Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Persetujuan 12 mata antara Munafik Alaf Baru dengan Syaitan berlambang roket

Posted: 26 Feb 2015 10:30 PM PST


Ketika rakyat Kelantan sedang berhadapan dengan bencana banjir, satu pertemuan telah diadakan antara PASMA dan DAP di pejabat KOMTAR pada tarikh Januari 12hb. Perjumpaan yang diadakan pada 11 pagi di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang diwakili PASMA oleh Dato Phahrolrazi Zawawi. Nasir Ahmad, Taib Zakaria, Dzulqarnain, Rahman Talib, Hazmi Hassan, Sayuthi Omar, Mohd Yusof Mohd Noor, Zolkifly Md Lazim, Nordin Majid, Taib Ahmad, Yusny Mat, Muhaimin Sulam, Yacob Ali dan  Roshidi Husin.

Manakala pihak DAP diwakili oleh Lim Guan Eng, Dr Ramasamy, Chow Kon Yeow, Jeff Ooi, Lim Hock Seng, Zairil Khir Johari, Ong Ah Teong, Harvinder singh, Ng Wei Aik dan Chong Eng

Guan Eng begitu gembira dapat mematrai beberapa persetujuan dengan PASMA. Antaranya adalah beriklut:

1. Dato Phahrolrazi memberi jaminan kepada LGE yang PASMA akan membantu DAP dlm segala urusan yang diminta oleh DAP.

2. PASMA memberi komitmen untuk pastikan Presiden PAS ditumbangkan dalam pemilihan PAS tahun ini.  LGE menyuarakan juga harapan agar Hadi Awang dan golongan ulamak ditumbangkan dalaM pemilihan PAS tahun ini dan PASMA akan kuasai PAS. Mereka amat yakin Hadi Awang akan tumpas kali ini.

3. DAP dan PASMA bersetuju MAT SABU jadi Presiden PAS yang baru.


4. PASMA memohon kepada LGE supaya semua jawatan PENGERUSI JKKN diberikan kpd ahli PAS yang sokong PASMA. Begitu juga dgn lantikan ahli majlis MPPP DAN MPSP.

LGE menyatakan telah melantik ahli majlis MPPP dan MPSP dikalangan ahli PASMA dan berjanji semua jawatan PENGERUSI JKKN kuota PAS akan diberikan kpd PASMA.


5. LGE mahu PASMA membantu DAP di Sarawak secepat mungkin dan mahu PASMA menghantar pasukannya ke Sarawak dalam bulan Februari ini. Segala perbelanjaan akan ditangung oleh DAP. PASMA setuju untuk membantu DAP di Sarawak dikawasan Islam.

6. PASMA dan DAP akan merangka strategi bersama utk menghadapi PRN SARAWAK dan PRU14. Mereka memberi tumpuan khas dikawasan Melayu. DAP akan gunakan PASMA utk masuk ke kawasan Melayu lepas ini.

7. DAP juga mahu PASMA memberi tumpuan khas dikawasan FELDA di Johor dan kawasan Melayu Johor kerana Johor merupakan target untuk ditawan pada PRU 14.

8. Dap akan memberi peruntukan sebanyak RM1/2 juta kepada PASMA setiap 3 bulan.

Itulah perjanjian antara kumpulan munafik alaf baru dan syaitan bertopeng demokrasi. Syaitan pun dah mula mengumpan ....

Mat Sabu pasrah rakan PASMA dalam AJK Disiplin tak akan hukumnya

Posted: 26 Feb 2015 07:30 PM PST


KENYATAAN AKHBAR:
TIMBALAN PRESIDEN PAS MALAYSIA,
TUAN HAJI MOHAMMAD SABU

1. Berkenaan isu rakaman suara yang dimainkan dalam media-media sosial serta lain-lain Media Perdana, saya hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan oleh Presiden PAS berkenaan segala tuduhan kepada saya, ianya masaalah dalaman parti, sekiranya diminta.

2. Berkenaan kedudukan saya dalam Parti, saya serahkan kepada Muktamar serta kebijaksanaan Perwakilan.

3. Berkenaan tindakan saya keatas TV3, UTUSAN MALAYSIA serta lain-lain Media saya serahkan kepada Peguam YB Hanipa Maidin.

Sekian

Tn Hj Mohammad Sabu
Timbalan Presiden PAS
26hb Feb 2015/9.30pg

Nampak macam pasrah tapi dia tak mahu jawab satu video yang dah viral. Mat Sabu tahu kawan2 PASMA dalam AJK Disiplin agak ramai dan dia tahu dia tidak akan dikenakan apa=apa/














Mat Sabu dah jelas mahu jatuhkan Hadi tapi dah terbocor video berikut:


Tapi kerana petanda tidak berapa baik




Mahu tahu lagi, dengar video berikut:



PASMA nak letak calun di PRK Cempaka?

Posted: 26 Feb 2015 04:30 PM PST


PASMA dikhabarkan akan meletakkan Naib Pengerusi Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed sebagai calon dalam PRK Dun Chempaka.  

UMNO tidak akan bertanding dengan PAS maka ini dilihat sebagai peluang untuk faction PASMa untuk tunjukkan kekuatan mereka.


Puak2 PASMA dan dalam mode perang terbuka dengan pusk ulamak



Ini akibat pengumuman perang terbuka puak ulamak ekoran penubuhan PASMA dan gerak kerja yg bertujuan mengambilaluh PAS dari kumpulan ulamak.



Pengunduran UMNO dari tanding di PRK Cempaka menimbulkan kemarahan Husam ....

Suara PASMA-buk kecewa ....


TERKINI Esuk Mahpus PC sama Ibu Sirul, Ngaku Anwar peliwat

Posted: 26 Feb 2015 07:20 AM PST

Bukan 4 cm tapi 4 inci?

Kekecewaan tidak dapat menghubungi Sirul tidak mematahkan semangat Ketua Penerangan PAS, Dato Mahfuz Omar. DIa telah secara tak langsung menyokong usaha supaya Anwar Ibrahim mengaku di atas kesalahan meliwat. 

