Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Air : MB diselar pertahan tanah bukan milik kerajaan negeri Selangor?

Posted: 09 Apr 2015 03:52 AM PDT


SHAH ALAM - Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor hari ini menyelar Menteri Besar Mohamed Azmin Ali kerana bertindak mempertahankan tanah Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dan Semenyih sebagai milik kerajaan negeri.

Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berkata, tindakan menteri besar itu akan menyebabkan perjanjian utama penstrukturan semula industri air tertangguh dan gagal dimuktamadkan.

"Kerajaan negeri tidak sepatutnya menyenaraikan aset milik Kerajaan Persekutuan sebagai aset kerajaan negeri.

"Tindakan itu hanya akan menyebabkan perjanjian tersebut tidak boleh dikuatkuasakan kerana bertentangan dengan Kanun Tanah Negara," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.

Beliau berkata, status tanah LRA Bukit Nanas dan Semenyih sehingga kini tidak dapat diputuskan kerana perjanjian utama penstrukturan semula industri air masih di peringkat rundingan.

"Walaupun kedua-dua aset tersebut disenaraikan dalam perjanjian (air), tetapi ia masih di peringkat proses rundingan...ini kerana perjanjian air itu belum pun dikuatkuasakan," katanya.

Kerajaan Selangor mendakwa tanah LRA Bukit Nanas dan LRA Semenyih merupakan milik kerajaan negeri seperti mana yang disenaraikan dalam perjanjian utama penstrukturan semula industri air yang ditandatangani bersama Kerajaan Persekutuan pada 12 September lepas.

Mohamed Azmin berkata, penyenaraian aset tanah itu dibuat bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mohamed Azmin berkata, isu tanah tersebut punca pihaknya membatalkan rundingan penstrukturan yang ditandatangani bersama Kerajaan Persekutuan sebelum bersetuju untuk berunding semula pada 23 Mac lepas. - BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BENARKAH KERAJAAN PLURALISME SELANGOR MEMBANGUNKAN ISLAM???

Posted: 09 Apr 2015 06:52 AM PDT

Mana janji-janji Fuckatan Rakyat untuk menaikkan gaji guru-guru KAFA (Kelas Agama Fardu Ain) di Selangor?

Masa kempen PRU 13 dulu, beria benar Fuckatan Rakyat janji nak bangunkan Islam. Tetapi akhirnya semua bohong belaka.

Semuanya kerana tuan-tuan DAP mengawal sistem pemerintahan negeri tersebut. Mereka melantik MB dan para exco yang boleh dibeli untuk menjadi barua dan broker.

Akhirnya janji-janji tersebut hilang sedangkan janji-janji baru terus ditabur lagi...


Tu pun dalam ceramah dan propaganda puak-puak baruah dan broker pencacai ni masih lagi salahkan UMNO, BN dan kerajaan Persekutuan kononnya tak bagus dan tak hebat sepertimana puak-puak mereka yang pandai menipu.

Fitnah Dajjal akhir zaman puak kafir mengaku prihatin pada Islam walhal mereka adalah pemusnah Islam!

Hakikatnya,  gaji Guru KAFA yang diberikan oleh kerajaan Selangor tetap RM500 sama tak pernah naik pun sejak mereka memerintah Selangor.

Bahkan mereka hanya menyambung apa yang telah dibuat oleh kerajaan BN sebelumnya.

Lebihan RM800.00 lagi dibayar oleh pihak JAKIM melalui peruntukkan khas menjadikan jumlah elaun guru-guru KAFA menjadi RM1,300.00 sebulan.

Tak apalah inilah cara penipu membangunkan Islam apabila mereka berjaya memerintah sesebuah negeri.

Tak mampu bagi jangan janji. Kesian dan aniaya orang.

Menipu menjadi satu taqiyah ala-ala syiah yang berjaya membodohkan ramai pencacai mereka.

Mungkin ia berlaku atas nasihat punahsihat RM1.00 tu. 

Kesian Guru KAFA Selangor dipermainkan oleh MB Aiskrim dan puak-puak Baruah dan Broker

Lagi pun eloklah kerajaan negeri tak naikkan elaun tu buat guru-guru Islam KAFA sebab banyak duit di Selangor bercampur aduk dengan duit-duit haram.

Kalau ada duit halal pun semuanya kena bagi sama rata pada semua agama atas nama keadilan dan sama rata sama rasa. 

Pemimpin Islam negeri mana ada kuasa semuanya dikawal oleh puak-puak DAPig. Selangor sudah menjadi negeri puak-puak pluralis.

Ya adil cara PKR dan DAP...


Inilah nasib bangsa aku di tangan pemerintah boneka, baruah dan broker...

Mengajar Islam dipandang hina...tetapi memegang anjing, membela si kafir togok carlsberg dan memurtadkan ummah dibela sepanjang masa...

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Saya perlu membuat keputusan sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab - Najib

Posted: 09 Apr 2015 05:34 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjawab pelbagai soalan mengenai beberapa isu yang diutarakan oleh pelbagai pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambil menegaskan bahawa keutamaan beliau ialah kepada rakyat dan negara, Najib menjawab segenap aspek persoalan dan kritikan terhadap pentadbiran beliau, meliputi isu pengurusan 1MDB, pelaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia), kes pembunuhan Altantuya, Akta Hasutan, POTA (Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan) dan prospek ekonomi negara.

Beliau mengupas segala isu itu ketika diwawancara Hamdan Ahmir dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas yang disiarkan malam ini.Berikut adalah transkrip penuh wawancara itu:

MUKADIMAH HAMDAN: Sejak kebelakangan ini, ada beberapa pihak yang mengkritik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan beberapa isu pengurusan kewangan dan pentadbiran. Malah ada pihak yang meminta supaya Perdana Menteri melepaskan jawatan kerana mereka berpendapat UMNO dan Barisan Nasional akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Yang Amat Berhormat terus memimpin. Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, saya alu-alukan kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kematian

SOALAN: Saya ingin mulakan sesi kita dengan menyampaikan rasa simpati kami kepada Datuk Seri dan juga warga kerja Pejabat Perdana Menteri atas kehilangan sahabat Datuk Seri yang cukup rapat, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, dan juga dua pegawai kanan yang paling rapat dengan Datuk Seri, Datuk Azlin Alias dan Datuk Mohd Poad (Jelani). Bagaimana Datuk Seri menangani kesukaran dalam saat-saat yang berdukacita ini?

NAJIB: Tentu sekali kehilangan mereka bertiga merupakan tragedi bagi Pejabat Perdana Menteri, lebih-lebih lagi bagi diri saya sendiri, tentu sekali bagi keluarga mereka, sahabat handai. Dalam konteks pentadbiran negara, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai kapasiti di dalam dan luar negara.

Allahyarham Datuk Azlin dalam pentadbiran pejabat saya telah menjalankan tugasnya dengan efisien, dengan amanah. Begitu juga dengan Datuk Poad sebagai setiausaha sulit saya, telah jalankan tugasnya dengan baik.

Namun, walaupun saya tetap dalam kesedihan tetapi kehilangan mereka itu menguatkan iltizam saya untuk menjalankan tugas-tugas saya memimpin negara dengan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian, segala cita-cita dan wawasan negara.

