Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Permohon pengampunan persenda institusi Raja, dan taktik tarik simpati

Posted: 27 Feb 2015 07:30 PM PST


Permohonan Pengampunan oleh Anwar Ibrahim telah mencemarkan sistem keadilan di Malaysia.

1. Bagaimana seorang Peliwat boleh memohon pengampunan? Ia akan menjadi "Bad Precedent" terutama kalau diampunkan. Bayangkan selepas ini ramailah peliwat dan perogol akan memohon pengampunan daripada Tuanku Yang Dipertuan Agong.

2. Anwar ternyata seorang yang bacul kerana biasanya mereka yang menerima hukuman gantung atau penjara seumur hidup sahaja yang memohon pengampunan. Setakat 5 tahun pun nak minta pengampunan ternyata Anwar hanya gempar sahaja bila selalu melaungkan slogan "lawan tetap lawan".

3. Sejak menjadi pemimpin pembangkang, tindakan beliau dan partinya banyak mencemarkan institusi Raja; Tetapi sekarang melutut meminta pengampunan Raja. Enough is enough, Anwar mesti berhenti berlakon dan berbohong.

MOHD PUAD ZARKASHI MT


Sudahlah itu, Tian Chua boleh main tuntut seolah-olah tiada procedure dalam hal pengampunan.


Hukuman pun belum banyak mana di hadapai dah nak minta maaf. Baru hari itu kata tak akan minta maaf dan lawan tetap lawan. Yang nak dipunta diampunkan pun tak mahu minta ampun secara rasmi.

Dahlah itu, apa gila pula Nurul ...



Ini satu penghinaan dan persendakan instutusi raja untuk minum bersantai dengan banduan.


Dari pada Anwar baik Tuanku minum teh dengan ramai rakyat jelata yang baik dan setia pada raja dan negara serta bukan banduan.


Bila-bila pula ada peraturan begini?

Sudah2lah Nurul, dulu lain sekarang lain pula


Semua ini hanya permainan persepsi nak pinta belas kasihan rakyat ....


Anwar dah tentu lepaskan jawatan MP PPauh, Siapa ganti Anwar?

Posted: 27 Feb 2015 04:30 PM PST


Hari terakhir Anwar untuk bebas sebelum jawatan ahli Parlimen luput. Ini semua boleh dielakkan jika dia dapat pengampunan. Masa hari ketiga sebaik SIvarasa keluar dari berjumpa dengannya, dia telah kata melalui SIvarasa agen CIA bahawa dia tak akan minta ampun.

Lagi 10 hari, tarikh pulihanraya akan diumumkan. Persoalnnya dengan keadarbalah dalaman PAS antara Ulamak dengan PASMAbuk, rebutan kuasa dalam PKR yang melihatkan Wan Azizah dan Nurul keseorangan untuk hidupkan reformasi 2, pemilihan CEC DAP, gaduh PAS-DAP dan PAS-PKR, dan tunggu  masa PKR-DAP, maka sapa layak jadi ketua pembangang?




Itu hal Ketua Pembangkang di Parlimen yang mana tidak perlu dari satu kelompok parti.



Lebih penting dan sedang ditunggu-tungu, siapa ganti Anwar sebagai ketua Pakatan Rakyat. Adakah gam akan terlerai atau PKR dan PASMA sedia terima DAP sebagai ketua Pakatan Rakyat?

Siapa Abg Rashid yang hantar warkah buat Nurul Nuha?

Posted: 27 Feb 2015 07:30 AM PST


Sayang ku Nuha, dengarlah nasihat abang Rashid

Nuha, abg kesian dan simpati kat Nuha. Abg faham anak mana yg tak sayang papa dia...

Kesiannya kat Nuha.. Susah sebenarnya abg nak jelaskan sbb perkara ni mungkin Nuha pun tak berpengalaman buat. Tapi abg kena gak cerita kat Nuha supaya Nuha faham dengan jelas...

Sajak melankoli tak boleh nafikan air mani ayah dijumpai 4 cm dalam dubur

Nuha, izinkan abg cerita kat Nuha. Nuha pun dah besar, dah bergelar isteri orang pun. Mesti Nuha tahu yg air mani papa ada dlm dubur Abg Pon. Bukan meleleh kat luar tapi sedalam 4cm. Kira panjang jari kelingking gak tu...

Nuha, air mani diciptakan tuhan dgn ciri yg sgt unik. Ianya tak boleh keluar begitu saja. Kena berlaku suatu proses dlm satu jangka masa baru air tu boleh dikeluarkan.

Utk makluman Nuha, air mani papa Nuha hanyalah Mama atau Papa sendiri sahaja yg boleh keluarkan. Macam mana nak keluarkan atau macam mana air mani tu boleh keluar? Errr Nuha tanyalah kat mama ye...

Uncle Najib takleh keluarkan air mani papa. Aunty Romah pun tak boleh. Pakcik polis pun takleh keluarkan jugak. Abg Pon??? Ye, Abg Pon boleh tolong kekuarkan air mani papa  dengan izin papa Nuha...

Ini kerja khurafat mengikut-ikut amalan ugama bukan Islam

Jadi untuk kata papa Nuha difitnah, dianiaya & dizalimi adalah mustahil Nuha. Papa  dah buat perkara yg menyakitkan hati mama. Dia dah cari mama lain tapi mama lain tu lelaki mcm papa...

Papa Nuha tu jahat.. Dia tipu Nuha... Dia tipu mama Nuha... Dia tipu adik beradik Nuha.. Dia tipu rakyat....

Percayalah pada abg Nuha...Insan yang menyayangi mu.

---------------------

Oh terlupa beritahu

Usahlah ingat kamu nak tanding di Permatang Pauh. Orang menyampah politik keluarga ....

Cina tindas Melayu, Melayu pun tindas Melayu?

Posted: 27 Feb 2015 04:25 AM PST






DAP membina China Belt di pantai barat semenanjung

Posted: 27 Feb 2015 01:21 AM PST







Baca di Pejuang Bangsa 31 di SINI

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Rakyat Juga Boleh Mohon Agong Bebaskan Anwar, Kata PKR

Posted: 27 Feb 2015 11:11 PM PST


Foto:BernamaFoto:BernamaKUALA LUMPUR: Orang ramai boleh membuat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya mereka mahu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, kata seorang pemimpin PKR.
Susulan penyerahan petisyen oleh keluarga Anwar kepada istana, memohon pengampunan diraja, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa berkata, rakyat juga boleh meluahkan hasrat mereka merayu kebebasan Anwar.
Katanya, mereka boleh menulis petisyen kepada Agong atau menyerahkan memorandum kepada Istana Negara.
"Mereka boleh buat begitu, anjurkan sesama mereka untuk melobi Agong. Hakikat yang petisyen (untuk pengampunan diraja) itu ada. Ini bukan lagi satu proses undang-undang.
"Proses pengampunan ialah di luar hak perundangan. Ia berdasarkan budi bicara Agong," katanya kepada pemberita selepas satu forum bertajuk 'Senario Selepas Pemenjaraan Anwar' di Pulau Pinang malam tadi.
Keluarga Anwar menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada Selasa, hari terakhir untuk mereka berbuat demikian selepas hukuman terhadap Anwar dijatuhkan pada 10 Februari.
Pengampunan diraja ialah satu-satunya cara Anwar boleh dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan liwatnya dan hukuman penjara 5 tahun terhadapnya dan ia perlu dilakukan dalam masa 14 hari selepas mahkamah membuat keputusan.
Sivarasa berkata, ramai orang yang membuat bantahan kepada Agong mengenai perkara seperti itu, merujuk kepada usaha membebaskan seseorang dari penjara.
Bagaimanapun, Agong mempunyai kata putus sama ada untuk memberikan pengampunan atau tidak, katanya.
"Contohnya, jika Lembaga Pengampunan mengatakan, jangan maafkan Anwar, Agong boleh kata baginda tidak bersetuju dan memutuskan untuk memberikan pengampunan. Baginda ada kuasa."
Beliau yang juga seorang peguam berkata, keadaannya berbeza dengan prosedur Lembaga Pengampunan di peringkat negeri.
"Lembaga Pengampunan Negeri lain. Mereka (sultan dan gabenor) perlu mengikut nasihat lembaga.
"Tetapi di Wilayah Persekutuan, lembaga itu dipengerusikan Agong sendiri," katanya.
Selain Agong, turut menganggotai Lembaga Pengampunan itu ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan tiga lain yang dilantik Agong atas syor perdana menteri.
Terdahulu semasa forum itu, ketika ditanya mengenai prosedur standard operasi (SOP) pengampunan diraja, Sivarasa berkata, pada pemahamannya tiada SOP berkenaan perkara itu.
Beliau berkata mereka melakukan sesuatu yang baru terutamanya dalam kes permohonan pengampunan Anwar, kerana ia difailkan keluarga Anwar dan bukan dirinya.
Katanya, tiada tempoh masa untuk keputusan dibuat bagi satu permohonan pengampunan dan mereka tidak tahu bila lembaga itu akan bertemu untuk membincangkan permohonan itu.
"Agong bahkan boleh memutuskan untuk tidak melayannya dan biarkan saja... kita benar-benar tidak tahu. Tetapi, saya percaya Agong akan berdepan pelbagai usaha melobi, termasuk daripada kami, masyarakat antarabangsa dan orang ramai.
"Secara umumnya, Tuanku Abdul Halim disanjung tinggi dan mempunyai reputasi yang baik sebagai berintegriti. Saya harap baginda akan melakukan perkara yang betul," katanya.
Sivarasa berkata, permohonan pengampunan itu bukan bermakna ia satu pengakuan bersalah Anwar, sepertimana diperkatakan di kalangan media dan didakwa Barisan Nasional.
Beliau berkata, keluarga Anwar menyatakan dalam petisyen pengampunan itu yang bapa mereka merupakan 'prisoner of conscience' (banduan teraniaya), sambil menambah tidak sepatutnya pihak tertentu membuat tafsiran sendiri mengenai perkara itu.
"Apa yang anda lihat dalam media arus perdana ialah propaganda," katanya.

