Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


DAP dan PAS akan pastikan Anwar bebas

Posted: 07 Mar 2015 04:02 AM PST



13894_10152860623504542_6582333137952986883_n
KUALA LUMPUR, 7 MAC: Walaupun cuba dilagakan dengan pelbagai isu oleh media tajaan UMNO namun DAP dan PAS tetap bersatu hati menuntut agar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim segera dibebaskan.
Exco Kerajaan Negeri Selangor Teng Chang Khim menegaskan, biar apa pun taktik yang digunakan, DAP akan memastikan usaha membebaskan Anwar tetap tercapai.
"Kita semua hadir ke sini bukan untuk shopping tapi demi memastikan Anwar dibebaskan.
"Kita akan pastikan matlamat itu berjaya dijayakan," katanya ketika berucap di hadapan hampir 1,000 rakyat berhampiran Stesen LRT Masjid Jamek.
ADUN PAS Saari Sungib pula menyatakan, tujuan himpunan juga adalah untuk mendesak hak-hak rakyat dapat dikembalikan.
"Tahniah kepada kesungguhan rakan-rakan semua yang datang untuk menuntut bukan saja pembebasan Anwar tapi hak kita yang telah dirampas selama ini," katanya.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke seterusnya mengecam keras tindakan UMNO yang menyalahgunakan undang-undang untuk memenjarakan lawan politik mereka.
Namun katanya, salah guna undang-undang itu tidak akan sesekali mematahkan semangat Anwar dan seluruh rakyat.
"Walau Anwar dipenjarakan, semangat Anwar tidak akan dapat dipenjarakan.
"Kita akan pastikan Anwar tetap akan menjadi ketua Pakatan dan terus memperjuangkan pembelaan terhadap beliau termasuk segala kepentingan serta nasib semua rakyat," tegasnya disambut jeritan 'undur-undur Najib'. -Roketkini.com

MH370 & Raja Bomoh

Posted: 07 Mar 2015 12:55 AM PST




Ibrahim (duduk,belakang) melakukan ritual bersama pengikutnya di KLIA tahun lalu.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia menjadi terkenal selepas melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tahun lalu.
Ketika insiden kehilangan pesawat MH370 Mac tahun lalu, tiba-tiba muncul seorang lelaki bergelar bomoh bersama seorang wanita dari Johor dan beberapa orang pengikutnya.
Kontroversi bomoh Ibrahim Mat Zin ini menjadi terkenal dan bualan utama selepas dia dan pengikutnya membuat ritual di KLIA menggunakan kelapa, teropong buluh, tongkat buluh, perangkap ikan dan permaidani.
"Saya lebih popular sekarang, dan beberapa orang tertanya-tanya jika saya hilang atau jatuh miskin," kata bomoh berusia 83 tahun dalam satu temu bual di pejabatnya di sini.
Premisnya itu dipenuhi dengan poster baharu perniagaan Kopi Mahaguru asli dari Perak, dan mendedah menggunakan 10 jenis kopi berdasarkan resipi 1917.

Ibrahim Mat Zain


Dia mendakwa kopi tersebut turut diminum oleh oleh raja-raja Melayu, pahlawan, ketua-ketua kampung dan bidan.
Ibrahim mendakwa kos usahanya itu mencecah RM19 juta termasuk ladang di Sungai Manik (Perak) dan Bukit Mertajam (Pulau Pinang) dan tenaga kerja seramai 1,300 orang.
Katanya, dalam perancangan projeknya itu, sebahagian daripada keuntungan akan diagihkan kepada anak-anak yatim, orang tua dan mereka yang memerlukan.
Jelasnya lagi, dia juga terlibat dalam tiga buah filem akan datang yang memaparkan muka-muka baharu serta kesenian silat, iaitu filem Hantu Miniskirt 1963 (Miniskirt Ghost 1963), Pendekar Tangan Besi (Iron Hand Warrior) dan Keranda Terbang Waktu Malam (Night Flying Coffin).
Bomoh generasi ketujuh dari Pasir Salak ini mendedahkan dia kini terlibat dalam perniagaan perumahan dan perhotelan selepas memulakan perniagaan nenas.
Dalam pada itu, Ibrahim menegaskan dia mempunyai hak untuk membantu mencari pesawat MH370.
"Kehadiran saya telah dipolitikkan. Kelapa tidak syirik. Ia mempunyai air tulen. Semua kaum menikmatinya," katanya.
Walaupun permintaannya untuk melakukan upacara ritual itu sebanyak lima kali, dia hanya diberikan pelepasan selama dua upacara sahaja di KLIA.
"Saya tidak boleh beritahu siapa yang menghantar saya. Saya tidak datang untuk meminta wang. Saya hanya melakukan kerja-kerja saya dan berdoa menggunakan ayat al-Quran.
"Tetapi orang ramai sukar mendengar ayat-ayat doa yang saya baca kerana ketika itu keadaan bising kerana bunyi enjin kapal terbang mendarat dan berlepas," kata Ibrahim.
Ibrahim juga pernah membuat kenyataan mahu 'menumbuk dan menampar seperti buaya' kepada Khairy Jamaluddin selepas Menteri Belia dan Sukan itu mengkritik ritualnya.
Dia turut mengingatkan pengkritiknya mengenai sumbangannya ketika tragedi Highland Tower dan banjir di Kuala Dipang.
"Semasa perbicaraan kes Mona Fandey, saya pergi ke Mahkamah Tinggi Temerloh dan menjampi supaya hakim itu boleh melaksanakan tugas tanpa gangguan luar," dakwanya.
Selain itu, ketika ditanya pandangannya mengenai misteri kehilangan MH370, Ibrahim berkata, pesawat itu hilang selepas memasuki langit lapisan pertama daripada tujuh lapisan.
"Bagi saya, sebagai Raja Bomoh Sedunia dengan pengalaman 70 tahun, orang-orang di atas kapal terbang tidak mati. Mereka baru sahaja memasuki alam misteri," katanya. - mStar

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MALAYSIAKINI KALAU NAK CARI MAKAN PUN, CARILAH CARA HALAL !

Posted: 07 Mar 2015 07:12 AM PST

http://mymassa.blogspot.com/2015/03/malaysiakini-tipu-pembaca-jumlah.html
1500 atau 10, 000 Orang ?
Di London 25 Orang Sahaja Termasuk Orang Yang Lalu-Lalang

10,000 orang?
Orang Tua Pun Ketawa Dengar 10,000 !!!

