Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SAMBUNGAN : JUDE TOLAK TAWARAN ANWAR

Posted: 20 Feb 2015 03:59 PM PST


Jude Pereira, Sanjeevan (bertanda bulat) dan Anwar Ibrahim
Pegawai penyiasat kes liwat II, Supritendan Judy Blacious Pereira (Jude Pereira) menolak tawaran Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim supaya memalsukan keterangan berkaitan dengan kes tersebut.
Tawaran Anwar itu dibuat oleh orang perantaraannya, Sri Sanjeevan Ramakrishnan, Pengerusi MyWatch dalam pertemuan di kafe PJ Hilton, seminggu sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
Perkara itu didedahkan oleh Raggie Jessy dalam artikelnya bertajuk "Jude : I Was Asked To Subvert The Trial" yang disiarkan Malaysia-today.net.
Raggie Jessy adalah seorang penulis yang mendapat sumber pertama daripada Jude Pereira di mana beliau (Jude) telah bersetuju pendedahan ini disiarkan.
Pertemuan Jude Dengan Sanjeevan
"Saya (Jude) bertemu Sanjeevan di kafe di PJ Hilton, dia (Sanjeevan) sedang duduk di sebuah meja dilihat sedang meneliti beberapa dokumen.
"Sebaik saya duduk dengannya, dia memberitahu saya bahawa dia sedang membantu Anwar untuk kempen PRU 13 dan menurutnya PKR akan pasti dapat memenangi PRU itu.
"Sanjeevan memaklumkan kepada saya yang pada ketika itu, Anwar sedang berkempen di Ipoh.
"Dia begitu berterus terang, dia meminta adakah saya boleh membuat satu kenyataan media bahawa memang wujud konspirasi dalam siasatan saya terhadap Anwar.
"Sanjeevan turut memberitahu saya bahawa saya akan dijaga dengan baik jika PKR menang," kata Jude.
Jude berkata beliau tidak boleh membuat kenyataan sebagaimana yang diminta itu kerana siasatan beliau menunjukkan hasil sebaliknya iaitu tiada wujudnya sebarang konspirasi dalam kes tersebut.
"Kemudian, dia meminta saya hanya berkata 'ada campurtangan kerajaan dalam siasatan' yang mana (permintaan itu juga) turut saya tolak.
"Saya kemudian mencadangkan jika mereka mahu saya membantu, saya boleh memberikan kenyataan bahawa saya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar," kata Jude.
Ketika dalam pertemuan itu, Jude memberitahu Sanjeevan kemudiannya telah menghubungi Anwar dengan telefon bimbitnya.
Sanjeevan memaklumkan kepada Anwar bahawa ketika itu dia sedang bersama Jude.
Selepas itu, Sanjeevan memberikan telefon bimbitnya itu kepada Jude dan meminta beliau bercakap dengan Anwar.
"Saya hanya mengucapkan semoga Anwar berjaya dalam PRU-13 dan memaklumkan saya tidak boleh membuat kenyataan seperti yang dikehendakinya tetapi saya berkata saya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes liwat beliau.
"Anwar menjawab bahawa ia mencukupi untuk saya dengan hanya berkata sedemikian," kata Jude.
Kemudian, Jude berkata Sanjeevan telah mencadangkan supaya beliau menulis sesuatu dalam kenyataan media yang boleh menyokong Anwar.
Sanjeevan juga berkata dia akan memanggil sidang akhbar pada sebelah pagi jika Jude bersetuju.
"Sanjeevan kemudiannya telah meminta saya supaya pergi ke sebuah hotel yang baharu di KL Sentral dan bertemu dengan seseorang yang akan menunjukkan kepada saya apa yang telah ditulis bagi pihak saya, untuk saya berikan kepada pihak pada keesokan harinya.
"Dia juga memberitahu saya, saya akan dijaga dengan baik di hotel berkenaan dan saya boleh bermalam di situ kerana semuanya sudah dibiayai.
"Oleh kerana ingin melihat sejauhmana perkara itu berlanjutan, saya telah bersetuju," kata Jude.
Menurut Jude, apabila beliau tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 8 malam, beliau bertemu dengan seorang lelaki India Muslim yang berjanggut dan seorang lagi yang sedang duduk dekat dengan sebuah meja.
Jude berkata beliau telah memperkenalkan dirinya dan mengatakan beliau telah bertemu Sanjeevan sebelum diminta berjumpa dengan mereka.
"Lelaki berjanggut itu sudah pun menyiapkan rangka satu surat dan meminta saya membacanya, jika saya bersetuju mereka akan menghubungi pihak media pada keesokan paginya.
"Saya terkejut apabila membaca satu surat yang mengandungi kira-kira 100 patah perkataan yang mengatakan bahawa saya sebagai Pegawai Penyiasat (telah mengesahkan bahawa) Anwar sebenarnya tidak bersalah dan dia (Anwar) didakwa tanpa sebab yang kukuh serta bukti yang ada sengaja direka cipta terhadapnya," jelas Jude
Jude berkata petikan itu membuatkan beliau dibodohkan dan memperjudikan integriti tugas beliau sebagai pegawai polis.
"Saya enggan memenuhi permintaan mereka dan terus beredar dari hotel berkenaan.
"Saya memandu pulang ke rumah saya di Ipoh pada malam yang sama, menyesali saya telah berjumpa dengan Sanjeevan dan kawan-kawannya, yang bertujuan untuk mengeksploitasi saya untuk tujuan mereka.
"Kemudian pada hari yang sama, Tan Sri Musa (Hassan) menghantar SMS kepada saya dan bertanya kepada saya bagaimana keputusan mesyuarat yang telah saya hadiri itu.
"Apabila saya memberitahunya apa yang terjadi itu, beliau telah menghantar SMS kepada saya dengan mengatakan bahawa saya telah lakukan perkara yang betul dalam menjaga integriti saya,"kata Jude.
Pertemuan Jude dan Tan Sri Musa Hassan
Menurut Jude, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ada menghubunginya kira-kira seminggu sebelum PRU-13 ketika beliau berada di rumahnya, di Ipoh.
Musa meminta Jude untuk menemuinya di rumah bekas Ketua Polis Negara itu di Jalan Gasing, Petaling Jaya, jika ada kelapangan.
"Sebelum saya menerima panggilan Musa, ada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Sanjeevan, Pengerusi MyWatch menghubungi saya beberapa kali untuk berjumpanya di PJ Hilton.
"Ketika itu pukul 2.30 petang semasa saya bertemu dengan Musa di rumahnya, kami keluar untuk minum teh di Restoran Lotus yang berhampiran rumah beliau.
"Musa memberitahu saya bahawa beliau kini merupakan Penasihat kepada MyWatch yang mana Sanjeevan ialah Pengerusinya,"kata Jude.
Jude berkata Musa telah memaklumkan kepadanya bahawa Sanjeevan adalah individu yang berkait rapat dengan Anwar, di mana Anwar kini mahu bersahabat dengan bekas Ketua Polis itu.
Menurutnya, Musa bertanyakan secara terus kepadanya bahawa sebagai Pegawai Penyiasat kes liwat II, adakah wujud sebarang konspirasi dalam siasatannya itu.
Jude agak terkejut dengan pertanyaan Musa itu, kemudian memaklumkan bahawa Musa adalah Ketua Polis Negara pada masa itu dan beliau yakin Musa juga tahu bahawa tiada sebarang konspirasi terhadap Anwar sepanjang siasatan tersebut.
"Saya memberitahunya, kenyataan daripada saksi adalah bukti dan bukannya sebahagian daripada konspirasi.
"Musa berkata beliau berpuas hati dengan jawapan saya," kata Jude.
Menurut Jude, Musa juga mengetahui berkenaan pertemuan beliau dengan Sanjeevan di hotel PJ Hilton selepas itu.
Musa dilaporkan Malaysiakini semalam telah mengesahkan bahawa beliau menemui Jude sebagaimana yang didedahkan Malaysia Today.
Katanya, beliau kemudian dimaklumkan bahawa Jude telah diminta untuk membuat satu kenyataan akhbar yang memihak kepada Anwar.
Bagaimanapun, Musa menafikan bertanya kepada Jude sama ada terdapat konspirasi dalam kes liwat Anwar seperti mana yang didedahkan Malaysia Today itu.
"Kita bercakap tentang masa dulu-dulu dan mengenai bagaimana Jude mahu menjadi seorang peguam. Saya juga memberitahunya yang Sanjeevan mahu bertemu dengannya," kata Musa.
Musa berkata apabila Jude memberitahunya bahawa dia enggan berbuat demikian, beliau telah memuji pegawai polis atas pendiriannya itu.
Musa juga turut mendedahkan bahawa beliau telah berpisah dengan Sanjeevan kerana Pengerusi MyWatch itu terlalu terlibat dalam politik.
Katanya, beliau telah meminta Sanjeevan supaya berhenti dari politik dan memberi tumpuan kepada NGO, MyWatch.
Apabila Sanjeevan tidak berbuat demikian, kata Musa, beliau telah meninggalkan MyWatch.
Musa turut mengesahkan bahawa Sanjeevan rapat dengan Anwar.
Malaysiakini turut menghubungi Sanjeevan, namun bekas calon Aangkatan Muda Keadilan itu enggan memberi apa-apa komen terhadap isu tersebut.

