Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Bos dituduh pegang punggung pekerja dalam lif

Posted: 13 Mar 2015 02:22 AM PDT

Seorang ketua pegawai operasi sebuah syarikat percetakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan mencabul kehormatan seorang pekerja wanitanya, bulan lepas.

K.S. Vasan, 52, didakwa mencabul dengan memegang dada wanita yang berumur 32 tahun di sebuah pejabat di Mont Kiara, Sentul di sini, pukul 10.30 pagi, 23 Feb lepas.

Bagi pertuduhan kedua, Vasan didakwa telah memegang punggung mangsa di dalam lif bangunan pejabat itu antara pukul 9 hingga 6 petang, antara Disember 2014 hingga Januari lepas.

Tertuduh turut didakwa memegang pinggang mangsa di tangga kecemasan di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Azura Murah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut dan menetapkan 26 Mac ini bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Ravindran.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Kehakiman dihina, apa istimewa pembangkang?

Posted: 13 Mar 2015 05:08 AM PDT

Suasana di dalam dewan semasa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan bertitah merasmikan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen, 9 Mac lalu. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 9 April diikuti sidang Dewan Negara dari 13 hingga 28 April.

Di atas kertas, undang-undang Malaysia dalam banyak perkara diakui antara terbaik dan menyeluruh. Ini termasuk dalam hal berkaitan perlindungan kepada mahkamah daripada ditohmah secara sewenang-wenangnya.

Malah, perihal hakim juga dila­rang daripada disentuh secara terbuka pada persidangan Dewan Rakyat. Imuniti Ahli Parlimen untuk bercakap apa sahaja dikecualikan daripada perkara ini melainkan terdapat usul khas.

Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, Perkara 36 (8) menyebut dengan jelas larangan ini yang di­sandarkan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 127 mengenai sekatan perbincangan di dalam Parlimen tentang kelakuan hakim.

Namun realitinya, seperti mana dalam banyak hal, aspek pelaksa­naan undang-undang sering menjadi tanda tanya kerana adakalanya tinggal di atas kertas.

Sesi perbahasan Sidang Dewan Rakyat yang bermula Selasa lalu menyaksikan institusi kehakiman dilemparkan pelbagai tuduhan terutama yang paling berat oleh Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).

Nurul Izzah berpeluang berucap, menuduh hakim Mahkamah Persekutuan yang mengendalikan kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dibeli oleh syaitan hanya kerana mendapati bapanya bersalah.

"Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, hakim-hakim menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman.

"Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan," kata Nurul Izzah yang menjelaskan ucapannya itu seperti apa dinyatakan Anwar.

Tuduhan sama ada oleh Nurul Izzah atau Anwar, sememangnya amat serius. Undang-undang jelas melarang tapi mereka tidak mempedulikannya. Biarpun bagi mempertahankan bapa sendiri, namun siapa yang boleh mengatasi undang-undang.



Sebab itu, Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) dengan lantang menyelar tindak-tanduk pembangkang yang hanya mahu menerima keputusan mahkamah yang memihak kepada mereka tetapi akan menuduh yang bukan-bukan jika sebaliknya.

"Tak ada siapa yang kentut akan mengaku," tegas Azalina dan ini membuatkan wakil pembangkang panas telinga terutama Nurul Izzah.

Hakikatnya, apa yang dilakukan pembangkang mempertikaikan ke­putusan hakim sesedap rasa politik bukan sahaja mengelirukan rakyat bahkan menjejaskan kewibawaan institusi kehakiman.

Sedangkan segala undang-undang dibuat melarang daripada membicarakan secara terbuka kelakuan hakim adalah bagi melin­dungi badan kehakiman yang menjadi satu daripada teras pemerintahan negara menerusi doktrin pengasingan kuasa.

Namun di mana tindakannya. Baik Anwar, Nurul Izzah atau wakil pembangkang lain menggunakan peluang perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi mencerca lima hakim terlibat demi menegakkan benang yang basah.

Kenapa penjenayah lain perlu me­­nurut perkara ini tetapi tidak Anwar dan pembangkang? Hakim dicerca dengan pelbagai tohmahan. Apa istimewanya Anwar, anaknya dan sekutu mereka?

Sedangkan seperti kata Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang), semua tertakluk kepada prinsip tidak ada sesiapa boleh mengatasi undang-undang.

Sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-13 ini akan berlangsung banyak minggu lagi, apakah akan terus dibiarkan wakil-wakil pembangkang terus 'membelasah' hakim-hakim terlibat.

Walaupun ada juga wakil pembangkang seperti seorang dua daripada Pas yang tidak pun menyentuh mengenai kes Anwar, namun yang lain tetap mengatakan mahkamah terlibat dalam konspirasi ke atas Ketua Pembangkang itu.

Dalam perkara ini, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang turut berbahas nampaknya lebih cermat dan cerdik. Beliau mengelak daripada beremosi sebaliknya menyentuh badan kehakiman secara umum iaitu soal meningkatkan imej.

Seperti kata Gobind, beliau menyedari Peraturan 36 (8) yang melarang hakim disentuh dalam ucapan pada Sidang Dewan Rakyat kecuali terdapat satu usul mengenainya.

Kepada wakil pembangkang yang lain, contohilah Gobind setidak-tidaknya. Matlamat semua melihat Parlimen Malaysia berada dalam kelas pertama, tetapi jika peraturan dewan tidak dihormati mereka sendiri, apa akan jadi dengan `dewan yang mulia'?

Selain itu, tinggalkanlah isu Anwar, hormatilah institusi kehakiman seperti mana menerima keputusan mahkamah yang memihak kepada mereka. Berlaku adillah kepada semua termasuk mangsa.

Lagipun, serangan bertubi-tubi kepada hakim tanpa melalui satu usul khas yang ditetapkan peraturan dewan akhirnya membuang masa mereka yang sepatutnya menyuarakan lebih banyak isu rakyat dan masalah di kawasan.

Bukannya selepas Anwar, Anwar dan Anwar. Memang sampai kiamat pun tak akan habis sedangkan amanah pengundi lagi penting.-UMO

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kenapa Guan Eng takut hudud?

Posted: 13 Mar 2015 09:30 PM PDT



Kalau hudud boleh dijalankan terhadap bukan Islam seperti zaman nabi muhammad, pasti lim guan eng dah patut dipotong tangan.

Gambar ini membantu kita bayangkan keadaan guan eng lps dipotong kerana menyamun.

Pakatan rakyat tak puashati. Mulai 18hb ini DuN kelantan akan bahaskan hudud.

Penat sangat ke kerja? Kuat kerja?

Posted: 13 Mar 2015 06:16 PM PDT


Kuat kerja atau kuat menyamun dan menindas?


Kutuk polis tidor tapi dap pun sama

Haron DIn dilantik Mursyidul Am, Rancangan PASMA kacau

Posted: 13 Mar 2015 08:21 AM PDT



PasMa bantah Dr.Haron Din jadi Mursyidul Am PAS?

FMT | March 13, 2015

Antara kriteria calon Mursyidul Am adalah dikenali sebagai ahli ilmu, ketara mendukung prinsip ulama, berakhlak dan tidak kontroversi

Oleh Mc T (MYKMU.net)

Bukan jawatan sembarangan

Umum dah tahu bahawa Majlis Syura Ulamak PAS Pusat, sudah sepakat melantik Datuk Dr Haron Din untuk mengisi jawatan Mursyidul Am PAS yang kosong disebabkan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia.

Jawatan Mursyidul Am ini bukan jawatan sembarangan yang boleh dipilih dengan mudah, kerana ia mempunyai syarat dan kriterianya tersendiri.

Kriteria calon Mursyidul Am hendaklah "individu itu mestilah dikenali umum sebagai ahli ilmu, sifat-sifat jelas ketara mendukung prinsip ulama yang diterima umum, berakhlak yang dipanggil hasanah dan tidak kontroversi.

Perlembagaan PAS tidak menyebutkan kriteria khusus siapa yang layak dilantik sebagai mursyidul am.

Persetujuan Majlis Syura Ulama

Fasal 8(6) Perlembagaan PAS hanya menyebutkan bahawa:

Seorang ketua Majlis Syura Ulama yang dikenali sebagai mursyidul am dan seorang timbalannya yang dikenali sebagai timbalan mursyidul am hendaklah dipilih dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura Ulama tersebut dari kalangan ahli-ahlinya dan akan memegang jawatan itu selama lima tahun.

