Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Anwar gagal lagi - Permohonan ke Parlimen di tolak?

Posted: 03 Apr 2015 04:16 AM PDT


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ketua Pengarah Penjara yang tidak membenarkannya menghadiri sidang Parlimen.

Ini berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen Anwar untuk dibebaskan daripada hukuman selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan tersebut dalam kamarnya yang dihadiri peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar dan Peguam Kanan Persekutuan Amarjit Singh yang mewakili KDN dan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Untuk ingatkan Tun ... Dulu Musa Hasan dah kata

Posted: 03 Apr 2015 07:17 PM PDT



Benda ni dah lama dan masuk turun court. Mcm2 document ada. Boleh cari.

Rasa ini isu ini bukan isu Tun tapi hanya sampaikan apa orang dalam UMNO dok risau dan ngadu kat Tun.

Susah orang UMNO malas membaca. Patut takyah lauan.

Tun ... zaman Tun kerajaan tak campur tangan dalam hal polis dan mahkamah. Najib pun tak.

Yg campur dulu dah masuk penjara atas sebab salahguna kuasa. Anwar Ibrahim kan????

Pagi ghoyak baik denge UMNO, Petang tokse GST dan ngarah kerajae

Posted: 03 Apr 2015 08:31 AM PDT


Pagi tadi akhbar paparkan berita Nik Aziz pernah nasihatkan supaya bekerjasama dengan UMNO setelah bala bencana jatuh ke atas Kelantan akibat perangai emimpin PASMA dan rapatnya PASMA dengsn DAP dan parti peliwat PKR.

Petang tadi lepas solat jumaat di KB ada pula puak PAS yg demo terhadap kerajaan pimpjnan UMNO.



Hudud suruh sokong dia tapi GST tak mahu sokong. Kamu ni kumpulan menang ke nak atur2 orang?

Berapa kaki kerusi PAS dalam Parlimen? Belum tolak PASMA lagi ... Boleh ke menang kelak lepas kelahi dengan DAP PKR dan PASMA?

Bencana di Kelantan nak selesai ke tidak? Kalau nak, duit tu mana nak cari? Tanah kubur Nik Aziz tak cukup nak dijual sebagai azimat untuk biayai bencana banjir akibat Husam dan kuncu-kuncu melicinkan hutan!!!!!!!!

Dahlah PASMA tak menyabar nak jadi parti politik. Phahrolrazi nak PASMA jadi parti politik supaya dapat tanding di mana PAS tanding di Kedah. Ingat itu cara bagi dia untuk jadi MB Kedah???

Eloklah ... terima kasih sajalah.

Teringat KISAH BERIKUT YG MENGGAMBARKAN PEMIKIRAN DAN SIKAP TERHADAP PERUBAHAN:


Pemikiran jumud dan tak pernah cerdik jejak langkah mereka. Kopiah dan serban di kepala patut membuka kepala dengan ilham daa kebijaksanaan tapi rupanya memanaskan otak dan kepala hingga susah nak berfungsi dengan baik.

PAS Piss Pus... PAS Piss Pus ...

NO LAW allow freedom of press to fabricate lies

Posted: 03 Apr 2015 04:30 AM PDT


The Pen is for Writing, Not Spinning

By Datuk Huan Cheng Guan,
Head, Centre for Political Awareness

The recent outrage over the arrest of the TMI 5 shows many have missed the point of the arrest.
PDRM's actions in those arrests uphold the first principle in the Code of ethics of the National Union of Journalists Malaysia (NUJ) which is:
"Respect for truth and for the right of the public to truth is the first duty of the journalists. To defend the freedom of the Press, to deal with the professional conduct of its members and to maintain high ethical standards in journalism."
The arrest has NOTHING to do with stifling freedom of speech or scaring journalists to toe the line with authorities.

The facts of the case are clear.


1. On 25th March, The Malaysian Insider carried an article Council of Rulers opposes amendments needed to enforce hudud (tinyurl.com/q6omek6) which was nothing but a spin as no such thing happened at the meeting.

2. Based on a Bernama statement, The Star (tinyurl.com/q4sbcjz) reported Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad lodged a report at the Jalan Travers police station yesterday denying that a statement had been issued on the Conference of Rulers' stand on the proposed implementation of hudud.

3. PDRM has been very tolerant of TMI for just last week, TMI wrongly headlined the PM's speech and erroneously reported the PM said the "Sedition Act is needed to curb terrorism" (tinyurl.com/pvswnrg).  Despite a few attempts made by the Prime Minister's Office to point out the error, TMI has NOT removed or corrected that report.

4. The issue of that highly erroneous article on hudud is different. Action had to be taken because The Malaysian Insider:

• reported an UNTRUTH and made it seem like it happened
• refused to amend the article which is still in TMI even until today
• The error is very serious because if it were perceived as truth, the possibility of a Malay uprising is there.
• Action was taken based on the police report lodged by the Keeper of the Rulers' Seal and not because of any other person/parties.



5. The Malaysian Insider must take responsibility for its mischievous habit to spin DISINFORMATION which is "false or inaccurate information that is spread deliberately. It is an act of deception and false statements to convince someone of untruth.

Unlike traditional propaganda techniques designed to engage emotional support, disinformation is designed to manipulate the audience at the rational level by either discrediting conflicting information or supporting false conclusions.

A common disinformation tactic is to mix some truth and observation with false conclusions and lies, or to reveal part of the truth while presenting it as the whole (a limited hangout). (Wikipedia)

6. It is inconceivable that NUJ and other press bodies do not seem to realize this and how TMI has outrageously flouted Code of Ethics. The role of such watchdog bodies should be to pressure fellow journalists to report truth. They and other critics should not derail the whole scenario by accusing the government of victimizing TMI.

7. As it stands, the government has not acted as harshly but within the parameters of duty. Had this occurred in other authoritarian governments, the whole portal would have been closed down, owners fined and guilty ones immediately charged. The case of 16 year old Amos Yee is a good example of how strict enforcement shows no mercy.

8. Finally, the way lawyers, some lawmakers, journalists and ordinary citizens have taken umbrage to this development gives the absurd impression that journalists are ABOVE the law.

