Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KRISIS PAS MERUNCING: SATU DEMI SATU YDP PAS RESIGN

Posted: 16 Mar 2015 10:00 PM PDT


Kecewa dengan kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin di antara 17 ahli jawatankuasa PAS kawasan itu yang meletakkan jawatan parti berkuat kuasa pada Isnin.
Turut mengikut jejak langkah Ishak ialah Timbalan YDP PAS Batu, Datuk Shuhaimi Ab Rahaman; Naib YDP, Datuk Tarmizi Mohd Jam; Setiausaha, Datuk Ismail Yahaya; Ketua Penerangan, Marzuki Zakaria serta Pengarah Pilihan Rayanya, Jamhor Nawawi.
Ishak berkata kumpulan mereka berharap tiada sebarang pencalonan terhadap mereka oleh mana-mana cawangan atau dewan-dewan pada mesyuarat agung tahunan PAS Batu kali ke-30 yang akan diadakan pada 19 April depan.

GST: JADILAH PENGGUNA BIJAK, JANGAN SAMPAI KENA PIJAK

Posted: 16 Mar 2015 07:45 PM PDT


GST belum lagi dilaksanakan tetapi ketakutannya begitu mengerikan apabila lebih ramai suka bercakap tentang keburukan berbanding kebaikan.

Buat pun belum lagi dah pelbagai persepsi negatif dilemparkan. Samalah juga dengan pelbagai program kerajaan yang lain. 

Meskipun tak nafikan ada sisi buruk sesuatu dasar atau program tetapi keburukan itu boleh diperbaiki atau ditambah baik di masa-masa akan datang.

Kalau nak ikutkan otak pembangkang memang tak perlu buat apa-apa program pembangunan. Biarlah ketinggalan asalkan hidup selesa ada-ada saja.

Biarkan orang lain maju asalkan perut kita tak terganggu. 

Tak payah nak susah-susah pening kepala memajukan bangsa dan negara cukup duduk dalam kelambu bercumbu. Cukup masa makan dan tidur. Rasa tergugat pergi melalak dijalanan.

Tips menghadapi GST

Sebelum nak beli barang, pastikan tanya dulu harga yang akan dikenakan termasuk GST atau tidak.

Jika ada GST, tanya adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut.

Pastikan resit rasmi itu memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (diwajibkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia - SSM) serta nombor pendaftaran GST. 

Ingat jika GST dikenakan dan tiada resit dikeluarkan jangan berurusniaga dengan peniaga tersebut. 

Setelah berurusniaga, semak nama dan nombor pendaftaran syarikat tadi di website Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) untuk memastikan syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan.

Jika syarikat tersebut tidak berdaftar GST dan mengenakan GST kepada para pelanggan kita boleh buat aduan ke Kastam dan bawa resit tadi.

Resit pembelian yang dicaj GST amat penting untuk kita semak dan jika ragu-ragu boleh dibuat laporan kepada Kastam dan KPDNKK boleh bertindak di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.


Apa yang kita belajar?

Jika tidak tahu kita perlu selalu dengar penerangan mengenai GST. Sebagai pengguna kita ada hak ke atas setiap sen dan ringgit yang kita belanjakan. 

Jangan jadi mangsa tokey-tokey peniaga yang selama ini hidup kaya raya hasil penipuan dan kedarah wang rakyat.

Jangan pula dok asyik mengkritik dan melalak sana sini tapi apa pun tak tahu berkaitan GST. 

Janganlah jadi kera sumbang yang hidupnya tak menyumbang apa-apa tetapi berfikiran tertutup asyik mengomel cari keburukan orang lain. 

Jadilah pengguna bijak jangan sampai kena pijak. 

HANDSOME TAK SAYA? , INILAH 'NEW PAS' PILIHAN RAMAI

Posted: 16 Mar 2015 04:30 PM PDT


Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad menyelar kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob baru-baru ini bahawa tiada keperluan menukar presiden parti itu.
Khalid berkata tindakan Ahmad, yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS, bercanggah dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang terbuka dengan pertandingan terhadap jawatan itu.
Menurutnya, kenyataan Ahmad itu memberikan imej negatif kepada parti tersebut sedangkan Abdul Hadi telah menyatakan keterbukaannya untuk dicabar.
"Kenyataan (Ahmad) itu seolah-olah menunjukkan Hadi tidak mendapat sokongan daripada anggota PAS.
"Pemilihan jawatan presiden tidak seharusnya tertumpu kepada kehebatan ilmu seseorang pemimpin, sebaliknya lebih kepada kualiti kepemimpinan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Shah Alam, semalam, lapor Bernama.
Pada Sabtu, Ahmad dilaporkan Bernama mahu Abdul Hadi dikekal sebagai presiden PAS kerana beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menghadapi pelbagai situasi.
Beliau berkata PAS masih perlu mengekalkan Abdul Hadi walaupun terdapat gesaan untuk menukarkannya dengan pemimpin baharu.
"Kalau ia difahami semua anggota (parti), jawatan itu tidak perlu dicabar. Kedudukan presiden sendiri sebagai pimpinan ulama kedua (dalam hierarki parti) sesuai untuk mengetuai sebuah parti yang boleh berhadapan dengan semua situasi di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa," katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Shah Alam semalam telah mengekalkan Azli Yusof sebagai Yang Dipertua PAS Shah Alam.
Azli mengambil alih jawatan itu selepas penyandangnya, Khalid Samad meletak jawatan Yang Dipertua PAS Shah Alam pada 2013.
Khalid pernah meegang jawatan Yang Dipertua PAS Shah Alam selama 16 tahun.
Azli memberitahu pemberita bahawa keputusan Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan itu mahu Abdul Hadi dikekalkan sebagai Presiden PAS.
Selain itu, PAS Shah Alam juga turut mencalonkan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dan mengekalkan tiga naib presiden sebelum ini iaitu Datuk Husam Musa, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Walaupun pada mesyuarat hari ini Abdul Hadi mendapat undi majoriti, namun ada juga perwakilan mencalonkan Ahmad Awang bagi mencabar jawatan presiden parti," kata Azli kepada pemberita.
Ahmad Awang pernah menjadi Naib Presiden PAS, bekas Pesuruhjaya PAS Perak, dan bekas anggota Majlis Syura PAS.


NURUL IZZAH DITAHAN POLIS

Posted: 16 Mar 2015 01:21 PM PDT

Nurul Izzah Ditahan Di Bawah Akta Hasutan

Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, pukul 3.55 petang pada Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad, mengesahkan perkara itu.
Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa yang hadir sebagai peguam Nurul Izzah ketika ditemui media di hadapan balai tersebut, berkata Nurul Izzah dipanggil untuk memberi keterangan di balai polis itu kira-kira pukul 2 petang dan kini ditahan bagi membantu siasatan.
Sivarasa berkata tahanan itu susulan kenyataan Nurul Izzah pada persidangan Dewan Rakyat minggu lepas yang turut menyentuh sistem kehakiman negara 

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Apa kata Ku Li di Dewan Rakyat ?

Posted: 16 Mar 2015 10:58 PM PDT

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


GST pun Piji menipu

Posted: 16 Mar 2015 10:28 PM PDT




Takut isu harta jadi besar, Rafizi tutup dengan cerita bodoh pasal jet

Posted: 16 Mar 2015 05:35 PM PDT






Macam mana boleh kerja dengan petronas 6 tahun sudah jadi jutawan? Ada pula isu konsultansi dia dapat bulanan RM3 ribu. Mana dia ada masa buat kerja konsultan. janganlah bohong Rafizi.