PERCUBAAN ANWAR SOGOK PEGAWAI PENYIASAT

Posted: 20 Feb 2015 03:55 PM PST

Anwar Ibrahim melalui orang perantaraannya, Sri Sanjeevan Ramakrishnan, Pengerusi MyWatch didakwa cuba mempengaruhi pegawai penyiasat kes Liwat, Supritendan Judy Blacious Pereira (Jude Pereira) supaya memalsukan keterangan berhubung kes tersebut.
Dengan tajuk "Jude: I was asked to subvert the trial", Malaysia Today mendedahkan atas permintaan Pengerusi Mywatch itu, Jude telah berjumpa dengan Sanjeevan di hotel PJ Hilton seminggu sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
Sanjeevan juga adalah bekas calon Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR dalam pemilihan PKR baru-baru ini, namun beliau tewas.
Dalam perjumpaan tersebut Sanjeevan telah meminta agar membuat kenyataan akhbar bahawa semua tuduhan terhadap Anwar Ibrahim hanyalah satu komplot kerajaan dan Barisan Nasional. Sanjeevan berjanji bahawa Pakatan Rakyat hampir pasti menang dalam pilihan raya umum lalu dan mereka akan menjaga kebajikan Jude sekiranya beliau membuat kenyataan sedemikian.
Sanjeevan turut menghubungi Anwar Ibrahim dan menyuruh Jude bercakap dengan Ketua Umum PKR itu. Bagaimanapun Jude memberitahu bahawa beliau tidak akan membuat apa-apa kenyataan yang menggambarkan terdapat sebarang komplot oleh kerajaan kerana siasatan beliau tidak menemui sebarang unsur sedemikian.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Askar PASMA Mat Sabu dah bersedia kikiki

Posted: 20 Feb 2015 09:00 PM PST




Muga2 budak2 tu cepat besar segera untuk bantu pasma

Marah depa oghang tau burung tegang masa lumuq KY Jelly

Posted: 20 Feb 2015 04:55 PM PST


Tan Sri Dr Shafee Abdullah hanya membentangkan fakta kes yang merupakan public docuemnt. Tiada leih dan tiada kurang.

Jika dahulu pihak pembangkang boleh keliling Malaysia dan dunia membuat pelbagai tuduhan dan tomahan terhadap kerajaan.

Kenapa tidak Shafee Abdullah buat roadshow satu Malaysia untuk menerangkan dan menjelaskan kepada rakyat jelata kebenaran yang berdasarkan fakta tentang apa yang berlaku?

Semuanya public document.

Selama ini pihak pembangkang keliling satu Malaysia tapi tiada pihak termasuk pihak berkuasa kerajaan, pejabat pendakwa raya  dan mahamah siasat dan dakwa tindakan hina mahkamah mereka?

Oleh itu, kenapa pula Gobind nak bising? Ambiga dan Christopher Leong pun bersuara malah menuduh kerajaan melakukan persecution dan  bukan prosecution atas laporan polis victim?