- Malaysian Insider

Blogger Hina Islam Maut Ditetak

Posted: 27 Feb 2015 08:02 PM PST




Diterbitkan: Sabtu, 28 Februari 2015 11:26 AM

SEORANG blogger terkenal warga Bangladesh-Amerika Syarikat (AS) ditetak sehingga mati di tepi jalan oleh kumpulan militan selepas dia lantang mengutuk Islam.
Dr Avijit Roy dari Atlanta, Georgia maut selepas diserang oleh sekumpulan lelaki menggunakan parang pada Jumaat malam di Dhaka.
Setakat ini kumpulan militan yang dikenali sebagai Ansar Bangla 7 mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu sambil menyifatkan ia sebagai pembalasan kerana jenayah menentang Islam.
Kumpulan berkenaan juga memberitahu, serangan itu juga dilakukan kerana mangsa merupakan warga AS - negara yang bertanggungjawab menyerang Syria.
Polis Bangladesh memberitahu, pihaknya percaya dua suspek yang mempunyai kaitan dengan Universiti Dhaka terlibat dalam kejadian itu.
Hal ini kerana, kejadian berlaku di hadapan universiti itu selain mangsa pernah mendapat ugutan bunuh daripada mahasiswa pusat pengajian tinggi berkenaan beberapa tahun sebelum ini.
Dalam ugutan berkenaan, mahasiswa terbabit dilaporkan berkata Dr Avijit akan dibunuh sebaik sahaja pulang ke negara itu.
Jelasnya, terdapat tiga kesan tetakan kuat di kepala mangsa serta kesan luka pada isterinya, Rafida Ahmed yang turut cedera.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan yang dikawal ketat oleh polis.

Polis cadang lokasi demo pro-Anwar

Posted: 27 Feb 2015 02:30 AM PST


Polis menawarkan lokasi baru kepada penganjur perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Mac, kata ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong.

Menurutnya, polis tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan perhimpunan tersebut di depan kompleks beli-belah Sogo.

"Kami ditawarkan tempat di Padang Merbok atau Stadium Merdeka oleh ketua polis daerah Dang Wangi (Zainol Samah)," katanya.

Bercakap selepas pertemuan dengan polis hari ini, beliau menambah, polis berpendapat lalu lintas lebih mudah dikawal jika ia diadakan di lokasi alternatif.



Pertemuan kira-kira sejam turut disertai ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan aktivis pelajar Adam Adli.

Teo menambah, Nik Nazmi memberitahu polis bahawa kumpulan NGO dan Pakatan Rakyat masih berminat meneruskan perhimpunan itu, yang dikenali #KitaLawan, depan Sogo.

Kumpulan ini Kita Lawan muncul sebagai bantahan pada keputusan kes liwat dan pemenjaraan Anwar pada 10 Februari.

Selain perhimpunan bulan depan, mereka juga menganjurkan tunjuk perasaan setiap Sabtu di Sogo mulai tarikh tersebut.

Teo bagaimanapun turut menegaskan bahawa Kita Lawan belum menolak tawaran polis itu sehingga mereka mencapai keputusan baru.

Minggu lalu, Nik Nazmi dan Adam ditangkap berhubung perhimpunan tersebut. Bersama Adam, pemimpin PKR Fariz Musa ditahan polis sejurus selepas perhimpunan 21 Februari.

Nik Nazmi ditahan di rumahnya pada sebelah malam keesokan harinya.- mkini

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Anwar didakwa rancang guling Abdul Hadi?

Posted: 27 Feb 2015 07:16 AM PST


Ketua Umum (KETUM) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dikatakan merancang untuk memastikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lagi menerajui parti itu selepas muktamar Jun ini.

Pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendakwa, tindakan itu dilakukan kerana Abdul Hadi tidak lagi memberi sokongan kepada Anwar untuk mengadakan demonstrasi jalanan bagi membantah keputusan mahkamah terhadapnya.

Menurut beliau, Anwar memerlukan sokongan Pas untuk menggerakkan Reformasi 2.0 atau demonstrasi jalanan seperti yang pernah dimulakannya pada 1998.

"Tanpa Pas, Reformasi 2.0 akan gagal kerana Anwar tidak berupaya menggerakkan penunjuk perasaan seperti yang dilakukannya pada 1998 yang mana sebahagian besar daripada peserta demonstrasi merupakan penyokong Pas," katanya dalam entri bertajuk Will Anwar's Strategy Work? di laman blog beliau (http://www.malaysia-today.net) hari ini.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menolak rayuan terakhirnya berhubung kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Raja Petra turut mengaitkan kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dengan usaha membantu Anwar menjalankan gerakan menyingkirkan Abdul Hadi.


Beliau berkata, Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 yang dijadualkan berlangsung Jun ini bakal menjadi penentu sama ada Abdul Hadi kekal sebagai Presiden parti itu atau sebaliknya.

"Sekiranya mereka berjaya menyingkirkan Abdul Hadi, gerakan Reformasi 2.0 mungkin dapat dilaksanakan.

"Sebaliknya, jika usaha itu gagal, Anwar tentu berharap beliau mendengar nasihat pakar-pakar strategi politiknya supaya meneruskan gerakannya dari luar negara sejak awal lagi," jelasnya.

Selain sokongan Pas, Raja Petra menambah, gerakan Reformasi 2.0 juga bergantung kepada sokongan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dari segi pembiayaan kewangan.

"Namun, ada khabar angin mengatakan Mohamed Azmin belum mengesahkan kesediaannya untuk membiayai gerakan Reformasi 2.0.

"Oleh kerana itu, Anwar masih belum memberi restu terhadap cadangan melantik Mohamed Azmin sebagai Ketua Pembangkang yang baharu," ujarnya.

Menurut beliau, jawatan Ketua Pembangkang akan diberikan kepada pemimpin pembangkang yang lain sekiranya Mohamed Azmin enggan menyalurkan peruntukan kewangan untuk gerakan tersebut.

Suara Politik
Belantan

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


"TAHNIAH PENEROKA AKAN JADI JUTAWAN ???..."

Posted: 27 Feb 2015 08:09 PM PST

 Ke mana arah tuju FELDA?
FGVH sedang bermasalah?
Mana janji Najib?
 Memorandum kepada FGVH bertarikh 23 dis 2014 tidak berjawab sampai hari ini. Surat susulan tiada respon. Perjanjian Pajakan Tanah antara FELDA dan FGVH bernilai RM251 Juta dan 15% kadar perkongsian keuntungan tahunan berjumlah RM 257 Juta, adakah di bayar oleh FGVH?
Bajet FELDA setahun berjumlah RM1.7 bilion, pendapatan sekadar RM508 Juta, defisit hampir 70%, berapa lama pengurusan FELDA mampu menampungnya?
Perbelanjaan pengurusan, tanam semula, perbelanjaan peneroka, pinjaman baiki rumah, pendahuluan baja.....
 Dato' Faizoull Ahmad disingkir, khabarnya turun pangkat dan dipindahkan ke JPA. Isa Samad terus bermaharajela.
Apa khabar saham KPF?
Boleh beri lagi dividen 15% kepada 200,000 pencarumnya?
Pelaburan RM800 Juta unit saham ke dalam FGVH, rugi...nilainya tinggal berapa sekarang?
 Pinjaman Sara Hidup sepertimana dalam Perjanjian Tanam Semula di kaji semula?
FELDA kaveat kebun peneroka, terma2 yang menjadi hak peneroka; tidak dilaksanakan.
SERABUT FELDA & FGVH sekarang. Mana janji dan reformasi Najib????
Senyap sunyi......
Durian runtuh ke ATAU peneroka yang runtuh?


Program Kampung Angkat Ku siri ke 2 - ANAK

Posted: 27 Feb 2015 07:59 PM PST

 Program Kampung Angkat Ku siri ke 2 memilih Kampung Limau Kasturi yang terletak di Parlimen Gua Musang dalam DUN Paloh. Keluasannya sekali ganda dari Kg Manjor, Kuala Krai yang menjadi program siri 1. Untuk pengetahuan, aktiviti baiki rumah yang menjadi projek utama di Kg Manjor tetap di teruskan hingga selesai. Ia diselenggara oleh Tok Penghulu Yee, Ketua Kampung tersebut.

Pada kali ini, Ngo MAPIM yang di terajui Cikgu Azmi Abd Hamid akan turut serta dan fokus kepada membina beberapa rumah kekal. Peringkat awal ialah rumah milik seorang ibu tunggal. Terdapat tiga buah kedai yang rosak teruk akan di baiki semula bagi tujuan pemiliknya boleh kembali berniaga.