No one is above the law. You break the law, face the music.

What do you expect the government to do? Award these guilty ones with medals for spinning?

Be fair and look at the situation squarely and objectively!

Peguam Negara patut jelaskan pada Tun M

Posted: 02 Apr 2015 11:33 PM PDT


Nampaknya Mahfuz Omar begitu seronok apabila Tun M menimbulkan isu pembunuhan Altantunya. Macam mana seronok pun, pasti Mahfuz tak akan menjadi pandai macam Tun M. Gelagat bodoh Hello! hello! Mahfuz tetap dikenang jua.

Posting Tun M semalam berkisar isu sama: Kenapa tak jawab pelbagai isu yang hanya membuat persepsi terhadap UMNO bertambah buruk hingga boleh menyebabkan BN bakal kalah PRU kelak.

Memang perlu dijawab segera dan tepat supaya keyakinan dapat dikembalikan. 1MDB dah melalui proses odit dan lain-lain maka perlulah ditunggu siasatan.

Mungkin PM tak tahu adanya hanky panky yang dibuat pegawai-pegawai 1MDB diluar pengetahuan dan arahannya.

Namun persoalan yang timbul perlu penjelasan dan bukan setakat penafian saja.


Kami merujuk posting Tun M dan khusus pada berikut yang nampaknya digembar gembur Mkini

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul "merepet", tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

--------------

Ini persoalan undang-undang yang sudah lama didebatkan.

Ada kata untuk hukum seseorang atas hukum bunuh atau apa2 jenayah, mesti ada complete information termasuk motif dan buktinya mesti beyond reasonable doubt.

Berdasarkan maklumat mahkamah yang dilaporkan, Razak Baginda jumpa pembantu keselamatan Dato Najib bernama Musa Safri dan dia arah Azilah suruh "Take care."

Maka Azrilah ingat maksudnya dalam bahasa penjenayah seperti dalam filem action hollywood sebagai kasi bunuh. Maksud sebenar yang difahamkan adalah "uruskan dan selesaikan masaalah ini."

Hal ini sudah dijelaskan.

Masaalahnya yang menjadi kontroversi adalah kenapa Azilah dan Sirul bunuh.

Kedua mereka ngaku bunuh Altantunya dan letupkan bom pada mayat tersebut serta bawa pegawai penyiasat polis ke sana. Motif Azilah dan Sirul bunuh tidak ada.

Peguam bela Azilah dan Sirul pula tidak bawa kedua-dua jadi saksi bicara untuk disoalsiasat oleh kedua2 pihak pembelaan dan pendakwaan.

Turut juga tidak dibawa menajdi saksi adalah Musa Safri. Pihak pendakwa tidak letak dalam senarai saksi pendakwaan. Peguambela cuba tapi kalah hujah untuk bawa jadi saksi.


Maka ini perlu dijawab atau dijelaskan oleh hakim. Jika hakim tak boleh dipersoalkan, Peguam negara perlu jelaskan keputusan hakim.

Azrilah dan Sirul lepas atas salah satu hujah tiada motif tapi bila di bawa ke Mahkamah persekutuan kalah dan dihukum mati.

Maka Peguam negara perlu jawab dan jelaskan.

Susah bagi Dato Najib nak jawab hal mahkamah. Nanti si Piji pula kata mahkamah tak telus dan AG ikut arahan PM dna tak bebas.

Hal Razak Baginda pun satu isu juga. Kenapa pula akhirnya dia tak didakwa?

Bagi nak lepaskan Razak dari dakwaan, kes dah masuk mahkamah dan ia perlu dipersetujui hakim. Pihak penghakiman perlu yakin tiada kes untuk lepaskan Razak Baginda dari didakwa.

Cuba cari interbiu Razak berikut:








tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:32 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Pemimpin Sarawak pertahan Najib, yakin BN menang PRU14

Posted: 02 Apr 2015 09:31 PM PDT

Seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini daripada serangan Tun Dr Mahathir Mohamad, mengatakan setakat yang negeri itu tahu, Najib "akan menang besar di Sarawak pada pilihan raya umum (PRU) 2018".

Tan Sri James Masing yang merupakan presiden parti Dayak yang terbesar, Parti Rakyat Sarawak (PRS), berkata ini kerana Najib membela kebajikan mereka yang mengundi BN, merujuk kepada sokongan rakyat Sabah dan Sarawak.

Menteri pembangungan tanah negeri itu juga mengatakan kenyataan Dr Mahathir yang rakyat di Sarawak tidak lagi percayakan Najib adalah tidak benar.

Perdana menteri paling lama berkhidmat itu semalam melemparkan kritikan paling keras terhadap Najib di dalam blog popularnya chedet.cc, menjangka kekalahan BN dalam PRU akan datang sekiranya Najib masih berkuasa.

Masing tidak setuju dengan perkara itu, mengatakan yang Najib, tidak seperti 5 perdana menteri sebelumnya, termasuk Dr Mahathir sendiri, bukannya hanya mementingkan Semenanjung dalam polisinya, sebaliknya juga menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat Sabah dan Sarawak, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

"Daripada 5 perdana menteri sejak 1963, hanya Najib seorang yang betul-betul prihatin dengan kebajikan Sabah dan Sarawak,

"Beliau mengiktiraf 16 September, tarikh yang dekat dengan rakyat Sabah dan Sarawak sebagai Hari Malaysia, 50 tahun selepas kemerdekaan.

"Beliau memperuntukkan dana untuk pembangunan Lebuhraya Pan Borneo sementara 4 perdana menteri sebelum ini, termasuk Dr Mahathir, tidak kisah langsung."

Masing berkata, di bawah perdana menteri sebelum ini, "lebuh raya di Malaya dibina dari utara ke selatan, timur ke barat dan merata tempat."

Katanya, berkata projek mega berbilion ringgit seperti Menara Berkembar Petronas, 2 jambatan di Pulau Pinang dan 'jambatan bengkok' yang gagal, semuanya dibina di Semenanjung.

Beliau berkata, hasil pandangan sempit perdana menteri terhadap Malaysia sebelum ini, "kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak tidak diendahkan."

"Najib ambil masa melawat dan memperuntukkan dana bagi membangunkan Sabah dan Sarawak.

