Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


'Serangan Tun M terhadap Najib ada agenda' - Salleh Said Keruak?

Posted: 06 Apr 2015 09:08 AM PDT


1. Akhir - akhir ini, Tun Dr Mahathir Mohamad makin sinis. Saya baca tulisan terbarunya dalam blog. Sekali lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jadi sasaran kritiknya.

2. Dari pengamatan saya, komen-komen Tun M ini menjurus untuk memberi tekanan kepada Najib. Beliau berulang-ulang bercerita mengenai isu negatif. Inilah cara dan strateginya. Niatnya agar masyarakat mempercayainya. Yang terbaru beliau cerita mengenai isu bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar. Kenapa hal itu dibangkitkan lagi sekarang?

3. Dalam kebanyakan tulisan-tulisan Tun M sebelum ini pun, beliau menyasarkan kepada Najib. Beliau seolah-olah cuba memberi andaian dan persepsi negatif umum terhadap Najib. Sebab itulah, saya katakan bahawa niat Tun M di sebalik tulisannya itu boleh dipersoalkan!

4. Tun M berulang kali dan kerap melemparkan tuduhan terhadap Najib agar masyarakat percaya yang Najib itu sangat teruk. Ini propagandanya semata-mata. Malah, kritikannya hanya menimbulkan masalah tambahan kepada parti dan tidak membantu menyelesaikan masalah parti.‎

5. Bagi saya, kritikan-kritikan serta serangan Tun M dan kumpulannya yang semakin kuat terhadap Najib akhir-akhir ini ada agenda politik yang besar. Sebab itu, mereka memberi tekanan berterusan kepada Najib dengan membangkitkan pelbagai isu menerusi pelbagai kaedah dan platform.

6. Apapun, saya pasti Najib tidak bersendirian dalam mendepani cabaran ini. Beliau mempunyai cara tersendiri mengurus dan mentadbir negara. Zaman kini berbeza berbanding era Tun M dahulu.

7. Najib memahami keadaan persekitaran dan pasti mengambil kira semua pandangan, termasuk pandangan Tun M dalam membuat sesuatu keputusan. Keputusan Najib sebagai Perdana Menteri sesuai dengan tuntutan semasa.

8. Najib adalah ahli politik yang sudah teruji. Beliau menghadapi suasana politik yang berbeza dan pemikiran pengundi tidak sama seperti dahulu. Dalam keadaan sedemikian, pemimpin yang bergelar negarawan sepatutnya mencari jalan membantu parti. Tuntutan mereka untuk menukar Najib bukanlah satu penyelesaian, sebaliknya akan mencetuskan perpecahan dalam parti.


9. Saya kira bacaan politik Tun M silap dan tersasar. Ini kerana susana politik pada zamannya berbeza dengan sekarang. Hari ini saingan politik lebih sengit daripada zaman Tun M dulu. Pengundi kini mendapat maklumat dari sumber yang pelbagai.

10. Yang pasti, pengundi akan memihak kepada BN kerana mereka boleh melihat parti pembangkang kini dalam keadaan kucar-kacir dan tidak mampu mentadbir negara.

11. Oleh hal yang demikian, Tun M sepatutnya menyokong usaha-usaha mentransformasi negara yang dibawa Najib walaupun dia mempunyai pendekatan yang berbeza.

12. Jika Tun M berterusan mengkritik BN dan Najib secara terbuka, masyarakat akan melihat Tun M seolah-olah bersekongkol dengan musuh-musuh tradisi politik beliau sendiri.

13. Yang jelas, pimpinan Najib jauh mengatasi cara Tun M dahulu. Pimpinan dan pendekatan Najib yang bersifat terbuka disenangi, diminati dan jadi `favourite' orang Sabah dan Sarawak, kerana dia memahami denyutan nadi rakyat di kedua-dua negeri itu.

14. Mengambil kira semua isu ini, maka saya percaya hanya Najib yang terbaik memimpin. Secara peribadi, saya tegaskan bahawa BN akan kalah kalau bukan Najib mengetuai PRU14 akan datang.

