Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


DAP dan PKR cemarkan keharmonian Adenan Satem inginkan untuk Sarawak

Posted: 30 Mar 2015 10:00 PM PDT


Sarawak satu negeri berbilang kaum dan etnik yang aman dan penuh toleransi dan penerimaan akan perbezaan ini. Bukan setakat itu, mereka memahami adat istiadat kaum dan etnik lain.

Biasa sekali kaum bukan Islam akan ada set pinggan mangkok lain untuk kaum ugama Islam bagi menghormati kaum lain. Di Sarawak, tiap-tiap kaum tahu dan hormati amalan dan ugama laim.

Hal ini adalah sesuatu yang CM Tan Adenan Satem berpegang kuat dan mahu pertahankan. Dia juga mahu supaya pembangunan luar bandar banyak diberi penekanan.

Sedihnya baru-baru ini ada ketegangan apabbila berlaku peristiwa kaum iban kristian mengugut untuk bunuh ustazah dari Kelantan yang dituduh mengislamkan seorang murid tingktan 1. Ini amat pelik kerana orang Kristian memurtadkan orang Islam sering berlaku dan ibu bapa Iban tidak tahan anak-anak mereka yang mahu masuk Islam.



Setakat yang difahamkan budak dan keluarganya sudah mengucap syahadah dan masuk Islam. Budak itu sendiri mahu masuk Islam atas kehendak sendiri. Ustazah ini hanya membantu keluarga tersebut untuk bertemu JAIS.

Katanya sekumpulan paderi mengamuk sebaik mengetahui hal ini. Sampai ada demostrasi di sekoloh yang melibatkan paderi geng-geng2 gereja. Ini pun pelik kerana paderi tidak bersikap sedemikian. Ini mesti politik Impian Sarawak DAP yang masuk ke kampung menghasut dan menimbulkan ketidak puashati

Kononnya geng-geng paderi telah post di FB Miri dan ini membuat ramai yang marah pada guru semananjung dan tibul perasaan anti Semenanjung Panta Timor.

Memang sah kerja DAP.




Tak lama lagi bakal lagi teruklah bila puak-puak haramjadah ini dah mula datang ke Sarawak. Harap Adenan Satem dimaklumkan supaya kasi tahan di Imigresen.




ISMA baek punya balun Hannah Yeoh

Posted: 30 Mar 2015 08:00 PM PDT



PENGARAH PENJARA dah DIGODA Nurul hingga PKR boleh meeting dgn Anwar dlm Sg Buloh?

Posted: 30 Mar 2015 06:05 PM PDT


Ini berdasarkan maklumat FB berikut:




Bab Nurul dengan Pengarah Penjara tu, apa lagi cara Nurul boleh dapat atur meeting gini. Mesti orang atas setuju.



Lagi pun bukan tak tahu Nurul. Pass exam pun.guna taktik ice cream tiup lecturer....

Mesti Nurul yg ajar budak pompuan yg dengan Pak Min kah kah kah ....

Akhirnya MINTAK TOLONG juga polis ... TAK MALU!!!

Posted: 30 Mar 2015 04:48 PM PDT


Kenapa Jahabar Sadiq tak kena?

Posted: 30 Mar 2015 08:00 AM PDT



Peduli APA DIKATA! PR tetap hina PDRM ...Syabas raid TMI!!!

Posted: 30 Mar 2015 06:48 AM PDT






Peduli apa mereka kata akan Polis.



Ada mereka bising pasal Singapore guna ISA???


Baca dan dengat video SINI

Betty Chiew CHAIRMAN MEETING exco Penang kot ....

Posted: 30 Mar 2015 02:30 AM PDT


Ini hanya meja hotel la....

Kenapa si mangkok ni fitnah? Mungkin Betty Chiew selalu duduk dlm mesyuarat exco Pulau Pinang.

Atau juga sebab DUN Kerajaan Palsu Perak pernah sidang di hotel maka mereka ingat kabinet Malaysia mesyuarat di hotel.

Pengikut bodoh mereka percaya saja gambo di atas tanpa selidik dan periksa.


UMNO-DAP Coalition government?

Posted: 29 Mar 2015 11:29 PM PDT


Onus on Kit Siang for Umno-DAP Govt

Joe Fernandez | March 26, 2015
FMT

Yong Teck Lee was not entirely off the mark when he warned that a beyond BN, beyond PR Umno-DAP Government may yet emerge.

COMMENT

lim-kit-siang_dap_umno_300The case for an Umno-DAP Federal Government has always been there, especially among moderates in the former party, ever since PAP was ushered out of the Federation along with Singapore in 1965. Sabah Progressive Party (Sapp) President Yong Teck Lee was not entirely off the mark, for once, when he warned that a beyond BN, beyond PR Umno-DAP Government, a la Lim Kit Siang, may yet emerge from the hudud affair.

If not an Umno-DAP coalition, then there's a case for an Umno-PAS coalition — MUG or Malay Unity Government — as proposed by strategists in Umno. DAP elder statesman Lim Kit Siang, viewing MUG as a threat, refers to the strategists as "conspirators against the opposition alliance, Pakatan Rakyat".

If politics is the art of the possible, as German Chancellor Bismarck once said, and if the late Lee Kuan Yew felt that "nothing was impossible", an Umno-DAP coalition is a more viable option than Umno-PAS. Either way, Umno remains a player as the biggest party in Parliament if it can accept the fact that it's ability to rely solely on Barisan Nasional (BN) is a losing battle.

The right thing to have done of course, in the wake of the Opposition winning the popular vote at 53 per cent in 2013, would have been to form a National Federal Government, not a coalition or unity government, with the number of seats in Parliament determining which side gets what by way of Cabinet and Government positions. It's better for Umno/BN to take out an insurance policy in this manner and share power with the Opposition, and expect the favour to be repaid some day when the tables are turned, rather than risk losing it all one day. This is the point at which party politics ends and good government begins. Alas, it was not to be! It was "winner" take all.

Umno-DAP would be a multiracial coalition while the alternative arrangement would see DAP as a powerful enemy aligned against a weak so-called Malay Unity Government confined to the rural areas. As far as political animalism goes, there's nothing like a weak Federal Government to maintain the sovereignty of the people.

DAP is unlikely to abandon Parti Keadilan Rakyat (PKR) but can live with PAS as long the party gets rid of its President Abdul Hadi Awang whom they would no longer touch with even a ten-foot pole in the wake of the hudud affair.

After all that has been said and done between DAP and PAS, there's no going back. Either Hadi goes or PAS will find itself out of the informal Pakatan Rakyat alliance one way or another. The question here is whether PAS leaders and members are willing to swim or sink with Hadi if the MUG idea doesn't pan out or if they don't want to be mugged by Umno.

