Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Mejar Zaidi Pilih Sertai PAS

Posted: 14 Feb 2015 06:45 PM PST


Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2015 10:05 PM

Zaidi Ahmad.

PETALING JAYA: Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipecat, Mejar Zaidi Ahmad akhirnya membuat keputusan untuk menyertai PAS, lapor beberapa portal berita.

Zaidi, yang sebelum ini pernah mengumumkan beliau akan menyertai Pakatan Rakyat selepas dia dipecat, berkata dia memilih PAS kerana parti itu lebih dekat dengan Islam.

Zaidi juga dilaporkan berkata dia berharap dapat memainkan peranan untuk menyatukan Pakatan Rakyat yang dilihat berhadapan dengan banyak krisis dalaman lewat kebelakangan ini.

"Saya akan cuba memainkan peranan untuk menyatakan Pakatan, terutamanya ketika hendak menghadapi pilihan raya umum," katanya yang dipetik sebagai berkata.

Beliau dilaporkan berkata Pakatan sedang berhadapan dengan kepayahan selepas Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim dipenjarakan, namun beliau berharap apa pemimpin baharu yang dapat menyatukan ketiga-tiga parti.
Pada 12 Januari lalu Mejar Zaidi didapati bersalah di Mahkamah Tentera di atas dua dakwaan melanggar protokol semasa mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013 dan dihukum buang kerja daripada perkhidmatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Reformasi II sia2, tiada sokongan ...boleh trus relax

Posted: 14 Feb 2015 05:28 PM PST

Mengenali Manusia Hebat Ibrahim….

Anwar Ibrahim hebat kerana apa agaknya? Adakah dia sememangnya mempunyai kelebihan luar biasa berbanding lain-lain pemimpin? Apa agaknya kelebihan-kelebihan luar biasa yang ada pada beliau dan tidak ada pada orang lain yang menyebabkan beliau hebat?

Kalau dilihat dari sudut kelulusan akademik, lebih hebat lagi kebanyakan pemimpin lain. Dia hanya lulusan 'general degree' pengajian Melayu Universiti Malaya.

Dari segi kebijaksanaan berpolitik, tidaklah dia lebih hebat dari Abdullah Badawi kerana Abdullah Badawi pun dapat jadi PM. Dia hanya sampai tahap TPM. Pendek kata, alah jugalah dalam sepak terajang politik.

Hendak dikatakan dia hebat dari segi 'panjang akal' pun tidak juga, sebab sudah banyak kali dia terperangkap atau 'kedapatan' melakukan hubungan tidak normal. Kalau dia seorang yang 'panjang akal', mungkin 'kerja hodoh' yang dilakukan 'tidak berbekas'.

Hendak dikatakan dia ada 'track record' luar biasa sewaktu mengetuai kementerian-kementerian tertentu yang pernah dipegangnya pun tidak juga.

Dia pernah pegang Kementerian Pertanian, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan. Semasa menjadi TPM pun tidak ada idea luar biasa yang melebihkan dia dari lain-lain penjawat.

Dari segi prestasi atau KPI sebagai menteri atau TPM hanyalah tahap 'average', sama seperti kebanyakan menteri-menteri lain. Malahan semasa memegang jawatan Menteri Kewangan, negara hampir muflis gara-gara keberaniannya memperjudikan wang Bank Negara di pasaran tukaran asing.

Dalam masa yang sama, dia jadalah pemegang rekod sebagai Menteri Kewangan yang pernah menaikkan kadar faedah sehingga 13%, iaitu kadar faedah yang tertinggi dalam sejarah kewangan negara.

Dia berpendapat, masalah ekonomi dan kewangan negara boleh dipulihkan dengan cara menaikkan kadar faedah dan menyerap kos kenaikan hingga kepada pengguna akhir. Negara bernasib baik dapat diselamatkan dengan formula 'luar biasa'yang dilakukan oleh DS Dr Mahathir selaku PM ketika itu.

Pada zaman dia menjadi Menteri Kewangan jugalah, lahirnya kroni-kroni yang kaya-raya hanya dalam tempoh 'semalam lalu'. Pada zaman dia, saham khas peruntukan bumiputera syarikat-syarikat GLC yang sepatutnya dikendalikan oleh MITI telah dibawa ke MOF.

Ini semua bertujuan untuk membolehkan saham-saham ini dibolot oleh kroni-kroni ciptaan Anwar Ibrahim. TNB, Telekom, Hicom, anak-anak syarikat Petronas yang bernilai puluhan billion telah melahirkan kroni-kroni Anwar yang 'tak terbilang dek jari'. Kesemua mereka menjadi jutawan 'semalam lalu'.

Hasil dari kekuatan kewangan para kroni inilah yang telah menyebabkan Anwar begitu berkuasa dan dengan mudah menduduki jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO. Hanya menjentik dengan menggunakan jari manis, sudah cukup untuk menyebabkan Ghafar Baba terpelanting dari jawatan TPM.

Sebagai Menteri Pertanian pula, kita langsung tidak tahu apa yang dia buat malahan sebahagian besar rakyat pun mungkin terlupa bahawa dia pernah memegang jawatan Menteri Pertanian. Sebagai Menteri Belia dan Sukan pula, seingat saya hanya satu yang boleh kita ingat sehingga kini iaitu Sukan Malaysia (SUKMA Dermawan Sasmitatmadja).

Sebagai Menteri Pendidikan pula, dialah menteri yang bertanggungjawab memperkasakan sekolah Vernakular sehingga pejuang sekolah cina seperti 'cacing naik ke mata' sekarang ini. Lain-lain idea luar biasa langsung kita tidak nampak.

Jadi di mana lebihnya Anwar berbanding dengan lain-lain pemimpin dan politikus, walhal Anwar tidak menunjukkan apa-apa kelebihan luar biasa pun yang membolehkan dia mendapat sokongan hebat dari rakyat. Anwar ibarat seperti pokok cacat, 'batang kecil tapi berdahan besar'.

Dengan prestasi tahap 'average", dan dilihat pula sokongan besar yang dinikmati oleh Anwar dari para penyokongnya dan rakyat, kelihatan seolah-olah ada yang tidak kena dari segi persepsi rakyat terhadap Anwar.

Rakyat dan penyokong taksub memberi kredit secara berlebihan kepada Anwar. Sokongan yang diberi tidak sepadan langsung dengan kemampuan dan keistimewaan yang ada pada batang tubuh Anwar.

Kesalahan dan masalah peribadi yang dihadapi oleh Anwar jauh lebih hodoh dari pertuduhan yang dikenakan kepada Rahim Tamby Chik, tetapi Rahim Tambi Chik sehingga kini tidak boleh bangun lagi dalam politik.

Begitu juga dengan Khir Toyo. Tiada siapa yang bangun dijalan-jalanraya untuk mempertahankan Khir Toyo. Khir Toyo pula tidak pernah menempelak dan mempertahankan diri dengan menyatakan semua ini fitnah dari orang-orang yang benci dan ingin melihat dia jatuh tersungkur.

Begitu ramai adun BN yang telah dikenakan tindakan gantung oleh speaker di dewan undangan negeri di Kelantan, Selangor, Penang dan Kedah, tapi tidak pula berlaku kekecohan seperti kekecohan yang mereka lakukan di Dewan Rakyat semalam, apabila Speaker menggantung MP dari puak mereka.

Anwar dan puaknya tidak tahu untuk menghormati peraturan dan undang-undang, jika peraturan dan undang-undang itu diguna pakai terhadap mereka. Bagi Anwar undang-undang dan peraturan hanya perlu dipatuhi oleh pihak lawan mereka.

Bagi Anwar Kroni adalah istilah yang dicipta untuk pemimpin UMNO dan kerajaan saja. Pengikut taksub Anwar juga berfikiran begitu. Jika Anwar yang lakukan amalan kronisma dan nepotisma pengikut akan butakan mata dan hati mereka.

Jika Anwar dituduh melakukan sebarang perkara yang bertentangan dengan nilai moral, pengikut akan berkata itu suatu fitnah jahat, walau pun laporan itu datang dari mangsa Anwar sendiri.

