Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Gerakan mencantas Muhyiddin Yassin?

Posted: 08 Apr 2015 03:51 PM PDT

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


94,125 PENEROKA RUGI RM177 MILLION DALAM FGV ??? DAN VIDEO TARI MENARI

Posted: 08 Apr 2015 09:44 AM PDT

Ucapan Tony Pua di Parlimen
94,125 orang peneroka yang masih memegang saham dalam Felda global venture *(dapat kononya durian runtuh) kini kerugian kira-kira RM177 million, kata ahli parlimen Tony Pua hari ini. Harga tutup saham FGVH RM RM2.09 sesaham saja semalam.

Kerajaan dalam parlimen smalam telah mendedahkan bahawa hampir semua peneroka (99.9 peratus) dari 94,219 orang yg mendapat 800 lot saham FGV masih lagi tidak menjual saham mereka.

Sungguh malang bagi peneroka ini yang masih memegang saham mereka, kerana mereka telah rugi besar sebanyak RM177,000,000 juta jika di kira berdasarkan harga penutup saham fgvh semalam.

Ini adalah akibat dari penurunan 53% harga saham sejak 2 tahun di senaraikan - kata Pua pada sidang parlimen di lobi parlimen smalam.

Prestasi harga saham FGVH begitu buruk walau pun pada amnya Indeks komposit Bursa saham Kuala Lumpur telah meningkat naik dari 1599 mata kepada 1855 mata pada tempoh yang sama - 8hb April 2015.



CEO FGV dan para pegawai mereka berjoget, inilah produk pemimpin yang diraikan, cukup memalukan, apakah manusia jenis...
Posted by Mat Yie on 14hb Disember 2014

Ustaz Moden's Weblog

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

Ustaz Moden's Weblog


Jawapan Isu Zikir Menari oleh Tuan Guru Dr Haron Din 

Posted: 08 Apr 2015 01:47 AM PDT

 Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan 'rasa'. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): "Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): 'Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (Surah 'Ali-'Imran ayat 191).

Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, "Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku."

Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau 'body language' beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.

Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.

Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.

Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.

Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, "Tidak mengapa dan boleh dilakukan."

Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah 'Ali-'Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a. Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.

Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).

Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.

Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, "Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram."

Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.

Wallahu ta'ala a'lam.

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

http://www.harakahdaily.my/pandangan-haron-din-berkenaan-zikir-sambil-menari


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ardous task to revive SUPP

Posted: 08 Apr 2015 08:30 PM PDT


For heart surgeon Dr Sim, arduous task to resuscitate ailing SUPP 

By Sulok Tawie

The Mail Mail Online

KUCHING, March 22 — As a cardiac surgeon of some repute, Dr Sim Kui Hian is used to dealing with terminal patients, but his latest and possibly most challenging is one near and dear to his own heart: the Sarawak United People's Party (SUPP) he leads.

Wracked by infighting and flagging support, it won just six of the 19 Sarawak assembly seats it contested in the 2011 state election and witnessed dissenters breaking away to form a rival party that aims to usurp SUPP in the Barisan Nasional (BN) coalition.

Just 50, Dr Sim joined in 2011, just in time to witness the start of the party's decline, before a meteoric rise through the ranks led to him replacing Tan Sri Peter Chin Fah Kui at the head of SUPP last year.

With the next state election little more than a year away at most, Dr Sim's task of nursing the party back to health has now taken on added urgency and complexity.

"The time frame is not just in our preparation for the next state polls, but also for the parliamentary election in 2018," he told Malay Mail Online in a recent interview.

"If we do not start now, not only in 2016 we are not ready, but we are also not ready in 2018."

But Dr Sim is under no illusions over how arduous it will be to restore SUPP to its former glory or even to retain the seats it was able to keep during the 2011 Sarawak election.

He will also be acutely aware of the threats to the party not just from within, but also from rivals; the oldest son of former Sarawak deputy chief minister, the late Tan Sri Sim Kheng Hui, Dr Sim lost in Pending to the DAP's Violet Yong Wui Wui in the 2011 state polls.

"For a party which has suffered defeats, breaks-up, it takes time to transform and we can't transform it over night," he said.

"The reality is I want to run as fast as I can. I want to introduce many things to rejuvenate the party to greater heights or at least to what we were before," the 50-year old added.

Still, Dr Sim takes heart in the 56-year-old party's success in attracting professionals among its new members, but insists on the need to to instill in them an understanding of SUPP's roots.

"We also need to re-train our old members. They need to refresh themselves," he added.

Among others, the efforts include inculcating a habit of regularly consulting the party grassroots for a focus on issues pertinent to the state and SUPP; he also pressed on the need to infuse leaders with the gumption to speak out on the same matters without fear.

"At the same time, we share our vision and mission with them. These are the things we must do in our efforts to rejuvenate and revive our party. It is a long-term process, but we have to start right now," he stressed.

Formed in 1959, SUPP had disastrous outings both in the 2011 Sarawak state poll and Election 2013. It lost over two in every three state seats it contested and won just one parliamentary spot.

SUPP finally split two last year, with the breakaway group led by Local Government and Community Development Minister Datuk Seri Wong Soon Koh going on to form the rival but BN-friendly United People's Party (UPP).

Mana pemimpin UMNO ketika Anwar, Rafizi dan Tony Pua serang Najib?

Posted: 08 Apr 2015 05:30 PM PDT


Petikan dari The Flying Kick

Sekarang kita boleh tengok, pemimpin UMNO yang sedia mempertahankan Najib dan kerajaannya, ada di mana-mana. Mereka bercakap, mereka bersuara, mereka berhujah dan mereka menyatakan dengan penuh berani. Malah yang dahulunya bekas PKR pun, sekarang ini sangat ramah dan sangat tajam bahasanya. Malah ada pula ketua agensi yang memanggil wartawan untuk wartawan mempublisitikan kata-katanya ke atas Tun Mahathir.

Persoalan yang dibangkitkan, ke mana habis mereka semasa Najib dan kerajaannya diserang oleh Pakatan Rakyat?

Mana perginya bekas PKR yang cukup hebat mengacah orang lain berdebat tentang Mahathir dengannya ketika Najib difitnah oleh Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli serta Tony Pua?