15. Sabah dan Sarawak berasa lebih senang dengan Najib kerana beliau memahami aspirasi kami. Beliau mengiktiraf sokongan kami dengan memberi jawatan-jawatan Menteri yang penting kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak, malah memberi peruntukan besar untuk kedua-dua negeri di Borneo ini.

16. Dari persepsi politik, Najib sedar terhadap realiti 56 kerusi Parlimen dari Sabah dan Sarawak membantu bagi penubuhan kerajaan pada hari ini.

SALLEH ‎SAID KERUAK
Penulis ialah Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak adalah Speaker Dun Sabah

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


SIAPA MENANG? Regu Dr Mahathir-Ku Li atau Najib-Umnonya?

Posted: 06 Apr 2015 07:28 PM PDT




SIAPA MENANG? Regu Dr Mahathir-Ku Li atau Najib-Umnonya?
Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri Malaysia yang bersara sejak Oktober 2003, masih berbisa. Menghimbau rentetan sejarah politik negara, hanya Tun Razak saja yang tidak digugat beliau.
Benar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah menyelamatkan beliau dalam pertarungan sengit pemilihan parti pada 1987. Benar, Najib yang juga ketua Pemuda Umno ketika itu, menukar sokongan dari lawan atau pesaing Dr Mahathir sekali gus menyelamatkan beliau dengan kemenangan tipis. Pesaingnya ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Umum masih ingat, Umno berpecah akibat pertarungan bersejarah itu.
Gelagat orang politik adalah persis dikatakan Henry Kissinger; 'America has no permanent friends or enemies, only interest'. Nah, meskipun penulis kurang senang dengan 'maxim' atau kaedah politik ini, namun itulah 'hakikatnya' dalam politik; 'musuh mahupun kawan bukan untuk selama-lamanya, yang kekal adalah kepentingan'.
Dr Mahathir yang mempertingkatkan serangan di Facebooknya mutakhir ini diramal berpotensi menumbangkan Najib. Beregu dengan Ku Li, seluruh warga Umno, khas 'warlords'nya, tidak lagi boleh buat pekak kepada asakan kedua-dua tokoh veteran parti Melayu terbesar di negara ini.
Prestasi Najib dikatakan Dr Mahathir lebih teruk daripada perdana menteri sebelumnya, iaitu Tun Abdulah Ahmad Badawi (Pak Lah). Ingatan umum masih segar Dr Mahathir dan Najib menyingkir Pak Lah kerana kononnya, kepimpinannya lemah. Sekarang kalimat jelik itu 'boomerang' kepadanya.
Meskipun 160 daripada 193 ketua bahagian Umno menyokong Najib pada 8 Mac lalu (di Pusat Dagangan Dunia Putra) dan semalam ketua BNBBC juga menyatakan sedemikian terhadap Najib, umum sedar isu yang dilontar Dr Mahathir sukar untuk ditangkis atau dipertahankan.
Mungkin Umno belum mahu untuk menukar presidennya atau sebab seperti didakwa Dr Mahathir, mereka setia secara 'buta tuli' kepada pemimpin. Pun begitu, yang jelasnya kini, Najib tidak lagi boleh bertahan dengan berbisu seribu bahasa.
Pelbagai isu dibangkitkan Dr Mahathir sejak serangan terhadap Najib mula dilancarkan termasuk kemewahan dan kekayaan luar biasa anak tiri perdana menteri itu serentak mempertikaikan kekayaan keluarga Najib sendiri. Laporan dibuat majalah The New York Times (8 Februari, 2015) menggemparkan umum.