Jika Anwar ditempeleng kerana provokasi beliau terhadap lawan, pengikut tidak akan fikir apa sebab Anwar kena tempeleng, tapi mereka akan pertikai mengapa tempeleng Anwar.

Kalau Anwar kena penjara, pengikut tidak akan fikir apa punca yang menyebabkan Anwar kena penjara, sebaliknya pengikut akan pertikai kenapa penjara Anwar.

Kalau Anwar melakukan liwat, pengikut tidak akan fikir 'kenapalah Anwar ni tak boleh berhentikan kerja terkutuk ni' , sebaliknya pengikut akan pertikai kenapa mangsa sanggup menjual maruah sehingga sanggup mencipta rancangan jahat untuk mengenakan Anwar.

Itulah sebenarnya kelebihan yang Allah taala anugerahkan kepada Anwar Ibrahim. Buatlah kerja jahat macam mana pun, setakat hari ini, Allah taala izinkan dia mendapat anugerah dan keistimewaan yang tidak mampu diperolehi oleh orang lain.

Dalam pada dia berjaya menutup keaiban demi keaiban yang dilakukan dengan cara menafikan mentah-mentah setiap tuduhan, hakikatnya Allah taala sudah aibkan hambanya ini seantero dunia. Keaiban ini bukan orang lain yang sebarkan, sebaliknya dia sendiri secara tidak sedar menyebarkan segala keaibannya melalui 'roadshow' penafian yang dilakukannya ke seluruh alam.

Hukuman dan pembalasan Allah taala secara halus sedang berlaku kepada Anwar tapi mungkin dia tidak pernah terfikir sampai ke sini.

Apa yang dia terfikir hanyalah, bagaimana mahu melepaskan diri dari pertuduhan dan bagaimana mahu memanipulasi setiap pertuduhan ini ke arah suatu bentuk penganiayaan terhadap dirinya agar pemikiran rakyat senantiasa dapat dikawal mengikut skrip yang dia canangkan.

Memang Anwar hebat. Tiada siapa yang dapat menandingi kelebihan anugerah tuhan yang diberikan kepadanya sebagai pinjaman di dunia ini.

Paling hebat ialah nikmat tuhan pun dia manipulasi, musibah tuhan yang mengenai diri sendiri pun dimanipulasi, semata-mata untuk urusan kuasa…engenali Manusia Hebat Anwar Ibrahim…. Rencana & Pendapat.

Anwar Ibrahim hebat kerana apa agaknya? Adakah dia sememangnya mempunyai kelebihan luar biasa berbanding lain-lain pemimpin? Apa agaknya kelebihan-kelebihan luar biasa yang ada pada beliau dan tidak ada pada orang lain yang menyebabkan beliau hebat?

Kalau dilihat dari sudut kelulusan akademik, lebih hebat lagi kebanyakan pemimpin lain. Dia hanya lulusan 'general degree' pengajian Melayu Universiti Malaya.

Dari segi kebijaksanaan berpolitik, tidaklah dia lebih hebat dari Abdullah Badawi kerana Abdullah Badawi pun dapat jadi PM. Dia hanya sampai tahap TPM. Pendek kata, alah jugalah dalam sepak terajang politik.

Hendak dikatakan dia hebat dari segi 'panjang akal' pun tidak juga, sebab sudah banyak kali dia terperangkap atau 'kedapatan' melakukan hubungan tidak normal. Kalau dia seorang yang 'panjang akal', mungkin 'kerja hodoh' yang dilakukan 'tidak berbekas'.

Hendak dikatakan dia ada 'track record' luar biasa sewaktu mengetuai kementerian-kementerian tertentu yang pernah dipegangnya pun tidak juga.

Dia pernah pegang Kementerian Pertanian, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan. Semasa menjadi TPM pun tidak ada idea luar biasa yang melebihkan dia dari lain-lain penjawat.

Dari segi prestasi atau KPI sebagai menteri atau TPM hanyalah tahap 'average', sama seperti kebanyakan menteri-menteri lain. Malahan semasa memegang jawatan Menteri Kewangan, negara hampir muflis gara-gara keberaniannya memperjudikan wang Bank Negara di pasaran tukaran asing.

Dalam masa yang sama, dia jadalah pemegang rekod sebagai Menteri Kewangan yang pernah menaikkan kadar faedah sehingga 13%, iaitu kadar faedah yang tertinggi dalam sejarah kewangan negara.

Dia berpendapat, masalah ekonomi dan kewangan negara boleh dipulihkan dengan cara menaikkan kadar faedah dan menyerap kos kenaikan hingga kepada pengguna akhir. Negara bernasib baik dapat diselamatkan dengan formula 'luar biasa'yang dilakukan oleh DS Dr Mahathir selaku PM ketika itu.

Pada zaman dia menjadi Menteri Kewangan jugalah, lahirnya kroni-kroni yang kaya-raya hanya dalam tempoh 'semalam lalu'. Pada zaman dia, saham khas peruntukan bumiputera syarikat-syarikat GLC yang sepatutnya dikendalikan oleh MITI telah dibawa ke MOF.

Ini semua bertujuan untuk membolehkan saham-saham ini dibolot oleh kroni-kroni ciptaan Anwar Ibrahim. TNB, Telekom, Hicom, anak-anak syarikat Petronas yang bernilai puluhan billion telah melahirkan kroni-kroni Anwar yang 'tak terbilang dek jari'. Kesemua mereka menjadi jutawan 'semalam lalu'.

Hasil dari kekuatan kewangan para kroni inilah yang telah menyebabkan Anwar begitu berkuasa dan dengan mudah menduduki jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO. Hanya menjentik dengan menggunakan jari manis, sudah cukup untuk menyebabkan Ghafar Baba terpelanting dari jawatan TPM.

Sebagai Menteri Pertanian pula, kita langsung tidak tahu apa yang dia buat malahan sebahagian besar rakyat pun mungkin terlupa bahawa dia pernah memegang jawatan Menteri Pertanian. Sebagai Menteri Belia dan Sukan pula, seingat saya hanya satu yang boleh kita ingat sehingga kini iaitu Sukan Malaysia (SUKMA Dermawan Sasmitatmadja).

Sebagai Menteri Pendidikan pula, dialah menteri yang bertanggungjawab memperkasakan sekolah Vernakular sehingga pejuang sekolah cina seperti 'cacing naik ke mata' sekarang ini. Lain-lain idea luar biasa langsung kita tidak nampak.

Jadi di mana lebihnya Anwar berbanding dengan lain-lain pemimpin dan politikus, walhal Anwar tidak menunjukkan apa-apa kelebihan luar biasa pun yang membolehkan dia mendapat sokongan hebat dari rakyat. Anwar ibarat seperti pokok cacat, 'batang kecil tapi berdahan besar'.

Dengan prestasi tahap 'average", dan dilihat pula sokongan besar yang dinikmati oleh Anwar dari para penyokongnya dan rakyat, kelihatan seolah-olah ada yang tidak kena dari segi persepsi rakyat terhadap Anwar.

Rakyat dan penyokong taksub memberi kredit secara berlebihan kepada Anwar. Sokongan yang diberi tidak sepadan langsung dengan kemampuan dan keistimewaan yang ada pada batang tubuh Anwar.

Kesalahan dan masalah peribadi yang dihadapi oleh Anwar jauh lebih hodoh dari pertuduhan yang dikenakan kepada Rahim Tamby Chik, tetapi Rahim Tambi Chik sehingga kini tidak boleh bangun lagi dalam politik.

Begitu juga dengan Khir Toyo. Tiada siapa yang bangun dijalan-jalanraya untuk mempertahankan Khir Toyo. Khir Toyo pula tidak pernah menempelak dan mempertahankan diri dengan menyatakan semua ini fitnah dari orang-orang yang benci dan ingin melihat dia jatuh tersungkur.

Begitu ramai adun BN yang telah dikenakan tindakan gantung oleh speaker di dewan undangan negeri di Kelantan, Selangor, Penang dan Kedah, tapi tidak pula berlaku kekecohan seperti kekecohan yang mereka lakukan di Dewan Rakyat semalam, apabila Speaker menggantung MP dari puak mereka.

