Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Pembunuh kedua Altantuya mohon semak semula keputusan mahkamah

Posted: 02 Apr 2015 08:41 PM PDT


Pembunuh kedua Altantuya mohon semak semula keputusan mahkamah
Ketua Inspektor Azilah Hadri, salah seorang daripada 2 bekas komando polis yang dihukum mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, akan memohon semakan semula terhadap keputusan bersalah Mahkamah Persekutuan.
Peguam Azilah, Datuk Hazman Ahmad berkata permohonan itu sedang dimuktamadkan dan akan difailkan tidak lama lagi, tetapi tiada tarikh akhir ditetapkan.
"Ada beberapa alasan yang sah untuk mengkaji semula keputusan yang dibuat panel 5 hakim itu," katanya kepada The Malaysian Insider apabila ditanya jika Azilah memohon kepada Lembaga Pengampunan untuk menukar hukuman mati kepada hukuman penjara seumur hidup.
Beliau tidak mengulas lanjut alasan permohonan semakan Azilah. Bekas anggota polis itu kini sedang menunggu hukuman mati.
Hazman berkata permohonan semakan perlu dilupuskan sebelum sebarang representasi dibuat kepada Lembaga Pengampunan
Permohonan semakan dibuat di bawah Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan berdasarkan alasan ketidakadilan prosedur, dengan pemohon meminta penghakiman bersalah itu diketepikan dan panel hakim baru ditubuhkan bagi mendengar semula rayuan.
Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari, 2015 mengekalkan semula sabitan ke atas Azilah dan Sirul Azhar Umar kerana membunuh wanita berusia 28 tahun itu, pada tahun 2006.
Bagaimanapun, Sirul tidak hadir ketika keputusan itu disampaikan dan laporan berita berikutnya mengesahkan beliau berlepas ke Australia pada Oktober lalu.
Bekas anggota Unit Tindakan Khas berusia 43 tahun itu ditangkap di Brisbane dan ditahan di pusat tahanan imigresen di sana.
Bagaimanapun, beliau kemudiannya dilaporkan dilepaskan pihak berkuasa imigresen Australia tetapi pasportnya ditahan.
Sirul juga mengugut untuk mendedahkan semuanya tentang kes pembunuhan berprofil tinggi itu kepada media Australia, dengan mendakwa yang beliau menerima arahan untuk membunuh Altantuya.
Menurut laporan media, Sirul tidak akan dihantar pulang ke Malaysia kerana Canberra melarang penghantaran pulang suspek yang menghadapi hukuman mati.
Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses ekstradisi Sirul ditangguhkan kerana ia melibatkan "isu undang-undang yang rumit".
Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin juga mendedahkan Pejabat Peguam Negara masih belum memulakan permintaan ekstradisi dengan Canberra, walaupun anak guamnya ditangkap pada 22 Januari.
Katanya, jika permintaan ekstradisi difailkan, permohonan perlu dibuat untuk Sirul hadir di hadapan seorang majistret di Australia.
Keterangan dalam mahkamah mendedahkan, Altantuya dibunuh sebelum mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C4 pada 18 Oktober 2006, di pinggir Shah Alam, dekat Kuala Lumpur.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa dipanggil membela diri.
Kerajaan tidak merayu pembebasannya.
Walaupun terdapat sabitan, motif untuk membunuh Altantuya tidak pernah didedahkan. - TMI

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Janji Buku Jingga dah dicampak DAP masuk tandas

Posted: 02 Apr 2015 09:32 PM PDT




Campak saja dalam longkang. Azmin pun bukan saja tak mahu air murah. Air pun tak mahu dibekalkan ...

Husni, Idris Jala berdiam, AWO bersuara juga ... Kesian pulak Mat Maslan

Posted: 02 Apr 2015 07:37 PM PDT


Kesian pulak kami tengok Mat Maslan. Dia di kedepankan dan dia yg teruk kena tapi rakan-rakan kabinet tidak membantunya .

Kenapa menteri penuh mcm Dato Husni Hanazlah yg patut bantu PM dan Dato Idris Jala yg kuat mahukan GST diam sajer?

Dato Wahid Omar ada juga bersuara ...

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera.

