Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-
Mimpi Senja

MIMPI SENJA


Suami orang dicekup berbogel bersama kekasih

Posted: 15 Feb 2015 05:50 PM PST


Suami orang dicekup berbogel bersama kekasih
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang sudah berkahwin dan teman wanitanya dicekup dalam keadaan berbogel dan hanya berlapik kain cadar dalam Op Mawar Merah yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) di sekitar bandar raya ini malam tadi.
Lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai buruh dan kekasihnya berusia 22 tahun itu adalah antara 72 individu termasuk empat warga asing yang ditahan dalam operasi yang dijalankan di beberapa hotel bajet bermula pukul 11 malam hingga awal pagi ini.
Penolong Penguat Kuasa JAIJ, Hafiz Abd. Rahman berkata, operasi itu dijalankan bagi membendung kegiatan maksiat sempena sambutan Hari Kekasih pada setiap 14 Februari.
"Kesemua mereka berusia antara 17 hingga 50 tahun yang ditahan diambil tindakan mengikut Seksyen 27(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 dan Seksyen 29 enakmen sama kerana kesalahan berkhalwat serta berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.
"Kita turut menyiasat empat warga asing yang ditemukan bersama pasangan beragama Islam dan akan menyerahkan mereka kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya," katanya di sini hari ini.
Dalam serbuan di berasingan di Taman Bukit Mewah, di sini, seorang lelaki berusia 23 tahun yang bekerja di Singapura turut ditahan bersama kekasihnya berusia 22 tahun.
Ketika disoal siasat, pasangan yang berasal dari Terengganu itu mendakwa mereka telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan Mac ini.
"Mereka mendakwa bertemu di hotel bajet itu untuk membincangkan hubungan mereka yang tidak direstui keluarga," katanya. - kosmo

Selepas Nik Aziz tiada, laluan mudah Kerajaan Perpaduan

Posted: 15 Feb 2015 01:31 AM PST


Selepas Nik Aziz tiada, laluan mudah Kerajaan Perpaduan
Puluhan ribu rakyat Malaysia menghantar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam perjalanan terakhirnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Baru, Kelantan.
Nik Aziz dihormati kawan dan lawan serta sebahagian besar rakyat Malaysia kerana ketegasan mempertahankan prinsip perjuangan dan kezuhudannya dalam kehidupan.
Mana hendak cari lagi pada zaman ini seorang menteri besar di Malaysia yang tinggal di rumah papan? Tidak hairanlah mengapa Nik Aziz begitu dihormati dan disayangi.
Media milik negara seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) akhirnya memainkan peranan sebagai "media milik negara" apabila memberikan liputan meluas kematian seorang tokoh politik penting walaupun bukan daripada parti pemerintah.
Pemimpin parti lawan yang sebelum ini pernah mencaci dan memaki Nik Aziz juga berubah nadanya.
Pada ketika rakyat Malaysia masih lagi mengucapkan takziah, membacakan Al-Fatihah dan bersedih dengan permergiaan Mursyidul Am PAS itu, sesetengah pihak bergembira kerana projek yang tertangguh sekian lama dapat dijalankan semula kerana Nik Aziz sudah meninggal dunia.
Projek yang tertangguh sekian lama itu adalah projek kerajaan Perpaduan di antara Umno dan PAS kerana sebelum ini Nik Aziz merupakan batu penghalangnya.
Dalam wawancara bersama Astro Awani, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengatakan besar kemungkinan parti Islam itu akan menimbang semula kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) jika dilihat daripada kemelut dalaman sedia ada.
"Kebarangkalian itu berlaku sebab saya lihat di peringkat bawah di kalangan ahli-ahli PAS dan perbincangan di kalangan masyarakat umum juga banyak menyebut tentang keperluan PAS melihat semula masa depannya dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Kerana banyak sangat isu-isu yang dibangkitkan, khasnya DAP yang bersalahan atau bercanggah dengan asas perjuangan PAS, khasnya untuk mendaulatkan Islam," kata Nasharuddin seperti dilaporkan Astro Awani Online.
Semasa hayatnya, Nik Aziz dianggap ulama yang memayungi kumpulan dalam PAS yang mahu terus kekal dengan PR.
Suara Nik Aziz begitu kuat dan berpengaruh sehingga usaha menyatukan PAS dan Umno terbantut beberapa kali.
Dalam satu wawancara bersama media beberapa tahun lalu ketika ditanya tentang kerajaan perpaduan bersama Umno, Nik Aziz berkata:
"Berbincang untuk berkerajaan, untuk bersama dengan Umno, yang ini memang saya tidak boleh terima langsung. Ini kerana saya sebagai orang Kelantan sebagaimana yang saya sebut dalam ucapan saya, orang lain tidak merasa pahit maung bersama Umno.
"Sejak dari dulu, Umno tangkap tok guru pondok masuk ISA pada tahun saya mula masuk PAS (1967), ketika mana Umno mengamuk memberkas tok guru-tok guru pondok dimasukkan dalam ISA," kata Nik Aziz merujuk kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengatakan semalam, BN tidak perlu meletakkan calon bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka selepas kematian penyandangnya, Nik Aziz.

"Jika ada pilihan raya kecil, banyak yang perlu kita fokus, termasuk soal keselamatan dan mungkin akan berlaku pergeseran antara pimpinan parti. Jadi kini, kita harus fokus pada perpaduan dan bukannya perbalahan antara satu sama lain," katanya pada sidang media di Hotel Sutera Inn, Kota Baru semalam.
Jika BN benar-benar tidak meletakkan calon untuk melawan calon PAS di kerusi DUN Chempaka, ini bermakna tidak lama lagi, projek kerajaan perpaduan akan menjadi kenyataan.
Apatah lagi jika BN pada masa sama bermati-matian melawan calon PR di kerusi Permatang Pauh yang akan dikosongkan Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari lagi kerana hilang kelayakan selepas dihukum penjara 5 tahun.
Jika kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno berjaya dilaksanakan, berakhirlah legasi Nik Aziz yang dikenali sebelum ini sebagai penyatu PR selain daripada Anwar.
Maka puaslah hati sesetengah pihak yang sudah lama menanti waktu ini tiba. – TMI

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Absolutely powerful Umno-Pas talks

Posted: 15 Feb 2015 12:07 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DR. HATTA RAMLI CARI SIMPATI SELEPAS KETAHUAN NAK JATUHKAN HJ HADI

