Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AL FATIHAH BUAT DATUK JJ YANG TELAH PERGI...

Posted: 04 Apr 2015 06:58 PM PDT


Kami di Mymassa mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Dr. Ir Jamaludin Jarjis atas pemergian Allahyarham ke rahmatullah.

Allahyarham yang juga Ahli Parlimen Rompin dan Pengerusi PR1MA adalah seorang yang amat besar jasanya pada bangsa, agama dan negara.

Kenangan ketika Allahyarham di Majlis Penyerahan Replika Kunci PR1MA Presint 11 Putrajaya 7 Mac 2015 lalu...Allahyarham begitu ceria dan puas hati apabila ramai warga penduduk mendapat nikmat memiliki rumah sendiri 

Allahyarham seorang yang berjiwa kental dan tinggi semangat keMelayuannya. 

Buat pertama kali beliau begitu berani memakai busana Melayu lengkap dengan keris ketika mengadap Presiden Obama di White House Amerika Syarikat ketika menyampaikan surat watikah perlantikannya sebagai Duta Besar Malaysia di US.

Bukan senang dan calang-calang orang nak pakai busana lengkap senjata ketika mengadap Tuan Presiden.

Tetapi anak Melayu dari Rompin ini berjaya melakukannya dan mendapat pujian seluruh dunia.


Allahyarham berfoto bersama Presiden Obama di dalam Pejabat Peribadi Presiden US.

Sebagai ahli Parlimen Rompin beliau telah menjalankan tugasan yang cemerlang kepada warga Rompin terutamanya kepada masyarakat Felda, Felcra dan orang asli di Parlimen Rompin, DUN Bukit Ibam, DUN Muadzam Shah dan DUN Tioman.

Beliau telah membangunkan Bandar Muadzzam Shah sebagai bandar satelit pendidikan bagi Pahang, menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang sering terputus di banyak perkampungan Felda terutamanya di Gugusan Felda Keratong dan Chini serta membangunkan pelbagai prasarana di daerah Rompin.

Atas inisiatifnya juga penduduk DUN Tioman mendapat pelbagai kemudahan seperti sekolah menengah baru yang dapat mengurangkan gejala pengangguran belia bawah umur tempatan. 

Anak-anak Tioman tidak lagi perlu berhijrah ke Rompin atau ke Muadzam Shah untuk bersekolah menengah.

Jeti-jeti bot di Tanjung Gemok di Rompin dan Pulau Tioman berjaya dibangunkan.

Selain itu banyak prasarana seperti jalan raya yang baik menyusuri Bukit Tekek ke Kampung Juara, tambang bot ke Pulau Tioman dan barang keperluan yang terus disubsidikan serta membangunan ekonomi berteraskan pelancongan telah menyediakan banyak peluang kerja untuk rakyat di Tioman dan Rompin. 

Besar sungguh jasa Allahyarham di Rompin, sebab itu beliau sentiasa disenangi rakyat dan mendapat undi besar dalam beberapa PRU lalu. Sesungguhnya kita dapat merasai kehilangannya. 

Allahyarham bersama rakan-rakan seperjuangan semasa menghadiri kenduri kahwin anak Perdana Menteri di Pekan pada tengahari sebelum nahas. Turut terkorban Datuk Azrin Alias Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri (sebelah kiri Allahyarham)
Al Fatihah semoga Allah mencucuri roh beliau dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin

Allah s.w.t saja yang tahu segala amalan dan bekalan kita menemuiNya...


  





MACAI PAKATAN DAN SEKS BERPISAH TIADA...

Posted: 04 Apr 2015 02:14 AM PDT


Beginilah terjadi jika pemimpin atasan mereka kaki liwat berkali-kali, anak-anak buah pula jenis bangang tak tahu bahasa Inggeris kesan menolak PPSMI.

Kalau cakap bab agama dan ekonomi cukup pandai, tapi bagai tong kosong pong-pang-pong-pang bising jer lebih.

Apa jasa mereka untuk negara?

Berjihad sekadar melalak dan merusuh di jalanan?

Nak tukar kerajaan ingat macam tukar spender? 

Pakai baju lucah pergi solat Jumaat tapi kusyuk tidur nampak spender hijau.

Nasib la ko Labu. Macam ni nak bagi perintah negara dan jaga bangsa serta agama?

Kesian bangsa Melayu berkali-kali ditipu oleh pemimpin-pemimpin atasan yang gila kuasa dan gila nak jadi Perdana Menteri...



Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


GELISAH SEDETIK & TIKA (GST)

Posted: 04 Apr 2015 10:01 AM PDT


Pagi kelima dibulan April redup!
Alam ini sedang ratapi kerakusan sang pemerintah kejam dan maha zalim
Sebelum ini ada insan yang tidak bongah, hari ini sudah berani menyangah
Benci bukan sedikit, marah bukan gurauan
Tiada lagi berlari anak keriangan
Tiada lagi berbalas salam dan senyuman
Kedutan di hamparan dahi makin berlipat
Titis peluh mencurah walau dikedinginan malam
Ulas bibir kian kejap mengukir dendam
Alur kemanisan wajah kian hilang
Dulu lengoh sendi saban hari, kini acap kali terhayun sendiri
Salam kecelakaan menyapa lagi
Kalut di semua sudut Kecoh di semua ceruk
Ombak dada makin pantas
Angkara sang penguasa yang tidak berperi
Melayu mudah lupa bergema , berpekik Cina sayu menegok bungkusan air mata khudrat tua
menitis Iban terkaku direnung Phutusamy
Duhai bangsa Malaysia yang direntap kejatian.......
Gasak Sembilu Terkena lagi..
Gugup Sekali Terpaku terduduk
Gelisah Semalam Terus bertamu
Gemilang Semakin Tandus dari alur kecerianmu...

nurkilan mangsa penipuan gst...aku dan kamu.
hari kedua Gst

tolak gst Nurkilan Noja Felda Jerangau. 02 April 2015

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Bapa Anwar Ibrahim Meningal Dunia

Posted: 04 Apr 2015 05:58 PM PDT


Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 8:00 AM

Gambar fail: Datuk Ibrahim Abdul Rahman (kanan) memegang pipi anaknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan meliwat, kali pertama pada 1998.

PETALING JAYA: Bapa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Abd Rahman meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi Ahad.

Berita berkenaan dimaklumkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi akaun Facebook peribadinya.

"Jenazah dibawa pulang di alamat Lot 459 Pinggir Pelangi Pagi, Country Height, Kajang. Jangkaan setakat ini pengebumian di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, selepas Zohor, InsyaAllah.

"Kali pertama Anwar dipenjara beliau diuji dengan pemergian ibunda beliau dan juga pemergian ustaz (Datuk) Fadhil Noor. Kali ni diuji pula dengan pemergian Datuk Nik Abdul Aziz dan kini, ayahanda beliau," demikian tulis Dr Wan Azizah.

Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh bagi menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Nahas Helikopter: Hasrat JJ Hadiri Kenduri Kahwin Kedua Tak Kesampaian

Posted: 04 Apr 2015 08:05 AM PDT


Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 10:28 PM

Jamaluddin terkorban dalam nahas helikopter sebelum sempat menghadiri majlis perkahwinan kedua di ibu negara pada Sabtu.

KUALA LUMPUR: Hasrat Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis untuk menghadiri majlis perkahwinan kedua tidak kesampaian apabila helikopter yang dinaikinya terhempas di Semenyih, petang Sabtu.
Terdahulu, Ahli Parlimen Rompin yang lebih mesra dipanggil JJ itu bertolak dari Pekan selepas menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sebelah pagi.
Bekas menteri itu sepatutnya tiba di Subang dan seterusnya meraikan anak perempuan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias iaitu Nur Atiqah yang melangsungkan perkahwinannya pada Sabtu.
Bagaimanapun, helikopter yang membawa ahli Majlis Tertinggi Umno itu bersama lima lain terhempas di ladang getah pada pukul 4.50 petang sebelum tiba di Subang.
Berita mengenai nahas itu menyebabkan suasana di majlis perkahwinan Nur Atiqah yang berlangsung di Pusat Persidangan Sime Darby yang diadakan pada Sabtu malam, bertukar muram.
Bagaimanapun, keluarga pengantin itu memaklumkan, majlis itu perlu diteruskan walaupun sedih dengan kejadian yang menimpa Jamaluddin serta lima yang lain.
Sementara itu, di Seri Kembangan, ahli keluarga dan kenalan bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat itu memenuhi kediamannya sejak petang Sabtu.
Suasana sedih menyelubungi kediaman itu sebaik wakil The Star tiba di situ.
Turut ada di situ ialah seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai anak perempuan sulung Jamaluddin.
"Kami masih menunggu pengesahan mengenai kejadian itu," katanya sebelum masuk ke rumah itu.
Jamaluddin adalah antara enam yang terkorban dalam kejadian helikopter terhempas di kawasan ladang getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang Sabtu.
Mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses pengecaman dan dibedah siasat. mStar

Najib Harus Letak Jawatan - Tun M

Posted: 03 Apr 2015 11:35 PM PDT



Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 2:03 PM

Dr Mahathir Mohamad.

CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan demi menyelamatkan negara dan Umno.
Beliau berkata prestasi Najib sebagai Perdana Menteri lebih teruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Sekiranya Umno mahu diselamatkan sudah tiba masanya untuk menukar kepimpinan parti itu. Siapa yang akan menggantikannya terpulang kepada Umno tetapi beliau harus letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan kepimpinan 'What Youth Should Know' di sini Sabtu.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau sudah melepasi tempoh senyapnya dan perlu lantang bersuara kerana reputasi negara di peringkat global semakin buruk semasa di bawah pemerintahan Najib.
"Saya tidak marah. Saya hanya fikirkannya demi negara kita. Saya berdiam diri sejak beberapa tahun tetapi sekarang saya sudah melepasi tempoh senyap saya.

"Negara kita terkenal sebagai salah sebuah negara yang memiliki pentadbiran yang baik. Tetapi sekarang tidak lagi. Sekarang akhbar luar negara melabelkan Malaysia sebagai sebuah negara paling korup," katanya.

Dr Mahathir turut mengkiritik Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Terdahulu, Dr Mahathir menjawab pelbagai isu kontroversi semasa sesi soal jawab diadakan.

Antara isu yang dibangkitkan adalah hukum hudud, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan hubungan antara kaum. - mStar

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


VIP terbunuh dalam nahas helicopter di Semenyih - DIKEMASKINI

Posted: 04 Apr 2015 03:52 AM PDT

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ada masa, idelogi politik diketepikan .. Dah masa politik sempit dihentikan

Posted: 04 Apr 2015 08:32 PM PDT



Rumah arwah JJ berdekatan rumah arwak Pak Ibrahim. Kami percaya Tun M akan ziarah menteri yang beliau lantik dan beri peluang.

Tun M.dalam perjalanan ke rumah Allahyarham TS JJ

Dato Najib pun akan ke sana dan mungkin bertembung. Tidak hairan mereka boleh berjjmpa dan ketepikan hal politik sesama mereka.



Pemimpin UMNO lepas dan terkini boleh ketepikan idelogi dan politik demi persaudaraan Islam dan atas kenal mengenali.


Bukankah baik jika ini jadi amalan harian dan politik kita lebih konstruktif. Politik berasas isu dan bukan peribadi dan personaliti.


Orang kata penjara boleh beri izin dan escort jika ada kematian ibubapa. Ini isu peraturan. Boleh ke sahkan peraturan dan kuasa pihak penjara???




Bapa Anwar Ibrahim meninggal ... AL FATIHAH

Posted: 04 Apr 2015 02:36 PM PDT


Innalillahiwainnalillahirojiun..

Ayahanda DSAI, Dato Ibrahim Bin Abd Rahman kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di Hospital Serdang kira-kira jam 1.45 pagi tadi.

Al-Fatihah.

JJ, Azlin mangsa heli terhempas ... ALFATIHAH

Posted: 04 Apr 2015 04:51 AM PDT



Keenam-ensm mangsa disahkan mati.

1. Chris Pilot
2. Eidiana Co Pilot
3. Tan Sri Dato' Sri Jamaluddin Jarjis
4. Dato Seri Azlin SUSK PM
5. Dato Robert Tan dari Kedah
6. Razkan polis BG Tan Sri JJ


DAP buat RBA tak ada bising-bising atau britau media

Posted: 04 Apr 2015 01:43 AM PDT



Baru nak buat strategi dah panggil media. Nak mesyuarat panggil media lagi. Lepas mesyuarat pertama buat PC.

Nak tulis strategi buat kenyataan akhbar. Habis tulis lancar ke media....


Nak atur strategi ke atau nak boss tahu kamu akan kerja?

Harap boss nilai apa kerja yg dia sudah lakukan. Dr Puad Zarkashi nak sangat tebus kekalahan di Batu Pahat.

Kalau nak, usahakan penyatuan dalam bahagian dan berbaik dengan semua pihak. Berbaik dengsn parti komponen parti. Belajar senyum, belajar mesra dan tahu beramah tamah. Bekerja ...

Orang jemput ke majlis takyah tunggu ada 3 ribu baru nak hadhir.

Apahal hentikan cara lapuk begini yg buat orang sinikal.



DAP RBA buat diam2. Sedar sesar dah jalan dan sedar2 kita dah kena.




Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Ada sebab kubur Nik Aziz dipagar?

Posted: 04 Apr 2015 12:59 AM PDT


KOTA BHARU - Anak kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan pagar yang dibina di kubur ayah adalah bertujuan untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah.