Akhirnya, terlaksana juga sistem cukai barangan & perkhidmatan (GST) mulai hari ini, 1 April 2015. Pelbagai komen & reaksi orang ramai. Ada juga yang masih mempolitikkan isu ini. Izinkan saya memberikan sedikit pengamatan / pencerahan  :

1) GST 6% ini menggantikan cukai jualan 10% & cukai perkhidmatan 6%. Ia bukan cukai tambahan.

2) Kadar 6% yang dikenakan adalah yang terendah di ASEAN dan antara yang terendah di dunia. Sebagai contoh, kadar di Singapura 7%, Thailand 7%, Indonesia 10%, Vietnam 10%, Filipina 12%. Di Australia 10% dan di UK jauh lebih tinggi iaitu 20% .

3) Untuk mengurangkan kesan kenaikan harga barang kepada rakyat, Kerajaan telah memperluaskan senarai barangan asas yang dikenakan kadar sifar atau terkecuali dari GST. Ini termasuk barangan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak, ayam, daging, ikan & sebagainya, ubat-ubatan, buku-buku dan minyak petrol RON95 & Diesel. Berdasarkan pengiraan Kementerian Kewangan, kesan GST terhadap kadar inflasi adalah peningkatan sebanyak1.1%. Memandangkan kadar inflasi sekarang adalah pada kadar 1-2%, purata kadar inflasi untuk tahun 2015 dijangka sekitar 3%, satu kadar berpatutan & antara kadar terendah di rantau ini.

4) Tidak semua harga barang & perkhidmatan akan naik. Ada juga yang turun seperti harga kereta yang turun 2-3%. Proton menurunkan harga sehingga RM1,475 seunit manakala Honda antara RM500 hingga RM2,500 seunit.

5) Semasa pelaksanaan GST diumumkan dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013, Kerajaan juga telah mengumumkan langkah 'pengimbangan' seperti pengurangan cukai pendapatan individu antara 1-3%, pengurangan cukai pendapatan korporat dari 25% kepada 24% dan pengurangan cukai perusahaan kecil & sederhana dari 20% kepada 19%.

Pemberian BR1M isirumah berpendapatan RM3,000 kebawah sebulan juga ditingkatkan dari RM500 ke RM650 manakala isirumah berpendapatan RM3,000-4,000 sebulan mula diberikan BR1M RM450 buat pertama kali.

Seterusnya dalam Bajet 2015, jumlah BR1M telah dinaikkan masing-masing kepada kepada RM950 & RM750 . Untuk individu bujang berpendapatan RM2,000 kebawah pula, BR1M dinaikkan kepada RM350. Ini semua bertujuan untuk meringankan impak kenaikan harga barang.

6) Ada peniaga yang merungut tidak diberikan masa yang cukup untuk membuat persediaan GST. Sebenarnya masa 17 bulan yang diberikan adalah munasabah & mencukupi. Mereka yang masih tidak bersedia kebanyakannya berlengah pada peringkat permulaan. Ada juga yang sengaja mengharapkan agar GST tidak dilaksanakan kerana dengan adanya GST, adalah lebih sukar untuk mengelak dari membayar cukai pendapatan.

7) Seperti dalam mana-mana pelaksanaan sistem baru, memang akan terdapat isu-isu pelaksanaan (teething problems) di peringkat awal. Untuk itu, Kerajaan telah mewujudkan GST hotline Jabatan Kastam1300888500 dan KPDNKK 1300886800. Kunjungi laman sesawang gst.customs.gov.my untuk maklumat lanjut.

8) Tujuan asal pelaksanaan GST adalah untuk memperluaskan asas percukaian negara memandangkan kita hanya ada 2 juta pembayar cukai, satu jumlah yang kecil berbanding jumlah rakyat Malaysia seramai 28 juta.

GST adalah cukai penggunaan (consumption or indirect tax)dimana mereka yang berbelanja lebih adalah dari kalangan mereka yang berpendapatan lebih. Ini juga selaras dengan langkah konsolidasi fiskal yang mensasarkan bajet seimbang menjelang 2020.

Dengan peningkatan pendapatan Kerajaan, kita bukan sahaja dapat mengurangkan defisit fiskal kita malah dapat melaksanakan banyak projek pembangunan yang tertangguh sebelum ini seperti pembinaan jalanraya, jambatan, sekolah, hospital, klinik desa, dll. Marilah kita sama-sama menjayakan sistem percukaian yang baru ini.