Posted: 15 Feb 2015 04:49 PM PST

El Haraki mendakwa cubaan membakar kereta Dr Mohd Hatta Ramli adalah sebahagian projek gerak saraf pihak mereka sendiri untuk meraih simpati dan mengalih isu pendedahan menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
El Haraki membandingkan dua gambar untuk menunjukkan dua strategi yang sama dalam suasana berbeza.
Gambar pertama adalah gambar kereta Dr Hatta yang cuba dibakar di luar rumahnya dekat Hulu Klang, Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Manakala gambar kedua adalah gambar kepala babi dibelah dua diletak di atas bendera PAS di surau Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) semasa pilihanraya kampus universiti itu.
El Haraki mendakwa cubaan membakar kereta itu dilakukan oleh oleh orang Dr Hatta sendiri, iaitu satu kumpulan Pasukan Gerak Saraf yang dipimpin oleh Nordin Pahang aka Juragan Belang Tarung atau juga dikenali Din Botak.
"Sungguh kelakar pasukan Hawai Five O ini. Tidak berjaya menafikan bukti "printscreen" dengan cuba mengalihkan isu agar semua lena lupa cerita "Hawai Five O".
"Pasukan Gerak Saraf (PGS) di bawah kelolaan Hatta Ramli sendiri sanggup bertindak "bodoh" demi memadamkan isu projek menjatuhkan TG Haji Abdul Hadi Awang.
"Ya, kami semua tidak akan lena dengan isu bodoh kamu ini, wahai "najis" dalam jemaah.
"Kepada "Din Botak", ingat pesan El-Haraki. El-Haraki pagi, petang, siang, malam berdoa semoga engkau lumpuh dan diberikan balasan setimpal kerana jahatnya serta busuknya hati engkau," kata El Haraki.
Menurut El Haraki, strategi yang sama pernah dilakukan pada tahun 2009 semasa pilihanraya kampus Universiti Malaya dengan meletakkan kepala babi di atas bendera PAS dalam surau API (Akademi Pengajian Islam)
API merupakan kubu kuat PMIUM (Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya). Diletakkan kepala babi dalam surau sekitar awal pagi (sebelum Subuh) dengan menuduh kumpulan Aspirasi (yang dikaitkan dengan UMNO) melakukan perbuatan tersebut.
Strategi ini dapat mengalih isu PMIUM yang dikaitkan dengan PAS kepada 'kebiadapan Aspirasi (UMNO)' menceroboh surau dan meletak kepala babi.
"Kepala babi yang dibelah dua itu diletakkan di atas bendera PAS, ditemui oleh seorang aktivis pro-Mahasiswa, Mohd Azlan Zainal kira-kira jam 5 pagi tadi,"l
Mohd Azlan adalah anak buah kepada Zainulfaqar Yaacob, di mana mereka ketika itu merupakan aktivis PMIUM yang sekarang ini terlibat dalam PasMa (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia).
MENGENALI GERAKAN PGS & HAWAII FIVE O DI BAWAH ARAHAN DR HATTA :
1) PGS (Pasukan Gerak Saraf) adalah satu badan yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat.
2) Dari sudut struktur organisasi badan ini adalah seperti berikut:
– Dr Hatta Ramli (Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas Pusat (JPRPP) adalah Pengerusi/Ketua Eksekutif kepada PGS.
– Pengarah PGS : Juragan Belang Tarung (Nordin Pahang) atau juga dikenali Din Botak.
3) Di bawah PGS terdapat unit-unit kecil yang menjalankan fungsi-fungsi tertentu seperti kajian politik, ICT dan lain-lain. Antara ahli PGS pusat adalah Zainulfaqar (Yaakub) dan Mazhar Yusof.
4) Mazhar Yusuf mengetuai unit media baru PGS dan ahli-ahli unit ini terdiri daripada blogger, facebooker, dan lain-lain dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
5) Di antara fungsi yang diwujudkan sekarang di bawah Unit Media Baru PGS adalah menyebarkan info berkaitan isu semasa politik negara yang melibatkan PAS terutamanya dalam hal menyanggah hujah-hujah keyboard warrior yang menyokong idea kepimpinan ulamak termasuk memberi gambaran buruk kepada kepimpinan ulamak kononnya mereka adalah golongan Unity Government (UG).
6) Fokus isu Unit Media PGS adalah menyanggah hujah dan program pimpinan yg dilihat menggunakan parti dan agama untuk kedudukan memperteguhkan kepimpinan ulamak.
Antara perkara yang difokuskan oleh Unit Media PGS ialah mempengaruhi ahli PAS dengan beberapa isu seperti:
– Memberi gambaran buruk kepada mana-mana pemimpin dan ahli PAS yang berpegang kepada fahaman "kita menyertai pilihanraya bukan untuk menang semata-mata tetapi kita mengharapkan keredhaan Allah"
-Memfitnah Tuanguru Presiden PAS dengan alasan beliau telah menerima imbuhan daripada Kerajaan Persekutuan untuk melemahkan PR dari memenangi usaha menawan Putrajaya.
– Memberi imej buruk kepada pengikut-pengikut Presiden yang memberikan wala' kepada Presiden seperti Ust. Nik Zawawi, Yb. Ust.Nasrudin Tantawi, Yb. Dr. Khairudin Attakiri, Yb.Ust.Nik Abduh, Ust. Mokhtar Senik dan lain-lain lagi.
– Mereka turut menyerang dan menyanggah keputusan Majlis Syura Ulamak.
– Mengkambinghitamkan NGO seperti "Geng Ustaz" yang banyak mempertahankan Presiden.
– Dan lain-lain
7) "Sembang-sembang" antara ahli Unit Media Baru dibuat melalui group what apps unit media baru PGS (yang kemudiannya ditukar nama kepada HAWAII FIVE O sempena persamaan modus operandi group ini dengan filem tersebut)
8) Group ini telah menjadi "bank maklumat" untuk semua blogger dan facebooker bagi mendapatkan info secara direct dari Dr Hatta Ramli dan Aiman Athirah selaku pimpinan PAS Pusat.
9) Group ini juga secara tidak langsung mempromosikan Anwar Ibrahim serta pimpinan PR lain dalam bersatu menentang kezaliman UMNO/BN dan mana-mana pimpinan PAS yang dilihat menyebelahi Tuan guru.

ANWAR BUAT DAH PERANGAI LAMA...ADE AKU KESAH?

Posted: 15 Feb 2015 08:49 AM PST


Asal masuk penjara sakit belakanglah, kena suntik arseniklah, disuntik ubat HIV lah, makanan tak layak buat banduan VIPlah, isteri dan keluarga teraniaya hingga derita mengalir air mata...

Sampai nak minta campurtangan luar negara dan mohon pengampunan diraja...

Semua itu lakonan seorang munafik!

Ya... munafik tahap tertinggi!

Sapa suruh kau meliwat?

Macamana kepala sperma berada 4 cm tertanam dalam jubur si Saiful?

Kini rasailah akibat perbuatan jahat dirimu itu.

Tak perlulah yang diluar sana terpekik terlolong minta Anwar dibebaskan. 

Dia kini hidup bebas dalam penjara. Bebas untuk bertaubat nasuha dan beribadat. Lupakan hal-hal dunia politik.

Dah Allah tak nak engkau jadi Perdana Menteri maka terima dan redha sajalah.

Atau mungkin juga dia bebas untuk meneruskan aktiviti songsangnya di dalam penjara. Almaklumlah nafsu perlu dilampiaskan dan kini peluang itu terbuka bebas buat Anwar.

Bukan ada kamera rakam pun dalam sel penjara. Lagi pun kamera CCTV itu tak boleh jadi saksi, mesti ada empat saksi kalau nak tuduh berzina, khalwat dan liwat sepertimana dihadam oleh para pentaksub dan pencacai Pakatan.


Dari kita dok sibuk-sibuk memekik di jalanan, semuanya hanya sia-sia dan memperbodohkan diri sendiri. 

Lebih baik kita berjuang memastikan harga barang keperluan turun sebabnya harga minyak dah turun...

Tariff elektrik dah turun...

Cukai pendapatan akan turun 1-2%

Cukai korporat akan turun dari 25% kepada 24.5%

Cukai SST 16% akan dimansuhkan dan diganti GST cuma 6% saja.

Mangsa banjir telah dibantu pelbagai keperluan oleh kerajaan.

Banyak bantuan dapat...

Anwar tak dibebas pun keluarganya tetap dapat makan tak kebuluq lapaq dan mati pun... 

Mahu salahkan kerajaan kononnya tak turunkan harga barang...awat kerajaan yang berniaga ka?

Kalau ada Anwar pun apa jasanya untuk menurunkan harga barang...cer cerita sikit?



  

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Anak 'Papa Hebat' sudah mula main wayang - Anwar mengadu sakit belakang?

Posted: 15 Feb 2015 07:59 AM PST


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilaporkan kehilangan berat badan sejak dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh Selasa lalu.

Menurut anak sulung Anwar, Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, ayahnya juga mengadu bahawa beliau mengalami sakit belakang ketika berada dalam sel.

Nurul Izzah bersama ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, telah melawat Anwar di penjara, kelmarin.



"Ayah mengadu sakit belakang kerana keadaan di dalam sel. Berat badanya juga susut sedikit, tetapi semangat juangnya tetap tinggi," kata Nurul Izzah.

Difahamkan, Anwar dilayan sama seperti banduan lain di penjara.

Nurul Izzah berkata, Anwar juga amat kesal dengan tindakan pihak penjara yang tidak membenarkannya melawat jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, keluarganya sudah mampu menerima hakikat bahawa Anwar dipenjarakan sekali lagi.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ya, kami kembali ... tapi juga untuk MENGUBAH sikap UMNO

Posted: 15 Feb 2015 06:23 PM PST


... bukan untuk defend UMNO saja.

Memang susah untuk terus berhenti dari menulis. Politik sudah jadi darah daging kami hungga susah untuk berhenti. Jari ini tetap gatal mahu menyuarakan sesuatu.

Ya ... kami kembali dengan rentak baru. Bukan lagi khusus untuk defend UMNO tapi untuk mengubah UMNO untuk kembali menjadi parti politik yang berwibawa, prihatin dan penuh rasa sayang dan tanggungjawab pada agama Islam, bangsa Malaysia dan tanahair.

Ya ... kita perlu move forward dan tinggalkan episod Anwar. Usah lagi diberi publisiti samada kritikan dan jauh lagi pujian. Buat dunno seolah2 mereka tak wujud lagi.

