Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Pemilihan Umno 2016

Posted: 23 Feb 2015 08:07 PM PST

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Mat Sabu, Hatta wajar bersihkan nama?

Posted: 23 Feb 2015 05:58 AM PST


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dan Pengarah Pilihan Raya­nya, Dr. Mohd. Hatta Ramli wajar tampil memberi penjelasan bagi membersihkan nama mereka daripada tuduhan menjadi dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria berkata, tuduhan seumpama itu boleh dilemparkan oleh sesiapa sahaja, justeru siasatan wajar dijalankan, malah tindakan perlu diambil sekiranya dakwaan dilakukan adalah benar-benar berlaku.

"Perkara ini baru tuduhan, kita pun tidak tahu (kebenarannya). Sesiapa sahaja boleh melemparkan tuduhan. Yang diminta ialah supaya dibuat siasatan. Kalau tak betul, alhamdulillah. Kalau betul, kita kena ambil tindakan. Kalau nak dikira tabayyun (mendalami masalah de­ngan teliti), ayat al-Quran pun ada (menyebut), apabila kita menerima sesuatu berita, maka kita kena siasat.

"Memang sepatutnya dalam gerakan kita melibatkan satu jemaah ini, apabila ada sesuatu dilemparkan kepada kita, lebih baik kita sendiri yang tampil membersihkan nama. Kalau tak ada pembersihan ini, mungkin ada satu badan lain pula yang membuat pengesahan kepada perkara itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran pakatan pembangkang negeri di pekarangan Wisma DAP di sini hari ini.

Razman diminta mengulas kewajaran Mat Sabu dan Mohd. Hatta tampil membersihkan nama mereka selepas seorang wakil Dewan Ulama Pas Kedah, Fauzi Hussin mengaitkan kedua-duanya sebagai dalang untuk menjatuhkan Abdul Hadi sewaktu membahaskan ucapan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob dalam Multaqa Ulama SeMalaysia II di Serdang Jaya, Selangor, semalam.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya sama ada Pas negeri mengiktiraf kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Razman berkata, pihaknya mengikut ketetapan Majlis Syura Ulama selaku badan tertinggi dalam parti itu yang menetapkan supaya ahli-ahli Pas tidak terlibat dengan program dianjurkan persatuan itu.

"Badan ini melihat serta membuat teguran supaya perjalanan Pas mestilah tidak lari daripada al-Quran dan as-sunnah kerana ada yang membawa sesuatu tidak baik kepada parti.

"Maka, sebagai pesuruhjaya yang merupakan badan perhubu­ngan dan dilantik daripada keputusan Pusat, maka kita kena bawa ketetapan ini ke peringkat dasar. Kita hanya menyambung keputusan dasar ini," katanya.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Rakyat dan ‘mengarut’

Posted: 23 Feb 2015 03:44 AM PST


Rakyat dan 'mengarut'
Rakyat Malaysia hari ini dijaja 360 darjah dengan pelbagai isu.
Di barat, ada seorang peguam terkenal yang menjadi pendakwaraya sibuk mengendalikan "roadshow" untuk menceritakan kemenangannya dalam kes liwat.
Bibit-bibit adegan seks, yang dikhabarkan cerita benar, yang diceritakannya menjadi liputan media.
Pertama kali dalam sejarah, pendakwaraya perlu berjelajah menyakinkan rakyat bahawa mahkamah persekutuan tidak membuat silap. Hakim-hakim yang terlibat tidak sibuk, tapi pendakwaraya yang kelihatan sihat.
Peliknya ialah ada para pemimpin Umno yang menyokongnya. Tertanya-tanya, apakah ada orang Umno yang tak percaya cerita itu ke?
Di sebelah satu lagi pula cuba mengadakan demo jalanan untuk menyakinkan dan menanam pemikiran di dalam rakyat, bahawa yang dipenjara itu ialah tahanan politik dan bukan penjenayah.
Percayalah, rakyat tahu siapa yang mengarut.
Di timur pula, tiba-tiba muncul konspirasi melibatkan pegawai penyiasat kes liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, DSP Jude Blacious Pereira, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Pengerusi badan mencegah jenayah MyWatch R Sri Sanjeevan.
Cerita pendeknya ialah selepas Anwar dipenjara, Jude muncul dan mendakwa bahawa dia diminta untuk membuat satu kenyataan media mengakui bahawa kes berkenaan memang satu konspirasi politik ke atas Anwar – yang melibatkan Musa dan Sanjeevan.
Cerita itu kini menjadi Jude kata begini, Musa kata begitu dan Sanjeevan kata apa itu.
Percayalah, rakyat juga boleh bau siapa yang mengarut.
Di selatan pula, konspirasi yang berumur 9 tahun membabitkan pembunuhan kejam Altantuya kembali hangat selepas kes tersebut tamat di mahkamah pada 13 Januari 2015.
Ramai yang tiba-tiba berminat untuk mengetahui apa yang Sirul hendak beritahu, tapi tidak diberitahunya ke mahkamah. Semua ini kerana persoalan hangat yang masih tidak terjawab kini ialah apakah motif di sebalik pembunuhan kejam itu.
Konspirasi ini pula dihangatkan lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata apa yang dikatakan Sirul bahawa dia hanya bertindak mengikut arahan itu "mengarut."
Apa yang mengarut mengenai itu tidak dikenal pasti, tapi, percayalah rakyat lebih tahu mengerti apa sebenarnya yang boleh dikategorikan sebagai mengarut.
Dengan drama di timur, barat dan selatan yang begitu menarik, lahir rasa kebimbangan pada rakyat yang terlupa apa yang berada di utara yang sedang menuju ke arahnya.
GST, kejatuhan ringgit, masalah hutang 1MDB dan kejatuhan FGV – semuanya kian dimalapkan oleh apa yang berlaku di barat, timur dan selatan. Memang ini perbuatan ahli politik dan media.
Mereka buat kerana mereka sedar rakyat sendiri yang sukakan benda-benda sensasi sebegini.
GST, kejatuhan ringgit, masalah hutang 1MDB dan kejatuhan FGV – ini semua berita boring – kena buat kes study baru boleh keluar kenyataan – dan selepas itu rakyat pula tak baca kerana ada berita barat, timur dan selatan yang lebih sensasi.
Dalam hal ini, percayalah rakyat lebih suka cerita mengarut daripada yang tidak mengarut. Cuma harap bila musim salji datang mengunjung, jangan kata tak sedar sudah. – TMI

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PONGGAH...MAT SABU PUJI KOMUNIS DAP, ADA MAKNA TUU!!!

Posted: 23 Feb 2015 05:22 PM PST


Tu dia nak habaq mai video Mat Sabu dok puji melangit Joseph Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri paling bagus dimainkan semula oleh ahli-ahli PAS sendiri.

Punyalah puji sampai Joseph Lim Guan Eng cerita pasal aurat apek pakai seluar pendek pun Mat Sabun gelak berdekah-dekah.

Gelak ada makna tu...dapat jadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang jadi beribu-ribu hinggit tuuu. 

Dibayar elaun sakit dan perubatan lagi bila 'cedera' akibat merusuh dijalanan sewaktu demonstrasi menentang kerajaan dalam Bersih 2.0 dulu.

La ni Mat Sabun dah ketahuan ada komplot nak jatuhkan Presiden Haji Hadi dalam Muktamar PAS Jun nanti.

Mana duit nak tabur dekat perwakilan supaya menolak kumpulan ulama kalau bukan dari kantung-kantung sekutu Joseph Lim Guan Eng?

Sungguh terlaknat sekali Mat Sabun hingga sanggup menjadi barua dan pencacai komunis si Joseph Lim Guan Eng.


Usaha menjatuhkan Presiden telah berlaku dari dalam dan luar PAS.

Jika dari luar puak-puak PASMA rancak menjalankan kempen memburuk-burukkan ulama. 

Apa nak heran Mursyidul Am PAS; Datuk Nik Aziz dah mati, sukahati lah nak buat apa pun.

Lagipun Timbalan Mursyidul Am Datuk Haron Din uzur dan Datuk Haron Taib pun dah tiada lagi jadi apa salahnya PASMA merampas tahta Majlis Syura dan kepimpinan PAS Jun nanti?