Memang tiada sistem yang sempurna (perfect). Pasti ada kelemahannya. Walau apapun, niat kita murni. InsyaAllah apa yang dihasratkan akan tercapai. Maaf pencerahan ini panjang sedikit. Harap ia membantu.

Terima kasih drp-
YB Dato Seri Wahid Omar-Menteri

Kesian pulak tengok Mat Maslan kena balun ...





Akhirnya Mat Maslan akui ...


Gini pun tak bolehlah ...

Kastam bawah MOF. Kementeriaan kat atas kenalah tahu. Tak tahu kena rujuk dan tanya dulu. Usah memandai caksp tanpa rujuk pegawai terlibat.

Kalau salahkan Kastam, dah serupa boss sign salah surat tapi kerani dipersalahkan. Padahal dia tak check dulu seblum sign.

Turut juga adalah untuk rujuk pada boss. Jadi boss pun tak boleh diam diti macam Husni Hanazlah.

Kami pun tahu telco dah setuju lain tapi menteri buat kenyataan lain.

Satu lagi setan besarnya adalah Seven-11.



Pengguna perlu cermat dan berhati..Guna kuasa pengguna. Ajar kedai tak berdaftar yg menipu kutip GST dan memandsi caj GST.

Macam rasa Vincent Tan (Digi dan 7-11) dan Maxis nak kenakan pengguna


Ada bunga lebih bernilai dan sentiasa harum

Posted: 02 Apr 2015 05:20 PM PDT


Kami maafkan jika kami dituduh macam pembodek.

Kami faham kesimpulan mudah yg akan dibuat dengan dikait bunga2 yg tersebar di sosial media dan keluhan dengan 'teething problem' dari GST.

Walaupun ada mungkin tak setuju dan ada mungkin pula cari salah, jangan lupa ada sesuatu yang baik nawaitu yg dilakukan.

Jangan pula persepsi negatif mengaburi usaha yg baik lagi ikhlas dan murni.




Terserah pada tuan2 dan puan2 untuk menilai dan berlaku adil.

Bukankah ada bunga2 yg lebih bernilai yg sentiasa cantik dan harum selamanya pun harus disebarkan. Benda baik pun disebar.

Yg was2 baik diamkan.

Provokasi DUN Perak adalah signal DAP YAKIN AMBILALIH PERAK

Posted: 02 Apr 2015 08:34 AM PDT





Demikianlah rupa Pakatan Rakyat Perak menghina Sultan Perak ketika pembukaan DUN Perak baru-baru ini.

Dan demikian pula reaksi yang diterima:





Sibuk saja budak kedai buku nak cari publisiti menyentil program orang

Ada yang menuntut darjah kebesaran kepada Niar dan Ngeh ditarikbalik.

Azmeer menimbulkan pandangan berikut:


Tujuan mereka bukan saja provokatif dan konon untuk peringati Lee Kuan Yew atau Chin Peng, tapi memberi signal bahawa mereka yakin ambilalih Perak.

Maka mereka tidak takut untuk tunjuk kurang ajar dan menimbulkan kemarahan pengundi Melayu. Mereka mahu kata kami tak perlu pakai songkok macam Lee Kuan Yew dan kopiah macam Guan Eng tapi dah boleh menang.

Adakah UMNO Perak sedar keadaan ini?

Dulu Ketua Bahagian telagah sesama sendiri dan ramai menentang Dr Zambery. Sekarang tak tahu lah dah damai ke belum ...

Dr Zambery ok sebagai MB dan menunjukkan kesungguhan tapi keliling diia boleh ke pakai. Ramai ex-PKR keliling dia yang mahu kuasai macam pejabat MB itu lombong emas mereka. Ada pegawai penting dia tak membantu persepsi ke atasnya. Naib Ketua Pemuda UMNO yang berassal dari pejabat Zambery dan didikan Zambery pun agak novice pandangan dan gerak kerja politiknya.

Kalau keadaan berterusan seperti suatu ketika, kembali berkuasa DAP dan kali ini, dia akan letak Melayu DAP jadi MB. Nizar lambai pun nga ngeh. 

Afif Baharuddin calun PKR di PPauh, TAPI PR macam GABRA DI KUBU SENDIRI

Posted: 02 Apr 2015 05:30 AM PDT


Sudah diumumkan Anwar terpaksa lepaskan kursi.