UMNO perlu yakin bahawa rakyat percaya Anwar tu peliwat, dan isu liwat ini tiada sokongan.lagi. Menyerang Anwar tak henti-henti tak membantu dan tak membuat mereka marah pada pembangkang.

Sebenarnya mereka lebih marah kepada pemimpin-pemimpin UMNO. Dari akar umbi sampai ke peringkat pertengahan hngga pada sesetengah pemimpin atasan, pemimpin UMNO dilihat bersikap eksklusif dan elit. 

PM boleh turun ke statsyen Putera dan tengok rakyat di pasar tappi pemimpin UMNO hanya berborak di coffee house???

Ambil satu contoh mudah saja. Bila anak muda nak join UMNO, ketua cawangan dan orang kanan-kanan di cawangan atau bahagian akan memperlekehkan mereka.

Ya ... UMNO parti kerajaan yang cukup hebat dan punya sejarah kecemerlangannya tetapi tidak lagi di mata rakyat. Sejak mutakhir ini, balaci-balaci pemimpin di kiri dan kanan lebih sudu dari kuah.

Itulah sebab utama rakyat terutamanya org muda menolak UMNO. Dengan demikian, bila Anwar masuk dalam pasaran dan memburuk-burukkan pemimpin UMNO, cepat sahaja orang muda yang dipinggirkan oleh pemimpin UMNO akar umbi mempercayai pembohongannya.

Ya ... satu lagi UMNO terlalu bersikap "sieged mentality". Maka selagi itulah Gen Y tak akan dapat dimenangi hati mereka. Generasi ini tidak lagi boleh dipenagruhi dengan permainan fear factor cara lama atau old school.

Mereka perlu didekati dan diyakinkan dengan cara rasional. UMNO perlu lebih cekap dengan permainan www. Bukan hanya main syok sendiri sesama sendiri dan buat kerja alah kadar Mereka perlu guna www dengan lebih efektif untuk lebih cekap berhujah menggunakan fakta dan logik yang lebih berimpak.

Ya ... lebih penting UMNO perlu balik kepada prinsip.


Dalam hal kematian Nik aziz, hairan benar UMNO tibu memuji arwah Nik Aziz seolah-olah ianya seorang yang benar-benar ilmuwan dan rakan.

Padahal dialah orang memushi UMNO hiingga mengkafirkan orang UMNO. Dialah orang yang memecahbelahkan ummat Islam demi kepentingan politiknya. Mengeluarkan pelbagai fatwa palsu. DIsanjung sebagai ulamak tapi tiada budi pekerti seorang ulamak dan tidak menghayati budi pekerti dan kepimpinan islam dalam politiknya. 



Hingga kini kita tidak mahu tanding PRK Cempaka atas konon menghormati "Tok Guru"? Berikut pandangan seorang pemimpin Melayu:

HEBAT UMNO, PM memberi penghurmatan kpd arwah Nik Aziz walaupun sebelum ini Arwah Nik Aziz caci orang umno sampai mahu ludah muka orang umno. Segala perbuatan terkutuk Arwah Nik Aziz terhadap orang umno disahkan betul olih pemimpin umno.

Hebat sungguh.. kata orang Pas petunjuk dari Allah swt. RTM siar secara langsung dan bacaan ayat2 suci al quran seolah olah kemangkatan seorang Sultan. PM keluar kenyataan khas memuji Perjuangan Islam arwah Nik Aziz walaupun dunia tahu Arwah Nik Aziz penghalang Perpaduan Melayu antara umno dan pas.

Puteri keluar kenyataan puji melangit, Dato Hisham menitis airmata dan Dato Stopa awal2 umun PRK Dun Cempaka UMNO tidaj bertanding.

APA SEMUA INI BENAR2 IKHLAS KERANA LILA HITA ALA atau sindiwara politik.

Jika di perhalusi betul2, PM ambil kesempatan utk mendapat simpati dan sokongan PAS untuk menghadapi serangan dan tekanan Tun M yg mahu PM meletak jawatan. Cina tidak menyokong BN dan Melayu makin lari dari UMNO kerana berbagai isu..Maka PM mengharap simpati dan sokongan Pas..

Apakah Pas tidak sedar? Pas lebih cerdik dari UMNO sekarang.. UMNO makin nampak politiknya yg di kendung tercicir, yang di kejar tak dapat dan menang sorak kampong tergadai. Ini kerana PM pun terlalu cerdik dan di kelilingi olih penasihat2 super cerdik..pandangan ulasan akedemik dan tidak ada apa2 niat...
Satu komentar ini juga perlu dihayati...

Siapa Nik Aziz ni? Kalau Nik Aziz Bekas MB Kelantan tu saya kenalah...

Dia ni masa lahir mcm bayi2 biasa je...

Dia membesar mcm kanak biasa je....

Dia remaja mcm mamat2 biasa je....

Dia berumah tangga mcm orang2 biasa je....

Dia tua mcm org2 tua biasa je ..

Kalau Nik Aziz tu lah....

Yang dia hebat adalah gunakan Islam dan ayat2 Al Quran demi kepentingan politik...

Yang dia hebat ialah memecahkan bansanya orang Melayu...

Yang dia hebat ialah duduki kerusi MB begitu lama sekali tapi tak buat apa2 yg boleh majukan negerinya.

Nik Aziz pada saya adalah org2 biasa sahaja. Tiada kelebihan luar biasa.

Saya rasa bapa saya lebih hebat. Bapa saya walau bukan ulamak tetapi suka buat baik kpd semua org.

Bapa saya tak suka bermusuh. Bapa saya tidak gunakan Islam dan ayat2 suci demi kepentingan politik.

Bapa saya tidak maki hamun. Bapa saya tidak kata Allah pun mencarut. Bapa saya tidaknpernah kata Kalimah Allah org Kristian boleh guna. Bapa saya tidak pernah kata Nabi Muhammad masa muda macam mamat2 biasa lain. Bapa saya tidak berpeluk dgn Cina.

Saya rasa bapa saya lebih hebat dan lebih mulia dari Nik Aziz. Saya rasa bapa saya lebih byk melahirkan rasa syukur apa yg ada dlm hidupnya.

Saya percaya bapa saya lebih hebat dari Nik Aziz. Bapa saya seperti org biasa lain. Tapi Nik Aziz org yg sgt luar biasa kerana kata Allah juga mencarut, kata Nabi Muhammad lahir dan membesar seperti bayi2 biasa dan seperti mamat2 biasa. Memang Nik Aziz bukan org biasa.

Saya tidak rasa mahu hormat Nik Aziz sgt.

Tapi sebagai sesama Islam saya hadiahkan Al Fatihah kpd rohnya. - Al Fatihah...
Ya ... jangan kita lupa apa yang kita kata. Kata itu dikota. Apa dikata dulu mesti sama dengan apa dikata sekarang. Istiqamah namanya.


Nik Aziz hanya mamat biasa sebagaimana dia pernah perkecilkan rasulullah. Ini bukan mengata orang mati kerana perkara sama disebut ketika dia hidup. Banyak tak dijawabnya.

Hanya yang taksub mendewankannya berlebih-lebihan:

Antara gambar-gambar palsu sepanjang majlis pengebumian Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz semalam yang banyak tersebar di aplikasi whatsapp..jika ada yang telah menyebarkan, boleh tolong 'delete'..pastikan kita sebarkan sesuatu yang sahih..insya-Allah..

Penyataan gambar :

1) Gambar jenazah tersebut ialah jenazah Allahyarham Ustaz Yahya Othman..bukan jenazah Allahyarham TGNA..
2) Di pusara Tuan Guru: Bukan gambar Sultan Kelantan seperti mana yg diuar-uarkan..
3) Solat jenazah tersebut ialah solat jenazah Allahyarham Fazlul Huq Amini, seorang ulama' Bangladesh. Jenazah Tuan Guru disolatkan di dalam masjid Pulau Melaka.
4) Gambar manusia berbondong itu adalah gambar di Pattani, Thailand.

SUMBER: FB Ustaz Faisal Ariffin Original, dikemaskini oleh penulis. Wallahu A'lam.


Sekarang jika UMNO tak tanding, itu bersalahan prinsip demokrasi. Kita patut sentiasa tanding sebagai sebuah parti kerajaan yang memberi pilihan buat rakyat.

Mana maruah kita asyik tak tanding setiap kali perusi pemimpin besar PR dikosongkan sebab kita takut.