Ekonomi

SOALAN: Kita dapati Datuk Seri, kerajaan membuat penilaian semula dari segi perkembangan ekonomi negara akibat tekanan-tekanan yang kita hadapi secara global. Dari segi ekonomi, bagaimana Datuk Seri melihat usaha-usaha yang dijalankan setakat ini dalam memantapkan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi?

NAJIB: Memang penilaian semula itu sangat kena pada masa berikutan kejatuhan harga minyak yang agak begitu drastik, merudum jatuh hingga ke paras separuh daripada masa-masa sebelum ini. Sudah tentu mana-mana negara pengeluar minyak terpaksa membuat penyesuaian/adjustment kepada kedudukan fiskal negara, supaya langkah-langkah yang lebih proaktif kita dapat menjamin bahawa fundamental ekonomi negara kita masih kukuh.

Ini yang nak saya tekankan. Meskipun harga minyak jatuh tetapi fundamental ekonomi negara kita tetap utuh dan kita masih boleh mencapai kadar pertumbuhan yang sederhana tinggi.

Kita masih boleh menarik pelaburan, kita masih boleh melaksanakan pembaharuan transformasi negara dan kita boleh terus memastikan rakyat Malaysia terbela.

Kepimpinan

SOALAN: Kita dapati banyak pihak yang menyambut baik usaha-usaha yang dibuat kerajaan dari segi memantapkan ekonomi negara. Dalam pada itu, Datuk Seri, ada pihak-pihak tertentu yang nampaknya tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Datuk Seri sendiri sebagai Perdana Menteri.

Saya ingin khususkan kepada kritikan-kritikan yang dibuat sejak akhir-akhir ini oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri sendiri. Bagaimana Datuk Seri melihat kritikan yang datang ini?

NAJIB: Saya tetap hormati Tun Dr Mahathir seperti mana saya hormati rakyat Malaysia. Saya terbuka sekiranya mana-mana pihak yang mengkritik kepimpinan saya, pentadbiran saya.

Saya harap kritikan itu dibuat dengan penuh berhemah dan cara bertanggungjawab. Saya meneliti, saya menimbang kewajaran setiap kritikan itu. Tetapi saya perlu tegaskan pada kesudahannya, saya perlu membuat keputusan sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO, dan saya bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan kepada parti. Itu saya nak tegaskan.

Apapun pendapat individu, pada kesudahannya, saya akan bertanggungjawab kepada rakyat dan kepada parti.

GST

SOALAN: Kita ambil contoh misal kata pengenalan GST pada 1 April. Ada pihak yang beranggapan bahawa dari segi timing GST diperkenal itu kurang sesuai di kala rakyat merasakan kesan ekonomi dunia yang memberi kesan kepada Malaysia itu juga menghimpit mereka. Apa komen Datuk Seri?

NAJIB: Sebenarnya, tiada masa yang dikatakan sesuai untuk memperkenalkan GST. Kalau kita lihat pada keseluruhannya, antara faktor yang boleh dikatakan menyebelahi langkah kerajaan untuk memperkenalkan GST; harga minyak dah jatuh.

Bila harga minyak jatuh, maknanya harga petrol dan diesel lebih rendah dari masa-masa sebelumnya. Itu satu...rakyat mendapat faedah daripada penurunan harga minyak dunia. Yang kedua, kerajaan telah membuat persediaan yang begitu lama.

Soal GST ini sejak tahun 80-an lagi. Bukan perkara baharu. Jadi kita laksanakan daripada makronya sesuai masanya sebab kerajaan perlu kepada punca kewangan tambahan sebab hasil dividen daripada Petronas akan berkurangan kerana harga minyak dah jatuh.

Jadi amat sesuai kita perkenal sekarang dan kita juga telah membuat satu bentuk di mana banyak produk perkhidmatan keperluan rakyat yang di-zero rated atau dikecualikan. Lebih daripada 4,000. Tak pernah mana-mana negara yang membuat cara sedemikian dan ini bukan cukai tambahan.

Ini penggantian kepada cukai perkhidmatan dan jualan (SST) yang selain daripada itu, kita tambah BR1M, Bantuan Rakyat 1Malaysia, kita bagi pengurangan cukai peribadi antara satu hingga tiga per cent. Dan kita kurangkan juga cukai korporat, juga satu per cent. Jadi pakej, jika kita lihat keseluruhannya, adalah pakej yang tidak membebankan rakyat.

Kerana kita nak pastikan pelaksanaannya, ini pokok, pelaksanaannya dari segi penguatkuasaan. Kalau ada pihak komplen, dia bukan pengenalan GST sebenarnya, tetapi pihak peniaga yang mengambil kesempatan. Peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab, bukan semua.

Ada yang telah mengiklankan harga tak naik, ada yang kata harga akan dikurangkan. Misalnya, harga kereta dikurangkan. Ada rangkaian supermarket seperti Mydin yang kata kekalkan harga, ada yang kedai kain cakap mereka akan absorb GST dan sebagainya.

Jadi (apa yang) kita nak pihak penguatkuasaan ambil tindakan ialah peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.

SOALAN: Kita faham bahawa barangan harian yang menjadi keutamaan rakyat Malaysia dikecualikan GST. Tapi ada juga dalam kalangan rakyat yang membangkitkan soal apabila mereka pergi kedai makan, makanan orang Malaysia seperti nasi lemak atau roti canai dengan teh tarik juga dikenakan GST.

Kalau nak beli kicap tomato, sos Maggi misalnya pun dikenakan GST. Jadi mereka bertanya bagaimana GST ini tidak membebankan mereka. Keluar hari-hari makan di kedai kopi pun dikenakan GST.

NAJIB: Kalau pihak itu tidak sepatutnya kenakan GST, tolong lapor kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (Koperasi dan Kepenggunaan). Di sini letaknya kuasa pengguna. Kita mesti tahu kita ada kuasa.

Kuasa pertama kita boleh pilih mana-mana kedai yang kita nak beli barangan ataupun kedai-kedai makan, kita boleh pilih. Jadi kedai-kedai yang tak bertanggungjawab yang sengaja menaikkan harga, lepas itu menyalahkan pihak kerajaan.

Kita janganlah pergi ke kedai itu. Banyak kedai lain. Kedai alternatif lain. Yang kedua kita mesti lapor kepada kementerian dan pihak kastam. Jadi gunakan kuasa sebagai pengguna. Lambat laun, mereka yang menggeksploitasikan keadaan ini, mereka akan kehilangan pembeli.

BR1M

SOALAN: Saya nak kaitkan kembali antara BR1M dan GST seperti yang disuarakan Tun Mahathir juga bahawa masa yang tidak sesuai mengikut pandangan beliau, tidak semestinya betul. Tidak sesuai untuk dilaksanakan GST dan handout BR1M bukan langkah yang berkesan untuk diambil oleh kerajaan.

NAJIB: BR1M bukan handout. Sebenarkan BR1M merupakan social safety net yang telah dicadangkan Jawatankuasa Fiskal, bukan saya sendiri. Jawatankuasa Fiskal terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan termasuk Bank Negara, EPU, Kementerian Kewangan dan sebagainya. Bila mereka bincang, pada mulanya kerana kita nak kurangkan subsidi pukal.

Maknanya subsidi daripada minyak kita nak kurangkan kerana banyak ketirisan. Banyak pembaziran. Banyak pihak yang tak layak dapat subsidi mendapat faedah subsidi. Jadi kita kata, kita kurangkan. Tapi kita kena kurangkan berperingkat-peringkat.

