KUALA LUMPUR, 16 Mac:

Ketua Pemuda Pakatan Rakyat (PR) hari ini terus mendesak pihak polis untuk menghentikan penangkapan terhadap pihak yang terlibat dalam perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu.
Suhaizan Kaiat, Teo Kok Seong dan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata, pihaknya beranggapan bahawa penahanan dan tangkapan yang dibuat ke atas mereka serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain sebagai mencabul hak asasi rakyat.
"Ini sebagai suatu tindakan mencabul hak asasi rakyat dan melanggar Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kepada semua warganegara untuk berhimpun dengan aman di mana-mana.
"Kesemua kami ditahan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan, yang mana undang-undang ini digunakan secara semberono seperti mengikut arahan pihak tertentu untuk mengugut, membuli, menakut-nakutkan serta menyusahkan kami dan rakan-rakan," katanya.
Malah, Pemuda PR turut membantah penggunaan akta tersebut yang didakwa sebagai suatu bentuk manipulasi undang-undang.