Kenapa Jelutong dan Cempaka tak tanding tapi Permatang Pauh nak tanding?????

Tak habis-habis Anwar anak beranak berbohong

Posted: 15 Feb 2015 04:19 AM PST


Mulut becok Nurul mula memualkan. Baca Bidaman SINI


Nurul Izzah dilaporkan berkata telah menziarah ayahnya di penjara. Ini menimbulkan persolan bagaimana dia boleh dapat ziarah hanya lepas 4 hari ayahnya masuk penjara. Baca CTS SINI

Pihak penjara perlu jawab bagaimana ini boleh berlaku sedangkan Dato Ahmad Zahid Hamidi ada berkata tidak ada layanan VVIP untuk Anwar. Baca TFK SINI , Bulletin Sengal SINI. dan MIK SINI

Ada hebatnya Anwar untuk layanan istimewa, kata Parpukari SINI


Ada pula Nurul kata ada membuat permohonan utk daddynya melawat Tun Guru Nik Aziz  buat kali terakhir esuk. Kononnya dia sanggat kecewa peristiwa yang sama berlaku ketika ustaz Fadil Nor meninggal, permohonan utk daddynya tidak berjaya? Beliau harap esok mendapat kelulusan?


Sebenarnya pada 11 Februari lalu, Anwar Ibrahim telah dilawat oleh anak perempuannya, Nurul Nuha dari jam 2:30 petang sehingga jam 5:10 petang. Turut bersama-sama Nurul Nuha adalah Sivarasa Rasiah. Mereka beredar dari Penjara Sungai Buluh pada jam 5:40 petang selepas sidang media di pintu pagar penjara.

Bagaimanapun, hanya Sivarasa Rasiah yang dibenarkan masuk menemui Anwar Ibrahim, manakala Nurul Nuha tersadai di ruang menunggu sahaja. Pertemuan antara Sivarasa dengan Anwar Ibrahim hanya tamat pada jam 5:10 petang.

Alasan Sivarasa untuk bertemu dengan Anwar adalah sebagai peguam Anwar. Sivarasa kemudiannya membuat sidang akhbar di kawasan pintu penjara.

Baca di Flying Kick SINI


Sivarasa ada berkata Anwar tidak mahu pengampunan.



Tiadalah cerita Anwar sakit pinggang seperti dikatakan Nurul.


Rasanya yang bukan Anwar sakit pinggang tapi banduan lain sakit di punggong sejak kehadhiran Anwar



Terbaru dia berceramah dan berkata ayahnya ada ditawarkan untuk jadi Timbalan PM oleh Najib. Dari 2013, benda dah dinafikan. Baca RBF Online SINI


Sebaik saja Nik Aziz meninggal dunia, ada pula kenyataan dari Anwar oleh Wan Azizah. Boleh baca SINI.

Alah ini hanya dirangka oleh setiausaha akhbar ... jangan tertipu.

Hai ... tak sedar ke mereka rakyat bukan mudah ditipu. Budak-budak Gen Y bolehlah kau tipu!

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:21 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Ada Peguam Anwar Berani Buat Begini?

Posted: 15 Feb 2015 05:13 AM PST

Masuk Sahaja Penjara, Terus Ngadu Sakit Belakang

Posted: 15 Feb 2015 12:21 AM PST

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:20 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


DAP terus beri sokongan penuh kepada keluarga Anwar

Posted: 15 Feb 2015 06:40 PM PST


SUFI1802


SERDANG, 16 FEB – DAP berikrar untuk terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada ahli keluarga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah satu minggu tokoh politik tanah air itu menjadi tahanan politik di penjara.
Bercakap di majlis ceramah solidariti bersama Anwar, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Teresa Kok menegaskan bahawa DAP setia bersama perjuangan demi keadilan dan kebebasan.
"Selepas Datuk Seri Anwar dipenjarakan, saya melihat keluarganya bangkit memperjuangkan keadilan.
"Bukan itu sahaja, lima belas tahun lalu sewaktu kes liwat pertama, anak-anaknya yang kecil pun sudah membesar, menjadi ibu dan isteri dan keluar memperjuangkan keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Ahli Parlimen Seputeh itu di Dewan Orang Ramai Taman Cheras Jaya.
"Kita melihat kuasa wanita; kita patut rasa gembira untuk keluarganya, yang memperjuangkan keadilan bukan hanya untuk ayah mereka, tetapi juga demi masyarakat," tambah beliau lagi.
Ceramah semalam adalah majlis sulung siri ceramah anjuran DAP sebagai tanda solidariti bersama Datuk Seri Anwar.
Esok malam, siri ceramah tersebut diteruskan di Sekolah Han Chiang, Pulau Pinang.
Read More / Baca Lagi >>

Mengenang nasib bangsa, Kit Siang tersentak di tengah ucapan dan menitiskan air mata

Posted: 15 Feb 2015 06:39 PM PST


WIRA3543


PETALING JAYA, 16 FEB – Tiba-tiba sahaja dewan menjadi sunyi sepi apabila Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang tersentak seketika sewaktu menyampaikan ucapan, sebelum meneruskannya dengan nada sayu dan suara tersedu-sedu.
Ketika berucap di majlis makan tengah hari semalam bagi melancarkan buku tulisan Dr Carl Vadivella Belle, 'Tragic orphans: Indians in Malaysia', di sini, beliau berkongsi tentang pertemuannya dengan seorang jurutera komputer Microsoft yang berpusat di Singapura yang memaklumkan bahawa hampir 80% daripada 400 orang pekerja di sana merupakan warganegara Malaysia.
Menyentuh perihal bakat dan tenaga kerja anak bangsa yang meninggalkan tanah air akibat tiada peluang di negara sendiri, Ahli Parlimen Gelang Patah tersebut mempersoalkan sama ada negara mampu mencapai Wawasan 2020.
"(Wawasan) 2020 hanya lima tahun sahaja lagi. Bagaimana prospek untuk kita mencapai wawasan tersebut, sebagai sebuah negara maju?
Read More / Baca Lagi >>

Serang Anwar: Gani perlu gugurkan Shafee sebagai pendakwa raya, kata bekas peguam negara

Posted: 15 Feb 2015 06:34 PM PST

Tan Sri Abdul Gani Patail perlu mempertimbangkan pengguguran peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya, ekoran sabitan hukuman melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas peguam negara, Tan Sri Abu Talib Othman.

 Abu Talib yang menjadi peguam negara dari 1980 hingga 1993, berkata keputusan sebulat suara panel hakim Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Anwar pada 10 Februari lalu adalah muktamad dan komen lanjut tidak wajar dibuat.

"Mungkin sudah tiba masanya peguam negara (Gani) batalkan pelantikan Shafee kerana sebarang komen lanjut tidak diperlukan," katanya kepada The Malaysian Insider. Abu Talib berkata, keadilan sudah diberikan kepada tertuduh, Saiful dan juga masyarakat ekoran keputusan mahkamah tertinggi itu.

"Ulasan lanjut yang dibuat Shafee akan menimbulkan persepsi Anwar didakwa atas sebab politik dan ini tidak benar," katanya.

 Katanya, kes ini perlu dilihat seperti kes jenayah lain. Talib berkata, Anwar diadili mengikut prosedur dan hukum perundangan yang sesuai selain diberikan peluang membela diri.

 "Beliau diwakili kira-kira 20 peguam yang cekap," katanya. Shafee, yang pernah menjadi timbalan pendakwa raya sebelum berpindah ke sektor swasta, dilantik Gani pada 11 Julai mengetuai barisan pendakwaan dalam kes Liwat II.

Anwar bebas daripada dakwaan Mahkamah Tinggi pada awal 2012 dan pasukan pendakwa ketika itu diketuai peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin. Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu mengenepikan keputusan itu, dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.