Nik Mohamad Abduh bagaimanapun menafikan ia dibina oleh keluarga, sebaliknya ia adalah atas hasil usaha penduduk kampung dan murid Nik Abdul Aziz.

Biarpun pagar itu dibina tanpa pengetahuan mereka sekeluarga, namun Nik Mohamad Abduh berkata dia dan keluarga tidak kisah kerana ia dibuat dengan tujuan yang baik.

Beberapa hari lepas, sekeping gambar yang menunjukkan sebuah kubur dipercayai kubur Allahyarham Nik Aziz dipagari besi berwarna hijau, tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

Suara Politik
Belantan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:39 PTG | Posted in

sumber :-
RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Apakah penutup cerita Mahathir - Najib ini?

Posted: 04 Apr 2015 08:59 PM PDT

Barangkali ramai yang tertanya-tanya, sampai bila serangan dan kritikan Tun Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berterusan dan apakah pengakhirannya nanti?
Sebabnya, di sebalik bekas Perdana Menteri itu makin mengaktifkan lagi serangannya, ramai juga yang tidak percayaDatuk Seri Najib seorang mudah mengalah atau tunduk kepada serangan demi serangan itu.
Perdana Menteri dilihat selesa dengan strategi mendiamkan diri dan tidak membalas walau sepatah pun apa yang dilemparkan terhadapnya.
Tujuannya tidak lain ialah agar sesuatu dakwaan yang dibangkitkan Tun Mahathir itu tidak berpanjangan diperkatakan dan cepat dilupakan berbanding jika ada balas-membalas kenyataan antara beliau dengan bekas Perdana Menteri itu.
Dalam masa yang sama, Datuk Seri Najib juga mengumpulkan kekuatan yang dimilikinya sama ada melalui UMNO atau pun BN untuk menunjukkan bahawa walaupun dikritik dan kecam, beliau masih mempunyai sokongan untuk terus kekal di Perdana Putra dan Seri Perdana.
Ia sebenarnya adalah isyarat paling jelas bahawa Datuk Seri Najib ingin terus kekal lebih lama lagi di kedudukannya sekarang kerana di peringkat ini yang menentukan kekal atau tidaknya beliau sebagai Perdana Menteri ialah UMNO dan BN.
Tetapi apabila Tun Mahathir menyatakan kepimpinan Perdana Menteri yang terlalu lemah dan banyak isu sehingga menyebabkan ditolak oleh semua kaum serta lebih mungkin kalah dalam pilihanraya akan datang, maksudnya amat jelas bahawa jika terus dikekalkan akan menyebabkan BN kehilangan kuasanya.
Dalam masa yang sama, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga mulai menekan Datuk Seri Najib, baik mengenai 1MDB yang dikaitkan dengan kekayaan keluarga Perdana Menteri, gelagat Datin Seri Rosmah dengan jet serta membela Sirul Azhar Umar yang disabitkan atas kesalahan membunuh Altantuya tetapi kini melarikan diri ke Australia.
Terbaru pula, Tun Mahathir mendedahkan bahawa Sirul pernah menjadi pengawal peribadinya suatu ketika dahulu dan ketika itu katanya, "Sirul tidak pula pernah membunuh sesiapa".
Ungkapan ini nyata memberi gambaran bahawa Sirul hanya melakukan pembunuhan itu kerana adanya arahan daripada seseorang yang selama ini dikekalkan kerahsiaannya, waima dalam mahkamah sekali pun.
Read More / Baca Lagi >>

Nahas Helikopter: Wan Kadri terselamat kerana turun awal

Posted: 04 Apr 2015 08:34 PM PDT

Wan Kadri berkata mereka kemudian menurunkannya di Kota Bahagia berhampiran Bandar Tun Razak, sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur.
wan-kadri
PETALING JAYA: Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam Datuk Wan Kadri Wan Mahussin terselamat dari nahas helikopter yang dinaikinya bersama Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain kerana turun lebih awal di Bandar Tun Razak, Muadzam Shah.
Dia bersama rombongan berkenaan meninggalkan majlis perkhawinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang diadakan di Pekan lebih awal kerana allahyarham ingin menghadiri satu lagi majlis makan malam di ibu negara.
Katanya, Ahli Parlimen Rompin itu pada awalnya ingin Jamaluddin ingin menziarah seorang kakitangannya yang baharu sahaja kematian ayah di Bandar Tun Razak tetapi ia terpaksa ditangguhkan berikutan cuaca buruk.
"Berikutan keadaan itu juga kami terpaksa membatalkan hasrat untuk melawat tanah milik Allahyarham yang sebelum ini ingin diwakafkan kepada sebuah pusat tahfiz," katanya.
Wan Kadri berkata mereka kemudian menurunkannya di Kota Bahagia berhampiran Bandar Tun Razak, sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim tiba di rumah arwah bapa, rumah dikawal ketat pihak penjara

Posted: 04 Apr 2015 08:28 PM PDT

Anwar Ibrahim tiba di rumah arwah bapa, rumah dikawal ketatKUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di di rumah arwah bapanya Datuk Ibrahim Abd Rahman di Pinggir Pelangi Pagi, Country Heights pada jam 10.40 pagi.

Ketibaan beliau dikawal ketat dan diiringi oleh para pengawal dari jabatan Penjara.

Ketibaan Anwar disambut oleh anak perempuannya Nurul Nuha.

Anwar yang masih menjalani hukuman penjara 5 tahun dibenarkan untuk menghadiri pengebumian bapanya di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, Kajang.

Anwar Ibrahim dikawal ketat

Ibrahim merupakan ahli Parlimen seberang Perai Tengah dari 1959 hingga 1969.

Ibrahim meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi di Hospital Serdang.

Anwar dibenar hadir pengebumian bapanya

Posted: 04 Apr 2015 08:03 PM PDT


 Bapa kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggal dunia awal pagi ini, demikian menurut Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan bahawa Anwar dibenarkan untuk menghadiri pengebumian bapanya di Kajang hari ini.

"Menteri Dalam Negeri memberi keizinan, tetapi kami tidak pasti pukul berapa beliau dibenarkan keluar (dari penjara)," katanya.

"Para peguam sedang mengurus perinciannya," katanya lagi.

Wan Azizah memendekkan urusan beliau di Pulau Pinang dan sedang dalam perjalanan ke Kajang ketika ini bagi membuat persediaan majlis pengebumian itu.






 
Dr Wan Azizah berkata beliau dimaklumkan bahawa bapa mertuanya Ibrahim Abdul Rahman kira-kira jam 2 pagi, selepas disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.45 pagi di Hospital Kajang.

Jenazah Ibrahim akan dibawa ke rumah di Country Heights, Kajang hari ini untuk disemadikan di tanah perkuburan Islam di Sungai Ramal selepas Zohor.