Kawasan niaga Kampung tersebut akan di bina tandas awam dan waqaf bagi memberi keselesaan penduduk dan orang ramai. Juga cadangan gelanggang futsal sebagai aktiviti riadah anak muda.

Perancangan dan persiapan bagi program kali ini telah di mulakan. Kos yang di perlukan jauh lebih besar dari Kampung Manjor. Sukarelawan seluruh negara tanpa mengira kaum amat di nantikan. Penginapan dan makan minum melalui Kenduri Se Kampung telah dipersiapkan lebih awal bagi keselesaan Sukarelawan.

Mangsa banjir masih hidup dalam kesukaran. Berada dalam khemah dengan situasi cuaca yang begitu panas. Hilang harta benda dan punca pendapatan. Sengsara mereka tetap tanggungjawab kita bersama.

Rayuan kami, teruskan/tingkatkan sumbangan dan datang beramai ramai sebagai sukarelawan. Hentikan perbalahan, bersatu tenaga demi rakyat yang di timpa musibah.



KAMPUNG ANGKAT KU siri ke 2- Kampung Limau Kasturi, Gua Musang
Akan diadakan pada 6-8 mac 2015. Ust Azman Ahmad, Penyelia Parlimen Gua Musang menjadi Pengarah kali ini. Ia berada di bawah DUN Paloh yang di tandingi oleh PKR. Surat Undangan kepada YAB Menteri Besar Selangor telah dihantar untuk merasmikan program kali ini. Siri pertama di Kampung Manjor di rasmikan oleh Dato' Abdullah Che Nawi, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, mewakili YAB Menteri Besar Kelantan.
Fokus kali ini ialah mendirikan rumah kekal bagi ibu tunggal, baiki rumah, membersihkan kawasan kampung, mengagih kelengkapan ibadah, memulihkan rumah kedai peniaga kecil, membaiki dan menaiktaraf Tanah Perkuburan Islam dan membina infra seperti tandas awam, gelanggang futsal, rawatan perubatan dari PAPISMA, tajaan dari Tabung Amanah Tok Kenali, HARAKAH, R royalti, Gamis, Yayasan Darul Hijrah, Jabatan Amal dan banyak lagi Ngo akan mengambil bahagian.
500 sukarelawan adalah diharapkan untuk misi kali ini. Maklumat lanjut hubungi Ust Azman 0199222077, Fadil 0173339668.
Sumbangan boleh dilakukan kepada PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA KEBANGSAAN, BIMB 01069010028508.


TERUS BERISTIQOMAH

FGV SUDAH TUNJUK WAJAH

Posted: 27 Feb 2015 07:50 PM PST

FGV Sudah Tunjuk Wajah
Semua kilang memproses sawit seluruh negara milik Felda kini sudah terjenama FGV, Semua transport Felda angkut juga sudah dicelup FGV. Urusan pengurusan ladang peneroka juga sudah dijenamakan dengan ladang FGV, kini hanya tinggal nama Tanah Rancangan yang belum ditukar ke FGV.
Menariknya peruntukan yang sangat besar diperuntukan kepada pihak pengurusan setiap tanah rancangan untuk jenamakan Kampung Felda menjadikan Penempatan ala berek pekerja ladang. Di dalam ladang pun dah dijenamakan dengan ala-ala estet orang putih zaman penjajah.
Jadi pendek kata tranformasi dari tanah rancangan Felda kini sudah teralih ke wajah siapa tuan Felda sekarang. Peneroka dengan memek wajah tua hasil keringat diperah puluhan tahun dulu kini merenung jauh akan nasib bakal mewarnai sisa hidup yang berbaki dengan hutang puluhan ribu yang tiada riak akan berkurangan jauh sekali hendak dilunaskan sebelum menutup mata ke alam sesudah mati. Tenangkah warga peneroka mati dengan meninggalkan puluhan ribu hutang?
Kini bala baru mengundang mereka. Kehadiran Syarikat Technoplant yang mengurus ladang hampir 90 ribu daripada 112 635 peneroka kian galak menindas warga tua ini. Dahulu mereka serahkan urusan ladang mereka dengan harapan mereka boleh kecapi kehidupan dengan tenang sebelum ajal menyapa. Orang kata nak ke masjid dan beribadat dengan sempurna. Lantas kesumat jahat syarikat Technoplant kini menjerut ketenangan hidup dengan hutang yang warga peneroka ini seolah tiada kisah dengan jumlah terkumpul.
Terbaru kaedah cara pembayaran mengikut ekar dan tan hasil ladang mereka diguna pakai kini benar-benar menyentap sisa ketenangan hidup selama ini yang mereka semua boleh mengecapi hasil serahan ladang mereka RM1400 sebulan ,cukup untuk mereka makan dengan anak-anak sudah berdikari. Walaupun pendapatan ini separuh dari tahap pendapatan miskin yang ditetap oleh kerajaan berdasarkan permohonan BR1M melayakan pemohon berpendapatan bawah RM3000.
Keluhan warga peneroka ini tiada khudrat untuk didengar oleh sesiapa, nak harapkan JKKR jauh sekali. JKKR sekarang bukan mewakili peneroka lagi, mereka sudah menjadi seakan pegawai Felda yang melaksanakan dasar Felda. Inilah kejayaan seranta felda menanam kesumat jahat ke dalam pemikiran peneroka yang boleh memimpin dan memacu kumpulan mereka.
Hari ini jangan bicara soal harga saham 800 unit FGV yang mereka banggakan satu masa dulu. Walaupun mereka sedar ajan kejatuhan harganya , hutang pinjaman RM3640.00 dahulu sehingga kini belum dilunaskan sepenuhnya oleh mereka. Jika mereka dipanggi mengadap Sang Pencipta hari ini bertambahlah koleksi hutang warga emas peneroka Felda ini.
Semoga kepulangan anak-anak mereka cuti tahun baru cina ini memberi senyuman sementara kepada mereka dan menghilangkan seketika keserabutan dan tenungan jauh masa depan yang mereka terpaksa hadapi dengan pelbagai liku yang cipta untuk melapah hak mereka yang belum pasti walau geran tanah ladang di dalam gengaman setiap malam dengan titisan air mata yang sudah tiada menintis.


- Nurkilan Pagi Jumaat warga anak Peneroka ,
Naraza Muda , anak Felda Jerangau

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:33 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tanda Tergolek Makin Dekat...

Posted: 27 Feb 2015 06:52 AM PST

Dengar cerita YB Rafizi ke Australia....mencari bukti apakah dan siapakah yang membawa Sirul merentasi sekatan imigresen.....tentu pihak yang sedang menduga dan menghentam Najib agar tidak melepaskan Anwar semudah mungkin sebagaimana Pak Lah pernah melepaskan Anwar.....he..he..tentu anda tahu bukan??? wrlr


oleh :shahbudin hussein

Ketua-ketua Bahagian UMNO seluruh negara dijangka akan berhimpun untuk menyatakan solidariti kepada Perdana Menteri, Najib Razak pada 8 Mac depan, iaitu sehari sebelum majlis pembukaan Parlimen oleh Yang Dipertuan Agong.

Menurut Ketua Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee, seramai 170 daripada 191 Ketua Bahagian sudah menyatakan kesediaan untuk hadir dan ia bertujuan untuk membuktikan kepada pembangkang dan juga pihak luar bahawa mereka sentiasa menyokong Najib.

Kami mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Najib masih mempunyai sokongan yang kuat, jadi mereka perlu berhenti menyerang BN, katanya lagi.

Jika mengikut logik dan hukum akal, adanya perhimpunan solidariti ini tidak lain menunjukkan bahawa kedudukan Najib sedang atau semakin goyang sekarang ini.

Hanya pokok yang sudah hendak tumbang saja perlu diletakkan penongkat atau sokongan, manakala pokok yang masih kukuh biasanya tidak memerlukan apa-apa bantuan untuk terus tegak berdiri.

Begitulah juga sebenarnya kedudukan Najib sekarang. Apabila sudah ada usaha mengadakan perhimpunan mempertahankan kedudukannya, bermakna makin goyanglah kerusi yang didudukinya itu.

Lihat saja di zaman Pak Lah dulu, berbagai perhimpunan atau gerakan telah diadakan untuk menyatakan sokongan dan mempertahankan kedudukannya, namun akhirnya tergolek juga.

Bahkan lagi banyak pernyataan sokongan dizahirkan, ia secara tidak langsung menandakan semakin terhakisnya sokongan yang diterima.

Akhirnya, sama ada pokok akan tumbang kerana asakan yang makin kuat atau kayu yang menjadi penongkat atau sokongan itu akan patah disebabkan tidak mampu lagi menjadi penahan yang kukuh.

Yang penting sebenarnya ialah apakah pokok yang mahu dipertahankan itu masih kuat atau sudah menghampiri tarikh matinya. Jika pokok itu cukup kuat, ia bukan saja tidak memerlukan penongkat, bahkan dedalu hinggap pun tidak menjejaskan hayatnya.

Sebab itu, usaha mengumpulkan ketua-ketua bahagian menyokong atau menyatakan solidariti kepada Najib bukan saja membuang masa, malah juga sia-sia.