Disebabkan tarikh awal persaraan Yusof, Shafee diberi peluang mengetuai pendakwaan.
Read More / Baca Lagi >>

Berhimpun di Mahkamah Jalan Duta Esok sebagai Solidariti kepada Anwar Ibrahim

Posted: 15 Feb 2015 06:05 PM PST

Bagi pihak AMK, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jutaan rakyat Malaysia, terutama golongan muda, yang telah menyuarakan kemarahan dan perasaan jijik di atas penahanan Anwar Ibrahim yang dilakukan tanpa keadilan.
Usaha anda untuk berturut serta menunjukkan solidariti melalui perhimpunan aman, perarakan dan usaha aktif melalui sosial media merupakan bukti kepada negara dan seluruh dunia bahawa rakyat Malaysia tidak akan menyerah kalah kepada kekejaman dan penganiyaan. Semalam, anak-anak muda daripada pelbagai parti politik, NGO di samping golongan pekerja, profesional, mahasiswa dan aktivis bertemu dan menghasilkan Resolusi Anak Muda dan penubuhan gabungan #KitaLawan.
Tidak syak lagi, Anwar Ibrahim pada dasarnya adalah seorang tahanan politik. Tahanan beliau merupakan kes yang paling menonjol di antara semua kes ketidakadilan yang sudah terlalu banyak di tanahair ini.
Dalam pada itu, Shafee Abdullah seharusnya berhenti mengugut pengkritik keputusan tersebut dengan tindakan penghinaan mahkamah, malah sepatutnya mengambil bahagian di dalam perdebatan secara terbuka di dalam perkara ini, yang sememangnya mempunyai implikasi serius ke atas seluruh rakyat Malaysia.
Minggu ini merupakan minggu yang teramat sukar bagi KEADILAN, Pakatan Rakyat dan juga Malaysia dengan penahanan Anwar serta pulangnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rahmatullah.
Malahan, kesedihan di atas pemergian mengejut Karpal Singh juga masih belum reda sepenuhnya.
Namun begitu, usaha untuk mengerakkan Malaysia ke hadapan tetap diteruskan.
Perjuangan ini mesti diteruskan, kerana kita bertanggungjawab memberi peninggalan terbaik demi negara dan dunia daripada apa yang ditinggalkan kepada kita setakat ini.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO sebenarnya sangat terdesak

Posted: 15 Feb 2015 05:26 PM PST

Shahbuddin Husin sifatkan UMNO tidak ikhlas memuji bekas MB Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat
Shahbudin HusinPETALING JAYA : Tindakan UMNO memuji dan menyanjung pemergian Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk ura-ura tidak bertanding di kerusi DUN Chempaka disifatkan sebagai tidak ikhlas.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin turut menyindir parti itu agar jangan terlalu cepat bermimpi untuk menjalinkan kerjasama antara kedua-dua parti itu kerana walaupun Nik Aziz telah tiada, pengaruh dan ajarannya tetap kukuh di hati majoriti ahli dan pimpinan PAS sendiri.
"UMNO tidak perlu pura-pura bahawa mereka sebenarnya sangat terdesak ingin berpeluk cium dan 'ya hanana' dengan PAS," sindirnya terhadap UMNO.
Beliau mendakwa, "Tidak semudah menukar baju bagi PAS untuk bercerai dengan Pakatan Rakyat (PR) dan bercanda-candaan dengan UMNO."
"Lainlah jika UMNO serta merta menukar perjuangannya kepada Islam dan sepantasnya juga melunaskan royalti minyak untuk Kelantan," katanya dalam entri terbaru blog shahbudindotcom.blogspot.com.
Shahbudin turut mempersoalkan motif sebenar beberapa pemimpin kanan UMNO seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang berpendapat parti itu tidak perlu bertanding di DUN Chempaka atas alasan Kelantan baru mengalami kejadian banjir dan sebagai penghormatan kepada Mursyidul Am itu yang baru meninggal dunia.
"Sejak bila UMNO berperangai sedemikian kepada pemimpin parti lain? Ikhlas dan dari hati yang jujur lagi suci kerana Allahkah semua perbuatan itu?" persoalnya.
Katanya, tindakan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO ketika ini adalah tidak lain tidak bukan untuk menunjuk baik kepada PAS agar lebih terbuka di ruang hati pemimpinnya untuk menyambut kerjasama itu.
Read More / Baca Lagi >>

BN tidak bertanding di Dun Chempaka, Pas anggap satu perhormatan

Posted: 15 Feb 2015 05:22 PM PST

Tuan Ibrahim  
SHAH ALAM - Pas menyambut baik cadangan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed supaya BN tidak meletakkan calon di Dun Chempaka selepas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada malam Khamis lalu.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun cadangan yang dikemukakan oleh Mustapa hanya pendapat peribadi beliau, namun ia adalah satu bentuk penghormatan terhadap Allahyarham.

"Saya ada membaca kenyataan Mustapa dan walaupun beliau belum membuat sebarang perbincangan dengan Umno Bahagian Pengkalan Chepa, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, walaupun perkara berkenaan belum diputuskan sepenuhnya oleh Umno, namun Pas bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dalam PRK Dun Chempaka.

"Kalau ikutkan sejarah, Umno pernah tidak meletakkan calon dalam beberapa siri PRK sebelum ini dan mungkin mereka (Umno) tidak meletakkan calon di sini (Dun Chempaka).

"Namun begitu Pas perlu bersiap sedia sekiranya wujud pihak lain atau calon Bebas yang mahu bertanding di Dun berkenaan," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Tok Guru suka gaya bojeng nipis - Pak Hamid

Posted: 15 Feb 2015 05:21 PM PST

Pak Hamid menunjukkan gambar kenangannya ketika menggunting rambut Allahyarham Nik Abdul Aziz.  
Pak Hamid menunjukkan gambar kenangannya ketika menggunting rambut Allahyarham Nik Abdul Aziz.
KOTA BHARU - "Arwah seorang yang sangat 'mudoh baso' (tidak rumit), kalau datang kedai saya, dari dulu sampai akhir, tidak pernah sekalipun merungut," kata Pak Hamid, tukang gunting rambut Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pak Hamid atau nama sebenar, Abdul Hamid Sheikh Mubarak, 73, merasa bagaikan insan terpilih kerana sejak 1970-an lagi, hanya dia yang sentiasa menjadi pilihan arwah untuk mengunting rambut.

Ketika berkongsi kenangan bermakna itu, Pak Hamid berkata, pada awalnya arwah menggunakan perkhidmatan 'Pok Kob' (Allahyarham Yakob Senik) dan ketika itu, Pak Hamid bekerja bersama arwah Pak Kob di Kedai Gunting, Bangunan Pejabat Pas Negeri.

"Masa itu, Pak Hamid memerhati sahaja Pak Kob gunting rambut arwah, cuma kadang-kadang kalau orang ramai, Pak Hamid ganti Pak Kob, rasa bertuah sangat masa itu.

"Sampailah Pak Kob meninggal, jadi Pak Hamid lah yang mengambil alih sepenuhnya tugas tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah tolak kemungkinan adiknya bertanding pilihan raya

Posted: 15 Feb 2015 04:24 PM PST

Nurul Izzah tolak kemungkinan adiknya bertanding pilihan rayaCHERAS: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menolak kemungkinan ada daripada kalangan adiknya akan bertanding pada pilihan raya.

Beliau mengulas khabar angin yang mengatakan adiknya Nurul Nuha Anwar akan bertanding kerusi parlimen Permatang Pauh yang telah kosong berikutan pemenjaraan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Media bertanya, 'adik mana yang akan bertanding kali ini? Saya tanya, jika anda berada di tempat kami, anda tidak akan bertanding di pilihan raya yang diadakan di Malaysia.

"Padang tak sama rata, media tidak bebas. Mungkin media online berikan liputan, tetapi bagaimana dengan media arus perdana?" katanya di hadapan kira-kira 250 pengunjung ceramah 'Solidariti Bersama Anwar' pada Ahad.

Dalam pada itu, katanya kesemua parti dalam Pakatan Rakyat harus bersatu jika mahu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita harus bersama…. Keadilan, DAP, PAS. Kita bodoh jika tidak faham bahawa satu-satunya cara untuk kita berjaya pada pilihan raya umum akan datang hanyalah jika kita kekal kuat dan bersatu sebagai sebuah pakatan," tegas ahli parlimen Lembah Pantai itu pada ucapan tersebut.

Selain itu, Nurul Izzah turut memaklumkan bahawa pihak peguamnya akan menghantar laporan perubatan Anwar hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa tangisi pemergian Tok Guru

Posted: 15 Feb 2015 04:17 PM PST


AIR mata kehilangan Ramai menangis terima berita kembalinya ke rahmatullah Tok Guru Nik Abdul Aziz 12 Februari lalu termasuk yang bukan Islam.

Kalau ditanya apa hikmah tahaluf siyasi, bagi saya inilah. Tahaluf siyasi buka ruang untuk bukan Islam mengenali keperibadian Tok Guru sebagai pemimpin Islam.

