Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Lagi kisah di Kelantan - Dirogol dalam bilik kosong di pasaraya?

Posted: 01 Mar 2015 11:41 PM PST

Sekadar gambar hiasan

KOTA BHARU - Seorang remaja perempuan menjadi mangsa kerakusan lelaki hidung belang dalam kejadian rogol di sebuah pasar raya Rabu lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun yang baru berkenalan dengan teman lelakinya sejak dua bulan lalu melalui aplikasi Wechat dirogol di sebuah bilik kosong di pasar raya terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, remaja berkenaan bersetuju untuk bertemu teman lelakinya di sebuah pasar raya selepas waktu sekolah.

"Remaja perempuan itu pada mulanya ditemani dua rakan perempuan namun mereka meninggalkan dia bersama teman lelakinya itu.

"Suspek kemudian bertindak menarik mangsa dalam bilik kosong pasar raya terbabit dan menyebabkan mangsa tidak dapat lawan memandangkan teman lelakinya itu mengunci pintu," katanya.

Akibat kejadian itu mangsa bergaduh dengan teman lelakinya pada Jumaat lalu dan lelaki itu mengugut untuk menyebarkan gambar mangsa yang tidak berpakaian.

"Takut dengan tindakan lelaki itu, mangsa terus menceritakan hal itu kepada ibu saudaranya dan cerita itu disampaikan kepada ibu dan ayah mangsa.

"Dalam kes ini, kita berjaya menahan suspek pada Jumaat lalu dan dia menjalani tahanan reman sehingga 5 Februari ini," katanya.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Tak habis-habis Najib kena tolak

Posted: 01 Mar 2015 02:37 AM PST

Oleh Shahbudin Husin
Tak habis-habis Najib kena tolak
Ketika majlis angkat sumpah Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi pada Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditolak (disenggol) dengan kuat isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sehingga insiden itu menjadi viral di media-media sosial.
Rosmah dianggap tidak wajar berbuat demikian kepada suaminya yang juga perdana menteri, lebih-lebih lagi di acara penting yang melibatkan tetamu kenamaan daripada seluruh dunia itu.
Tetapi dalam minggu lalu, Najib terus menerima tolakan yang berterusan lagi. Ketika harta peninggalan Tun Abdul Razak cuba dikaitkan dengan perbelanjaan mewah keluarga Najib, terutama melibatkan isterinya Rosmah dan anak tirinya Reza Aziz, keempat-empat adik Najib tampil dengan kenyataan bersama menolak tanggapan sedemikian.
Mereka menyatakan, Tun Razak terkenal sebagai pemimpin yang berintergriti tinggi serta berjimat cermat sepanjang kehidupannya dan spekulasi mengenai harta peninggalan bapa mereka yang dikaitkan dengan kemewahan adalah tidak wajar sama sekali.
Setelah ditolak (disenggol) isterinya, Najib ditolak pula keempat-empat adik-beradiknya.
Pada Rabu lalu pula, mesyuarat kabinet menolak suntikan modal sebanyak RM3 bilion lagi kepada 1MDB berikutan ramai ahli kabinet tidak bersetuju dengannya.
Jika berita ini benar dan ia juga belum dinafikan lagi kerajaan sehingga kini, ia juga bermaksud penolakan sebahagian menteri-menteri kabinet terhadap Najib sendiri.
Ini kerana 1MDB adalah syarikat pelaburan yang ditubuhkan Najib dan menjadi anak emasnya selama ini. Syarikat itu diletakkan di bawah Kementerian Kewangan di mana Najib juga adalah menteri kewangan, selain sebagai perdana menteri.
Penolakan ini sebenarnya amat memalukan Najib kerana beliau seolah-olah sudah ditolak dan tidak dipercayai lagi menteri-menteri kabinet yang dilantiknya sendiri.
Jika di negara lain atau Najib seorang pemimpin yang bermaruah dan berintergriti, episod penolakan ahli-ahli kabinet ini seharusnya menyebabkan beliau berasa malu untuk terus mengempuki kerusi perdana menteri yang didudukinya sekarang.
Semalam pula, kajian Merdeka Center mendapati penolakan rakyat semakin tinggi terhadap kepimpinan Najib dengan hanya tinggal 44 peratus saja lagi berbanding 48 peratus sebelum ini.
Setelah ditolak (disenggol) isteri, ditolak adik-beradik dan ditolak menteri-menteri kabinet, Najib juga ditolak majoriti rakyat yang makin tidak berselera dengan kepimpinannya.
Maknanya, dalam waktu terdekat ini sudah ada empat kes penolakan diterimanya.
Jika mengikut kepercayaan orang Cina pula, angka 4 bermakna "mati". Dalam episod kena tolak ini, Najib disasar tiga kali dengan angka 4 iaitu empat adik-adik beradiknya, penolakan rakyat yang menjadikan sokongannya hanya tinggal 44 peratus dan empat kes penolakan dalam waktu terdekat ini.
Seorang rakan Cina berkata, ia dengan itu bermaksud "mati-mati" atau akan "mati" dengan perlahan-lahan.
Kesian Najib...tak habis-habis kena tolak. Mungkinkah "matinya" juga sudah semakin hampir? – shahbudindotcom.blogspot.com

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dahlah rasis dan rasuah, LGE kuat bohong

Posted: 01 Mar 2015 10:30 PM PST


Pembohongan pertama Guan Eng di Kg Buah Pala.