"Najib merupakan perdana menteri yang paling banyak melawat 2 negeri timur ini."

"Beliau lakukannya kerana faham yang Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian penting Malaysia.

"Tanpa 2 negeri ini, tiadalah Malaysia.

"Perdana menteri sebelumnya, semuanya nampaknya hanya tumpukan pada Malaya."

Masing berkata beliau yakin BN di bawah kepimpinan Najib akan terus mentadbir Malaysia selepas PRU14 pada 2018.

"Bagaimanapun, lebih mudah sekiranya Umno kekal bersatu padu, kerana parti yang bercelaru susah untuk dipertahankan," katanya.

Dr Mahathir sejak tahun lepas terus-terusan menyerang Najib kerana perbezaan pendapat mereka berhubung soal dasar.

Dalam blog popularnya semalam, beliau menyenaraikan pelbagai dakwaan yang dibuat terhadap Najib dan mengatakan tidak satu pun antaranya dijelaskan sepenuhnya.

Ini termasuk kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu serta kenyataan daripada pembunuhnya, bekas komando Sirul Azhar Umar, yang merupakan bekas pengawal peribadi Najib.

Dr Mahathir juga menyentuh masalah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mempersoalkan keperluan Putrajaya memberikannya bantuan kewangan hampir RM1 bilion, pembelian tanah kerajaan yang dibuatnya dan perjanjian yang diragui dengan syarikat tidak dikenali ramai, PetroSaudi International.

""Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar Umno, dan dengan itu BN, akan kalah jika Najib memimpin Umno hingga PRU14," tulis beliau. – TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=262442:pemimpin-sarawak-pertahan-najib-yakin-bn-menang-pru14&Itemid=2#ixzz3WDWb9RQl
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:27 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Ayahanda Najib perlu respon kritikan ayahanda Mahathir, kata anakanda Ibdil

Posted: 03 Apr 2015 08:22 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya untuk Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan respon terhadap kritikan yang dilontar oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, tegas Ibdillah Ishak dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

"Perkara yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir adalah tentang masa depan UMNO dan PRU14, yang saya kira ianya adalah satu pandangan beliau sebagai seorang yang mencintakan parti mengatasi segalanya," ulas Ibdil yang juga EXCO Pemuda UMNO.

Tegasnya lagi, anak muda Malaysia mahukan respon yang tuntas dari mulut Perdana Menteri sendiri.

"Saya memuji keterbukaan YAB PM dalam menerima kritikan dari sesiapa sahaja. YAB PM merupakan seorang pemimpin yang inklusif dalam mentadbir Malaysia. Namun, anak muda Malaysia mahu lihat respons YAB PM kepada segala fitnah jahat pihak lawan. Mungkin sudah tiba masanya."

Tambah Ibdil lagi, kepimpinan negara ini memerlukan "Cabinet of Talents" yang mahu melibat perubahan berlaku di dalam UMNO.

"Anak muda Malaysia lihat parti UMNO dari pimpinan tertinggi sehinggakan pimpinan di peringkat cawangan. Mereka mahu lihat perubahan berlaku di dalam UMNO. Peremajaan parti haruslah disegerakan.
Read More / Baca Lagi >>

6 tahun Najib jadi PM, 6 tahun yang menyerabutkan

Posted: 03 Apr 2015 08:19 PM PDT

Semalam, genap 6 tahun Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri Malaysia.
Dan sepanjang 6 tahun ini, seingat saya – atau sepanjang pengetahuan dalam hayat saya, inilah masa negara dalam keadaan paling serabut dan paling teruk keadaannya.
Mungkin kenyataan ini tidak adil kerana sepanjang hayat saya, saya cuma hidup dalam zaman 3 perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan Najib.
Tetapi pada zaman Najiblah, saya fikir – lebih ramai rakyat tidak yakin dengan kepimpinan kerajaan berbanding sebelum ini.
Terlalu banyak kenyataan tak masuk akal daripadanya, mahupun daripada menteri-menteri lantikannya yang saya ingat dalam zaman pentadbirannya.
Terlalu banyak keadaan yang membuatkan rakyat biasa seperti saya menjadi marah dengan kerajaan ini.
Kenyataan seperti ayam seringgit, kangkung turun harga, golf sukan rakyat atau baru-baru ini makan di warung lebih sedap bukanlah satu kenyataan yang pernah saya dengar masa zaman Dr Mahathir atau Pak Lah.
Saya percaya pada zaman Tunku, Tun Razak, Tun Hussein Onn – yakni zaman sebelum lahirnya saya, saya fikir tidak ada kenyataan-kenyataan bodoh seperti ini dikeluarkan oleh seorang perdana menteri.
"Approval rating" Najib juga adalah yang paling rendah sebagai perdana menteri dalam sejarah Malaysia – dengan 44% rakyat tidak menyokongnya, menurut kajian Merdeka Center baru-baru ini.
Sudahlah tidak popular dan sering mengeluarkan kenyataan yang buat orang ramai menepuk dahi, kemudian dalam pentadbirannya juga, tangkapan ke atas aktivis, wartawan dan ahli parti politik pembangkang makin berleluasa.
Saya bukanlah nak kata perdana menteri yang lain tidak buat perkara yang sama, tetapi kekerapan pada perdana menteri kali ini melakukan perkara yang membangkitkan kemarahan rakyat sangat banyak.
Malangnya, walaupun Najib tidak popular di kalangan rakyat, tetapi kedudukannya dalam parti sangat kuat, menyebabkan dia terus bertahan dalam parti yang menguasai kerajaan ini.
Persoalan saya, sampai bila nak jadi macam ni?
Apabila Pak Lah menerima tekanan daripada rakyat, dia terus sedar diri dan terus melepaskan jawatan.
Read More / Baca Lagi >>

Gaji rendah berkait dengan suara kesatuan lemah, kecil

Posted: 03 Apr 2015 08:13 PM PDT

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lalu membangkitkan lagi kisah gaji rendah, dengan pakar ekonomi melihat lemahnya kuasa pekerja, kebanjiran pekerja asing dan polisi ekonomi kebangsaan sebagai punca utama.