Selain ianya mengesahkan kedudukan Najib makin bergoyang, umum juga tahu bahawa ini adalah perhimpunan "cari makan" semata-mata. Semua orang tahu, ketua bahagian adalah mereka yang berkepentingan dengan Perdana Menteri dari segi jawatan, kedudukan, projek dan sumber rezeki.

Sudah tentu mereka ini sanggup berbuat saja untuk mempertahankan kenikmatan yang sedang dikecapi sekarang. Tetapi adakah ketua-ketua bahagian ini benar-benar mewakili naluri dan isi hati seluruh ahli UMNO yang berjumlah 3.4 juta orang itu?

Lebih dari itu, adakah juga ketua-ketua bahagian ini mampu memastikan undi dalam pilihanraya nanti benar-benar memihak kepada BN?

Adakah Mahathir  akan tiba-tiba berhenti menyerang Najib kerana solidariti 170 ketua bahagian itu?

Begitu juga, apakah rating sokongan Najib yang kian merudum sehingga 44 peratus berbanding 48 peratus sebelum ini dapat ditingkatkan semula?

Secara umumnya juga, penolakan terhadap Najib merangkumi banyak isu dan masalah - dalam parti dan luar parti, dalam kerajaan dan luar kerajaan serta seribu satu macam lainnya yang tidak mungkin mampu ditangani dengan sekadar menghimpunkan seramai 170 ketua bahagian saja.

Tetapi seperti pokok tadi,  bila mula diletakkan penongkat atau sokongan, biasanya ia adalah tanda tidak lagi kuat akar umbinya atau sudah hendak tumbang menyembah bumi.

Pokok yang sudah diletakkan penongkat juga jarang dapat bertahan lama berbanding pokok-pokok lain yang tidak diletakkan apa-apa kayu penyokong.

Tiada apa-apa yang perlu dilakukan, selain meraikan 8 Mac ini sebagai tanda awal tergoleknya Najib makin dekat...(SH 27/02/2015)

ADAKAH LAYAK SAIFOOL SEKAYA INI?

Posted: 27 Feb 2015 03:10 AM PST


Betulkah kehidupan Saiful tak berubah?

Daripada seorang miskin, sanggup jumpa PM untuk minta bantu yuran pengajian, tiba-tiba mampu menyewa sebuah kondo mewah yang kadar sewanya RM7500 - RM15000 sebulan dan mampu menyediakan mas
kahwin yang begitu besar??

kahwin yang begitu besar?? — with Roslin Ahmad.

ADAKAH SYAFIEE ABDULLAH ADALAH SEORANG MUAALAF?

Posted: 27 Feb 2015 02:02 AM PST

Tahukah Anda : Shafee Abdullah peguam saiful dan umno murupakan seorang muaalaf
Nama sebenar Shafee sebelum masuk islam adalah Ganesan a/l Tangavello.
# Jawatan tertinggi dalam bidang kehakiman adalah Peguam Negara.
Antara Syarat utama bagi seseorang itu menjawat jawatan sebagai ketua Hakim Negara haruslah seorang yang beragama islam....

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:16 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Dewan Ulama PAS pertahan Hadi sebagai Presiden

Posted: 27 Feb 2015 07:24 PM PST

PAS diketuai oleh Presiden yang mempunyai kemampuan berijtihad dan faqih yang telah diiktiraf dunia.
ulama hadiKUALA LUMPUR: Dewan Ulama Pas tidak berganjak dengan pendirian tegasnya untuk mempertahankan kedudukan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada digulingkan pada muktamar parti itu Jun nanti.
Dewan itu bertegas hanya mereka yang fuqaha, faqih serta mujtahid sahaja layak menjadi Presiden Pas.
Malah tanpa berselindung, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, perbuatan kumpulan tertentu mahu mengguling Abdul Hadi adalah sama seperti cubaan berkempen dari sesuatu yang afdal kepada tidak afdal.
Fuqaha bermaksud mereka yang menguasai ilmu fekah, faqih pula membawa erti golongan pakar berhubung nas-nas al-Quran, hadis serta budaya setempat manakala mujtahid ialah ulama yang berijtihad sehingga berkelayakan untuk mengeluarkan fatwa.
"Ada segelintir pimpinan membuat kenyataan Presiden Pas tidak semestinya dalam kalangan ulama. Apakah tujuan kenyataan ini? Tentu bermaksud membuka gelanggang untuk menukar Presiden yang ada dalam kalangan ulama dan faqih kepada bukan ulama," katanya.
Beliau berkata, "Sekiranya dilihat lebih jauh, ada pemimpin yang ingin memulakan gelanggang jawatan Presiden perlu ditandingi atau ingin berkempen bahawa terdapat individu yang lebih baik lagi untuk menjadi Presiden Pas berbanding Tuan Guru (Abdul Hadi)."
"Merujuk kepada Islam yang menjadi dasar kepada perjuangan PAS, Dewan Ulama PAS menegaskan bahawa keutamaan untuk menjadi Presiden PAS mestilah dalam kalangan mereka yang fuqaha, faqih serta mujtahid," katanya, lapor Utusan Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

PASMA tidak hirau gelaran ‘perosak’ oleh PAS

Posted: 27 Feb 2015 07:23 PM PST

Mutaqa ulama sepatutnya membincangkan perkara-perkara yang boleh menyelesaikan masalah antara PAS dan PasMa.
pasmapasPETALING JAYA: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) terus melahirkan rasa kecewa mereka terhadap Dewan Ulama PAS yang menggesa Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat mengambil tindakan terhadap ahli PAS yang menyertai pertubuhan itu dan menganggap PASMA perosak kepada PAS.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pemangku Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yaakob pada majlis Multaqa Ulama Semalaysia II sebelum ini.
"Kita daripada dulu dah banyak kali diberi label, malah kita tidak begitu menghiraukan tanggapan yang dibuat segelintir pimpinan PAS," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam PasMa malam tadi.
Katanya, Multaqa Ulama sepatutnya membincangkan perkara-perkara yang boleh menyelesaikan masalah antara PAS dan PasMa bukannya terus memburukkan lagi keadaan yang berlaku sehingga menimbulkan pelbagai tanggapan buruk dalam parti.
Read More / Baca Lagi >>

PAS diramal berpecah menjelang Jun 2015

Posted: 27 Feb 2015 07:23 PM PST

Budaya 'team' tidak ada dalam PAS tetapi ia muncul selepas 1998 dan sekarang ini ia menjadi semakin membarah.

KOTA BHARU: PAS dijangka berpecah menjelang Muktamar 2015 pada Jun berikutan kemunculan kumpulan yang tidak sehaluan dengan kepimpinan ulama dalam parti itu.
Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata, ia merupakan penyelesaian terbaik kepada kemelut dalaman yang melanda parti itu sekarang.
pasmarsukiBeliau berkata, kemelut dalaman PAS berputik sejak 1998 apabila wujud kumpulan tertentu yang berhasrat menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, pada 1998 PAS menjadi begitu terbuka menyebabkan kemasukan banyak kumpulan dari luar dan kumpulan berkenaan membentuk pasukan dalam PAS.
"Sebelum itu (1998) budaya 'team' tidak ada dalam PAS tetapi ia muncul selepas itu (1998) dan sekarang ini ia menjadi semakin membarah," katanya kepada pemberita selepas Wacana Ilmiah: PAS: Semalam, Hari Ini dan Esok di Pengkalan Chepa.
Tanpa menyebut nama kumpulan atau individu terlibat, kata Mohd Zuhdi, kumpulan berkenaan akhirnya akan keluar daripada PAS untuk membentuk parti baru.
"Saya yakin selepas Muktamar Agung PAS 2015 ini akan berlaku dalam PAS iaitu akan ada dua kumpulan dengan satu daripadanya akan berpecah dari PAS dan tubuh parti baru, itulah penyelesaian yang akan menyebabkan PAS kembali kepada suasana harmoni," jelas beliau.
Mengenai cabaran lain yang sedang dihadapi PAS, beliau memberitahu, PAS sekarang sedang berhadapan dengan wajah sebenar DAP, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, terutama menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
"Kita (PAS) perlu hadapi cabaran itu dengan jiwa besar iaitu kita masih melihat ada ruang untuk perkukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR tetapi dengan harapan DAP dan PKR faham susur galur pembentukan masyarakat dan negara Malaysia," ujarnya.

Ahmad Awang: ‘Ulama bukan tiket dapat pujian, jawatan’

Posted: 27 Feb 2015 07:21 PM PST

Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh multaqa ini? Mengusahakan perpecahan PR atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saf dalaman PAS atau merenggangkannya?

Yang dilihat, ianya dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat ia menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan.

Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program liqa', neqad, ijtima' dan multaqa itu sendiri adalah tidak lain melainkan usaha kempen untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain?

Amat malanglah sekiranya ia benar sehingga tumpuan usaha ulama yang dibawa dari seluruh negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri.

Politiking sempit sebegini tidak layak bagi ulama, apatah lagi dengan menggunakan nas-nas al-Quran dan hadis yang tidak kena pada tempatnya.

Harapan ahli supaya Multaqa Ulama II bebas dari politiking yang sebegini dan persidangan ini akan mengeluarkan usul mengutuk tadbir urus kerajaan Umno-BN yang rosak dan tempang, dasar ekonominya yang membebankan rakyat, politiknya yang rakus dan zalim serta salah guna kuasa yang terang dan nyata.

