Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Nahas Heli di Semenyih : Aidena Braizieva bekas pelajar Lim Kok Wing... kawan Kapten Clifford

Posted: 07 Apr 2015 02:05 AM PDT

Mangsa keenam yang selama ini diketegorikan "Tidak Diketahui" disahkan sebagai Aidena Braizieva, 25, rakan kepada juruterbang helikopter, Kapten Clifford William Fournier.
Polis pada Selasa mengesahkan wanita yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Semenyih, Sabtu lepas, merupakan kawan Kapten Clifford dan pernah beberapa kali mengikutnya ketika melakukan penerbangan sebelum ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, hasil siasatan yang dilakukan pihak polis, tiada bukti lain yang menunjukkan mangsa wanita dalam nahas itu mempunyai hubungan dengan empat mangsa lain yang turut terkorban dalam tragedi itu.
Wanita berusia 25 tahun berasal dari Kyrgystan itu dikatakan datang ke Malaysia sejak 2010 untuk menyambung pengajian di Universiti Sunway.
Mangsa kemudian menukar pengajian ke Universiti Lim Kok Wing dan sekali lagi menukar pengajian di Kolej SEGI di ibu negara.
Difahamkan, mangsa berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang pelancongan di kolej berkenaan pada Oktober tahun lalu.
Menurut Abu Samah, berkata berdasarkan keterangan rakan dan siasatan di kediaman mangsa di Pantai Dalam, polis menemui bukti meyakinkan bahawa mangsa adalah kenalan kepada Clifford dan pernah beberapa kali mengikutnya ketika melakukan penerbangan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di lokasi nahas di Semenyih Selasa.-7/4/2015 - AgendaDaily

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Hentikan fitnah!!! Takda kena mengena dengan arwah Tan Sri

Posted: 07 Apr 2015 10:16 PM PDT



Bangla datang 3 bulan lagi fasih cakap Melayu

Posted: 07 Apr 2015 05:30 PM PDT




Dahlah tu kurang ajar dan biadap



Steady la Dato Shahrol ni ... potensi nampak

Mantan Pemikir lawan Pemikir: Ini ke strategi baru Puad Zakarshi?

Posted: 07 Apr 2015 08:00 AM PDT


Entahlah begini ke JASA bawah Kementerian Penerangan sekarang ...

Mantan Panel Pemikir JASA, Syed Saifuddin Harman menghentam Panel Pemikir yang ada, Lokman Nor Adam. Berikut perbalahan mereka:


LOKMAN ADAM KOTORKAN IMEJ JASA.

ASKM,

Setelah membaca penulisan Sdr Lokman Adam Penal Pemikir JASA, berhubung kecamannya terhadap Tun Dr. Mahathir, saya berpandangan, penulisan ini tidak membawa apa apa keuntungan dan faedah kepda Kepimpinan Perdana Menteri, dirinya sendiri, mahupun JASA.

Hampir 90% komen yang saya baca samaada melalui Facebook atau ruangan blog beliau, rata rata menghentam beliau, JASA, KP JASA dan menambahkan kebencian pembaca kepada PM Najib.

Penulisan Sdr Lokman bukan sahaja tidak ada pengisian fakta yang jelas malah mengelirukan pembaca dengan andaian andaian kosong yang cuba menaibkan Tun M sebagai pemimpin yang berimejkan Nepotisme dan pengamal politik Dinasti Keturunan.

Sebelum Saya pergi lebih jauh membongkar rahsia peribadi dan politik anda lebih mendalam, eloklah berhenti mempamirkan diri anda selaku Jemuan politik dan penggilap Apple yang bodoh. Penulisan anda sebenarnya telah mencemarkan Imej JASA ketahap yang rendah dan memalukan.

Sesungguhnya penulisan LA gagal menunjukkan beliau seorang Pemikir yang cerdik. Andaian beliau bahawa penyokong dan peminat Tun Mahathir menganggap Tun seolah seorang NABI yang maksum tanpa boleh ditegur, merupakan satu penghinaan yang tidak boleh dimaafkan. Lokman Adam menulis umpama manusia yang dirasuk iblis dan ini boleh merosak dan menjahanamkan imej JASA

Anda juga telah gagal menjawab setiap persoalan yang ditimbulkan oleh Tun M terhadap PM Najib. Tugas anda sebenarnya menjawab dan bukan mengeji, menuduh serta membuat andaian BODOH.

Sikap rakus dan tamak anda kepada harta, pangkat dan harta menyebabkan anda bersifat sedimikian.

Saya selaku Mantan Penal PEMIKIR JASA kecewa dengan tahaf pemikiran dan penulisan seorang rakan Pemikir yang begitu cenderung untuk mengejar jawatan tertinggi JASA tetapi tidak mempunyai tahaf keilmuan dan kebiadapan penulisan yang Tinggi.

Jika Sdr Lokman tidak puas Hati dengan penulisan ini, Sdr Lokman boleh berdepan dan berhujjah dengan Saya pada bila bila masa.

Salam.

Syed Saifuddin Harman.
Mantan Penal Pemikir JASA.

Dia menjawab tulisan Lokman Nor Adam berikut:


SEBAB SEBENAR NAJIB DISERANG TUN M

Oleh Lokman Adam

Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Dato Seri Najib oleh Tun Dr Mahathir Mohamed semakin menjadi-jadi. Yang terkini, pemberian BR1M kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya. Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Tun M. Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Tun M, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong Tun M yang menganggap Tun sebagai seorang yang maksum umpama Nabi. Memandangkan karier politik saya pun dah mati bila tewas dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO lalu dan bekas pemimpin PKR memang sukar untuk bertapak semula dalam UMNO, biarlah saya membakar diri menyatakan apa sebenarnya disebalik usaha Tun M ini.

Setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin mengurus ekonomi negara. Di zaman Tun M, salah satu pendekatan yang beliau gunakan untuk merangsang ekonomi ialah dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar. Saya masih ingat, Tun M selalu menyebut, "bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai". Itu cara Tun dan kerana itu jugalah bila Anwar tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 Billion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat.

