Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Hudud: PKR ikut DAP, Presiden Pasma lepaskan jawatan dalam Pas?

Posted: 21 Mar 2015 11:26 PM PDT


Parti Keadilan Rakyat (PKR) memu­­tuskan untuk mengikut langkah DAP apabila tidak menyokong hasrat Pas membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Parlimen.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya dekat sini malam tadi yang diadakan bagi membincangkan secara khusus tentang rang undang-undang persendirian tersebut.

Menurut PKR, parti itu tidak dimaklumkan tentang kandungan rang undang-undang persendirian berkenaan kerana ia dicadangkan secara sebelah pihak tanpa pemberitahuan kepada parti-parti lain dalam pakatan pembangkang.

PKR turut menyifatkan tindakan tersebut bercanggah dengan keputusan mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang pada 8 Februari lalu.

"Sekiranya rang undang-undang persendirian tersebut berkaitan dengan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), PKR tetap dengan pendirian asal iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip fiqh al-awlawiyyat, maslahat ummah dan maqasid syariah," kata parti itu dalam kenyataan melalui laman Facebook milik Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini.


Kenyataan tersebut ditandatangani oleh Wan Azizah dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali serta Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md. Akin, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Difahamkan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengemukakan notis untuk membentangkan rang undang-undang persendirian tersebut kepada Parlimen Rabu lalu.

Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan secara sebulat suara kelmarin melibatkan 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas, 12 ADUN Barisan Nasional (BN) dan seorang ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Walau bagaimanapun, PKR seolah-olah cuba mengalihkan kontroversi yang bakal timbul ekoran keputusan tersebut dengan menyatakan Peraturan Tetap Dewan Rak­yat menetapkan bahawa sebarang rang undang-undang hanya akan dibahaskan dengan restu kerajaan.

Parti itu menambah, setakat ini, tiada pemimpin tertinggi UMNO atau Barisan Nasional (BN) yang membuat kenyataan berhubung pendirian mereka terhadap rang undang-undang persendirian ter­babit.

Phahrolrazi lepas jawatan dalam Pas

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), Datuk Phahrolrazi Zawawi percaya keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah membolehkan beliau bergerak aktif tanpa sebarang sekatan oleh parti.


Beliau berkata, keputusan itu adalah selaras dengan arahan Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama Pas agar pemimpin parti tidak melibatkan diri dengan Pasma.

"Saya menghormati arahan itu. Kalau tidak, nampak macam saya tidak dengar arahan pula," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Phahrolrazi menolak pencalonan untuk mengekalkan beliau sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah namun masih mengekalkan keahlian dalam parti.

Jawatan tersebut diisi oleh Datuk Amiruddin Hamzah setelah beliau menang tanpa bertanding dalam mesyuarat agung tahunan Pas Kawasan Kuala Kedah, semalam.

Jelas Phahrolrazi, Pasma akan memberi tumpuan untuk meredakan ketegangan dalam pakatan pembangkang ekoran perbalahan tentang isu hudud.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Guan Eng disaman untuk "cover" 1Betty Development Berhad?

Posted: 21 Mar 2015 09:30 PM PDT


Tidak tahulah apa dibuat Betty Chiew isteri Lim Guan Eng sebagai ahli Lembaga Amanah Penang Chinese Chamber of Commerce yang bertanggungjawab dalam hal ehwal hartanah. Suatu masa dahulu Pengerusi PCCC boleh ugut Guan Eng supaya teruskan projek Kg Buah Pala.

Sering kali kenyataan Guan Eng yang suka menipu, putarbelit dan alihkan pandang ada kepentingan tertentu yang disorok. Entah kenapa dia buat fitnah terhadap Maison Heights Sdn Bhd menjual tanah orang Melayu.


Jangan pula, ada pemaju cina pulau pinang yang dalam rangkaian PCCC dan Betty Chiew sebenarnya yang sebat tanah tapi persalahkan UMNO dan pemaju ini jual tanah Melayu. Cuba check kalau ada company nama 1Betty Development Berhad.

Diversion begini biasa di buat Guan Eng

Azmin sanggup gali lubang cari air untuk rakyat

Posted: 21 Mar 2015 05:34 PM PDT




















Isu kereta Hishamuddin dan surat nikah palsu anak PM tunjuk PR terdesak!!!

Posted: 21 Mar 2015 08:30 AM PDT


Rafizi masih belum jawab lagi bagaimana kerja 6 tahun dengan Petronas doa sudah jadi jutawan ... cash RM1.34 juta, beberapa biji kereta, rumah dll.

Dia tak jelaskan wang bulanan konsultansi korporat sebanyak RM3 ribu yg diperoleh dari luar negara yang mana ini kelentong.


Untuk melarikan perhatian terhadapnya, maka disebarkan resit beli kereta Dato Hishamuddin.

Menurut Hishamuddin, dia trade in kereta lama maka kelihatan dalam resit dia bayar cash.



Senang nak pintas juga, tanya Nga Kor Meng. Besar rumah? Banyak kereta mewah?



Selain cerita ini, timbul pula hal mas kahwin anak PM.


Komen Putra merdeka SINI agak menarik.

Rosak dah pembangkang negara ni..! takkan la isu mas kahwin pun nak sebok..! dah dia mampu..! biar la..! Kalau dia bagi mas kahwin RM25 pun akan jadi isu..! 

Soalnya kenapa surat sebegini boleh dikeluarkan untuk tatapan umum..!

Betul kata Putra Merdeka, sebenarnya surat itu palsu.



Begitulah pembangkang, asyik fitnah saja

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Video Hina Hudud : Polis Siasat BFM

Posted: 21 Mar 2015 03:52 AM PDT


KUALA LUMPUR 21 Mac - Polis akan menyiasat stesen radio BFM berhubung penyiaran klip video kontroversi bertajuk "Hudud Isi Periuk Nasi" yang menampilkan seorang penyampai wanita baru-baru ini.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi laman twitternya hari ini.

Khalid juga berkata, polis akan memanggil dan menyiasat pihak yang mengugut wanita berkenaan.

"Kes BFM, @PDRMsia akan siasat kedua-dua pihak, penyiar BFM dan yang ugut penyiar. Penulis skrip penyiar juga akan dipanggil," katanya. Klip video dengan skripnya disampaikan seorang wanita, Aisyah Tajudin, itu dimuat naik kelmarin. Ia dikatakan menyindir kelulusan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Penyiaran klip video itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pengguna di media sosial yang menganggap stesen radio dan wanita itu tidak sensitif dalam menyampaikan laporan mereka.

Semalam, stesen radio itu memohon maaf dan menarik balik klip video berkenaan yang menjadi viral di internet.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:35 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Orang Melayu Sokong PKR Mahu Ikut DAP Juga?

