Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TIADA JALAN LAIN, KITA TERPAKSA JATUHKAN HJ HADI

Posted: 03 Mar 2015 10:00 PM PST

Bakal Presiden PAS, Sama Taraf Duduk Dengan Setiausaha Agong DAP

Jawatan Presiden PAS yang disandang oleh Hj Hadi Awang bakal dicabar kata pemimpin kanan parti itu yang tidak mahu dinamakan kepada The Star.

Beliau menjangkakan lebih daripada seorang calon akan mencabar jawatan Presiden PAS sekiranya Hadi berhasrat untuk mempertahankan jawatannya.
"PAS amat demokratik dan kali ini akan berlaku pertandingan sengit kerana wujudnya banyak isu dalam parti," kata beliau.
Beliau mengulas ramalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, yang berkata jawatan presiden tidak akan dipertandingkan kerana tidak ada pemimpin berkebolehan untuk mencabar Hadi yang mendapat sokongan kumpulan pro-ulama.
"Biarkan jawatan presiden dipertandingkan. Dari segi perlembagaan, semua jawatan eksekutif adalah terbuka kepada pencalonan dan pertandingan. Ini makna demokrasi," ujarnya.
Hadi tidak pernah dicabar sejak beliau mengambil alih sebagai pemangku presiden berikutan kematian Datuk Fadzil Noor pada 2002.
Beliau juga bersetuju dengan cadangan oleh beberapa pemimpin 'moderate' supaya Hadi dinaikkan taraf kepada Mursidul Am parti menggantikan tugas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat
"Bagilah beliau (Hadi) kehormatan. Naikkan tarafnya daripada menjatuhkannya," tambahnya.
Menurut facebooker Hakimi Al-jamuani, pemimpin PAS yang termasuk dalam kumpulan 'moderate' antaranya ialah Mohamad Sabu (Timbalan Presiden), Datuk Husam Musa (Naib Presiden), Datuk Mahfuz Omar (Ketua Penerangan), Dr Mohd Hatta Ramli (Ketua Pengarah Pilihanraya).
Istilah yang lebih popular digunakan oleh kumpulan pro ulama terhadap kumpulan 'moderate' adalah 'Jebon'
Sebelum ini, portal Malaysiakini dan facebooker pro ulama 'Tuc Tok Usin Ceroi' membuat ramalan yang sama, iaitu Hadi bakal bakal menghadapi cabaran dalam muktamar PAS Jun ini.
Mereka menamakan Ustaz Ahmad Awang, bekas Pesuruhjaya PAS Perak sebagai pencabar Hadi untuk jawatan Presiden PAS.
Kenyataan Mustafa bahawa tiada yang berkelayakan untuk mencabar Hadi dibidas blogger greenboc sebagai 'perang psikologi.'
"Nampaknya "Perang Psikologi" untuk mempengaruhi pencalonan Jawatankuasa PAS Pusat menjelang muktamar kawasan-kawasan sudah dilancarkan oleh Setiausaha Agong sendiri sekalipun belum ada satu pun kawasan yang bermesyuarat.
"Yang menarik ada dua perkata, pertama katanya Hj.Hadi dijangka menang tanpa bertanding. Senyum saja kita membacanya. Habis yang kata nak siasat Mat Sabu dan Hatta kerana nak guling Presiden itu pula halnya? Bukankah tuduhan itu sendiri merupakan signal jelas menunjukkan jawatan presiden itu bakal ditandingi?
"Kedua nak menjatuh dan merendahkan kredibiliti Mat Sabu dan Hatta apabila menyatakan mereka berdua akan disiasat dalam isu "penggulingan Hj Hadi" dan katanya lagi Mat Sabu bakal dicabar,"katanya.
Sementara itu, facebooker pro ulama, Mohd Noor Bj pula membidas saranan Hadi supaya memegang jawatan Mursyidul Am sebagai taktik untuk menang mudah dalam pemilihan Presiden PAS.

ANWAR THE JOKER: TINGGI SUNGGUH KASTAMU DI PENJARA !

Posted: 03 Mar 2015 07:57 PM PST


Banduan bernama Anwar Ibrahim kini mendapat layanan sebagai banduan VIP berkasta tinggi apabila semua permintaannya telah dipenuhi oleh pegawai-pegawai di penjara sg Buluh.

Entahlah samada mereka takut ataupun memang terpaksa ikut arahan pihak tertentu ataupun  memang jadi barua simpatisan kepada penjenayah seks songsang ini.

Hinggakan sudah ada perasaan belah bahagi pihak-pihak tertentu dalam sistem perundangan untuk berasa kasihan kepada banduan seks dan pencetus huru hara ini.

Persoalannya layakkah seorang banduan mendapat begitu banyak keistimewaan tertentu dalam penjara. 


Sudahlah hari tu dipenuhi hasrat si Ketum untuk disumbatkan ke penjara Sg Buluh bukannya di Penjara Kajang kerana Penjara Sg Buluh lebih selesa dan moden sesuai dengan 'selera' dan 'statusnya' sebagai tetamu kehormat diraja dan negara.

Sampai keputusan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan mahu dipertikai lepas tu tabur fitnah kononnya kerajaan terlibat dengan konspirasi menyumbatnya ke penjara. 

Lepas tu tergedik-gedik memujuk-mujuk memohon perkenan Di Raja mintak dilepaskan dari dosa kesalahan meliwat pembantu sendiri berkali-kali.

Teringat macam plot The Joker memujuk pegawai penjara untuk lepas dari penjara. Pegawai penjara dan polis yang termakan pujuk rayu menyebabkan si Joker terlepas lalu dibunuhnya pegawai- pegawai penjara hingga huru-hara Gotham City. 


Sebagai banduan yang terbukti bersalah atas kesalahan meliwat, Anwar Ibrahim harus menghormati sistem perundangan dan institusi kehakiman negara ini. Tunggu rayuan dulu baru boleh nak tahu nasib kamu termasuklah boleh hadiri sidang Parlimen atau tidak.

Lagi pun Anwar sendiri tak nak merayu tetapi anak bininya yang mengusung cucu-cucunya geletik minta pengampuan Di Raja.


Jadi sementara menunggu keputusan YDP Agong, Anwar dinasihatkan duduk diam- diam dalam penjara Sg Buloh dan menjalani hukuman seperti banduan dan pesalah lain. 

Jangan dok gatal nak masuk dan buat huru hara di Parlimen dan luar Parlimen nanti. Dah tahu sangat plan puak-puak pencacai pakatan haram ni...

Tinggal-tinggalkanlah perjuangan yang sia-sia membebaskan Anwar dari penjara. 

Sudah bertahun-tahun rakyat diperbodohkan oleh keluarga Anwar yang kaya raya hasil dana-dana haram Yahudi itu. 

Anwar sedap meliwat... rakyat pula yang mahu diheret ke jalanan. Cer jadi cerdik sikit.