Ya, memang betul Anwar seorang peliwat, tidak syak lagi. Tetapi kalau betul Tun M tidak boleh terima seorang peliwat untuk menggantikan beliau, sudah pasti dari tahun 1993 lagi Anwar sudah dipecat olehnya bila Tun Hanif Omar, Ketua Polis Negara ketika itu memaklumkan tentang tabiat luar tabii Anwar, tetapi Tun tidak pernah kisah soal moral Insan yang setia bersamanya ketika itu. Tun hanya bertindak ke atas Anwar bila Anwar enggan membantu Mirzan yang terganggu emosinya ketika itu akibat kegawatan ekonomi 1997-1998. Memang tidak dapat dinafikan, pemecatan Anwar juga berpunca daripada tindakan juak-juak Anwar yang sudah mengatur langkah untuk menabalkan Anwar sebagai Presiden UMNO.

Di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, beliau tidak menggunakan pendekatan Yang Tun ambil. Lagipun, jika RM 5 billion disuntik kepada syarikat-syarikat besar ini, berapa peratus sangatlah yang akan dinikmati oleh kakitangan syarikat-syarikat tersebut berbanding dengan pemberian BR1M yang terus diberikan kepada mereka yang benar-benar susah dan memerlukan. Matlamatnya juga sama iaitu meningkatkan kecairan dipasaran, tiada bezapun dengan matlamat Tun M. Cuba kita tanya kepada mereka yang menerima BR1M tahun lepas, siapa yang masih menyimpan duit BR1M mereka? Saya yakin semuanya sudah habis dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian mereka. Jika mereka membeli sayur, ianya akan merangsang industri pertanian, jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan dan begitulah seterusnya.

Tun M bukan hendak jawapan pada persoalan BR1M, 1MDB, Altantuya, Shirul mahupun Jet yang turut beliau dan Tun Siti Hasmah gunakan semasa beliau menjadi Perdana Menteri ketika kegawatan ekonomi 1997-1998. Isu tersebut hampir semuanya sudah dijawab dan Tun M bukanlah seorang yang malas membaca

Yang menyebabkan Tun M gelabah tidak tentu pasal hari ini adalah apabila beliau melihat perginya TG Nik Aziz dan Lee Kwan Yew. Tun M tahu yang masanya juga akan sampai dan beliau "running out of time". Sebagai seorang bapa yang cukup menyayangi anaknya, Tun M membuka laluan perjalanan politik untuk anaknya Mukriz dengan cukup baik. Setiap Perdana Menteri selepas beliau dianggap hanya "Calon Sementara" sebelum Mukriz dapat ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Tempoh masa yang diberikan juga sekitar 5 tahun supaya beliau sempat memastikan Mukriz berpeluang duduk di kerusi No 2 sebelum beliau menemui Ilahi.

Itu sebabnya saya tidak terkejut bila Tun M kata Najib akan jatuh bulan Mac. Dulu, Pak Lah dilanyak teruk sejak beliau membatalkan projek Jambatan Bengkok yang Tun M luluskan. Pak Lah bertahan selama 5 tahun 8 bulan. Dato Seri Najib pula mula menjadi mangsa bila beliau mengambil keputusan yang menjejaskan kroni Tun M. Antaranya dengan membatalkan kontrak bekal tenaga oleh 4 IPP yang dimiliki oleh YTL, Syed Mokhtar, Genting dan Ananda.

Bila batal kontrak pembekalan tenaga kepada TNB ini, cerita yang berjaya disembunyikan dari pengetahuan rakyat ialah wang rakyat sebanyak RM19 billion setahun telah berjaya Dato Seri Najib selamatkan kerana kita tidak perlu lagi memberi subsidi kepada keempat-empat IPP ini termasuk dua daripadanya yang telah dibeli oleh 1MDB iaitu IPP milik Ananda dan Genting. Dan inilah juga puncanya kenapa Ananda terpaksa membayar balik lebih 2 billion (Bukan Pinjaman) kepada 1MDB kerana pembelian IPP milik Ananda dibuat bersekali dengan nilai kontrak membekal tenaga yang dimiliki oleh IPP milik Ananda itu.

Semalam, genap 6 tahun DSN memerintah dan ini jelas membuktikan jangkaan Tun M bahawa Najib akan jatuh bulan Mac lepas ternyata meleset. Kepada sahabat-sahabat yang masih "blur" kenapa Tun M merapu mempersoalkan pelbagai pekara yang sebenarnya sudahpun terjawab, izinkan saya menyatakan puncanya. Sebabnya hanya satu, Tun M tidak yakin yang Mukriz mampu menyaingi KJ tanpa bantuannya. Itu sebabnya DS Najib perlu ditumbangkan supaya Mukriz lebih mudah ke Kerusi No 2 sebelum beliau memejamkan matanya.

Buat Tun M, pesanan saya cuma satu. Ingatkan kembali ayat yang selalu beliau utarakan, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran. Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar".

Bagi saya KJ dan Mukriz keduanya aset negara dan kalau kita hendak melihat UMNO kekal berkuasa lama, kedua mereka harus kita angkat memimpin kita. Akan tetapi biarlah mereka berdua ini naik dengan kemampuan mereka sendiri dan melalui persaingan yang sihat.

Kalaupun Tun nak bantu Mukriz, gunakanlah pengalaman berharga Tun itu membantu Mukriz menjadi seorang Menteri Besar yang berwibawa dan terbukti berjaya membawa negeri Kedah ke arah kegemilangan yang disanjung rakyat.

Tetapi, kalau Tun M terus memberi peluru kepada pembangkang untuk membenamkan DS Najib, saya khawatir bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi BN juga akan tumbang sebagai parti memerintah. Apa guna kalau ketika itu kita ada Presiden UMNO yang baru, tetapi kita sudah tidak punyai kuasa. Masa itu, bukankah anak Tun sendiri yang akan berputih mata?

----------------

Entahlah ... harap-harap Dato Najib dengan Tun Mahathir settle la sesama sendiri dan tidak guna "budak-budak" yang berakhir dengan perang sesama sendiri. 

Rakyat dah letih dengan hujah politik kampong yang cetik, politik feudel dan individu kejar jawatan, politik projek ...

Berdebat lah dengan berhemah dan bernas. Janganlah berulang kelahi ala era Pak Lah.

