Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Sindiran Mahathir berita gembira kepada rakyat

Posted: 13 Feb 2015 07:41 PM PST

 Sindiran Dr Mahathir berita gembira kepada rakyat
PETALING JAYA  - Sindiran Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa "akan meletakkan jawatan jika masih sebagai Perdana Menteri" merupakan satu berita gembira kepada rakyat yang mengimpikan perubahan.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin berkata, pendirian bekas Perdana Menteri itu memberikan harapan sama ada Najib akan diturunkan dari jawatannya melalui UMNO.
Katanya, Pakatan Rakyat (PR) harus mengambil peluang keemasan itu dengan segera melupakan persengketaan sesama sendiri, merapatkan barisan dan mengukuhkan lagi kesepakatan.
"Penolakan berterusan Mahathir ini seharusnya disambut dengan sewajarnya dan jangan sesekali disia-siakan," katanya menerusi entri terbaru blog shahbudindotcom.blogspot.com.
Tambahnya, teguran dan penarikan balik sokongan oleh Dr Mahathir kepada Najib sebagai Perdana Menteri secara tidak langsung turut memberikan kelebihan kepada gabungan ketiga-tiga parti itu kerana pengaruh bekas Perdana Menteri masih lagi kukuh jika bersuara.
"Lihat saja pada pilihan raya 2004 di mana Barisan Nasional (BN) ketika itu menang paling bergaya dengan 198 kerusi Parlimen.
"Tetapi apabila Dr Mahathir kemudiannya mula mengkritik kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, kemenangan BN pada pilihan raya 2008 merosot kepada 140 kerusi dan pertama kali hilang majoriti dua pertiga," jelasnya.
Shahbudin berkata, BN kini hanya berbekalkan 133 kerusi pada pilihan raya 2013 dan hanya meraih undi popular sebanyak 47 peratus serta ditambah ketiadaan sokongan Mahathir pasti meletakkan ia dalam keadaan tertekan. - FMT

Anwar di penjara, ke mana PR dan BN?

Posted: 13 Feb 2015 06:04 PM PST


  • Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIBAnwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 1 / 1 
BELUM pun sempat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim memanaskan ranjangnya di Penjara Sungai Buloh, isu siapa akan mengetuai Pakatan Rakyat sudah menjadi tajuk berita.

Dalam sidang akhbar selepas keputusan Mahkamah Persetujuan 10 Februari, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), (Datin Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail, dilaporkan berkata belum ada kepastian yang Mohamed Azmin Mohd Ali akan diangkat menjadi Ketua Pembangkang menggantikan Anwar kerana keputusan belum dibuat.

Katanya, mesyuarat PR akan diadakan dalam masa terdekat bagi memutuskan pemimpin yang layak memegang jawatan tersebut.

"Mana dengar berita itu? Kita tak putuskan apa-apa lagi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik PKR.

Tidak dinafikan yang isu pengganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang Parlimen sangat penting kalau PR berhasrat menggunakan pemenjaraan Anwar sebagai pemangkin baru kawat cepat mereka ke Putrajaya.


Pertama, PR memerlukan ketua yang berwibawa bagi meneruskan kelangsungan (survival) dalam suasana di mana parti-parti anggota masih berbalah mengenai isu-isu ideologi dan dasar.

Kedua, PR memerlukan ketua yang boleh meyakinkan pengundi dan rakyat jelata mengenai kelayakannya memimpin negara.

Perdana Menteri Bayangan

Di negara-negara demokrasi matang yang berasaskan model Westminster, jawatan Ketua Pembangkang sangat penting kerana penyandang akan dilihat sebagai Perdana Menteri bayangan (shadow Prime Minister) atau Perdana Menteri menanti.

Sejak Anwar keluar penjara pada tahun 2004 dan kembali menjadi Ahli Dewan Rakyat pada tahun 2008, beliau adalah pilihan natural sebagai Ketua Pembangkang Parlimen. Beliau dilantik Ketua Pembangkang pada Ogos 2008.

Sebelum itu jawatan Ketua Pembangkang disandang oleh (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang (Pas) 2002–2004,  Lim Kit Siang (DAP) 2004–2008 dan (Datin Seri) Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) Mac–Jul 2008.

Jadi pengganti Anwar tidak semestinya dari PKR. Dr Wan Azizah tidak layak kerana beliau bukan Ahli Parlimen dan Mohamed Azmin Ali mungkin "tidak sesuai" kerana masih "junior" dan mempunyai beban berat sebagai  Menteri Besar Selangor walaupun beliau juga Ahli Parlimen (Gombak).

Yang lebih layak adalah Lim Kit Siang kerana partinya mempunyai paling ramai anggota dalam Parlimen di kalangan komponen PR, iaitu 38. Tetapi kalau Abdul Hadi tidak dipertimbangkan, ahli Pas pula akan berasa disisihkan.

Sekiranya PR mahu menumpang pedati kepopularan Anwar dan menunjukkan setia kawan kepada beliau, ia akan memberi hak "first right of refusal" menolak pelantikan sebagai Ketua Pembangkang kepada PKR.

Kalau Mohamed Azmin dilantik Ketua Pembangkang ia akan memudakan lagi kepemimpinan PR dan ini akan memberi rangsangan tambahan kepada generasi muda menyokong PR.

Keputusan perlu dibuat segera kerana mesyuarat pertama Dewan Rakyat tahun ini akan bermula 9 Mac ini.

Sepanjang mengenai Anwar, penjara sudah menjadi darah dagingnya. Bagi beliau, tidak ada keadaan yang tidak menjanjikan kemungkinan. Beliau berpegang kukuh kepada frasa "politics is the art of the possible."

BN Tanpa Asakan Anwar

Barisan Nasional, khususnya Umno, akan terus merasa tempias pemenjaraan Anwar. Tetapi ada juga yang berpendapat ketiadaan Anwar di pentas terbuka akan memberi ruang kepada BN untuk menarik nafas panjang.

Manakala yang lain pula berasa ia akan mencetuskan cabaran baru kepada BN dalam bentuk undi simpati dan undi protes generasi muda pada pilihan raya umum akan datang.

Buat masa terdekat, apa pihak yang berpendapat ketiadaan Anwar mungkin menyebabkan penentang dan pengkritik Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak menjadi lebih vokal menuntut pengunduran beliau.

Apabila ditanya bekas Perdana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad pada 12 Februari berkata, kalau hari ini beliau Perdana Menteri, beliau akan mengundurkan diri kerana tidak popular lagi dengan rakyat jelata.