Kenyataan Media: Sokong Pengampunan kepada Dato' Seri Anwar

1.     PAS menzahirkan simpati kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan seluruh keluarga beliau atas hukuman penjara lima tahun yang dikenakan kepada beliau. Pihak kami memahami bebanan berat dan perasaan yang ditanggung oleh keluarga Dato' Seri Anwar Ibrahim.

2.     Tindakan pihak keluarga Dato' Seri Anwar Ibrahim yang membuat permohonan pengampunan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu bukanlah suatu perkara yang salah kerana hak itu dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia juga tidak bermakna mereka telah mengaku kalah dan bersalah tetapi ia adalah salah satu langkah yang diambil dalam perjuangan panjang menegakkan keadilan di Malaysia. Ia bolehlah diibaratkan seperti "take one step backward in order to jump to two steps forward."

3.     PAS berharap semoga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan yang akan bersidang kelak akan mempertimbangkan permohonan tersebut dengan bebas, berani dan seadilnya.

Dato' Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

--------------------------

Kenyataan ini pasti dilakukan tanpa mendapat persetujuan dari Presiden Dato Haji Hadi Awang. Disamping itu, Mahfuz terus mahu memainkan isu Sirul walaupun sudah ada petanda pihak Australia akan extradite Sirul balik ke Malaysia kerana dia ngaku lakukan pembunuhan. Baca Putera merdeka SINI

Berikut yang diterima dari Whats App ...

SMS dari Ibu Sirul ka?

Edaran Segera

Kepada tuan editor dan pengamal media,

Ketua Penerangan PAS akan mengadakan satu sidang media bersama dengan Ibu Sirul berkenaan perancangan untuk ke Australia dan perkembangan Sirul.

Berikut adalah maklumat venue sidang media;

Tarikh: 27 Februari 2015 (Jumaat)
Masa: 11 pagi
Tempat: Ibu Pejabat PAS, Jln Raja Laut

Orang ramai dijemput hadir memberikan sokongan khususnya pihak wartawan untuk membuat liputan sidang media ini.

Sekian,

Dato' Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS

p/S Harap kehadhiran ibu Sirul bukan membawa keadaan yang menakutkan buat wartawan yang hadhir...

Lebih utama, Anwar mohon ampun dari Saiful

Posted: 26 Feb 2015 04:31 AM PST


KENYATAAN MEDIA:

1. Permohonan pengampunan oleh Wan Azizah ini wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan Banduan sendiri.

Ini kerana Banduan konsisten dgn pendirian tidak mahu membuat permohonan pengampunan!

Adakah Wan Azizah membuat permohonan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan?

Kalau benar Wan Azizah membuat permohonan pengampunan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan, ini adalah satu penghinaan terhadap pendirian Banduan tersebut!

2. Asas kepada permohonan pengampunan ialah pengakuan salah kpd kesalahan yang disabit, penyesalan atas perlakuan kesalahan itu dan akujanji tidak akan mengulanginya lagi;

3. Elemen2 ini tidak ada dalam permohonan Wan Azizah maka ianya wajib ditolak;

4. Sebaliknya Wan Azizah cuba memperkaldaikan institusi pengampunan DiRaja dengan menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan pengampunan. Ini satu penghinaan keatas institusi pengampunan dan wajib ditolak dan dikenakan tindakan sewajarnya!

6. Permohonan ini juga suatu penghinaan kepada institusi kehakiman yang dilantik dan bernaung dibawah YDP Agong kerana menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan permohonan pengampunan;

7. Kebiasaanya hanya mereka yang dijatuhkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat akan memohon pengampunan bagi tujuan pengurangan hukuman.

Bagi seorang yang disabitkan kesalahan meliwat dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun adalah sesuatu yang agak "luar biasa" untuk memohon pengampunan atas hukuman, apatah lagi kalau Banduan selalu melalak dgn slogan "Lawan Tetap Lawan".

Adakah keluarga membuat permohonan pengampunan kerana Banduan dikatakan tidak mampu melawan nyamuk didalam penjara spt yang diadukan oleh isterinya Wan Azizah?

Zulkifli Noordin
Rabu
6 Jamadil Awal 1436
25 Feb 2015

Cakap saja "Kalau Takut Dengan Risiko, Jangan Bicara Tentang Perjuangan"

Posted: 26 Feb 2015 01:30 AM PST



ANWAR TERNYATA MASIH LEMBIK SEPERTI DULU

Coretan Ringkas Lokman Adam

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli semalam dengan penuh angkuhnya mengatakan bahawa Anwar tidak mengeluarkan arahan kepada peguamnya untuk memohon Pengampunan DiRaja kerana tetap dengan pendirian "tidak bersalah".  Maka ketika itu semaraklah semangat anak-anak muda seperti Adam Adli, Fahmi Zainol dan lain-lain lagi kerana mempunyai seorang idola yang kononnya berpegang kepada prinsip serta tinggi daya juangnya.

Hari ini pula, tiba-tiba Sivaji The Boss telah menghantar isteri dan anaknya Nuha untuk meminta Pengampunan DiRaja dan sekaligus mematikan api perjuangan anak-anak muda dan para demonstran yang jenuh terpekik terlolong setiap kali demonstrasi Kita Lawan diadakan.

Kekecewaan yang dirasai oleh penyokong Anwar ini sangat saya fahami kerana saya turut merasainya ketika ditahan di bawah ISA sekitar tahun 2001-2003 dulu kerana mengepalai beberapa siri demonstrasi.  Perasaan kagum saya terhadap daya juang Anwar musnah pada suatu petang apabila kami menerima panggilan telefon Anwar dari Penjara Sungai Buluh.