Peruntukan ini jelas bahawa mursyidul am itu dilantik oleh ahli Majlis Syura Ulamak (MSU) di dalam mesyuarat mereka. Maka jelas Perlembagaan memberikan kuasa kepada seluruh ahli MSU untuk melantik siapa yang difikirkan paling layak untuk mengetuai mereka sebagai Mursyidul Am.

Ahli MSU lebih arif untuk mengetahui siapa yang paling layak di antara mereka, untuk diangkat. Dalam keputusan mesyuarat, ternyata mereka membuat pilihan yang tepat kerana memilih Datuk Dr Haron Din. Kerana beliau memenuhi kriteria yang dimaksudkan dalam perlembagaan PAS.

Bukan penghormatan, tapi kesempatan penipuan

Tapi bukan semua orang senang dengan keputusan itu. Lebih-lebih lagi di pihak PasMa, mereka menerima berita lantikan itu bukan satu berita yang baik untuk mereka.

Mereka di PasMa pernah memberi cadangan kononnya jawatan Mursyidul Am itu patut dipegang oleh Haji Hadi (Presiden PAS). Atas alasan, tiada siapa yang lebih hebat daripada Haji Hadi dan kata mereka ianya satu penghormatan.

Benarkah ianya penghormatan? Atau ianya satu penipuan untuk mengambil kesempatan.

Penulis berpendapat, jika Haji Hadi menjadi Mursyidul Am, sudah tentu jawatan Presiden PAS secara automatik akan kosong dan terbuka luas untuk 'Abang Mat' Sabu menduduki kerusi tersebut.

Ianya mencerahkan lagi peluang PasMa, meletak pemimpin mereka disana. Maka tercapailah cita-cita PasMa untuk mengambil alih parti PAS.

Baca sepnuh di FMT SINI

Azmin sila jelaskan kenapa babi lebih utama dari air rakyat

Posted: 13 Mar 2015 05:32 AM PDT









Nafi tak cukup, Jho Loh perlu saman pihak yang menuduh

Posted: 13 Mar 2015 02:33 AM PDT

Malaysian businessman Jho Low, pictured in Hong Kong, says he is a victim of the cross-fire of Malaysian politics. Photo: Sam Tsang

http://www.scmp.com/news/asia/south-east-asia/article/1735651/well-connected-malaysian-jho-low-living-hk-denies-fraud
MyMassa

Pendedahan Jho Loh telah cemarkan nama Dato Najib sekeluarga. Nafi saja tak cukup ... jelaskan dengan detail atau saman semua media dan pihak yang membuat tuduhan.

Imejnya sebagai playboy tidak memberi keyakinan

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Apa kata Dr M sehingga blog Chedet digodam?

Posted: 13 Mar 2015 03:41 AM PDT

Kopitiam Bang Nan

0

Posted by Unknown | Posted on 9:31 PTG | Posted in

sumber :-

Kopitiam Bang Nan


Dr Zuhdi vs YB Khalid

Posted: 13 Mar 2015 08:05 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:26 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


“Jangan hanya jadi pemerhati, libatkan diri dan lakukan perubahan”

Posted: 13 Mar 2015 09:11 PM PDT

rafizi_ramli

SUBANG,  MAC: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan agar rakyat Malaysia tidak sekadar menjadi pemerhati terhadap isu-isu ketirisan, rasuah dan salahguna kuasa yang berlaku di negara ini, sebaliknya melibatkan diri secara langsung untuk melakukan perubahan.

"Antara pesanan yang paling saya ingat ketika di sekolah dahulu ialah, jangan sekadar menjadi pemerhati. Jangan hanya tengok.

"Dalam hidup ini kita kena terlibat (melakukan perubahan). Kadang-kala kita salah. Salah tak mengapa. Kena ambil pendirian.

"Dan kita kena cakap pada kawan-kawan, (bahawa) kamu takkan melakukan apa-apa perubahan dengan hanya menangis," kata Rafizi dalam 'Ceramah Isu Semasa' di Dewan MPSJ semalam.

Jpeg 

Kira-kira 600 hadirin memenuhi Dewan MPSJ sempena program 'Ceramah Isu Semasa' anjuran DAP Subang Jaya.

Tambah Naib Presiden PKR itu, rakyat Malaysia perlu bangun, menyatakan pendirian dan melibatkan diri melalui cara masing-masing bagi menyebarkan maklumat dan pendedahan bermula dari lingkungan paling hampir.

Beliau turut memberikan contoh pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada semua golongan, sedangkan prinsip percukaian adalah bagi membela golongan tertindas melalui sistem perkongsian dan pengagihan.

"Apa prinsip moral tentang cukai? Percukaian adalah bagi mengangkat (kehidupan) orang-orang paling miskin.

"Tetapi GST ini terbalik. Orang-orang kaya yang jumlahnya 10 peratus ini pula yang akan 'ditaja' oleh 90 peratus yang lain. Apa akan jadi kepada mereka (orang miskin)? kata Rafizi.

"Dalam masa tiga minggu dari sekarang, Najib akan melaksanakan GST. Orang ramai pasti akan terasa kesannya mulai 1 April nantii.

"Ketika saya buat laporan polis tentang 1MDB, peliknya, saya pula yang ditahan," kata Rafizi disambut ketawa hadirin.

Rafizi yang mengumumkan aset dan hutangnya kepada umum minggu ini, turut mencabar Perdana Menteri dan kabinet untuk melakukan perkara sama.

"Najib kena umumkan hartanya seperti mana yang saya lakukan. Kita ada hak untuk bertanya. Jika tidak, kita boleh nyatakan bahawa harta itu (dari sumber) haram.

"Sekarang ini UMNO dalam keadaan paling lemah. UMNO telah rosak sehingga ke terasnya. Siapa ada banyak wang, maka dia yang mengawal UMNO.

"Kalau Najib tak tumbang (kerana banyak wang), UMNO-BN yang akan tumbang," kata Rafizi. – 


Roketkini.com


Ahmad Husni pemimpin tak ada tulang belakang – Mohd Ariff Sabri

Posted: 13 Mar 2015 09:06 PM PDT


 
Kenyataan Husni itu menunjukkan bahawa Najib dan Husni mencelakakan kabinet seolah olah mengatakan - pergi mampuslah.

ariff husniPETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP-Raub, Datuk Mohd Sabri Ariff Abdul Aziz menyifatkan Menteri Kewangan Dua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai pemimpin UMNO yang tidak ada tulang belakang.

Katanya, Ahmad Husni tidak akan berani membuat keputusan berkaitan portfolionya melainkan setelah mendapat kebenaran Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Dia seorang yang penakut," dakwanya dalam entri terbaru blog sakmongkol.blogspot.com, dan seterusnya menyatakan, "Dan jika Husni buat kenyataan bahawa RM950 juta adalah standby credit-mestilah istilah itu dipersetujui oleh Bossman Najib. Dan Bossman Najib, satu Malaysia dah tahu-orang nya blur."

Bekas ahli UMNO dan ADUN Pulau Manis itu berkata, rakyat perlu mengetahui kelentongan para pemimpin kerajaan semasa bercakap "akan melakukan yang terbaik untuk menegak benang basah dan menipu rakyat."

Beliau mempersoalkan jawapan Ahmad Husni di Dewan Rakyat berhubung tunai RM950 juta untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tujuan kredit siap sedia, bukannya pinjaman atau bailout.
"Silalah nyatakan apa bezanya bila RM950 juta benar-benar digunakan oleh 1MDB? Bila ia digunakan bagaimana? Ia akan jadi hutang. Dan hutanglah yang diakui oleh CEO 1MDB, Arul Kanda (Kandasamy) yang mengesahkannya. Ia pinjaman dengan terma dan syarat pinjaman komersial," katanya.

Ust Ahmad Awang calon presiden PAS selepas Tuan Ibrahim?

Posted: 13 Mar 2015 01:40 AM PDT

OLWH: WEBMASTER



Akar umbi PAS kini mengalihkan tumpuan kepada calon lain untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat keputusan menolak pencalonan untuk jawatan tertinggi parti Islam itu.

Yang Dipertua PAS Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, beliau yakin kawasan-kawasan lain tidak lagi membuat pencalonan kepada Tuan Ibrahim sebagai calon presiden PAS selepas penolakannya untuk pemilihan pada Jun nanti.

"Saya difahamkan sekurang-kurangnya 15 kawasan di Johor akan mencalonkan calon alternatif selain Ustaz Hadi untuk menjadi presiden PAS," kata Wan Rahim kepada The Malaysian Insider.