Kalau kita kurangkan, kita jimat perbelanjaan kerajaan. Bila jimat perbelanjaan kerajaan, sebahagian daripada penjimatan itu kita salurkan balik kepada rakyat. Jadi jika rakyat terpaksa membayar harga minyak lebih, mereka adalah, orang kata timbal balas dalam BR1M bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Sekarang kita tambah sikit kepada RM4,000, tapi RM3,000 ke bawah ada timbal balas. Jadi itulah falsafahnya sebenarnya.

Soal social safety net yang bukan saja Malaysia, tapi banyak negara lain mengamalkan sistem social safety net dalam pelbagai kaedah.

Altantunya

SOALAN: Berbalik kepada kritikan Tun Mahathir, beliau ada sebut kes Altantuya Shaariibuu. Kita semua sedia akur bahawa mahkamah telah buat keputusan kes ini...sudahpun berlalu. Tapi ada pula timbul kritikan daripada Tun Mahathir yang kata siapa yang beri arahan kepada pegawai polis terbabit untuk membunuh Altantuya. Terasa perkara ini pelik sebab kes itu sudah berlalu. Apakah Datuk Seri ada terbabit dalam perkara ini?

NAJIB: Ini cerita 2008...dah lama dah. Sebenarnya saya dah lafazkan sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi, tiga kali termasuk di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008...bahawa saya tidak mengenali Altantuya dan saya tidak terlibat sama sekali sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dan pihak polis telah jalankan siasatan. Dan pada masa itu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebagai Perdana Menteri dah laporkan, dan Ketua Polis Negara dah buat kenyataan bahawa saya tak terlibat.

Dan tak ada bukti sama sekali yang timbul bahawa saya kenal Altantuya. Tak ada langsung...tak ada gambar, tak ada tulisan, tak ada saksi dan sebagainya. Mahkamah telah tentukan prosesnya sampai ke Federal Court. Apakah kita nak persoal integriti mahkamah kita yang kita pertahankan sebelum ini?

SOALAN: Difahamkan Datuk Seri sebenarnya sebelum ini pernah bertemu Tun Mahathir sendiri mengenai beberapa isu. Adakah beliau bertanyakan Datuk Seri kes Altantuya ini?

NAJIB: Tak secara langsung tapi kita pernah sekali berbincang. Dalam perbincangan itu saya lihat beliau tak persoalkan penglibatan saya dalam (kes) Altantuya. Dan saya anggap perkara ini tak berbangkit sama sekali. Bila saya bincang dengan Tun Mahathir, saya tunjuk bahawa saya tetap hormat dia misalnya, walaupun saya sebagai perdana menteri. Tapi saya pergi ke rumah dia, saya tak benarkan dia datang rumah saya. Tapi macam mana pun bila kita bincang saya perlu buat keputusan sebagai perdana menteri.

SOALAN: Dia (Tun Mahathir) faham bila (Datuk Seri) jumpa dan memberi penerangan tetapi kenapa ditimbulkan lagi perkara ini?

NAJIB: Dia ada satu dua perkara dia nak saya buat. Tapi saya dah beri pandangan atas perkara ini. Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor. Saya dah bagi pandangan atas perkara ini. Saya anggap ini sebagai perbincangan antara dua individu...agak sihat kalau ada perbezaan pendapat tapi macam mana pun akhirnya saya kena bertanggungjawab kepada rakyat dan parti. Dan kebanyakan perkara ini saya bawa dalam Kabinet dan Kabinet akan putuskan perkara ini.

1MDB

SOALAN: Datuk Seri, saya nak beralih kepada soal 1MDB. Ada pihak-pihak yang mendakwa urus niaga 1MDB dengan didalangi beberapa personaliti tertentu amatlah meragukan sekali. Apa komen Datuk Seri?

NAJIB: Saya nak jelaskan bahawa 1MDB merupakan sebuah badan yang kita sifatkan sebuah investment company. Bermula dengan capital hanya RM1 juta saja berbanding dengan PNB, Khazanah dan badan-badan lain kita beri macam-macam suntikan modal. Tapi untuk 1MDB cuma RM1 juta saja.

Bila 1MDB nak kembangkan perniagaan, dia terpaksa meminjam tapi aset-aset yang telah pun diperoleh oleh 1MDB melebihi liabiliti. Ini saya nak tekankan... melebihi liabiliti. Kita perlu beri lebih masa kepada 1MDB untuk membangunkan atau mencairkan aset-aset ini supaya dia dapat melunaskan hutang-hutangnya. Kita boleh pertikai business model, saya sedia dengar pandangan-pandangan berbeza tapi apa saya nak tegaskan di sini, saya tak condone, tak boleh terima kalau ada apa-apa salah guna kuasa dalam 1MDB. Misalnya duit dilesapkan...dan sebagainya.

Sebab itu bila Lloyd sebagai auditor telah sahkan auditnya, saya masih tak puas hati. Saya dah bawa cadangan dalam Kabinet supaya Ketua Audit Negara menyemak balik secara terperinci. Dan setelah Ketua Audit Negara menyemak, saya minta PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) teliti pula. Dalam PAC ada pembangkang, mereka boleh bincang laporan audit.

Apa saya nak katakan, biarlah proses ini berjalan...bagi tempoh. Sebab kalau kita dakwa, ada banyak beza kalau kata duit dilesap atau pinjam, rizab. Saya juga minta Ketua Audit sahkan adakah tidak duit 1MDB diguna untuk buat filem umpamanya. Saya nak tahu dan ini antara perkara-perkara yang mesti ditentukan laporan ketua audit dan mesti disahkan atau sebaliknya oleh PAC.

SOALAN: Adakah Datuk Seri pohon pengurusaan 1MDB agar lebih transparent dalam urus niaga akan datang supaya rakyat dapat maklumat secukupnya?

NAJIB: Ya, begitulah dengan penyusunan semula pengurusan 1MDB saya harap sedemikian. Begitu juga kita umumkan program rationalisation...kita sekarang dalam langkah pelaksanaan rationalisation 1MDB. Kita perlu tempoh masa sikit tetapi pelannya sudah disediakan dan kita dalam peringkat pelaksanaan.

SOALAN: Tadi Datuk Seri sebut pembikinan filem yang dituduh daripada 1MDB. Kenapa Datuk Seri bangkitkan soal pembikinan itu. Apa implikasinya?

NAJIB: Sebab ada dakwaan-dakwaan sedemikian. Saya tidak mahu mempertahankan apa-apa sebab ia melibatkan ahli keluarga tapi saya nak Ketua Audit mengesahkan perkara ini.

Akta Hasutan

SOALAN: Saya nak beralih kepada Akta Hasutan. Pada satu ketika dahulu Datuk Seri sendiri menyatakan kemungkinan Akta Hasutan ini akan dikaji semula. Tapi baru-baru ini keputusan telah dibuat bahawa Akta Hasutan akan kekal. Jadi banyak pihak yang mengkritik Datuk Seri atas keputusan yang berubah-ubah ini. Apa komen Datuk Seri?