Akhbar Cina menyebut Allahyarham sebagai 'Yi Tai Zhong Si' atau 'Tok Guru Sepanjang Zaman'. Begitu tinggi penghormatan untuk Mursyidul Am Pas itu.  

Mengapa ramai yang menangis? Saya percaya, mereka menangis bukan atas pemergian Tok Guru. Kita semua pun  akan ke sana juga dan beliau sekadar mendahului.

Kita juga tahu Tok Guru sudah cukup bersedia untuk menghadapi masa kepulangannya malah persediaan itu sudah dibuat lama, sejak muda.

Apa yang sebenar ditangisi sama ada oleh penyokong Pas ataupun yang bukan Pas adalah kerana kita, umat Islam di Malaysia kehilangan seorang murabbi.

Kehilangan ini bukan dirasakan oleh orang Pas atau rakyat Kelantan semata-mata, bukan juga di dalam negara sahaja bahkan juga seluruh dunia Islam yang mengenali Tok Guru dan kepimpinannya yang berteraskan ilmu dan sentiasa berusaha untuk menunaikan dengan sebaik mungkin tanggungjawabnya sebagai khalifah ALLAH.

Ya, benar kita ada ramai ulama dan kita juga ada ramai umara' malah berebut-rebut orang mahu jadi umara'. Tetapi siapa umara' daripada kalangan ulama dan siapa ulama yang sanggup berperanan sebagai umara'? Jawapannya: Tidak ramai, sangat sedikit atau mungkin tidak ada.

Ini kerana seseorang ulama dengan ilmunya amat sedar bahawa tanggungjawab sebagai umara' adalah sangat berat.

Read More / Baca Lagi >>

Kematian Nik Aziz cetus landskap politik baharu - Wan Azhar

Posted: 15 Feb 2015 04:15 PM PST

Wan Azhar Wan Ahmad 
KUALA TERENGGANU - Penahanan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kematian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bakal membawa landskap baharu kepada sejarah politik negara pada PRU14.

Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, hukuman penjara terhadap Anwar dijangka mencetus faktor kebangkitan, manakala Nik Aziz pula dilihat sebagai ikon yang sukar dicari ganti.

"Dengan hukuman penjara yang dikenakan ke atas Anwar, memperlihatkan ada tekanan politik seiring dengan pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz yang akan bawa landskap baru politik Malaysia," katanya.

Mengulas mengenai penahanan Anwar, Wan Azhar yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Besut berkata, gelombang kebangkitan mendapatkan keadilan untuk Anwar akan berlaku, selain gelombang sokongan rakyat terhadap Pas dan DAP.

Wan Azhar turut menyifatkan penahanan terhadap Ketua Umum PKR itu, dilihat berkepentingan politik.
Read More / Baca Lagi >>

Pelan 8 tahun satukan Pakatan, bebaskan Anwar

Posted: 15 Feb 2015 04:11 PM PST


Mengakui krisis Pakatan Rakyat (PR)‎ antara terburuk pernah berlaku sejak penubuhannya, Lim Kit Siang berkata bakal melaksanakan "pelan lapan tahun " sebagai usaha menangani kemelut yang berlaku di antara parti komponen gabungan itu.

Lim berkata pelaksanaan ‎"pelan lapan tahun PR" dilihat sebagai langkah mengukuhkan kembali hubungan PKR, DAP dan PAS seterusnya memenangi pilihan raya umum akan datang dan mentadbir Putrajaya.

"Memang kita akui PR mengalami krisis, mungkin yang terburuk dalam enam tujuh tahun penubuhannya," kata Lim ketika berucap pada ceramah‎ "Soladariti Anwar" di Balakong, Selangor malam tadi.

Lim berkata, PR perlu kembali kepada dua dasar asas dilihat sebagai faktor penyatuan yang diamalkan gabungan parti itu sejak penubuhannya pada 2008.

"Cadangan pelan lapan tahun melibatkan dua perkara: pertama, persetujuan ketiga-tiga parti gabungan terhadap kerangka polisi yang dibentuk supaya sokongan itu berterusan meskipun berlainan idealogi," katanya ketika ditemui pemberita.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, dasar kedua adalah mengadakan konsensus berdasarkan pembuat keputusan dan sebarang polisi baharu perlu dipersetujui ketiga-tiga parti gabungan.

PR berdepan kemelut politik dalaman dan ia bertambah meruncing selepas keputusan mahkamah mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat membabitkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kemelut politik dalaman PR mula meruncing sejak krisis menteri besar Selangor yang menyaksikan Mohamed Azmin Ali menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Lim‎, melalui dasar itu, ketidaksefahaman di antara PR dalam beberapa isu akan selesai, meskipun tidak menyatakan secara langsung bagaimana pelaksananaan hukum hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di antara isu yang seringkali didebatkan PAS dan DAP.

"Pelan ini bagi memastikan kelangsungan PR dan mengalahkan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum dan untuk menyelamatkan Anwar."

Read More / Baca Lagi >>

Sdr Lim Kit Siang | "Ceramah Solidariti Bersama Anwar"

Posted: 15 Feb 2015 03:34 PM PST

Sdri Nurul Izzah | "Ceramah Solidariti Bersama Anwar"

Posted: 15 Feb 2015 03:33 PM PST

Pakatan perlu keluar daripada bayangan Anwar di Permatang Pauh, kata penganalisis

Posted: 15 Feb 2015 03:21 PM PST

Nurul Nuha, anak perempuan kedua Ketua Pembangkangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menjadi calon bagi kerusi Permatang Pauh, jika Pilihan Raya Kecil diadakan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 16 Februari, 2015. Nurul Nuha, anak perempuan kedua Ketua Pembangkangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menjadi calon bagi kerusi Permatang Pauh, jika Pilihan Raya Kecil diadakan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 16 Februari, 2015. Ikon baru mungkin lahir jika anak perempuan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen Permatang Pauh, namun langkah tersebut berisiko mendedahkan Pakatan Rakyat (PR) kepada tuduhan nepotisme dan tidak membantu membina tunjang gabungan itu yang  kehilangan pemimpin utamanya, kata penganalisis.
Mereka berpendapat, walaupun mana-mana calon daripada parti Anwar, PKR, boleh memenangi kerusi di Pulau Pinang itu dengan mudah, penting juga bagi pembangkang menunjukkan ia sedang berusaha keluar daripada bayangan Anwar untuk bersatu dan membentuk lawan yang kuat bagi Barisan Nasional (BN) memandangkan ketua mereka itu kini di penjara.
Khabar angin bertiup kencang mengatakan Nurul Nuha, 31, antara yang dipertimbangkan untuk diletak sebagai calon pengganti bapanya yang menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari mengekalkan sabitan kesalahan kes liwatnya.

Menguatkan lagi khabar angin tersebut, Nurul Nuha baru-baru ini mengetuai kempen 'March to Freedom' dalam usaha ke arah pembebasan bapanya, langkah yang dilihat bertujuan mengetengahkan anak perempuan Anwar itu di atas pentas politik. Penganalisis politik, Dr Lim Teck Ghee berkata, PKR akan dilihat sebagai parti yang mengamalkan nepotisme walaupun mereka selama ini berjuang menolak corak politik sedemikian.
"Ia bukan satu cadangan yang baik kerana menunjukkan wujudnya nepotisme.
"Beliau (Nurul Nuha) perlu bertanding hanya selepas menunjukkan khidmat dalam politik dan  memenuhi syarat sama seperti yang perlu dipenuhi orang lain," katanya kepada The  Malaysian Insider.
Lim yang juga pengarah Pusat Inisiatif Dasar mengakui Nurul Nuha atau mana-mana calon yang diletak PKR tetap akan menang, namun calon tersebut perlu lari daripada dibayangi Anwar dan perlu berdiri atas kemampuannya sendiri.
"Siapa yang bertanding perlu berdiri atas rekodnya sendiri dan membawa perubahan berdasarkan isu dan permasalahan di Permatang Pauh daripada bergantung kepada populariti Anwar," katanya.
Lim berkata, melihat kepada keadaan dan politik dalam PR yang tidak seimbang, ditambah dengan kehilangan Anwar yang berdepan hukuman penjara, setiap parti perlu menitikberatkan masa depan parti daripada kepentingan seorang individu.
"Fokus perlu ke atas parti itu sendiri daripada melihat kepada seseorang individu," katanya.
Bagaimanapun, Dr James Chin menyifatkan isu nepotisme atau legasi warisan kepimpinan keluarga tidak timbul, bahkan wakil rakyat di Malaysia mempunyai pelbagai latar belakang.
"Tidak ada syarat kelayakan untuk jadi YB (wakil rakyat) di Malaysia, malah saya kenal 2 wakil rakyat yang hanya bekerja sebagai penjaja.
"Satu-satunya halangan ialah apabila kamu disabitkan kes jenayah atau bankrap, dan faktor umur. Selain daripada itu, semua orang boleh jadi wakil rakyat," katanya kepada The Malaysian Insider.
Chin, pengarah Institut Asia Universiti Tasmania, meramal sama ada Nurul Nuha atau mana-mana calon yang diletak PKR pasti akan menang di Permatang Pauh dengan mengambil kira undi simpati kepada Anwar.
Read More / Baca Lagi >>