Dari dalam puak-puak PASMA bergerak melalui Mat Sabu; Timbalan Presiden yang bukan alim ulama.


Mat Sabu dulu naik pun setelah menewaskan ulama-ulama PAS seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kini Mat Sabu semakin bijak. Dalam diam dia berkomplot jatuhkan Presiden sendiri. 

Mungkin Mat Sabu ni dilihat lebih layak jadi Presiden PAS berbanding golongan ulama-ulama lain?  

Yang pasti puak-puak PASMA sudah mendapat dana yang begitu besar dari DAP dan PKR yang sememangnya membenci golongan ulama yang begitu istiqamah menegakkan hudud di Kelantan.


Lihat saja contoh penyaluran dana banjir DAP kepada Kelantan, mengapa puak-puak PASMA yang cekau dana dulu bukannya dari pihak kerajaan PAS Kelantan?

Paling menarik Dr Hatta Ramli Ahli Parlimen Kuala Krai lebih menyibukkan diri dalam konspirasi menjatuhkan Presiden dan kepimpinan ulama dari berbakti kepada mangsa-mangsa banjir di tempatnya. 

Di tangan Bendahari PAS Pusat itulah terletaknya segala dana dan kekayaan. 

Apa Hatta Ramli kisah jika beliau disingkirkan dari PAS kerana segala duit dan aset PAS ada di bawah kuasanya. 

Dengan dana yang begitu besar beliau boleh menyogok dan mengerakkan para pencacainya buat demonstrasi anti kepimpinan ulama dan membeli perwakilan supaya menolak kepimpinan ulama.

Sama seperti yang pernah dilakukan Hatta sewaktu mengerakkan pencacainya merusuh di jalanan semasa demonstrasi Bersih dulu.
  
Kepada Mat Sabu selamat meneruskan perjuanganmu menggulingkan kepimpian Presiden dan kepimpinan ulama. 

Dah nyata 26 dari 38 ahli Jawatankuasa PAS Pusat menyatakan sokongan mereka pada mu.

Malah Joseph Lim Guan Eng juga sentiasa membantumu untuk jadi Presiden PAS 2015 - 2017.  Duit angpau manyak maaa.

RAKAMAN SUARA MAT SABU RANCANG GULINGKAN PRESIDEN PAS DAN ULAMA TERSEBAR

Posted: 23 Feb 2015 04:30 AM PST


Kumpulan penyokong ulama dan presiden PAS hari ini mendedahkan satu rakaman audio yang didakwa sebagai taklimat dibuat Mohamad Sabu untuk menjelaskan kembali serangan ke atasnya.

Laman Facebook Tuc Tok Usin Ceroi menamakan audio itu sebagai bukti rakaman timbalan presiden PAS itu sedang memberikan taklimat untuk kerja memburukkan dan menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini serangan kedua selepas Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli menjadi sasaran pendedahan perbincangan dalam aplikasi Whatsapp yang mendedahkan kononnya beliau dalang dalam usaha menjatuhkan Hadi, tetapi ahli Parlimen Kuala Krai itu menafikannya dan mendesak siasatan dibuat.


Audio berdurasi 2.10 minit itu memuatkan suara yang dikatakan milik Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, memberi taklimat kepada rakannya untuk membuat serangan balas terhadap serangan ke atasnya.

Dalam transkrip audio rakaman suara itu, beliau dikatakan berkata bertemu dengan pimpinan PAS peringkat kawasan bagi membuat penjelasan.

"Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum perlu di'deny' (nafikan)," kata suara rakaman yang mirip suara Mat Sabu itu.

Suara itu seterusnya meminta penjelasan dibuat ke peringkat bawah, "Bukan dalam bentuk ceramah, bukan dalam bentuk blog, dalam bentuk menemui yang dipanggil pimpinan yang kemungkinan menjadi perwakilan."

Transkrip rakaman itu turut menyatakan, "Mereka tidak boleh menerima bila saya kata itu adalah pendapat peribadi. Saya kata ialah, bila Syura keluar dari pandangan mesyuarat, itu pandangan peribadi. Keputusan mesyuarat itu adalah keputusan jemaah."

Menurut laman Facebook itu, audio yang mereka sebarkan adalah bahagian pertama daripada lebih banyak pendedahan yang mereka lakukan.

Sebelum ini, laman Facebook tersebut membuat pengumuman beberapa kali untuk mendedahkan apa yang dikatakan sebagai bukti selepas demonstrasi mendakwa Dr Hatta dibuat di hadapan Pejabat Agung PAS.

Dalam demonstrasi pimpinan Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadhil Ahmad yang turut disertai bapa saudaranya yang juga ketua dewan ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik, Dr Hatta didakwa menjadi dalang mahu menjatuhkan Hadi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berjanji akan menyiasat demonstrasi dan juga kandungan memorandum itu. – 23 Februari, 2015.

SUMBER

HARI MALANG BUAT SEORANG PENIPU...

Posted: 23 Feb 2015 01:43 AM PST


Orang bijak pandai kata perbuatan menipu mana ada keberkatannya. 

Bila hati dah busuk maka segala perbuatan akan membuahkan kebusukkan samada tutur kata atau tingkah laku.

Bila tak berkat pasti gagal dan kantoi.

Begitulah nasib yang menimpa Mahfuz Bean pada hari ni.

Punyalah jenuh wartawan tunggu teleconference antara Mahfuz dengan Sirul. Tunggu punya tunggu akhirnya mereka naik muak dengan penipuan lebai sekor ni.

Mahfuz yang mengalami sindrom kemaluan yang amat besar merah padam muka menahan malu terpaksa menipu lagi kononnya telesidang tersebut sengaja dijammkan oleh kerajaan Malaysia yang didalangi UMNO.

Namun sebenarnya memang tiada telesidang antara Mahfuz dengan Sirul. Manakan boleh seorang yang bersalah dibenarkan oleh pihak berkuasa Australia berhubung dengan mana-mana ahli politik di Malaysia.

Nampak sangat dah kantoi menipu sejak awal, tipu sepanjang penantian, tipu tuduh UMNO terlibat halang telesidang tersebut dan tipu pada wartawan kononnya beliau bersama ibu Sirul akan ke Sydney bertemu pesalah itu. 

Tak berhenti setakat itu Mahfuz kononnya dihubungi Sirul jam 1.10 tengahari sewaktu launch (lunch) makan tengahari, kononnya berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia...iye ke Sirul yang cakap tu???

Lepas ni Mahfuz akan ke Sydney untuk bertemu Sirul...huh banyak duit naik kapal terbang pi Ostolia...duit tabung milo ka atau duit tokey bagi ka?

Lepas tu nak claim elaun oversea plak...

Orang Pokok Sena nak naik kapal terbang pun susah tapi YB mereka boleh pi Ostolia melancong konon-konon pi siasat kes jenayah lagak macam peguam hebat.

Kesian rakyat Malaysia dapat Ahli Parlimen macam ni punya baghal perangai. Lebih baghal lagi sapa masih sokong dia. 

Mahfuz oh mahfuz ...bilalah hang nak cerdik...malu kat orang Pokok Sena dapat YB lagu ni punya bengong.


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Cina cauvanis dan Anwarinas seram bila Najib jumpa Ulamak PAS

Posted: 23 Feb 2015 10:37 PM PST













Berikut petikan dari blog Keris Kelok 7:



Di negara ini, Umno merupakan parti melayu terbesar manakala PAS pula kedua terbesar. Alangkah baiknya jika kedua-dua parti melayu ini bergabung dan membentuk satu kerjasama politik melayu terbesar dalam pentadbiran negara. Tetapi malangnya, mengapakah perpaduan ini tak berlaku?

Umno dan PAS hanya mengejar kuasa pemerintahan, jadi mengapa tidak dikongsi saja kuasa tersebut? Cuba bayangkan, Perdana Menteri dari Umno dan Timbalan Perdana Menteri dari PAS.. Bukankah manis untuk seluruh umat melayu/Islam didalam negara?

Rakyat bukannya mahu tahu parti mana yang lebih baik atau tidak.., rakyat hanya mahu tahu pemimpin negara mereka mampu menjaga rakyat dan juga menjamin kemakmuran serta keamanan. Jika perut dan hati rakyat terpelihara dengan baik, siapa pun yang memimpin pastinya seorang Ketua yang baik.