Many people either don't realize or don't remember that there was no Pakatan on 8 March 2008, the 12th General Election, when the Opposition denied the ruling BN the coveted two-thirds majority in Parliament.

It's possible for the Opposition to go back to the pre-13th General Election arrangement in Opposition politics, to fight another day, and still live to tell the tale if Pakatan falls apart or if PAS falls into the MUG trap being set for it by Umno.

To digress a little, PAS won't make it easy for MUG to materialize. For one, the mainstream media has been demonizing PAS for so long that it's a wonder that Umno strategists can feign collective amnesia and come up with the MUG concept. We can only put this down to the Machiavellian mindset that "there are no permanent friends and no permanent enemies in politics but only permanent interests". If politics is not about the truth, then it can only be about what the people will believe. But is PAS the kind of party that doesn't get carried away by its own bulls..t in politics?

MUG may be in Umno's political interest but it will not be the same as things stand for PAS, allowing it to be on the same page as the former, unless several issues are first sorted out. Obviously, demonization will end under MUG, and so there's no need to harp on this sore point with PAS.

What has to be settled is the question of oil royalty payments to the Kelantan and Terengganu Governments, the Kelantan Menteri Besar taking his rightful place as the Chairman of the State Security Committee, Federal development grants going straight to the Kelantan Government and a free-for-all in Malay seats in the peninsula and Muslim seats in Sabah or probably being divided 50:50 between Umno and PAS. The last is a tall order but the rationale is there.

This is the opportunity for PAS to press home every advantage in a political deal with Umno, failing which the Islamic party will have to simply get rid of Hadi and re-dedicate itself with even a greater vengeance to Pakatan Rakyat, come hell or high water, and the downfall of Umno which they see coming. Or, it can go it alone as in 2008.

However, there's a big BUT in all this.

Anwar sees himself as a man of destiny and will keep his family in mind above all.

Umno would never abandon its allies in BN. It particularly needs Sabah and Sarawak but at the same time swears by MIC and MCA for more than sentimental reasons. These are historical ties. The three parties have come a long way together since 1957.

Read on HERE.











MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


MH17: Belanda Cari Saksi Tembakan Peluru Berpandu Untuk Siasatan

Posted: 30 Mar 2015 06:48 PM PDT




THE HAGUE: Kumpulan pakar dari Belanda yang menyiasat nahas pesawat MH17 di timur Ukraine pada Isnin membuat panggilan kepada saksi yang melihat pengangkutan atau tembakan peluru berpandu permukaan BUK sekitar masa kejadian.

"Penyiasat melihat kepada semua senario. Salah satu senario adalah bahawa pesawat telah ditembak jatuh pada pukul 4.20 petang waktu tempatan pada 17 Julai," kata pejabat pendakwa raya Belanda dalam satu kenyataan.

"Memandangkan senario ini diberikan, penyiasat mencari saksi yang boleh memberitahu lebih lanjut mengenai pengangkutan, krew dan pelancaran roket BUK di kawasan itu beberapa hari sebelum dan selepas kemalangan itu," katanya.

Semua 298 orang di dalam pesawat Malaysia Airlines, majoriti mereka dari Belanda meninggal dunia selepas pesawat ditembak jatuh di zon perang di timur Ukraine tahun lepas.

Belanda telah bertugas mengetuai siasatan mengenai punca kejadian dan mengenal pasti kematian.

Pihak berkuasa Belanda juga bertanggungjawab dalam siasatan jenayah kemalangan itu, yang berlaku di tengah-tengah pertempuran sengit antara tentera Ukraine dan pemisah pro-Rusia.

Kiev dan West mendakwa bahawa Boeing 777 telah ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah, menggunakan peluru berpandu permukaan BUK yang dibekalkan oleh Rusia. Moscow menafikan tuduhan tersebut, sebaliknya menuding jari kepada Kiev.

Pendakwa menegaskan 'panggilan supaya saksi tampil tidak bermakna terdapat bukti yang tidak boleh dinafikan terhadap apa yang menyebabkan kemalangan itu."

"Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan tentang nahas," kata mereka.

Permintaan itu telah tersebar secara meluas melalui media sosial dan stesen berita, bersama-sama dengan video di Rusia dengan sarikata Belanda.

Awal bulan ini ahli keluarga mangsa nahas melihat bangkai pesawat yang dibawa balik ke Belanda, di mana ia dibina semula sebagai sebahagian daripada siasatan itu.

Dua daripada 298 mangsa masih belum dikenal pasti.

SKMM Polis serbu TMI, 3 ditahan

Posted: 30 Mar 2015 05:15 AM PDT

SHAH ALAM 30 MAC: Lebih 10 pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis hari ini menyerbu pejabat portal berita The Malaysian Insider (TMI) di Petaling Jaya.
Tiga editor kanan portal berita itu ditangkap bawah Akta Hasutan.
4833ba900ce4e071b0ca63167613352cMalaysiakini melaporkan Lionel Morais, Amin Iskandar dan Zulkifli Sulong dipercayai akan ditahan di lokap balai polis Jinjang, Kuala Lumpur malam ini.
Polis juga merampas komputer dan telefon tangan milik mereka.
Tindakan ini dipercayai berkaitan laporannya yang menyebut Majlis Raja-Raja Melayu menolak hudud yang didakwa palsu.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Apakah Anwarinas Pas mula berpaling tadah?

Posted: 30 Mar 2015 09:12 AM PDT


DAP hilang sokongan Anwarinas Pas?

DAP yang selama ini bergantung kepada beberapa pemimpin Pas yang cen­derung memihak kepada mereka mula tergugat apabila bibit-bibit pergeseran dengan kumpulan berkenaan mula kelihatan.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan DAP hari ini tampil menyelar parti itu berikutan kritikan yang dilemparkan terhadap Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, kecaman DAP terhadap Abdul Hadi adalah menyedihkan kerana tokoh ulama berkenaan turut memimpin lebih sejuta ahli Pas.

"Ini kerana beliau ibarat bapa dalam pakatan pembangkang dan DAP tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu yang membuatkan ahli Pas berasa sedih," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

DAP sebelum ini mengumumkan parti itu sudah tidak mempercayai Abdul Hadi susulan pembentangan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, baru- baru ini, sekali gus memutuskan hubungan dengan Ahli Parlimen Marang itu.

Hubungan Pas dengan parti itu semalam terus berantakan apabila DAP Sarawak pula mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu manakala Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini meminta supaya ahli Pas yang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang melepaskan kedudukan masing- masing.