Posted: 21 Mar 2015 08:30 PM PDT

Sudah Sudahlah Tidur, Sudah Tiada Sokongan Dah

Posted: 21 Mar 2015 08:48 AM PDT

Seorang sahaja yang mogok? Yang lain semua dah lari. Sama juga keadaan kumpulan yang menggelar diri Kita Lawan di KL tadi. Jam 7 petang dah hilang semua erti lawan.

Jika begitulah jadinya, lebih baik fokua buat kerja lain yang lebih berfaedah dan bermanfaat. Daripada menghabiskan masa tidur dan mogok tidak tentu pasal.

Sudah sudahlah.

Faekah Belasah Teruk PKR Di Twitter

Posted: 21 Mar 2015 07:35 AM PDT



Hudud : Apa Sudah Jadi Dengan MP PKR Ini?

Posted: 21 Mar 2015 02:12 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:20 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Ahmad Awang dapat pencalonan pertama, Hadi layak tanding presiden

Posted: 21 Mar 2015 12:24 AM PDT


Bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang ialah nama yang ketiga yang dicalonkan untuk jawatan presiden PAS selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Mac, 2015. 


Bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang ialah nama yang ketiga yang dicalonkan untuk jawatan presiden PAS selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Mac, 2015. 

Bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang mendapat pencalonan pertama sebagai presiden PAS dari kawasan Parit Sulung, manakala penyandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat pencalonan kedua untuk jawatan itu dari kawasan Kuala Kedah, sekali gus melayakkan beliau mempertahankan kedudukannya dalam pemilihan pada muktamar Jun ini.

Dengan pencalonan Ahmad, 3 nama kini dicalonkan sebagai presiden PAS selain Hadi, iaitu penyandang naib presiden Datuk Husam Musa, yang menerima 2 pencalonan, dan seorang lagi naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menolak pencalonan itu manakala Husam masih belum membuat apa-apa pendirian sehingga kini.


Pada masa sama, Tuan Ibrahim mendapat pencalonan pertama bagi jawatan timbalan presiden dari kawasan Kuala Kedah semalam.
  Mesyuarat agung PAS Kuala Kedah itu memilih Hadi untuk dicalonkan sebagai presiden selepas beliau mengalahkan Ahmad yang turut dicalonkan.

Hadi mendapat 91 undi manakala Ahmad hanya mendapat 27 undi daripada perwakilan mesyuarat agung kawasan yang sebelum ini diketuai presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Phahrolrazi melepaskan semua jawatannya dalam PAS untuk memberikan tumpuan kepada PasMa.
Sementara itu, Ahmad dipilih sebagai calon presiden melalui mesyuarat ahli jawatankuasa (AJK) PAS kawasan Parit Sulong yang pertama, selepas mendapat mandat daripada mesyuarat agung mereka.

"Mesyuarat kami pada 18 Mac memilih Ahmad selepas majoriti AJK memilih beliau berbanding Hadi," kata Yang Dipertua PAS Parit Sulong, Khairudin Abdul Rahim kepada The Malaysian Insider.

Menurut sumber lain di kawasan itu pula, PAS Parit Sulong juga mengekalkan pencalonan bagi semua jawatan utama yang lain – Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden dan Salahudin Ayub, Tuan Ibrahim dan Husam sebagai naib-naib presiden.  – 21 Mac, 2015.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:16 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Hari penentu penyandang terbaharu kerusi DUN Chempaka

Posted: 21 Mar 2015 08:07 PM PDT





Hari ini, pengundi berdaftar untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bakal menentukan penyandang terbaharu melalui proses Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi menggantikan bekas penyandangnya selama lebih dua dekad oleh bekas Menteri Besar Kelantan dan juga penasihat kerohanian PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PAS mempertaruhkan calon yang dianggap mempunyai perwatakan hampir sama dengan Allahyarham Nik Aziz, Fathan Mahmood@Mahamad yang akan berentap dengan empat calon bebas; Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; Sharif Mahmood, 59; Fadzillah Hussin, 55 dan Aslah Mamat, 64.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjangkakan lebih 70 peratus daripada 20,390 pengundi berdaftar di kawasan DUN ini akan keluar mengundi, hari ini memandangkan kerajaan negeri telah mengisytiharkan hari ini sebagai hari cuti umum atau Hari Peristiwa.
Terdapat sembilan lokasi dengan 39 saluran disediakan untuk pengundi membuang undi, hari ini.
10 pagi
Di Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin Aisyah Putra, kelihatan lebih ramai pengundi wanita berbanding lelaki yang keluar menjalankan tanggungjawab mereka.
Penyelia pusat undi di situ, Tuan Ibrahim Tuan Soh berkata, bilangan mereka yang keluar mengundi agak kecil berbanding dengan apa yang dijangkakan sebelum ini.
IMG-20150322-WA034
Pengundi menunggu giliran untuk membuang undi di SMK Pengkalan Chepa (1) – Foto TRP/Qurnisha Hamka
"Ini adalah hari cuti dan mungkin masih awal lagi. Mungkin tengah hari nanti lebih ramai yang akan keluar mengundi dan mungkin juga jumlah pengundi wanita lebih ramai," katanya.
Sementara itu, calon bebas Sharif Mahmood melawat pusat pengundian di SK Parang Puting sebentar tadi. Beliau hadir bersama beberapa orang pengiring.
Sharif memberitahu The Rakyat Post beliau yakin akan dapat menentang calon popular PAS Ahmad Fathan.
"Saya cuma bimbang peratusan keluar mengundi kurang. Saya juga lihat pengundi hari ini ceria dan ini yang saya mahu supaya demokrasi subur, rakyat juga boleh ambil peluang," katanya.
Di SMK Pengkalan Chepa (1) pula, dianggarkan 50 orang anggota polis berkawal bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya. Turut difahamkan terdapat enam trak polis dan FRU yang bersiap sedia di kawasan luar pusat mengundi bagi mengawal keadaan sekiranya berlaku kekecohan di kalangan pengundi dan peraih undi.
IMG-20150322-WA032
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof melawat pergerakan hari mengundi di DUN Chempaka. – Foto TRP/Qurnisha Hamka
9 pagi
Sepasang suami isteri Che Abdul Rahman Yaacob dan Che Mah Ismail, masing-masing berusia 96 dan 91 tahun membuang undi di SK Parang Puting, sebentar tadi.
IMG-20150322-WA003
Che Abdul Rahman Yaacob dan isteri Che Mah Ismail menunjukkan jari masing-masing yang diwarnakan dengan dakwat kekal. – Foto TRP/Sarah M Khir
Setakat jam 9 pagi ini, SPR melaporkan 1,531 telah mengundi dengan peratusan 7.38 peratus.
Jam 9.30 pagi, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob melawat pusat mengundi di SK Parang Puting. Jumlah pengundi juga semakin meningkat.
Read More / Baca Lagi >>

Mutamar: Dr Syed Azman sedia pertahan jawatan

Posted: 21 Mar 2015 08:00 PM PDT

Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi 
KUALA TERENGGANU – Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi bersedia mempertahankan jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja Pas Pusat yang disandangnya ketika ini pada pemilihan muktamar tahunan Pas, Jun depan.

