Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Aksi Seksi 'Berani Mati' Diana Danielle Bikin Gempar Satu Malaya?

Posted: 09 Mar 2015 08:53 AM PDT

Gambar Dania Danielle dalam sebuah majalah yang disebarkan melalui internet dan sosial media.

Dunia hiburan tanah air agak gempar hari ini apabila dikejutkan dengan penyebaran beberapa keping foto seksi dan berahi pelakon Diana Danielle.

Namun, dalam banyak-banyak gambar tersebut, ada sekeping foto yang menjadi perbualan hangat menerusi laman sosial yang mana isteri kepada pelakon Farid Kamil itu hanya memakai baju dalam dan dibaluti dengan bendera Amerika Syarikat.

Khabarnya, Diana menjalani sesi fotografi bersama majalah Esquire Malaysia bagi keluaran bulan ini. Tindakannya yang 'berani mati' mendedahkan tubuh itu mendapat kritikan hebat daripada pelbagai, pihak ditambah lagi dengan statusnya sebagai seorang ibu.

Dalam sesi fotografi itu, Diana hanya mengenakan t-shirt hitam dan berseluar pendek hingga menampakkan pehanya selain satu lagi gambar yang terlihat mengenakan baju dalam berwarna hitam.

Wartawan akhbar cuba menghubungi Diana sendiri bagi menjawab isu tersebut, namun percubaan itu menemui kegagalan.

Malah, usaha untuk cuba menghubungi pengurusnya, Fadzil Zahari, Farid dan ibunya turut dilakukan, namun ke semua mereka turut gagal untuk dihubungi.

Dalam pada itu, Diana ada memuat naik sekeping foto di laman Instagramnya yang tertera 'Freedom is being you, without anyone's permission'.

Ia seolah-olah menunjukkan Diana sendiri sedar foto-foto tersebut akan dimuat naik dan menjadi viral di semua medium sosial. Rata-rata melontarkan komen negatif terhadap pelakon berusia 24 tahun ini.-UMO

Suara Politik
Belantan

MH370: 'Saya tahu apa yang saya ternampak'?

Posted: 09 Mar 2015 01:50 AM PDT


Suri rumah Raja Dalelah Raja Latife masih kekalkan kenyataan bahawa dia ternampak serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di laut dalam penerbangannya balik dari Jeddah, setahun lalu.

Menurut laporan berita The Star Online, Raja Dalelah, 54 tahun berkata telah ternampak objek besar yang menyerupai ekor dan sayap sebuah pesawat di perairan dari Pulau Andaman apabila dia terbang kembali ke Kuala Lumpur selepas menunaiklan haji di Mekah, pada 8 Mac, 2014.

Warga Johor ini masih menegaskan pendiriannya walaupun kenyataannya dikecam oleh juruterbang-juruterbang berpengalaman yang berkata ia mustahil untuk ternampak sesuatu di permukaan bumi apabila dilihat dari satu altitud 10,700m.

Sejak hari itu, Raja Dalelah telah membuat dua laporan polis mengenai apa yang dia ternampak - laporan pertama adalah sebaik sahaja dia kembali ke Malaysia ketika pasukan pencarian melancarkan operasi pencarian di Laut China Selatan berhampiran Vietnam. Dia membuat satu lagi laporan pada 17 Mac, selepas digalakkan oleh keluarganya. Pada waktu itu, seluruh dunia telah tahu bahawa kapal terbang MH370 telah berputar berbalik dan terbang di kawasan Selat Melaka dan juga di Lautan India.

Pada 8 Mac, Raja Delalah telah berlepas dari Jeddah melalui penerbangan SV2058 pada 3.30 pagi masa Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan enam jam ke dalam penerbangan, dia ternampak sesuatu yang aneh ketika melintas the Lautan India selepas terbang melepasi Chennai, India.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Satu Penang dok perati PGM1 tapi masih anggar peraturan

Posted: 09 Mar 2015 08:24 AM PDT


Namun, Ketua Menteri Lim Guan ENg tidak peduli dan masih terus melanggar peraturan jalanraya. Demikian posting Cucu Tok Selampit.


 
Lihat seterus di SINI.

Dari MB flip-flop, kini Azmin MB flip-flo-flip ...kikiki

Posted: 09 Mar 2015 05:30 AM PDT


Ini yang suatu masa Azmin lakukan sebaik jadi MB. Ia juga flip flop pertama Azmin.

Sebelum menyertai kerajaan, Azmin beserta AP DAP menentang projek Kiddex.Sebaik jadi MB, ini kataya:

:
Tiba-tiba dia bertukar pendirian:


Sekarang dia nafi batalkan.



Baca laporan Agendadaily SINI


Tahu ke Azmin mentadbir atau hanya standard masuk parit, spray nyamuk dan main politik???






APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


1MDB - Apa kata wakil Ketua Bahagian Umno?

Posted: 09 Mar 2015 10:33 PM PDT

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


KB calon Tuan Ibrahim lawan Hadi

Posted: 09 Mar 2015 08:33 AM PDT


Ura-ura bahawa Kota Bharu akan menjadi kawasan pertama PAS mencalonkan pencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden menjadi kenyataan malam ini.

Perkara itu dimuktamadkan sebentar tadi apabila mesyuarat jawatankuasa kawasan itu bagi memutuskan perkara itu.

Seperti disebut-sebut, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (bawah) dicalonkan bagi berdepan Hadi yang sudah menerajui PAS hampir 15 tahun selepas pemergian allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Pemimpin kanan bahagian itu ketika dihubungi petang tadi enggan mendedahkan siapa tokoh yang bermain di fikiran mereka tetapi hanya menjelaskan "bukan naib presiden Datuk Husam Musa".

Mesyuarat agung tahunan kawasan itu sebelumnya memberi mandat kepada anggota jawatankuasa pusatnya untuk memutuskan pencalonan jawatan tertinggi untuk pemilihan PAS Jun ini.

Sidang media diadakan malam ini di Pejabat PAS Kawasan Kota Bharu.

Menurut perlembagaan, seseorang anggota PAS memerlukan dua pencalonan untuk melayakkan mereka bertanding.

Sebanyak 27 jawatan peringkat pusat dipertandingkan.

Pemilihan PAS dijadual berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun tahun ini.

