Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Untuk diampunkan, sediakah Anwar ngaku salah, tak pertikai keputusan?

Posted: 25 Feb 2015 10:37 PM PST


Antara prosedur petisyen pengampunan pada Lembaga pengampunan

1. Jika pertikaikan hukuman dikenakan oleh mahkamah maka petisyen automatik Terbatal

Petisyen rayuan hendak lah mengandungi
  • Pengakuan salah atas kesalahan hukuman dikenakan
  • Insaf sedar atas kesalahan
  • Berjanji berubah
2. Pengampunan ke atas tempoh hukuman yang dikenakan bukan ke atas kesahihan penghakiman dan pengampunan untuk ringankan hukuman dan sabitan kesalahan kekal



3. Pengampunan bukan untuk membatalkan keputusan mahkamah dan sabitan adalah kekal bersalah






4. Jika petisyen pengampunan mengandungi unsur penipuan pembohongan Serta menyalahkan sistem kehakiman me pertikaikan keadilan mahkamah dan membuat tuduhan hakim tidak adil maka petisyen Terbatal dengan SENDIRI dan boleh dikenakan pertuduhan dibawah Kanun keseksaan iaitu Menghina mahkamah dan melakukan penipuan

5. Jika Seorang Ahli Parlimen atau adun kena hukuman melebihi 1 tahun maka dengan SENDIRI terlucut jawatan Ahli Parlimen setelah rayuan terakhir tamat di mahkamah dan tidak boleh bertanding di pilihanraya sebelum tempoh Lima tahun Dari tamat menjalani hukuman

6. Tetap dikenali sebagai banduan atau Bekas penjenayah jika pengampunan diberikan Kerana pengampunan untuk ringankan hukuman bukannya membatalkan keputusan mahkamah

Sekian

Ahmad Shuaib Ismail
25 febuari 2015


Sila baca Fasal 5 Dalam Perkara 48  dengan Perkara 48  (1) e yang jelas jawatan Ahli Parlimen gugur tidak kira pengampunan diterima atau tidak Dari tarikh jatuh hukuman terakhir pada rayuan terakhir

PENGAMPUNAN DIBERI ATAU TIDAK TETAP JAWATAN AHLI PARLIMEN GUGUR AUTOMATIK DAN PILIHANRAYA KECIL DIADAKAN

Perkara  48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika—
(a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau

(b) dia seorang bankrap belum lepas; atau

(c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau

(d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau

(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau

(f) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan, atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di mana-mana negara di luar Persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negara di luar Persekutuan.

(2) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghilangkan kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen selama tempoh yang dinyatakan oleh undang-undang itu orang yang melakukan kesalahan berkaitan dengan pilihan raya; dan mana-mana orang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan sedemikian atau dibuktikan dalam prosiding yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya sebagai bersalah atas perbuatan yang menjadi kesalahan itu, adalah dengan demikian itu hilang kelayakan selama tempoh yang dinyatakan sedemikian.
(3) Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) atau perenggan (e) Fasal (1) boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan, jika tidak dibatalkan sedemikian, hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun yang bermula dari tarikh penyata yang disebut dalam perenggan (d) tersebut dikehendaki diserahkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh orang yang disabitkan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dilepaskan daripada jagaan atau dari tarikh denda yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dikenakan ke atas orang itu dan seseorang tidaklah boleh dihilangkan kelayakannya di bawah perenggan (f) Fasal (1) semata-mata oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum dia menjadi warganegara.
(4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang terdahulu dalam Perkara ini, jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan untuk terus menjadi ahli Majlis itu menurut perenggan (e) Fasal (1) atau di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2)—
(a) kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh dia—

(i) disabitkan dan dihukum sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (e) yang disebut terdahulu; atau

(ii) disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas suatu perbuatan di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2); atau

(b) jika dalam tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam perenggan (a) suatu rayuan atau apa-apa prosiding mahkamah yang lain dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau berkenaan dengan pensabitan atau pembuktian bersalah sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah yang lain itu dibereskan oleh mahkamah; atau

(c) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.

SILA BACA DIBAWAH JELAS PERUNTUKKAN

(5) Fasal (4) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau pelantikan mana-mana orang ke mana-mana satu Majlis Parlimen, yang bagi maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) Fasal (1) atau dalam Fasal (2), mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6) Seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kp kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.

Ahmad Shuaib Ismail
25 Febuari 2015

Helah untuk campurtangan antarabangsa

Posted: 25 Feb 2015 07:28 PM PST


Sungguh pelik sekiranya kita amati apakah  agenda sebenarnya petisyen pengampunan diraja dikemukakan memandangkan tempoh Anwar dipenjara lebih singkat berbanding hukuman pada 1998.

Sepanjang perbicaraan kes liwat 2 ini, dunia antarabangsa telah seringkali dilibatkan secara langsung dan lebih agresif lagi berbanding kes liwat 1.

Ia boleh ditafsirkan sebagai suatu usaha berterusan bagi menghakis kepercayaan antarabangsa terhadap keseluruhan sistem kehakiman dan perundangan negara.


Impak kepada tindakan ini bakal mendorong campurtangan antarabangsa secara langsung/tidak langsung di bidang-bidang kerjasama strategik dan hubungan antarabangsa seperti kerjasama ekonomi, diplomatik dan sebagainya.

Mengimbas kembali krisis Menteri Besar Selangor, isu pengampunan di raja ini seolah memiliki persamaan jalan cerita di mana sewaktu krisis MB Selangor, Anwar sebagai suami memainkan peranan utama antara istana-Wan Azizah. Sebaliknya bagi isu pengampunan ini, Wan Azizah pula yang memainkan peranan utama antara istana-Anwar.

Baca sepenuh di Selangor Chronicle SINI

Pengampunan adalah muslihat Kak Wan hadapi Azmin

Posted: 25 Feb 2015 04:30 PM PST


Berikut adalah satu komen menarik dalam posting ABITWA bertajuk "Anwar and Sirul's Admittance of Guilt":

Ni pandangan saya dalam isu wan azizah minta pengampunan tu. Bagi saya, tindakan itu mempunyai beberapa strategi politik;

(1) UNTUK HALANG AZMIN JADI KETUA PEMBANGKANG. Semua org tahu bagaimana hubungan Wan Azizah dengan Azmin.Mana mungkin beliau akan benarkan.Azmin jadi ketua pembangkang.Dalam situasi politik antara Dap dan Pas, Azmin dihilang calon terbaik untuk menggantikan Anwar. Wan Azizah tidak akan benarkan itu berlaku.

(2) MELENGAH2KAN PRK Permatang Pauh.- Proses pengampunan mengambil masa seperti mana kata Speaker Dewan Rakyat PRK tersebut tidak boleh diadakan selagi proses pengampunan belum selesai.Kita tak tahu berapa lama jadi Anwar terus kekal sebagai MP dan dalam masa yang sama PRK tidak boleh dijalankan.

Wan azizah juga faham dengan majoriti pengundi permatang pauh adalah Melayu dan sebahagian besar adalah penyokong Pas, beliau tak yakin boleh menang memandangkan sentimen benci Anwarinas dalam Pas.

(3) BIMBANG HILANG KUASA DALAM PKR..wan azizah and family bergantung kpd Anwar utk survival politik mereka dalam PKR.Situasi liwat 2 dah tak sama dengan liwat 1.Sokongan rakyat kpd Anwar semakin merudum manakala kedudukan Azmin semakin kukuh apabila beliau menjadi MB. Wan Azizah tahu ancaman ini sebab itu apa cara sekalipun beliau tetap mahj pengaruh Anwar terus kekal dalam PKR.

(4) POLITIK SIMPATI..Wan Azizah hendak tanamkan dalam fikiran rakyat Anwar dianiaya. Mahkamah bersekongkol dengan kerajaan maka Agong disandarkan harapan.Berbanding pengampunan Anwar sebelum ini ia melibatkan pertolongan Pak Lah sebagai PM tapi kali ini PM tak sokong. Oleh itu proses pengampunan tersebut sengaja dilakukan bukan utk tunjuk Anwar bersalah tetapi nak kata Anwar dianiaya. Sebab itu permohonan dibuat atas nama keluarga Anwar bukan pakatan pembangkang.

Kenapa Jabatan Penjara masih layan Anwar seperti VVIP?

Posted: 25 Feb 2015 07:26 AM PST


Pagi tadi pada pukul 8:50 Azmin Ali kelihatan di Penjara Sg Buloh. Beliau telah berjumpa dengan Pengarah Penjara dan seterusnya melawat Anwar Ibrahim. Sumber mengatakan lawatan yang dibuat oleh MB Selangor ini bukan lawatan rasmi tapi sebaliknya adalah untuk melawat Anwar. 

Sepatutnya lawatan begini tidak boleh dilayan oleh pihak penjara kerana Azmin bukan dari kalangan orang yang boleh dipertimbangkan untuk melawat banduan pesalah liwat bernama Anwar Ibrahim. 

Mengikut prosedur penjara, lawatan ke penjara hanya bbooleh dibuat selepas 4 minggu. Famili Anwar pun tak lagi boleh melawat kerana sudah pakai kuota 4 minggu tu.