Beliau, yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat memberitahu, beliau bersedia bertanding jawatan itu untuk menempatkan diri dalam 18 kerusi yang diperuntukkan untuk jawatan tersebut jika mencukupi syarat pertandingan.

Menurutnya, seseorang yang mahu mencabar diri dalam mana-mana jawatan di peringkat Pas Pusat perlu mendapatkan dua pencalonan di peringkat kawasan sebelum layak bertanding.

"Masih terlalu awal kerana banyak lagi kawasan tidak bermesyuarat. Tunggulah pencalonan dari kawasan. Setakat ini hanya Pas Kawasan Shah Alam yang mencalonkan saya," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Syed Azman merupakan salah seorang AJK Kerja Pas Pusat dari negeri ini yang menyandang jawatan itu sejak hampir 20 tahun lalu.

Dua lagi pemimpin dari Terengganu yang menyandang jawatan sama ialah Dr Riduan Mohd Nor dan Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh, yang merupakan Setiausaha Majlis Syura serta Timbalan Pesuruhjaya III Pas Terengganu.
Read More / Baca Lagi >>

Tumpu keselesaan hidup juga penting selain laksanakan hudud - Mujahid Yusof Rawa

Posted: 21 Mar 2015 07:59 PM PDT

Tumpu keselesaan hidup juga penting selain laksanakan hudud - Mujahid Yusof Rawa
KUALA LUMPUR: Memberi tumpuan kepada keselesaan hidup merupakan tujuan utama syariat, selain melaksanakan hukum hudud, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Bagaimanapun katanya Malaysia tidak boleh terlalu 'diambil alih' oleh hukum ini sedangkan kita gagal membina sebuah negara yang kukuh.

"Tiada Mulism yang boleh kata tak perlu hudud... soalnya ialah objektif utama syariat juga perlu diberi tumpuan, contohnya memberi keselesaan hidup," katanya dalam sebuah mesej kepada Astro AWANI.

Beliau dalam laman Twitternya sebelum ini telah mengingatkan semua pihak agar berhati-hati dengan tindakan golongan yang memanipulasi hudud serta mengaitkannya dengan agenda perkauman dan ekstremis.

Sementara itu, dalam satu kenyataan pada Sabtu, Dr Mujahid turut mengingatkan supaya jangan mudah beremosi tanpa panduan ilmu yang membentuk prinsip-prinsip hukum tersebut.

"Hudud perlu dilihat sebagai hukum Allah SWT daripada perspektif ini, iaitu perspektif perlunya kuasa, keperluan sebab untuk melaksanakannya atau tidak dan samada memenuhi syarat untuk laksanakannya atau tidak.

"Oleh itu jangan kita bermudah dan beremosi tanpa panduan ilmu yang membentuk prinsip-prinsip yang terbina atasnya hukum Allah SWT," katanya.

Menurut beliau, perbahasan berkenaan hudud yang berpandukan emosi boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian atas nama agama, dan akhirnya tujuan yang pada asalnya bermanfaat akan dipersoal.
Read More / Baca Lagi >>

Imigresen S'wak ditegur isu pendatang haram

Posted: 21 Mar 2015 07:57 PM PDT


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menegur pihak imigresen negeri ekoran kegagalan bertindak menangani pendatang haram, terutamanya daripada Filipina.

"Jabatan telah pun dimaklumkan berhubung masalah pendatang haram berasal daripada Filipina sejak tahun lalu, tetapi gagal bertindak terhadapnya," katanya dalam sambutan hari perhutanan negeri di kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

"Kita tidak mahu masalah pendatang haram di Sabah berakar umbi di Sarawak pula.

"Jangan biarkan masalah kecil membarah dan menjadi sukar ditangani kemudian hari," katanya.

Beliau berkata telah memberi arahan supaya golongan itu ditahan dan dihantar pulang segera ke negara masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

Chempaka: 19.53 peratus dari 20,390 keluar mengundi sehingga jam 10 pagi

Posted: 21 Mar 2015 07:54 PM PDT

KOTA BHARU - Sembilan buah sekolah di sini mula dibuka 8 pagi ini untuk membolehkan 20,390 pemilih mengundi pada PRK Dun Chempaka.

Sembilan sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gajah, SK Sabak, SK Parang Puting, SK Kem, SK Che Deris, SK Seri Chempaka, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badang, SMK Pengkalan Chepa, dan Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A'ishah Putri Chempaka.

Proses pengundian akan berlangsung sehingga jam 5 petang. PRK Dun Chempaka menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon Pas dan empat calon bebas.

Pas diwakili Ketua Urusan Ulama Pas Dun Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42.

Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55, dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.

PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Feb lepas.

Read More / Baca Lagi >>

Anak muda Sabah, wajah baru desak Putrajaya hormat Perjanjian Malaysia

Posted: 21 Mar 2015 04:40 PM PDT

Notis kehadiran ke mahkamah yang diconteng yang dikatakan diterima Jemmy Liku Markus Situ dari polis. – Gambar ihsan Jemmy Liku Markus Situ, 22 Mac, 2015.  
Notis kehadiran ke mahkamah yang diconteng yang dikatakan diterima Jemmy Liku Markus Situ dari polis. – Gambar ihsan Jemmy Liku Markus Situ, 22 Mac, 2015.

Mereka tidak tergolong dalam mana-mana parti politik, dan berumur antara 25 dan 32 tahun, keempat-empat lelaki yang didakwa menghasut di Kota Kinabalu Isnin lalu kini mewakili wajah orang muda yang berjuang untuk apa yang mereka percaya merupakan hak negeri yang hilang dalam Perjanjian Malaysia.
Mereka menghadapi tuduhan memiliki bahan menggesa Sabah dan Sarawak meninggalkan Malaysia ketika ditangkap di pasar minggu Tuaran pada 1 Februari.
Mereka Ialah penganggur Azrie Situ, 25, dan Jemmy Liku Markus Situ, 32, mekanik Erick Jack William, 29, dan pemandu pelancong Joseph Kolis, 29.