TOLAK AL QURAN, KATA KOON YEW YIN

Posted: 09 Mar 2015 03:56 AM PDT


mt2014-corridors-of-power
Amat menarik untuk kita lihat samada akar umbi Pas akan melaksanakan apa yang disarankan oleh Koon Yew Yin dan mereka yang lain yang telah menulis mengenainya, tolak Al Quran, kerana itulah maksud pada dasarnya.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Koon Yew Yin mungkin hanya menyatakan apa yang kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya bukan-Islam, rasakan berkenaan Islam di dalam artikelnya PAS moderates: Break away now, not later yang disiarkan oleh The Malay Mail.
Perpecahan mutakhir di dalam PAS dilihat sebagai pertembungan di antara mereka yang menyokong Anwar dan mereka yang tidak menyokongnya. Ini hanyalah separuh benar. Perpecahan yang lebih besar sebenarnya adalah di antara golongan Islamis dan Sekularis. Dan ini adalah apa yang Koon Yew Yin katakan secara dasarnya.
Kita perlu ingat bahawa kelahiran PAS itu sendiri pada tahun 1951 (pada masa itu dikenali sebagai Parti Islam Se Malaya) adalah kerana perbezaan pendapat di antara Islamis dan Sekularis di dalam Umno.
Golongan Islamis di dalam Umno mahu melihat Islamisasi berlaku, sementara Sekularis mahu melihat sekularisasi, walaupun bukan semua Islamis di dalam Umno adalah golongan ulama atau ustaz. Sebahagiannya merupakan golongan profesional yang menerima pendidikan Barat.
Perisiwa ini bermula pada bulan Ogos 1951. Presiden  dan pengasas Umno, Onn Jaafar, mahu membuka keahlian Umno kepada bukan-Melayu. Pihak parti telah menentang idea ini dan Onn mengatakan jika parti tidak bersama dengannya maka beliau terpaksa berundur.
Tunku Abdul Rahman pada mulanya enggan mengambil alih (beliau mahukan Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih) tetapi akhirnya berjaya didesak untuk menggantikannya. Namun, Tunku adalah seorang Sekularis di mana beliau minum, berjudi dan menghadiri lumba kuda setiap hujung minggu. Beliau tidak mengendahkan apa yang golongan Islamis katakan berkenaan gaya hidupnya yang tidak Islamik. (Malah, Tunku adalah orang yang meluluskan kasino pertama di Malaysia, Genting).
Tiga bulan kemudian, pada bulan November, semua golongan Islamis meninggalkan Umno dan menubuhkan parti Islam mereka sendiri.
Sekarang hampir 64 tahun berlalu, kita bertemu dengan pusingan yang sama. Sebahagian di dalam PAS mahu menjadikan parti ini lebih mirip kepada Umno (Sekular) sementara yang lain mahu parti itu mengekalkan objektif asal penubuhannya (sebagai parti Islam).
Inilah yang sebenarnya berlaku sekarang.
Golongan sekular dalam PAS hanya bimbang terhadap satu perkara: bagaimana hendak memenangi pilihanraya umum akan datang dan membentuk kerajaan pusat yang baru. Golongan Islamis, sebagaimana yang sering mereka katakan, lebih mengambil berat terhadap mempertahankan Islam daripada memenangi pilihanraya.
Di sinilah wujud perbezaan objektif mereka. Golongan Islamis dan Sekularis tidak berkongsi misi dan visi yang sama. Golongan Islamis mahu mendapat keredhaan Tuhan sementara Sekularis mahu mendapatkan kuasa politik. Oleh itu, mereka tidak mungkin bertemu di titik persamaan kerana dua objektif tersebut tidak serasi.
Untuk memenangi pilihanraya umum akan datang dan membentuk kerajaan pusat yang baru, ia perlu kepada platform Pakatan Rakyat. Ia tidak mungkin berlaku melainkan ketiga-tiga parti bekerjasama. Namun, jika Islamis mengemukakan agenda Islamik mereka, maka Pakatan Rakyat akan bergolak. Ini bermakna Pakatan Rakyat tidak akan berjaya.
Pada tahun 2008 dan 2013, bukan-Islam mengundi PAS sementara Muslim mengundi DAP. Ini menyebabkan Pakatan Rakyat berjaya. Tetapi jika bukan-Islam tidak mahu mengundi PAS sementara Muslim tidak mahu mengundi DAP, Pakatan Rakyat akan kalah banyak kerusi yang diperolehinya pada 2008 dan 2013.
Inilah umumnya apa yang berlaku.
Oleh itu golongan Islamis di dalam PAS perlu dikeluarkan, termasuk Presidennya Abdul Hadi Awang, dan seorang yang dilihat lebih sekular, liberal atau moderat perlu mengambil alih. Ini akan memberi keselesaan kepada bukan-Islam untuk mengundi PAS dan hanya dengan itu Pakatan Rakyat mempunyai peluang untuk menguasai Pusat.
Bukan Islam hanya mahu menang dalam pilihanraya. Itu sahaja yang penting bagi mereka.  Dan jika cara untuk menang adalah dengan menjadikan PAS lebih sekular dan kurang Islamik maka inilah yang mereka perlu lakukan.
Hakikat bahawa Koon Yew Yin dan lain-lain menggunakan perkatan seperti 'moderat' (positif) dan 'tegar' (negatif) adalah untuk menanamkan di dalam fikiran rakyat Malaysia bahawa sekular adalah golongan yang baik sementara Islamis adalah golongan yang jahat. Oleh itu, golongan jahat yang merupakan penghalang kepada Pakatan Rakyat daripada menguasai kuasa di Pusat perlu disingkirkan.
Apa yang orang seperti Koon Yew Yin katakan adalah Muslim perlu menolak Al Quran, tanpa perlu mengatakan secara jelas. Sudah tentu mengatakan sedemikian akan membunuh politik mereka. Tetapi implikasinya membawa maksud seperti itu: tinggalkan Al Quran.
Dan ini merupakan sesuatu yang amat sukar bagi kebanyakan Muslim lakukan. Memenangi pilihanraya mungkin penting, tetapi jika mereka perlu menolak Al Quran hanya untuk menang pilihanraya, kebanyakan Muslim tidak akan bersetuju.
Dalam masa tiga bulan kita bakal mengetahui apa yang akan berlaku. Adakah akar umbi PAS sanggup untuk menolak Al Quran bagi membantu Pakatan Rakyat memenangi kuasa Pusat?
Jika Tok Guru Nik Aziz masih hidup jawapannya sudah pasti tidak. Malah, PAS dilahirkan 64 tahun dahulu pada 1951 kerana golongan Sekular di dalam Umno dilihat menolak Al Quran dan mengutamakan Sekularisma.
Sekarang, kedua-dua golongan Sekularis dan Islamis di dalam PAS sedang giat berkempen. Mereka mahu ahli-ahli mereka menyokong samada sekularisasi atau Islamisasi. Dalam bulan Jun, ahli-ahli perlu membuat keputusan samada mempertahankan objektif asal parti atau mengubah PAS menjadi seperti Umno.
Amat menarik bagi kita menyaksikan samada akar umbi PAS akan melaksanakan apa yang telah ditulis oleh Koon Yew Yin dan lain-lain seperti yang telah saya katakan, tolak Al Quran, kerana inilah pada asasnya yang dimaksudkan - malaysia today

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AKHIRNYA DAP BERJAYA BUNUH POLITIK ANWAR, KINI GILIRAN NURUL IZZAH

Posted: 09 Mar 2015 08:16 PM PDT

KENAPA BUKAN LIM GUAN ENG? 
DAP hari ini menyatakan sokongan terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang bagi membahaskan titah Diraja di Dewan Rakyat esok.
Ini sekaligu menafikan khabar angin yang menyatakan DAP mengintai jawatan tersebut berdasarkan parti itu mendapat majoriti di parlimen, DAP-38, PKR-30 dan PAS-21 ahli parlimen.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan The Malaysian Insider berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat ahli-ahli parlimen DAP petang ini.
"Tiga puluh tujuh Ahli Parlimen DAP telah mengadakan mesyuarat petang ini dan kita bersetuju bahawa Anwar masih mendapat sokongan daripada DAP untuk menjadi pemimpin pembangkang.
"Selagi dia masih Ahli Parlimen Permatang Pauh, dia adalah ketua pembangkang Malaysia. Kami tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai jawatan ketua pembangkang selagi beliau masih pemimpin pembangkang.
"Jika dia tidak dapat hadir ke Parlimen esok, tempatnya hendaklah diganti oleh seorang Ahli Parlimen PKR. Saya rasa ia sepatutnya (diambil alih oleh) Ahli Parlimen Lembah Pantai (Nurul Izzah)," kata Guan Eng pada sidang akhbar di Hotel Gardens di Kuala Lumpur.
Guan Eng dilaporkan The Malay Mail berkata pemilihan Nurul Izzah menggantikan Anwar adalah pilihan yang tepat.
"Dia (Nurul Izzah) akan menyediakan konteks yang betul," katanya tanpa menerangkan lebih lanjut lagi.

