Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Al-Fatihah - Nik Aziz meninggal dunia.

Posted: 12 Feb 2015 08:48 PM PST


KOTA BHARU 12 Feb. - Negara kehilangan seorang tokoh politik dan ulama yang berpengaruh apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka di sini kira-kira pukul 9.40 malam ini.

Bekas Menteri Besar yang disahkan menghidap kanser prostat tahap empat sejak beberapa tahun lalu itu telah dibawa pulang ke rumahnya sejam sebelum itu selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 20 Januari lalu.

Anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, seluruh ahli keluarga berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

"Ayahanda meninggal dunia di sisi seluruh kaum keluarga pada pukul 9.40 malam. Saya berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan arwah ayahanda," katanya dalam sidang akhbar ringkas di pekarangan rumahnya di sini malam ini.

Sementara itu, dalam laman sosial Facebooknya, Nik Mohamad Abduh mengumumkan solat jenazah ayahnya akan diadakan pada pukul 10 pagi di Masjid Tok Guru berhampiran rumahnya di Pulau Melaka di sini.


Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin datang menziarahi jenazah ayahnya supaya berhati-hati dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan.

"Semoga perjalanan tuan puan dari jauh dan dekat diberkati oleh Allah. Harap patuhi segala arahan bagi mengekalkan keselesaan buat semua dan perjalanan ayahanda menuju Tuhannya," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan mendapati beberapa pemimpin utama Pas negeri ini seperti Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah turut berada di rumah Allahyarham.

Malah ribuan orang telah memenuhi pekarangan rumah tersebut dan jalan untuk masuk ke Pulau Melaka sesak.

Pada 20 Januari lalu, akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke ICU HUSM dan berada dalam keadaan separa kritikal namun keadannya dikatakan agak stabil pada minggu lalu.

Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Guru telah mengikuti rawatan kemoterapi untuk mengubati kanser tersebut sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Beliau yang melepaskan jawatan Menteri Besar pada 6 Mei 2013 turut mendedahkan mengenai penyakit yang dihadapinya dalam temubual eksklusif bersama Mingguan Malayasia pada awal tahun lalu.

Nik Abdul Aziz yang mula menjadi wakil rakyat selepas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang dikenali Pengkalan Chepa) pada tahun 1967 dan mengekalkan kerusi tersebut sehingga beralih ke kerusi Dewan Undangan Negeri pada tahun 1986 sehingga sekarang.

Sepanjang pentadbirannya sebagai Menteri Besar selama 23 tahun sejak 1990, beliau memperkenalkan sistem pentadbiran Islam malah telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) atau hukum hudud untuk dilaksanakan di ne­geri ini.

Salam takziah buat keluarga allahyarham. Al-Fatihah.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


3 hari tanpa Anwar merihatkan... Syok dapat berterusan

Posted: 12 Feb 2015 07:45 PM PST


Dah tiga hari sebenarnya.

Ahhh ... relaksnya tak payah tergila-gila bersengkang mata nak tulis blog untuk dischedule. Tak yah tergila-gila nak sentiasa ikuti update berita dari media kerajaan, media pembangkang, blog, FB, Twitter dan Instagram. Lain pula email yang diterima.

Lain lagi nak jumpa orang dan pelbagai informer untuk kumpul info. Sambil, kami kena juga kerja dan niaga untuk tampung keluarga, pelajaran anak-anak, makan pakai dan hal rumah.

Pagi tadi kawan-kawan kami di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu kata relaks lah kita. Pagi-pagi tak tergila nak buat berita. Boleh pergi pasar pagi-pagi cari ikan fresh. sayur segar dan ada dapat keluar jogging dan walk-walk bersama keluarga.

Banyak boleh dilakukan yang menyegarkan fikiran dari hal-hal politik yang tidak habis-habis dan diterukkan dengan pihak kita sendiri suka tembak kaki sendiri. Samada Unspinners akan terus atau tidak terpulang kepada sikap ahli UMNO.

Bawah ni ada petition.