Baca juga:
http://mymassa.blogspot.com/2015/03/dek-kerana-ketagih-nak-minum-teh.html

PAS CADANG PAHROL TUBUH PARTI BAHARU

Posted: 03 Mar 2015 09:09 AM PST

Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata beliau sudah mencadangkan kepada Datuk Pahrolrazi Zawawi supaya membuat parti politik baharu untuk mengelakkan krisis dalaman yang berterusan sejak dari tahun 1988.
"Saya pernah menyebut perkara ini di depan Datuk Pahrolrazi Zawawi, Presiden PASMA dan Ustaz Taib Ahmad, Setiausaha PASMA, sewaktu saya berwacana di Kedah. Kedua mereka menyambut baik saranan saya supaya ada keberanian politik tersebut.
"Boleh jadi kumpulan ini apabila mereka membentuk sebuah entiti politik baharu, mereka akan menjadi seumpama AK Party yang dipimpin oleh Tayyib Erdogan dan Abdullah Gul di Turki.
"Tidak mustahil mereka akan menguasai Putrajaya dan bukan PAS yang masih mengekalkan pegangan dan pendekatan yang asal. Boleh jadi inilah yang dinamakan sebagai inovasi politik, sehingga membenarkan apa yang disebut sebelum ini, perpecahan dan perceraian itu bukan semuanya negatif,"kata Dr Mohd Zuhdi dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, PAS mula mengalami krisis dalaman sejak dari tahun 1988 apabila membuka pintu keahlian seluas-luasnya kepada pelbagai pihak daripada pelbagai aliran.
Menurut rekod sejarah, PAS menerima kemasukan ahli secara beramai-ramai selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998.
"Semenjak tahun 1998, apabila PAS menjadi begitu terbuka menerima kemasukan pelbagai latar belakang menjadi ahlinya, maka sedikit demi sedikit situasi normal yang berlaku dalam PAS berubah menjadi abnormal.
"Situasi ini bermula dengan perselisihan-perselisihan pandangan di kalangan pimpinan PAS daripada perkara-perkara yang bersifat pendekatan sehingga kepada perkara-perkara yang bersifat dasar perjuangan.
"Sebagai contoh awal kurun ke 21, berlaku perselisihan ketara antara pimpinan PAS tentang dokumen Negara Islam, sama ada perlu dikemukakan kepada masyarakat atau tidak.
"Semenjak itu boleh dikatakan akan timbul dua pandangan yang berbeza setiap kali timbul sesuatu isu, seperti sikap PAS terhadap pendukung hak asasi manusia versi Barat, keperluan PAS bertindak untuk mencegah kemungkaran dan yang terakhir ialah perlukan Kelantan meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud.
"Hampir 15 tahun semenjak tahun 1998, PAS berada dalam kemelut ini yang boleh disamakan sebagai situasi abnormal dalam dunia ilmu atau sains. Selepas 15 tahun berada dalam kemelut ini yang juga boleh disifatkan sebagai perubahan-perubahan kognitif dalam PAS, maka boleh jadi sudah tiba masanya berlaku pula perubahan institusi.
"Mereka yang membawa pegangan dan pendekatan baru, dan mencabar pegangan dan pendekatan asal PAS ini adalah satu kumpulan yang sebelum ini terlindung. Hari ini, permukaan 'bongkah ais' kumpulan ini telah muncul di permukaan bernama PASMA, manakala yang tenggelam di bawah air masih belum kelihatan secara jelas.
"Dr Mujahid Yusuf Rawa pernah menyebutnya sebagai PAS Baru dan baru-baru ini beliau menyebut kumpulan Progresif.Bilamana saya menyebut, kumpulan ini wajar mempamerkan keberanian politik untuk menubuhkan parti baharu, ia adalah bermaksud sudah sampai masanya perubahan kognitif itu diterjemahkan kepada perubahan institusi.
"Pegangan dan pendekatan baru dan progresif ini tidak akan ke mana sekiranya ia di bawa dalam PAS, kerana pasti ada penentangan terhadap kumpulan ini. Pertembungan antara kedua-dua kumpulan ini akan meneruskan situasi abnormal yang bersifat perubahan kognitif ini tanpa titik noktah, maka selamanya kemelut ini tidak berpenghujung,"katanya.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


CEO Ambank letak jawatan kerana ketidakaturan pinjaman 1MDB – Rafizi

Posted: 03 Mar 2015 01:37 AM PST

(Oleh Azuan Ab Rahman)
PETALING JAYA 3 MAC: Pengunduran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ambank Group Berhad (AMMB), Ashok Ramamurthy baru-baru ini didakwa berpunca dari ketidakaturan dalam pinjaman RM2 bilion Ambank kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Memetik sumber maklumat dalaman yang diperolehnya, Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, pengunduran itu berlaku selepas Bank
Negara Malaysia (BNM) menjalankan audit pematuhan kepada institusi perbankan itu dan mengenalpasti beberapa pelanggaran dalam proses
pemberian pinjaman.
Rafizi"Saya dibekalkan dengan maklumat dalaman bahawa selain Ashrok, dua lagi pegawai kanan Ambank juga telah meletak jawatan bersama-sama beliau," jelasnya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Menurut Rafizi, AMMB telah menguruskan beberapa urusniaga penting melibatkan 1MDB sejak beberapa tahun lalu.
Selain meluluskan hutang RM2 bilion tersebut, Ahli Parlimen Pandan itu juga mendakwa, AMMB turut menguruskan penerbitan hutang jangka sederhana berjumlah RM5 bilion.
"Saya menghargai ketegasan BNM yang telah membangkitkan beberapa pelanggaran ini di dalam laporan audit pematuhannya.
"Bagaimanapun ini tidak mencukupi kerana risiko keseluruhan 1MDB kepada sektor perbankan negara belum dilapor secara telus," jelasnya lagi.
Beliau sehubungan itu menggesa BNM mendedahkan Laporan Audit Pematuhan ke atas semua bank tempatan yang pernah memberi pinjaman kepada 1MDB.
Ini menurutnya supaya Ahli Parlimen dan masyarakat awam dapat menilai sendiri setakat mana keberhutangan 1MDB mempu merisikokan kestabilan sektor perbankan negara.
"Saya juga telah menghantar soalan-soalan Parlimen bersabit keputusan audit terhadap 1MDB.
"Saya harap Menteri Kewangan tiada halangan mendedahkan laporan-laporan audit oleh Bank Negara ini," kata Rafizi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=65493

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


PASMA nafi tanding Cempaka, Hmmm ... kenapa kensel?

Posted: 03 Mar 2015 09:28 PM PST



Hanya memungkinkan PASMA mahu fokus jatuhkan Haji Hadi dan ulamak. Tanpa ulamak, bolehlah mereka jadi anjingan DAP. Tak payahlah berlakun nak juang Islam dan pakai songkok haji lagi.

Tak tolak kemungkinan akan sabotaj Cempaka jila ada calun bebas yang berwibawa untuk rosakkan kredibiliti kumpulan ulamak.

Mahfuz terus persenda wartawan dengan misi kemanusian untuk pembunoh

Posted: 03 Mar 2015 06:34 PM PST


Mahfuz ke australia dengan iu sirul dan membuat kenyataan berikut:

Kenyataan Media: Perkembangan Misi C4 ke Australia

1. Alhamdulillah, pada hari ini saya bersama ibu Sirul, Puan Piah Samad,adiknya Noriatin Omar serta ahli rombongan telah diberikan kebenaran untuk bertemu dengan Sirul di Pusat Tahanan Imigresen Villawood,Sydney. Pertemuan ini berlangsung selama hampir dua jam iaitu bermula Pukul 5.30 petang sehingga Pukul 7.30 petang waktu di sini.

2. Saya berpandangan misi kemanusiaan ini berjaya apabila dapat mempertemukan seorang ibu kepada anaknya yang dikasihi. Puan Piah membawa sambal bilis dari kampung manakala saya membeli anggur dan kasut sukan yang dipesan oleh Sirul. Suasana begitu hiba dan sayu bagi kami pada saat mula pertemuan tersebut apabila si ibu dan anak berpelukan. Tangisan air mata kerinduan seorang ibu kepada anaknya yang berjauhan dan belum tentu nasib yang melanda.

3. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Australia khususnya pihak berkuasa Pusat Tahanan Imigresen yang memberikan kebenaran kami bertemu Sirul. Sirul juga menyatakan salam penghargaan buat semua yang prihatin terhadapnya.

Dato' Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

-----------------------------------------

Dengan kenyataan ini, Mahfuz mengaku telah permain dan persenda wartawan ... Mana kata Najib bunuh Altantunya? Kenapa Tiada kenyataan tuduhan demikian dalam kenyataannya?

Apa kerja Mahfuz buat mmisi kemanusian kepada seorang pembunuh???!!!!