Semua ini bakal terbarai jika tiada usaha untuk alihkan isu. Maka Rafizi mula mainkan isu kapalterbang.



Pembelian Jet Kerajaan Baru Ganti Pesawat Berusia 20 Tahun

PEROLEHAN pesawat baru VVIP jenis A320 merupakan satu keputusan penggantian Jet Kerajaan yang berusia 20 tahun bagi tujuan penggunaan Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Perdana Menteri.

Menurut sumber kerajaan, pesawat ini dibeli untuk menggantikan pesawat VVIP jenis BBJ737-700NG yang telah berusia hampir 20 tahun dan memakan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Penggantian seperti ini adalah amalan biasa dalam perolehan kerajaan sebab di Malaysia ini bukan Perdana Menteri sahaja VVIP, tapi ada juga Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja yang layak menggunakan kemudahan pesawat rasmi kerajaan.

Justeru dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa pembelian ini merupakan satu pembaziran kerana Kerajaan telah mempunyai 6 buah Jet adalah tidak tepat.
Sebaliknya kerajaan dalam proses menggantikan pesawat lama yang telah uzur.



Baca sepenuh di MyKMU SINI


bodoh_benar_rafizi
Kepala Botak Ditengah Hanyalah Gambar Hiasan

PORTAL pro pembangkang dan Rafizi Ramli cuba mengelirukan pemikiran rakyat dengan mendakwa jet VVIP jenis ACJ320 yang baru diperoleh kerajaan adalah sebuah pesawat peribadi.

Ini tak betul sebab tidak ada istilah pesawat peribadi bagi perolehan yang dibuat kerajaan, sebaliknya pesawat rasmi.

Penulis tak rasa jutawan muda lulusan luar negeri seperti Rafizi terlalu bodoh nak bezakan antara pesawat rasmi kerajaan dengan pesawat peribadi. Penulis yakin dia tahu sebab Anwar kerap guna pesawat peribadi untuk berkempen di Sabah dan Sarawak sebelum PRU13 dulu.


Baca sepenuh di MyKMU SINI

Memang tak bodoh tapi suka perangai macam orang bodoh untuk bodoh-bodohkan rakyat

Ask yourself: Who is the real CM?

Posted: 16 Mar 2015 07:30 AM PDT



Ini buat menjawab kerja jahat RBA berikut:


Tanya Betty kenapa muka banyak lawa sikalang?


Ada makeover ka?



Mestilah lu sikalang real CM. Lu melawa husband BUAT KERJA CM atas lu punya arahan.

Wa manyak kuat kirija ....



Muahahaha ... takpa dia tak tido sama perempuan lain.

Nanti kaki pulak Betty kasi patah.

Macam UMMO dan 1MDB, PR londeh sesama sendiri isu hudud

Posted: 16 Mar 2015 04:31 AM PDT


Takut benar DAP terhadap bayangan kerajaan perpaduan hingga digunakan persetujuan UMNO terhadap kepada hukum hudud di kelantan sebagai petanda untuk umno dan pas bersatu.

Padahal umno dan pas entiti berbeza dan kerusi yang ditanding pas hampir semua lawannya umno. Macam mana nak kompromi kuasa yang datang dengan kerusi untuk kerajaan perpaduan dapat diadakan.

Baca hal paranoia DAP di MIM SINI.

Pagi tadi kami tulis mengensi UMNO londeh sesama sendiri kerana isu 1MDB untuk DAP ambilalih kuasa di semenanjung.

Nampaknya PR pun londeh sesama sendiri hehehe ...

Lihat berikut video PAS PASMA melondeh PAS dalam isu yang merupakan pokok perjuangan dan berdekad2 lamanya PAS berceramah hal hudud:


Mana persepakatan PR yg luas dihebahkan.

Duit DAP bolehkan Husam guna taktik Anwar untuk jatuhkan Hadi

Posted: 16 Mar 2015 01:10 AM PDT

Baik2 dengan orang juling - mata kelain tengok lain, cakap lain maksud lain

Selepas PAS kawasan Kota Baru menamakan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon presiden PAS yang baru, PAS kawasan Kota Tinggi pula hari ini mencalonkan Datuk Husam Musa untuk jawatan tersebut.

Pencalonan Husam disahkan seorang pemimpin negeri Johor ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Sah," katanya ketika ditanya sama ada benar Husam dicalonkan untuk jawatan itu dalam mesyuarat agung kawasan itu hari ini.

Sementara itu, satu lagi kawasan, Parit Sulong, juga tidak menamakan penyandang presiden sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menyerahkan pencalonan kepada jawatankuasa yang dipilih untuk membuat keputusan.

Jawatankuasa PAS kawasan Parit Sulong yang akan bersidang awal minggu depan itu juga dijangka akan mencalonkan pemimpin selain dari Hadi sebagai calon presiden.

Perkembangan terbaru ini menjadikan Hadi tidak mendapat pencalonan dari 3 kawasan pertama yang mengadakan mesyuarat agung ketika PAS dilanda perpecahan yang terbesar selepas 1982 apabila bekas presiden PAS Tan Sri Asri Muda diketepikan oleh parti Islam itu.

"Mesyuarat memberikan amanah kepada jawatankuasa yang baru dipilih untuk membuat pencalonan selepas dibahaskan dan diundi oleh perwakilan," kata Khairudin Abdul Rahim, yang dipertua PAS Parit Sulong kepada The Malaysian Insider.

Beliau tidak dapat mengesahkan siapa yang akan dicalonkan kerana ia akan diputuskan mesyuarat jawatankuasa minggu depan.

"Rasanya kita akan calonkan tokoh yang lain, namun kita mahukan tokoh yang akan bertanding, bukan menarik diri selepas dicalonkan," kata Khairudin membayangkan kecenderungan menamakan calon selain Hadi.

Pada Selasa, Tuan Ibrahim menolak pencalonan PAS Kota Baru mengatakan beliau tidak layak menggantikan tempat Hadi.

Menyifatkan pencalonan itu satu kejutan, beliau berkata, "Seperti yang saya katakan kepada para wartawan yang bertanyakan hal ini hari ini, 'Kalau Husam berkata 10 kali beliau pun tidak padan lagi dibandingkan dengan Hadi, saya yang berketinggian lima kaki dua inci pun mungkin ketinggalan lebih 5.2 kali di belakang Hadi dari segi kepimpinan'."

Menurut Khairudin, beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan PAS Kota Tinggi selepas ini.

"Mungkin kita akan membuat sidang media bersama bagi memaklumkan keputusan," kata Khairudin kepada The Malaysian Insider.

Sehingga kini, PAS Kota Tinggi tidak boleh dihubungi untuk mengesahkan pencalonan itu namun berita mengenainya sudah disebarkan melalui beberapa kumpulan perbincangan di media sosial Whatsapp dan Facebook.

Sementara itu, Khairudin mengekalkan jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Parit Sulong selepas menang dengan majoriti besar mengalahkan pencabarnya.

Turut menang ialah timbalan dan naib yang dipertua kawasan yang menang tanpa bertanding.

Hampir kesemua AJK yang terpilih juga merupakan pasukan yang menyokong Khairudin.

Parit Sulong dan Kota Tinggi ialah kawasan yang kedua dan ketiga mengadakan mesyuarat agung selepas Kota Bharu dalam siri mesyuarat agung PAS peringkat kawasan menjelang muktamar yang akan diadakan di Kuala Selangor Jun nanti. – 14 Mac, 2015.

--------------------

KOMEN:

Khabarnya malam tadi ada, pencalunan untuk Husam dari Shah Alam yang memang dijangka Khalid Samad tak muncul. Shah Alam cadangkan Ahmad Awang menentang Hadi tapi calun PASMA Ahmad Awang kalah pada Hadi.