 Pakar berkata, masalah berlarutan itu disebabkan polisi perindustrian Malaysia yang bergantung kepada sektor pembuatan. Namun ia turut berkait dengan pengurangan berterusan keahlian kesatuan disebabkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Malah, seorang pakar ekonomi dalam sebuah forum kebajikan baru-baru ini berkata, hak pekerja yang lebih baik melalui kesatuan dapat memastikan mereka mendapat gaji dan faedah yang lebih baik.

Dr Muhammed Abdul Khalid yang juga penulis Laporan Pembangunan Kemanusiaan Malaysia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (MHDR) 2013 berkata, negara dengan kadar kesatuan yang tinggi cenderung memiliki pekerja yang mendapat bayaran lebih adil. Penyokong kesatuan mendakwa produktiviti industri yang meningkat beberapa tahun lalu tidak padan dengan peningkatan gaji kerana kuasa kesatuan dinafikan dengan kebanjiran pekerja asing.

Read More / Baca Lagi >>

Bagaimana Pakatan akan ganti Anwar?

Posted: 03 Apr 2015 08:09 PM PDT

Selepas pindaan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan hampir memecah-belahkan Pakatan Rakyat (PR), parti-parti komponennya kini perlu menentukan siapa untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebagai calon perdana menteri.

Ini kerana memilih ketua pembangkang baharu tidak begitu sukar berbanding menentukan bagaimana untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata seorang pemerhati politik Khoo Kay Peng.

Persoalan lebih besarnya adalah siapakah yang mampu menyatukan ketiga-tiga parti PAS, DAP dan PKR untuk membawa PR ke hadapan dan menjadikan gabungan itu sebagai pilihan alternatif untuk mengambil alih Putrajaya?

Ramai calon pengganti Ketiga-tiga parti mempunyai ramai calon untuk menggantikan Anwar sebagai ketua pembangkang di Parlimen, kata penganalisis politik Prof Shaharuddin Badaruddin.

Calon paling kanan yang pernah menjawat jawatan itu ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Terdapat juga pemimpin lapis kedua seperti Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mempunyai kekuatan politik dan pengalaman. Namun jika pemilihan berdasarkan norma-norma demokrasi, ketua pembangkang perlu datang dari DAP kerana mereka mempunyai kerusi terbesar di Parlimen, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad. DAP mempunyai 37 kerusi berbanding PKR, iaitu 30, dan PAS 21.

Prinsip sama digunakan apabila bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor dipilih menjadi ketua pembangkang selepas Pilihan Raya Umum 1999, apabila parti Islam itu mempunyai kerusi terbesar di kalangan pembangkang. "PR perlu kembali kepada norma-norma demokrasi berparlimen," kata Dzulkefly yang juga bekas ahli Parlimen Kuala Selangor. Menurut Dzulkefly, Anwar dipilih menjadi ketua pembangkang pada 2013 kerana DAP memberikan laluan.

"DAP mempunyai hak untuk menolak. Saya bukannya berpihak kepada DAP atau ianya berdasarkan etnik. Ianya tentang norma-norma demokrasi." Namun Shaharuddin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) percaya jawatan itu akan kembali kepada PKR disebabkan kekeruhan hubungan DAP dan PAS pada ketika ini.

Kedua-dua parti itu berada dalam "perang dingin" pada ketika ini selepas PAS mengumumkan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk meminda undang-undang Persekutuan bagi membenarkan Kelantan melaksanakan hudud. DAP kemudiannya membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Hadi, yang menyebabkan kemarahan ramai pemimpin PAS.

 "Tetapi jika mereka memilih ketua pembangkang bukan Melayu, terdapat kebimbangan akan menyukarkan untuk mendapat undi Melayu," kata Shaharuddin.

Read More / Baca Lagi >>

'Pecah monopoli pasaran telekomunikasi'

Posted: 03 Apr 2015 06:01 PM PDT

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata wajar dipecahkan monopoli dalam pasaran telekomunikasi selepas syarikat telekomunikasi didapati secara kolektif menaikkan harga kad tambah nilai ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Empat syarikat telekomunikasi - Celcom, DiGi, Maxis dan U Mobile - didapati menaikkan harga kad tambah nilai walaupun harganya sepatut kekal dengan GST.

GST bertujuan untuk menggantikan cukai jualan.

Sebaliknya, mereka memasukkan enam peratus cukai jualan yang telah dimansuhkan itu, ke dalam dalam keuntungan mereka dan menggenakan tambahan enam peratus GST.

"Telco 4 ini wajar dipecahkan monopoli mereka agar dengar apa kehendak pengguna," tulis Ahmad dalam twitternya.

Selepas mereka dikesan telah menaikkan harga, syarikat telekomunikasi berkata, mereka akan memberikan enam peratus lebih 'talktime' (masa berbual) untuk caj lebihan itu, tetapi Ahmad berkata ramai minta turunkan harganya.

"Ramai minta turunkan harga top-up kepada harga asal seperti sebelum GST. Bukan tambah lebih 6 peratus airtime/sms," kata Ahmad dalam twitter.
 

Read More / Baca Lagi >>

Wan Azizah panggil Pakatan mesyuarat, tumpu agenda bela rakyat

Posted: 03 Apr 2015 05:48 PM PDT

KUALA LUMPUR 3 APRIL: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memanggil semua komponen Pakatan Rakyat bermesyuarat dalam waktu terdekat dengan agenda membela rakyat.
WAWI"Saya sedang berusaha supaya satu mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dapat diadakan dalam tempoh dua minggu ini dengan meletakkan agenda pembelaan rakyat sebagai keutamaan teratas," katanya dalam kenyataan.
Menurut Wan Azizah, beberapa agenda utama akan dibincangkan dalam mesyuarat itu nanti meliputi aspek mengawalselia pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk memastikan rakyat tidak terus menjadi mangsa, dan dalam masa sama menyokong segala usaha membantah pelaksaaan cukai tersebut.
Katanya, tindak balas Pakatan Rakyat ekoran siri penangkapan ke atas aktivis, pimpinan politik dan pengamal media yang menunjukkan terhakisnya ruang demokrasi di negara ini juga akan dibawa dalam pertemuan itu nanti.
"Selain itu, kerjasama yang lebih fokus untuk mempercepatkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang masih belum mendapat bantuan sepenuhnya," jelas Wan Azizah lagi.
Sambung Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang itu, persediaan bersama menghadapi pilihan raya yang makin dekat terutama Pilihan Raya Negeri Sarawak, termasuk agenda yang akan dibincangkan.
"Saya percaya rakyat memerlukan pimpinan politik untuk kembali mengangkat agenda membela rakyat dan cuba menangani perselisihan secara berhikmah.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah pengundi Permatang Pauh akan kecewakan rakyat Malaysia?

