Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GST: BILA SANG KAYA PENCACAI BEROTAK SARDIN..

Posted: 01 Apr 2015 03:30 PM PDT


Jadi pencacai perlu menentang apa saja yang dilakukan oleh kerajaan walaupun ia baik untuk ekonomi rakyat dan negara jangka panjang.

Mereka akan menentang apa saja dengan menyebar fitnah dan kepalsuan bagi mengelirukan rakyat semata-mata kerana sifat dengki khianat.  

Macamlah seperti facebooker pencacai bernama Zaki Kassim.

Dia mengaku miskin, pendapatan tak menentu tapi yang hairannya dia ada 3 bijik kereta...Bukan senang nak maintain, nak bayar roadtax, insuran, petrol dan maintenance.  Ertinya dia menipu dalam statusnya.



Kononnya dia bersimpati dengan rakyat yang terpaksa siang malam makan maggi dan sardin setiap hari.

Dia cuma mampu tengok sambil-sambil bermegah dengan kereta tiga bijiknya itu. Walhal kalau dia seorang yang baik hati tentu dia sendiri tak ranggi dengan 3 biji kereta dia.

Mungkin ada baiknya dia gadaikan kereta-keretanya untuk membantu orang-orang kampung disekelilingnya.

Lagi pun banyak lagi makanan di atas muka bumi yang murah dan boleh makan jika diusahakan kenapa nak makan maggi dan sardin jer?

Jangan makan sardin tin selalu kerana ia boleh menyebabkan kanser pangkal rahim, tumor dan fibroid.

Maggi pun tak baik, kolestrol tinggi.


Tapi kalau dia nak juga tolong orang miskin kononnya tak mampu beli harga maggi dan sardin yang tinggi sebab GST, adalah lebih baik si Zaki Kassim ni tolong supply maggi dan sardin kepada orang-orang kampungnya itu...

Niatkan bersedekah dapat juga pahala. 

Tak pun lebih baik dijual salah satu keretanya untuk dijadikan modal membuka kilang sardin dan maggi dikampungnya...

Tak pun paling lekeh pun dia kumpul dan jual plastik-plastik maggi dan tin-tin sardin lepas tu duit-duit itu disedekahkan pada orang miskin di kampungnya itu.

GST: HARI PERTAMA... MAMAK DARUSSALAM PUTRAJAYA DAH MULA MENIPU...

Posted: 01 Apr 2015 02:07 AM PDT


Tengahari tadi aku pergi Putrajaya atas urusan kerja. Habis tugasan aku nak balik Seremban singgah dulu nak makan tengahari kat restoran mamak Darussalam Presint 16.

Tapi disebabkan ramai sangat kat restoren tu aku ambil keputusan bungkus saja nasi tu.

Tapi biasalah kedai mamak bukan semua pelayan tahu cakap Melayu. Yang mereka tahu geleng kapla dan angguk. Aku kata ambil sedikit dia bantai bubuh lauk banyak.

Tak palah aku pun bayar dan minta resit dari mamak Darussalam tu.

Agak terkejut aku bila dapat tahu harga makanan itu RM8.70. Dicampur dengan GST 6% aku dicaj lagi 53sen menjadikannya RM 9.23. Aku bayarlah RM9.20. Ok tak pelah kena GST.

Yang jadi kemusykilan kenapa resit yang dikeluarkan jauh dari spesifikasi resit yang perlu ada bagi peniaga yang ingin mengenakan caj GST kepada pelanggan?

Mesti ada nombor pendaftaran GST
Mesti ada simbol Z tandanya zero GST
Mesti ada simbol S yang ertinya pelanggan dikenakan GST...


Tapi yang aku dapat adalah resit macam ni...

Mana nombor pendaftaran GSTnya mamak Darussalam oiii??? Betul ke caj GST tu atau kamu sengaja tipu pelanggan?

Bolehkah aku percaya yang duit yang mamak Darussalam ni kutip dibayar GST kepada kerajaan. Atau dimasukkan ke dalam poket tokey-tokey untuk tambang balik India?

Setahu aku setiap peniaga perlu mendaftar dengan KASTAM untuk mendapatkan software GST yang ada nombor pendaftaran GST pada resit-resit yang hendak dikeluarkan.

Kalau tak de sistem tersebut maknanya mereka tak berdaftar dengan sistem GST mereka boleh dikenakan denda atau kompaun oleh KASTAM dan KPDNKK.