Panggilan Anwar sekitar awal tahun 2003 itu jelas berbeza berbanding panggilan-panggilan beliau yang selalu kami terima sekitar jam 5.30 petang setiap hari.  Jika selalunya ianya penuh dengan pengarahan dan kata-kata semangat, namun pada hari tersebut, saya dan Sdr Ezam Md Nor tergamam bila mendengar luahan perasaan Anwar yang cukup mengejutkan.  Saya takkan lupa ayat Anwar pada Ezam petang tersebut, "Zam, i dah tak boleh tahan hidup disini (Sg Buluh), carilah jalan dengan apa cara sekalipun supaya kita bebas, nak deal dengan UMNO pun deal lah Zam"

Ayat-ayat Anwar itu menghilangkan rasa hormat saya pada Anwar yang berdegar-degar berucap di atas pentas ceramah.   Langsung tidak kami sangka bahawa manusia yang kerap mengunakan kata retorik seperti "Kalau Takut Dengan Risiko, Jangan Bicara Tentang Perjuangan" dan pelbagai kata-kata  lain, akhirnya meluahkan perasaan putus asa dan menunjukkan betapa lemahnya daya juang beliau sebenarnya.  Padahal, ketika dipenjarakan di Sungai Buluh, beliau tinggal di Klinik Penjara yang jauh lebih selesa berbanding banduan lain.

Hari ini sekali lagi Anwar telah membuktikan betapa lembiknya beliau dengan mengemukakan petisyen memohon Pengampunan DiRaja.  Pasti terlalu ramai yang kecewa bila Anwar akhirnya mengaku bersalah.  Tapi hari ini saya menarik lafas lega dan tumpang gembira.  Gembira kerana Anwar memohon pengampunan daripada  Institusi DiRaja yang hendak dihapusnya.  Dan kedua, saya juga gembira kerana tidak sabar hendak melihat bagaimana Anwar hendak memohon Pengampunan daripada Lembaga Pengampunan yang akan turut dianggotai oleh Dato Seri Najib selaku Perdana Menteri.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAKYAT MALAYSIA PLEASE VOTE OUR MALAYSIAN, TOLONGLAH

Posted: 26 Feb 2015 07:28 PM PST


Kepada seluruh rakyat Malaysia, tolonglah beri undi anda. Inilah masa kita bersatu menyokong calon dari negara kita.

Please bila lagi, satu-satunya calon dari negara kita. Marilah kita mencipta sejarah.

Terima kasih Rakyat Malaysia.

HAJI HADI DICADANG JADI MURSYIDUL AM, SIAPA PULA PRESIDEN PAS? #KITAKAWAN

Posted: 26 Feb 2015 04:52 PM PST

Kenyataan media dari pemimpin PAS pro Anwar Ibrahim...

KENYATAAN MEDIA

SARAN TG ABDUL HADI BERI LALUAN TOKOH BAHARU ISI KERUSI PRESIDEN, PERKASAKAN MSU JADI MURSYIDUL AM PAS


1. Pas Kawasan Batu menyarankan agar Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden pada pemilihan Muktamar Pas ke 61, Mei ini, bagi memberi laluan kepada tokoh baharu untuk mengepalai parti Islam terbesar ini.

2. Saranan ini tidak bermaksud Pas Kawasan Batu mahu mengetepikan beliau dalam arus perdana politik tanahair, sebaliknya mencadangkan tokoh karismatik Pas ini diangkat lebih tinggi mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am bagi mengggantikan murabbi ummah, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.

3. Sesuai dengan kedudukan Tuan Guru Abdul Hadi di peringkat antarabangsa selaku Naib Kesatuan Ulama Sedunia, menjulangnya sebagai Mursyidul Am adalah sangat tepat, efisyen dan mampu membawa Pas menangani pelbagai isu dalaman, tempatan dan antarabangsa.

4. Pas Kawasan Batu juga bersikap terbuka dalam pemilihan pucuk pimpinan parti yg diizinkan oleh Perlembagaan Pas dan tidak mustahil boleh berlaku pertandingan pada semua jawatan utama termasuk kerusi nombor satu Pas pada pemilihan kali ini.

5. Bagi menjaga keutuhan jemaah dan mengecilkan sikap berpuak-puak yang mula menular ketika ini, maka Pas Kawasan Batu mohon Tuan Guru Abdul Hadi mempertimbangkan saranan ini dan melihat ianya sesuatu yg positif dalam jaringan mata rantai perjuangan Islam yg dibawa oleh Pas.

6. Untuk rekod, jawatan Mursyidul Am Pas diwujudkan pada era kepimpinan ulama, dan Yang DiPertua Agong Pas ketika itu, Haji Yusuf Ar Rawa menjadi Mursyidul Am yg pertama sebaik melepaskan jawatan Yang DiPertua Agong (Presiden) pada masa tersebut.

7. Tempat kosong yg ditinggalkan oleh Hj Yusuf Ar Rawa itu kemudiannya diisi oleh Tuan Guru Dato' Fadzil Mohd Noor sebagai Presiden. Setelah Hj Yusuf Ar Rawa meninggal dunia, jawatan Mursyidul Am diamanahkan pula kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

8. Sehubungan itu, Pas Kawasan Batu berkeyakinan penuh, jika diterima saranan ini, kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi mampu memperkasakan MSU sebagai badan yang berwibawa dalam memandu jemaah berada pada landasan yang tepat, progresif, dirahmati dan mendapat limpahan redha Allah SWT.

HAJI ISHAK BIN SURIN
Yang DiPertua Pas
Kawasan Batu, Kuala Lumpur
Tel: 013 3291966


SUMBER

Jika Haji Hadi jadi Mursyidul Am, siapa pula yang PASMA sokong jadi Presiden?



*Hebat perancangan PASMA, suka-suka dia je nak aturkan kepimpinan PAS ikut telunjuk orang luar.

#KitaKawan :PRINTSCREEN ARAHAN MAT SABU 'LANGGAR' MAJLIS SYURA? 3 SEBAB PASMA MUSUH SEBENAR PAS

Posted: 26 Feb 2015 05:30 AM PST

Pendedahan terbaru dari portal milik PAS mengenai perancangan sulit kumpulan PASMA yang melawan keputusan Majlis Syura Ulama.