MALAYSIAKINI KALAU NAK CARI MAKAN PUN CARILAH CARA HALAL !!!

MALAYSIAKINI TIPU PEMBACA, JUMLAH SEBENAR 1500 SAHAJA! DI LONDON 25 ORANG SAHAJA !

Posted: 07 Mar 2015 06:31 AM PST

Biar Gambar Berbicara

1000 Hingga 1500 Orang Sahaja
DI LONDON DIURUS MAT SABU...TAPI 25 ORANG SAHAJA HADIR

LONDON TIADA SAMBUTAN

Cara Tipu Pembaca: Ambil Gambar Dekat, Besarkan,
Tangkap Gambar Tempat Sempit dan Kecil, Supaya Nampak Ramai



LETS TALK RIGHT: PAKATAN LEADERS WILL NEVER SAY GOOD THINGS !

Posted: 07 Mar 2015 04:14 AM PST

Consumer and investor confidence is a fragile thing and the Pakatan people and their associated news media have been doing their best to undermine Malaysia''s economy and Malaysians.

Tell your fellow Malaysian these:
1) The Ringgit is currently undervalued versus the USD but a weak ringgit has benefits for our economy in the middle to long term as it boosts exports, reduces imports, promotes foreign investment and tourism to Malaysia - this means more money flows in to Malaysia.


Many countries in the world have also started deliberately devaluing their currencies to compete.


This is why our trade surplus for the months of November and December have jumped much higher even as oil prices started to drop heavily during those two months.


2) The weakening Ringgit against the USD is very much due to a strengthening of the USA's currency and does not indicate a weakening of Malaysia's economy or our fundamentals.


Currency traders and foreign investors are also under the impression that Malaysia is a commodity-based economy very dependent on oil. Malaysia, being a net oil importing country actually benefits from the drop in oil prices.


Countries that are similarly perceived to be commodity-based countries such as Australia and Canada have had their currencies drop against the USD much more severely than Malaysia.


Malaysia is different. We are a highly diversified economy and manufacturing exports is a big part of our economy and the lower Ringgit actually benefits Malaysia.


3) 1MDB has assets much bigger than its debt. And even if all the multi-billion land and 13 power plants in 1MDB is worth zero and govt has to take up all the RM42billion debt, it is just a small part of our govt debt and not even half of Petronas's cash reserves and is not even 6% of EPF's money. And this is assuming all the prime land and all power plants are worth zero.


4) If there is corruption or mismanagement in 1MDB, the govt would not have called for a full AG Audit of the company nor allow it to go to PAC.


5) GST will not kill our economy. If that is true then 90% of the world's countries who have already implemented GST would already be dead. There is not a single economist or analyst in the world who is against Malaysia implementing GST.


GST has multiple benefits for our country including making sure the underground economy pays their share, reduces illicit outflows and keeping money back in our country and also allowing Malaysia to reduce personal and corporate tax.


6) Every single economic forecast for Malaysia says Malaysia's GDP growth for 2015 is at least 4% to 5.5%. These are very very good figures for any country and there is certainly no one else (other than Opposition leaders) forecasting Malaysia is going into recession.


7) Increased BR1M for 2015, reduced personal income tax, reduced petrol and electricity bills, continually lower car prices this year will put more money into the average consumers pockets and hence support our economy for greater growth.


The stock market agrees with this. After initially dropping almost 200 points in November and December due to an over-reaction and uncertainty, it has now gone back up above the 1,800 points barrier. Today it closed at 1825.54 points - not too far from our all-time high of 1890 level.


8) Pakatan leaders will never ever say good things about Malaysia. Even if the economy is good, they will say it is bad.


It is just not in their interest to praise Malaysia or say the govt has done a good job.


It is their job to continue saying bad things even if these are lies. That's just the way the standard of our Malaysian opposition leaders are.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Anwar hanya penting diri, #Kitalawan tak peduli rintihan rakyat

Posted: 07 Mar 2015 10:55 PM PST


Kita lawan tidak guna akal langsung

FMT Reporters | March 7, 2015

Perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak polis menyebabkan persembahan mereka terpaksa dihentikan lebih awal.

kitalawanPETALING JAYA: "Mereka tidak guna akal langsung," luah seorang penyanyi jalanan yang marah dan kecewa dengan tindakan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan demonstrasi haram di depan Sogo KL.

Beliau antara beberapa pemuzik jalanan sedih dan cukup kecewa kerana tempat cari makan mereka terus dijadikan kawasan demonstrasi oleh parti-parti pembangkang saban hujung minggu.

Perhimpunan Kita Lawan yang diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo itu kononnya untuk membela dan membebaskan Ketua Pembangkang telah menyebabkan periuk nasi pemuzik jalanan bagaikan 'ditabur dengan pasir'.

Seorang pemuzik jalanan yang ditemui berkata, perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak polis itu menyebabkan persembahan mereka terpaksa dihentikan lebih awal pada hari ini.

"Pendapatan pemuzik jalanan seperti kami bergantung harap sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai dan kami sangat sedih apabila parti-parti politik ini asyik mengganggu kami," katanya, lapor MalaysiaGazette.

Beliau berkata, "Baru pagi tadi datang ke sini. Sekarang terpaksa tutup sebab peserta demonstrasi semakin ramai mengerumuni kawasan berhampiran Sogo yang selalunya menjadi tempat orang ramai membeli-belah dan bersantai."

"Kami geram melihat perbuatan mereka yang tidak guna akal langsung," katanya ketika ditemui di hadapan Sogo.


Semalam para peniaga sekitar kawasan Sogo membuat laporan polis sebagai membantah himpunan Kita Lawan yang dikatakan akan mengganggu perniagaan harian mereka.

Para penyokong yang berpakaian hitam mula membanjiri kawasan itu seawal 1 tengah hari tadi.

Seorang lagi peniaga turut marah dengan tindakan para penyokong yang mengganggu orang ramai serta penjaja yang mencari pendapatan di hujung minggu.

"Orang ramai suka meluangkan masa setiap cuti hujung minggu. Tetapi sejak Sabtu lalu demontrasi ini menganggu bisnes kami.

"Semalam saya difahamkan laporan polis dibuat oleh peniaga kawasan sini bagi membantah perhimpunan ini. Tapi mereka ini berani dan tidak mempedulikan hak orang lain malah sanggup musnahkan pendapatan harian kami," keluhnya.