Mujahid yang pada awalnya berdolak-dalik tentang pendiriannya berhubung perkara itu berkata, tindakan DAP Sarawak juga amat dikesalinya dan akan memburukkan lagi keadaan.

"Oleh itu, kita akan bermesyuarat dan mengumumkan pendirian parti berhubung masa depan dalam pakatan pembangkang pada hari Isnin ini susulan tindakan DAP Sarawak yang memutuskan hubungan dalam pakatan pembangkang," katanya.

Mesyuarat itu kelak katanya, akan turut membincangkan kecaman pemimpin DAP terhadap Abdul Hadi.

Suara Politik
Belantan

Nahas Germanwings : Bekas Kekasih Dedah Sikap Aneh Juruterbang?

Posted: 30 Mar 2015 08:24 AM PDT



BERLIN  - Seorang wanita telah mendedahkan perlakuan aneh juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz, sebelum kejadian nahas yang menimpa pesawat itu pada Selasa.

Wanita yang dipercayai bekas teman wanita juruterbang itu menceritakan yang suspek pernah mengalami mimpi ngeri, menjerit "Kita nak terhempas!" lalu terbangun daripada tidur, lapor portal Dailystar.

Menurutnya lagi, Lubitz pernah berkata: "Satu hari nanti, saya akan buat sesuatu yang akan mengubah seluruh sistem, dan nanti semua akan tahu nama saya dan mengingatinya."

Wanita itu berkata dia teringat kata-kata itu selepas pesawat Germanwings 4U9525 itu terhempas membunuh Lubitz serta 149 yang lain.

Lubitz disyaki sengaja menyebabkan pesawat tersebut terhempas di pedalaman banjaran Alps Perancis.

"Saya tak tahu dulu apa yang dia maksudkan, tapi sekarang baru saya faham," katanya kepada akhbar Jerman, Bild.

Semalam, media melaporkan bahawa pihak berkuasa menemui surat cuti sakit Lubitz yang telah dikoyak. Beberapa nota baharu juga ditemui di rumahnya.

Suara Politik
Belantan

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:41 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Ini Dia Ulama penyelamat melayu dari GST..

Posted: 30 Mar 2015 01:19 AM PDT

Patutla seminggu dua yang lepas sibuk duk warwarkan tak mau lagi berceramah kat TV,, rupa-rupanya ada agenda yang lebih power... kah kah kah.,, 


Dalam rakyat marhaen duk gelisah nak menghadapi kesempitan hidup,,, yang si mamat sekoq ni pun sibuk juga,,,  phuiii...
Dia sibuk nak buat album pulak dah,,, lagu apa dia nak nyanyi ni... ya hanana kut,, atau pun kalau dah jodoh... dan yang pasti jangan beli yang cetak rompak... ha ha ha nanti tak untung woo..





ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:13 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Kit Siang & Guan Eng Tak Sanggup Tengok Video Ini

Posted: 30 Mar 2015 08:11 PM PDT


Mengapa Rakyat Di Negara Tersenarai Ini Tidak Marah Pun Pasal GST?

Posted: 29 Mar 2015 10:00 PM PDT


Sudah lama dilaksanakan di negara lain, marah kadar 6% Malaysia adalah antara yang terendah di dunia. Jika sistem GST tidak baik mengapa rakyat di Jepun dan Korea Selatan tidak membantah.

Singapura sendiri sudah laksanakan GST sejak 7%, mengapa DAP tidak bantah sistem yang sudah dibuat di Singapura oleh PAP itu?

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:09 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Isu hutang 1MDB gamatkan sidang DNS

Posted: 30 Mar 2015 09:07 PM PDT

DNS wide 01SHAH ALAM, 31 MAC: Dewan Negeri Selangor (DNS) pagi ini dipanaskan dengan isu hutang 1MDB dikaitkan sebagai antara punca Kerajaan Pusat didakwa hampir muflis.
Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali ditanya mengenai motif Kerajaan Pusat mahu menyapu segala aset air dan tanah milik Kerajaan Negeri menerusi perjanjian penstrukturan semula industri air.
"Saya tidak pasti tetapi daripada maklumat ada kemungkinan faktor ekonomi Kerajaan Pusat hampir muflis dan tiada wang untuk selesaikan perjanjian.
"Ini juga ada kaitan dengan 1MDB yang kini hutangnya mencecah RM45 billion," katanya menjawab soalan tambahan daripada Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan).
Terdahulu, Mohamed Azmin menjawab soalan berhubung status rundingan air dengan Kerajaan Pusat.
Jawapan itu mengundang Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) mencelah menuntut Mohamed Azmin menunjukkan bukti Kerajaan Pusat hampir muflis dan kaitan 1MDB.
"Kalau nak dapatkan penjelasan terperinci bolehlah dengar taklimat daripada Tun Mahathir dengan dokumen serta fakta lengkap dan sahih.
"Bagaimana kerajaan korup boleh benarkan sebuah syarikat yang ada kaitan langsung dengan pemimpin tertinggi boleh berhutang sehingga RM45billion.
"Maka apa sahaja yang berlaku kepada syarikat ini pasti ada kaitan langsung dengan sistem perbankan negara," katanya.

Kritikan terhadap 1MDB hanya bermotifkan politik kata Salleh Keruak

Posted: 30 Mar 2015 09:07 PM PDT

Jika pembangkang mempunyai maklumat atau dokumen, mereka wajar mengemukakan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan, bukan bermain politik dan mencari publisiti murahan
salleh-keruak2
KOTA KINABALU: Serangan ke atas syarikat 1MDB merupakan satu kritikan yang bermotifkan politik semata-mata dan bukan berdasarkan fakta sebenar, kataTimbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Keruak.
Tambah beliau, pembangkang hari ini menyerang kerajaan melalui pelbagai teori dan spekulasi yang dilontarkan terhadap rakyat umum di mana ianya bertujuan agar isu ini menjadikan debat politik dan bukan lagi untuk mencari kebenaran.
"Pihak pembangkang kelihatan tidak sabar menunggu Jabatan Audit Negara menyiapkan kerja dan ia sesuatu yang tidak adil. Jika pembangkang mempunyai maklumat atau dokumen, mereka wajar mengemukakan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan. Bukan bermain politik dan mencari publisiti murahan, dan mempengaruhi pemikiran masyarakat.
"Kita tidak boleh memberi pandangan hanya berdasarkan kepada Sarawak Report dan individu-individu berkepentingan. Ini kerana laporan itu kita tidak ketahui apakah motifnya.
"Apa juga jawapan yang diberikan oleh kerajaan yang berdasarkan fakta, mereka tidak akan terima. Sebaliknya akan mencari isu lain," tegas beliau, lapor UMNO Online memetik tulisan beliau di dalam blog rasminya sskeruak.blogspot.com.
Jelas beliau lagi, matlamat 1MDB cukup jelas dan perniagaan yang diceburinya bertujuan utk memanfaatkan kerajaan serta rakyat. Justeru itu kata beliau lagi, pembangkang sepatutnya menunggu laporan penuh AG dan janganlah perkara ini dijadikan polemik antara kerajaan dan pembangkang.
"Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menyatakan dengan jelas pendirian kerajaan mengenai isu berkenaan. Tidak ada yang akan disembunyikan. Jika ada sebarang salah laku, undang-undang akan dikuatkuasa tanpa sebarang pengecualian. tidakkah boleh kita tunggu dahulu hasil laporan berkenaan dan jangan mempolitikkannya?
Read More / Baca Lagi >>