Manakala Afif masih cuba menegakkan benang basah:


Disebalik penolakkan Pengampunan Diraja yang dipohon untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1. Permohonan tidak mengikut prosedur.  Permohonan bukan dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Ianya dilakukan atas nama Datin Seri Wan Azizah dan anak-anaknya.

2. Datuk Seri Anwar tidak menandatangan permohonan tersebut. Sebaliknya ia ditandatangan oleh Datin Seri Wan Azizah.

3. Permohonan Pengampunan Diraja hendaklah dipohon oleh Datuk Seri Anwar sendiri.

4. Tindakan melulu Datin Seri Wan Azizah,YB Nurul Izzah, Nurul Nuha dan YB Rafizi Ramli tanpa berbincang dengan parti terlebih dahulu membuatkan peluang Datuk Seri Anwar bebas telah tertutup. Sepatutnya mereka berempat yakinkan Datuk Seri Anwar terlebih dahulu dan dapatkan tandatangan beliau untuk permohonan Pengampunan Diraja.

5. Tindakan mereka berempat dilakukan secara sulit tanpa memaklumkan kepada parti terlebih dahulu bertujuan untuk menyekat YAB Menteri Besar Selangor, Azmin Ali daripada dipilih sebagai Ketua Pembangkang.

6. Ahli-ahli parti berharap selepas ini jika ada apa-apa tindakan besar yang hendak diambil, Datin Seri Wan Azizah serta keluarga dan YB Rafizi Ramli perlu bawa kepada parti terlebih dahulu untuk dibincangkan.

Sekian
Dr Afif Bahardin
Adun Seberang Jaya
Timbalan Ketua AMK
Exco Kerajaan Negeri P.Pinang

Tak perlu Afif nak auta. 

Anwar tidak akan ngaku salah dan macam mana nak minta ampun untuk sesuatu yang dia tak ngaku salah? 



Dalama posting terbaru Gelagat Anwar, nama Afif dah disebutkan sebagai calun dan Nurul Nuha bakal diketepikan atas alasan nepotisma. Itu yang nama dia sering keluar sana sini:

Sekarang ini di kalangan kepimpinan PKR (baik di HQ mahupun di negeri), tertanya-tanya tentang wujudnya sepucuk surat daripada Menteri Besar Selangor/Timbalan Presiden PKR yang mahukan Presiden beransur dari jawatan sekarang kepada Ketua Umum. MB Selangor mengatakan parti sudah semakin hilang halatuju dan tidak ada fokus.

Azmin merasakan Keadilan Raya sudah mula perlu dibangkitkan semula dengan menyeluruh. Wan Azizah tidak kena membawa imej pemimpin kerana kelihatan lemah dan tidak forceful. PKR perlukan pimpinan baru.

Perang psikologi Azmin ini melarat sampai ke senarai calon di Permatang Pauh. Nuha sudah dipinggirkan sama sekali. Susah nak pertahan bila isu nepotisme timbul.

Maka itu, untuk Permatang Pauh, Azmin berikan syarat berikut:-

- Calon muda (Yusmadi/Dr Afif antara calon utama).
- Kewangan akan ditanggung sepenuhnya Azmin
- Kak Wan ambil jawatan Ketua Umum
- Peralihan kuasa mesti berlaku selepas Permatang Pauh
- Azmin ambil alih parti dan Ketua Pembangkang.
- Nuha dipersiapkan untuk PRU14 (dalam bandar; Setiawangsa adalah kawasan utama).

Budak-budak Azmin di Permatang Pauh sudah siapkan costing awal dan ianya mencecah RM2.3 juta. Murah untuk sebuah kawasan Parlimen kubu kuat.

Azmin mahu urusan duit kempen diuruskan oleh orang Selangor dan bukan PKR Pulau Pinang. Ini bagi memudahkan urusan resit dan claim dapat diuruskan dengan lebih baik dan sempurna.

Sepenuh di SINI


Namun Nurul Nuha ada cita2:

Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Peribahasa melayu lama ini amat sesuai dengan gelagat famili Bapa Peliwat Negara. Mutakhir ini kita berpeluang menyaksikan bakat lakonan dari ahli famili KETUM..!