Bolehkah rakyat nampak bahawa puak-puak ini bukan peduli isu-isu dan prihatin sangat hal rakyat jika demo di tempat yang tak jejaskan periok nasi orang seperti di stadium dan padang merbuk supaya lebih aman pun mereka ENGGAN?

Fikirkan ...

Demo penuh wayang dan "intrigue" ... Baik ikuti Le Tour de Langkawi LIVE di RTM [Updated]

Posted: 07 Mar 2015 09:13 PM PST

Betul ... demo semalam merepek. Penuh sandiwara dan intrig.


Di Dewan Sivik PJ, ucapannya mengenai bebaskan Anwar dan kedengaran pula Wan Azizah berkata YDPA akan ampunkan Anwar jika dilakukan tekanan.

Yang nak minta ampun sendiri tak ngaku kesalahan walaupun puluhan bukti menunjukkan dia dan hanya satu alasan saja dia bleh tawarkan iaitu konspirasi.


Namun di luar ada pula tuntutan pasal 1MDB, Undur Najib, GST, Sirul, Undur Rosmah dan hingga Haji Hadi pun disuruh undur. Jika dikupaskan satu persatu, semua tuntutan ini merepek. Adakah di jalanan tempat isu-isu ini di bincang, di debat dan diselesaikan.

Kebanyakkan isu-isu ini hanya wayang pembangkang pengaruh politik dengan berbhhonng, putarbelit dan manipulasi fakta.


Undur Rosmah tu dari jawatan apa? PM? Menteri? Atau Penauh Permata?

Yang mahu Haji Hadi turun tu kenapa? Pemilihan PASMA lawan Ulamak atau PKR?



Sebenarnya tak ramai mana pun yang datang. Jika Malaysiakini kata ada 10 ribu, tengok gambar dan tanya berapa padang bola hadhirin ini boleh penuhkan dengan rapat-rapat dan bukan berenggang macam semalam.




Satu padang bola ynag penuh orang hanya 1,500. Adakah ke sebanyak 6 ke 7 padang bola? Nak tanding ramainya orang ketika RENAISANS MELAYU dua hari minggu lepas pun belum tahu. Renainsans tu ada 8-10 ribu.




Lagi  teruk, acara di Parlimen Batu oleh Tian CHua pun hanya 50 orang datang. Maknanya ini masih usaha awal dan tak seramai mana.

DI Dewan SIvik, dari jumlah kerusi dan barang yang diedar pun hanya dalam 1,500. Ada mungkin tak turun ke sogo dna grup lain yang datang.

Senang cakap, ianya hanya 2,000.



Dan bayangkan 2,000 kali seorang RM150, jadi berapa? Mahu RM300,000. Campur belanja duit minyak, sewa ini itu dan banner dan lain-lain , belanjanya RM500,00.

Kan baik di derma ke mangsa banir di Kelantan????

Ta payah nak analisa banyak-banyak, ini semua sandiwara yang mana dalam menuntut kebebasan anwar dan Najib undur, ada macam-macam wayang untu jatuhkan sesama sendiri dalam Pakatan.


Nak jatuhkan Azmin,  burukkan nama Tun M, laga-lagakan Najib-TSMY dan PKR dan PASMA jatuhkan Hadi.



PKR rupa mereka boleh dibubarkan jika mahkamah berpihak pada saman Tan Sri Khalid Ibbrahim


Akhirnya DAP juga gumbira tengok Melayu badigol bahalol jadi kaldai politik mereka. Mereka tak turun tapi akhirnya mereka yang berkuasa.


Selamat tengok basikal. Hidupkan acara sukan yang satu masa begitu popular sekali ...

Posting: 8:30 AM Update: 1:00 PM

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:36 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Jho Low dakwa PM lulus pinjaman AS$500 juta 1MDB kepada PetroSaudi, lapor Sarawak Report

Posted: 07 Mar 2015 09:24 PM PST

Laporan yang disiarkan oleh Sarawak Report berkenaan dakwaan ahli perniagaan Low Taek cuba memintas Bank Negara Malaysia (BNM) bagi kelulusan pinjaman 1MDB keada PetroSaudi.

Dalam usaha mempercepatkan pinjaman AS$ 500 juta 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada PetroSaudi International (PetroSaudi) pada 2010, ahli perniagaan Low Taek Jho didakwa cuba memintas Bank Negara Malaysia (BNM) dengan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluluskan pinjaman, menurut maklumat Sarawak Report hari ini.

Jho Low didakwa memberitahu PetroSaudi kelulusan BNM untuk pinjaman tidak diperlukan kerana ia akan menyebabkan "kelewatan",kata Sarawak Report, memetik email antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam perjanjian itu.

Dalam perbualan dikatakan antara Low dengan Pengarah PetroSaudi Patrick Mahony melalui BlackBerry Messenger pada 2010.
Ahli perniagaan itu berkata "Kementerian Kewangan meluluskan (pinjaman). Bukan BNM kerana kita tidak fikir BNM diperlukan."

 Low juga mendakwa "PM yang juga FM (menteri kewangan)" menandatangani pinjaman itu sendiri, walaupun Mahony mengulang permintaan bagi penjelasan rasmi tentang mengapa kelulusan BNM tidak diperlukan.
"Dakwaan ini muncul bagi mengesahkan perdana menteri terlibat sepenuhnya dalam rundingan ini dan secara peribadi menandatangani pinjaman oleh 1MDB untuk PetroSaudi, tanpa diluluskan oleh Bank Negara," tulis Sarawak Report.

#KitaLawan: Nik Nazmi ditahan polis selepas hadir di IPD

Posted: 07 Mar 2015 09:13 PM PST

Exco kerajaan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan polis selepas hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.

"Dibawa ke balai polis Jinjang, akan ditahan reman hingga esok," kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil melalui Twitter.

Nik Nazmi ditahan bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan haram.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia itu pagi ini hadir untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara semalam.

Dr Hatta Ramli: Hari Ini Kita Berhimpun Kerana Pimpinan Kita Dipenjara

Posted: 07 Mar 2015 09:01 PM PST


Siapa yg angkat Najib jd PM dahulu ???

Posted: 07 Mar 2015 08:56 PM PST

Dua2 tak leh pakai. Penipu & putar belit Dulu, Kini & Selamanya

CUKAI GST lagi penting untuk dilaksana kerana..