Belum lagi habis isu rakaman audio Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS ingin menjatuhkan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, kini tersebar pula print skrin yang menunjukkan tindakan Saari Sungib menyokong DS Wan Azizah dan mebelakangi keputusan PAS Pusat adalah atas saranan Mohamad Sabu. Pihak kami masih kabur tentang print skrin ini telah perkara ini telah menjadi viral dalam media sosial dan banyak perbahasan tentangnya dibuat. Kedudukan Mohamad Sabu makin runcing gara-gara rakaman audia dan ditambah pula dengan print skrin ini. 
SUMBER

Di sini kami ingin berkongsi kenapa musuh sebenar PAS ketika ini adalah PASMA dan bukannya UMNO:

1. HUDUD
Pemimpin PASMA menolak hukum Hudud tetapi UMNO menyokong tindakan Kerajaan PAS dalam isu ini melalui jawatankuasa teknikal Hudud peringkat Pusat yang dicadangkan oleh UMNO bermula tahun lepas.



2. ULAMA
Pemimpin PASMA menentang Ulama secara terbuka dan mahu menggulingkan Tuan Guru Haji Hadi dan digantikan dengan Mat Sabu. UMNO pula makin dekat dengan ulama melalui penubuhan Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU).



3. TIKAM BELAKANG
PASMA lebih teruk dari UMNO kerana sanggup menerima dana luar yang dilaporkan Raja Petra sebanya RM1.5juta untuk menjatuhkan Presiden PAS. UMNO menentang PAS secara anak jantan melalui sistem demokrasi iaitu pilihan raya dan bukannya 'jalan belakang'.



Sebab itulah ada pemimpin PASMA yang 'tak senang duduk' melihat pemimpin UMNO dan PAS bekerjasama terutamanya dalam perpaduan ummah dan kebajikan rakyat seperti banjir. Mereka ini cuba meracuni ahli-ahli PAS dengan dakyah Kerajaan Perpaduan tetapi pemimpin yang PASMA sanjungi (Anwar Ibrahim) sendiri yang beria-ia mahukan KONSESUS NASIONAL bersama BN untuk kepentingan peribadi Anwar sendiri.

Jika ada pembaca yang masih tidak jelas, boleh baca cadangan kerjasama UMNO-PAS oleh bekas Ketua Hakim Negara di sini:
http://mymassa.blogspot.com/2015/02/kitakawan-sebab-umno-pas-perlu.html

* KitaKawan : Bersatu menentang musuh umat Islam dan Orang Melayu sepeti PASMA yang lebih rela melihat orang Islam berpecah belah dari bersatu.

#KITAKAWAN : SEBAB UMNO - PAS PERLU BEKERJASAMA

Posted: 26 Feb 2015 02:18 AM PST


Artikel dari bekas Ketua Hakim Negara yang diterbitkan di Utusan Malaysia (http://www.utusan.com.my/rencana/sebab-umno-pas-perlu-bekerjasama-1.62027). Artikel ini bukanlah mencadangkan PAS masuk UMNO atau UMNO masuk PAS tetapi cadangan perpaduan ummah yang semua umat Islam perlu tahu. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan yang lain.
SEBAB UMNO - PAS PERLU BEKERJASAMA

British menjajah Semenanjung Tanah Melayu daripada orang Melayu.

Orang Cina dan India datang dengan ramainya, mula-mula untuk mencari kekayaan dan pulang ke negera asal, tetapi akhirnya terus tinggal di Tanah Melayu. Orang Melayu bersatu menentang Malayan Union, ancaman pengganas komunis dan menuntut "kemerdekaan tanah air".

Orang bukan Melayu menyertai pergerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka nampak kemerdekaan akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka selepas Merdeka. Pas ditubuh apabila Haji Ahmad Fuad Hassan kalah dalam pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO kepada Tunku Abdul Rahman Putra, mulanya sebagai satu cabang UMNO tetapi kemudiannya bertanding dalam PRU-1955.

Semasa Perlembagaan Persekutuan sedang digubal, Pas menuntut supaya Pulau Pinang dan Melaka dijadikan "Negeri Melayu" (bersultan) untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Parti Komunis Malaya (majoriti orang Cina) mengangkat senjata untuk menubuh sebuah kerajaan Komunis ala-China. Parti Buruh (majoriti orang Cina) menuntut supaya "Negeri-Negeri Melayu" dihapuskan untuk mengelak "Malaya" yang merdeka menjadi sebuah "Negara Feudal".

Orang Cina mahukan dua warganegara (dual-citizenship), Malaya dan China dengan warganegara China sebagai warganegara utama. Ada satu kumpulan orang Cina di Pulau Pinang yang tidak mahu Pulau Pinang merdeka dalam Tanah Melayu. Mereka mahu kekal di bawah jajahan British seperti Hong Kong.

Oleh sebab British menjajah Tanah Melayu daripada orang Melayu, logiknya ia dipulangkan kepada orang Melayu (seperti Brunei). Tetapi, orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dengan orang bukan Melayu. Hasil tolak ansur persetujuan dicapai. Kandungannya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, kerakyatan diberi kepada orang bukan Melayu.

Beberapa perkara yang dituntut oleh orang Melayu seperti, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, jaminan mengenai "hak keistimewaan orang Melayu" (Perkara 153), Regimen Askar Melayu dan Tanah Simpanan Melayu juga dipersetujui dan diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam PRU 1955, kawasan majoriti pengundi Melayu diberi kepada calon bukan Melayu daripada parti komponen Perikatan untuk bertanding bagi melebihkan bilangan ahli Parlimen bukan Melayu. Amalan ini berterusan untuk memastikan mereka mencapai kemenangan, sebab jika mereka bertanding dalam kawasan majoriti bukan Melayu (Cina), mereka akan kalah.