Sebagai pelanggan aku rasa tertipu juga dengan sikap peniaga yang ambil kesempatan menipu para pelanggan. Tak kiralah kau Mamak ke, Cina ka, Keling ka hatta peniaga Melayu sekalipun.

Kalau nak berniaga tu biarlah jujur supaya rezeki berkat.

Kebetulan aku jumpa resit ni di bawah meja yang aku rasa pelanggan tak kisah pun pasal GST sebab sikit sangat. Tapi persoalan sekali lagi mana nombor pendaftaran GSTnya?

Tak da pun nombor pendaftaran GST tetapi dicaj 14 sen untuk GST. Pelanggan kena bayar RM2.35. Adakah 35 sen itu akan digunakan bagi membayar GST kepada kerajaan atau sebagai service caj restoren...kenapa tidak dinyatakan? 

Aku tak kisah kalau kena GST pun dengan mamak restoren Darussalam 24 jam ni sebab mereka memberikan layanan pada pelanggan dan keuntungan mereka pun lebih RM500,000.00 setahun.

Aku tak tahu berapa ramai pelanggan kat Putrajaya kena tipu dek mamak Darussalam ni termasuklah pegawai-pegawai Kastam dan KPDNKK sendiri.

Aku mintaklah supaya pihak yang berwajib di Putrajaya tu kenakan tindakan ke atas peniaga yang menyalahgunakan GST untuk mengaut keuntungan walhal mereka tak bayar sesen GST pun.

Jangan sampai mamak mandram korang dengan kari menyebabkan keadilan untuk pelanggan dan masyarakat dilupakan. Lepas tu bila rakyat marah korang melenting pulak.

Ayuh kita benteras peniaga menipu pelanggan.




MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


TMB K'tan: PAS mampu berjuang bersendirian

Posted: 01 Apr 2015 06:45 PM PDT


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS mampu berjuang bersendirian walaupun disingkirkan daripada pakatan pembangkang.

Mohd Amar yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata PAS pernah melalui zaman sukar selepas keluar daripada BN, namun mampu bangkit dan menawan Kelantan dalam pilihan raya umum ke-8 pada 1990.

"Jadi kalau kawan-kawan kita (DAP dan PKR) berkeras untuk berpecah, maka kita tak ada pilihanlah.

"Kita sudah ada pengalaman berbanding orang lain dan kita pernah menang Kelantan ini bersendirian, kita sudah ada rekod itu, bukan kita nak berbangga," katanya kepada  pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di Kota Bharu semalam.

Beliau mengulas krisis pakatan pembangkang kini berikutan penentangan DAP dan PKR terhadap rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan keputusan parti itu untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan tindakannya yang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Ini disusuli tindakan drastik DAP Sarawak yang mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu minggu lepas atas alasan sama, manakala PKR dan DAP Sabah turut mengumumkan keputusan sama, kelmarin.

Mohd Amar berkata DAP dan PKR perlu belajar bertolak ansur serta menghormati dasar parti rakan dalam pakatan itu.

"Sebagaimana PAS bertolak ansur dalam isu PBT (pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang), maka kita harap DAP pun bertolak ansurlah.

"Menyerang presiden PAS ini sikap tidak bijaksana dalam hubungan, kita tak serang peribadi dan tidak serang pimpinan DAP," katanya.

- Bernama 

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


WARGA FELDA DI ALAF GST

Posted: 01 Apr 2015 05:51 PM PDT

Oleh: Naraza Muda 
Masyarakat Felda terutama peneroka seolah tiada kisah dengan pekembangan terbaru sistem percukaian Negara yang berkuat kuasa 1 april.
Mereka seperti biasa meneliti tajuk di dada akbar, terutamanya Utusan Malaysia di kerusi "malas" dan menyandar lega di warung-warung.
Menariknya berita utama hari ini mengambarkan GST Rahmat besar untuk rakyat. Berbeza dengan golongan anak generasi peneroka, mereka rancak menyantuni isu Negara ini. Berbagai tangggapan negetif kedengaran dalam kerancakan pidato pagi mereka.
Maklumlah mereka terdedah dengan viral di media sosial saban waktu dikongsi di FB dan Whatsapp. Apa yang menariknya mereka boleh lupakan seketika masalah mereka sendiri.
Hutang ratusan ribu yang bakal mereka warisi dari orang tua mereka hasil tranformasi Felda yang diperkenalkan Perdana Menteri semasa mengambil alih tampuk pemerintahan Negara.