Posted: 07 Mar 2015 08:53 PM PST


Kata Najib...GST cukai yang adil manakala,
Kata Mahathir... hukum Hudud tidak adil jika adanya hukuman berbeza terhadap orang Islam dan bukan Islam.

Hakikatnya... GST dapat kurangkan hutang negara RM30 bilion setahun yg KERAjaan BN buat hutang selama ini !!!.. SIAPA KATA ???.. Senator BN yg kata pada 10 Disember 2013..

SEKALI LAGI Najib Razak KANTOI BERBOHONG PADA RAKYAT M'SIA

Posted: 07 Mar 2015 08:51 PM PST


 Canang satu negara DS Anwar Menteri Kewangan Pertama sebut GST.

HAKIKATNYA Tun Daim Zainuddin lah Menteri Kewangan pertama yg sebut cukai GST semasa pembentangan Bajet 1989 lagi..

Seperti biasalah admin Friends of BN - Barisan Nasional & Najib Razak sama2 'buta sejarah'... SENDIRI LUDAH SENDIRI JILAT !!!

Akaun 1MDB perlu diaudit, jawab dakwaan kata Shafie Apdal

Posted: 07 Mar 2015 05:55 PM PST

IPOH - Ketua Audit Negara perlu segera membuat audit secara bebas dan menyeluruh ke atas akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi menjelaskan tuduhan penyelewengan dan salah laku terhadap dana pelaburan strategik itu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, langkah itu perlu bagi menjawab dakwaan pembangkang selain membolehkan laporan itu diperinci oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wan Negara (PAC).

"Langkah ini perlu disegerakan bagi menjelas perkara yang berbangkit kerana ia berhubung kait dengan kepentingan negara.

"Ia memerlukan masa yang cukup bagi membolehkan pihak sewajarnya merungkai perkara yang berbangkit oleh pihak pembangkang dan media sosial," katanya kepada pemberita sebelum memberi taklimat kepada anggota Umno di Konvensyen Umno Perak hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengarahkan Ketua Audit Negara untuk meneliti secara bebas akaun 1MDB.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Rabu lepas, laporan Ketua Audit Negara itu akan diserah untuk pemeriksaan telus kepada PAC yang bersifat dwipartisan dan mencerminkan komposisi Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Audit kewangan 1MDB bersih kata Hasan Malek

Posted: 07 Mar 2015 05:53 PM PST

Tiada pelaporan oleh juruaudit 1MDB kepada SSM di bawah Seksyen 174 (8A) Akta Syarikat berhubung kesalahan serius.
hasan malek
KUALA PILAH: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diberikan laporan bersih oleh juruaudit bagi penyata kewangan berauditnya bagi tahun 2010-2014 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, SSM telah menganalisis penyata kewangan 1MDB yang diserahsimpan dengan SSM.
"Sehingga hari ini, tiada pelaporan oleh juruaudit 1MDB kepada SSM di bawah Seksyen 174 (8A) Akta Syarikat berhubung kesalahan serius seperti 'penipuan dan penyelewengan' ditemui sewaktu proses audit dijalankan terhadap 1MDB," katanya dalam kenyataan media selepas merasmikan majlis penutup program Santai Anak Kampung Tengkek di Hutan Lipur Jeram Tengkek.
Katanya, adalah satu kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 terhadap juruaudit jika juruaudit gagal melaporkan sebarang kesalahan serius kepada SSM yang membawa hukuman penjara 7 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali.
Hasan berkata, peruntukan Akta Syarikat berhubung penyerahsimpanan penyata tahunan dan penyata kewangan juga telah dipatuhi.
Oleh itu, katanya, penyalahgunaan dana 1MDB adalah satu dakwaan semata-mata dan telah pun dinafikan oleh pihak-pihak berkaitan termasuk 1MDB dan Petro Saudi Limited.

Audit forensik 1MDB - terima kasih Muhyiddin

Posted: 07 Mar 2015 05:50 PM PST

A KADIR JASIN 

KEMUNCULAN (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi sebagai pembela utama Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak, dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad tidak memeranjatkan.
Menteri Dalam Negeri merangkap Naib Presiden (1) Umno itu memerlukan Mohd Najib dalam krisis yang dihadapinya sekarang berkaitan suratnya kepada Biro Penyiasatan Pusat Amerika Syarikat (FBI) mengenai orang disyaki Paul Phua Wen Seng.
Ahmad Zahid dilaporkan menuduh pihak-pihak yang mempertikaikan urus niaga syarikat pelaburan strategik kerajaan itu sebagai bermotifkan politik. Beliau menyokong kenyataan bosnya, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak, Rabu lalu bahawa penerangan 1MDB dan juruaudit luarnya, Deloitte, tidak mendedahkan sebarang penyelewengan dan kepincangan urus niaga.
Tetapi dua hari selepas itu, ketua nombor dua beliau, Timbalan Perdana Menteri, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin mengeluarkan kenyataan yang berbeza dan tegas.
Menurut laporan Bernama, beliau mahu audit forensik dilakukan ke atas 1MDB sejak penubuhannya (pada tahun 2009) dan Jawatankuasa Akaun Awam Parlimen (PAC) menyiasat 1MBD serta-merta tanpa menunggu laporan Ketua Juruaudit Negara. (Baca di sini).
Alhamdulillah, itulah kaedah yang tepat. Isu 1MDB memerlukan "forensic auditing" macam doktor menyiasat sejarah pesakit atau membedah mayat. Terima kasih Muhyiddin dan hendaknya janganlah Ahmad Zahid menuduh tindakan Timbalan Presiden Umno itu bermotif politik!
Jawapan kepada tindakan Muhyiddin mudah saja. Apa yang dikatakan taklimat oleh Arul Kanda Kandasamy yang baru beberapa minggu menjadi Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB dan juruaudit luar 1MDB, Deloitte semestinya amat terhad.