Terdahulu, Nurul Izzah dilaporkan Sinar Harian berkata beliau bersedia menggantikan tempat ayahnya bagi membahaskan titah Diraja, esok.
"Saya akan bacakan ucapan ketua pembangkang bagi menyampaikan suara Permatang Pauh (Anwar Ibrahim) dalam dewan esok.
"Saya tak nampak ada halangan untuk saya mewakili beliau kerana sebelum ini Datuk Saifuddin Nasution juga pernah mewakili Anwar untuk membacakan ucapan ketua pembangkang," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut, Izzah menjelaskan tiada sebab untuk beliau tidak dapat mewakili bapanya kecuali dihalang oleh pihak-pihak tertentu.
"Saya tidak rasa ada masalah melainkan ada halangan politik lain yang tidak menginginkan perkara itu berlaku," katanya.
Anwar tidak dapat menghadiri sidang Parlimen berikutan menjalani hukuman penjara kerana dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sedang mengemukakan pengampunan Diraja yang dipohon keluarganya.
Sementara itu, Nurul Izzah menegaskan bahawa pakatan pembangkang tidak akan berhenti berusaha untuk memastikan Anwar dapat menyertai sidang Dewan Rakyat bagi sesi kali ini.
"Kita terus menerus berusaha agar beliau diberikan ruangan untuk hadir dalam sesi kali ini," tegas beliau.
Sementara itu Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul turut mengesahkan perkara berkenaan.
"Saya akan jumpa Speaker, setakat ini hampir pasti beliau (Izzah) yang akan baca. Sekarang ini kami dalam proses nak maklumkan kepada Speaker yang akan bacakan ucapan adalah Lembah Pantai," kata Ahli Parlimen PKR Sungai Petani itu di lobi Parlimen hari ini.

DAP MENUJU GERAKAN 13 MEI, DEMO 307 TESTING SAHAJA KATA HELEN

Posted: 09 Mar 2015 06:46 AM PDT

"Perhimpunan 'Bebaskan Anwar' semalam (Sabtu) dikuasai oleh peserta Cina dimobilisasikan oleh DAP,"kata Helen dengan merujuk kepada gambar-gambar yang dipaparkan laman AIDC, tulisan pengomen bernama 'Sūnzĭ bīngfǎ.'
Ini merupakan penemuan terbaharu yang tersasar daripada persepsi umum yang sebelum ini mendakwa program #Kitalawan adalah mobilisasi Angkatan Muda Keadilan (AMK),PKR.
"ADUN-ADUN DAP dari Selangor – Ng Suee Lim (Sekinchan), Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Baru), Yeo Bee Yin (Damansara Utama) dan Ng Tze Han (Kinrara) – mengetuai satu bahagian dalam perhimpunan bebaskan Anwar. Kesemua mereka adalah Kristian," jelas Helen.
"Evangelistas dari DAP – Ong Kian Ming (Ahli Parlimen Serdang) dan Rajiv Rishyakaran (ADUN Bukit Gasing, pakai T-shirt Nike) berada di perhimpunan itu juga. Turut hadir ialah Anthony Loke (MP Seremban),"jelas Helen lagi.
Ini merupakan dua contoh gambar yang dipaparkan semula Helen untuk membuktikan DAP merupakan master mind di sebalik tabir perhimpunan 307 #Kitalawan di Sogo Sabtu lalu.
Banyak lagi gambar-gambar lain yang dipaparkan, lihat kesemuanya, sila baca "307 #Kitalawan : Awas Agenda Tersirat DAP."
Dengan maksud tersirat, Helen merumuskan perhimpunan #Kitalawan Sabtu lalu adalah perlawanan di antara DAP dengan UMNO.
"Penduduk Pulau Pinang adalah 684700-Cina dan 684500-Melayu. Apabila Cina dan Melayu hampir sama bilangannya, maka masyarakat Cina akan mendominasinya.
"Penduduk Kuala Lumpur adalah 694.600-Melayu dan 665.600-Cina Melayu Cina. Apabila penduduk Melayu melebihi bilangan penduduk Cina dengan margin yang kecil, masyarakat Cina masih lagi menguasai kawasan tersebut.
"Populasi penduduk Selangor adalah 3,069,700-Melayu dan 1,504,200 – Cina. Bilangan penduduk Melayu dua kali ganda lebih ramai daripada penduduk Cina, (namun) masyarakat Cina masih lagi memainkan peranan utama dalam petadbiran negeri.
"Masyarakat Cina kuat sebab 90 peratus daripada mereka bernaung di bawah DAP," kata Helen.
Untuk mengukuhkan lagi penemuan terbaharu Helen bahawa perhimpunan 307 #Kitalawan di Sogo, Sabtu lalu dimobilisasi oleh DAP, laman ini memberi beberapa keterangan tambahan terhadap gambar-gambar yang berkaitan.
Jeremy Chuah (dua dari kanan) dari Ipoh Barat ke Sogo,Kuala Lumpur. Jeremy Chuah adalah Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M.Kula Segaran.
Wong Hon Jun atau lebih dikenali sebagai Junz Wong (memakai topi sambil mengangkat tangan). Junz Wong adalah Setiausaha Organisasi DAP Sabah yang juga ADUN Likas, Sabah
Junz Wong bergambar bersama ahli DAP Melayu, Syefura Othman (Rara).
Tan Hong Pin (duduk di hadapan, pakai T-shirt 'S') sedang mendengar taklimat keselamatan sebelum bertolak ke Sogo. Tan adalah Ketua Pemuda DAP Negeri Johor dan juga ADUN Mengkibol.
Ketua Pemuda DAP Pusat, Teo Kok Siong (kiri) sedang memberi taklimat. Teo adalah ADUN Bahau, Negeri Sembilan. Di sebelah kanan Teo adalah Ng Tien Chee (Eddie), Pengerusi Biro Unit Tindakan Khas (UTK), Pemuda DAP Pusat. Eddie yang merupakan ADUN Balakong Selangor (yang didedahkan sedang berjudi baru-baru ini) mengetuai pengawalan demo #Kitalawan Sabtu lalu. Tweeter itu ditweet oleh Thomas Su Keong Siong yang merupakan Timbalan Setiausaha Organisasi DAP Pusat dan juga Ahli Parlimen Ipoh Timur
Unit Tindakan Khas DAP memakai vest baju berwarna merah berada di barisan hadapan semasa perhimpunan #Kitalawan Sabtu lalu
Gambar dari belakang salah seorang UTK DAP. Di bahagian belakang vest baju itu ditulis 'UNIT TINDAKAN KHAS'
Gambar demonstran yang berada di atas kenderaan semasa himpunan Sabtu lalu turut mengimbau kenangan lampau 13 Mei 1969.
Namun, ianya berbeza kerana pada 13 Mei, para demonstran membuat provokasi melampau dengan membawa 'penyapu' besar untuk menghalau masyarakat Melayu dari negara ini.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:36 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Pelancong Ini Menangis Akibat Rempuhan Pendemo #KitaLawan Di KLCC

Posted: 09 Mar 2015 12:10 AM PDT


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:26 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PRK Dun Chempaka: PAS ditentang 4 calon Bebas

Posted: 09 Mar 2015 09:11 PM PDT

KOTA BHARU: Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Chempaka menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas.
Pegawai Pengurus PRK Dun Chempaka, Ibrahim Bakri Mat Deris mengumumkan demikian di pusat penamaan calon di dewan Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa sebentar tadi.
Calon PAS, Ustaz Fathan Mahmood berhadapan dengan empat calon Bebas iaitu Izzat Bukhari Ismail Bukhari, Fadzillah Husin, Aslah Mamat dan Sharif Mahmood.
Lambang yang digunakan empat calon Bebas itu ialah Fadzillah (kunci), Izzat Bukhari (pen), Aslah (buku) dan Sharif (gajah).
Hari mengundi ditetapkan pada 22 Mac sementara pemilihan awal 18 Mac.
PRK Dun Chempaka diadakan berikutan kematian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku penyandang pada 12 Februari lalu.
Pada PRU13 lalu, Tuan Guru memenangi kerusi Dun Chempaka menewaskan calon BN dengan majoriti 6,500 undi.
Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengetuai perarakan calon PAS yang diiringi kira-kira 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat bermula dari Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) sehingga ke MRSM Pengkalan Chepa, sejauh kira-kira 1.6 km.
Sebelum itu, solat dihajat diadakan di madrasah Putik yang diimamkan oleh adik Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Nik Razi Nik Mat.