Umno bukan tidak sedar keadaannya sekarang. Saya amat yakin Umno tahu penyakit yang dihidapinya. Tahu bentuk dan puncanya (diagnosis). Tahu rawatan yang diperlukan dan tahu prognosisnya. Pemeriksaan pakar sudah banyak kali dilakukan cuma tidak ada tindakan susulan yang berkesan.

Maladinya ialah Umno semakin tua. Tindakannya adalah Umno memerlukan rawatan anti-penuaan yang radikal. Tanpa rawatan Umno akan mati sakit tua. Tetapi kalau menjalani rawatan "stem cell" yang radikal, proses penuaan boleh disekat dan sel-sel baru akan tumbuh bagi memudakannya semula.

Apabila ahli dan penyokong Umno berkata parti mereka dalam keadaan yang membimbangkan, ramai daripada mereka sekadar mengagak dan mengandaikan.

Tetapi di kalangan kepemimpinan tertinggi dan ibu pejabat Umno mereka tahu keadaan sebenar cuma mereka tidak tahu atau tidak berani memilih rawatan yang diperlukan.

Banyak kajian dan ujian kering (dry run) sudah dilakukan. Antara hasilnya ialah Umno berkemungkinan tidak dapat mempertahankan 88 kerusi yang dimenanginya dalam PRU 2013 apabila lebih ramai pemilih muda mendaftar untuk PRU akan datang.

Wujud kebimbangan yang bilangan kerusi Umno akan jatuh kepada 70 malah 60 sahaja kalau keadaan sekarang berterusan.

Sindrom PPP Dalam BN

BN ada 13 parti anggota tetapi lebih separuh dalam kategori PPP yang bukan saja tidak menampakkan kemajuan malah sekadar membanyakkan bilangan sahaja. PPP merujuk kepada People's Progressive Party.

Pada PRU 2013, Gerakan dan MCA masuk kategori itu – ditolak oleh orang Cina sendiri. Tsunami Cina, kata Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak. MIC pula sedang dalam krisis. Hatta kalau MIC kuat sekali pun ia hanya mampu menyumbang empat atau lima peratus undi sahaja kepada BN. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pun dalam keadaan yang sama.

Jadi, selain Umno dan beberapa buah parti etnik Sarawak, BN sebenarnya dalam keadaan terancam. Undi blok Cina yang dimonopoli oleh DAP/PR mustahil kembali kepada MCA atau Gerakan.

Orang Cina makin selesa dengan situasi sekarang di mana mereka terus menguasai ekonomi dan mendapat manfaat daripada sesetengah dasar serta transformasi ekonomi yang Mohd Najib pelopori. Manakala dalam arena politik pula mereka boleh bergantung kepada DAP/PR untuk mempertahankan hak mereka.

Kesimpulannya, pengukuhan BN harus bermula dengan Umno. BN tidak dapat diperkuatkan untuk menghadapi asakan PR dan ditransformasikan agar menjadi lebih kontemporari untuk menarik sokongan generasi muda kalau Umno tidak membebaskan dirinya daripada hierarki yang mengongkong, feudalisme dan dinasti.

Umno perlu melakukan pembedahan besar bagi memotong dan mengubati anggotanya yang lumpuh, kelemayuh (gangrenous) dan berkanser.

Atau Umno boleh terus percaya kepada jampi mantera para bomoh, tukang tilik, ahli sihir dan tukang karut politik yang akan menceritakan apa yang para pembesar Umno mahu dengar dan bukan apa yang mereka perlu tahu.

Wallahualam.

Allahuakbar! Bumi Kelantan Menangis Lagi

Posted: 13 Feb 2015 04:48 AM PST


Foto: FacebookFoto: FacebookPERGINYA seorang murabbi...  Berita pemergianmu disambut tangis hiba tanpa mengira agama dan bangsa.
Sebagai orang media, pernah beberapa kali kami bersua muka namun jauh lebih banyak saya 'mengenali' Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi paparan berita.
Tidak kurang juga melalui gambar-gambar yang dirakam lensa kamera memaparkan kehidupan biasa bekas Menteri Besar Kelantan itu.
Walau hanya beberapa kali diberi peluang bertentang mata, namun saat perkhabaran Allahyarham sudah kembali menemui sang pencipta, kenangan lalu kembali bermain di ruang mata.
Betapa saya kagum melihat keperibadiannya. Ketika itu, saya ditugaskan membuat liputan perjalanan Muktamar Tahunan Pas kali ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa, Kelantan, beberapa tahun lalu.
Ketika itu keadaannya kelihatan agak uzur, namun pemimpin yang dikenali dengan keluhuran budi itu masih sudi melayan kerenah media.
Soalan diajukan bertubi-tubi, ya.. semuanya bernada kontroversi. Namun wajah Mursyidul Am Pas itu saya lihat tenang...
Diangkat gelas air kosong di tangan kanannya. Dia meneguk air itu perlahan, tidak bingkas melatah meski diasak pemberita.
Saya bukan orang yang dekat dan kerap bertemu Allahyarham. Namun peluang kali pertama bertemu secara dekat itu membuatkan saya teruja.
Saya menilai personaliti Allahyarham buat simpanan memori sendiri. Wajahnya saya teliti.
Hari ini, memori itu kembali dikenang namun dengan hati yang cukup sayu.
Bulan lalu, tanggal 10 Januari genap umur Allahyarham 84 tahun. Ketika itu Allahyarham menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) ekoran penyakit kanser prostat tahap empat yang dihadapinya.
Sempena hari penting buat pemimpin ulung itu, paparan Facebook milik Allahyarham berkongsi petikan ceramahnya berkaitan umur.
"Umur ialah anugerah ALLAH SWT kepada kita. Ia merupakan bekas yang boleh diisi sama ada dengan pahala atau dosa. Orang yang beriman akan sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana takut kesannya pada hidup.
"Sebagaimana orang kita kalau ingin meracun lalang, dibancuh racun di dalam baldi. Baldi itu sebelum diguna semula untuk tujuan lain akan dibasuh sebersih-bersihnya kerana bimbang kesan buruk racun jika tidak dibersihkan.
"Maka sebagaimana kita basuh baldi yang berisi racun bimbang kesan buruknya, demikian bekas umur kita wajib dibasuh dengan amalan soleh jika pernah diisi dengan dosa," bunyi petikan kuliah tersebut.
Allahuakbar!!! Pergi mu sukar dicari ganti... dan bumi Kelantan menangis lagi.
Perginya seorang pemimpin yang pernah dianugerahkan gelaran menteri besar paling bersih di Malaysia selepas 18 tahun mentadbir Kelantan.
Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah oleh Gerakan Rakyat anti Korupsi (Gerak) pada 2008.
Pada 2009, Allahyarham antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".
Semoga ALLAH merahmati setiap perjalanan, perjuangan dan ilmu yang kamu sampaikan Tok Guru.
Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali. Innalillahiwainnailaihirajiun... al-Fatihah.
- Sinar Harian

BULETIN RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 9:44 PTG | Posted in

sumber :-

BULETIN RAKYAT


TGNA PENYATU UMAH

Posted: 13 Feb 2015 12:47 AM PST

LAUTAN MANUSIA DI RUMAH TUAN GURU.... 
PIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL JUGA HADIR...
Mereka Berbeza Pandangan Politik Tapi Mereka Menyanjungi Ulama'..
Al-Fatihah....