"Begitulah trendnya di Sabah sekarang," presiden Sabah Progressive Party (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee memberitahu The Malaysian Insider."Orang muda dari latar belakang berbeza yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik sekarang memperjuangkan isu yang biasanya diperjuangkan pembangkang."
Bekas ketua menteri Sabah itu berpendapat, trend itu berpunca daripada kesedaran yang meningkat di kalangan pemuda Sabah mengenai sejarah negeri mereka.
"Sejarah yang mereka mula pelajari sekarang tidak terdapat dalam buku teks sekolah. Apa yang mereka temui ialah kerajaan (persekutuan) yang terus-terusan dan terang-terangan tidak mempedulikan Perjanjian Malaysia," kata Yong ketika ditemui baru-baru ini.
Katanya, kesedaran itu kini bertukar menjadi kemarahan dan kebencian, serta menimbulkan keperluan untuk mereka berjuang menuntut hak mereka.
"Pada masa lalu, kerajaan boleh menyuakan kepada rakyat apa sahaja maklumat yang mereka mahu berikan kerana mereka mengawal TV dan radio, tetapi zaman Internet sekarang, ia makin sukar dilakukan.
"Dari Internetlah anak muda Sabah ini mula mengetahui tentang ketidakadilan yang diterima Sabah."
Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh ketika memberi amaran ke Putrajaya supaya menjaga kebajikan rakyat Sabah di Parlimen pada Isnin, memberi kredit kepada dakwaan Yong apabila beliau mengatakan belia Sabah, termasuk anak-anaknya, tidak lagi membaca akhbar arus perdana kerana ia dianggap pro-kerajaan, dan sebaliknya memilih laporan berita atas talian.
Read More / Baca Lagi >>

Calon DUN Chempaka ‘suam kuku’

Posted: 21 Mar 2015 04:31 PM PDT

05-L
Calon PAS, Ahmad Fathan juga dilihat lebih selesa menggunakan senjata 'menyambung kepimpinan yang ditinggalkan Tuan Guru' daripada mencari visi dirinya sendiri yang lebih dinamik untuk menarik hati pengundi.
PENGKALAN CHEPA, 22 Mac:
Hari ini, kerusi Dewan Undangan Negeri Chempaka bakal diisi melalui proses Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan menyaksikan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada 20,390 pengundi berdaftar, membuang undi di sembilan buah tempat dengan 39 saluran yang disediakan bermula pagi ini.
PRK kali ini menyaksikan pertembungan lima penjuru antara calon PAS Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad dengan empat calon bebas; Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; Sharif Mahmood, 59; Fadzillah Hussin, 55 dan Aslah Mamat, 64.
Meskipun lima calon ini bakal berentap namun kempen yang dicanang selama 11 hari tempoh berkempen, tidaklah sehebat yang disangka.
Penganalisis politik, Prof Madya Ahmad Atory Hussain menyifatkan suasana kempen yang kurang meriah itu mungkin didorong oleh faktor ketiadaan calon daripada Barisan Nasional.
Berbeza pandangan dengan penganalisis politik, Prof Madya Dr. Sivamurugan Pandian pula berpendapat ia mungkin disebabkan oleh faktor kawasan.
Katanya, DUN Chempaka merupakan kubu kuat PAS yang ditinggalkan oleh ikon Ulamanya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan calonnya, Ahmad Fathan Mahmood yang diletakkan di situ, dijangka akan menang mudah.
Ahmad Fathan juga dilihat lebih selesa menggunakan senjata 'menyambung kepimpinan yang ditinggalkan Tuan Guru' daripada mencari visi dirinya sendiri yang lebih dinamik untuk menarik hati pengundi.
Maka, mungkin strategi berkempen dari rumah ke rumah yang diteruskan dengan bantuan sayap muslimat PAS, dianggap sudah memadai.
Read More / Baca Lagi >>

Chempaka: Legasi Nik Aziz satu kelebihan kepada PAS

Posted: 21 Mar 2015 04:30 PM PDT

L.jpg
Kerusi Dewan Undangan Negeri telah diduduki selama lebih daripada dua dekad oleh bekas Menteri Besar Kelantan dan juga penasihat kerohanian PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan legasi yang beliau tinggalkan tidak mudah untuk diambil oleh pihak lain termasuk calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood yang sering dibayangan bayangan Allahyarham.
KOTA BHARU, 22 Mac:
Pilihan Raya Kecil (PRK) Chempaka merupakan sebuah pertarungan sengit antara calon-calon bebas yang bertanding merebut kerusi di kubu utama PAS.
Kerusi Dewan Undangan Negeri telah diduduki selama lebih daripada dua dekad oleh bekas Menteri Besar Kelantan dan juga penasihat kerohanian PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan legasi yang beliau tinggalkan tidak mudah untuk diambil oleh pihak lain termasuk calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood yang sering dibayangan bayangan Allahyarham.
Berdasarkan pemerhatian The Rakyat Post mendapati, empat calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, Sharif Mahmood, Fadzillah Hussin dan Aslah Mamat juga menyedari hal itu.
Oleh itu, strategi yang mereka gunakan ialah menunjukkan kelemahan pentadbiran Nik Aziz dan menyatakan mereka boleh melakukan perubahan.
Kebanyakan pengundi apabila ditanya tentang kelima-lima calon berkenaan berkata, meskipun mereka percaya Ahmad Fathan merupakan calon terbaik untuk mengambil alh jawatan Nik Aziz tetapi dia tidak akan mampu menandingi Nik Aziz yang sentiasa dikasihi rakyatnya.
Anak sulung Allahyarham, Nik Omar Nik Abdul Aziz ketika ditemui di rumahnya berkata, orang yang akan menggantikan tempat Nik Aziz perlulah orang yang mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi.
"Beliau perlu mempunyai latar belakang pendidikan agama yang baik dan dipandu oleh prinsip-prinsip Islam dalam semua yang dilakukannya perlu bertanggungjawab serta jujur."
Read More / Baca Lagi >>

Ijtimak antarabangsa komitmen PAS dalam isu global

Posted: 21 Mar 2015 04:27 PM PDT


MARANG: Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-3 yang berlangsung di pekarangan Masjid Rusila dilihat sebagai komitmen PAS di peringkat antarabangsa.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata PAS meneruskan komitmen dalam isu-isu peringkat antarabangsa khususnya melibatkan gerakan Islam.

"Himpunan ini menunjukkan komitmen kita dalam isu global serta keprihatinan kita dalam mencari kesepakatan dengan gerakan Islam sedunia.

"PAS melihat walaupun terdapat perbezaan sosial budaya serta rencah politik namun dalam menyatupadukan gerakan Islam kita terus seiring khususnya isu membabitkan Palestin," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut berharap objektif dapat dicapai pada hari terakhir Ijtimak nanti dengan satu sikap prihatin parti terhadap saudara-saudara Islam di dunia.

"PAS sebenarnya telah lama berada di peringkat antarabangsa adalah memperjuangkan hak-hak Islam seperti mana usaha kita di Acheh serta Palestin.
Read More / Baca Lagi >>

Hukum rejam – Wan Ji Wan Hussin

Posted: 21 Mar 2015 04:25 PM PDT

Jika kita perhatikan kepada nas-nas yang cerita tentang rejam, ia tidak ada satu pun termaktub dalam al-Quran. Nas-nas tentang rejam, semuanya termaktub dalam hadis.