Jika Umno berbangga dengan semangat melayunya, PAS pula dengan hebat dengan dasar Islamiknya, cuba bayangkan kedua-dua parti melayu ini duduk sebaris dan bersama-sama mentadbir negara dan mengepalai umat melayu majoriti didalam Malaysia. Dah tentu akan lebih gemilang bumi Malaysia ini.


Sepenuh SINI







Bukti DAP terlibat dalam judi haram sebab wakil rakyat pun kaki judi

Posted: 23 Feb 2015 08:28 PM PST






Salah parking PG1 di fire hydrant, LGE masih cuba nak menipu

Posted: 23 Feb 2015 06:38 PM PST


Jelas kereta rasmi PG1 parking merata. Namun masih lagi cuba mahu menipu.




Ingat orang bodoh ke?






Kaum Baiyi tak cukup nak tubuh parti tapi Gobind dah ingat PR BAPAK DIA PUNYA!!!!

Posted: 23 Feb 2015 04:38 PM PST


Padahal Karpal and family yang masukkan Anwar dalam penjara untuk bantu cina-cina DAP kuasai Pakatan Rakyat. Lepas tu, kunun salahkan pada PAS.


Hairan otak DAP ini, bukankah PR ditubuhkan oleh tiga parti dan bukan hak individu dan keluarga.

Takiyuddin jawab DAP di Astro Awani SINI

Hmmm ... baik BN lagi.



Elok puak Ulamak keluar dari kumpulan ini dari dikaitrapat dengan agenda harami...


Bila dapat undi Melayu, DAP akan buang PASMA dan PKR macam sampah

Posted: 23 Feb 2015 07:28 AM PST


Suatu ketika Nik Aziz bersungguh-sungguh memberi sokongan unuk DAP.





Ulang tahun Bukit Kepong: Buru-buruk komunis, lagi buruk DAP

Posted: 23 Feb 2015 04:35 AM PST


Itu ketika perang dan mereka mahu halau British.

Tapi kini masa aman, ini dilakukan DAP terhadap negara dan orang asal Tanah Melayu. Awas orang asal Sabah dan Sarawak ...






Sudahlah anak asal negara didiskriminasi, Red Bean Army pula hina Islam dan Melayu...


Si bahalol ni saja tak faham ....

Ulamak baru nak tahu pasal Anwarinas yang UMNO dah lama tahu

Posted: 23 Feb 2015 01:30 AM PST






tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:41 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Pengasingan dispensari perlu diteliti supaya tidak bebankan rakyat

Posted: 23 Feb 2015 04:20 PM PST

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata demikian mengulas mengenai pindaan pindaan terhadap Dasar Ubat Negara (DUNAS) untuk pengasingan fungsi klinik dan farmasi atau pengasingan dispensari yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat bulan Mac ini diluluskan.

KUALA LUMPUR, 24 Februari:

Cadangan pengasingan fungsi klinik dan farmasi iaitu pengasingan dispensari perlu diteliti dengan sebaiknya bagi memastikan pelaksanaannya tidak membebankan dan menjejaskan keselamatan pesakit.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata apa jua polisi kerajaan berhubung pengasingan dispensari ini perlulah dilaksanakan secara realistik dengan mengambilkira kebersediaan negara dengan jumlah farmasi dan prasarana lain yang mencukupi

Menurutnya, pelaksanaannya juga perlulah mengambil kira sejauh mana ia praktikal kepada keadaan pesakit dan keluarga dari segi keselamatan, kemampuan serta keselesaan mereka.

"Wanita mengakui keperluan mengimbangi tanggungjawab dua entiti penting dalam perkhidmatan kesihatan iaitu kedoktoran yang merupakan profesion yang patut kita sanjung dan hormati namun pada masa yang sama kepakaran ahli farmasi juga perlu diberi ruang yang sewajarnya.

"Bagaimanapun, dalam hal ini kerajaan seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat dalam usaha penambahbaikan perkhidmatan kesihatan negara secara menyeluruh," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pindaan pindaan terhadap Dasar Ubat Negara (DUNAS) untuk pengasingan fungsi klinik dan farmasi atau pengasingan dispensari yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat bulan Mac ini diluluskan.

Sekiranya pindaan berkenaan diluluskan, ia bermakna orang awam yang mendapatkan rawatan doktor di klinik swasta tidak lagi boleh membeli ubat di klinik berkenaan tetapi sebaliknya perlu mendapatkan ubat yang disarankan oleh doktor di farmasi luar.

Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam menjelaskan belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara berkenaan kerana masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan.

Katanya, ia masih terlalu awal untuk membuat keputusan pada ketika ini mengenai perkara berkenaan.

Berita panas yang pasti bikin buntut PKR dan DAP berasap............

Posted: 23 Feb 2015 04:30 AM PST

Najib, MB Kelantan bertemu di Putrajaya
Najib turut memuat naik dua keping gambar dalam catatan tersebut yang menunjukkan kedua-dua pemimpin berkenaan berjabat tangan dan sesi perbincangan yang berlangsung. - Foto Facebook Najib Razak

KUALA LUMPUR, 23 Februari:

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya hari ini.

Najib dalam catatan di laman Facebooknya berkata beberapa isu kesejahteraan rakyat negeri itu menjadi topik perbincangan dalam pertemuan berkenaan.

"Insya-Allah, kerajaan Persekutuan akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat paling utama dalam sebarang perkara," katanya.

Najib turut memuat naik dua keping gambar dalam catatan tersebut yang menunjukkan kedua-dua pemimpin berkenaan berjabat tangan dan sesi perbincangan yang berlangsung.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/23/najib-mb-kelantan-bertemu-di-putrajaya/#ixzz3SZQxE8w8

PAS bertelinga kuali..........?

Posted: 23 Feb 2015 04:15 AM PST


Kenyataan DAP tidak wakili semua bukan Islam
Muhammad Khalil berkata, DAP bersuara seolah-olah semua bukan Islam tidak bersetuju dengan enakmen Hudud sedangkan hakikatnya tidak begitu.

KUALA LUMPUR, 23 Februari:

Kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan DAP mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat tidak mewakili suara semua bukan Islam di Malaysia.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, DAP bersuara seolah-olah semua bukan Islam tidak bersetuju dengan enakmen Hudud sedangkan hakikatnya tidak begitu.

"Saya percaya masyarakat bukan Islam yang hidup di Kelantan dan di luar Kelantan pun bersetuju ianya dilaksanakan.............


Tok dah lame juga agak nye tak besorah dalam laman blog ni. Sekarang ni cuace dah panas selepas banjir yang lalu, ini yang menyebabkan tok sebuk menambah stok ternakan dan menyulam pokok tanaman yang banyak mati semasa banjir tu.

Sekarang tok nak mulekan bersorah dengan menyentuh sedikit tentang persahabatan PAS dengan DAP. Tok dah peratikan tentang 'persahabat' PAS dan DAP ni dari semenjak mereke mule2 'berjabat tangan dan perpelukan' tanda bermule nye ikatan tali persahabatan yang akrab.

Hari ini nampak nye DAP sudah menampak kan melonggarkan tali ikatan persahabat diantar mereke berdua. Sejak dari mule dulu DAP memang nye sangat phobia dengan perkataan 'Hudud'. Inilah punca utama mengape DAP bertelagah dengan PAS.

Setiap kali PAS bersuare untuk melaksanakan Hudud, pasti ianye menerime 'tentangan' keras dari DAP. Malang nye pemimpin2 PAS ni hanye mampu menepis serangan DAP tu dengan dua rangkapa kata sahaje. Ayat pertama: "Itu hanya pendapat perbadi, ayat kedue tidak semue penyokong DAP tolak hudud".

Sekarang tok nak cabar pemimpin2 PAS ni supaye menamakan seorang pemimpin parti bukan Islam yang menyokong Hudud, tak kire le dari mana2 parti pun. 