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:25 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


IDEALISME ANWAR IBRAHIM SEIRING DENGAN PERJUANGAN MARTIN LUTHER KING DAN NELSON MANDELA

Posted: 13 Feb 2015 09:22 PM PST


Ucapan Saudara Anwar Ibrahim selepas dijatuhkan hukuman lima tahun penjara atas kesalahan yang hanya diyakini oleh pihak-pihak terentu (dan semacam tidak diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia) mungkin merupakan ucapan yang akan terus menerus 'didendangkan' oleh rakyat Malaysia pada hari-hari dan berkemungkinan juga untuk dekad dan kurun yang akan datang selagi wujud bangsa Malaysia yang semacam tidak menerima keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim yang mengendalikan kes beliau itu.
Rakyat Malaysia terpaksa menerima keputusan hakim disebabkan perlembagaan Malaysia telah meletakan syarat yang kita mesti menerima keputusan hakim. Rakyat yang taat kepada perlembagaan Malaysia dan Yang Dipertuan Agung akur dengan syarat berkenaan tetapi hati kecil kebanyakan rakyat Malaysia amat meragui keputusan yang telah dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim. Ini merupakan persepsi kebanyakan rakyat Malaysia. Bukan tidak ada langsung rakyat yang begitu yakin dengan keputusan yang dibuat oleh hakim. Ada. Tetapi tidak ramai mengikut persepsi aku juga. Ataupun mungkin ramai sebagaimana yang dikatakan oleh media arus perdana.
Rakyat  kebanyakannya yakin dan percaya kepada kata-kata Anwar Ibrahim apabila beliau menyatakan dalam ucapan 'penggulungannya' di mahkamah."I maintain my innocence of this foul charge - this incident never happened. This is complete fabrication - coming from a political conspiracy to stop my political career.You have not given proper consideration to the case presented by my counsel from day one - that this incident never happened at all.
Rakyat percaya yang perkara itu tidak berlaku dan hanya rekaan semata-mata. Tetapi apabila hakim-hakim mengatakan bahawa perkara itu berlaku dan 'mangsa'nya adalah merupakan saksi yang amat boleh dipercayai dan diyakini (kebenaran katanya) maka rakyat terpaksa menerimanya, walaupun dengan hati yang amat berat.
Sebagaimana yang pernah aku katakan dalam tulisan-tulisan aku yang lepas bahawa idealisme yang diperjuangkan oleh Anwar akan terus menyala. Bukan sekali dan bukan sepuluh kali dan mungkin lebih dari seratus kali Anwar melafazkan hasratnya memperjuangkan rakyat Malaysia dari semua keturunan dengan tidak mengira bangsa, agama dan warna kulit. Tentulah masih terdengar sayup-sayup kedengaran Anwar melafazkan kata-kata bahawa dia akan memperjuangkan nasib 'anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Iban, anak kadazan, anak Bidayuh…….."
Dan semacam ada pula persamaan dengan idealisme perjuangan
Martin Luther King yang menyampaikan ucapannya berjodol " I have  a dream' pada 28 August 1963. Dengan penuh kesedaran dan insaf beliau menyatakan,
" I have the dream that one day this nation will rise up and live out the true meaning of its creed: " we hold these truths to be self evident: that all men are created equal" I have a dream that one day on the red hills of Georgia the sons of former slaves and the sons of of slaveowners will be able to sit down together at a table of brotherhood. I have a dream that one day even the state of Mississippi, a desert state, sweltering with the heat of injustice and oppression, will be transformed into an oasis of freedom and justice. I have a dream that my four children will one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character. I have a dream today"
Dan seperti Nelson Mandela, Anwar juga seolah-olah 'bersumpah' akan terus berjuang dan akan meneruskan perjuangan demi bangsa dan negara. Jikalau dilihat daripada intisari ucapan kedua-duanya, selepas dijatuhkan hukuman penjara, maka akan dapat dilihat persamaan yang cukup jelas.
Aku teringat kata-kata Mandela dari kandang orang bersalah pada 20 April 1964. "During my lifetime, I have dedicated myself to this struggle of the African people. I have fought against white dominations, and I have fought against black domination. I have chesrished the ideal of a democratic and free society in which all persons live together in harmony and with equal opportunities. It is an ideal which I hope to live for and to achieve. But it needs be, it is an ideal for which I am prepared to die" (dari " SPEECHES THAT CHANGED THE WORLD")
Dan tidak banyak bezanya semangat perjuangan Nelson Mandela dengan Saudara Anwar Ibrahim melalui ucapannya,
"Going to jail, I consider a sacrifice I make for the people of this country.I have fought most of my life on behalf of the people of this country - for the people I am willing to go to jail or face any other consequence.My struggle will continue, wherever I am sent and whatever is done to me.To my friends and fellow Malaysians let me thank you from the bottom of my heart for all the support you have given me. And Allah is my witness. I pledge and I will not be silenced, I will fight on for freedom and justice and

I will never surrender!
abuhassanadam

BN tak perlu letak calon tanding Dun Chempaka kata Tok Pa

Posted: 13 Feb 2015 09:11 PM PST

Mustapa 
KOTA BHARU - Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan melalui pandangan peribadinya, BN tidak perlu meletakkan calon bagi mengisi kekosongan kerusi Dun Chempaka selepas kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mustapa berkata, sebagai pimpinan negeri, beliau mahu lebih fokus terhadap bantuan pacsa banjir terhadap mangsa-mangsa yang kehilangan kediaman dan harta benda dalam banjir Disember lalu.

"Buat masa ini saya, belum membuat perbincangan dengan Umno Bahagian Pengkalan Chepa namun segala keputusan akan ditentukan selepas perjumpaan nanti.