NAJIB: Sebenarnya bila saya kata Akta Hasutan akan dikaji semula ia tidak bererti bahawa peruntukan-peruntukan yang menjadikan sesuatu bentuk dakwaan yang boleh disifatkan sebagai hasutan tidak kita masukkan dalam akta baharu. Cuma nama Akta Hasutan, Sedition Act itu boleh dianggap sebagai controversial sebab asal usul 'sedition' itu dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang dahulu. Jadi kita nak melihat dalam sudut lebih positif. Ia misalnya air dalam gelas. Separuh kosong kah separuh penuh. Itu sahaja. Tapi saya sedar dalam negara kita ini negara yang berbilang kaum dan berbilang agama kita mesti ada undang-undang yang menyekat dan membanteras sesiapa yang boleh membuat dakwaan, kenyataan dan apa-apa berita dalam majalah, tulisan dan sebagainya yang boleh menghasut rakyat, membenci rakyat, sehinggakan timbul rusuhan. Perbalahan dan rusuhan.

Dan ini mempertahankan semua kaum, semua kepercayaan bukan sahaja orang Islam, orang Melayu tetapi yang bukan Islam, yang bukan Melayu juga dipertahankan. Supaya negara kita ini aman. Kalau kita tidak sentuh soal agama, tidak menghina agama orang lain, tidak menidakkan soal kewarganegaraan orang lain, tidak mengatakan orang itu pendatang dan sebagainya, amanlah negara kita.

Ini tidak bererti bahawa kita tidak boleh mengkritik kerajaan. Sebab dalam pindaan akta ini kita kata peruntukan mengkritik kerajaan itu kita mansuhkan. Kalau dulu misalnya kita boleh dakwa mana-mana pihak yang mengkritik kerajaan sebab ada peruntukan dalam Sedition Act yang sedia ada. Kita dalam pindaan Sedition Act kita mansuhkan. Mereka boleh kritik kerajaan. Tetapi kritik kerajaan bukan bererti mereka boleh menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan melalui tunjuk perasaan umpamanya. Itu salah. Tapi kalau dia kata tukar kerajaan waktu pilihan raya itu tidak salah.

Jadi inilah yang nak diamalkan dalam negara kita bahawa sistem demokrasi yang sihat dan bertanggungjawab. Sebab saya sebagai perdana menteri, tanggungjawab saya adalah menjaga keamaman dan keselamatan negara kita. Kalau tiada keamanan, keselamatan negara, tiada apa guna bagi kita semua.

SOALAN: Ada juga kalangan parti pembangkang yang beranggapan bahawa Akta Hasutan ini sebenarnya ialah untuk memerangkap mereka. Adakah ini benar?

NAJIB: Tidak benar. Mereka pembangkang mereka boleh kata, mereka boleh kritik kerajaan, mereka boleh kata kerajaan tidak bagus, mahu tukar kerajaan waktu pilihan raya, mereka boleh kata. Tentu sekali ini amalan demokorasi. Yang kita tidak mahu kalau mereka mengeksploit soal-soal agama, soal-soal kaum yang menghasut rakyat. Kalau mereka menghasut rakyat, rakyat marah, timbul perbalahan, kesudahannya berlaku rusuhan kaum, antara agama dan sebagainya. Siapa yang akan menderita? Rakyat yang akan menderita. Negara rosak. Jadi inilah yang kita mahu elakkan.

SOALAN: Akta Hasutan mungkin terguna pakai untuk masalah yang wujud di dalam negara. Tetapi sekarang ini muncul pula ancaman terbaharu kepada negara iaitu ancaman pengikut-pengikut IS. Jadi bagaimanakah Datuk Seri melihat kerajaan akan menangani perkara ini daripada berlarutan?

NAJIB: Itu sebab kita memperkenalkan akta baharu ini. Supaya kita boleh bertindak dengan kekuasaan baharu. Tetapi ia dikhususkan kepada soal violence extremism. Pengganas-pengganas menggunakan kekerasan, bakal menggunakan kekerasan. Saya tahu yang dipertikaikan ia merupakan preventive detention, ada element preventive detention. Tetapi ia tidak boleh disamakan dengan ISA sebab kuasa menahan ini kuasa badan khas yang terdiri daripada mungkin hakim atau bekas hakim, orang yang ada kredibiliti. Bukan kuasa yang diberikan kepada badan eksekutif.

Jadi kalau kita nak tahan orang pun, kita mesti memberi bukti yang boleh meyakinkan badan khas ini dan mereka boleh membuat keputusan. Kalau kita tunggu sesuatu kejadian berlaku, katalah sebuah bom telah diletupkan, tentu kesan yang cukup dahsyat, implikasinya cukup buruk. Jadi sebelum sesuatu itu berlaku, kita ambil tindakan di bawah akta yang baharu ini tetapi kita mesti ada bukti yang cukup. Misalnya kita sudah tahu dia sudah ada bom, nak buat bom, tunggu masa sahaja nak bergerak, nak bertindak, masa itu kita boleh ambil tindakan di bawah akta yang baharu.

-- BERNAMA

Peniaga tipu resit dah kena denda RM200,000

Posted: 09 Apr 2015 08:30 AM PDT




Guan diarah Betty ke Australia? Padan tak hadhir undi POTA

Posted: 09 Apr 2015 04:30 AM PDT


Kalau ikut kenyataan akhbar dan video online, Lim Kit Siag dan Lim Guan ENg begitu kuat mengkritik POTA. Blog Bangkit di SINI mendedahkan berikut:

Ramai lagi yang marah bila undian di Parlimen menyaksikan POTA diluluskan.

Persoalannya ke mana Lim Guan Eng semasa undinya sangat-sangat diperlukan pemujanya?

Oh. Rupanya dia berada di Negara Kangaroo. Apa yang sedang dia buat di sana?



Mana pula bapanya pada ketika itu?

Lim Kit Siang juga tidak berada di Parlimen menjalankan tanggungjawab sepertimana yang diharapkan pemuja dan pencolok mereka.

Tiba-tiba, teringat kami dengan pepatah Melayu, Bapa borek, anak rintik.
---------------------
Malay Mail Online SINI ada laporkan.
Mesti atas arahan Betty Chiew yang dipercayai adalah CM sebenar.

Fitnah baru tak bantu kes BAFIA, Rafizi

Posted: 09 Apr 2015 02:30 AM PDT



KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia hari ini menafikan dakwaan ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa kerajaan Malaysia telah membeli enam unit kereta BMW 7 Series.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata kenderaan itu adalah tanda komitmen BMW Group Malaysia sebagai rakan penaja bagi Persidangan Kemuncak ASEAN ke-26 bertempat di Kuala Lumpur dan Langkawi bermula 24 hingga 28 April 2015.

Katanya, BMW Group Malaysia katanya akan menyediakan kenderaan BMW 7 Series dan BMW 5 Series yang akan digunakan sebagai kenderaan rasmi kepada tetamu kehormat, pegawai dan VIP pada persidangan terbesar Asia Tenggara hujung bulan ini.


Salah sebuah kereta mewah BMW yang akan digunakan di Persidangan Kemuncak ASEAN ke-26 bertempat di Kuala Lumpur dan Langkawi bermula 24 hingga 28 April 2015.

Baca sepenuh di Bicara Perjuangan SINI

SUPP refusal to work with UPP only help DAP

Posted: 08 Apr 2015 11:38 PM PDT


Tan Sri Adenan Satem wanted SUPP and UPP to reconcile their differences:

KUCHING, Mar 7: The Sarawak United People's Party (SUPP) should explore the possibility of working together with its breakaway party, the United People's Party (UPP), instead of fighting each other.