Ke mana hilang habis pengetahuan, keberanian, kelancaran, dan kemantapan hujah apabila Tony Pua dan Rafizi mengeluarkan pelbagai data-data mengelirukan untuk menyerang dan menfitnah Najib secara terang-terangan?

Mana habis Ketua-Ketua UMNO Bahagian? Mana perginya Ketua-Ketua Cawangan dan para pemimpin UMNO yang lain pada ketika Najib diserang bertali arus oleh pembangkang?

Yang jadi Menteri pun, biasanya akan memilih untuk mendiamkan diri apabila Najib diserang.

Sepenuh di SINI


Bukan 'style' Najib guna media sosial hentam pihak lain - Prof Azizudin

Posted: 08 Apr 2015 08:35 AM PDT


PM 'Membisu' Tanda Hormat Kepada Tun M

Wednesday, 08 April 2015
Written by Moderator


KUALA LUMPUR 8 April - Sikap Perdana Menteri Datuk Seri najib Tun Razak yang masih tidak menjawab serangan Tun mahathir Mohamad ekoran tanda hormatnya kepada mantan Perdana Menteri itu.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani yang dipetik Sinar Harian berkata, ianya merupakan tindakan bijak Najib untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

"Saya rasa kritik lebih berunsur masalah personal antara Tun Dr Mahathir  dan Najib.

"Najib tidak jawab kerana menghormati Tun yang pernah berjasa kepada dirinya.

"Sekiranya Najib jawab, ianya akan memburukkan lagi keadaan dalam hubungan beliau dengan Tun Dr Mahathir.

"Namun sekiranya isunya adalah isu kepentingan awam, Najib perlu juga jawab. Sekiranya tidak, isu tersebut boleh jadi spekulasi yg menjejaskan kredibiliti Najib dan parti kelak," katanya dalam laporan itu.

Jelasnya, Najib tidak perlu menggunakan medium laman sosial seperti Tun Mahathir bagi menyatakan pendiriannya kepada umum.

"Najib tidak lawan guna blog, FB dan Twitter, saya rasa ianya bukan 'style' Najib menggunakan media sosial mengkritik atau menghentam pihak lain.

Seenuh di rakyatnews.my di SINI

BN Sarawak ambil ikrar integriti ... Pembangkang hanya bising saja

Posted: 08 Apr 2015 02:37 AM PDT


Akhbar Borneo Post menyarikan berita berikut semalam:

Sarawak leads the way in integrity

by Geryl Ogilvy Ruekeith, reporters@theborneopost.com
Posted on April 7, 2015, Tuesday

26 elected representatives and 30 political secretaries take their oath in front of MACC chief

KUCHING: Sarawak created history in the country yesterday when all BN elected representatives and political secretaries to the Chief Minister took the integrity pledge.

Last January 15, Chief Minister Datuk Patinngi Tan Sri Adenan Satem had led his ministers and assistant ministers to sign the integrity pledge. The state cabinet would then have to submit their declaration of assets to Adenan and Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.


 Yesterday, 26 BN elected representatives and 30 political secretaries inked the integrity pledge at the State Legislative Assembly complex in front of Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief Tan Sri Abu Kassim Mohamed in line with efforts by the Adenan administration to promote clean and transparent governance.

Adenan, who was present, said he was very happy the political secretaries and BN backbenchers had voluntarily stepped forward to pledge their integrity.

"They were not forced to do so. They had taken their own initiative to make the pledge.

"They want to show to the people how sincere they are in discharging their duties. Don't expect corruption to go away the moment we sign the pledge, but this is a good first step to take," said Adenan to reporters after the ceremony.
Komen dari Ketua Backbencher merangkap Ketua Setiausaha Politik CM, Abdullah Saidol berikut: 


Syabas BN Sarawak ...satu contoh yang baik. Harap semua negeri BN dan semua wakil rakyat lakukan yang sama.

Pembangkang Pakatan Rakyat bising saja tapi tak buat.

Rafizi yang konon berani isytihar hartanya hanya akhirnya dedahkan kedudkan kewangannya yang begitu dipersoalkan. Macam mana kerja beberapa tahun dengan Petronas bboleh ada cash RM2 juta setelah tolak aset kereta dan rumah?

Bulan2 dapat yuran konsultansi RM3 ribu yang mana tak masuk akal dia sempat buat kerja konsultan. Duit apa tu Rafizi???

Low standard OPPOSITION reject POCA and SUPPORT TERRORISM!!!

Posted: 07 Apr 2015 11:30 PM PDT


Today, I reconfirm two things:

1) The quality of our pembangkang is absolutely low-standard and oppose for the sake of opposing only and pretty much don't know what they are talking about.

2) The BAR council talks like our pembangkang.

Here is the evidence.

To fight the threat of ISIS, the government is currently tabling the Prevention of Terrorism Act (POTA) and the pembangkang are saying, "POTA the same as ISA" http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/03/30/pota-the-same-as-isa-opposition-mps-claim/

The BAR council says this about POTA, "a 'shameless revival of ISA' http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malaysian-bar-calls-anti-terror-bill-shameless-revival-of-isa

But more than 1 1/2 years ago, when the amendments to the Prevention of Crime Act (PCA) was tabled to tackle the then rising crime rates,

DAP father said this about PCA: "PCA has all the characteristics of ISA!" http://blog.limkitsiang.com/2013/09/29/pca-has-all-the-characteristics-of-isa/

And the DAP son said this about PCA "Anti-crime amendments 'draconian', like the ISA" http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/anti-crime-amendments-draconian-like-the-isa-dap-says

While the BAR council typically mirrors what pembangkang says by saying this about the PCA: -

"Regressive and a Blow to the Rule of Law in Malaysia" http://www.malaysianbar.org.my/press_statements/press_release_amendments_to_the_prevention_of_crime_act_1959_are_regressive_and_a_blow_to_the_rule_of_law_in_malaysia.html


But when the PCA bill came up for voting, the Pembangkang MPs go and PONTENG!! http://news.yahoo.com/pakatan-mps-slammed-absence-during-pca-vote-085933853.html

And almost 1 1/2 years later, no pembangkang or BAR council talks about the PCA anymore and no one has been arrested in a "ISA" manner - no one has been detained indefinitely without trial.

