Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Kerajaan tidak wajar 'bail-out' 1MDB, tegas Muhyiddin

Posted: 06 Mar 2015 04:10 AM PST

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Pelakon lelaki ditahan miliki syabu dan senjata api

Posted: 06 Mar 2015 04:28 AM PST

06/03/2015 7:23pm

KUALA LUMPUR - Seorang pelakon lelaki berusia 36 tahun ditahan kerana memiliki syabu di sebuah hotel di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pada pukul 9 malam itu, pelakon tersebut berada di dalam sebuah bilik.
Beliau berkata, turut dirampas daripadanya adalah sepucuk senjata api tiruan.
"Dia kini dalam proses tahanan reman. Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 (Akta 206)," katanya.
Pelakon itu, pernah dua kali ditahan kerana terlibat dengan dadah pada Mac 2010 dan Jun 2013.
Dalam kes pertama, dia dibebaskan daripada tuduhan memasukkan syabu ke dalam badannya, namun didapati bersalah memiliki dadah dan dikenakan denda RM5,000.
Bagi kes kedua, dia bersama empat rakannya dilepas dan dibebaskan Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan memiliki methamphetamine. - Bernama

Dyana: Dari selfie bilik tidur ke debat eksploitasi tubuh

Posted: 06 Mar 2015 01:05 AM PST

Dyana: Dari selfie bilik tidur ke debat eksploitasi tubuh
Niat puteri DAP Dyana Sofya Mohd Daud untuk berderma melalui gambar selfie mungkin baik tetapi ia tidak dilihat begitu oleh musuh politiknya Puteri Umno.
Malah, ia melarat kepada debat sama ada langkah itu kurang sopan, memalukan, tidak manis untuk seorang wanita dan mengeksploitasi tubuh badan.
"Selain dia ahli politik, Dyana perlu buat pendekatan ke arah kemasyarakatan dan tidak mengeksploitasi tubuh badan.
"Selain tidak sesuai dengan agama Islam sendiri dengan aksi yang memalukan, dia juga harus berfikir cara lain yang lebih sopan," ketua penerangannya Haryaty Hamdzah  dilapor sebagai berkata kepada Astro Awani.
Bagaimanapun, bintang muda DAP itu, dalam Twitter sebentar tadi, hanya menjawab ringkas kecaman itu.
"Siku pun tidak nampak!" kata Dyana sambil mengulang semula laporan portal itu.
Facebook-nya semalam memuat naik gambarnya selepas bangun tidur dalam majalah wanita antarabangsa Marie Claire, untuk kempen hak wanita dan antikeganasan rumah tangga.
Gambar itu memaparkannya menggeliat di atas katil dengan memakai pakaian cerah dan berlengan panjang untuk kempen Wake Up To A Good Cause (Bangkit untuk Tujuan Baik) bagi membantu Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).
Dyana ketika dihubungi Malaysiakini semalam menegaskan "tiada isu" bergambar di ruang peribadi dan meminta orang ramai menumpukan kepada objektif kempen itu.
Dyana, lahir dalam keluarga Umno dan mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), mencetuskan kontroversi selepas menyertai DAP, parti yang sering dilabelkan "chauvanis Cina".
Beliau kemudian berkhidmat sebagai setiausaha politik pemimpin popular DAP Lim Kit Siang sebelum menjadi calon dalam pilihan raya kecil Teluk Intan, tetapi tewas tipis pada calon mapan BN Datuk Mah Siew Keong. - M'kini

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dari tulis pasal demo merepek, baik tulis pasal sukan hari ini

Posted: 06 Mar 2015 09:24 PM PST


Suatu dulu Unspinners suka ikuti sukan lumba basikal. Suatu masa Perlumaan Le Tour De Langkawi pernah lalu kampong kami.

Dengan ada demo besar2an depan Sogo tak masuk akal hari ini, Unspinners mahu beri promosi buat acara yang pernah diilhamkan Tun Dr Mahathir untuk promosi Pulau Langkawi sebagai destinasi perlancongan.