"Lagipun masih terlalu awal dan tidak sesuai untuk kita bincangkan hal ini memandangkan Nik Aziz baru sahaja meninggal dunia kelmarin.

Read More / Baca Lagi >>

Tanda kematian dimuliakan ALLAH SWT

Posted: 13 Feb 2015 09:09 PM PST

Zaharuddin Abdul Rahman
SHAH ALAM - Terdapat pelbagai tanda kematian yang dimuliakan di sisi ALLAH.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, kehadiran ramai kenalan dan sahabat menunjukkan si mati mempunyai kemuliaan tinggi di sisi ALLAH.

"Orang yang datang menziarahi itu adalah rezeki daripada ALLAH SWT kerana mereka datang dengan membawa doa kepada si mati.

"Kenikmatan yang diberikan ALLAH itu hanya diberikan kepada mereka yang terpilih. Bagi meraih kemuliaan di sisi ALLAH, seseorang perlu mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa, sentiasa perlu mencari keredaan Ilahi dan sentiasa merendah diri sesama insan," katanya.

Beliau berkata, perkara (kemuliaan) itu boleh dilihat terhadap Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yang warak.

"Allahyarham juga turut memberi sedekah dengan duit gajinya dari dulu hingga kini.

"Kredibiliti diri yang tinggi serta disenangi rakyat antara kelebihan seseorang itu boleh dianggap mendapat kemuliaan di sisi ALLAH," katanya.

Pendakwah Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim berkata, antara tanda kemuliaan seseorang ialah kematian pada hari Jumaat selain dihadiri ramai kenalan dan sahabat.

"Dalam hadis riwayat Tirmidzi ada mengatakan orang yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat, ALLAH akan selamatkannya daripada azab kubur.

"Maknanya, nak kata fadilat orang meninggal dunia pada hari Jumaat adalah orang terpilih. ALLAH muliakan sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat, iaitu hari terbaik daripada hari lain. ALLAH nak tunjukkan dan berikan kelebihan pada orang-orang sebegini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tidak ramai yang terpilih dan diberikan kelebihan untuk meninggal dunia pada hari Jumaat.
Read More / Baca Lagi >>

TG Nik Aziz memang 'bekeng' tapi penyayang

Posted: 13 Feb 2015 09:06 PM PST

Nik Aziz  
KOTA BHARU - Nik Din Nik Mat berkata, pada tahun 1962, adiknya, Nik Aziz pernah dianggap sebagai 'kacang butir' (tidak tahu apa-apa) walaupun belajar sehingga ke India.

Mengimbau nostalgia yang tidak dapat dilupakan, Nik Din berkata, tanggapan itu berlegar selepas Nik Aziz pulang ke tanah air setelah memperoleh ijazah sarjana dalam jurusan Bahasa Arab pada usia 34 tahun.

Bagaimanapun, ilmu yang dimiliki oleh adiknya itu dengan izin ALLAH membuktikan ia bermanfaat kepada semua apabila Nik Din memberitahu pernah suatu ketika dalam ceramahnya, Nik Aziz pernah melontarkan pandangan yang bernas.

"Pandangan dan juga perumpamaan yang dilontarkan sangat berlainan menyebabkan masyarakat boleh menerima dan melekat dalam hati mereka yang mendengarnya.

"Sehingga tidak ada yang menolak kata-katanya. Masa dia mengajar ketika itulah semua melihat bakat yang ada pada Nik Aziz sebagai seorang petah berkata-kata," katanya.

Dalam masa sama, Nik Din memberitahu, pemergian Nik Aziz sangat dirasai oleh ahli keluarga dan sanak-saudara kerana beliau menjadi tempat mengadu.

Katanya, biarpun berlainan ibu, namun jiwa Nik Aziz sangat murni dan beliau tidak pernah berkira dengan adik-beradik dan saudara-maranya.
Read More / Baca Lagi >>

Selebriti dalam & luar negara rasai pemergian Almarhum Nik Aziz

Posted: 13 Feb 2015 09:04 PM PST

oki-kelantan1SHAH ALAM 14 FEB: Pemergian Mursyidul Am PAS, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut dirasai artis dan penggiat seni negara dan luar negara yang meluahkan rasa terharu dan sedih dengan berita pemergian itu.
Pelakon Indonesia yang terkenal dalam Filem Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiana Dewi turut melahirkan ucapan takziah di akaun twitternya.
"Innalillahi wa innaa ilaihi raaji'uun. Semoga Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz ditempatkan di tempat terbaik d isisi Allah SWT," tulisnya.
Oki pada 2012 pernah melawat Almarhum Tuan Guru Nik Aziz semasa menghadiri Program Hari Hiburan Islam anjuran kerajaan Kelantan.
Oki sempat mengikuti kelas pengajian Almarhum Tuan Guru Nik Aziz pada ketika itu dan mendeklamasikan sajak menceritakan tanggapan Oki terhadap Kelantan di bawah naungan Ulama semasa pemerintahan Mantan Menteri Besar Kelantan itu.
OKI SETIANA
Neelofa melalui akaun Instagramnya berkongsi gambar bersama Allahyarham sebelum ini meluahkan rasa sedihnya dengan berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan yang besar buat umat Islam.
Read More / Baca Lagi >>

BN tak manfaat walau tanpa Anwar dan Nik Aziz, kata pemerhati

Posted: 13 Feb 2015 08:59 PM PST

Jika Barisan Nasional (BN) fikir mereka menjadi lebih kuat dengan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemergian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, maka jangkaan itu meleset kerana mereka tidak akan memperoleh faedah mahu pun sokongan politik, kata penganalisis.
Para pemerhati berpendapat, mereka yang meraikan hukuman penjara Anwar sememangnya merupakan penyokong tegar BN, manakala mereka yang di atas pagar akan lebih bersimpati kerana melihat hukuman ke atas Anwar sebagai satu sandiwara politik.
Mereka juga berkata, Nik Aziz walaupun amat disegani ramai sudah lama tidak aktif dalam politik kerana keadaan kesihatannya yang makin merosot, menyebabkan pengaruhnya dalam politik dan dalam PAS sendiri makin pudar sejak akhir-akhir ini.