Today, pembangkang and Bar council coming out with the exact same statements like what they said about PCA 1 1/2 years ago and you still expect Malaysians to believe you and take your crap?


Never mind that the entire world also seems to be enacting equally timely laws in the wake of the IS/ISIS threat. Just to name a few:

They are doing the same in Australia: "Australian Leader Outlines Tough New Anti-Terrorism Measures" http://time.com/3718357/australia-tony-abbott-terrorism-isis-sydney-siege-citizenship/

They are also doing it in Ireland: "Ireland introduces tougher anti-terror laws to fight against returning Isis jihadists" http://www.ibtimes.co.uk/ireland-introduces-tougher-anti-terror-laws-fight-against-returning-isis-jihadists-1487029

They are also doing it in the entire UK: UK's New Counter-Terrorism and Security Act:
http://www.nationalsecuritylawbrief.com/uks-new-counter-terrorism-and-security-act-how-far-is-too-far/

Never mind, Pembangkang and BAR council... just bangkang. Lawan tetap lawan.

Don't need to care that your credibility goes down the drain or our county is attacked by IS terrorist.

As long as lawan tetap lawan.

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:38 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Eeeiii, Apa ni..! ... Malaslah nak baca!..

Posted: 07 Apr 2015 11:58 PM PDT

Apakah keputusan mahkamah persekutuan tidak adil, sebelum ini suara-suara dari pembangkang sahaja yang mengatakan mahkamah tak adil,, sekarang apa macam?




Mak dan yah Sirul pi jumpa Mahathir...

Apa cerita ni, ahhh malas lah aku nak layan ni... lu punya sukalah Mahathir,, bagi aku yakin dengan permintaan Allahyarham Dato Fadzil Nor, mahukan Mahathir lihat sendiri kehancuran umno, maka sekrang dah bermula... sama-sama kita tunggu dan lihat.. 

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:23 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Persoalan Dr Mahathir, perlukah Najib menjawab?

Posted: 08 Apr 2015 09:12 PM PDT

Persoalan Dr Mahathir, perlukah Najib menjawab?
Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya terhadap Datuk Seri Najib Razak termasuklah berkenaan isu 1MDB dan kes wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Sementara Najib pula dilihat 'masih belum menjawab' secara lisan perkara yang dibangkitkan Dr Mahathir.
Persoalan di sini, perlukah Najib menjawab persoalan yang dibangkitkan Dr Mahathir?
Najib mengarahkan agar siasatan dijalankan ketua audit negara serta Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan kesediaan mereka untuk menyiasat apa-apa bentuk penyelewengan, jika ada, sejurus selepas laporan diterima daripada ketua audit negara dan PAC.
Melihatkan komitmen Najib untuk membuka laluan penuh kepada ketua audit negara dan PAC untuk menyiasat 1MDB sebenarnya menjawab persoalan dibangkitkan Dr Mahathir. Tindakan Najib untuk tidak menjawab secara umum tentang persoalan tersebut adalah wajar memandangkan penyiasatan masih sedang dijalankan.
Tidak timbul isu ketelusan penyiasatan ketua audit negara dan PAC terhadap 1MDB kerana melihatkan isu sebelum ini, laporan ketua audit negara serta PAC sentiasa dinantikan pihak pembangkang untuk digunakan sebagai modal untuk menghentam kerajaan. Laporan ini jugalah yang akan dijadikan modal pembangkang secara berterusan sepanjang masa tanpa mengira waktu untuk menunjukkan kononnya ketidakcekapan kerajaan. Jadi laporan ketua audit negara dan PAC sememangnya ada kredibiliti.
Jadi, semua pihak haruslah memberi ruang masa dan waktu kepada ketua audit negara dan PAC untuk menjalankan siasatan mereka secara rapi. Dan sehinggalah laporan siasatan siap, wajarlah arahan Najib kepada ketua audit negara dan PAC dijadikan jawapan kepada persoalan mengenai 1MDB ini.
Selain kes 1MDB, Dr Mahathir juga turut membangkitkan perihal anggota polis iaitu Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri yang didapati bersalah membunuh Altantuya. Dr Mahathir mempersoalkan tentang hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas mereka sedangkan mereka hanya mengikut arahan.
Sirul dan Azilah menjalani proses kehakiman yang sangat panjang iaitu daripada Mahkamah Tinggi, Rayuan dan seterusnya Persekutuan. Bermakna, mereka diberi ruang seluas-luasnya untuk membela diri dan menafikan hukuman yang bakal mereka hadapi.
Read More / Baca Lagi >>

PAS tawar bantuan dana untuk polis jumpa Sirul

Posted: 08 Apr 2015 09:09 PM PDT

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau sedia membantu kewangan polis untuk bertemu dengan Sirul Azhar Umar yang disabit kesalahan membunuh Altantuya Shaaariibu, jika pihak berkuasa itu kekurangan dana.

"Jika polis tiada wang untuk bayar pada pegawainya, saya akan cari penaja yang boleh bayar kepada polis dan IGP (ketua polis negara) untuk ke sana (Australia)," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Najib, spiritual sahaja tidak menentukan seseorang itu insan yang baik

Posted: 08 Apr 2015 09:08 PM PDT

oleh V Shuman

Pelajar yang pandai tanpa nilai spiritual boleh menjadi "penjahat" yang merosakkan negara, beggitulah kata-kata Perdana Menteri Najib Razak. "Kalau pandai saja tapi tidak mempunyai nilai spiritual dan akhlak, dia boleh pakai kepandaiannya untuk merosakkan negara kita.

"Contoh paling ekstrem, berpendidikan tinggi dan guna ilmu untuk buat bom. Perkara ini tidak mustahil, kata Najib seperti dipetik Malaysiakini, ketika berucap dalam majlis pelancaran Rangka Dasar Pendidikan Tinggi Kebangsaan 2015-2020 di sini 7 April lalu.