Klik link http://medan-info-kita.blogspot.com/2015/04/modal-dukung-cucu-anwar-untuk-mengemis.html?m=1






PKR bakal hilang undi Pas di Permatang Pauh?
MOHD. FIRDAUS ISMAIL

PERMATANG PAUH 1 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR)  kemungkinan besar untuk hilang lebih 5,000 undi daripada ahli Pas sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh diadakan dalam masa terdekat ekorannya timbulnya beberapa isu membabitkan kedua-dua parti kebelakangan ini.

Sentimen berkenaan jelas kelihatan terutamanya di kawasan Kubang Semang yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang diwakili wakil rakyat tunggal Pas, Datuk Mohd. Salleh Man.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati  satu papan tanda besar dinaikkan bagi menyatakan sokongan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan hukum Hudud yang diluluskan di DUN Kelantan baru - baru ini.

Mohd. Salleh ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, beliau tidak dapat menghalang tindakan menggantung papan tanda berkenaan kerana ia merupakan hak individu yang mahu menyatakan sokongan kepada Abdul Hadi dan Pas.

Katanya, papan tanda itu bukan dinaikkan oleh Pas kawasan berkenaan namun tidak menafikan ia merupakan suara akar umbi ahli parti yang terkesan kerana kecaman yang diterima Pas daripada DAP dan PKR selepas Hudud yang diperjuangankan oleh parti itu sejak sekian lama mula menampakkan jalan positif.

" Mereka (ahli Pas) bebas untuk menyatakan pendapat masing- masing dan harus dihormati," katanya.

Ditanya mengenai sokongan padu yang diberikan Pas kepada PKR di Permatang Pauh selama ini akan terhakis, Mohd. Salleh berkata, setakat ini mereka masih menghormati prinsip kerjasama yang terjalin.

" Ketiga- tiga parti kena saling menjaga hati dan saya tidak nafikan, Pas terutamanya di Permatang Pasir mempunyai pengaruh kuat dalam memastikan kemenangan PKR. Cuma, kena jaga hati Pas, baru 'cantik', " katanya.

Sementara itu, Bendahari Pas negeri, Iszuree Ibrahim berkata, kecaman yang diterima Pas mungkin akan menyebabkan ahli- ahli Pas di Permatang Pauh berubah hati dan tidak akan memberi undi kepada PKR.

" Kemungkinan tidak mengundi PKR itu ada kerana ahli Pas peringkat akar umbi berasa terguris kerana kecaman yang diterima pucuk pimpinan parti, " katanya.

Sementara itu, pengundi di Permatang Pauh yang ditemui berkata, pihak- pihak tertentu tidak seharusnya memperkecilkan peranan Pas di Permatang Pauh.

Penjual kuih, Yuha Ruzni,26, berkata, banyak isu yang membelenggu hubungan Pas - DAP dan PKR kebelakangan ini dijangka memberi kesan kepada undi yang diterima calon PKR.

" Pada akhirnya, sokongan ahli Pas tetap utuh untuk parti sendiri dan wajar dihormati," katanya.

Seorang lagi pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Shahidan Rahman,40, berkata, sokongan ahli Pas terhadap PKR tidak sekuat seperti sebelum ini.

" Kalau dahulu, 10 penyokong Pas akan beri sokongan kepada PKR tetapi kini saya percaya, empat daripadanya sudah hilang keyakinan dan tidak akan menyokong calon parti itu lagi," katanya.

Sebelum ini, DAP berkata:



Permatang Pauh kubu kuat PR dan PKR ... amacam ini?

Demi Betty, sana sini diroboh!!! "TIME TO CASH OUT on Penang!!!"

Posted: 02 Apr 2015 02:26 AM PDT


KAMPUNG Bagal Jermal berhampiran Persiaran Gurney semakin terhimpit

Persiaran Gurney yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara di sini, bakal berubah wajah tidak lama lagi selepas sebahagian kawasan tersebut dijangka dibangunkan dengan projek komersial. Perkara itu berikutan notis yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bagi kerja-kerja pembangunan tanah di atas lot 1011, 1372 dan 2882 di kawasan berkenaan.




Sebahagian lot tanah tersebut meliputi kawasan Jalan Kelawai berdekatan bulatan Persiaran Gurney serta kawasan penempatan penduduk. Projek terbaharu oleh MPPP itu mengundang kebimbangan penduduk kerana bakal merubah sepenuhnya landskap Persiaran Gurney pada masa depan.