Terpaksa MI spin kata Hadi dapat pencalunan dengan hanya 6 undi. Ok lah tu di tempat Khalid Gereja. Nasib tak ada DAP evangelist sama-sama mengundi.

Tak sangka pensyarah UUM.kurang cerdik

Rasanya kalau Husam ikut cara Anwar mungkin dia akan tekan hadi ketika pencalunan menggunakan taktik blietzkrieg ANwar Ibrahim yang dapatkan pencalunan hingga arwah Tun Ghaffar Baba letak jawatan.

Ia hanya guna duit untuk sogok AJK kawasan yang kebanyakkan orang PASMA.

Sementara itu Hadi bakal diserang sebagai extrimis menggunakan hujah UMNO yang mana mereka kini tuduh Hadi bersedia mahu Unity GOvernment. INi TUan Ibrahim telah nafikan sekeras-kerasnya.

BIla duit dah disogok DAP, rasanya PASMA akan mahu unity dengan DAP. Tengok Bang Mat Sabu yang kini dah kaya raya hasil dari terima gaji dari DAP.


Husam kini sedang jaja dirinya sebagai anak didik Nik Aziz padahal Nik Aziz yang tak mahu Husam jadi MB, tak mahu dia jadi exco dan serangan akhir hayat Nik Aziz adalah terhadap kumpulan PASMA yang Husam menganggotai. 


Nik Aziz tahu Husam tak boleh buat kerja. Tambah lagi, Husam sudah lari dari amalam wala pada kepimpinan parti.



Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Geng Anwarinas tidak ikut saranan Haron Din?

Posted: 16 Mar 2015 11:11 PM PDT


Saranan Mursyidul Am Pas baharu, Datuk Dr. Haron Din, agar kepemimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan langsung tidak dihormati pemimpin Pas dari kumpulan pro-Anwarinas.

Sebaliknya, mereka menggesa lebih banyak kawasan yang akan bermesyuarat selepas ini tampil mengikut jejak Pas Kota Bharu iaitu dengan mencalonkan pemimpin untuk mencabar Abdul Hadi pada muktamar parti itu nanti.

Gesaan itu secara tidak langsung memberi gambaran seolah-olah suara Mursyidul Am Pas selaku ulama tertinggi dalam parti berkenaan sudah 'tidak laku' lagi kerana mereka lebih ghairah untuk menumbangkan Abdul Hadi.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan Pas Kota Bharu menamakan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon Presiden perlu dihormati kerana dibuat berdasarkan keputusan syura.



"Saya mengharapkan sema­ngat dan prinsip ini diterima pakai oleh semua kawasan bagi membuktikan Pas mengamalkan syura untuk pencalonan dari kawasan-kawasan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Haron dalam ama­natnya selepas dilantik sebagai Mursyidul Am Pas baharu menegaskan bahawa seluruh ahli perlu mematuhi arahan Majlis Syura Ulama termasuk dalam soal mengekalkan Abdul Hadi sebagai Presiden.

Penegasan itu di­buat rentetan kenya­taan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, yang menjelaskan bahawa Presiden Pas tidak semestinya daripada kalangan ulama.

Kenyataan Khalid itu kemudiannya dibalas Abdul Hadi bahawa beliau sedia dicabar selaras de­ngan Fasal 25 (2) Perlembagaan Pas yang memperuntukkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden perlu dipilih melalui muktamar.

Suara Politik
Belantan

Batal perjanjian industri air : Kerajaan PKR Selangor bakal rugi besar?

Posted: 16 Mar 2015 06:03 AM PDT


Kegagalan untuk meneruskan perjanjian penstrukturan semula industri air di negeri ini akan menyebabkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bakal kehilangan peluang untuk mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi air yang selama ini telah mengaut keuntungan tidak munasabah dengan mengenakan tarif tinggi kepada rakyat akibat perjanjian penswastaan yang berat sebelah.

Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tanpa kawalan sepenuhnya terhadap industri air, kerajaan negeri berkemungkinan besar tidak mampu meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan yang dilaksanakan sejak 2008 akibat kekurangan dana.

Selain itu, jelasnya, syarikat konsesi berpeluang menaikkan tarif air sebanyak 52 peratus pada tahun ini seperti yang dibenarkan mengikut perjanjian penswastaan dan lebih buruk lagi, kerajaan negeri perlu membayar tunggakan kenaikan tarif sebanyak RM2 bilion kepada syarikat konsesi.

"Ini jelas menunjukkan kerajaan negeri akan mengalami kerugian besar sekiranya tidak meneruskan rundingan dengan kerajaan Persekutuan.

"Saya amat berharap kepentingan rakyat diberi keutamaan dalam setiap tindakan serta keputusan selepas ini," katanya dalam di sini hari ini.

Isnin lalu, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri tidak akan meneruskan rundingan perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air dengan kerajaan Pusat atas alasan perjanjian tersebut telah dilanggar dan tidak dipatuhi.

Abdul Khalid turut melahirkan rasa hairan dengan tindakan kerajaan negeri yang mengeluarkan lesen operasi air bersih kepada syarikat konsesi Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash).

Jelasnya, tindakan tersebut bercanggah dengan usaha dan semangat rakyat Selangor untuk menjadi pemilik mutlak industri air di negeri ini apabila penstrukturan air dimuktamadkan.

"Saya khuatir tindakan kerajaan negeri ini akan mengakibatkan rakyat Selangor membayar lebih daripada jumlah yang dipersetujui sebelum ini iaitu RM9.65 bilion," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Nurul Izzah ditahan

Posted: 16 Mar 2015 03:48 AM PDT


Sendiri bikin sendiri tanggung.Kalau ingat balik Selasa lalu Nurul Izzah main sedap mulut dalam sidang Dewan Rakyat antara lain tuduh badan kehakiman jual diri pada syaitan dalam kes liwat bapanya,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bayangkan seorang wakil rakyat buat tuduhan semberono begitu sedangkan para hakim tidak dapat mempertahankan diri mereka di Dewan Rakyat.
Nurul Izzah mungkin rasa beliau ada kuasa lindungan imuniti sebagai Ahli Parlimen untuk bercakap apa saja.
Perbuatan anak Anwar ini cuba main politik ke tahap paling rendah menghina badan kehakiman semata-mata mempertahankan perbuatan mungkar bapanya yang didapati bersalah meliwat oleh mahkamah telah mencetuskan kemarahan ramai pihak.
Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Datuk Zulkifli Nordin telah membuat laporan polis terhadap ucapan berkenaan.
Beliau yang juga bekas peguam Anwar semas akes liwat pertama dulu berpendapat Nurul Izzah tidak dilindungi kekebalan sebagai Ahli Parlimen jika buat kesalahan melibatkan Akta Hasutan.
"Memang benar Perkara 63 Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan memberikan imuniti kepada Ahli Parlimen untuk bebas bercakap apa sahaja didalam Dewan dan diberi kekebalan daripada sebarang tindakan undang-undang, namun Perkara 63 Fasal 4 memperuntukkan bahawa kekebalan itu tidak terpakai bagi sebarang kesalahan dibawah Akta Hasutan.
"Ini disahkan oleh keputusan Mahkamah Persekutuan didalam kes Datuk Mark Koding -v- Pendakwaraya [1982] 2 MLJ 120 FC bilamana Datuk Mark Koding dikenakan tindakan pendakwaan menghasut dibawah Akta Hasutan walaupun ucapan beliau itu dibuat didalam sidang Dewan Rakyat,"kata Zulkifli.
Petang Isnin,Nurul Izzah ditahan untuk siasatan dibawah Akta Hasutan selepas beliau memberi keterangan mengenai penyertaannya dalam demo kes liwat Anwar di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Peguamnya sahkan beliau ditahan untuk siasatan kerana ucapannya di Dewan Rakyat Selasa lalu.
Nurul Izzah membuat ucapan menghina badan kehakiman itu dipermulaan perbahasannya yang katanya untuk membacakan ucapan bagi pihak bapanya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Bagaimanapun pihak Timbalan Speaker Dewan Rakyat memutuskan ucapan berkenaan adalah sebahagian dari ucapannya dan bukan Anwar.
Masa ucapan permulaan itu sekitar empat minit beliau antara lain dakwa Anwar tidak bersalah.
"Dalam tunduk akur kehendak politik, para hakim jadi rakan jenayah pembunuhan, kebebasan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi jaminan kepada kebendaan dan jaminan jawatan,"katanya.
Sementara itu Nurul Izzah ditahan semalam dalam lokap balai polis Jinjang.
Pendengaran reman akan dibuat jam 10 pagi Selasa.- 16/3/2015

