Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:54 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Mimpi Ngeri Isteri Akibat Zakar Terlalu Besar

Posted: 04 Mar 2015 09:36 PM PST


Foto:shutterstockFoto:shutterstockNIGERIA: Malang seorang suami yang mempunyai saiz zakar terlalu besar apabila seorang wanita memfailkan tuntutan perceraian selepas mendakwa dia tidak mampu menahan kesakitan setiap kali mengadakan hubungan intim bersama suaminya.
Wanita yang mempunyai tiga anak iaitu Aisyah Dannupawa dari Nigeria membuat tuntutan kepada Mahkamah Syariah agar membatalkan perkahwinannya bersama suami, Ali Maizinari selepas seminggu mendirikan rumah tangga.
Menurut beberapa laporan portal berita antarabangsa semalam, pengadu turut memaklumkan kepada mahkamah dia berkahwin dengan Ali selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya sebelum ini.
Jelas Aisyah, masalah tersebut timbul selepas dia berpindah ke rumah ibu bapanya.
Katanya ketika perbicaraan, setiap kali mereka mengadakan hubungan seks ia seolah menjadi mimpi ngeri kepadanya ekoran saiz alat sulit suami yang terlalu besar.
"Apabila dia (Ali) datang, kami mengadakan hubungan seks tetapi pengalaman itu satu mimpi ngeri.
"Daripada menikmati seks, ia bertukar menjadi sesuatu yang lain kerana zakarnya terlalu besar," katanya.
Bagaimanapun, Ali ketika perbicaraan tuntutan cerai Aisyah terhadapnya tidak menafikan mempunyai saiz zakar yang terlalu besar.
Ali turut memberitahu mahkamah bahawa dia bersetuju untuk menceraikan isterinya sekiranya mas kahwin yang diberikan kepada Aisyah dibayar semula.

- mD

Bekas Setiausaha Agung Umno Dedah ‘Skandal’ Bank Rakyat Dalam Buku Baharu

Posted: 04 Mar 2015 05:33 AM PST


Gambar : The Malaysian InsiderGambar : The Malaysian InsiderSkandal Bank Rakyat RM32 juta yang mendapat perhatian ramai tahun lepas kini diceritakan dalam sebuah buku berjudul "Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat" tulisan Shahbudin Husin, yang dilancarkan hari ini oleh pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid.
Buku yang dikarang penulis blog terkenal itu menampilkan wawancara dengan bekas pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik, yang juga bekas setiausaha agung Umno.
Dalam buku terbaharu Shahbudin ini, beberapa perkara dibongkar melibatkan peranan usahawan permaidani, Deepak Jaikishan dalam skandal Bank Rakyat.
Buku itu mendedahkan hubungan Deepak dengan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan layanan istimewa diberikan kepada beliau dalam isu pinjaman Bank Rakyat.
Sanusi semasa berucap melancarkan buku itu di Petaling Jaya hari ini, berkata tidak pernah dalam sejarah Umno seorang bekas setiausaha agung dimalukan dan dihina seperti dilakukan terhadap Sabbaruddin.
"Belum pernah daripada 21 bekas setiausaha agung Umno dimalukan dan dihina seperti yang dilakukan ke atas Sabbaruddin," kata Sanusi, yang merupakan menteri semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kontrak Sabbaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat berakhir pada 8 April 2014 dan tidak disambung di atas arahan Datuk Seri Hasan Malek.
Hasan, yang juga menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, didakwa masuk campur isu penyambungan kontrak Sabbaruddin kerana tidak berpuas hati dengan bekas pengerusi Bank Rakyat tersebut.
Sabbaruddin berkata tujuan buku ini diterbitkan adalah bagi menegakkan keadilan bagi dirinya.
"Saya rasa ini tidak adil kepada saya dan mereka yang terlibat. Beliau (Hasan) menyalahguna kuasa," katanya.
Penerbitan buku 'Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat' dijangka menambah tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. .Penerbitan buku 'Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat' dijangka menambah tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. –
Buku itu mengandungi 26 bab dan diterbitkan Special One Publication.
Antara artikel yang dimuatkan adalah kenyataan Sanusi dan juga Tengku Razaleigh Hamzah yang lantang membangkitkan skandal tersebut.
Turut hadir pada majlis hari ini bagi menyatakan sokongan adalah bekas ketua pengarang The New Straits Times (NST), Datuk A. Kadir Jasin dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Deepak sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 2013.
Beliau pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.
Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.
Penerbitan buku ini dijangka menambah tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sudah berdepan pelbagai skandal, antaranya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pendedahan New York Times mengenai harta pusaka.
Kedudukan Najib juga tidak berada dalam keadaan baik pada ketika bekas perdana menteri, Dr Mahathir juga lantang mengkritik pentadbirannya. - TMI

PKR nafi bayar ahli hadiri demo

Posted: 04 Mar 2015 02:35 AM PST


PKR menafikan yang ia membayar anggotanya untuk turun menyertai himpunan setiakawan Dengan Datuk Seri Anwar pada 7 Mac ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata satu surat yang menjanjikan elaun untuk menghadiri himpunan itu dan didakwa ditandatangani Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, adalah palsu.