Adakah pihak penjara memberi layanan isteimewa VVIP buat Anwar untuk bolehkan MB melawat?
.
Phak penjara perlu jawab kerana hanya minggu lepas mereka ditegur dan buat penjelasan. Baca AIDC berikut:


Anwar Tidak Dilayan Seperti Banduan Di Mahkamah

By editor-2 February 17, 2015 : 1:46 pm

KUALA LUMPUR, 17 Feb –  Kemunculan Anwar Ibrahim yang tidak mengambarkan keadaan beliau seperti seorang banduan yang sedang menjalani hukuman di Mahkamah pagi tadi amat mengejutkan rakyat. Beliau hadir untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan olehnya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Pihak penjara perlu berlaku adil terhadap semua banduan. Sebarang "double standard" yang berlaku amat dikesali memandangkan Anwar telah dijatuhkan hukuman meliwat Saiful Bukhari.

Ini bermakna Anwar merupakan seorang penjenayah. Beliau tidak sepatutnya dilayan "ala VIP" penjara pula. Adakah berlaku sebarang "rasuah" dikalangan pegawai penjara? Pihak SPRM diminta segera menjalankan siasatan.

Sebelum ini pihak Jabatan Penjara menjelaskan kononnya tiada keistimewaan diberikan kepada Anwar Ibrahim dan beliau menerima layanan sama seperti banduan lain di Penjara Sungai Buloh. Jabatan itu memuat naik semula laporan berhubung perkara itu di facebook rasmi mereka.

Namun begitu, kita dikejutkan dengan penampilan yang jauh berbeza Anwar Ibrahim di mahkamah daripada dakwaan pihak Jabatan Penjara.  Malahan kita dapat meihat Anwar menggenggam Telefon bimbit selain daripada mengenakan baju dengan cukup bergaya. Sepatutnya beliau memakai baju banduan sepertimana banduan yang lain.

Sebarang salahlaku pihak Jabatan Penjara dalam menangani kes Anwar akan menjadi perhatian semua pihak. Oleh itu kami berharap semua pihak yang terlibat akan menjalankan tugas sepertimana yang diamanahkan. Berita selanjutnya menyusul kemudian.

AIDC

Berikut adalah jawapan pihak penjara yang dirumuskan



KUALA LUMPUR, 18 Feb – Gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang telefon bimbit yang menjadi viral di media sosial merupakan gambar beliau semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 10 Februari lepas, bukannya ketika di Mahkamah Tinggi di sini, Selasa.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Supri Hashim berkata, ketika itu Anwar masih seorang awam yang bebas dan masih di luar kawalan pihak penjara.

"Pemeriksaan dan kawalan pengiringan secara dekat dan ketat mendapati tiada telefon diberi atau dibawa oleh Anwar sepanjang beliau dibawa ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

"Adalah ditegaskan bahawa tatacara pengiringan dan kawalan ke atas Anwar adalah selaras dengan ketetapan Akta Penjara 1995 dan Peraturan Penjara 2000," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Baru-baru ini telah tersebar gambar Anwar di laman sosial yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, semalam, untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkannya terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam keadaan tidak bergari, memegang telefon bimbit dan memakai pakaian sendiri.

Semalam, Anwar sedang menjalani hukuman penjara, hadir di Mahkamah Tinggi untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan olehnya terhadap Anifah.

Mengenai pakaian, Supri berkata, setiap banduan yang dibawa untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah dibolehkan memakai pakaian sendiri kecuali jika banduan berkenaan tidak ada pakaian atau tidak mempunyai pakaian sendiri yang bersesuaian.

"Ketika dibawa ke mahkamah Jalan Duta, Anwar memakai pakaian sendiri, kemeja lengan panjang berwarna kebiru-biruan, manakala gambar yang diviralkan di media sosial adalah pakaian berwarna lain.

Sepenuh di SINI




Apa hal pun, kini pihak penjara dalam radar dan pandangan orang ramai supaya tiada lagi melayan wayang kulit keluarga Anwar dengan tuntutan mengada-ngadanya.

Sekolah demokrasi: Melati, asal SAMM untuk strategi Taliban DAP (Bhg 4)

Posted: 25 Feb 2015 04:27 AM PST





Sekolah demokrasi: Rara, strategi sementasi AWEK CUN (Bhg 3)

Posted: 25 Feb 2015 12:30 AM PST




APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


What do you think?

Posted: 25 Feb 2015 08:05 PM PST

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Keluarga Anwar dengan rasa tak malunya muncul di Istana Negara?

Posted: 25 Feb 2015 09:24 AM PST


Jika sebelum ini ketika PRU ke-13 yang lalu Wan Azizah dan Anwar mengajak rakyat untuk menolak KETUANAN MELAYU, tapi sekarang dengan muka selamba Wan Azizah anak beranak mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung keputusan kes liwat!

Tindakan keluarga Anwar Ibrahim boleh disifatkan ibarat 'menjilat ludah sendiri' dan 'cakap tak serupa bikin'.

Anggota keluarga Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan kes Liwat II. Mereka muncul di Istana Negara pada kira-kira jam 3.30 petang semalam bagi mengemukakan permohonan itu.

Seorang anak perempuan Anwar, Nurul Nuha mengesahkan perkara itu.

"Satu rayuan untuk mendapatkan Pengampunan Yang di-Pertuan Agong sudah dikemukakan.

"Mahkamah mungkin menjatuhkan hukuman bersalah namun bapa kami dan keluarga kami tetap menyatakan bahawa beliau tidak bersalah.

"Selari dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kami berharap agar institusi diraja akan memberi pengampunan atas nama keadilan dan berdasakan semua fakta.

"Kami juga akan meneruskan sehabisnya apa jua cara yang diperuntukkan bagi rakyat negara ini," kata Nurul Nuha dalam kenyataannya.


Pihak Istana Negara juga mengesahkan kehadiran anggota keluarga Anwar pada hari ini.

Menurut laporan Bernama, permohonan itu dikemukakan melalui petisyen mengikut Peraturan 113, Peraturan Penjara 2000.

Peruntukan itu memberi peluang kepada banduan untuk mengemukakan petisyen berkenaan seberapa segera selepas sabitan dan seterusnya selepas tiga tahun dan selang dua tahun selepas itu.

Sementara itu, satu kenyataan yang dikeluarkan parti tersebut petang ini menegaskan bahawa ia merupakan keputussan anggota keluarga itu sendiri.

"Permohonan rayuan pengampunan ini dibuat oleh ahli keluarga, bukan oleh Anwar Ibrahim atau parti," kenyataan itu dipetik.

Sekiranya Anwar tidak memohon pengampunan, kerusi Permatang Pauh yang disandangnya bakal diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil perlu diadakan.

Suara Politik
Belantan

Masih lagi di Kelantan...!!! Rogol anak saudara hingga hamil?

Posted: 25 Feb 2015 04:44 AM PST

Sekadar gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang lelaki kudung yang merogol anak saudaranya hingga hamil menerima hukuman penjara 17 tahun serta 10 sebatan oleh mahkamah sesyen.

Hukuman lelaki berusia 56 tahun diputuskan oleh Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas dia mengaku merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah di Kampung Dabong, Kuala Krai antara jam 2 dan 4 pagi, Julai 2013.

Sinar Harian melaporkan, mangsa dikatakan pergi ke rumah ibu saudara untuk melawat wanita berkenaan dan bermalam di sana. Suami wanita tersebut dilaporkan turut sama berada di dalam rumah. Ketika tidur, tertuduh mengambil kesempatan dengan merogolnya dan memberi amaran supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada orang lain.

Takut dengan amaran tersebut, mangsa berdiam diri dan tidak memberitahu sesiapa.

Mangsa kemudian hamil dan menyembunyikan kehamilannya sehingga melahirkan seorang bayi lelaki pada 26 Mei 2014 dan semua perkara in terbongkar semasa mangsa melahirkan bayi tersebut.

Selepas laporan dibuat, tertuduh ditahan dan analisa ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya mengesahkan tertuduh adalah bapa kandung bayi berkenaan.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PERANGAI MUNAFIK BANDUAN KETUM MAKIN MENJADI-JADI...

Posted: 25 Feb 2015 06:08 PM PST


KENYATAAN MEDIA

1. Permohonan pengampunan keatas Banduan bernama Anwar Ibrahim oleh isterinya Wan Azizah wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan dan/ atau pengetahun Banduan sendiri.

Ini kerana Banduan konsisten dgn pendirian tidak mahu membuat permohonan pengampunan!

Adakah Wan Azizah membuat permohonan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan? Kalau benar Wan Azizah membuat permohonan pengampunan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan, ini adalah satu penghinaan terhadap pendirian Banduan tersebut!

2. Asas kepada sebarang permohonan pengampunan ialah pengakuan salah kpd kesalahan yang disabit, penyesalan atas perlakuan kesalahan itu dan akujanji tidak akan mengulanginya lagi;

3. Elemen2 ini tidak ada dalam permohonan Wan Azizah maka ianya wajib ditolak;

4. Sebaliknya Wan Azizah cuba memperkeldaikan institusi pengampunan DiRaja dengan menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan pengampunan. Ini satu penghinaan keatas institusi pengampunan dan wajib ditolak dan dikenakan tindakan sewajarnya!

