak jatuhkan kerajaan lakukan melalui pilihanraya. Nak cuba melalui revolusi bermakna melanggar undang2 dan melanggar prinsip demokrasi.

Takpa lah ... sampai 2.30 pagi MP sengkang mata untuk debat dan luluskan akta pota.

Dah ada sedia jadi sukarela POTA pertama.




#Kitalawan guna taktik basi Sogo di Central Square, JB

Posted: 12 Apr 2015 05:30 PM PDT





Pada hari sabtu lepas, puak2 #kita lawan turun ke johor baru utk berdemo tuntut najib turun dan kunun tentang gst.

Taktik sama dengan di sogo kl. Central square di JB adalah tempat yang banyak orang lalu lalang pada hari sabtu dari dan ke singapura.

Nampak macam banyak tapi berapa kerat pakai t shirt hitam. Berapa yang hanya hairan tengok beruk2 hitam dan sanak saudara mereka yg kerja di jb.


Tengok beruk2 ni kumpul di kawasan takde orang. Tak nampak ada sokongan.

Penyokong Dap pengotor, pemimpinnya pengecut dan ahli OKU [updated]

Posted: 12 Apr 2015 08:33 AM PDT




Sirul MARAH hingga boleh C4 sama Mahpos!!!!

Posted: 12 Apr 2015 05:49 AM PDT



Bukanlah mak dia tau apa pasal kes tu. Tak tau apa pun nak cerita pada tun m.

Dah pegang kepala Disiplin, Mat Sabu tunjuk 'act' cabar Hadi

Posted: 12 Apr 2015 12:27 AM PDT


Baca SINI

Sementang Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS tu orang dia, bolehlah berlagak Mat Sabu. Kenapa tak berlagak cuba dapatkan calun Presiden?

Takut ... kalau takut, tanding Naib. Turun pangkat setakut hehehe ...

BULETIN RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 9:30 PTG | Posted in

sumber :-

BULETIN RAKYAT


HIMPUNAN DERITA RAKYAT BERJAYA

Posted: 12 Apr 2015 03:51 AM PDT

Jabatan Pilihan raya dan Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Himpunan Derita Rakyat (Hindar) semalam khasnya Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob  dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang hadir menambah erti dan nilai pada himpunan rakyat membantah GST.

 Kehadiran orang ramai yang melepasi jangkaan sekitar 4,000 hingga 5,000 orang menjelang solat Maghrib di Padang Merbok telah menepati objektif yang ingin dicapai oleh penganjur bagi menjelaskan kenapa GST dibantah oleh rakyat. Ia juga menjadi signal kepada kerajaan Umno BN bahawa langkah mereka mengenakan cukai GST adalah langkah sumbang yang mengundang derita rakyat. Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Ustaz Dr Datuk Nik Zawawi Salleh, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ustaz Dr Datuk Mahfuz Mohamad, Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Syarhan Abdul Halim Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Bob Lokman, Wakil NGO Ganti Saudara Amzad, Mejar (B) Zaidi, Wakil OKU, Wakil Pemandu Teksi dan Presiden Gamis Saudara Imran antara yang memanaskan pentas pidato Hindar.

Hadir sama ialah Ustaz Mokhtar Senik, Ketua DUPN Pahang yang mengimamkan solat hajat, Ustaz Abdullah Husin, Ketua DUPN Johor, Ustaz Dr Abu Bakar Abdullah Pengerusi Lajnah Kebajikan DUPP dan Ustaz Asri Daud ad-Diwanie Bendahari DUPP. Hindar turut diserikan dengan persembahan pantomin yang sangat menyentuh perasaan hadirin oleh kumpulan Langat Warrior dan Nasyid Infiru oleh Kumpulan ByHaq. Bob Lokman dan Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi tampil menyampaikan sajak bertemakan Derita Rakyat. Keseluruhan majlis berjalan lancar dengan pengerusi umumnya Ustaz Norazli Musa berjaya mengendali Hindar dengan baik dan tertib. Kami sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu jayakan Hindar termasuk pihak PDRM serta DBKL dan pastinya setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Amal dengan kekuatan 250 orang petugasnya sungguh dedikasi menjayakan Hindar.

Tidak ketinggalan Alternatif Riding Club (ARC) dengan 200 buah motor menderu di Padang Merbok. Insya Allah Hindar akan jelajah ke seluruh negara bagi meneruskan usaha menyedarkan masyarakat untuk bangkit membantah serta mendesak kerajaan memansuhkan GST. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN 

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:26 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Teladan "Baik" Ditunjuk DAP Perak

Posted: 12 Apr 2015 09:21 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:15 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Ini perjuangan nasib Melayu ataupun peperangan melawan nafsu sendiri?

Posted: 12 Apr 2015 08:27 PM PDT

oleh Shahful Shaffiq
Pembabitan Mahathir Mohamad dalam gerakan menjatuhkan Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam.
Walaupun menafikan mahu menjatuhkan Najib, beliau pada masa sama mulai mengkritik kepimpinan Najib dengan mempertikaikan sikap bermewah kerajaan. Mahathir juga seperti menyindir Perdana Menteri bahawa pemimpin sekarang lebih mengutamakan mencari kekayaan berbanding memberi khidmat kepada rakyat.
Selepas itu dalam satu kenyataannya yang lain di dalam laporan berita berbahasa Inggeris di Malaysian Insider Mahathir mengakui bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan nasib Melayu, sebaliknya hanya berjuang demi mendapatkan kontrak-kontrak dan lesen-lesen yang disifatkan lebih kepada mengaut keuntungan untuk pemimpin-pemimpin atasan.
Namun, saya bukanlah pencinta dunia politik yang ingin membentangkan kronologi dari bermulanya perbalahan di antara kedua-dua pemimpin yang saya hormati ini. Tetapi saya ingin menyuarakan pandangan dari sisi berbeza, iaitu impaknya pada rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi di kalangan orang Melayu.
Ya, sebagai orang melayu, saya terharu dan bersyukur dengan usaha-usaha membasmi penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin.  Sangat membanggakan melihat perjuangan pemimpin-pemimpin Negara yang tidak kenal jemu dalam memperdebatkan isu agama dan perjuangan nasib Melayu. Setiap hari, ada sahaja isu baru di dada akhbar tentang cabar-mencabar , tuduh-menuduh, dan tidak kurang juga  yang merancang menjatuhkan sesama sendiri demi kepentingan diri dalam berpolitik.
Dalam politik hari ini, orang Melayu sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat sokongan yang diharap-harapkan. Orang Melayu lupa tentang bersatu teguh bercerai roboh. Ketika ini Melayu berpecah kepada pelbagai puak termasuk dalam politik. Seperti yang kita dapat lihat pada hari ini, UMNO kini bergaduh sesama sendiri. Puak bekas Perdana Menteri bergaduh dengan puak Perdana Menteri sekarang, Najib Tun Razak. Akhirnya mereka menjadi 'minoriti'. Mereka lupa pesan orang dulu-dulu sebatang lidi mudah dipatahkan, seikat lidi sukar dipatahkan. Di manakah perjuangan orang Melayu yang dibentuk melalui perpaduan di antara pemimpin-pemimpin Melayu. Mereka alpa dengan kuasa dan yakin orang Melayu pada masa kini sudah mampu menari berseorangan di pentas dunia.
Read More / Baca Lagi >>