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:35 PTG | Posted in

sumber :-
RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PAS Serik 'Ditendang' Umno - Tuan Ibrahim

Posted: 23 Feb 2015 09:29 PM PST

PETALING JAYA: PAS mengulangi pendirian untuk tidak bersama Umno kerana mendakwa serik dengan pengalaman lalu 'ditendang' keluar daripada muafakat apabila Umno kembali kuat.
Malahan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, walaupun untuk mencapai perpaduan di kalangan orang Melayu, isu penggabungan dengan Umno tidak akan timbul.
Beliau turut merujuk isu royalti minyak, pembangunan, lebuhraya dan lapangan terbang  yang didakwanya suatu penindasan Umno terhadap Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan rakyat Kelantan.
"Kalau hujahnya adalah untuk perpaduan Melayu, biarlah orang Melayu bersama dengan PAS bagi membentuk sebuah kerajaan baharu berteraskan Islam, dan tidak lagi dilihat sebagai komuniti yang boleh menerima rasuah, salahguna kuasa sebagai sesuatu yang patut di bawah kerajaan Umno.
"Amalan rasuah, salahguna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan. Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak Umno yang korup," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Tuan Ibrahim tampil memberi penjelasan berhubung penggabungan PAS dan Umno selepas mendapati isu berkenaan diviralkan menerusi media sosial kebelakangan ini.
Kepimpinan PAS juga mengakui pemilihan parti itu pada Jun akan menentukan hala tuju parti itu termasuk mengenai kedudukan dalam gabungan Pakatan Rakyat atau bekerjasama dengan Umno.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya untuk membincangkan hal berkaitan negeri berkenaan.
"PAS tidak akan bersama Umno, inilah pendirian kami. Sudah tidak terbilang kalinya ditegaskan bahawa tidak timbul soal penyatuan kedua-dua parti ini.
Read More / Baca Lagi >>

KERJASAMA PAS-UMNO : APAKAH PISANG AKAN BERBUAH DUA KALI?

Posted: 23 Feb 2015 09:14 PM PST

Nampaknya sudah terdengar suara-suara yang agak lantang (dan tidak lagi sembunyi-sembunyi menyarankan agar PAS bergabung dengan UMNO. Berbagai alasan dikemukkakan. Tetapi yang nampak jelas hujahnya ialah tentang 'keuntungan' yang akan diperolehi  orang Melayu sekiranya penyatuan sebegini dapat diwujudkan. Orang Melayu dapat bersatu semula.
Tetapi jikalau diperhalusi pula dan dikemukakan pertanyaan tentang bilakah orang Melayu yang dalam keadaan berpecah-belah. Dan ramai juga yang mengatakan bahawa perpaduan UMNO-PAS akan menyelamatkan orang Melayu daripada 'serangan' orang asing di Malaysia. Ini juga merupakan kenyataan dan persolan yang 'memeningkan' ramai orang. Ingin juga aku mempersoalkan tentang bilakah tergugatnya orang Melayu? Aku tidak nampak keadaan sedemikian berlaku.
PAS dan UMNO telah pun bergabung pada tahun 1973. Telah pun terbentuk kerajaan campuran atas nama Barisan Nasional yang disertai oleh PAS pada zaman kepimpinan Dato Asri Haji Muda dulu. Dan pada ketika itu juga telah diwar-warkan hasrat penggabungan itu – untuk menyelamatkan orang Melayu. Tetapi nampaknya sekiranya dilihat dari hasrat sedemikian orang Melayu kini masih juga tidak maju dan masih juga tergugat mengikut setengah pihak di Malaysia kini sehinggalah berlaku 'penceraian' antara UMNO dan PAS.
Aku agak setuju sekiranya dikatakan bahawa orang Melayu masih mundur berbanding dengan kaum lain di Malaysia. Itupun bukan semata-mata disebabkan oleh kaum Cina. Orang Melayu itu sendiri yang patut dipersalahkan disamping pihak kerajaan yang juga patut dipersalahkan. Tetapi untuk menyatakan bahawa orang Melayu tergugat dan terancam di negara 'kepuk padi' ini, aku kurang bersetuju. Sekiranya dikatakan bahawa orang Melayu tergugat, pastilah ada pihak yang menggugatnya. Dan jikalau dikatakan orang Melayu dalam keadaan terancam, maka tentulah ada kumpulan yang mengancamnya.
Dan sekiranya pihak UMNO  (yang menjadi teras pemerintahan negara ini ) mengatakan bahawa orang Melayu terancam, maka UMNO itu yang patut dipersalahkan kerana kelemahannya sebagai kerajaan untuk menyelamatkan orang Melayu. Mengapa perlu menuding jari ke arah orang lain untuk melindungi kesalahan sendiri?
Aku masih yakin dengan pandangan dan penelitian aku ia itu sekiraanya betul orang Melayu tergugat ( sekiranya betul pandangan sedemikian) maka yang menyebabkan keadaan terjadi demikian adalah disebabkan orang Melayu itu sendiri. Samada itu merupakan kesalahan dan sikap negatif orang Melayu ataupun ada terdapat golongan orang Melayu yang 'kuat' menindas golongan Melayu 'lemah' ataupun ada terdapat golongan Melayu yang 'berkkuasa' menindas golongan Melayu yang 'tidak berdaya'.
Seingat aku semenjak zaman berzaman  orang Melayu sentiasa dalam 'ketakutan'. Sistem feudal yang mencengkam masyarakat Melayu semenjak zaman berzaman sentiasa menyebabkan orang Melayu hidup dalam ketakutan. Orang Melayu menjadi satu bangsa yang sentiasa takut dan terasa seperti selalu terancam, walaupun tidak ada sesuatu yang boleh menakutkan. Sekiranya sememangnya tidak ada yang mengancam mereka, orang Melayu akan mewujudkan satu 'lembaga' atau bayangan yang boleh menyebabkan orang Melayu lain rasa takut dan terancam. Orang Melayu akan mewujdukan 'hantu' untuk menakutkan dirinya…….
Read More / Baca Lagi >>

Anwar tak mohon pengampunan diraja

Posted: 23 Feb 2015 09:03 PM PST

Walaupun mempunyai pilihan untuk memohon pengampunan diraja untuk mengekalkan kerusi Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan megambil tindakan itu.

Tindakan itu terus membuka peluang baginya untuk memfailkan semakan kehakiman untuk mengetepikan sabitan kes Liwat II oleh Mahkamah Persekutuan.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli semalam berkata Anwar tidak mengeluarkan arahan kepada peguamnya untuk memohon pengampunan diraja kerana tetap dengan pendirian "tidak bersalah".

Perkara itu turut disahkan oleh seorang peguam Anwar, Latheefa Koya, yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR kepada Malaysiakini.

Tindakan memohon pengampunan diraja boleh membawa maksud seakan-akan Anwar mengaku bersalah dalam kes yang disabitkan pada 10 Februari lalu.

Anwar terus mempertahankan beliau tidak bersalah dan mendakwa terdapat konspirasi dalam kes itu.

Read More / Baca Lagi >>

Tiada sekatan untuk ahli PasMa bertanding JK PAS Pusat

Posted: 23 Feb 2015 09:00 PM PST

Tiada sekatan untuk ahli PasMa bertanding JK PAS PusatKUALA LUMPUR: Ahli PAS yang menganggotai PasMa atau mana-mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) dibenarkan bertanding pada pemilihan parti itu Jun nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi berkata ahli-ahli parti bebas untuk menyertai mana-mana NGO dan layak bertanding jika mendapat cukup pencalonan.

"Peraturan (parti) tidak menghalang mana-mana ahli PAS yang menganggotai mana-mana NGO untuk bertanding.

"Setakat ini tiada sebarang larangan dikeluarkan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Tok Guru Ku Sayang Ulama' yang Mentadbir

Posted: 23 Feb 2015 07:40 PM PST


Antara inti pati perjumpaa MB Kelantan Dengan PM Semalam

Posted: 23 Feb 2015 07:38 PM PST

Pada 23 Februari 2015, isnin saya telah mengadakan kunjung hormat kepada YAB Perdana Menteri Malaysia bagi perbincangan dua hala antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan dalam perkara:

1. Persiapan akhir migrasi air yang dijangka majlis menandatangani perjanjian akan di adakan pada

2. Membincangkan tentang Jajaran 'Central Spine Road' sepanjang 417 km bermula dari Kota Bharu sehingga ke Simpang Pelangai di sempadan Pahang/Negeri Sembilan.

Kunjung hormat ini adalah tanggungjawab saya sebagaimana termaktub dalam jadual tahunan bagi menyatakan beberapa tuntutan serta memenuhi keperluan kesejahteraan Negeri Kelantan yang dicintai.