Sepatutnya ...




Hanipa Maidin ajak Shafiee debat. Yang mana buang masa debat dengan peguam yang tidak ada pelanggan lain melainkan kes-kes PAS dan pemimpin PAS.



Rasanya tak perlu RTM buang masa untuk beri publicity untuk debat. Mereka dah debat habis di mahkamah maka seperti kata Khairy ini masa pihak kita perjelaskan perkara sebenar berdasarkan fakta yang telah melalui proses penghakiman.

Masa depa keliling satu Malaysia tiada pula mereka nak ajak kita beri our side of the story. Kali ini ada pula bekas pelajar yayasan Anda nak beri balance view konon. Dahlah dulu debat dengan Anwar hancus!


Jangan pula ada nak jadi tukang brake untuk pembangkang. Malah ada mantan AG pula kata Shafee sedang iklankan dirinya.

Bunyi macam AG yang sekarang yang cembburu ppasal dia sedang berusaha untuk dapat extension lagi dua tahun hingga sedia ikut KSN yang dia tak suka ke US. AG sekarang yang bersama kes pertama hingga terlupa date. Dia juga cuai hingga kita kalah Batu Putih pada Singapura!!!

Dia juga tarik brake dan tak mahu dakwa banyak kes hina mahkamah dan hina sultan, melayu, islam dan menyebabkan penguatkuasaan cuai. Malah dia adalah closet liberal yang bahaya dan bbermuka-muka.



Ada budak hingus AMK bernama Dr Afif menuntut Shafee dikenakan hukuman oleh Bar Council. Lu apa tau pasal Law????Tau lah kamu nak lobi jadi calun PKR di Permatang pauh!!!!

Sebenarnya yang buat mereka risau adalah tarikan Shafee kepada kaum muda.


Khabarnya ramai anak muda puashati dengan penjelasan di AKHI malam tersebut. Harap ia bukan lagi bawah anjuran Pemuda dan elok Pemuda tumpu masa untuk PRK akan datang. Hangpa pemalas sangat bila PRK.

Tak malukah dok biaq pompuan saja buat kerja????



Amboi kasaq sekali hangpa


Sebagai defense lawyer mereka perlu beri fair hearing pada sesiapa. Peguam pembangkang lagi teruk. Yang penting sebagai pendakwa, dia tak akan dakwa jika dia tak yakin.

Weekend ini akan diadakan di UiTM Permatang Pauh. Pi tanya2 detail jadual dan pastikan orang muda tahu dan faham kes ini.

Marah depa sampai hina Shafee






Yang dok dakap picit puting Saiful tu anwar. Baru picit puting dan dakaq, benda alah tu dah ngamuk dan tegang. Masa lumuq KY Jelly dah diri tegak nyanyi negara ku. ...

Nak tau hangpa dengaq ni posting raya cina SINI. 

Lepas tu pi sekali UiTM Permatang Pauh untuk lebih jelas.



Cina bantah Kidex batal, Melayu bantah Datum Jelatek terus

Posted: 20 Feb 2015 07:37 AM PST







Sirul tak kredibel jika tak jawab dua soalan

Posted: 20 Feb 2015 02:30 AM PST


Sirul buat dakwaan mengarut berikut:





Kami membaca pula TMI SINI yang mengatakan Sirul tak mungkin tahu siapa yang suruh dia bunuh Altantunya. Dia dapat arahan dari Azrilah. SIRUL TAK MUNGKIN TAHU!!!

Penulis TMI itu membuat spekulasi bahawa Azilah akan dihukum mati untuk tutup siapa yang sebenar bunuh.

Dalam hal ini, fakta mahkamah jelas mengatakan Azilah dapat arahan dari Musa Safri tapi dia salah faham arahan "take care". Agak silap Musa Safri guna bodyguard UTK sebab patut minta tolong OCPD.


Memang ada persoalan kenapa Musa Safri tidak di letakkan d kandang saksi untuk menjawab. Namun pendakwaan tidak perlu dia untuk buat kes.

Maka  kenapa pembelaan tak guna dia sebagai saksi? Adakah pihak pembelaan mohon letak Musa Safri jadi saksi? Mungkin sudah dipohon tapi ditolak mahkamah.

Isu lebih besar.

Kenapa Sirul dan Azilah tidak jadi saksi dan pertahankan diri mereka ketika perbicaraan??? 

Sirul perlu jawab ni. Satu lagi:

Jika Sirul ada hal untuk dedah, kenapa dia tidak bawa dan dedahkan di mahkamah?

Soalan tambahan ... di atas pelbagai pihak dah kompang seolah-olah Najib terasa dan tak perlu beri reaksi. Rasanya, Najib faham apa tujuan dan permainan pembangkang yang terlibat bawa lari Sirul ke Australia. Dah banyak kali dia dihubungkaitkan.

Sekarang peguam yang diambil Sirul adalah peguam muda yang hebat dan berani.

Tak akan peguam ini tidak kejar Dato Najib dan cari bukti-bukti terhadap Najib jika Najib terlibat demi nak selamatkan anak guamnya?

Kita tahu pelbagai pihak persoalan kenapa takde motif dan kenapa Razak Baginda tak didakwa bersama. Tapi ini semua isu-isu perundangan, bukti, motif dan fakta.

Yang ini Sirul perlu jawab dulu.

Jangan lah bawak isu Altantunya nak komisyen ... fakta dan dokumen akan tunjukkan pandangan itu bodoh, bahalol, goblog dan tongong tahap gabang.

Orang buta huruf tak membaca saja yang percaya hal begini.

Benda ni semua dah masuk court dan ada bukti serta document, maka bercakap guna fakta dan bukan "AKu rasa ..." atau "Ah ... ini mesti punya ....!!!"

Tanya balik apa fakta dan dokumen????

Surat khabar Cina nampak sangat sokong pembangkang

Posted: 20 Feb 2015 12:38 AM PST




Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Bukan lagu hina Nik Aziz?