Pakatan berharap minyak dan diesel naik pukul 12

Posted: 07 Apr 2015 04:58 AM PDT


Mungkin akibat perbalahan terbuka Tun Mahathir dan Dato Najib, pihak pembangkkang susah nak dapat perhatian. Main isu tak meletop.

GST, Hudud, POTA, Sirul dan lain-ain isu tak menarik perhatian dan semua tertumpu kepada Dr Mahathir yang baru saja menyiarkan jawapan pada serangan terhadapnya.

Ada yang caranya agak kasar dan biadap pada orang tua. Tak membantu parti nanti.

Berbaik cerita pembangkang nak minyak naik, diiharapkan ini bakal memburukkan lagi persepsi kerajaan sebagai tidak sensitif tentang kenaikkan harga.

Agak-agak naik ke tidak minyak dan diesel malam ni? Baca Bulletin Sengal SINI  

Nak sangat perhatian melalui demo, ni cadangan untuk Mat Sabu

Posted: 07 Apr 2015 02:30 AM PDT


Orang ramai dah bosan dengan demo selalu sangat. #KitaLawan dah gagal pun tapi masih lagi Mat Sabu nak cari sebab untuk demo.

Bukan tak tahu ini hanya sebahagian taktik untuk ketengahkan diri bagi pemilehan di muktamar akan datang.

Kalau tak pasal GST, pasal kucing beranak pun Mat Sabu dan Suhaizan pun sanggup adakan demo.

Pemilihan PAS banyak titikberatkan kepada kerajinan dan keaktifan calun. Kalau nak sangat perhatian, cuba berikut;


Mana tahu ... tanding ketua pemuda boleh dapat jawatan naib presiden. Tanding timbalan presiden tapi dapat jawatan president ... kikiki....

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Remaja ‘100 tahun’ meninggal dunia?

Posted: 07 Apr 2015 05:23 AM PDT


UNITED KINGDOM – Remaja yang menghidap progeria, Hayley Okines meninggal dunia Khamis lalu pada usia 17 tahun.

Berita itu disahkan ibu Hayley sendiri iaitu Kerry Okines menerusi status muat naik di Facebook.

"Anak kesayangan saya kini berada di tempat yang lebih baik. Dia menghembuskan nafas terakhir di dakapan saya pada pukul 9.39 malam," ujarnya.

Yayasan Penyelidikan Progeria turut memuat naik status menyatakan berita yang sama beberapa jam kemudian.

Memetik laporan BBC, Hayley baru sahaja pulang ke rumah dari hospital sehari sebelum itu kerana menghidap radang paru-paru (pneumonia).

Bapa kepada Hayley menyatakan bahawa 'kepulangan' Hayley ke rumah itu mungkin untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya.

Progeria adalah satu gangguan genetik yang sangat jarang berlaku. Ia terjadi kepada 125 kanak-kanak di seluruh dunia. Menurut USA Today, progeria menyebabkan Hayley meningkat usia lapan kali lebih cepat daripada biasa.


NIH melaporkan antara simptom mereka yang mengalami progeria adalah keguguran rambut, ketidakupayaan menaikkan berat badan, dan mempunyai ciri-ciri yang menyerupai orang yang tua, yakni penuaan di wajah.

Hayley sebelum ini digelar 'remaja 100 tahun' oleh para media di United Kingdom. Gadis istimewa itu sebelum ini diramal tidak akan hidup melepasi usia 13 tahun.

Sepanjang hidupnya, Hayley aktif membantu dalam mewujudkan kesedaran terhadap penyakit yang dihadapinya.

Selain dijadikan ujian untuk beberapa jenis ubatan di Amerika Syarikat, Hayley turut menulis memoir semasa berusia 14 tahun malah terus membuat penampilan untuk memberi inspirasi kepada orang lain.

"Jauh di sudut hati, saya tidak berbeza daripada sesiapa. Kita semua manusia," ujar Hayley dalam bukunya, Old Before My Time.

Kredit gambar : dailymail, pixgood

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:48 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Kerusi UMNO Makin Bertambah Pada Zaman Dato Sri @NajibRazak

Posted: 06 Apr 2015 09:16 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:34 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PRK Permatang Pauh pada 7 Mei; penamaan calon 25 April; pengundian awal 3 Mei

Posted: 07 Apr 2015 09:23 PM PDT


Hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh (P.44) ditetapkan pada 7 Mei ini sementara hari penamaan calon pula pada 25 April ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Abdul Aziz selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan di Putrajaya pada Rabu.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh diisytihar kosong apabila penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen pada 16 Mac selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon melalui keluarganya pada 24 Februari.
Anwar, yang juga ketua pembangkang, kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

SAMM beri polis 10 hari untuk ambil tindakan terhadap Tun M

Posted: 07 Apr 2015 09:13 PM PDT

SAMM beri polis 10 hari untuk ambil tindakan terhadap Tun MKUALA LUMPUR: Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang dan Selangor, hari ini membuat laporan polis terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed atas dakwaan menghasut.

Penyelaras SAMM Pahang, Amirul Syazwan Narzaruddin dan Penyelaras SAMM Selangor, Megat Khairul Anuar dalam satu kenyataan bersama berkata laporan polis itu adalah berkaitan kenyataan Tun Mahathir mengenai kes pembunuhan model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada satu catatan blognya.

"Kenyataan Mahathir ini tanpa berselindung merupakan hasutan kepada orang ramai untuk membenci Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Bukan sedikit pemimpin pembangkang yang pernah disiasat, ditangkap malah didakwa dengan perbagai tuduhan kerana mengeluarkan hasutan hampir sama.

"Soalnya sekarang kenapa Mahathir tidak terusik, bebas mengeluarkan kenyataan menghasut rakyat membenci Perdana Menteri?" tanya mereka di dalam laporan polis tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas hakim harap suara sederhana berkembang

Posted: 07 Apr 2015 09:09 PM PDT

Suara-suara kesederhanaan harus diketengahkan untuk mencapai keamaman, kebahagiaan dan kemakmuran ekonomi kepada semua rakyat, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Ariff Md Yusof.

Ariff berkata suara-suara ekstremisme, sama ada dalam bidang politik, agama, kaum atau kedaerahan, tidak harus dibenarkan bersebar.