Harga semasa saham Felda Global Vanture ( FGV) yang ditutup rendah lebih rendah dari harga IPO. Penyusutanya telah melepasi 50%. Jika dipasaran New York urusniaga syarikat yang disenaraikan di Bursa saham mereka akan dihentikan, jika penyusutan harga melepasi 30% harga tawaranya. Ini yang disebut oleh Dr. Roslee Yakop, bekas Timbalan gabenor Bank Negara.

Warga peneroka ini juga tiada kisah dengan kejatuhan keuntungan sebelum cukai FGV yang telah mencatatkan kejatuhan 27%  dalam tempuh dua tahun.
Pada tahun 2012, keuntungan sebelum cukai menurun 47% daripada RM1.9 bilion kepada RM1.1 bilion.
Bagi tahun 2013, ia meningkat28% kepda RM1.5 bilion.
Pada tahun 2014, ini jatuh 47% kepada RM813.2 juta.
Bagi mereka yang penting Felda tidak halau mereka, mereka masih tersenyum walau senyuman terpaksa. Melihat tren harga semasa buah tandan segar ( BTS ) yang merundum sepatutnya mereka merasa tercabar, apa tidaknya, ini pastinya akan memberi kesan langsung kepada mereka.
Bagi sebahagian peneroka yang menyerahkan urusan ladang mereka kepada Felda Tecnoplant, mereka boleh berpura senyum dengan pendapatan bulanan mereka sekitar RM1300 sebulan walalaupun hasil BTS mereka tidak sampai 1 tan metrik sebulan. Namum mereka terlupa hutang yang bakal mereka tanggung nanti.
Mereka tiada ambil kisah apabila sebahagian dari rakan peneroka telah dizalimi dan dinafikan hak.
Julai 2014, beberapa siri pendedahan bahawa lembaga pengarah FGV telah bertindak menafikan diveden kepada peneroka felda yang telah mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat perladang terbesar Negara ini.
Perdana menteri sendiri mengumunkan bantuan hari raya dan dividen yang dijanjikan kepada peneroka Felda.
Tetapi pihak pengurusan cuba menfikan hak sebahagian penoka.Ekoran dari salah laku ini tujuh tindakan undang-undang telah difailkan oleh 4458 peneroka seluruh Negara.
Apakah GST ini akan terus memberi rahmat kepada warga Felda? Hanya mereka sendiri ada jawapanya.
Walaupun felda kini sudah bagai hilang haknya mereka masih mampu tersenyum.
Koperasi permodalan Felda ( KPF ) satu masa dulu memiliki 51% kepentingan dalam Felda Holdings kini sudah menjadi sebahagian pelabur di dalam FGV.
Nama Felda sudah banyak hilang setelah seluruh operasi Felda dirampas FGV, kini nama 317 buah tanah rancangan Felda ini bakal dijenamakan dengan FGV.
Masihkah ada senyuman ini satu hari nanti? ~

Penulis ialah ketua penerangan
Persatuan anak-anak Peneroka Felda kebangsaan~
01 April 2015

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Amaran terakhir buat UMNO

Posted: 01 Apr 2015 09:14 PM PDT

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kedah dipersendakan bila AIR di PENANG naik 16.7%!!!

Posted: 01 Apr 2015 09:30 PM PDT





Semua dilakukan ketika kaget GST. Dengan cara ini dia harap rakyat tak sedar. Maka kita perlu sedarkan rakyat akan penipuan Guan Eng.

Selain itu, buta-buta Penang buat duit dari Kedah dengan mengenakan air mahal dari air yang diambil percuma dari Kedah.

Dah macam SIngapura

Semalam hari peringatan orang ISLAM DIBOHONG dan dibunuh ramai2

Posted: 01 Apr 2015 07:30 PM PDT


Ia berlaku ketika era perang salib

Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk  Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah  sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah.  Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk  keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada  perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day).

Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool  merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam  merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang  meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua'lam.

Peniaga tak daftar TAK BOLEH KUTIP GST!!!

Posted: 01 Apr 2015 05:30 PM PDT



Boleh direpot dan didenda RM200,000.


Untuk repot, boleh dibuat kepada Bilik Gerakan KPDNKK utk siasatan dan tindakan.