Posted: 20 Feb 2015 04:20 PM PST


KUALA LUMPUR - KRU Music menafikan sekeras-kerasnya pihaknya terlibat dengan penyebaran sebuah video yang dikaitkan dengan sebuah parti pembangkang.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, KRU Music menjelaskan bahawa lagu berjudul Sandiwara yang dikeluarkan pada penghujung tahun 2000 itu berinspirasikan isu Al Maunah yang menjejaskan keamanan negara pada ketika itu.

Beberapa hari lalu tersebar sebuah klip video berdurasi selama tiga minit 16 saat yang memaparkan imej Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berlatarbelakangkan lagu Sandiwara.


Video berkenaan yang menjadi viral di laman sosial menerima kritikan hebat daripada orang ramai terutama terhadap kumpulan trio adik-beradik KRU itu kerana didakwa terlibat dalam agenda untuk menghina bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Pihak KRU Music juga akan membuat laporan polis terhadap individu yang bertanggungjawab menghasilkan video berkenaan.

Kenyataan itu turut menjelaskan, tindakan individu yang membuat interpretasi sendiri dari lirik lagu ini adalah melanggar hak cipta milik syarikat itu.

Lagu Sandiwara yang dihasilkan 15 tahun lalu itu dinyanyikan artis alam maya di bawah naungan KRU, Tyco.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Imigresen Australia Nafi Luluskan Wawancara Sirul

Posted: 20 Feb 2015 08:47 PM PST


Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2015 7:20 PM

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Australia pada Jumaat nafi meluluskan wawancara televisyen dengan bekas komando polis, Sirul Azhar Umar berhubung pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut sebuah portal berita Australia, The Age, Sirul, yang kini ditahan di pusat tahanan Villawood di Sydney memberitahu sebuah portal berita tempatan bahawa dia telah berunding dengan stesen televisyen Australia untuk mengadakan sesi wawancara khas berkenaan.

The Age memetik jurucakap Jabatan Imigresen, Peter Dutton sebagai berkata bahawa jabatan itu tidak memberi kelulusan dengan mudah terhadap proses untuk menemubual tahanannya.

Beliau menambah bahawa Sirul memerlukan kelulusan peringkat tertinggi untuk merakam wawancara bersama media dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Bagaimanapun menurut laporan itu, Dutton tidak menolak kemungkinan satu temu bual boleh diadakan pada masa akan datang jika proses permohonan yang sepatutnya dipenuhi.

Terdahulu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dilaporkan berkata bahawa media tempatan di Australia berpeluang untuk mengadakan sesi telesidang bersama Sirul selama 15 minit pada Isnin ini.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pokok Sena itu tidak menyatakan butiran lanjut mengenai perkara itu.

Sirul dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya pada 2006 dan disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul, berikutan rayuan dikemukakan.

Pada 13 Januari tahun ini, Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka.

Sirul tidak hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu. Dia dipercayai telah pergi ke Australia dengan visa pelancong dan pasport yang sah tahun lalu.

Dia bagaimanapun ditahan pada 20 Januari oleh pegawai imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah dan ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.

Rayuan Tomboi Mangsa Rogol

Posted: 20 Feb 2015 12:38 AM PST


Foto:Sinar HarianFoto:Sinar HarianJOHOR BAHRU: Meskipun berperwatakan tomboi, ia tidak mampu mengatasi naluri keibuan yang menebal seorang wanita sebaik dia melahirkan bayi lelaki lebih 10 hari lalu, meskipun menyedari ia bukan daripada ikatan yang sah.
Kisah malang Ain (bukan nama sebenar), 33, bermula selepas dia dipaksa mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki berstatus suami orang dalam kejadian di sebuah rumah yang tidak diketahuinya, awal tahun lalu.
"Saya kenal dia, malah kami menetap di kampung sama. Saya dipaksa melakukan perbuatan terkutuk itu disaksikan dua rakan lelaki tersebut.
"Pada saat kejadian hitam itu, saya hanya fikir untuk tidak diapa-apakan dan dapat pulang ke rumah.
"Selepas insiden itu, saya tidak pernah bersua dengannya meskipun mengetahui saya hamil anaknya kerana saya tidak mahu ada sebarang ikatan dengannya," katanya yang ditemui penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam Operasi Mawar Merah, di sebuah hotel murah, di sini.
Ain turut merayu supaya tidak dikenakan tindakan kerana cuba menyembunyikan kelahiran bayi lelaki itu selepas didakwa menjadi mangsa rogol tahun lalu.
Katanya, meskipun mengetahui risiko yang bakal ditanggungnya, dia tekad mahu memelihara anak yang dilahirkan secara normal itu malah ibu bapanya mengetahui kelahiran bayi tersebut.
Tegasnya, dia sayangkan bayinya dan mahu menjaganya sendiri meskipun ada beberapa kenalan yang mahu mengambil anak itu sebagai anak angkat.
"Biarlah saya yang jaga sendiri tanpa susahkan orang lain apatah lagi kedua ibu bapa saya kerana saya ingin berubah demi bayi ini," katanya.
Ain tidak berhasrat pulang ke rumah orang tuanya, kerana tidak mahu mengaibkan mereka.

- Sinar Harian

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:21 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Sebagai Warganegara Malaysia Mengapa Mengeluh Pasal Lagu Negaraku?

Posted: 20 Feb 2015 03:23 AM PST

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:19 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Peninggalan Berharga buat umat Islam dari Almarhum Tuan Guru Nil Abdul Aziz.

Posted: 20 Feb 2015 06:11 PM PST

Aku menang dah lama tak update blog, disebabkan kesibukan masa fakto kesihatan... ditambah pula dengan suasana politik semasa yang aku sendiri rasanya malas nak ambil pusing, biarlah kepada mereka-mereka yang lebih berautori melaksanakannya...


Rasa sedih dengan pemergian murabbi kesayangan semua umat Islam masih lagi terasa, namun ada satu buat tangan yang beliau tinggalkan perli diambil perhatian oleh semua umat islam yang ingin mengikut sunnah nabi... 

Kalau rasa tak mau nak ikut tu,,, tambahan macam ada 2-3 orang ostad-ostad hebat kat Manjung ni, aku tak boleh nak kata apalah, mungkin hangpa rasa apa yang hangpa buat dan duk pertahankan tu terbaik, walaupun nabi dan para sahabat sendiri tak pernah buat... 



