KUALA LUMPUR 11 April:

PAS sedia berdailog dalam forum terbuka dengan mana-mana pemimpin negara berkaitan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikatakan haram dilaksanakan, dengan syarat ia disiarkan secara langsung (live) menerusi televisyen.
Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Nawawi Salleh berkata, beliau berani berbahas secara terbuka untuk menjelaskan mengenai cukai yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam Islam.
"Saya bersedia bila-bila masa untuk berdialog atau berforum secara terbuka dengan syarat mesti diadakan secara di televisyen," katanya ketika ditemui dalam Himpunan Derita Rakyat (HINDAR), di Padang Merbok di ibu negara, Sabtu.
Nik Nawawi berkata, Dewan Ulama PAS berasa terpanggil untuk menjelaskan sendiri mengenai hukum itu kepada kepimpinan negara.
"Saya bersedia berhadapan dengan mana-mana menteri, mufti dan sesiapa sahaja untik menjelaskan hukum GST ini," katanya.