Sebaliknya, Perikatan atau Barisan Nasional tidak pernah meletak calon Melayu di kawasan majoriti bukan Melayu, sebab pengundi bukan Melayu tidak akan mengundi calon Melayu. Pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu merdeka. Pada malam itu warganegara bertambah sekali ganda, akibat orang bukan Melayu menjadi warganegara mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Akibatnya, jika dalam Pilihan Raya Umum 1955, pengundi Melayu adalah sebanyak 84.2 peratus, dalam Pilihan Raya Umum 1959, hanya dua tahun selepas merdeka, pengundi Melayu jatuh kepada 57.1 peratus.

Pas menentang penubuhan Malaysia, apatah lagi Singapura, kerana khuatir akan menjejas hak orang Melayu dan kududukan agama Islam. Selama lebih kurang tiga dekad selepas penubuhannya, Pas telah memainkan peranan yang berfaedah kepada bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia. Pas tidak terlalu besar untuk menjadi ancaman kepada UMNO di peringkat Persekutuan. Pengaruhnya tertumpu di Pantai Timur. Tidak ada perbezaan kepada orang Melayu dan agama Islam sama ada UMNO atau Pas memerintah Kelantan. Lagi pula, adanya Pas menyebabkan UMNO lebih berhati-hati berkenaan isu Melayu dan Islam.

Selama lebih kurang lima dekad semenjak merdeka, kecuali dalam 1969, tidak ada cabaran serius terhadap hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Sebabnya, sebilangan besar orang Melayu menyokong UMNO, kerajaan Persekutuan teguh di bawah Barisan Nasional dan UMNO dapat mengawal parti-parti sekutunya daripada membuat tuntutan-tuntutan yang melampau.

Negara aman dan makmur. Semua orang menikmati taraf kehidupan (standard of living) yang lebih tinggi.Keadaan berubah dalam masa lebih kurang sepuluh tahun kebelakangan ini. Orang Melayu berpecah tiga. Melihat keadaan itu, orang Cina yang memang pandai membuat perkiraan dan pakatan, bersatu di belakang DAP. PKR dan Pas setuju bekerjsama dengan DAP. Akibatnya, pengundi bukan Melayu menjadi suara penentu dalam pilhan raya.

Merasai mereka telah kuat, orang bukan Melayu, terutama sekali orang Cina, mula membuat tuntutan-tuntutan yang melampau dan mencabar hal-hal mengenai agama Islam, termasuklah khutbah Jumaat. Mereka tidak puas hati dengan "keistimewaan" yang dinikmati oleh orang Melayu. Mereka mahu semuanya dibahagikan secara "sama rata". Mereka tahu jika dibuat demikian, merekalah yang akan membolot segala-galanya kerana mereka mengawal ekonomi, kaya dan lebih maju dalam semua bidang. Sebenarnya mereka mahu hak orang Melayu tanpa mengorbankan hak mereka.

Jika Pakatan Rakyat (termasuk Pas) dapat menubuh kerajaan di peringkat Persekutuan, DAP yang akan menjadi parti dominan. PKR tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dipandang serius oleh DAP. Pas lagilah tidak akan "didengar" oleh DAP. Kerajaan Pakatan Rakyat semestinya akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Orang Cina bersatu di belakang DAP kerana DAP menjanjikan sesuatu yang lebih dan kerana mereka mahu lebih daripada yang mereka peroleh di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Dari mana bahagian "yang lebih" itu akan datang? Semestinya daripada bahagian orang Melayu.

Mungkin mereka tidak akan memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja (di mana diperlukan) untuk meminda Perlembagaan. Sambil itu kita mesti waspada tentang kemungkinan mereka akan melakukan perubahan kepada kawasan Parlimen dengan menambah bilangan kerusi di kawasan Cina yang padat penduduknya. Namun demikian, perlu diingat bahawa hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam boleh dihakiskan secara pentadbiran sahaja.

Sebagai misalan, peruntukan mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan hanya memberi manfaat jika dan apabila kerajaan yang memerintah melakukan sesuatu untuk meletakkan agama Islam di tempat yang sesuai dengan kedudukan itu. Apa yang kita lihat hari ini, baik universiti-universiti, institusi-institusi dan jabatan-jabatan Islam; institusi-institusi kewangan Islam dan pembangunan perbankan dan kewangan Islam; pengajaran mata pelajaran agama Islam dari tadika hingga ke universiti, masjid-masjid, rancangan-rancangan agama di televisyen dan radio dan serta lain-lain adalah hasil daripada apa yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah selama ini. Jika tidak dilakukan, tidak akan ada apa-apa, hanya peruntukan dalam Perlembagaan.

Manfaat

Demikian juga dengan peruntukan mengenai hak-hak orang Melayu. Jika kerajaan yang memerintah tidak berbuat apa-apa, tidak ada apa yang akan dinikmati oleh orang Melayu. Kita menikmati faedahnya hari ini kerana kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai rancangan seperti Dasar Ekonomi Baru dan menubuhkan pelbagai badan seperti Permodalan Nasional Berhad, Skim Amanah Saham Nasional, Bank Bumiputera, Lembaga Urusan dan Tabung Haji, Mara, Felda, RISDA, Felcra, UDA, Pernas, DARA, Jengka, Ketengah, Kesedar dan lain-lain. Kerajaan juga telah menetap dan melaksanakan dasar mengenai pemberian biasiswa, pengambilan pegawai-pegawai kerajaan dan lain-lain. Tanpa ini semua, peruntukan-peruntukan itu tidak bermakna.

Semenjak merdeka, melalui dasar dan tindakan kerajaan Perikatan dan, kemudiannya Barisan Nasional, orang Melayu/Islam telah menikmati faedah peruntukan-peruntukan itu. Saya tidak fikir kerajaan Pakatan Rakyat akan atau akan dapat melakukan perkara yang sama. Ertinya, hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam akan terhakis jika kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO, tumbang.