Arul Kanda hanya berhak bercakap dan bertanggungjawab kepada apa yang beliau ketahui dan lakukan sejak mengambil alih teraju 1MDB pada 5 Januari lalu manakala Deloitte hanya untuk jangka waktu menjadi juruaudit luar 1MDB mulai Disember 2013.
Anggota Kabinet yang faham undang-undang dan peraturan tentulah tidak puas hati dengan maklumat terhad itu sedangkan mereka diminta turut bertanggungjawab terhadap syarikat itu. Mereka tentunya tidak mahu dituduh bersubahat kemudian hari.
Orang putih kata, splitting hair. Bayangkan bagaimana susah hendak membelah sehelai rambut. Mungkin benar akaun 1MDB bagi tempoh singkat diaudit oleh Deloitte memenuhi piawaian perakaunan yang digunakan di negara kita. Kalau tidak, masakan Deloitte berani mengesahkannya. Cuma adakah pengesahan itu bersyarat (qualified) atau tanpa syarat (unqualified). Kalau bersyarat, ertinya ada perkara yang tidak dapat disahkan oleh juruaudit luar.
Ahmad Zahid boleh bantu penyiasatan kerana beliau seorang usahawan dan eksekutif perniagaan yang cukup berpengalaman. Sebagai bekas usahawan dan eksekutif korporat yang berjaya dan pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Kretam Berhad, sebuah syarikat umum yang disenaraikan di Bursa Malaysia, beliau tentu tahu laporan dan akaun tahunan hanya memuatkan fakta dan perangkaan asas. Ia tidak mendedahkan modus operandi syarikat atas alasan ia rahsia perniagaan (trade secret).
Saya harap Ahmad Zahid gunakan kepakaran beliau sebagai bekas eksekutif OCBC, Pengerusi Bank Simpanan Nasional, eksekutif kanan PNB/ASN, pengarah eksekutif Scandinavian Motors Sdn Bhd, pengerusi Tekala Corporation Berhad, pengerusi Seng Hup Berhad, pengerusi Ramatex Berhad dan pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad bagi melakukan pencerahan terhadap kekusutan 1MDB dan bukan sekadar membuat kenyataan politik murahan.
Bukan Semua Melayu Jahil
Read More / Baca Lagi >>

Shahrol, jelaskan siapa Good Star, pembayaran 1MDB, mengapa terima arahan Jho Low

Posted: 07 Mar 2015 05:47 PM PST

Beberapa tindakan pelaburan dan transaksi yang dilakukan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terus menjadi persoalan dan keraguan kepada rakyat yang sehingga kini masih tidak terjawab. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 ac, 2015. 
Beberapa tindakan pelaburan dan transaksi yang dilakukan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terus menjadi persoalan dan keraguan kepada rakyat yang sehingga kini masih tidak terjawab. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 ac, 2015.

Datuk Shahrol Halmi merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bermula 23 Mac 2009 dan orang utama menguruskan syarikat itu hingga pengundurannya pada Mac 2013. Beliau kini bersama Jabatan Perdana Menteri dan kekal sebagai ahli lembaga pengarah 1MDB.
Semasa menjadi CEO, 1MDB melakukan beberapa pelaburan dan transaksi yang kini berdepan tuduhan tidak menyenangkan. The Edge percaya Shahrol perlu diberikan hak untuk menjelaskan tuduhan seperti mana bukti didedahkan Sarawak Report yang turut di e-mel kepada The Edge dan dipercayai tulen.
Maka, kami di sini menunjukkan beberapa fakta dan berharap Shahrol dapat menjawab semua persoalan yang dibangkitkan:

1. Anda pernah diperkenalkan dengan Tarek Obaid dan Patrick Mahony daripada PetroSaudi oleh Jho Low menerusi e-mel bertarikh 18 September 2009. Menerusi e-mel itu, Jho Low berkata majlis pemeteraian perlu disempurnakan pada 28 September 2009. Ini bermakna anda diberikan 10 hari untuk menyempurnakan perjanjian berbilion ringgit. Sebagai makluman, rakan kongsi anda PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd turut pada hari yang sama (18 September 2009) membentuk satu anak syarikat baru, 1MDB PetroSaudi Ltd. Ia syarikat yang 1MDB menyuntik AS$1 bilion untuk faedah 40%. Dalam erti kata lain, walaupun sebelum anda diperkenalkan dengan PetroSaudi oleh Jho Low, mereka sudah pun mengetahui 1MDB akan menjadi rakan kongsi mereka.
Jadi, seseorang membuat keputusan untuk 1MDB, bukan anda sebagai CEO atau lembaga pengarah?
2. Pada 21 September 2009, Mahony mengirim e-mel kepada Jho Low, Tarek dan anda (berikutan e-mel anda pada 20 September) dan dilampirkan kepada Casey Tang (pengarah eksekutif 1MDB) dan Robert Ho (ketua komunikasi korporat 1MDB). Asasnya, Mahony memaklumkan kepada anda yang mereka belum bersedia menyediakan senarai aset untuk disuntik melalui kerjasama itu. Kepentingan anda seperti disiarkan media mengenai kerjasama itu.
Adakah anda tidak berminat dengan apa yang dilaburkan 1MDB? Adakah anda tidak mengetahui tujuh hari sebelum hari pemeteraian pada 28 September, rakan kongsi anda tidak dapat menyediakan maklumat aset 1MDB yang akan dilaburkan?
3. Pada 22 September 2009, anda menghantar draf perjanjian kerjasama kepada Mahony dan dilampirkan kepada Tang, Tarek dan Kelvin Tan (pengarah pelaburan 1MDB). Mengapa anda menghantar draf yang diberikan kepada anda oleh Tiffany Heah bagi pihak Jho Low walaupun 1MDB sudah melantik Brian Chia of Wong & Partners sebagai  peguam syarikat?
Kenapa anda menerima draf daripada Heah, yang ketika itu peguam UBG Bhd, entiti yang tiada kaitan dengan 1MDB melainkan Jho Low yang merupakan pemegang saham terbesarnya?
Adakah anda sedar Jho Low, Heah dan Mahony sudah membincangkan dan bersetuju terma perjanjian kerjasama sebelum Heah mengirimkan draf yang kemudian anda hantar kepada Mahony? Jho Low jelas bertindak bagi 1MDB dan PetroSaudi.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa Mokhzani letak jawatan?