Kedengaran seperti plot komik – penjahat dengan saiz kepala yang besar kerana "terlalu berotak", merancang untuk menguasai dunia atau menghancurkan planet. Najib ada hujah, namun soal memiliki moral yang baik dan hidup sebagai insan yang baik adalah terlalu kompleks dan banyak yang tersirat.

Memiliki pengetahuan spiritual yang baik tidak semestinya menjadikan seseorang itu insan contoh, kekurangannya juga tidak menjadikan seseorang itu jahat. Jika Najib menyamakan pengetahuan "spiritual" dan "agama" dengan kelakuan yang baik, mengapa ada bekas pelajar sekolah agama dilaporkan tertarik dengan ideologi Islamic State (IS)?

Bukankah setakat ini, mereka yang dilihat waraklah yang ditangkap kerana menyokong kumpulan militan itu? Bukankah orang yang berpenampilan seperti mereka yang meletupkan diri sendiri dan orang lain, atas nama "jihad"?
Read More / Baca Lagi >>

J'kuasa pendatang asing: Najib letakkan Pairin dalam keadaan sukar

Posted: 08 Apr 2015 09:04 PM PDT

oleh Joe Leong

Hakikatnya, Setiap kedegilan ada harganya; ekoran tidak menuruti nasihat baik oleh mereka yang lebih mengetahui. Ahli panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah dalam laporannya yang diterbitkan Desember lalu mencadangkan, jawatankuasa yang bertindak sebagai majlis penasihat dalam pengurusan pendatang asing di negeri itu diketuai oleh "seorang profesional yang bebas dan berintegriti tinggi".

Laporan itu secara jelas menyatakan, individu itu mestilah tidak terlibat dalam politik, dan jawatankuasa perlu dianggotai antaranya penjawat awam kanan, tokoh korporat, ahli akademik, dan wakil persatuan undang-undang serta Peguam Besar Negeri. Ahli Panel RCI itu diketuai bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Steve Shim Lip Kiong; bekas Peguam Besar Negeri Dr Herman J Luping, bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah K Y Mustafa dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Henry Chin Poy Wu.

Namun, nama-nama ini nampaknya tidak penting di mata Perdana Menteri Najib Razak memandangkan beliau mengenepikan begitu sahaja cadangan mereka dan melantik politikus, iaitu Joseph Pairin Kitingan untuk mengetuai jawatankuasa yang berhadapan tugas berat dan memakan masa – menguruskan imigran dan pendatang asing di Sabah. Dengan berbuat demikian, Najib telah meletakkan Pairin dalam kedudukan sukar.

Sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pembangunan Infrastruktur, beliau sudah pun memiliki banyak tugas. Pairin baru sahaja tamat siri lawatan projek jalan raya minggu lalu, yang turut merangkumi projek yang sepatutnya sudah lama dilaksanakan, iaitu jalan Sapulut-Kalabakan yang bernilai RM287 juta.

Read More / Baca Lagi >>

Phua tidak ada rekod jenayah di M'sia, kata Zahid

Posted: 08 Apr 2015 09:00 PM PDT

Putrajaya hari ini mendakwa bahawa Paul Phua Wei Seng tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Dalam jawapan bertulis sebaris kepada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, menurut rekod polis, Phua tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Gobind telah meminta kerajaan menyatakan laporan polis terhadap Phua dan sama ada dia mempunyai sebarang rekod jenayah di Malaysia. Gobind juga bertanya sama ada Phua telah didakwa dan apa hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.

Phua dilaporkan telah ditangkap dalam satu serbuan pada 4 Julai 2004 semasa perlawanan Piala Euro.

Dia didakwa telah menjalankan rangkaian pertaruhan dalam talian apabila dia ditangkap oleh pihak berkuasa.

Phua menjadi tajuk utama berita selepas dia ditahan dan didakwa oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat berkaitan operasi perjudian haram dalam talian secara besar-besaran di Caesar's Palace, sebuah hotel lima bintang di Las Vegas pada bulan Julai lalu.

Politik wang musuh nombor 1 negara, kata menteri

Posted: 08 Apr 2015 08:29 PM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkongsi wawasan beliau mewujudkan Malaysia lebih baik sempena genap 2 tahun tempoh perkhidmatannya Mei ini dalam satu temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider.
Dalam laporan terakhir daripada 3 bahagian ini, Low bercakap mengenai politik wang sebagai "kryptonite" Malaysia, memberi amaran jika amalan rasuah tidak dihapuskan dalam institusi kerajaan, negara tidak akan makmur.
Hakikat yang rasuah merupakan satu masalah dalam banyak situasi di Malaysia  tidak dapat dinafikan, tetapi bagi menteri yang bertanggungjawab dalam soal Tadbir Urus, Integriti dan Hak Asasi Manusia Low, politik wang kekal sebagai penghalang terbesar dalam usaha menjadikan kerajaan lebih telus dan terbuka.

"Melalui rasuah kecil, anda membayar polis, atau anda membayar seseorang untuk membuka fail, misalnya, tetapi apa yang lebih serius ialah rasuah berkaitan 'state capture'. "Pada dasarnya, di sinilah mereka yang berkuasa – ahli politik, penjawat awam dan sebagainya – mencari jalan bagi mengeksploitasi kelemahan pihak kerajaan atau meninggalkan amalan baik dan wajar dalam kerajaan dan memperoleh tender atau lesen untuk diri sendiri.
"Mereka menguasai jentera kerajaan untuk kepentingan diri sendiri, atau untuk kepentingan ahli keluarga atau memberi keuntungan kepada proksi atau penyokong mereka, dalam kes politik," kata Low kepada The Malaysian Insider.
Menggelarnya 'unholy alliance' (pakatan tidak suci) antara politik dan dunia korporat, Low berkata politik wang ialah masalah terbesar yang melumpuhkan negara dalam matlamatnya menjadi sebuah kerajaan bebas rasuah.
"Di Malaysia tidak ada undang-undang atau peraturan yang ketat mengenai pembiayaan politik atau kempen politik. Hakikatnya, mana-mana kerajaan yang berkuasa memerlukan wang untuk pilihan raya, jadi dari mana mendapat wang ini... anda mendapatkannya daripada perniagaan.
"Inilah perikatan tidak suci antara perniagaan dan politik," katanya.
Beliau berkata, di Malaysia, kebanyakan syarikat korporat memberi sokongan kewangan kepada kedua-dua bahagian politik, tetapi undang-undang sedia ada tidak memerlukan parti politik mengisytiharkan sumber dana mereka.
"Ahli perniagaan perlu menutup mulut supaya mereka tidak didenda oleh kerajaan. Ramai yang memberi kepada kedua-dua pihak, dengan harapan apabila individu itu mendapat kuasa, ketika itulah mereka menghendaki orang yang sama berpihak kepada mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Dewan Rakyat bahas pindaan Akta Hasutan 1948 hari ini