Sambil itu penganalisis juga berpendapat walaupun sokongan dan simpati diberikan kepada Pakatan Rakyat (PR), PKR, PAS dan DAP juga mesti bekerja keras menyelesaikan perbezaan pandangan mereka seperti dalam isu hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan.Tiada kelebihan untuk BN
Walaupun laungan reformasi terhadap hukuman 5 tahun penjara Anwar baru-baru ini tidak sehebat pada 1998 yang menyaksikan ribuan turun ke jalanan, Dr Lim Teck Ghee melihat orang ramai masih berdiri teguh di belakang Anwar.
"Sukar melihat BN akan mendapat kelebihan kerana (selepas Anwar dipenjarakan) BN atau parti komponennya masih mengekalkan rentak permainan.
"Seperti mana dapat dilihat dalam semua kes tahanan utama politik dunia, rejim yang bertanggungjawab akan jatuh dan menerima kesan daripada onar politik itu," kata Pengarah Pusat Inisiatif Politik itu kepada The Malaysian Insider.
Katanya, hukuman penjara 5 tahun menjadikan Anwar ahli politik yang lebih digeruni jika ketua pembangkang itu memancing simpati dan bercakap dari dalam penjara.
"Penjara tidak akan mendiamkannya melainkan beliau dikurung dan tidak dibenarkan berhubung," katanya.
Nik Aziz juga, sejak kesihatannya terganggu, tidak lagi berperanan penting dalam PR, oleh itu impak pemergiannya tidak sebesar mana, kata Lim.
"Pengaruhnya terhadap PAS dan PR wujud daripada pendirian moralnya yang berprinsip dan hubungannya dengan Anwar, tetapi itu pun sudah lama berkurangan."
Bekas menteri besar Kelantan itu diketahui umum menentang sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan BN, dan Lim percaya penyokong beliau kini akan terus berpegang pada pendirian itu.
Ibrahim Suffian yang mengetuai Merdeka Centre pula tidak melihat perubahan besar sokongan rakyat terhadap BN selepas Anwar dimasukkan ke penjara. Paling tidak pun, katanya, sokongannya akan kekal pada tahap yang sama.
Read More / Baca Lagi >>

Sindiran Dr Mahathir berita gembira kepada rakyat

Posted: 13 Feb 2015 08:58 PM PST

Penolakan berterusan Dr Mahathir seharusnya disambut dengan sewajarnya.

PETALING JAYA : Sindiran Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa "akan meletakkan jawatan jika masih sebagai Perdana Menteri" merupakan satu berita gembira kepada rakyat yang mengimpikan perubahan.
mahathir najib2Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin berkata, pendirian bekas Perdana Menteri itu memberikan harapan sama ada Najib akan diturunkan dari jawatannya melalui UMNO.
Katanya, Pakatan Rakyat (PR) harus mengambil peluang keemasan itu dengan segera melupakan persengketaan sesama sendiri, merapatkan barisan dan mengukuhkan lagi kesepakatan.
"Penolakan berterusan Mahathir ini seharusnya disambut dengan sewajarnya dan jangan sesekali disia-siakan," katanya menerusi entri terbaru blog shahbudindotcom.blogspot.com.
Tambahnya, teguran dan penarikan balik sokongan oleh Dr Mahathir kepada Najib sebagai Perdana Menteri secara tidak langsung turut memberikan kelebihan kepada gabungan ketiga-tiga parti itu kerana pengaruh bekas Perdana Menteri masih lagi kukuh jika bersuara.
"Lihat saja pada pilihan raya 2004 di mana Barisan Nasional (BN) ketika itu menang paling bergaya dengan 198 kerusi Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar tidak boleh dianggap sebagai tahanan biasa kata Peguam

Posted: 13 Feb 2015 08:44 PM PST

Untuk sebahagian besar rakyat Malaysia penahanan Anwar Ibrahim adalah perbuatan salah dan menjijikkan dan hanya akan membahayakan masa depan BN

KUALA LUMPUR, 14 Februari:

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini mengatakan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap seperti individu lain yang disabitkan dalam penjara jelas mengabaikan fakta sabitan serta penahanannya itu dikritik hebat di peringkat antarabangsa.
Peguam Anwar, N. Surendran dan Latheefa Koya dalam kenyataan bersama hari ini berkata dengan mengatakan begitu, kedua-dua menteri dan timbalannya sengaja membayangkan bahawa Anwar tidak berbeza daripada mana-mana orang lain yang telah didapati bersalah atas jenayah oleh mahkamah dan seterusnya menjalani hukuman.
Menurut mereka, kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Eropah, Australia dan Kanada dengan segera menolak sabitan dan hukuman penjara terhadap Anwar.
"Pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu faham bahawa tidak ada pihak yang yakin bahawa kes ini adalah sama dengan kes jenayah lain biasa serta sekalipun ditahan, Anwar terus mendapat sokongan besar dan simpati dari rakyat di seluruh negara.
"Dunia kini sedang melihat layanan yang diberikan kepada Anwar dan reputasi antarabangsa negara kita menghadapi tekanan hebat yang mana Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan tidak mampu untuk mengabaikan pandangan masyarakat dunia," kata mereka di sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul: Bapa masih kelihatan bersemangat

Posted: 13 Feb 2015 07:31 PM PST

Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah memberitahu, walaupun bapanya masih kelihatan bersemangat, namun tubuh badannya kini semakin susut.

Ketika bertemu dengan ketua pembangkang itu selama kira-kira 45 minit kelmarin, Nurul berkata keadaan itu disebabkan Anwar berpuasa semasa di dalam penjara.

"Alhamdulillah kami berasa amat bagus bukan sahaja dengan keadaan ayah kami.

"Kami teruskan pertemuan dan diberi 45 minit  secara "no contact visit". Alhamdulillah keluarga terdekat semua hadir.

"Beliau kelihatan bersemangat walaupun kelihatan sedikit kurus kerana beliau berpuasa di penjara," kata Nurul ketika ditemui pemberita selepas melawat kediaman bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, malam tadi.