LGE tak benar cina DAP himpun, cuma Rara di Sogo

Posted: 01 Mar 2015 08:30 PM PST


Ada arahan Guan Eng supaya cina tak turun...

Nama saja pakai tudung .. anak didik Sham Rais ni terdedah alur nonok dari seluar ketatnya


Rara ni budak SAMM Chegu Bard dan kira orang PKR dimasukkan dalam DAP. Entah kenapa dia tak ikut boikot Nik Nazmi?


Walau tak ramai sambut Raja Aiskrim, KIPAS kena hati-hati

Posted: 01 Mar 2015 06:30 PM PST





Mungkin raja aiskrim ke sarawak bukan sangat nak kempen untuk PR salam menghadapi pilihanraya negeri.

Rasanya cuma nak kempen dan touching dengan pkr sarawak. Baik2 kak wan

Serian pun ada jambu Anwar kan? Joshua ke namanya.

AP DAN Naib Pres.PKR tak boleh kata, "Not my business"

Posted: 01 Mar 2015 04:38 PM PST



Mana boleh gitu? Ini melibatkan public policy.

Jika pemimpin macam Anwar diberi keistimewaan, rakyat lain pjn perlu diberi layanan sama. Tiada beza dan keistimewaan antara Anwar dan penjenayah lain.

Implimentasi public policy mesti konsisten dan adil. Itu tuduhan dan cakap dari pkr.

So it is your fu#king business, Nurul!!!


Banyak ni nak buat Mac 7hb? Rafizi, Nik Nazmi resign la...!!!

Posted: 01 Mar 2015 07:30 AM PST


Hehehe ... nak suruh Najib turun tapi ramai itu saja?





Terpaksa block jalan dan buat di sogo untuk kelihatan ramai. Hanya menutup kekurangan?


Terpaksa minta sundal malam sokong perhimpunan pula?

Tolong ikut cakap polis mahu buat, pergi padang merbok...


Pada perjumpaan dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Penolong Pesuruhjaya Zainol Samah, penganjur 'Kita Lawan' disaran berhimpun di Padang Merbok ataupun di Stadium Merdeka dan bukannya di hadapan pusat membeli-belah Sogo.

Aku syorkan agar mereka juga boleh berkumpul beramai ramai di hadapan Zoo Negara dan jika berkesempatan boleh menjenguk haiwan haiwan didalamnya sebagai tanda sokongan kepada kesedaran umum melindungi haiwan terancam seperti yang kini sedang dikurung di penjara Sungai Buluh!

Lagi baik tak payah bbuat kalau tak ramai orang. Nik Nazmi dan Rafizi gagal ... baik resign saja!!!!

Jawapan untuk Awang Selamat: JANGAN DISAMBUNG GANI PATAIL!!!!

Posted: 01 Mar 2015 04:29 AM PST


Siapa cuai tak bawa dokumen pulau batu putih dan guna gambar pulau dari internet yg tak betul?

Mungkin tertipu dengan gambar fake oleh singapore....

Anwar sesat tapi TS Harussani dan Dr Maza diam

Posted: 01 Mar 2015 01:24 AM PST


Mana Dr Maza? Mana Tan Sri harussani yang bising betul pasal Najib ziarah Thaipusan?


Tapi berdiam pula dengan orang lain ...





Malah Harussani pun lupa ...


KENYATAAN RASMI
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
MENGENAI  KEHADIRAN YAB PERDANA MENTERI DI MAJLIS SAMBUTAN THAIPUSAM


Isu mengenai kehadiran YAB Perdana Menteri di Majlis Sambutan Thaipusam di Batu Caves akan menjadi isu setiap kali majlis tersebut berlangsung. Memandangkan Malaysia adalah  sebuah Negara berbilang kaum dan Islam merupakan  Agama Persekutuan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 12 April 2005 telah mengeluarkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama  Orang Bukan Islam sebagai panduan dan rujukan kepada seluruh umat Islam.

Garis Panduan ini juga telah disampaikan untuk makluman YAB Perdana Menteri dan selaku Ketua Negara, YAB Perdana Menteri telah sedia maklum mengenai batas-batas dan garis panduan yang telah diberikan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam sama-sama meraikan majlis sambutan rakyat bukan beragama Islam di Negara ini.  Oleh itu, tidak timbul isu YAB Perdana Menteri tidak boleh menyertai sebarang acara sambutan rakyat bukan Islam kerana menyalahi akidah atau bertentangan dengan kehendak Islam sepertimana yang diperkatakan oleh sesetengah pihak di media baru-baru ini.

Isu ini sebenarnya telah pun diperjelaskan oleh Sahibus Samahah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pada tahun 2012 bahawa bahawa kehadiran YAB Perdana Menteri di majlis sambutan Thaipusam tidak menyalahi hukum syarak selagimana tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain, dan sebagai pemimpin sebuah Negara adalah tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan bangsa lain selagimana tidak terlibat dalam acara-acara yang bersifat ritual agama orang bukan Islam.

Mengenai pakaian kurta yang dipakai oleh YAB Perdana Menteri, ianya tidak menyalahi garis panduan yang ditetapkan kerana kurta merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi, dan tidak ada sebarang isu berkaitan pelanggaran akidah atau sebagainya.

Oleh itu saya ingin menasihatkan seluruh umat Islam berhati-hati dalam memperkatakan isu yang tidak diketahui secara jelas supaya penyebaran isu-isu seumpama ini, lebih-lebih lagi berkait dengan akidah dapat dielakkan bagi mengelakkan fitnah dan tohmahan di kalangan rakyat.