Posted: 08 Apr 2015 08:23 PM PDT

Dewan Rakyat bahas pindaan Akta Hasutan 1948 hari iniKUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Akta Hasutan 1948 bagi bacaan kali kedua dan ketiga di Dewan Rakyat.

Ia akan dibahaskan oleh wakil-wakil rakyat kerajaan dan pembangkang sebelum diluluskan di Parlimen.

RUU berkenan yang tertera dalam turutan pertama Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul, bakal menyaksikan beberapa pindaan termasuk menjadikan perbuatan mengkritik kerajaan bukan lagi satu kesalahan.

Dalam pindaan tersebut juga, individu yang dituduh di bawah Akta berkenaan tidak boleh dilepaskan dengan jaminan.

Dalam cadangan pindaan seksyen baharu 5(a) Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda akta tersebut, antara lain menyatakan bahawa jika seseorang dipertuduh atas kesalahan di bawah Seksyen 4(1a) dan diperakui secara bertulis oleh pendakwa raya, tiada jaminan boleh diberikan kepadanya demi kepentingan awam.

Individu atau kumpulan yang memperalat agama bagi tujuan mencetuskan kebencian juga boleh didakwa di bawah RUU tersebut.

Berdasarkan kandungan pindaan, perenggan baharu dalam subseksyen 3(1) Akta 15 menyebut bahawa mana-mana pihak yang mengembangkan perasaan jahat, permusuhan atau kebencian antara pihak tertentu atas alasan agama dianggap sebagai satu kesalahan.

Selain itu pindaan Akta berkenaan turut memasukkan seksyen baharu iaitu Seksyen 5(b) yang bertujuan menghalang seseorang yang dituduh di bawah Akta Hasutan meninggalkan Malaysia.

Bacaan kali pertama untuk meminda RUU Akta Hasutan 1948 itu dibuat pada Selasa lalu dan telah dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Read More / Baca Lagi >>

MP DAP PJ Utara Bahas RUU Suruhanjaya Sekuriti (1MDB Jadi Contoh)

Posted: 08 Apr 2015 08:14 PM PDT

Cabaran Pakatan di Rompin, Permatang Pauh

Posted: 08 Apr 2015 07:47 PM PDT



ABD SHUKUR HARUN 

Dua pilihan raya kecil (PRK) parlimen, iaitu kerusi Parlimen Permatan Pauh dan Rompin, yang mungkin diadakan serentak, akan menyaksikan pertarungan sengit yang menarik.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh secara tradisinya adalah kawasan PKR/Pakatan Rakyat, sementara kerusi Rompin Pahang secara tradisinya pula adalah kawasan Umno/BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan PRK Permatang Pauh akan diadakan pada 7 Mei selepas kerusi itu diisytihar kosong ekoran DS Anwar dihukum penjara selama lima tahun.

Penamaan calon pula berlangsung pada 25 April sementara pengundian awal 3 Mei.

SPR tidak menolak kemungkinan PRK Permatang Pauh dan Rompin diadakan serentak.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, semuanya bergantung kepada  keputusan yang akan diumumkan dalam mesyuarat khas SPR yang akan diadakan pada Jumaat ini.

PKR akan melancarkan Jentera PRK P44 Permatang Pauhnya pada 14 April ini sebagai simbolik mengenang tarikh Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 1999.

Setiausaha Agung, Rafizi Ramli menyatakan, jentera partinya sudah bersedia berdepan PRK tersebut dan calon yang bertanding akan diputuskan melalui amalan biasa dilakukan oleh parti itu. Beberapa nama telah disebut, antaranya Nurul Nuha, anak DS Anwar Ibrahim dan juga nama DS Dr. Wan Azizah Wan Ismail, namun semuanuya belum lagi ditentukan

Menurut Rafizi, Jawatankuasa Pilihan Raya PKR bersedia lebih awal sementara Biro Politik berbincang kelmarin dengan keputusan melancarkan jentera kempennya pada malam 14 April di Permatang Pauh itu.

Rafizi berkata, PAS dan DAP telah memberikan komitmen penuh untuk membantu kempen.

PAS telah memberikan komitmen paling tegas dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pemuda PAS Suhaizat Kaiat.
Read More / Baca Lagi >>

GST: Pengguna telefon prabayar dinasihat cara alternatif

Posted: 08 Apr 2015 06:41 PM PDT

Pengguna yang mendapati sukar untuk mendapatkan kad prabayar atau untuk tambah nilai harus menggunakan kaedah bayaran pos sebagai alternatif kerana ia lebih murah dalam jangka panjang, kata seorang peniaga telekomunikasi terkemuka. 

Pengarah Urusan Hussein Resources Sdn. Bhd., Saifuddin S. Hussein, berkata punca kekurangan kad prabayar ialah kekeliruan mengenai kadar levi enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Peniaga tidak jelas sama ada untuk menyerap cukai itu atau mengenakannya ke atas pengguna," kata beliau.