Sebagai sebuah negara demokratik, katanya, Malaysia hanya boleh berdaya mahu jika tolak ansur dan kebebasan diterapkan.

Bekas hakim itu bagaimanapun berkata kebebasan tidak mutlak.

"Bagaimanapun, hakikat ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menafikan hak kebebasan yang paling asas, jika kita masih percaya padanya dan mahu hidup dalam sebuah sistem demokrasi," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Kematian dalam tahanan: Hanya 4 orang salah

Posted: 07 Apr 2015 09:06 PM PDT

Polis hanya bertindak terhadap empat anggotanya yang dikaitkan dengan kes kematian dalam tahanan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata berdasarkan rekod polis, empat orang anggota polis dikenakan tindakan disiplin kerana gagal bertindak segera sehingga menyebabkan kematian dalam tahanan.

Kelemahan melampau dalam pengagihan BR1M

Posted: 07 Apr 2015 09:01 PM PDT

oleh V Shuman

Tahun yang berbeza, laporan yang berbeza. Namun ceritanya sama sahaja. Edisi pertama Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2014 dikeluarkan hari ini dan mendedahkan hal-hal yang memeranjatkan, namun tidak mengejutkan. Antaranya berhubung beribu orang yang menuntut Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) lebih daripada sekali, sejak 2012.

Sebilangan besar juga didapati menuntut bantuan itu sebanyak empat kali bagi setiap tahun, berikutan sistem "hebat" yang digunakan untuk mengkoordinasikan pembayaran tersebut. Tuntuan berulang itu menyebabkan kerajaan persekutuan menanggung kos RM3 juta antara tahun 2012 hingga 2014. Menurut laporan itu, kekeliruan timbul apabila pembayaran dibuat kepada pemohon tanpa memeriksa pangkalan data atas talian.

"Daripada temuduga dengan pegawai koordinasi yang mengendalikan BR1M secara langsung, didapati ketika majlis penyerahan baucer BR1M, bank turut membuka kaunter mereka. Bank hanya membawa senarai pemohon yang lulus, wang tunai dan cop pengesahan.

"Bayaran dibuat kepada pemohon tanpa memeriksa pangkalan data atas talian, ini memberi ruang kepada sebahagian pemohon untuk menuntut lebih daripada sekali," kata laporan itu seperti dipetik The Malay Mail Online.

Lebih teruk, pemohon berulang ini belum memulangkan tuntuan mereka – sejumlah 1,555 pada 2012; 1,850 (2013) dan 1,401 bagi fasa 1 2014. Laporan itu menyatakan pada 2012, 41 pemohon menuntut pembayaran sebanyak tiga kali. Pada 2013 pula, 43 pemohon menuntut tiga kali dan 11 pemohon menuntut empat kali. Tahun lalu, 28 pemohon menuntut tiga kali sementara sembila menuntut empat kali.

Agak melucukan apabila kebanyakannya berlaku di sebuah bank – Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dimiliki kerajaan, berbanding tiga lagi bank, iaitu Maybank, CIMB dan Public Bank. Dalam jawapan terhadap laporan itu, Kementerian Kewangan menyalahkan kekurangan sumber manusia ke atas kurangnya kemaskini dalam pangkalan data.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan continues to demand Sedition Act abolition

Posted: 07 Apr 2015 08:51 PM PDT

Umno, BN nak ikut pengganas? Dewan tegang...

Posted: 07 Apr 2015 08:50 PM PDT

Dr M: Jangan tinggal lebih lama daripada sepatutnya

Posted: 07 Apr 2015 08:49 PM PDT


RUU POTA: SAMM kecewa Ahli Parlimen PR ponteng sidang Dewan Rakyat

Posted: 07 Apr 2015 08:19 PM PDT

RUU POTA: SAMM kecewa Ahli Parlimen PR ponteng sidang Dewan RakyatKUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang diluluskan pada Selasa dilihat berpunca daripada kegagalan kehadiran ramai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) semasa proses pengundian itu sendiri.

Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Roslee Mohd Shariff berkata, kerana itu, Ahli Parlimen PR tidak harus kecewa dengan RUU itu selain perlu memberi penjelasan kepada rakyat punca ketidakhadiran pada hari pengundian itu.

"Hanya terdapat 64 orang pada pengundian Bacaan Kali Kedua dan terus menyusut kepada 60 orang pada pengundian Bacaan Kali Ketiga.

"Ini bukanlah kali pertama Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hilang dari Dewan Rakyat. Penggal lepas pun terdapat beberapa kali Ahli-Ahli Parlimen PR ponteng semasa Rang Undang-Undang yang penting hendak diluluskan termasuklah Rang Undang-Undang Pembangunan Kampung Baru dahulu," katanya.

Jelas Roslee, apa juga alasan diberi dilihat cuba untuk menafikan kelemahan dan kesilapan sendiri.

"Jika alasan jadual aturan mesyuarat ditentukan BN, apakah sebagai seorang Ahli Parlimen, kamu tidak boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan?
Read More / Baca Lagi >>

Raja dan isu hudud: Kuasa tanpa autoriti?

Posted: 07 Apr 2015 07:58 PM PDT

oleh Aziz Bari
Laporan polis yang dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Syed Danial Syed Ahmad pada 25 Mac lalu telah menyebabkan editor-editor sebuah laman berita atas talian berhadapan masalah.
Laman itu sebelumnya melaporkan yang Majlis Raja-raja tidak menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan. Dalam laporan polis itu, Syed Danial menyatakan Majlis Raja-raja langsung tidak membincangkan isu itu dalam mesyuaratnya baru-baru ini. Seperti yang dijangka, polis mengambil tindakan segera; menyerbu pejabat laman berita itu dan kemudian menahan tiga editor kanannya.
Walaupun Umno belum menyatakan pendirian rasminya dalam isu itu, persepsi yang berlegar adalah positif, jika melihat cara pemimpin mereka melihat perkara itu setakat ini.
Ini tidaklah mengejutkan, kerana parti itu memang mencuba menarik PAS agar berada di pihak mereka. Selain itu, isu hudud juga berpotensi menghancurkan Pakatan.
Namun begitu, Syed Danial yang juga setiausaha Majlis Raja-raja telah menyatakan raja-raja tidak membincangkan isu itu, kita dapat membuat beberapa pemerhatian. Ini tentulah beradasarkan perlembagaan, bukan spekulasi semata-mata kerana ia akan menyebabkan kita bermasalah dengan pihak berkuasa.
Menurut Perlembagaan, Majlis Raja-raja adalah pihak tertinggi dalam soal Islam. Ini kerana tidak ada ketua agama Islam bagi seluruh persekutuan. Yang di-Pertuan Agong hanya menjadi ketua agama di negerinya sendiri serta empat negeri yang tidak beraja; Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Perlembagaan juga menyatakan bahawa Agong memerlukan kebenaran raja-raja untuk mewakili mereka di peringkat persekutuan. Maka, tidak perlu dinyatakan lagi bahawa Majlis raja-raja adalah yang paling berkuasa.
Read More / Baca Lagi >>