Sekian dimaklumkan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

'Saya Yang Menurut Perintah'


(DATO' HAJI OTHMAN MUSTAPHA)
6 Februari 2015


P/S tak payahlah ziarah perayaan ugama, Dato Seri Najib. Tun Mahathir tak pernah pergi pun.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MAMPUKAH MAT SABU TUMBANGKAN HJ HADI ?

Posted: 01 Mar 2015 05:07 AM PST

SELEPAS pelbagai pertelingkahan politik antara kumpulan proulama dan kumpulan bukan ulama dalam PAS berlaku sejak tahun lalu, "pertarungan" secara rasmi bermula hari ini apabila pencalonan bagi 27 jawatan peringkat pusat dibuka. Pencalonan itu selaras dengan pelaksanaan mesyuarat agung tahunan oleh 188 kawasan (bahagian) PAS di seluruh negara.
Pemilihan kali ini dianggap paling menarik dalam sejarah PAS kerana ia tidak berlegar-legar soal gabungan antara ulama dan bukan ulama sebaliknya bakal menyaksikan pertembungan antara kedua-dua kumpulan tersebut.
Golongan ulama sedang berusaha habis-habisan untuk memastikan mereka terus menguasai kepimpinan PAS ketika golongan bukan ulama pula semakin ghairah mahu menjadi dominan dalam parti tersebut.
Sebenarnya kehangatan pemilihan peringkat pusat pada Jun ini sudah dirasai sejak muktamar tahunan parti itu di Batu Pahat tahun lalu. Ketika itu pertembungan antara golongan proulama dan bukan ulama sudah terserlah.
Golongan proulama mahu tahaluf siyasi PAS dengan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dikaji semula kerana ia dikatakan tidak memberi keuntungan politik kepada PAS manakala golongan bukan ulama pula mahu hubungan politik itu dikekalkan.
Walaupun golongan ulama sudah menegaskan, kajian itu bukanlah berkisar soal PAS meninggalkan pakatan pembangkang namun bagi sesetengah pemimpin golongan bukan ulama, mereka bagaikan diburu mimpi ngeri kononnya ada kecenderungan PAS yang dipimpin oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO.
Mengulas perkara ini, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak menganggap, pemilihan kali ini ibarat pertarungan "hidup mati" antara dua golongan dalam PAS memandangkan ia bukan berkisar soal menentukan barisan kepimpinan semata-mata sebaliknya jauh daripada itu bakal menentukan hala tuju dan dasar perjuangan PAS.
"Sebab itulah golongan ulama tidak boleh bergantung kepada doa sahaja, mereka perlu menyusun strategi dan perancangan bagi mempertahankan PAS. Ini memandangkan jika mereka gagal berbuat demikian kemungkinan PAS akan dikuasai oleh satu kumpulan yang bersedia berkompromi apa sahaja demi mengikut kehendak politik PKR dan DAP," katanya.
Berdasarkan hujah itu juga, Prof. Mohamed Mustafa secara terbuka tidak menolak andaian bahawa pemilihan PAS tersebut akan turut menyaksikan campur tangan secara langsung daripada kedua-dua parti itu yang mahu memastikan kepimpinan PAS berubah.
"Bukan lagi rahsia, PKR dan DAP sememangnya tidak senang dengan corak kepimpinan ulama yang dibawa oleh Abdul Hadi. Apatah lagi pendirian golongan ulama dalam beberapa isu termasuklah "Langkah Kajang" dilihat tidak selari dengan kemahuan kedua-dua parti itu.
"Justeru mereka sudah tentu mahu memastikan pemilihan PAS pada Jun nanti dikuasai oleh barisan kepimpinan yang "sehati sejiwa" dengan mereka dan bersedia mengikut hala tuju yang ditentukan oleh mereka,'' katanya.
Menjawab satu soalan, Prof. Mohamed Mustafa berkata, tidak timbul soal PAS meninggalkan pakatan pembangkang jika golongan ulama menang, sebaliknya apa yang diinginkan oleh golongan itu ialah hak PAS dihormati dalam satu-satu tindakan.
"Pada pandangan golongan ulama, kalau DAP berhak melakukan apa sahaja demi memenuhi agenda politiknya bagi mendapat sokongan kaum Cina kenapakah PAS tidak boleh diberi hak yang sama bagi menarik kembali sokongan orang Melayu kepada parti itu yang semakin merosot,'' katanya.
Turut menjadi tumpuan sejauhmanakah Abdul Hadi akan dapat mempertahankan kedudukannya. Persoalan ini dilontarkan kerana gerakan untuk meletakkan beliau sekadar Mursyidul Am bagi menggantikan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin ketara.
Abdul Hadi dilihat lemah dan tidak tegas dalam memimpin PAS serta didakwa menjadi punca kepada hubungan dingin parti itu dengan PKR dan DAP. Timbul juga persoalan siapakah yang akan mencabar beliau? Dan bagaimana pula dengan kedudukan Timbalan Presiden, adakah Mohamad Sabu atau Mat Sabu akan dicabar atau berusaha untuk mencabar kedudukan Presiden?
Mengulas perkara ini satu sumber dalaman PAS menegaskan, ketika ini kedudukan Abdul Hadi masih belum tergugat walaupun pelbagai usaha dilakukan bagi melemahkan kepimpinan beliau.
"Abdul Hadi tetap akan terus mendapat sokongan menjadi Presiden. Adalah mustahil beliau harus diletakkan menjadi mursyidul am kerana kedudukan itu akan diisi oleh Datuk Haron Din yang kini Pemangku Mursyidul Am PAS," katanya.
Menjawab satu soalan, sumber itu berkata, di peringkat kawasan atau lebih tepat lagi akar umbi, mereka tetap mahu PAS diterajui oleh kepimpinan ulama sesuai dengan perjuangan PAS yang berteraskan Islam.
"Pelbagai cerita yang kononnya memaparkan kedudukan Abdul Hadi semakin tergugat hanya diuar-uarkan oleh kumpulan tertentu yang cuba menonjolkan kononnya mereka semakin kuat dalam PAS, tetapi hakikatnya ia hanyalah mainan politik semata-mata,'' katanya.
Sumber itu juga menegaskan, tumpuan sepatutnya diberikan kepada kerusi Timbalan Presiden yang sudah pasti akan menyaksikan pertembungan antara golongan bukan ulama dengan proulama.
"Mat Sabu sudah pasti akan mempertahankan kedudukan itu tetapi difahamkan ada permintaan beliau bertanding Presiden bagi membolehkan calon daripada bukan ulama menggantikan tempat beliau,'' katanya.
Walaupun ada cakap-cakap politik kononnya Mat Sabu akan mencabar Abdul Hadi namun ia boleh dianggap khabar angin semata-mata kerana Timbalan Presiden PAS itu sudah pasti akan memikirkan segala risiko jika beliau berbuat demikian.
Apa pun ia belum dapat mengalih perhatian terhadap persoalan golongan manakah yang akan mendominasikan pemilihan kali ini. Apakah golongan ulama yang berpegang teguh kepada perjuangan PAS termasuk mahu melaksanakan hukum hudud atau golongan bukan ulama yang segelintir daripada mereka bersedia berkompromi apa sahaja demi menjaga hubungan politik dengan PKR dan DAP.
Hanya ahli-ahli PAS yang berhak menentukannya. (MM)