Kami ambil link dan gambar berikutdari GAP:



FB RASMI LTDL
KLIK SINI






TFK ada menimbulkan isu berikut:

Kecuali beberapa malam sudah, promosi LTDL yang merupakan antara sukan lumba basikal berprestij yang pernah diwujudkan di negara ini, begitu lembab dan langsung tidak kelihatan.

Apa yang sudah berlaku kepada LTDL yang khabarnya hak penganjurannya telah diserahkan kepada sebuah syarikat swasta dan tidak lagi dikendalikan oleh Persatuan Kebangsaan Basikal Malaysia yang sangat bermasalah sehinggakan pembayaran gaji jurulatih pun telah menjadi khabar masyhur di seluruh dunia?

TFK ada menerangkan acara ini:

LTDL Ke-20 akan bermula pada 8 Mac di Langkawi dan berakhir pada 15 Mac di laluan Kuala Kubu-Kuala Lumpur yang bakal juga 'menemukan' Tun Dr. Mahathir dan Najib Abdul Razak.

Kali pertama LTDL diperkenalkan adalah pada tahun 1996 daripada idea Tun Dr. Mahathir.

LTDL walaupun kurang mendapat perhatian tempatan, tetapi di peringkat dunia ia diletakkan sebaris dengan Tour De France, Tour De Italia dan Tour De Spain, tiga siri jelajah basikal dunia ternama. Pada peringkat awal, LTDL begitu mengujakan, tetapi lama-kelamaan kejohanan berprestij itu kurang diperkatakan dan dirasai.

Dengan lebih 20 pasukan profesional akan menyertai LTDL pada tahun ini, hak penyiaran tempatan telah diberikan kepada RTM. Daripada maklumat yang diterima, beberapa stesen penyiaran sukan antarabangsa turut akan menyiarkan LTDL di stesen masing-masing.

 Laluan yang akan digunakan adalah seperti berikut:

8 Mac - Jelajah Langkawi 98 kilometer
9 Mac - Alor Star ke Sungai Petani
10 Mac - Grik ke Tanah Merah
11 Mac - Kota Bharu ke Kuala Berang
12 Mac - Kuala Terengganu ke Kuantan
13 Mac (Jumaat) - Maran ke Karak (perlumbaan dibuat selepas solat Jumaat)
14 Mac - Shah Alam ke Genting Highland
15 Mac - Kuala Kubu ke Kuala Lumpur.

Mungkin bagi yang kurang mencermati, industri sukan, terutama sekali jelajah basikal merupakan antara kaedah yang seringkali digunakan oleh pelbagai negara. Selain daripada untuk industri sukan itu sendiri, industri hiliran utamanya adalah pelancongan.

Laluan-laluan 'klasik' seperti Grik ke Tanah Merah misalnya, akan melalui kawasan hutan yang menjadi nadi negara ini. Beberapa lokasi indah termasuklah beberapa tasik buatan manusia, menyajikan dan menyediakan lokasi pelancongan antarabangsa baru yang boleh diperkenalkan secara tidak langsung menerusi siaran dikeudarakan. Manakala laluan ke Kota Bharu- Kuala Berang dan Kuala Terengganu-Kuantan pula akan menyajikan keindahan pantai serta perkampungan tradisional yang turut boleh menggamit pelancong ke kawasan berkenaan.

Justeru, tidak hairanlah seandainya beberapa negara termasuklah China turut mahu mengadakan jelajah mereka sendiri kerana menyedari potensi penggalakan ekonomi kesan daripada sukan berbasikal itu sendiri.

Lagi baik dari isu demo hari ini...









Kalau ada isu pun, bukanlah di jalan tempatnya.


Tambah lagi, banyak isu ini direka-reka dan diperbesarkan melebehi hal sebenar. Malah tipu daya dan tipu muslihat pun terlibat.