"Penolakan awal Datuk Tuan Ibrahim akan membuka laluan kepada tokoh-tokoh lain pula untuk dicalonkan," kata Wan Rahim mengulas penolakan Tuan Ibrahim terhadap pencalonan PAS kawasan Kota Baru untuk menjadi calon presiden PAS.

"Saya yakin seorang ulama juga akan dipilih untuk menjadi calon lain selepas Datuk Tuan menolaknya dan antaranya Ahmad Awang," kata timbalan ketua pengarah pilihan raya PAS itu merujuk kepada pemimpin veteran berumur 79 tahun dan pernah menjadi ahli majlis Syura selama 15 tahun.

Pada Isnin, Wan Rahim memberitahu The Malaysian Insider yang PAS Kota Baru membuat keputusan menamakan Tuan Ibrahim sebagai calon bagi jawatan presiden PAS.

Mereka berkata, pencalonan Tuan Ibrahim dapat menyatukan dua kumpulan yang berpecah dalam PAS iaitu kumpulan profesional dan konservatif, serta menyatukan parti Islam itu.

Wan Rahim berkata, Tuan Ibrahim dicalonkan kerana merupakan seorang ulama dan dipercayai Hadi.

Bagaimanapun, naib presiden PAS itu menolak pencalonan itu dan mengatakan beliau tidak layak untuk melawan Hadi.

Menyifatkan pencalonan itu satu kejutan, beliau berkata:

"Seperti yang saya katakan kepada para wartawan yang bertanyakan hal ini hari ini, kalau Datuk Husam (Musa) berkata 10 kali beliau pun tidak padan lagi dibandingkan dengan Hadi, saya yang berketinggian lima kaki dua inci pun mungkin ketinggalan lebih 5.2 kali di belakang Hadi dari segi kepimpinan."

Kawasan pertama di Johor yang akan bermesyuarat Sabtu ini ialah Parit Sulong yang diketuai oleh Ir Khairudin Abdul Rahim. Bekas exco Pemuda PAS itu dikatakan akan membuat pencalonan selain daripada Hadi sebagai presiden.

Ahmad yang pernah menjadi naib presiden PAS adalah calon yang popular di Johor selepas penolakan Tuan Ibrahim.

PAS akan mengadakan muktamarnya yang ke-61 Jun ini di Shah Alam di mana pemilihan semua pucuk pimpinan parti akan diadakan.

Berikutan perpecahan ketara dalam parti itu, calon presiden yang boleh menyatukan PAS sedang dicari ekoran dakwaan Hadi tidak lagi menjadi presiden kepada semua.

Semasa membuat penggulungan ucapan semasa Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat tahun lalu, Hadi meminta mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengannya agar meninggalkan parti itu.

"Sesiapa yang rasa nak jadi imam pergi cari tanah sendiri, bina masjid sendiri dan jadi imam," kata Hadi seolah-olah menghalau pihak yang tidak sebulu dengannya dalam PAS.

PAS dua kali mengganti presiden, tolak ucapan dasar

Posted: 13 Mar 2015 12:41 AM PDT

Oleh:  Pukul Canang



Langkah PAS Kawasan Kota Bharu mencalonkan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden PAS mencabar Abdul Hadi Awang merupakan usul terbaik bagi menyelesaikan krisis dalaman parti itu.

Meski pun Tuan Ibrahim menolak pencalonan namun semangat mencalonkan selain Hadi adalah bukti kukuh akar umbi PAS mahukan perubahan. Sekali gus menolak politik yang sering dipropagandakan oleh puak Unity Government (UG) dalam parti itu bahawa Hadi tidak boleh dilawan.

Larangan mutlak jangan menggantikan ketua bukan ajaran Islam. Agama Islam tidak pernah melarang ketua diganti apabila didapati uzur atau lemah dalam kepimpinan.

Alasan menggantikan Hadi berasas. Seperti mana kata Ketua PAS Kota Bharu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bahawa faktor kesihatan membolehkan Hadi digantikan dengan seseorang yang lebih cergas dan muda. Hadi pernah dimasukkan ke hospital sewaktu melawat Turki tahun lalu dan sekembalinya ke Malaysia, dimasukkan pula ke IJN.


Era gemilang Fadzil

Alasan lain tentunya lebih banyak. Namun tidak perlu untuk diketengahkan. Hadi dalam tempoh keuzurannya agak kurang sesuai memimpin parti yang sedang bergolak dan perlukan lebih tumpuan untuk menanganinya.

PAS yang sederhana pada era Fadzil Noor berubah ke arah ekstrem zaman Hadi. Pemikir seperti Dr Zuhdi beberapa kali pernah melontarkan idea agar PAS berpecah dua antara golongan pro Pakatan Rakyat dan pro ulama. Anehnya Hadi tidak menegur keceluparan Zuhdi yang membelakangkan keputusan muktamar itu.

Hadi juga kelihatan gagal mengawal ahli-ahli parlimen PAS seperti Nik Abduh dan Nasaruddin Tantawi daripada mengecam DAP atau PKR. Dalam sesetengah kes Hadi juga hilang arah apabila menentang idea pilihan raya kerajaan tempatan yang dicadangkan DAP dengan hujah perkauman kononnya akan mencetuskan rusuhan kaum ala 13 Mei 1969. Apabila berlaku insiden kereta Dr Hatta dibakar dan Dr Dzulkifly ditumbuk, Hadi juga berdiam diri.


Calon lain banyak

Maka cara paling baik untuk mentaut kembali parti yang berpecah dalaman dan hampir meninggalkan PR adalah dengan melantik ketua yang baharu. Meski pun Tuan Ibrahim tidak menerima pencalonan, PAS kawasan sewajarnya terus berani mencalonkan nama selain Hadi.

Banyak calon lain seperti Husam Musa, Mohammad Sabu, Sallehudin Ayob, Khalid Samad, Dr Hatta dan sebagainya boleh dinamakan. Sekiranya kesemua mereka menolak pencalonan tetap satu mesej yang jelas disampaikan kepada Hadi, bahawa polisi yang diamalkan beliau tidak disenangai ahli akar umbi.

Sekiranya Hadi ingin juga kekal menjadi presiden yang relevan maka beliau perlu mengubah kebijaksanaan. Kembali kepada polisi asal yang mementingkan persekutuan bersama rakan-rakan PR dan mengutamakan keputusan secara konsensus.

Hadi jangan lagi melihat kedudukannya lebih tinggi daripada pemimpin PR yang lain sehingga boleh memveto keputusan PKR dan DAP secara peribadi. Lebih daripada itu, kepercayaan rakyat boleh dijana dengan kembalinya pendirian presiden PAS ke arah kerjasama mantap dalam PR.PAS boleh menyiapkan diri bertarung dengan musuh sebenarnya Umno.


Kelirukan ahli

Namun sekiranya kepimpinan Hadi diteruskan dengan cara sedia ada, tentulah perpecahan dalaman akan lebih serius. Kumpulan ekstrem yang suatu ketika dahulu boleh lagi duduk semeja dengan puak profesional kini telah mengeluarkan ketetapan baharu, iaitu lebih baik PAS kecil seperti 1980an agar senang ditadbir.

Mereka gemar menggunakan hujah perjuangan PAS mencari reda Allah semata-mata. Seolah-olah perjuangan selama ini tidak mendapat keredaan Allah kerana terlalu berpolitik. Mereka langsung tidak mengambil pusing pendapat sinis rakyat terhadap PAS.

Arus pemikiran inilah yang perlu dirombak. PAS yang canggih dan diminati golongan profesional pada zaman Fadzil tidak boleh dibiarkan mengecut dan hilang ke dalam tanah seperti era Asri Muda.

Sia-sia sahaja perjuangan Nik Aziz mengganti kepimpinan Asri dengan kepimpinan ulama sejak 1980an lalu. Bagi ahli PAS yang melihat usaha mencabar presiden suatu tindakan tidak bermaruah, mereka wajar menjengok seketika sejarah PAS.


Tukar presiden

Usaha menggantikan presiden PAS tidak semudah Lim Kit Siang memberi jawatan kepada Lim Guan Eng atau Dr Mahathir memberi jawatan kepada Abdullah Badawi. PAS menukar ketua parti melalui pergolakan dalaman.

Penukaran Yang Dipertua PAS Asri Muda pada 1982 melalui proses yang amat mengguris hati. Pemuda PAS mengasingkan Muktamar Pemuda sehari lebih awal. Asri yang kecewa bertindak balas dengan tidak menyampaikan ucapan dasar pada hari pertama muktamar. Beliau hanya berucap pada hari kedua, 23 Oktober 1982.