Posted: 07 Mar 2015 03:59 PM PST

Kenapa Mokhzani letak jawatan?KUALA LUMPUR - Tindakan Tan Sri Mokhzani Tun Dr. Mahathir, 54, meletakkan jawatan selaku Naib Pengerusi SapuraKencana Petroleum Bhd. (SapuraKencana) pada 4 Mac lalu mencetuskan pelbagai spekulasi memandangkan tiada alasan kukuh dinyatakan.
Berdasarkan makluman SapuraKencana kepada Bursa Malaysia pada 4 Mac lalu, alasan Mokhzani meletakkan jawatan adalah atas sebab-sebab peribadi dan turut dinyatakan bahawa Mohkzani tidak mempunyai sebarang pertikaian dengan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain.
Tindakan mengejut Mokhzani meletakkan jawatan itu menimbulkan persoalan dalam kalangan pihak industri serta masyarakat umum mengenai punca utama beliau mengundurkan diri.
Selain Mokhzani, turut meletakkan jawatan adalah Yeow Kheng Chew yang merupakan Pengarah Bukan Eksekutif SapuraKencana dan kedua-dua mereka masih mempunyai pegangan di dalam SapuraKencana sebanyak 9.12 peratus menerusi Khasera Baru.
Pengunduran Mokhzani dan Kheng Chew itu menjadikan SapuraKencana diterajui oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Shahril Shamsuddin yang mempunyai pegangan sebanyak 16.71 peratus.


Sehingga kini, masih belum ada sidang akhbar dibuat oleh pengurusan SapuraKencana mengenai peletakan jawatan Mokhzani, dan Shahril juga masih mendiamkan diri berhubung perkara tersebut.
Ada beberapa pihak membuat spekulasi bahawa hubungan dingin antara Shahril dengan Mokhzani dan hala tuju yang berbeza menjadi antara sebab Mokhzani meletakkan jawatan.
Mokhzani yang merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mula menyertai lembaga pengarah SapuraKencana pada Disember 2011.
Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kencana Petroleum Bhd. sebelum syarikat itu bergabung dengan SapuraCrest Petroleum Group yang diterajui oleh Shahril bagi membentuk SapuraKencana pada 2012.
Read More / Baca Lagi >>

Mampukah demonstrasi jalan raya gulingkan perdana menteri?

Posted: 07 Mar 2015 03:50 PM PST

Amin Iskandar

Di negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Filipina, demonstrasi jalan raya pernah menggulingkan presiden dan perdana menteri, termasuk juga kediktatoran.
Di Malaysia kita masih belum ada sejarah seperti ini walaupun mempunyai sejarah demonstrasi jalan raya termasuk sebelum negara merdeka.
Semalam ribuan manusia membanjiri jalan raya di Kuala Lumpur berdemonstrasi menuntut pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan lima tahun di atas dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Walaupun pihak polis mengumumkan perhimpunan semalam sebagai haram, pihak penganjur tetap meneruskannya dan jumlah kehadiran agak besar. Slogan "bebas Anwar" dilaungkan dan "undur Najib", merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut bergema.
Hadirin berbilang kaum dan disedari kali ini kurangnya kehadiran daripada parti Islam PAS. Mungkin kerana tiadanya arahan rasmi dan keretakan hubungan di antara parti Pakatan Rakyat (PR).

Berbanding 17 tahun lalu, pihak keselamatan kini tidak lagi bertindak keras.
Polis malahan membantu untuk melancarkan lagi perhimpunan dan membantu aliran lalu lintas. Polis mungkin sudah banyak belajar daripada kesilapan lalu kerana demonstrasi aman sering kali bertukar ganas apabila tindakan terlalu tegas.

Berbanding ketika pertama kali Anwar dipenjarakan selepas dipecat daripada kerajaan pada 1998, perhimpunan kali ini tiada lagi gas pemedih mata, tiada lagi yang dipukul.
Jika dibandingkan dengan era reformasi, demonstrasi yang dianjurkan kini lebih tersusun. Selain pasukan pemantau daripada Majlis Peguam, terdapat juga pasukan perubatan turut disediakan. Perhimpunan semalam berakhir dengan aman selepas perarakan dari kompleks membeli-belah Sogo dan berakhir di kompleks membeli-belah Suria KLCC.

Jika lebih banyak demonstrasi seperti semalam dan kumpulan anti kerajaan lebih bersatu, lebih ramai yang akan turun ke jalan raya pada masa akan datang.
Di zaman media sosial seperti sekarang ini, dengan sekelip mata berita mengenai demonstrasi semalam tersebar ke seluruh negara dan sedikit sebanyak akan memberikan keberanian kepada yang tidak hadir untuk bersama pada masa akan datang.

Read More / Baca Lagi >>

#KitaLawan: Sanggup berarak 5km tuntut pembebasan Anwar

Posted: 07 Mar 2015 03:25 PM PST

KUALA LUMPUR - Gema laungan peserta himpunan #kitalawan tidak terhenti di Kompleks Beli-Belah Sogo, sebaliknya diteruskan di hadapan pekarangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) di jalan P. Ramlee, di sini, petang ini.

Biarpun hujan renyai, peserta himpunan sanggup berarak beramai-ramai sejauh lima kilometer sambil menyanyikan lagu reformasi demi menuntut pembebasan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peserta himpunan yang berpakaian hitam terhenti di hadapan menara KLCC, sambil diperhatikan oleh pengunjung pusat beli belah itu, pengguna jalan raya dan pelancong asing.

Sehingga jam 6 petang, peserta himpunan masih bersemangat menggamatkan suasana di hadapan KLCC.

Namun, meskipun suasana penuh sesak dengan peserta himpunan, keadaan masih kelihatan terkawal.

Antara pemimpin yang kelihatan mengiringi peserta ke tapak himpunan kedua termasuk Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Menjelang jam 6.30 petang, peserta himpunan #kitalawan beransur ‎bersurai.

#KitaLawan: “Kita kembali himpunkan rakyat lebih besar” - Tian Chua

Posted: 07 Mar 2015 03:24 PM PST

KUALA LUMPUR, 7 MAC: Naib Presiden PKR, Tian Chua melaungkan semangat mereka akan mengadakan himpunan rakyat lebih besar lagi selepas ini.
"Hari ini kita ada 10,000 sahaja tidak cukup ramai tetapi kita akan kembali lagi dengan lebih ramai lagi," kata Tian Chua di hadapan 10,000 peserta demontrasi 'Kita Lawan'.
Sementara itu, aktivis pelajar, Adam Adli pula menyeru anak-anak muda supaya lebih berani menuntut keadilan.
"Dalam rundingan polis, mereka benarkan kita berkumpul hingga jam 6.00 petang tetapi sekarang dah jam 6.05 petang. Adakah kita akan berundur?
"Abang-abang polis, sila balik, berehat. Jangan bimbang tentang kami. Kami tahu menjaga diri," kata Adam ketika meminta supaya golongan muda kekal berada di KLCC.
Terdahulu, kira-kira 10,000 orang berarak dari Sogo ke KLCC bagi melahirkan bantahan terhadap pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penganjur perhimpunan mengumumkan perhimpunan itu berakhir kira-kira jam 6.10 petang tanpa sebarang insiden.
Bagaimanapun perhimpunan itu diteruskan dengan beberapa kumpulan anak muda yang ingin terus berada di situ.