0388826245 KPDNKK War Room
1800886800 KPDNKK
049795000 KPDNKK Perlis
047001800 KPDNKK Kedah
097416000 KPDNKK Kelantan
062345822 KPDNKK Melaka
066017490 KPDNKK N. Sembilan
09573 2153 KPDNKK Pahang
052414611 KPDNKK Melaka
042552555 KPDNKK Pulau Pinang
096204179 KPDNKK Terengganu
0355125485 KPDNKK Selangor
0340454471 KPDNKK KL
072272828 KPDNKK Johor Bharu
087423152 KPDNKK Labuan
088484500 KPDNKK Sabah
082466012 KPDNKK Sarawak

e-aduan.kpdnkk.gov.my

emel: e-aduan@kpdnkk.gov.my

0380008000 1Malaysia CC

SMS KPDNKK Aduan (maklumat aduan) Hantar ke 15888

1300888500 Kastam
0388822111 Kastam
0378067200 Kastam

emel: ccc@customs.gov.my

Utk check Status GST Syarikat sama ada peniaga tersebut daftar GST atau tidak, pergi ke laman web  https://gst.customs.gov.my/TAP dan klik "Lookup GST Status" dibelah kanan

Mat Maslan TIPU kata Mydin tak caj GST? Banyak janji dua Menteri tak tunai

Posted: 01 Apr 2015 06:20 AM PDT




Mat Maslan pun promosi MyMydin ..


Apa cerita ni  pak menteri?








Sana sini penipuan...

Apa cerita Petronas caj GST utk minyak?

Posted: 01 Apr 2015 04:30 AM PDT




Ini yang Dato Hasan Malek kata. 





Rakyat pun diberitahu minyak zero gst. Tapi kenapa ada bill berikut ada gst????

Hasan Malek pantau GST atau ... ahem ahem cari GST di KK?

Posted: 01 Apr 2015 01:28 AM PDT



Dato Hasan Malek lawat kedai fon di KK hari ini dan seperti biasa kata akan pantau harga dan suruh buat aduan.


Tapi nampaknya 7-11, dan Maxis tak peduli pun.



Padahal sudah ada arahan kepada telco2...



Hasan Malek pun ada kata:



Hasan Malek patut saman RM200,000 korporat2 ni.

Entahlah GST apa yang Hasan Malek pantau di Sabah ...


Gadis Sumandak tercantik....



Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Kenapa Pas masih kekal dalam PR?

Posted: 01 Apr 2015 07:53 AM PDT


Penganalisis akui masih tidak faham mengapa Pas masih meneruskan kerjasama dalam PR sedangkan telah berulang kali ditekan rakan dalam gabungan tersebut.

Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, Pas sepatutnya mengambil keputusan yang menunjukkan bahawa mereka tidak bergantung kepada DAP dalam membuat sebarang keputusan.

"Mereka sedang tarik tali. Ungkapan seperti ini umpama DAP mahu Pas keluar dan Pas pula mungkin tidak mahu lagi membuat keputusan untuk keluar kerana, kenapa perlu (keluar) hanya disebabkan tekanan DAP?

"Jadi, saya pun tidak faham kenapa mereka main tarik tali antara satu sama lain sebab ia melibatkan kewibawaan parti masing-masing," katanya disini hari ini

Menurutnya, semakin lama krisis itu berterusan, maka makin ramai pihak akan terus mempersoalkan tentang hubungan mereka dalam PR.

"Pas perlu ambil tindakan yang bersesuaian dengan tuntutan parti, ideologi parti dan juga maruah parti sendiri. Saya tak tahu kenapa Pas melengahkan untuk membuat keputusan berhubung kedudukan dalam PR.

"Semakin lewat, semakinlah ramai yang persoalkan kenapa dibiarkan terus ditekan DAP? Saya tak tahu bila Pas akan buat keputusan yang sepatutnya sudah pun membuat keputusan," katanya.

Menyentuh soal ramalan Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam yang menyebut Pas akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang, beliau menyifatkan ramalan itu masih awal.

"Pilihanraya dalam tiga atau empat tahun lagi. Jadi, DAP juga bergantung kepada Pas dan Pas juga sebelum ini bergantung pada DAP untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu.

"Kebergantungan itu mungkin terjejas tapi sejauh manakah ia akan memberi kesan hanya kepada Pas itu, saya rasa masih terlalu awal," katanya.

Dalam pada itu, Dr Mohammad Fuad Othman berkata, pendirian Pas jelas konsisten sejak dulu untuk terus bersama PR malah berpegang janji setakat ini.