Antara nas-nas tersebut adalah seperti berikut: Pertama, Nabi SAW menyatakan supaya kita perlu ambil dari apa yang diajar oleh Nabi SAW, iaitu dikenakan hukuman sebat seratus rotan bagi orang yang belum berkahwin, sedangkan rejam bagi mereka yang sudah berkahwin. (sahih muslim, hadis no: 3199, Ibn majah, hadis no: 2540, musnad ahmad, hadis no: 15345)

Kedua, dalam hadis dari Musawir bin Abdillah bahawa dia bertanya Abu Barzah, apakah Rasulullah SAW pernah merejam. Dia menjawab Rasulullah SAW merejam seorang lelaki bernama Maiz bin Malik. (musnad ahmad, hadis no: 18960)

 Ketiga, Umar bin al-Khattab juga pernah berkata tentang hukuman rejam kepada penzina yang berkahwin. Ia bukan sekadar dilakukan oleh Rasulullah SAW, malahan dilakukan oleh Umar sendiri. (Sunan Ibn Majah, hadis no : 2543, musnad ahmad, hadis no: 20261)

Keempat, seorang lelaki bernama al-Syaibani bertanya kepada Abdullah bin Abi Awfa tentang pernahkah Rasulullah SAW merejam.

Dia menjawab bahawa Nabi SAW pernah merejam. Lalu al-Syaibani bertanya lagi, apakah sebelum atau selepas turunnya surah al-Nur yang menceritakan hukuman zina adalah sebat seratus rotan.

Lalu, Abdullah itu menjawab bahawa dia tidak tahu. (al-Bukhari, hadis no: 6335, muslim, hadis no: 3214) Kalau dalam riwayat Ahmad pula, dinyatakan Rasulullah SAW merejam lelaki yahudi dan perempuan yahudi yang berzina.

(musnad ahmad, hadis no: 18338) Jika kita lihat dalam al-Quran, tidak terdapat satu pun ayat yang menyatakan hukuman bunuh kepada penzina. Hukuman tersebut sekadar sebat seratus sebatan sepertimana dalam surah al-Nur, ayat 2.

Namun begitu, yang wujud dalam al-Quran adalah penjagaan nyawa manusia, sepertimana dalam surah al-An'am ayat 151 dan surah al-Isra', ayat 33. Dalam al-Quran, bunuh hanya disebut dalam dua kesalahan sahaja, iaitu muharabah dalam surah al-maidah, ayat 33 dan qisas dalam surah al-Baqarah, ayat 178.

Namun, apabila kita merujuk pula kepada hadis-hadis, didapati terdapat pengamalan rejam bagi penzina yang mohsan. Perlu kita sedari, Sesungguhnya hukuman bunuh merupakan hukuman yang cukup berat.

Penilaiannya berat itu boleh diterima akal dan fitrah manusia. Makanya, dalam perkara yang begitu penting, masakan tidak termaktub dalam al-Quran yang bersifat mutawatir, tetapi sekadar riwayat yang bersifat ahad? Lebih-lebih lagi, dalam kaedah usul dalam mazhab Hanafi menyatakan bahawa hadis ahad yang bersifat zanni tidak boleh mentakhsiskan umum al-Quran yang bersifat Qatie.

Read More / Baca Lagi >>

Kenapa takut hukum ALLAH?

Posted: 21 Mar 2015 04:11 PM PDT

Oleh Tok Perak
 
AKHIRNYA rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan. Tidak sahaja Adun Pas, YB-YB Umno juga menyokong.
 
Ini merupakan kali kedua rang undangundang kesalahan jenayah syariah hudud, qisas dan takzir dibentang dalam Dun Kelantan selepas kali pertama diluluskan pada 25 November 1993.

Sejak hari pertama dibentangkan semua berjalan lancar dengan wakil dari Pas dan Umno memberi hujah-hujah munasabah untuk menyokong undang-undang berlandaskan al-Quran ini.
 
Seperti yang ditegaskan oleh Adun Umno Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad, beliau menyokong dan akan membantu dalam memastikan pelaksanaan hukum ALLAH.
 
Kata beliau: "Saya sokong hudud ini kerana ALLAH. Umno sokong juga kerana ALLAH, bukan kerana politik, apa juga cabaran kita akan hadapi kerana ALLAH."
 
Sebenarnya sejak dulu semuanya sudah jelas dan tidak ada apa hendak dipertikaikan lagi. Tolak politik dan lain-lain sentimen, setiap umat Islam wajib menegakkan hukum ALLAH.
 
*MEMANG ada tentangan daripada sesetengah pihak mengenai hukum hudud yang diluluskan oleh Dun Kelantan. 
 
Beberapa NGO dan parti bukan Islam, termasuk MCA yang menjadi sekutu BN pun menentang.
 
Seperti yang telah dijelaskan dalam pembentangan tidak ada apa yang harus dibimbangkan oleh mana-mana pihak sebab peruntukan dalam undang-undang ini hanya untuk orang Islam dan tidak akan dikuatkuasakan ke atas saudara-saudara kita yang bukan Islam.
 
Read More / Baca Lagi >>

Umno sokong hudud hanya untuk pecahbelah Pakatan, kata penganalisis

Posted: 21 Mar 2015 04:10 PM PDT

Satu-satunya tujuan Umno menyokong hudud sekarang ialah untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR), menurut penganalisis politik yang mengatakan, apabila rang undang-undang itu sampai ke Parlimen, soal mengundi untuknya tidak penting kerana kerosakan sudah pun terjadi.

Mereka menolak dakwaan ahli Parlimen Umno yang menyokong hudud penting bagi memenuhi ajaran Islam, dengan mengatakan apabila tiba masanya, parti itu mungkin tidak akan menyokong rang undang-undang itu kerana ia mengundang risiko kemarahan sekutu mereka di Sabah dan Sarawak.

"Tujuan Umno menyokong rancangan hudud ialah untuk memecahkan PR. Dengan pembentangan rang undang-undang hudud di Kelantan, PR sudah di ambang kemusnahan," kata Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, pensyarah kanan Jabatan Pengajian Politik, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

"PR tidak boleh diteruskan jika PAS berkeras menghidupkan semula agenda hudud. Jadi, jika PR musnah sebelum pembentangan usul itu di Parlimen, Umno boleh senang lenang tidak menyokong rang undang-undang itu bagi memastikan BN tidak terjejas."

Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, sokongan Umno terhadap hudud mungkin merupakan satu pembohongan, terutamanya memandangkan langkah itu tidak akan diterima baik oleh BN Sabah dan Sarawak.

Katanya, kemusnahan pakatan pembangkang merupakan peluang terbaik Barisan Nasional (BN) untuk terus hidup, susulan tekanan yang diterima akibat pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan cabaran yang dihadapi kepimpinan Perdana Menteri.

"Menariknya, pemimpin kanan PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Haron Din terpedaya dengan rancangan bijak BN memecahbelahkan pembangkang, tanpa menyedari PAS yang akan rugi besar apabila pengundi bukan Islam menolak mereka, menyebabkan ia hilang semua kerusinya di Semenanjung.