5. Permohonan ini juga suatu penghinaan kepada institusi kehakiman yang dilantik dan bernaung dibawah YDP Agong kerana menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan permohonan pengampunan;

6. Kebiasaanya hanya mereka yang dijatuhkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat akan memohon pengampunan bagi tujuan pengurangan hukuman. Bagi seorang yang disabitkan kesalahan meliwat dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun adalah sesuatu yang agak "luar biasa" untuk memohon pengampunan atas hukuman, apatah lagi bagi Banduan ini yg selalu meneriak slogan "Lawan Tetap Lawan". Adakah keluarga membuat permohonan pengampunan kerana Banduan dikatakan tidak mampu melawan nyamuk didalam penjara spt yang diadukan oleh isterinya Wan Azizah?

Zulkifli Noordin
Rabu 6 Jamadil Awal 1436
25 Feb 2015
Komen kami...

Anwar dan keluarga puaka nampaknya sengaja nak heret institusi Raja dalam kes batang keramatnya. Tentu ada games di sebalik permohonan pengampuan tersebut.

Selagi pengampunan tidak diberi oleh Lembaga Pengampuan Diraja, maka Anwar dan keluarga berasa yakin mereka tidak bersalah sebaliknya dizalimi oleh kerajaan akibat konspirasi politik.

Anwar juga yakin jawatan, gaji dan elaunnya sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang serta segala kemudahan akan kekal dinikmati oleh keluarganya yang sudah kaya raya itu.

Dalam masa yang sama beliau masih boleh memohon kelayakkan sebagai ahli parlimen dan boleh menuntut layanan super class sebagai VIP di sel penjara.

Sebagai VIP yang hidup mewah dan kaya raya hasil aktiviti menghuru-harakan negara mana nak tahan digigit hatta dengan seekor nyamuk dan tidur di tilam nipis. Beliau inginkan layanan dan tempat beradu bertaraf exclusive super royal suite atau sekurang-kurangnya bertaraf deluxe.

Sebagai seorang yang keras hati dan tiada sikap patriotik manakan seorang banduan sanggup nak nyanyi Lagu Negaraku setiap pagi sedangkan semasa beliau bebas dulu pun nak angkat tangan baca ikrar Rukun Negara pun susah.  

Yang pasti Anwar mahu menjerat leher institusi Di Raja untuk bersimpati atas kesalahan liwatnya. Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam sengaja diperangkap untuk menyetujui aksi liwat Anwar yang berkali-kali itu.

Ini tak lain tak bukan mesti idea puak-puak anti raja-raja Melayu (loyar-loyar singh-keling dan komunis cina) yang mempunyai agenda memperleceh Raja-Raja Melayu sekiranya Anwar gagal dalam rayuan pengampunan tersebut.

Lepas ni Suhakam akan campur tangan, Bersih akan menyibuk dan negara asing mula akan mengenakan tekanan...nampak  sangat agenda mereka nak jatuhkan institusi Raja.

Yang 'putih- putih sepet' dan Yang 'hitam-hitam mengelip' adalah dalang perancang utama agenda menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu melalui strategi mendapatkan pengampunan Di Raja buat Anwar.

Dalam masa yang sama jika Anwar berjaya, kemungkinan lebih ramai orang-orang Melayu akan kecewa dengan keputusan tersebut dan menjauhi kerajaan pimpinan Najib. 

Akibat marah dan kecewa mereka tak nak kisah dah dengan perjuangan hak-hak Melayu, persetankan perpaduan Melayu, pergi mampus dengan akidah Islam dan kalimah Allah sebab kerajaan telah dilihat lemah dan tunduk pada suara minoriti songsang.

Akhirnya mereka tak kisah nak jadi pengundi berdaftar dan boikot pilihanraya, boikot calon, boikot parti UMNO-BN. Kesannya suara Melayu yang pro kerajaan akan jadi lemah dan tidak dapat menyaingi suara puak-puak jahat dan perosak itu. 

Dengan ini mudahlah puak-puak pembangkang chauvinist menguasai negara kerana berjaya mengumpulkan suara-suara bangkangan dengan memecah belahkan Melayu. 

Mudahkan?  Politic are games of number and tactical warfare...kata omputih.    

PAS SEMAKIN YAKIN SELEPAS DUA KALI JUMPA PERDANA MENTERI

Posted: 25 Feb 2015 07:46 AM PST

PERTEMUAN RASMI KEDUA, BERKEYAKINAN DAN ISTIQAMAH
DUA perkara bersejarah akan menjadi peristiwa penting dalam parti PAS. 

Pertama, perpecahan kepada PASMA tidak dapat dielakkan lagi terutama selepas PASMA mendapat sokongan kuat daripada DAP dalam bentuk sokongan politik dan dana kewangan.

Kedua, perpaduan PAS dengan UMNO sedang berlangsung sekarang khususnya antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Kelantan. Kepimpinan PAS pusat dan kepimpinan Kerajaan Kelantan benar-benar Istiqamah dalam perpaduan ini. Mufti Perlis menyifatkan perkara ini sebagai ajaran Al-Quran yang sebenar.

Selepas dua kali pertemuan dengan DS Najib, saya sangat yakin Kerajaan Kelantan dengan sokongan 100% UMNO di Dewan Undangan Negeri Kelantan, kanun jenayah syariah (Hudud) akan dilaksanakan seawal bulan April 2015. 

Amat memalukan jika tidak dilaksanakan selepas lebih 20 tahun dicanangkan. Kerajaan Terengganu pula baru-baru ini telah melaksanakan undang-undang syariah sedikit demi sedikit tanpa perlu mencanangkannya.

*Nota: Perpaduan bukannya penyatuan. UMNO dan PAS kekal sebagai dua entiti parti yang berasingan. Saya sendiri tidak bersetuju jika salah satu parti ini dibubarkan kemudiannya bersatu dalam satu parti. Lebih baik kedua-duanya berfungsi sebagaimana asalnya, hanya perlu bersatu sahaja. Tuan Ibrahim Tuan Man kelihatan keliru, beliau perlu sedar akan hal ini.

Kesilapan
Kesilapan-kesilapan besar pemimpin PAS sejak beberapa hari lalu merobekkan lagi hubungan kumpulan Ulama dengan kumpulan bukan Ulama. 

Pertama, rakaman perbualan Mat Sabu memperkecilkan Presiden PAS menggambarkan pemikiran sebenar Mat Sabu dan kumpulannya seperti PASMA.

Kedua, kesilapan Mahfuz memanggil seluruh media kononnya akan ada perbualan dengan Sirul di ibu pejabat PAS sebenarnya bukan sahaja memalukan Mahfuz, tetapi juga mengores nama baik parti PAS. 

Sepatutnya, Mahfuz tidak perlu terikut-ikut hal Sirul kerana ia urusan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Australia, bukannya urusan parti.  Jika di Jepun, menutup malu seperti ini mereka akan meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan. Mahfuz kelihatan lemah dalam pentadbiran berkerajaan, mungkin kerana belum pernah menjadi Menteri. 

Mahfuz patut berhati-hati kepada perkara yang tidak pasti dan tidak mencipta risiko buruk kepada parti. Seorang wakil rakyat perlu ada winsdom.

A FRIEND IN NEED IS A FRIEND IN DEED
Kesimpulan penting
Sebenarnya PAS sudah pernah mengalami peristiwa perpecahan besar kepada BERJASA pada tahun 1978 dahulu.

Sebagai satu-satunya parti yang dikenali berlandaskan Islam, maka sewajarnyalah PAS terus dipimpin oleh kumpulan Ulama. 

PASMA adalah kumpulan serpihan sama seperti BERJASA. Begitu juga Semangat 46 dan PKR adalah serpihan kepada parti UMNO. 

Barang serpihan ini biasanya tidak kekal lama kerana fokus utama mereka biasanya bukan Ummah/Jamaah tetapi individu. Jadi, biarkanlah barang serpihan ini berpisah daripada induknya. Kenapa perlu gundah-gulana!

Saya percaya majoriti ahli PAS bersama kepimpinan Ulama. Sudah pasti segelintir sahaja akan terpedaya.