Henti tangkapan bermotif politik, gugurkan semua tuduhan – Suaram

Posted: 30 Mar 2015 09:05 PM PDT

KUALA LUMPUR 31 MAC: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menggesa kerajaan menghentikan semua tangkapan bermotifkan politik dan menggugurkan semua tuduhan dan siasatan terhadap aktivis dan pemimpin politik yang terlibat dalam perhimpunan #KitaLawan, Sabtu lalu.
Kata mereka, polis seolah-olah bertindak ala samseng ketika membuat tangkapan dalam himpunan tersebut.
Mereka juga menggesa pertuduhan terhadap peserta demo anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang ditahan beramai-ramai Mac lalu
turut digugurkan.
"Pecat Ketua Polis Negara dengan serta merta kerana beliau menyalahgunakan kuasanya dan bertindak melanggar hak dan kebebasan warganegara, di bawah Perlembagaan Persekutuan," tegas mereka dalam kenyataan bersama.
Kata mereka lagi, kerajaan juga perlu menarik balik Akta Pencegahan Keganasan di Parlimen kerana undang-undang itu membolehkan penahanan tanpa bicara.
"Kami juga menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tanpa lengah demi mengembalikan keyakinan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM)," kata mereka.
Mereka turut mendakwa, dalam kejadian 26 Mac lalu, penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pegawai polis berpakaian preman memukul mereka yang berada di Dataran Merdeka yang ketika itu mengumpul tandatangan bagi kempen Bebas Anwar.
Kejadian itu didakwa turut melibatkan seorang warga emas berusia 70 tahun.
Read More / Baca Lagi >>

GST bukan ‘April Fool’, kata Ahmad Maslan

Posted: 30 Mar 2015 08:52 PM PDT

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini bukanlah satu perbuatan "April Fool" sebaliknya ia satu sistem percukaian yang terbukti dapat menurunkan harga barang, kata Datuk Ahmad Maslan.
Timbalan menteri kewangan itu berkata, penyerapan 6% GST oleh pasar raya Mydin membuktikan segala ceramah mengenai sistem percukaian baharu itu terbukti benar. "Saya nak beritahu, tidak ada April Fool. GST akan tetap dilaksanakan.
 "Selama ini orang momok-momokkan ceramah saya ini, tetapi apabila pelaksana dan peniaga sebut begitu, itulah GST yang sebenarnya," katanya selepas melawat Pasaraya Besar Mydin di Subang Jaya pagi ini.

Tangkap: Kecewa kerajaan tidak hormati perlembagaan

Posted: 30 Mar 2015 08:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar melahirkan rasa kecewa apabila Perlembagaan Persekutuan tidak dihormati lagi oleh kerajaan.

Katanya, tindak-tanduk kerajaan seolah-olah mencabar hak-hak yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada warganegara.

"Baru-baru ini ramai di antara ahli-ahli parlimen ditahan oleh polis kerana terlibat dengan perhimpunan aman 'Kita Lawan'," ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Saya rasa sungguh kecewa apabila Perlembagaan Persekutuan tidak dihormati lagi oleh kerajaan.

Tindak-tanduk kerajaan seolah-olah mencabar hak-hak yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada warganegara.

Baru-baru ini ramai di antara ahli-ahli parlimen ditahan oleh polis kerana terlibat dengan perhimpunan aman 'Kita Lawan'.

Perlembagaan Persekutuan memberi hak kebebasan berhimpun dan kebebasan bersuara kepada semua rakyat Malaysia apatah lagi kepada ahli-ahli parlimen.

Penangkapan dan penahanan ahli-ahli parlimen ini adalah penyalahgunaan kuasa yang melampau.

Ahli-ahli parlimen adalah wakil yang dipilih oleh rakyat dan mempunyai kekebalan tertentu yang dijamin oleh undang-undang negara.Read More / Baca Lagi >>

Penerbit, CEO TMI pula ditahan Polis

Posted: 30 Mar 2015 07:56 PM PDT

Operasi pihak berkuasa ke atas portal berita The Malaysian Insider diteruskan hari ini dengan penahanan pemimpin syarikat induknya Ho Kay Tat dan ketua pegawai eksekutif portal tersebut, Jahabar Sadiq.

Kedua-duanya ditahan mengikut Akta Hasutan sebaik tiba ke ibu pejabat polis Dang Wang pagi ini, lapor portal tersebut.

Mereka pada awalnya tiba untuk memberi keterangan di balai tersebut susulan penahanan tiga orang editor mereka semalam.

Ho Kay Tat merupakan penerbit dan CEO kumpulan The Edge Media Group, yang memiliki kepentingan dalam The Malaysian Insider.

Penahanan tersebut disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang popular melalui akaun @KBAB51 di Twitter.

"PDRM sahkan jam 1100 pagi ini telah tahan dua orang lagi kakitangan TMI utk bantu siasatan.

"Tiada toleransi kpd sebarang aktiviti menghasut," katanya.

Altantuya: AG belum mohon untuk ekstradisi Sirul....kenapa..!!!

Posted: 30 Mar 2015 07:54 PM PDT

Pejabat Peguam Negara masih belum membuat apa-apa permohonan kepada Australia untuk mengestradisi bekas komando polis Sirul Azhar Umar.

Sirul ditahan oleh pihak berkuasa Australia sejak 22 Januari lalu.

Sehari sebelumnya Sirul diletakkan dalam "notis merah" Interpol oleh polis Malaysia.

Beliau disabitkan dengan kesalahan membunuhkan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu bersama seorang lagi komando polis, Azilah Hadri.

Peguam Sirul, Hasnal Rezua Merican mengesahkan perkembangan terbaru itu kepada Malaysiakini.