"Saya setuju yang BN Sabah dan Sarawak tidak akan setuju dengan hudud kerana ia akan melemahkan kedudukan mereka sendiri," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

Dr Lim Teck Ghee, pengarah Pusat Kajian Dasar, juga bersetuju, sambil mengambil maklum yang masyarakat Kristian dan bukan Islam di Malaysia Timur mempunyai pegangan yang besar dari segi kebebasan beragama di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Anak-anak zionis menabung untuk hancurkan Al-Aqsa

Posted: 21 Mar 2015 03:59 PM PDT



MARANG: Duta tetap Hamas ke Malaysia, Syeikh Ahmed Ayesh An-Najar berkata setiap umat Islam harus menyumbang untuk pembebasan Palestin terutama Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman zionis Israel.

Beliau turut menggesa umat Islam supaya cakna isu Palestin kerana ia adalah isu bersama dan bukan hanya perlu digalas oleh rakyat Palestin semata-mata.

"Allah mngingatkan kita supaya cakna isu Al-Aqsa yang merupakan isu bersama untuk kita dukung dan sokong.

"Baitul Maqdis kiblat pertama umat Islam dan tempat di mana Rasulullah s.a.w, melalui peristiwa Israk Mikraj, ia milik seluruh umat Islam," ujarnya semasa berucap pada program Pidato Pimpinan Gerakan Sedunia sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-3 di Dewan Tok Guru, Rusila hari ini.

Beliau juga menyeru rakyat Malaysia agar kuat menghadapi ujian banjir yang diuji oleh Allah di samping menginsafi penderitaan dan kesusahan rakyat Palestin yang berada dalam cengkaman zionis selama berpuluh-puluh tahun.

Katanya, kebencian zionis kepada Islam telah diterap kepada jiwa anak-anak semasa mereka masih kecil apabila menggalakkan anak-anak mereka menabung untuk kehancuran Al-Aqsa.

"Setiap keluarga zionis ada tabung untuk menggalakkan anak-anak mereka menabung bermatlamat untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa," ujarnya dipetik laman web rasmi ijtimak.

PU Rahmat Balas Hujah Aisyah

Posted: 21 Mar 2015 08:41 AM PDT


Biar Gambar Berbicara...Lebong Belake..!!!

Posted: 21 Mar 2015 07:27 AM PDT


Perkataan yang disalah sebut mendedahkan lagi penipuan Umno Baru

Posted: 21 Mar 2015 05:33 AM PDT

oleh Mariam Mokhtar
Antara bahaya pekerjaan menjadi ahli politik Umno Baru adalah secara tidak sengaja membuktikan menteri anda salah, dan membuatkan beliau dan ahli Kabinet yang ditanya, merah padam.

Pada 16 Mac, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee membuktikan kepada rakyat Malaysia yang beliau dan ahli penasihat beliau, adalah produk "pendidikan terbaik" di dunia. Ketua bahagian Umno Baru Cheras telah dimalukan dengan sebuah artikel bertajuk "Syed Ali Alhabshee: Senjata Umno Baru untuk mengalih perhatian rakyat", yang disiarkan di Theantdaily pada 8 Mac.

Jawapan balas beliau, di dalam surat kepada Free Malaysia Today, yang diterbitkan pada 18 Mac, ada menyebut sebagai dipanggil "senjata baru untuk mengalih perhatian rakyat". Syed Ali salah! Saya tidak merujuk beliau sebagai "senjata untuk mengalih perhatia rakyat"; bagaimanapun, saya menerangkan peranan penting beliau dalam mengalihkan perhatian daripada skandal 1MDB Datuk Seri Najib Razak dan kewujudan sosialit keluarnya. Dalam kata lain, Syed Ali bijak dalam mencetuskan kekeliruan.

Perkataan "distraction" tidak membawa makna yang sama dengan "destruction". Kesilapan besar seperti itu tidak seharusnya berlaku, melainkan, perkataan "distraction" itu telah disalah sebut dan Syed Ali mengganggap ianya "destruction".

Kenapa sebutan kita lemah, penterjemahan kita juga lemah dan kenapa kita gagal memberi perhatian terperinci, dalam pengajian bahasa? Beberapa tahun lalu, penterjemahan Bahasa Inggeris dalam laman sesawang Kementerian Pertahanan telah membuatkan kita gelak besar.

Mereka telah menterjemah "....pakaian yang menjolok mata" kepada "clothes that poke eye", yang telah telah diterjemah secara literal dari Bahasa Melayu. Kemudian terdapat kejadian memalukan apabila kementerian itu merumuskan sejara: "Selepas pengunduran tentera British, Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah drastik untuk meningkatkan tahap ancaman sekuriti nasional". Mungkin ini adalah kesilapan yang tidak disengajakan.
Read More / Baca Lagi >>

NUFAM: Bukan punca pekerja tetapi pengurusan MAS yang bermasalah

Posted: 21 Mar 2015 05:20 AM PDT

ISMAIL NASARUDDIN TRP
Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM), Ismail Nasaruddin berkata sejak MAS diambil alih Khazanah, MAS seolah-olah tidak berfungsi dan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini pula, mereka mencadangkan untuk membuang pekerja mereka yang banyak berbakti selama ini.
KUALA LUMPUR, 21 Mac:
Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) mencadangkan agar Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) menarik terus cadangan pemberian surat pemecatan kepada 6,000 kakitangan Malaysia Airlines Berhad (MAS Newco).
Presidennya, Ismail Nasaruddin berkata banyak isu dalaman MAS yang tidak diselesaikan lagi walaupun cadangan pemberhentian tersebut tidak akan memberikan sebarang kebaikan sama sekali.
"Masih banyak lagi masalah MAS yang perlu diselesaikan terlebih dahulu contohnya isu kehilangan wang berjuta-juta ringgit dan ia masih belum diaudit lagi.
"Masalah ini ditimbulkan oleh orang yang sama dan MAS tidak boleh menyelesaikan masalah ini dengan bantuan Khazanah kerana lebih baik syarikat penerbangan itu tidak diambil alih oleh Khazanah sebab merekalah yang 'menjahanamkan' syarikat itu selama 15 tahun ini," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Read More / Baca Lagi >>

#KitaLawan: From Sogo Shopping Centre to Dataran Merdeka

Posted: 21 Mar 2015 05:14 AM PDT


DBKL sekat protes duduk kerana ada 'pameran buku'

Posted: 21 Mar 2015 04:35 AM PDT

Rancangan Kita Lawan untuk mengadakan protes duduk selama seminggu di Dataran Merdeka telah digagalkan oleh anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menyekat pintu masuk ke situ kerana ada 'pameran buku'.

Apabila sekumpulan kira-kira 40 peserta protes itu tiba di persimpangan yang terdekat dengan dataran itu hari ini, perarakan mereka tersekat oleh dua barisan benteng manusia terdiri daripada anggota penguatkuasa DBKL.