PASMA tak peduli orang Islam sebab dah terima duit DAP

Posted: 03 Mar 2015 06:29 AM PST




Dah terima duit tu mana dia berani nak lapor polis. Baca SINI. Takut dijumpa bila disiasat kan?




PASMa tak kisah Islam dihina di Penang

Posted: 03 Mar 2015 03:23 AM PST









Penang patut dikembalikan pada Kedah

Posted: 03 Mar 2015 12:33 AM PST



– Pengenalan

PADA tahun 1786, Sultan Abdullah Mukarram Shah yang memerintah Kedah pada ketika itu, menyerahkan Pulau Pinang kepada wakil dari Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), Francis Light melalui satu perjanjian penyewaan.

Light kemudian menamakan semula Pulau Pinang sebagai Prince of Wales, pangkalan British yang pertama pernah ditubuhkan di Tanah Melayu. Adakah penyerahan Pulau Pinang menerusi perjanjian penyewaan ini sah di sisi undang-undang antarabangsa?

— Sejarah

Malaysia sebelum menjadi sebuah negara yang kita kenali hari ini, pernah dikuasai oleh beberapa kerajaan Melayu pra-penjajahan seperti Srivijaya, Majapahit, Kedah, Melaka, Brunei, Johor dan Aceh. Kedah adalah kerajaan tertua di kalangan kerajaan-kerajaan Melayu ini. Kedah telah diasaskan pada tahun 630 Masihi, lebih dikenali sebagai Kadaram pada ketika itu.

Kedah pernah menjadi penguasa yang berpengaruh melampaui kawasan-kawasan yang kini menjadi wilayah negeri Kedah sekarang ini. Sewaktu era kegemilangannya, Kedah mempunyai pelabuhan yang kaya-raya dan catatan Tamil lampau memberikan Kedah julukan 'kota segala kebahagiaan'.

Walaubagaimanapun, Kedah telah dijadikan negeri naungan Srivijaya, sebuah kerajaan Melayu ulung yang berpusat di Palembang pada kurun ke-7 Masihi.

Setelah keruntuhan Empayar Srivijaya pada kurun ke-13 Masihi, Kedah telah menjadi negeri vassal atau negeri bawahan empayar-empayar lain yang lebih berpengaruh di rantau ini seperti Majapahit, Kesultanan Melaka dan Siam. Kedah kemudiannya diletakkan sebagai negeri lindungan Inggeris setelah Perjanjian British-Siam dimeterai pada tahun 1909 di Bangkok.

kedah-tuntut-pulau-pinang

— Penyerahan Pulau Pinang

Menjelang kurun ke-18 Masihi, Kedah muncul sebagai sebuah negeri Timur yang lemah, diapit oleh jiran-jirannya yang lebih berpengaruh iaitu Burma dan Siam. Kedua-dua kuasa serantau ini amat agresif dan sering berperang lalu mengancam kelangsungan Kesultanan Kedah.

Sewaktu pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah, Kedah telah mula mengirim bunga mas kepada Siam sebagai tanda mengiktiraf ketuanan Siam ke atas Kedah. Amalan ini telah dimulakan sejak tahun 1781. Namun begitu, terdapat juga pendapat bahawa pengiriman bunga mas oleh Kedah kepada Siam hanyalah sebagai tanda persahabatan di antara kedua-dua kerajaan dan tidak sama sekali menghakis kedaulatan Kesultanan Kedah.

Sepenuh di SINI

Duit bayaran pada Kedah itu dibuat oleh kerajaan persekutuan. Tahan bayaran saja dan terpulanglah balik kepada Kedah.

Kopitiam Bang Nan

0

Posted by Unknown | Posted on 9:28 PTG | Posted in

sumber :-

Kopitiam Bang Nan


Kopitiam Bang Nan: Flashback 17 Nov 2012: Perjuangan PAS tidak menyel...

Posted: 03 Mar 2015 05:27 PM PST

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:26 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'Kami boleh isytihar harta tapi ia tak akan bantu PM'

Posted: 03 Mar 2015 09:24 PM PST

Pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk mengisytiharkan harta mereka, tetapi menegaskan bahawa ia tidak akan mengalih perhatian daripada soal kekayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ini ekoran cabaran  Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee terhadap pemimpin Pakatan supaya berbuat demikian bagi membuktikan mereka bersih dan bukannya hanya mensasarkan Najib.

Secara peribadi, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, beliau tidak ada masalah berbuat demikian dan begitu juga dengan pemimpin Pakatan yang lain.

"Kami perlu membawa perkara itu (ke mesyuarat kepimpinan) bagi mendapatkan satu konsensus," tambahnya.

Rafizi berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu di mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR dan majlis kepimpinan Pakatan.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk  Mahfuz Omar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bersedia untuk mengisytiharkan hartanya.

Selain itu, beliau mahu Parlimen membuat keperluan bagi semua ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka.

Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Hanya Mahukan Penjelasan...

Posted: 03 Mar 2015 09:19 PM PST

Oleh Abu Hassan Adam
Melihatkan kepada beberapa perkembangan dalam negara kini ( yang semacam membimbangkan ) menampakkan seolah-olah ada dikalangan pemimpin negara kini semacam sudah tidak berintegriti. Tidak menampakkan ada perasaan malu kepada masyarakat yang dipimpin oleh mereka. Tidak langsung ada segan silu untuk membohongi masyarakat yang dipimpin dengan fakta-fakta yang diadakan

Tidak ada langsung merasa takut kepada Tuhan diatas pembohongan yang dilakukan walaupun ada yang berlatarbelakngkan pendidikan agama. Seolah-olah mereka langsung tidak memikirkan 'hati dan perasaan' roh arwah ayahanda dan bonda yang sudah pergi. Langsung mereka tidak memikirkan hal yang sedemikian. Maruah diri adalah sesuatu yang perlu dijaga dan dipelihara, apatah lagi bagi orang Melayu yang menganggap bahawa maruah diri adalah sesuatu yang amat berharga untuk dimiliki. Bagi orang Melayu (lama) maruah adalah lebih kurang sama dengan nyawa dibadan. Dan antara maruah dan budi pula mungkin sama-sama dipelihara dan dijaga oleh orang Melayu. Seolah-olah tidak adanya budi dan hilangnya maruah maka hilanglah orang Melayu itu sendiri.
Kini ada dikalangan pemimpin kita seolah-olah sudah tidak mempedulikan maruah yang terhakis kepada diri mereka. Rakyat semacam mempersoalkan tentang 'apakah para pemimpin kita semacam tidak bermaruah". Tentulah ada asasnya mengapa rakyat menuduh para pemimpin kita kini sudah tidak bermaruah. Ramai pemimpin semacam sudah tidak mempedulikan teguran dan kritikan rakyat terbanyak tentang tindak-tanduk yang mereka lakukan. Mereka seolah-olah tidak tahu bahawa rakyat terbanyak tahu dan sedar apa yang mereka lakukan. Hanya mereka yang merasakan baahwa rakyat kurun ke 21 masih bodoh dan tolol. Mereka seolah-olah memekakkan telinga dan membutakan mata.
Para pemimpin hanya 'menutup telinga' apabila timbul 'jeritan' dan 'kutukan' yang dilimparkan terhadap mereka. Dan yang amat malang lagi ialah apabila ada jabatan-jabatan kerajaan yang sepatutnya bertindak terhadap sesuatu penyelewengan juga melakukan tindakan yang serupa, 'memekakkan telinga dan memejamkan mata'.
Banyak sangat aku baca dan aku dengar diperkatakan mengenai IMDB. Banyak sangat jumlah duit yang terlibat dalam perniagaan ini. Berbillion. Seperti juga orang Melayu miskin yang lain, aku tidak dapat membayangkan sebanyak mana atau 'seberat' mana wang kertas yang berjumlah satu billion ringgit itu. Disamping itu tidak dapat aku hendak membincangkan isu yang berkaitan dengan 1MDB disebabkan kejahilan aku mengenai ilmu ekonomi. Justeru tentulah aku mengharapkan sumbangan penulis lain untuk memberikan 'input' berkaitan dengan perjalanan 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Apa perlu buat bila krisis ekonomi?