Turut bersama dalam perbincangan tersebut ialah Ketua Penolong Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Timbalan Ketua Pengarah ICU Jabatan Perdana Menteri, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Kelantan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Doakan semoga Allah mempermudah segala usaha saya dan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan demi berkhidmat untuk rakyat.

USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

Nik Nazmi persoal cara 'aneh' polis ambil keterangan

Posted: 23 Feb 2015 07:35 PM PST

Nik Nazmi persoal cara polis ambil keterangan  
Nik Nazmi (tengah) dibebaskan dengan seorang penjamin di Balai Polis Jinjang, semalam.

SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan cara 'aneh' digunakan polis untuk menahan dan mengambil keterangannya malam kelmarin berhubung perhimpunan menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Menurutnya, kira-kira 10 pegawai polis berada di sekitar rumahnya pada malam kelmarin untuk memaklumkan beliau ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan niat melakukan jenayah.

Katanya, polis kemudian menahan dan membawa beliau menaiki kereta polis tidak bertanda walaupun sehari sebelum itu beliau telah memaklumkan sedia bekerjasama dengan polis yang mahu merakam keterangannya.

"Pada mulanya saya dimaklumkan saya akan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, tetapi di tengah-tengah perjalanan (polis) diminta ke (Balai Polis) Jinjang.

"Di balai, pegawai penyiasat mengambil kenyataan mengenai Himpunan #KitaLawan pada 21 Februari sekitar tengah malam. Saya kemudian dibebaskan atas jaminan polis pada jam 2 pagi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Sejuta calon 
mohon sertai PDRM...

Posted: 23 Feb 2015 07:30 PM PST

SHAH ALAM 23 Feb. - Kira-kira sejuta permohonan diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengisi 10,000 kekosongan jawatan pelbagai pangkat termasuk 2,000 bagi Inspektor di seluruh negara.

 Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, jumlah permohonan tersebut menunjukkan sambutan daripada orang ramai untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu amat menggalakkan.

Menurutnya, permohonan berkenaan termasuk dalam kalangan calon bukan Melayu yang menunjukkan ada peningkatan. Advertisement"Sambutan permohonan daripada bukan Melayu amat menggalakkan berbanding tahun-tahun sebelumnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program pengambilan pegawai Kor Sukarelawan Siswa Siswi (Suksis) ke jawatan kadet Inspektor di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said. AdvertisementSementara itu, Acryl Sani menjelaskan, lepasan Kor Suksis mempunyai peluang untuk menceburkan diri dalam bidang kepolisan apabila habis pengajian kelak. Pelancaran tersebut merupakan langkah pertama PDRM untuk merealisasikan pelantikan pegawai Kor Suksis sebagai Inspektor dalam pasukan berkenaan.

Read More / Baca Lagi >>

National Geographic dakwa MH370 sengaja diterbangkan ke Antartika

Posted: 23 Feb 2015 06:36 PM PST


Post Pic

KUALA LUMPUR: Ketika ulang tahun pertama kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 bakal menjelang, program dokumentari National Geographic berkata pesawat itu sengaja diterbangkan ke arah Antartika.
 
Akhbar harian United Kingdom The Mirror melaporkan, pakar penerbangan yang disebut dalam dokumentari televisyen itu berkata penerbangan MH370 mengambil masa tiga pusingan sebelum ia hilang hubungan dengan pengawal trafik udara.
 
Pusingan pertama adalah ke kiri dan dua lagi membawa MH370 ke arah barat, kemudian ke arah selatan Antartika, menurut dokumentari yang disiarkan di UK pada 8 Mac, ulang tahun pertama kehilangan pesawat malang itu di Laut China Selatan.
 
Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014, tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur dengan 239 orang di atas kapal untuk ke Beijing.
 
Hampir setahun kemudian, tidak satu pun bukti kehilangan Boeing 777 itu ditemui.
 
Malcolm Brenner, seorang pakar dalam hal berkaitan punca bencana penerbangan,  dipetik sebagai berkata pusingan itu "dipercayai" dilakukan seseorang dalam kokpit dengan sengaja yang membawa MH370 keluar dari haluan asal.
 
Read More / Baca Lagi >>

Rakaman audio usaha jahat lagakan pimpinan – Khalid Samad

Posted: 23 Feb 2015 06:32 PM PST

khalid_samad_L-940x470
Khalid berkata beliau tidak mengetahui wujudnya sebarang komplot untuk menjatuhkan Abdul Hadi tetapi ketidakpuasan hati dengan Presiden atas isu-isu tertentu sememangnya ada.

KUALA LUMPUR, 24 Februari:

Penyebaran rakaman audio yang didakwa ucapan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu bagi menjatuhkan kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan usaha jahat untuk mengeruhkan hubungan antara pimpinan tertinggi parti itu.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad berkata, beliau telah mendengar rakaman berkenaan dan pihak yang bertanggungjawab menyebarkannya dilihat berniat melaga-lagakan serta menjatuhkan pimpinan tertentu.
Menurut Khalid, beliau tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab dalam menyebarkan rakaman berkenaan dan sejauh mana kebenaran rakaman berkenaan juga tidak dapat dipastikan.
"Saya tak tahu tetapi setakat ini rakaman berkenaan baru menunjukkan bahagian satu dan mungkin kena tunggu semua keluar baru boleh faham," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Tambah Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, beliau tidak mengetahui wujudnya sebarang komplot untuk menjatuhkan Abdul Hadi tetapi ketidakpuasan hati dengan Presiden atas isu-isu tertentu sememangnya ada.
Read More / Baca Lagi >>

Jika sayang dan hormat, wajib dengar apa kata Tok Guru

Posted: 23 Feb 2015 05:54 PM PST


Antara Rosmah buat rambut dengan BR1M

Posted: 23 Feb 2015 05:15 PM PST

Sebagai rakyat yang hidup aman damai di bumi Malaysia yang dicintai ini, saya mahu mengajak semua pihak merenung laporan di bawah sebagai persediaan menghadapi keputusan kerajaan yang akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April depan.
Di bawah ini adalah petikan laporan portal berita The Malaysian Insider, semalam dengan tajuk 'Rosmah merungut terpaksa bayar RM1,200 dandan rambut'.
Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor saran Putrajaya pertimbang penguatkuasaan kawalan harga caj perkhidmatan di rumah.
Isteri kepada perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melahirkan kebimbangan tiadanya kawalan bagi caj perkhidmatan di rumah menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.
Yang Di‎pertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti) berkata, ketika ini, caj perkhidmatan di rumah seperti khidmat tempahan baju, solekan dan pendandan rambut mengenakan harga yang sangat tinggi dan tidak masuk akal.
Kebimbangan itu diluahkan Rosmah ketika dalam program cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bersama Bakti apabila mendakwa terpaksa membayar RM1,200 setiap kali menggunakan khidmat pendandan rambut.
"Sekarang ini bila saya nak warnakan rambut dekat rumah, dia (peniaga) dah caj RM1,200, amboi mahalnya.
"Bila kita tanya dia (peniaga) cakap dekat kedai caj berlainan, yang ini mahal sebab 'home service' (perkhidmatan rumah) ini yang anda (Putrajaya) harus teliti," katanya pada majlis penerangan GST Bakti di Bangunan Sri Hasmah di Petaling Jaya.
Read More / Baca Lagi >>

Tok Guru dalam kenangan

Posted: 23 Feb 2015 05:06 PM PST



Tuduhan PAS bergabung dengan Umno tidak masuk akal

Posted: 23 Feb 2015 05:01 PM PST

KUALA LUMPUR: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS tidak akan sesekali bergabung dengan Umno sebagaimana yang diviralkan dalam media sosial sekarang.
Naib Presiden PAS itu berkata, perkara penggabungan PAS-Umno itu tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat parti.
Menurutnya, sudah tidak terbilang kalinya ditegaskan bahawa tidak timbul soal penyatuan kedua-dua parti ini.
Katanya, PAS ada 21 kerusi parlimen sementara Umno mempunyai 88 kerusi parlimen.
"Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Daripada sudut ini sahaja, tuduhan bahawa PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal," ujarnya dalam satu kenyataan.
Bahkan, tambah beliau Presiden PAS telah menegaskan di dalam muktamar lalu dan sebelumnya bahawa PAS tidak akan bergabung Umno.
"Perkara dasar begini mesti melalui keputusan muktamar bukan hanya pandangan peribadi ahli parti," tegas Tuan Ibrahim lagi.
Katanya, jikalau atas alasan untuk melaksanakan sistem perundangan Islam, Umno sudahpun boleh melaksanakannya seandainya betul ingin melaksanakannya di semua negeri yang diperintahnya.
Menurut beliau, berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan tertinggi parti.
"Apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya," tanya beliau yang juga Persuruhjaya PAS Pahang.
Katanya, dalam saat Umno sedang kelemasan, tentulah ia akan sanggup melakukan apa sahaja, namun pengalaman lampau membuktikan bila mana mereka kuat, mereka akan tendang PAS keluar dari muafakat yang ada.
Jelas beliau, sudah sekian lama, Umno menindas Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan rakyat Kelantan dengan menafikan royalti minyak, pembangunan, lebuh raya, lapang terbang dan langsung tidak menghormati sistem federalisma.
Read More / Baca Lagi >>

Apabila MUFTI PERLIS bersetuju gabungan kerjasama PAS & UMNO diwujudkan segera......