Malaysia memerlukan sokongan rakyatnya sendiri untuk terus maju & kekal berdaulat tanpa gangguan negara luar. Kita negara yang berdaulat & merdeka.

Saya menyeru semua rakan media untuk tandatangan petisyen di laman web White House seperti link yang ada di bawah ini bagi menghalang mereka mencampuri urusan kehakiman dan kedaulatan negara kita. Ayuhlah, sahabatku semua. Sebarkan ini. NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA.

https://petitions.whitehouse.gov/petition/respecting-sovereign-nation-malaysia/0bXNLmhg
Orang Anwar nak kumpulkan 100,000 undi petition, takkan kita tak boleh buat lebih dari itu?

Kononnya ada lebih 3 juta ahli UMNO, berapa lagi ahli MCA, MIC, PBB, PBS, dlll parti komponen. Takkan tak boleh dapat jumlah protes sekurang-kurangnya 1 juta?

Ada ketua bahagian dok whats app ke whats app group. Bukankah lagi segera kalau dia arah semua ketua cawangan pastikan semua ahli-ahli UMNO dan orang ramai di cawangan dan bahagian isi petition itu. Setakat dua tiga bahagian atau kawasan parlimen boleh kumpulkan 100,000. 

Unspinnrs nak tengok berapa dedikasi jentera UMNO dalam menentang permainan psy war siber ini. Jika tidak, apa ertinya sukarelawan bantu UMNO.

Dahlah kena cemuh macam-macam.

Duit lagi nak keluar bayar Unifi di rumah, guna 2 laptop seorang, broadband sekurang-kurang satu, smartphone, ada sampai dua hp, yuran langgan Malaysiakini dan lain-lain berita online untuk ikuti berita semasa, dan lain-lain .

Ingat murah nak berjuang?

Orang UMNO hanya tahu komen cybertrooper atau media sosial "kita" tak ini dan tak itu. Bantuan sokongan kureng, Mereka sendiri tak beri kepimpinan dalam mengatur strategi. Entah tahu ke mereka ngatur strategi. 

Duduk kedai kopi dan coffeehouse ngumpat dan ngata pemimpin, ngadu domba dan menunggu nak ngap memang mereka pandai..


Macam pembangkang, mereka bermasaalah tapi dah nak ngadu domba antara pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli keluarga. Baca Asia Sentinel yang mula nak laga-lagakan sesama keluarga PM SINI.

Sementara itu, mereka pula laga-lagakan mantan pemimpin dengan pemimpin yang ada:









Namun begitu, nampak macam kerja adu domba atau kerja bodoh pembangkang, tapi ada ahli pasukan Unspinners merasakan ini macam bukan kerja orang PKR tapi ide dari orang dalam UMNO atau dibiayai orang UMNO. 

Ah! Letihlah mikir benda-benda gini. Baik aku siap-siap mandi sunat, pergi masjid awal, duduk ngaji baca surah Al Kahfi dan Yaasin, dengar tazkirah, dan solat jumaat. Balik makan tengahhari yang enak. Rihat kepala.

Tengah fikir perlu ke nak tolong UMNO ni. Memang terfikir hal nasib agama, bangsa dan negara. Yang suruh teruskan memang sedap cakap, Petition tu dah isi belum?

Tak dapat 1 juta .... malu panggil diri sokong UMNO dan BN. Malu kata mahu pertahan negara yang merdeka. Baik pro gomen atau pro pembangkang, tapi tak ada erti jika tak sokong kedaulatan negara. Pastikan rakan-rakan dan keluarga sign petition.

Kalau boleh capai 1 juta, baru berbaloi nak juang ...


Lepas makan tengahhari nak tidor macam orang UMNO. Buat apa sukarelawan susah payah jika pemimpin dan organisasi UMNO pun relaks. Bila langau-langau yang tak buat apa nak diterajangkan???

Tengoklah lepas hari minggu ni. Nak lagi ke ... Perlu ke ...terus berjuang? Dah rihat ni, sedap pulak ...