Posted: 03 Mar 2015 09:17 PM PST

Oleh DR AZIZAN OSMAN
SAYA baru selesai sesi berkongsi ilmu dan pengalaman bersama lebih 600 usahawan dan bakal usahawan serta jutawan selama empat hari termasuk sesi group coaching di Setia City Convention Center untuk program intensif pemasaran.

Pelbagai persoalan tentang perniagaan dan pemasaran diutarakan kepada saya tetapi ada satu soalan ini yang agak "hot" ialah tentang pandangan saya mengenai keadaan ekonomi sekarang dan persediaan yang perlu dibuat.

Ada beberapa isu yang perlu kita lihat di sebalik beberapa dimensi ataupun perspektif.

Secara keseluruhan, sentimen peniaga dan pengguna adalah agak berhati-hati dan beberapa feedback dari rakan-rakan peniaga cina yang saya kenali menyebut tentang sedikit penurunan jualan mereka akhir-akhir ini terutamanya di dalam bahan mentah untuk pembinaan dan permintaan hartanah juga agak lembap.

Pengaruh penurunan peluang bekalan dan kontrak kerajaan serta swasta juga agak jelas berlaku mungkin disebabkan kerajaan mengambil langkah berhati-hati di dalam perbelanjaan dan bajet.

Di dalam senyap atau nyata, beberapa buah syarikat "besar" ada yang telah atau sedang mengatur program-program VSS (Volunteer Separate Scheme) atau apa sahaja terma yang digunakan untuk mengurangkan kos dan ini mungkin langkah biasa bagi syarikat korporat tetapi saya lihat ia sebagai langkah untuk persediaan untuk mengurangkan kos operasi syarikat.
Read More / Baca Lagi >>

Apakah polisi Malaysia di Arab Saudi ditentukan Jho Low, soal DAP

Posted: 03 Mar 2015 09:16 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu perjelaskan kaitan ahli perniagaan Low Taek Jho Low dalam polisi urusan luar negara dengan Arab Saudi, kata Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming. – Gambar fail oleh The Malaysian Insider, 4 Mac, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu perjelaskan kaitan ahli perniagaan Low Taek Jho Low dalam polisi urusan luar negara dengan Arab Saudi, kata Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming. – Gambar fail oleh The Malaysian Insider, 4 Mac, 2015.DAP hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kaitan ahli perniagaan Low Taek Jho Low dalam polisi urusan luar negara Malaysia dengan Arab Saudi seperti didedahkan laman sesawang Sarawak Report baru-baru ini.
Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming berkata campur tangan individu tertentu dalam polisi luar negara Malaysia demi kepentingan peribadi merupakan sesuatu "yang amat mengganggu".
"Polisi luar negara Malaysia seharusnya ditetapkan berdasarkan kepentingan rakyat di negara ini.

"Saya menggesa Najib menjelaskan semua pendedahan yang dibangkitkan dalam Sarawak Report pada 28 Februari lalu," kata pemimpin DAP itu dalam satu kenyataan hari ini. Ong berkata, perdana menteri harus menjelaskan banyak persoalan yang mengaitkan ahli perniagaan itu dan mengesahkan adakah Jho Low diberi kebenaran menggunakan pengaruhnya menetapkan dasar luar negara Malaysia di Arab Saudi.
"Najib membuat lawatan rasmi pertama ke Arab Saudi sebagai perdana menteri pada Januari 2010 (asalnya dijadualkan pada Disember 2009) dan Sarawak Report mendakwa Jho Low dan rakannya bekerja keras dalam persediaan lawatan itu," katanya.
Ong berkata, Sarawak Report melaporkan rakan Jho low, Seet Li Lin menyediakan draf surat Najib untuk dihantar kepada Raja Abdullah.
Read More / Baca Lagi >>

Nasib Umno dan BN kini seperti pernah dialami kerajaan empayar Inca

Posted: 03 Mar 2015 09:14 PM PST

 Nasib Umno dan BN kini seperti pernah dialami kerajaan empayar Inca
Oleh Nur Jazlan 

 Banyak yang diperkatakan mengenai Umno, satu-satunya parti politik yang ditubuhkan sebelum negara mencapai kemerdekaan dan kini menjejaki usia tujuh dekad serta sudah pasti bagi pucuk pimpinannya pada masa sekarang adalah dengan terus melaungkan kejayaan Umno mendapat 88 kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.
Kejayaan Umno itu sudah berusia dua tahun dan hanya tinggal tiga tahun lagi sebelum parti orang Melayu ini akan berdepan semula dengan rakyat dalam PRU14 dan ketika ini, suasana di peringkat akar umbi terus resah gelisah dengan apa yang berlaku di peringkat bawahan, situasi berbeza dengan peringkat atasan terutamanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Putrajaya yang berterusan dibuai mimpi indah.
'Mimpi indah' orang Melayu akan berterusan menyokong Umno dan keluarlah segala statistik dan perangkaan bagi membuktikan 'mimpi indah' itu sedangkan hakikatnya, sokongan orang Melayu di kawasan bandar dan luar bandar terus terhakis.
Terus juga dicanang yang Umno adalah parti akar umbi dan sentiasa mengutamakan suara akar umbi dalam perjuangannya tetapi ia hanyalah sekadar retorik yang disedari ahli akar umbi sendiri.
Saya sendiri dalam sebuah laporan sebuah akhbar baru-baru ini, 'dicap' sebagai bertindak di luar kebiasaan Umno oleh dua tokoh akademik kerana kerap mengkritik pucuk pimpinan terutama sekali Presiden parti secara terbuka dalam tulisan-tulisan di blog saya atau di portal berita.
Bagi dua tokoh akademik itu, Umno adalah sebuah parti feudal dan segalanya, perlu mengikut protokol dan suara kritikan seakan 'haram' dilakukan secara terbuka kerana ia akan mengundang persepsi negatif rakyat kepada pucuk pimpinan.

Terus terang saya amat sedih dengan kenyataan itu bukan disebabkan ia mengkritik saya tetapi sebab orang luar mungkin bukan ahli Umno juga melabelkan parti sudah menjadi institusi feudal di mana dalam sistem ini, yang berkuasa adalah raja, sultan atau pucuk pimpinnnya dan mereka tidak boleh dikritik dengan sesiapa yang mengkritik sistem berkenaan akan dikenakan hukuman.
Ingin saya tegaskan di sini, Umno adalah parti akar umbi dan tanpa ahli biasa bagaimana pucuk pimpinan mendapat kuasa, jika ahli sendiri sudah tidak boleh bersuara secara terbuka bagi mengkritik demi kebaikan, ia seakan sudah melanggar perjanjian penubuhan parti keramat ini sendiri.
Jadi seharusnya, sistem feudal tidak boleh dikaitkan dengan Umno kerana jika itu tanggapan orang luar terhadap parti terutama sekali jika ia datang daripada orang Melayu sendiri, natijahlah kepada perjuangan leluhur Umno yang menubuhkannya dalam memperjuangkan golongan akar umbi Bumiputera.
Persepsi mengenai Umno menjadi sebuah institusi politik feudal menyebabkan saya teringat kepada sejarah empayar Inca apabila berkesempatan ke Ecuador baru-baru ini, ketika menghadiri Forum Ahli Parlimen Asia Pasifik.
Sejarah menjelaskan empayar Inca terletak di sebuah negara yang memerintah daripada Peru hingga Ecuador daripada tahun 1438 hingga 1533 dan ia begitu makmur dengan dapat meluaskan empayarnya bukan melalui peperangan tetapi hanya dengan kemakmuran serta kepesatan ekonomi.
Malah peninggalan kemakmuran empayar Inca masih terdapat sehingga kini dengan pelbagai binaan yang mengagumkan, tetapi siapa menyangka kerajaan yang begitu mewah, begitu kuat ini akhirnya jatuh ke tangan penjelajah Sepanyol yang berjumlah hanya kira-kira 200 orang diketuai Francisco Pizzaro.
Pizzaro dalam ketika menemui pemerintah kerajaan Inca ini yang dipimpin Atahualpa menggunakan agama dalam mengadakan hubungan serta kerjasama dengan kerajaan Inca selain menabur kata-kata manis terhadap pemimpinnya.
Namun, beliau juga mengesan kelemahan kerajaan dan rakyat empayar ini yang terlalu taksub dengan adat istiadat serta upacara keagamaan dan ia adalah peluang untuk mereka menawan empayar yang terbesar di Amerika Selatan ketika itu.
Ini kerana segala apa yang hendak dilakukan kononnya perlu mendapat persetujuan daripada tuhan mereka dan lebih malang lagi rakyat menganggap pemimpin mereka sebagai dewa dan turut menyembahnya.
Read More / Baca Lagi >>