Anwar dan puaknya tidak tahu untuk menghormati peraturan dan undang-undang, jika peraturan dan undang-undang itu diguna pakai terhadap mereka. Bagi Anwar undang-undang dan peraturan hanya perlu dipatuhi oleh pihak lawan mereka.

Bagi Anwar Kroni adalah istilah yang dicipta untuk pemimpin UMNO dan kerajaan saja. Pengikut taksub Anwar juga berfikiran begitu. Jika Anwar yang lakukan amalan kronisma dan nepotisma pengikut akan butakan mata dan hati mereka.

Jika Anwar dituduh melakukan sebarang perkara yang bertentangan dengan nilai moral, pengikut akan berkata itu suatu fitnah jahat, walau pun laporan itu datang dari mangsa Anwar sendiri.

Jika Anwar ditempeleng kerana provokasi beliau terhadap lawan, pengikut tidak akan fikir apa sebab Anwar kena tempeleng, tapi mereka akan pertikai mengapa tempeleng Anwar.

Kalau Anwar kena penjara, pengikut tidak akan fikir apa punca yang menyebabkan Anwar kena penjara, sebaliknya pengikut akan pertikai kenapa penjara Anwar.

Kalau Anwar melakukan liwat, pengikut tidak akan fikir 'kenapalah Anwar ni tak boleh berhentikan kerja terkutuk ni' , sebaliknya pengikut akan pertikai kenapa mangsa sanggup menjual maruah sehingga sanggup mencipta rancangan jahat untuk mengenakan Anwar.

Itulah sebenarnya kelebihan yang Allah taala anugerahkan kepada Anwar Ibrahim. Buatlah kerja jahat macam mana pun, setakat hari ini, Allah taala izinkan dia mendapat anugerah dan keistimewaan yang tidak mampu diperolehi oleh orang lain.

Dalam pada dia berjaya menutup keaiban demi keaiban yang dilakukan dengan cara menafikan mentah-mentah setiap tuduhan, hakikatnya Allah taala sudah aibkan hambanya ini seantero dunia. Keaiban ini bukan orang lain yang sebarkan, sebaliknya dia sendiri secara tidak sedar menyebarkan segala keaibannya melalui 'roadshow' penafian yang dilakukannya ke seluruh alam.

Hukuman dan pembalasan Allah taala secara halus sedang berlaku kepada Anwar tapi mungkin dia tidak pernah terfikir sampai ke sini.

Apa yang dia terfikir hanyalah, bagaimana mahu melepaskan diri dari pertuduhan dan bagaimana mahu memanipulasi setiap pertuduhan ini ke arah suatu bentuk penganiayaan terhadap dirinya agar pemikiran rakyat senantiasa dapat dikawal mengikut skrip yang dia canangkan.

Memang Anwar hebat. Tiada siapa yang dapat menandingi kelebihan anugerah tuhan yang diberikan kepadanya sebagai pinjaman di dunia ini.

Paling hebat ialah nikmat tuhan pun dia manipulasi, musibah tuhan yang mengenai diri sendiri pun dimanipulasi, semata-mata untuk urusan kuasa…

------------

SEmalam kononnya ada reformasi II di Sogo Kuala Lumpur.











 




Tengok dari gambar2 di atas, semua gambar close up. Hanya menunjukkan bahawa tak ramai mana. Dari sg buloh dah pindah ke soho sebab perlu tarik gen y yg bebal dan mudah dibofoh2kan dengan propaganda bodoh.

Jangan marah ada orang tua pun sama bodih macam budak2.

Hehehe ... banding dengan 1998-2000, tengok berapa ramai berikut:





Hanya menunjukkan tIada sambutan dan orang ramai tak sedia fia nak pertahan anwar peliwat.

Dahlah tu, kebudak-budakkan untuk conteng harta awam. Lagi orang marah.




Tangkap saja budak baju hijau dan motor WA 954P



Tak risaulah ... Berbanding dengan 1998/2000, takde bendalah. Dah memang salah, nak tuduh macam mana????

Semua kerja ni sia2 ... baik aku pergi pasar. 









RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:42 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Dari pembaca bibir hingga mata-mata gelap

Posted: 14 Feb 2015 09:28 PM PST


Ketika Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusan dalam kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrhaim Selasa lepas, terdapat beberapa perkara tidak dilaporkan media.

Sebagai contoh, ramai pihak sedar bahawa ramai pemerhati antarabangsa hadir sepanjang kes itu, daripada prosiding di peringkat mahkamah lebih rendah lagi.

Bagaimanapun, berhubung jumlah anggota polis Cawangan Khas, ramai yang tidak sedar berhubung perkara itu.

Bukan itu sahaja, pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementertian Komunikasi dan Multimedia juga turut hadir.

Malah pegawai risikan tentera juga dipercayai memantau kes itu, walaupun mereka lebih sukar dicam.

Mereka ini antara pihak yang mengambil tempat di bahagian kerusi awam di mahkamah Kuala Lumpur dan Putrajaya dan bergaul selamba dengan pemberita, penyokong parti, anggota keluarga dan pemerhati.

Sepanjang tugasan panjang saya membuat liputan kes itu, saya masih ingat bagaimana terdapat seorang anggota polis wanita selalu hadir perbicaraan.

Kepakarannya – daripada apa yang saya difahamkan – membaca bibir.

Beliau tidak berada di situ untuk mengikuti perbicaraan kes liwat tetapi membaca bibir Anwar, terutamanya berhubung apa yang diperkatakannya dengan peguam.

Ketiadaan Anwar, Nik Aziz semarakkan semangat PR – Penganalisis

Posted: 14 Feb 2015 09:03 PM PST

Ada bahayanya untuk Nuha sebagai pengganti Anwar di Permatang Pauh.

Nik Aziz Nik Mat, Anwar IbrahimPETALING JAYA: Pemergian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan peristiwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan akibat kesalahan meliwat bekas pembantunya tidak akan melemahkan Pakatan Rakyat (PR).
Penganalisis Politik, Profesor Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Aziz, menyifatkan peristiwa itu sama seperti yang pernah berlaku pada tahun 1998 apabila Anwar dimasukkan ke dalam penjara.
"Selepas Anwar dimasukkan ke dalam penjara, barulah Pakatan Rakyat akan semakin kuat," ujarnya.
"Saya positif, dalam erti kata Pakatan Rakyat akan makin kuat, kerana generasi baru ini akan duduk dalam Majlis Ulama PAS dan juga akan duduk sekali dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat," katanya sewaktu dihubungi Free Malaysia Today (FMT).
Jelasnya lagi, walaupun terdapat beberapa gangguan, namun Abdul Rahman percaya ia akan membuatkan Pakatan Rakyat lebih matang dan fokus.
"Gangguan yang saya maksudkan itu adalah mereka diugut dengan pelbagai jenis undang-undang, dan solidariti Pakatan Rakyat juga tergugat dengan set undang-undang negeri," ujarnya.
Bukan itu sahaja, Abdul Rahman turut memberikan pandangannya mengenai masa depan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
"Azmin berpeluang untuk menjadi pemimpin yang hebat kerana Azmin boleh memimpin dan untuk Azmin menjadi seperti Anwar dan Nik Aziz memang tidak boleh.Tetapi 'in the making' Azmin boleh," katanya.
Selain itu, beliau turut melihat Nurul Izzah Anwar dan Khairy Jamaluddin sebagai prospek pemimpin masa depan.
Read More / Baca Lagi >>

SEIZE THE 'ANWAR MOMENT': With or without Pas, PR must affirm its stand for a SECULAR, MULTIRACIAL M'sia