Menurut Fahmi (kanan), kepala surat palsu itu juga salah kerana ia turut ada pada halaman kedua surat tersebut.

Tambahnya, penggunaan kepala surat pada halaman kedua bukan amalan biasa PKR.

"Tiada surat sebegini diedarkan dan ini berniat jahat," kata Fahmi kepada wartawan pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Surat palsu itu yang dilihat Malaysiakini, menawarkan setiap anggota PKR yang akan menghadiri himpunan pada 7 Mac ini bayaran RM150.

Di samping itu, surat palsu itu juga mendakwa akan membayar elaun penginapan sebanyak RM500. - malaysiakini

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


JEDI NAK SERANG MALAYSIA?...BIAQ BETUI

Posted: 04 Mar 2015 05:46 PM PST


Kecuh di dada-dada akhbar tentang kelibat Jedi nak serang Malaysia. 

Jedi yang dimaksudkan adalah seorang pengganas Islamic States (IS) bernama Muhammad Wandy Mohamad Jedi bersama lebih 60 lagi rakyat malaysia yang kini terlibat sebagai militan IS di Syria dan Iraq.

Sebenarnya bukan Jedi atau keganasan yang mereka lakukan di Syria atau Iraq yang mahu diwar-warkan tetapi kesan dan ancaman yang mereka akan lakukan jika puak-puak ini berjaya bolos balik ke Malaysia. 

Siapakah target mereka untuk menyambung aktiviti keganasan di Malaysia?

Di Syria dan Iraq mereka menyembelih, menembak, membakar dan mengebom mangsa-mangsa yang tidak sealiran dengan mereka, bahkan mereka membenci semua idealogi dan sistem politik di dunia ini.

Lantaklah korang nak mengganas kat sana, halang pun mereka nak pergi berperang juga.

Di Syria dan Iraq mereka memusnahkan segala monumen bersejarah purba atas alasan ia bertentangan dengan ajaran agama...

Lantaklah korang, kita larang pun mereka tak akan dengar dan kesah.  

Tapi bagaimana jika keganasan mereka itu menjadi inspirasi kepada rakyat di negara ini?

Siapakah sasaran mereka?

Di luar negara mereka mengganas membunuh siapa saja yang dianggap musuh termasuklah puak-puak yang berbeza agama dan kononnya berbeza aliran pemikiran dengan mereka.

Kalau mereka bolos masuk ke Malaysia...agak-agaklah siapa sasaran mereka?

Militan IS merosakkan pelbagai monumen dan artifak sejarah antaranya patung-patung zaman era mesapotamia. Agak-agaknyalah patung-patung apa yang akan dihancurkan jika IS melakukan keganasan di Malaysia?

Jika terjadinya keganasan di negara ini agak-agak siapa yang akan kata itu semua adalah sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat?

Semuanya adalah untuk kepentingan politik pihak kerajaan...

Semuanya adalah untuk menghalalkan duit rakyat digunakan untuk membeli senjata dan mengukuhkan pertahanan, menambah bilangan penjawat awam, memberi kontrak pembekalan pada kroni dan sebagainya.

Puak-puak itu juga yang akan bising kononnya mereka membayar cukai terlalu banyak tapi tak mahu ia digunakan untuk kepentingan kaum-kaum lain atau kepentingan keselamatan.  

Nanti mereka akan bising dalam Parlimen dan pelbagai forum hingga turun ke jalanan mempersoalkan ketelusan walhal usaha memerangi keganasan adalah tanggungjawab semua pihak dan sebagai kerajaan ia adalah satu kewajipan.

Dari dok melalak kata kerajaan tak betul, apa pula jasa mereka untuk pembangunan dan keselamatan negara?    

Puak-puak IS Malaysia di Timur Tengah ni sememangnya merancang pulang ke tanah air untuk mengembangkan dan mnggulingkan kerajaan sedia ada secara kekerasan dan menubuhkan sebuah daulah islamiyah ala-ala IS.