Namun katanya, pihak yang mengeruhkan keadaan adalah DAP, yang telah bertindak memutuskan hubungan dengan orang nombor satu Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Pada pandangan saya, Pas ini sejak dulu lagi mereka konsisten mengatakan bahawa Pas masih lagi bersama PR. Cuma yang nampak memutuskan hubungan ini adalah DAP.

"Jadi, persoalan yang timbul hari ini adalah, apakah PR itu boleh bersaing dengan BN pada PRU tanpa Pas? Maknanya, kalau sekiranya PKR dan DAP merasakan mereka punya kekuatan yang cukup, mungkin mereka akan menolak keluar Pas sebab Pas tak pernah cakap dia nak keluar," katanya.-SN

Suara Politik
Belantan

BULETIN RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 9:40 PTG | Posted in

sumber :-

BULETIN RAKYAT


NAJIB : BARANGAN KEPERLUAN ASAS BERKADAR SIFAR SELEPAS GST

Posted: 01 Apr 2015 08:38 PM PDT



LOKASI: Pasaraya Giant Kota Damansara 
Dengan ditemani para pemimpin beberapa persatuan pengguna seperti FOMCA, CAP dan PPIM, Perdana Menteri Dato' Seri Najib telah membuat terjahan mengejut bagi melihat sendiri pelaksanaan GST diperingkat akar umbi serta mengetahui secara langsung dan terus akan kesan dan impaknya kepada pengguna. Gerak kerja beginilah yang amat dialu-alukan oleh rakyat .. semoga akan kerap melakukannya demi memastikan rasa tidak terkesan dan tertekan teruk dengan pelaksanaan GST serta para peniaga tidak akan ambil kesempatan atas kejahilan rakyat yang kurang maklumat disebabkan kegagalan pemimpin yang diberi amanah dan tanggung jawab membuat pemahaman iaitu tidak lain tidak bukan Ahmad Maslan CGPA 3.85. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini melakukan tinjauan harga barangan di pasar raya Giant Kota Damansara di sini, pada hari pertama pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Berbaju kemeja putih, Najib tiba di premis berkenaan pada pukul 4.45 petang dan mengujakan orang ramai yang terkejut dengan kehadiran perdana menteri. 

Najib kemudian mengambil bakul pasar raya berkenaan dan singgah di bahagian produk penjagaan diri serta membelek harga produk-produk di bahagian berkenaan sebelum mengambil ubat gigi. Beliau turut ke bahagian menjual minuman, makanan dan sayur-sayuran dan membuat pembelian antaranya milo, roti dan nanas. Ketika berada di pasar raya besar itu, Najib yang diiringi Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N.Marimuthu dan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang SM Mohamed Idris, turut berbual dengan pekerja-pekerja di situ. 

Najib juga beramah mesra dan bergambar dengan pengunjung pasar raya besar itu. Selepas 20 minit meninjau barang-barang, Najib kemudian ke kaunter membuat pembayaran dan melihat resit pembayarannya. Perdana menteri turut memuat naik resit pembelian dalam akaun twitternya. "Mudah baca dan jelas dalam resit mengenai perbezaan barangan berkadar standard dan zero rated GST (kadar sifar GST). Bagus," kata Najib dalam catatan Twitter itu. 

Selepas membeli-belah, perdana menteri kemudian berbincang bersama-sama Nadzim, Marimuthu dan SM Mohamed Idris mengenai isu-isu kepenggunaan di sebuah premis makanan yang terletak dalam bangunan pasar raya besar itu. Dalam entri Facebooknya, Najib menulis: "Saya lihat harga barang di sini berpatutan dan barangan keperluan asas berkadar sifar seperti yang ditetapkan Kerajaan". 




ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:38 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Biadap DAP Tronoh Ini, Patut Ditangkap Sama Seperti Nurul Izzah

Posted: 01 Apr 2015 07:57 PM PDT



Tidak boleh dibiarkan kekebalan seseorang ADUN itu bercakap sebegini dalam Dewan Undagan Negeri. YB DAP Tronoh ini wajar ditangkap sama seperti Nurul Izzah.

GST : Harga Kereta Turun Sampai RM4,000

Posted: 01 Apr 2015 01:54 AM PDT


Minta Resit Bila Membeli, Yang Ambil Kesempatan Harus Dikena Tindakan

Posted: 31 Mar 2015 11:03 PM PDT



Ramai Bercakap Pasal GST, Fahamkah Mereka Apa Itu GST?

Posted: 31 Mar 2015 09:44 PM PDT