Posted: 03 Apr 2015 05:39 PM PDT

oleh Ng Kee Seng

Kini kerusi Parlimen Permatang Pauh sudah diisytiharkan kosong dan Pilihanraya Kecil bakal diadakan. Apakah yang dapat dijangka? Adakah BN akan sekali lagi tidak menyertai PRK, seperti di Bukit Gelugor dan Chempaka (ekoran kematian Karpal Singh dan Datuk Nik Aziz Nik Mat)? Ini akan menjadi PRK kesembilan selepas PRU ke-13, selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat pada 8 April ini dan mengumumkan tarikh PRK.

Setakat ini, Malaysia sudah melalui enam PRK bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Kuala Besut – Terengganu, Sg Limau – Kedah, Kajang – Selangor, Balingian – Sarawak, Pengkalan Kubor dan Chempaka – Kelantan) dengan keputusannya BN 3 Pakatan Rakyat 3. Manakala dua lagi melibatkan kerusi Parlimen, dengan DAP mengekalkan kedudukannya di Bukit Gelugor dan Gerakan merampas Teluk Intan daripada parti itu. Keputusannya juga seri, 1 -1.

Dan kini tiba giliran Permatang Pauh, kerusi Parlimen PKR dan diduduki tokoh yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Anwar Ibrahim sejak 1982. Isternya, Dr Wan Azizah juga pernah menduduki kerusi itu ketika beliau dipenjarakan buat kali pertama. Ia bukanlah pencapaian yang kecil dalam sejarah pilihanraya – 33 tahun yang lama. PKR dan keluarga Anwar dijangka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Permatang Pauh.

Mereka tentunya mahu mendapat kemenangan yang meyakinkan untuk Anwar, dan untuk membuktikan kepada Umno dan BN bahawa kerajaan kini semakin tidak popular. PKR adalah pilihan untuk memenangi PRK ini, namun ia bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka tidak boleh sambil lewa dan mengambil kesempatan terhadap sokongan yang ada.

Jika Umno tidak takut untuk bertanding di Permatang Pauh – seperti MCA di Bukit Gelugor dan Umno sendiri di Chempaka – keseluruhan jentera BN pasti akan turun ke Seberang Perai. BN pasti ingin membuktikan pengkritiknya salah, dengan mengurangkan majoriti 11,721 undi yang dimenangi Anwar pada PRU yang lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Wan Azizah harap mesyuarat Pakatan selesai perbalahan DAP-PAS

Posted: 03 Apr 2015 05:34 PM PDT

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap usaha mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam masa terdekat mampu menyelesaikan pertelingkahan antara DAP dan PAS.

Di tengah-tengah pertelingkahan antara DAP dan PAS, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedang berusaha mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam masa dua minggu bagi membincangkan isu membabitkan rakyat. Menggesa pemimpin kedua-dua parti kembali ke meja perundingan bagi merungkai perbezaan yang wujud antara mereka, beliau berkata mesyuarat yang bakal diadakan itu akan mempunyai empat agenda utama.

Satu daripadanya ialah isu cukai barang dan perkhidmatan (GST); perbincangan mengenai bagaimana hendak memastikan rakyat Malaysia tidak terlalu terbeban dengan cukai penggunaan itu dan menyokong usaha yang menentang pelaksanaannya.

Agenda berikutnya ialah merangka tindak balas PR terhadap tangkapan yang dibuat ke atas pemimpin, aktivis dan pengamal media baru-baru ini. Dua agenda seterusnya ialah usaha membantu mereka yang terjejas akibat banjir besar pada Disember lepas dan persediaan menghadapi pilihan raya, terutamanya peringkat negeri Sarawak akan datang.

Read More / Baca Lagi >>

Mohd Amar nafi laporan akhbar berhubung "Amanat Tok Guru Nik Aziz"

Posted: 03 Apr 2015 05:20 PM PDT


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan berkata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan pesanan supaya berbaik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan melalui Facebook miliknya. – Gambar Facebook, 3 April, 2015.

 
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan kenyataannya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini, berhubung amanat terakhir Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dikaitkan dengan isu hudud di Kelantan.

Timbalan menteri besar Kelantan itu menafikan berkata yang Nik Aziz meninggalkan pesanan mengingatkan ahli PAS supaya mewujudkan hubungan baik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan. Beliau membuat penafian tersebut melalui media sosial, mengatakan laporan itu "tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah."

 "Merujuk tajuk dan laporan Berita Harian Jumaat 3 April 2015 yang memetik kenyataan saya berkenaan 'amanah Tok Guru Nik Aziz'. "Dukacita dimaklumkan laporan akhbar tersebut adalah tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah," katanya dalam satu posting di laman Facebook miliknya petang tadi.

Justeru, beliau menyarankan pembaca mendapatkan maklumat yang tepat dan benar dengan merujuk ucapan penuhnya yang terlebih dahulu dirakam oleh pihak penganjur. Beliau dipercayai merujuk ucapannya dalam satu majlis ceramah penjelasan isu hudud yang diadakan pada 1 April jam 9 malam di Pengkalan Chepa, Kota Baru, Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Semua dakwaan Sirul Azhar sudah disiasat kata KPN

Posted: 03 Apr 2015 05:14 PM PDT

SEPANG: Pihak polis telah menjalankan siasatan terhadap semua dakwaan baharu yang dibangkitkan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan merumuskan tidak mempunyai apa-apa asas untuk meneruskan siasatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu tulisan di blognya yang mahu kenyataan Sirul sebelum ini bahawa beliau mengikut arahan untuk melakukan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, disiasat.