Samalah dengan impian DAP dan PKR untuk menggulingkan kerajaan sedia ada dengan cara menghasut rakyat membenci kerajaan sedia ada dengan cara menyemai fahaman sosialis - liberal -chauvinist.

Agak-agaknya bolehkah DAP atau PKR berhadapan dengan IS untuk menubuhkan kerajaan impian mereka dengan cara menggulingkan kerajaan demokrasi yang sedia ada ini?  



DAP PUJUK PAS TANGGUH HUDUD, PAS TOLAK

Posted: 04 Mar 2015 05:00 PM PST

PAS Kelantan menolak cadangan DAP supaya menangguhkan Kanun Jenayah Syariah 1993 (hudud) dibentangkan sebagai rang undang-undang persendirian di Parlimen sehingga ia selesai dibentangkan dalam Mesyuarat Pakatan Rakyat.
Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sebarang penerangan diberikan mengenai agenda hudud tidak akan membawa manfaat.
"Saya telah memberi sebab-sebab kerajaan Kelantan memperjuangkan hudud kepada pemimpin tertinggi DAP sekurang-kurangnya empat kali. Apa lagi yang mereka mahu.
Sekali lagi, saya menekankan hudud Kelantan diperjuangkan sebelum wujudnya Pakatan Rakyat dan seruan supaya tangguh pembentangan undang-undang hudud itu bulan ini harus dihentikan," katanya selepas menghadiri mesyuarat exco di sini pagi tadi, lapor Antarapos.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan dan juga pengerusi jawatankuasa teknikal hudud negeri diminta mengulas gesaan terbaharu Penasihat DAP Lim Kit Siang supaya menangguhkan hudud.
Kit Siang dalam kenyataan yang dilaporkan The Malaysian Insider semalam berkata ketiga-tiga parti dalam PR bersetuju tidak melaksanakan undang-undang Islam itu hingga ia selesai dibentang sepertimana diputuskan pada 8 Februari lalu.
"Walaupun terdapat laporan yang sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan akan berjalan pada 18 Mac, pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 masih belum dibentangkan kepada Majlis Pimpinan PR untuk dikaji, sepertimana diputuskan pimpinan PR daripada DAP, PKR dan PAS dalam mesyuarat pada 8 Februari," katanya.
Justeru memandangkan faktor kesuntukan masa bagi membincangkan undang-undang hudud itu, Kit Siang telah menggesa kerajaan PAS Kelantan menangguhkannya terlebih dahulu.

CONFIRM MAT SABU AKAN TANDING PRESIDEN PAS, KEMPEN SUDAH BERMULA

Posted: 04 Mar 2015 08:06 AM PST

Semalam, Pas Kawasan Pendang, Kedah menerusi kenyataan Yang Dipertuanya, Datuk Mohamed Taulan Rasul menyifatkan kenyataan Cikgu Pa itu lebih bersifat peribadi, dan tidak akan mempengaruhi keputusan yang akan dibuat pada muktamar Pas kawasan itu nanti.
Menurut Mohamed Taulan, pihaknya akan mengutamakan kehendak ahli akar umbi termasuk dalam pencalonan apa jua jawatan termasuk presiden dan timbalan presiden.
Di Kedah, selain Pas Kuala Kedah yang diketuai Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi diketahui kubu kuat Mat Sabu, Pendang juga adalah antara kawasan yang mempunyai pengaruh Timbalan Presiden Pas itu.
Paling menarik untuk diberi perhatian dalam situasi ini ialah kelmarin, Mat Sabu dilaporkan telah menghadiri satu program di Terengganu, negeri Tok Guru Haji Hadi sendiri.
Apakah ini boleh dianggap tanda awal cubaan untuk mencabar Presiden apabila kubunya sendiri mula 'diserang'?
Apa mungkin Pas Kawasan Batu yang diketuai Ishak Surin, penyokong kuat Mat Sabu akan mencalonkannya untuk mencabar Abdul Hadi?
Ishak juga antara pemimpin Pas yang paling ke depan mencadang supaya Hadi diangkat ke jawatan Mursyidul Am menggantikan arwah Tok Guru Nik Aziz yang dilihat sesetengah pihak sebagai isyarat supaya dibuka laluan mudah untuk Mat Sabu terus ditabal sebagai Presiden Pas.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Azmin ke Sarawak lancar Bilek Gerakan Sarawak?