Posted: 14 Feb 2015 08:54 PM PST

SEIZE THE 'ANWAR MOMENT': With or without Pas, PR must affirm its stand for a SECULAR, MULTIRACIAL M'sia
We all know the evidence against Opposition leader Anwar Ibrahim was not overwhelming. And neither was it conclusive. In fact, as I had said before, the evidence adduced to seek Anwar's conviction was weak.
But he is now serving a five-year jail sentence and may secure himself an early release in 40 months.
I was at the Federal Court for the ruling. It was a sham of a trial and a dark day for the country's judiciary.
We all know the burden of proof was shifted onto Anwar as opposed to giving him the benefit of doubt. The fact that the DNA evidence was tainted, having been left in a humid environment for hours on end, is sufficient to raise doubts about the prosecution's case.
And the sentencing was harsh given the fact that there was no violence or force used.
I could go on and on pointing out discrepancies in the trial but Anwar's case is a done deal.
He would be close to 71 years old if released before the five-year jail term is up.
Emotions still high

Emotions are still running high. My heart goes out to his wife and family who have endured humiliation and ridicule over more than a decade.
But Pakatan Rakyat needs to go beyond Anwar. The call for reforms and change cannot be focused around one man, although he has been the glue that kept the pact together.
We have not just lost one leader. We have also lost the revered Tok Guru Nik Aziz Nik Mat to cancer.
He was equally instrumental in keeping conservative elements within his party, PAS, at bay. I would like to take this opportunity to offer my heartfelt condolences to his family.
But now, we really need to sit up and look at our own deep flaws. The Opposition bloc cannot afford to gloss over sticking points, which are threatening to drive a deeper wedge amongst the coalition partners.
Pakatan Rakyat partners are facing personal and ideological differences, largely centering around the issues of Hudud law and local council elections.
Despite repeated meetings, political high drama and flirting with the possible break-up of the opposition bloc, we have not managed to iron out these thorny issues.
Question mark over Pas' loyalty
Read More / Baca Lagi >>

THE NEW BLACK EYE? Is Shafee the new 'Rahim Noor' tasked to attack Anwar in prison

Posted: 14 Feb 2015 08:52 PM PST

THE NEW BLACK EYE? Is Shafee the new 'Rahim Noor' tasked to attack Anwar in prisonI call upon Attorney-General Tan Sri Gani Patail to state if it is the new practice of his chambers to attack and criticize accused persons particularly after they have been convicted and are in prison serving sentence.
Does he prosecute, get them convicted, put handcuffs on them, send them to prison and then go on a public rampage against them without giving them any opportunity to defend themselves?
This is a very serious matter as the Attorney-General would to my mind, in those circumstances, be going way beyond what is required of him both in law and ethically as public prosecutor.
The Federal Constitution gives the Attorney-General powers to prosecute. It stops there.
I must as Member of Parliament condemn any conduct on part of the Attorney-General which is oppressive and amounts to an abuse of process and power. No one should ever take any pride in attacking another who cannot defend himself.
Attack an action beyond shame, Gani must take responsibility
Former IGP Rahim Noor who infamously beat up Anwar while he was under police remand during the Sodomy I case in 1998
So I now demand that Gani state:
1. Did he authorize the publication of statements attacking and ridiculing Anwar Ibrahim after the Federal Court affirmed his conviction?
2. Does a fiat given by the Attorney-General to a private person in a criminal matter extend beyond and after the matter he is assigned to is finally disposed off in court?
3. Is it not an abuse of power for the Attorney-General, be it personally or through his deputies or authorized persons, to carry through with open attacks against a convicted person on his behalf after his prosecution has come to an end?
Bar Council must reprimand Shafee & AG

Shafee who has launched a high-profile attack against Anwar Ibrahim after the conviction
Gani must now decide if he wishes to take matters to an entirely different level in criminal law.
I also call upon the Bar Council to state its position on the matter.
Read More / Baca Lagi >>

Pengaruh golongan ulama PAS lemah tanpa Nik Aziz?

Posted: 14 Feb 2015 08:06 PM PST

people
Orang ramai yang mengambil bahagian dalam solat jenazah untuk Allahyarham Nik Aziz sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

KUALA LUMPUR, 15 Februari:

Pemergian mantan menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap sebagai tokoh berpengaruh yang telah mewarnai politik tanah air, lebih-lebih lagi dalam PAS.
Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan Malaysia berkata kesederhanaan Nik Aziz adalah kekuatannya yang sukar untuk dibandingkan dengan tokoh politik lain.
"Al-fatihah. Belum terlewat untuk Awang menerusi ruangan ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham yang meninggal dunia, Khamis lalu.
"Namun Allahyarham sebagai pemimpin ketika hayatnya tidak terlepas daripada kontroversi dan kritikan," kata Awang Selamat.
Katanya, beberapa persoalan timbul mengenai hala tuju parti itu dari segi pengaruh golongan ulama selepas ketiadaan Nik Aziz.
"Yang tentunya menjadi persoalan selepas ini bagaimana PAS pasca Nik Aziz, makin lemahkah pengaruh golongan ulama?
Read More / Baca Lagi >>

'Walau baru sehari, saya amat rindukan dia...' - Tuan Sabariah

Posted: 14 Feb 2015 07:58 PM PST

Baju kesukaan Tok Guru yang dipakai Tuan Sabariah semalam akan menjadi kenangan untuk selama-lamanya.  
Baju kesukaan Tok Guru yang dipakai Tuan Sabariah semalam akan menjadi kenangan untuk selama-lamanya.
PERMERGIAN insan tersayang yang berkongsi hidup selama 53 tahun sudah pasti memberi kesan hebat kepada diri seseorang, apatah lagi insan itu seorang suami penyayang yang lebih dikenali sebagai Tok Guru, juga menjadi pemimpin disayangi ramai, di dalam dan luar negara.

Ikuti luahan hati DATIN TUAN SABARIAH TUAN ISHAK, isteri bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam wawancara eksklusif bersama wartawan Sinar Harian, ROSMIZA KASIM dan SITI FATIHAH AWANG di kediaman beliau sehari selepas pemergian suami yang dicintai itu.

"Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah," itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang baru sehari meninggalkan saya buat selama-lamanya.

Kata-kata abang itu yang diluahkan tiga hari sebelum meninggal dunia, ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) itu saya sambut dengan senyuman, sambil memegang tangan insan yang selama ini berkongsi hidup suka dan duka dengan saya.

Sambil menggenggam tangan abang, saya kata "anak-anak kita kan ada, mereka boleh jaga saya sampai bila-bila. Abang janganlah risau," walaupun dalam hati saya ketika itu sebak tidak terkata.

(Perasaan yang ditanggung itu diluahkan Tuan Sabariah sambil menyapu air mata dengan tisu yang dihulurkan saudara-mara yang datang menziarahi keluarganya di kediamannya).

Kini, anak-anaklah yang akan menjadi peneman saya, menghilangkan kesunyian hidup saya. Walaupun baru sehari, saya mengakui saya sangat merindui beliau.

Tiada istilah mahukan 'privacy' dalam kamus hidupnya. Walaupun wartawan sentiasa menerjahnya tidak kira di mana, termasuk di kediamannya di Pulau Melaka. beliau akan melayan mereka.

Beliau juga tidak pernah amalkan ungkapan 'off the record' (tidak boleh siar) walaupun perkara yang dijawabnya agak kontroversi.

Apa yang diucapkan nampak datangnya dari hati, tanpa nampak sebarang percubaan untuk menyembunyikan sesuatu. Kadang-kadang kenyataan beliau menjadi bahan untuk dikritik,  namun  beliau tidak pernah memulaukan wartawan atau media terbabit, tetapi hanya membiarkan ia berlalu.

Umum mengetahui beliau seorang pemimpin sederhana.
Pada suatu hari semasa  masih menjadi menteri besar, wartawan menunggu di depan rumahnya di Pulau Melaka, beliau  tiba dengan membawa dua bungkus nasi.