Chief Minister Tan Sri Adenan Satem said this would be "much much better" for the state's Chinese community.

He made the suggestion when officiating the SUPP's Chap Goh Mei gathering here Friday.

"Both parties are, after all, strong supporters of the Barisan Nasional. They should not fight each other but work together. Then, it will be easier for us all to fight the opposition like the DAP and PKR.

"I hope Senator Datuk Dr Sim Khui Hian (SUPP president) and Datuk Sri Wong Soon Koh (UPP president) can sit together and talk," he said.

BERNAMA

Wong responded positively:

Wong leaves it to Adenan to close SUPP-UPP divide

Posted on March 12, 2015, Thursday

KUCHING: United People's Party (UPP) president Dato Sri Wong Soon Koh is leaving it to the wisdom of Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem to resolve outstanding issues that could open up the possibility of reconciliation with Sarawak United People's Party (SUPP).

"Since the chief minister has raised this, he may have a formula or direction to resolve this matter," he said in responding to Adenan's call for SUPP to negotiate with its splinter party UPP during the SUPP Chap Goh Meh celebration recently.

Wong, who is also Local Government and Community Development Minister, met reporters after chairing the Kuching South City Council (MBKS) press conference on flood problems at its headquarters here yesterday.

"So with the chief minister's wisdom in politics, we leave it to him to address and deal with the issues faced by these two parties," he added.

Read more: http://www.theborneopost.com/2015/03/12/wong-leaves-it-to-adenan-to-close-supp-upp-divide/#ixzz3Wjd5Tucg

Subsequently, there was an effort to do a peace luncheon between SUPP and UPP. SUPP did not appear.

UPP leaders 'aye' to SUPP-UPP luncheon, now up to SUPP

Posted on March 17, 2015, Tuesday

KUCHING: Temenggong Lu Kim Yong is holding out on hope that SUPP will attend the luncheon discussion with United People's Party (UPP) at Hilton Kuching this coming Thursday.

In a press statement yesterday, Lu said UPP had confirmed its attendance.

"As a Chinese community leader for Kuching, I am obliged and responsible for the unity and well-being of the community.

"My invitation was in support of the chief minister's call for UPP and SUPP to work together in order to regain the confidence and support of Chinese voters in the next state election and to strengthen Chinese representation in the mainstream political arena for the betterment of Chinese community."

Read more: http://www.theborneopost.com/2015/03/17/upp-leaders-aye-to-supp-upp-luncheon-now-up-to-supp/#ixzz3WjdGnidW

SUPP did not show up:

Thursday 09 Apr 2015

No show from SUPP in UPP-SUPP luncheon meeting

By : Alexandra Lorna and Natasha Jee
Date Posted : Friday 20-Mar-2015

KUCHING: In making effort to reconcile United People's Party (UPP) and Sarawak United People's Party (SUPP), UPP Advisor Temenggong Lu Kim Yong has arranged a luncheon meeting for the two parties to meet up.

Among the UPP central leaders, its President Dato Sri Wong Soon Koh, Deputy President Datuk Dr. Jerip Susil, Senior Vice President Ranum Mina, Publicity Secretary Liu Thian Leong, Organising Secretary Bruce Chai and Temenggong Lu waited for SUPP leaders to turned up at the Hilton Hotel from 11.00am, but unfortunately none from SUPP showed up.

Read on in The Sarawak Tribune HERE.

Malaysiakini is instigating:

1:16PM Mar 20, 2015 

SUPP, UPP poised to slug it out in Sarawak polls

By Joseph Tawie

Sarawak United People's Party (SUPP) has snubbed a seat negotiation meeting with the United People's Party (UPP), paving the way for a 'deadly confrontation' in at least 19 constituencies in the coming state election.

Read on here

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Dr M: Sokong PM? Sokonglah hutang 1MDB

Posted: 09 Apr 2015 06:00 PM PDT

Dr M: Sokong PM? Sokonglah hutang 1MDB
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, golongan yang menyokong penggantinya, Datuk Seri Najib Razak juga perlu menyokong 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang kini menanggung hutang RM42 bilion.
Golongan itu perlu menyokong tindak tanduk firma berkenaan, yang masih belum dapat memberi penjelasan mengenai dana tersebut, kata Mahathir.
"Adakah anda juga sokong (langkah) menyimpan berbilion ringgit di Cayman Islands?
"Adalah anda juga sokong (langkah) bahawa, selepas membawa pulang wang tersebut, ia mesti disimpan di sebuah Bank Switzerland di Singapura?
"Adakah anda menyokong penjelasan bahawa wang tersebut tidak boleh dibawa pulang ke Malaysia oleh perdana menteri dan menteri kewangan kerana Bank Negara akan banyak soal?," katanya.
Kerajaan sebelum ini menjelaskan bahawa dana 1MDB yang dibawa pulang dari Cayman Islands disimpan di Singapura untuk memudahkan transaksi.
Mahathir juga mempersoalkan jika golongan yang menyokong Najib itu setuju dengan jualan strategik di Kuala Lumpur dengan harga rendah kepada 1MDB.
Persoalan demi persoalan
Mahathir berkata, sekiranya 1MDB bercadang untuk menjual tanah tersebut kepadad firma kerajaan pada harga lebih tinggi menunjukkan 1MDB tidak berada pada kedudukan kukuh.
"Jika jualan ini untuk membayar hutang 1MDB, ini bermakna 1MDB, yang meminjam RM42 bilion, tidak boleh membayar hutang daripada pelaburan itu.
"(Maksudnya) wang berbilion itu sudah hilang.
"Jadi apa yang berlaku kepada RM42 bilion yang dipinjamkan itu? Kenapa mesti 1MDB meminjam RM2 bilion untuk membayar faedah?
"Mengapa kerajaan mesti sediakan hampir RM1 bilion untuk membayar hutang 1MDB?," katanya
Mahathir merujuk kepada jawapan Najib di Parlimen semalam, bahawa sebanyak RM2 bilion dibayar pada Februari kepada Maybank dan RHB. Najib juga berkata, 1MDB tidak bankrap.
Terdahulu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan kerajaan menyediakan bayaran pendahuluan RM950 kepada 1MDB untuk membantu aliran kewangannya.
Najib merupakan menteri kewangan dan pengerusi kepada lembaga penasihat 1MDB.
Selain itu, Mahathir turut membangkitkan mengenai pembelian loji janakuasa dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran oleh 1MDB.
Beliau juga terus membangkitkan bahawa jutawan Jho Low mempunyai hubungan yang dekat dengan keluarga Najib.
Low dilaporkan banyak terlibat semasa 1MDB diasaskan dan mengaku menjadi penasihat kepada firma pelaburan negara itu.
Low juga diberi penghargaan khas dalam filem 'The Wolf of Wall Street' yang diusahakan oleh firma Riza Aziz, Red Granite. Riza merupakan anak tiri Najib. - M'kini

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:54 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Hukuman penjara, harga proses demokrasi, kata Rafizi

Posted: 09 Apr 2015 09:22 PM PDT


Menjadi pemimpin pembangkang di Malaysia ada akibatnya. Mereka ditahan tanpa bicara, dipenjarakan, dihalau keluar Parlimen, didenda, dimalukan, disiasat, dipukul.. senarainya berterusan. Dalam kes Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, yang menjadi wakil rakyat sejak pilihan raya umum 2013, kerjayanya sebagai ahli Parlimen Pandan ditandai dengan, antara lain, tiga dakwaan jenayah yang masih belum selesai dan empat siasatan mengikut Akta Hasutan.