Banner-banner diatas ni tak tahu siapa empunya kerja,, moga-moga Allah S.w.t memberi hidayah kepada siapa pembuatnya...


WASIAT TGNA TENTANG TAHLIL - PENDIRIAN DAN HUJJAH WARGA PRIHATIN

WASIAT TGNA ini telah membuka satu lembaran pengkajian berkaitan budaya tahlil yang selama ini berlaku dalam budaya masyarakat kita. Hasrat beliau disampaikan sendiri oleh anaknya. Ia mengambil uswah daripada Rasulullah SAW yang tidak pernah mengadakan majlis tahlil di zaman baginda.

Di samping itu, isu ini timbul atas budaya dan habit masyarakat yang terlalu taksub dan memuja tokoh agamawan sehingga melampaui batas.

Kami lihat ada hikmah yang sangat besar daripada asbab wasiat TGNA ini. Ia mencetuskan PENGGALIAN ILMU oleh kita yang masih hidup supaya mengkaji semula budaya tahlil arwah yang telah menjadi ikutan dari zaman nenek moyang kita hingga sekarang. Sampai satu tahap keengganan mengadakan kenduri tahlil pada malam-malam selepas pengebumian jenazah akan dianggap amat pelik.

Namun mutakhir ini, maklumat di hujung jari. Interaksi masyarakat kita dengan ulama-ulama antarabangsa, juga adanya pelajar-pelajar jurusan agama ke serata dunia, maka idea mengadakan kenduri tahlil telah disambut dengan pelbagai reaksi. Ada yang masih kuat berpegang dengan ritual itu. Ada yang menentang sekeras-kerasnya. Ada juga yang bersikap pertengahan; jika dijemput mereka raikan, jika tiada juga tidak jadi isu. Setiap kelompok ini ada dalilnya masing-masing.

DEFINISI & ATURCARA RITUAL TAHLIL ARWAH

Sebelum kita pergi jauh, kita perlu jelaskan dahulu istilah yang digunakan. Apakah makna dari segi bahasa dan juga persepsi masyarakat secara adat tentang TAHLIL ARWAH.

Secara bahasa TAHLIL berakar dari kata HALLALA (هَلَّلَ), YUHALLILU ( يُهَلِّلُ ) TAHLILAN ( تَهْلِيْلاً ) yang membawa banyak maksud. Makna yang paling hampir ialah penyembahan, penegasan, kesimpulan dan penafian. Ini diterjemahkan oleh lafaz NAFI ISBAT kita melalui bacaan kalimah "LA ILAHA ILLALLAH". Di situlah kita MENAFIKAN adanya ILAH selain ALLAH dan men'SABIT'kan akidah kita denganNya.

Secara kaifiah (kaedah) amalan TAHLIL ARWAH ini difahami oleh masyarakat sebagai satu tradisi membaca ayat-ayat tertentu dari Al-Quran, diikuti dengan zikir berupa istighfar, selawat, tasbih, tahmid, takbir dan tahlil (kalimah tauhid). Ritual itu ditutup dengan doa khusus dan jamuan makan. Sebahagiannya turut memberi upah kepada ahli majlis yang hadir. Harapannya ialah agar pahala tahlil itu dapat dihadiahkan untuk orang yang meninggal dunia.

HAKIKAT TAHLIL SECARA AKTUAL

Secara positif, segala doa dan bacaan semasa tahlil boleh dijadikan BAHAN SERUAN untuk mengukuhkan akidah dan meningkatkan perhambaan manusia dengan tuhannya.

MEMBACA YAASIN & AL-FATIHAH - Sebagaimana konsep Rahsia Solat dan Rahsia Fatihah yang telah kami kongsikan, membaca Al-Fatihah dan ayat-ayat dari surah al-quran selepas Fatihah adalah merupakan satu bentuk frame dan manhaj dalam ibadah kita kepada Allah. Semua itu difokuskan untuk melaksanakan segala perintah, hanya dengan aturan daripada Allah. Pelaksanaannya tidak boleh bercanggah dari apa yang telah ditetapkan dalam lingkungan Rububiyah, Ubudiyah dan Mulkiyah Allah.

MEMBACA 3 QUL iaitu Surah 112-Al-Ikhlas, 113-Al-Falaq dan 114-An-Nas adalah untuk menyeru kita agar KEKAL BERPRINSIP sebagai seorang hamba Allah, satu-satunya AL-ILAH (sembahan).

MEMBACA AYAT KURSI DAN BEBERAPA AYAT AWAL DARI SURAH AL-BAQOROH juga untuk memantapkan pendirian dan menguatkan tekad kita untuk mengabdikan diri kepada ALLAH.

KALIMAH TAHLIL (LA ILA HA ILLALLAH) adalah simpulan VISI untuk ibadah kita. Ia adalah kalimah yang amat besar yang Allah nukilkan sebagai seruan utama oleh semua para Rasul (QS:16/36). Menyekutukan ALLAH adalah dosa yang tak terampun (QS:4/116). Asas pendidikan anak juga dari kalimah ini (QS:31/13). Itulah tujuan utama kita hidup di dunia ini (QS:51/56). Banyak lagi dalil-dalil dari AQ dan hadith tentang kepentingan kalimah toiyibah ini untuk mengukuhkan iman kita.

ZIKIR TASBIH (mensucikan), TAHMID (memuji) dan TAKBIR (membesarkan Allah) yang dibacakan sebelum kalimah Tahlil itu pula adalah MISI atau gerak kerja JIHAD FI SABILILLAH dalam ibadah kita mentauhidkan Allah. Dengan misi yang menjurus kepada MENSUCIKAN nama Allah, MEMUJI dan MEMBESARKAN Allah itulah dapat kita capai visi tauhid "TIADA ILAH MELAINKAN ALLAH".