"Minta maaf la, ambo (saya) rasa nak makan nasi bungkus, tadi ke pasar di Bachok. Cukuplah untuk dua orang (bersama isteri), " katanya sambil menguntumkan senyum kepada wartawan.
Read More / Baca Lagi >>

Di Negara Kartunia

Posted: 14 Feb 2015 07:54 PM PST


 Di negara Kartunia 
polis bekerja atas talian mengawal 
mengikut prioriti berdasarkan arahan 
politikus bangsatwan yang ditanggung rakyat 
manakala ketuanya asyik berkicauan 
semua urusan melalui Twitter 
ketelusan bertaraf antarabangsa 
sebagai SOP dan KPI transformasi negara maju abad ke 21! 
Semuanya aman di Kartunia 
sifar jenayah dan sifar rasuah 
tiada yang mati dalam lokap 
tiada yang ditembak tanpa sebab 
tiada mafia bermaharajalela 
kerana ada pelbagai superhero
superman, batman, spiderman, cicakman, 
kangkungman, biawakman, baruaman katakman, 
raja bomoh, maharaja lawak 
memberi perlindungan dan bantuan demi keselamatan negara.
 atas nama akta bukan hasutan. 
Kalau pergi ke Kartunia 
tidak perlu paspot atau visa 
hanya wajib menukar minda 
sebagai karektor kartun tanpa otak sama-sama 
menjadi warganegara yang tiada humor 
dan tiada satira hanya robot-robot yang 
diprogram mengikut imaginasi kepimpinan 
di bawah demokrasi bawah tempurung 
dan terima sahaja arahan memanda ketua Twitter kartunia! 

 Oleh: Fudzail

Pengundi Kuala Krai tetap bersama Dr Hatta

Posted: 14 Feb 2015 07:47 PM PST

Abdul Latiff Abdul Rahman


Awalnya saya kurang berminat untuk terlibat dalam isu yang melibatkan Dr Hatta Ramli. Bagi saya, ia adalah lebih kepada salah faham.
Tetapi di saat kita masih bersedih dengan kehilangan Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat kesayangan kita, kita dikejutkan dengan insiden pembakaran kereta Hatta yang berlaku sehari selepas pemergian Tok Guru. Saya berasakan perlu mencatatkan sesuatu.
Hatta adalah seorang pejuang yang tahan uji yang berkorban untuk parti sehingga akhirnya beliau dianugerahkan kepada kami di Kuala Krai sebagai Ahli Parlimen selama dua penggal berturut-turut 2008 & 2013.

Pengundi Kuala Krai memberi undi kepada beliau kerana beliau mewakili PAS walaupun warga Kuala Krai tidak mengenali beliau. Semenjak beliau di Kuala Krai, tidak pernah pun beliau menyatakan dalam majlis terbuka atau majlis tertutup untuk berkempen supaya PAS Kuala Krai dapat mendokong perjuangan beliau untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden.
Jika dikira perwakilan, Kuala Krai antara yang paling ramai berbanding kawasan-kawasan lain dari Kelantan, sepatutnya Kuala Krai dulu beliau pengaruhi.
Saya juga tidak tahu apa cerita sebenar berkaitan "group Whatsapp Hawaii Five O" yang disebut-sebut sehingga berlaku tindakan yang kurang enak di Pejabat Agung PAS minggu lepas dari sebahagian anggota jemaah Islam terbesar di Malaysia ini.
Saya tidak menganggap diri saya sebagai ulama tetapi yang pasti saya adalah pencinta ulama yang juga berlatarbelakangkan agama sejak dari kecil. Terasa cukup malu dengan insiden tersebut yang dipimpin golongan yang mungkin sama latarbelakang mereka dengan saya.
Acap kali sewaktu berucap khususnya dalam program tarbiah saya menekankan, tarbiah bukan hanya menghabiskan teks usrah, tamrin, mukhayyam dan lain-lain lagi, tetapi yang lebih penting pelaksanaan kepada manhaj tarbawi tersebut dalam diri kita sebagai abna'ul harakah khususnya yang melibatkan akhlak apatah lagi sesama kita.
Janganlah kita menjadi pemusnah kepada parti kita dengan sebab akhlak yang kita tunjukkan.
Memetik pujangga Arab yang bermaksud:
"Sesuatu ummah itu akan kekal selama mereka berakhlak, apabila tiada lagi akhlak di saat itu mereka akan hancur".
Parti kita ada Jawatankuasa Disiplin yang boleh diajukan sebarang aduan salah laku ahli termasuk juga pimpinan untuk disiasat dan diambil tindakan apabila terbukti bersalah. Adakah ada mana-mana ahli atau PAS Kawasan yang mengemukan aduan mereka kepada Jawatankuasa Disiplin Parti? Gunalah saluran sedia ada dengan bukti-bukti yang cukup untuk sama-sama kita bersihkan jemaah kita daripada unsur yang boleh merosakkan.
Di saat kami di Kuala Krai berkalut memulihkan keadaan mangsa yang terlibat banjir supaya dapat dipulihkan sesegera mungkin.
Alangkah manisnya jika sahabat semua turut serta bertungkus lumus membantu mengurangkan bebanan yang kami terima ini.
Read More / Baca Lagi >>

'Najib tawar Anwar jadi TPM lepas PRU13'

Posted: 14 Feb 2015 07:18 PM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditawarkan kerusi timbalan perdana menteri dalam kerajaan BN selepas pembangkang meraih sokongan 52 peratus undi popular dalam pilihan raya umum 2013, dakwa anaknya

Nurul Izzah mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan kedudukan itu dengan syarat ketua umum PKR itu tidak mempedulikan parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, kata Izzah, Anwar menolak tawaran itu bulat-bulat kerana Pakatan dibentuk atas dasar prinsip dan "tidak boleh dibeli atau dijual".

Anwar pernah menjadi TPM semasa berada dalam BN, sebelum dipecat daripada jawatan itu oleh Tun Mahathir Mohamad, sebelum menghadapi pertuduhan rasuah dan liwat buat kali pertama.

Nurul Izzah, yang juga naib presiden PKR dan anggota parlimen Lembah Pantai membuat dakwaan itu dalam ceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam ceramah itu.

Tiada harapan lagi untuk keadilan, kata Wan Azizah

Posted: 14 Feb 2015 07:17 PM PST

Suasana jadi sepi dan muram ketika Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak menyangka akan sekali lagi melalui pengalaman pahit suaminya dipenjarakan.

Mata presiden PKR itu bergenang air mata ketika berucap di hadapan 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.

Azizah juga berkata berat badannya merosot selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan lima tahun atas kesalahan meliwat pada Selasa lepas.

"Tetapi saya di sini, diuji lagi. Tidak mengapa saya akan hadapi, walaupun tidak bermakna saya boleh menerimanya," kata Azizah dalam ceramah.

Kerajaan Pulau Pinang menganjurkan ceramah itu bagi menghormati Anwar sebagai anggota parlimen Permatang Pauh.

Azizah juga berkata, beliau bertambah sedih apabila terdapat pihak yang tidak sedar bahawa Anwar bukan seorang penjenayah, tetapi banduan politik yang dipenjarakan ekoran perjuangan beliau.

Katanya, hakim Mahkamah Persekutuan sepatutnya amat dihormati, tetapi dengan kes Anwar itu kelihatan kini tiada harapan untuk mendapatkan keadilan daripada pihak kehakiman.

Poster Kalam-Kalam Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Posted: 14 Feb 2015 06:45 PM PST



















PKR masih kaji permohonan pengampunan Diraja buat Anwar - Wan Azizah

Posted: 14 Feb 2015 06:32 PM PST

PKR masih kaji permohonan pengampunan Diraja buat Anwar - Wan Azizah
PERMATANG PAUH: Barisan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mengkaji pilihan mengemukakan permohonan pengampunan Diraja bagi membebaskan Ketua Pembangkang itu daripada hukuman penjara lima tahun.

Sambil menegaskan suaminya tidak bersalah, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah memohon pengampunan itu boleh menimbulkan tanggapan serong seperti Anwar sememangnya bersalah di atas dakwaan tersebut.

Justeru, beliau berkata barisan peguam Anwar sedang meneliti perkara tersebut termasuk implikasinya sebelum membuat sebarang keputusan.

"Itu adalah salah satu daripada pilihannya... tetapi kita hendak kaji lagi sebab pengampunan ini walaupun ada satu klausa mengatakan, kerana dia tidak bersalah tetapi konotasinya memberi satu gambaran bahawa dia mengaku bersalah.