Bekas pengurus kanan Petronas itu mungkin berdepan hukuman penjara sehingga 23 tahun sekiranya beliau didapati bersalah dalam kesemua tujuh kes itu dan dijatuhkan hukuman maksimum berturut-turut.

Tetapi, beliau mengakui dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider, beliau tidak terlalu memikirkan mengenai kemungkinan itu. "Bila kira macam tu, tak seronok pula memikirkannya. Tetapi, memang itulah kelemahan saya – saya kurang fikirkan tentang risiko, macam selalu, dalam apa saja yang saya lakukan," kata Rafizi yang juga memegang jawatan naib presiden PKR.

"Malah, ketika saya masih bersama Petronas, ada seorang industrial psychologist yang menilai saya dan komen beliau hanyalah, saya selalunya kurang mengambil berat tentang risiko." Bagi Rafizi, hukuman penjara ialah satu risiko yang tidak dapat dielakkan jika seseorang mahu mengubah masyarakat.

"Saya okey. Saya tak fikir mereka boleh sumbat saya dalam penjara untuk tempoh masa yang lama. Lagi pun, saya rasa, untuk masyarakat berubah, hukuman penjara tidak dapat dielakkan. "Kalau rakyat Malaysia sangka semuanya akan berjalan lancar dan teratur, perubahan demokratik dalam negara tidak akan membawa sebarang akibat, saya rasa itu terlalu naif."

Pada 24 Julai 2013, Rafizi didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan, berhubung perhimpunan "Black 505" di Padang Merbok.

Pada 28 Ogos 2014, beliau didakwa dengan sengaja membuat kenyataan yang boleh mengganggu keamanan, dalam satu artikel bertajuk, "Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?" (Adakah Rafizi berhenti jika Selangor tidak digulingkan?) Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Rafizi berdepan hukuman dua tahun penjara, denda atau kedua-duanya.

Pada 27 April, Rafizi akan dibicarakan mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) 1989, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM3 juta, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Ia berhubung dakwaan membocorkan maklumat sulit bank yang dikaitkan dengan National Feedlot Corporation (NFC) pada 2012.

Read More / Baca Lagi >>

Pindaan Akta Hasutan cipta rekod, dilulus selepas 14 jam dibahas

Posted: 09 Apr 2015 09:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perbahasan terhadap pindaan Akta Hasutan 1948, mencipta rekod apabila diluluskan selepas kira-kira 14 jam dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa.

Pindaan Akta Hasutan 1948 yang diluluskan dengan pindaan, mula dibahaskan pada 11.30 pagi Khamis, sebelum diluluskan pada 2.30 pagi ini berdasarkan undian suara.

Antara isu utama yang hangat diperdebatkan anggota Parlimen termasuk kekhuatiran akta itu menjurus kepada penyalahgunaan kuasa susulan definisi 'kecenderungan menghasut' dalam rang undang-undang itu, yang disifatkan kurang jelas dan boleh menjurus kepada penyalahgunaan oleh pihak berkuasa apabila akta itu diwartakan kelak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat, bagaimanapun memberi jaminan bahawa penyalahgunaan tidak akan berlaku dalam penguatkuasaan akta tersebut kerana sesuatu kes akan dibawa ke mahkamah hanya selepas pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh.

Ini kerana, beliau berkata sekiranya seseorang ditangkap dan disiasat di bawah akta itu, tidak semestinya akan didakwa di mahkamah.

"Perkara itu bergantung kepada Peguam Negara, jika dia yakin ada kes baru, pendakwaan akan dibuat. Kita ada banyak kes di mana polis jalankan siasatan tapi pendakwaan tidak dibuat oleh Peguam Negara," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Siri tangkapan Akta Hasutan petunjuk akta baru bakal disalah guna?

Posted: 09 Apr 2015 09:15 PM PDT

oleh Hazlan Zakaria

"Itulah yang sedang mereka sampaikan kepada kita, mereka akan lakukannya kepada kita semua yang berani mengkritik mereka!". Itu adalah respon kedua saya selepas membaca berita kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque, atau Zinar, yang ditangkap buat kali kedua pada 3 April lalu. Itu adalah hari beliau didakwa dan dibebaskan selepas ikat jamin untuk 9 dakwaan di bawah Akta Hasutan.

Seperti yang dilaporkan, ketika makan tengah hari selepas dibebaskan, Zunar kemudian ditangkap semula oleh polis. Kali ini untuk membantu siasatan berhubung dakwaan beliau telah menyalahi Seksyen 238 Akta Komunikasi dan Multimedia, atau seperti yang dijelaskan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar kepada media sebagai "menyalahgunakan internet".

Seperti yang dinyatakan para peguam, sama seperti Akta Hasutan yang memberikan pihak berkuasa kuasa yang luas untuk menahan sesiapa yang mereka fikir sebagai menghasut – dengan takrifan yang begitu kabur, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia juga terbuka untuk disalah guna kerana takrifan kesalahan yang tidak spesifik. Spesifikasinya adalah menyalahguna kemudahan internet, yang boleh jadi apa sahaja seperti mengikut penuduhnya.

Pada masa sama, ketika mengulas pertanyaan berhubung penangkapan semula Zunar, Khalid turut memberi amaran bahawa semua yang "menyalahguna" Internet dan mencetuskan rasa tidak puas hati adalah sengaja mengundang masalah dan boleh ditimpa nasib yang sama seperti kartunis itu.

Perlu dinyatakan yang sementara dakwaan terhadapnya membabitkan hasutan, hasil kerja Zunar lazimnya melibatkan satira tentang dasar kerajaan yang teruk dan pembaziran. Begitu juga dengan satira tentang apa yang dilihat orang awam sebagai gaya hidup mewah keluarga Perdana Menteri Najib Razak.

Dan satu-satunya rasa tidak puas hati yang boleh dicetuskan Zunar barangkali dalam diri mereka yang mendapat kemewahan daripada dana rakyat.
Memang, kerana kebanyakan individu yang ditangkap dalam tebaran jaringan tuduhan hasutan ini di atas sebab-sebab remeh seperti komen di internet dan kritikan terhadap kerajaan.
Seperti yang dinyatakan pemerhati, Akta hasutan bukan sahaja zalim, akan tetapi telah dan akan terus disalahguna penguasa untuk menutup kritikan demokratik yang sah.

Read More / Baca Lagi >>

Laporan kawalan ketat Putrajaya bagi kebebasan bersuara sebelum sidang kemuncak Asean

Posted: 09 Apr 2015 09:12 PM PDT

Sebuah kumpulan hak asasi manusia global sedang menyediakan laporan mengenai kawalan ketat Putrajaya terhadap kebebasan bersuara yang akan dikeluarkan sebelum pemimpin dunia berkumpul di Kuala Lumpur untuk sidang kemuncak Asean ke-27 pada November.

Penyelidikan untuk laporan yang bertajuk: "Criminalising freedom of expression" (menjadikan kebebasan bersuara satu jenayah) itu bermula tahun lepas, dan tanda-tanda awal menunjukkan kedudukan Malaysia, diukur dengan piawaian antarabangsa, dalam keadaan "from bad to worse" (dari buruk kepada teruk), menurut Timbalan Pengarah Bahagian Asia Human Rights Watch (HRW) Phil Robertson kepada The Malaysian Insider (TMI).