Sehari sebelum itu, 22 Oktober 1982, Pemuda telah membawa usul kepimpinan ulama dan juga penubuhan Majlis Syura Ulama selain usul supaya ucapan dasar Yang Dipertua Agung ditolak. Asri meletak jawatan secara rasmi pada 23 Oktober 1982

PAS bergolak lagi pada 1986 apabila presidennya Yusuf Rawa meletak jawatan selepas Muktamar di Rusila , Terengganu. Sebahagian daripada ucapan dasar beliau telah ditolak oleh muktamar itu. Beliau menulis surat meletak jawatan semasa muktamar berlangsung.

Yusuf Rawa enggan berucap sewaktu ucapan penggulungan Muktamar. Ucapan dibuat oleh Ustaz Fadzil Mohd. Noor. Walau bagaimanapun, semua yang meletak jawatan telah menarik balik surat mereka atas inisiatif Ustaz Fadzil dan beberapa AJK PAS lain pada waktu itu. Bagaimanapun, Yusuf meletak jawatan buat kali kedua kerana keuzuran pada 1989.


Tahaluf siyasi

Fadzil Noor kemudian dilantik menjadi presiden yang baharu. Zaman Fadzil adalah zaman gemilang dan PAS memperkenalkan tahaluf siyasi. Pada 1989 PAS bertahaluf dengan Semangat 46 dan DAP. PAS berjaya menguasai Kelantan dalam pilihan raya umum 1990.

Pada 1998 PAS bertahaluf dengan PKR dan DAP. PAS menang di Kelantan, Kedah, Perak dan menjadi komponen penting dalam kerajaan Selangor serta Pulau Pinang.

Sepanjang tempoh itu juga ahli PAS bertambah lebih sekali ganda. Pada 1998 misalnya keahlian PAS hanya 400,000 namun kini mencecah 1.3 juta. Tahaluf telah menjinakkan golongan bukan Islam menerima perjuangan PAS yang suatu ketika dianggap ekstrem.

Kini, keadaan itu cuba diputar balik oleh golongan pemikir dan ustaz aliran jumud yang mengemudi parti itu. Mereka sengaja menggunakan alasan hukum Hudud, enggan berkerjasama dengan Cina DAP dan sebagainya untuk memencilkan PAS kepada jemaah eksklusif ala Tabligh.


Sertai demo

Tibalah masanya pemikir aliran jumud dalam PAS dihentikan. PAS perlu berperanan seperti sebelumnya dalam melawan BN dengan cara ceramah dan demonstrasi jalanan.

Tunjuk perasaan 7 Mac misalnya disertai terlalu sedikit pemimpin PAS. Tindakan ini merosakkan masa depan parti itu. Apabila rakyat melihat PAS bukan lagi mainstream yang mewakili pemikiran mereka maka rakyat tidak akan memberi undi dalam pilihan raya.

Garis politik di Malaysia sejak 1998 amat jelas. Kerajaan anti perhimpunan dan pembangkang menggunakan perhimpunan bagi menguatkan sokongan ke atas mereka. Jika kepimpinan ulama PAS tidak lagi mahu terlibat maka PAS akan dicop sebagai penyokong kerajaan BN.

PAS wajib diberi nafas baharu. Sama ada melantik presiden baharu atau presiden sedia ada mengubah kebijaksanaannya.


1MDB & rombakan kabinet: Najib akan pangkah Muhyiddin?

Posted: 13 Mar 2015 12:39 AM PDT


 Oleh: Webmaster


Kenyataan Media: Kenyataan tegas terbuka Ketua Polis Negara bahawa polis telah menubuhkan satu task force utk menyiasat 1MDB secara menyeluruh tidak membimbangkan Najib?
Kenyataan itu serius?

Lampu hijau telah diperolehi dari Menteri Dalam Negeri?
Jika ya, adakah Najib akan membiarkannya?

Zahid menjadi Menteri Dalam Negeri kerana di lantik oleh Najib.
Portfolionya boleh berubah melalui rombakan kabinet oleh Najib pada bila bila masa jika Najib menjejaki Zahid bergerak tidak sejalan dgn kepentingan Najib.

Jika rombakan kabinet berlaku dan Zahid dipindahkan dan Najib sendiri beralih dari Kementerian Kewangan ke Kementerian Dalam Negeri, siasatan akan terbantut.

Siapa akan menggantikan Najib di Kementerian Kewangan?
Jika Najib meletakkan sepupunya Hishamudin di situ, bermakna peluang melihat pendedahan apa sebenarnya berlaku di 1MDB akan menjadi lebih buntu.

Ditambah, kedudukan ekonomi negara tidak akan mendapat kepakaran dan keyakinan yang meningkat di kala negara berdepan dengan pelbagai isu ekonomi kini.

Jika benar Najib akan merombak kabinetnya sekarang, saya fikir adiknya Nazir Tun Razak lebih baik bagi negara sebagai Menteri Kewangan dari Hishamudin.

Apa pula nasib TPM?

Kenyataannya tentang 1MDB selepas kenyataan Pejabat Perdana Menteri jelas berlainan arah.
Bah kan dengan tegas beliau menolak bail out 1MDB oleh kerajaan atau apa jua langkah yg membawa kesan dengan maksud itu.

Namun, Kementerian kewangan seperti dilaporkan oleh Berita Harian Singapura, telah meluluskan apa yang dipanggil bantuan modal sebanyak RM 1 b lagi kepada 1MDB beberapa hari selepas kabinet menolak apa jua tambahan suntikan wang.

Ini tamparan pada Muhyidin.
Adakah muhyidin boleh bertahan atau perlu berundur?
Jika ia tidak berundur, mampukah Najib mengundurkan beliau?
1MDB mungkin akan memakan korban politik selepas ia menelan wang negara!

Salam Hormat
Husam Musa

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:20 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Tanya IGP sendiri tentang kes Nurul kata Menteri KDN

Posted: 13 Mar 2015 09:13 PM PDT

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada ketua polis negara untuk menjelaskan tindakan segera polis muncul di rumah MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk merakam kenyataannya dalam masa 24 jam selepas laporan dibuat terhadapnya.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya tentang tindakan tersebut berbanding masa yang diberikan polis kepada Menteri Pertanian, Datuk Seri Ismail Sabri untuk tampil memberi keterangan berdasarkan kesesuaian masanya sendiri.

"Itu soal berkaitan operasi yang boleh dijawab dengan baik oleh ketua polis.

"Itu boleh ditanya kepadanya pada majlis yang dihadirinya.

"Saya jaga soal polisi sahaja. Kalau tidak, lebih baik saya jadi ketua polis," kata Zahid (kanan) menjawab soalan wartawan.

Tuan Ibrahim sedia lawan Mat Sabu

Posted: 13 Mar 2015 09:12 PM PDT

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Selepas menolak pencalonan Pas Kawasan Kota Bharu menamakannya sebagai calon presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini bersedia bertanding jawatan timbalan.
Petang tadi, di Rusila - kawasan Abdul Hadi di Terengganu - Pesuruhjaya Pas Pahang isytihar akan bersaing dengan Mohamad Sabu pada pemilihan Jun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka itu menekankan dua elemen utama sebelum bersetuju untuk bertanding mana-mana jawatan ialah keperluan dan kemampuannya menggalas amanah tersebut sekiranya dicalonkan oleh mana-mana Pas kawasan.
"Dulu (dalam muktamar) sebelum ini pun, memang ada cadangan untuk saya bertanding jawatan seperti Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
"Namun ketika itu, dengan kemampuan saya, cukup jadi naib presiden, namun kali ini jika ada pencalonan (untuk jawatan Timbalan Presiden), saya akan tengok...saya akan istikharah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Mohd Amar sedia tanding jawatan Timbalan Presiden Pas

Posted: 13 Mar 2015 09:11 PM PDT

Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bakal mempertimbangkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas jika dicalonkan.

Namun begitu, menurutnya, ia terpulang kepada perwakilan untuk menentukannya memandangkan setakat ini Pas Kawasan Kota Bharu sahaja yang sudah adakan mesyuarat, minggu lalu.

"Setakat ini tidak ada lagi (pencalonan), terlalu awal untuk mengulas perkara ini," katanya kepada media di JKR10, di sini semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Pas Pusat yang turut dihadiri Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob; Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan kepimpinan pusat serta negeri parti Islam itu.

Read More / Baca Lagi >>

'Ini ujian ALLAH kepada saya' - Ahmad Fathan

Posted: 13 Mar 2015 09:10 PM PDT

Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad 
KOTA BHARU - Ketika ramai beranggapan pencalonannya sebagai calon Pas PRK Dun Chempaka satu tuah, lain pula pandangan peribadi Bendahari Pas Kawasan Pengkalan Chepa,  Ahmad Fathan Mahmood@ Mahamad, 42, apabila menganggap amanah yang dipikulnya itu satu ujian.