Apa hal pun sedekah fatihah bbuat Nik Aziz. Politik lain, sesama insan lain ...


MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Al Fatihah .... Perginya Seorang Pengulas Sukan Terkenal @ Datuk Hasbullah Awang

Posted: 12 Feb 2015 10:45 PM PST




alt


SHAH ALAM 13 Feb - Reda menerima suratan takdir, anak bongsu Allahyarham Datuk Hasbullah Awang mengakui tidak akan ada individu lain di dunia yang dapat menyamai sifat ayahnya yang terlalu baik.

"Sumpah, mati hidup balik pun saya tidak akan jumpa orang seperti ayah. Mungkin semua orang akan cakap begitu, tetapi bagi saya beliau insan yang terbaik.

"Beliau terlalu mengambil berat dalam semua perkara, mungkin kerana kami empat beradik semuanya perempuan," luah Noniana,33 tahun.

Allahyaraham Hasbullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pukul 12.20 tengah hari Khamis selepas mengalami komplikasi masalah jantung.

Menurut Noniana, ketika ayah tersayang menghembuskan nafas terakhir, kakaknya yang juga anak ketiga, Loliana, 34, berada di sisi, manakala beliau sedang mengikuti kursus ketika itu.

"Memang berita ini mengejutkan kami semua walaupun sudah dimaklumkan oleh doktor mengenai keadaannya," katanya segalanya bermula apabila ayahnya jatuh dan menjalani rawatan di sebuah hospital swasta sebelum dirujuk ke IJN.

Susulan itu, katanya, pihak keluarga bercadang melakukan pembedahan pintasan jantung, bagaimanapun doktor tidak mengizinkan kerana risiko tinggi.

"Kami semua reda di atas permergian ayah," jelasnya dalam keadaan sebak sambil menambah arwah tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum meninggal dunia.

Sementara itu, isteri Allahyarham, Datin Hazida Alang Ahmed,58, yang kelihatan tenang berkata, arwah mengadu sakit kaki selepas pulang mengerjakan umrah bulan lalu dan berpunca daripada komplikasi penyakit jantungnya.

"Walaupun tahu keadaan beliau di saat-saat akhir, tapi jauh di sudut hati saya masih mengharapkan dia sembuh," jelasnya ketika ditemui sebaik sahaja pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning selesai.

Hazida berkata, doktor di IJN memaklumkan Allahyarham mengalami serangan jantung dua hari sebelum ke hospital namun tidak disedarinya.

"Akibatnya dua saluran darahnya sudah mengeras dan pada hari berikutnya doktor memberitahu ketiga-ketiga saluran darahnya tidak berfungsi.

"Jadi memang pembedahan tidak boleh dilakukan sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir. Arwah pergi dengan tenang," katanya.

Dalam masa sama, Hazida juga menyifatkan suaminya seorang yang arwah seorang yang suka bekerja, merendah diri dan gemar membantu orang lain, lebih-lebih lagi berkaitan kerjanya.

"Kami sama-sama bekerja di RTM sebelum beliau bertukar ke tempat lain dan tahu perangainya yang suka menolong serta tidak kedekut ilmu," tambahnya.

Jenazah Nik Aziz Selamat Dikebumi

Posted: 12 Feb 2015 08:22 PM PST


Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 12:05 PM

Jenazah Nik Abdul Aziz, 84, dibawa dan diiringi oleh ribuan masyarakat untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pulau Melaka selepas disembahyangkan di Masjid Pulau Melaka. -fotoBERNAMA

KOTA BARU: Jenazah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka kira-kira pukul 10.55 pagi Jumaat.

Turut dilihat berada di tanah perkuburan itu ialah isterinya, Tuan Sabariah Tuan Man serta sepuluh anak Allahyarham.

Ribuan orang ramai hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu sejak berita kematiannya diketahui pada Khamis malam.

Nik Abdul Aziz disahkan meninggal dunia di kediamannya kira-kira pukul 9.40 malam Khamis.