"Laporan itu akan didedahkan kepada umum kerana kami mahu pemimpin dunia tahu keadaan di Malaysia sebelum mereka datang ke sini untuk mesyuarat itu," ka

 "Malaysia menjadi teruk kepada semakin teruk, dan penemuan kami menunjukkannya." Sidang kemuncak Asean selama lima hari yang bermula pada 18 November itu akan dihadiri pemimpin dari Amerika Syarikat, Jepun, China dan New Zealand, selain daripada negara Asean.

Robertson berkata demikian kepada TMI semalam dalam pertemuan dengan pengarang berita portal ini yang ditahan dan disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Multimedia dan Komunikasi bulan lepas berhubung satu artikel mengenai hudud.

Beliau berkata, HRW kini dalam proses menyusun laporan itu, dan sebahagian daripada proses itu akan termasuk menghantar soalan ke Putrajaya meminta tindak balas kepada dakwaan yang ia menyekat kebebasan bersuara.

Beliau berkata, membandingkan pengalaman lepas, berurusan dengan kerajaan Malaysia merupakan salah satu tugas yang paling sukar berbanding dengan kerajaan lain di Asia Tenggara, sambil menambah, lebih mudah bertemu dengan pegawai dari Indonesia dan Thailand.
Read More / Baca Lagi >>

Mahkamah ubah keputusan bebas aktivis BERSIH

Posted: 09 Apr 2015 09:09 PM PDT

Mahkamah Tinggi hari ini memansuhkan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini yang membebaskan 11 individu yang terlibat dalam perhimpunan BERSIH pada 2007.

Menurut Naib Presiden PKR Tian Chua, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM8,000 seorang.

Bagaimanapun, keputusan hari ini tidak melibatkan pembebasan Tian Chua dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Tian Chua @tianchua
High court reversed the acquittal by Session Court & convict 11 participants in 2007 rally, with the exception of Mat Sabu & I."

Ini bermaksud, Mohamad dan Tian Chua kekal bebas.

Mereka dituduh terlibat dalam perhimpunan haram di beberapa tempat di Kuala Lumpur.

Kematian tiga sahabat satu tragedi peribadi - Najib

Posted: 09 Apr 2015 09:07 PM PDT

Kematian tiga sahabat satu tragedi peribadi - NajibKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kematian sahabat rapatnya Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan dua orang pegawai kanannya Datuk Seri Azlin Alias dan Datuk Mohd Po'ad Jelani, baru-baru ini sebagai satu tragedi peribadi.

Walaupun bersedih, perdana menteri berkata kematian mereka telah mendorongnya untuk menjalankan tugas dengan lebih baik.

"Kehilangan mereka itu menguatkan iltizam saya untuk menjalankan tugas-tugas saya memimpin negara dengan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian, segala cita-cita dan wawasan negara," kata beliau semasa wawancara dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas, yang disiarkan malam tadi.

Beliau berkata ketiga-tiga arwah telah banyak memberi sumbangan serta telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik.

"Dalam konteks pentadbiran negara, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai kapasiti di dalam dan luar negara.
Read More / Baca Lagi >>

Najib tidak menjawab soalan?

Posted: 09 Apr 2015 09:06 PM PDT

Penonton mendakwa jawapan yang diberikan PM dalam Program Soal Jawab bersifat umum.

PETALING JAYA: Penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Program Soal Jawab Khas yang disiarkan TV3, dikatakan tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya berhubung misteri pembunuhan Altantuya Shaaribuu.
Hujah itu dibuat berdasarkan rakaman sumpah beliau di sebuah masjid beberapa tahun lalu yang dikatakan dilakukan secara umum tanpa menyebut nama wanita berkenaan.
Dalam blog bnmasjidtanah, penulisnya membangkitkan semula lafaz yang dibuat Perdana Menteri.
"Mutakhir ini gegak gempita dengan isu yang hangat diperkatakan apabila Tun Dr. Mahathir mengajukan beberapa soalan kepada YAB Datuk Sri Perdana Menteri. Ada yang kata soalan soalan Tun Dr M bersifat soalan panas dan tak kurang juga ada yang menklasifikasikan ianya sebagai soalan soalan CEPUMAS!!!", tulisnya.
Ulasan yang dibuatnya secara berlapik yang kemudian meminta pembaca menilai sendiri sumpah berkenaan dengan meletakkan rakaman visual yang disiarkan di Youtube.
"Merujuk kepada soalan "Siapa Arah Bunuh Altantuya…???". Maka jawapannya ada dibawah ini, saksikanlah video klip berdurasi 00;01:43 minit ini. Selamat menonton!" katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan ‘bocor’ MP Baling (Umno) cetuskan kekecohan

Posted: 09 Apr 2015 08:57 PM PDT

Dewan Rakyat lulus naik gaji ahli Parlimen

Posted: 09 Apr 2015 08:54 PM PDT

Dengan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000).

Dewan Rakyat awal pagi ini meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun Anggota Parlimen yang ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat lepas.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika membentangkan bacaan kali kedua akta itu berkata pindaan itu berikutan faktor persekitaran masa kini yang mencabar kepada anggota Parlimen.

"Selain itu, tugas-tugas ahli Parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat dan ini akan menambahkan semangat kepada Yang Berhormat untuk bertugas lebih gigih dan dedikasi," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Kerbau pun ada masa mandi tapi MP Malaysia...

Posted: 09 Apr 2015 08:53 PM PDT


Sewaktu menulis kenyataan ini, jam 1.30 am, 9 April 2015, kami ahli-ahli parlimen terpaksa duduk di Dewan Rakyat untuk membahas 4 lagi rang undang-undang. Ini adalah satu lagi penyalahgunaan kuasa parlimen. Kerajaan mahu meluluskan undang-undang di larut malam secara terburu-buru.

Kenapa kerajaan mahu melakukan ini? Apa niat kerajaan sebenarnya? Adakah kerajaan mahu parlimen kita meluluskan undang-undang tanpa memberi ruangan dan peluang kepada pihak pembangkang membuat persediaan yang lengkap dan komprehensif? Sememangnya teknik yang digunakan kali ini adalah cukup ganjil tetapi memalukan Parlimen Malaysia.

Kerajaan tidak mahu pihak pembangkang membahaskan rang undang-undang secara teliti dan terperinci. Ini adalah niat jahat dan penyelewengan kuasa yang boleh memudaratkan rakyat.

Walaupun pihak pembangkang membantah dan memohon supaya Dewan ditangguhkan tetapi pihak kerajaan masih mahu meneruskan sidang Dewan lewat malam. Hujah-hujah pihak pembangkang ialah kualiti perbahasan akan terjejas apabila ahli-ahli parlimen letih kerana terpaksa bersidang dari pagi hingga larut malam.

"Kerbau pun ada masa untuk mandi, tetapi ahli-ahli parlimen Malaysia terpaksa bersidang tak bermandi".  Read More / Baca Lagi >>

Pilihan raya kecil Rompin 5 Mei, penamaan 22 April, awal dari Permatang Pauh..!!

Posted: 09 Apr 2015 08:49 PM PDT

 
Pilihan raya kecil Rompin ditetapkan pada 5 Mei dan penamaan calon pada 22 April ini.