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:44 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Agenda Melayu Diutama Selagi Ada Bulan Dan Bintang...Aduhhh, Burung Terbang Pun Boleh Jatuh Mendengarnya

Posted: 01 Mar 2015 09:33 PM PST


Tiadalah kata-kata atau ungkapan yang lebih indah dan mengasyikkan yang diucapkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak di majlis Himpunan Kebangkitan Melayu semalam selain janjinya bahawa agenda Melayu akan terus diutamakan selagi ada bulan dan bintang.

Janji ini pastinya akan membuatkan sesetengah pihak terlentok syahdu dengan keasyikan yang menggairahkan itu,  lantas merasakan inilah pemimpin yang benar-benar memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Jika ada ombak sedang memukul pantai ketika ucapan itu dilafazkan, ia akan berhenti seketika kerana ucapan itu jauh lebih menggairahkan. Burung yang sedang terbang pun akan jatuh kerana kata-kata itu akan membuatkan haiwan itu terpana lalu terlupa mengembangkan sayapnya.

Jika seorang lelaki pula mengucapkan kata-kata itu kepada kekasih hatinya, pastilah ia dianggap janji paling menggiurkan sehingga apa juga rintangan dan lautan api pun sanggup dihadapi.

Begitulah asyik dan indahnya kata-kata dan ungkapan "selagi ada bulan dah bintang" ini. Ia boleh membuatkan ramai orang terlena dan terbuai-buai dengannya.

Tetapi apabila Najib tiba-tiba malafazkan janji demikian, benarkah ucapan itu, bolehkah ia diyakini dan kenapa hanya sekarang ianya diucapkan?

Semua orang tahu, sejak Najib mengambil alih kepimpinan negara pada 2009, banyak liberalisasi dan tolerasi telah diterapkan dalam gaya kepimpinannya. Gagasan 1Malaysia yang mula-mula diperkenalkannya adalah lambang hasrat membawa lebih kesamarataan dalam pentadbirannya.

Jika di zaman Mahathir atau Pak Lah, setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, teriakan Hidup Melayu selalu saja bergema tetapi di awal pemerintahan Najib, teriakan itu tidak lagi kedengaran. Hanya setahun dua ini saja teriakan itu dikembalikan semula.

Ia diikuti dengan tindakan Najib membuka akaun FB dengan nama Ah Jib Gor, bersikap lebih toleran kepada kaum Cina dan India sehingga ke majlis perayaan kedua-dua kaum itu pun beliau memakai pakaian tradisi mereka.

Ini sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin sebelum ini, malah Mahathir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri juga tidak pernah berbuat demikian. Kalau ada pun Mahathir hanya berbaju kemeja merah saja ketika menghadiri perayaan Tahun Baru Cina.

Dalam satu sambutan Tahun Baru Cina, Najib juga sanggup berlakun dalam sebuah iklan televiseyen dengan memukul gong yang menjadi tradisi kaum Cina.

Lebih dari itu, tuntutan daripada komponen BN sendiri terutamanya MCA mengenai kesamarataan ekonomi dan UMNO tidak harus selama-lamanya menjadi "abang besar" dalam BN langsung tidak mendapat bantahan daripada Najib. Beliau hanya berdiam diri saja walaupun ia amat menyinggung perasaan orang Melayu.