Beli emas sebelum GST, peniaga risau hilang pelanggan negara luar

Posted: 30 Mar 2015 07:45 PM PDT

Dua hari sebelum menjelangnya pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kebanyakan kedai emas di sekitar Masjid India, Kuala Lumpur dipenuhi pelanggan yang berpusu-pusu membeli emas sebelum GST berkuat kuasa esok.

Salah seorang pekerja di kedai emas Deen Jewellers menyifatkan situasi itu seperti "pembelian mengejut" kerana ramai orang yang datang untuk membeli emas pada hari Isnin. Pengurusnya Shaik Abdul Kadir memberitahu The Malaysian Insider, keadaan tersebut berlaku disebabkan kebanyakan pelanggan panik dengan GST dan membuat keputusan membeli emas sebelum 1 April memandangkan emas antara barangan yang akan dikenakan cukai 6% itu.

 "Sejak beberapa hari sebelum ini pun, sudah ramai yang datang membeli emas. Ini kerana mereka ingin mengejar GST. Bagi mereka GST adalah sesuatu perkara yang baru. "Namun, tidak berapa lama nanti mereka akan beli juga, selepas sudah biasa dengan cukai itu," katanya.

 Beliau bagaimanapun melahirkan kerisauan sekiranya pelanggan dari luar negara, seperti Singapura, yang sering datang ke Kuala Lumpur membeli emas akan mencari alternatif lain selepas GST.

 Begitu juga Najmuddeen Bahurudin, eksekutif jualan Little India Jewellers yang tidak menolak kemungkinan pelanggannya dari luar negara seperti Arab dan India akan membeli emas di tempat lain selepas GST. "Sekarang ini, pelanggan dari Arab dan India terutamanya, akan datang ke sini membeli emas kerana harga emas di sini lebih murah berbanding di sana," katanya

. Selepas GST, beliau menjangkakan penurunan jualan kerana cukai 6% yang perlu ditanggung pembeli. Namun, beliau yakin dalam masa beberapa bulan yang akan datang, sambutan akan kembali seperti biasa kerana baginya pelanggan akan tetap membeli emas atas sebab-sebab tertentu seperti perayaan dan perkahwinan.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi akan diingati sebagai penghancur Pakatan.....

Posted: 30 Mar 2015 07:41 PM PDT

oleh Mariam Mokhtar

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang adalah penentu nasibnya sendiri, tetapi beliau akan diingati sejarah sebagai orang yang menjatuhkan Malaysia. Hadi menghadapi titik yang paling penting dalam kerjaya politiknya, tetapi berkelakuan dengan keangkuhan yang telah menjadi tabiatnya. Dia kehilangan Terengganu dan Kedah kepada Umno Baru, dan beliau kini sedabg berusaha untuk memusnahkan Malaysia yang majmuk.

Rakan-rakan pakatan PAS telah hilang kepercayaan kepada Hadi, tetapi dia terus berkeras, selamat dalam pengetahuan bahawa ulama-ulama dalam parti itu berada di sisinya. Golongan progresif PAS hanya boleh melihat tidak bermaya, semasa parti mereka dianggap seperti pariah politik. Golongan progresif tidak berupaya.

Tidak dapat bertindak, kerana mereka takut, bahawa puak ulama akan memecat mereka, dan membawa kerjaya politik mereka kepada pengakhiran yang pra-matang. Golongan progresif ini lupa bahawa rakyat menghormati ahli-ahli politik yang memiliki pendirian, seperti ketua PAS Batu dan ahli-ahli yang meletak jawatan, disebabkan kepimpinan yang lemah dan berpecah belah Hadi. Semasa Hadi berceramah tentang hudud dan semua perkara mengenai Islam, pakatan pembangkang akan hancur.

Kita tidak perlu berilmu dan kuat agama, untuk membuat kesimpulan bahawa Hadi sedang bertindak mengikut Datuk skrip Seri Najib Razak. Umno Baru lemah, dan satu-satunya peluang mereka untuk kekal berkuasa adalah untuk menjatuhkan Pakatan. PAS telah memainkan peranannya dengan mengagumkan.

Keakraban ahli-ahli PAS dan DAP, berkumpul di luar istana Kuala Kangsar pada bulan Februari 2009, untuk memprotes ketidakadilan politik yang dilakukan ke atas menteri besar PAS, Datuk Nizar Jamaluddin telah dilupakan. Penyokong-penyokong berbangsa Cina menggayakan ikat kepala PAS.

Penyokong Melayu dilihat memakai t-shirt DAP. Mereka telah bersatu menentang ketidakadilan dan komplot Najib untuk menjatuhkan kerajaan yang diundi secara sah. Hari ini, Hadi secara tidak langsung sedang meneruskan kerja Najib untuk menyegerakan perpecahan Pakatan.

Fasa Dua pelan induk Najib dan Umno Baru untuk memerintah Malaysia kini sedang dijalankan. Fasa Satu adalah penahanan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli-ahli PAS perlu bertindak dan menyelamatkan parti mereka. Parti itu, yang dahulunya pernah rakyat Malaysia hormati.

Read More / Baca Lagi >>

GST: Ada kemungkinan PR ambil alih kerajaan selepas PRU14 - Ibrahim Ali

Posted: 30 Mar 2015 07:38 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan mengambil alih pentadbiran negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-14 sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal mengawal risiko kenaikan harga barang susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 1 April nanti.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata cabaran paling besar buat BN adalah untuk mengawal orang tengah seperti pemborong dan pengilang yang mungkin mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang selepas GST.

"Kita tahu cabaran kerajaan adalah sama ada mampu atau tidak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani kesempatan orang tengah ini.

"Kalau kita lihat semasa kenaikan harga minyak, tidak mudah untuk KPDNKK mengawal kenaikan harga barang ketika itu. Sebab kakitangan KPDNKK ini bukan ramai pun," ujar beliau dalam satu sidang media semalam di Pejabat Perkasa, di sini.

Selain itu Ibrahim turut berkata polemik cukai GST ketika ini menjadikan masyarakat semakin keliru sama ada ia memberi kebaikan atau tidak apabila ia dilaksanakan nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Kumpulan wartawan kecam penahanan pengarang TMI

Posted: 30 Mar 2015 07:34 PM PDT

Polis perlu segera melepaskan tiga pengarang kanan The Malaysian Insider (TMI) yang ditahan semalam berhubung satu artikel berkaitan hudud kerana ia tidak perlu dan merupakan satu penyalahgunaan kuasa, kata kumpulan wartawan.