Antara yang hadir pada majlis pengebumian Nik Abdul Aziz ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ziarah terakhir, ribuan banjiri Pulau Melaka

Posted: 12 Feb 2015 06:03 PM PST


Orang ramai mula membanjiri kediaman allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kelantan bagi menzahirkan penghormatan terakhir kepada tokoh politik dan agama itu.

Bukan hanya daripada Kelantan, sejak pemergian allahyarham kira-kira 9.45 malam tadi, orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke Kelantan daripada pelbagai pelosok negara.

Seawal waktu Subuh, kenderaan memenuhi sekitar kawasan itu sehingga kereta terpaksa diletakkan sejauh kira-kira 2 kilometer.

Ramai lagi dijangka hadir awal pagi ini.

Solat jenazah dijadual dilangsungkan pada jam 10 nanti sebelum jenazah tokoh itu disemadikan.



LAPORAN LANGSUNG

9.35am: Orang ramai mula melaungkan takbir apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tiba di perkarangan masjid Tok Guru.

Takbir yang berterusan itu dilaungkan kuat dan berlanjutan selama kira-kira lima minit, ketika Najib berjalan menuju ke masjid.

9.30am: Semakin ramai menuju ke Pulau Melaka dan berkumpul di sepanjang Jalan Long Sulaiman.

Menurut agensi berita nasional Bernama, jumlah hadirin mencecah "puluhan ribu".



9.20am: Berlaku sedikit kekecohan di dalam masjid ketika pengacara menggesa orang ramai dan media supaya tidak mengambil gambar atau membuat rakaman video jenazah Nik Aziz.

Katanya, ia adalah atas pemintaan keluarga Nik Aziz.

Ekoran itu ada yang menjerit terhadap mereka yang membuat rakaman di dalam masjid, sehingga mendorong pengacara campur tangan dan menggesa supaya bertenang.

9.15am: Lim Guan Eng dijemput untuk berucap kepada orang ramai.

Guan Eng berkata Nik Aziz menjadi mentor kepada kepada ketua menteri dan menteri besar Pakatan Rakyat.

Nik Aziz, tambahnya bukan sahaja dihormati oleh orang Islam tetapi juga dikagumi oleh orang bukan Islam.

9.05am: Setiausaha Agung PAS Datukl Mustafa Ali berucap kepada hadirin dari dalam masjid.

Beliau berkata Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut hadir selepas tiba dari Pulau Pinang pagi ini.

Beliau juga berkata pemergian Nik Aziz secara kebetulan dengan pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim.

"Apa juga yang berlaku kepada kita, kita akan terus berjuang," katanya sambil mengingatkan mereka tentang nasihat Nik Aziz bahawa walaupun tiada lagi pemimpin, mereka mesti meneruskan perjuangan.

Ucapannya itu disambut dengan laungan "Allahuakbar"

9.00am: Jet yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak membuat pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

8.59am: Jenazah Nik Aziz kini berada di dalam Masjid Tok Guru. Orang ramai melaungkan takbir semasa jenazah itu dibawa.

Orang ramai diberi peluang untuk ziarah dan menatap wajah Nik Aziz buat kali terakhir.

Selain itu, ahli keluarga juga meminta supaya orang ramai tidak merakamkan gambar ketika berada di dalam masjid.

8.30am: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berucap kepada orang ramai. Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang datang.

Beliau yang kelihatan sedih berkata, Kelantan telah kehilangan seorang pemimpin besar.

Sebelum itu, pengumuman dibuat, memaklumkan bahawa jenazah Nik Aziz akan dibawa keluar dari masjid pada pukul 10 pagi.

8.20am: Suasana di dalam rumah suram dan sugul. Pada ketika ini, jenazah Allahyarham Nik Aziz sedang dimandikan.

8.15am: Sekurang-kurangnya tiga ribu orang berada di sekitar rumah Allahyarham Nik Aziz.

Terdapat sebuah masjid yang terletak di dalam kawasan kediamannya. Mereka menunggu untuk menunaikan solat jenazah.

Di Jalan Long Sulaiman pula, orang ramai sedang beratur - dianggarkan sepanjang dua kilometer - menuju ke rumah Nik Aziz.