Umno Baru adalah ibarat raksasa Frankenstein

Posted: 12 Apr 2015 08:24 PM PDT

oleh Mariam Mokhtar
Umno Baru adalah sebuah kuasa yang semakin kuat kerana rakyat tidak melakukan apa-apa untuk menghentikannya. Sekarang, ia bak seekor raksasa, kereta api tanpa pemandu, dan tiada sesiapa mengetahui cara untuk menghentikannya.
Malah bekas PM Dr Mahathir Mohamad, yang mencipta Umno Baru pada tahun 1988 dan merosakkan banyak institusi-institusi awam kita, tidak tahu apa yang boleh menghentikan Umno Baru dari memusnahkan negara.
Hari ini, rasa takut menyelubungi Malaysia. Dalam banyak hal, ISA seolah-olah seperti tidak pernah dimansuhkan. Ramai orang tidak pasti mengapa ada kekecohan berkenaan Akta Pencegahan Keganasan (Pota), kerana mereka tahu bahawa Umno Baru akan menggunakan kekerasan, rasuah atau tipu muslihat bagi mendapatkan apa sahaja yang ia mahu. Ia tidak perlu Akta Hasutan atau Pota untuk menangkap orang, ia hanya perlu merasuah musuhnya, seperti yang didakwa berlaku di Ipoh pada tahun 2009.
Kedaulatan undang-undang, hak asasi manusia, perlembagaan, PBB dan kecaman antarabangsa, tidak akan menghentikan Umno Baru.
Apabila Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar tidak dapat mencari undang-undang untuk menahan Zunar, beberapa undang-undang termasuk Akta Mesin Cetak dan "penghinaan badan kehakiman" telah digunakan. Zunar adalah pengkritik lantang kerajaan, dan Ketua Polis Negara mahu menghukumnya, untuk mendorong rasa takut di kalangan rakyat dan menghalang mereka daripada mengkritik kerajaan.
Timbalan PM Muhyiddin Yassin, menafikan bahawa Pota adalah jelmaan semula ISA. Beliau berkata, "Ada orang yang mendakwa bahawa Pota adalah 'ISA 2' dan dakwaan ini tidak benar, kerana ia adalah khusus untuk menangani masalah-masalah berkaitan keganasan."
Muhyiddin berhak memiliki kepercayaan palsu, tetapi dua orang bekas KPN telah memuji Pota kerana menggantikan ISA.

Bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor yang juga bekas pengarah Cawangan Khas, berkata yang Pota adalah serupa dengan ISA.
Beliau berkata, "Semasa kita melawan komunisme, perkara yang paling penting ialah kita mempunyai undang-undang yang kuat, kakitangan penguatkuasaan yang baik dan kerajaan yang baik yang memberi rakyatnya makan,"
Beliau salah. Pada masa itu tidak ada kerajaan yang baik. Kerajaan memerintah melalui ketakutan. 
"Sebab itu saya bersyukur kepada Tuhan apabila mereka berkata yang mereka mahu membentangkan POTA. Ia adalah undang-undang yang dibuat untuk menghidupkan semula ISA...ini adalah baik. Oleh kerana kita mempunyai teknokrat, pengalaman (menghadapi militan), kita akan bersedia," kata Rahim.
Rahim menolak dakwaan bahawa Pota akan disalahgunakan dan digunakan untuk menahan pengkritik-pengkritik kerajaan.
Beliau berkata, "Dalam Cawangan Khas, kita gelarnya mencantas dari awal. Itu adalah cara yang terbaik. Apabila kita mempunyai segala-galanya (undang-undang pencegahan), maka masalah ini boleh diselesaikan."
Ironinya adalah rakyat dan ahli-ahli politik pembangkang tidak mencantas Umno Baru dari awal, dalam tahun 70-an, 80-an dan 90-an. Sekarang, kami perlu menghadapi raksasa yang telah Mahathir cipta.
Read More / Baca Lagi >>

Pindaan KWAP undang salah urus dana, kata Rafizi

Posted: 12 Apr 2015 08:21 PM PDT

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli meluahkan kekecewaannya terhadap maklum balas pengurusan tertinggi Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) terhadap cadangan pindaan menggugurkan wakil Bank Negara daripada panel pelaburan dana itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 April, 2015.  
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli meluahkan kekecewaannya terhadap maklum balas pengurusan tertinggi Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) terhadap cadangan pindaan menggugurkan wakil Bank Negara daripada panel pelaburan dana itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 April, 2015.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) berpendapat pindaan mahu dilakukan ke atas dana Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) akan menjejaskan pemantauan ke atas pengurusan dana itu, yang seharusnya membantu membayar pencen penjawat awam bersara.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli meluahkan kekecewaannya terhadap maklum balas pengurusan tertinggi dana pencen kakitangan awam itu terhadap cadangan pindaan untuk menggugurkan wakil Bank Negara daripada panel pelaburan dana itu.
Menurutnya, ia menimbulkan persoalan tentang keseriusan mereka dalam mencegah tercetusnya skandal kewangan dalam KWAP.