Menurut maklumat terbaru daripada pihak yang dekat dengan Anwar, beliau akan tiba sebelum tengahari.

‘Mahathir Move’ untuk selamatkan Umno

Posted: 04 Apr 2015 07:47 PM PDT

Muammar Qaddafi


Reda sahaja isu Hudud Kelantan, bekas perdana menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohammad  kembali menjadi perhatian ramai apabila beliau bertindak "menyerang" Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Najib Razak.
'Serangan' beliau disambut baik oleh ramai pihak termasuk pimpinan Pakatan Rakyat seakan akan mereka 'tidak kenal' siapa Mahathir dan tidak tahu bahawa tindakan Mahathir sama sekali tidak menguntungkan Pakatan sebaliknya ia adalah cubaan untuk menyelamatkan Umno daripada tewas pada pilihanraya yang akan datang.
Perhatikan pada tulisan beliau di blog 'Che Det' kita dapat lihat perkara pertama yang beliau sebut adalah mengenai kekalahan Umno, bukan kesengsaraan rakyat yang menjadi fokus utama, bahkan kesengsaraan dan penderitaan rakyat hanya menjadi 'huraian' dalam bab pembelian jet peribadi.

Serangan utama terhadap Najib adalah melibatkan isu 'peribadi' Najib iaitu bab pembunuhan Model Monggolia, Altantuya Shaaribu. Namun tidak dinafikan beliau turut menyerang Najib dalam isu 1MDB dan GST yang menurut beliau, tindakan itu hanya akan membawa kepada kekalahan Umno pada PRU14. Tujuan beliau adalah untuk menjatuhkan Najib sebagaimana beliau menyerang Pak Lah, apabila matlamat jangka pendek beliau sudah tercapai,maka beliau kembali perkukuhkan Umno dengan sokongan sokongan terbuka kepada parti yang diasaskan oleh beliau itu.
Pemimpin Pakatan harus sedar, setiap kali pemimpin "bermasalah" dari UMNO berjaya mereka jatuhkan, maka Umno akan kekal, lihat sahaja pada zaman Mahathir sendiri, Umno BN sudah cukup nazak pada pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999 , dan selepas itu pemimpin bermasalah ketika itu, iaitu Mahathir sendiri berundur, Umno kembali menang besar pada Pilihan Raya 2004 ditangan Pak Lah.
Pada pilihanraya berikutnya pembangkang berjaya membawa isu kelemahan pentadbiran Pak Lah dan pembangkang menang besar apabila berjaya menafikan 2/3 majoriti BN, dan serangan masih ditumpukan kepada Pak Lah selepas itu sehingga membawa kepada pengunduran beliau  pada 2009,dan Umno BN berjaya kekal sebagai kerajaan pada PRU13 yang lalu. Dan jangan lupa, 'serangan' kepada Pak Lah ini dibantu oleh Mahathir yang ketika itu diusung laju oleh parti pembangkang.
Berundurnya Pak Lah ketika itu adalah satu kejayaan buat Mahathir dan akhirnya beliau kembali kepada Umno dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti melayu itu pada pilihanraya umum ke-13 yang lalu dan Umno berjaya dikekalkan sebagai kerajaan. Ketika itu jelas kita tahu bahawa perjuangan beliau menentang Pak Lah bukanlah untuk menjatuhkan Umno sebagaimana matlamat pembangkang,sebaliknya adalah untuk menyelamatkan UMNO.
Read More / Baca Lagi >>

Apabila kes Altantuya ditimbulkan Dr Mahathir

Posted: 04 Apr 2015 07:42 PM PDT

Apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan tentang misteri pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu, lebih banyak persoalan timbul. Jika persoalan tentang pembunuhan berprofil tinggi ini datangnya daripada ahli politik pembangkang, tidaklah begitu menghairankan, tetapi apabila pemimpin berpengaruh seperti Dr Mahathir yang mempersoalkannya, ia merupakan perkara serius.

Mungkin bekas perdana menteri yang berpengaruh itu mempunyai maklumat yang tidak diketahui ramai pihak sebelum ini.

Menulis di blog popularnya www.chedet.cc minggu lalu, Dr Mahathir membela salah seorang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Sirul Azhar Umar dan mempersoalkan siapa memberi arahan kepadanya.

Bercakap pada sebuah forum di Cyberjaya semalam, secara terbuka Dr Mahathir menimbulkan lebih banyak persoalan tentang kes pembunuhan Altantuya yang berlaku pada 2006, dengan berkata Sirul tidak pernah membunuh sesiapa ketika berkhidmat sebagai pengawal peribadinya dahulu. Rupa-rupanya Sirul pernah juga menjaga Dr Mahathir selain Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi timbalan perdana menteri.

Dr Mahathir juga berkata tidak adil menghukum gantung Sirul semata-mata kerana mengikut arahan. "Dia sudah katakan ia bukan kehendaknya sendiri. Dia diarahkan untuk melakukannya, jadi soalan yang sepatutnya ditanya lama dahulu adalah, siapa yang mengarahnya?" kata Dr Mahathir semalam.

Tidak hairanlah mengapa Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat semalam mendesak polis membuka semula siasatan pembunuhan Altantuya selepas Dr Mahathir bercakap tentangnya. Akan tetapi, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata kes pembunuhan Altantuya tidak perlu dibuka semula kerana mahkamah sudah pun menjatuhkan hukuman.

 "Kes Altantuya kita sudah pun menjalankan siasatan, sudah pergi ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Tiada sebab kita hendak buka siasatan. Siasatan kita sudah lengkap," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Tun M, tolong berhenti kritik Najib demi kepentingan peribadi kata Lokman Adam

Posted: 04 Apr 2015 07:39 PM PDT

Tun M, tolong berhenti kritik Najib demi kepentingan peribadi - Lokman Adam
KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diminta menghormati pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak menghentam Perdana Menteri untuk mencari pengaruh serta populariti demi kepentingan keluarga sendiri.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Lokman Noor Adam berkata, ‎pelbagai pertikaian Dr Mahathir kepada Najib disifatkan tindakan terdesak yang mempunyai maksud tersirat selain memenuhi impian politik peribadi.

"Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Najib oleh Dr Mahathir semakin menjadi-jadi.  Yang terkini,  pemberian wang bantuan 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya.  Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Dr Mahathir.

‎"Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Dr Mahathir, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokongnya yang menganggap Dr Mahathir sebagai seorang yang maksum umpama nabi.