Dipetik dari sini





ULAMA MAHU PAS DIBERSIHKAN SEPENUHNYA, PASMA BOLEH SERTAI DAP ATAU PKR

Posted: 25 Feb 2015 03:28 AM PST

Multaqa Ulama SeMalaysia II yang diadakan Ahad lepas dilihat menjadi medan kumpulan ulama PAS memperkukuhkan iltizam dan mengumpul sokongan padu anggota terhadap kepimpinan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menjelang pemilihan parti pada Jun ini, kumpulan ulama yang menjadi tunjang kepimpinan PAS mahu para anggota setia kepada pemimpin parti dan dasar parti, serta patuh arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan Presiden.
Tanpa berselindung, mereka mengakui bahawa wujud perpecahan ketara di dalam PAS pada masa ini sehingga ada cubaan menjatuhkan kepimpinan Abdul Hadi oleh kalangan anggota parti.
Mereka menghentam penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), satu badan bukan kerajaan (NGO) dalam PAS, dan diibaratkan seperti duri dalam daging yang hanya memporak-perandakan parti.
SEJARAH MUNGKIN BERULANG?
Secara tradisinya, jawatan presiden disandang oleh pemimpin di kalangan ulama. Namun, senario semasa dalaman PAS kini seolah-olah menggambarkan bahawa jawatan itu bakal digugat oleh kumpulan bukan ulama sehingga menyebabkan kumpulan ulama mulai bersuara.
Penganalisis politik berpendapat suara tegas kumpulan ulama yang mahu dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden PAS dikenakan tindakan selain mencabar PasMa menubuhkan parti sendiri, dilihat sebagai suatu usaha 'pembersihan' parti selain sebagai isyarat supaya parti itu terus kekal dipimpin oleh kumpulan ulama.
Melihat kembali sejarah pemilihan parti pada 2011, kumpulan ulama pernah 'disisihkan' sehingga menyaksikan dua wakil kumpulan ulama iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (sekarang Naib Presiden) dan Nasharuddin Mat Isa (bekas timbalan presiden) gagal meraih sokongan perwakilan untuk jawatan nombor dua parti.
Nasib yang sama juga menimpa semasa pemilihan parti 2013 apabila kumpulan ulama semakin hilang pengaruhnya dalam parti apabila Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah daripada kumpulan itu tewas kepada Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti.
Bagi jawatan naib presiden, Tuan Ibrahim yang mewakili kumpulan ulama berjaya meraih tempat pada pemilihan 2013 berbanding pemilihan 2011, tiada seorang pun wakil kumpulan ulama dipilih bagi jawatan itu.
Adakah nasib yang sama akan menimpa kumpulan ulama pada pemilihan parti kali ini?
Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) yakin dengan senario semasa dan ditambah ketiadaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan ekoran kes liwat bekas pembantunya akan menyaksikan kumpulan ulama PAS akan diberikan tempat semula dalam hirarki parti. Pada 10 Feb, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.
Mohd Izani berhujah senario pemilihan PAS pada 2011 selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008, yang menyaksikan pakatan pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN), banyak dipengaruhi sentimen 'menawan Putrajaya' dan keghairahan meraih seberapa banyak sokongan pengundi khususnya bukan Melayu melalui kerjasama politik PAS, DAP dan PKR.
"Sebab itu kita lihat, orang yang mampu menjalinkan hubungan antara orang Melayu dan bukan Melayu di kalangan pemimpin PAS adalah Mohamad Sabu. Beliau merupakan individu terbaik ketika itu untuk memainkan peranan mewakili PAS bagi meraih sokongan.
"Selain itu, sokongan bukan Melayu kepada PAS pula bertambah sehingga parti itu menaik taraf kelab penyokong PAS kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada 2010," katanya kepada Bernama di sini.
Berbeza dengan pilihan raya umum ke-13, Mohd Izani berkata PAS mula merasai bahawa kerjasama politik bersama PKR dan DAP banyak merugikan parti dan mengubah hala tuju parti daripada matlamat asal perjuangan sehingga memaksa beberapa pemimpin kanan PAS mendesak supaya tahaluf siyasi atau kerjasama politik bersama rakan sekutunya dikaji semula.
"Saya berpandangan dengan apa yang dilalui PAS dalam Pakatan Rakyat selama ini, pemilihan parti kali ini akan memberikan semula mandat kepada kepimpinan ulama untuk memperbetulkan hala tuju parti," katanya.
PENUBUHAN PasMa
Satu perkara menarik dalam senario PAS hari ini ialah wujudnya PasMa.
PasMa yang dipimpin oleh bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi ditubuhkan 11 Ogos tahun lalu sebagai NGO yang memberi fokus kepada isu politik tanah air dan cenderung kepada pengukuhan pakatan pembangkang.
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yakob dalam ucaptama di multaqa itu dilapor sebagai berkata penubuhan PasMa adalah satu usaha untuk merosakkan dan menghancurkan PAS serta memecah-belahkan parti.
Bagi memastikan anasir perosak ini tidak lagi mengambil kesempatan daripada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, Ahmad menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat melalui Jawatankuasa Disiplin mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana pemimpin dan anggota PAS yang terlibat dengan PasMa.
IMPLIKASI POLITIK
Sehingga kini PasMa bergerak aktif. Kenapa tiada tindakan diambil terhadap anggota PasMa?
Mengulas persoalan itu, pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berkata anggota PAS yang menyertai PasMa tidak mungkin dipecat memandangkan ia boleh menimbulkan implikasi politik yang lebih buruk kepada PAS.
Mengambil contoh kes Nasharuddin yang dikecam teruk oleh parti kerana menjalin hubungan dengan UMNO, tindakan terhadap PasMa akan dilihat sebagai 'pilih kasih' jika ada anggota NGO itu dipecat daripada PAS.
"Nasharuddin masih lagi ahli PAS dan beliau tidak dipecat. Jika ini (pemecatan) berlaku kepada ahli PasMa, anggota PAS akan berasa tidak berpuas hati dan mempersoalkan keputusan yang diambil parti terhadap Nasharuddin (yang tidak dipecat).
"Pada saya, ini lebih kepada soal kegagalan PAS menguruskan perbezaan pandangan dan kesempitan ruang bersuara di kalangan anggota. Kewujudan PasMa dilihat menjadi platform untuk anggota menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pengurusan parti dan sebagainya," katanya .
Implikasi Mesyuarat Rahsia PASMA-DAP
Kesimpulannya, PASMA tidak diperlukan oleh PAS. Dengan berlangsungnya Mesyuarat  Rahsia PASMA dengan DAP beberapa hari lalu di mana DAP berjanji memberi dana sekurang-kurangnya RM3Juta sebulan untuk menjatuhkan Presiden Hj Hadi dan mengukuhkan pakatan bersama DAP, maka PASMA sudah boleh bergerak sendiri tanpa memperdulikan PAS lagi.
Bersambung...

1 MAC : TARIKH KERAMAT PETANDA KEBANGKITAN PASMA.

Posted: 24 Feb 2015 11:16 PM PST


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat bagi sesi 2015/2017 akan menerima pencalonan bagi 27 jawatan peringkat pusat mulai 1 Mac ini apabila 188 bahagian parti itu memulakan mesyuarat agung tahunan masing-masing.

Pengerusi Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat kali ke 61, Asmuni Awi berkata semua PAS bahagian diberi masa mengadakan mesyuarat agung tahunan bermula 1 Mac sehingga 21 April ini.

"Mereka boleh melakukan pemilihan 24 jawatan peringkat kawasan (bahagian) dan sebaik mesyuarat selesai boleh terus mengemukakan nama calon untuk pemilihan peringkat pusat," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS Pusat di sini Selasa.

Asmuni berkata tarikh akhir bagi bahagian mengemukakan pencalonan adalah pada 5 petang, 30 April dan pencalonan yang dikemukakan selepas itu tidak akan dilayan.

Beliau juga mengingatkan agar calon-calon berkempen secara sihat dan mengelak sebarang perkara yang mencemarkan kredibiliti calon lain.

"Kami benarkan berkempen secara sihat tetapi tertakhluk pada larangan yang terkandung dalam perlembagaan parti, jika ada yang didapati melanggar peraturan ini mereka terdedah kepada tindakan disiplin," katanya.

Asmuni juga mengingatkan anggota bahagian supaya menghentikan amalan  pelantikan secara 'longgokan' iaitu memilih nama tanpa menentukan jawatan mereka terlebih dahulu.

"Ini berlaku setiap kali pemilihan, pilih nama secara 'lump sum' atau 'longgokan' dulu, lepas itu mesyuarat lain baru pilih siapa nak jadi YDP (Yang Dipertua), siapa nak jadi setiausaha ... ini salah, kerana ikut peraturan mesyuarat dianggap sempurna bila semua jawatan siap ditentukan dahulu," katanya.

Asmuni juga berkata tiada sebarang syarat bagi anggota PAS yang menjadi anggota mana-mana badan bukan kerajaan termasuk Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dilarang daripada menjadi calon atau memegang sebarang jawatan dalam parti.

Pemilihan Jawatankuasa PAS diadakan setiap dua tahun dan bagi pemilihan jawatan peringkat pusat kali ini akan diadakan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang dijangka 1 Jun ini.


SUMBER

1 Mac adalah tarikh pencalonan pemilihan jawatankuasa PAS. Tarikh yang menjadi saksi sama ada PASMA benar-benar mencabar ulama atau hanya berani cakap belakang.

Kalau berdasarkan pendedahan Raja Petra, PASMA sudah mendapat modal besar untuk mencabar kepimpinan Ulama.

http://mymassa.blogspot.com/2015/02/pemuda-pas-minta-siasat-pendedahan-dap.html

Kalau berdasarkan pendedahan terbaru portal PAS, pemimpin Pakatan sendiri telah memberi sokongan terbuka kepada PASMA.
http://mymassa.blogspot.com/2015/02/portal-milik-pas-dedahkan-lim-guan-eng.html

Adakah PASMA berani mencalonkan Mat Sabu? Sama-sama kita nantikan 1 Mac ini.

tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:48 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka dan Parlimen Permatang Pauh, apa kata PM Najib

Posted: 25 Feb 2015 04:47 PM PST

UMNO tidak tanding PRK Chempaka

PRK bukan suatu perkara yang semestinya kita akan lakukan.

KUALA LUMPUR, 25 Februari: UMNO tidak akan meletakkan calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Chempaka yang dijadualkan pada 22 Mac ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar pendapat daripada Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Menurut Najib, terdapat pelbagai faktor kukuh yang memerlukan lebih tumpuan seperti pemulihan banjir dan kerja-kerja kebajikan.

"Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) malam ini telah berbincang dan kita ambil keputusan UMNO tidak akan bertanding dalam PRK Chempaka.

"Kita memikirkan bahawa kita melihat kepada usaha-usaha perpaduan ummah walaupun ada perbezaan pendapat dan ideologi politik," katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di PWTC di sini.