8.00am: Suasana di lapangan terbang Sultan Ismail Petra sesak dengan kehadiran orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz

Kerajaan negeri turut menyediakan perkhidmatan van khas untuk ahli politik dan media dari lapangan terbang ke kediaman Nik Aziz di Pulau Melaka. Kenderaan khas yang disediakan sebanyak kira-kira 10 buah, digunakan bagi  memasuki jalan-jalan yang ditutup antaranya di persimpangan untuk memasuki kawasan Masjid Tok Guru di mana jenazah dijangka akan disolatkan di situ.

Antara yang dilihat tiba dengan penerbangan awal dari Kuala Lumpur ialah ahli jawatankuasa PAS pusat Dzulkefly Ahmad dan Hanipa Maidin. - malaysiakini

BULETIN RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 9:22 PTG | Posted in

sumber :-

BULETIN RAKYAT


"Ayah,kenapa orang yang baik meninggal dunia lebih awal?" "Anakku, apabila kamu berada di taman, bunga yang mana yang kamu akan ambil dahulu?" "Bunga yang paling cantik"

Posted: 12 Feb 2015 09:20 PM PST


TG NIK AZIZ MENINGGALKAN KITA....

Posted: 12 Feb 2015 07:40 PM PST

KOTA BHARU 12 Feb. - Negara kehilangan seorang tokoh politik dan ulama yang berpengaruh apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka di sini kira-kira pukul 9.40 malam ini.
Bekas Menteri Besar yang disahkan menghidap kanser prostat tahap empat sejak beberapa tahun lalu itu telah dibawa pulang ke rumahnya sejam sebelum itu selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 20 Januari lalu.
Anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, seluruh ahli keluarga berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.
"Ayahanda meninggal dunia di sisi seluruh kaum keluarga pada pukul 9.40 malam. Saya berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan arwah ayahanda," katanya dalam sidang akhbar ringkas di pekarangan rumahnya di sini malam ini.
Sementara itu, dalam laman sosial Facebooknya, Nik Mohamad Abduh mengumumkan solat jenazah ayahnya akan diadakan pada pukul 10 pagi esok di Masjid Tok Guru berhampiran rumahnya di Pulau Melaka di sini.
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin datang menziarahi jenazah ayahnya supaya berhati-hati dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan.
"Semoga perjalanan tuan puan dari jauh dan dekat diberkati oleh Allah. Harap patuhi segala arahan bagi mengekalkan keselesaan buat semua dan perjalanan ayahanda menuju Tuhannya," katanya.
Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa pemimpin utama Pas negeri ini seperti Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah turut berada di rumah Allahyarham.
Malah ribuan orang telah memenuhi pekarangan rumah tersebut dan jalan untuk masuk ke Pulau Melaka sesak.
Pada 20 Januari lalu, akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke ICU HUSM dan berada dalam keadaan separa kritikal namun keadannya dikatakan agak stabil pada minggu lalu.
Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Guru telah mengikuti rawatan kemoterapi untuk mengubati kanser tersebut sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
Beliau yang melepaskan jawatan Menteri Besar pada 6 Mei 2013 turut mendedahkan mengenai penyakit yang dihadapinya dalam temubual eksklusif bersama Mingguan Malaysia pada awal tahun lalu.
Nik Abdul Aziz yang mula menjadi wakil rakyat selepas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang dikenali Pengkalan Chepa) pada tahun 1967 dan mengekalkan kerusi tersebut sehingga beralih ke kerusi Dewan Undangan Negeri pada tahun 1986 sehingga sekarang.
Sepanjang pentadbirannya sebagai Menteri Besar selama 23 tahun sejak 1990, beliau memperkenalkan sistem pentadbiran Islam malah telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) atau hukum hudud untuk dilaksanakan di ne­geri ini.