Is Jho Low the PM’s new foreign policy expert?

Posted: 03 Mar 2015 09:13 PM PST

DAP's Ong Kian Meng says an expose from the Sarawak Report reveals emails that point to Jho Low having a heavy hand in Malaysia's foreign policy.
Jho-Low2KUALA LUMPUR: MP for Serdang, Ong Kian Ming has demanded that prime minister Najib Razak come clean as to how much of a hand Penang-born Jho Low had in dictating Malaysia's foreign policy with Saudi Arabia.
In a statement issued today, Ong referenced the Sarawak Report, whose recent expose of a stream of emails involving Jho Low, his close associate Seet Li Lin, Najib and King Abdullah, all point to the fact that Malaysia's foreign policy was in the hands of a small group of individuals.
"Malaysia's foreign policy must be dictated by the best interests of Malaysian citizens.
"The fact that an individual or a small group of individuals can dictate the foreign policy interests of Malaysia for their own personal gain, as alleged by the Sarawak Report expose, is highly disturbing," Ong remarked.
Ong detailed these allegations by first explaining how Jho Low and his associates worked hard to "prepare" Najib's first official visit to Saudi Arabia in January 2010 with Seet Li Lin allegedly preparing the draft of a letter for Najib to send to King Abdullah, the then King of Saudi Arabia.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak ada yang layak lawan Hadi kata Nik Zawawi

Posted: 03 Mar 2015 09:12 PM PST

Orang yang buat kenyataan suruh Presiden PAS sekarang berundur adalah tidak senonoh.

Nik Muhammad Zawawi Nik SallehSHAH ALAM: Dewan Ulama Pas Pusat tidak melihat keseriusan dan keikhlasan pihak tertentu dalam Pas untuk mencabar jawatan presiden parti itu pada pemilihan akan datang sebaliknya melihat tujuan mereka hanya untuk mengeruhkan keadaan.
Pemangku Naib Ketuanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh mendakwa, individu terbabit adalah mereka yang tidak jujur dan ikhlas dalam perjuangan Islam malah tidak boleh bertahan lama hingga terpaksa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan Perlembagaan parti.
"Saya merasakan bahawa kenyataan yang dibuat semata-mata untuk mengeruhkan suasana, bukan dia serius hendak bertanding, saya rasa tidak.
"Setakat ini, saya tidak nampak orang yang hendak bertanding melawan jawatan presiden dan saya sifatkan mereka yang mengeluarkan kenyataan supaya orang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) berundur ini sebagai 'tidak senonoh' dalam perjuangan Islam," katanya, lapor Sinar.
Beliau berkata demikian mempertahankan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali semalam yang yakin Abdul Hadi akan kekal sebagai Presiden Pas tanpa bertanding pada pemilihan parti itu, Jun ini.
Mustafa berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pemimpin dalam parti itu yang akan mencabar Abdul Hadi.
Ketika ditanya mengenai penerimaan ulama terhadap bakal presiden Pas yang baharu dari golongan bukan ulama, beliau bagaimanapun menegaskan jawatan itu perlu diisi oleh ulama sahaja dan ia menjadi polisi parti itu sejak 1983.
Read More / Baca Lagi >>

Mak Piah masak rendang daging, tunai permintaan Sirul

Posted: 03 Mar 2015 09:09 PM PST

KUALA LUMPUR: Berada di Australia tidak menghalang Piah Samad, 74, menyediakan makanan kegemaran anaknya, Sirul Azhar Umar.
Permintaan untuk merasa rendang daging tetap ditunaikan apabila sejak awal pagi lagi beliau telah memasak makanan kegemaran Sirul.
Menurut pegawai yang mengiringi misi 'See For (C4) Yourself' ke negara kanggaru itu, Piah bersama-sama rombongan telah pergi ke bandar Lakemba bagi mencari daging halal di sana.
"Kami ke bandar Lakemba semalam, di sana ramai orang muslim dan makanan halal senang dapat.
"Segala barang keperluan untuk rendang daging semuanya di beli di sana," ujar seorang anggota rombongan kepada Harakahdaily melalui WhatsApp.
Sementara itu, Piah ketika ditanya berkata walaupun penyediaan rendang itu tidak seperti mana di Malaysia tetapi dia berharap rendang yang disediakan itu dapat menghilangkan kerinduan anaknya.
"Pedas sikit tadi terlebih cili tapi tak pa, Sirul boleh makan. Harap dengan rendang ni, kerinduan Sirul pada makanan kegemarannya dapat dipenuhi," katanya sambil memasak.
Hari ini merupakan hari kedua pertemuan beliau dengan Sirul yang kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen (IDC) di Villawood, Sydney.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berharap pertemuan hari ini berjalan lancar seperti lawatan semalam.
"Semalam tidak ada sebarang masalah yang timbul dan hari ini kita mengharapkan situasi yang sama.
"Ibu Sirul dah menyediakan rendang, jadi biarlah Sirul dapat menikmati makanan kegemarannya," katanya.

Bekas setiausaha agung bimbang budaya ulama PAS tidak boleh ditegur

Posted: 03 Mar 2015 09:07 PM PST

Budaya menangani perbezaan pandangan dalam PAS kini berubah dengan puak tidak sehaluan pendapat saling tegur menegur dengan cara tidak beradab, ini menyebabkan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar melahirkan kekesalan dan kebimbangan dengan keadaan parti Islam itu sekarang.

Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, kumpulan ulama dalam PAS kini bersikap tidak boleh ditegur walaupun pada masa sama mereka bebas menegur kumpulan lain dengan mengeluarkan pelbagai istilah termasuk perkataan "babi" dan "syaitan".
"Ada kawan menegur, kumpulan profesional kena beradab dalam menegur ulama, dan ada yang berkata, ulama juga kena beradab dalam menegur profesional," kata ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, katanya, sesuatu yang menyedihkan ialah, kumpulan ulama kelihatan seperti tidak boleh dikritik tetapi pada masa sama, mereka bebas mengkritik kumpulan yang bukan ulama. "Ini amat membimbangkan," kata Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Kelantan, selama 4 penggal sejak 1999.

Beliau berkata keadaan itu berlaku ketika ini menjelang Muktamar PAS ke-61 Jun ini apabila pemilihan untuk jawatan tertinggi kepimpinan akan berlangsung. "Saya tidak akan terkejut jika (peringkat) kawasan membuat pencalonan pelbagai nama untuk jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, kali ini.