Lebih 30 anggota berpakaian seragam hijau, membentuk dua barisan untuk menyekat pintu masuk ke dataran, yang menjadi tempat tarikan pelancong dan juga peserta protes.

Peserta protes itu akhirnya memutuskan untuk memulakan protes duduk tersebut di tepi jalan kira-kira 20 meter dari pintu masuk ke Dataran itu.

Ditanya mengapa DBKL menyekat akses ke dataran itu, seorang anggotanya sekadar menjawab: "Ada pameran buku."

Peserta protes itu bergerak dari Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman selepas berdemo selama setengah jam di hadapan pusat membeli-belah itu.

Protes duduk selama seminggu itu adalah untuk menuntut peletakan jawatan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ekoran tangkapan yang banyak dilakukan oleh pihak polis terhadap penganjur Kita Lawan.

Read More / Baca Lagi >>

Memantau keadaan ketika ekonomi terumbang-ambing

Posted: 21 Mar 2015 04:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kejatuhan harga minyak dunia serta penurunan nilai ringgit telah menyebabkan kerajaan terpaksa menilai kembali jangkaan makroekonomi bagi 2015 pada 20 Januari lalu.

Keluaran Dalam Negara Kasar diturunkan pada 4.5-5.5% daripada 5.0-6.0%. defisit Bajet-ke-KDNK dinaikkan ke paras 3.2% daripada 3.0%, selepas mengambilkira penurunan keuntungan hasil minyak sebanyak RM13.8 bil, potongan subsidi petrol serta potongan sebanyak RM5.5 bil bagi kos operasi. Kajian kembali ini dibuat berdasarkan harga minyak purata pada paras US$55 setong dan kadar tukaran ringgit pada 3.55.

Kerajaan telah merangka strategi jangka pendek dan sederhana bagi mengukuhkan ekonomi dengan melaksanakan reformasi fiskal dan konsolidasi, memberi bantuan pasca bencana banjir dan rekonstruksi, dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Penilaian jangkaan pertumbuhan KDNK dan sasaran defisit fiskal bagi 2015 dianggap realistik, meskipun melalui risiko penurunan. Keadaan eskternal kekal sukar dijangka, sementara ekonomi AS semakin baik, di Jepun dan Eurozone pula pemulihan tergendala, sementara China agak tergugat.

Harga minyak mentah Brent telah pulih ke paras S$60 setong pada bulan Februari, namun kesan jangka pendeknya masih kabur. Dengan peningkatan stok minyak mentah AS, lebihan bekalan akan menyebabkan harga minyak di paras rendah akibat penurunan permintaan. Di sudut domestik, pengukuhan perbelanjaan pengguna wajar diperhati.

Akibat perlaksanaan GST (cukai barangan & perkhidmatan), perbelanjaan mungkin agak perlahan kerana kesannya masih belum dapat dipastikan. Tambahan pula, pengguna berdepan peningkatan kos sara hidup walaupun harga bahan bakar menurun pada tiga bulan berturut-turut (Disember ke Februari).

Kempen penurunan harga barangan di seluruh negara bermula 1 Mac merangkumi 82,000 produk dijangka melegakan pengguna peringkat rendah dan sederhana. Jangkaan makroekonomi yang dikaji semula ini menjelaskan kelemahan ekonomi dan profil fiskal berbanding komoditi minyak dan gas asli.

Bagaimanapun, defisit fiskal tahun ini di paras 3.2% dari KDNK berbanding 3.0% dan ini merupakan peningkatan berbeza dengan 3.5% pada tahun lalu. Ia menunjukkan kompromi bagi konsolidasi fiskal.

Read More / Baca Lagi >>

SEJUTA TANDATANGAN BEBASKAN ANWAR DILANCARKAN

Posted: 21 Mar 2015 03:15 AM PDT


2. Ambil Foto atau Scan Borang yang penuh dengan tanda tangan dan Send kefreeanwarpetition@gmail.com atau melalui FB message:
#Kitalawan

Kerajaan beli jet peribadi baru, kenapa tak boleh subsidi pengangkutan awam?- Chin Tong

Posted: 21 Mar 2015 02:00 AM PDT


Liew-Chin-Tong


KLUANG, 21 MAC: Akuan Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai kononnya tidak mengetahui kenaikan kadar tambang bas, teksi dan keretapi oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah satu lagi drama kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Kenaikan itu disahkan oleh SPAD berkuatkuasa serta-merta ke atas teksi, sementara bas ekspres bermula 15 Mei ini. Ia melibatkan kenaikan kadar 25 sen setiap 200 meter berbanding 10 sen setiap 115 meter sebelum ini. Namun kadar RM 3 yang dikenakan sebaik penumpang menaiki teksi tidak berubah.
Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong hari ini menyifatkan drama 'tidak tahu-menahu' di antara SPAD yang merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengangkutan itu sebagai tidak masuk akal dan betapa tidak cekap pentadbiran UMNO di bawah Perdana Menteri Najib Tun Razak.
"Ini kes klasik 'tangan kiri kerajaan tidak tahu-menahu apa yang tangan kanan sedang buat', pimpinan Najib ini pelik, tak masuk akal dan langsung tidak efisien.
"Kerajaan Malaysia ada penyusunan institusinya yang paling tidak masuk akal apabila pentadbiran sektor pengangkutan tidak boleh berkata apa-apa mengenai pengangkutan awam.
"Liow mesti desak kabinet supaya SPAD diletak di bawah pengurusan Kementerian Pengangkutan. Dia tidak boleh biarkan drama ini berlanjutan seolah-olah kanser sudah melarat dalam sistem politik kita.
"Apabila badan seseorang itu berfungsi sendirian tanpa ikut arahan otak, ini kita namakan kanser," ujar Chin Tong.
Sehubungan itu juga, Chin Tong mengatakan Najib mempunyai tanggungjawab untuk batalkan keputusan SPAD itu yang dilihat terlalu membebankan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan polis iringi konvoi Pemuda MCA dipersoal

Posted: 21 Mar 2015 01:57 AM PDT

iring
Lim berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar seharusnya mengingatkan anggotanya agar tidak menjadi budak suruhan MCA kerana yang membayar gaji mereka adalah rakyat dan bukan MCA.