#KitaLawan: Berani buat, beranilah tanggung - Khalid

Posted: 07 Mar 2015 03:14 PM PST

#KitaLawan: Berani buat, beranilah tanggung - KhalidKUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberi amaran kepada penganjur perhimpunan 'Kita Lawan' supaya bersedia dengan apa-apa tindakan yang akan diambil pihak polis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perhimpunan yang disertai lebih empat ribu orang di KLCC yang berlangsung pada petang Sabtu.

"Kalau mereka sudah mencabar undang-undang, bersedialah pula dengan tindakan. Berani buat berani tanggung. Jangan salahkan pihak polis pula lepas ni.

"Kepada mereka yang bertanggungjawab ke atas perlanggaran undang-undang petang tadi, bersedialah menghadapi tindakan undang-undang," tambah beliau apabila dihubungi Astro AWANI pada malam Sabtu.

Apabila ditanya apakah pihak penganjur akan dipanggil untuk memberi keterangan, beliau menjawab perkara itu akan berlaku dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Khalid juga mengesahkan penahanan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelana Jaya, Saifullah Zulkifli adalah berkaitan perhimpunan #Kitalawan yang diadakan petang tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Setahun berlalu MH370 masih misteri, kesilapan belum dihukum

Posted: 07 Mar 2015 03:13 PM PST

Setahun selepas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang, ia masih menjadi misteri, begitu juga persoalan mengapa tidak ada sesiapa dipertanggungjawabkan?
Penelitian pada garis masa peristiwa-peristiwa selepas Boeing-777 hilang daripada radar pada 8 Mac, 2014, mendedahkan jurang dalam komunikasi dan kesilapan membuat keputusan, khususnya pihak tentera, yang menyaksikan pesawat melalui radar pengawasan utama, tetapi tiada apa-apa yang dilakukan bagi  menyiasat mengapa ia terbang luar daripada laluan sepatutnya.
Pegawai tentera Malaysia mendedahkan bahawa pada 12 Mac, pesawat yang tidak dikenali, dipercayai MH370, terbang di seluruh Semenanjung Malaysia selepas melakukan pusingan, dan kali terakhir dilihat melalui radar tentera pada kelajuan 370km di barat laut Pulau Pinang.

Susulan itu, kawasan carian tersebut kemudiannya diperluaskan dari Teluk Thailand dan Laut China Selatan termasuk Selat Melaka. Dilaporkan pada ketika itu pegawai kanan tentera hanya menyedari data radar selepas berita kehilangan pesawat tersebar.
Selepas pendedahan tersebut, kritikan tersebar dengan pantasnya, daripada ahli politik pembangkang, badan bukan kerajaan, orang awam dan media antarabangsa.
"Jelas sekali mereka membiarkan pesawat yang tidak dikenali melalui wilayah berdaulat Malaysia tanpa mempedulikan untuk mengenal pastinya; ia bukan sesuatu yang dibanggakan untuk diakui," tulis perunding penerbangan David Learmount.
"Secara jelasnya terdapat kegagalan besar Tentera Udara Diraja Malaysia untuk bertindak balas. Tiada apa lagi yang boleh dikatakan," kata penganalisis keselamatan dan perisikan IHS Jane yang berpangkalan di Bangkok, Anthony Davis dalam satu laporan oleh Time.
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang juga menggesa tindakan diambil, menuntut siasatan dijalankan untuk memastikan akauntabiliti dalam kehilangan pesawat dan tindak balas seterusnya.
Memperbaharui gesaannya untuk akauntabiliti, Ahli Parlimen Gelang Patah itu mengeluh tidak ada seorang pun dipertanggungjawabkan untuk kesilapan yang boleh menyelamatkan jutaan dolar wang dan memberikan keluarga 239 penumpang dan anak kapal maklumat diperlukan.
"Ini membuktikan keperluan inkuiri melalui Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk melihat kepada insiden ini," katanya.
Lim berkata pada ketika itu salah satu perkara yang perlu disiasat ialah sama ada kehilangan jet Boeing 777 boleh dielakkan jika pengendali radar tentera lebih berhati-hati dan bertindak dengan segera.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam DAP Steven Sim juga cuba untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai radar tentera yang mengesan MH370 di Parlimen tetapi pertanyaannya ditolak kerana maklumat dianggap "rahsia".
Beliau juga pernah menyoal sama ada terdapat apa-apa tindakan susulan terhadap kekurangan tindak balas kecemasan pada waktu awal pagi semasa pesawat hilang tetapi ditembak jatuh.
Bercakap kepada The Malaysian Insider baru-baru ini menjelang ulang tahun pertama kehilangan MH370 itu, Sim melahirkan kekecewaannya terhadap Putrajaya kerana kurangnya keprihatinan mereka atas kesilapan yang menyumbang kepada kehilangan pesawat itu.
"Sebelum Parlimen bersidang minggu depan, saya menggesa perdana menteri untuk melakukan beberapa perkara bagi menunjukkan komitmen beliau terhadap kebenaran, keadilan dan penyelesaian untuk MH370.
"Beliau perlu menjawab sama ada terdapat sebarang audit yang dijalankan ke atas tragedi itu terutamanya dalam hal piawaian prosedur operasi kerajaan, kecuaian yang dilaporkan seperti kurangnya tindak balas selepas kehilangan komunikasi dengan MH370 dan kekurangan tindak balas selepas radar tentera dikesan yang kononnya terdapat objek terbang yang tidak dikenal pasti sejurus selepas MH370 tidak dapat dihubungi, "kata Sim.
Beliau mengakui mencadangkan agar laporan post mortem dibentangkan di Parlimen akan tetapi ini tidak pernah dilakukan.
Setahun kemudian kritikan dijustifikasikan.
Read More / Baca Lagi >>

Penglibatan Awal Tok Guru Dalam Politik - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Posted: 07 Mar 2015 02:46 PM PST


(#KitaLawan Rally) Ale Ale Malaysiaku

Posted: 07 Mar 2015 02:37 PM PST


SIAPA PENIPU & PUTAR BELIT ???