"Maklum balas beliau terhadap kerisauan kami bersifat mekanikal dan ia langsung gagal mengambil kira realiti dan sentimen kebolehpercayaan yang merupakan teras dalam operasi sebarang dana. "Sebab utama kami mahu wakil Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil bahagian membuat keputusan melibatkan dana itu kerana BNM adalah antara salah satu badan pemantau negara ini yang masih berkredibiliti," kata Rafizi kepada The Malaysian Insider.
Menurutnya, kerisauan itu perlu diambil berat lebih-lebih lagi sewaktu KWAP dilihat terpalit kecelaruan apabila meminjamkan sejumlah RM4 bilion kepada bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.
"Kita mahu berasa selamat yang satu pemantau sentiasa mengawasi panel pelaburan."
Pengguguran wakil BNM daripada panel pelaburan KWAP adalah satu daripada pindaan yang dicadangkan kerajaan terhadap Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007.
StarBizWeek melaporkan yang perubahan-perubahan lain akan membolehkan KWAP melabur dalam rangkaian produk dan instrumen kewangan yang lebih meluas.
Pada masa sama, ia akan menukar KWAP kepada dana pencen penuh seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, lapor sisipan itu.
Read More / Baca Lagi >>

KEADILAN kecam hukuman gantung pemimpin Pembangkang Bangladesh

Posted: 12 Apr 2015 07:58 PM PDT

KUALA LUMPUR 13 APRIL: KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya hukuman gantung yang sangat kejam dan zalim Kerajaan Bangladesh ke atas Setiausaha Agung parti Jamaat-e-Islami, Muhammad Kamaruzzaman.
Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, KEADILAN menerima berita sedih dan merakamkan rasa dukacita apabila mendapat makluman bahawa pemimpin pembangkang itu telah pun menjalani hukuman itu semalam.
Sehubungan itu, KEADILAN mengesyorkan agar anggota parti yang beragama Islam, mendirikan solat ghaib sebagai solidariti untuk Allahyarham.
"Semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarham di kalangan shuhada dan orang-orang yang beriman. Al-fatihah," kata Wan Azizah dalam kenyataan.

Kutuk hukuman mati ke atas aktivis revolusi Mesir

Posted: 12 Apr 2015 07:54 PM PDT

SELURUH pencinta keadilan dan kebenaran di Malaysia harus mengutuk keputusan kehakiman politik Mahkamah Mesir yang telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr. Mohammed Badie dan aktivis-aktivis 'Revolusi 25 Januari 2011' kelmarin.

Mereka semua dituduh sebagai pengganas dan perancang utama revolusi akibat daripada tindakan pihak junta menggulingkan pemerintahan sah Mohamed Morsi pada bulan Julai 2013 yang lalu. Ia dianggap satu pembalasan dendam Abdel Fattah As-Sisi setelah hampir setahun menjadi 'Presiden Haram' Mesir.

As-Sisi telah melafazkan ikrar bulan Jun tahun lalu untuk mengheret dan menghukum pemimpin-pemimpin revolusi kerana bertindak ganas. Malah, pertubuhan Ikhwanul Muslimin turut diharamkan dan pejabat-pejabat operasinya disita.

Sebenarnya, As-Sisi adalah dalang keganasan yang sebenar! Dia yang merancang kejatuhan Morsi dan membunuh rakyat yang berarak menuntut keadilan dan kebebasan Mesir.
Seluruh dunia telah menyaksikan kezaliman yang dilakukan oleh ketumbukan tenteranya khusus di kawasan Rabi'ah Adawiyyah dan Dataran An-Nahda.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa Akan Ganti JJ Sebagai Strategis PM?

Posted: 12 Apr 2015 06:05 PM PDT

A Kadir Jasin
DENGAN maaf dan tanpa prejudis. Saya tidak menulis apa-apa mengenai kematian tragik (Tan Sri) Jamaluddin Mohd Jarjis pada 4 April lalu sebab saya kenal beliau lama dan boleh dikatakan rapat juga.
Kali terakhir saya berjumpa beliau beberapa bulan lalu kerana beliau ingin menceritakan kepada saya mengenai Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad yang beliau adalah pengerusinya.
Masalahnya apabila kita kenal seseorang dan dia meninggal dunia secara tragik, kita akan mendapati sukar memilih bahasa yang sesuai untuk meluahkan perasaan kita dan menceritakan apa yang kita tahu.
Saya mengenali beliau sebagai jurutera muda dan pensyarah Universiti Malaya kerana minat beliau dalam politik dan kesediaan beliau memberi pandangan mengenai isu-isu semasa.
Imej beliau dibantu oleh hakikat bahawa bapanya, yang dikenali di kalangan wartawan jenayah sebagai "Tuan" Mohd Jarjis, pernah menjadi Ketua Polis Negeri Pahang dan Terengganu, dan apabila bersara menjadi pensyarah sambilan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Saya berasa perlu menulis rencana lebih seminggu selepas pemergian JJ kerana seorang kawan yang boleh dikira akrab dengan Allahyarham berkata saya wajar menulis mengenai beliau, tetapi dengan mengkhususkannya kepada peranan beliau sebagai ketua turus de facto Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak.

JJ Sebagai Chief of Staff PM

Jadi kami berbincang mengenai siapa JJ kepada Mohd Najib. Kata kawan saya itu, peranan (dan jasa) JJ wajar dicatatkan untuk diketahui dan diadili oleh umum.
Kesimpulan yang boleh saya buat hasil daripada perbincangan dengan kawan saya itu dan daripada sumber-sumber lain ialah JJ adalah strategis, penasihat, sahabat dan "family friend" nombor satu Perdana Menteri.
Beliaulah yang merangka dan melaksanakan dasar komunikasi dan penjenamaan (branding) Perdana Menteri yang melahirkan pemerintahan ala Presiden Amerika (American presidential style) oleh Mohd Najib. Sekali gus acuan itu menjadikan JJ ketua turus (chief of staff).
Sebab itulah kita lihat Mohd Najib memerintah seolah-olah beliau seorang presiden dengan barisan kakitangan, penasihat dan pegawai khas sendiri. Gaya pentadbiran ini memisahkan beliau daripada parti dan, dalam hal-hal tertentu – seperti 1Malaysia Development Berhad – memisahkan beliau daripada Kabinet. Sedangkan sistem kita adalah sistem ala Westminster.
Tidak hairanlah kalau agensi berita Perancis, L'Agence France-Presse (AFP) dalam laporannya mengenai kematian JJ menyebut JJ sebagai Chief of Staff Perdana Menteri. Bagi saya jolokan itu amat tepat sekali walaupun jawatan itu tidak wujud dalam tatanama (nomenclature) perjawatan Jabatan Perkhidmatan Awam.
JJ rakan nombor satu AS di Malaysia
Dalam kapasiti sebagai ketua turus itulah beliau menentukan segala tindak-tanduk Perdana Menteri dengan melaksanakan apa yang beliau pelajari mengenai pentadbiran ala White House (Rumah Putih) ketika menjadi duta ke Amerika Syarikat antara tahun 2009 dan 2012.
Perlu disebutkan juga bahawa JJ ada sahabat nombor satu Amerika Syarikat di Malaysia. Bendera di Kedutaan Amerika di ibu negera dikibarkan separuh tiang pada 5 April bagi menghormati beliau.
Read More / Baca Lagi >>

2 masalah terbesar kerajaan pasal GST

Posted: 12 Apr 2015 05:51 PM PDT

Cukai barangan dan perkhidmatan atau GST, yang diperkenalkan pada 1 April lalu kini menimbulkan pelbagai ketidakpuasan hati kepada kerajaan.