Pota: Jaminan menteri tidak boleh dipakai

Posted: 07 Apr 2015 07:54 PM PDT



KUALA LUMPUR: Sesuatu akta yang dibentangkan di Parlimen perlu dilihat secara hitam putih kuasa mereka yang tercatat di dalam akta tersebut, demikian tegas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Katanya, kuasa inilah sama ada kuasa menteri, hakim, pengarah penjara atau polis yang akan menentukan sesuatu akta termasuk Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota).

Beliau berkata, jaminan menteri, tidak boleh dipakai dalam sesuatu akta, misalnya kerajaan memperkenalkan ISA  pada tahun 1961 untuk digunakan kepada komunis akhirnya ia disalahgunakan.

"PAS menyokong akta ISA itu dalam parlimen kerana Menteri berjanji dalam parlimen, bahawa akta itu hanya akan digunakan kepada komunis yang mengangkat senjata, tidak akan disalahgunakan.

"Jaminan itu, diberikan sendiri oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Tetapi, apabila akta itu diluluskan, hitam putih tidak menyebut komunis atau pasukan bersenjata.

Jelasnya, hanya kuasa menteri sahaja boleh digunakan untuk mentafsirkan siapa yang membahayakan keselamatan negara.

"Dan akta itu, disalahgunakan ditangkap siapa saja termasuk pemimpin politik, pemimpin kesatuan sekerja dan para pelajar.

"Penunjuk perasaan menuntut kenaikan harga padi di Kedah, penunjuk perasaan kenaikan harga getah di Baling dan berbagai-bagai lagi disalahgunakan akta itu, sewenang-wenangnya," katanya kepada Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

Pota menjelma, GST dilupakan?

Posted: 07 Apr 2015 07:47 PM PDT

Sistem percukaian yang diperkenalkan sistem ekonomi Barat menyebabkan kita hilang rasa kebergantungan kepada Allah secara beransur-ansur. Contohnya, beberapa hari lepas kita dilanda dengan satu wabak yang bernama GST, satu cukai yang melatari semua peringkat, baik di mana kita berada dan siapa pun kita, kita tidak terlepas untuk mengelaknya.
Apabila kita dibebankan dengan satu lagi sistem percukaian yang baru, walaupun sudah diumumkan perdana menteri dalam pembentangan Belanjawan RMK11 ia akan dilaksanakan pada 1 April, tempoh yang agak lama untuk mempersiapkan pelaksanaan cukai ini menunjukkan titik lompang dan kosong sewaktu pelaksanaan cukai ini kemudiannya.
Belanjawan RMK11 dibentangkan pada hujung 2014, dan cukai ini dilaksanakan pada 1 April 2015, maksudnya sudah 4 atau 5 bulan sebelum ia dilaksanakan. Dalam ucapannya, perdana menteri berkata sebelum ia dilaksanakan, pelbagai fasiliti dan persediaan untuk menjalankan cukai ini akan diperhalusi dan dipersiapkan, tetapi sayangnya sewaktu 1 April berlaku keadaan kacau-bilau dan tunggang-langgang melanda rakyat kerana seolah-olah peniaga tidak peka dan tidak tahu manakah barangan yang perlu dikenakan GST, dan manakah barangan yang tidak perlu dikenakan GST.
Syarikat telekomunikasi juga tidak terlepas mengalami keserabutan kerana pada peringkat permulaan, mereka mengenakan caj GST terhadap sistem khidmat perhubungan, kemudian ia dibantah Datuk Ahmad Maslan tetapi kemudiannya GST dikenakan semula syarikat telekomunikasi. Saya tidak tahu bagaimana Ahmad dan syarikat telekomunikasi berbincang sehingga mendapat kata persetujuan sebegitu.
Read More / Baca Lagi >>

Salleh’s take on Rosmah and what irks Dr M

Posted: 07 Apr 2015 07:39 PM PDT

The Sabah Speaker alleges that the Crooked Bridge and the double-tracking railway are what concern Mahathir most.
mahtir kutuj
PETALING JAYA: Sabah Speaker Salleh Said Keruak has accused Dr Mahathir Mohamad and the opposition of unfairly attacking Rosmah Mansor to get at her husband, Prime Minister Najib Abdul Razak.
In his latest blog posting, Salleh attempts to draw parallels between the current effort to force Najib's resignation and the tactics used in 2006 against Najib's predecessor, Abdullah Ahmad Badawi.
He recalls that in Abdullah's case, there were allegations that he allowed the country to be run by the so-called "4K Government", the "K" referring to Kak Endon (Abdullah's wife), Khairy Jamaluddin (his son-in-law), Kalimullah Hassan (a journalism veteran said to be his spin doctor) and Kamal (his son).
He says Mahathir "went all over the country" to campaign against Abdullah by "discrediting the 4K team".
"Najib's family and friends are now the targets of character assassination," he adds.
In his defence of Rosmah against accusations that she has pretensions as to her own importance, Salleh says: "The Prime Minister's wife is supposed to play a role in government. And this has been the practice since the time of Dr Mahathir when the Prime Minister's wife began to be called 'The First Lady'.
"That term was actually coined during Dr Mahathir's tenure as Prime Minister. So this is not a trend started by the current Prime Minister.
"In the US, the First Lady is given an office and her own staff, including a security team. In Malaysia, of course, the role of First Lady is more informal and not institutionalised as in the US."
Salleh also makes the startling allegation that Mahathir's real grouse against Najib is not the latter's alleged mismanagement of public funds, or his poor leadership or his suspected involvement in murder, but his failure to follow through with the former prime minister's pet projects – the so-called "Crooked Bridge" and the double-tracking railway to Singapore.
Read More / Baca Lagi >>