Demi mengelak perkara itu berlaku, kerajaan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan mestilah dipertahankan. Pada pendapat saya cara yang paling mudah ialah: Jika selepas PRU-14, didapati kerajaan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan akan tumbang, Pas hendaklah menyertai kerajaan Barisan Nasional, sekurang-kurangnya di peringkat Persekutuan untuk menyelamatkannya. Pas mesti sedar bahawa kerjasama dengan DAP dan PKR akan mengorbankan kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Pas perlu sedar bahawa, dalam konteks Malaysia, apa yang menguntungkan orang Melayu akan menguntungkan umat Islam dan apa yang merugikan orang Melayu akan merugikan umat Islam. Demikian juga, apa yang menguntungkan umat Islam akan menguntungkan orang Melayu dan apa yang merugikan umat Islam akan merugikan orang Melayu,

Sebenarnya, pada masa ini, antara UMNO dan Pas sudah tidak ada apa-apa perbezaan ideologi lagi untuk menghalang kerjasama itu. Yang menjadi penghalang hanyalah kekhuatiran pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong masing-masing jika kerjasama itu akan menggugat kepentingan diri mereka. Selain daripada itu adalah isu-isu yang dipolitikkan kerana mudah, murah dan popular untuk membezakan UMNO dengan Pas dan memancing undi, misalnya assabiah dan hudud.

Pas telah memerintah Kelantan selama lebih kurang 40 tahun. Apa bezanya Kelantan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia? Undang-undang yang dipakai di Mahkkamah Syariah di Kelantan seperti Enakmen Acara Mal, Enakmen Acara Sivil dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam dibuat semasa pemerintahan Barisan Nasional dan saya menjadi Penasihat Undang-Undangnya. Memang ia telah diganti tetapi, dari segi isi kandungannya, itu hanya pengemaskinian yang dilakukan untuk menyelaraskan dengan undang-undang yang dipakai di negeri-negeri lain yang diperintah oleh Barisan Nasional.

Jika Kelantan "lebih Islam" daripada negeri-negeri lain dan orang Kelantan mahu berada dalam sebuah "negara Islam", mengapa orang Kelantan yang paling banyak berhijrah ke negeri-negeri lain unuk mencari makan?

UMNO juga perlu menangani masalah persepsi rasuah yang tinggi dalam kalangan pemimpinnya, faktor utama mengapa orang Melayu "bencikan" UMNO, sama ada persepsi itu betul atau tidak.

Maka, pemimpin-pemimpin UMNO dan Pas yang sama-sama Melayu dan Islam, yang sama-sama untung dan rugi, perlulah menumpukan perhatian kepada ancaman besar yang berada di hadapan mereka, orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. Mereka patutlah mengetepikan dahulu perbezaan yang diada-adakan untuk tujuan politik dan menumpukan usaha untuk menyelamatkan hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam.

Dengan cara yang saya cadangkan ini, UMNO dan Pas masing-masing boleh kekal seperti sekarang sebagai parti politik yang berasingan. (Saya tidak nampak kemungkinan Pas menyertai Barisan Nasional dalam masa yang terdekat.) Walau bagaimanapun, pada pandangan saya, Pas patut keluar dari Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat merugikan orang Melayu dan umat Islam. Di peringkat negeri, Pas boleh bertanding bersendirian. Pas boleh memerintah negeri-negeri yang dimenanginya secara bersendirian.

Tetapi, untuk mengelak sesebuah negeri terjatuh kepada DAP dan PKR, misalnya Perak, Pas patut bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk menubuh kerajaan campuran. Di peringkat Persekutuan, Pas boleh memilih untuk menyertai Kabinet dan duduk bersama wakil-wakil rakyat Barisan Nasional di Parlimen. Atau, mereka tidak menyertai Kabinet dan duduk berasingan di Parlimen seperti ahli-ahli "bebas" tetapi, dalam isu yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, mereka akan menyokong kerajaan Barisan Nasional.

- PENULIS ialah bekas Ketua Hakim Negara

Sumber: http://www.utusan.com.my/rencana/sebab-umno-pas-perlu-bekerjasama-1.62027#sthash.85DWH6oN.dpuf

*#KitaKawan : UMNO dan PAS kekal berasingan tetapi bersatu demi agenda yang lebih besar seperti membantu memulihkan negeri Kelantan.

KEMPEN #KITAKAWAN SEMPENA UMNO-BN TAK BERTANDING PRK CHEMPAKA DEMI UMMAH

Posted: 25 Feb 2015 11:13 PM PST

Malam tadi, DS Najib Tun Razak sebagai pengerusi BN mengumumkan BN tidak bertanding di DUN Chempaka demi menumpukan kepada kerja pasca banjir dan demi perpaduan ummah.

Berita dari Utusan Malaysia.
Sehubungan itu, kami di MyMassa ingin melancarkan KEMPEN #KITAKAWAN sempena keputusan DS Najib yang lebih mementingkan perpaduan ummah di kala rakyat Kelantan masih lagi belum pulih sepenuhnya akibat banjir besar baru-baru ini.



Berikut adalah poster-poster kempen yang kami sediakan.





Mohon rakan-rakan bantu kempen #KITAKAWAN

*Walaupun berdamai dengan PAS, tapi kami tetap membalun PASMA dan sekutunya. Mari kita gunakan kempen ini untuk mengatasi kempen #KITALAWAN yang dianjurkan untuk menghasut rakyat supaya sokong Anwar Ibrahim.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


RAKAMAN SUARA MAT SABU RANCANG GULINGKAN PRESIDEN PAS DAN ULAMA TERSEBAR?

Posted: 26 Feb 2015 07:44 AM PST


Kumpulan penyokong ulama dan presiden PAS hari ini mendedahkan satu rakaman audio yang didakwa sebagai taklimat dibuat Mohamad Sabu untuk menjelaskan kembali serangan ke atasnya.