Tetapi, apakah sebenarnya masalah terbesar kerajaan dalam GST? Masalah pertama ialah jurucakap GST – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Kedua-dua jurucakap GST untuk Putrajaya mempunyai masalah yang sama iaitu keengganan mereka mengakui hakikat GST akan menaikkan harga barangan dan semua lapisan terkesan dengan kenaikan itu.

Kerana tidak mahu mengaku hakikat tersebut, maka timbullah pelbagai kenyataan kontroversi seperti GST hanya terkena pada orang kaya, GST tidak membebankan rakyat, GST tidak terkena pada kad prabayar dan sebagainya.

Hujah mereka tidak dapat diterima rakyat kerana ilusi yang digambarkan bertentangan dengan realiti yang dialami mereka.

Apabila ini berlaku, rakyat terasa tertipu kerana hakikatnya mereka terpaksa membayar lebih. Rakyat mendapat duit poket pula semakin kurang.

Ramai yang bekerja pula tiada masa untuk memasak sendiri. Ini menyebabkan keyakinan kepada Barisan Nasional (BN) juga terjejas termasuklah imej perdana menteri.

Oleh itu, dan barangkali, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mencari jurucakap yang lebih baik untuk GST.

Read More / Baca Lagi >>

Mahathir bares Umno as all money politics

Posted: 12 Apr 2015 04:13 PM PDT

A month after Razaleigh, former strongman says whole party is all about cash and contracts.
Mahathir_Tengku-Razaleigh-Hamzah_600KUALA LUMPUR: A month after Tengku Razaleigh Hamzah spoke about RM50,000 a month Umno division leaders, Mahathir Mohamad has bared the truth to the term "money politics" once used to describe vote buying for party positions.
Now, it was the whole party which was about money, projects and contracts, said the former Umno strongman.
Under its current leadership, Umno was filled with rent-seeking leaders loyal only to money. "The ones who receive posts receive money," Dr Mahathir said in a video interview with blogger Din Turtle.
His remarks echo those of his former rival and challenger, Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah who said last month that Umno politics is all about money and is a source of income to divisional leaders and MPs.
"These days Umno divisional leaders as well as parliamentary members earn up to RM50,000 a month, some even earn hundreds of thousands," he was quoted as saying in an interview by political analyst and blogger Mohd Sayuti Omar.
Tengku Razaleigh had said that Umno was filled with people whose allegiance was with Najib, who could award them projects worth millions. "When they are in that situation, it is difficult for them to turn their backs to Najib as Umno politics is their source of income."
Dr Mahathir, who has led a campaign to oust Najib as Umno president and prime minister, denied that his campaign had split the party.
He said the party was already split. Ordinary Malays were disappointed with the New Economic Policy and divisions in the community were very deep. "They come and see me, ordinary people," Dr Mahathir said. "(They say) scholarships are hard to get. In the past, you could get them."
He contrasted the situation with the Umno that he led, which was "quite powerful" and "the spirit was there" (at the party's general assemblies then).
Read More / Baca Lagi >>

Dua berita buruk untuk rakyat

Posted: 12 Apr 2015 03:59 PM PDT

Melangkah masuk ke bulan April, rakyat Malaysia berdepan dua berita buruk yang menandakan kedatangan cabaran getir yang mula dihadapi; pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan penahanan beberapa orang pemimpin PAS dan pembangkang termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan wartawan media The Malaysian Insider.

Bermula 1 April, rakyat yang telah sedia terbeban dengan kos sara hidup tinggi akan terpaksa membayar cukai setiap kali membeli barangan keperluan.
Pelaksanaan GST dilakukan tanpa konsultasi yang menyeluruh dan bermakna dengan semua pihak, termasuk dengan Pakatan Rakyat yang mewakili lebih separuh rakyat Malaysia.
Lebih menambahkan perit, pada masa yang sama GST mula hendak dilaksanakan, kerajaan BN tidak menunjukkan kesungguhan menangani pemborosan dan ketirisan perbelanjaan.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri menyelar cukai ini, katanya, "Ia haram dikutip kerana tidak menepati 3 syarat pengharus an cukai dalam Islam."
Tegas beliau, kerajaan berhak mengenakan cukai kepada rakyat sekiranya negara dalam keadaan terdesak dan memerlukan bantuan rakyat dan bukanya disebabkan berlakunya ketirisan atau pemborosan.
Jelas beliau lagi, kerajaan pada masa ini masih lagi mempunyai pelbagai sumber yang lain untuk menambahkan pendapatan negara dengan tidak melaksanakan GST.
"Kerajaan masih mempunyai sumber selain cukai GST yang boleh dioptimumkan bagi menambah hasil pendapatan negara.
"Realitinya ialah kerajaan masih boros berbelanja sehingga berlaku defisit dalam belanjawan selama 18 tahun berturut-turut.
Read More / Baca Lagi >>

GST baik atau tidak?

Posted: 12 Apr 2015 03:54 PM PDT

Definisi GST
CUKAI barangan dan perkhidmatan (GST) adalah sejenis cukai yang dikenakan ke atas setiap proses jual beli yang berlaku melainkan jika mendapat pengecualian daripada kerajaan. Cukai tersebut dikenakan dari tahap membeli barang mentah, kepada penghasilan, jualan kepada kedai-kedai dan jualan kepada pelanggan.

Faedah Utama
Pendapatan negara akan meningkat dan orang-orang kaya businessman yang melarikan diri daripada cukai selama ni akan kena bayar cukai. Negara boleh menggunakan duit tersebut untuk melakukan lebih banyak pembangunan dan mewujudkan peluang pekerjaan.
Keburukan Utama
Paksaan cukai tersebut akhirnya pasti akan pergi kepada pelanggan (rakyat terbanyak, miskin atau kaya semua kena). Dicampur dengan kos tersembunyi yang meningkat, harga barang secara keseluruhan pastinya akan meningkat, sebaliknya harga barang bagi barangan bergantung kepada budi bicara penjual.
Kesan kenaikan barang akan lebih terasa ke atas golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Namun kajian mendapati jika barangan asas dikecualikan daripada GST seperti dilakukan Malaysia, perbezaan kesan antara golongan miskin dan kaya tidak begitu berbeza.
Mengapa bantah GST?
Korupsi masih berleluasa, pembaziran masih banyak berlaku, namun kerajaan tidak mengambil serius di dalam menguruskan perkara tersebut, namun sebaliknya mengenakan GST seolaholah ingin rakyat yang membayar korupsi dan pembaziran yang berlaku.
Harga barang sedang naik secara berturut-turut beberapa bulan ini bermula dengan kenaikan harga minyak, kemudian kenaikan tarif elektrik. Pelaksanaan GST bermaksud sekali lagi harga akan naik. Rakyat perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan harga yang baru.
Alternatif Kepada GST
Alternatif Praktikal Kepada GST (dicadangkan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di Parlimen):
Capital Gain Tax – boleh dikenakan ke atas bond, saham, unit trust, emas, atau apa saja jenis asset yang nilai harganya naik, dan dibuat keuntungan dengan membeli pada harga rendah dan dijual pada harga lebih tinggi.
Read More / Baca Lagi >>