When no one is right

Posted: 07 Apr 2015 07:38 PM PDT

Mahathir lost money too, and it doesn't matter that we know where it went.

najib_mahathir_ringgit_600
It looks like Dr Mahathir Mohamad has no intention of letting Prime Minister Najib Razak escape his scrutiny. Despite the two having had a "hot and cold" meeting, it appears that Najib has not managed to convince Mahathir that he is the person most qualified to lead our nation.
This is evident in a recent blog posting by the elder statesman, in which he established that the questions he originally asked were still valid. And to be fair, they are valid questions that have been raised by the opposition and other concerned members of society.
Now, we could speculate further about Mahathir's blog post and Najib's shortcomings, but one point made by Mahathir warrants discussion.
If one digs back far enough into Malaysia's history, one finds Mahathir at the losing end when it comes to handling the country's finances, like his ill-advised attempt to play with the Forex market. Mahathir mentions this in his blog, but he excuses himself by saying that we know where the money went, which is better than trying to look into the bottomless black hole that the Najib administration has consigned our money to.
Mahathir's assertion that his shortcomings are more acceptable because we know where the money went is a specious argument at best. It does not excuse him from the responsibilities of a leader, specifically the responsibility of being accountable to the people for the money spent by the government, which must be stressed is not the money of the ruling party, not the personal funds of politicians, but money belonging to the public.
Read More / Baca Lagi >>

‘Awak kat mana’, soalan kepada ahli Parlimen Pakatan ketika Pota - Dr Azmi

Posted: 07 Apr 2015 07:26 PM PDT

Pensyarah Universiti Malaya Dr Azmi Sharom semalam mempersendakan Pakatan Rakyat (PR) dengan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana membenarkan undang-undang kontroversi Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) diluluskan di Parlimen awal pagi semalam.

Azmi, yang didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 tahun lepas, sebenarnya marah terhadap pakatan pembangkang itu, yang tewas dengan hanya 19 undi pada persidangan Dewan Rakyat di mana mereka menentang undang-undang baharu itu, yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

 "Mari kita berikan tepukan yang gemuruh untuk ahli Parlimen PR yang Tuhan saja tahu di mana mereka, ketika mereka sepatutnya mengundi menentang Pota. Terima kasih banyak.


"Anda di mana? Anda sepatutnya boleh menewaskan undang-undang itu sebab anda pun tahu di mana biasanya rakan BN anda pada jam 2 pagi. Anda sepatutnya berada di sana untuk menewaskan undang-undang itu.

 "Saya marah sangat, menyebabkan saya sekarang menjadi sangat tidak sederhana," katanya, mengundang ketawa daripada kira-kira 150 hadirin pada forum yang membincangkan mengenai kesederhanaan bertajuk "What is a Moderate Malaysia for Malaysians?" di Kuala Lumpur, malam tadi. Rang undang-undang Pota diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada kira-kira jam 2.25 pagi Selasa, selepas dibahaskan hampir 14 jam.

Read More / Baca Lagi >>

Ini Dia Wajah Aidana Baizieva Seperti Tersiar Di Akhbar Kyrgyzstan

Posted: 07 Apr 2015 07:14 PM PDT

Nahas Helikopter: Hasrat Aidana Tak Kesampaian

Selepas hari keempat tragedi nahas helikopter pada Sabtu lalu yang mengorbankan enam orang termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, mayat mangsa keenam sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarga di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur.

Mangsa yang merupakan seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva dikatakan kenalan kepada juruterbang Clifford William Fournier, yang turut maut dalam kejadian itu.

Aidana dikatakan berminat untuk menjadi seorang juruterbang namun hasratnya tidak kesampaian apabila terkorban dalam nahas di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Sabtu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu adalah Aidana, seperti dalam daftar penerbangan helikopter itu yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan, tetapi ujian DNA perlu dijalankan sebelum dapat disahkan.

Katanya, hasil ujian yang dibuat ke atas mangsa wanita dalam kejadian itu, ia merupakan mayat wanita berusia 25 tahun.

"Polis berpuas hati dengan keputusan siasatan yang dijalankan. Bagaimanapun identiti sebenar mangsa masih belum dikenal pasti dan memerlukan masa," katanya dalam sidang media berhampiran lokasi nahas pada Selasa. Abdul Samah berkata, polis telah pergi ke rumah Aidana iaitu sebuah pangsapuri di Pantai Dalam, Kuala Lumpur untuk mengambil beberapa barang, dokumen dan spesimen milik mangsa untuk ujian DNA bagi mengesahkan identiti mangsa keenam nahas helikopter itu. "Polis menemui bukti tiket penerbangan mangsa (Aidana) ke Langkawi pada 21 Mac lalu semasa LIMA (Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi) sedang berlangsung tertera namanya dan juruterbang terbabit (Fournier). Juruterbang itu mempunyai akses masuk ke kediaman wanita itu," katanya. Abdul Samah berkata, siasatan polis mendapati Aidana merupakan pelajar jurusan diploma pelancongan di tiga buah kolej iaitu Sunway University, Lim Kok Weng Universiti dan Segi College. "Dia belajar di tiga kolej itu pada tahun 2010 hingga 2014 dan mendapat diploma dari Segi College pada 10 Oktober lalu," katanya.

Berikutan itu, polis mengambil keterangan daripada rakan-rakan wanita itu.

"Wanita itu amat berminat untuk menjadi seorang juruterbang, selain itu, ada saksi yang pernah melihat mereka (Aidana dan Fournier) terbang menaiki helikopter bersama beberapa kali sebelum insiden," katanya yang meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai wanita itu.

Aidana (kanan) bersama juruterbang Clifford William Fournier, yang turut maut dalam nahas helikoter, Sabtu lalu.