Najib juga memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat untuk menunjukkan sikap liberal dan toleransinya. Akta Hasutan juga pernah dijanji untuk dimansuhkannya, tetapi ditarik balik kemudiannya kerana mendapat bantahan yang meluas daripada golongan kanan dalam parti dan kerajaan.

Semua tindakan liberal Najib pada umumnya menimbulkan kebimbangan dalam kelompok Melayu sendiri. Dari sinilah lahir dan mendapat tempatnya pelbagai NGO seperti Perkasa, Isma, Jati dan lain-lainnya atas nama menjaga kepentingan Melayu dan Islam.

Diakui bahawa dalam sesetengah keadaan apa yang dilakukan Najib seolah-olah cuba melanggar kontrak sosial dan pembahagian hak yang sudah pun termaktub dalam Perlembagaan. Ramai yang berpendapat bahawa Najib tidak perlu menunjukkan dirinya terlalu liberal, mirip kecinaan atau keindiaan kerana dengan mematuhi kontrak sosial dan Perlembagaan saja sudah merangkumi pembelaan yang menyeluruh kepada semua kaum.

Namun, harapan Najib agar semua yang dilakukannya itu membuahkan hasil yang positif dalam PRU 13 ternyata gagal. Beliau kalah lebih teruk daripada Pak Lah yang ditanggapi sesetengah pihak lebih banyak tidur dari jaga dalam mentadbir negara. Malah Najib meluahkan kekecewannya dengan mengatakan keputusan pilihanraya itu sebagai tsunami Cina.

Mujurlah pengundi Melayu luar bandar yang terdiri daripada pakcik kedai kopi dan makcik Felda terus menyokong dan meyakini perjuangan UMNO. Najib akhirnya sedar Melayu yang cuba ditinggalkan itulah yang terus menyokongnya manakala kaum lain yang ditunjukkan sikap dan kesamarataan tetap juga menolaknya.

Sejak selepas PRU 13, Najib tidak pernah lagi menyebut ungkapan 1Malaysia. Ia seolah-olah sudah ditongsampahkan sedangkan itulah yang dibanggakan sebelum ini.

Sejak itu juga Najib mula perlahan-lahan mencantumkan semula carik-carik jiwa dan perjuangan Melayu yang sudah diselerakkannya sebelum ini.

Ditambah dengan pelbagai tekanan, termasuk dalam UMNO sendiri, terutama sejak Mahathir, Daim dan sebahagian yang lain merasakan kepimpinannya yang terus lemah dan banyak masalah lebih mungkin membawa kekalahan kepada BN dalam pilihanraya akan datang, kedudukan Najib jadi kian terumbang-ambing.

Najib seolah-olah tiada pilihan untuk menyelamatkan dirinya selain menunjukkan dirinya tetap kuat berjiwa Melayu.  Jika hari ini janji "selagi ada bulan dan bintang" dilafazkannya, dalam perhimpunan ketua-ketua UMNO bahagian pada 8 Mac depan, mungkin lebih banyak  lagi janji dan kata-kata indah bakal kita dengari. 

Juga, jika ada perhimpunan lain yang bertujuan menyatakan sokongan kepada Najib selepas ini, terpacul lagilah janji-janji indah yang mengkhayal dan mengasyikkan itu.

Tetapi bolehkah semua janji itu diyakini dan dipercayai?

Sebagaimana janji kekasih yang melafazkan "selagi ada bulan dan bintang" selalunya lebih kerap tersekat di tengah jalan atau pemungkiran juga banyak berlaku selepas berkahwin, begitulah juga janji Najib ini.

Kata budak-budak rock, ia hanyalah "janji sebelum dapat" saja. (SH 01/03/2015)

Ust Ahmad Awang: Multaqa, Kempen Menjatuhkan Pihak Lain..

Posted: 01 Mar 2015 04:53 AM PST

Ust Ahmad Awang: Multaqa, Kempen Menjatuhkan Pihak Lain..tak dak kerja ka? asal bukan ulamak kena hentam.....


Ulama bukan tiket dapat pujian, jawatan'

ULASAN Bhgn 2 Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh multaqa ini? Mengusahakan perpecahan PR atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saf dalaman PAS atau merenggangkannya?

Yang dilihat, ianya dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat ia menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan.

Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program liqa', neqad, ijtima' dan multaqa itu sendiri adalah tidak lain melainkan usaha kempen untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain?

Amat malanglah sekiranya ia benar sehingga tumpuan usaha ulama yang dibawa dari seluruh negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri.

Politiking sempit sebegini tidak layak bagi ulama, apatah lagi dengan menggunakan nas-nas al-Quran dan hadis yang tidak kena pada tempatnya.


Harapan ahli supaya Multaqa Ulama II bebas dari politiking yang sebegini dan persidangan ini akan mengeluarkan usul mengutuk tadbir urus kerajaan Umno-BN yang rosak dan tempang, dasar ekonominya yang membebankan rakyat, politiknya yang rakus dan zalim serta salah guna kuasa yang terang dan nyata.

Harapan ahli supaya multaqa ini menjadi pendorong untuk meningkatkan usaha menjatuhkan Umno-BN supaya Islam boleh bebas membangun. Dengan itu juga saf yang telah sengaja direnggangkan oleh golongan tak bertanggungjawab dapat dirapatkan kembali.

Tetapi tidak demikian. Agenda perubahan bagaikan hilang dengan tiupan bayu dan alunan lagu "perpaduan Melayu" yang di mainkan Umno dan konco-konconya terutama selepoas musibah "tsunami kecil" di Kelantan pada akhir tahun lalu.