Posted: 04 Mar 2015 10:32 PM PST

Entah apa sebenarnya tujuan lawatan Azmin Ali ke Sarawak. Ia bukan ada kena-mengena langsung dengan kerjanya selaku Menteri Besar Selangor. Dipercayai Azmin Ali ke Sarawak untuk melobi dan berkempen bagi jawatannya dalam PKR.


 Untuk menutup tujuan sebenar Azmin rasmi kedai kopi di atas sebagai bilek gerakan PKR untuk piihanraya negeri akan datang. :)

Anjing suruhan DAP minta batal Perjanjian Perkara 18 dan Deklarasi Kucing!!!

Posted: 04 Mar 2015 07:27 PM PST


Pada September 16, Anwar ke Kucing Sarawak untuk buat Deklarasi Kucing.


Kononnya antara deklarasi adalah Pakatan rakyat dan PKR menyokong 18 point agreement yang antara lain kuasa kerajaan negeri untuk mengawal pelawat yang masuk Sarawak termasuk pelawat dari Semenanjung. Baca AIDC SINI


Sarawakiana melaporkan Azmin gesa Tan Sri Adenan Satem hentikan larangan masuk kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang suka gegarkan politik negeri dengan rasisma dan extremisma:

Azmin yang dipetik dari Bernama sebagai berkata, PKR menghormati Perkara 18 Perjanjian Malaysia namun meminta budi bicara Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem untuk mempertimbangkan permohonan itu.
"Saya meminta ketua menteri melihat semula tindakan terhadap beberapa pemimpin PKR yang dihalang masuk ke Sarawak. Saya tegaskan sementara kita menghormati undang-undang Imigresen dan autonomi Imigresen dalam Perkara 18, tetapi atas budi bicara ketua menteri, saya minta dapat membantu perkara ini."

"Dan sekiranya ada maklumat yang perlu disampaikan kepada kami tentang mengapa mereka tidak dibenarkan masuk, kita boleh cari jalan penyelesaian," katanya lagi kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Adenan di Pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya hari ini.

Larangan ke atas beberapa individu yang terdiri dari pemimpin pembangkang oleh kerajaan Sarawak mempunyai motif tersendiri kerana Sarawak tidak mahu terjebak dengan permainan politik kotor sepertimana yang dimainkan oleh pembangkang di Semenanjung.

Baca sepenuh di SINI

Apa nama hormati perjanjian 18 jika cuba persoal kuasa Ketua Menteri???? Nampak sangat Azmin jadi anjiing suruhan DAP ...

Kebijaksanaan Adenan Satem membalas tuba Azmin dengan madu

Posted: 04 Mar 2015 04:32 PM PST


Semalam pagi Azmin Ali di escort polis rider dari hotel Grand Continental ke Wisma Bapa Malaysia untuk berjumpa Ketua Menteri Sarawak.

Dalam ceramah dan kempen-kempennya di Sarawak sepanjang 'lawatannya' itu, Adenan Satem disifatkannya sebagai tidak berakal. Antara kata-kata Azmin semasa dalam satu ceramahnya di sana ialah 'Menteri di Sarwak, habis tanah dirampas."



Namun di sebalik pelbagai kata-kata fitnah dan hasutan, Azmin masih dilayan baik oleh Ketua Menteri Sarawak. Dia disambut dengan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri berserta dengan anggota polis trafik sebagai penggiring.

Walaupun Azmin bukan tetamu diundang, Ketua Menteri Sarawak ini tetap diterima sebagai tetamu. Dengar-dengar cerita, Azmin Ali sebenarnya sudah pun berada dalam senarai NTL Kerajaan Negeri Sarawak tetapi akhirnya dia dibenarkan masuk ke Sarawak selaku ketua yang memimpin sebuah Kerajaan Negeri lain.

Hak untuk menerima atau menolak pelawat ke negeri Sarwak ini adalah hak kepmimppinan negeri selari dengan 18 points agreement yang konon dijuangkan oleh Pakatan Rakyat.


Begitu murah hati kerajaan Negeri Sarawak, namun Azmin terus bersikap kurang ajar. Pasti rakyat Sarwak boleh lihat betapa biadap pelawat Pakatan Rakyat dari Semenanjung. Tidak menolak kemungkinan permintaan untuk jumpa Tan Sri Adenan Satem hanya helah Azmin untuk buat permintaan yang tak disangkakan akan diterima

Barangkali tidak cukup pandai menurut standard Azmin Ali dan PKR, tapi sebenarnya layanan Kerajaan Negeri Sarawak ke atas Azmin Ali adalah perangkap Adenan Satem yang menjerat dengan kematangan berpolitik.