Harapan ahli supaya multaqa ini menjadi pendorong untuk meningkatkan usaha menjatuhkan Umno-BN supaya Islam boleh bebas membangun. Dengan itu juga saf yang telah sengaja direnggangkan oleh golongan tak bertanggungjawab dapat dirapatkan kembali.

Tetapi tidak demikian. Agenda perubahan bagaikan hilang dengan tiupan bayu dan alunan lagu "perpaduan Melayu" yang di mainkan Umno dan konco-konconya terutama selepoas musibah "tsunami kecil" di Kelantan pada akhir tahun lalu.

Maka yang tinggal hanya perbalahan dalaman PAS dan Pakatan Rakyat. Adakah golongan Ulama PAS sudah hilang fokusnya dan tidak mampu memimpin perubahan ke arah keadilan dan negara berkebajikan?

Ingatan buat golongan ulama

Saya sebagai mantan ahli Majlis Syura Ulama (MSU) berbelas tahun merasa dukacita dan kesal ia tidak menzahirkan kehebatan dan kepimpinan ulama sepertimana yang saya harapkan.

Saya tertanya-tanya apakah tokoh multaqa yang lebih sepuluh orang pembentang dan pembahas itu terlupa pada perintah Allah seperti yang terkandung dalam firmannya yang bermaksud:

"Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkan lah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal." ( Surah Ali Imran ayat 159)

Read More / Baca Lagi >>

UMNO mahu PR berpecah demi majoriti dua pertiga di Parlimen

Posted: 27 Feb 2015 06:30 PM PST


Liew-Chin-Tong


KLUANG, 27 FEB: UMNO sedang berusaha untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat supaya ia dapat terus memerintah apabila berjaya mendapatkan lebih banyak kerusi di Parlimen dengan melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya.
Menurut Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong, Malaysia kini mempunyai pertandingan '50-50' antara dua gabungan pembangkang dan kerajaan setelah pilihanraya 2008 dan 2009.
Ini menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional berusaha berhempas-pulas untuk kembali mendapatkan kuasa penuh seperti ketika sebelum kedua-dua pilihanraya itu.
"Antara cara mereka nak dapatkan kuasa seperti dulu ialah dengan persempadanan semula kawasan pilihanraya.
"Ini agenda utama pimpinan UMNO dan Suruhanjaya Pilihan Raya," ujar Ahli Parlimen Kluang itu.
Namun, menurut Chin Tong usaha persempadanan semula ini memerlukan pindaan perlembagaan dengan majoriti dua pertiga justeru menyebabkan Barisan Nasional memulakan langkah memecah-belahkan Pakatan supaya mereka mendapat dua pertiga majoriti.
Kata beliau ini boleh dilakukan dengan mudah kerana mereka hanya memerlukan empat belas kerusi sahaja untuk tujuan itu.
"(UMNO akan) pecah-belahkan PR dengan berusaha agar PAS bergabung dengan UMNO atau pecahkan PAS dengan melobi golongan Kerajaan Perpaduan dalam PAS untuk dapatkan lebih undian di Parlimen.
"Dengan mendapatkan undian (dari perpecahan ini), persempadanan semula dan pertambahan kerusi (di Parlimen dan DUN) akan memberi kelebihan sewaktu pilihanraya akan datang."
Dalam pada itu, Chin Tong berkata UMNO kini telah membuat beberapa usaha terang-terangan dan secara rahsia untuk melemahkan dan menghancurkan Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Until pardon is decided, let Anwar attend Parliament

Posted: 27 Feb 2015 06:28 PM PST

When Parliament is not in session, Anwar shall remain in prison like any other offender.

By Gerard Lourdesamy
anwaragungparlimen2The Speaker of the Dewan Rakyat has already made a decision that Anwar Ibrahim remain as the parliamentary Opposition leader and Member of Parliament for Permatang Pauh until His Majesty the Yang Di-Pertuan Agong decides on his petition for clemency after consultation with the Federal Territories Pardons Board. This process may take anything from between six months to a year.
This decision of the Speaker is consonant with Article 48 (3) and (4) (c) of the Federal Constitution.
The State Opening of Parliament by the King is a great state event and the only occasion when the Sovereign attends Parliament in person to open the new legislative term and to read the gracious speech from the Throne outlining the government's policies and legislative programmes for the coming Parliamentary year.
It is the only occasion when all three branches of the government namely the executive, the legislature and the judiciary are present in Parliament to hear the royal address.
The ceremony itself has its constitutional significance in Articles 55 (1) and 60 of the Constitution and is influenced by precedent and custom and overlaid by pomp and pageantry.
The significance of the occasion is not lost given that in the federal protocol list the opening of Parliament is termed a "collar day" when ceremonial dress or uniform number one is worn by all three branches of the government together with collars, orders and decorations of the federation. The diplomatic corps is required to wear morning dress for the occasion.
The King summons Parliament to meet under Article 55 (1) of the Constitution and members of the Dewan Negara and Dewan Rakyat in Parliament assembled are ordered to attend before his Majesty in person to hear the gracious speech. For members of the legislature the proclamation issued by the Sovereign is not an invitation as argued by some but a royal command.
Anwar as the leader of His Majesty's most loyal Opposition is entitled as of right and by custom and convention to not only attend the opening of Parliament but also to attend sessions of the House until his clemency petition is determined by the Sovereign.
Although Anwar has been convicted of an offence and sentenced to 5 years imprisonment, he has not yet been disqualified as a member of the Dewan Rakyat and remains as the Opposition leader. He is entitled to attend sessions of the House with the permission of the Prisons Department with or without police or prisons department escorts.
Read More / Baca Lagi >>

Hadir Parlimen: Terserah kepada Penjara beri kebenaran – Jabatan Peguam Negara

Posted: 27 Feb 2015 06:27 PM PST

Peguam Negara tidak mempunyai kuasa memberi kebenaran supaya Anwar hadir sidang Dewan Rakyat, dan juga tidak terlibat dalam proses pengampunan.

anwarparlimenPUTRAJAYA: "Perkara ini terpulang kepada Jabatan Penjara sama ada ingin membenarkan Anwar hadir ke Parlimen atau tidak kerana soal pelaksanaan hukuman penjara kini di bawah tanggungjawab mereka."
Demikian penjelasan Jabatan Peguam Negara berhubung desakan pembangkang supaya membenarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sidang Dewan Rakyat Mac ini.
Jabatan Peguam Negara menegaskan ia tidak mempunyai kuasa bagi membenarkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun menghadiri sidang.
Menurut sumber Jabatan Peguam Negara, pihaknya hanya berperanan dalam memberi pandangan undang-undang berhubung soal itu kepada kerajaan sekiranya diminta berbuat demikian.
"Jabatan Peguam Negara hanya bertanggungjawab dalam soal pendakwaan dan memberi nasihat kepada kerajaan dari segi perundangan, selain itu, bukan lagi di bawah kita," katanya, lapor Utusan Malaysia.
Beliau mengulas status Anwar yang kini bergelar banduan selepas disabit bersalah oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Dalam pada itu, beliau enggan mengulas lebih lanjut berhubung persoalan petisyen pengampunan berikutan dokumen yang dikemukakan isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kepada Istana Negara baru-baru ini.
Beliau menjelaskan, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan doktrin pengasingan kuasa iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat juga boleh mohon Agong bebaskan Anwar, kata PKR

Posted: 27 Feb 2015 06:22 PM PST

Orang ramai boleh membuat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya mereka mahu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, kata seorang pemimpin PKR.

Susulan penyerahan petisyen oleh keluarga Anwar kepada istana, memohon pengampunan diraja, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa berkata, rakyat juga boleh meluahkan hasrat mereka merayu kebebasan Anwar.

 Katanya, mereka boleh menulis petisyen kepada Agong atau menyerahkan memorandum kepada Istana Negara.

 "Mereka boleh buat begitu, anjurkan sesama mereka untuk melobi Agong. Hakikat yang petisyen (untuk pengampunan diraja) itu ada. Ini bukan lagi satu proses undang-undang.

"Proses pengampunan ialah di luar hak perundangan. Ia berdasarkan budi bicara Agong," katanya kepada pemberita selepas satu forum bertajuk 'Senario Selepas Pemenjaraan Anwar' di Pulau Pinang malam tadi.

Keluarga Anwar menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada Selasa, hari terakhir untuk mereka berbuat demikian selepas hukuman terhadap Anwar dijatuhkan pada 10 Februari.

Pengampunan diraja ialah satu-satunya cara Anwar boleh dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan liwatnya dan hukuman penjara 5 tahun terhadapnya dan ia perlu dilakukan dalam masa 14 hari selepas mahkamah membuat keputusan. Sivarasa berkata, ramai orang yang membuat bantahan kepada Agong mengenai perkara seperti itu, merujuk kepada usaha membebaskan seseorang dari penjara.

Read More / Baca Lagi >>

Gerakan jatuhkan presiden PAS dikesan bermula sejak 1998 kata Dr Zuhdi..!!

Posted: 27 Feb 2015 06:19 PM PST

Gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh kumpulan tertentu dalam parti itu dikesan bermula sejak 1998, kata Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marsuki.

Beliau berkata pada 1998, PAS menjadi begitu terbuka menyebabkan kemasukan banyak kumpulan dari luar dan kumpulan berkenaan membentuk pasukan dalam PAS.