Sirul juga berkata pembunuh sebenar Altantuya masih bebas.

Khalid memaklumkan pihak polis telah mengadakan pertemuan dengan Sirul yang berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia untuk diambil keterangan berhubung semua dakwaan yang dibuatnya itu.

"Sebenarnya kami telah pun menjalankan siasatan terhadap apa jua kenyataan yang dibangkitkan Sirul Azhar...mungkin, dan sudah tentu Tun (Dr Mahathir) tidak tahu apa tindakan dan siasatan yang kami jalankan.

"Semua dakwaan termasuk yang baharu, telah kami jalankan siasatan dan selepas meneliti hasil siasatan, kami berpendapat tidak ada apa-apa perlu kami buat untuk meneruskan siasatan," katanya.

Beliau turut menambah, perkara yang dibangkitkan oleh Sirul itu telah meliputi perkara yang diketahui polis sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO & British.. Apa persamaannya ???

Posted: 03 Apr 2015 04:58 PM PDT

DAHULU.. British telah kenakan pelbagai cukai bebankan rakyat..
KINI.. LEGASI ITU terus diwarisi UMNO hingga ke hari ini..

MENGAPA DAHULU rakyat menentang British pekena cukai bebankan rakyat ???
KERANA DAHULU macai tak wujud lagi.. LOL !!!

MANA MAU SOROK NAJIB & ROSMAH !!! Satu dunia dah heboh pasal KAMU, 1MDB &skandal lain.

Posted: 03 Apr 2015 04:30 PM PDT


Kat M'sia boleh lah kamu BERLAGAK HERO nak saman akhbar pro pembangkang.. Kalau gentle saman sekali lah akhbar2 luar negara !!!.. Jangan jadi jaguh kampung & berkokok di tempat sendiri aja..

Satu persatu, hari demi hari malapetaka menimpa MEREKA.. KAMU ingat dgn sumbat DS Anwar Ibrahim ke penjara KAMU boleh tido lena ka...

Perancangan & kuasa Allah swt lagi HEBAT dari perancangan 'KAMU'..

Mulai bulan depan (Mei 2015) harga kupon tambah nilai prabayar akan kembali kepada harga asal...

Posted: 03 Apr 2015 04:23 PM PDT


Kami akan pegang janjimu ini...
Kami akan ingat janjimu ini...

...wahai Ahmad Maslan.

Najib Mesti Bangkit Melawan!!

Posted: 03 Apr 2015 09:49 AM PDT

Apa yang ditunggu-tunggu oleh semua orang sekarang ialah respon dan jawapan daripada Perdana Menteri, Najib Razak terhadap serangan bertali arus yang kian hari kian keras yang dilontarkan oleh Tun Mahathir Mohamad kepadanya.

Secara normal dan manusiawinya, Najib tidak boleh lagi sekadar berdiam diri dan mengunci mulutnya terhadap semua perkara yang dibangkitkan oleh Mahathir kerana isu-isu yang dibangkitkan itu memang ditujukan kepada dirinya.

Berbanding sebelum ini di mana bekas Perdana Menteri itu hanya membangkitkan isu-isu berkaitan kelemahan kepimpinan, ekonomi, hubungan kaum dan lain-lain, tetapi akhir-akhir ini jelas sekali serangan itu ditujukan betul-betul tepat ditujukan ke dahi Najib.

Dalam tulisan di blognya beberapa minggu sebelum ini, Mahathir membangkitkan mengenai anak tiri Najib, Riza Aziz yang diragui kekayaannya sehingga mampu menerbitkan filem di Hollywood dan membeli unit kondo mewah di New York.

Beliau juga mahu tahu sama ada kekayaan itu ada kaitan dengan 1MDB kerana Jho Low yang merupakan kenalan rapat Riza Aziz, sering dikaitkan dengan pelaburan syarikat yang menjadi anak emas kepada Najib itu.

Dalam serangan terbarunya semalam pula, Tun Mahathir tidak saja membangkitkan mengenai hutang 1MDB, bahkan juga menyentuh beberapa aspek lain yan berkaitan secara langsung dengan Najib seperti siapa yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya dan pembelian jet yang turut digunakan oleh "Datin Seri".

Beliau juga mengatakan oleh kerana Perdana Menteri sudah terlalu banyak kelemahan dan ditolak oleh semua kaum, maka BN tidak mungkin menang dalam pilihanraya akan datang.

Menelusuri semua perkara yang dibangkitkan oleh Mahathir sejak akhir-akhir ini, ia nyata sudah melewati aspek kelemahan Najib sebagai pemimpin dan Perdana Menteri semata-mata. Sasaran kini lebih mengenai maruah diri dan keluarga Najib yang dipertikai, diragui dan mahu beliau menjelaskannya kepada umum.

Kekayaan Riza yang dipertikaikan dan dikaitkan dengan Jho Low dan 1MDB adalah maruah Najib. Kecelaruan hutang, keraguan pelaburan dan kehilangan wang 1MDB yang dikaitkan dengan kekayaan keluarganya juga adalah maruah Najib. Pertanyaan tentang Sirul juga berkaitan maruah Najib dan penggunaan jet yang turun digunakan oleh "Datin Seri"  juga adalah tentang maruah Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Najib diasak bertalu-talu, kenapa pemimpin UMNO diam?