Meskipun teruk difitnah dan ditohmah oleh PKR dan DAP, Adenan berjaya menyampaikan mesej mesej kepada Azmin supaya berhemah dan beradab dalam politik. Pembangkang yang datang dari Semenanjung perlu hormat orang Sarawak!

Pemimpin PKR yang datang untuk mengajar rakyat Sarawak untuk bersifat biadap dan kurang ajar hanya telah membodohkan diri mereka kerana politik membenci yang dibawa hanya memperlihatkan kebodohan pemimpin Pakatan dalam kurang memahami suasana dan budaya Sarawak.


Sebagai tetamu para pemimpin Pakatan dari Semenanjung yang datang ke Sarawak tidak perlu membawa budaya kurang ajar dan biadap ke negeri itu. Tidak cukupkah mereka menaja SSKM dan Sarawak for Sarawakians yang bertujuan memecahbelahkan rakyat negeri itu? Tidak cukupkah DAP dengan kempen Anti-Christ yang menjadi tunjang kempen semasa PRN tahun 2011?


Gambar ini hanya hiasan dari meme dari pemimpin tertentu dalam PBB yang belum matang dan terikut mainan politik benci ala PKR, DAP dan PASMA supaya Menteri di atas boleh jatuh.

Kematangan Adenan Satem untuk tidak membenarkan UMNO beroperasi di Sarawak sebenarnya adalah perkiraan yang bijak. Jika UMNO wujud, maka PKR dan DAP yang berasal dari Semenanjung pun akan lagi galak dengan politik biadap dan kurang ajar terhadap UMNO.

Serangan PKR dan DAP kepada UMNO pastinya akan dibalas, sekaligus akan menyeret sekali PBB yang dipimpin oleh Adenan Satem dan keseluruhan rakyat Sarawak yang telah mengecapi keamanan dan kesejahteraan selama berada dalam Malaysia.

RM500 seorang sedia dibayar Nik Nazmi, Rafizi agar Mac 7hb tak kekosongan

Posted: 04 Mar 2015 06:36 AM PST





Macam Peliwat negara tak biasa bayar2 orang ....


Reformasi 2.0 masih berkeras mahu kumpul di Sogo untuk Mac 7hb hari minggu ini walaupun sudah diarah polis buat di padang merbuk. Pengganas memang gitu. Tak peduli orang ramai.

Tapi mahu peintah malaysia.


Sampai RM500 sedia diberi untuk orang luar datang.

RAFIZI RAMLI UMPAN RM150 SEORANG DAN RM500 UNTUK SETIAP CABANG PKR BAGI DEMONSTRASI BESAR 7 MAC DI HADAPAN SOGO, JALAN TAR | buletin - http://buletinsengal.blogspot.com/2015/03/rafizi-ramli-umpan-rm150-seorang-dan.html

Sogo hanya taktik nak tarik sokongan

Posted: 04 Mar 2015 04:34 AM PST





Lagi effigi Shafee dibakar akan hanya tarik orang ramai untuk dengar

Posted: 04 Mar 2015 01:30 AM PST










Hehehe ... malam tadi Tan Sri Shafee Abbdullah tidor nyenyak walaupun effigy gambarnya di bakar. Pasti keesukkannya dia ke pejabat dan mahkamah tanpa masaalah.

Yang sebenarnya terbakar adalah mini reformasi 2.0 yang tak menjadi-jadi.


Lagi aksi begini hanya buat orang ramai sedar bahawa PKR takut Shafee memberi "his side of the story" dan membentangkan "case fact" yang tak difahami ramai.

Bar Council pun tak berani nak debat. Adam Adli hanya nyamuk yang boleh ditepuk!

Pengakuan Phahrolrazi bahawa PASMA terima duit DAP

Posted: 03 Mar 2015 11:30 PM PST


Kenapa belum sedia kalau ianya fitnah?

Pastinya ada kebenaran dalam tuduhan PASMA terima dana dari DAP untuk jatuhkan Ulamak untuk kuasai PAS bagi pihak DAP.

Kalau buat laporan polis dan disiasat, maka ianya akan dibenci oleh ahli bawah.

Usahlah nak nafi lagi bila PASMA boleh mampu adakan majlis di hotel yang dikunjungi PKR dan DAP. PASMA sedia jemput Teresa Kok yang kuat membenci Islam...







Duit penganjuran mesti dari DAP ni ...