Sekiranya identiti mangsa tidak dikenal pasti lagi, polis akan mengambil langkah terakhir iaitu menghubungi ayah Aidana yang berumur 75 tahun di Kyrgyzstan untuk membuat ujian DNA dan mengenal pasti mangsa.
Read More / Baca Lagi >>

Penoreh terbeban angkara GST

Posted: 07 Apr 2015 06:44 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April lalu terus mendapat kritikan dan sindiran pelbagai pihak, termasuk daripada Pengerusi Lajnah Kemasyarakatan dan Kebajikan Pas Terengganu, Dr Azman Ibrahim yang menggelar GST sebagai Getah Susu Takdok (tiada).

GST digelar sedemikian rupa kerana dianggap seiring dengan situasi yang berlaku sekarang khususnya melibatkan golongan penoreh getah.

Azman berkata, rakyat terutama penoreh getah bukan sahaja terbeban dengan kenaikan harga barangan, malah terpaksa berhadapan dengan keadaan susu getah yang semakin berkurang akibat musim luruh.

"Daun getah yang banyak luruh tak boleh guna untuk buat beli beras, beli gula dan belanja anak sekolah.

"Maklumat daripada kawan yang kerja beli 'pok' getah (getah sekerap), musim daun luruh seperti sekarang, 'pok' getah akan jadi lebih ringan daripada biasa. Sudahlah harganya sekitar RM2 sahaja sekilo.

"Kalau kerja NGO (noreh getah orang) lagi parah. RM2 kena bahagi dua pula dengan tuan punya kebun. Dapatlah RM1 seorang," katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Azman turut membayangkan kesukaran penoreh getah tanpa punca pendapatan utama dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.

Read More / Baca Lagi >>

Penerbangan terakhir dengan Jamaluddin Jarjis - Wan Kadri

Posted: 07 Apr 2015 06:40 PM PDT


ADUN Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahussin tidak menjangka persahabatan antara beliau dan allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis berakhir di pintu helikopter.

"Saya bersama dengannya 23 tahun, saya kenal dia sudah lama, kami sangat rapat, sahabat saya.

"Kali terakhir saya bersama Tan Sri Jamaluddin Jarjis, saya pegang lutut beliau dan salam dengannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Penerbangan dengan pesawat AS3655-N2 Dauphin itu merupakan perjalanannya yang terakhir dengan Jamaluddin (kiri), kata ADUN BN itu dengan nada sayu.

Sehari sebelumnya, beliau dengan Jamaluddin menaiki helikopter itu bersama dengan lima orang lagi dari Kuantan.

Mereka adalah pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran, usahawan Datuk Tan Huat Seang, juruterbang Kapten Clifford William Fournier dan seorang kenalan juruterbang itu, yang dinamakan sebagai Aidana Baizieva,

Katanya, penumpang wanita dan juga juruterbang pesawat itu sudahpun berada dalam helikopter tersebut lebih awal, pada hari Jumaat.

Ketika ditanya, Wan Kadri berkata beliau tidak mengenali wanita berkenaan dan hanya sempat menyapa semasa menaiki pesawat.

Beliau dan yang lainnya seterusnya melakukan penerbangan ke bandar Rompin, bandar Muadzam Shah dan berpatah balik ke Kuantan.

Pada hari Sabtu, Wan Kadri berkata, beliau pada mulanya berkereta dengan Jamaluddin dari Kuantan ke Pekan untuk menyertai satu program bersama bekas menteri itu.

Mereka berdua seterusnya menghadiri majlis perkahwinan anak perdana menteri di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di bandar diraja itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pinda Akta Hasutan, Putrajaya tidak hormat kehakiman, kata Ambiga

Posted: 07 Apr 2015 06:31 PM PDT


Rakyat perlu faham betapa sedikitnya rasa hormat Putrajaya terhadap badan kehakiman negara ini, kata Datuk Ambiga Sreenevasan selepas kerajaan semalam membentangkan pindaan kepada Akta Hasutan 1948, juga akan termasuk menolak ikat jamin kepada mereka yang didakwa mengikut undang-undang zaman penjajah itu.

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata Putrajaya nampaknya tidak peduli yang keperlembagaan akta itu sedang dicabar di mahkamah oleh ahli akademik Dr Azmi Sharom dan oleh itu, sebarang pindaan terhadapnya "sangat mengejutkan".

Azmi didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) akta itu berhubung komennya dalam satu artikel berita bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told". Pensyarah u

ndang-undang itu kemudiannya memfailkan permohonan, mengatakan Seksyen 4 itu tidak mengikut Perlembagaan dan melanggar Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara. Kes itu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

"Akta Hasutan itu dicabar Azmi yang berhujah mengatakan ia tidak berperlembagaan dan oleh itu, terbatal dan tidak sah," katanya dalam satu forum bertajuk "What is a Moderate Malaysia for Malaysians?" di Kuala Lumpur, malam tadi.

"Dan apa yang kerajaan lakukan sebelum keputusan mahkamah? Mereka pinda akta itu. Mereka tidak peduli apa mahkamah persekutuan kita akan katakan mengenainya.

Bagi saya, ini sangat-sangat mengejutkan," katanya. Ambiga, yang juga penaung gerakan rakyat Negara-ku, mendakwa Putrajaya tidak membincangkan pindaan itu dengan mana-mana pihak berkepentingan, termasuk masyarakat sivil dan pihak pembangkang, sebelum membentangkan pindaan yang dianggap melampau.

Read More / Baca Lagi >>

Suhakam kemuka laporan, kesal Pota lulus tanpa rundingan

Posted: 07 Apr 2015 06:10 PM PDT


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kesal dengan keputusan Dewan Rakyat meluluskan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) walaupun terdapat keraguan di dalam beberapa peruntukannya. Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata, Pota dirumuskan tanpa berunding dengan Suhakam, oleh itu ia akan mengemukakan pandangannya dalam satu laporan bagi menyeru kerajaan komited dalam mendukung tanggungjawab hak asasi manusia antarabangsanya.

 Beliau berkata, Suhakam diberikan mandat, antara lain, menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan, arahan dan tatacara pentadbiran serta mengesyorkan langkah yang perlu diambil berkaitan hak asasi manusia.

 "Suhakam percaya terdapat banyak peruntukan dalam Pota yang bercanggah dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa, walaupun Malaysia memegang jawatan berprestij di peringkat serantau dan antarabangsa.