Centre for Independent Journalism (CIJ) berkata, serbuan terhadap pejabat TMI dan penangkapan Pengarang Urusan Lionel Morais, Pengarang Berita Bahasa Amin Shah Iskandar dan Pengarang Analisis dan Rencana Zulkifli Sulong adalah sebahagian daripada trend yang membimbangkan dalam merosotnya standard kebebasan bersuara di negara ini.

"CIJ mempersoalkan keangkuhan pihak berkuasa dalam melakukan tangkapan. Sekiranya artikel itu didapati tidak betul, ia boleh dibidas dan TMI boleh diminta menarik balik atau membuat pembetulan," kata Pengarah CIJ Sonia Randhawa dan Jac Kee dalam satu kenyataan semalam.

"Walaupun sekiranya polis mahu memulakan penyiasatan, mereka boleh meminta maklumat yang diperlukan dari TMI, bukannya datang ke pejabat mereka dan menangkap pengarang mereka." CIJ berkata, bukan satu rahsia yang TMI menerbitkan artikel itu, dan TMI juga tidak menafikan bertanggungjawab terhadapnya.

 Katanya, tidak timbul keperluan menahan tiga pengarang itu bermalam di lokap malam tadi atau memohon perintah reman atas mereka.

Penguasaan Bahasa Inggeris terbaik di Asia? Cakap kosong Timbalan Menteri

Posted: 30 Mar 2015 05:06 PM PDT

Jika benar penguasaan Bahasa Inggeris di Malaysia lebih baik berbanding Singapura, mengapa kerajaan menghabiskan jutaan ringgit untuk memulihkannya? soal Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.
Zairil berkata, dakwaan Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan itu sama sekali mengarut, walhal kerajaan sendiri menyedari bahawa standard bahasa Inggeris di Malaysia semakin jauh merosot.
Menurutnya, ia dapat dibuktikan melalui beberapa siri inisiatif yang menelan perbelanjaan tinggi seperti Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), Program Penutur Jati Bahasa Inggeris (PPJBI) dan Program Peningkatan Profisiensi Guru Bahasa Inggeris (Pro-ELT).
"Semua program ini telah menelan belanja lebih daripada RM1 bilion dalam tempoh lima tahun yang lalu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha Publisti DAP menyatakan, sebagai contoh, PPJBI telah menyaksikan Kementerian Pendirikan membelanjakan sebanyak RM270 juta bagi mengupah 360 penutur asli Bahasa Inggeris untuk melatih guru sekolah rendah tempatan bagi matapelajaran itu.
Jelasnya, walaupun keputusan selepas tiga tahun pelaksanaannya dipersoalkan, seperti prestasi teruk dalam matapelajaran Bahasa Inggeris UPSR, namun program tersebut telah diperbaharui dengan suntikan kos sebanyak RM184.4 juta untuk tempoh dua tahun lagi dari 1 Oktober 2013 hingga 30 September 2015.
"Kementerian juga membelanjakan lebih daripada RM200 juta setiap tahun untuk MBMMBI sejak ia dilancarkan pada tahun 2010.
"Jika penguasaan Bahasa Inggeris di Malaysia sememangnya terbaik di Asia, mengapa semua fakta ini termasuk tindakan kerajaan sendiri mengatakan sebaliknya?
Read More / Baca Lagi >>

Shafee fail saman fitnah terhadap Majlis Peguam dan peguam

Posted: 30 Mar 2015 05:02 PM PDT


Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memfailkan saman fitnah terhadap Majlis Peguam Malaysia dan tiga yang lain kerana cuba membincangkan kelakuannya pada mesyuarat agung tahunan (AGM) majlis itu dua minggu lalu, kata peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin.

"Ya, anak guam saya memfailkan saman fitnah sebagai tindakan terhadap defendan," katanya kepada The Malaysian Insider. Shafee memfailkan saman itu dan satu injunksi menghalang Majlis Peguam, bekas Presiden Christopher Leong, peguam Tommy Thomas dan Tan Sri VC George

 Shafee memperoleh injunksi ex-parte itu pada hari berikutnya daripada hakim Datuk Asmabi Mohamad bagi menghentikan usul difailkan Thomas dan disokong George yang akan dibincangkan pada AGM 14 Mac.

Mahkamah akan mendengar permohonan hari ini bagi mengetepikan injunksi Shafee itu yang menghentikan perbincangan mengenai kelakuan peguam kanan itu ketika mengambil bahagian dalam road show mengenai perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Read More / Baca Lagi >>

PAC: MKN salahkan kerajaan negeri Kelantan mengurus banjir

Posted: 30 Mar 2015 04:44 PM PDT

MKN turut mengakui ada kelemahan dari pihak mereka dalam menguruskan banjir.
Nur-Jazlan-Mohamed_600KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendakwa punca kelemahan mengurus banjir di Kelantan adalah kerana tiadanya kerjasama daripada kerajaan negeri.
Demikian kata pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Katanya, kelemahan tersebut telah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) semasa sesi pendengaran hari..
"MKN turut mengakui ada kelemahan dari pihak mereka dalam menguruskan banjir kali ini memandangkan bencana yang dihadapi negeri-negeri pantai timur khususnya Kelantan adalah luar biasa.
"Sebelum ini kerjasama MKN dengan kerajaan negeri bila berdepan dengan banjir tidak jadi masalah sehingga pada tahun lepas ia terputus menjejaskan kordinasi kerajaan pusat dan kerajaan negeri," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, PAC turut membuat pengumuman untuk memanggil MKN dan Kementerian Kewangan berikutan peruntukan RM800 juta kepada mangsa banjir seperti yang diumum Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Read More / Baca Lagi >>

Polis tangkap pengarang TMI kerana laporan hudud

Posted: 30 Mar 2015 04:42 PM PDT

Polis hari ini memberkas tiga pengarang kanan The Malaysian Insider iaitu pengarang urusan Lionel Morais, pengarang berita bahasa Amin Shah Iskandar dan pengarang analisis dan rencana Zulkifli Sulong berhubung satu laporan mengenai hudud yang menyentuh Majlis Raja-raja.
Pihak polis bersama anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) datang ke pejabat The Malaysian Insider di Mutiara Damansara petang ini dan membuat tangkapan.
Tindakan itu merupakan sebahagian daripada siasatan selepas laporan polis dibuat seorang pegawai dari Majlis Raja-raja minggu lepas.