Read More / Baca Lagi >>

Perikatan Progresif antarabangsa kecam tindakan penjarakan Anwar

Posted: 13 Feb 2015 07:30 PM PST

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Semenjak keputusan memenjarakan Ketua Pembangkang selama lima tahun, kerajaan sehingga kini tidak putus menerima kecaman dari antarabangsa.
Terbaru, Perikatan Progresif (Progressive Alliance) yang berpengkalan di Berlin, mengutuk hukuman tersebut yang jelas sama sekali tidak adil kerana bermotifkan politik.
"Kes beliau telah menimbulkan persoalan antarabangsa yang membimbangkan mengenai kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang di Malaysia.
"Pendakwaan terpilih dan bermotifkan politik terhadap ahli-ahli pembangkang mempunyai kesan bahaya yang dramatik kepada pembangunan politik dan sosial di Malaysia.
"Kami menuntut keadilan, ketelusan dan kedaulatan undang-undang. Kerajaan Malaysia perlu menyedari akan kepentingan mewujudkan keyakinan dalam sistem kehakiman serta mengembalikan kepercayaan dalam komitmennya kepada hak asasi manusia," kata Setiausaha Eksekutif kepada Biro Antarabangsa DAP Howard Lee Chuan How mewakili jaringan itu dalam satu kenyataan, semalam.
Perikatan Progresif juga turut menyatakan solidariti secara penuh kepada PKR, DAP, keluarga, rakan-rakan, keluarga Anwar, rakyat Malaysia dan Anwar sendiri yang kini menjadi mangsa kerajaan.
"Kami tidak akan pernah berdiam diri dalam menyaksikan ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia.
"Perikatan Progresif akan bekerja lebih rapat dengan rakan kongsi perikatan kami di Malaysia iaitu DAP dalam menegakkan kebenaran dan menyampaikan keadilan yang sama untuk semua.
Read More / Baca Lagi >>

DAP desak 1MDB dedah perjanjian sulit dengan Ananda Krishnan

Posted: 13 Feb 2015 07:28 PM PST

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini menggesa 1MDB agar mendedahkan syarat penuh pinjaman 'sulit' luar biasa mereka dengan jutawan Tan Sri Ananda Krishnan demi menyelesaikan hutang tertunggak sebanyak RM2 bilion.
"Persoalan yang perlu dijawab kini adalah apakah perjanjian yang membuatkan Ananda bersetuju membantu menyelesaikan hutang RM2 bilion itu?
"Walaupun rakyat Malaysia terdiri dari orang yang baik, murah hati, dan pemaaf, tapi tiada siapa boleh membayangkan mana-mana jutawan tempatan akan memberi pinjaman berbilion ringgit kepada sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan tanpa sebarang ikatan," kata Tony.
Menurutnya, memandangkan 1MDB adalah syarikat milik kerajaan maka butiran perjanjian seperti tempoh pinjaman dan kadar faedah perlu didedahkan agar negara tidak menanggung rugi.
"Sebelum ini 1MDB mendapatkan pinjaman menerusi jaminan yang diberi oleh International Petroleum Investment Corporation milik kerajaan Abu Dhabi dan terpaksa menawarkan opsyen dalam syarikat pembekal tenaga yang bernilai sekurang-kurangnya AS$250 juta," jelas Tony.
Semalam, 1MDB dilaporkan telah mengumumkan bahawa syarikat itu akhirnya berjaya menyelesaikan pinjaman kontroversi RM2 bilion dengan beberapa bank.
Bayaran telah dibuat dengan bantuan Ananda enam hari sebelum bank menggerakkan peningkatan risiko kegagalan atau 'event of default' (EOD).
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kandasamy tanpa segan silu memberitahu bahawa 'pinjaman tersebut telah diselesaikan lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan'.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Samseng: Kereta Dr Hatta Ramli cuba dibakar pagi tadi

Posted: 13 Feb 2015 07:13 PM PST

Kereta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dibakar di luar rumahnya dekat Hulu Klang, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, sebuah kereta lalu dan individu tidak dikenali cuba membakar kereta itu, namun ia disedari pengawal bertugas yang membunyikan hon motosikalnya.

Anak Dr Hatta yang bernama Khalil dikatakan berjaya memadamkan api itu. Pihak bomba dan polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian, bagaimanapun, Dr Hatta tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu.

 Sahabat rapat Dr Hatta, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan kejadian itu. "Dr Hatta memaklumkan kepada kami kejadian ini pagi tadi," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau bagaimanapun yakin kejadian tersebut angkara orang luar dan berniat jahat bagi menimbulkan konflik dalaman PAS ekoran tuduhan yang dibuat ke atas Dr Hatta dalam satu demonstrasi di ibu pejabat parti PAS Ahad lepas.

"Saya yakin bukan ahli PAS terlibat, dan ia dibuat oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan dari apa yang berlaku," kata Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat itu.

Read More / Baca Lagi >>

'Ramai Sayang Tok Guru' antara tajuk utama akhbar tempatan hari ini

Posted: 13 Feb 2015 07:03 PM PST

KUALA LUMPUR: Fokus utama di dada-dada akhbar tempatan hari ini adalah pemergian bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tajuk-tajuk utama dan juga gambar yang digunakan tidak jauh berbeza daripada segi suntingan akhbar masing-masing.

Antara yang menjadi perhatian ialah akhbar Utusan Malaysia yang menjadikan "Ribuan Beri Penghormatan" sebagai tajuk utama.

Utusan Malaysia dan Berita Harian
Tajuk utama Utusan Malaysia dan Berita Harian 


Ia diikuti dengan gambar jenazah Allahyarham dibawa dan diiringi oleh ribuan masyarakat sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pulau Melaka.

Akhbar Berita Harian menjadikan "Bersatu Iringi Jenazah" sebagai tajuk utama.


Kosmo, Harian Metro, dan Sinar Harian
Tajuk utama Kosmo!, Harian Metro dan Sinar Harian 


Seluruh dada akhbar Sinar Harian memberi tumpuan kepada Allahyarham dengan tajuk "Ramai Sayang Tok Guru".
Read More / Baca Lagi >>

Remembering the great teacher

Posted: 13 Feb 2015 06:56 PM PST

Nik Aziz's personality was probably instrumental in drawing non-Muslims voters to PAS in the last two elections.

nik-aziz2I have never met Tok Guru Nik Aziz, and now I never will. Everything I know about Nik Aziz comes from news reports, from stories told by senior journalists, from rallies and talks I've attended. Despite my general dismay at PAS' ulama wing and its often appalling statements, Nik Aziz has always seemed like the silent, strong centre upon which PAS stands, and the loss of him makes both the party and the nation all the poorer.
Perhaps the strongest impression I had of Nik Aziz was when he proclaimed that PAS would work with Umno only over his dead body. It was such a bold statement. It showed him as standing steadfast against elements of his own party, refusing to compromise his principles for the promise of political power when Umno waved the prize of Muslim and Malay unity before the slavering conservatives of the party, filling them with a lust for power that stays even today as PAS constantly flirts with the idea of abandoning the Pakatan Rakyat ship.
There's no doubt that Nik Aziz was extremely devout, but his speeches were never the stuff of nightmares that you hear from religious extremists. His words were often kind, and seemed to be spoken from a deep place of inner peace. In a country where Islam means many things to a great many different people, it was as if Tok Guru was the only one who stood firmly in it's core as the religion of peace. He never made me feel hesitant about trusting him, and it's obvious that the same sentiment was shared by the non-Muslims who decided to put their trust in PAS in the past two general elections.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz tokoh Ulama disayangi pelbagai bangsa