Jelas Najib, keputusan untuk tidak bertanding dalam PRK bukan perkara baru dan UMNO pernah melakukannya sebelum ini seperti di PRK Bukit Gelugor.

"PRK bukan suatu perkara yang semestinya kita akan lakukan.

"Bagaimanapun kita tidak menghalang sesiapa pun untuk bertanding termasuk calon bebas," katanya.

Mengulas lanjut mengenai PRK Permatang Pauh, Najib berkata UMNO masih menunggu tarikh pilihan raya yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kita tunggu ikut tafsiran perlembagaan.

"SPR akan menerima nasihat tafsiran tersebut dan SPR akan tentukan tarikh.

"Bila SPR tentukan tarikh, MT akan membuat keputusan kelak," ujarnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/26/umno-tidak-tanding-prk-chempaka/#ixzz3So7QoU00

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:26 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MAIDAM nafi kenakan hukuman denda terhadap pesalah

Posted: 25 Feb 2015 06:51 PM PST

MAIDAM
MAIDAM hanya menyediakan khidmat kaunseling dan bukan mengenakan denda sebagaimana mesej yang tersebar di media sosial.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menafikan kenyataan berhubung hukuman yang bakal dikenakan ke atas individu yang melakukan perbuatan tidak senonoh dan berpakaian tidak sopan di tempat awam.
MAIDAM dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, hanya tindakan kaunseling akan dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan itu.
"Buat masa ini MAIDAM hanya menyediakan khidmat kaunseling bagi kesalahan berkelakuan tidak senonoh dan berpakaian tidak sopan di tempat awam.
"Ia termaktub dalam Seksyen 34 dan 35 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, satu mesej yang menyatakan tindakan akan dikenakan terhadap individu yang melakukan kesalahan berkenaan tersebar di media sosial.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO tidak berani lawan PAS – Husam

Posted: 25 Feb 2015 06:50 PM PST

Image-3-2
Husam berkata, selepas pemergian Nik Aziz, UMNO/BN mengakui kehebatan perjuangan beliau dan yang lebih penting, mesej perjuangan beliau iaitu Islam dan bukan kebangsaan adalah benar.
PAS menyifatkan UMNO tidak berani berdepan 'musuh tradisi' apabila memutuskan untuk tidak meletakkan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka 22 Mac ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata keputusan itu membuktikan kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menurun.
"Sekaligus membuktikan kata-kata keramat al Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat: 'Tak dok sebab demo nak lawan kawe' menjadi kenyataan hari ini," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Namun katanya, meskipun tanpa penyertaan UMNO, isu membabitkan perpaduan ummah tidak akan berhenti.
Hal itu katanya, perlu dijelaskan bagi mengelakkan berlakunya perpaduan ummah tanpa ketelusan.
Jelas Husam, beliau tidak nampak perpaduan ummah boleh ditegakkan tanpa ketelusan dalam isu kenegaraan yang besar.
"Perpaduan Ummah hanya akan menjadi alat politik jangka pendek untuk menyelamatkan hayat politik individu dan parti tertentu semata-mata.
Read More / Baca Lagi >>

KENYATAAN AKHBAR: TIMBALAN PRESIDEN PAS

Posted: 25 Feb 2015 06:40 PM PST

1. Berkenaan isu rakaman suara yang dimainkan dalam media-media sosial serta lain-lain Media Perdana, saya hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan oleh Presiden PAS berkenaan segala tuduhan kepada saya, kerana ianya masaalah dalaman parti, sekiranya diminta.
2. Berkenaan kedudukan saya dalam Parti, saya serahkan kepada Muktamar serta kebijaksanaan Perwakilan.
3. Berkenaan tindakan saya keatas TV3, UTUSAN MALAYSIA serta lain-lain Media saya serahkan kepada Peguam YB Hanipa Maidin.
Sekian
Tn Hj Mohammad Sabu
Timbalan Presiden PAS
26hb Feb 2015/9.30pg

Permohonan pengampunan Anwar tidak mudah

Posted: 25 Feb 2015 06:36 PM PST

Peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali mengecap kebebasan semula melalui petisyen untuk memohon pengampunan Yang di-Pertuan Agong mungkin berdepan banyak kesukaran.

Petisyen itu mengandungi alasan bahawa pemenjaraan Anwar disebabkan oleh kesilapan mahkamah, tetapi seorang peguam melihatnya sebagai hujah yang tidak penting.

Ragunath Kesavan, seorang peguam kes jenayah berkata petisyen untuk memohon pengampunan itu tidak menangani hujah perundangan.

"Kesemua perkara mengenai kesilapan mahkamah atau bukti yang tidak dapat diterima, tidak lagi penting buat Lembaga Pengampunan.

"Ini adalah mengenai belas kasihan. Anda bercakap mengenai tahap kesihatan atau usianya yang lanjut dan sebagainya. Yang penting, anda katakan 'OK, saya disabitkan kesalahan. Saya minta maaf, tolong ampunkan saya'.

"Ini amat cenderung membawa kepada pengakuan bersalah," katanya kepada Malaysiakini.

Ragunath berkata, tiada data yang dapat menunjukkan jumlah pengampunan diraja di Malaysia, dan ia biasanya dipohon oleh pesalah yang menanti pelaksanaan hukuman mati.

"Dalam kes ini, satu petisyen memohon pengampunan yang berjaya akan membolehkan hukuman itu diubah kepada penjara seumur hidup," tambahnya.

Ragunath berkata, dari segi teknikal, tiada peruntukan yang menetapkan individu yang patut mengemukakan petisyen berkenaan, bagi pihak orang yang disabitkan.

"Ia boleh jadi peguam atau keluarga orang yang disabitkan. Dalam kes ini, selagi Anwar tidak mempertikai petisyen itu, ia tetap terpakai," kata beliau yang juga bekas presiden Majlis Peguam.

Pihak yang akan menentukan sama ada Anwar patut diberi belas kasihan itu, turut melibatkan individu yang dikenali tidak mesra dengan Anwar.

Read More / Baca Lagi >>

Hukum Syariah di Terengganu dan Kelantan

Posted: 25 Feb 2015 06:13 PM PST

Aizat Shamsuddin


Untuk menjadi agamawan dan negeri yang mempraktikkan norma-norma Islam, pada pendapat sebahagian besar daripada mereka ialah dengan "menghukum".  Hukuman itulah yang menjadi pengukur keislaman sesebuah kerajaan dan negeri.
Baru-baru ini Terengganu mencadangkan beberapa peraturan Syariah seperti, wanita yang tidak memakai tudung akan didenda, lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat akan diusung keliling kampung dengan menaiki van jenazah dan lelaki dan perempuan bukan mahram yang membonceng motorsikal sekali akan ditangkap.
Sama seperti di Mosul, Iraq, yang mana puak radikal Islamic States berarak membawa tahanan Peshmerga yang berbangsa Kurdistan mengelilingi kawasan tersebut di dalam sangkar besi sebelum mereka dibunuh. Di Iran sejak 1983, peraturan memakai hijab dikuatkuasakan dengan menjatuhkan hukuman sebatan dan penjara jika tidak dipatuhi.

Remaja perempuan di Asfahan pada Oktober lepas diserang asid oleh sekumpulan lelaki hanya kerana tidak memakai hijab dengan betul. Manakala di Mesir, fatwa oleh ulama Universiti Al Azhar yang mengharuskan wanita untuk menyusukan rakan-rakan lelaki, demi menghalalkan hubungan yang bukan mahram tadi kepada mahram. Persamaannya ialah kesemuanya dilakukan atas nama agama. Ia bermula dengan peraturan yang mengekang dan lama-kelamaan akan menjadi lebih parah kerana fanatik dalam beragama. Orang lain turut sama dipaksa untuk mengikuti segala bentuk fahaman agama yang dipegang.
Jika ingin berbicara mengenai Islam, ayat-ayat di dalam al-Quran tidak pernah menunjukkan Islam itu agama yang agresif, memaksa dan jumud. Surah Al Baqarah : 256, "tiada paksaan dalam agama".
Surah Ali Imran: 99, "Dan bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman, jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?"
Surah Yunus : 20, "sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan. Dan ingatlah, Allah sentiasa Melihat sekalian hambaNya".
Ramai yang memanipulasikan terma-terma di dalam agama demi kepentingan politik dan reputasi masing-masing. Setiap manusia mempunyai kebebasan untuk memilih dan membuat keputusan. Tidak ada seorang pun layak mengingkari perkara tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Ke mana hala tuju politik baru Pakatan?