Akhir sekali ialah DOA dan SERUAN khusus. Doa Tahlil ini seharusnya mampu memberikan peringatan dan nasihat kepada seluruh Jemaah yang hadir. Pesan-pesan dari didikan si mati juga boleh dipanjangkan. SERUAN itulah yang menjadikan program tahlil itu bermanfaat sebagai hikmah kepada sesuatu KEMATIAN. Ia mampu menghidupkan jiwa, mencegah perkara keji dan mungkar lalu mendekatkan manusia kepada PENGATUR (RABB) dengan melaksanakan PERATURANNYA.

Apa yang penting ialah ILMU yang ditinggalkan oleh si mati untuk kita warisi, teladani dan teruskan perlaksanaannya sebagai sesuatu yang bermanfaat. Ia amat berguna untuk membina insan pendokong agama dan mampu menzahirkan Islam melebihi agama yang lain. Seruan dan ILMU yang dikembangkan dalam tahlil inilah yang membezakan RITUAL KEMATIAN agama Islam daripada agama-agama lain.

KONFLIK KENDURI & MAKSIAT DI MAJLIS TAHLIL ARWAH

Majlis kenduri arwah dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dan mengadakan jamuan di rumah si mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, di hari ke2, ke3, ke7, ke40 dan ke100. Bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau terlalu mengagungkan si mati malah mengadakannya setahun sekali, khususnya menjelang ramadhan atau perayaan tertentu.

Sebenarnya banyak perkara Khurafat lain yang juga turut dilakukan oleh masyarakat. Contohnya upacara persandingan yang seolah-olah satu kewajipan. Padahal acara persandingan itu hanya merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita.

Begitu juga amalan selepas kematian. Mesti diadakan kenduri masuk kubur, makan serabai di hari ke3, kenduri pecah perut pada hari ke 7, kenduri roh berpisah dengan waris pada hari ke40 dan kenduri 100 hari iaitu tatkala turun batu nisan agar ruh itu masuk dalam jemaahnya sebagai ahli kubur.

Ironinya, masyarakat Islam kini juga turut percaya bahawa orang beriman akan disoal dalam kubur selama 7 hari berturut-turut. Orang musyrik sampai 40 hari. Siapakah yang memberitahu kita semua itu? Siapakah yang pernah keluar dari kubur untuk ceritakan perihal kubur? Allah tak beritahu benda ghaib termasuk hal ehwal dalam kubur. Yang allah sebutkan ialah akan dihidupkan semula dari kubur. Itupun masih ada takwil muhkamat dan mutasyabihat. Rasulullah SAW sendiri katakan baginda tidak tahu perkara yang ghaib!

Nanti akan ada yang mengaitkan dengan benda ghaib yang nabi SAW ceritakan dalam peristiwa Isra' Mikraj. Sebenarnya banyak lagi kekeliruan yang melanda umat Islam tentang tarbiyah Israk Mikraj ini. Kita gagal mengkaji dan mengesan bahawa apa yang nabi SAW ceritakan itu adalah suatu yang nyata, bukan suatu yang ghaib. Cumanya kita tidak dapat memecahkan Kod Mutasyabihat dari kisah itu.

Banyak fakta dan dalil yang tidak mampu kami muatkan di sini kerana ianya terlalu panjang. Cukuplah kami katakan bahawa dalil periwayatan Isra' Mikraj tidak boleh digunakan sehingga mengatakan segala yang berlaku dalam kubur itu diceritakan oleh Nabi SAW selagi tiada dalil wahyu. Allah sendiri menyanggah fenomena ini dengan jelas. (QS:42/51) (QS:13/31). (QS;35/32)

Percanggahan pendapat berputar samada amalan kenduri tahlil ini dibolehkan atau tidak? Masing-masing bawa hujah dan pendapat dari Al-Quran, hadith, athar, qias, dan lain-lain. Dalam sedar atau tidak, hal ini dijadikan KAYU UKUR bagi menilai pegangan agama individu. Adakah mereka Salafi, Wahhabi, Sufi, Syiah, Sunni dan sebagainya. Amalan LABEL MELABEL ini juga amat memualkan sekali.

BOLEHKAH TRANSFER PAHALA?

Kalaulah amalan majlis tahlil ini mampu sedeqahkan pahala kepada si mati, maka di dunia ini kita mesti kumpul duit banyak-banyak. Lepas itu pesan pada anak-anak supaya buat tahlil selalu. Nanti kalau dah mati, kita senang dalam kubur. Nah ini hanya meletakkan hidup kita dalam sangka-sangka. (QS:10/36)

Kalau macam tu orang-orang kaya akan hidup senang di alam kubur sebab anak-anak banyak duit untuk jamu orang makan dan buat tahlil. Bagaimana orang miskin dan yang melarat? Adakah Islam ini hanya untuk orang kaya sahaja? Masalah kita ialah kurang memahami hakikat apa itu PAHALA?.

Sebenarnya di dalam Islam tidak ada sistem 'TRANSFER' pahala atau dosa kepada orang yang sudah mati kerana amalnya sudah terputus. Al-Qur'an menetapkan bahawa dosa seseorang tidak dapat ditanggung oleh orang lain (QS:17/15). Seseorang akan memperoleh hasil dari amalnya sendiri (QS:an-Najm : 38-39; QS:al-Muzzammil: 20 dll).

Ironinya kita tidak sedar bahawa sebenarnya PAHALA hanyalah angan-angan ahli kitab sahaja (QS:4/123). Kita membaca Yasin dan tahlil itu dengan harapan apa yang kita bacakan mampu meringankan dosa si mati. Bagaimana kita nak memberikan pahala kalau apa yang kita baca pun belum tentu kita faham? Ia kekal menjadi amalan yang sia-sia kerana tanpa kefahaman kita tidak mendapat pelajaran dan tentunya tidak melaksanakan apa yang kita baca.

Bicara amal adalah bicara hasil. Satu-satunya GANJARAN dari amalan itu ialah perlaksanaan ilmu pada anak yang soleh yang ditinggalkan si mati. Itu jelas sekali hadisnya. Ia hanya mampu kita gapai dengan meneliti setiap lafaz dalam TAHLIL dan selaku waris si mati kita bangkit melaksanakannya secara AKTUAL.