Ketika kekeliruan ini sedang diselesaikan, pengguna dinasihatkan untuk mencari alternatif supaya keperluan komunikasi mereka tidak terganggu, katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Sistem MYEG Dan NERS: Rundingan Terus Tanpa Justifikasi Kukuh Wajib Ditolak

Posted: 08 Apr 2015 06:32 PM PDT

Saranan Timbalan Menteri Dalam Negeri bahawa Putrajaya dalam usaha mengkaji menubuhkan sebuah agensi di bawah Unit Pemodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk menguruskan pembaharuan permit pekerja asing dan memecahkan monopoli yang dipegang oleh MyEG Services Bhd perlu diberikan perhatian terperinci.
Namun begitu, kerajaan wajib menghormati prosidur perolehan negara di mana justifikasi untuk rundingan terus (direct negotiation) harus diikuti sepenuhnya. Adalah satu misteri bagaimanakah pembidaan Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) kepada Akrab Makmur Sdn. Bhd telah dilaksanakan. Pembidaan secara rundingan terus hanya dibenarkan untuk perkhidmatan ketenteraan, barangan-barangan proprietary dan perkara yang menggugat keselamatan negara.
Adakah hanya satu syarikat di dunia ini yang mampu menyediakan sistem NERS? Amalan ini juga menunjukkan kerajaan lebih gemarkan pemberian projek kepada syarikat kroni dan menggalakkan monopoli.
Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) diwujudkan bertujuan memantau kemasukan setiap warga asing di semua 96 pintu masuk utama negara. Melalui pintu tersebut, pihak berkuasa mampu menangani pelbagai isu membabitkan warga asing termasuk pemalsuan dokumen, tinggal lebih masa, salah guna visa serta pemerdagangan manusia.
Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian konsesi bersama NERS selama 12 tahun di mana sistem ini bertanggungjawab dalam sistem pengurusan pendaftaran warga asing.
Pembayaran caj yang dilakukan adalah subsidi daripada kerajaan Malaysia sebanyak RM50 bagi setiap pas lawatan (kerja sementara). Sehingga tahun 2012, jumlah visa yang telah diluluskan adalah melebihi 2 juta pas. Jadi, kira-kira RM 100 Juta telah dikeluarkan sebagai subsidi bagi menyokong sistem ini.
Persoalan yang timbul adalah bagaimanakah proses pemilihan syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan sistem ini. Adakah projek yang diberikan melalui rundingan ataupun tender terbuka?
Read More / Baca Lagi >>

Kelulusan RUU dalam masa singkat tidak bawa kebaikan – NUFAM

Posted: 08 Apr 2015 06:26 PM PDT


ismail
Ismail berkata, tindakan meluluskan rang undang-undang itu tidak masuk akal kerana setiap Ahli Parlimen mestilah jelas terlebih dahulu dengan butir-butir akta yang bakal diluluskan di Parlimen setelah ia dibahaskan dan dipersetujui ramai.
KUALA LUMPUR, 9 April:
Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) menyifatkan hanya tindakan sama yang diambil oleh Ahli Parlimen Malaysia dalam meluluskan sesebuah rang undang-undang.
Presidennya, Ismail Nasaruddin berkata, tindakan meluluskan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (PoTA) 2015 di Parlimen, awal pagi Selasa lalu dalam masa yang singkat sama sahaja dengan ketika Rang Undang-Undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 diluluskan Dewan Rakyat pada Disember 2014.
"Dua rang undang-undang itu diluluskan dalam masa yang singkat dan ia tidak akan membawa kepada sebarang kebaikan sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan tertentu.
"Saya lihat tindakan mereka meluluskan dua rang undang-undang itu adalah pada minit terakhir dan kekurangan masa untuk dibahaskan dalam Parlimen. Perbuatan mereka itu sama sahaja ketika meluluskan dua rang undang-undang itu yang dibuat hanya dalam masa dua hari," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Beliau berkata, tindakan meluluskan rang undang-undang itu tidak masuk akal kerana setiap Ahli Parlimen mestilah jelas terlebih dahulu dengan butir-butir akta yang bakal diluluskan di Parlimen setelah ia dibahaskan dan dipersetujui ramai.
Read More / Baca Lagi >>

Tetamu Kehormat: Rakan rapat bongkar sikap Aidana Baizieva

Posted: 08 Apr 2015 06:23 PM PDT

Rakan Aidana
Meskipun keluarga dan rakan-rakan bersedih atas kehilangan itu, tetapi dalam masa sama terluka berikutan terdapat pihak yang menfitnah Aidana sebagai 'pengiring' golongan atasan yang dibayar menggunakan wang rakyat. - Foto Facebook Arina Yusof
KUALA LUMPUR, 8 April:
Helikopter malang yang terhempas di Semenyih pada Sabtu lalu di mana mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain mendatangkan spekulasi berikutan kehadiran seorang penumpang wanita misteri yang dikenali sebagai Aidana Baizieva.
NST Online melaporkan beberapa rakan ekspatriat Kyrgyzstan itu, Arina Yusof, Mimi Esha dan Indira tampil untuk menceritakan latar belakang Aidana Baizieva.
Meskipun keluarga dan rakan-rakan bersedih atas kehilangan itu, tetapi dalam masa sama terluka berikutan terdapat pihak yang memfitnah Aidana sebagai 'pengiring' golongan atasan yang dibayar menggunakan wang rakyat.
Kata seorang rakan Aidana atau lebih mesra dipanggil Dana merupakan rakan kepada salah seorang tetamu terhormat yang terkorban dalam insiden malang itu.
"Dia merupakan seorang gadis yang cantik dan sesiapa yang bertemu dengannya, pasti terpesona dengan kecantikan yang dimilikinya.
"Saya pula seorang yang tidak pandai berdikari dan pendiam tetapi Aidana telah mengajar saya bagaimana untuk menjadi seorang wanita yang kuat seperti saya pada hari ini, hanya kerana seorang perempuan cantik menjadi mangsa dalam nahas berprofil tinggi, terus orang melemparkan pelbagai fitnah kepadanya," katanya.
Dana merupakan seorang wanita yang sukar didekati lelaki kerana dia merupakan seorang yang kuat, bijak dan sentiasa mempertahankan rakan-rakannya.
"Dia merupakan seorang wanita yang tidak pernah gagal menjadi sumber inspirasi kepada saya, tanya kepada mana-mana rakannya dan pasti mereka mengatakan perkara yang sama.
"Ketika kami keluar untuk pergi menari, menonton filem atau keluar makan malam, jika ada mana-mana lelaki mengejek kami, pasti dia akan mempertahankan kami demi kehormatan rakan-rakannya.
"Cara dia melayan rakan-rakannya juga sangat baik, pada majlis hari jadinya tahun lalu, beliau membiarkan kami makan dahulu meskipun dia adalah orang istimewa dalam majlis berkenaan," ujarnya.
Aidana juga sering menyatakan betapa dirinya bertuah mempunyai rakan-rakannya sebagai peneman.
"Ketika saya nyatakan terpaksa pergi meninggalkan dia, mata dia berair dan memberitahu saya bahawa dia tidak tahu bila boleh berjumpa lagi, kalau boleh saya mahu menambah waktu bagi membolehkan saya menghabiskan saat-saat akhir bersama rakan yang saya sayang sebelum dia pergi kerana kita tidak tahu bila boleh bertemu mereka lagi.
Read More / Baca Lagi >>