Posted: 25 Feb 2015 06:00 PM PST

Ke mana hala tuju politik baru Pakatan? Apabila keluar kenyataan pemimpin DAP seolah menghalau PAS keluar Pakatan Rakyat sekiranya membentangkan pindaan enakmen jenayah syariah di DUN Kelantan, penulis teringat isu nama Allah yang berlaku sebelum pilihan raya umum yang lepas.
Presiden PAS membuat ketetapan dibenarkan bukan Islam menggunakan nama Allah kerana tiada halangan dalam agama untuk mereka menggunakannya. Juga diperingatkan agar ia tidak disalahgunakan. Sikap itu menimbulkan polemik apabila sebilangan pihak tidak bersetuju.
Lawan PAS, iaitu Umno, memanipulasi bersungguh-sungguh isu tersebut demi mendapatkan semaksimum mungkin undi Melayu.
PAS dilihat defensif apabila terpaksa berdepan pelbagai pihak yang 'tidak tahu' hukum sebenar ataupun kalangan mereka yang sengaja mengambil kepentingan politik. Natijahnya sedikit sebanyak dilihat memberi kesan kepada undi Melayu kepada PAS.
Namun pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tersebut, kajian UMcedel menunjukkan sebaliknya. Walaupun undi Melayu PAS sedikit sebanyak terjejas, tetapi ia tidak memberi kesan besar. Ini kerana kalangan Melayu yang tidak berpuas hati dengan sikap PAS dalam isu nama Allah tersebut, tidak menterjemahkan dalam bentuk undi.
Bermakna harapan perubahan masih diletakkan kepada PAS dan Pakatan Rakyat dan Umno bukan pilihan mereka walaupun mereka menolak sikap PAS dalam isu tersebut. Dapatan UMcedel ini disimpulkan, sikap PAS tersebut adalah betul dari sudut politiknya. Ini kerana kefahaman yang dibina atas sikap tersebut lama kelamaan akan tersebar. Untuk sampai ke pilihan raya seterusnya, pengundi Melayu semakin faham dan bermaklumat. Maka tiada peluang lagi lawan PAS menggunakan isu tersebut.
Inilah kelebihan apabila kita berdepan dengan masalah dengan cara membina kefahaman dan bukan lari daripada masalah untuk keuntungan yang singkat.
Politik baru ialah politik ilmu. Mengilmukan rakyat agar mereka faham dan perubahan dilakukan atas dasar kefahaman. Isu hudud yang dipolemikkan sejak tahun 1993 lagi sejurus Kelantan meluluskan enakmen berkenaan di DUN Kelantan. Kemudian berlarutan pada tahun 2001 apabila kerajaan PAS Terengganu mengambil tindakan yang sama. Terus berlaku apabila lawan kita daripada BN melambung isu ini sebelum pilihan raya tahun 2004 dan 2013.
Kini ia muncul lagi apabila Kelantan berhasrat melaksanakannya dengan membawa perkara ini ke parlimen. Sepanjang tempoh itu, berlaku perdebatan yang panjang antara DAP dengan PAS yang sedikit sebanyak memberi kefahaman kepada sebahagian besar pemimpin DAP terhadap hasrat PAS tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Memahami bacaan politik status Facebook Dr Asri

Posted: 25 Feb 2015 05:54 PM PST


ASRI

oleh IZMIL AMRI

Saya membaca komentar politik mantan mufti Perlis yang kini kembali jadi mufti, Dr Asri Zainal Abidin, dengan senyum sampai ke telinga. Ramai yang begitu tergesa-gesa menabrak pendapat beliau; saya nasihatkan baca dahulu dua tiga kali sebelum membuat kesimpulan. Tajuk berita sahaja tidak mampu mempermudah mantiq Asri itu.
Mari kita perincikan satu demi satu bacaan politik beliau, supaya kita ketemukan kefahaman yang lebih menyenangkan hati.
Asri memulakan bacaan politik ringkasnya dengan mengingatkan kita bahawa PAS dan Umno sudah terlalu lama berbalah. Bahkan perbalahan PAS dan Umno ini masih lagi tidak selesai, di tengah-tengah rancak perbincangan dan ramalan konAonnya kedua-dua parti politik Melayu ini akan bergabung.
Beliau kemudiannya menggesa usaha ke arah perpaduan Umno-PAS itu disegerakan. Kenapa? 'Demi kebaikan rakyat negara ini,' katanya. Di ayat seterusnya, Asri mengenakan 'caveat' bahawa kerjasama itu 'jika' dengan maksud tolong-menolong ke arah kebaikan, maka ia merupakan suruhan agama.
Kata 'jika' di situ turut meletakkan andaian secara 'mafhum mukhalafah' bahawa jika sebaliknya ia tidak bermaksud untuk tolong menolong ke arah kebaikan, maka ia ditegah oleh agama. Jadi apa maksud Umno dan PAS mahu bergabung? Adakah demi menyelamatkan Umno yang sudah tiga suku nyawa, atau bagaimana?
Seterusnya Asri memberitahu lagi bahawa 'PAS telah berjuang di luar sekian lama untuk membaiki politik Umno'. Di sini Asri memberitahu kita bahawa a) Politik Umno ini rosak dan b) PAS telah sangat lama berjuang demi memperbaiki kerosakan Umno. Maka kemudian beliau bertanya, 'mengapa tidak PAS mencubanya pula dalam satu kerajaan?'
Soalan ini perlu dijawab. Mengapa tidak, dan kalau pun patut, apa pula sebabnya? Adakah kerana PAS sudah puluhan tahu dibuli dan ditipu Umno? Atau adakah kerana PAS dahulu pernah berada di dalam Barisan Nasional dan sudah tahu bahawa usaha memutihkan Umno ini kerja mencangkul angin?
Read More / Baca Lagi >>

PAS teruskan persedian PRK walaupun BN tidak bertanding di Chempaka

Posted: 25 Feb 2015 05:51 PM PST

Kemungkinan untuk calon bebas bertanding tetap ada.

PETALING JAYA: Walaupun Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan UMNO/ Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding di DUN Chempaka, PAS akan tetap meneruskan persediaan Pilihan Raya Kecil (PRK).
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persediaan akan diteruskan seperti biasa hingga ke hari penamaan calon pada 10 Mac akan datang.
ibrahimuno"Saya ucapkan terima kasih atas keputusan BN yang memutuskam untuk tidak meletakkan calonnya, bagaimanapun, kemungkinan untuk calon bebas bertanding tetap ada," ujarnya dalam kiriman Whatsapp sewaktu dihubungi Free Malaysia Today (FMT).
Ibrahim turut menyatakan rakyat masih lagi bersedih atas pemergian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Berita ini tentunya akan menenangkan jiwa mereka," ujarnya.
Semalam, Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah membuat keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini.
Ketua penerangannya Datuk Ahmad Maslan dalam status Twitternya memberitahu keputusan tersebut diambil bagi memberi tumpuan kepada usaha pemulihan negeri Kelantan akibat banjir besar yang melanda negeri itu tahun lalu.
"UMNO/ Barisan Nasional (BN) tidak bertanding di DUN Cempaka. Diumum lepas Mesyuarat MT malam ini. Tumpu selesai bantuan banjir dan perpaduan ummah," tulisnya dalam status Twitter.
Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat.

His dad's name & Rosmah's multi-million dollar jewellery: ELEGANT SILENCE NOT AN OPTION FOR NAJIB

Posted: 25 Feb 2015 05:50 PM PST

His dad's name & Rosmah's multi-million dollar jewellery: ELEGANT SILENCE NOT AN OPTION FOR NAJIBElegant Silence is no option for the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak to the swirling national and international controversy since the New York Times report on Feb. 9, 2015 quoting a statement from the Prime Minister's Office (PMO) attributing his expenditure, including the multi-million dollar purchases of his wife's jewellery, to his inheritance.
The PMO statement to New York Times said:
"Neither any money spent on travel, nor any jewellery purchases, nor the alleged contents of any safes are unusual for a person of the prime minister's position, responsibilities and legacy family assets."
Two weeks after the New York Times report, the four brothers of the Prime Minister expressed concern over news reports regarding inheritance said to be from their father, Tun Razak Hussein, the second Prime Minister of Malaysia.

In a rare private statement, Najib's four younger brothers Johari, Nizam, Nazim and Nazir expressed worry that the name of their father, who was known for his frugality, would be tarnished by such talks of family assets.
They said: "We are extremely concerned that some recent news ​articles and postings​ have given rise to speculation as to the nature and extent of the inheritance that our​ late​ father, Abdul ​R​azak​, ​had ​left​ behind.
"We wish to put on record that Abdul Razak was a ​highly-principled man, well known to all ​who knew him ​for his frugality and utmost integrity​ and any statement or inference to the contrary would be totally false and misleading to his memory and to his service and sacrifices for the nation.​
"We take issue with anyone who taints his memory, whatever the motive. We would also like to add that our whole family is united on this issue."
Read More / Baca Lagi >>

Najib harus jawab persoalan harta peninggalan ayahnya, kata DAP

Posted: 25 Feb 2015 05:47 PM PST

Datuk Seri Najib Razak tidak boleh terus berdiam diri dan menjelaskan kenyataan Pejabat Perdana Menteri – mengaitkan perbelanjaannya, termasuk pembelian berjuta-juta dolar barang kemas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan harta warisan yang diperoleh daripada ayahnya Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri kedua Malaysia, kata DAP.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, reputasi kedua-dua perdana menteri Malaysia berada dalam bahaya, menyebabkan Najib harus menjawab kontroversi yang menular sejak Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan kenyataan kepada The New York Times.

 "Saya boleh menjamin Tun Razak dikenali dengan sifat cermatnya dan integriti yang amat tinggi, kerana tidak pernah saya membangkitkan sebarang isu yang menimbulkan keraguan terhadap integritinya, sepanjang saya berada di Parlimen di antara 1971 hingga 1976 ketika Razak merupakan perdana menteri," kata ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Memandangkan reputasi kedua-dua Perdana Menteri – ayah dan anak – berada dalam bahaya, Najib harus menjawab kontroversi yang menular sejak laporan New York Times pada 9 Februari itu secara mudah dan terus terang, dan tidak menunggu sehingga hal tersebut diburu oleh para ahli Parlimen apabila Dewan mula bersidang pada 9 Mac.