Paham ke GST bila duit masih mintak mak bapak?

Posted: 06 Mar 2015 05:49 PM PST



Alah Gen Y ... kerja pun acuh tak acuh, tak ada fokus dan defikasi.

Asyik cepat loncat kerja untuk tambah dikit gaji. Dahlah kerja tak tahu, dedikasi tak ada tapi dah berangsn nak jadi CEO segera.

Masya Allah ... Dahlah sedia diperguna, Jual body pulak?

Posted: 06 Mar 2015 07:30 AM PST


Si Zairil mana? Dia suruh ke???

Dyana memang sudah diperguna seperti xxx

















... and also prosescuted ... opps salah spelling.




Zairul ini kawin berapa kali naa?



Katanya isteri yang gambah bawah tu yang sebarkan gambar dalam FB.

Suhaizan PASMA guna surat palsu Hadi suaya orang PAS datang Mac 8hb

Posted: 06 Mar 2015 04:30 AM PST


Pimpinan PKR sudah terdesak. Mereka menggunakan pekeliling palsu yang kononnya atas arahan Presiden Parti PAS, TG DS Haji Hadi Awang untuk turun beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada banduan liwat, Ketum Anwar Ibrahim yang akan diadakan pada 7 Mac di sekitar Sogo dan Dataran Merdeka.

Perkara ini telah disahkan oleh PA Presiden PAS sendiri, Dr Samsuri. Pimpinan PKR tahu tanpa sokongan daripada pengikut-pengikut PAS, himpunan pada 7 Mac ini tidak lebih daripada sekadar himpunan kanak-kanak PASTI, tidak ramai, tidak meriah dan tiada sambutan seperti himpunan pada minggu-minggu sebelum ini.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2015/03/pekeliling-palsu-presiden-pas-diedar.html#rGjJ11s5Hqi94bpt.99


Sirul tak mahu jumpa si tolol rupanya

Posted: 06 Mar 2015 02:31 AM PST



Di atas adalah antara alasan si tolol Mahfuz beritahu wartawan tapi mereka enggan nak siarkan lagi laporan dari si tolol ni.


Maklumat sahih yang diterima memberitahu Koperal Sirul enggan jumpa dengan Mahfuz Omar dan hanya berjumpa dgn keluarga saja.


Mahfuz temberang konon jumpa Koperal Sirul. Patut minta bukti dia jumpa sirul. Setakat gambar di luar pusat tahanan tidak cukup. Semua orang boleh bergambar di depan bangunan.

ENtah apa yang mahu diharapkan dengan pergi ke Australia dalam misi kemanusian untuk seorang pembunuh. Nak kasi airmata mengalir dan simpati untuk pembunuh ka? Baca SINI


Dari awal dah jangka si tolol ini menipu kerana dia sebut mak Sirul bawa makanan untuk Sirul. Baca cerita bodoh Mahfuz konon ibu Sirul bawa sambal belacan dari Malaysia untuk anaknya. Baca di Bulletin Sengal SINI

Dr Zul macam berlakun seperti Hanipa, Dr Hattan ...dll pemimpin PASMA

Posted: 06 Mar 2015 12:24 AM PST








Baca liputan Harakah.

Katanya dr Zul tengah baca Quran dalam kereta sebelum subuh. Hmmm ... tak lojik. Selalu orang baca dalam surau sementara menunggu azan.

Nampaknya media yang suka sebar insiden ini semua penyokong PASMA.




Adakah ianya untuk cerminkan puak ulamak sebagai ganas? Dato KJ kata PAS dah rosak tapi sebenarnya PASMA juga perosak. Baca MyMassa SINI

Kita dah biasa lihat keganasan PAS. Sekarang kita akan tahu sapa yang ganas - PASMA ke atau Ulamak.

Setakat ini, tak bleh tolak kemungkinan puak PASMA kuat berlakun kerana begitulah pengikut, maka begitulah ppemimpinnya...