Pertembungan 5 penjuru di PRK Chempaka

Posted: 09 Mar 2015 09:02 PM PDT

Pilihan raya kecil DUN Chempaka ada 22 Mac ini bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru antara calon PAS dan empat lagi calon bebas selepas mereka menyerahkan borang pencalonan pagi ini.

Perkara itu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lapor Bernama.

Calon PAS Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad bakal dicabar empat calon Bebas iaitu Fadzillah Hussin, 55; ahli perniagaan Aslah Mamat, 64; dan Naib Yang Dipertua PERKASA Kelantan Sharif Mahmood, 59;

Imam Masjid Baung itu turut dicabar Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, yang pernah bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor.

Read More / Baca Lagi >>

'Rasa ganjil bila UMNO@BN tak bertanding'

Posted: 09 Mar 2015 08:59 PM PDT

PRK Dun Chempaka 
 Calon bebas, Aslah Mamat, 64, dari Sungai Petai, Pasir Puteh ketika mengambil pas masuk untuk penyokongnya pagi tadi.

KOTA BHARU - Rasa 'ganjil' setelah BN tidak meletakkan calon bagi PRK Dun Chempaka mendorong calon bebas, Aslah Mamat, 64, menghantar borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, di sini.

Aslah yang juga pesara Kementerian Kesihatan berasal dari Sungai Petai, Pasir Puteh seolah-olah 'menceriakan' perarakan penamaan calon bersama 10 penyokongnya, pagi tadi.

"Saya rasa ganjil dan hairan kerana biasanya setiap kali PRK, ada calon dari parti pemerintah dan parti pembangkang.

"PRK kali ini berbeza dan saya terpanggil untuk masuk bertanding, ia penting kerana saya juga ada 'mesej tersirat' yang dipendam sejak 30 tahun lalu," katanya kepada pemberita di pekarangan Pusat Penamaan Calon MRSM Pengkalan Chepa.

Read More / Baca Lagi >>

Ahli Parlimen PR botak kepala demi Anwar

Posted: 09 Mar 2015 08:58 PM PDT

IMG_6267KUALA LUMPUR, 10 MAC: Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dan seorang Adun Pulau Pinang secara sukarela membotakkan kepala mereka sebagai tanda protes terhadap pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di depan bangunan Parlimen.
Tiga pemimpin yang memulakan acara itu adalah Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Wong Sze Phin; Ahli Parlimen Pasir Putih, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Adun Machang Bubuk, Lee Kai Loon.
Protes cukur rambut yang berlangsung secara aman selama 15 minit itu turut disertai hampir 20 Ahli Parlimen sambil melaungkan 'Bebaskan Kehakiman', 'Bebas Anwar' dan Bebaskan Perundangan'.
Pada masa sama, Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggerakkan Petisyen Rakyat untuk pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petisyen itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi memohon perkenan Seri Paduka Baginda untuk membebaskan Anwar daripada hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas beliau.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat botakkan kepala simbolik tuntut Anwar dibebaskan

Posted: 09 Mar 2015 08:56 PM PDT

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat botakkan kepala simbolik tuntut Anwar dibebaskan
KUALA LUMPUR: Seramai 15 orang penyokong Pakatan Rakyat termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua Ahli Parlimen membotakkan kepala sebagai simbolik menuntut pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Protes yang diadakan di hadapan pintu masuk Parlimen turut disertai wakil rakyat gabungan pembangkang.

"Kami buat ini adalah untuk memaklumkan kepada dunia bahawa ketua pembangkang perlu bebas dan juga perlu dibenarkan berada di dalam Parlimen.

"Beliau seharusnya tidak disekat untuk bersama di dalam Parlimen adalah kerana dia masih Ahli Parlimen dan juga Ketua Pembangkang yang sah," kata Ketua Whip PKP, Datuk Johari Abdul ketika ditemui di perkarangan Parlimen semasa protes itu berlangsung.

"Saya akan simpan rambut ini sebagai bukti pengorbanan mereka."

Protes ini juga bertujuan untuk mengumpul sokongan bagi menuntut supaya Anwar dibebaskan dan petisyen tersebut akan diserahkan kepada Yang Di Pertuan Agong (YDPA) Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.
Read More / Baca Lagi >>

Protes botak depan Parlimen untuk Anwar

Posted: 09 Mar 2015 08:54 PM PDT

Lebih 15 orang membotakkan kepala mereka di depan bangunan Parlimen hari ini sebagai tanda bantahan terhadap pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anggota Parlimen yang terlibat dalam kempen itu termasuk  Jimmy Wong (Kota Kinabalu), Nik Maizan Nik Mohamad (Pasir Puteh) dan  Lee Khai Loon (Machang Bubuk).

4 calon bebas cabar PAS di PRK Chempaka

Posted: 09 Mar 2015 08:18 PM PDT

Penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka menyaksikan calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood dicabar 4 calon Bebas setakat ini, lapor Bernama Radio pagi ini.
Proses penamaan calon bagi PRK DUN Chempaka yang berlangsung di Dewan Bitara, Maktab Rendah Sains Mara, Pengkalan Chepa, Kota Baru, Kelantan bermula jam 9 pagi ini.
Setakat jam 10 pagi, selain Fathan, 4 calon dilihat berada di pusat penamaan itu iaitu Fadzillah Hussin, Sharif Mahmood, Izat Bukhary Ismail Bukhary dan Aslah Mamat.
 PRK DUN Chempaka diadakan susulan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Februari lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada hari ini dan jika ada pertandingan, hari mengundi ditetapkan pada 22 Mac dengan pengundian awal pada 18 Mac.

Dah tahu harga turun KENAPA 'beli barang perlu sahaja' !!!..

Posted: 09 Mar 2015 03:56 PM PDT

ATAU sebenarnya rakyat bakal DITIPU menteri & KERAjaan umno/BN jika GST dilaksanakan 3 MINGGU LAGI dari skrg..

FOMCA: Lanjut usia persaraan nafi hak generasi muda

Posted: 09 Mar 2015 03:54 PM PDT

Perhimpunan Bulanan SUK-MB (7)SHAH ALAM, 9 MAC: Cadangan untuk melanjutkan umur persaraan daripada 60 kepada 62 tahun dilihat bakal menafikan hak generasi muda untuk berkhidmat dalam agensi kerajaan.
Timbalan Presiden  Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, kadar pengangguran dalam kalangan siswazah bakal meningkat, di samping pekerja muda tidak berpeluang merasa kenaikan pangkat.
"Pekerja muda terpaksa tunggu lama untuk kenaikan pangkat. Yang baru keluar universiti kena tunggu orang lain pencen, baru boleh mohon kerja itu," katanya ketika dihubungi Selangor Kini.
FOMCABeliau berkata, cadangan ini perlu diperhalusi kerana berkenaan soal kemampuan sesorang yang dianggap sudah berumur untuk memikul tanggungjawab.
"Kemampuan untuk buat kerja pada usia 60 hingga 62 tahun perlu diambil kira.
"Tapi, kalau sesetengah sektor atau jawatan yang memerlukan kepakaran dan pengalaman mungkin tiada masalah untuk praktikkan persaraan lambat," katanya.
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan itu dengan membandingkan dasar negara luar seperti Singapura, Thailand , Sri Lanka, Eropah dan Amerika Syarikat yang menetapkan umur persaraan mencecah 65 tahun.