Maka yang tinggal hanya perbalahan dalaman PAS dan Pakatan Rakyat. Adakah golongan Ulama PAS sudah hilang fokusnya dan tidak mampu memimpin perubahan ke arah keadilan dan negara berkebajikan?

Ingatan buat golongan ulama

Saya sebagai mantan ahli Majlis Syura Ulama (MSU) berbelas tahun merasa dukacita dan kesal ia tidak menzahirkan kehebatan dan kepimpinan ulama sepertimana yang saya harapkan.

Saya tertanya-tanya apakah tokoh multaqa yang lebih sepuluh orang pembentang dan pembahas itu terlupa pada perintah Allah seperti yang terkandung dalam firmannya yang bermaksud:

"Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkan lah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal." ( Surah Ali Imran ayat 159)

Hadis Rasulullah SAW: "Al-Ulama' warasatul anbiayaa" atau ulama adalah pewaris para Nabi bukan merupakan tiket untuk mendapat pujian dan dokongan serta kedudukan dan jawatan.

Ia sebaliknya merupakan amanah dan wawasan yang perlu dipenuhi dan dicapai oleh mereka yang digelar ulama. Supaya mereka akan ke depan memimpin masyarakat dengan ilmu dan ketaqwaan.

Kepimpinan ini pula bukan untuk dituntut atau ditagih atas alasan "saya ulama", tetapi sebaliknya diperolehi dan dimenangi melalui proses perjuangan bersama rakyat sehingga kelebihan seseorang ulama terserlah.

Itu jugalah proses yang dilalui Rasulullah SAW yang akan mampu menyerlahkan diri manakala ulama dunia, walau panjang mana senarai ijazahnya, akan terpinggir dan ditinggalkan. Ini kerana ilmunya tidak dihayati mencorakkan diri dan kehidupannya.

Pada masa yang sama, hendaklah sentiasa diingati bahawa ilmu dan kefahaman berhubung agama Allah ini ianya adalah milik Allah. Allah boleh memberi kefahaman mengenai agama kepada sesiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya.

Ilmu bukan pada sijil, ijazah

Ketahuilah oleh itu bahawa ramai yang telah bersama PAS, walaupun tidak mempunyai kelulusan rasmi dari institusi pendidikan agama, sememangnya berilmu dan bukan dari golongan juhala' (orang yang jahil).

Ilmu itu bukan semata-mata terletak pada sijil atau ijazah universiti, tetapi terletak pada hujah keilmuan dan intelektual. Oleh itu segala yang ingin diusahakan perlu dikemukakan dan dihujahkan dengan jelas dan tersusun.

Jangan dituntut ketaatan atau wala' dengan secara membuta tuli atau taqlid tetapi perjelaskan dan pertingkatkan ilmu dan kefahaman masyarakat.

Jangan perlekehkan mereka yang tidak berpendidikan agama secara rasmi, sedangkan mereka mungkin memahami banyak persoalan dengan lebih mantap. Didikan yang telah mereka perolehi adalah didikan amali haraki bersama perjuangan Islam yang dipimpin ulama' muktabar.

Adalah diharapkan bahawa golongan ulama akan membebaskan diri mereka dari amalan 'politiking' sempit dan sebaliknya membina imej mereka sebagai badan yang bebas dari kepentingan jawatan dan pangkat atau kepentingan duniawi.

Mereka perlu memperlihatkan ulama' sebagai kumpulan ilmuan yang memimpin arus perubahan dengan menentang kezaliman dan penyelewengan.

Dengan itu mereka akan diterima sebagai pemimpin ummah dan melayakkan diri ke status 'warasatul anbiyaa'. Zahirkan ketajaman keilmuan dengan membedah permasalahan kontemporari dan mengemukakan penyelesaiannya sambil menjadi pihak yang berdiri teguh di pihak keadilan dan kebenaran.

Itulah proses yang dimulakan pada 1982 apabila konsep kepimpinan ulama mula-mula diutarakan dengan tertubuhnya Majlis Syura Ulama. Proses ini masih lagi dalam perlaksanaannya dan MSU itu sendiri perlu terus diperkasakan. Jangan golongan ulama' hilang fokus.

Ustaz Muhammad Fawwaz ( Isu Hukuman Liwat )

Posted: 01 Mar 2015 04:45 AM PST


Perpaduan Umno-PAS: Mampukah ulama bersihkan penyelewengan Umno?

Posted: 01 Mar 2015 12:14 AM PST

Oleh: Barua

Komen pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi melalui akaun Facebooknya mencadangkan PAS dan Umno bergabung melaksanakan hudud mencerminkan kehendak politik terkini puak ulama Unity Government (UG) dalam parti itu.

"Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini," tulis Roslan.

Sebahagian ulama UG yang selama ini didakwa berunding di belakang tabir dengan Umno demi mewujudkan kerajaan perpaduan kini telah semakin berani melontarkan idea secara terbuka. Sekali gus menyerlahkan betapa pentingnya kewujudkan PasMa yang mahu mengekalkan hubungan ahli PAS dan Pakatan Rakyat.

Penyatuan Melayu

Kebelakangan ini ulama PAS semakin terbuka dengan idea-idea Umno. Termasuk penyatuan Melayu, isu-isu berkaitan raja, ekonomi Melayu dan Ketuanan Melayu. Isu-isu ini menjadi kemarahan umum dalam PAS jika ditimbulkan sewaktu Tok Guru Nik Aziz Nik Mat masih berkuasa dalam PAS suatu ketika dahulu.