GST: Ayam serama naik harga

Posted: 08 Apr 2015 06:15 PM PDT

GST: Ayam serama naik harga 
 Ayam serama bernilai RM25,000 milik seorang pencinta ayam serama di Kelantan.
KOTA BHARU - Tempias pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berkuatkuasa 1 April lalu secara tidak langsung turut beri kesan kepada kenaikan harga ayam serama.

Pengerusi Ayam Serama Malaysia, Sahasdi Yusoff berkata, peningkatan harga jualan haiwan peliharaan itu naik, susulan peningkatan kos penjagaannya yang turut mengalami peningkatan termasuk harga makanan asas.

"Kebiasaannya, saya beli dedak dengan harga RM2.30 sekilogram (kg), tetapi semalam, harganya sudah mencecah RM2.50 hingga RM2.80 bagi setiap kg. Itu baru kos makanan asas dan belum lagi makanan tambahan serta perbelanjaan perubatan yang sudah tentu lebih tinggi.

"Jadi, bagi menampung kos tersebut, harga seekor ayam serama juga sudah tidak sama seperti dulu. Contohnya, kalau dulu boleh dapat RM100 seekor, kali ini mungkin dijual dengan harga sekitar RM150 hingga RM200" katanya.

Sahasdi berkata, kebiasaannya harga anak ayam serama berusia sebulan dijual serendah RM30 setiap seekor dan harga itu boleh mencecah RM40,000 bergantung keupayaan ayam itu memukau peminat dengan kecantikan dimiliki dan 'gerak tari' dipersembahkan.

Read More / Baca Lagi >>

GST: Peruncit tak sanggup lagi jual kad prabayar

Posted: 08 Apr 2015 06:07 PM PDT

Para peruncit kini lebih rela untuk tidak menjual kad tambah nilai prabayar daripada bertikam lidah dengan para pembeli.

Tindakan itu juga mengelak mereka menanggung kerugian daripada jualan kad tambah nilai itu, sebaik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa bulan ini.

Tinjauan Malaysiakini mendapati, para pekedai ini tidak layak mendaftar bagi mengenakan cukai GST kerana pendapatan kurang daripada RM500,000 setahun seperti disyaratkan.

Namun, mereka terpaksa menanggung cukai tambahan enam peratus dari pengedar kad prabayar tersebut jika ingin menjualnya.

"Kita peniaga kecil tidak daftar GST, (kita) tak boleh kenakan GST kepada pelanggan, tapi barang yang kita ambil (dari pengedar) kena GST," kata seorang pengusaha kedai runcit, Shamsuddin Moidutty (kiri).

Shamsuddin, 55, beliau sebelum ini terpaksa bertikam lidah dengan pelanggan kedainya di Bukit Taman Angkasa, Kerinchi apabila beliau menjual dengan harga baru yang dikenakan GST.

Seorang lagi peniaga, Amin Mohd Saman berkata, beliau hanya mendapat untung satu peratus daripada jualan kad prabayar bernilai RM10 semasa GST belum berkuatkuasa.

"Kalau dah kena GST, saya tanggung cukai orang dan jual kad prabayar ini tidak ada untung langsung.

"Kalau pelanggan tidak beli kad prabayar pun saya tidak rugi, saya malas hendak bergaduh dengan pelanggan jadi saya suruh saja beli di (kedai serbaneka)," katanya.

Amin, 49, berkata, walaupun tidak mendapat keuntungan beliau terpaksa menjual kad prabayar ini demi menarik pelanggan ke kedainya.

"Untung memang tidak ada, saya jual kad lama yang saya beli sebelum GST. Tak tahu stok tahan sampai bila...

Read More / Baca Lagi >>

Dewan Rakyat: Bacaan kedua 3 rang undang-undang ditangguh pada jam 2 pagi

Posted: 08 Apr 2015 06:06 PM PDT

Bacaan kali kedua 3 rang undang-undang yang disenarai untuk dibentangkan semalam, ditangguhkan dan akan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Rang undang-undang itu ialah Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015 dan Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015.

 Usul penangguhan itu dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Mengikut peruntukan 62 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat membenarkan seorang menteri menarik balik atau menangguhkan sesuatu rang undang-undang di bawah tanggungjawabnya.

Terdahulu, sidang Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015. Persidangan dewan bersambung hari ini. – Bernama

Ahli Parlimen Pakatan marah Putrajaya cuba luluskan 4 RUU dalam masa 1 malam

Posted: 08 Apr 2015 06:03 PM PDT


Dewan Rakyat hangat malam ini apabila ahli Parlimen pembangkang cuba menghentikan mesyuarat pada jam 11.30 ketika kerajaan cuba untuk terus menyelesaikan 5 lagi rang undang-undang (RUU).

Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo mengetuai wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) mendesak persidangan ditangguhkan ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Wahid Omar cuba menggulung perbahasan mengenai Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan 2015.

"Tidak adil untuk membahaskan 4 lagi rang undang-undang malam ini. Dan kita habis jam 4 pagi. Esok kita ada rang undang-undang yang sangat penting untuk dibincangkan," kata ahli Parlimen DAP itu merujuk kepada pindaan kepada Akta Hasutan yang dijadualkan dibahaskan esok.