Posted: 03 Apr 2015 09:45 AM PDT

Tak boleh nak salahkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang begitu lantang menegur kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Sebagai pemimpin berpengalaman dalam dunia politik dan masyarakat, setiap kata-kata Dr. Mahathir pastinya lahir dari pemerhatiannya sendiri tanpa didorong oleh mana-mana pihak.
Luahan hati beliau akhirnya mendapat sokongan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak semena-mena muncul ketika isu tersebut menjadi bualan rakyat.
Memang hak bekas perdana menteri untuk menyuarakan apa yang terpendam dan menegur kepimpinan Najib tetapi apakah tindakan membuat teguran secara terbuka itu sesuatu yang wajar terhadap seorang pemimpin negara?
Jika Razaleigh boleh bersuara menyokong Dr. Mahathir, ke mana perginya barisan kepimpinan yang di bawah naungan Najib yang langsung tidak berbunyi tentang teguran yang boleh disifatkan sebagai memberi aib kepada pemimpin UMNO sendiri?
Peliknya, apabila ditanya beberapa pemimpin baik bertaraf menteri yang dipilih Najib mahupun ketua-ketua bahagian atau wakil rakyat yang sedia ada, semuanya berdolak dalik untuk memberi komen.
Soalan yang ditanya bukanlah susah untuk dijawab. Cuma berkisarkan kata-kata Dr. Mahathir yang mengkritik kepimpinan Najib di peringkat terlampau dan tak ada seorang pun yang bangkit menegur Dr. Mahathir demi mempertahankan Najib.
"Awak cari pemimpin lainlah, saya tak boleh nak komen. Tak berani."
Itu jawapan stereotaip yang diterima daripada beberapa pemimpin yang dipilih Najib apabila diminta mengulas kata-kata Tun setidak-tidak pun bersuaralah membela Najib.
Soal Dr. Mahathir betul atau salah, itu bukan perkara pokok tetapi yang penting, kenapa tidak ada pemimpin atau menteri yang berani menentang kata-kata Tun?
Read More / Baca Lagi >>

Regu Dr M-Ku Li muncul untuk kembalikan 'negara' yang hilang

Posted: 03 Apr 2015 06:33 AM PDT

Tujuan mereka adalah untuk memulihkan ekonomi yang merudum dan keadaan negara yang terumbang-ambing kepada haluan yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.
Satu regu dalam Umno dan politik Malaysia telah muncul – antara bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad dan tokoh yang dahulu pernah mencabarnya, Tengku Razaleigh Hamzah.
Objektif jelas regu ini bukan sekadar menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan Mahathir sebagai terlalu lembap, malah mungkin sebagai penjenayah, dan akan menyebabkan Umno BN kalah dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-14. Malah untuk memulihkan, di bawah kepimpinan Tengku Razaleigh, ekonomi yang merosot dan keadaan negara yang seperti tiada nakhoda.
Pada 2 April, sebaik selepas serangan paling tajam Mahathir terhadap Najib, kerabat diraja Kelantan itu menunjukkan sokongannya, dalam satu kenyataan yang dibuat kepada media di lobi Parlimen.
Kombinasi serangan Mahathir dan Razaleigh terhadap Najib memberi petunjuk kepada orang ramai bahawa – ironi untuk Najib, memandangkan beliau adalah anak sulung Tun Razak – pemimpin muda yang muncul di era Razak selepas 13 Mei 1969 kini bergabung untuk memberi kesan kepada haluan Umno dan negara.
Mahathir adalah ahli kanan dalam lingkungan itu, manakala Tengku Razaleigh atau nama timangannya "Ku Li",  adalah ahli yang lebih muda.

Kedua-dua pelaksana perubahan ekonomi dan politik yang dicetuskan Razak selepas insiden trauma 13 Mei itu bertembung pada 1987, dalam pertembungan merebut jawatan presiden Umno dan kawalan terhadap parti itu.
Ku Li kalah tipis dalam pertandingan itu.
Satu ironi membingungkan dalam keadaan semasa, apabila peralihan sokongan saat akhir oleh Najib, selaku bakal ketua pemuda Umno, daripada Ku Li kepada Mahathir yang membolehkan Mahathir mengekalkan kedudukannya.
Kini Mahathir mahu Najib keluar daripada bilik nakhoda bagi parti dan negara. 
Satu-satunya serangan terbaru Mahathir terhadap Najib adalah berhubung siapa yang memberi arahan membunuh Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh kejam di Shah Alam pada Oktober 2006.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah kaum Melayu mahu disuap sampai kiamat?

Posted: 03 Apr 2015 06:31 AM PDT

oleh Ahmad Mustapha Hassan

Menurut kerajaan Umno Baru, orang Melayu perlu disuap setiap masa – mungkin sampai kiamat. Mereka mempunyai tanggapan rendah terhadap orang Melayu, yang bangsa Melayu tidak dapat berdikari. Dan dengan pelaksanaan program 'bersuap' ini, mereka dan rakan-rakan dan kroni mereka akan menjadi penerima utama. Ini adalah sangat jelas dari masa agenda afirmatif ini dimulakan, tidak lama selepas tahun 1969.

Mereka yang tidak seharusnya mendapat manfaat, menjadi penerima utama dan paling penting, mereka mewakili parti itu. Saya masih ingat apabila Umno asal telah mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka. Kebanyakan perwakilan datang sama ada dengan bas atau kenderaan biasa-biasa sahaja. Tiada Mercedes atau Jaguar yang dilihat. Dan sebahagian besar dari mereka akan berkumpul di Rumah Umno berhampiran pasar Chow Kit, di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Mereka akan tinggal di hotel-hotel kecil yang murah berhampiran pasar ini. Saya pernah melawat mereka di sana. Tetapi tidak lama selepas pelaksanaan agenda afirmatif, semua hotel-hotel ini tidak pernah dikunjungi perwakilan-perwakilan Umno lagi. Mereka akan tinggal di hotel-hotel lima bintang. Kekayaan telah dicampak ke pangkuan mereka. Kesengsaraan mereka yang bukan ahli Umno tidak disentuh oleh agenda tindakan afirmatif ini.

Malah ahli-ahli parti biasa yang tinggal di kampung-kampung luar bandar, tidak menerima skim hebat ini. Kerana faedahnya hanyalah untuk diraih oleh orang-orang yang penting dalam parti, kegagalan skim ini tidak pernah dikaji, mengapa majoriti orang Melayu tidak mendapat manfaat daripada tindakan ini. Sebaliknya lebih banyak faedah telah dicurahkan ke dalam skim ini, seolah-olah tidak berpenghujung. Namun gejala-gejala ekonomi orang Melayu miskin masih wujud.

Read More / Baca Lagi >>

Jasa jawab tuduhan Dr Mahathir terhadap isu Altantuya

Posted: 03 Apr 2015 06:21 AM PDT

Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), akan mengambil langkah menangkis tuduhan baharu yang dibuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Tidak senang dengan tindakan Dr Mahathir semalam yang membangkitkan kembali kes yang sudah selesai di mahkamah itu, Pengarah Jasa Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mempersoalkan niat bekas pemimpin utama negara tersebut.