118 tangkapan bantutkan demokrasi

Posted: 12 Apr 2015 03:53 PM PDT


BADAN pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) ingin membangkitkan kebimbangan apabila ruang pendemokrasian di Malaysia terbantut pada ketika rakyat bakal berdepan dengan bebanan baru cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.
Tanggal 27 Mac 2015, pada hari ke-46 Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, pengumpulan maklumat oleh KPRU menunjukkan, sekurang-kurangnya sebanyak 118 kes penangkapan telah dilbuat oleh pihak polis.
Jumlah 118 kes penangkapan tersebut melibatkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), ahli politik pembangkang, ahli akademik, peguam, aktivis, wartawan dan seumpamanya. Mereka sama ada ditahan untuk siasatan, direman atau didakwa ke mahkamah. Pihak polis banyak menggunakan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman atau Kanun Keseksaan untuk tindakan polis dan tindakan mahkamah seterusnya.
Apa yang membimbangkan KPRU adalah, pelaksanaan cukai GST mulai 1 April 2015 bakal membebankan rakyat terbanyak. Jika sekiranya ruang demokrasi terbantut setelah siri penangkapan melibatkan sebanyak 118 kes tersebut tidak dihentikan serta-merta.
Rakyat yang bakal tertekan dengan kesan cukai GST akan menyalahkan pemerintah pusat berkenaan dengan segala beban dan masalah yang dihadapi mereka.
Bagi pemerintah yang percaya dengan kebaikan pelaksanaan cukai GST, sewajarnya bukan penangkapan yang dilakukan tetapi ruang demokrasi yang luas dibenarkan wujud dalam suasana tanpa tekanan kezaliman.
Di mana-mana negara yang pernah melakukan perubahan sistem percukaian, perubahan seumpama ini bukan hal remeh-temeh, malahan sejarah negara lain menunjukkan, perubahan sistem percukaian mampu membawa kepada perubahan rejim pemerintah.
Negara yang dapat mengelakkan diri daripada babak sejarah sedemikian adalah negara yang menarik balik pelaksanaan sistem percukaian baru atau negara yang tidak menekan ruang demokrasi.
KPRU berpendapat, suasana politik semasa menunjukkan senario di mana rakyat terbanyak yang tertekan dengan cukai baru, jika sekiranya berdepan dengan kebantutan ruang demokrasi, akan menyemarakkan kemarahan mereka terhadap rejim pemerintah.
Dalam konteks politik semasa menyaksikan serangan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir terhadap Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Dato' Seri Najib Tun Razak, senario semasa juga menyaksikan kemungkinan seorang pemimpin mengizinkan institusi polis digunakan untuk menekan ruang demokrasi demi kelangsungan kuasa individu.
Justeru, ia membantutkan ruang demokrasi serta menekan kemarahan rakyat, dan seterusnya meletakkan pemerintah pusat dalam situasi yang penuh dengan risiko politik akibat kepentingan seseorang.
Berikut adalah senarai KPRU berhubung kes penangkapan sehingga 27 Mac 2015, ia sehingga hari ke-46 Anwar Ibrahim dipenjarakan:
5 Feb 2015: Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan setelah mengeluarkan kenyataan mengenai JAKIM di Twitternya pada 9 Jan 2015. Eric Paulsen ditahan polis pada 10 Jan 2015.
11 Feb 2015: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque ditahan polis berhubung tulisan di Twitternya yang mempersendakan institusi kehakiman selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Zunar disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
19 Feb 2015: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan ditahan polis di bawah Akta Hasutan berhubung satu kenyataan yang didakwa berbaur hasutan di internet berkaitan keputusan kes mahkamah Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari 2015.
20 Feb 2015: Aktivis Lawrence Jeyaraj ditahan polis berhubung tulisan di Laman Facebook miliknya yang mempersendakan institusi kehakiman selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Lawrence Jeyaraj disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
21 Feb 2015: Aktivis Adam Adli Abdul Halim ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Perhimpunan 2012 kerana menganjurkan Himpunan #KitaLawan pada 21 Feb 2015.
21 Feb 2015: Pemimpin NGO Jingga 13, Fariz Musa ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Perhimpunan 2012 kerana menganjurkan Himpunan #KitaLawan pada 21 Feb 2015.
22 Feb 2015: Ketua AMK Nik Nazmi ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Perhimpunan 2012 kerana Himpunan #KitaLawan pada 21 Feb 2015.
7 Mac 2015: Ketua AMK Kelana Jaya Saifullah Zulkifli ditahan polis sejurus selepas perhimpunan #KitaLawan di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.
8 Mac 2015: Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan polis susulan penglibatannya dalam Himpunan 307. Nik Nazmi ditahan bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan. Nik Nazmi ditahan dua hari dan dibebaskan jam 8.20 malam pada 10 Mac 2015.
Read More / Baca Lagi >>

Hanya Dalam Ini Malaysia

Posted: 12 Apr 2015 08:37 AM PDT


Adakah menteri ini BUTA FAKTA atau mmg nak menipu rakyat !!!

Posted: 12 Apr 2015 08:32 AM PDT


BONGKAR lagi PEMBOHONGAN Menteri Ahmad Maslan.

Setelah Admin buat kajian, terdahulu cukai SST pada eksport telah pun dikecualikan 'sales tax'. Bermakna tiada bezanya SST & GST pada eksport.

Adakah sistem berparlimen negara telah gagal sama sekali?

Posted: 12 Apr 2015 08:28 AM PDT

oleh Ahmad Mustapha Hassan

Ketidakhadiran Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini dalam proses pengundian Akta Pencegahan Keganasan (Pota) menunjukkan bahawa mereka yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat untuk melaksana tugas mereka di pejabat telah membuatkan kita menjadi begitu kecewa. Seharusnya tiada alasan diberikan.