Tidak perlu mengulang siri gambar yang memperlihatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor memegang sekurang-kurangnya 9 beg tangan Birkin yang berbeza, yang biasanya berharga di antara AS$9,000 (RM32,000) sehingga AS$150,000 (RM530,000) setiap satu.
Akhbar Amerika Syarikat itu juga melaporkan ia memperoleh invois dan dokumen lain yang menunjukkan berjuta-juta dolar barang kemas termasuk cincin berlian dan zamrud, gelang zamrud dan delima yang ditempah Rosmah di Hong Kong pada 2008 dan 2009.
The New York Times itu juga mendedahkan transaksi anak tiri Najib, Riza Aziz, 38, yang membeli sebuah apartmen di Park Laurel, New York bernilai AS$33.5 juta (RM117.5 juta) dan sebuah rumah di Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya AS$17.5 juta (RM61. 5 juta) secara tunai.
Namun yang bakal mengundang bala dan musibah besar terhadap karier politik Najib ialah ulangan asakan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan pembabitan 2 anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, yang disabit kesalahan membunuh, oleh mahkamah. Sirul terkini mendakwa beliau melakukan perbuatan itu mengikut arahan.
Menghimbau ingatan, pelbagai soalan masih tidak terjawab bersabit penggunaan C4, Deepak, PI Bala dan mengapa DSP Musa Safri, orang atasan Sirul dan bekas pembantu (ADC) Najib, ketika menjadi timbalan perdana menteri, tidak dipanggil menjadi saksi pihak pendakwaan.
Dr Mahathir tegaskan rakyat mahu tahu siapa yang mengarah pembunuhan ini. Kenyataan Dr Mahathir berhubung Sirul pernah berkerja sebagai pengawal peribadinya dan tidak pernah pula membunuh sesiapa ketika itu, adalah pelik. Apa yang mahu dimaksudkan Dr Mahathir terdedah kepada pentafsiran. Tegasnya buat Dr Mahathir, amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.
Isu kedua kembali bersabit tuduhan penyelewengan urus niaga 1MDB melibatkan berbilion ringgit oleh Jho Low, rakan Najib dan Rosmah. Tuduhan ini tidak lagi boleh lagi dijawab Najib dengan mendakwa semua itu hanya pembohongan atau Deloitte menjalankan 'pengauditan forensik' terhadap 1MDB. Penulis ini tidak pula ingat tentang audit forensik itu, tetapi 160 ketua bahagian Umno percaya termasuk ketua BNBBC penjelasan Najib.
Lebih khusus, di samping perpindahan AS$700 juta (RM2.5bilion) yang jelasnya kesalahan pecah amanah (CBT) ke akaun Swiss Bank milik Low Taek Jho atau Jho Low. Banyak lagi isu yang berserabut dalam urus niaga 1MDB termasuk pembelian 1MDB oleh syarikat Tun Taib Mahmud, iaitu Utama Banking Berhad (UBG) yang penuh kontroversi. Pembelian melibatkan dana RM1.4 bilion itu menggunakan dana milik 1MDB sebanyak RM850 juta.
1MDB menjadi lambang kebobrokan tadbir urus kewangan era Najibnomics yang dulu dibanggakan. Kebetulan sebuah Harvard Business School pada 2009 bersedia membuat 'case study' tentang reformasi ekonomi yang dianjurkan Najib.
Mungkinkah Umno belum bersedia mengundurkan presiden mereka kerana takut karam bersamanya? Mampukah Najib dan ketua bahagian bersama BNBBC bertahan pukulan atau 'onslaught' regu Dr Mahathir - Ku Li kali ini? Apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Ku Li sendiri atau tokoh baru bakal menjelma? Bersediakah rakyat menerima atau ada formula lain sedang dirundingkan beberapa pihak?
Sama-sama kita saksikan pergolakan episod seterusnya. – TMI