Kita Lawan anjur Himpunan Rakyat Mac depan

Posted: 15 Feb 2015 03:14 PM PST

Nik Nazmi Nik Ahmad (tengah) pada sidang media selepas perjumpaan anak muda Malaysia di Bangunan Persatuan Hokkein Selangor dan Kuala Lumpur, di ibu negara, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN  
Nik Nazmi Nik Ahmad (tengah) pada sidang media selepas perjumpaan anak muda Malaysia di Bangunan Persatuan Hokkein Selangor dan Kuala Lumpur, di ibu negara, hari ini. 
 
KUALA LUMPUR - Gabungan Anak Muda Malaysia, Kita Lawan merancang untuk menganjurkan himpunan rakyat besar-besaran pada 7 dan 8 Mac depan di pusat beli-belah Sogo, di sini untuk menunjukkan bantahan terhadap sistem kehakiman negara.
 
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keputusan itu dicapai dalam perjumpaan sekumpulan anak muda hari ini daripada pelbagai latar belakang termasuk parti politik, NGO, profesional dan aktivis.
 
"Demi mempertahankan sistem kehakiman negara kita, kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan konspirasi politik yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
"Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Umno-BN sekali lagi menyalahgunakan jentera kerajaan dan memusnahkan keyakinan anak muda Malaysia terhadap sistem kehakiman negara," katanya yang membacakan resolusi Anak Muda Malaysia di Bangunan Persatuan Hokkein Selangor dan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
 
Katanya, Kita Lawan mengemukakan empat tuntutan mereka pada himpunan rakyat bulan depan, antaranya menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan dengan segera kerana didakwa terlibat dalam konspirasi politik perbicaraan kes Anwar.
 
Read More / Baca Lagi >>

Pembalakan di Bukit Besi: Menteri Besar perlu jawab

Posted: 15 Feb 2015 03:04 PM PST

Mohd-Nor-Hamzah-650x360
Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah menggesa Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman memberi penjelasan berhubung isu projek pembalakan di Bukit Besi, Dungun.
KUALA LUMPUR, 16 Februari:
Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah menggesa Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman memberi penjelasan berhubung isu projek pembalakan di Bukit Besi, Dungun.
Mohd Nor dalam kenyataannya mendakwa Tabung Amanah Warisan (LTAW) telah menyerahkan kawasan balak kepada Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu (KPKKT)
Menurutnya, persoalan yang timbul adalah sebab syarikat itu dipilih sedangkan anak syarikat perkayuan milik kerajaan tidak terlibat.
"Ini melibatkan 8000 hektar kawasan hutan simpan yang dikatakan diberikan kepada LTAW.
"Adakah kerajaan telah menggantikannya dengan kawasan baru? Apakah kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti kawasan terbabit mempunyai hasil bijih yang tinggi potensinya? Berapakah kos kajian dan siapakah yang ditugaskan mengkajinya?" soalnya.
Mohd Nor turut mahukan Ahmad Razif menjelaskan kesahihan mengenai kawasan balak itu kepada KPKKT.
Read More / Baca Lagi >>

PDRM, SKMM perlu bertindak terhadap penghina Nik Aziz

Posted: 15 Feb 2015 03:01 PM PST

Osama

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan komentar yang menghina allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di laman Facebook.
Tindakan ini satu bentuk penghinaan yang keterlaluan terhadap ulama yang meninggal dunia. Allahyarham Nik Aziz bukan sekadar seorang ahli politik tempatan saja bahkan juga seorang ulama dan ilmuwan yang dihormati dunia Islam.
Maka adalah sangat biadab apabila pihak yang tidak bertanggungjawab ini celopar dengan menghina allahyarham?
Sehubungan itu, SAMM diketuai SAMM Kelantan akan membuat satu laporan polis berhubung perkara ini pada Isnin, 16 Februari, 2015 di IPD Kota Baru, Kelantan. 
SAMM kesal dan mengecam keras tindakan celopar dan biadab ini. SAMM juga menggesa PDRM dan SKMM untuk segera melakukan siasatan selepas laporan dibuat esok dan mengheret pelaku ini ke muka pengadilan. PDRM dan SKMM perlu bertindak berlandaskan undang-undang, jangan hanya sekadar menyasarkan tindakan terpilih dan berkepentingan.

ISMA nak Salahkan Siapa Lagi?

Posted: 15 Feb 2015 02:57 PM PST


NGO ISMA  2

oleh SHAKIR AMEER

Saya merujuk kepada laporan oleh Free Malaysia Today bertajuk 'ISMA warns of Challenges from West Proxies'.
Nampaknya ISMA kebelakangan ini seolah-olah hilang modal untuk kekal relevan di Malaysia. Rasa nak tergelak apabila ISMA melalui presidennya Abdullah Zaik mengeluarkan kenyataan bahawa gerakan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus kekal relevan di Malaysia melalui proksi asing dan bangsa lain.
Sebagai seorang Muslim, saya ingin menyatakan bahawa perjuangan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal relevan dan akan menjadi semakin kuat bukan kerana proksi asing tetapi melalui rakyat Malaysia tak kira bangsa atau agama. Fakta ini adalah kerana gerakan politik baru yang diasaskan oleh DSAI adalah berdasarkan aspirasi generasi baru rakyat Malaysia yang mahukan pembaharuan dengan menghapuskan perkauman, memastikan ketelusan kerajaan dan memartabatkan rakyat Malaysia tak kira latar belakang.
Gerakan ini adalah sinonim dengan prinsip-prinsip Islam yang juga adalah prinsip-prinsip universal. Apa yang dinyatakan oleh Abdullah Zaik adalah betul, DSAI adalah seorang berpengaruh tak kira di dalam atau di luar penjara. Beliau akan sentiasa menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia tak kira latar belakang untuk berjuang ke arah Malaysia Baru.
Rakyat berhak membuat pilihan sama ada ingin menyokong gerakan politik yang dipimpin oleh DSAI atau tidak. Pada pengetahuan penulis, sebanyak 52% menyokong perjuangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang lalu. Berdasarkan analisa politik setempat dan antarabangsa, kemungkinan besar peratusan sokongan akan melonjak lebih tinggi kerana rakyat Malaysia telah meluat dengan kezaliman Kerajaan Barisan Nasional selama ini.
Abdullah Zaik tidak seharusnya risau dengan warga asing yang ingin menyokong gerakan berdasarkan prinsip-prinsip universal dan Islam yang murni ini. Semua orang berhak untuk menyokong gerakan politik Pakatan Rakyat. Secara kebetulannya, pengaruh DSAI bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga di kalangan masyarakat antarabangsa. Ini adalah kerana seperti yang dinyatakan oleh Abdullah Zaik, memang betul DSAI mempunyai karisma dan pengaruh yang tinggi hampir di seluruh dunia.
Read More / Baca Lagi >>

Isu Ismail Sabri berkait dengan kredibiliti dan moral semua menteri dan parti-parti BN

Posted: 15 Feb 2015 02:56 PM PST


WIRA3350


KUALA LUMPUR, 15 FEB – Isu kenyataan perkauman yang dikeluarkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini bukan hanya berkait dengan beliau secara peribadi tetapi juga semua menteri Kabinet dan parti-parti politik yang dipimpin mereka.
Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, jemaah Menteri mempunyai peluang ketiga dan terakhir untuk melakukan perkara yang betul, iaitu menuntutnya meminta maaf dan menarik balik kenyataan perkauman beliau atau memecatnya daripada Kabinet sekiranya beliau enggan berbuat demikian.
Mesyuarat Kabinet yang akan bersidang Rabu nanti adalah yang ketiga selepas Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan menyeru pengguna Melayu memboikot perniagaan Cina dan menyalahkan para peniaga dari kaum tersebut kerana harga barang tidak turun.
"Rakyat Malaysia yang waras dan bersemangat muhibah tanpa mengira kaum, agama, atau pegangan politik telah jemu melihat kemunafikan pada isu Ismail Sabri kerana ia bukan lagi isu yang hanya menjejaskan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, malah ia turut menjejaskan kredibiliti dan integriti semua 35 orang Menteri Kabinet dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," kata Kit Siang.
Read More / Baca Lagi >>