"Ini adalah sesuatu yang kita bincang dan barisan peguam kita akan mengambilnya dengan mendalam," kata Wan Azizah.

Dalam pada itu, Wan Azizah menafikan desas-desus bahawa anak keduanya, Nurul Nuha Anwar, bakal tampil sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh yang bakal berlangsung berikutan hukuman penjara ke atas Anwar.

Beliau sebaliknya mendakwa Nurul Nuha hanya berkempen untuk pembebasan bapanya dan menafikan ia adalah langkah pertama Nurul Nuha untuk menceburi politik dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Wan Azizah menegaskan suaminya masih lagi ahli parlimen Permatang Pauh dan PKR masih belum berbincang mengenai persedian mengenai pilihanraya kecil Permatang Pauh sehingga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan kerusi itu kosong.
Read More / Baca Lagi >>

17 tahun berlalu, mana perginya kemarahan?

Posted: 14 Feb 2015 06:31 PM PST

Dr Wong Chin Huat

Dari 1998 ke 2015, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tetap dianiayai.

Yang berbeza, 17 tahun dahulu, dia sah seorang pemimpin Melayu dan 17 tahun kemudian, dia sah seorang pemimpin Malaysia tetapi ada yang mempertikaikan keMelayuannya.

Saya tertanya-tanya mengapa kemarahan orang awam terhadap penganiayaan Anwar sekarang jelas kurang berbanding dengan penganiayaan beliau 17 tahun yang lepas.

Teori pertama ialah kerana ini kali kedua Anwar dituduh, maka ramai yang percaya Anwar memanglah "pesalah ulangan".

Tetapi ini tidak menyakinkan kerana sekali pemimpin Umno mengulangi keruhan Tun Dr Mahathir Mohamad yang Anwar tamakkan kuasa – secara tidak langsung mengakui Anwar tidak akan dituduh sebagai peliwat kalau beliau tidak cuba mencabar Dr Mahathir.

Teori kedua ialah orang awam mengalami "kelesuan politik" (political fatigue). Mereka rasa begitu kecewa dengan politik daripada kezaliman pemerintah sampai kepada perbalahan antara pembangkang.

Mereka begitu jemu sampai tidak lagi bertenaga untuk marah lagi. Teori kedua ini ada asas tertentu tetapi saya lebih tertarik kepada teori ketiga: transformasi Anwar daripada seorang pemimpin Melayu Muslim kepada seorang pemimpin Malaysia.

 17 tahun lepas, apabila Anwar tiba-tiba jatuh daripada kemuliaan pemimpin negara kedua tinggi kepada "penjenayah" yang dijatuhkan hukuman media, sebelum diseksa ketua polis dan dihina dalam pembicaraan yang berat-sebelah, "tauliah" beliau sebagai seorang pemimpin Melayu tidak dapat dipersoalkan.

Sungguhpun Dr Mahathir cuba sedaya-upaya menuduh Anwar sebagai peliwat dan agen Barat dan boneka Yahudi, untuk memusnahkan nama baik dan maruah Anwar, lebih ramai orang awam – lebih tepat lagi orang Melayu – yang percaya Dr Mahathirlah yang merupakan firaun yang zalim.

Untuk kali pertama sejak kelahiran Umno pada tahun 1946, kali pertama ramai orang Melayu menolak parti nasionalisme Melayu itu.

Mereka sedia maklum itu "perang saudara" orang Melayu, antara mereka yang percayakan pemerintah dan mereka yang junjungi keadilan.

Mereka tidak takutkan propaganda Dr Mahathir dan Umno orang Cina/bukan Melayu akan mengambil kesempatan apabila Melayu berpecah. Anwar, 1998: Pemimpin Melayu? Ya. Pemimpin Malaysia?

Belum lagi Mereka percaya kesudahan yang munasabah ialah menggantikan pemimpin Melayu yang zalim (Dr Mahathir) dengan pemimpin Melayu yang adil (Anwar) dan kesudahan ini boleh dicapai dengan cepat.

Demi kesudahan ini, mereka ingin menggantikan sekaligus sekutu bukan Melayu Mahathir/Umno dengan sekutu bukan Melayu Anwar.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB nafi Ananda Krishnan langsaikan hutang RM2 bilion

Posted: 14 Feb 2015 06:22 PM PST

Hartawan T. Ananda Krishnan tidak pernah membantu syarikat pelaburan strategi negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melangsaikan hutang tertunggaknya sebanyak RM2 bilion, kata presiden dan pengarah eksekutif kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
Katanya menurut laporan Mingguan Malaysia hari ini, dakwaan itu hanya spekulasi yang sengaja disebarkan pihak luar, dan mahu ia dihentikan serta-merta memandangkan hutang itu sudah dibayar pada Jumaat lalu.
"Sejujurnya, Ananda sendiri pun tidak pernah bercakap apa-apa tentang perkara ini. Ini spekulasi yang dimulakan pihak ketiga.

"Fikirlah, RM2 bilion satu jumlah yang besar, dan ini sepatutnya melibatkan (RHB) dan Maybank, tetapi mengapa mereka tidak membuat apa-apa pengumuman rasmi berkenaan perkara ini?" soalnya. Arul turut menafikan laporan New York Times yang mengaitkannya dengan pembeli hartanah kontroversi, Jho Low dan penglibatannya dalam 1MDB.

Rakyat sentiasa kenang peribadi merendah diri Nik Aziz

Posted: 14 Feb 2015 06:14 PM PST


Tuan Guru Nik Abdul Aziz motivasi terbaik perjuangan

Posted: 14 Feb 2015 04:30 PM PST

SANJUNGAN dan penghormatan yang diberikan kepada beliau adalah bukti pendekatan hikmahnya ketika diberi amanah.
Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat benar-benar telah membuktikan amanah yang diberikan dimanfaat sebaiknya untuk Islam.
Amanah bukanlah kesempatan baginya untuk mengumpul kesenangan dan kemewahan. Pesanan keramat beliau yang senantiasa mengajak rakyat memikirkan kehidupan akhirat dengan merenung untung nasib dan tanggungjawab terhadap amal perbuatan pada hari pembalasan di hadapan Allah sangat meninggalkan kesan. Mencari dunia sangat melelahkan kerana padanya banyak kehinaan, kecacatan dan kekurangan.
Beliau juga telah membuktikan seorang yang diberi faqih dalam agama, kerja memahamkan agama tidak hanya di dalam medan kuliah bahkan dengan amanah sebagai pentadbir sebuah negeri.
Semua ini ditunjukkan dengan akhlak peribadi dan tindakan rasmi sewaktu beliau bergelar pemimpin negeri dan parti.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa berani ambil tindakan terhadap bomoh khurafat @ bomoh VVIP 1Malaysia..??

Posted: 14 Feb 2015 04:18 PM PST

Ibrahim memulakan 'ritual membunuh hantu raya' di hadapan Penjara Sungai Buloh dengan mengangkat dua biji kelapa. 
 Ibrahim memulakan 'ritual membunuh hantu raya' di hadapan Penjara Sungai Buloh dengan mengangkat dua biji kelapa.

SHAH ALAM – Perbuatan 'Raja Bomoh Malaysia', Ibrahim Mat Zin menggunakan kayu golf kononnya untuk menghalau hantu raya yang dihantar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim diselar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Menurut Harussani, perbuatan Ibrahim itu sama sekali tiada kaitan dengan perubatan Islam.

"Itu hanya perbuatan bomoh, perbuatan khurafat, tetapi dia (Ibrahim) gunakan ayat al-Quran untuk kelirukan orang ramai," kata Harussani kepada Sinar Harian, semalam.

Harussani turut meminta Majlis Agama Negeri Selangor melihat peruntukan undang-undang yang boleh digunakan bagi mengambil tindakan terhadap perbuatan khurafat Ibrahim itu.

Ibrahim dalam satu video yang mula tersebar di internet kelmarin, dilihat kembali melakukan ritual luar biasanya, kali ini menggunakan kayu golf untuk menghalau hantu raya di Penjara Sungai Buloh.