Identiti Mangsa Keenam Nahas Helikopter Masih Misteri

Posted: 06 Apr 2015 05:43 AM PDT


Gambar : AntaraposGambar : AntaraposKUALA LUMPUR: Misteri menyelubungi mangsa keenam nahas helikopter Sabtu lalu apabila identitinya masih belum dikenal pasti seperti yang didakwa oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Seorang jurucakap hospital memberitahu pemberita bahawa tidak dipastikan bahawa mayat berkenaan merupakan Aidana Baizieva seperti yang dilaporkan media.

"Kami juga tidak pasti jantina mangsa.

"Satu perkara yang kami dapat sahkan bahawa sekumpulan pelawat dari Kedutaan Kyrgyzstan tiba di bilik mayat pagi ini," katanya.

Jurucakap itu turut mendedahkan bahawa Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sedang mempersiapkan kertas kerja yang diperlukan sebelum menuntut mayat juruterbang, Kapten Clifford Fournier.


"Ia merupakan kes polis dan siasatan sedang berjalan maka kita tidak boleh mendedahkannya lagi," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahussin yang nyaris terlibat dalam nahas helikopter Sabtu lalu apabila beliau turun di Muadzam Shah di Rompin, kira-kira kurang sejam sebelum insiden berlaku berkata, beliau tidak mengetahui siapakah wanita yang duduk di sebelah juruterbang.

"Saya tidak pernah berjumpa dengannya sebelum ini dan saya tidak bertanyakan siapa dia.

"Syarikat helikopter sepatutnya lebih tahu kerana juruterbang akan memaklumkan mengenai setiap pergerakan kepada menara kawalan atau syarikat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat Polis berkata pihaknya masih menyiasat identiti pembantu juruterbang, Aidana Baizieva.

Menurut Abdul Samah, seorang wanita tampil menuntut mayat mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi tadi dan polis mengenal pasti wanita tersebut adalah adik beradik tirinya.

Menurutnya, siasatan mendapati wanita tersebut adalah kakak tiri mangsa dan sukar mengenal pasti identiti pembantu juruterbang yang dipercayai berasal dari Kyrgyzstan.

"Adik beradik tiri ini tidak cukup kuat untuk mengambil spesimen bagi ujian DNA dan perlukan waris yang lebih rapat.

"Kami sedang usaha dan laporan daripada pihak hospital," katanya.

Saudara tiri Baizieva tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

Dia tiba bersama seorang pegawai Kedutaan Kyrgyzstan di bilik mayat HKL kira-kira pukul 10.45 pagi.

Seorang jurucakap Kedutaan Kyrgyzstan mengesahkan Baizieva merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia.

"Rekod menunjukkan dia (Baizieva) berada di Malaysia hampir setahun," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Baizieva dikatakan terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu yang turut mengorbankan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, wanita itu dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter dan kemudiannnya disahkan sebagai kakitangan syarikat penerbangan swasta, Cempaka Aviation.

 - Antarapos

Abdul Khalid Dakwa Azmin Bersikap Oportunis, Minta Azmin Berundur

Posted: 06 Apr 2015 01:29 AM PDT






Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 4:05 PM
Keputusan menggugurkan Mohamed Azmin dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS dibuat tanpa merujuk kepada kepimpinan PKR Pusat.

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa penggantinya sebagai seorang 'oportunis yang membuat keputusan populis' tanpa mempertimbangkan kesannya kepada rakyat.

Abdul Khalid berkata kenyataan Mohamed Azmin Ali yang menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanyalah sekadar drama politik.

"Hakikatnya, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diarahkan memaklumkan rakyat di semua peringkat bahawa GST akan dikuatkuasakan mulai 1 April.

"Rakyat perlu sedar daripada terus dibuai mimpi indah. Kenyataan yang dibuat Menteri Besar di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pada minggu lepas tidak akan merubah apa-apa kerana Selangor tidak akan sama sekali dikecualikan daripada melaksanakan GST," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan pada Isnin.

Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang turut mengkritik Azmin kerana membuat beberapa keputusan yang didakwa akan menjejaskan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Ini termasuk perjanjian projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan dan penstrukturan semula air yang tertangguh.

Justeru, Abdul Khalid berkata Azmin perlu bekerja lebih gigih untuk layak digelar negarawan kerana beliau masih bersendikan retorik dan sandiwara politik.

"Kalau beginilah gaya dan pendekatan pentadbiran baharu, maka saya ulangi gesaan agar menteri besar segera berundur untuk diserahkan jawatan kepada seseorang yang benar-benar layak demi kemaslahatan rakyat," katanya.

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Setiakawan roti canai

Posted: 06 Apr 2015 10:03 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GST: BILA AKAL DILETAK DI KEPALA LUTUT, SEMUANYA JADI SALAH KERAJAAN...

Posted: 06 Apr 2015 06:56 PM PDT


Di kalangan puak-puak pencacai dan pengampu tokey-tokey serta puak pembangkang, GST difatwakan haram. 

Alasannya cukai GST tak pernah dikutip zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Walaupun para mufti telah memberikan fatwa keharusan untuk sesebuah kerajaan mengutip cukai untuk pembangunan negara, namun perangai pencacai sukar diubah.