KUALA LUMPUR, 21 Mac:

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng mempersoal tindakan dua motorsikal polis berkuasa tinggi mengiringi konvoi kereta mewah Pemuda MCA sewaktu mengadakan perhimpunan aman di perkarangan Ibu Pejabat Kebangsaan DAP di sini pagi semalam.
Menurut beliau, tindakan berkenaan perlu dikutuk kerana adakah pihak polis bersubahat dengan MCA dan mengiringi mereka untuk berdemonstrasi terhadap parti pembangkang.
Katanya lagi, kenapa pihak polis tidak menyediakan khidmat pengiring untuk perhimpunan-perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Bersih serta perhimpunan #KitaLawan baru-baru ini yang ternyata berakhir secara aman tanpa provokasi.
Tegasnya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar seharusnya mengingatkan anggotanya agar tidak menjadi budak suruhan MCA kerana yang membayar gaji mereka adalah rakyat dan bukan MCA.
"Saya ingin mencabar Pemuda MCA untuk mementaskan wayang yang sama seperti yang telah mereka lakukan di pejabat DAP, di hadapan Ibu Pejabat Umno dalam masa 24 jam kerana ternyata kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO di Kelantan telah menyokong Enakmen Jenayah Syariah Kerajaan Negeri PAS Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Chempaka: SPR harap lebih 70 peratus keluar mengundi

Posted: 21 Mar 2015 01:53 AM PDT

Rabu lepas hanya 35.4 peratus daripada 1,497 pengundi pos yang keluar mengundi.
SPRKOTA BAHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap lebih 70 peratus daripada 20,390 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka esok.
Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, tidak ada sebab untuk tidak keluar mengundi memandangkan keadaan cuaca sekarang adalah baik ditambah dengan jaminan keselamatan daripada pasukan keselamatan.
"Kami harap keadaan cuaca pada esok adalah baik seperti hari ini, sekali gus akan memberi ruang yang selesa kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan terakhir SPR di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Chepa.
Hadir sama Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dan Pengarah SPR Kelantan Mohamad Mahmud.
Mohd Hashim berkata, seramai 403 petugas yang dilantik SPR telah diberi taklimat tentang persiapan dan semakan keperluan untuk hari pengundian esok.
Mengulas peratusan rendah pengundi awal menunaikan tanggungjawab pada Rabu lepas, beliau berkata SPR akan menjalankan kajian menyeluruh dan menambah baik sistem sedia ada jika perlu.
"Saya tak boleh nak buat kesimpulan kerana kami masih mengkaji masalah berkenaan. Saya yakin Pengerusi SPR (Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof) akan buat kenyataan kepada media (berhubung masalah berkenaan) selepas ini.
"Sudah pasti kami akan buat pembaharuan dan tambah baik terhadap sistem sedia ada dan jika perlu koordinasi dengan mana-mana pihak, kami akan lakukan," kata Mohd Hashim, lapor Bernama.
Read More / Baca Lagi >>

Chempaka: Pertahan Dun tanda kasih Tok Guru

Posted: 21 Mar 2015 01:47 AM PDT

RAKYAT Malaysia masih lagi terkenang Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tokoh murabbi ummah. Tok Guru juga pernah berada di tangga ke-42 senarai The Most Influential Muslim on 2009. Kini negarawan itu lebih sebulan pergi meninggalkan kita. Tempatnya di Dun Chempaka terpaksa diganti tokoh lain.

Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, 42, dipilih bagi mengambil posisi kepimpinan Tok Guru di Dun Chempaka. Siapa Ustaz Fathan, yang tibatiba menjadi sebutan ramai sekarang. Bagi mendekati peribadinya, ikuti temubual beliau bersama LANJUSOH ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baung, baru-baru ini.
WARTAWAN: Boleh kongsi biodata ustaz ?
USTAZ AHMAD FATHAN MAHMOOD: Datuk saya lebih dikenali dengan panggilan Tok Ayah Kedah. Nama itu diperkenalkan sendiri oleh Haji Arshad. Dia dilahirkan di Kampung Jarak Pulau Pinang.
Beliau merantau sehingga ke Patani dan Kelantan bagi menuntut ilmu agama. Beliau pernah belajar di Pondok Kenali.
Tok Ayah berulang alik ke Pondok Tok Kenali dari Kampung Panchor. Masyarakat di Panchor sayang kepadanya. Pada suatu ketika penduduk Panchor berpakat mahu carikan isteri kepadanya bagi mengelakkan beliau berpindah ke tempat lain.
Ada penduduk menawarkan anak gadis. Tok Ayah Kedah memberi syarat kriteria isteri sebagaimana dihasratnya.
Selepas itu beliau berkahwin dengan penduduk tempatan di Panchor.
Ayah saya pula, Mahmood Arshad juga berkhidmat sebagai guru agama. Ayah juga sejak awal lagi terbabit dalam gerakan Islam diterajui PAS.
Beliau merupakan orang kuat PAS di Cawangan Kampung Baung. Pernah memegang jawatan bendahari di peringkat cawangan. Cawangan Baung tertua di Dun Chempaka dan ditubuhkan pada tahun 1968.
Pada zaman pemerintahan Dato' Mohd Asri Muda, arwah ayah saya berkhidmat sebagai mubaligh. Ayah mendapat pendidikan di Pondok Tok Guru Haji Ali Sungai Pisang.
Sahabatnya yang paling rapat ialah arwah Tok Bangkok. Tok Bangkok ialah anak kepada Tok kenali. Beliau juga mengajar di masjid-masjid dan surau di sekitar Pengkalan Chepa dan Kota Bharu. Hampir 50 tahun berkhidmat sebagai guru agama. Ayah saya meninggal dunia pada 2011 ketika usia 89 tahun. Ayah saya anak kedua daripada tujuh adik beradik. Ibu saya, Wan Sepiah Wan Hussin berasal dari Kampung Baung dan hanya bekerja sebagai suri rumah. Emak saya juga mengajar al-Quran kepada penduduk di sekitar Kampung Baung.
Ustaz mempunyai hubungan keluarga dengan Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah?
Ayah saya dan ayah Ustaz Nik Amar adalah adik beradik.
Ayah saya anak kedua dan Pak Nik Lah pula kedua bongsu.
Adik beradik mereka tujuh orang iaitu enam lelaki dan seorang perempuan. Ayah saya paling terakhir meninggal dunia dalam kalangan adik-beradiknya.
Pendidikan awal ustaz?
Bermula di Sekolah Kebangsaan Datuk Hashim belajar di darjah satu hingga lima. Pada 1985 belajar pula di Sekolah Menengah Agama Arab Panchor peralihan hingga tingkatan empat. Semasa tingkatan lima saya pindah belajar di Maahad Muhammadi.
Saya masih ingat lagi pada tahun 1990 PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah menubuhkan kerajaan di Kelantan dan saya menduduki SPM. Maahad Muhammadi dijadikan tempat pengundian ketika itu. Pada 1991, saya belajar sekejap di tingkatan enam bawah di Maahad Muhammadi.
Kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Agama Tinggi di Shah Alam belajar di tingkatan enam bawah dan atas. Selepas itu ke Kedah pada 1993 belajar di Madrasah an Nahdhah Bukit Besar bagi mendapat Syahadah Rabií Thanawi. Pada 1993 menyambung pengajian ke Mesir di kuliah syariah Universiti Al- Azhar.
Read More / Baca Lagi >>