 Malah, projek pembangunan itu juga bakal menyebabkan Persiaran Gurney bertambah padat dengan bangunan komersial, sekali gus memburukkan lagi keadaan lalu lintas yang sudah sedia sesak ketika ini.

 Menurut jurucakap Citizens Awareness Chant Group (Chant Group), cadangan pembangunan di atas tapak tanah milik MPPP itu sangat mengejutkan memandangkan kawasan berkenaan disifatkan sudah terlalu sesak dengan pembangunan komersial.

Baca di Anak SeberangSINI




 MPPP robohkan kawasan perniagaan di Seberang Prai.



Kedai cina pun ada dirobohkan.

Guan Eng hanya sibuk nak projek hartanah atas permintaan Betty yang merupakana salah seorang ahli pemegang Amanah dalam Penang Chinese Chamnber of Commerce untuk jaga hal ehwal hartanah.

Hal sampah tak dipedulikan langsung.




Ni semua pasal citarasa Betty canggih ...


Facial buat di eropah dan khabar angin berkata Guan Eng belanja sampai RM70 ribu supaya muka isterinya setanding dengan Chai Ho!!!!

Khabarnya Guan ENg dan Kit Siang akan cabut dari Penang setelag menyedari umur Kit Siang dah lanjut dan akan ikut jejak langkah Lee Kuan Yew. Guan Eng sedar orang Penang mulai meluat dan benci ter hadapnya.

TIME TO REAP THE FAMILY's MANY YEARS OF SUFFERING AND SACRIFICE IN POLITICS!!!

8 tipu helah Lee Kuan Yew bakal diguna DAP untuk tindas Melayu

Posted: 01 Apr 2015 11:30 PM PDT



8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia

Singapore in the Malay World


Tulisan ini dipetik daripada buku tulisan Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim bertajuk "Singapore Dilemma in the Malay World," Routledge Taylor & Francis Group, 2009.


Dr Lily Zubaidah telah dibuang negeri kerana mengkritik kerajaan PAP dan sekarang beliau bertugas sebagai seorang Profesor di Sydney University Australia.

1) Memperalat orang Melayu


Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.

Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang.

Yusuf Ishak hanyalah gula-gula untuk menarik sokongan orang Melayu pada ketika itu.

2) Siapa yang mempersoal PAP, dituduh "Chauvinists, Religious Extremists and harbouring a sinister agenda".

"Organisasi-organisasi Melayu, pakatan politik pembangkang, atau individu yang berani mempersoal kerajaa PAP Singapura, akan didakwa sebagai 'Chauvinists, Religious Extremists & harbouring a sinister agenda" (membawa agenda jahat).

Tuduhan ini amatlah bercanggah dengan amalan meritokrasi seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kerajaan PAP.

Tambahan beliau lagi, orang Melayu di Singapura dinafikan hak mereka untuk menyatakan pendapat sama ada di media-media utama ataupun akhbar-akhbar tempatan.

Itu belum lagi, penganiayaan terhadap pelajar Muslim yang ingin memakai tudung ke sekolah.

Hal ini boleh dilihat pada tahun 2002, Malay Community Organisation, Fateha.com dan juga jurucakap mereka, Zulfikar Shariff, telah dihalang kerana dikatakan membicarakan hal-hal sensitif seperti bantahan terhadap 'No tudung petition', diskriminasi terhadap pekerja Melayu, menuntut supaya madrasah dikekalkan dan sebagainya.

3) Bahasa Melayu bahasa golongan rendah.

"Kebanyakan bukan Melayu tidak bercakap bahasa kebangsaan (Melayu) atau tahu makna lagu kebangsaan 'Majulah Singapura'. Oleh itu, ramai rakyat Singapura tidak menyanyikan lagu kebangsaan apabila ia sedang dimainkan semasa majlis rasmi.

Menurutnya penurunan nilai bahasa kebangsaan (Melayu) boleh dikaitkan dengan pandangan umum masyarakat yang menganggap bahasa itu mencerminkan modal sosial, ekonomi dan kebudayaan golongan yang lemah dan dituturkan oleh golongan kelas rendah seperti pembantu rumah warga Indonesia, posmen dan pembersih pejabat.