Laman Facebook Tuc Tok Usin Ceroi menamakan audio itu sebagai bukti rakaman timbalan presiden PAS itu sedang memberikan taklimat untuk kerja memburukkan dan menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini serangan kedua selepas Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli menjadi sasaran pendedahan perbincangan dalam aplikasi Whatsapp yang mendedahkan kononnya beliau dalang dalam usaha menjatuhkan Hadi, tetapi ahli Parlimen Kuala Krai itu menafikannya dan mendesak siasatan dibuat.



Audio berdurasi 2.10 minit itu memuatkan suara yang dikatakan milik Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, memberi taklimat kepada rakannya untuk membuat serangan balas terhadap serangan ke atasnya.

Dalam transkrip audio rakaman suara itu, beliau dikatakan berkata bertemu dengan pimpinan PAS peringkat kawasan bagi membuat penjelasan.

"Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum perlu di'deny' (nafikan)," kata suara rakaman yang mirip suara Mat Sabu itu.

Suara itu seterusnya meminta penjelasan dibuat ke peringkat bawah, "Bukan dalam bentuk ceramah, bukan dalam bentuk blog, dalam bentuk menemui yang dipanggil pimpinan yang kemungkinan menjadi perwakilan."

Transkrip rakaman itu turut menyatakan, "Mereka tidak boleh menerima bila saya kata itu adalah pendapat peribadi. Saya kata ialah, bila Syura keluar dari pandangan mesyuarat, itu pandangan peribadi. Keputusan mesyuarat itu adalah keputusan jemaah."

Menurut laman Facebook itu, audio yang mereka sebarkan adalah bahagian pertama daripada lebih banyak pendedahan yang mereka lakukan.

Sebelum ini, laman Facebook tersebut membuat pengumuman beberapa kali untuk mendedahkan apa yang dikatakan sebagai bukti selepas demonstrasi mendakwa Dr Hatta dibuat di hadapan Pejabat Agung PAS.

Dalam demonstrasi pimpinan Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadhil Ahmad yang turut disertai bapa saudaranya yang juga ketua dewan ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik, Dr Hatta didakwa menjadi dalang mahu menjatuhkan Hadi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berjanji akan menyiasat demonstrasi dan juga kandungan memorandum itu. – SUMBER

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Kita tengok siapa kena tendang dari pakatan

Posted: 26 Feb 2015 08:04 PM PST


Kita tengok siapa kena tendang dari pakatan
Siapakah di antara PAS atau DAP yang akan keluar daripada Pakatan Rakyat?
Persoalan ini menarik minat ramai pihak khususnya pemerhati politik mengenai sejauh mana darjah ketegangan antara PAS dan DAP ketika ini mampu memutuskan 'persahabatan dan kerjasama' yang terjalin selama ini.
Jika dilihat pada sejarah, PAS dan DAP pernah bekerjasama menerusi Barisan Alternatif (BA) pada 1999 yang turut dianggotai Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), sebelum KeADILan dan PRM bergabung membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2003.
Bagaimanapun, DAP, yang tidak bersetuju dengan dasar PAS memperjuangkan penubuhan negara Islam, keluar daripada BA pada 2001.
Cuaca panas dan kering yang melanda negara turut menaikkan 'suhu panas' dalam pakatan pada masa apabila pimpinan kedua-dua parti saling mendesak dan mencabar satu sama lain untuk keluar daripada 'Pakatan Rakyat', gabungan longgar yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2008, setelah PAS yang mentadbir kerajaan Kelantan bertegas mahu melaksanakan hukum hudud.
TUNGGU DAN LIHAT
Mungkinkah sejarah 14 tahun lepas yang menyaksikan DAP keluar daripada BA akan berulang?
Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berpandangan biarpun 'ketegangan' kedua-dua parti itu semakin memuncak ketika ini, ia tidak akan menyebabkan PAS atau DAP keluar daripada pakatan pembangkang.
Katanya kedua-dua parti itu dilihat lebih selesa bersikap tunggu dan melihat sama ada 'Pakatan Rakyat' akan menyingkirkan mereka, daripada mengambil keputusan keluar daripada pakatan.
"Sekarang masing-masing berasa sudah cukup kuat dengan sokongan yang diterima dan kalau keluar Pakatan Rakyat, mereka akan berasa seolah-olah mengkhianati anggota parti dan rakyat yang mengundi mereka. Lebih baik mereka tunggu sehingga dipecat daripada pakatan dan itu lebih 'gentleman'.
"PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Rakyat kecuali disingkirkan. Begitu juga dengan DAP. Masing-masing ada ego dan kita akan lihat lebih banyak konflik berlaku antara kedua-dua parti ini selagi mereka meneruskan kerjasama politik," katanya.
Beberapa pemimpin baik daripada PAS mahu pun DAP saling memberi kata dua kepada rakan sekutu mereka agar keluar daripada pakatan pembangkang kerana isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Pada Ahad, Pengerusi Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa PAS bukan lagi menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang, jika parti itu membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II ke sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan 18 Mac ini.
Kenyataan Gobind segera ditempelak dua pemimpin PAS iaitu Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Nasrudin Hassan yang senada menyarankan DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak bersetuju dengan perjuangan parti itu.
PAS, DAP TANPA ANWAR
Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Ahmad Tarmizi Talib berkata PAS dan DAP tanpa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara kerana sabitan kes liwatnya dilihat kehilangan nakhoda dan semakin lemah.
Semalam, anggota keluarga Anwar menyerahkan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar. Pada 10 Feb, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar dan mengekalkan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Katanya tanpa Anwar maka tiadalah pakatan pembangkang. Ketua Umum PKR itu dilihat sebagai individu yang bertanggungjawab menyatukan PAS dan DAP di bawah satu bumbung pakatan.
"Tiada isu untuk bercakap tentang masa depan Pakatan Rakyat kerana mereka semakin lemah," katanya.
Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata isu parti mana yang akan keluar pakatan boleh dilihat daripada dua perspektif.
Pertamanya ialah terus kekal dalam pakatan kerana mempunyai matlamat yang sama iaitu menawan Putrajaya dan hal kedua berhubung soal solidariti ketiga-tiga parti itu terhadap kerjasama politik.
Beliau menjelaskan dalam perspektif pertama, walaupun PAS dikecam teruk oleh DAP, ia sedikit pun tidak mengubah pendirian parti Islam itu untuk keluar daripada pakatan pembangkang memandangkan 'titik persamaan' antara ketiga-tiga parti itu ialah menawan Putrajaya.
"Jadi apabila tiba pilihan raya, konflik yang berlaku akan menjadi senyap bagi memberi tumpuan kepada usaha menawan Putrajaya. Kecaman DAP kepada PAS juga saya lihat mempunyai strategi politik untuk menyakinkan anggota dan pengundi mereka bahawa parti itu tidak bersekongkol dengan perjuangan PAS.
"Perspektif kedua berkaitan soal solidariti ketiga-tiga parti itu kepada Pakatan Rakyat selepas Anwar dipenjara. Tidak dinafikan bahawa episod itu (Anwar dipenjarakan) memberi kesan kepada keutuhan pakatan dan ia dapat dilihat dalam konteks momentum sokongan pakatan itu pada pilihan raya… pada masa sekarang sukar untuk dikatakan," katanya.
Che Hamdan turut berpandangan bahawa cengkaman Anwar di dalam parti pakatan semakin rapuh selepas gagal 'mengikat' DAP dan PAS untuk bersetuju dalam krisis Menteri Besar Selangor tahun lalu.
DUA PILIHAN DAN KRISIS KEYAKINAN
Apakah pilihan yang ada untuk DAP dan PAS menyelesaikan polemik yang berlaku?
Mengulas lanjut, Che Hamdan berkata terdapat dua pilihan baik di pihak PAS mahupun DAP iaitu membubarkan pakatan pembangkang atau memeterai perjanjian baharu antara ketiga-tiga parti untuk bersetujui dengan apa yang disebut dasar bersama.
"Saya melihat dalam konflik PAS dan DAP, kalangan ulama PAS sendiri juga tidak yakin bahawa DAP akan menyokong perjuangan parti itu sekalipun dapat memerintah negara. Jadi apa gunanya jika duduk dalam Pakatan Rakyat tetapi terpaksa menggadaikan prinsip perjuangan," katanya.
Beliau tidak menolak akan wujud krisis keyakinan rakyat terhadap kredibiliti pakatan pembangkang selepas asyik disajikan dengan polemik tidak berhujung.
"Dengan apa yang berlaku, rakyat akan melihat Pakatan Rakyat bukan lagi parti alternatif terbaik untuk menggantikan BN (Barisan Nasional) dan ini sekaligus mematikan cita-cita pakatan pembangkang untuk membentuk sistem dual parti di dalam negara ini," katanya.
Sementara itu, Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan UPM pula berpendapat bahawa PAS mempunyai potensi untuk menjadi pemain utama di dalam pakatan pembangkang selepas ketiadaan Anwar.
"Ini kerana, PAS mempunyai ramai anggota dan jentera yang besar berbanding DAP dan PKR. DAP dan PKR amat mengharapkan PAS untuk membantu mereka sama ada daripada segi kempen pilihan raya mahupun demonstrasi," katanya.
– BERNAMA