Teoh Beng Hock: Polis ingkar arahan mahkamah buka semula siasatan

Posted: 09 Mar 2015 03:51 PM PDT


teo nie ching_bernama


KUALA LUMPUR. 9 MAC – Setelah enam bulan mahkamah mengarahkan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara membuka semula siasatan terhadap pembunuhan mendiang Teoh Beng Hock, tapi sehingga kini masih tiada tindakan diambil.
Pada 5 September tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa kematian Beng Hock adalah akibat daripada beberapa kecederaan setelah jatuh dari tingkat 14 bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Selangor.
Mahkamah malah berkata bahawa hal terbabit dipercepatkan oleh tindakan pihak-pihak yang tidak diketahui, termasuk pegawai SPRM yang terlibat dalam penahanan dan siasatan mendiang Beng Hock.
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dalam kenyataannya hari ini mempersoalkan apa yang telah dilakukan oleh pihak polis berikutan arahan mahkamah enam bulan lalu.
"Enam bulan sudah berlalu, Ketua Polis Negara mesti menjawab kepada keluarga dan orang ramai. Apa yang telah dilakukan oleh pihak polis untuk mengenalpasti dan mendakwa pegawai SPRM yang bertanggungjawab ke atas kematian Teoh Beng Hock?" soal beliau.
Lebih mengharukan lagi, sementara tiada pendakwaan dibuat terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian Beng Hock, salah seorang pegawai SPRM yang menyoalsiasat mendiang kini dinaikkan pangkat sebagai Pengarah SPRM Sabah.
"Laporan Surhanjaya Siasatan Diraja jelas menyebut Hishammuddin Hashim sebagai 'ketua yang angkuh', yang juga merupakan timbalan pengarah SPRM Selangor pada waktu itu,"
Read More / Baca Lagi >>

Nur Jazlan tidak perlu ikut cakap sesiapa untuk siasat 1MDB – Kit Siang

Posted: 09 Mar 2015 03:50 PM PDT


LKS


KUALA LUMPUR, 9 MAC – Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak perlu mendengar cakap sesiapa dalam menjalankan tugasnya menyiasat kewangan syarikat pelaburan kerajaan 1MDB.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, ekoran percanggahan kenyataan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, PAC harus segera bermesyuarat.
"Walaupun Perdana Menteri berkata bahawa PAC patut bermesyuarat selepas Ketua Audit Negara melengkapkan siasatan, Timbalan Perdana Menteri pula berkata PAC patut bermesyuarat segera.
"PAC nak dengar cakap siapa? Perdana Menteri atau Timbalannya? Saya rasa PAC tidak perlu ikut cakap siapa-siapa, tetapi bertanggungjawab hanya kepada Parlimen," tegas Kit Siang.
Menurutnya lagi, Nur Jazlan perlu segera mengadakan mesyuarat PAC dan tanpa berlengah memutuskan mengenai kaedah siasatan memandangkan skandal 1MDB telah berlarutan selama enam tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Wanita perlu bebas diri dari patriarki dan cauvinisme, bersama lawan penderaan, keganasan

Posted: 09 Mar 2015 03:49 PM PDT


SUFI3748

oleh Dyana Sofya

Kempen 'Wake Up To A Good Cause' oleh Marie Claire Malaysia dan Women's Aid Organisation (WAO) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memberi setiap wanita yang pernah mengalami penderaan satu suara selain mengutip dana untuk salah satu NGO yang ditubuhkan khusus bagi memperkasa wanita didera di negara ini.
Satu dalam setiap tiga wanita di dunia ini adalah mangsa keganasan. Sementara itu, kira-kira 39% daripada wanita Malaysia telah didera secara fizikal, mental atau emosi. Walaupun penderaan fizikal biasanya lebih jelas, yang sama tidak boleh dikatakan untuk penderaan mental dan emosi.
Ironinya, walaupun kempen ini bertujuan untuk menamatkan keganasan dan penderaan terhadap wanita, tetapi ia telah menjadi sasaran keganasan terhadap wanita di dalam media sosial oleh pihak tertentu. Kontroversi meletus sejak beberapa hari lalu ke atas kempen ini semata-mata kerana gambar untuk kempen tersebut diambil dalam bilik tidur, kamar mandi, dan dapur, untuk menggambarkan aktiviti pertama yang dilakukan selepas bangun tidur. Saya tidak pasti tentang beberapa orang lain, tetapi perkara pertama difikirkan tentang katil sepatutnya tidur.
Daripada memberikan fokus kepada tujuan kempen ini, 'pendera' lebih suka merendahkan wanita-wanita yang sedang berusaha meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kempen ini. Yang peliknya, beberapa komen-komen ini datang dari wanita sendiri.
Satu contoh ialah kenyataan Ketua Penerangan Puteri Umno Haryaty Hamzah yang mengutuk saya mengambilan bahagian dalam kempen dengan mengatakan "Ia perlakuan yang memalukan, Dyana harus fikir cara lain yang lebih sopan daripada bergambar dengan gaya sebegitu di bilik tidur."
Komen daripada sayap yang sepatutnya mewakili golongan wanita muda profesional dalam Umno adalah amat mengecewakan, kerana gambar wanita yang diketengahkan di dalam majalah tersebut bukannya tidak senonoh malah tidak berbeza daripada apa yang dilihat di iklan setiap hari. Apakah beliau mencadangkan bahawa wanita tidak dibenarkan untuk mengambil gambar yang baik dan kreatif untuk menggalakkan usaha-usaha untuk membantu wanita lain? Kempen tersebut tidak terhad kepada model kerana penganjur berusaha untuk menampilkan wanita yang memberikan inspirasi
Jelas sekali, Puteri Umno lebih suka judge a book by its cover, dan dengan berbuat demikian hanya terus menindas wanita dan bukannya membebaskan mereka. Jika gambar yang tidak bersalah dan tidak menjolok mata, membuatkan mereka terbayang aksi kurang enak, maka mungkin tanggapan mereka yang bermasalah. Ia adalah memalukan bahawa mereka tidak boleh menyalurkan sumber dan tenaga mereka ke dalam meningkatkan kesedaran dan membantu untuk menyelesaikan isu-isu wanita sebenar dan bukan mencaci wanita lain yang sedang cuba untuk menyumbang kepada tujuan yang baik.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas Nik Nazmi, Ketua DAPSY mangsa salahguna kuasa polis seterusnya?

Posted: 09 Mar 2015 03:48 PM PDT


kok seong


KUALA LUMPUR, 9 MAC – DAP mengecam keras tahanan reman yang dikenakan terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad ekoran penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan Sabtu lalu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, keputusan mengecam tindakan polis ke atas Nik Nazmi dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Ahli-ahli Parlimen DAP tengah hari tadi.
"Tidak seharusnya seorang Ahli Exco direman sehingga tiga hari kerana beliau bukannya seorang yang berbahaya,
"Beliau hanya menggunakan haknya untuk mengadakan perhimpunan secara aman.
"Keputusan reman tiga hari ini memang tidak munasabah dan merupakan satu penganiayaan," ujar Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Nik Nazmi ditahan reman selama tiga hari di Lokap Berpusat Jinjang bagi membantu siasatan terhadap perhimpunan aman Sabtu lalu.
Beliau mempersoalkan Nik Nazmi perlu ditahan sehingga tiga hari, sedangkan soal siasat boleh dibuat tanpa menahan Ketua Angkatan Muda Keadilan itu.
"Beliau tentu akan memberikan kerjasama. Beliau adalah seorang wakil rakyat dan telah dilantik sebagai seorang ahli exco negeri Selangor," tambah beliau.
Teo Kok Seong mangsa seterusnya?
Selain Nik Nazmi, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong turut telah dipanggil polis untuk disiasat mengenai perhimpunan aman Sabtu lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah telah menerima panggilan telefon daripada pihak polis dan sedia memberikan kerjasama penuh.
"Kita melahirkan rasa prihatin terhadap Kok Seong kerana beliau akan menjadi sasaran selepas Nik Nazmi," kata Guan Eng sambil menambah bahawa peguam-peguam DAP bersedia membela Kok Seong.
Read More / Baca Lagi >>