"Mungkin akan ada perkiraan daripada segi sama ada seorang perwakilan ada hak atau tidak untuk memilih secara terbuka jawatan tertinggi, misalnya presiden, timbalan dan naib," katanya. Kamarudin berkata, daripada pemerhatiannya, wujud pemikiran yang jelas bagi menunjukkan PAS sebuah parti terbuka yang tidak sekali-kali menolak sebarang bentuk pertandingan.

 "Ini dibolehkan, dan ahli mempunya hak dalam perlembagaan untuk menjadi calon dan memilih jawatan dalam jawatankuasa PAS pusat," katanya. Sejak sekian lama, jawatan presiden PAS tidak dipertandingkan manakala bagi jawatan tertinggi lain seperti timbalan dan naib presiden, serta ketua dewan Pemuda dan Muslimat, menyaksikan perebutan.

Read More / Baca Lagi >>

Kemelut 1MDB: kerajaan perlu mulakan siasatan, jangan ancam media

Posted: 03 Mar 2015 03:40 PM PST

Oleh K Kabilan
Kenyataan kerajaan bahawa mereka akan menguatkuasakan undang-undang tanpa pengecualian, jika dakwaan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membongkarkan apa-apa salah laku adalah perkara yang baik.
Menurut laporan The Sunday Times United Kingdom, kerajaan berkata mereka akan mengambil tindakan "tanpa pengecualian", namun cepat menambah tentang kemungkinan ada "motif politik" di sebalik kritikan terhadap 1MDB.

Badan pelaburan milik penuh Kementerian Kewangan itu menjadi tumpuan berita berikutan pendedahan berhubung dakwaan "kejanggalan" kewangannya.
"Pandangan sesetengah pihak terhadap 1MDB perlu dilihat berdasarkan pertimbangan motif molitik.
"Namun, jika ada salah laku dapat dibuktikan, undang-undang akan dikuatkuasa tanpa pengecualian," kata kerajaan, seperti dipetik akhbar UK itu Ahad lalu.
Harapnya kerajaan jujur dalam janjinya untuk bertindak mengikut undang-undang.
Pendirian Putrajaya dalam hal ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi 1MDB tidak terlibat secara langsung dalam operasinya.
Sebaliknya, ia mengatakan 1MDB diuruskan oleh kumpulan profesional dan berpengalaman.
Namun, pendedahan media telah membangkitkan pelbagai salah laku kewangan dalam 1MDB, terutama berhubung dakwaan peranan yang dimainkan oleh hartawan Jho Low.
Pada Ahad lalu, laman Sarawak Report dan The Sunday Times melaporkan dakwaan berhubung kaitan Jho Low dalam

kegiatan 1MDB dalam syarikat pengeluar dan eksplorasi minyak Petrosaudi International. Laporan itu memetik maklumat yang dikatakan daripada beribu dokumen bocor dan perhubungan emel melibatkan 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Najib telah kehilangan keyakinan kabinetnya?

Posted: 03 Mar 2015 03:38 PM PST

Oleh Ng Kee Seng
Sebuah laporan berita mendakwa bahawa Kabinet minggu lalu menolak cadangan supaya 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dibebani hutang, diberi suntikan wang tunai sebanyak RM3 bilion.
Jika laporan The Malaysian Insider 27 Februari bertajuk "Cabinet rejects RM3 billion for 1MDB as debt repayment options narrow" (Kabinet menolak RM3 bilion untuk 1MDB sewaktu pilihan pembayaran balik semakin sedikit) adalah tepat, ia adalah salah satu berita yang paling buruk untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walau bagaimanapun, laporan ini diterbitkan berdasarkan sumber-sumber dan ketepatan yang masih belum disahkan. Adakah mungkin bagi Kabinet untuk menolak cadangan Kementerian Kewangan (MoF) itu?
Penolakan itu, jika benar, adalah serupa dengan undi tidak percaya oleh anggota Kabinet terhadap Najib, sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.
Jadi, siapakah yang akan mengesahkan ketepatan laporan itu secara terbuka? Adakah terdapat mana-mana ahli Kabinet yang akan berani berbuat demikian?
Sehingga laporan itu disahkan, laporan itu boleh disifatkan sebagai hanya spekulasi semata-mata.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa majoriti menteri-menteri dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas pada 25 Februari, tidak meluluskan minit mesyuarat minggu sebelumnya bagi amaun itu.
Sumber-sumber lain mengesahkan penolakan Kabinet, yang dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada syarikat milik penuh kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2009, untuk melabur dalam sektor-sektor ekonomi utama di bawah pemerintahan Najib.
"Pilihan semakin kecil bagi Kementerian Kewangan kerana 1MDB tidak boleh mengumpul dananya sendiri sekarang. Ia pada dasarnya memerlukan wang dari pemegang saham sahaja, iaitu kerajaan," kata seorang sumber lain.
Read More / Baca Lagi >>

Tembelang FGV makin terbuka

Posted: 03 Mar 2015 03:33 PM PST

Sejak awal lagi, penubuhan Felda Global Ventures Berhad (FGV) bagi mengambil alih bahagian perdagangan Felda sememangnya amat mencurigakan dan membimbangkan PAS.
Pada pandangan PAS, penubuhan FGV tidak mungkin dapat membantu memperkembangkan lagi Felda dan membantu menjaga kepentingan para peneroka, sebaliknya akan menyebabkan Felda dan para peneroka akan lebih bermasalah, sehingga boleh menjadikan tanah-tanah Felda lebih mengecil dan para peneroka sendiri pula akan kehilangan tanahtanah yang dimiliki mereka sedikit demi sedikit.

Walaupun ditentang keras, FGV tetap ditubuhkan juga dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri sebagai mentornya, hasil pakatannya dengan Pengerusi Felda sendiri, Tan Sri Mohd Isa Samad dan kemudiannya terus membawa kepada penyenaraian sahamnya di Bursa Malaysia pada akhir Jun 2012. Sejak awal lagi juga, penubuhan FGV kelihatan bukanlah untuk kepentingan Felda dan para peneroka, tetapi untuk kepentingan pemimpin Umno-BN dan kroni-kroni mereka. Bagi menutup realiti itu, berbagai langkah telah dilakukan oleh mereka yang terbabit bagi menggambarkan penubuhannya kononnya untuk kepentingan Felda dan para peneroka sendiri, sehingga para peneroka turut dipaksa membeli saham-sahamnya kononnya akan mendatangkan pulangan besar.
Namun kini, perkara yang amat ditakuti telah pun berlaku.
Pandangan yang dilontarkan oleh Tokoh Wartawan Negara, Dato' A Kadir Jasin atas tajuk FGV: Dari Fantasi Kepada Cerita Ngeri menerusi blognya pada 22 Februari lalu membuktikan penubuhan FGV bukanlah seperti yang digambarkan oleh pemimpin-pemimpin Umno sebelum ini, malah penuh dengan bahaya kepada para peneroka dan Felda sendiri.
Malah menurut Dato' A Kadir Jasin, daripada cerita fantasi dewa- dewi pada hari penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012, FGV kini telah bertukar menjadi episod ngeri.
Read More / Baca Lagi >>