Saya hanya akan jelaskan kepada presiden, kata Mat Sabu tentang tuduhan

Posted: 26 Feb 2015 02:10 AM PST

Saya hanya akan jelaskan kepada presiden, kata Mat Sabu tentang tuduhan
Dituduh memburukkan dan cuba menjatuhkan presiden parti, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata hari ini, beliau hanya akan menjawab berhubung perkara itu kepada kepimpinan parti Islam itu sendiri.
Berkenaan tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan rakaman audio yang dikatakan tentang taklimat yang dibuatnya, Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu menyerahkan perkara itu kepada peguamnya.
"Saya hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan presiden PAS berkenaan segala tuduhan kepada saya, kerana ia masalah dalaman parti, sekiranya diminta.
"Berkenaan kedudukan saya dalam parti, saya serahkan kepada muktamar serta kebijaksanaan perwakilan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas tindakan beberapa media yang mengeluarkan semula rakaman audio yang disiarkan laman Facebook milik pengguna yang menamakan dirinya Tuc Tok Usin Ceroi, Mat Sabu berkata: "Berkenaan tindakan saya ke atas TV3, Utusan Malaysia serta lain-lain media, saya serahkan kepada peguam (Mohamed) Hanipa Maidin."
Hanipa juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan ahli Parlimen Sepang.
Audio berdurasi 2.10 minit itu memuatkan suara yang dikatakan milik Mat Sabu, memberi taklimat kepada rakannya untuk membuat serangan balas terhadap serangan ke atasnya.
Dalam transkrip audio rakaman suara itu, beliau dikatakan berkata bertemu dengan pimpinan PAS peringkat kawasan bagi membuat penjelasan.
"Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum perlu di'deny' (nafikan)," kata suara rakaman yang mirip suara Mat Sabu itu.
Menurut laman Facebook itu, audio yang mereka sebarkan ialah bahagian pertama daripada lebih banyak pendedahan yang dilakukan.
Sebelum ini, laman itu membuat pengumuman beberapa kali untuk mendedahkan apa yang dikatakan sebagai bukti selepas demonstrasi mendakwa Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli dibuat di hadapan Pejabat Agung PAS.
Dalam demonstrasi pimpinan Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadhil Ahmad yang turut disertai bapa saudaranya yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik, Dr Hatta didakwa menjadi dalang mahu menjatuhkan Hadi.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berjanji akan menyiasat demonstrasi dan juga kandungan memorandum yang diserahkan kumpulan yang berdemonstrasi itu.
Semasa Multaqa Ulama Semalaysia II 21 Februari lalu, Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfouz Mohamed menegur Mat Sabu kerana katanya beliau sering dilihat tidak sealiran pendapat dengan Hadi.
Beliau berkata, suka atau tidak, Mat Sabu perlu akur kepada kepimpinan ulama dan menyokong presiden parti. - TMI