Majlis TAHLIL itu boleh dijadikan satu wacana tarbiah untuk saling ingat mengingati. Sama halnya macam solat Jumaat. Umat berhimpun di masjid untuk mendengar khutbah lalu bertebaran mencari kurnia Allah, melaksanakan apa yang dititihkan oleh khatib dari khutbah itu. (QS:62/9-10)

Dengan kembali kepada pelaksanaan kalimah ini secara AKTUAL sahaja boleh menjadikan kita saling rai-meraikan, tolong-menolong dan berkasih sayang. Semua itu jelas ada dalilnya. RITUAL hanyalah sekadar perlambangan dan tarbiah sahaja. Kita kini mendapat Islam juga hasil usaha orang terdahulu yang mengamalkan keseluruhan isi Al-Quran dan sunnah itu secara AKTUAL. Bukan sekadar RITUAL.

Itulah GANJARAN sebenar dari amal orang terdahulu. Ilmu agama dan akidah umat agama ini berkembang luas hasil dakwah mereka. Wilayah kekuasaan bertambah, umat berjaya disatukan, kemungkaran juga berjaya dikurangkan.

HUKUM TAHLIL DI SEBALIK IBADAH DAN UPACARANYA

Hari ini upacara ritual tahlil berlaku dalam situasi aktualnya tidak dilaksanakan. Kita rujuk juga teguran TGNA berkaitan ritual berwudhuk sebelum solat. Wudhuk yang tidak didisiplinkan dengan sempurna hanya akan membazir air. Sedangkan membazir itu sendiri amalan syaitan. Jadi apa AKTUAL sebenar wudhuk yang mahu kita amalkan?

Apa yang kita praktiskan sewaktu berwudhuk adalah konsep penyucian jiwa dan diri. Yang hendak dibasuh, disental dan dicuci bukan sahaja kotoran pada fizikal anggota wudhuk itu, tetapi lebih penting sekali menyucikan segala dosa yang dilakukan oleh anggota kita. Itu pencerahan dari TGNA yang perlu kita renung.

Kita harus tahu bagaimana untuk membezakan ibadah dan upacara. Sesuatu ibadah menjadi haram jika dibuat tanpa ilmu (QS:17/36). Itu ASAS BASMALAHNYA jika kita ingin melakukannya untuk dapatkan redha Allah. Kerana itu nabi SAW kata, "Akan tertolak suatu amal baik itu tanpa berbasmalah".

Oleh itu, tahlil juga tidak akan jadi haram selagi kita tahu dan yakin bahawa ia mampu mendekatkan diri kita kepada Allah (QS:5/35). Ia akan JADI HARAM apabila kita SENGAJA menetapkan taqwim tahlil itu sebagai WAJIB, kerana Allah dan Rasul tidak wajibkan ia dengan dalil naqli secara jelas.

Mengikut kaedah fiqah (Qawaid fiqh), penetapan sesuatu hukum ibadah itu berlandaskan syarat wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Asas SIROOT (basmalah / visi tersirat) dan perlaksanaan SABIL (misi jihad/ tersurat) itulah yang akan meletakkan sesuatu nilai ibadah itu di dalam kategori yang mana.

Tahlil dikatakan amalan baru kerana tidak berlaku di zaman nabi SAW. Namun ia juga tidak bertentangan dengan al-quran dan sunnah selagi tidak ada unsur MAKSIAT dan MENSYIRIKKAN Allah. Antaranya termasuk amalan NIHAYAH (meratap) yang memanjangkan kesedihan atau pemujaan kepada peribadi simati.

Ia boleh JADI HARAM apabila laki dan perempuan bukan muhrim bebas bercampur tanpa batas. Salah seorang sukarelawan kami baru sahaja menyaksikan satu majlis tahlil yang meletakkan urusan membaca Yasin dan tahlil itu diketuai serta dilakukan oleh golongan wanita. Yang janggal di situ ialah bila kaum lelaki hanya duduk berborak, memasak dan menjamu selera. Ini melanggar firman di QS:4/34.

Juadah jamuan di majlis tahlil juga biasanya disediakan oleh keluarga si mati. Sepatutnya kita meringankan beban mereka. Ini juga boleh menjadikan ia haram jika harta yang digunakan untuk majlis itu adalah hak anak yatim atau asnaf fakir dan miskin.

Ada pula kes yang melibatkan aktiviti menjual agama, mencari keuntungan dunia dengan mengambil upah membaca al-quran dan tahlil untuk si mati dengan pakej dan harga tertentu. Sebahagiannya turut mengeksploitasi pelajar tahfiz. Itu tidak termasuk adegan paling pelik, iaitu letak air dalam bekas, atau beli air mineral berdozen-dozen, sebelum bacaan yassin dan doa kena pastikan penutup botol air mineral mesti di buka dan di biarkan air mineral tersebut terdedah. Allah suruh guna 'akal' dari air yang dianalogikan sebagai ilmu, bukan untuk dijadikan 'tangkal'...

Oleh itu, kami di RPWP meletakkan UPACARA TAHLIL sebagai satu ibadah HARUS atau SUNAT mengikut kondisi tertentu. Kami nilai RITUAL ini dengan ilmu dan mengadilinya secara berimbang melalui hukum syarak, hukum adat dan hukum akal. Kerana itu jugalah setiap malam Jumaat atau bila ada permintaan masyarakat yang mengalami kematian, anak-anak akan melakukannya. Sekurang-kurangnya takwim itu dapat melancarkan bacaan anak-anak dan tarbiahnya dapat menguatkan akidah mereka.

IBADAH DAN BIDAAH

Masalah kita di dalam masyarakat adalah PENCIPTAAN dan PENETAPAN ibadah-ibadah baru yang sentiasa bertambah mengikut edaran zaman dan fahaman. Ibadah khusus dikembangkan menjadi satu ciptaan ibadah baru. Sebagai contoh, ayat-ayat al-quran yang terpilih dibaca, di tokok tambah bersama dengan amalan-amalan lain lalu melahirkan formula IBADAH BARU.

Ibadah khusus + ibadah khusus + ??? = IBADAH BARU. Contoh; membaca surah al-Fatihah + Yaasin + beberapa ayat dari surah al-Baqarah + 3 Qul + tahlil + doa + jamuan + upah = MAJLIS TAHLIL.