Reaksi campur baur rakyat Terengganu mengenai hukum Takzir

Posted: 09 Mar 2015 03:47 PM PDT


pulau kapas

Pelaksanaan undang-undang syariah takzir yang dikuatkuasakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bermula 1 Januari lalu dilihat mendapat reaksi yang pelbagai daripada rakyat negeri berkenaan.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan The Rakyat Post, penguatkuasaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 itu tidak disokong secara menyeluruh kerana terdapat perkara-perkara yang dilihat tidak begitu berkesan.
Kebanyakan mereka menyokong penguatkuasaan di kalangan pengguna motosikal bersama individu bukan mahram yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam di bawah Seksyen 34.
Penguatkuasaan berkenaan juga dikatakan telah berjaya mengurangkan aktiviti berdua-duaan antara bukan muhrim di tepi pantai dan juga tempat awam di negeri berkenaan.
Namun begitu, penutupan pasar raya dan juga premis perniagaan seperti restoran makanan segera di Terengganu mulai jam 12.30 tengah hari sehingga 2.30 petang setiap Jumaat bagi membolehkan lelaki beragama Islam menunaikan solat Jumaat dilihat boleh mendatangkan kesan negatif ke atas perniagaan dan tidak begitu praktikal.
Menurut seorang peniaga kraftangan, Ramlan Abdul Ghani, 40, aktiviti penguatkuasaan ke atas pasangan bukan mahram berdua-duaan dilihat merupakan satu pendekatan positif bagi mengurangkan aktiviti seumpamanya di negeri berkenaan.
Jelasnya, semenjak ia dilaksanakan terdapat perubahan dari segi jumlah anak-anak muda berdua-duaan di tepi pantai.
"Sebaiknya jumlah pegawai penguatkuasa perlu ditambah bagi membolehkan ia dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Read More / Baca Lagi >>

Undang-Undang Syariah Takzir hanya libatkan orang Islam

Posted: 09 Mar 2015 03:45 PM PDT

masjid terapung
Masjid Tengku Tengah Zaharah merupakan antara masjid ikonik di Terengganu. Baru-baru ini kerajaan negeri Terengganu menambahbaik perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Takzir 2001.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan bahawa penguatkuasaan Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) 2001 melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) hanya melibatkan umat Islam di negeri berkenaan.
Menurut Ahmad Razif, beliau meminta semua pihak termasuk bukan Islam perlu menghormati penguatkuasaan berkenaan demi kebaikan orang Islam tanpa menggugat bangsa lain.
Beliau berkata, enakmen yang melarang berpakaian mencolok mata bagi wanita Islam, melarang wanita dan lelaki bukan muhrim menunggang motosikal bersama dan lain-lain itu tidak akan menjejaskan bangsa lain.
Sebaliknya kata beliau ia adalah lebih kepada usaha untuk mengekang gejala sosial terutamanya melibatkan golongan muda Islam di negeri berkenaan.
Katanya, dia beri keyakinan kepada bangsa lain bahawa kita akan hormati hak-hak mereka bukan Islam tetapi dalam masa yang sama mereka juga perlu menghormati penguatkuasaan yang Kerajaan negeri laksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Takzir 2001.
"Ini kerana, kita sedar sebaik kita mengumumkan pelaksanaan ini enakmen jenayah syariah ramai yang menyuarakan pendapat, di mana ada yang bersetuju dan sebaliknya, tetapi saya ingin tegaskan bahawa apa yang dilaksanakan ini adalah untuk kebaikan umat Islam tanpa menggugat bangsa lain.
"Malah, dalam kehidupan bermasyarakat ini kita kena saling menghormati satu sama lain, di mana apa yang kita laksanakan ini penguatkuasaan enakmen kesalahan jenayah adalah untuk membentuk generasi muda yang lebih berdisiplin dan tidak terjebak dengan gejala negatif," katanya dipetik berkata oleh Teganukita.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah belum cukup syarat ganti Anwar - Dr Jeniri Amir

Posted: 09 Mar 2015 03:44 PM PDT

Nurul Izzah Anwar 
SHAH ALAM - Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar masih belum cukup syarat untuk menggalas jawatan ayahnya di Parlimen sebagai Ketua Pembangkang.
 
Meskipun esok Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR akan bertindak sebagai 'ketua pembangkang' untuk membacakan ucapan bagi membahaskan titah Diraja di Dewan Rakyat, penganalisis berpendapat perkara itu lebih kepada statusnya sebagai anak kepada Anwar.
 
Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, suasana itu mampu untuk meraih sokongan dan simpati ekoran Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mempunyai pertalian darah dengan Anwar.
 
"Lebih baik untuk anak dia yang menyampaikan isi hati Anwar untuk meraih sokongan dan simpati orang ramai," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
 
Katanya, beliau tidak melihat Nurul Izzah akan mengambil alih tugas ketua pembangkang untuk jangka panjang, sebaliknya hanya untuk jangka pendek.
 
"Untuk sementara waktu tidak ada masalah kerana ia sesuai dengan tempoh transisi sekarang dan emosi penyokong Anwar yang masih lagi memuncak.
 
"Anaknya yang paling sesuai untuk sementara waktu mengungkapkan sesuatu yang mungkin menyentuh hati orang selain dari mengemukakan pandangan-pandangan Anwar," katanya.
 
Read More / Baca Lagi >>

Polis tubuh pasukan khas siasat penyelewengan 1MDB

Posted: 09 Mar 2015 03:41 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan tersebut dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

Menurut Khalid, semua laporan yang diterima berkaitan penyelewengan 1MDB akan dirujuk kepada pasukan tersebut yang ditubuhkan empat hari lalu.

Kes akan dirujuk mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu dan 409 kanun sama kerana pecah amanah.

Khalid ditemui selepas menghadiri majlis menandatangani surat setuju terima kolaborasi latihan PDRM dan University of Derby di Cheras, Selangor.

Cara Umno: Hutang 1MBD bukan tanggungjawab kerajaan

Posted: 09 Mar 2015 03:40 PM PDT

Syed Ali Alhabshee 
SHAH ALAM – Hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bukan masalah kerajaan sebaliknya ia perlu dipertanggungjawabkan oleh pihak pengurusan syarikat itu termasuk lembaga pengarahnya.
 
Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan tindakan perlu diambil kepada mana-mana pihak yang menyebabkan syarikat pembangunan itu mengalami kerugian.
 
Malah beliau turut menasihatkan agar tiada pihak yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kemelut 1MDB.
 
"Saya menasihatkan mana-mana pihak agar jangan mengaitkan 1MDB dengan Perdana Menteri (kerana beliau) tidak ada kena mengena dengan sebarang urus niaga sama ada memberikan keuntungan dan kerugian kepada dana tersebut.
 
"Sebaliknya pihak pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB kena tampil memberikan jawapan dan penjelasan bagaimana urus niaga dijalankan sehingga menanggung kerugian sebanyak itu. Mereka kena tampil memberitahu bagaimana dana awam tersebut diuruskan.
 
"Tindakan mengaitkan Perdana Menteri dalam isu kerugian 1MDB itu jelas bermotif fitnah dan seolah-olah mahu memberikan gambaran kepada rakyat betapa lemahnya kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib. Padahal pihak pengurusan 1MDB yang perlu dipertanggungjawabkan dalam urus niaga syarikat terbabit," katanya yang dipetik melalui artikel di blog Umno Cheras, baru-baru ini.
 