Read More / Baca Lagi >>

Tidak hadir debat POTA, pemimpin PAS tidak Islamik?

Posted: 07 Apr 2015 06:07 PM PDT

oleh Hazlan Zakaria

"Amar makruf, nahi mungkar," dianggap sebagai salah satu ajaran teras dalam Islam. Jika diterjemahkan dalam bahasa Malaysia, ia bermaksud mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dengan tidak hadir ketika Rang Undang-undang (RUU) Pencegahan Keganasan (POTA) dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga di Parlimen semalam (6 April), tokoh penting PAS boleh dikatakan tidak menunaikan tanggungjawab terhadap agama ini.

Lebih-lebih lagi kepada mereka yang bersungguh-sungguh mempromosikan kanun jenayah syariah, atau hudud, dan mengatakan ia adalah asas bagi Islam, tetapi tidak menjalankan tugas mereka menentang peruntukan kejam dan zalim yang terkandung dalam POTA.

Seperti yang dinyatakan dalam laporan Semut Harian yang lain, pemimpin berpengaruh PAS tiada ketika Dewan Rakyat membahaskan RUU itu, terutama daripada golongan ulama' seperti presiden Abdul Hadi Awang dan timbalan ketua Dewan Pemuda Nik Abduh Nik Aziz. Kira-kira 10 daripada 20 Ahli Parlimen PAS yang tiada di tempat duduk mereka, ketika RUU yang dikritik hebat itu dibahaskan dan kemudiannya diundi untuk diluluskan menjadi undang-undang.

Sumber parti menyatakan pelbagai sebab ketiadaan mereka, namun ia masih menimbulkan rasa tidak puas hati apabila separuh daripada mereka tiada di Dewan Rakyat. Seperti yang disebut dalam banyak ayat Quran dan hadith, sebahagian daripada menyebarkan dan menegakkan syiar Islam dan kemuliaan Islam adalah untuk melaksanakan tanggungjawab "Amar makruf, nahi mungkar.

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)," surah A-li'Imraan, ayat 110. Ia adalah salah satu daripada banyak ayat yang menyeru umat Islam agar konsisten melaksanakannya.

Memang, mungkin ada yang berhujah bahawa mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah fardhu kifayah atau kewajipan di peringkat masyarakat, bukannya fardhu ain iaitu kewajipan setiap individu. Namun sebagai yang mendakwa diri mereka sebagai wakil syiar Islam, PAS sepatutnya menjadi pihak yang diharap memenuhi fardhu kifayah ini bagi masyarakat seluruhnya.

Read More / Baca Lagi >>

Rasuah, kesangsian awam selubungi pasukan polis, kata Low

Posted: 07 Apr 2015 06:04 PM PDT


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkongsi wawasan beliau untuk Malaysia yang lebih baik, sempena 2 tahun beliau memegang jawatan itu pada Mei ini, dalam satu temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider.

Dalam bahagian kedua laporan ini, Low bercakap mengenai keadaan "kritikal" percanggahan di antara rakyat Malaysia dan polis, serta dakwaan rasuah dalam pasukan polis yang wujud sekian lama.

 Memperkukuh dan membersihkan imej pasukan polis kekal sebagai salah satu keutamaan Low sejak menduduki kerusi sebagai menteri yang bertanggungjawab menggalakkan tadbir urus yang baik dan integriti.

Beliau juga menjaga urusan ketelusan dan hak asasi manusia, tetapi percanggahan yang semakin meningkat antara polis dan orang awam menghalang misi itu.

Read More / Baca Lagi >>

Mahathir : Ada kah kita nak jual negara kita dengan harga RM200 ringgit?

Posted: 07 Apr 2015 05:17 PM PDT

Dalil Najib takkan berganjak

Posted: 07 Apr 2015 05:12 PM PDT

"Datuk Seri Najib Razak akan letak jawatan Jun ini."
Mungkin anda juga ada dengar khabar angin itu. 
Dan oleh sebab "serangan" Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib yang jelas semakin hari semakin berbisa, ramai yang bertanya adakah ramalan dan spekulasi akan jadi kenyataan? Khabar angin jadi realiti?

Rasanya tidak jika dalil ini diambil kira. Melepaskan jawatan "dengan rela" akan dilihat umum sebagai Najib mengakui beliau benar-benar "lemah, pincang, silap" dan melakukan pelbagai "kebobrokan" seperti yang didedahkan Dr Mahathir. Tidak mungkin Najib mahu "mengaku bersalah". Tidak kiralah sama ada apa yang Dr Mahathir cakap itu benar atau sebaliknya. Lantas beliau tidak akan berganjak. Kekal presiden Umno sekali gus perdana menteri.
Sumber Umno bersetuju Najib akan "stay put". Dan sumber berkenaan mengetengahkan dalil tersendiri.
"Semua ketua bahagian dah sokong presiden," katanya. Bermakna ini termasuk golongan yang tidak hadir pada perjumpaan bertemu presiden yang diatur ibu pejabat parti tidak berapa lama dulu. Ketidakhadiran mereka ketika itu dilihat sebagai tindakan tidak menyokong presiden.
Berdasarkan apa yang dikata sumber Umno itu tadi, keadaan sudah berubah. A classic example of 'sekali air bah sekali pantai berubah'. Apa pun, Tan Sri Shahrir Samad, pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional kini mahu wakil rakyat BN menyatakan sokongan terbuka terhadap Najib.
"Kami bukan menyokong secara membuta tuli. Sebaliknya berpuas hati dengan perubahan yang dilakukan Najib, " katanya seperti yang dipetik media. Shahrir bagaimanapun tidak menghuraikan apa 'perubahan' yang dimaksudkan.
Laman web Umno MyKMU.net pula, sudah pun 'menyerang' Dr Mahathir.
Bekas orang nombor satu NSTP, Datuk Kadir Jasin (a well known Najib critic) mengakui sinis, Najib 'is a tougher nut to crack' berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana 'Pak Lah tidak punya isteri yang bercita-cita tinggi'. Umum tentu faham maksud kata-kata itu.
Read More / Baca Lagi >>

Yarmouk Palestinians crushed between ISIL and Assad

Posted: 07 Apr 2015 04:58 PM PDT