Posted: 13 Feb 2015 06:51 PM PST

Nik Aziz menguasai lima bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil, Arab dan Urdu.
Pemimpin parti politik atau pemimpin hak asasi disayangi oleh pelbagai bangsa dan agama adalah perkara biasa. Tetapi sesuatu yang jarang sekali kita dengar apabila seorang tokoh agama tertentu turut disayangi oleh mereka yang beragama lain.
Justeru tidak boleh dinafikan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, merupakan satu-satunya tokoh Ulama (Islam) yang bukan sahaja dihormati dan disayangi oleh rakyat yang beragama Islam, tetapi juga rakyat yang bukan beragama Islam.
Itulah istimewanya seorang insan yang lebih dikenali sebagai 'Tok Guru', yang begitu dekat dihati masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Ketika Nik Aziz masih sihat dan menjadi Menteri Besar Kelantan, setiap kali beliau turun ke program ceramah di luar negeri Kelantan khususnya di Pantai Barat, ribuan hadirin akan membanjiri dan peminat beliau dari kaum Cina dan India tidak akan ketinggalan akan berpusu-pusu datang bersalam dan bergambar dengan beliau.
Sebenarnya tidak ramai yang tahu bahawa Nik Aziz sebenarnya menguasai lima bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil, Arab dan Urdu.
Penulis ingat lagi lebih kurang setahun dua sebelum Pilihan raya Umum ke-13, dalam laman sosial ramai penyokong Pakatan Rakyat berbangsa Cina dan India pernah mencadangkan Nik Aziz sebagai calon Perdana Menteri, selain Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nik Aziz dilahirkan pada 10 Januari 1931di Kampung Pulau Melaka, Kota Bahru.
Selepas menamatkan pendidikan sekolah menengah, Nik Aziz menyambung pelajaran di Deoband University (Darul Ulum), Uttar Pradesh, India.
Beliau juga memperolehi Master Degree in Arts (M.A) dalam Perundangan Islam dan Kehakiman dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Nik Aziz dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 23 Oktober 1990 selepas berjaya mengambil alih (menang) kerajaan negeri dari Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-8.
Pada tahun 1991, beliau menggantikan Yusof Rawa sebagai Mursyidul Am PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Wan Azizah, Tuan Sabariah kongsi duka kehilangan suami

Posted: 13 Feb 2015 06:43 PM PST


Tuan Guru ahli politik sederhana, merakyat

Posted: 13 Feb 2015 06:41 PM PST

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Sisters In Islam (SIS) menyifatkan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bekas menteri besar dan ahli politik yang merendah diri, sederhana dan merakyat.
Dalam ucapan takziah atas pemergian almarhum, SIS berpandangan ketokohan almarhum tidak dapat dinafikan walaupun berbeza pendapat dengan pertubuhan itu.
"Sisters in Islam merakam ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat dan PAS atas berita sedih kembalinya almarhum ke pangkuan Penciptanya.
"Sosok almarhum sangat dikenali dan disegani rakan dan lawan. Beliau akan dikenang sebagai mantan menteri besar dan ahli politik yang merendah diri, sederhana dan merakyat," kata SIS dalam satu kenyataan semalam.
Read More / Baca Lagi >>

TGNA: Pergi, tinggalkan seribu pedoman

Posted: 13 Feb 2015 06:39 PM PST

JIKA nak ke KL, kena cari pemandu yang tahu jalan ke KL. Jika pemandu hanya tahu jalan setakat Gua Musang, kita tidak akan sampai KL. Demikian juga dengan pemimpin.

Kita kena cari pemimpin yang tahu jalan ke akhirat. Jika tahu hanya memimpin setakat dunia, bagaimana kita mahu teruskan jalan ke akhirat?

Itu sedutan satu daripada banyak peringatan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang disebarkan secara meluas sejak beliau menghembuskan nafas terakhir kelmarin.

Saya tidak bercadang paparkan banyak lagi kata-kata nasihat daripada Mursyidul Am Pas itu, yang, antara lain, juga Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun. Apa lagi biodata yang sudah banyak dipaparkan.

Cuma saya ingin berkongsi serba sedikit. Saya sendiri pernah menemuinya beberapa kali dan menulis hampir dua tahun lalu bahawa seperti lagu dan irama, Nik Abdul Aziz, Pas dan Kelantan tidak dapat dipisahkan.

Beliau timbul dan tenggelam bersama parti yang memperjuangkan Islam itu sejak 47 tahun lalu.

Maka, memang patut sangatlah ramai mengalirkan air mata mendapat berita sedih itu, membanjiri masjid untuk solat jenazah dan iringinya hingga ke pusara semalam.

"Islam bukan kepunyaan saya (sahaja). ALLAH beri pengetahuan bukan (hanya) kepada saya seorang," katanya selepas melepaskan jawatan menteri besar pada 6 Mei, 2013.

Walau apa pun, yang ketara ialah Nik Abdul Aziz meletakkan piawaian yang sangat tinggi untuk diteladani ramai pemimpin dalam dunia politik dan pentadbiran tanah air.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Najib akan menyesal penjarakan Anwar – Ambiga Sreenevasan

Posted: 13 Feb 2015 06:35 PM PST


ambiga


PETALING JAYA, 13 FEB: Kerajaan UMNO-BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak telah melakukan tindakan yang salah jika mereka menyangka dengan terpenjaranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim gelombang perubahan rakyat akan merudum, kata mantan Presiden Majlis Peguam Negara Datuk Ambiga Sreenevasan.
Beliau menegaskan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebenarnya jauh lebih 'berbahaya' kepada pimpinan zalim UMNO-BN ketika berada di dalam penjara berbanding di luar.
"Jika kerajaan berpendapat faktor Anwar telah berkurangan dengan penahanan beliau, nampaknya kerajaan sudah tersalah langkah.
"Faktor Anwar itu sebenarnya melangkaui segala-galanya. Beliau adalah simbol perjuangan rakyat dan penguat kepada Pakatan Rakyat (PR)," katanya dalam forum 'Masa Depan Politik Tanpa Anwar' di Pejabat portal MalaysiaKini, malam tadi.
Sehubungan itu, Ambiga yang terlibat dalam Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia (Negara-Ku) juga memohon PR untuk bersatu bersama rakyat dalam keadaan penuh duka ini dengan mengenepikan segala agenda persendirian.
"Rakyat berdiri di belakang anda (PR) dan menuntut perpaduan dari kesemua pimpinan dalam situasi sekarang.
"Pada saya, masanya sudah tiba untuk PR hentikan segala ketidaksefahaman dan kembali kepada dasar bersama dan membuktikan kepada semua masyarakat bahawa PR boleh menyedia serta menjadi kerajaan baru yang berdaya maju.
"PR harus lebih kuat dan hentikan pertelingkahan dalam, rakyat sudah tidak mahu mendengar semua itu," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar makin kurus, berpuasa tapi bersemangat, kata Izzah

Posted: 13 Feb 2015 06:32 PM PST


HUTANG NEGARA NAIK LAGI !!!