Dia mendakwa menerima alamat terdapat empat hantu raya dihantar untuk membunuh Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di situ, namun tidak menyebut identiti pihak atau individu yang menghantar makhluk halus itu.

Read More / Baca Lagi >>

Bintang Syurga : Tribute to Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (1931-2015)

Posted: 14 Feb 2015 04:12 PM PST


Hudud amanat terakhir ayah, kata Nik Abduh

Posted: 14 Feb 2015 04:09 PM PST

KOTA BHARU - "Ayah nak walaupun dia tutup mata, hudud kena buat juga di Kelantan," kata Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
...itulah amanat terakhir yang disampaikan oleh Allahyarham kepadanya sebelum beliau meninggal dunia Khamis lalu.
Menurutnya, pesanan tersebut sering kali disebut sehinggalah bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak mampu lagi bercakap seperti biasa sejak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), 19 Januari lalu.
"Semasa di rumah, (pelaksanaan hudud) itulah pesanannya setiap masa, sehinggalah masuk hospital, tapi di hospital arwah tidak cakap banyak kerana selalu keletihan. Dia sebut perkara-perkara mudah sahaja," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tok Guru: Masa hidup media sekat, setelah pergi baru puji

Posted: 14 Feb 2015 04:07 PM PST

DATUK MAHFUZ OMAR


SEJAK bermulanya berita Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pulang ke rahmatullah tersebar, seluruh Malaysia bahkan ummat Islam sedunia turut merasai akan kesedihan atas pemergian tokoh terulung ulama yang disayangi lagi dihormati oleh segenap lapangan masyarakat.
Media arus perdana seperti televisyen, radio dan akhbar turut memberi liputan khas berkenaan Almarhum Tuan Guru.
Begitulah penghormatan dan kemuliaan yang dianugerahkan kepada Almarhum Tuan Guru semasa hayat sehinggalah ke majlis pengebumian. Kesemua pihak menyebut keindahan akhlak, kebaikan, dan jasa yang telah ditabur oleh Almarhum.
Namun, yang agak menghairankan kita ialah kerana suatu ketika dahulu pihak media yang samalah sering menyekat, memutar-belit dan memburukkan Almarhum khususnya ketika bergelar Menteri Besar Negeri Kelantan yang dipilih secara sah melalui jalan demokrasi.
Dahulunya, amat jarang sekali untuk kita melihat Almarhum Tuan Guru diberikan peluang untuk muncul menyampaikan ucapan dan tazkirah di kaca televisyen, corong radio mahupun dada akhbar.
Ironinya, ia terus berubah apabila Almarhum Tuan Guru meninggal dunia. Media pun memuji dan menyatakan betapa negara kehilangan Murabbi Ummah yang begitu berjasa kepada kita semua.
Jelas, ini membuktikan segala berita selama ini yang sering memburukkan Almarhum Tuan Guru adalah palsu semata-mata.
Read More / Baca Lagi >>

Perspektif rakyat tentang kes Fitnah Liwat II

Posted: 14 Feb 2015 04:02 PM PST

Oleh Irwan Sumadi
Pertamanya, artikel ini bukan untuk menyokong atau membantah hukuman yang diputuskan Mahkamah Persekutuan mengenai kes Datuk Seri Anwar Ibrahim v PP [2015].
Artikel ini juga bukan untuk memberi perspektif sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atau pun tidak. Artikel ini hanyalah untuk berbicara tentang perspektif dan respon rakyat biasa terhadap keputusan kes ini.

Untuk itu, mari kita ketepikan sebarang unsur politik dan buang jauh-jauh buat seketika. Umum mengetahui Anwar berpengaruh amat besar. Beliau punyai ramai pengikut yang setia. Jangan tanya kenapa, semua tahu beliau ketua pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Ya, beliaulah penggerak utama kepada reformasi Malaysia. Jadi apa sahaja yang diputuskan, bersalah atau tidak pasti akan memberi kesan gelombang yang besar kepada negara. Baik atau tidak, itu pilihan kita.
Namun, apa saya yang dapat lihat dan simpulkan, oleh kerana keputusan Mahkamah Persekutuan membawa pelbagai andaian dan konklusi oleh masyarakat kita.
Situasi 1: Mengapa Saiful Bukhari Azlan tidak melarikan diri dan mengapa tidak melawan? Anwar hanyalah lelaki tua yang tidak mempunyai tenaga seperti lelaki muda.
Sebab: Persoalan ini timbul disebabkan:
1. Ketidakfahaman masyarakat tentang pemahaman asas tentang hukuman yang diputuskan.
2. Sikap yang hanya mengikut trend atau isu semasa tanpa mengetahui apa sebenarnya terjadi.
Pertamanya, Anwar disabitkan bersalah melakukan perhubungan seks luar tabii secara sukarela dan dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Namun, majoriti rakyat Malaysia berpendapat dan mempunyai tanggapan Anwar disabitkan bersalah kerana melakukan perhubungan seks luar tabii dengan Saiful secara paksa iaitu meliwat mangsa.
Jikalau secara paksa iaitu meliwat, Anwar akan dihukum di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan di  mana jika disabit bersalah akan dihukum dengan hukuman yang lebih berat iaitu tidak kurang daripada 5 tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Konklusinya, kita tidak perlu mempertikaikan sama ada Saiful diliwat atau tidak, tetapi apa yang perlu kita persoalkan sama ada seks luar tabii itu berlaku secara sukarela atau pun tidak.
Untuk itu, mahkamah membuat keputusan yang Anwar dan Saiful melakukan perhubungan seks luar tabii secara sukarela.
Read More / Baca Lagi >>

Pergi, tinggalkan seribu pedoman

Posted: 14 Feb 2015 04:00 PM PST


Oleh Farush Khan Akbar Khan
JIKA nak ke KL, kena cari pemandu yang tahu jalan ke KL. Jika pemandu hanya tahu jalan setakat Gua Musang, kita tidak akan sampai KL. Demikian juga dengan pemimpin.

Kita kena cari pemimpin yang tahu jalan ke akhirat. Jika tahu hanya memimpin setakat dunia, bagaimana kita mahu teruskan jalan ke akhirat?

Itu sedutan satu daripada banyak peringatan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang disebarkan secara meluas sejak beliau menghembuskan nafas terakhir kelmarin.

Saya tidak bercadang paparkan banyak lagi kata-kata nasihat daripada Mursyidul Am Pas itu, yang, antara lain, juga Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun. Apa lagi biodata yang sudah banyak dipaparkan.

Cuma saya ingin berkongsi serba sedikit. Saya sendiri pernah menemuinya beberapa kali dan menulis hampir dua tahun lalu bahawa seperti lagu dan irama, Nik Abdul Aziz, Pas dan Kelantan tidak dapat dipisahkan.

Beliau timbul dan tenggelam bersama parti yang memperjuangkan Islam itu sejak 47 tahun lalu.

Maka, memang patut sangatlah ramai mengalirkan air mata mendapat berita sedih itu, membanjiri masjid untuk solat jenazah dan iringinya hingga ke pusara semalam.

"Islam bukan kepunyaan saya (sahaja). ALLAH beri pengetahuan bukan (hanya) kepada saya seorang," katanya selepas melepaskan jawatan menteri besar pada 6 Mei, 2013.

Walau apa pun, yang ketara ialah Nik Abdul Aziz meletakkan piawaian yang sangat tinggi untuk diteladani ramai pemimpin dalam dunia politik dan pentadbiran tanah air.


Kini, lebih-lebih lagi setelah beliau tiada, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin-pemimpin yang masih ada, untuk tidak merendahkan piawaian yang diletakkan itu.