Posted: 23 Feb 2015 04:13 PM PST

http://www.antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/umno%20pas%20bersatu.jpg
Setelah sekian lama perbalahan politik antara PAS dan UMNO, hari ini kedengaran ulama PAS mencadangkan agar parti itu bekerjasama dengan UMNO. Sebagai rakyat biasa yang memerhatikan hal ini sekian lama, saya ingin memberikan pandangan berikut;
1. Seeloknya langkah kerjasama tersebut dimulakan secepat mungkin demi kebaikan rakyat negara ini. Kerjasama itu jika dengan maksud tolong menolong ke arah kebaikan dan taqwa, maka ia merupakan suruhan agama.
2. PAS telah berjuang di luar sekian lama untuk membaiki politik UMNO, mengapa tidak PAS mencubanya pula dalam satu kerajaan. Ia satu projek islah siyasah parti lawan dan juga segala kelemahan diri sendiri.
3. Kerjasama bukan bermaksud menghapuskan identiti tetapi gabungan yang mengekalkan identiti namun sering 'pesan memesan kepada kebenaran dan kepada kesabaran' seperti arahan dalam Surah al-Asr.
 
4. Impian rakyat untuk melihat persaingan sihat antara kerajaan dan pembangkang akan lebur jika PAS terus berkrisis seperti sekarang yang boleh membawa pertandingan tiga penjuru dalam pilihanraya akan datang, yang akan melemahkan persaingan sihat dan menjadikan suatu pihak akan begitu dominan.
Read More / Baca Lagi >>

Pimpinan PAS nafi komplot jatuhkan Presiden PAS

Posted: 23 Feb 2015 04:04 PM PST

salahuddin ayub
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata beliau menerima beberapa panggilan berkenaan perkara berkenaan namun masih belum melihat isi kandungan yang disiarkan dalam laman berkenaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
KUALA LUMPUR, 24 Februari:
Pimpinan PAS sekali lagi menolak dakwaan terdapat komplot untuk menjatuhkan kepimpinan presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang tersebar di laman Facebook 'Tuc Tok Usin Ceroi'  dan juga 'El-Haraki'.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata beliau menerima beberapa panggilan berkenaan perkara berkenaan namun masih belum melihat isi kandungan yang disiarkan dalam laman berkenaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
"Sehingga hari ini saya tidak mengetahui mengenai kewujudan laman berkenaan.
Dalam pada itu, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungip pula memberitahu beliau tidak mengetahui perkara berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Belajar politik Islam Nik Aziz

Posted: 23 Feb 2015 04:02 PM PST


Kita masih bersedih atas pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Namun ramai pula yang merenung, mengkaji, malah mahu belajar dari politik Islam yang didambakan dengan jayanya oleh Almarhum.
Ini membuktikan kejayaannya dalam menterjemahkan melalui amalan politik Islam itu, atau politik dakah, mampu mendepani suasana moden, justeru Islam adalah agama dan cara hidup yang unggul dan anjal.
Almarhum tidak berkompromi dengan dasar Islam dalam kepimpinannya, tetapi menyesuaikannya dengan keadaan masyarakat majmuk serta suasana kontemporari yang ada.

Kepimpinannya diterima baik pelbagai kaum. Semasa hayatnya, pelbagai bangsa menyayanginya, malah orang bukan Islam menganggapnya sebagai 'the holy man'.Cara kepimpinan dan hidup zuhudnya dikagumi semua. Tidak mudah ditemui seorang pemimpin menjalani kehidupan sedemikian rupa. Dalam hidupnya, Almarhum memperbanyakkan sahabat, mengurangkan musuh.
Akhbar berbahasa Cina dan Tamil menyiarkan secara meluas dengan gambar berwarna mengenai kematiannya, khususnya iringan jenazah yang dibawa dari masjidnya hingga ke perkuburan.
Di mana-mana, orang bercakap mengenai kehebatan pemimpin yang satu ini, di mana bagi mereka, setakat ini, sukar dicari ganti.
Sepanjang 23 tahun memerintah Kelantan, Almarhum memperlihatkan secara praktik pelaksanaan politik Islam - toleransinya, keterbukaannya, hingga diterima pelbagai kaum.
Demikianlah harumnya politik Islam yang dipancarkan oleh Almarhum Nik Aziz.
Oleh itu, sangat wajar bagi pendukung PAS semua peringkat mencontohi amalan politik Islam atau politik dakwah yang dilaksanakan dengan jayanya oleh Mursyidul Am PAS ini.
Dalam hal ini saya tertarik dengan pandangan AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad mengenai perlunya dipelajari politik Islam dalam masyarakat majmuk yang dilaksanakan Almarhum selama ini.
Menurut Dr Dzulkefly Almarhum, Nik Aziz adalah ulama haraki yang punya penguasaan (isti'ab) terhadap realiti politik pelbagai tuntutan, yang saling bertentangan (mutually exclusive) di kalangan masyarakat plural yang majmuk di negara ini.
Almarhum, katanya, tetap bertegas dan tidak mengundur.
Disebabkan itu, kata beliau, Almarhum pernah dicemuh dan ditohmah sebagai pengamal pluralisme agama bahkan liberal.
Golongan agamawan sama ada dari luar mahupun dalam parti PAS sendiri cepat menuduh Almarhum ketika mereka tidak memahami strategi siasah dan pendekatan dakwahnya.
"Dengan ilmunya, mengizinkan Almarhum meneroka dan merentas keluasan siasah dan dakwah serta faham batas-batasnya," katanya.
Menurutnya, Almarhum tidak takut dikritik ketika hadir menziarahi kematian Sami Buddha yang terkemuka.
Almarhum menghadiri tempat ibadat seperti tokong dan keramaian budaya di restoran besar di kalangan kaum Tionghua meskipun ada hidangan yang kurang 'menyenangkan' di mata umat Islam.
Ini, katanya, persis apa yang dilakukan Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwan Muslimin, yang menyantuni dan berdakwah kepada anak muda Mesir di pusat-pusat hiburan di bandar-bandar di Kaherah.
Read More / Baca Lagi >>

“Demi negara, demi rakyat, PAS perlukan reformasi” jelas bukan daripada saya

Posted: 23 Feb 2015 03:59 PM PST

Aiman Athirah Al Jundi

1. Kenyataan itu jelasnya bukan daripada saya dan ia menggunakan fake account of email. Ia adalah fitnah dan sangat berniat jahat.

2. Saya percaya ia adalah usaha berterusan yang sedang dilakukan pihak-pihak tertentu yang sedang dan kini melancarkan "perang persepsi" kepada beberapa pemimpin di dalam PAS termasuklah saya yang kemungkinan dirasakan sebagai ancaman.

3. Saya tidak menolak kemungkinan ianya sangat berkait rapat dengan percubaan mempengaruhi pencalonan dan juga pemilihan di dalam parti yang akan berlangsung mulai bulan Mac sehingga Jun 2015 nanti. Ia boleh sahaja dibuat mana-mana pihak termasuk pihak musuh di luar bagi melaga-lagakan amilin PAS di antara satu sama lain.