"Terdapat penurunan yang ketara dalam Bahasa Melayu untuk jalan dan daerah. Pemaju perumahan swasta dan penduduk telah membuat petisyen untuk menukar nama-nama jalan Melayu, dengan mendakwa mengelirukan dan memudaratkan maruah penduduk," katanya.

Menurutnya lagi pada tahun 1960-an, Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan telah diarahkan untuk menghentikan daripada menamakan jalan-jalan dengan nama-nama berunsur Bahasa Melayu.

Nama jalan ditukar kepada Bahasa Inggeris dan Mandarin.

Perkataan 'Lorong' telah dinamakan semula sebagai 'Avenue', 'Rise', 'Drive' dan 'View'.

Namun, dalam masa sama pada tahun 1980-an, berlaku peningkatan ketara nama-nama jalan dan tempat dalam Bahasa Mandarin.

"Berbeza dengan kedudukan yang merosot bahasa kebangsaan, Lee Kuan Yew dan kepimpinan lain dalam PAP terus-menerus mengingatkan masyarakat Cina daripada nilai ekonomi bahasa Mandarin dan peranannya dalam perniagaan dan budaya purba Cina tradisional," katanya lagi.

4) Singapura adalah Israel in a Malay Muslim Sea.


Lee Kuan Yew dengan bangganya mengakui peranan Singapura di rantau ini seperti "Israel in a Malay Muslim Sea". (Willairat 1975:45)

5) Ketuanan Cina di Singapura.


Untuk memastikan Ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC).

Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-racism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihan raya.

Pembaharuan pilihan raya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat Melayu.

6) Masalah kekurangan penduduk Cina akibat kesuburan diatasi dengan menjadikan pendatang Cina daripada luar sebagai warganegara.

Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad.

Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan.

Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah, pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai pemandu bas.

Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing.

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina.

7) Melayu disisihkan daripada tentera Singapura, GLC dan politik.

Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal dipegang oleh Cina.

Ini berikutan pada tahun 1980-an, di mana lebih wakil etnik (bukan Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina.

Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras dalam lembaga-lembaga berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9 peratus) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP, Ahmad Mohamed Megad.

Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998.

Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991.

Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam.

Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan pada masa hadapan.

8) 98% penerima biasiswa SAFOS (Angkatan Bersenjata Singapura) adalah Cina.


Data menunjukkan Cina mendominasi perwakilan dalam birokrasi, GLC, badan berkanun, SAF (Singapore Armed Forces). Cina juga turut mendominasi dalam penerimaan biasiswa yang paling berprestij seperti biasiswa Presiden dan biasiswa SAF yang tidak dibincangkan secara terbuka dibincangkan oleh media Singapura.

Dalam masyarakat yang kononnya mempraktikkan sistem meritokrasi, hanya terdapat seorang penerima biasiswa Presiden bukan Cina antara tahun 1987 dan 2005. Sehingga tahun 2005, 98 peratus daripada penerima biasiswa luar negara daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAFOS) adalah Cina.

Selain itu, tidak pernah ada satu penerima biasiswa SAFOS berbangsa Melayu. Begitu juga, sehingga tahun 2005, 97 peratus daripada biasiswa Angkatan Bersenjata Singapura Merit (SAFMS) penerimanya adalah orang Cina.

Adakah Melayu dan India tidak sepintar dan serajin seperti orang Cina?

Aduan diskriminasi tidak mudah ditangani kerana negara itu tidak menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama, Lembaga Anti-Diskriminasi atau Pejabat Ombudsman untuk melindungi kelayakan yang berbilang kaum dan meritokrasi Singapura.

Dalam proses pemilihan untuk biasiswa kerajaan, diskriminasi tidak hanya berdasarkan keputusan peperiksaan. Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, 'watak' dan prestasi dalam satu temubual akan dipertimbangkan. Pemboleh ubah subjektif telah dimasukkan dengan cara yang tidak telus untuk kejayaan kemasukan ke fakulti seperti fakulti Perubatan Universiti Singapura.

Oleh itu, golongan etnik minoriti yang mendapat hampir skor 'A' ditolak untuk menduduki fakulti seperti Perubatan, mereka cenderung untuk mengesyaki bahawa terdapat diskriminasi semasa proses temubual, namun mereka tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong syak wasangka itu

Asyraf Farique
Penyelidik IRIS