Beliau turut berpandangan tindakan sesetengah pihak yang meletakkan kesalahan itu kepada Najib sebagai tidak adil.
 
"Mana adil pihak berkenaan mahu menyalahkan Najib sedangkan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB senang-senang menerima gaji dan elaun bulanan.
 
Read More / Baca Lagi >>

Cara Memangil Rezeki Yang Tak Terduga

Posted: 09 Mar 2015 03:39 PM PDT


BENGKEL REZEKI LAA YAHTASIB
Bengkel Mengapai Rezeki Laa Yahtasib Ini merupakan satu keilmuan istimewa dalam menggapai hajat yang berbentuk rezeki dan kewangan. Bengkel ini sangat ampuh dan berkesan. Ianya merupakan satu-satunya cara yang mujarab dan ampuh untuk menarik, melapangkan, mempermudahkan, memperlancarkan, dan mempercepatkan datangnya rezeki dan kekayaan dengan kaedah SOQAS, antara ilmu yang akan dikongsikan adalah seperti di bawah:-

1) Rahsia Membuat Ibu Duit La Yahtasib
2) Rahsia Membuahkan Wang La Yahtasib
3) Rahsia Memanggil Rezeki La Yahtasib
4) Rahsia Pembukaan Khazanah La Yahtasib
5) Rahsia Memangil Rezeki Secara Tak Terduga
6) Kaedah Menarik Rezeki Yang Berlimpah Ruah, Berkat Dan Memiliki
7) Ilmu Membuahkan Wang Ghaib - 21 Hari Untuk Melihat Hasilnya
8) Kaedah Menarik Tender, Bisnes, Proposal Dan Lain Lain
PENGIJAZAHAN:
Amalan Selawat Taqiyuddein (Selawat Sayyidi Al 'Arif Billahi Muhammad Taqiyuddein Ad Damasyqi Al Hambali)
Perhatian: InsyaAllah, dengan berkat usaha yang anda lakukan maka rezeki anda akan bertambah dari sehari ke sehari. Ilmu ini adalah amalan guru-guru pondok zaman dahulukala dan masih diamalkan pada zaman ini.

Amalan ilmu-ilmu di atas adalah bersih dan DIJAMIN Bebas unsur-unsur syirik, tahyul, khurafat, atau unsur-unsur jahat jin, syaitan, iblis, khadam dan makhluk halus. 
Yuran:  RM180 seorang                      
Tarikh: 29 Mac 2015 (Ahad)                     
Hubungi: 
Read More / Baca Lagi >>

Forum 'Ke mana PAS tanpa Nik Aziz?'

Posted: 09 Mar 2015 08:33 AM PDT

Selepas tokoh utama PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia bulan lalu, ke manakah arah parti itu, yang kini dilanda pergolakan dalaman paling serius.

Bekas menteri besar itu sebelumnya pernah dengan jelas mendukung kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat, termasuk cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menumbangkan BN dalam projek '16 September' 2008.

Namun dalam krisis Selangor, sewaktu kesihatannya sering terganggu, kenyataan Nik Aziz dilihat tidak sejalan dengan pendekatan Anwar dalam menukar menteri besar.

Selain pernah dilihat dekat dengan Anwar, yang kini dipenjara selama lima tahun, Nik Aziz juga dikatakan mempunyai kelicikan berpolitik yang lebih tinggi berbanding beberapa pemimpin kanan lain.

Nik Aziz juga lantang mengkritik Umno, sekali gus membayangkan beliau tidak bersetuju dengan sebarang usaha sama dengan parti Melayu itu -- dakwaan yang dilemparkan oleh mereka yang menentang idea "kerajaan perpaduan"

Sebagai warisan pentadbirannya di Kelantan, isu hudud dijangka akan dibahaskan. Negeri itu akan membentangkan pindaan enakmen hudud minggu depan.

Malaysiakini cuba meneroka senario dalam PAS, menjelang pemilihan parti itu Jun ini, setelah perginya mursyidul am PAS yang disegani ramai ini.

Read More / Baca Lagi >>

Fakta masa perjalanan kewangan 1MDB

Posted: 09 Mar 2015 08:23 AM PDT

Oleh MOHD ARIF JUHANI
28 September 2009
SYARIKAT pelaburan strategi negara, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) telah melabur sebanyak USD1 bilion dalam satu usaha sama dengan syarikat persendirian dari Arab Saudi, PetroSaudi Holdings Cayman Ltd bernilai USD 2.5 bilion.
Anehnya, PetroSaudi dikhabarkan tidak menyuntik sebarang nilai kewangan dalam usaha sama itu walaupun memiliki 60 peratus ekuiti dalam bentuk nilaian aset berjumlah USD 1.5 bilion.
Dalam pada itu, 1MDB juga dilaporkan membayar 'pinjaman misteri' sebanyak USD700 juta kepada Petro- Saudi Holdings.

31 Mac 2010
Selepas enam bulan, seluruh usaha sama itu ditamatkan dan pegangan saham 1MDB sebanyak 40 peratus dijual kepada rakan niaganya sebanyak USD1.2 bilion pada 31 Mac 2010 iaitu tarikh terakhir audit akaunnya.
Khidmat juruaudit yang dilantik 1MDB, Ernst & Young (EY) juga ditamatkan dan digantikan dengan KPMG.
Menurut akhbar mingguan pelaburan, The Edge, khidmat EY ditamatkan kerana gagal memberikan penjelasan yang memuaskan dan akses berhubung maklumat mengenai usaha sama itu khususnya pinjaman yang bernilai USD700 juta.
Selepas KPMG selesai mengaudit, juruaudit itu mendapati status USD1.2 bilion telah berubah daripada ekuiti modal kepada pinjaman kepada PetroSaudi Holdings dalam bentuk nota Murabaha yang menjamin pulangan tahunan sebanyak 8.7 peratus.
Lapor akhbar itu lagi, ekuiti modal itu berubah daripada pinjaman supaya juruaudit 1MDB tidak perlu menyemak bagaimana wang itu digunakan.
Sekiranya ia kekal dalam bentuk ekuiti modal, KPMG mungkin berusaha me nyiasat ke mana wang USD700 juta itu digunakan. Tetapi kerana itu merupakan hutang kepada pihak luar (external party), ia hanya memerlukan salinan perjanjian pinjaman dengan PetroSaudi Holdings.

Read More / Baca Lagi >>

Kerugian 1MDB ancam ekonomi negara

Posted: 09 Mar 2015 08:22 AM PDT

Oleh MOHD ARIF JUHANI
KUALA LUMPUR: Tembelang kerajaan Umno-BN melindungi kerugian yang ditanggung syarikat pelaburan kontroversi, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) disifatkan sebagai 'memikul biawak hidup' yang mengidap kanser tahap empat.
Kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar, ia berikutan pendedahan oleh Reuters terus mengesahkan kerugian besar yang dihadapi oleh 1MDB sehingga terpaksa dibubarkan melalui pelan pembayaran semula semua hutangnya.

Mahfuz juga menuduh pentadbiran 1MDB yang hanya tahu menafikan kritikan kononnya berunsur politik dan spekulasi yang tidak berasas sehingga berpotensi menjejaskan ekonomi."Hakikatnya kegagalan menguruskan 1MDB itulah yang akan membawa bencana kepada ekonomi negara kita.
"Syarikat pelaburan nasional ini telah mengalami kerugian pada tahun lalu dan hampir gagal membayar hutangnya sehingga melemahkan ringgit dan pasaran bon Malaysia," ujarnya pada kenyataan, 6 Mac lalu.
Tambahnya lagi, arahan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak supaya Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB juga jelas membuktikan bahawa memang wujud keraguan integritinya.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB garu kepala Najib, Husam buat laporan polis

Posted: 09 Mar 2015 08:21 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Ada agen Umno bertauliah cuba memberi justifikasi terhadap ketidakhadiran Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di majlis penerangan berhubung 1MDB dan sekaligus himpunan solidariti untuk Najib Razak yang diadakan di bangunan semalam.
Tulis beberapa agen bertauliah Umno itu sebagai menjawab ulasan beberapa pemerhati politik berhubung majlis berkenaan tanpa kehadiran Muhyddin.
Agen bertauliah Umno menulis kononnya ketidakhadiran TPM itu sesuatu yang bukan luar biasa dan tidak perlu dibangkitkan. Lebi ironisnya agen bertauliah Umno menuduh pemerhati pro-pembangkan sengaja menimbulkan kemelut itu.