Kini, jarum Umno sudah mula mengait ulama PAS untuk bersama perjuangan nasionalisme. Hujah-hujah yakin PAS mampu memperbaiki Umno kian kuat kedengaran. Kononnya kronisme, nipotisme, kezaliman dan penyelewengan Umno boleh didakwah dan diubah oleh ulama PAS.

Belum pernah dilihat di mana-mana bahagian dunia malaikat dan syaitan bergabung mewujudkan persekutuan yang baik. Sering terjadi gabungan itu akan hancur berantakan. Ulama-ulama muda dalam PAS tidak mempunyai pengalaman pahit bergabung bersama Umno.

PAS pernah melakukannya pada 1971 ketika mana penyelewengan dalam Umno masih lagi bertaraf kecil-kecilan. Ketika itu belum ada projek lebuh raya berbilion ringgit, KLIA, KLCC, MRT, 1Malaysia Development tidak wujud. Itu pun PAS akhirnya ditendang keluar pada 1978 apabila Umno melihat parti itu sering tidak sehaluan dengan mereka.

Memohon ihsan

Tentulah dengan skala penyelewengan berbilion-bilion ringgit seperti sekarang ini lebih sukar untuk PAS mendakwah Umno. Fenomena yang nyata, MB Kelantan Ahmad Yaakob yang garang menyerang puak profesional dalam PAS seperti 'melukut di tepi gantang' memohon belas ihsan PM Najib untuk membangunkan Kelantan.

Adakah dengan keadaan meminta-minta itu Ahmad akan mampu mendakwah Umno? Kalau terlebih dakwah tentunya Umno menarik balik pemberian. Adakah Ahmad sanggup? Sebab itulah Tok Guru Nik Aziz rela Kelantan susah sementara asalkan tidak menggadai maruah kepada Umno.

Selepas bergabung, bagaimanakah kerusi-kerusi PAS dalam pilihan raya? Adakah PAS akan bertanding satu lawan satu menentang Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen? Sudah tentu senarionya amat menarik. Parti yang memperjuangkan kesucian Islam kini menggunakan lambang dacing.

PAS akan kalah. Kalau PAS bertanding menggunakan lambang sendiri pun ahli Umno masih alergi untuk  mengundi parti agama itu. Penyokong PAS pula alergi mengundi parti mereka. Senario yang berlaku ialah pengundi BN tidak keluar mengundi, pengundi atas pagar pangkah PR dan pengundi PAS akan undi PR. Hasilnya PAS akan kalah teruk di kawasan-kawasan campuran.

Di kawasan kubu kuat PAS di Kelantan dan Terengganu parti itu berisiko dipulaukan oleh ahli. Mereka enggan keluar mengundi dan berkemungkinan PR akan menang. Satu lagi senario ialah PAS meletakkan calon di mana PR dan BN bertanding untuk memenangkan BN sebagaimana yang berlaku di DUN Kota Damansara pada PRU 13 lalu.

Namun adakah ahli PAS akan walak mengundi demi Allah dan Rasul? Jawabnya, pengundi Malaysia bukan bodoh. Ketika PAS lawan PKR di Kota Damansara ahli PAS memilih pemimpin yang lebih baik tetapi jika PAS bekerjasama dengan Umno, tiada lagi kebaikan pada PAS.
Tong najis

Selepas tiga dekad berlalu, tiada siapa menyangka sindiran PAS ke atas Anwar Ibrahim kembali menimpa PAS semula. Pada 1982, apabila Anwar masuk Umno, ulama PAS mentertawakan rancangan Islamisasi bekas Presiden Abim itu.

Anwar beriltizam menyucikan Umno dari dalam. Ulama PAS menyifatkan Anwar masuk 'tong tahi' dan mencuci dari dalam. Akhirnya seluruh badan Anwar akan diselaputi najis.

Pada 2015, Anwar telah 17 tahun berjuang dari luar tong tahi tetapi PAS pula bersungguh-sungguh ingin masuk tong tahi yang sama dan membersihkannya dari dalam.

Sedangkan PAS merasai perit pengalaman 1971 – 1978 dikhianati Umno dan melihat pengalaman pahit Anwar 1982 – 1998.

Nabi saw mengingatkan umat agar jangan jatuh ke dalam lubang sama untuk kali kedua. Namun puak UG PAS ketagih menghulurkan kaki ke dalam lubang yang sama berkali-kali.

PAS parti berlainan dari semua parti?

Posted: 01 Mar 2015 12:12 AM PST

Oleh: Jebon a.k.a Barua


Sejak krisis perlantikan Menteri Besar Selangor pada 2014, ulama PAS sering menggunakan ungkapan parti agama itu adalah berlainan daripada mana-mana parti di Malaysia.

Dalam Multaqa Ulama Se-Malaysia II di Serdang, Selangor, semalam, ulama-ulama PAS sekali lagi menegaskan parti itu 'lain' daripada PKR, DAP, Umno dan sebagainya. Ungkapan lain merupakan pantang besar dalam mana-mana gerangan dakwah di dunia ini.

Jelas apabila PAS menganggap diri mereka lain daripada organisasi yang lain maka berkemungkinan parti itu tidak mahu lagi dikenali sebagai gerakan dakwah. Sejak zaman Nabi Muhammad saw ungkapan yang sering digunakan untuk menunjukkan perbezaan adalah 'lebih baik' daripada yang lain.