Kira-kira 12 anggota polis dan SKMM tiba di pejabat itu lebih kurang jam 5.52 petang ini. Mereka menghabiskan kira-kira setengah jam memeriksa komputer salah seorang pengarang sebelum meneruskan dengan menyoalsiasat Morais, Amin dan Zulkifli.
Peguam Syahredzan Johan, yang bersama mereka berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, ketiga-tiga pengarang itu akan ditahan di balai polis Dang Wangi malam ini dan polis akan memohon perintah reman ke atas mereka esok pagi.
Sementara itu, Ho Kay Tat, ketua pegawai eksekutif kumpulan / penerbit The Edge Media Group, yang memiliki The Malaysian Insider, berkata tangkapan itu tidak perlu.
"Kami tak fikir timbul keperluan menangkap mereka kerana mereka boleh bertemu polis pada bila-bila masa bagi direkodkan kenyataan," katanya.
"Kami menyeru polis membebaskan mereka serta merta."
Bagaimanapun, katanya, pegawai polis dan penyiasat dari SKMM menunjukkan sifat mesra ketika menjalankan tugas mereka di pejabat The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Government: BRIM - GST = RAKYAT MANGSA

Posted: 30 Mar 2015 04:12 PM PDT


Patutler beriya2 bermati2an nak laksanakan GST..

Posted: 30 Mar 2015 04:09 PM PDT

APA DAH JADI DGN KANTONG KEWANGAN NEGARA !!!... Tak kan rakyat plok jadi mangsa ntuk slmtkan kebobrokan pemerintahan UMNO/BN..

MAS tidak dapat elak berhentikan 6,000 kakitangannya

Posted: 30 Mar 2015 07:38 AM PDT

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) berdepan situasi sukar dan rancangannya untuk mengurangkan 6,000 kakitangan itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielak dan sebaliknya perlu diteruskan, kata bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat hari ini.

Khazanah Nasional Bhd, yang memiliki MAS, telah melakukan penilaian menyeluruh secara teliti mengikut Pelan Pemulihan bernilai RM6 bilion bagi syarikat penerbangan negara itu dan keperluan mengecilkan tenaga kerjanya adalah sangat kritikal bagi pelan tersebut, katanya.

Ong berkata demikian bagi mengulas bantahan yang disuarakan dalam kalangan kesatuan sekerja MAS yang telah merayu kepada Khazanah dan kerajaan supaya mengabaikan tindakan pemberhentian pekerja besar-besaran yang melibatkan satu pertiga daripada tenaga kerjanya.

"Kita tidak mampu untuk berada dalam zon selesa selama-lamanya. Jika kita katakan yang kita telah melakukan ini sejak beberapa tahun, jadi kenapa kita tidak boleh teruskannya. Jadi apakah pelan pemulihan atau perubahan yang kita bincangkan?," katanya.

"Adakah kita mahu terjerumus dalam perangkap lama yang sama, iaitu berbentuk bantuan kewangan, kita mahu dijamin keluar oleh kerajaan dan adakah itu sahaja.

Justeru, sekarang kita perlu membuat pilihan, apakah ia sekadar dijamin keluar semata-mata atau pemulihan yang tulen dan sangat bermakna bagi kelangsungan syarikat penerbangan negara.

"Saya rasa ini adalah dua perkara utama yang kita perlu putuskan secara muktamad dan tegas demi kepentingan negara," katanya kepada Bernama.

Ong menekankan sejak awal lagi, semua maklum isu pemberhentian kerja sementara tidak dapat dielak dan pertemuan yang mencukupi telah dibuat dengan pelbagai kesatuan pekerja dan langkah pemberhentian kerja bukan menjadi satu isu sekarang.
"Langkah berikutnya selepas ini kemungkinan pemilihan pekerja yang sesuai, dan saya yakin keperluan mendapatkan bilangan pekerja yang sewajarnya bagi menepati bilangan tenaga kerja yang optimum dibincangkan. Ini adalah perkara yang tidak dapat dielak syarikat penerbangan itu.

Read More / Baca Lagi >>

Melanggar persepsi kontroversi hudud

Posted: 30 Mar 2015 07:23 AM PDT

Oleh Timmy Say
Cakap-cakap 1: Asal-usul Pakatan Rakyat
Mengikut sejarah, sejak penubuhan PKR selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara pada 1998, PAS dan PKR sudah menjalin kerjasama politik.

Hubungan PAS-PKR tidak pernah putus sehingga hari ini. Ini tidak seperti DAP yang memutuskan hubungan dengan Barisan Alternatif pada 2001.

Pada 2007, ketika kempen "Asal Bukan Umno" mendapat sambutan meluas, DAP tetap membuat deklarasi bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan PAS, meskipun PAS dan PKR sudah bekerjasama.

"Kita terima agama Islam adalah agama rasmi negara tetapi kita tidak akan bekerjasama dengan PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam" – itulah kata-kata mendiang Karpal Singh pada 25 Januari 2007

Setelah menang 5 negeri di 2008, barulah Pakatan Rakyat (PR) dibentuk dengan gabungan PAS-PKR bersama DAP untuk mentadbir Selangor, Pulau Pinang dan Perak.
Cakap-cakap 2: PAS sudah berjanji membuang hudud apabila masuk PR

PAS tidak pernah membuat deklarasi tidak lagi memperjuangkan Islam dan terus berpegang pada dokumen dasar bersama PR yang hanya melibatkan perkara dipersetujui bersama.
Dokumen itu dibentangkan pada Konvesyen PR pertama iaitu pada 19 Disember 2009, 21 bulan selepas kemenangan besar PRU13.

Perbezaan antara tiga parti hanya diketepikan seperti yang disebut Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika konvesyen pertama - "Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza".

Oleh itu, perbezaan antara tiga parti hanya ditangguhkan perbincangan dan bukan dibuang ke dalam tong sampah, sebagaimana ada yang percaya bahawa PAS berjanji melupakan hasrat memperjuangkan hudud selepas bersama PR.

Cakap-cakap 3: Hudud memecahkan PR?Read More / Baca Lagi >>

Aktivis dakwa polis bertindak ala gengster dalam tangkapan #KitaLawan

Posted: 30 Mar 2015 07:12 AM PDT

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini mengutuk tindakan pihak polis yang didakwa mereka seakan-akan bertindak seperti gengster ketika menangkap aktivis dan pemimpin politik yang terlibat dalam perhimpunan #KitaLawan di Kuala Lumpur 28 Mac lalu.

Sehubungan itu, mereka menggesa kerajaan menghentikan semua tangkapan yang bermotifkan politik dan menggugurkan semua tuduhan dan siasatan terhadap prehimpunan tersebut serta penunjuk perasaan anti GST digugurkan. "Pecat ketua polis negara dengan serta merta kerana beliau menyalahgunakan kedudukan kuasanya dan bertindak melanggar hak dan kebebasan untuk warganegara, di bawah Perlembagaan Persekutuan," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.
 Mereka juga menggesa kerajaan menarik balik Akta Pencegahan Keganasan di Parlimen kerana undang-undang itu membolehkan penahanan tanpa bicara, iaitu terhadap mereka yang menjalankan perkhidmatan demi keadilan hak asasi dan kesamarataan.