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:15 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Hudud : Beranikah DAP Lawan Cakap ADUN PAS Ini?

Posted: 16 Mar 2015 09:00 PM PDT



Perlaksanaan hudud di Kelantan sebenarnya adalah titik penting hubungan PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. 

Apakah mereka akan masih berpakat atau mengambil jalan keluar untuk berpisah selepas Kelantan meluluskan Hudud di Kelantan?

Dengan ketiadaan Anwar sebagai jambatan penghubung antara PAS dan DAP, besar kemungkinan DAP akan mengambil jalan untuk berpakat dengan PKR bagi singkirkan PAS dari Pakatan. 

Pada tahun 2001, DAP yang keluar dari Pakatan bila tidak bersetuju dengan PAS, kali ini dijangka PAS akan disingkir keluar oleh pakatan baru PasMa, PKR dan DAP. 


Tony Pua Kantoi, Kecam Raja Melayu Di Twitter

Posted: 16 Mar 2015 06:57 PM PDT


Ini Baru Dinamakan Naik Jet Peribadi

Posted: 16 Mar 2015 06:35 AM PDT

Apa Kata Shahir Samad Mengenai 1MDB

Posted: 15 Mar 2015 10:54 PM PDT

1MDB : Cabaran untuk kekal dan mara ke depan

Syarikat pembangunan strategik, 1 Malaysia Development Berhad, (1MDB) kini hanya berdepan persoalan mampukah ia kekal wujud untuk mara ke hadapan.

Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, audit forensik yang sedang dilakukan Jabatan Audit Negara, (JAN) dan disusuli kajian laporan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, (PAC) akan menyukarkan 1MDB melindungi urusan perjalanan syarikat itu.

Sebarang langkah-langkah yang meragukan akan dipersoalkan JAN dan PAC yang berkuasa menyoalsiasat sesiapa sahaja berhubung urusan syarikat sejak penubuhan pada 2009.

Menurut Shahrir, persoalan ketelusan akaun kewangan 1MDB tidak timbul lantaran semua pihak boleh merujuk penyata kewangan syarikat itu yang dibuat mengikut peraturan.

Untuk rekod, 1MDB mencatatkan keuntungan RM424 juta pada 2010, RM544 juta pada 2011, menyusut kepada RM44 juta kepada 2012, untung melonjak RM778 juta pada 2013 namun mencatatkan kerugian RM665 juta pada 2014.

Menurutnya, 1MDB beroperasi seiring matlamat serta objektif penubuhannya sebagai pelaksana idea strategik dan mempunyai strategi jelas dari segi penjanaan kewangan serta struktur urus tadbirnya.

Bagaimanapun, 1MDB menjadi isu lantaran strategi penambahan rencah laporan seperti menggunakan personaliti (Jho Low, Paris Hilton, Riza Aziz) serta pembabitan syarikat antarabangsa seperti PetroSaudi dan syarikat yang dikuasai Low, Good Star Limited.

Menurut TS Shahrir, penggunaan pusat kewangan Cayman untuk menempatkan wang turut dikaitkan sedangkan tindakan itu katanya, adalah urusan biasa yang diamalkan syarikat-syarikat multinasional.

Penggunaan istilah-istilah pilihan seperti memindahkan wang (siphoning), disiasat (investigated) yang digabungkan dengan nama-nama personaliti menyebabkan 1MDB menjadi isu menarik untuk diperbahaskan.

Menurutnya, wujud dakwaan Jho Low menggunakan PetroSaudi sebagai topeng untuk membawa keluar AS$700 juta daripada 1MDB.

Fakta bagaimanapun menunjukkan 1MDB menarik keluar lebih awal pelaburannya dengan PetroSaudi sekaligus mencatatkan keuntungan.

Bayangkan jika 1MDB katanya, tidak bertindak awal dan hanya keluar sewaktu harga minyak mentah dunia merudum, maka sudah tentu isu 1MDB menjadi lebih teruk diperkatakan.

Persoalannya tanya Shahrir, ialah bagaimana penyata kewangan 1MDB menunjukkan syarikat itu mendapat balik segala pelaburan dengan PetroSaudi ditambah keuntungan bagi urusniaga itu.

Jadi wang siapakah yang diambil Jho Low kerana yang paling penting bagi syarikat ialah memperolehi keuntungan di hujung pelaburannya.

Menurut Shahrir, masalah 1MDB adalah kerana bermula dengan modal berbayar hanya RM1 juta sedangkan sepatutnya bermula dengan modal lebih besar untuk memiliki aset-aset bernilai tinggi.

Nilai pembangunan kasar (GDV) bagi projek Tun Razak Exchange dianggarkan mencecah RM26 bilion dalam tempoh 10 hingga 15 tahun manakala Sungai Besi memiliki GDV sehingga RM35 bilion bagi tempoh 15 hingga 20 tahun.

Sehubungan itu, melangkah ke depan, 1MDB katanya, perlu meneliti semula pelan perniagaannya kerana memiliki aset-aset yang menjamin untuk keuntungan jangka panjang.

Untuk masa kini, 1MDB tegas Shahrir, perlu diasuh sepertimana yang dilakukan Khazanah Nasional terhadap syarikat-syarikat yang berdepan masalah sewaktu krisis ekonomi 1997.

Situasi persekitaran masa hadapan adalah sukar namun jika diasuh, 1MDB pasti mampu bangkit sepertimana dibuktikan Khazanah Nasional menerusi kejayaan pelbagai syarikat sebelum ini.- BNBBC.my
16 MAC 2015


Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:12 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Minuman Milo Tiruan - Barisan Nasional Terlibat..

Posted: 15 Mar 2015 11:21 PM PDT

Aku bukan kaki ngeteh, kopi, teh aku tak jadikan sebagai minuman harian,,, minuman harian aku cuma air kosong,,, cuma sesekali aku minum kopi radix mai secawan,,, itu pun sebab ada khasiat tertentu...

Namun kopi Radix HPA telah ditiru,,, sebab penjualannya yang laris, maka ada Radix tiruan turut diciplak... 

Ingat kut minuman jenis (package 3 in 1) begini yang terkini heboh menjadi sasaran penjualan barangan tiruan,, namun minuman berjenama besar dan elit seperti milo pun turut menjadi sasaran ciplak... 