Alasannya mereka kata mufti tak cukup ilmu dan terpaksa ikut kerajaan sebab makan gaji bulan.

Tapi bagaimana jika mereka sendiri jahil pasal ekonomi dan GST?

Menentang membabi buta...siapa yang merasuah mereka turun ke jalanan melalak tak tentu pasal? Tentu ada dalangnya kan?

Adakah mereka merancang melalak di jalanan kerana nak berjihad menentang 'kezaliman' pemerintah.

Siapa yang zalim sebenarnya?

Para peniaga yang sesuka hati naikkan harga barang hingga menyusahkan rakyat, kerajaan pula nak disalahkan.

Asyik dok ingat pasal nak makan lobster jer ker?



Apa jasa puak-puak penentang bagi membenteras penyelewengan para peniaga

Diam saja, peluk tubuh dan redho semata?

Nak cukai yang adil, nak sistem ekonomi yang adil? Yang macamana, macam ni kah?



Selama ni kerajaan membantu rakyat membangunkan negara dengan wang cukai. Jika cukai haram di mana lagi sesebuah kerajaan nak dapatkan duit?

Nak pinjam IMF, nak tebang semua balak, nak korek semua hasil bumi?

Jika cukai haram mengapa zaman Rasulullah sudah ada pelbagai cukai?

Memang zaman Rasulullah tak ada GST tapi ada pelbagai cukai lain juga. Zakat juga cukai, Jizyah (cukai perlindungan/keselamatan), Ushur (cukai perdagangan)dan Kharaj (cukai tanah) juga cukai. 

Negara Islam membangun menjadi empayar dunia juga kerana cukai. 

Zaman permulaan ketika Abu Bakar As Siddiq menjadi khalifah, ramai kabilah Arab mula menunjukkan penderhakaan (ar-riddah) kepada pemerintah baginda, salah satunya enggan membayar zakat dan kharaj. Ada juga yang murtad mengaku Tuhan dan Nabi baru.

Walaupun telah dipujuk dan diberi amaran mereka terap degil. Para peniaga menipu dan memeras pelanggan. Akhirnya mereka diperangi habis-habisan.

Jika zaman Rasulullah dan Khalifah melakukannya, cuba tunjuk tang mana yang dikatakan cukai itu haram?

Mungkin kerana puak pembangkang dah gelupur kepanasan apabila tiada lagi isu mahu dikaitkan dengan kerajaan maka dicipta dan dijajanya pelbagai dakyah dan fitnah. 

Kerana takut hilang semangat dan sokongan, maka diciptanya gerakan penentangan untuk menjadi gelombang pemberontakan. Nak tukar kerajaan ko ingat senang macam nak tukar baju?

Tengok lah Iraq, Afghanistan, Mesir, Libya, Tunisia, Syria, Yemen tak pun paling dekat Thailand....amankah mereka selepas tukar menukar kerajaan?

Nak turun berarak kat jalanan menentang GST, gunakan gerakan  militan IS untuk cetus huru-hara?

Baru jer pihak polis menahan 17 suspek yang merancang melakukan serangan di Kuala Lumpur. 

Apa puak-puak pembangkang ada deal ka dengan puak-puak militan menghuru-harakan negara semata-mata nak menunjukkan Malaysia tak selamat, pemerintahan negara lemah kononnya kerana banyak rasuah dan rakyat tertindas terus kerana GST?

Atau akan ada pihak yang akan mengatakan ini konspirasi dan sandiwara politik untuk menjatuhkan pemimpin negara?

Hahaha kita tahu games mereka, ala-ala Lahad Datu gitu...



 



The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Goodbye Azmin?

Posted: 06 Apr 2015 11:00 PM PDT


Menarik komen di atas. Pasti bukan disebabkan ..






Itu kerja Khalid.


Baru semalam unspinners cuit-cuit ...


Azmin teruk diserang isu air



Bukan sebab air ini ..






Tapi kerana komen berikut:







Dan bukan juga sebab komen berikut...