ALFATIHAH...PERGINYA SEORANG ULAMA ISLAM MALAYSIA

Posted: 12 Feb 2015 06:57 PM PST


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:13 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:09 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Tok Guru Nik Aziz Nik Mat kembali ke rahmatullah - Al Fatihah

Posted: 12 Feb 2015 06:20 AM PST

Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia malam ini.

Anaknya, Nik Abduh mengesahkan perkara itu di Facebook.

"Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 9.40 pada malam Jumaat yang agung.

"Semoga ayahanda berbahagia di sisi Allah," katanya dalam rakaman di laman itu.

Bekas MB Kelantan itu meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu.

Gambar yang dirakam pada malam ini menujukkan ratusan penyokong berhimpun di perkarangan rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu.

Terdahulu, beliau dibawa pulang ke kediamannya dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian jam 8.40 malam ini.

Nik Abduh dalam tulisan terdahulu di Facebook petang ini berkata, tahap kesihatan bapanya itu merosot selepas rawatan ulser semalam.

Bekas menteri besar itu, yang turut mengidap kanser prostat dimasukkan ke HUSM pada 19 Januari lalu.

Tahap kesihatannya merosot ketika bah besar melanda negeri itu.

Allahyarham, 84, meninggalkan seorang isteri, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan sepuluh orang anak.

Seorang daripadanya, Nik Abduh menjadi ahli politik PAS dan kini menjadi MP Pasir Mas.

Allahyarham mendapat pendidikan dalam bahasa Arab dan perundangan di Universiti Al-Azhar di Mesir dan merupakan seorang ulama yang disegani di kalangan masyarakat Islam.

Nik Abdul Aziz memenangi kerusi parlimen Kelantan Hilir (kini Pengkalan Chepa) dalam pilihan raya kecil 1967, selepas menyertai PAS pada tahun itu.

Beliau juga memainkan peranan utama dalam mengukuhkan semula PAS dan membolehkan parti itu menawan semula Kelantan pada 1990 dan menamatkan pentadbiran BN selama 12 tahun.

Beliau seterusnya dilantik menjadi menteri besar dan kekal di jawatan tersebut sebelum bersara pada 2013.

YB Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia di rumahnya pada jam 9.40 malam tadi.- Al Fatihah

Posted: 12 Feb 2015 06:14 AM PST

Sebelum itu, beliau telah dibawa pulang daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada jam 8.45 malam.
إنا لله وإنا اليه راجعون
"Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 9.40 pm pada malam Jumaat yang agung.
"Semoga ayahanda berbahagia di sisi Allah," tulis Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi facebook.
Beliau akan memaklumkan masa solat jenazah ayahanda itu malam ini, insya Allah.

Solidariti Bersama Anwar- Bahagian 1

Posted: 12 Feb 2015 05:23 AM PST

Ianya sudah pun bermula. Pemenjaraan Anwar hanya memberi sebab untuk meningkatkan usaha. Ia nya percikan api pemula yang membakar padang rumput kering yang luas. Biarkan sejuta bunga kesedaran menyeri.

Saya terjemahkan suatu tulisan yang disiarkan oleh sahabat saya Walla. Tidak sedikit jejaka UMNO yang menalipon saya mahukan nombor talipon Walla yang mempunyai wajah lebih cantik dari Neelofa dan Siti Nurhaliza.

Saya kata- jangan buang masa. Sudah lama si cantik Walla jadi makanan ketua bahagian dan ketua pemuda UMNO.

Terjemahan.

Sejak bertahun, mereka mahu benamkan Anwar. Sekarang mereka telah menggunakan insitusi kehakiman yang nampak dengan angkuh menepikan isiu2 yang dibangkitkan oleh pihak pembela.

Keputusan hakim yang diberi terdengar seperti suatu monolog pihak pendakwa. Jika Mr Spock dari SS Enterprise mendengar nya, telinga nya yang menegak akan kendur penuh kehairanan.

Tapi apalah yang mahu dihairankan apabila system kehakiman yang sama telah gagal memberi keadilan kepada kes yang melibatkan seorang bangsa Mongol?

Kerakusan untuk menghumban sesetengah orang dari kandang mahkamah tanpa perbicaraan adil membayangkan motif politik.