Posted: 13 Feb 2015 03:49 PM PST

WOWW !!!.. Peningkatan 182.5 peratus..
PENCAPAIAN TERBAIK PM & MENTERI KEWANGAN DALAM SEJARAH MALAYSIA !!!
Pakar BUAT HUTANG...
Pakar BOROS bersama ROSMAH...
Pakar TIRIS perbelanjaan negara...
Pakar pelopor MAKSIAT...
Pakar PANDA !!!

p/s: Tapi macai tetap kata.. "Kalau xbuat hutang mcmaner negara nak maju. Hutang negara M'sia masih lagi rendah berbanding S'pore" -MACAI UMNgOK

"TOK GURU KU SAYANG" - Koleksi Video

Posted: 13 Feb 2015 03:10 PM PST



 




TGNA rapatkan saf kepimpinan Pakatan - Azmin

Posted: 13 Feb 2015 02:36 PM PST

karpal_nikaziz2
Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi makna besar kepada lanskap politik negara terutama dalam penyatuan parti pembangkang sejak penubuhan Barisan Alternatif (BA) sehingga menjadi Pakatan Rakyat (PR).
Hal itu termasuk falsafah politik beliau yang mengamalkan kesederhanaan dan integriti yang baik sepanjang memerintah.
Dato' Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, pemergian mantan Menteri Besar Kelantan itu kehilangan yang cukup besar bukan sahaja kepada PAS dan umat Islam tetapi untuk negara serta rakyat Malaysia keseluruhannya.
Katanya, Nik Aziz satu-satunya ulama dan sarjana Islam yang mempamerkan ciri kepimpinan yang mulia dan terpuji serta mengambil pendekatan sederhana dalam tindakan juga perjuangannya.
"Sebab itu beliau disenangi dan dihormati bukan sahaja oleh umat Islam tetapi rakyat pelbagai kaum dan agama kerana melihat kepimpinannya yang cukup adil juga saksama serta memiliki akhlak mulia yang menjadi contoh generasi kini.
"Peranan paling penting beliau apabila berjaya memperkukuhkan Barisan Alternatif kemudiannya PR, sejak tahun 1998.
"Peranan beliau cukup besar dalam merapatkan hubungan dan saf kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) sehingga kita berjaya mencatatkan prestasi membanggakan dalam beberapa pilihan raya lalu," katanya kepada Selangor Kini.
Nik Aziz, 84, meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun sebelum melepaskan jawatan akibat faktor kesihatan.

Menyambung warisan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Posted: 13 Feb 2015 01:38 PM PST

KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kehilangan tokoh penting yang kembali mengadap Pencipta, Allah azza wajalla iaitu al-Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pemergian Almarhum ke rahmatullah adalah satu kehilangan yang sukar dicari ganti khususnya kepada PAS dan amnya kepada negara serta seluruh umat Islam.
"Almarhum adalah pemimpin, guru, bapa dan sahabat yang telah mendamba dan memperhambakan diri kepada al-Khaliq dengan teguh menyambung usaha Rasulullah SAW dan para Nabi menegakkan risalah agama ini.
"Dunia dan umat kurun ini telah menyaksikan, bahawa Almarhum telah meletakkan bumi Serambi Makkah yakni Kelantan ke peta dunia dalam istiqamahnya beliau memartabatkan Islam di negeri itu," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Marang itu turut berkata, Almarhum juga negarawan yang melakar sejarah sejak usia mudanya bersama PAS untuk memperjuangkan wujudnya sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah, seperti dinyatakan dalam Perlembagaan PAS.
Tuan Guru Datuk Nik Aziz juga ujarnya, seorang ulama yang tekun menyebar akidah Islam dan bertegas terhadap semua idealogi asing.
Read More / Baca Lagi >>

Tok Guru Nik Aziz ibarat seorang bapa - Wartawan

Posted: 13 Feb 2015 01:18 PM PST

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau lebih mesra disapa Tok Guru diibaratkan sebagai seorang bapa yang sentiasa tidak lekang dengan nasihat kepada anaknya.
Wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Zabidi Ishar, 46, berkata sepanjang 22 tahun bertugas sebagai wartawan di Kelantan, Nik Abdul Aziz bekas menteri besar Kelantan lebih dua dekad sejak 1990, dikenalinya sebagai seorang yang lembut walaupun tegas dalam pendiriannya.
"Tok Guru pernah memberitahu kami, tugas wartawan juga seperti pendakwah tetapi mestilah dilakukan dengan cara dan niat yang betul.
"Sepanjang mengikuti perkembangan kehidupannya, beliau seorang yang sangat mesra dan senang didekati," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Nik Abdul Aziz, 84, menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Pulau Melaka di sini, pada 9.40 malam tadi, kira-kira sejam selepas pulang daripada Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.
Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, dirawat di hospital itu sejak 19 Januari lepas kerana kanser prostat.
Zabidi yang kini bertugas sebagai Pewarta di Muar, Johor berkata walaupun dalam keadaan uzur di saat-saat akhir kehidupannya Nik Abdul Aziz tetap akan memberi kerjasama bila diajukan soalan oleh wartawan.
"Pernah satu ketika, oleh kerana uzur beliau duduk di tangga rumahnya sambil menjawab soalan yang ditanya. Walaupun seminit beliau pasti memberi kerjasama dan menyatakan pendiriannya. Itulah Nik Aziz yang saya kenali.
"Secara peribadi saya turut terasa kehilangannya. Moga rohnya dicucuri rahmat," katanya.
Penulis khas Berita Harian, Veena Rusli, 45, berkata Nik Abdul Aziz merupakan seorang tokoh yang mudah didekati dan memahami tugas wartawan walaupun kerap diasak soalan provokasi terutama berkaitan isu politik tanah air.
Read More / Baca Lagi >>