Menurutnya, ALLAH SWT sentiasa menguji hambanya dari satu tahap ke tahap yang lain, untuk melihat tindakan hambanya dalam menangani ujian diamanahkan kepada mereka.

"Ambo (saya) lihat amanah ini (sebagaimana ayat yang ambo baca tadi) tidak lebih melainkan ujian ALLAH SWT kepada ambo.

"Dari satu tahap ALLAH SWT uji, kemudian ALLAH SWT uji lagi, untuk melihat manakah dalam kalangan hambanya paling elok kerja buatnya di dunia, jika dilakukan dengan sempurna, maka ganjarannya di akhirat nanti, jika sebaliknya akan binasalah," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat, di sini, semalam.

Menurutnya, kehidupan manusia tidak lebih daripada ujian, manusia dijadikan ALLAH SWT buat dengan tujuan iaitu untuk diuji, dan dilihat kualiti diri, sebab itu semuanya perlu melalui ujian.

Ahmad Fathan mengisi slot kedua kuliah Jumaat semalam, yang sebelum itu disampaikan Ketua Pemuda Pas Kota Bharu, Nor Azariza Mohd Alawi dan diikuti pendakwah, Haslin Baharin atau Ustaz Bollywood.
Read More / Baca Lagi >>

Ahmad Fathan ada persamaan dengan Tok Guru – Mat Sabu

Posted: 13 Mar 2015 09:04 PM PDT

fathan
Mat Sabu walaupun tidak begitu mengenali Ahmad Fathan (gambar), menyifatkan calon PAS itu mempunyai perwatakan hampir sama dengan Allahyarham Tok Guru.

PENGKALAN CHEPA 14 Mac:

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu meminta pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka mengundi calon mereka, Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad kerana dia mempunyai banyak persamaan dengan bekas penyandang kerusi DUN itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketika berucap di hadapan hampir 200 hadirin ketika ceramah di padang dekat Sekolah Menengah Agama Al-Istiqamah, Badang, malam tadi, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan Mat Sabu berkata, walaupun dia tidak begitu mengenali Ahmad Fathan, dia percaya perwatakannya sebagai ilmuan Islam dan bekas imam merupakan persamaan hampir dengan bekas Menteri Besar Kelantan itu.
"Saya hanya bertemu calon ini beberapa hari sebelum penamaan, tetapi ketika saya berbual dan memegang tangannya ketika berjalan menuju ke pusat penamaan calon, saya dapat melihat sikapnya yang rendah diri, mudah dihampiri, hampir sama dengan Tok Guru," katanya kepada hadirin.
Namun begitu, walaupun ada persamaan, Allahyarham Nik Abdul Aziz tetap menjadi ikon, kata Mat Sabu lagi.
"Pengundi di Chempaka beruntung mempunyai Tok Guru sebagai ADUN. Beliau merupakan pemimpin dan seorang yang hebat, juga di mata lawannya.
"Saya pernah bertanya kepada mendiang Karpal Singh, apa pendapatnya mengenai Tok Guru. Karpal menjadi dan berkata 'dia orang tuhan'. Dalam konteks Kristian, ia hampir sama dengan seorang nabi, tapi kita sebagai orang Islam hanya percaya Nabi Muhammad S.A.W dan nabi-nabi sebelumnya.
"Maksud saya, walaupun dalam lawan politik, dengan pandangan berbeza, Tok Guru dilihat sebagai seorang yang amat dihormati," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam ucapannya menolak peluang empat calon bebas untuk menrampas lebih banyak undi di kubu kuat PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Haron Din perlu bangkit, ubah cara bertindak demi survival parti

Posted: 13 Mar 2015 09:02 PM PDT

Haron Din perlu ubah cara bertindak dan mainkan peranan lebih menonjol kerana beliau Mursyidul Am PAS. - Foto arkib TRP/Azrol Ali
Haron Din perlu ubah cara bertindak dan mainkan peranan lebih menonjol kerana beliau kini Mursyidul Am PAS.
KUALA LUMPUR, 13 Mac:
Sebagai Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din adalah pemimpin kerohanian dan perlu menjadi tempat rujukan bagi penyokong PAS seluruh negara.
Pendapat ini disuarakan Penganalisis Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Shaharuddin Badaruddin yang menyatakan pengganti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dilihat sebagai sumber harapan untuk parti berkenaan.
Bercakap kepada The Post Rakyat, Shaharuddin berkata, Dr Haron Din memiliki kedua-dua pengalaman akademik dan politik yang mana menurut beliau adalah kriteria sangat penting dalam menerajui parti Islam berkenaan.
"Dia perlu bangkit demi partinya. Haron Din perlu mengubah caranya bertindak kerana beliau kini menyandang jawatan Mursyidul Am PAS, peranannya perlu lebih menonjol.
"Pendapat beliau akan dipandang tinggi, beliau merupakan kunci kepada asas perpaduan PAS terutama ketika PAS berhadapan dengan krisis," katanya.
Sementara itu, Penganalisis Politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datuk Dr Ramlah Adam menyifatkan pelantikan Dr Haron Din sebagai keputusan terbaik kerana beliau merupakan seorang yang berani, berkarisma dan berpengetahuan.
"Beliau mempunyai persona tersendiri dan berdasarkan pengetahuan saya, Haron Din seorang yang baik. Beliau dihormati oleh semua dan kemahiran kepimpinan beliau adalah terpuji.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid puji perisytiharan harta Rafizi....!!!

Posted: 13 Mar 2015 08:58 PM PDT

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik perisytiharan harta yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan menyeru anggota-anggota Parlimen lain agar mempertimbang untuk meneladani langkah itu.

Jelas Zahid, beliau dan menteri-menteri kabinet yang lain turut mengisytiharkan harta mereka setiap tahun namun, ia diisytiharkan kepada perdana menteri.

"Pihak kerajaan sendiri terutama anggota pentadbiran ertinya timbalan menteri, menteri, timbalan perdana menteri dan perdana menteri juga mengisytiharkan harta.

"Saya juga isytiharkan harta setiap tahun kepada perdana menteri.

"Kalau semua MP bukan sahaja Rafizi dapat mencatatkan ketelusannya dan mengisytiharkan hartanya, saya fikir itu satu langkah positif yang kita harus alu-alukan," kata Zahid pada sidang media di Shah Alam, pagi ini.

1MDB settled RM2 billion debt with Caymans funds, says Finance Ministry

Posted: 13 Mar 2015 08:54 PM PDT

1Malaysia Development Bhd (1MDB) used its own Cayman Island funds to settle its RM2 billion debt last month and not a loan from T. Ananda Krishnan, the Finance Ministry said.
The ministry said on Wednesday in a parliamentary written reply to Tian Chua (PKR-Batu) that 1MDB's RM2 billion loan was settled early last month from its Caymans funds and not reportedly with the billionaire's help.
"Regarding the loan which 1MDB allegedly received from millionaire Ananda Krishnan, the report is not true," the Finance Ministry said in its written reply.

On February 13, The Malaysian Insider reported that the government-owned strategic investment fund had settled the loan with funds from Ananda Krishnan, six days before bankers were to trigger a default. The loan was settled on February 12 with intervention from the tycoon, whose company Usaha Tegas had guaranteed it, according to those with knowledge of talks between Ananda Krishnan and 1MDB.
The lenders were Maybank, which had 58.99% of the RM2 billion loan, while RHB had 32.41%. The others were Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Society Bhd (3.24%) and Hwang DBS Investment Bhd (1.29%).
However, 1MDB president Arul Kanda Kandasamy has dismissed talk of Ananda Krishnan's assistance as speculation.

Tahanan Poilitik: 'Tekanan darah Anwar rendah, berat turun 3kg'

Posted: 13 Mar 2015 08:47 PM PDT

Keadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh membimbangkan selepas tekanan darahnya menurun ketara sejak dipenjarakan, dakwa anaknya keduanya Nurul Nuha.

Nuha (kanan) menjelaskan, bacaan tekanan darah Anwar, 67, kini  87-50.

Bacaan normal tekanan darah orang dewasa sepatutnya antata 120-80 kepada 140-90.

Beliau juga berkata bapanya hilang berat badan 3kg selepas dipenjara kira-kira sebulan.

"Kami sangat bimbang ekoran kesihatannya," katanya kepada Malaysiakini selepas lawatan kedua ke penjara semalam.

Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Majlis Peguam tarik balik usul kelakuan Shafee kerana injunksi

Posted: 13 Mar 2015 08:32 PM PDT

Majlis Peguam menarik balik usul untuk membincangkan kelakuan peguam veteran Tan Sri Shafee Abdullah daripada dibincangkan dalam perhimpunan tahunannya hari ini.

"Kami diberikan injunksi (mahkamah), kami terikat dengannya.

"Usul itu tidak akan dibentangkan," kata Presiden Majlis Peguam Christopher Leong kepada Malaysiakini sebelum perhimpunan agung tahunan (AGM) badan itu di Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad semalam membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Shafee bagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya atau ejen mereka membenarkan usul itu dikemuka, dibincang atau diluluskan semasa AGM.

Injuksi juga melibatkan larangan daripada membincangkan perkara berkaitan kelakuan Shafee dalam kes rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Shafee dilantik sebagai peguam utama dalam kes Liwat II melibatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr M, are you ready to answer for your corrupt ways too?

Posted: 13 Mar 2015 08:15 PM PDT

While it is good that Mahathir Mohamad is needling Najib Razak over 1MDB, he himself has yet to admit to his many corrupt practices while PM.

By Rahman Mohd Irwan
Former Prime Minister Mahathir Mohamad has declared war for all intents and purposes against the Malaysian Government in his blogsite Chedet, with multiple attacks against 1Malaysia Development Bhd (1MDB) and current Prime Minister Najib Razak in a 29-point posting.
dr m corruptionSince he feels it is alright for him to ask so many questions based on what others are claiming to be shady dealings by 1MDB and Najib, maybe it's time for him to also answer so many claims of corruption made against him.
Dr M should start by replying to one of his most vocal critics – hedge fund manager George Soros – who outlined a very long list of the former PM's wrongdoings in an article published in The Bangkok Post in 2012. Soros has made his opinion of Dr M clear. "Your 3 sons are worth US$8 billion. Where do they get this money? Of course, corruption."
"You are known as the Marcos of Malaysia, having enriched yourself to the tune of billions."
"You have more foolishness than most people would believe. Billions are used to build two high rise Petronas buildings that benefit nobody. They now stand tall, a symbol of stupidity and irresponsibility.
"What is this reclamation of 10 islands off Kedah? Totally absurd and stupid. Of course your benefit is 20%."
"And the bridge from Malacca to Sumatra across international waters? Why not build a bridge to the moon? I am sure you still can get your 20%."
"You called me a moron. How can a moron make so much money? By allowing short selling and borrowing millions of shares from your banks, we fund managers made millions out of your inexperience and poor regulations."
"You lose all Malaysians' money, therefore you are the moron."
And then there's Barry Wain, former editor of the Asian Wall Street Journal and a Writer-in-Residence at the Institute of Southeast Asian Studies in Singapore.
Read More / Baca Lagi >>

CLASH OF THE TITANS: Rosmah vs Dr Mahathir

Posted: 13 Mar 2015 08:13 PM PDT

by J. D. Lovrenciear
CLASH OF THE TITANS: Rosmah vs Dr MahathirFinally we are arriving on to the open ring where the assault is more direct. Tun Dr. Mahathir must be commended for his courage and steel in squarely choosing to differ with the entire entourage of Barisan Nasional leaders and followers.
Tun has courageous come out into the open playing field of politics to ask questions that many voting-Malaysians have been merely whispering in coffee shops and warongs.
The former premier is asking very honest but equally probing questions about 1MDB which all the pro-Najib camps have shied-away from.
Now that the spot-light is zooming in on Rosmah's son vis-à-vis on reports of the young man's unprecedented acquisition of properties and businesses worth to the tune of billions of ringgit, the script is almost set to see a clash of titans – the Rosmah verses Tun Dr. Mahathir battle.

Dr M and Najib
If the opposition political parties were to keep harping on 1MDB, it can easily be suspected of being anti-government. The out-cries in response to the reported stories on 1MDB and its entourage of who's who can even be dismissed as the work of sour grapes and 'foreign agents' out to tarnish the nation.
But when the very man who directed the stage of Malaysian politics stretched well over two decades; one who is also and often seen as a true-blue Malaysian at heart starts poking the burning ambers, do we fault the Najib-Rosmah camp or the Tun?
Indeed, truth must prevail. Anyone who chooses to 'waft their eyes to the contrary' is as guilt as those who will be charged eventually – for being unpatriotic to king, country and people.
For those who blindly threw their support behind the ultimate crook, they too must account to king, nation and people for robbing this country of its greater future.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB: Mahathir sudah bersuara, Muhyiddin jangan diam diri

Posted: 13 Mar 2015 08:08 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS minta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak menghampakan rakyat.

"Muhyiddin perlu menyatakan bantahan terbuka kepada suntikan RM950 juta yang diluluskan kabinet kepada 1MDB jika beliau serius dengan saranan beliau untuk memastikan duit rakyat tidak digunakan untuk menyelamatkan 1MDB," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Naib Presiden PAS itu berkata, TPM perlu menyuarakan bantahan jika beliau tidak bersetuju.
"Jika beliau berdiam, maka terbuktilah kenyataan beliau hanyalah retorik semata-mata," ujarnya dalam satu kenyataan.

Muhyiddin juga, kata beliau disarankan membuat deklarasi harta segera, dan sehubungan itu, mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk turut melakukan perkara yang sama bagi membersihkan namanya.

Menurutnya, inilah masa paling sesuai untuk melakukan demikian setelah Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka menyoal mengenai sumber kekayaan ahli keluarga Najib.Read More / Baca Lagi >>

Mungkin 1MDB tidak membawa kemusnahan namun besar kemungkinan kita dilanda bencana

Posted: 13 Mar 2015 08:03 PM PDT

"(Dalam keadaan gagal menjelaskan pinjaman), keuntungan sesebuah bank mungkin terkesan tetapi tetap mendapat untung. Ia tidak akan musnah secara sistematik, dengan modal yang mencukupi," ujar Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz.
Ia bagi memberi gambaran apa yang akan terjadi sekiranya Lembaga Pembangunan 1Malaysia (1MDB) gagal membayar balik pinjamannya. 
Tetapi seperti dinyatakan dalam laporan Kinibiz, Zeti memberi gambaran tanpa menamakan firma terbabit, dengan ujian ketahanan menunjukkan risiko sistematik tidak kelihatan bagi pinjaman sesebuah entiti peniagaan, iaitu 1MDB.
Mungkin beliau tepat tentang ini kerana di dalam pinjaman yang dilakukan 1MDB, terdapat pelbagai cara melihatnya. 
Sepertimana dakwaan yang dilemparkan figura pembangkang serta para pengkritik di dalam pengurusan bank-bank tempatan terhadap hutang 1MDB, terdapat pelbagai cara yang diambil bagi menangani isu terbabit.
Pihak bank bagaimanapun menafikannya.
Antara dakwaan yang dibuat ialah bagaimana Bil Perbendaharaan menilainya pada kadar RM2 bilion bagi membantu 1MDB, walaupun Zeti dipetik menafikannya di dalam laporan Kinibiz yang sama.
"(Isu) ini telah dilakukan secara berkala dan menurut kepada kalendar yang ditentukan. Bil Perbendaharaan tidak dikeluarkan bagi pembayaran hutang domestik dan bagi pembayaran hutang asing, kerajaan pada kebiasaannya akan memberitahu kami dahulu."
Dalam apa sahaja kes, mungkin terdapat langkah mencukupi bagi menyerap kegagalan menjelaskan pinjaman di pihak bank, dan mungkin modal mencukupi sepertimana yang dinyatakan beliau.
Tetapi tanpa memikirkan hutang domestik 1MDB, Zeti mungkin terlupa atau sengaja tidak menyuarakan kebimbangan tentang hutang asing yang turut dimiliki syarikat tersebut.
Dalam perkara ini, tentunya sesetengah bank berdepan masalah mendapatkan keuntungan sambil tahap sistematik sektor pinjaman kita akan turut terjejas.
Read More / Baca Lagi >>

Melayu tak keruan larikan diri daripada cabaran

Posted: 13 Mar 2015 08:00 PM PDT

Sesetengah orang Melayu kini tanpa segan silu menunjukkan kebolehan mereka melakukan silap mata dengan menghilangkan diri. Cuma ianya hanya mampu menipu diri sendiri dan bukannya orang lain! Houdini mahir di dalam pertunjukan sebegini ketika zamannya. Dia menggunakan helah berbahaya yang tidak mungkin dapat ditiru orang lain.