Lebih 20 tahun yang lalu, aku pernah ikuti kursus seminar keluarga bahagia dari  NURY Institute of Parenting and Child Development yang disampaikan oleh bossnya sendiri iaitu arwah Dato' Dr Noor Laily Bte Dato' Abu Bakar, beliau menceritakan pencipta minuman milo sendiri tidak minum milo yang ia cipta,,,, maksud yang beliau sampaikan ialah minuman tu tak ada khasiat apa apa pun, dan jangan minum kalau boleh..,, 

Semenjak dari itu,, aku memang tak minum milo atau apa-apa perisa coklat... Entahlah, kenapa kerajaan BN membiarkan rakyatnya makan minum serba serbi tanpa pengawalan demi kesihatan rakyat termasuk rokok, apakah kerana faktor keuntungan semata-mata,,, untung seringgit, 10 setahun selepas tu rugi seribu ringgit...

Cerdikkan umno.... phuiih..

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:11 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Penangkapan Nurul Izzah oleh KERAjaan BN jadi tajuk utama antarabangsa

Posted: 16 Mar 2015 09:08 PM PDT

Berita penangkapan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semalam telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia.

Pada jam 11 malam tadi, media yang menyiarkan berita tersebut termasuk Asahi Shimbun di Jepun, BBC di United Kingdom, New York Times di Amerika Syarikat, Sydney Morning Herald di Australia, The Hindu di India, Post Bangkok di Thailand dan Manila Times di Filipina.

Akhbar kewangan antarabangsa seperti Financial Times yang berpejabat di UK dan Wall Street Journal yang berpejabat di AS, turut memberi perhatian terhadap penangkapan Nurul Izzah itu.

"Anak ketua pembangkang yang dipenjara, ditangkap," bunyi tajuk utama New York Times. Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan dengan tuduhan liwat.

Juga ditekankan dalam banyak laporan itu ialah langkah kerajaan Malaysia yang terus menggunakan Akta Hasutan 1948, termasuk kemungkinan ia digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat politik.

Kebanyakan laporan itu dari perkhidmatan wayar seperti Reuters dan Associated Press, tetapi banyak organisasi berita yang lebih besar, menyiarkan laporan mereka sendiri.

Contohnya termasuk saluran TV Al-Jazeera, BBC, New York Times dan Financial Times.

Read More / Baca Lagi >>

SEMUA INI HANYA DI MALAYSIA !!!!

Posted: 16 Mar 2015 09:04 PM PDT


Hukum cukai menindas ke atas rakyat jadi HARAM boleh bertukar jadi HARUS kerana KERAjaan perlu sumber kewangan utk kurangkan hutang negara..

Hukum bersentuhan sesama bukan mahram yg HARAM pun boleh bertukar jadi HARUS selagi tidak timbul berahi... SIAPA KATA... ostajah umno kata.

Memang licik pemimpin2 UMNO & KERAjaan buat duit di atas keperitan rakyat..

Posted: 16 Mar 2015 09:02 PM PDT


Orang kampung pun tahu 1MDB

Posted: 16 Mar 2015 04:40 PM PDT

Mohsin Abdullah

Rata-rata isu 1MDB "diceritakan" dalam Bahasa Inggeris. Dan kerana ia satu topik yang berat memang tidak mudah untuk memahaminya dengan baik.
Apatah lagi terma yang digunakan agak 'alien' bagi orang yang tidak mahir dalam aktiviti ekonomi, perniagaan dan perdagangan yang dijalankan secara besar. Orang seperti saya. Umum maklum Tun Dr Mahathir Mohamad kerap bercakap dan menulis mengenai 1MDB dalam Bahasa Inggeris dan Melayu.

Dan seperti yang kita tahu 13 Mac lalu bekas PM itu menulis lagi mengenai 1MDB dalam blognya Chedet.cc. Beliau menulis dalam Bahasa Melayu dengan panjang lebar menghuraikan persoalan yang terus menerus menghantui 1MBD, badan yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak dan permasalahan yang timbul. Paling menarik kali ini, Dr Mahathir menghuraikan dengan terperinci kontroversi yang dikaitkan dengan 1MBD .

Huraian dibuat menggunakan Bahasa Melayu mudah, simple tanpa perkataan besar. Persoalan dan masalah disusun satu persatu. Mengikut nombor 1 – 29. Setiap perenggan pendek dan padat.
Oleh demikian, bolehlah dikatakan orang yang sebelum ini tidak faham isu 1MDB boleh faham. Malah kemungkinan besar sudah faham apa yang heboh dipertikaikan sejak kebelakangan ini.

Dalam istilah biasa, "Orang kampung pun sudah tahu". Dan mereka termasuklah orang Umno, ahli biasa. Bukan ketua bahagian yang bertuah mendapat penjelasan Najib berhubung isu itu sebelum ini.
Apa yang ditulis Dr Mahathir dalam blognya pada 13 Mac dengan pantas dimasukkan dalam Facebook orang Umno sendiri. Posting Dr Mahathir turut dihantar oleh orang Umno menerusi WhatsApp kepada orang Umno, ahli biasa kepada ahli biasa.

Read More / Baca Lagi >>

Ada ker sesiapa yang kata Jho Low pernah bekerja di 1MDB?

Posted: 16 Mar 2015 04:33 PM PDT

Najib ni nak lebong siapa pulak....????

Jho Low tidak pernah bekerja di 1MDB kata Najib

Semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB

KUALA LUMPUR: Ahli Perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan panggilan Jho Low tidak pernah bekerja dengan syarikat milik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan dalam jawapan bertulis bahawa semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong yang meminta Menteri Kewangan menyatakan jika wujud sebarang urus niaga atau kaitan antara 1MDB dan usahawan popular, Low Taek Jho.
Sebelum ini Portal Sarawak Report melaporkan Jho Low didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB melalui urus niaga bersama syarikat itu dan PetroSaudi International pada 2009 bagi melarikan AS$700 juta daripada syarikat pembangunan strategik kerajaan itu.
Laman berpusat di Britain itu mendedahkan bayaran balik hutang syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi sebanyak AS$700 juta kepada PetroSaudi pada 2009 hanyalah bagi mengaburi mata, sedangkan wang itu disalurkan kepada Good Star Limited, sebuah syarikat yang didakwa dimiliki Low.
Peruntukan pinjaman AS$700 juta itu merupakan sebahagian perjanjian usaha sama di antara PetroSaudi International dan 1MDB, kata Sarawak Report lagi.

1MDB: Saya Banyak Beri Pandangan Kata  Jho Low

Ahli perniagaan Low Taek Jho mempertahankan dirinya daripada sebarang salah laku berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) namun tidak menafikan emel yang menunjukkan dirinya memanipulasi wang daripada syarikat pelaburan strategik itu.
Menerusi temubual bersama saluran perniagaan Amerika Syarikat, CNCB, Low yang juga dikenali sebagai Jho Low berkata pandangan pelaburannya mendapat liputan luas dan emel yang mendakwa dirinya menipu 1MDB merupakan tuduhan "palsu, tidak bertanggungjawab, sindiran dan tidak berasas".

Ditanya jika email yang didedahkan laman Sarawak Report itu tidak benar, Low berkata: "Pandangan saya sering dinantikan pelbagai pihak kerana saya mempunyai hubungan baik dengan Timur Tengah dan saya selalu menjadi penasihat dalam perkongsian dan globalisasi. "Disebabkan PetroSaudi berulang kali disebutkan, semua dana daripada 1MDB diberikan kepada PetroSaudi sebagai mana diumumkan pada 1 Mac 2015," katanya melalui perbualan telefon bersama CNBC.