Persidangan Dewan Rakyat ditangguh, 12 RUU diluluskan

Posted: 09 Apr 2015 05:26 PM PDT

Penangguhan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-13 pada 4.25 pagi ini merupakan  persidangan sehari paling lama dalam sejarah Persidangan Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 April, 2015. 
Penangguhan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-13 pada 4.25 pagi ini merupakan persidangan sehari paling lama dalam sejarah Persidangan Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 April, 2015.

Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang bersidang selama 20 hari bermula 9 Mac lepas, ditangguhkan hari ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.
Penangguhan itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada 4.25 pagi ini, iaitu persidangan sehari paling lama dalam sejarah Persidangan Dewan Rakyat.
Sepanjang persidangan berlangsung, Dewan Rakyat meluluskan 12 rang undang-undang (RUU)  terdiri daripada enam RUU baharu dan enam pindaan akta.

RUU baharu termasuk RUU Teknologis dan Juruteknik 2014; RUU Pencegahan Keganasan (Pota) 2015; RUU Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015. Turut diluluskan, RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015; RUU Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 dan RUU Perbekalan Tambahan (2014) 2015.
Pindaan akta yang diluluskan pula ialah RUU Penjara (Pindaan) 2015; RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(Pindaan) 2015; RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015.
RUU Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015; RUU Hasutan (Pindaan) 2015 dan RUU Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2014.
Sementara, sebanyak lapan RUU lain yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama dan kedua pada persidangan kali ini, ditangguhkan ke persidangan akan datang.
RUU itu ialah RUU Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2014; RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015; RUU Keterangan (Pindaan) 2015; RUU Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015.
RUU lain adalah RUU Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015; RUU Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015 dan RUU Ahli Kimia (Pindaan) 2015 dan RUU Kebajikan Haiwan 2015. – Bernama, 10 April, 2015.

10 Apr 2015, 2:30 pagi. Detik hitam sejarah negara. Akta Hasutan (Pindaan) 2015 diluluskan Dewan Rakyat

Posted: 09 Apr 2015 04:41 PM PDT


Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan  Enakmen Akta Hasutan ‎1948 setelah dibahaskan lebih 12 jam yang bermula jam 2.30 petang semalam hingga 2.30 pagi ini.
Pindaan Enakmen Akta Hasutan diluluskan ‎dengan kiraan undi 108 (Barisan Nasional) dan 79 ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyaksikan hampir kesemua wakil rakyat pembangkang hadir di Parlimen bagi membahaskan dan mendesak pindaan itu tidak diluluskan.
Di bawah pindaan dicadangkan itu, hukuman lebih berat dikenakan bagi individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Ia bertujuan menambah hukuman penjara daripada 3 tahun dalam akta asal kepada minimum 3 tahun dan maksimum 7 tahun, serta meniadakan hukuman denda. Peruntukan baharu juga dicadangkan bagi mengadakan hukuman minimum penjara 5 tahun dan maksimum 20 tahun bagi kesalahan di bawah akta itu berdasarkan keseriusan kesalahan.
Pindaan turut mencadangkan perbuatan menghasut sehingga mendatangkan kebencian, penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan tidak akan lagi menjadi kesalahan di bawah Akta Hasutan apabila ia diluluskan.
Rang undang-undang itu juga bertujuan menjadikan perbuatan mengembangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia, juga tidak lagi dianggap sebagai perbuatan menghasut.
Terdahulu Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo mempe‎rsoalkan dalam Dewan Rakyat  pengertian khusus untuk ditafsirkan Akta Hasutan oleh Putrajaya.
"Jenayah perlu khusus dan terperinci supaya rakyat tahu apakah kesalahan itu dan mereka tahu apa akan dihukum dengan perbuatan dilakukan. Tidak menyatakan secara khusus hanya membenarkan salah guna akta tersebut," kata beliau.
‎Pertanyaan sama turut ditanya Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali yang meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan apakah yang dikatakan dengan tindakan atau kenyataan hasutan.
Meskipun ahli Parlimen pembangkang berterusan membahas sebanyak 9 Fasal peruntukan dibentangkan Zahid, ia diluluskan dengan sekali undi belah bahagi pada pembacaan pertama RUU tersebut.
Zahid dalam sidang medianya menegaskan menyeru kepada pemisahan tetap dianggap sebagai hasutan.
"Ia terpulang kepada taksiran dan pengertian mahkamah adakah ia bermaksud hasutan atau tidak," katanya kepada pemberita.

Hari ini Parlimen catat sejarah persidangan paling panjang

Posted: 09 Apr 2015 03:59 PM PDT


Bermula jam 10.00 am 9 April 2015 ( hanya rehat jam 1.00 - 2.30 petang ) sehinggalah tamat persidangan jam 4.25 am (10 April) sebentar tadi.
( difahamkan, ini adalah rekod baru Parlimen Malaysia. Sebelum ini pada tahun 1977 , rekod sidang berakhir jam 2.30 am dan tahun 2012 tanggal 20 April, rekod sidang berakhir jam 3.21 am )
Persidangan ditangguhkan sehingga sidang akan datang pada 18 Mei - 18 Jun.

MPs give themselves a RM4,500 pay hike

Posted: 09 Apr 2015 03:55 PM PDT

 
Dewan Rakyat members passed the the Members of Parliament (Renumeration) (Amendment) Bill 2014 in the small hours of Friday, giving themselves a pay hike of RM4,500.

Sedition Act amendments passed in wee hours

Posted: 09 Apr 2015 03:53 PM PDT

 
The Sedition Act (Amendment) Bill was passed after a gruelling 12-hour debate at 2.30am Friday through voice vote.

There is no tally of MPs who voted for or against the vote as there was no request for bloc voting.

MP DAP Bkt Gelugor Bahas Fasal 9 Peringkat J/Kuasa RUU Hasutan (Pindaan) 2015

Posted: 09 Apr 2015 03:46 PM PDT

MP DAP Bkt Gelugor Bahas Fasal 8 Peringkat J/Kuasa RUU Hasutan (Pindaan) 2015

Posted: 09 Apr 2015 03:46 PM PDT

MP PKR Kapar Bentang Fasal 8 Peringkat J/Kuasa RUU Hasutan (Pindaan) 2015 (2)

Posted: 09 Apr 2015 03:45 PM PDT

MP PKR Kapar Bentang Fasal 8 Peringkat J/Kuasa RUU Hasutan (Pindaan) 2015

Posted: 09 Apr 2015 03:44 PM PDT

MP PKR Kelana Jaya Bentang Fasal 7 Peringkat J/Kuasa RUU Hasutan (Pindaan) 2015

Posted: 09 Apr 2015 03:43 PM PDT

MP PKR Bayan Baru Bahas Peringkat J/Kuasa RUU Hasutan (Pindaan) 2015 Fasal 6

Posted: 09 Apr 2015 03:42 PM PDT

MP Kapar Bahas Peringkat J/Kuasa RUU Hasutan (Pindaan) 2015

Posted: 09 Apr 2015 03:42 PM PDT

MP Bahas Peringkat J/Kuasa RUU Hasutan (Pindaan) 2015 (4)

Posted: 09 Apr 2015 03:41 PM PDT

MP DAP Kulai Bahas Peringkat J/Kuasa RUU Hasutan (Pindaan) 2

Posted: 09 Apr 2015 03:40 PM PDT