"Atau adakah Najib sedang bersedia untuk membuat kenyataan menteri mengenai perkara itu pada hari pertama perbahasan di Parlimen pada 10 Mac nanti?"
Semalam wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin menggesa PMO menjelaskan kenyataannya tentang harta peninggalan perdana menteri kedua Malaysia, Razak atau berisiko dituduh mencemarkan legasinya.

Read More / Baca Lagi >>

Nilai RM1,200 Pada Rakyat..!!!

Posted: 25 Feb 2015 04:37 PM PST




KRISIS KEYAKINAN UMNO/BN DAN PERPADUAN UMMAH TANPA KETELUSAN

Posted: 25 Feb 2015 04:19 PM PST

Pengumuman Presiden Umno bahawa Umno/BN tidak akan meletakkan calon untuk PRK Cempaka membuktikan kekuatan Umno/BN di era kepimpinan beliau sudah menurun ke tahap tidak lagi berani berhadapan dengan lawan tradisinya.
Sekaligus membuktikan kata kata keramat al Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat :'Tak dok sebab demo nak lawan kawe' menjadi kenyataan hari ini.
Selepas pemergian Tok Guru, Umno/BN mengakui kehebatan perjuangan beliau dan yang lebih penting, mesej perjuangan beliau - Islam dan bukan kebangsaan - adalah benar. Alhamdulillah.
Sekalipun tanpa penyertaan Umno/BN, isu negara yg melibatkan DS Pres Umno secara langsung iaitu 1MDB dan misteri pembunuhan Altantuya tetap akan diketengahkan dan tetap memerlukan tindak balas meyakinkan dari PM Malaysia.
Saya tidak nampak perpaduan ummah boleh ditegakkan tanpa ketelusan dalam isu kenegaraan yang besar seperti 1 MDB dan isu jenayah seperti Altantuya.
Perpaduan Ummah hanya akan menjadi alat politik jangka pendek untuk menyelamatkan hayat politik individu dan parti tertentu semata-mata.
Bahkan, sebelum ini BN juga gagal meletakkan calon di Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan ia tidak membawa apa apa makna kepada perpaduan ummah atau negara.

Husam Musa, 

Pengampunan Diraja perlu ditandatangani sendiri Anwar, kata peguam kanan

Posted: 25 Feb 2015 04:13 PM PST

Petisyen Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pengampunan Diraja tidak sah sekiranya tidak ditandatanganinya sendiri dengan senarai faktor bagi pengampunan, kata seorang peguam kanan. Datuk Jagjit Singh berkata, tidak sepatutnya bagi peguam atau ahli keluarga Anwar menandatangani surat mewakilinya kerana mereka bukanlah pihak yang terjejas secara langsung. "Ia sepatutnya ditandatangani oleh seseorang yang dibebani keputusan mahkamah," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Beliau berkata demikian sebagai respons kepada tindakan mengejut isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya Nurul Izzah Anwar, yang memohon petisyen bagi pengampunan Diraja kepada Istana Negara pada Selasa, sejurus sebelum tarikh akhir 14-hari untuk berbuat demikian tamat.

 Nurul Izzah yang merupakan naib presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, petisyen untuk pengampunan Diraja itu dibuat berdasarkan sabitan kesalahan yang gagal menepati prinsip keadilan. Peguam Anwar, N Surendran berkata pada Selasa yang ketua pembangkang itu tidak bercadang memohon pengampunan Diraja.

 "Kami bertemu dengan Anwar di penjara minggu lepas dan beliau tidak memberi apa-apa arahan untuk memfailkan permohonan itu. Peguamnya juga tidak akan memfailkan permohonan sebegitu," katanya. Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan Anwar kekal ahli Parlimen Permatang Pauh sementara menunggu keputusan Yang di-Pertuan Agong mengenai petisyennya.

Jagjit, 70, mengendalikan banyak permohonan ke Lembaga Pengampunan, termasuk permohonan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim yang disabitkan bersalah kerana membunuh Datuk Mohd Taha Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh pada 1982. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kemudiannya menukar hukuman mati Mokhtar kepada hukuman penjara lebih ringan yang akhirnya membawa kepada pembebasan awal daripada penjara.

Read More / Baca Lagi >>

Kerugian pracukai Utusan meningkat tiga kali ganda

Posted: 25 Feb 2015 04:06 PM PST

Kerugian pracukai Utusan Melayu (Malaysia) Bhd meningkat tiga kali ganda kepada RM82.64 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, daripada RM20.39 juta sebelum ini disebabkan pendapatan lebih rendah dan caj susut nilai lebih tinggi bagi perniagaan dan lain-lain bil belum terima.

Pendapatan merosot kepada RM291.32 juta bagi tahun dalam semakan daripada RM342.43 juta sebelum ini disebabkan kelemahan sumbangan oleh segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan.

Pendapatan segmen berkenaan dalam suku terakhir susut 13.5 peratus, disebabkan terutamanya oleh pengurangan ketara dalam pengiklanan, kata syarikat penerbitan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Kumpulan itu mengunjurkan 2015 sebagai tahun yang mencabar disebabkan peningkatan persaingan dalam penguasaan pasaran bagi perbelanjaan pengiklanan dan edaran akhbar.

Read More / Baca Lagi >>

Polis siasat ceramah 'Anwar Yang Dizalimi' di Pagoh

Posted: 25 Feb 2015 04:03 PM PST

Polis Johor membuka kertas siasatan berhubung penganjuran ceramah bebas mengenai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Pagoh, Ahad lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mohktar Mohd Shariff berkata ceramah yang dipercayai anjuran parti pembangkang itu dibuat tanpa permit yang sah di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Sehubungan itu, mereka yang berucap dan menghasut semasa ceramah berkenaan jangan fikir polis tidak ambil tindakan.
  
"Kita pun guna kebijaksanaan dan apabila kertas siasatan lengkap, kita akan kemukakan ia kepada timbakan pendakwa raya untuk tindakan lanjut," kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di Johor Bahru semalam.

Ceramah solidariti bertajuk 'Anwar Yang Dizalimi' itu turut dihadiri beberapa wakil pembangkang antaranya Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli dan Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

Read More / Baca Lagi >>

Najib diberi kata dua berundur atau berdepan dengan masalah?

Posted: 25 Feb 2015 03:56 PM PST

MSO

Semalam saya jumpa dengan veteran Umno dia memberi tahu kedudukan Najib Razak sebagai PM kini terancam. Menurut veteran itu Najib diberi kata dua, sama ada berhenti sebelum Mac ini atau berdepan dengan masalah.

Beliau tidak menyebut apakah masalah itu. Nama orang memberi kata dua itu juga disebut tetapi saya tidak mahu nyatakan disini.

Tetapi dipercayai ia ada kena mengena dengan satu perkara yang boleh memalu dan menyusahkan Najib. Bagaimana pun ia tidak akan didedahkan kalau Najib sedia berundur dengan baik.

Kita tunggulah sehingga akhir bulan ini.

Dokumentari MH370 tidak disiar di Malaysia

Posted: 25 Feb 2015 03:50 PM PST


mh370doc


Rakyat Malaysia tidak akan berpeluang untuk menonton dokumentari oleh National Geographic yang akan bermula pada 8 Mac ini, sebagai memperingati satu tahun kehilangan pesawat MH370.
Bahagian Komunikasi Astro dalam jawapannya kepada The Rakyat Post menyatakan National Geographic telah memberitahu mereka mengenai dokumentari bertajuk 'Malaysian 370: What Happened?" (Malaysia 370: Apa yang telah berlaku?) yang hanya akan disiarkan di Britain.
Tidak dapat dipastikan sama ada program itu akhirnya akan disiarkan di Malaysia atau tidak.
Menurut laporan Mirror Online, dokumentari itu menyiasat dakwaan pakar penerbangan bahawa pesawat berkenaan yang membawa 227 penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing – sengaja dialihkan perjalanannya ke Antartika.
Teori berkenaan dikatakan berdasarkan data satelit dari pesawat bnerkenaan dan terbang beberapa jam selepas hilang secara misteri dari radar.
Hampir setahun selepas kehilangannya, MH370 sekarang dikatakan adalah insiden paling misteri dalam industri penerbangan moden.
Sementara itu, sempena memperingati kejadian malang itu, beberapa dokumentari dan teori konspirasi mula disiarkan melalui beberapa saluran termasuk YouTube dan menarik perhatian penonton di seluruh dunia.
Antaranya adalah program siri Air Crash Investigation diterbitkan oleh National Geographic.
Siri berkenaan Air Crash Investigation ini sudah memasuki musim ke 14, menggunakan gambar yang dihasilkan melalui perisian komputer untuk mewujudkan semula kejadian yang berlaku kepada penonton.
Berdasarkan dokumen rasmi dan analisis pakar yang menyiasat bukti yang ada, sedutan dokumentari sepanjang 45 minit itu mula disebarkan dan menjadi trending di media sosial.
Read More / Baca Lagi >>

Ulama Pas hanya beri nasihat bukan mencela....

Posted: 25 Feb 2015 03:47 PM PST

Mohd Amar Nik Abdullah
SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan ulama pernah mencela atau memaki mana-mana pihak dengan gelaran buruk sebaliknya ia berupa nasihat untuk memulihkan parti.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan bagaimanapun menegaskan teguran yang dibuat ulama itu kadang-kala perlu ketegasan, sesuai dengan keadaan dan keperluan.