Ungkapan lebih baik juga sering digunakan oleh dua tokoh besar PAS sebelum ini iaitu Fadzil Noor dan Nik Aziz Nik Mat.

Disisihkan masyarakat

PAS bukan tidak pernah mengalami zaman yang aneh dan disisihkan. PAS era 1980an misalnya, dianggap lain daripada gerakan dakwah kontemporari. Kaedah perjuangan agama yang keras dan sering menyalahkan orang lain membuat masyarakat ketika itu menjauhi PAS.

Malah masyarakat lebih reda menerima kunjungan jemaah Tabligh yang berdakwah dari rumah ke rumah daripada ulama PAS yang menganggap orang lain sesat. Salah seorang ulama yang paling kontroversi ketika itu ialah Hadi Awang. Hadi dikaitkan dengan Amanat Hadi yang didakwa mengkafirkan orang Umno.

Namun semua itu beransur-ansur dilupakan apabila presiden PAS Fadzil Noor memulakan tahaluf siyasi bersama parti-parti sekular dan bukan Islam pada hujung 1980an. Dakwah berhikmah Fadzil berjaya menongkah arus dan memberi gambaran yang lebih jelas kepada masyarakat umum mengenai jalur perjuangan PAS. Fadzil menggunakan kaedah PAS tidak 'lain' daripada anggota masyarakat tetapi 'lebih baik' kerana mengamalkan al Quran dan sunnah.

Tahaluf pertama PAS pada 1989 adalah bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan Semangat 46 yang tersingkir daripada Umno. Melalui tahaluf itu PAS menang di Kelantan pada PRU 1990. Tok Guru Nik Aziz dilantik MB. Kaedah tok guru memerintah Kelantan juga melalui dakwah berhikmah dan menolak pendekatan keras.

Menjelang hujung 1990an pemimpin PAS aliran keras sedar cara 'lain' yang digunakan mereka tidak berjaya meyakinkan masyarakat. Sedangkan mereka juga adalah manusia biasa dan bukan malaikat apabila mengambil golongan  sekular bekas Umno sebagai sekutu.

Pada 1998, PAS lebih berani sewaktu menggabungkan diri bersama perjuangan reformasi Anwar Ibrahim dan menghimpunkan ahlinya menyertai demonstrasi-demonstrasi besar. Akhirnya, cara tidak mengasingkan diri daripada perjuangan arus perdana ini terbukti lebih berkesan kepada PAS dan muktamar meluluskan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP.

Hal remeh temeh

Dalam tempoh pentadbiran Fadzil, tidak timbul konsep walak kepada presiden lebih utama daripada nilai bersama dengan komponen pembangkang lain. Pembangkang masih lemah, bila-bila masa boleh dirempuh BN dan tidak perlu hal-hal kecil dijadikan tajuk debat atau menghukum ahli yang tidak walak sebagai pengkhianat.

Namun keadaan sekarang telah terbalik. Ulama PAS tidak sedar yang mereka masih pembangkang dan bila-bila masa boleh dimusnahkan oleh BN secara kekerasan atau penipuan PRU. Mereka mula menyalahkan parti komponen PR. DAP mangsa utama dan PKR dianggap tidak penting sama sekali.

Sikap pelampau kepimpinan ulama ini amat dikesali. Jika mereka merasakan diri mereka hebat, maka wajib diperingatkan sikap yang sama ini pernah ditunjukkan oleh ulama PAS pada era 1980an dahulu. Memang benar ketika itu Hadi berpengaruh di Marang, Terengganu. Tetapi ceramahnya di Selangor hanya dihadiri beberapa puluh ahli PAS.

Tidak pernah ceramah Hadi menghimpunkan lebih 100 orang. Di Johor kedatangan Hadi tidak diterima di banyak kampung Melayu Islam. Apatah lagi untuk PAS mendapat undi.

Benci Anwar

PAS terhutang budi kepada Anwar dan pengaruhnya yang mampu menghimpunkan bepuluh-puluh ribu rakyat mendengar penerangan pimpinan PAS dan menang banyak kerusi dalam siri pilihan raya 1999, 2008 dan 2013.

Selepas jasa besar Anwar yang meletakkan PAS parti 'dagang' menjadi pemerintah di Selangor, Kedah dan Perak maka PAS tiba-tiba melakukan pengasingan. Termasuk tidak senang dengan keluarga Anwar dan memperlekeh peribadi Anwar.

Apabila PAS mahu terasing dan 'lain daripada lain' maka mereka perlulah bersedia untuk hanya mendapat beberapa kerusi parlimen dan DUN dalam PRU akan datang. Apatah lagi pengundi India dan Cina tidak melihat PAS parti yang boleh dipercayai.

Namun percayalah, sekiranya PAS kalah teruk dalam PRU 14, maka mereka akan berharap agar Umno bergolak. Ada pemimpin seperti Ku Li atau Anwar yang akan tersingkir untuk mereka kutip dan nobatkan sebagai hero bagi memenangi semula undi rakyat.

Tidak bosankah PAS melakukan tindakan berulang-ulang; membina dan kemudian merobohkan kepercayaan, kemudian membinanya semula. Meski pun PAS boleh berhujah perkara itu mendapat pahala, bukankah Nabi saw bersabda agar umat bijaksana dan tidak terjatuh ke dalam lubang yang sama untuk kali kedua?