"Kenapa beliau (Dr Mahathir) hendak membangkitkan isu Sirul (Koperal Sirul Azhar Umar) yang sudah diputuskan mahkamah? "Bagi saya, ini tidak wajar, seolah-olah beliau ingin mengatakan beliau mempunyai bukti baharu. Tetapi pada saya, beliau hanya ingin mengaitkannya dengan perdana menteri," beliau dipetik berkata dalam laman berita Astro Awani hari ini.

 Menyedari kesan yang bakal terpalit kepada Datuk Seri Najib Razak, Puad berkata Jasa akan mengambil tugas dan tanggungjawab menangkis persepsi negatif yang timbul daripada kritikan Dr Mahathir. Katanya, badan propaganda Putrajaya itu tidak akan mengambil langkah bertahan lagi tetapi sebaliknya akan lebih "menyerang" dalam menangkis tuduhan dibuat ke atas Najib itu.

"Kita tahu kenyataan Dr Mahathir dalam blog beliau yang terbaharu ini sudah menjadi viral dan kita anggap ia (pandangan) terlalu negatif. Jadi, Jasa akan berdepan dengan perkara seperti ini dan bukan bersikap defensif, tetapi 'serang' (menerusi media sosial)," katanya.

Dr Mahathir dalam blognya yang popular chedet.cc sekali lagi meneruskan serangan ke atas Najib, membangkitkan peranan Sirul yang juga pegawai khas Najib dalam pembunuhan model itu. "Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh (dijatuhkan hukuman bunuh) kerana menjalankan arahan," tulis Dr Mahathir.

Read More / Baca Lagi >>

Altantuya & 1MDB: Dr Mahathir tidak menghasut kata KPN

Posted: 03 Apr 2015 05:04 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melanggar Akta Hasutan berkaitan kritikan pedasnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengenai isu-isu seperti kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Begitulah pendirian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenainya.

Sebelum ini, katanya, ramai yang telah membincangkan isu-isu yang sama, dan bukan Dr Mahathir sahaja yang bercakap mengenainya.

"Bagi saya, ia bukan (hasutan)," katanya kepada pemberita.

Khalid juga mengesahkan bahawa setakat ini, polis tidak menerima sebarang aduan terhadap Dr Mahathir mengenai tulisan di blog beliau.

Mahathir semalam menulis di blog mengkritik pentadbiran Najib daripada pelbagai aspek.

Ia dilihat antara kecaman paling keras diajukan oleh bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.

Perkara itu termasuk membangkitkan persoalan berhubung pihak yang mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, susulan reaksi Najib bahawa perkara itu "mengarut" sebelum ini.

Beliau juga mengulangi amaran bahawa BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika Najib terus menerajui parti itu, selain terus mengasak itu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Mahathir juga berkata semua kaum tidak lagi berdiri di belakang pemimpin nombor satu negara.


Zunar slapped with record nine sedition charges

Posted: 03 Apr 2015 03:22 AM PDT


Sirul terharu, ibu mahu nyatakan sesuatu kepada Dr M

Posted: 03 Apr 2015 03:20 AM PDT


Harga 'kad tambah nilai' tak ubah, walau dengan GST kata Menteri Umno

Posted: 03 Apr 2015 03:18 AM PDT



Mungkinkah Mahathir tinggalkan Umno lagi?

Posted: 03 Apr 2015 03:16 AM PDT


KPN perlu sahut seruan Tun Mahathir, buka semula kes pembunuhan Altantuya

Posted: 03 Apr 2015 02:19 AM PDT


khalid_abu_bakar_igp


KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu menyahut seruan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir agar segera mengumumkan status siasatan dan membuka semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, sebelum ini pada 18 Februari lalu, beliau telah menyeru Khalid memulakan siasatan serta merta demi kepentingan awam, tapi malangnya sehingga kini tidak ada sebarang jawapan diberikan.
"Beliau harus melakukannya berikutan rasa tidak puas hati yang semakin meningkat kerana kegagalannya untuk berbuat demikian.
"Ini termasuk gesaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang mahu mengetahui siapakah yang mengarahkan pembunuhan mengerikan itu.
"Adalah mengejutkan bahawa KPN telah gagal, cuai dan enggan menyiasat tuntutan yang serius oleh Sirul walapun laporan polis telah dibuat berkaitan perkara sama termasuk dari Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng pada 19 Februari lalu," ," kata Ramkarpal dalam satu kenyataan, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: 'PAS kahwin dengan DAP dan PKR, kenapa hendak anak nama UMNO?' kata Fathul Bari

Posted: 03 Apr 2015 02:15 AM PDT

Hudud: 'PAS kahwin dengan DAP dan PKR, kenapa hendak anak nama UMNO?' - Fathul Bari
KUALA LUMPUR: PAS diminta menyelesaikan kemelut dalaman Pakatan Rakyat (PR) mengenai hudud sebelum mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pendirian mengenai isu berkenaan.

Penasihat Eksekutif Ilmuwan Malaysia (iLMU), Fathul Bari Mat Jahya berkata, kerjasama PAS, DAP dan PKR disifatkan semakin rapuh dan retak menunggu belah apabila melibatkan UMNO dalam isu hudud.

"PAS umpama kahwin dengan DAP dan PKR tetapi mahu anaknya diberi nama UMNO. Kenapa mereka mahu Najib menyatakan pendirian pula?

"Masalahnya hudud PAS ini ditolak oleh DAP dan PKR, apabila hudud ditolak oleh sekutu mereka, tahu pula mereka mengemis simpati kepada UMNO," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Najib tersepit untuk menyatakan pendiriannya tentang pelaksanaan hudud oleh kerajaan PAS Kelantan.

Katanya, Najib berada di persimpangan untuk memberi sokongan kepada hudud atau berhadapan risiko kehilangan parti komponen di dalam Barisan Nasional (BN).

Sementara itu kata Fathul, hudud PAS dilihat hanya bermotif politik dan tidak menyeluruh mengikut undang-undang Islam sendiri.
Read More / Baca Lagi >>