"Sebelum itu (1998) budaya 'team' tidak ada dalam PAS tetapi ia muncul selepas itu (1998) dan sekarang ini ia menjadi semakin membarah," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel Wacana Ilmiah: PAS: Semalam, Hari Ini dan Esok di Pengkalan Chepa, malam tadi.

Ditanya tindakan PAS bagi menyelesaikan isu tersebut, Zuhdi berpendapat kumpulan berkenaan (tidak menyebut nama kumpulan atau mereka yang terlibat) akhirnya akan keluar daripada PAS untuk membentuk parti baharu.

"Saya yakin selepas Muktamar PAS 2015 ini akan berlaku dalam PAS iaitu ada dua kumpulan dengan satu daripadanya berpecah daripada PAS dan tubuh parti baharu, itulah penyelesaian yang akan menyebabkan PAS kembali kepada suasana harmoni," katanya.

Mengenai cabaran lain yang sedang dihadapi PAS, beliau berkata PAS sekarang sedang berdepan dengan wajah sebenar DAP, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, terutama menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

"Kita (PAS) perlu hadapi cabaran itu dengan jiwa besar iaitu kita masih melihat ada ruang untuk perkukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR tetapi dengan harapan DAP dan PKR faham susur galur pembentukan masyarakat dan negara Malaysia," katanya. – Bernama

‘Hudud bukan agenda utama PasMa’

Posted: 27 Feb 2015 06:08 PM PST

Phahrolrazi tak hirau Multaqa Ulama hentam PasMa

Posted: 27 Feb 2015 06:07 PM PST

Berhubung Multaqa Ulama II

Posted: 27 Feb 2015 03:57 PM PST

Ustaz Ahmad Awang

Muqaddimah
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas berlangsunya program Multaqa Ulama II yang baru sahaja selesai diadakan. Usaha untuk menghimpunkan keseluruhan ahli PAS yang berlatar-belakang pendidikan agama melalui suatu Multaqa adalah satu usaha besar yang sudah pastinya penuh cabaran. Mungkin tidak salah kalau dikatakan ianya merupakan usaha menghadirkan keseluruhan kekuatan dan kemampuan ulama' PAS dari seluruh negara demi menzahirkan peranan dan pengaruh ulama di dalam PAS.
Persepsi dan harapan

Oleh kerana ianya digambarkan sebagai "program mega" yang begitu sifatnya, maka tidak salah kalau dikatakan bahawa harapan rakyat, dan ahli PAS khususnya, pasti begitu tinggi. Mungkin diharapkan bahawa ianya akan menperjelaskan lagi arah tuju PAS sebagai rakan PR, yang sambil bergerak dalam kerangka PR, dapat mencapai aspirasi perjuangannya. Sudah pasti seluruh rakyat mengharapkan kemelut yang berterusan di dalam PR, entiti politik yang dilihat sebagai harapan rakyat untuk menggantikan BN, akan dapat ditamatkan atau paling kurang dilunturkan hasil Multaqa ini. Kemungkinan diharapkan bahawa golongan ulama akan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang berpaksikan carian mereka dari khazanah keilmuan Islam yang begitu luas sehingga segala masaalah dan perbalahan dapat diatasi berlandaskan al quraan dan as sunnah. Bagi ahli PAS pula, pastinya harapan yang tinggi bahawa perbalahan dalaman yang seolah-olah tidak terurus, sehingga mengusutkan lagi perasaan ukhuwwah dan silaturahim dalam PAS itu sendiri, akan akhirnya dapat ditangani melalui kata-kata permata yang akan dihasilkan dari Multaqa ini. Kerana semestinya golongan ulama' yang berkumpul melalui Multaqa ini akan dapat melihat dan merasai keperluan kepada penyelesaian perbalahan yang semakin meruncing. Sewajarnya golongan ulama akan memberikan peringatan berhubung soal ukhuwwah dan persaudaraan dalam Islam. Sudah pasti kesan dari Multaqa ini adalah penyatuan hati dan merapatkan saff, bukan sebaliknya.
Antara idealisme dan kenyataan
Malangnya, apa yang diharapkan jelas tidak tercapai. Rakyat yang mengharapkan pembelaan kerana bakal ditimpa berbagai corak tekanan, samada ekonomi, sosial mahu pun politik sudah pasti merasa hampa dan kecewa. Bukan sekadar tidak memenuhi harapan bahawa PR dapat dikukuhkan dan ditunjukkan jalan ke arah kerjasama yang lebih mantap dan bermakna malah diungkitkan permasalahan-permasalahan yang dihadapi dan kemungkinan tergadainya prinsip Islam dengan penyertaan PAS dalam PR. Secara umum ianya merupakan usul yang sama seperti usul Multaqa Ulama' yang dianjurkan dua tahun lepas yang meminta tahaluf Siyaasi "dikaji semula". Tetapi setelah ditegur dan dikritik, maka diperjelaskan bahawa "kajian semula," itu bermaksud "kaji semula ke arah memperbaiki dan mempekukuhkan lagi"!
Kalau benar itulah yang dimaksudkan pada ketika itu, maka di mana hasil kajiannya? Tidakkah hasil kajian itu patut dikemukakan dalam Multaqa II, lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana perbalahan yang dihadapi dewasa ini? Sudah pasti cadangan-cadangan dari Multaqa Ulama II ke arah pengurusan perbalahan dan penyelesaiannya amat sangat dialu-alukan. Malangnya, cadangan sedemikian rupa tidak sama sekali dikemukakan. Sebaliknya diulang kembali kekhuatiran dan ketakutan yang sama.
Begitu juga hampa dan kecewa pastinya ahli PAS yang sedang melihat perbalahan dalaman yang semakin meruncing. Multaqa Ulama tidak menyediakan kata-kata hikmah serta kaedah bijaksana bagaimana ianya perlu diurus dan ditangani. Apa yang dilakukan sebaliknya adalah menyimbah lagi minyak ke atas api yang sedang membara, tidak mendatangkan penyelesaian tetapi sebaliknya merumitkan lagi. Ianya seolah-olah mengesahkan tuduhan-tuduhan liar bahawa ada pihak yang membawa fahaman sekular liberal dalam PAS, adanya usaha menjatuhkan presiden dan sebagainya. Sedangkan ianya semua adalah pertuduhan yang bersifat rambang. Adakah perlu majlis sebesar dan sepenting Multaqa Ulama II membincangkannya tanpa pernah di buat "tabayyun" dan membawa bukti lalu terus menjatuhkan hukuman?
Persoalan Utama
Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh Multaqa ini? Mengusahakan perpecahan PR atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saff dalaman PAS atau merenggangkannya? Yang dilihat, ianya dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat ia menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan.
Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program-program Liqa', Neqad, Ijtima'dan Multaqa itu sendiri adalah tidak lain melainkan usaha kempen untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain? Amat malanglah sekiranya ianya benar sehingga tumpuan usaha Ulama yang dibawa dari seluruh negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri. Politiking sempit sebegini tidak layak bagi ulama', apatah lagi dengan menggunakan nas-nas al quraan dan hadis yang tidak kena pada tempatnya.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud takkan berjaya di Parlimen tanpa majoriti, kata penganalisis

Posted: 27 Feb 2015 03:50 PM PST

Rancangan PAS untuk melaksanakan hudud dengan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tidak akan berjaya. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Februari, 2015. 
Rancangan PAS untuk melaksanakan hudud dengan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tidak akan berjaya. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Februari, 2015.

Rancangan PAS melaksanakan hudud di Kelantan dengan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tidak akan berjaya, kata penganalisis, kerana parti tersebut tidak mempunyai cukup kerusi menyokongnya, selain halangan sedia ada dari segi prosedur Parlimen.
Mereka berkata, PAS hanya mempunyai 21 kerusi Persekutuan dan sekalipun semua 87 ahli Parlimen Umno, 2 wakil Islam dari DAP dan 16 dari PKR memberi sokongan kepada hudud, undi mereka masih tidak cukup membentuk dua pertiga (148 undi) yang diperlukan daripada 222 kerusi Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.
"Saya tak rasa mereka akan berjaya kali ini, peluang mereka kecil, malah di kalangan ahli Parlimen Islam juga, mereka tidak sebulat suara tentang langkah PAS ini," kata penganalisis Wan Saiful Wan Jan.

Tambahan pula, secara konvensionalnya, urusan kerajaan lebih diberi keutamaan bagi diselesaikan terlebih dahulu, walaupun menurut ahli strategi DAP dan ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming, jarang sekali urusan kerajaan dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum setiap persidangan berakhir. Beliau juga mengatakan, jarangkali rang undang-undang persendirian diluluskan, merujuk kepada kejadian April tahun lepas apabila beliau dan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), Dr Michael Jeyakumar dari Sungai Siput, membentangkan rang undang-undang tersebut bagi Akta Keterangkuman Sosial yang menangani marginalisasi.
Pada masa itu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata rang undang-undang persendirian yang dimohon ahli Parlimen pembangkang itu bercanggah dengan Artikel 38 Perlembagaan Persekutuan, dan beliau menggunakan alasan itu bagi menolak rang undang-undang tersebut daripada dibentangkan dan dibahaskan.
"Akhirnya, rang undang-undang PAS itu tidak akan dapat dibentangkan, jika kita lihat berdasarkan apa yang pernah berlaku dahulu," kata Ong.
Read More / Baca Lagi >>

RM1 Termurah Di Dunia....Nak Belit Lagi Ka...???