"Memandangkan karier politik saya pun dah mati bila tewas dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO lalu dan bekas pemimpin PKR memang sukar untuk bertapak semula dalam UMNO, biarlah saya membakar diri menyatakan apa sebenarnya disebalik usaha Dr Mahathir ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir penghalang utama hudud, kata PAS

Posted: 04 Apr 2015 07:37 PM PDT

PAS menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penghalang utama terhadap kerajaan Kelantan dalam melaksanakan hukum hudud dengan pelbagai tekanan diberikannya kepada negeri pantai timur itu, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah II Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

 "Kami menerima amaran daripada Dr Mahathir jika melaksanakan hudud pada waktu itu, beliau akan mengambil tindakan. "Masa itu, kita cukup berhati-hati dengan beliau," katanya seperti dilaporkan edisi Ahad Berita Harian, Berita Minggu hari ini.

 Fadzli berkata, bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak mewartakan enakmen itu walaupun ia diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN). "Beliau tidak boleh menerima kehilangan kerajaan Kelantan kepada PAS. Oleh itu, segala tekanan diberikan terhadap kerajaan PAS Kelantan.

 "Oleh sebab itu, kita menjaganya dengan teliti," katanya pada satu sesi Taklimat Kanun Jenayah Syariah II di Kuala Lumpur yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Sementara itu, Amar tidak menafikan PAS sememangnya memerlukan sokongan Umno dalam memastikan enakmen itu dapat dilaksanakan di Kelantan.

"Perkara sebegini tidak salah kerana Umno pegang kunci di peringkat Persekutuan. Mahu tidak mahu, kita kena bincang dengan mereka dan tidak timbul soal kerajaan perpaduan," katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut. Menurut Amar, Nik Aziz sebelum ini turut merestui kerjasama Kelantan dan Putrajaya bagi memastikan hudud dapat dilaksanakan di negeri itu.

Anwar dibenar ziarah allahyarham bapanya

Posted: 04 Apr 2015 07:22 PM PDT

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan oleh pihak penjara untuk menziarahi Allahyarham bapanya yang meninggal dunia, awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi media sosial milik Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim insyaALLAH akan diberi keizinan oleh penjara untuk ziarah Allahyarham bapa mertua kami di Kajang," tulisnya.

Ayah Anwar, Ibrahim Abd Rahman telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.45 pagi tadi.

Jenazah dibawa pulang di alamat Lot 459 Pinggir Pelangi Pagi, Country Height, Kajang. Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, selepas solat Zuhur.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Belum ada pemimpin layak PM selain Anwar, kata Husam

Posted: 04 Apr 2015 07:16 PM PDT

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengakui Pakatan Rakyat (PR) belum bersedia memimpin negara jika berpeluang berbuat demikian dalam masa terdekat kerana masih belum ada pemimpin yang layak menjadi perdana menteri selain Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata, sebelum Anwar dimasukkan ke penjara, ramai yang mengharapkannya menyandang jawatan tersebut sekiranya PR berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN). "Setakat ini, tiada pemimpin yang layak menjadi perdana menteri.

Sebelum ini, kita harap Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, tetapi sudah takdir dia dimasukkan ke penjara," katanya seperti dilaporkan edisi Ahad Berita Harian, Berita Minggu hari ini. Pada masa sama, Husam berkata masih banyak yang perlu ditingkatkan pemimpin PR daripada segi strategi, sebelum mereka dapat memimpin negara ini.

"Jika dapat mengambil (menawan) Malaysia, penggal pertama kita tidak boleh ubah lagi negara ini," katanya. Anwar kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lepas menolak rayuan akhir beliau terhadap kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Setiap kejadian yg telah berlaku pasti ada hikmahnya & peringatan kpd yg masih hidup..

Posted: 04 Apr 2015 06:25 PM PDT


Sesungguhnya jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan.. DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali...

Malaysia must get back its bearings

Posted: 04 Apr 2015 06:21 PM PDT

The country needs to be transformed and this can be done without Najib and his substandard Cabinet.

najib-all-face_600by Aspan Alias
Malaysians yearn for the nation to get back to the state it was in some three decades ago. We were then on the verge of greatness. But we have since gone wayward and lost our bearings. We are now led by shameless leaders lost in their state of barefaced immorality. Worse, they do not have the conscience that might stir them out of their debauchery.
It is certain enough that the public has lost confidence in Najib and his Cabinet. Najib is responsible for the unmanageable problems that his administration is saddled with, while the Cabinet members are accountable for not shooting down his morally questionable decisions.
If they were responsible leaders, the Cabinet members would, for instance, have railed against the PM's decision to acquire an elaborately luxurious and expensive executive jet, mainly for his use. They would have demanded that he cancel the decision. We won't accuse them of giving him permission in the first place. They apparently did not. Najib asked for approval only from the Finance Ministry, which is of course under his charge. He asked himself for approval and he gave the approval to himself without the "official" knowledge of the Cabinet.
Najib is encumbered by issues of weak leadership and ineptness in managing what used to be a nation poised for glory. We were at one time ahead of South Korea and many other developing nations across the globe. We are now miles and miles behind.
Malaysia is now well known for all the wrong things. We are Number One in the purchase of defence equipment at inflated prices to allow for enormous kickbacks to the country's leaders and we are certainly unmatched among importers of unskilled labour.
We are already in a state of devastation and Malaysians should not have to wait for the leadership to be rehabilitated. Efforts to discontinue Najib's premiership is not an option any longer. He must resign and give the people a break. Malaysians need the country to be transformed and this can be done without Najib and his substandard Cabinet. He has mislaid all clues that point to how a prime minister should be managing a multi-ethnic and multi-religious nation.
Najib should not have been the Prime Minister in the first place. I blame the politicking of the warlords in Umno for his ascent to the post. This was a serious political misadventure. It has resulted in Malaysians being saddled with the weakest prime minister since we achieved our independence. The time has come for the warlords and for ordinary Malaysians to search their souls and to forget past differences. Just set in motion the engine that will lead us to a genuine leader who will initiate the transformations that we are in dire need of.
Read More / Baca Lagi >>

Negara alami kegagalan kepimpinan yang kronik

Posted: 04 Apr 2015 06:19 PM PDT



DR DZULKEFLY AHMAD

PERNAH saya buat ramalan dalam penulisan bertarikh Nov 2014 lalu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan tumbang akibat dari skandal 1MDB.

Dengan serangan yang sangat dahsyat yang dilancarkan oleh Tun Mahathir dalam media Facebooknya semalam, telahan saya itu semakin tampak nak menjadi kenyataan.

Tun yang sudah menjadi mantan PM sejak Oktober 2003, masih punya pengaruh berbisa dalam apa jua singgungannya akan perihal politik negara. Itu hakikat yang sukar ditolak kawan dan lawan.

Pertama, Tun mahukan siasatan tentang dakwaan Sirul bahawa beliau yang disabitkan bersalah oleh Mahkamah, membunuh wanita mongolia, Altantuya, yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam, adalah dibuat di bawah arahan.