 "Apa perlunya ia disegerakan? Kita tidak boleh buat begini. Kita tidak boleh membahaskannya. Kita tidak berlaku adil kepada rakyat," katanya. Bagaimanapun, Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohd Said enggan melayan permintaannya dan meminta Wahid meneruskan ucapan, menyebabkan ahli Parlimen PR lain naik marah dan menuntut mesyuarat dihentikan.

Gobind mendakwa, ia merupakan satu kesilapan apabila kerajaan mahu meredah prosiding bagi memastikan rang undang-undang itu diluluskan malam ini juga. Pertikaman lidah berterusan dengan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut sama berdiri dan menjawab hujah pemimpin PR, serta berkeras mahukan rang undang-undang selebihnya dibahaskan malam ini.

Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pembangkang yang Dewan terdahulu hari ini meluluskan usul supaya persidangan tidak ditangguhkan hingga item ke-8 dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Pada ketika itu, Ismail membacakan Peraturan Mesyuarat 42 dan 44, mengugut mengeluarkan dan menggantung Gobind, Ahli Parlimen Batu Tian Chua (PKR), N Surendran (PKR-Padang Serai) dan Charles Santiago (DAP-Klang), sekiranya mereka terus bercakap.
Read More / Baca Lagi >>

Najib tutup mulut, lari dari media

Posted: 08 Apr 2015 11:06 AM PDT

Usaha untuk mendapatkan penjelasan PM berhubung kenyataan Tun Dr Mahathir tidak berjaya selepas beliau dikatakan mengelak daripada wartawan.
najibKUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil pendekatan mengelak daripada wartawan yang cuba mendekati beliau untuk mendapat reaksi mengenai isu yang ditimbulkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selepas melancarkan Sesi Cabutan Undi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) pada petang Rabu, Najib hanya berlalu tanpa mengendahkan permintaan wartawan.
Tindakan itu menimbulkan tanda tanya di kalangan pengamal media yang cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada mulutnya sendiri berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri.
Sehari sebelum itu, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur juga dilapor cuba mengelak daripada ditemu bual wartawan.
Beliau dilihat kurang bercakap dengan media ataupun berucap secara terbuka selepas kenyataanya mengenai kos dandanan rambut pada setiap sesi yang mencecah RM1,200 dikatakan dimanipulasi pihak tertentu.
Turut mengambil langkah yang serupa Setiausaha Agung UMNO yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang enggan member komen terhadap perkara yang sama.

K'jaan tangguh pindaan ke atas CPC

Posted: 08 Apr 2015 11:04 AM PDT

Kerajaan menangguhkan pindaan ke atas Kanun Prosedur Jenayah apabila Majlis Ahli Parlimen BN menimbulkan kebimbangan ke atas rang undang-undang itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Jaafar berkata, beliau maklum dengan kebimbangan yang disuarakan BNBBC dan sudah mengadakan pertemuan dengan para MP tersebut.

"Mereka tidak begitu setuju dengan rang undang-undang ini.

"Kita perlu mendengar kebimbangan daripada semua pihak. Kebimbangan mereka perlu diambil kira.

"Saya sudah berbincang dengan menteri dan menteri setuju untuk menangguhkan pindaan," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

MP Santubong itu menjelaskan, pindaan tersebut akan dirujuk semula kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggariskan kebimbangan para MP BN.

"Saya akan bincangkan semula rang undang-undang ini dengan kementerian dan ia akan dikemukakan semula kepada AG.

Read More / Baca Lagi >>

K'jaan terkejut dengan RUU pindaan

Posted: 08 Apr 2015 11:03 AM PDT

Ada di antara Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Jaafar berkata beberapa rang undang-undang yang dibentangkan kerajaan minggu ini tidak seperti yang dijangkan oleh kementeriannya.

Ditanya mengenai pindaan kontroversi ke atas Akta Hasutan, Wan Junaidi berkata ada di antara rang undang-undang itu dibentangkan sebelum kementerian dapat melihatnya terlebih dahulu.

Katanya, kementerian biasanya akan menyerahkan konsep undang-undang dan sasaran mereka kepada Pejabat Peguam Negara.

"Tetapi kadang-kadang kita tidak sempat lihat rang undang-undang yang sudah siap kerana KDN adalah kementerian yang besar dan AG uga sangat sibuk.

"Kemudian, kita dapati perkara yang kita inginkan tidak dimasukkan, atau ada perkara lain yang mereka masukkan," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Apa punya malang Malaysia ada menteri macam ni...

Posted: 08 Apr 2015 07:20 AM PDT

Najib tetap enggan jawab Mahathir

Posted: 08 Apr 2015 07:06 AM PDT

Seminggu sudah berlalu namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus mengunci mulut atas serangan yang dilancarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wartawan Malaysiakini cuba meminta Najib menjawab perkara yang dibangkitkan itu dalam satu majlis dihadiri perdana menteri hari ini.

Wartawan mendekati Najib ketika beliau sedang meninggalkan majlis berkenaan.

Bagaimanapun, sebaik mendengar pemberita menyebut nama "Mahathir", Najib mengangkat tangan sebagai isyarat bahawa beliau tidak akan melayan soalan tersebut.

Polis yang mengawalnya juga bertindak mengheret pemberita agar menjauhi Najib.

Seorang lagi anggota keselamatan Najib turut menuding jari ke arah pemberita sebagai isyarat agar tidak mengajukan soalan lanjut.

Gesaan agar Najib menjawab pertanyaan Mahathir antara lainnya disuarakan oleh anggota jemaah menterinya sendiri, Khairy Jamaluddin yang berkata perdana menteri bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara itu.

Read More / Baca Lagi >>

MP PKR Pandan Bahas RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2015

Posted: 08 Apr 2015 07:03 AM PDT

MP DAP PJ Utara Bahas RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pndaan) 2015

Posted: 08 Apr 2015 07:03 AM PDT

MP PKR Lembah Pantai Bahas RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2015

Posted: 08 Apr 2015 07:02 AM PDT