Kita tidak mampu mengubah persepsi masyarakat yang sudah tebal dengan adat, budaya dan resam nenek moyang yang telah sebati di jiwa mereka. Apa sahaja yang bertentangan atau berlainan dari fahaman ritual tradisi masyarakat setempat akan dikecam.

Di Perlis contohnya tidak ada bacaan Yasin malam Jumaat. Tetapi berbeza dengan negeri lain. Di Mekah juga tidak ada langsung wirid dan doa selepas solat sepertimana amalan kita. Itulah dinamakan proses toleransi agama dan budaya. Kerana itulah dikatakan WALI SONGO mengasimilasikan ritual ini dengan pengisian agama. Paling penting Allah nasihatkan agar "jangan sampai kita mencaci upacara atau ritual agama mereka, kelak Allah akan dicaci berlebihan-lebihan" QS;6/108.

Toleransi dan perdamaian secara ritual inilah yang mensejahterakan agama buat umat yang berbilang bangsa dan budaya. Kita harus berkolaborasi dalam urusan budaya dan agama untuk menghasilkan asimilasi fahaman doktrin agama dengan masyarakat setempat. Janganlah terlalu jumud, rigid dan berlebih-lebihan dalam ritual agama. Yang penting kita PASTIKAN perlaksanaan AKTUALnya kita sempurnakan.

Bida'ah atau IBADAH BARU itu dikatakan sesat jika tidak kena gayanya. Tetapi, setiap amalan itu bergantung dengan NIAT dan ilmu, bukan sekadar ikut-ikut. Jika kita tahu asas BASMALAH yang sebenar dari petunjuk Allah, pasti tidak akan berlaku khilaf dan kesesatan. Niat yang berasaskan basmalah inilah yang membezakan samada ibadah kita benar atau hanyalah sekadar riuh rendahnya siulan dan tepukan tangan semata-mata. (QS:8/35,36)

KESIMPULAN

QS: 5. Al Maa'idah 35. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan CARILAH JALAN yang MENDEKATKAN DIRI kepada-Nya, dan ber'JIHAD'lah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.

Jika kita rujuk, tafakur, tadabbur dan tabayyunkan dalil-dalil di atas, seharusnya kita akan dapat satu konklusi yang sama. KALIMAH TAHLIL ini amat besar kepentingannya. Ia berkait rapat antara kehidupan kita di dunia dengan alam berikutnya di akhirat. Syurgakah atau nerakakah kita? Gunalah akal yang Allah beri untuk kita sama-sama fikir. Bolehkah RITUAL TAHLIL ini kita kembangkan secara AKTUAL sebagai salah satu JALAN MENDEKATKAN DIRI kita kepada Allah?

Jika kalimah ini besar impaknya, maka tuntutan untuk melaksanakannya tentu besar. Adakah dengan HANYA MENGUNGKAP kalimahnya sahaja sudah mampu memenuhi 'demand' kalimah ini? Sudahkah dikira mengamalkan kalimah ini? Sudahkah menepati definisi amalan para salafussoleh? Sudahkah cukup untuk meletakkan Islam setinggi-tingginya, seperti mana Rasulullah pernah letakkan?

Perdebatan kita sebenarnya kerana kita sudah terperangkap dengan BELITAN RITUAL. Ini yang menjerat kita sehingga berpecah-belah, bercakaran, label-melabel, dan lebih teruk lagi bunuh membunuh! Kita banyak membazirkan masa 'bertarung' sesama sendiri dalam hal cabang/ranting. Setiap golongan berlumba-lumba untuk mewajahkan yang pendapat mereka lebih betul dari yang lain. Padahal hal akar dan pokok utama yang sepatutnya perlu ditumpukan (QS;14/24-27)

Sebaiknya kita hentikan polemik yang tiada kesudahan ini. Fokuskan kembali agenda mengamalkan Islam dalam bentuk AKTUAL, bukan RITUAL semata-mata. Itulah antara maksud Allah agar kita amalkan Islam ini secara KAFFAH. (QS:2/208)

Ayat ini selalu diguna untuk 'tembak' orang yang ambil ajaran Islam separuh-separuh. Contohnya kita ambil bab zakat tetapi tidak endahkan larangan riba', ambil bab solat tinggalkan bab tutup aurat. Namun kita lupa akan hal AMBIL RITUAL dan TINGGALKAN AKTUALnya. Bukankah itu juga termasuk dalam istilah 'AMBIL ISLAM SEPARUH-SEPARUH'?

Inilah kesimpulan akhir kami dalam dilema TAHLIL ARWAH. Ada kebaikannya jika kita lakukannya untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat. Jadikan ia wacana dakwah dengan menganjurkan perlaksanaan AKTUAL dari setiap bacaan di majlis itu. Kita kembangkan ilmu tinggalan Rasulullah SAW dan si mati untuk sama-sama melaksanakannya. InsyaAllah perlaksanaan AKTUAL dari RITUAL TAHLIL ini akan memanjangkan amal anak Adam yang kita tahlilkan.

Begitu juga dengan nasihat TGNA tentang wuduk. Dikatakan bukan air yang banyak buat membasuh anggota itu yang dituntut, tetapi penyucian dosa pada anggota itu yang dimaksudkan secara AKTUAL dalam RITUAL wuduk itu. Hal ini juga pernah kami artikelkan dalam siri Rahsia Solat (WUDUK).

Buah fikir dan FURQON begini jugalah yang TGNA mahu kita TAFAKUR dan TADABBURKAN dalam wasiat beliau tentang tahlil arwah. Bacaan kita itu tidak beliau perlukan setelah matinya. Yang beliau mahu ialah perlaksanaan AKTUAL dari bacaan itu. Ia untuk kebaikan kita sendiri juga. AKTUAL tahlil itu yang lebih utama, bukan sekadar bacaan RITUAL yang hanya terhenti di bibir sahaja.

Semuga wasiat beliau ini membuka satu lembaran baru bagi kita tentang hakikat AKTUAL dan RITUAL dalam ibadah kita, khususnya merujuk kepada amalan mengadakan TAHLIL ARWAH.

WARGA PRIHATIN

Sumber : Warga Prihatin