Dalam kes si Mongolia, motif nya ialah menyembunyi. Dalam Kes Anwar, motif nya ialah mendedah. Memburaikan. Lagi terperinci lagi bagus. Nampak sangat tidak konsisten nya.

Ia membawa kita kepada persoalan mengapa Dr Mahathir menyeru supaya orang ramai menerima keputusan mahkamah sebelum ianya diumumkan?
Read More / Baca Lagi >>

Kumpulan Pas tolak PR perlu ditangani – Khalid Samad

Posted: 12 Feb 2015 05:21 AM PST


Khalid Samad
"Memang telah wujud dua jalur pemikiran dalam Pas iaitu satu mahu kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) dan satu lagi mahukan Pas kembali kepada asal bergerak secara sendirian seperti sebelum ini."
Itu kata Ahli Parllimen Shah Alam, Khalid Samad ketika sidang akhbar di pejabatnya di sini sebentar tadi.
"Masalah ini perlu ditangani segera walaupun kumpulan yang mahukan Pas bergerak semdiri itu hanyalah kumpulan minoriti. Pun demikian, kalau mereka rasa tak sehaluan dengan PR, lebih baiklah keluar dari parti. Tapi saya nasihatkan supaya terus kekal dan akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan Pas dalam membuat apa juga keputusan," katanya.
Antara punca yang dipercayai telah mengubah pendirian kumpulan minoriti ini adalah mungkin mereka telah dipengaruhi oleh puak-puak tertentu dalam UMNO sendiri.
"Saya agak sahaja mungkin mereka telah berjaya memujuk kumpulan ini dengan janji-janji manis yang hanya mereka sahaja yang tahu. Apa yang harapkan, mereka dari kumpulan kecil ini bangkit dan lihat semula kenapa Pas bergabung dengan PR.
"Mereka kena ingat bahawa PR bukan parti milik sesiapa tetapi adalah gabungan yang ditubuhkan untuk memastikan kekuatan pembangkang sehingga dapat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN)," jelasnya.

Oust BN for Anwar’s sake, says Ariff Sabri

Posted: 12 Feb 2015 05:19 AM PST

The Raub MP calls on opposition supporters to begin by ensuring a win in Permatang Pauh.

PETALING JAYA: Raub MP Ariff Sabri believes that the government will be adamant on keeping Anwar Ibrahim in jail even if one million Malaysians sign a petition for his release and even if world leaders intervene.
"I believe the government will not budge," he says in his latest blog posting. "They will say this has been the outcome of a lengthy legal process."
ariff-sabri---anwar2He also speculates that Anwar will not ask for a royal pardon. "Anwar Ibrahim will never entertain such an idea, I think. Asking for a pardon would amount to admitting that the crime for which he was accused and now sentenced did take place."
Ariff believes that it is more important for Anwar to "affirm and fortify" his innocence.
However, he acknowledges that he can't be certain whether Anwar and his family think the way he does. It may be more important for them to secure his personal freedom, he says.
Commenting on the judgment on Anwar's sodomy case read out at the Federal Court last Tuesday, Ariff says, "It sounded like a prosecution monologue."
Ariff says he shares the grief felt by Anwar and his family, but he seems resigned to accepting that Anwar will remain in jail unless the current ruling regime is overthrown.
"I think we have no more legal recourse," he says. "We must do it the political way. Maybe Najib can be thrown out earlier.
"We kick out Najib and his gang. They will then know that life as they have known before, consisting of private parties and soirees, gallivanting on private and government owned jets, thriving on governmental dishonesty and incompetence, will come to an end."
He says the process of overthrowing Najib's regime should begin with the upcoming Permatang Pauh by-election and climax at the next general election.
Read More / Baca Lagi >>

Pejabat PM tiada hak isytihar kehakiman bebas, kata peguam

Posted: 12 Feb 2015 05:00 AM PST


Tiada janji daripada Putrajaya akan meningkatkan imej institusi kehakiman sebagai sebuah badan bebas dan keyakinan terhadap institusi keadilan mesti datang daripada orang ramai dan tuntutan guaman, kata segelintir peguam.