Posted: 27 Feb 2015 03:18 PM PST

BONGKAR.. Adakah benar kenyataan Najib yg di bawah ini & dari mana fakta/ data ia perolehi (Najib langsung tidak bgtau sumber ia perolehi) ???..

Kenyataan Najib :
1) Hospital dan klinik kerajaan di Malaysia mengenakan bayaran perubatan dan kesihatan (dicaj RM1) yang termurah di dunia.

Admin: TIDAK BENAR, KERANA di Brunei juga hospital & klinik kerajaan mereka juga mengenakan bayaran perubatan dan kesihatan (B$1.00). Jika diambilkira pendapatan perkapita Brunei (AS$38,563) & M'sia (AS$10,538).. INI BERMAKNA BAYARAN HOSPITAL/ KLINIK DI BRUNEI LEBIH MURAH berbanding M'sia.

2) Malaysia disenaraikan sebagai KETIGA TERBAIK daripada 24 negara di dunia dalam penyediaan kemudahan kesihatan. Sistem kesihatan di Malaysia adalah ANTARA TERBAIK DI DUNIA.

Admin: TIDAK BENAR, KERANA kenyataan Najib itu seperti sebijik dicedok dari artikel (http://bit.ly/1zN0Pvi) terang2 menyebut M'sia duduki tangga ke-3 adalah untuk "health care in this year's Retirement Index." BUKANNYA SISTEM KESIHATAN KESELURUHANNYA..

Perhatikan petikan ayat ini:
"Malaysia is a Famous Medical Tourism Destination. Malaysia came third for health care in this year's Retirement Index. It has gained fame as a medical-tourism destination as its health care is among the best and cheapest in the world.".. ADAKAH KENYATAAN INI ditujukan khas kpd hospital2 kerajaan atau hospital swasta yg menjurus kepada "MEDICAL-TOURISM" untuk pesara2 dari luar negara ???

KESIMPULAN :
Di sini Admin dapat simpulkan bahawa apa yg dicanang oleh Najib itu sebenarnya adalah untuk INDEKS PERSARAAN GLOBAL 2014 yg dikeluarkan oleh InternationalLiving.com.. BUKANNYA UNTUK kategori sistem kesihatan keseluruhannya.

Mengikut kajian "World Health Organization Ranking of the World's Health Systems" yg dilakukan oleh badan dunia WHO, Malaysia HANYA di ranking ke-49. Adakah ranking ke-49 DIKATAKAN OLEH NAJIB "ANTARA TERBAIK DI DUNIA" ???... Anda boleh nilaikan sendiri standard mentaliti Najib.

KAMI RAKYAT M'SIA mahu bukti & sumber dari mana Najib boleh berkata sedemikian.. BUKTIKAN & DEDAHKAN kpd rakyat agar rakyat tidak DIJAMU DENGAN BERITA2 AUTA LAGI BOHONG..

Inilah wajah-wajah pemimpin UMNO berpaksikan Islam Wasatiyyah-Najib..

Posted: 27 Feb 2015 07:56 AM PST

PERINGATAN... Jangan cabar ilmu agama mereka, klu tidak anda akan dikenakan Akta Hasooootan...

PLEASE DON'T USE PUBLIC MONEY! Najib's daughter to wed Kazakh beau on March 28?

Posted: 27 Feb 2015 06:25 AM PST

PLEASE DON'T USE PUBLIC MONEY! Najib's daughter to wed Kazakh beau on March 28?
There is buzz on social media about a wedding between Prime Minister Najib Abdul Razak's daughter Nooryana Najwa and her Kazakh beau Daniyar Kesikbayev.
The speculation intensified after photographs of their purported wedding invitation was circulated.
While the Prime Minister's Office has remained tightlipped on the matter when queried, Daniyar's mother, however, declined to confirm or deny the wedding.
In an email response to Malaysiakini, Maira Kesikbayev, through her New York-based spokesperson, said: "We have no comment at this time."
As for the wedding invitation, it comes in a gold and white box, which includes a scroll as well as a card for those invited to confirm their attendance.
The card stated that the wedding will be held at the Kuala Lumpur Convention Centre on March 28 at 8pm.
Nooryana and Daniyar reportedly met in the United States, where the couple pursued their tertiary education.

A check by Malaysiakini revealed that the KLCC venue for March 28 has already been booked but it could not be confirmed for whom.
Nooryana, 26, is the eldest of Najib and Rosmah Mansor's two children. Najib also has three other children from his previous marriage with Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.
The prime minister's future son-in-law is related to Kazakhstan president Nursultan Nazarbayev, who is the brother of Daniyar's stepfather.
In 2012, Daniyar became embroiled in controversy amid his mother's legal tussle with his stepfather Bolat Nazarbayev.
Bolat, in a suit against Maira at the Manhattan Supreme Court, had accused his ex-wife of cheating him of a US$20 million New York apartment and spending US$75 million of his money on jewellery.
He also accused Maira of being wanted by Interpol for kidnapping and extortion.
Read More / Baca Lagi >>

Hanya 18% responden Cina puas hati prestasi Najib

Posted: 27 Feb 2015 06:23 AM PST


Satu kajian oleh Merdeka Centre mendedahkan bahawa hanya 18 peratus responden dari kalangan masyarakat Cina berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Manakala hanya 13 peratus percaya negara ini sedang menuju ke arah yang betul di bawah kepimpinannya.

Secara keseluruhan, 39 peratus responden dari semua kumpulan etnik, berkata negara ini menuju ke arah yang betul manakala 47 peratus lagi berpendapat sebaliknya.

Bagi persepsi terhadap kerajaan mengikut garis etnik pula, tinjauan itu mendapati hanya 11 peratus responden Cina menyatakan "gembira".

Daripada 1,800 orang responden, 30 peratus adalah dari kalangan masyarakat Cina.

Peratusan itu mungkin lebih rendah sekiranya tinjauan itu - yang dijalankan pada bulan Januari - dijalankan bulan ini, ekoran gesaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk SeriIsmail Sabri Yaakob supaya orang Melayu memboikot peniaga Cina.

 
 

Bekas hakim: Bekas CJ langgar etika hakim

Posted: 27 Feb 2015 06:14 AM PST

Seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan mendakwa, bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin melakukan tindakan melanggar etika kehakiman kerana cuba mempengaruhi seorang hakim dalam satu perbicaraan pada 1995.

Bekas Hakim Datuk KC Vohrah membangkitkan mengenai kes rayuan Ayer Molek Rubber Company lwn kes Insas Bhd pada tahun itu.

Vohrah – yang menganggotai panel tiga hakim yang mendengar kes rayuan Ayer Molek – dalam satu tulisannya mendedahkan bahawa salah seorang hakim dalam panel itu telah diminta bertemu dengan Eusoff.

Selain Vohrah – yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi yang terpilih untuk duduk di Mahkamah Rayuan – hakim-hakim lain yang mendengar kes itu ialah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan dan Tan Sri Siti Norma Yaakob, yang kemudiannya menjadi wanita pertama dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.

Dalam tulisan itu Vohrah menyatakan bahawa salah seorang hakim dalam panel itu telah diminta bertemu dengan Eusoff.

Vohrah mendakwa dalam artikelnya - bertajuk - 'In the Court of Appeal, during the winds of change' bahawa Eusoff telah memanggil hakim tersebut ke kamarnya sebelum rayuan itu didengar dan apabila hakim itu masuk, CJ menunjuk ke arah timbunan fail di atas mejanya.

"Beliau (Eusoff) berkata ianya berkaitan dengan kes Ayer Molek dan beliau (CJ) membayangkan bahawa rayuan itu tidak mempunyai merit," dakwa Vohrah.

Vohrah, bagaimanapun, tidak menamakan hakim yang bertemu dengan Eusoff.

Artikel beliau yang mengejutkan itu muncul dalam buku komplikasi artikel mengenai Mahkamah Rayuan Malaysia, 1994-2014 - sempena ulang tahun ke-20 mahkmah itu yang diterbitkan pada tahun lepas.

Dalam kes Ayer Molek, Insas diwakili oleh peguam terkenal VK Lingam manakala Ayer Molek diwakili Loh Siew Cheang. Lingam kemudiannya dikaitkan dengan kes terkenal mengenai klip video dan juga kemudiannya didapati bercuti bersama dengan Eusoff di New Zealand.

Sebuah suruhanjaya siasatan diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan dalam klip video itu, telah mengesyorkan tindakan diambil terhadap Lingam dan Eusoff dan lima yang lain termasuk bekas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sejarah Ayer Molek lwn Insas

Dalam menjelaskan kes Ayer Molek itu, Vohrah – yang kini merupakan seorang konsultan di Lee, Hishammuddin, Allen dan Gledhill – menulis bahawa kes itu melibatkan satu perintah ex-parte untuk memaksa Ayer Molek menguatkuasakan pemindahan 540,000 saham biasa Ayer Molek kepada Insas dalam daftar saham syarikat itu dan mengeluarkan sijil baru atas nama Insas dalam masa dua hari kerja selepas mereka menerima sijil saham.

Read More / Baca Lagi >>

Ada Berani: DUN Chempaka bukan tempat saya kata Ibrahim Ali...cover line ke tok him...!!