Read More / Baca Lagi >>

Penahanan Nurul Izzah cetus kemarahan penyokong

Posted: 16 Mar 2015 04:20 PM PDT

Penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mencetuskan kemarahan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang mengadakan protes di hadapan Pusat Tahanan Reman Jinjang malam ini bagi membantah tindakan pihak berkuasa itu.
Protes tersebut yang bermula kira-kira jam 9 malam bukan sahaja dihadiri penyokong, bahkan pemimpin tertinggi PR, termasuk Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan ibu kepada Nurul Izzah.
Dr Wan Azizah berkata tindakan pihak berkuasa yang menahan anaknya tidak sesekali akan melemahkan semangatnya.

Malah beliau juga percaya dengan penindasan berterusan pihak berkuasa, akan menyemarakkan semangat juang bukan sahaja pada dirinya, tetapi juga rakyat Malaysia yang akan turut bangkit melawan ketidakadilan tersebut. "?Malam ini panas, tetapi panas bukan kerana cuaca, panas kerana Nurul Izzah," katanya berucap di hadapan Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur.
Meneruskan ucapannya, ibu kepada Nurul Izzah dan isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mempersoalkan apa salah anaknya yang hanya menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen melontarkan pendapat.
"Sebagai seorang ahli Parlimen, apa salah untuk kita menyuarakan suara? Namun inilah kekuatan kita bersama rakyat, ia lebih kuat.
"Kita akan bangun membela rakyat semua dizalimi, bukan kerana kita Cina, India, Melayu atau sebagainya, tetapi kerana kita anak Malaysia.
"Hari ini yang ditahan mungkin ialah suami, anak saya, namun kita tidak akan sesekali lemah semangat, kita akan terus lawan sehingga menang," katanya sambil disambut laungan "reformasi" oleh penyokong.
Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi merakamkan keterangan mengenai perhimpunan #KitaLawan namun ditahan mengikut Akta Hasutan kerana ucapannya di Parlimen yang dikatakan menghina institusi kehakiman.
Read More / Baca Lagi >>

ANWAR TELAH BERTAPAK DI HATI DAN PERASAAN BANGSA MALAYSIA

Posted: 16 Mar 2015 04:07 PM PDT

Pihak kerajaan mengatakan bahawa keputusan untuk menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Saudara Anwar Ibrahim adalah keputusan mahkamah yang tidak boleh dipersoalkan. Betul. Terdapat juga sebahagian kecil masyarakat di Malaysia menyokong pendapat ini. Namun persepsi rakyat terbanyak di Malaysia dan di luar negara pula mengatakan bahawa Anwar tidak bersalah dan beliau 'dihantar' ke penjara adalah atas keputusan politik.
Bukan aku untuk mempersoalkan isu sedemikian. Yang ingin aku sentuh ialah kesan daripada tindakan memenjarakan Anwar. Mungkin ada pihak yang mengatakan bahawa itu merupakan tindakan yang tepat yang boleh meredakan keadaan penentangan terhadap kerajaan yang ada di Malaysia kini. Anwar dilihat sebagai penggerak rakyat untuk mempersoalkan apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh kerajaan yang dianggap sebagai bercanggah dari amalan biasa.
Mungkin ada yang berpendapat bahawa dengan adanya Anwar Ibrahim telah dapat menyatukan parti-parti pembangkang di Malaysia yang terdiri dari DAP, PKR dan PAS. Dan berkemungkinan besar apabila Anwar dipenjara maka parti-parti berkenaan akan 'bercerlaru' dan membawa kepada perpecahan. Mungkin betul juga pandangan sedemikian kerana pada pandangan umum hanya Anwar sahaja yang mempunyai bakat kepimpinan yang boleh menyatukan dan boleh 'duduk semeja' parti-parti yang berlainan ideologi antara PAS dan DAP misalnya.
Peribahasa mengatakan, 'patah tumbuh hilang berganti'. Kita sama-sama lihat kebenarna peribahasa ini.
Ketiadaan Anwar sememangnya dirasakan ketiadaannya secara fizikal tetapi jangan dilupakan bahawa Anwar berada di mana-mana. Anwar sudah bertapak di hati dan perasaan sebahagian besar rakyat Malaysia dari berbagai keturunan dan agama. Anwar telah berjaya 'memikat' hati golongan bukan Melayu di Malaysia berbanding dengan pihak pemerintah yang dilihat agak 'renggang' dengan golongan bukan Melayu akibat daripada beberapa tindakan negatif NGO yang jelas kelihatan anti golongan bukan Melayu dan Islam.
Justeru kedudukan Saudara Anwar d hati golongan bukan Melayu sememangnya kukuh dan golongan bukan Melayu telah meletakkan sepenuh harapan kepada Anwar untuk menjadi pemimpin mereka menerajui negara ini pada suatu ketika nanti. Mereka tetap yakin bahawa suatu hari nanti Saudara Anwar tetap akan menjadi pemimpon mereka. Mereka tidak putus asa.
Read More / Baca Lagi >>

Wan Azizah kesal penahanan reman Nurul Izzah

Posted: 16 Mar 2015 03:58 PM PDT

Saya ingin merakamkan kekesalan di atas penahanan reman YB Nurul Izzah Anwar ahli parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden KEADILAN.
Beliau ditahan reman di balai polis Jinjang sejurus selepas memberikan keterangan di Bukit Aman petang ini.
Penahanan kerana kenyataan yang hanya dibuat beliau di dalam parlimen dalam kapasiti beliau selaku ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat amatlah dikesali. Penahanan yang boleh dilanjutkan sehingga tempoh 7 hari ini hanyalah suatu bentuk intimidasi pihak kerajaan untuk mengekang kebebasan bersuara dan membantutkan agenda reformasi di negara ini.

Saya menyeru agar rakyat Malaysia dapat turut serta menyatakan sokongan dan solidariti untuk YB Izzah serta rakan-rakan pejuang lain saperti Adam Adli dan Mandeep Singh yang ditahan di balai polis Jinjang bermula jam 9 malam ini.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
KEADILAN

Lebih 500 sertai nyalaan lilin sokong Nurul Izzah

Posted: 16 Mar 2015 03:56 PM PDT

Lebih 500 orang penyokong menyertai nyalaan lilin di luar balai polis Jinjang malam ini sebagai tanda sokongan mereka kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang ditahan di lokap balai itu.

Mereka membawa plakad yang bertulis "Bebaskan Nurul Izzah", "Solidariti Bersama Nurul Izzah" dan "Kita Lawan".

Turut kedengaran ialah laungan kuat "bebas Nurul", "hidup Nurul" dan "Puteri Reformasi".

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba pada jam 9.30 malam dan meluahkan perasaan sedihnya kepada para penyokong yang hadir

"Memang sedih anak diperlakukan sebegitu. Apa salah dia, dia cuma menyuarakan suara hati rakyat.

"Kezaliman tidak akan berkekalan,  kita akan kuat dan bersemangat untuk membela rakyat.

"Mungkin malam ini anak saya... tapi percayalah semangat yang ada pada kita akan lawan kezaliman sehabisnya," kata Azizah dalam ucapannya.

Wan Azizah seterusnya membimbing para penyokong melaungkan "lawan tetap lawan, lawan sampai malam".

Adik Nurul Izzah dan anak perempuan keempat Anwar, Nurul ilham turut hadir.

"Biar mereka menahan satu Nurul tapi mereka kena tahu, ada empat Nurul akan terus melawan," laung Nurul Ilham, disambut tepukan para penyokong.