Sudah tentu akta ini akan tetap lulus tetapi sebagai Ahli Parlimen pembangkang, ianya adalah tugas mereka untuk menunjukkan solidariti menentang akta baru yang zalim ini.

Mungkin ia adalah di awal pagi ketika undian dibuat tetapi sebagai Ahli Parlimen, mereka sepatutnya hadir dan undi menentang akta ini. Tetapi sesetengah dari mereka tiada di situ.

Kepercayaan rakyat bersama dengan Ahli Parlimen pembangkang kerana kerajaan telah menunjukkan kurang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka, tetapi kepercayaan ini telah dikhianati oleh mereka yang memilih untuk tidak hadir.

Ini kerana sikap tidak puas hati sesetengah Ahli Parlimen kita yang telah membuatkan orang muda menunjukkan ketidakpuasan hati mereka kepada kerajaan ke jalanan.

Mereka telah menganjurkan beberapa demonstrasi untuk menentang beberapa isu hanya untuk menunjukkan mereka tidak gembira dengan kebanyakan isu yang ada. Ini juga turut menandakan bahawa mereka yang mengambil bahagian dalam perhimpunan-perhimpunan itu telah hilang keyakinan terhadap Ahli Parlimen mereka.

Harapan mereka adalah supaya wakil rakyat yang diundi ini akan melakukan tugas mereka dengan sebaiknya mengikut keupayaan mereka telah gagal.

Pada satu ketika apabila Parlimen didominasi secara keseluruhannya oleh parti yang berkuasa, kerajaan telah menunjukkan kurang rasa hormat kepada dewan. Kerajaan telah membuatkan Parlimen tidak lebih daripada sebuah institusi yang tidak relevan.

Read More / Baca Lagi >>

PKR letak calon wanita di Permatang Pauh

Posted: 12 Apr 2015 08:20 AM PDT

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh akan menyaksikan pertembungan calon wanita PKR menentang calon BN pada 7 Mei ini.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), G Manivannan berkata, perkara tersebut akan dimuktamadkan oleh Biro Politik pada Selasa depan.

"Buat masa sekarang, sudah ada dua nama diputuskan, namun keputusan mengenai calon tersebut akan dimuktamad dan diumumkan pada Selasa ini," katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Menurutnya lagi, perkara tersebut akan diumum menerusi sidang media yang akan diadakan di Permatang Pauh.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai calon tersebut.

"Ada dua nama.. (Keputusan tersebut) akan diberitahu pada Selasa. Sabar.." katanya lagi.

Read More / Baca Lagi >>

Malaysia adalah syurga kepada perniagaan haram yang jelas di depan mata?

Posted: 12 Apr 2015 08:12 AM PDT

oleh V Shuman
Rumah urut yang menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan kelihatan begitu pakar sekali mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa.
Akhbar harian berbahasa Melayu, Harian Metro baru-baru ini telah menampilkan berita di muka hadapan tentang sebuah rumah urut, yang memenuhi keperluan golongan homoseksual, terletak di kawasan perkhidmatan urut golongan buta, di tengah bandar.
Seorang wartawan akhbar itu telah melakukan penyamaran ke bangunan tiga tingkat itu, yang menyamar sebagai "urut tradisional Melayu".

Berdasarkan laporan berita itu, tingkat pertama diperuntukkan untuk perkhidmatan urut normal. Namun apabila penulis itu naik ke dua tingkat atasnya, beliau mendapati tempat itu dihiasi dengan gambar lelaki-lelaki bogel dan buku tentang homoseksual.
Di dalamnya juga terdapat tilam dan taman kecil, yang hanya boleh diakses melalui tangga di belakang pusat itu, di mana pelanggan menggunakannya untuk mecari pasangan.
Terdapat juga sauna yang boleh diakses dengan harga serendah RM20, menurut laporan itu.
Wartawan itu turut bercakap dengan pelanggan di premis itu yang mendakwa beliau datang untuk sesi urutan normal, tetapi akhirnya mendapati dirinya sedang melakukan seks dengan lelaki lain. 
Menurut beliau, pelanggan tetap di sini terdiri daripada golongan muda dan juga lelaki berusia.
Lucu sebenarnya apabila seseorang yang secara tidak sengaja "terjumpa" premis seperti ini, boleh tahu begitu terperinci mengenai tempat itu.
Read More / Baca Lagi >>

Mahfuz bertegas Sirul terima baik pertemuan ibu dengan Dr Mahathir

Posted: 12 Apr 2015 08:04 AM PDT

Bekas polis komando Sirul Azhar Umar, yang lari ke Australia sebelum disabitkan bersalah atas tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu tidak membantah pertemuan ibunya dan bapa saudara dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar, hari ini.

Mahfuz menolak dakwaan peguam Sirul, Hasnal Redzuan Merican dia tidak begitu suka dengan pertemuan itu. "Saya dan ibunya juga terlebih dulu memberitahunya mengenai kemungkinan pertemuan itu dan dia merestuinya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mahfuz mendakwa ibu Sirul, Piah Samat, dan bapa saudaranya ada menghubungi Sirul, yang kini ditahan di pusat imigresen Villawood di Sydney, sehari sebelum pertemuan itu. Wakil rakyat PAS itu berkata, Sirul tidak membantah pertemuan itu.

 "Jadi, saya tidak faham kenapa peguam Sirul memberitahu media dia kecewa dan mengatakan ahli politik mempergunakan ibu dan bapa saudaranya untuk kelebihan politik," katanya.

Mahfuz berkata demikian sebagai maklum balas terhadap laporan menyatakan Hasnal berkata anak guamnya merayu supaya ahli politik tidak menggunakannya untuk agenda politik mereka.

Hasnal, dalam laporan Sinar Harian hari ini berkata sebagai cubaan mempolitikkan kes itu akan mengganggu prosiding perundangannya untuk kekal di Australia.

"Sirul menghubungi saya 2 kali sejak dilaporkan ibu dan bapa saudaranya bertemu Dr Mahathir," katanya, dan menambah anak guamnya kedengaran seperti sangat kecewa. Menurut Hasnal, Sirul juga melahirkan hasratnya untuk kekal di Australia.

"Dia tekad untuk menggunakan semua saluran undang-undang untuk dibawa pulang ke Malaysia.