Sirul bertambah berat badan, ceria,

Posted: 03 Mar 2015 03:21 PM PST

OLEH YASMIN RAMLAN

Sirul Azhar Umar yang berada di pusat tahanan di Sydney, Australia, kelihatan ceria ketika pertemuannya bersama ibu dan adik perempuannya hari ini, kata Datuk Mahfuz Omar.
Bekas anggota Unit Tindakan Khas itu juga mengakui mengalami pertambahan berat badan, kata Ketua Penerangan PAS itu.
"Saya difahamkan oleh ibunya, tiada perubahan gemuk atau kurus. Tapi dia (Sirul) kata, berat badannya bertambah, tapi tidaklah nampak gemuk.
"Alhamdulillah, dia kelihatan ceria dalam pertemuan tersebut dan sangat gembira kerana (dapat makan) sambal ikan bilis (yang dibawa ibunya dari Malaysia)," kata Mahfuz
Menurut Mahfuz, pertemuan selama dua jam itu ialah pertemuan keluarga di mana banyak masa diperuntukkan untuk Sirul melepaskan rindunya kepada ibunya Piah Samad, 72, dan adik perempuannya Noriatin, 37.
"Hari ini emaknya melepaskan rindu dan kami yang lain juga dapat berbual dengannya, bersembang pasal kehidupan dia di sini.
"Alhamdulillah dia dapat ramai kenalan, yang merupakan penghuni pusat tahanan ini," katanya merujuk kepada pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di mana Sirul ditempatkan itu.
Kata ahli Parlimen Pokok Sena itu, pertemuan antara mereka dirancang diadakan setiap hari sepanjang mereka di sana.
Ditanya adakah Sirul menyentuh mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, beliau menjawab: "Ini pertemuan keluarga, ini misi kemanusiaan. Jadi tak sentuh tentang kes pembunuhan."
Read More / Baca Lagi >>

Misi temukan ibu dan Sirul berjaya, kata Mahfuz

Posted: 03 Mar 2015 03:17 PM PST

Misi temukan ibu dan Sirul berjaya, kata MahfuzKUALA LUMPUR: Bekas koporal polis, Sirul Azhar Umar, 44 kini dipertemukan kembali dengan ibunya Piah Samad, 72 hari ini di Pusat Tahanan Imigresen Villawood Sydney selepas pihak berkuasa Australia memberikan kebenaran kepada mereka untuk bertemu selama dua jam.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar, yang juga menyertai perjumpaan itu berkata tangisan air mata kerinduan Sirul dan ibunya dapat dilihat tatkala kedua anakberanak itu berpelukan.

Piah juga membawa sambal ikan bilis kegemaran Sirul dari kampungnya.

"Saya memberi anggur dan kasut sukan yang dipesan oleh Sirul," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang menjadi saksi kepada suasana pertemuaan yang sayu dan hiba itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahfuz bagaimanapun tidak menceritakan lebih lanjut mengenai pertemuan itu.

Beliau berkata pertemuan ini berlangsung bermula pukul 5.30 petang sehingga 7.30 petang waktu tempatan.
Read More / Baca Lagi >>

Sirul, ibu berpelukan dalam tangisan

Posted: 03 Mar 2015 06:24 AM PST

Suasana hiba dan sayu menyelubungi pertemuan antara Sirul Azhar Umar, bekas anggota pasukan elit polis yang dihukum mati, dengan ibunya di Sydney.

Pertemuan selama dua jam itu bermula dengan tangisan ibunya Piah Samad yang berpelukan dengan Sirul, kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood.

Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar, yang mengiring lawatan Piah bersama anak perempuannya Noriatin Umar, menceritakan saat-saat penuh emosi itu dalam kenyataannya dari Australia malam ini.

"Tangisan air mata kerinduan seorang ibu kepada anaknya yang berjauhan dan belum tentu nasib (Sirul) yang melanda," katanya.

Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menghukum gantung bekas koperal itu atas kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Sirul didapati bersalah bersama Azilah Hadri, seorang inspektor di Unit Tindakan Khas (UTK).

Mahfuz berkata dalam pertemuan antara jam 5.30 petang hingga 7.30 petang (waktu Sydney), Piah membawa sambal bilis yang dibawa dari kampungnya di Changkat Jering, Perak kepada Sirul.

Read More / Baca Lagi >>

Palanivel bukan anggota MIC lagi – Subramanian

Posted: 03 Mar 2015 06:24 AM PST

palanivel1
Presiden Datuk Seri G. Palanivel bukan lagi anggota parti itu, pada saat beliau bertindak membawa masalah parti ke mahkamah, kata timbalan presiden MIC.

KUALA LUMPUR, 3 Mac:

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini mengaku bahawa Presiden Datuk Seri G. Palanivel bukan lagi anggota parti itu, pada saat beliau bertindak membawa masalah parti ke mahkamah.
Subramaniam berkata ia berdasarkan perlembagaan parti di bawah Perkara 91 dan 15.6 yang melarang mana-mana anggota parti daripada memfaillan tindakan undang-undang tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).
"Mana-mana anggota parti yang berbuat demikian akan dilucutkan keahlian serta-merta," katanya.
Subramaniam tidak berminat menurut langkah Palanivel dan memilih untuk menyelesaikan masalah parti dengan menyelesaikan isu melalui saluran betul seperti menurut arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Pada 24 Februari lalu, bekas ketua setiausaha A. Prakash Rao bagi pihak Palanivel, ketua setiausaha MIC Datuk S. Sothinathan dan naib presiden Datuk S. Balakrishnan memfailkan tindakan undang-undang menyaman RoS selepas badan itu mengarahkan parti untuk mengadakan pilihan raya baharu atau parti itu dibatalkan.
Dr Subramaniam berkata, menyeret parti ke mahkamah tidak menyelesaikan masalah kerana ia akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan selain daripada implikasi lain dan perkara ini turut akan memberi kesan kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-14.
Read More / Baca Lagi >>

Najib & Rosmah boleh tidur lena ???

Posted: 03 Mar 2015 06:13 AM PST


HAKIKATNYA, skrg anda boleh lihat situasi skrg dgn pendedahan isu2 panas spt isu 1MDB & pendedahan Sirul..

Sama2 kita doakan agar Najib & Rosmah panjang umur..

Scramble for scapegoats begins as 1MDB scandal deepens

Posted: 03 Mar 2015 06:09 AM PST

Analyst says it looks like PMO has started trying to distance Najib from a possible scandal.

1mdb scapegoats2PETALING JAYA: It appears that the Prime Minister's Office (PMO) has begun the process of trying to wash PM Najib's hands clean of what may turn out to be the biggest political and financial scandal in recent Malaysian history, according to analyst Shahbudin Husin.
Tied to that process may be a search for a scapegoat, he writes in a blog entry that indicates his belief that the 1MDB controversy is close to reaching a climax.
He refers to a recent report in London's Sunday Times which quoted the PMO as saying that Najib was not involved in the day-to-day operations of the company.
"It's obvious that this was an attempt to distance Najib from any problems 1MDB may now be facing," he says.
"But it's not so easy to lift the burden off Najib's shoulders for he is the Prime Minister, the Finance Minister and chairman of the company's board of advisors. Can we believe that funds in such large amounts can be invested or disbursed without Najib's knowledge or consent?"
If 1MDB had been successful, he adds, there's no doubt that the success would have been attributed to Najib's acumen in his day-to-day involvement with the company.
Shahbudin wonders who will become the scapegoat or scapegoats in the event the 1MDB affair unravels and turns out to be a major scandal or, as DAP's Tony Pua has put it, "the heist of the century".
Read More / Baca Lagi >>

Polis panggil sekali lagi Sekretariat #KitaLawan, himpunan kekal di Sogo

Posted: 03 Mar 2015 06:08 AM PST

SOGO 307KUALA LUMPUR 3 MAC: Sekretariat #KitaLawan sekali lagi dipanggil untuk bertemu Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Tuan ACP Zainol Samah, pada esok, 4 Mac.
"Kami mengambil pendirian terbuka untuk memberi kerjasama sepenuhnya demi keselamatan dan kelancaran perhimpunan.
"Kami akan memaklumkan kepada pasukan beliau bahawa Himpunan #KitaLawan akan tetap diadakan pada 7 Mac 2015 di mana para peserta akan berkumpul di tiga lokasi iaitu Pasar Seni, Masjid Jamek dan Ibu Pejabat PAS bermula jam 3.00 petang sebelum bergerak ke Sogo," kata Sekretariat itu dalam kenyataan petang ini.
Pada 27 Februari lalu, pertemuan mereka bersama pihak polis IPD Dang Wangi menjurus kepada soal keselamatan peserta dan pengurusan lalu lintas ketika himpunan tersebut yang bakal berlangsung pada Sabtu ini di hadapan pusat beli belah Sogo, di ibu negara.