Pasti bukan sebab ini:


Majlis pengkebumian Tan Sri JJ





Ia mesti atas dasar isu:








Dulu kata ...



Noh Omar dah agak ...


Bila hal lain, lain pula ...



Tuanku sudah bertitah ...




Dr Afif lega Piji tolak pencalunan Jiijah dan Nuha

Posted: 06 Apr 2015 07:30 PM PDT


Malaysian Insider melaporkan Rafizi menafikan ada menulis surat arahan untuk semua cabang menyokong hanya Dr Wan Kipas atau Nurul Nuha untuk jadi calun PKR bagi PRK P Pauh.


Dengan begiti terbuka dan vokal Rafizi menafikan surat itu membayangjan kesungguhan Rafizi menolak pencalunan Wan Azizah atau Nuha.

Wan Azizah sudah menyatakan kesediaan untuk dicalunkan kembali untuk PPauh turun berKIPAS KIPAS di pasar malam di Permatang Pauh.




Ini hanya menunjukkan Rafizi sudah ada pilihan sendiri.

Dengan penolakkan ia hanya memberi nafas untuk ADUN Seberang Jaya dalam Parlimen P Pauh, Dr Afif Baharuddin yg merupakan pilihan Azmin.

Seorang lagi calun yang disebut2 adalah ADUN Pensnyi Dr Norlela Ariffin.

Lengah2 Piji mencuba Akhirnya bicara jua

Posted: 06 Apr 2015 05:20 PM PDT


Hai temb@m ... penjara dah sedia, politik boleh bersara.

Dato Tan, Razkan, Cliff dan Aidana: WIRA YANG TIDAK DIDENDANG

Posted: 06 Apr 2015 05:29 AM PDT


Laporan berita hanya memberi liputan buat Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Dato Azlin Alias, tapi ada 4 lagi penumpang dalam bencana helicopter yang terhempas.

Mereka adalah wira yang tidak didendang....


Dato Richard Tan yang diperkatakan bukan Robert Tan CEO IGB Corp yang merupakan empunya helicopter yang terhempas tapi adalah Dato Tan Huat Seng yang merupakan Pengarah Urusan Lam Ho Enterprise Sdn. Bhd. & SP Baiduri yang berpejabat di Mergong Barrage, Alor Setar.

Penerima pingat  JP dan DSDK dari Sultan Kedah pada 2008 adalah seorang ahli peniagaan yang banyak menyumbang kepada pembangunan negeri Kedah.

Suatu masa dia amat rapat dengan bekas MB Dato Syed Razak dan Dato Mahadzir Khalid.

Sebaik Kedah jatuh ke PAS, dia menyumbang baktinya ke kerajaan persekutuan melalui projek-projek Persekutuan.

Beliau di tugaskan untuk siapkan 20,000 rumah mampu milik di Kedah oleh PR1MA yang dipengerusikan Tan Sri Jamaluddin Jarjis.Baca Utusan SINI.


Beliau menyertai JJ, Dato Azlin dan lain-lain dalam helicopter dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak PM di Pekan untuk menyertai JJ ke majlis perkahiwinan anak CEO PR1MA, Dato Mutallib Alias petang itu.

Mendiang Tan telah dibakar di Nilai Memorial dan abunya dibawa pulang ke rumah keluarga di Taman Golf, Alor Setar dalam satu majlis yang sederhana sesama kaum keluarga saja. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak.

-------------------

Kopral Razkan bin Seran

Anggota Unit Tindakhas yang terkorban dalam nahas Helikopter pada petang 4 Mac 2015 semasa dalam tugas mengiring principal yang didalam tanggunggjawabnya.

Beliau terkorban dalam tugas bersama2 dengan prinsipalnya. Kejadian itu bukanlah kesalahan atau kegagalan tugas tetapi keadaan diluar jangkaan yg sukar untuk dielakkan.


Allahyarham juga sebelum ini pernah berjuang bersama pejuang2 lain dalam Ops Daulat di Lahad Datu tetapi tiada yang tau kerana etika dan prinsip kerahsiaan yang tinggi Unit Tindak khas tempat beliau bernaung. Lambang keris bersayap yang tersemat dilengan, beret Merun yang disarung menjadi lambang kemegahan dan menjadi saksi sumpah berdarah akan berbakti dan sedia berkorban untuk Negara serta memegang kerahsiaan yang tinggi.