 "Dia merayu semua orang supaya memberinya ruang untuk berdepan cabaran undang-undang dengan tenang," katanya. Sirul mendapatkan 2 pasukan undang-undang di Australia untuk mengendalikan perkara berkaitan imigresen dan ekstradisinya.
Read More / Baca Lagi >>

Permatang Pauh perlu pembangunan, kata Shahrizat

Posted: 12 Apr 2015 07:59 AM PDT

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mempertahankan kenyataannya Parlimen Permatang Pauh memerlukan pembangunan, menegaskan perkataan yang digunakannya mencerminkan keadaan sebenar di kawasan itu.
Ketua Wanita Umno itu berkata, beliau bukan bermaksud untuk menyindir, sambil menambah Nurul Izzah, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang yang dipenjarakan sebelum ini menyandang kerusi Parlimen itu, tahu beliau bercakap benar.
"Memang pedih untuk sesetengah pihak untuk terima hakikat tertentu, saya cakap perkara yang benar, saya tidak membuat sindiran, memang itu hakikat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasarnita @ Tom's Bazaar di Publika, Kuala Lumpur.

"Bila saya cakap itu, Nurul Izzah pulak dah rasa tertekan kerana saya cakap yang benar, maka beliau nak spin, nak spin terpulanglah pada dia. "Tapi dalam hati dia, saya tahu dia tahu apa yang saya cakap itu adalah benar.
"Mereka ni kalau kita cakap benar, dia spin ke lain, saya memang expect dah dia, bagi saya saya bercakap benar," katanya.
Bernama semalam melaporkan Shahrizat sebagai berkata, kawasan Parlimen Permatang Pauh bukan sebuah "syarikat sendirian berhad", tetapi kawasan yang memerlukan seorang ahli Parlimen yang mampu membawa pembangunan dan kemajuan kepada penduduknya.
Katanya, maklum balas yang diterima Wanita Umno dari akar umbi menunjukkan pengundi di Permatang Pauh dahagakan pembangunan dan bosan dengan janji pembangkang yang tidak ditunaikan.
Beliau berkata, maklum balas juga mendedahkan, pengundi di sana kini jelak dengan senario politik 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' di kawasan itu, yang melibatkan calon berbeza, tetapi daripada keluarga  sama, walaupun selepas 17 tahun.
Mengulas kenyataan Shahrizat itu, Nurul Izzah, ahli Parlimen Lembah Pantai, berkata dalam nada mengejek yang Shahrizat patut malu berkata demikian.
Read More / Baca Lagi >>

Setelah Mukhriz Didesak Letak Jawatan, Apakah Pula Tindakan Drastik Mahathir Selepas Ini?

Posted: 12 Apr 2015 07:52 AM PDT

Episod pertembungan antara Tun Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Najib Razak nampaknya semakin sukar ditemui jalan penyelesaian dan titik tengahnya. Najib ingin terus kekal dan tidak mahu mengalah manakala Tun Mahathir pula tetap mahukannya berundur.

Selepas Najib muncul di televisyen untuk menjawab semua kritikan dan serangan Tun Mahathir terhadapnya, bekas Perdana Menteri itu kemudiannya tampil lagi untuk mempertahankan hujah serangan dan kritikannya.

Nadanya bercakap mengenai 1MDB, Jho Low, Sirul, sokongan terhadap Najib, keyakinan BN dalam pilihanraya akan datang, jelas tidak berganjak sedikit pun daripada sebelumnya.

Bahkan jawapan-jawapan Tun Mahathir, terutama mengenai janji Jambatan Bengkok, lebih memalukan Najib kecuali jika Perdana Menteri dapat membuktikan tidak pernah membuat janji itu.

Begitu juga tuntutan Tun Mahathir agar dibentuk sebuah suruhanjaya yang benar-benar bebas bagi menyiasat segala salah laku dan kecurangan yang didakwanya berleluasa dalam 1MDB, ia sebenarnya adalah cabaran sekali lagi buat Najib.

Walaupun diserahkan kepada Ketua Audit Negara untuk melakukannya kepada 1 MDB, sebagaimana kata  bekas Menteri Kewangan, Tun Daim semalam, ia masih menimbulkan konflik kepercayaan umum kerana jabatan itu terletak di bawah Kementerian Kewangan di mana Najib adalah juga menterinya.

Sebelum ini Lim Kit Siang dan Ibrahim Ali juga pernah menyuarakan perlunya sebuah Surunjaya Bebas atau Diraja dibentuk bagi menyiasat selepenuhnya urusan 1MDB.

Dalam serangannya, Tun Mahathir juga terus mempertikaikan siapakah sebenarnya Jho Low yang didakwanya begitu berkuasa berurusan dengan wang berskala besar bagi pihak 1MDB sedangkan dia bukan kakitangan kerajaan atau sebahagian daripada kerajaan.

Tindakan Tun Mahathir terus melontarkan pertanyaan mengenai Jho Low tidak lain ialah kerana Najib dalam temubualnya baru-baru ini masih enggan dan mengelak untuk menjawab mengenai peranan serta hubungannya  dengan ahli perniagaan Cina yang didapati gaya hidupnya penuh warna-warni bersama selebriti Hollywood itu.

Di ketika Tun Mahathir makin agresif melakukan serangan dan semakin ramai pemimpin UMNO tampil menyatakan sokongan kepada Najib, pertembungan itu kini memasuki episod baru apabila Mukhriz Mahathir pula digesa meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah.
Read More / Baca Lagi >>

Ahmad Maslan, Ismail Sabri lumba pamer kebodohan sendiri

Posted: 12 Apr 2015 07:50 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 APRIL- Pengguna laman sosial mengutuk kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang menyarankan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) agar memasak sendiri berbanding makan di luar.
Saranan tersebut dibuat di dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar-pelajar UiTM di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada Sabtu.
Bagaimanapun, kenyataan Ahmad Maslan itu menerima kecaman bertalu-talu pengguna Twitter dan Facebook, yang mengganggap saranannya sebagai tidak masuk akal dan cuba memperbodohkan rakyat.
Rata-rata pelajar berpendapat saranan itu mustahil dilakukan kerana undang-undang di kolej kediaman sendiri tidak membenarkan pelajar untuk memasak.
Tidak kurang juga yang menjadikan saranan Ahmad Maslan itu sebagai bahan jenaka dan  sindiran serta menyamakannya seperti 'Pak Pandir'.
Bahkan ada yang memperlekeh tahap keupayaan berfikir Ahmad Maslan, meskipun menteri itu pernah mendabik dada dengan mengatakan beliau memperoleh CGPA 3.85 dari sebuah universiti di New Zealand.
Sementara itu, seorang lagi menteri kabinet, Datuk Seri Ismail Sabri turut menerima kutukan orang ramai selepas satu keratan akhbar mengenai kenyataannya disebar di internet.
Keratan tersebut bertajuk "Don't believe Najib means don't believe in Allah" ( Tidak Percaya Najib bermaksud Tidak Percaya Allah)  memetik kenyataan Ismail berhubung isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak salah ahli UMNO terima ganjaran kata Menteri

Posted: 12 Apr 2015 07:49 AM PDT

Perbuatan itu bukan kesalahan asalkan ia dapat membahagiakan orang lain dan diguna untuk membantu rakyat meningkatkan taraf hidup.