"Kadang-kala nasihat itu kedengaran keras, sesuai dengan kesilapan yang dilakukan, bukan teguran dibuat dalam lembut sahaja.

"Kalau kita tengok kaedah al-Quran sendiri, ada kalanya ALLAH menegur dengan lembut, ada masnya ALLAH menegur dengan bahasa yang keras.

"Dalam Surah Al-Haq ALLAH sebut celakalah kedua belah tangan Abu Lahab dan dia sendiri celaka, jadi ALLAH sendiri menggunakan perkataan yang keras dalam keadaan tertentu sesuai dengan kesalahan yang dilakukan itu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

PAS Vs DAP: Siapa Yang Akan Keluar Pakatan?

Posted: 25 Feb 2015 03:40 PM PST

Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Siapakah di antara PAS atau DAP yang akan keluar daripada pakatan pembangkang?

Persoalan ini menarik minat ramai pihak khususnya pemerhati politik mengenai sejauh mana darjah ketegangan antara PAS dan DAP ketika ini mampu memutuskan 'persahabatan dan kerjasama' yang terjalin selama ini.

Jika dilihat pada sejarah, PAS dan DAP pernah bekerjasama menerusi Barisan Alternatif (BA) pada 1999 yang turut dianggotai Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), sebelum KeADILan dan PRM bergabung membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2003.

Bagaimanapun, DAP, yang tidak bersetuju dengan dasar PAS memperjuangkan penubuhan negara Islam, keluar daripada BA pada 2001.

Cuaca panas dan kering yang melanda negara turut menaikkan 'suhu panas' dalam pakatan pada masa apabila pimpinan kedua-dua parti saling mendesak dan mencabar satu sama lain untuk keluar daripada 'Pakatan Rakyat', gabungan longgar yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2008, setelah PAS yang mentadbir kerajaan Kelantan bertegas mahu melaksanakan hukum hudud.

TUNGGU DAN LIHAT

Mungkinkah sejarah 14 tahun lepas yang menyaksikan DAP keluar daripada BA akan berulang?

Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berpandangan biarpun 'ketegangan' kedua-dua parti itu semakin memuncak ketika ini, ia tidak akan menyebabkan PAS atau DAP keluar daripada pakatan pembangkang.

Katanya kedua-dua parti itu dilihat lebih selesa bersikap tunggu dan lihat sama ada 'Pakatan Rakyat' akan menyingkirkan mereka, daripada mengambil keputusan keluar daripada pakatan.

"Sekarang masing-masing berasa sudah cukup kuat dengan sokongan yang diterima dan kalau keluar Pakatan Rakyat, mereka akan berasa seolah-olah mengkhianati anggota parti dan rakyat yang mengundi mereka. Lebih baik mereka tunggu sehingga dipecat daripada pakatan dan itu lebih 'gentleman'.

"PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Rakyat kecuali disingkirkan. Begitu juga dengan DAP. Masing-masing ada ego dan kita akan lihat lebih banyak konflik berlaku antara kedua-dua parti ini selagi mereka meneruskan kerjasama politik," katanya kepada Bernama, Rabu.

Beberapa pemimpin baik daripada PAS mahu pun DAP saling memberi kata dua kepada rakan sekutu mereka agar keluar daripada pakatan pembangkang kerana isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Read More / Baca Lagi >>

Jangan cakap lagi, fokus 7 Mac dan kita berpesta

Posted: 25 Feb 2015 03:28 PM PST

Kejutan yang dibuat keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menghantar petisyen bagi memohon pengampunan Yang Di Pertuan Agung masih menjadi topik perbualan hangat rakyat Malaysia.

Seperti biasa, ada yang menghentam dan ada yang cuba sedaya-upaya menjustifikasikan tindakan tersebut. Itu bukan lagi soal penting.

Sama ada Anwar memohon pengampunan ataupun tidak, beliau sudah pun berada di sebalik tembok batu Penjara Sungai Buloh.

 Sama ada beliau merayu kepada YDPA atau pun tidak, beliau sudahpun dijatuhkan hukuman Mahkamah Persekutuan Malaysia. Perkara terpenting sekarang adalah mobilasi 7 Mac 2015 nanti.
Ini adalah hal terpenting yang harus menjadi sasaran utama buat seluruh rakyat Malaysia terutamanya anak muda. Ini bukan lagi soal sosok yang bernama Anwar semata-mata.

Ini bukan soal setiakawan kepada sosok Pakatan Rakyat ini. Sedangkan "sahabat" Anwar yang katanya "sangat setia" pun tidak berbuat apa-apa. Sebab itu saya kata ini bukan lagi soal Anwar. Ini soal Malaysia.

Ini soal tentang keadaan Malaysia yang semakin hari semakin ranap di bawah pemerintah hari ini.
Ini soal ekonomi, sistem kehakiman, penyalahgunaan institusi kerajaan, bebas kos sara hidup, pembunuhan Altantuya.

Read More / Baca Lagi >>

Pejabat PM perlu jawab laporan harta peninggalan Razak, kata wartawan veteran

Posted: 25 Feb 2015 03:22 PM PST

Pejabat Perdana Menteri perlu menjelaskan kenyataannya tentang harta peninggalan perdana menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein, atau berisiko dituduh mencemarkan legasinya, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin hari ini.

Bekas ketua pengarang kumpulan News Straits Times Press (NSTP) itu merujuk kepada kenyataan daripada adik-beradik Datuk Seri Najib Razak semalam yang menyatakan kebimbangan mereka terhadap spekulasi "bagaimana dan sejauh mana" harta peninggalan bapa mereka berikutan laporan The New York Times.

"Melainkan Pejabat Perdana Menteri segera bertindak dan menafikan ia pernah membuat kenyataan kepada NYT tentang harta peninggalan Najib, ia boleh dituduh mencemarkan memori tokoh tersebut.

"Propaganda Pejabat Perdana Menteri boleh melakukan apa sahaja walaupun tergadai etika dan moral bagi melindungi perdana menteri dan isterinya.

"Namun untuk mencemarkan dan tidak menghormati memori Tun Abdul Razak tidak boleh dimaafkan," tulis Kadir di blognya The Scribe hari ini.

Dalam kenyataan mereka semalam, 4 orang anak Razak – Datuk Johari, Datuk Nizam, Datuk Nazim dan Datuk Seri Nazir berkata, bapa mereka terkenal dengan sikap berjimat serta integritinya.

Mereka berkata, amat bimbang dengan laporan berita baru-baru ini yang menimbulkan spekulasi tentang harta peninggalan bapa mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan suara Umno alami kerugian lebih teruk

Posted: 25 Feb 2015 07:56 AM PST

Kerugian pracukai Utusan Melayu (Malaysia) Bhd meningkat tiga kali ganda kepada RM82.64 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014, daripada RM20.39 juta sebelum ini disebabkan pendapatan lebih rendah dan caj susut nilai lebih tinggi bagi perniagaan dan lain-lain bil belum terima.

Pendapatan merosot kepada RM291.32 juta bagi tahun dalam semakan daripada  RM342.43 juta sebelum ini disebabkan kelemahan sumbangan oleh segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan.

Pendapatan segmen berkenaan dalam suku terakhir susut 13.5 peratus, disebabkan terutamanya oleh pengurangan ketara dalam pengiklanan, kata syarikat penerbitan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Umno umum tidak bertanding di PRK DUN Chempaka

Posted: 25 Feb 2015 07:55 AM PST

Umno tidak akan meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil kerusi Chempaka bulan depan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Ketua penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata keputusan itu dibuat bagi memberikan tumpuan pada usaha pemulihan Kelantan akibat banjir besar tahun lalu.

"Umno tidak bertanding di DUN Chempaka. Tumpu selesai bantuan banjir dan perpaduan ummah," katanya dalam mesej di Twitter.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 22 Mac depan, manakala penamaan calonnya pada 10 Mac.

Pada pilihan raya umum ke-13, bekas menteri besar Kelantan itu mengalahkan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak, dengan majoriti 6,500 undi.


KALAU TAK MEROMPAK Bukan UMNO Namanya !!!

Posted: 25 Feb 2015 07:34 AM PST

Inilah cara mereka merompak, menyamun kekayaan rakyat yang berhempas pulas berkerja... TETAPI si penyangak keris telanjang dok dlm bilik air-cond bertali leher dgn selamba mengaut keuntungan hasil titik peluh org lain..

KALAU TAK MEROMPAK Bukan UMNO Namanya !!!
Kalau kerjanya merompak buat apa saja lah saham itu ini tak kan berkat akhirnya... Last2 FGVH kerugian 96 peratus drpd RM499.4 juta berkurangan menjadi RM20.21 juta shj..

Johor diramal bakal jadi 'Singapura' kedua ???

Posted: 25 Feb 2015 07:02 AM PST


KERAjaan mana yg memrintah Johor selama ini, PAS ka? PKR ka? DAP ka?

Kalau dahulu S'pore berpisah dari M'sia siapa punya angkara, PAS ka? PKR ka? DAP ka?

Pulau Batu Puteh & Tanah KTM Tanjung Pagar tergadai siapa punya angkara, PAS ka? PKR ka? DAP ka?

ANDA KENAL SIAPA PENGKHIANAT NEGARA sebenarnya...