Tun tegaskan rakyat mahu tahu siapa yang mengarah. Sebagai pengawal peribadi DS Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang beri arahan tersebut. Tun menyebutkan amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

Dalam hal 1MDB Tun menegaskan bahawa tuduhan penyelewangan dalam urus niaga berbilion ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini kata Tun, tidak dijawab selain daripada berkata ia adalah pembohongan.

Tun telah membangkitkan pelbagai persoalan kritikal tentang urusniaga 1MDB termasuk perihal bayaran US$700 juta yang dibayar kepada PetroSaudi dan kesahihan wujudnya aset syarikat itu sebenarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Kapten Lee: Helikopter Terhempas Bukan Kerana Cuaca Buruk

Posted: 04 Apr 2015 06:16 PM PDT

Seorang juruterbang helikopter yang menjadi saksi di udara berhubung tragedi korban enam penumpang dalam helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada petang Sabtu, menceritakan dia melihat pesawat malang itu menjunam hingga ke tanah dan mengeluarkan asap hitam.

Mahu dikenali sebagai Kapten Lee, dia yang ketika itu membawa penumpang dari Senai, Johor ke Subang memberitahu laluannya sama dengan helikopter tersebut dan sempat berkomunikasi antara mereka untuk memaklumkan keadaan waktu dan ketinggian.

Katanya, menjadi suatu yang biasa sebagai juruterbang untuk memerhatikan mana-mana kapal terbang atau helikopter yang berada di sekelilingnya.

"Jadi sampai sahaja di Kajang, saya nampak satu helikopter IGB memang keluar dan menuju ke Kajang sedang turun. Bila saya nampak, saya sambung terbang.

"Dalam dua tiga minit, bila saya pandang balik helikopter tu, saya nampak ia dah menjunam, muncung helikopter ke bawah dan saya perhatikan sampai helikopter tu jatuh ke tanah, keluar asap hitam," katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Tambah Kapten Lee, pada ketika kejadian cuaca kelihatan cerah walaupun hujan panas, namun dia menafikan adanya hujan ribut.

"Berdasarkan pengalaman saya, yang jatuh tu bukan disebabkan cuaca. Terpulang pada siasatan"

"Rasa ngeri. Selepas kejadian, saya terus maklum kepada pengawal di menara kawalan," katanya yang terpaksa meneruskan perjalanan bersama penumpangnya.

Semalam, helikopter jenis S365 milik IGB Corporation, yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya, dan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang. -therakyatpost
Najib arah siasatan penuh nahas helikopter di Semenyih

SEMENYIH: Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan satu siasatan penuh rapi dan menyeluruh dijalankan untuk mengetahui punca nahas helikopter di Semenyih petang semalam.

Helikopter itu, yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya, dan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang.

Perdana menteri menjelaskan bahawa mengikut prosedur beliau tidak boleh mengesahkan identiti mangsa selagi belum disahkan oleh pihak forensik.
Read More / Baca Lagi >>

TUN M AMAT KECEWA………..

Posted: 04 Apr 2015 06:05 PM PDT

Berkemungkinan besar yang menyebabkan Tun Mahathir (Tun M) 'berang' terhdap DS Mohd Najib adalah disebabkan kekecewaannya untuk melihat orang Melayu maju dibawah kepimpinannya. Tun M pernah pada suatu waktu dulu menyatakan bahawa beliau 'gagal' untuk memajukan orang Melayu. Dan tentulah agaknya beliau mengharapkan kepada PM selepasnya akan berusaha sedaya upaya untuk meneruskan 'perjuangan' memajukan orang Melayu ini. Dan kelihatan Pak Lah telah gagal untuk memenuhi harapnya dan beliau mengharapkan kepada DS Najib untuk menyambung untuk memenuhi hasrat sedemikian. Dan pada pertimbangannya DS Najib juga gagal setelah enam tahun menerajui negara ini.
Tun M aku anggap sebagai manusia 'luar biasa' yang sama 'luar biasa' nya dengan Saudara Anwar Ibrahim. Mereka adalah pemimpin dan 'pemimpin sebenar' yang dikurniakan Tuhan kepada bangsa Melayu. Dengan sebab itulah gandingan kedua-dua tokoh ini ketika menjalankan pentadbiran di negara ini dahulu, Malaysia telah sentiasa berada dipuncak kemasyhuran. Nama Malaysia menjadi sebutan seluruh dunia, harum semerbak di mana-mana saja, baik di timur atau di barat. Anak Malaysia yang berpengalaman berkhidmat di luar negara akan dapat merasakan apa yang aku maksudkan itu. Amat bangga menjadi rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia dengan tidak mengira kaum 'walking tall' ketika menghadiri persidangan antara bangsa samada di dalam atau di luar negara.
Aku rasa tidak ada Perdana Menteri yang telah menyediakan 'resepi' untuk mentadbirkan negara ini sepertimana yang dilakukan oleh Tun M. Seolah-olah Tun M memang berhasrat benar untuk menjadi Perdana Menteri dan bersedia untuk melakukan sesuatu demi untuk memajukan rakyat negara ini khususnya orang Melayu.
Buku "Malay Dilemma"nya adalah semacam 'blue print' bagi beliau yang akan membimbing beliau untuk mentadbirkan negara ini. Beliau sudah mengkaji kelemahan dan kekuatan yang ada pada orang Melayu. Beliau tidak pula marah kepada kejayaan kaum lain di negara ini yang telah dapat bergerak lebih maju daripada orang Melayu. Dan tumpuan beliau tentulah memajukan orang Melayu disamping tidak mengabaikan kepentingan kaum-kaum lain.
Aku masih ingat tentang rancangan program 'mengubah minda' orang Melayu yang dilakukan olehnya dengan berbagai program dan rancangan demi untuk mengubah 'mind-set' dan cara berfikir orang Melayu. Berbagai rancangan diperkenalkan dan salah satu program yang betul-betul 'luar biasa' bagi aku ialah pengenalan dasar 'Pandang Ke Timur'nya.
Dasar 'Pandang Ke Timur' mungkin juga terlintas di kepala samada Tunku Abdul Rahman atau Tun Abdul Razak atau pun Tun Hussein Onn. Mungkin. Tetapi yang jelasnya ialah selepas sahaja beliau menerajui tampuk pemerintahan negara ini dasar itulah yang cuba disogokkan kepada rakyat Malaysia. Mungkin ada sesuatu yang rakyat tidak begitu nampak dan jelas mengenai dasar yang diperkenalkan itu. Lantas timbul polemik yang memakan masa yang agak lama dikalangan rakyat Malaysia mempersoalkan apa sebenarnya dasar berkenaan dan ke mana arahnya rakyat hendak 'dibawa' oleh Tun Mahathir.
Read More / Baca Lagi >>

Pecat Tun Salleh Abas kesalahan terbesar Tun Mahathir

Posted: 04 Apr 2015 05:40 PM PDT

Melayu mudah lupa. Ada kebenaran dalam kata-kata tersebut kerana apa yang berlaku 27 tahun lepas seakan sudah dilupakan.