Read More / Baca Lagi >>

#KitaLawan: Lebih 500 orang bersolidariti di luar Lokap Jinjang

Posted: 16 Mar 2015 03:53 PM PDT


Nurul Izzah mungkin ditahan hingga tujuh hari – Wan Azizah

Posted: 16 Mar 2015 03:48 PM PDT

Penahanan ini amat berunsur politik dan Nurul Izzah hanya menjalankan tugasnya sebagai ahli Parlimen. 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjangkakan anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mungkin ditahan sehingga tujuh hari di lokap.
Presiden PKR itu mendakwa penahanan Nurul Izzah hanyalah suatu bentuk intimidasi kerajaan untuk mengekang kebebasan bersuara dan membantutkan agenda reformasi di negara ini.
nurul wan azizah300"Penahanan kerana kenyataan yang hanya dibuat beliau di dalam Parlimen dalam kapasiti selaku ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat amatlah dikesali," katanya dalam satu kenyataan.
Wan Azizah yang merupakan ADUN Kajang turut kesal dengan penahanan reman anaknya.
"Saya menyeru agar rakyat Malaysia dapat turut serta menyatakan sokongan dan solidariti untuk Izzah serta rakan-rakan pejuang lain seperti Adam Adli dan Mandeep Singh yang ditahan di balai polis Jinjang bermula jam 9 malam ini," katanya.
Sebelum itu, Izzah telah diminta hadir ke IPD Dang Wangi susulan perhimpunan #kitalawan yang diadakan setiap minggu.
Nurul Izzah juga telah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai ucapannya yang dikatakan berunsur hasutan
Sementara itu anak lelaki dan perempuan Nurul Izzah tidak dapat menyembunyikan kesedihan di wajah mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah ditahan kerana perhimpunan aman #KitaLawan, kata KPN

Posted: 16 Mar 2015 03:44 PM PDT

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan #KitaLawan di ibu kota pada 7 Mac lepas.
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Nurul Izzah juga ditahan dan disiasat di bawah akta sama susulan kenyataan beliau pada persidangan Dewan Rakyat minggu lepas yang turut menyentuh sistem kehakiman negara.
"Beliau akan dibebaskan sebaik keterangannya direkodkan," kata Khalid dalam kenyataan di sini hari ini. Nurul Izzah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, pukul 3.55 petang hari ini. – Bernama

Tolak usul hak MP Permatang Pauh, Speaker langgar perlembagaan

Posted: 16 Mar 2015 07:47 AM PDT


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menyifatkan tindakan Speaker Datuk Ronald Kiandee menolak usul berhubung hak Ahli Parlimen Permatang Pauh menghadiri sidang Parlimen sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Hanipa yang tidak berpuas hati usulnya bertarikh 12 Mac lalu ditolak di dalam kamar, bangun mempersoalkannya sebaik sahaja sesi soal jawab di Dewan Rakyat tamat jam 11.30 pagi tadi.
"Isu ini melibatkan perlembagaan. Kerusi Permatang Pauh belum kosong. Mengikut perlembagaan kerusi Permatang Pauh tidak dikosongkan.
"Saya rasa tidak adil, kita kena hormati ketinggian perlembagaan. Macam mana? Alasan apa lagi kalau kita tidak ikut perlembagaan,"soal Hanipa.
Hanipa terus bersuara dan berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Speaker.
"Ini perlembagaan, Speaker tidak boleh atasi perlembagaan. Ini pandangan perlembagaan,"tegas Hanipa yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Bagaimanapun, Ronald yang mempengerusikan sidang dewan menegaskan bahawa usul yang telah ditolak tidak boleh dibacakan.
"Sekarang usul Sepang telah ditolak dalam kamar. Itu soalnya. Peraturan mesyuarat kata macam itu, usul ditolak,"ulang Speaker.
Read More / Baca Lagi >>

Keadilan kecam penahanan Nurul Izzah

Posted: 16 Mar 2015 07:36 AM PDT


Parti Keadilan Rakyat dalam kenyataanya mengecam tindakan penahananan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di bawah Akta Hasutan, hari ini.
Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Nor berkata, ia merupakan satu ancaman untuk mengekang suara menentang kemungkaran terutama apabila ia menggugat kedudukan UMNO-Barisan Nasional.
"Nurul Izzah telah dengan rela hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini untuk memberi keterangan berkaitan Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, tetapi sebaliknya telah ditahan di bawah Akta Hasutan dan direman selama satu malam di lokap Balai Polis Jinjang Kuala Lumpur.
"Sebagai Ahli Parlimen, adalah menjadi amanah dan tanggungjawab Naib Presiden PKR itu membangkitkan isu dasar di Parlimen demi keadilan dan kebenaran untuk rakyat dan negara. Ini prinsip yang dipegang oleh beliau dan dijunjung oleh PKR.
"Apakah dengan membantah tindakan pemenjaraan ke atas Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan membangkitkan soal kebebasan kehakiman menyalahi amanah dan tanggungjawab tersebut?" soalnya.
Pendengaran reman terhadap Nurul Izzah akan diadakan esok jam 10 pagi.
Pada masa yang sama satu perhimpunan solidariti di hadapan Balai Polis Jinjang, diadakan malam ini.
Read More / Baca Lagi >>

Jet baru untuk PM semasa rakyat sedang tertekan?

Posted: 16 Mar 2015 07:26 AM PDT

Semasa rakyat sedang bersiap sedia untuk menghadapi zaman yang lebih sukar menerusi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kos sara hidup yang meningkat secara umumnya, kerajaan kita telah melakukan apa yang mana-mana pentadbiran "contoh" akan lakukan – berbelanja besar dengan membeli sebuah jet baru bagi kegunaan Perdana Menteri.

Ini adalah dakwaan terkini oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Rafizi, dalam sebuah sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, mengemukakan dokumen yang kelihatan mengesahkan perjanjian sewa beli oleh kerajaan Malaysia bagi sebuah jet baru – Airbus ACJ320, dari Jet Premier One (M) Sdn Bhd.
Syarikat itu juga menguruskan jet peribadi eksekutif semasa kerajaan, yang dengan kos RM28.8 juta setiap tahun dan menelan belanja servis sebanyak RM5.5 juta setiap tahun. Ini sudah tentu tidak termasuk kos bahan api untuk terbang ke seluruh dunia. 
Pembelian terbaru ini membawa jumlah keseluruhan jet milik kerajaan, kepada tujuh.
Rafizi juga menunjukkan kepada pemberita gambar jet terbaru, yang telah dicat logo 1Malaysia.
Beliau berkata yang beliau akan mendedahkan proses "manipulasi" yang berlaku di sebalik pembelian baru ini, dan juga kos jet ini yang terlalu tinggi, dalam tempoh satu atau dua minggu. 
Mengapakah kerajaan memerlukan tujuh buah pesawat peribadi? Memandangkan sebuah darinya adalah untuk kegunaan PM (dan isterinya), dan satu lagi untuk TPM, yang lima lagi untuk apa?
Adakah menteri-menteri kabinet memerlukan jet peribadi ini? Adakah mereka tidak mendapat keistimewaan yang cukup apabila diiringi di dalam kereta mewah oleh pengiring polis (walaupun dalam kesesakan lalu lintas yang paling teruk)?
Jika jet yang sedia ada sudah usang dan tidak selamat untuk digunakan, mengapakah perjanjian tidak dilakukan untuk melupuskan mereka dan menyewa pesawat baru sebagai ganti?
Pendedahan Rafizi seolah-olah tidak diterima baik, walaupun dalam kabinet Najib sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

JPM mengaku beli pesawat eksekutif ACJ320 seperti dakwaan Rafizi

Posted: 16 Mar 2015 07:16 AM PDT

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri hari ini menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.
  