Beliau tidak terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu tetapi beliau terkorban dalam nahas Helikopter semasa DALAM TUGAS RASMI. Apakah bezanya gugur dalam tugas dilahad Datu dengan gugur dalam nahas Helikopter semasa bertugas tugas sehingga menyebabkan beliau seakan dilupakan begitu awal sekali..


Dalam pengurusan jenazah Allahyarham di Hospital,Solat Jenazah di Masjid Bukit Aman dan DiLapangan Terbang Subang dapat dilihat kurangnya perihatin dari pegawai peringkat tertinggi KDNKA dimana Unit Tindakhas dibawah cabang tanggunggjawabnya.
Sungguh mengecewakan,

Tiada penghormatan selayaknya diterima, diberi kepada pejuang yang gugur ini.Hanya kelibat pegawai2 dari bahagian Kebajikan PDRM dan pegawai serta rakan seperjuangan dari UTK sahaja yang sibuk menguruskannya.

Beberapa kepincangan dan kelemahan terselah didalam proses penghantaran pulang jenazah ke Sabah Namun dapat diatasi dengan tolak ansur dan budi bicara pihak lain.Terima Kasih diucapkan kepada pihak TUDM yang membantu melancarkan urusan.


Apakah kematian jika ditembak sahaja yang layak mendapat penghormatan sebagai wira ??

Sebagai anggota pasukan Khas
kami bersedia untuk bertugas,
Kami bersedia untuk cedera,
Kami bersedia untuk terkorban
Tapi kami tidak menjangka akan dilupakan begitu cepat,
pada hari kematian kami...

Wira Tak Didendang...

keluhan dari sahabat seperjuangannya..

----------------------------


Tidak cukup maklumat tentang pilot Cliff dan yang dikatan co-pilot Eidina. Makluman: gambar wanita disebelah Cliff di atas dikatakan bukan Eidina.




Wujudkah perang dingin Khalid-Khir Toyo vs Azmin-Noh Omar?

Posted: 06 Apr 2015 02:30 AM PDT


TS Khalid sudah lambung Azmin tentang isu air hingga dipanggil bebal.



Azmin memang bebal dan hanya tahu selesaikan isu aiskrim saja. Berdas das dia ...


Hairannya kenapa UMNO Selangor sunyi sepi? Sambbutlah serangan Khalid ini ...Sediakan penerangan tentang isu ini.

Sultan pun sudah bersuara ...


Apa yang buat Noh Omar diam saja? Adakah sebab Khalid dah settle dengan Khir Toyo? Tak habis-habis lagi ke berbalah sesama war lord?

Atau ada usaha untuk UMNO Selangor untuk main serembat dengan Azmin? Kononnya ada arahan jangan hentam Azmin.

Khalid settle dengan Khir Toyo DAN Noh Omar "settle" dengan Azmin. Apa punya game ni?

Jangan percaya sangat Azmin akan tinggalkan Anwar walaupun dia akan ikut style UMNO atau tak tahan projek untuk ahli perniagaan yang pro UMNO. Takut nanti tertipu kelak.

Khir Toyo dah tiada jawatan lagi. Apa yang berjawatan takut sangat? Buatlah kerja saja sampai menang.

Husam DIMALUKAN DI PUTRAJAYA sekali lagi!!!

Posted: 06 Apr 2015 12:26 AM PDT


Husam yang sepatutnya melakukan "upset" di Putrajaya pada PRU lepas dan seterusnya dengan kemenangan Pakatan Rakyat, menjadi wakil rakyat simbol kemenangan PR pada PRU dimalukan di PUTRAJAYA.

Sudahlah kalah masa PRU, kali ini PAS Putrajaya  tolak pencalunan dia sebagai calon Presiden.


Ini merupakan satu tamparan hebat pada Naib Presiden Pas tu yang mana kawasan yang diwakilinya menolak beliau sebagai calon.

Mungkinkah Husam memang tidak dapat sokongan PAS Putrajaya untuk menang PRU lepas?