"Kami juga menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tanpa lengah demi mengembalikan keyakinan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM)," kata mereka. Mereka mendakwa, ketika kejadian 26 Mac lalu, penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pegawai polis berpakaian biasa memukul mereka yang berada di Dataran Merdeka yang ketika itu mengumpul tandatangan bagi kempen Bebas Anwar.

Kejadian itu didakwa turut melibatkan seorang warga emas yang berusia 70 tahun. Pada 27 Mac, beberapa lelaki melarikan aktivis sosial Hishamuddin Rais selepas beliau turun daripada teksi dan berjalan menuju Dataran Merdeka bagi menghadiri satu ceramah perdana pada malam itu. "Selepas laporan polis dibuat, polis mendedahkan yang Hishamuddin berada di Balai Polis Dang Wangi," kata mereka.

Read More / Baca Lagi >>

Rupa-rupanya maggi ni makanan orang kaya..

Posted: 30 Mar 2015 06:55 AM PDT


Betul la Ahmad Maslan. Ko mmg cerdik MENIPU.
Ko jawablah nanti kat dalam lubang kubo !!!

Tindakan Tegas Polis, Arahan Siapa Sebenarnya?

Posted: 30 Mar 2015 06:41 AM PDT

Sejak dua tiga hari lalu berita penahanan beberapa pemimpin pembangkang telah menjadi tajuk perbualan ramai di merata tempat. Ini berikutan kali ini mereka yang ditahan agak ramai berbanding sebelumnya, di samping cara penahanan dan layanan yang diterima turut menjadi perdebatan.

Selain Rafizi, Tian Chua, Hishammudin Rais dan Fariz Musa daripada PKR yang ditahan. Mohamad Sabu dan Khalid Samad daripada Pas juga turut ditangkap.

Mohamad Sabu ditahan di Pulau Pinang menjelang demonstasi Kita Lawan Sabtu lalu dan dilepaskan kira-kira 23 jam kemudian dan dilaporkan tiada soal siasat atau keterangan diambil daripadanya. Beliau barangkali cuma mahu "direhatkan" di balai polis daripada menyertai demontasi itu.

Khalid Samad ditahan setelah pihak polis berkunjung ke rumahnya pada jam 3.20 pagi selepas demonstrasi Kita Lawan berakhir. Tetapi perintah reman yang dipohon pihak polis terhadapnya telah ditolak oleh mahkamah.

Rafizi yang ditahan kerana menghasut berkaitan demontrasi dan seruan untuk membebaskan Anwar Ibrahim yang ditafsirkan pihak polis sebagai ancaman, selain digari tangannya bahkan juga dibawa ke pejabat PKR untuk diambil beberapa fail dan komputer untuk membantu siasatan. Begitu juga dengan yang lain-lain daripada PKR.

Dalam kes penangkapan paling ramai melibatkan pemimpin pembangkang sejak Anwar dipenjarakan, mereka ditahan sama ada di bawah Akta Hasutan atau pun perhimpunan haram.
Read More / Baca Lagi >>

MP Kota Belud, benarkah rakyat ada kebebasan bersuara yang sebenarnya?

Posted: 30 Mar 2015 06:03 AM PDT

oleh Mariam Mokhtar

Ahli Parlimen Kota Belud yang bermegah kononnya rakyat Malaysia menikmati kebebasan bersuara dan bebas mengkritik "First Lady of Malaysia" (FLOM) telah mengundang kecaman ramai. Politikus Umno Baru itu, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan nampaknya hidup dalam kejahilan yang berpanjangan. Adakah ini taktik halus dan licik untuk melalaikan orang ramai dan memberikan rasa selamat yang palsu, seterusnya menjadikan mereka lebih lantang? Sebaik sahaja mereka mengkritik kerajaan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan masuk campur dan menahan mereka di bawah Akta Hasutan. Abdul Rahman kelihatan sengaja mengundang kritikan kepada FLOM.

Dalam satu persidangan pelajar di Kuala Lumpur, Abdul Rahman berkata, "Malah anda juga boleh bercakap mengenai isteri perdana menteri, dan Rosmah tidak buat apa-apa pada anda." Cuba katakannya kepada editor dan pengurusan akhbar mingguan The Heat. Pada Desember 2013, The Heat menerima surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri berhubung artikel utama yang mempersoalkan dakwaan perbelanjaan Perdana Menteri dan isterinya.

Ketika itu juga, laman Astro Awani diarahkan untuk menurunkan posting blog oleh bekas Ketua Editor Kumpuan New Straits Times Datuk A Kadir Jasin, yang menulis bahawa FLOM patut dilantik menjadi menteri. Lukisan Rosmah oleh Zunar juga telah mencetuskan kemarahannya.

Beliau telah ditangkap dan didakwa beberapa kali, termasuk atas tuduhan menghasut. Pejabatnya diserbu, bukunya dirampas, dan kolaj Rosmah yang dibuat dengan rambut yang asli dirampas dan dirosakkan. Kakitangannya diganggu, perniagaannya menjadi sasaran, dan maklumat peribadi pembeli bukunya juga diambil daripada laman sesawang yang mengendalikan jualan atas taliannya.

Ahmad Dahlan mungkin mendakwa Rosmah tidak bertindak ketika ada pihak yang mengkritiknya, namun itu kerana dalam politik Umno Baru, orang lain yang bertindak bagi pihaknya. Rosmah merasa jengkel apabila Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok menerbitkan video satira bertajuk "Onederful Malaysia". Kok didakwa atas tuduhan menghasut kononnya kerana menghina Rosmah dan orang Melayu.

Kira-kira 300 laporan polis dibuat ke atasnya, sementara ada NGO yang memprotes dengan menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan RM1,200 kepada individu yang berjaya menampar Kok. Ketika New York Times (NYT) menulis laporan penyiasatan terperinci berhubung kekayaan Najib dan FLOM, akhbar tempatan Harakah disaman, bukan NYT yang besar dan terkenal di seluruh dunia.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan polis melayan pembangkang seperti penjenayah perlu dihentikan!

Posted: 30 Mar 2015 05:54 AM PDT



BUKAN BANGSA LAIN YANG MEMATIKAN PERNIAGAAN ORANG MELAYU TETAPI PEMIMPIN MELAYU ITU SENDIRI...

Posted: 30 Mar 2015 05:22 AM PDT