Statement of Support by H.E. Abdullah Gül for Anwar Ibrahim of Malaysia

Posted: 15 Feb 2015 02:50 PM PST

I have learned the conviction and sentencing of Anwar Ibrahim with great sadness and concern.
As a long standing friend of Anwar Ibrahim, I find the charges brought against him very difficult to believe.
Anwar Ibrahim is an intellectually oriented leading political figure in the Muslim World who has been a strong advocate of compatibility of Islamic values with democracy, rule of law and human rights.
This is why Anwar has been supported by human rights groups and several foreign governments both in the East and in the West.
As a friend of Malaysia and Malaysian people, I would like to encourage the Malaysian government to reconsider the impact of this verdict on its international standing and its commitment to human rights.
http://www.abdullahgul.gen.tr/news/397/90977/statement-of-support-by-he-abdullah-gul-for-anwar-ibrahim-of-malaysia.html

Rafizi: 'Umno jangan seronok sangat'

Posted: 15 Feb 2015 06:48 AM PST

Rafizi Ramli 
SHAH ALAM- Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata tiada elemen mengejut menjadi punca sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hambar.
 
Rafizi berkata, berbeza dengan tahun 1998, ketika itu rakyat terkejut dengan keputusan terhadap Anwar, sekali gus menyebabkan ribuan turun ke jalanan memberi sokongan bekas Menteri Kewangan itu. 
 
"Rakyat sudah tahu, tambahan pula zaman kini maklumat dihujung jari.
 
"Perkembangan Anwar sudah diikuti, jadi rakyat tidaklah terkejut sangat," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
 
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, namun ia bukan bermakna sokongan terhadap Anwar berkurangan sebaliknya rakyat akan menggunakan pentas undi untuk meluahkan sokongan mereka.
 
"Umno jangan seronok sangat, tengoklah PRU tahun 2008, dalam senyap-senyap rakyat menghukum BN.
 
"Zaman kini mungkin rakyat tidak guna pentas jalanan sebaliknya guna pentas undi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

KITA LAWAN: Nik Nazmi cabar Shafee ambil tindakan

Posted: 15 Feb 2015 04:06 AM PST

Nik Nazmi Nik Ahmad ketika berucap pada perjumpaan Anak Muda Malaysia di Bangunan Persatuan Hokkein Selangor dan Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN 
 Nik Nazmi Nik Ahmad ketika berucap pada perjumpaan Anak Muda Malaysia di Bangunan Persatuan Hokkein Selangor dan Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, hari ini.
 
KUALA LUMPUR - Peguam pendakwa raya kes Liwat II, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap semua anak muda yang mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan pihak berkuasa juga harus melakukan tindakan sama dan bukan sekadar memberi amaran.
 
"Hari ini Shafee mula mengeluarkan kenyataan keputusan bila dia mengatakan Datuk S.Ambiga patut diambil tindakan kerana mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa Umno-BN.
 
"Mesej kita mudah, selagi mana mesej ini diulangi oleh rakyat Malaysia, kita hendak tengok sama ada Ketua Polis Negara, Peguam Negara atau Shafee sendiri akan ambil tindakan atau tidak.
 
"Kalau dia hendak sumbat kita dalam penjara, saya boleh jamin mereka tidak boleh sumbat semua anak muda dalam penjara," katanya ketika berucap pada perjumpaan Anak Muda Malaysia di Bangunan Persatuan Hokkien Selangor, di sini, hari ini.
 
Read More / Baca Lagi >>

KITA LAWAN: Demo besar pro-Anwar bulan depan

Posted: 15 Feb 2015 04:03 AM PST

Beberapa kumpulan anak muda hari ini mengumumkan pembentukan gabungan longgar dinamakan "KITA LAWAN" dan menyatakan hasrat mereka mengadakan perhimpunan di ibu negara minggu depan.

Gabungan parti-parti politik dan NGO itu merancang aktiviti itu sebagai reaksi terhadap pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.

"Hasil perbincangan bersama, kami telah merangka rancangan tindakan dan akan mengadakan perhimpunan pada 7 dan 8 Mac," kata pengarah strategi Pemuda PKR (AMK) dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa orang ramai hadir dalam perhimpunan yang pada jam 4 petang di pusat membeli belah Sogo itu.

Katanya, KITA LAWAN juga menggesa kesemua pemimpin Pakatan Rakyat menyertai perhimpunan itu.

Mereka juga mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan atas dakwaan terlibat dalam konspirasi politik, seperti didakwa Anwar, dan menuntut pembaharuan sistem kehakiman negara.

'Nanti abang tak dok, sapo nak jago Yah'

Posted: 15 Feb 2015 03:21 AM PST

'Nanti abang tak dok, sapo nak jago Yah'
KUALA LUMPUR: "Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah."

Sayu hatinya bila mengingati ungkapan itu seakan terpatri bahawa orang yang disayanginya itu akan pergi menemui Ilahi tidak lama lagi.

Bagi Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri mantan menteri besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, ungkapan yang dibuat tiga hari sebelum beliau meninggal dunia cukup menyentuh hatinya.

"Itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang meninggalkan saya buat selama-lamanya," kata Tuan Sabariah.

Tuan Sabariah berkata demikian dalam satu temu bual bersama akhbar Sinar Harian sehari selepas ikon negeri Kelantan itu meninggal dunia.

Sesungguhnya pemergian suami yang telah berkongsi hidup dengannya selama 53 tahun itu pasti memberikan kesan mendalam buat Tuan Sabariah.

Menurut Tuan Sabariah, kata-kata itu diluahkan arwah ketika masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Read More / Baca Lagi >>

Walaupun saya non-muslim, tetapi saya memang respect kepada TGNA.

Posted: 15 Feb 2015 03:19 AM PST

Oleh Rajinder Singh
Malam ini (13hb Februari)  , lain sungguh rasa nya bila mendapat berita mengenai kematian Tok Guru Nik Aziz, TGNA.Saya, secara peribadi, memang kagum dan menghormati beliau.
Dan saya ingin kongsikan pengalaman ketika bertemu dengan beliau di salah sebuah restauran makan di Kelantan beberapa tahun dahulu.

Memandangkan saya dan rakan rakan saya, semua nya berbangsa Punjabi (kami semuanya 5orang sahabat, cuma saya sahaja yang tidak memiliki sarban), maka nak dijadikan cerita, masa itu, rakan rakan saya sentiasa dipandang oleh penduduk Kelantan. Rasa macam artis pulak, semua nak berkenalan....hmmm
Di restoran itu kami berkumpul untuk mkn . Sambil jamu selera, rakan saya memberitahu, bahawa orang yang duduk di hujung meja itu adalah TGNA.
Saya tak percaya, takkan la TGNA sebagai Menteri Besar nak makan kat kedai ini (tak ingat pulak nama kedai tu), dah tu pulak takde bodyguard, mustahil, mana mungkin seorang yang diberikan mandat menguruskan negeri jalan senang lenggang macam tu je tanpa bodyguard.
Kawan saya pula confident sungguh beliau adalah TGNA. Saya pun bangun pergi, nak tanya sendiri, betul ke?
Bila saya beri ucapkan Selamat Pagi kat beliau, dan saya tanya betul ke Encik ni TGNA. Dia menjawab yer...Opocot!!! betul laa...aduhai, terkezut siot. Saya pun senyum dan toleh kat kawan saya, saya angguk kepala memberikan isyarat yang mereka itu betul.
TGNA pun bertanya, siapa nama, dari mana, nak kemana...saya pun bagi tau yang kami daripada Ipoh Perak, datang melawat Kelantan selepas balik dari pulau perhentian. Dan TGNA pun cerita tempat yang menarik saya dan kawan kawan saya boleh lawati....sempoi je bercerita dan bersembang dgn TGNA ini.
Lepas tu saya pun join member saya, makan....
Read More / Baca Lagi >>