Tidak memadai dengan hanya sekadar menghargai dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

Nik Abdul Aziz, seorang ulama berkelulusan Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir sebelum menceburi politik Pas 48 tahun lalu, sering kali dikaitkan dengan ciri-ciri seorang zuhud dalam perjalanan hidupnya.
Read More / Baca Lagi >>

"Kita bersahabat sampai ke akhirat"

Posted: 14 Feb 2015 03:59 PM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar
Selama mengenali Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat 48 tahun lampau banyak juga peristiwa dan kenangan bersamanya yang sempat dikutip dan disimpan dalam peti kenangan sebagai bukti sejarah antara saya dengannya.
Dalam tempoh itu saya bernasib bagi diberi kesempatan bukan sahaja mengenali beliau sebagai seorang da'i dan murabbi, tetapi sebagai ahli politik dan juga pemimpin selaku MB Kelantan selama 22 tahun. Saya juga bernasib baik kerana boleh berkawan dan menjadi anak nakal kepadanya.


Peluang yang diberikan Allah ini saya sifatkan satu tuah dan tiada nilai buat saya, insya-Allah saya akan gunakan sebaik mungkin untuk diuruskannya menjadi sebuah biografi kenangan saya dengan Tokguru.

Saya mula mengenali Tokguru pada tahun 1967 menerusi gambar posternya sebagai calon Pas pada pilhan raya kecil Kelantan Hilir (Pengkalan Chepa). Ayah saya (Omar Othman, Allahyarham) yang membawa balik poster Almarhum itu apabila beliau turun ke Pengkalan Chepa bersama beberapa rakannya, berkempen untuk Tokguru Nik Aziz yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya mewakili Pas.  Pilihan raya kecil itu diadakan berikut kematian wakil Pas.

Bagaimana pun pengenalan menerusi fizikal atau jabat salam pertama dengan Allahyarham berlaku selepas10 tahun kemudian, sekitar tahun 1978 apabila saya sudah remaja. Dan perkenalan yang membawa makna dan tuah besar ini yang membawa kepada perkenalan hingga ke akhir hayat terjadi ialah pada tahun 1991.

Buku penghubung saya dengan Tokguru.
Saya tidak sangka perkenalaan yang merintis kepada hubungan spritual lebih jauh dari itu dengan Allahyarham berlaku menerusi karya saya; buku politik yang mengulas mengenai perlantikannya sebagai MB Kelantan disamping memperkenalkan (introduction) siapa Nik Aziz, berjudul; "Kelantan Selepas Pantang - Sempena 100 Hari Ustaz Nik Aziz Jadi Menteri Besar Kelantan". Buku ini diterbitkan pada Disember 1991.

Buku inilah yang mengenalkan Tokguru dan melekatkan nama Mohd Sayuti sebagai penulis kerdil di dinding mindanya. Ia bermula daripada pembacaan Tokguru mengenai kisah seorang bernama Pak Da Che Lah (nama sebenarnya Abdullah bin Kotok) yang saya nukilkan dalam buku berkenaan. Pak Da Che Lah merupakan orang kuat Pas dikampung saya dimana pegangan politiknya sangat konsevertif dan fanatik kepada Pas.

Pak Da Che Lah ini tidak dapat menerima kekalahan Pas sehingga jatuhnya kerajaan Pas berusia 18 tahun dalam pilihan raya penuh kontroversi dan tipu muslihat, 1978. Malam itu beliau seakan hilang akal dan mengamuk kerana tidak dapat menerima keputusan yang kerajaan Kelantan sudah jatuh ke tangan Umno-BN.

Semasa Tengku Razaleigh Hamzah membuat pengumuman menerusi siaran langsung di radio, tol di jambatan Sultan Yahya Petra dimansuhkan sebagai janji Umno, Pak Da menyambar sebilah parang dan terus terjun dari jemboran mengibas-ngibas perang dalam gelap malam seraya melaung; aku akan tetap berjuang dalam Pas walaupun seorang diri.

Allah hendak menyambungkan silaturahim lebih rapat dan erat antara saya dengan Tokguru. Apabila Tokguru membaca nukilan itu menyebabkan beliau teringin berjumpa dengan Pak Da Che Lah sekaligus mengenali lebih rapat dengan saya sebagai penulis buku itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pemergian Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat

Posted: 14 Feb 2015 03:59 PM PST

Oleh Lokman Mustafa
Al-Fatihah
Ketika bertemu Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri sekitar bulan Mei tahun lalu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berbicara soal kematian. Katanya, selepas membaca beberapa ayat daripada Al-Quran:
"Kita perlu percaya kepada alam selepas kematian. Saya dilahirkan pada 1931, sebelum itu tiada Nik Aziz. Nik Aziz bukan dicipta ibu bapa atau mana-mana syarikat. Allah mencipta kita daripada tidak wujud kepada wujud. Kita perlu percaya kepada Allah. Islam bermaksud berserah kepada ketentuan Allah."
"Saya mungkin mati malam ini, esok atau bila-bila sahaja. Tetapi ada hidup selepas mati. Seperti mana saya wujud, selepas tidak wujud; akan ada hidup selepas mati. Saya tidak wujud sebelum ini, kemudian  diwujudkan; saya akan mati, tetapi akan diwujudkan semula di alam selepas kematian." Ilmuwan Islam itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.45 malam, 12 Januari berikutan masalah prostat yang dialaminya sekian lama. Allahyarham berusia 84.
Lautan manusia dilaporkan mengunjungi jenazahnya hari ini dari jauh dan dekat bagi merakamkan penghormatan terakhir buat Allahyarham. Tentu ramai yang bakal memberikan kata-kata semangat buat ahli keluarganya.
Malah, mungkin ada yang akan berkata, "Jangan bersedih", meminjam judul buku terkenal karangan Aaidh ibn Abdullah al-Qarni.
Di arena politik tanah air, Allahyarham Nik Aziz akan dikenang sebagai tunjang kekuatan PAS terutamanya dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini.
Sejak menerajui parti Islam itu melakar kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-8 pada 1990, ketokohan mursyidul am PAS itu memang sukar ditandingi.
Allahyarham mengharungi pelbagai macam cabaran di dalam mengekalkan pentadbiran PAS di negeri Kelantan. Kini Allahyarham meninggalkan segalanya di dunia ini bagi kembali kepada Pencipta.
Jasa Almarhum Nik Abdul Aziz di dalam menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia akan dikenang sentiasa.
Berehatlah Tok Guru.

TGNA di hati semua

Posted: 14 Feb 2015 03:52 PM PST

Oleh Shamiel Fikri
Kisah cinta Stephen Hawkings dan Jane Wild dirakamkan indah sekali dalam "The Theory of Everything".Kyai Dahlan, dan Soekarno masing-masing diagungkan dalam "Sang Pencerah" dan "Soekarno".
Nelson Mandela, Martin Luther King, ada filem tentang mereka, pecah panggung semuanya.

Pemergian Tuan Guru Nik Aziz tiada filemnya. Kisahnya tidaklah seindah mana, rumahnya biasa, orangnya sederhana, namanya pernah diperbodohkan media. Namun, inilah kisah pejuang sebenar. Seorang pemimpin yang disanjungi semua.
Pemergian TGNA adalah kehilangan yang besar. Saat hidupnya ada yang berbalah, bertikam lidah, saling berpecah sesama sendiri. Tapi saat perginya, semua menangis hiba. Semua duduk bersama, tidak peduli sudut dan pihak mana.
Dunia menyaksikan ramai tokoh agamawan yang hebat, telah membawa perubahan yang besar dalam arena politik global.
Mahatma Gandhi, seorang peguam Hindu terkenal yang berpegang pada falsafah Ahmisa (pasifisme), beliaulah juga pejuang kemerdekaan India. Sosok itu yang melancarkan perang saraf "Satyagarha" yang menentang kongkongan ekonomi British terhadap rakyat India.
Martin Luther King, seorang pejuang hak asasi dan keadilan sosial adalah seorang penganut Kristian yang baik. Beliau menyatakan dalam salah satu ucapan terkenalnya yang bertajuk "l've been to the mountaintop"; perjuangannya adalah untuk menjalankan kehendak Tuhan.
Seandainya pada era ini, ramai yang menentang pemimpin politik yang "bertuhan" dan kuat beragama, maka beberapa tokoh-tokoh ini masih mampu memberi harapan masyarakat bahawa pemimpin yang beragama itu masih boleh diharapkan. Salah seorangnya adalah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
Read More / Baca Lagi >>