4. Persoalan multaqa atau apa juga isu-isu dalaman PAS adalah tidak wajar digembar-gembur di dada media apatah lagi jika ia dikongsikan dengan media-media milik musuh dan proksi regim kerana ia sangat terdedah kepada fitnah, persepsi jahat dan adu domba.
Saya tetap berpendirian semua isu-isu dalaman PAS wajar ditangani secara dalaman dan saya memberi kepercayaan kepada pimpinan untuk menguruskannya secara hikmah, fatanah, adil dan ihsan kepada semua amilin PAS tidak kira apa latar belakang pendidikan mereka.

5. Jamaah ini (PAS), Semua pemimpin dan ahli PAS adalah lebih saya kasihi dalam perjuangan ini berbanding apa jua yang lain. Mereka semua adalah saudara, sahabat dan kemuliaan saya.

Allahul musta'an. Kuatkan kesabaran.

Faiza azamta fatawakkal alaLlah.

Selamat Menerima Menantu Buat Najib Dan Rosmah.....Berapa juta pula akan habis...!!!

Posted: 23 Feb 2015 03:29 PM PST

Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor secara rasmi akan menerima menantu apabila majlis perkahwinan anak perempuannya, Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessikbayev akan diadakan pada 28 Mac depan di Kuala Lumpur  Convention Centre atau KLCC.

Para tetamu yang terdiri daripada menteri, timbalan menteri, pemimpin GLC, tokoh korporat dan sebagainya sudah mula menerima "kotak jemputan" sejak seminggu yang lalu dan kini dalam proses mengesahkan kehadiran masing-masing.

Jemputan dibuat dalam bentuk istimewa iaitu berupa watikah yang ditulis dengan tulisan emas dan digulung serta dimasukkan dalam kotak khas berwarna putih dan kuning keemasan.

Difahamkan selain daripada majlis di KLCC ini, jamuan lain juga akan diadakan di Seri Perdana, PWTC dan juga Pekan, Pahang.

Majlis di Seri Perdana adalah untuk tetamu jemputan istimewa manakala di PWTC pula adalah untuk pemimpin dan ahli UMNO daripada seluruh negara. Di Pekan, Pahang yang merupakan kawasan Parlimen Najib, majlis juga diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pengundi di kawasan itu.

Kemudian, majlis bertandang ke Kazakhstan juga akan berlangsung selepas itu.

Nooryana dan Daniyar bertemu ketika sama-sama menuntut di AS dan sudah mengikat tali pertunangan sejak 2011 yang lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Wan Azizah berpeluang jadi ketua pembangkang, kata PAS

Posted: 23 Feb 2015 03:22 PM PST

Penolakan PAS terhadap Presiden PAS Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor tidak akan menjejaskan peluangnya dipilih sebagai ketua pembangkang, kata Datuk Mustafa Ali.

Setiausaha Agung PAS itu berkata, apa yang penting sekarang Dr Wan Azizah harus bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh terlebih dahulu selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama lima tahun kerana didapati bersalah atas pertuduhan meliwat. "Isu pelantikan MB sudah selesai dan tidak berbangkit lagi

 "Jadi kalau PKR mahu mencadangkan Wan Azizah menjadi ketua pembangkang, dia perlu menjadi ahli Parlimen terlebih dahulu," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider merujuk kepada ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu.

Mustafa berkata, kriteria untuk memilih ketua pembangkang tidak semestinya daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

"Sebelum ini juga DAP mempunyai kerusi terbanyak namun PR memilih Anwar daripada PKR sebagai ketua pembangkang," katanya. DAP pada ketika ini mempunyai 37 kerusi di Dewan Rakyat, PKR 28 dan PAS 21.

Menurut Mustafa, keputusan akhir tentang siapa bakal dipilih sebagai ketua pembangkang akan dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR yang masih belum ditetapkan tarikhnya. Mesyuarat PR sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 12 Februari lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim - Najib Razak: Perbedaan Perjuangan Dalam Arena Politik Negara

Posted: 23 Feb 2015 08:24 AM PST

Perlu diingat, apabila kita asyik melaungkan "Bebas Anwar", ia seakan memberi gambaran perjuangan kita adalah perjuangan untuk Anwar, itu silap!

Kita bukan hanya berjuang untuk sosok bernama Anwar Ibrahim, sebaliknya kita menyambung perjuangan Anwar Ibrahim dalam mengangkat maruah rakyat marhaen yang tertindas berdekad lamanya.
Hendak buat rumah perlu 4 element asas:
Lokasi. Bahan. Arkitek dan Tukang.
Cicir salah satu darinya, rumah gagal dibina, atau terbina ala kadar.

Berceramah juga perlu 4 element utama:
Lokasi. Mauduk. Orator. Audience.

Ada Lokasi, ada Audience, ada Mauduk tapi penceramah longlai, audience lesu.
Ada Lokasi, ada Audience, Oratornya tanpa mauduk mampan, ceramah hambar

Walaupun lokasi itu penting tetapi ia bukan faktor utama. Kita bisa dan biasa berceramah di hotel berbintang-bintang, berceramah di padang, di lapangan, malah di jalanan.. audience beribu, mereka terhibur puas, hasil ucapan terkesan. Terpasak hasil ucapan di minda bukan kerna lokasinya hebat, bukan juga kerna pendengarnya berpuluh ribu tetapi kerna oratornya menyampaikan mauduk ceramah jelas dan mampan!

Mauduk ceramah "Politik Perjuangan" tidak seharusnya disama-ertikan dengan mauduk ceramah "Perjuangan Politik". Saya mengambil contoh perbedaan perjuangan dua nama besar dalam arena politik negara; Anwar Ibrahim dan Najib Razak.

Read More / Baca Lagi >>

Anwar dipenjara ketika hudud hendak dibentang

Posted: 23 Feb 2015 08:18 AM PST

SubkY Latif
PAS sedang berkira untuk membentangkan usul persendirian di Parlimen bagi melaksanakan di Kelantan. Semua tahu ia tidak disetujui oleh DAP dan PKR cenderung untuk menyetujui sikap DAP.

Barisan Nasional tidak diketahui sikapnya. Sekadar Umno membayangkan ia sedang menimbang untuk menyokongnya. Kiranya ada kesepakatan sesama kerabat Pakatan dan Umno pula cenderung untuk menyokongnya, ada harapan usul PAS itu diluluskan.

   
Tetapi setakat ini PAS saja yang bersungguh. Harapannya lebih bergantung kepada Umno. Jika Umno masih bersikap seperti pada zaman Dr. Mahathir, maka usul PAS itu nanti payah diluluskan.
  
Apapun inilah masanya politik di negara ini sedang berdepan dengan kesungguhan membentang usul itu setelah ia diluluskan di Kelantan awal 90-an dulu.
  
Maka diambang usul ini hendak dibentang, tiba pula masa Datuk Sri Anwar Ibrahim dipenjara sekali lagi. Penjara kali pertama dulu sebagai bekas pemimpin Umno yang tidak berparti. Penjara kali ini adalah sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi Pakatan Rakyat. Kesannya hilang kelayakan untuk menjawat jawatan awam hingga beberapa tahun selepas menjalani hukum lima tahun itu.
   
Jika majoriti undi popular PRU13 dijadikan ukuran, majoriti rakyat amat kecewa dengan dengan keputusan mahkamah itu khususnya pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.
   
Kita boleh kata apa saja pada kerajaan dan undang-undang yang memenjarakan Anwar. Tetapi ia telah menyusahkan politik semua pihak khususnya pembangkang.
   Read More / Baca Lagi >>

Resolusi Multaqa sebagai pengemas kilas...

Posted: 23 Feb 2015 08:13 AM PST

MSO

Saya menelaah dan menghayati beberapa kali 16 resolusi yang dicapai dan dirumuskan hasil Multaqa Ulamak se-Malaysia yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak Pas. Multaqa atau pertemuan itu merupakan program berkala dewan itu, dua kali setahun. Kekerapan itu berkebetulan pula dengan peruntukan Perlembagaan Pas yang menetapkan parti itu akan membuat pemilihan kepimpinan setiap dua tahun sekali.

Kerana kebersamaan itu menyebabkan ada "syaitan" beranggapan tujuan Multaqa itu diadakan sebagai menjadi platform atau pun landasan bagi dewan itu berkempen memastikan kepimpinan ulama yang menjadi slogan parti agama itu, dan orang yang disucikan kekal dan tidak diganggu oleh kumpulan lain yang juga menghulurkan niat untuk mengembangkan Islam menerusi organisasi bernama Pas.