KUALA LUMPUR: Tidak menjadi kesalahan jika ahli UMNO mendapat ganjaran daripada parti asalkan wang itu diguna untuk membantu rakyat meningkatkan taraf hidup.
Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau tidak nampak perbuatan itu salah jika wang itu dapat membantu membahagiakan orang lain.
Beliau diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa ahli UMNO lebih mengutamakan wang berbanding kesetiaan kepada parti.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, ahli UMNO hanya setia kepada parti untuk mendapat ganjaran seperti kontrak dan jawatan.
Shabery yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman bagaimanapun enggan mengulas dakwaan Dr Mahathir bahawa Ketua UMNO bahagian setia kepada parti kerana mahukan ganjaran.
"Saya tidak dengar jawapan dia (Mahathir)," katanya ringkas sebelum meninggalkan sidang media di Pusat Beli belah Publika pada Ahad.

Tun M: Anggota polis tidak mungkin bunuh orang

Posted: 12 Apr 2015 07:46 AM PDT

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan anggota polis tidak mungkin membunuh orang awam melainkan diserang atau diminta pihak lain berbuat demikian.

Beliau berkata, jika benar anggota polis itu boleh membunuh sesiapa sahaja tanpa alasan yang munasabah, sudah tentu orang awam akan terancam.

"Kalau dia betul-betul pergi bunuh orang, gantung laa, tapi dia ni anggota polis...seorang anggota polis tidak membunuh orang, kecuali orang menyerang dia atau ada orang minta dia lakukan.

"Kalau tidak kita pun takut dengan anggota polis nanti dia tembak kita sekali," katanya dalam video yang dimuat naik di blog Din Turtle, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan bekas anggota pasukan elit polis, Sirul Azhar Umar bahawa pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu itu dilakukan kerana mengikut arahan.

Kesal dengan keengganan pihak polis membuka semula kertas siasat, ibu kepada Sirul, Piah Samad mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir di Yayasan Perdana, Putrajaya pada Rabu.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir mengakui pada pertemuan empat mata itu, Piah bagaimanapun enggan menceritakan tentang fakta dan rahsia yang disimpan selama ini berhubung pembunuhan itu.

"Mak dia datang, tapi dia tak boleh bercakap, bukan ada apa pun dia boleh cerita pada saya, saya tanya, dia tak nak cakap...kaku.

"Saya fikir dia takut, apa dia takut saya pun tak tahu laa, tak berani cakap dengan saya, bila saya tanya Datuk Mahfuz apa yang Piah cakap pada dia, Mahfuz cakap tiada ada apa-apa," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Umno setia kerana duit – Mahathir

Posted: 12 Apr 2015 07:43 AM PDT

Dr M
KUALA LUMPUR 12 APRIL- Bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad membidas semula pengkritiknya dengan mengatakan Umno kini adalah 'tentang duit' dan hanya setia kerana wang.
Kecaman Mahathir itu dinyatakan dalam video yang dimuatnaik dalam sebuah blog, susulan jawapan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap kritikannya di kaca TV baru-baru ini.
"The Umno now is about money (Umno sekarang tentang duit). Ketua-ketua Umno setia sebab mereka dapat sesuatu, dapat kontrak.
"Yang dapat jawatan-jawatan tu semua dapat duit," katanya ketika diminta mengulas pandangan yang mengatakan tindakannya menyebabkan perkelahian antara kumpulan pro-Najib dan pro-Mahathir dalam Umno.
Mahathir mendakwa semasa beliau meninggalkan Umno, parti itu berkuasa dan masih tinggi semangatnya, tidak seperti sekarang yang semuanya hanya tentang duit.
Dalam klip tiga minit itu, beliau berulang kali menyatakan sebab kenapa Najib perlu meletak jawatan, antaranya Dasar Ekonomi Baru dan 'perasaan kecewa orang Melayu'.
Read More / Baca Lagi >>

MP gesa Ahmad Maslan ditukar kementerian

Posted: 12 Apr 2015 07:42 AM PDT

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan perlu ditukarkan ke kementerian lain serta merta ekoran saranannya terhadap mahahsiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam.

Mahasiswa kampus itu mengkritik saranan beliau supaya mereka memasak sendiri daripada makan di luar bagi mengurangkan beban Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana asrama pelajar universiti tidak membenarkan memasak.

"Kita tak perlu orang yang propagandis cemerkap seperti Ahmad Maslan. Beliau sepatutnya ditukar serta merta ke kementerian yang lain.

"Tetapi saya berharap Putrajaya boleh pastikan bahawa beliau tidak akan memalukan kerajaan dalam jawatan barunya kelak," katanya dalam satu kenyataan.

Setelah dipindahkan, Liew berkata sekurang-kurangnya GST boleh dijelaskan sebagai satu isu yang serius dan bukannya "propaganda murah".

Liew turut mendakwa bahawa pemimpin BN dilaporkan menggunakan "politik perkauman yang tidak senonoh" untuk menyokong cukai tersebut.

Bagaimanapun Liew ketika dihubungi Malaysiakini tidak boleh memberi butiran tentang "politik perkauman" itu.

Maksud untuk siswa luar kampus

Semalam Astro Awani melaporkan mahasiswa mengejek Ahmad yang juga MP Pontian ketika seminar berkaitan GST.

Read More / Baca Lagi >>

GST: Silap pilih pemerintah, rakyat tanggung derita

Posted: 12 Apr 2015 07:38 AM PDT



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata rakyat perlu membuat pilihan bijak pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, akibat dari kesilapan memilih pemerintah, rakyat terus menanggung penderitaan ekonomi selain daripada pelaksanaan undang-undang yang menekan kebebasan mereka.

"Inilah akibat dari kebodohan sesiapa yang memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.

"Untuk kebaikan rakyat buat pilihan bijak pada pilihan raya nanti," katanya ketika berucap pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) di Padang Merbok, di sini petang semalam.

Program membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) itu dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat.

Mohamad yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi NGO PAS Pusat turut memaklumkan himpunan membantah GST pada 1 Mei depan.

Turut berucap pada sesi sebelah malam ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.