Kejayaannya menyebabkan dia bongkak dan terlalu yakin dengan kemampuan sendiri. Dia akhirnya mati ketika cuba melakukan helah yang mustahil. Pada mulanya Houdini hanya cuba menghiburkan penggemarnya.

Helah yang dilakukannya menjadi lebih mustahil kerana peminat mengharapkan itu darinya. Setiap helah baru akan lebih mencabar dari yang terdahulu.
Tidak mungkin dia dapat memuaskan hati setiap penontonnya. Sesetengah orang Melayu juga pernah melakukan helah melepaskan diri dan pada masa ini, ada yang telah menjadi mahir.

Tetapi terdapat perbezaan di dalam helah melepaskan diri yang dilakukan Houdini dengan kumpulan orang Melayu tidak keruan ini. Houdini berdepan cabaran dan cuba mengatasinya dengan penuh keberanian dengan diiringi perkiraan.
Kumpulan Melayu tak keruan ini tidak akan berdepan cabaran secara terang-terangan dan akan cuba melakukan tipu daya bagi mengelakkan diri mereka dikesan. Sistem feudal memberi kesan baik dan buruk kepada masyarakat Melayu.

Read More / Baca Lagi >>

Pengundi Melayu mahu bakal PM ada kelayakan Islamik, menurut kajian

Posted: 13 Mar 2015 07:55 PM PDT

Kebanyakan pengundi Melayu merasakan kriteria paling utama bakal Perdana Menteri Malaysia ialah perlu adanya "kebolehupayaan dalam hal-hal keislaman", dengan majoriti lebih mengutamakannya daripada kriteria lain seperti 'kerajinan' dan "mempunyai kemahiran ekonomi dan pengurusan", menurut satu kajian baru-baru ini.
Kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center itu menunjukkan pengundi Melayu berasa "mengambil pendirian tegas terhadap rasuah" antara sifat yang paling penting diperlukan pada seorang perdana menteri, walaupun Pakatan Rakyat (PR) terus menggunakan dakwaan aktiviti rasuah Barisan Nasional (BN) sebagai senjata utamanya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan parti pemerintahnya.
Apabila diminta memilih dua kualiti tertinggi pada seseorang perdana menteri, 35.8% Melayu memilih kebolehupayaan dalam hal-hal keislaman manakala hanya 24.3% memilih pendirian yang tegas dalam memerangi rasuah.

Kriteria lain yang disenaraikan sebagai pilihan ialah "kemahiran ekonomi dan pengurusan" yang mendapat 8.6%, "ketegasan" (7.8%), "jujur" (6%), "rajin" (4.8 %), "adil/saksama kepada semua kaum" (4.6%), "mempunyai pasukan penasihat yang cekap dan bagus" (1.5%), "pandai berucap di khalayak" (1.2%), dan "cekap" (1%). Orang Melayu membentuk bilangan pengundi terbesar di Malaysia, dengan kira-kira 60% daripada keseluruhan undi, berbanding Cina (30%) dan India (10%).
"Kajian ini menunjukkan, pemimpin yang mahu tampil dan mempromosikan dirinya sebagai individu paling berkuasa perlu membuktikan mereka mempunyai kelayakan Islam dan kesedaran dan kepekaan tentang Islam," kata Ibrahim Suffian, Pengarah Merdeka Center.
Read More / Baca Lagi >>

Pengarang Sarawak Report sertai forum 1MDB esok, kata Tony Pua

Posted: 13 Mar 2015 07:54 PM PDT


Rakyat Malaysia akan berpeluang mendengar secara langsung mengenai syarikat yang sarat dibebani hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada pengarang Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown, pada satu forum esok.
Wartawan penyiasatan yang berpengkalan di Britain itu akan menyertai dua lagi pengkritik tempatan dalam forum "1MDB: The Ultimate Low Down" yang akan diadakan melalui telesidang video, kata Ketua Publisiti DAP Tony Pua.
Dua lagi ahli panel ialah Pua sendiri, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, yang juga ahli Parlimen Pandan.  "Seperti yang kita tahu, pendedahan dibuat laman web Sarawak Report memberi bukti penting – dalam bentuk dokumen rahsia dan perbualan e-mel – untuk mempertahankan pelbagai kritik dibuat terhadap 1MDB sejak beberapa tahun lepas," kata Pua.
Katanya, Brown mungkin mendedahkan lebih informasi mengenai 1MDB pada forum jam 3 petang di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya esok, berdasarkan ribuan dokumen berkaitan syarikat milik kerajaan itu yang didakwa dimilikinya.
 "Perbincangan itu akan dikendalikan oleh Cynthia Gabriel, pengarah eksekutif Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4)," kata Pua yang menjemput semua rakyat Malaysia menyertai forum itu.
Sarawak Report sejak beberapa minggu lalu lantang membuat satu siri pendedahan mengenai 1MDB, dengan Brown baru-baru ini berjanji dalam satu temu bual media yang terdapat banyak lagi yang akan didedahkan.

1MDB & Pendidikan: Dua-dua PM, timbalan harus undur

Posted: 13 Mar 2015 04:06 PM PDT

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa supaya perdana menteri dan timbalannya meletakkan jawatan berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kedudukan pendidikan negara semakin corot dalam ujian piawaian antarabangsa.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Kit Siang berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan mereka memandangkan isu 1MDB yang dilihat semakin serius serta prestasi pendidikan di negara ini yang tidak memuaskan.

"Negara bukan sahaja memerlukan seorang menteri kewangan yang baru, tetapi juga menteri pendidikan yang baru.

"Ini menjadi keperluan yang ditekankan selepas Muhyiddin hari ini menyatakan rasa terkejut dengan prestasi hambar pelajar Malaysia dalam penilaian antarabangsa," katanya.

Sehubungan itu, Kit Siang berkata, selepas 15 bulan Muhyiddin menjadi menteri pendidikan, timbalan presiden Umno itu dilihat masih gagal untuk mengetahui punca kepada masalah yang dihadapi pelajar di negara ini.

Read More / Baca Lagi >>

Audit 1MDB saja tidak cukup, polis kena siasat, kata Dr Mahathir

Posted: 13 Mar 2015 03:24 PM PDT

Siasatan forensik polis perlu dilakukan terhadap mereka yang terlibat dalam tuduhan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana audit biasa saja tidak mencukupi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata audit yang ingin dilakukan ketua audit negara itu tidak mencukupi kerana tidak dapat membongkar apa yang berlaku dalam syarikat pelaburan strategik itu.
"Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik polis akan tuduhan yang dibuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB," katanya menerusi kiriman terbaru di blognya www.chedet.cc hari ini.

Beliau berkata jika ini tidak dilakukan segera, sokongan kepada Barisan Nasional (BN) akan bertambah rendah. "Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua Umno sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang Umno saja tidak cukup untuk menang pilihan raya," katanya.
Dr Mahathir berkata melantik ketua audit negara menyemak akaun 1MDB tidak akan memberi banyak jawapan kepada persoalan yang diajukan rakyat.
"Ulasan semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap kerajaan dan individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu.
"1MDB bukan buat hutang biasa seperti kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta saja. 1MDB sudah hutang berbilion ringgit. Walaupun 1MDB bukan kerajaan tetapi ia badan yang ditubuhkan dan dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak RM1 juta.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB: Ahmad Husni pemimpin tak ada tulang belakang – Mohd Ariff Sabri

Posted: 13 Mar 2015 03:11 PM PDT

Kenyataan Husni itu menunjukkan bahawa Najib dan Husni mencelakakan kabinet seolah olah mengatakan - pergi mampuslah.
ariff husniPETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP-Raub, Datuk Mohd Sabri Ariff Abdul Aziz menyifatkan Menteri Kewangan Dua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai pemimpin UMNO yang tidak ada tulang belakang.
Katanya, Ahmad Husni tidak akan berani membuat keputusan berkaitan portfolionya melainkan setelah mendapat kebenaran Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Dia seorang yang penakut," dakwanya dalam entri terbaru blog sakmongkol.blogspot.com, dan seterusnya menyatakan, "Dan jika Husni buat kenyataan bahawa RM950 juta adalah standby credit-mestilah istilah itu dipersetujui oleh Bossman Najib. Dan Bossman Najib, satu Malaysia dah tahu-orang nya blur."
Bekas ahli UMNO dan ADUN Pulau Manis itu berkata, rakyat perlu mengetahui kelentongan para pemimpin kerajaan semasa bercakap "akan melakukan yang terbaik untuk menegak benang basah dan menipu rakyat."
Beliau mempersoalkan jawapan Ahmad Husni di Dewan Rakyat berhubung tunai RM950 juta untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tujuan kredit siap sedia, bukannya pinjaman atau bailout.
"Silalah nyatakan apa bezanya bila RM950 juta benar-benar digunakan oleh 1MDB? Bila ia digunakan bagaimana? Ia akan jadi hutang. Dan hutanglah yang diakui oleh CEO 1MDB, Arul Kanda (Kandasamy) yang mengesahkannya. Ia pinjaman dengan terma dan syarat pinjaman komersial," katanya.