Posted: 27 Feb 2015 06:10 AM PST

Ibrahim tidak berupaya dari segi kewangan dan tidak mempunyai jentera pilihan raya.

ibrahimkelantanKOTA BAHARU: "Saya tidak mempunyai penyokong di kawasan DUN Chempaka kerana ia bukan tempat saya, tempat saya di Pasir Mas," kata Datuk Ibrahim Ali.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu menambah, "Kalau di Pasir Mas berlaku kekosongan sudah tentu saya bertanding."
Ibrahim mengulas sama ada beliau berhasrat bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 22 Mac ini.
Katanya, beliau tidak berupaya dari segi kewangan dan tidak mempunyai jentera pilihan raya kerana tidak menjadi anggota mana-mana parti.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK DUN Chempaka pada 22 Mac manakala hari penamaan calon ialah pada 10 Mac.
Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13, Nik Abdul Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS menang dengan majoriti 6,500 undi.
Bekas menteri besar Kelantan itu mendapat 12,310 undi manakala calon BN Wan Razman Wan Abd Razak memperoleh 5,810 undi.

SAYA MAHU DIA UNDUR...!!!

Posted: 27 Feb 2015 05:57 AM PST




Tanda Najib Tergolek Makin Dekat...

Posted: 27 Feb 2015 04:00 AM PST

Ketua-ketua Bahagian UMNO seluruh negara dijangka akan berhimpun untuk menyatakan solidariti kepada Perdana Menteri, Najib Razak pada 8 Mac depan, iaitu sehari sebelum majlis pembukaan Parlimen oleh Yang Dipertuan Agong.

Menurut Ketua Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee, seramai 170 daripada 191 Ketua Bahagian sudah menyatakan kesediaan untuk hadir dan ia bertujuan untuk membuktikan kepada pembangkang dan juga pihak luar bahawa mereka sentiasa menyokong Najib.

Kami mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Najib masih mempunyai sokongan yang kuat, jadi mereka perlu berhenti menyerang BN, katanya lagi.

Jika mengikut logik dan hukum akal, adanya perhimpunan solidariti ini tidak lain menunjukkan bahawa kedudukan Najib sedang atau semakin goyang sekarang ini.

Hanya pokok yang sudah hendak tumbang saja perlu diletakkan penongkat atau sokongan, manakala pokok yang masih kukuh biasanya tidak memerlukan apa-apa bantuan untuk terus tegak berdiri.

Begitulah juga sebenarnya kedudukan Najib sekarang. Apabila sudah ada usaha mengadakan perhimpunan mempertahankan kedudukannya, bermakna makin goyanglah kerusi yang didudukinya itu.

Lihat saja di zaman Pak Lah dulu, berbagai perhimpunan atau gerakan telah diadakan untuk menyatakan sokongan dan mempertahankan kedudukannya, namun akhirnya tergolek juga.

Bahkan lagi banyak pernyataan sokongan dizahirkan, ia secara tidak langsung menandakan semakin terhakisnya sokongan yang diterima.

Akhirnya, sama ada pokok akan tumbang kerana asakan yang makin kuat atau kayu yang menjadi penongkat atau sokongan itu akan patah disebabkan tidak mampu lagi menjadi penahan yang kukuh.
Read More / Baca Lagi >>

Polis cadang lokasi baru demo pro-Anwar

Posted: 27 Feb 2015 03:54 AM PST

Polis menawarkan lokasi baru kepada penganjur perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Mac, kata ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong.

Menurutnya, polis tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan perhimpunan tersebut di depan kompleks beli-belah Sogo.

"Kami ditawarkan tempat di Padang Merbok atau Stadium Merdeka oleh ketua polis daerah Dang Wangi (Zainol Samah)," katanya.

Bercakap selepas pertemuan dengan polis hari ini, beliau menambah, polis berpendapat lalu lintas lebih mudah dikawal jika ia diadakan di lokasi alternatif.

Pertemuan kira-kira sejam turut disertai ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan aktivis pelajar Adam Adli.

Teo menambah, Nik Nazmi memberitahu polis bahawa kumpulan NGO dan Pakatan Rakyat masih berminat meneruskan perhimpunan itu, yang dikenali #KitaLawan, depan Sogo.

Read More / Baca Lagi >>

Himpunan #KitaLawan sebahagian demokrasi, elakkan provokasi

Posted: 27 Feb 2015 03:20 AM PST

Dang WangiKUALA LUMPUR 27 FEB: Rakyat diseru hadir ke Himpunan #KitaLawan bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipenjarakan sebagai tahanan politik.
Himpunan tersebut yang bakal diadakan 7 Mac ini di pusat membeli belah Sogo di ibu negara dijadual bermula jam 4 petang.
Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Teoh Kok Seong berkata, perhimpunan aman itu merupakan sebahagian daripada proses demokrasi dan oleh itu katanya, rakyat tidak perlu bimbang untuk menyertainya.
"Tak perlu risau akan berlaku apa-apa kekecohan, ini satu perhimpunan aman.
Kita Lawan"Kerana ini sebahagian proses demokrasi, jadi kita galakkan rakyat untuk hadir dan tunjuk solidariti kepada Datuk Seri Anwar," katanya sebaik selesai perjumpaan di antara Sekretariat Himpunan #KitaLawan dan pihak polis Daerah Dang Wangi, hari ini.
Perbincangan tersebut yang menjurus soal keselamatan peserta himpunan dan pengurusan lalu lintas ketika himpunan tersebut berlangsung turut disertai Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi AMK, Akmal Nasir
Hadir sama, aktivis Adam Adli dan Ketua Pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh.
Sementara itu, Mohd Faizul mengingatkan peserta supaya mengutamakan keselamatan serta mengelakkan dari terlibat dengan provokasi yang mungkin ditimbulkan pihak tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

Is Najib facing a rebellion?

Posted: 27 Feb 2015 03:19 AM PST

Kadir Jasin speaks of two recent developments that indicate not everyone in Putrajaya supports 1MDB.
kadir najib2PETALING JAYA: Veteran journalist and persistent 1MDB critic A Kadir Jasin appears to be suggesting that some kind of rebellion, maybe not amounting to a revolt, may be brewing in the halls of power against Prime Minister Najib Abdul Razak.
In a blog entry today, he refers to two recent developments related to 1MDB – the reported Cabinet rejection of the company's request for a cash injection to the tune of RM3 billion and the Public Accounts Committee's call for an immediate audit of the company.
He offers conditional congratulations to the Cabinet. "A big thanks and kudos to the Cabinet if indeed it has rejected a request by 1Malaysia Development Berhad for a RM3-billion financing from the government," he says.
Recent online media reports say the Cabinet rejected the proposal at its weekly meeting on Wednesday by not approving the minutes of the previous week's meeting on the subject.
Kadir says he is trying to get confirmation of the reports from his contacts in the government.
"I am yet to receive any response to two SMS messages I sent to a minister and press secretary to a senior minister seeking confirmation of the Cabinet decision," he writes.
"If the online media reports are true, the Cabinet action could be seen as signalling that the Prime Minister … no longer holds sway, at least not on the issue of 1MDB.
"This is a huge setback for him. I would not, at this point, speculate that there is an emerging revolt against his leadership.
Read More / Baca Lagi >>

WILL THE REAL SIRUL PLEASE STAND UP? Altantyua killer now HOTTEST bargaining chip in Umno

Posted: 27 Feb 2015 03:18 AM PST

WILL THE REAL SIRUL PLEASE STAND UP? Altantyua killer now HOTTEST bargaining chip in Umno
The question has been raised a number of times. Was it Sirul or someone else who spoke during the press conference organised by PAS Information Chief and MP for Pokok Sena, Mahfuz Omar.
Koperal Sirul Azhar Umar belonged to the special unit, which operates on the orders of the superior, without a question asked.
In the delayed press conference held at PAS' headquarters recently, a voice claiming to be Sirul is heard saying that he had been made a scapegoat. It remains to be seen, given that this is the Year of the Goat, whether Sirul will spring back to "life" again.
Will he fight back, or will he just remain silent and in custody? Would he not want to return to his homeland as a free man? Would he not want to save his colleague, Chief Inspector Azilah Hadri? After all, both were only bodyguards to the then Deputy Prime Minister, Najib Abdul Razak.
Both Sirul and Azilah had someone they were reporting to, one Deputy Superintendent Musa Safri, who was also Najib's former aide-de-camp. Understandably, Sirul felt "lost" when he and Azilah have to languish in prison cells, the people behind the murder of the Mongolian model are still at large.
Bargaining Chip or Part of A Bigger Scheme?
What has come across to the people is that Sirul had made a feeble attempt at the revenge, but critics who follow through the latest development, claim that Sirul was merely using the PAS platform to achieve a bigger objective.
After all, before Sirul's press conference, there was another Pakistani carpet merchant who threatened to expose the skeleton in the closet, but critics are fast to point out that, since some deals had been struck, the merchant has disappeared into thin air.

Sirul and Azilah Hadri - Najib's former bodyguards sentenced to hang for killing Altantuya - a woman they did not know and had no motive to kill
Could Sirul be attempting to do the same thing? Or, could he be part of a bigger scheme of things? Is someone trying to use Sirul as the bargaining chip to pressure Najib to step down as prime minister?
After all, why is it that Sirul's passport was not surrendered to the courts, especially since the case was pending the Federal Court's decision?
Read More / Baca Lagi >>