JPM dalam satu kenyataan di sini berkata, kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.
Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.
Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di Parlimen hari ini bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Menurut JPM, pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

"Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.
  
"Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.
  
Menurut JPM, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001, kata JPM. - Bernama

Asal penyangak, perompak, penyamun, penipu mesti pakai baju tue..

Posted: 16 Mar 2015 07:03 AM PDT


Apa sebab polis perlu tahan Nurul Izzah

Posted: 16 Mar 2015 05:47 AM PDT



KUALA LUMPUR: DAP mengutuk sekeras-kerasnya salah guna kuasa oleh pihak polis dalam soal penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; serta menggesa supaya beliau dilepaskan dengan serta merta.
"Ketika Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu disoal siasat oleh pihak polis, tidak pula menteri Umno itu ditahan reman semalaman oleh pihak polis," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang.
Malah, katanya pihak polis pula menyatakan bahawa Ismail seorang yang 'sibuk' dan tidak mempunyai masa untuk disiasat.
"Tetapi kini ketika Dewan Rakyat sedang bersidang, pihak polis bertindak menangkap Nurul Izzah, seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, untuk disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran apa yang diucapkannya di dalam Dewan?" ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, ujarnya tidak ada sebab untuk menahan Nurul Izzah kerana beliau bukannya seorang perompak atau penjenayah yang telah membunuh sesiapa.
"Beliau tidak akan melarikan diri. Apa sebab pihak polis perlu menahan Nurul Izzah semalaman?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Tegasnya, DAP akan tetap setia bersolidariti dan menyokong Nurul Izzah, walau apa pun yang terjadi dan menggesa kerajaan pusat berhenti menjadikan pihak polis budak suruhan mereka untuk menahan, mengganggu dan memangsakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Tahan Nurul Izzah memalukan, kata pemerhati hak asasi antarabangsa

Posted: 16 Mar 2015 05:45 AM PDT


Penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar juga mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila sebuah kumpulan pemerhati hak asasi manusia turut mengutuk tindakan pihak berkuasa Malaysia itu.
Timbalan Pengarah ‎Human Rights Watch Asia Phil Robertson yang berpangkalan di Amerika Syarikat menyifatkan tindakan itu sebagai memalukan apabila kerajaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menggunakan Akta Hasutan bagi menjatuhkan pemimpin pembangkang.

"Penahanan Nurul Izzah menunjukkan kerajaan Malaysia seperti tidak mengenali batas dalam usaha me‎nyekat kebebasan bersuara dan jenayah dialog yang menjadi sebab kemunduran dunia. 
 "Perdana menteri dan kerajaannya patut berasa malu menggunakan Akta Hasutan seperti kapak untuk menjatuhkan ahli pembangkang, aktivis dan sesiapa sahaja yang lantang menyuarakan kritikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Robertson berkata, Najib harus sedar setiap tindakan menahan pembangkang‎ menggunakan Akta Hasutan umpama satu langkah ke arah penghapusan hak demokrasi di negara ini sekali gus dianggap sebagai satu kempen penderaan sehingga bila-bila.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Nurul Izzah serta tahanan aktivis lain termasuk Adam Adli dan Mandeep Singh yang ditahan di Pusat Tahanan Reman Jinjang pukul 9 malam ini.

"Penahanan kerana kenyataan yang hanya dibuat beliau di dalam Parlimen dalam kapasiti beliau selaku ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat amatlah dikesali. "Penahanan yang boleh dilanjutkan sehingga tempoh 7 hari ini hanyalah suatu bentuk intimidasi pihak kerajaan untuk mengekang kebebasan bersuara dan membantutkan agenda reformasi di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

DAP kutuk penahanan Nurul Izzah, solidariti nyalaan lilin depan lokap Jinjang malam ini

Posted: 16 Mar 2015 05:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 MAC: DAP mengutuk sekeras-kerasnya salahguna kuasa pihak polis menahan Nurul Izzah Anwar di bawah Akta Hasutan dan menggesa Naib Presiden PKR itu dibebaskan segera.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, tiada sebab untuk menahan Nurul Izzah, kerana Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tidak akan melarikan diri.
"Beliau bukannya seorang perompak atau penjenayah yang telah membunuh sesiapa.Apa sebab pihak polis perlu menahan Nurul Izzah semalaman?
"Ketika Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu disoal siasat oleh pihak polis, tidak pula menteri Umno itu ditahan reman semalaman oleh pihak polis.
"Malah pihak polis pula menyatakan bahawa Ismail seorang yang 'sibuk' dan tidak mempunyai masa untuk disiasat.
"Tetapi kini ketika Dewan Rakyat sedang bersidang, pihak polis bertindak menangkap Nurul Izzah, seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat untuk disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran apa yang diucapkannya di dalam Dewan? kata Guan Eng.
Ujarnya, DAP akan tetap bersolidariti dan memberikan sokongan walau apa pun yang terjadi dan menggesa kerajaan pusat berhenti menjadikan polis budak suruhan untuk menahan, mengganggu dan memangsakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Nurul Izzah ditahan hari ini ketika hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung perhimpunan #KitaLawan.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa pemimpin Pakatan sahaja ditahan? - Nurul Izzah

Posted: 16 Mar 2015 05:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menyoal langkah polis yang hanya mengambil tindakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya ahli UMNO yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Katanya individu seperti Ketua Wanita UMNO Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berunsur keagamaan dan juga perkauman.

"Gesaan saya cuma satu, kenapa tindakan diambil terhadap ahli parlimen Pakatan Rakyat dan bukannya Dr Mashitah, Ismail Sabri yang sehingga hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan yang benar-benar membangkitkan kemarahan?

"Kita mahu PDRM bertindak dan berkhidmat untuk rakyat dan bukannya UMNO, Najib dan kuncu-kuncunya," soal Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kepada pemberita di hadapan IPD Dang Wangi pada Isnin.

Bagaimanapun kedua-dua individu tersebut juga pernah sebelum ini dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan.

Dr Mashitah Ibrahim pada Disember 2014 lalu, pernah tampil beri keterangan di IPD Dang Wangi petang susulan kenyataan dibuatnya mengenai isu pembakaran Al-Quran.

Beliau telah membangkitkan isu tersebut dalam perbahasannya di Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang lalu.

Ismail Sabri pula telah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Februari lalu, berhubung kenyataannya menggesa orang ramai memboikot peniaga Cina, di mana kenyataan itu menjadi viral dan menimbulkan kekecohan di media sosial.
Read More / Baca Lagi >>

UNDANG2 untuk tangkap SIAPA ?? MENGAPA pemimpin UMNO 'kebal' ??

Posted: 16 Mar 2015 05:04 AM PDT


Jika melibatkan pemimpin2 PR dgn pantas pihak2 berkuasa ambil tindakan tetapi BERBEZA PULA LAYANAN terhadap pemimpin2 UMNO. KENAPA menteri-melayu-UMNO Ismail Sabri sehingga kini tiada penahanan dibuat yg terang2an keluar kenyataan hasutan ke arah wujudnya susasana tegang antara kaum ???.. Malah masih berkeliaran bebas ke sana ke mari..


Inilah tanahairku... BILA NEGARA DIKUASAI UMNO!!!

MP DAP Raub Bahas Titah Diraja 2015 - Isu FELDA, KPF, FGV

Posted: 16 Mar 2015 04:20 AM PDT

MP PKR Sungai Petani Bahas Titah Diraja 2015 - Kebangkitan Anak Muda

Posted: 16 Mar 2015 04:18 AM PDT

MP PAS Rantau Panjang Bahas Titah Diraja 2015

Posted: 16 Mar 2015 04:17 AM PDT