Posted: 07 Mar 2015 07:56 AM PST


FAKTA:

1) Kenyataan Najib Razak (The Star, 25 Sept. 2011)
"NAJIB: NO HUDUD IN M'SIA"

2) Kenyataan Najib Razak (TV3, Sept. 2011)
"Undang-undang Hudud kita TIDAK AKAN laksanakan... di Malaysia ini"

TETAPI DUKE tetap pertahankan kenyataan Najib, kononnya katanya "belum melaksanakannya".. Tak ada pun Najib ckp sebegitu di TV3 mahupun di akhbar ???.. 

Adakah "TIDAK AKAN" & "BELUM" membawa erti yang sama ???.. ANDA nilaikanlah sendiri mengapa DUKE beriya-iya, bermati-matian pertahan Najib...

(#KitaLawan Rally) Terima Kasih Rakyat Malaysia

Posted: 07 Mar 2015 07:29 AM PST


#KitaLawan: Saifullah ditahan, Nik Nazmi dipanggil IPD Dang Wangi

Posted: 07 Mar 2015 07:17 AM PST

Seorang pemimpin Pemuda PKR (AMK) ditahan polis, dipercayai berkaitan perhimpunan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim anjuran 'Kita Lawan" di Kuala Lumpur hari ini.

Saifullah Zulkifli, ketua AMK Kelana Jaya, itu dibawa ke Balai Polis Jinjang, menurut maklumat daripada pihak komunikasi PKR.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu Malaysiakini, Saifullah ditahan di Masjid Jamek di ibu negara kira-kira jam 7.45 petang tadi.

Tiada maklumat lanjut berhubung penangkapannya setakat ini.

Sekurang-kurangnya 10,000 orang hadir dalam perhimpunan di ibu negara bagi menyatakan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara di Sungai Buloh atas kesalahan meliwat.

Read More / Baca Lagi >>

Nurul Nuha dan kempen ‘Berarak Untuk Kebebasan’ (Bahagian 1)

Posted: 07 Mar 2015 07:09 AM PST


IMG_8559
Nurul Nuha, 31, anak keempat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyangka mimpi ngeri berulang sekali lagi menimpa keluarganya akibat rekayasa dan pertuduhan fitnah.
Namun, ibu kepada dua anak ini menegaskan, pemenjaraan lima tahun ke atas Anwar seperti yang diputuskan Mahkamah Persekutuan tanggal 10 Februari lalu tidak lain adalah kerana kelantangan bapanya menentang ketidakadilan, salahguna kuasa, rasuah dan penindasan pemerintah UMNO-BN.
Justeru itu, graduan Ijazah Teknologi Seni dan Tampak dari Universiti Georgemason, Amerika Syarikat ini berkata, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai anak bagi mengepalai kempen 'Berarak Untuk Kebebasan' (March To Freedom)' bagi menuntut pembebasan bapanya.
IMG_8696Ikuti temubual eksklusif Roketkini.com bersama Nurul Nuha Anwar yang dibuat 5 Mac lalu.
Bagaimana reaksi orang ramai sepanjang hampir sebulan kempen 'Berarak Untuk Kebebasan'?
Alhamdulillah. Reaksi penyokong dari dalam dan luar negara amat-amat menggalakkan. Setakat ini kita mendengar begitu banyak kritikan mengenai kes Anwar dari pemimpin di luar negara termasuk dari United Kingdom, Australia, Jerman. Ini kerana Anwar memiliki pengaruh, manakala hukuman ke atasnya jelas mengenepikan sistem keadilan.
Kami juga telah bertemu dengan Duta dari pelbagai negara. Mereka prihatin dengan kes Anwar. Beliau telah disifatkan sebagai tahanan politik. Malah, negara-negara Kesatuan Eropah (EU) turut membincangkan kes ini. Kami juga akan akan adakan perjumpaan dengan mereka. Kakak, Nurul Izzah, banyak mengendalikan pertemuan.
Dari segi sokongan di luar negara, memang tak pernah sedikit. Malah di ruang media sosial semakin meningkat.
Ada yang menyatakan bahawa kempen 'Berarak Untuk Kebebasan' hanya semata-mata kerana isu Anwar. Apa pandangan saudari?
Tak dinafikan bahawa tuntutan lain turut penting. Sistem (pentadbiran) di Malaysia semakin menekan dan hal berkenaan peminggiran sistem keadilan menjadi isu besar di Malaysia. Kehakiman (yang pincang), penggunaan Akta Hasutan (dilakukan) hanya kerana rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
Anwar, memperjuangkan hak kita sebagai rakyat. Akibatnya, dia dihumban ke dalam penjara oleh rejim. Saya pasti rakyat sudah tahu perkara ini. (Sebab itu) apa yang dikatakan oleh mereka – bahawa kempen ini melangkaui isu Anwar (semata-mata).
Agenda Reformasi mesti diteruskan. Mereka (orang ramai) bukannya hendak mengenepikan kes Anwar. Kita jangan lupa bahawa 52 peratus undi popular menyokong kita (Pakatan Rakyat).
Kempen yang digerakkan sudah tentu mencukai masa dan ruang bersama keluarga. Adakah saudari tidak terasa penat? Bagaimana dengan anak-anak dan suami?
Read More / Baca Lagi >>

(#KitaLawan Rally) Kita Lawan Bersama Rakyat Sampai Menang

Posted: 07 Mar 2015 07:04 AM PST


#KitaLawan: Lensa Part 33

Posted: 07 Mar 2015 06:42 AM PST

#KitaLawan: Ketua AMK Kelana Jaya ditahan polis

Posted: 07 Mar 2015 06:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli telah ditahan polis dipercayai berkaitan perhimpunan #Kitalawan yang diadakan di bandaraya Kuala Lumpur petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil menerusi pesanan Whatsapp kira-kira jam 8.10 malam tadi.

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia itu, pihaknya sudah pun menghubungi peguam yang dalam perjalanan ke Balai Polis Jinjang di mana Saifullah kini dilaporkan berada.

"Betul... dia ditangkap, dan kita sudah menghubungi peguam," katanya sambil memaklumkan bahawa penahanan Saifullah berlaku sejurus selepas perhimpunan tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui sebab penahanan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penangkapan Saifullah ada kaitan dengan perhimpunan #KitaLawan.

Peguam, Khairul Anwar dalam pada itu memaklumkan Saifullah telah ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan, Akta Perhimpunan Aman 2012.
Read More / Baca Lagi >>