Kadir: Cerita dana datuk rugikan Najib

Posted: 03 Mar 2015 06:06 AM PST

Laporan akhbar berhubung pembiayaan pendidikan Datuk Seri Najib Razak oleh datuknya, pengasas bersama pusat peranginan Genting, didakwa tidak menguntungkan perdana menteri.

Berita di Utusan Malaysia dan Berita Harian semalam dipertikaikan oleh tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin, dengan menyifatkan pendedahan itu boleh mencemar imej perdana menteri.

Laporan itu dipercayai sebahagian cubaan pihak kerajaan membetulkan tanggapan tentang kekayaan Najib yang menjadi fokus sejak ia menjadi isu dalam laporan The New York Times awal bulan lalu.

"Adakah perlu Najib dan media massa arus perdana yang menyokong beliau membangkitkan hal (datuknya) Tan Sri Mohamad Noah Omar membiayai pendidikan cucu-cucunya kerana tidak dapat tidak orang yang mengetahui latar belakang Mohamad Noah akan mengaitkan beliau dengan lesen kasino?" kata Kadir dalam blognya hari ini.

"Di manakah dan apakah peranan penasihat media, komunikasi, perang saraf dan pereka imej Najib yang begitu ramai dan tergolong di dalamnya seorang penasihat orang putih?"

Akhbar milik Umno itu melaporkan semua anak Tun Razak Hussein dibiayai oleh Mohamed Noah dan perdana menteri kedua tidak pernah menggunakan dana awam.

Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Rakyat jangan terjerat muslihat strategis UMNO

Posted: 03 Mar 2015 06:02 AM PST


Malaysia General Election 2013


KUALA LUMPUR, 3 MAC: Pakatan Rakyat jangan terjerat dengan tipu muslihat pemimpin dan strategis Umno ketika ini, di saat Presidennya, Datuk Seri Najib Razak bergulat demi hayat politiknya sendiri.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, dinamik politik dan ketidakseimbangan dari dalam dan luar Umno akan menambah kesengitan, dengan tumpuan kepada mesyuarat pemimpin bahagian Umno 8 Mac ini dan persidangan DUN Kelantan pada 18 Mac.
Menurutnya, semakin besar tekanan politik ke atas Najib akibat skandal ekonomi, kewangan dan keluarganya, semakin bertambah politik 'matlamat menghalalkan cara' ala Machiavellian untuk mengalih perhatian umum daripada permasalahan tersebut.
Justeru itu, komplot dan konspirasi untuk menggugat, memecahbelah dan menghancurkan Pakatan Rakyat dibuat, termasuk mendukung Kerajaan Perpaduan (UG), serta umpan palsu sokongan ADUN Umno Kelantan terhadap pelaksanaan undang-undang hudud PAS di DUN Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Abduh bertegas ada pihak yang berhasrat musnahkan PAS

Posted: 03 Mar 2015 06:02 AM PST

nik abduh
Nik Abduh ingatkan kepada mereka yang menyebar fitnah bahawa kebenaran tetap akan terbongkar.

KUALA LUMPUR, 3 Mac:

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz bertegas tidak akan berhenti untuk mendedahkan perkara sebenar yang terjadi di dalam parti Islam itu.
Malah beliau juga mengingatkan kepada mereka yang berkenaan untuk tidak terus menabur fitnah kerana menurut beliau, kebenaran akan tetap terbongkar.
Kenyataan ini dibuat berhubung konflik dalaman PAS yang juga memperlihatkan usaha untuk menggulingkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (TGHH).
"Siapa pun boleh berkata, tiada sebarang usaha gulingkan TGHH sebagai presiden PAS. Tetapi tiada siapa pun boleh menyekat kebenaran hakikat itu daripada didedahkan.
Siapa pun boleh berkata, 'marilah kembali tautkan ukhuwwah Islamiyah'. Tetapi tiada siapa pun boleh menyembunyikan hakikat bahawa kadang-kadang kalimah keramat itu adalah bertujuan menutup kekejian yang kian terdedah.
Read More / Baca Lagi >>

NGO antirasuah gesa 1MDB disiasat

Posted: 03 Mar 2015 05:57 AM PST

NGO antirasuah, Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa siasatan dilakukan terhadap firma pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Gesaan ini dibuat selepas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed digesa membuat audit terbuka, sementara anggota badan itu mahu pendengaran awam dibuat.

TI-M berkata pasukan petugas khas harus dibentuk susulan dakwaan terdapat RM2.5 bilion (AS$700 juta) wang 1MDB disalur kepada syarikat yang dikaitkan dengan jutawan kontroversi Jho Low.

"Kewangan 1MDB adalah isu besar yang melibatkan kepentingan awam dan kepentingan negara kerana ia melibatkan wang pembayar cukai.

"(1MDB juga mempunyai) potensi memberi kesan buruk terhadap sistem perbankan dan ekonomi negara," kata TI-M dalam kenyataanya hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Pembocor maklumat: Banyak lagi data 1MDB

Posted: 03 Mar 2015 05:56 AM PST

Terdapat "ribuan lagi dokumen" berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penglibatan hartawan Taek Jho Low didakwa dalam milik laman web pembocor maklumat Sarawak Report.

Dalam wawancara e-mel dengan Malaysiakini, editor dan pengasasnya Clare Rewcastle Brown mendakwa terdapat banyak dokumen berkaitan berhubung 1MDB, melebihi apa yang didedahkan.

Sarawak Report mendedahkan komunikasi e-mel berkaitan usahasama 1MDB dengan Petrosaudi Limited yang didakwa mempunyai penyelewengan.

E-mel itu menunjukkan bahawa usahasama itu dengan suntikan AS$1 bilion (RM3.6 bilion) daripada 1MDB digunakan sebagai syarikat "muka depan" untuk menyalurkan wang kepada syarikat Jho Low.

Hartawan itu didakwa rapat dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Read More / Baca Lagi >>

Suasana pilu, akhirnya Sirul dalam dakapan ibu

Posted: 03 Mar 2015 05:01 AM PST

Sydney: Penantian sejak sekian lama Piah Samad, 74, yang ingin bertemu dengan anaknya Koperal Sirul Azhar Umar akhirnya tercapai.
Piah bersama rombongan misi 'See For (C4) Yourself' tiba di Pusat Tahanan Imigresen (IDC), Villawood, Sydney kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan.
Pegawai yang mengiringi misi tersebut memberitahu Harakahdaily melalui WhatsApp hanya suasana sayu dan hiba itu yang boleh digambarkan ketika melihat pertemuan antara Sirul dan ibunya termasuk adik perempuan beliau, Noriatin Umar, 37.
"Gembira itu yang digambarkan oleh Piah, pertemuan hampir 2 jam itu digunakan sepenuh masa oleh Sirul sekeluarga untuk melepaskan rindu.
"Kami yang melihat turut sebak ketika seorang anak berada dalam dakapan ibu yang terpisah beribu kilometer dari tanah kelahirannya.
"Misi pertemuan lebih kepada misi kemanusiaan, pertemuan seorang anak dengan ahli keluarga dan tiada maksud lain," katanya.
Sementara itu, Piah ketika ditanya berasa gembira dan lega setelah hasrat untuk bertemu dengan anaknya akhirnya tertunai.
"Lega dan gembira dapat bertemu Sirul, kalau sebelum ini makcik tak tahu keadaan dia di sini.
"Tetapi setelah lihat dia dalam keadaan sihat hilang kerisauan makcik, harap beliau dapat jaga diri baik-baik.
"Makcik tetap risaukan masa depan dia, sebagai ibu makcik hanya mampu berdoa agar Sirul dilindungi selalu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>