Semasa Najib memberi penerangan kepada ketua-ketua Umno semalam, Muhyiddin bersama beberapa kira-kira lebih 40 ketua bahagian Umno tidak hadir. Mereka termasuklah Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir. Alasan diberikan kononnya Mukhriz ada majlis lain.

Justeru pemerhati melihat kegagalan Muhyiddin dan lebih 40 ketua ketua Umno bahagian itu sebagai "protes" kepada himpunan solidariti kepada Najib itu. Ia juga mencerminkan bahawa ada sebilangan ketua-ketua bahagian tidak sedia mendengar penjelasan Najib berhubung syarikat 1MDB yang kini menjadi liabiliti kepada Perdana Menteri itu dan juga risiko kepada kerajaan UBN.

1MDB benar-benar menjadi isu baru yang menggaru kepala Najib kini. Syarikat berkenaan mengalami kerugian lebih RM40 billion. Isu itu walaupun lama sebelum ini sudah dibangkitkan oleh pihak Pakatan Rakyat, tetapi kini ia benar-benar menekan Najib apabila bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sendiri membangkit dan tidak berpuas hati dengan penjelasan oleh pihak kerajaan.

Tindakan Mahathir mengambil serius terhadap isu berkenaan inilah menjadikan Najib tidak nyenyak tidur. Dan palung menjungkitkan Najib apabila ada maklumat mengatakan Najib akan diberkas dan diminta turun daripada kerusi Perdana Menteri dengan isu berkenaan. Najib telah diberi katakan dua sebelum ini sama ada berhenti atau terus menerima asakan sehingga terpaksa turun dengan sehelai sepinggang dari Putrajaya.

Mahathir dan golongan yang anti Najib dalam Umno sudah memberi deadline kepada Najib.

Apabila Muhyiddin tidak sedia untuk hadir semalam, atas alasan ada urusan lain, ia jadi tambah menarik dan mengiyakan desas desus sebelum ini yang Muhyiddin bersengkol dengan Mahathir. Apakah ketidakhadiran Muhyiddin itu sebagai tekanan simbolik kepada Najib. Sebelum ini Muhyiddin dilihat sudah bercanggah pandangan dengan Najib mengenai 1MDB. Muhyiddin semacam mahu lepas tangan daripada bertanggung dan memikul biawa hidup 1MDB itu.

Sebaik sahaja perjabat perdana menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Kabinet tidak ada salah laku terhadap syarikat berkenaan dan Jabatan Audit Negara boleh menyiasat sebelum laporan diserahkan kepada jawatankuasa parlimen, Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Muhyiddin pula mengeluarkan kenyataan tegas (bercanggah) mengatakan PAC boleh buat siasatan tanpa menunggu laporan Jabatan Audit Negara.
Muhyiddin juga dilaporkan beliau tidak setuju kalau kerajaan menyelamat (bailout) syarikat yang berhutang sebanyak RM42 billion itu.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB cemaskan Najib : Siapa yang akan dimangsakan?

Posted: 09 Mar 2015 08:20 AM PDT

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
SKANDAL kewangan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad 1MDB pada peringkat awal pendedahan nya kurang mendapat perhatian umum.
Isu isu sebegini khasnya membabitkan ekonomi amat sukar difahami masyarakat khasnya kaum Melayu yang lebih berminat dengan isu berteraskan sentimen samada sentimen kaum mahupun agama atau lebih parah lagi mereka yang hanya minat kepada propaganda hiburan yang tidak berkesudahan.

Namun selepas beberapa tahun skandal 1MDB ini dimainkan di dada akhbar akhirnya umum mula melihat bertapa negara sedang berdepan satu lagi episod Malang andainya dana awam terpaksa digunakan untuk menanggung beban hutang syarikat berkepentingan kerajaan ini. Tidak mustahil kes 1MDB akan sekali lagi mengulangi kisah skandal PKFZ dan beberapa skandal kewangan terdahulu.
Ketika isu ini hangat didedahkan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak hanya mendiamkan diri meski diasak untuk menjawab setiap perkara yang dibangkitkan.
Hinggalah pada awal tahun ini apabila ada pihak yang mengaitkan skandal ini dengan beberapa pihak yang dekat dengan beliau lantas beliau mengambil langkah untuk memberi a maran bersurat menyatakan hasrat mengambil tindakan undang-undang.
Harakahdaily menjadi perhatian apabila adanya artikel yang ditulis pengarah urusannya Dr Rosli Yaakob berhubung beberapa perkara yang dilihat mencemaskan Najib.
Selang beberapa minggu Najib tampil pada 5 Mac dengan satu kenyataan meminta 1MDB diaudit walaupun Pejabat Perdana Menteri menegaskan tiada masalah berlaku dengan pengurusan kewangan syarikat pelaburan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Apa status sebenar kewangan KWSP?

Posted: 09 Mar 2015 08:19 AM PDT

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi menjadi suara bagi pihak kerajaan (sepatutnya bagi pihak pekerja) apabila meminta kerajaan melanjutkan umur persaraan dari 60 kepada 62.

Terdahulu, umur persaraan wajib perkhidmatan awam di Malaysia ialah 55 tahun sebelum dirombak kepada kepada 58 dan 60 tahun.


Di antara hujah yang dikemukakan CUEPACS ialah:
  • Meniru beberapa negara seperti Thailand, Singapura dan Sri Langka yang menuju negara maju.
     
  • Kos melahirkan pegawai bertaraf tinggi seperti PhD yang mahal serta lama. Tidak berpadanan dengan jumlah masa perkhidmatan selepas berjaya mendapatkan PhD.
Untuk peringkat awal bahasan awam, PSM Kelantan mengutarakan persoalan sumber dan pengurusan ekonomi negara sejak merdeka yang kini menyebabkan kerajaan tidak berani menganggung persaraan ratusan ribu penjawat awam.
  • Sumber ekonomi negara. Sejak merdeka, Malaysia masih bergantung kepada sumber alam (kini petroliam) sehingga 40% KDNK negara. Kita tidak berjaya mencipta peluang dan kehendak baru dalam dunia, di mana pasaran dunia bergantung kepada pengeluaran Malaysia. Seperti gajet IT dan telekomunikasi, persenjataan atau sektor hiburan (filem, animasi, sebagainya). Kita masih memanipulasi alam secara langsung untuk bergantung ekonomi dengannya. Apabila ringgit Malaysia sangat bergantung kepada petroliam, maka sebarang sabotaj harga oleh kuasa dunia akan menyebabkan ringgit jatuh. Ini membuatkan pendapatan import berbanding eksport jatuh.
     
  • Pengurusan ekonomi negara. Sejarah, audit dan mahkamah menyaksikan Malaysia membazir, rasuah dan tiris dana awam setiap tahun sejak puluhan tahun selepas merdeka. Skandal dan pembaziran pengurusan kewangan ini, kini dibincangkan dalam akibat umur persaraan yang terpaksa dianjakkan sehingga 62 tahun.
Umur persaraan yang terlalu lama boleh menyebabkan peluang generasi muda menjadi tepu. Meningkatkan kadar pengangguran lepasan universiti.Read More / Baca Lagi >>