 Dalam sebuah laporan, saat ditanya apa kesalahan terbesar saat mentadbir negara Malaysia, Dr Mahathir masih lagi tertanya-tanya apa kesalahan yang telah beliau buat.

Dari sudut ekonomi dan pembangunan, tidak dapat dinafikan Tun Mahathir lebih berjaya daripada pentadbiran sekarang. Setidak-tidaknya beliau ada meninggalkan legasi yang positif seperti Menara Berkembar Petronas, Putrajaya, KLIA dan pelbagai projek lagi.

Malangnya, pemimpin hari ini hanya meninggalkan legasi berupa hutang 1MDB dan GST kepada rakyat. Barangkali Tun hanya berseloroh saat menjawab soalan tersebut kerana beliau tidak dapat tidak, pasti akan ingat apa yang terjadi pada tahun 1988.

27 tahun lepas, badan kehakiman negara telah hilang 'taringnya' dengan krisis pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas bersama-sama 5 orang hakim Mahkamah Agung (supreme court). Kronologi, isu dan persoalan-persoalan berkaitan krisis kehakiman itu tidak perlulah diceritakan panjang lebar di sini.

Memetik tulisan Tun Saleh Abas bertarikh 26 April 2014 dalam sebuah artikel di The Malaysian Insider ''Walaupun banyak permintaan untuk saya memberi komen tentang kebebasan badan kehakiman, saya tidak mahu melakukannya kerana setiap orang mempunyai mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar.

Read More / Baca Lagi >>

Pasukan khas mula siasat punca helikopter terhempas pagi ini

Posted: 04 Apr 2015 05:30 PM PDT


Helikopter jenis Dauphin dengan nama kod 9M-1GB itu yang membawa enam orang termasuk Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, terhempas di satu kawasan kebun getah jam 4.55 petang Sabtu.
Helikopter jenis Dauphin dengan nama kod 9M-1GB itu yang membawa enam orang termasuk Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, terhempas di satu kawasan kebun getah jam 4.55 petang Sabtu.
KUALA LUMPUR, 5 April:
Siasatan nahas helikopter awam AS3655N2 Dauphin 9M-1GB yang terhempas di Semenyih dekat Kajang akan bermula pagi esok (pagi Ahad), dengan keutamaan diberikan terhadap usaha mengesan kotak rakaman suara helikopter berkenaan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menurutnya, satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat punca helikopter terhempas petang tadi dan pasukan itu akan membuat siasatan menyeluruh termasuk mengambil semua bukti di lokasi nahas itu di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru.
"Mereka akan pergi ke kawasan kemalangan esok (hari ini), untuk mengumpul semua wreckage (serpihan) yang ada untuk kita lihat apa sebenarnya punca yang menyebabkan kemalangan itu.
"Paling penting adalah untuk dapatkan voice recorder untuk bantu kita dalam siasatan," kata Liow ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur lewat malam Sabtu.
Read More / Baca Lagi >>

PR bakal tadbir Malaysia-Wan Azizah

Posted: 04 Apr 2015 05:27 PM PDT

Menurut Presiden PKR, parti itu setanding dengan parti politik arus perdana di negara ini walaupun melalui pelbagai dugaan dan tekanan sejak dari awal penubuhannya.
wan azizah
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) optimis akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yakin masa depan negara ini terletak di tangan gabungan parti berkenaan.
Atas tujuan itu, beliau mengajak parti komponen PR- PKR, DAP, PAS – untuk terus bersatu dan fokus untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN).
Katanya, walaupun suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara sekali lagi namun ia tidak sedikit pun melemahkan semangat PR untuk terus berjuang.
"Kita teguhkan tekad kita bahawa perjuangan tidak sama sekali akan terhenti, tiada jua istilah berundur, kita akan terus mara. Mara bersama semangat perjuangan Anwar Ibrahim, sebagai suatu gerakan yang mampu mencorak masa depan negara, " katanya dalam perutusan sempena Ulang Tahun ke-16 penubuhan PKR.
Menurut Wan Azizah, PKR kini setanding dengan parti politik arus perdana di negara ini walaupun melalui pelbagai dugaan dan tekanan sejak dari awal penubuhannya.
"Kami sekeluarga, para pendokong serta pejuang reformasi dihina dan difitnah hari demi hari. Tidak kurang yang diburu, ditangkap, diseret ke lokap dan ada yang terpaksa merengkok dalam tahanan ISA.
"Namun di sebalik segala kepayahan dan tekanan, PKR berusaha melakar sejarah dengan memecahkan tembok dominasi parti-parti politik veteran yang sudah lama mendominasi sistem politik negara," katanya.

GST: Sekarang persoalan ‘halal dan haram’ pula timbul...

Posted: 04 Apr 2015 05:24 PM PDT

Baru sahaja perdebatan hudud mulai lenyap, tajuk-tajuk utama Malaysia kini dipenuhi dengan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang baru saja dilaksanakan pada 1 April. GST telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia dan telah membuatkan kita semua berfikir semula tentang kewangan kita dan bagaimana kita menguruskan perbelanjaan. Malah sehingga hari ini, ramai yang masih keliru dan tidak faham mengenai GST, mekanismenya dan kesannya kepada kewangan peribadi dan negara.
Ramai yang bimbang bahawa peniaga akan mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan GST untuk menaikkan harga dan turut berharap bahawa kerajaan akan memastikan gaji akan dinaikkan untuk menampung beban cukai.
Sebagai rakyat, kita perlu faham cabaran yang dihadapi negara dan juga keperluan untuk melaksanakan GST. Sebagai pengguna kita sekarang perlu merancang sebaiknya dan membuat keputusan tepat ketika berbelanja. 
Ianya tidak dapat dinafikan bahawa majoriti, jika tidak semua, rakyat Malaysia marah dan tidak berpuas hati terhadap keputusan terkini kerajaan dan saya percaya rungutan tentang GST hadir daripada kurangnya kefahaman tentang cukai.
Kurang kefahaman dan ketidak puasan hati telah mendorong sesetengah pihak mencampur adukkan isu ini dengan agama, menimbulkan persoalan sama ada GST ini halal atau haram daripada pandangan Islam.
Sekali lagi, rakyat Malaysia mendapati diri mereka berhadapan dengan satu lagi perdebatan teologikal sejurus selepas isu hudud yang telah hangat didebatkan oleh ahli politik.
Kali ini ianya bermula daripada kenyataan Perdana Menteri yang dilaporkan berkata pelaksanaan GST adalah halal dan mematuhi fatwa Islam.
Ianya diikuti oleh laporan Malaysiakini tentang PAS mencabar kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan, dengan mendakwa bahawa mereka seharusnya berhenti menjadi pak turut kerajaan mengenai isu GST ini.
Read More / Baca Lagi >>

Daftar penerbangan helikopter yang terhempas

Posted: 04 Apr 2015 05:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Berikut ialah daftar penerbangan helikopter yang terhempas di Semenyih, Selangor, pada Sabtu.