1MDB - chedet

Posted: 13 Mar 2015 03:08 PM PDT

by chedet

 
1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti.

2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.

3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.

4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang IMDB. Oleh itu Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan

5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.

6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.

8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?


9. Pelaburan ratusan juta untuk filem "The Wolf of Wall Street" oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.

10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.

Read More / Baca Lagi >>

Usaha universiti Pahang banteras sihir, jelaskan mutu pendidikan kita yang merudum!

Posted: 13 Mar 2015 09:03 AM PDT

Berikut adalah sebuah berita yang akan menceriakan hari anda. Ia telah membuat saya tertawa. Laporan Bernama baru-baru ini menyatakan bahawa Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah merangka sebuah prosedur operasi standard (SOP) bagi memerangi ilmu sihir.

Ya, betul – ilmu sihir. Ilmu gelap sama yang pihak berkuasa kita, termasuk jabatan-jabatan agama, telah sifatkan sebagai kepercayaan karut. Jika anda lupa, cuba ingat bagaimana pihak berkuasa kita menjauhkan diri dari Raja Bomoh yang menampar buaya, memegang tampuk kelapa, menggunakan binokular buluh, selepas tragedi MH370.

Dan "ahli sihir" terakhir dalam sejarah negara kita adalah Mona Fendy, yang mengerat seorang ADUN pada awal tahun 90-an, untuk mendapatkan kekayaannya. Kini Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan sebuah geran sebanyak RM189,000 untuk tujuan ini. Tidak hairanlah bahawa universiti-universiti kita gagal tersenarai dalam senarai universiti terkemuka di dunia baru-baru ini.

Di manakah keutamaannya? Mutu pendidikan kita masih lagi ketinggalan di belakang negara Asean lain, dan kementerian mahu membelanjakan hampir RM200,000 untuk memerangi ilmu sihir? Bukankah lebih baik jika wang itu digunakan untuk membina dinding dan bumbung sekolah-sekolah di kawasan luar bandar di Sabah? Lagipun, bukankah beberapa pelajar di sana terpaksa belajar dalam struktur sementara dan kanopi, selepas sekolah mereka terbakar tahun lepas?
Dan apa salahnya untuk melabur dalam kursus-kursus yang benar-benar boleh membantu masyarakat Malaysia, seperti "Bagaimana untuk tidak membuat pelaburan yang merugikan" dan "Pengurusan krisis 101" – pada dasarnya untuk setiap krisis yang dihadapi oleh negara kita? Kembali mengenai laporan ini, ia menyatakan bahawa UMP bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengajian Lanjutan Undang-undang Sihir untuk merangka SOP ini. Pengerusi jawatankuasa itu,

Read More / Baca Lagi >>

1MDB: Saya banyak beri pandangan, kata Jho Low lepas emel terbongkar

Posted: 13 Mar 2015 09:00 AM PDT

Ahli perniagaan Low Taek Jho mempertahankan dirinya daripada sebarang salah laku berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) namun tidak menafikan emel yang menunjukkan dirinya memanipulasi wang daripada syarikat pelaburan strategik itu.
Menerusi temubual bersama saluran perniagaan Amerika Syarikat, CNCB, Low yang juga dikenali sebagai Jho Low berkata pandangan pelaburannya mendapat liputan luas dan emel yang mendakwa dirinya menipu 1MDB merupakan tuduhan "palsu, tidak bertanggungjawab, sindiran dan tidak berasas".
Ditanya jika email yang didedahkan laman Sarawak Report itu tidak benar, Low berkata: "Pandangan saya sering dinantikan pelbagai pihak kerana saya mempunyai hubungan baik dengan Timur Tengah dan saya selalu menjadi penasihat dalam perkongsian dan globalisasi.

"Disebabkan PetroSaudi berulang kali disebutkan, semua dana daripada 1MDB diberikan kepada PetroSaudi sebagai mana diumumkan pada 1 Mac 2015," katanya melalui perbualan telefon bersama CNBC. Syarikat petroleum PetroSaudi International didakwa digunakan Low bagi mendapatkan AS$700 juta melalui pembayaran semula pinjaman degna usaha sama 1MDB pada 2009, menurut Sarawak Report.
Berdasarkan emel dari pihak PetroSaudi dan 1MDB termasuk bekas ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Shahrol Halmi, wang berkenaan dibayar ke akaun Good Star Limited, sebuah syarikat dikawal Low.
Low berkata dia menjadi mangsa dalam hubungan persahabatannya bersama Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Hishammuddin, perdana menteri Malaysia ketujuh?

Posted: 13 Mar 2015 08:56 AM PDT

Walaupun tajuk ini menarik bunyinya, ia tidak mungkin akan berlaku bila-bila masa tidak lama lagi. Orangnya sendiri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bukan sekadar tidak mempedulikan kaji selidik Merdeka Centre yang meletakkannya sebagai pilihan utama sebagai perdana menteri akan datang, tetapi juga mengecamnya sebagai satu percubaan untuk mencetuskan ketidakstabilan dalam Umno.

"Ini adalah satu percubaan untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin Umno antara satu sama lain," kata beliau sambil menjelaskan bahawa keputusan kaji-kaji selidik adalah tidak menentu, dan oleh itu tidak boleh dipercayai. Dia membandingkan sebuah hasil kajian terdahulu yang dilakukan oleh firma yang sama semasa Perhimpunan Agung Umno 2014, yang menunjukkan bahawa beliau tidak layak menjadi naib presiden parti itu.

Ada betul penjelasan Hishammuddin itu. Jika kaji selidik itu boleh dipercayai, bagaimanakah seorang naib presiden Umno yang kononnya tidak cekap, menjadi pilihan utama Malaysia sebagai Perdana Menteri yang akan datang dalam masa tidak sampai setahun?
Adakah generasi pemimpin Umno masa kini begitu tidak cekap tidak kekurangan kepimpinan dan visi? Adakah keyakinan orang ramai terhadap Perdana Menteri sekarang begitu rendah, sehingga ke tahap mereka bersedia untuk menerima sesiapa sahaja sebagai pengganti?

Adakah keadaan di Malaysia telah berubah begitu drastik sehinggakan ABU (Asalkan Bukan Umno/Anything But Umno) telah ditukar kepada ABN (Asalkan Bukan Najib/Anything But Najib)?

Apa pun yang Pakatan Rakyat kehendaki, kenyataannya adalah Umno – dan Barisan Nasional – kekal berkuasa ke atas negara ini. Umno tidak mungkin akan menjatuhkan Najib bila-bila masa tidak lama lagi, lagi-lagi selepas sokongan yang ditunjukkan oleh 160 orang ketua bahagian Umno berbaju merah, dan sudah tentu bukan melalui pemberontakan yang diketuai oleh sepupunya yang dikasihi.

Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir persoal sumber kekayaan anak tiri Najib....Adakah dia menabung macam Rosmah..???

Posted: 13 Mar 2015 08:53 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyertai suara ramai yang mempersoalkan bagaimana anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz mempunyai kekayaan luar biasa.
Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah apa yang rakyat ingin tahu selepas Riza muncul sebagai produser bersama di Hollywood bagi filem calon anugerah Oscar "Wolf Wall Street" filem, yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dua tahun lalu.

"Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika,"," kata Dr Mahathir dalam catatan blognya chedet.cc.
 "Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil daripada perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, di mana?
Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?" Riza menimbulkan persoalan dengan siri pembelian hartanah walaupun hanya bertugas sebagai seorang jurubank junior di London.

Ini didedahkan dalam artikel oleh New York Times baru-baru ini, yang menampilkan ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dan harta serta peranannya sebagai pelabur hartanah, transaksi yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk Riza. Low juga dikaitkan dengan skandal syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dibebani hutang sehingga RM42 bilion.
Low membeli sebuah apartment mewah di Manhattan dan sebuah rumah besar di Beverly Hills melalui satu syarikat dan kemudian menjualnya kepada Riza.

Read More / Baca Lagi >>