Mungkin begitulah pentafsiran daripada kaca mata politik. Tetapi beberapa resolusi yang diputuskan serta keadaan dalam pertemuan itu tidak boleh dinafikan ia merupakan wadah kempen atau persiapan menjelang muktamar Pas Jun nanti. Ia diadakan untuk kepentingan segolongan bukan secara keseluruhan demi mengukuhkan Pas.
Kesemua resolusi yang dicapai bersifat ke dalam, (internal) tidak menjenguk ke luar (external) memerhati kepada keperluan yang lebih global sesuai dengan kedudukan Pas sebagai sebuah gerakan siasah Islamiyah dipimpinan ulama bertaraf dunia. Seharusnya golongan yang menganggap mereka ulama, pertemuan itu bukan membahaskan soal-soal dalaman parti, bersifat peribadi, soal syaitan jadian ataupun babi khinzir, tetapi menjenguk dan menerjah lebih jauh ke sudut dunia mencari solusi kepada masalah ummah dan nasib agama Islam sejagat.

Ataupun kalau akal tidak terjangkau untuk menerjah masalah ummah di seantero dunia, cukup kalau pertemuan itu menyentuh dan mengambil kepedulian kepada masalah banjir di Kelantan dengan memberi pandangan dan idea bagaimana untuk mengatasi kemelut dihadapi banjir, merawat masalah truma yang dihadapi oleh sesetengah mangsa banjir. Adalah baik kalau Dewan Ulamak Pas membentuk satu skuad khas (jemaah) turun ke kawasan banjir membaca doa dan jampi serampah di sana dari menyumpah sesama sendiri.
Mungkin masalah banjir bukan perkara besar yang terhimpun dalam kepala ketuanya kerana banjir di Kelantan terkawal dan ia tidak seteruk banjir tahun 1967. Bagi sang ketuanya, bagaimana jalan untuk mengekalkan kedudukan sebagai MB lebih penting, justeru jalan dan denai perlu dilakukan sebaik mungkin agar Pas dapat berpelukan dengan Umno kerana dengan cara itu rakit pengkalan kuasa akan kuat. Itulah ulama zuhud namanya.
Dari penelitian saya kepada 16 resolusi yang dicapai hanya dua sahaja yang terkesot sedikit daripada menghuraikan masalah dalaman parti, lebih tepatnya memacangkan pemikiran ahli agar melihat ke dalam geluk Pas. Dua resolusi yang terkesot itu ialah, resolusi pertama yang merakamkan ucapan takziah kepada keluaraga Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas pemergian Mursyidul Am Pas itu 12 Februari lalu.

Manakala satu lagi resolusi ialah No: 14 mengenai ekonomi dimana Multaqa itu menegaskan pemasalahan ekonomi negara pada hari ini hanya dapat diselesaikan menerusi solusi Islam yang merujuk kepada al-Quran dan Sunnah. Inilah satu daripasa dua resolusi yang terkeluar dari geluk Pas itu pun ia kurang kemas dan mantap kerana tidak ada gesaan proaktif dalam menangani masalah itu.
Read More / Baca Lagi >>

PAS: Antara golongan tradisionalis dan progressif

Posted: 23 Feb 2015 08:11 AM PST

Arvin Tajari

Sejak kebelakangan ini, konflik yang berlaku antara PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang tidak boleh disembunyikan lagi. Pertembungan antara PAS dan DAP menjadikan PR semakin goyah dan tidak kukuh. Dengan ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga PAS kehilangan Mursyidul Amnya, menyebabkan hubungan antara rakan-rakan dalam PR seperti sudah boleh diramalkan untuk masa yang akan datang.
PAS, selaku antara parti dalam PR merupakan parti yang penting dari segi jumlah ahli dan juga untuk memancing undi konservatif melayu di Malaysia yang mana orang melayu di Malaysia (terutama di luar bandar) cenderung untuk memilih parti yang berpaksikan agama (PAS) atau nasionalis Melayu (Umno) berbeza dengan kawasan bandar yang mana rakyat cenderung memilih PR. Ini dapat dilihat dari keputusan PRU13 pada 2013.
Multaqa Ulama SeMalaysia yang dibuat baru-baru ini memberi gambaran yang jelas terhadap keberadaan PAS dalam PR. Walaupun tidak menyatakan dengan jelas, beberapa kenyataan perlu dinilai dengan teliti dan berhati-hati kerana ia akan menjelaskan beberapa pendirian PAS yang boleh dikatakan akan mengeruhkan lagi hubungan antara PAS dengan rakan PR yang lain.

Pertama, kritikan berterusan PAS ke atas rakan PR menjadikan hubungan rakan PR boleh dikatakan goyah. Dalam multaqa ulama baru-baru ini, PAS secara terang-terangan membela Presidennya, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. Ini kerana ramai yang mengkritik Hadi sebagai antara orang yang membuat pakatan untuk membuat Kerajaan Perpaduan.  Ini dapat dilihat dengan kenyataan yang jelas mengkritik DAP dan PKR sebagai parti yang tidak jelas pendirian. Dikuatkan lagi dengan kenyataan Datuk Ahmad Yaakob yang menyatakan PAS perlu menilai semula tahaluf siyasi mereka bersama denan DAP dan PKR dalam PR.
Kedua, PAS bertegas untuk melaksanakan hudud di Kelantan juga akan memberi tamparan yang hebat kepada rakan PR. Sepertimana yang diketahui umum, DAP merupakan rakan PR yang secara terang-terangan menentang pelaksanaan hudud di Malaysia dan ini bukanlah sesuatu yang baru.
Parti gabungan sebelum PR, Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan selepas zaman Reformasi berkubur disebabkan perbezaan ideologi yang ketara antara PAS dan DAP. Sekarang, perbezaan itu menjadi semakin kuat apabila DAP mengkritik Rang Undang-Undang Hudud Kelantan dan PAS secara terang-terangan menyatakan untuk melaksanakannya.
Ketiga, kepimpinan ulama PAS dilihat seperti satu institusi dalam PAS yang tidak boleh dikritik ahli. Antara kelemahan yang nyata dalam PAS apabila menjadikan institusi ulama sebagai institusi yang tidak boleh dikritik. Ini menjadikan PAS semakin keterbelakang dalam mendepani arus politik semasa.
Read More / Baca Lagi >>

Rejim Barisan Nasional penakut

Posted: 23 Feb 2015 08:09 AM PST

Zuraida Kamaruddin


Wanita Keadilan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan PDRM yang terus-menerus mengganggu ahli politik serta aktivis pembangkang iaitu Zunar dan Arul, Adam Adli dan Fariz Musa dan kemudian Nik Nazmi dan Dr Afif Bahardin.
Ini menunjukkan Barisan Nasional (BN) takut kepada Keadilan dan Pakatan Rakyat.
Rejim ini juga kehabisan taktik kononnya dengan menakut-nakutkan pemimpin pembangkang dalam terjahan mereka.

BN menggunakan perkhidmatan awam yang dibayar rakyat untuk mencapai kepentingan politik mereka sendiri. Ini jumlah pembaziran wang haram yang sangat besar apabila tumpuan seharusnya diberikan kepada isu yang lebih besar dan lebih penting contohnya "Siapa pembunuh sebenar Altantuya?" dan gejala rasuah.
Ketua Polis Negara juga perlu mengurangkan masa dalam penggunaan sosial media seperti Facebook dan Twitter.
Ia sangat tidak matang dan sangat kebudak-budakan bagi anggota polis yang  menghabiskan begitu banyak masa merungut, mengugut di laman sosial dan menangkap mereka yang memberikan pandangan tidak menyenangkan yang dihantar terus kepada beliau.
Setiap warganegara berhak menyatakan pendapat mereka sendiri dan mempunyai kebebasan bersuara.
Polis dibayar rakyat, bukan dibayar Barisan Nasional. Oleh itu, kehendak dan keselamatan rakyat harus diutamakan. Bukan menjaga bakul sendiri.
Hingga saat ini, kerajaan BN masih gagal memberikan jawapan yang memuaskan dalam pertuduahn mengenai salah urus pendanaan awam.
Read More / Baca Lagi >>