Senarai ini dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

1. Juruterbang Kapten Clifford William Fournier
2. Pembantu Operasi Aidana Baizieva
3. Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia)
4. Datuk Azlin Alias (Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri)
5. Pengawal peribadi Jamaluddin Razakan B Seran
6. Datuk Tan Huat Seang.

 Liow berkata kesemua enam mayat telah ditemui dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah memulakan siasatan terhadap nahas ini, katanya.

Ayah kepada Anwar Ibrahim meninggal dunia - Al Fatihah

Posted: 04 Apr 2015 05:08 PM PDT

.
Ayah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Abd Rahman meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi tadi. Menurut makluman di akaun Facebook isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, jenazah Ibrahim dibawa pulang ke rumahnya di Kajang.

"Kali pertama Anwar dipenjara, beliau diuji dengan pemergian ibunda beliau dan juga pemergian Ustaz Fadhil Noor," tulis makluman di Facebook Dr Wan Azizah merujuk kepada Anwar dan bekas presiden PAS Datuk Fadhil Noor.

"Kali ni diuji pula dengan pemergian Nik Aziz dan kini, ayahanda beliau," tulis makluman itu merujuk kepada pemergian bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jenazah Ibrahim dijangkakan akan dikebumikan selepas waktu Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, Kajang.

 "Kak Wan terpaksa batalkan semua program di Pulau Pinang hari ini, bergegas pulang ke Kajang," tulis makluman di Facebook Dr Wan Azizah yang juga merupakan presiden PKR.

Tun M sedia jumpa ibu Sirul

Posted: 04 Apr 2015 04:59 PM PDT

Hasrat Piah Ahmad untuk berjumpa disambut baik Tun.
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad sedia bertemu ibu Sirul Azhar Umar, yang didapati bersalah atas pertuduhan membunuh model, Altantuya Shaariibuu.
Piah Samat sirulReaksi itu diberikan selepas ibunya, Piah Ahmad atau lebih dikenali Mak Long Piah, 71, yang menyatakan hajat untuk berjumpa bekas Perdana Menteri bagi mendapat pembelaan anaknya, yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Jawapan berkenaan diberikan Dr Mahathir ketika merasmikan persidangan persidangan kepimpinan "What Youth Should Know' pada Sabtu, di Cyberjaya.
"Saya bersedia untuk bertemu dengannya atau sesiapa sahaja," kata beliau.
Mengulas lanjut mengenai hukuman yang dijatuhkan ke atas Sirul, beliau berkata, seharusnya bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), diberi peluang mempertahankan diri sekiranya tindakan yang dibuat atas arahan.
"Soalan yang perlu ditanya suatu ketika dahulu adalah siapa yang memintanya berbuat demikian. Sehingga hari ini tidak ada petunjuk bahawa siapa yang mengarahkannya, tetapi dia perlu diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya atau dia akan dihukum gantung," kata Dr Mahathir.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar bersedia menjadi orang tengah untuk mempertemukan ibu Sirul dengan Dr Mahathir setelah hasrat itu disampaikan kepadanya.

IGP kata Sirul terdesak, cabarnya dedahkan semua

Posted: 04 Apr 2015 04:58 PM PDT

Ketua Polis Negara (IGP) Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan Sirul Azhar Umar bahawa beliau berbohong mengenai siasatan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Sebaliknya, Khalid menganggap Sirul seorang yang terdesak dan mencabar SIrul yang mendakwa dia diarahkan untuk membunuh Altantuya, mendedahkan semuanya.

Khalid berkata, Sirul bertindak demikian bagi menyelamatkan nyawanya dan untuk tidak dibawa pulang ke Malaysia di mana dia akan menghadapi hukuman mati.

Dalam satu kenyataan malam ini, Khalid berkata Sirul telah cuba untuk mencemar dan menimbulkan keraguan terhadap siasatan kes pembunuhan itu, sistem keadilan jenayah, serta penglibatannya sendiri dalam pembunuhan itu.

Katanya, daripada apa yang telah dikumpulkan, Sirul tidak menawarkan petunjuk baru yang boleh melepaskannya daripada jenayah tersebut.

Oleh itu, kata Khalid, pihaknya mengalu-alukan cabaran Sirul untuk membuat pendedahan sekiranya dia ada apa-apa mengenainya.

Read More / Baca Lagi >>

'Serang Najib, Tun M seperti diserang 'histeria'' - Mustapfa Yaakup

Posted: 04 Apr 2015 04:56 PM PDT

Mustapha Yaakub 
SHAH ALAM - Veteran Umno melahirkan rasa kecewa terhadap serangan bertali arus oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, walaupun Dr Mahathir ada alasan untuk mengkritik Najib tetapi serangannya lebih berupa serangan peribadi yang bermotif untuk mendesak Najib berundur dari jawatan PM.

"Tun M seperti diserang histeria dan hilang kewarasan sebagai seorang negarawan yang disegani dan disanjung.

"Sedangkan beliau boleh melakukannya dengan penuh berhemah dan berhikmah," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut Mustapha berkata sekiranya Najib perlu dijatuhkan, Dr Mahathir perlu menggunakan 'saluran' yang betul. 



"Najib menjadi PM kerana beliau adalah Presiden Umno.

"Beliau dipilih oleh perwakilan Umno, Jadi, cara yang paling demokratik ialah melalui pemilihan Umno juga.
Read More / Baca Lagi >>

AS365N2 Dauphin sering diguna urusan korporat

Posted: 04 Apr 2015 04:52 PM PDT

Helikopter AS365N2 Dauphin yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih kira-kira 40km dari ibunegara petang ini, sering digunakan sebagai pengangkutan korporat.

Di samping itu, pesawat malang berkenaan juga kerap digunakan dalam urusan penguatkuasaan undang-undang, perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS), liputan berita dan usaha mencari dan menyelamat.

Berdasarkan maklumat yang terkandung dalam laman sesawang Eurocopter www.airbushelicopters.com, AS365N2 Dauphin adalah helikopter jenis berat sederhana dua enjin pelbagai guna.

Pesawat ini pada mulanya dibangunkan dan dikeluarkan firma Perancis, Aérospatiale sebelum bergabung dengan syarikat Eurocopter multinasional itu pada 1990-an.

Helikopter ini dikeluarkan secara berterusan sejak 1975 hingga kini.

Menurut saksi kejadian, helikopter komersial dengan nombor pendaftaran 9M-1GB itu terbakar di udara sebelum terhempas pada kira-kira jam 4.55 petang.

Read More / Baca Lagi >>