Para peguam yang mengulas respons pantas Pejabat Perdana Menteri terhadap keputusan bersalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa dan berkata, ia adalah luar biasa dan tidak diperlukan.

 Lebih-lebih lagi apabila kenyataan itu cuba mempertahankan badan kehakiman dengan mengatakan ia adalah bebas dan barisan hakim "mencapai keputusan mereka hanya selepas menimbangkan keterangan dengan cara yang seimbang dan objektif". 

Peguam Amer Hamzah Arshad berkata tidak ada keperluan untuk Pejabat Perdana Menteri berbuat demikian walaupun rayuan Anwar dianggap sebagai kes berprofil tinggi yang menarik perhatian antarabangsa.

"Tidak ada kenyataan dikeluarkan apabila Mahkamah Persekutuan menolak kebenaran permohonan Gereja Katolik untuk membuat rayuan terhadap hak untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguannya," kata Amer kepada The Malaysian Insider.

Katanya, tidak ada tindak balas daripada Putrajaya bulan lepas apabila Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan kerajaan dan menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas dua komando polis ke atas pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Amer berkata, satu-satunya cara institusi kehakiman boleh menegaskan ia adalah pengadil yang bebas adalah menjalankan perbicaraan atau rayuan yang akhirnya digambarkan dengan baik dalam penghakimannya.

Beliau berkata, sejak mahkamah mengambil lapan hari untuk mendengar rayuan kes liwat Anwar dan lebih kurang daripada dua bulan untuk menyampaikan keputusan, kesemua lima hakim harus menulis penghakiman yang berasingan.

Read More / Baca Lagi >>

KANTOI LAGI: APA SUDAH JADI Ismail Sabri..

Posted: 12 Feb 2015 03:00 AM PST

Inikah standard pemikiran menteri UMNO, DAH 2 KALI KANTOI dlm 2 kenyataan berasingan TIBA2 'DIHILANGKAN'

Jika sebelum ini kenyataan berbau rasis pemimpin UMNO suh boikot peniaga Cina TELAH DIPADAMKAN setelah mndapat kecaman pelbagai pihak.

KALI INI PULA kenyataan TEMBERANG menteri UMNO yg mngatakan beliau mengeluarkan kenyataan media bersama Liow Tiong Lai TETAPI DINAFIKAN SENDIRI Liow Tiong Lai...

'Memang kami trauma dengan pembangunan Kampung Baru' - Shamsuri

Posted: 12 Feb 2015 02:51 AM PST

'Memang kami trauma dengan pembangunan Kampung Baru' - ShamsuriKUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Baru kini disifatkan berada dalam ketakutan selagi kerajaan tidak memberi perincian terhadap pembangunan kawasan tersebut.

Bagaimana tidak, Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS), Shamsuri Suradi memberitahu, pihak berkaitan termasuk Perbadanan Kampung Baru (PKB) masih tidak memaklumkan sebarang perkembangan mengenai pembangunan yang dikatakan akan dilakukan segera itu.

"Apa yang diceritakan dan apa yang dilaksanakan berbeza sangat. Bagaimana mereka minta kita tidak bimbang sedangkan pembangunan itu melibatkan kediaman kami?

"Di mana kita hendak tinggal jika pembangunan yang hendak dilakukan itu memerlukan kami untuk berpindah? Buktikan siapa yang berada di dalam senarai 90 peratus setuju untuk pembangunan ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Shamsuri mengulas kenyataan Timbalan PNB, Datuk Seri Matshah Safuan di dalam slot Agenda AWANI pada Rabu yang meminta penduduk Kampung Baru tidak bimbang mengenai pembangunan kampung tersebut.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa pembangunan semula Kampung Baru tidak akan meminggir atau mengabaikan hak milik serta pewaris asal kampung berkenaan.

Kata Muhyiddin, ini kerana penggubalan Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB) sebelum ini melibatkan proses yang ketat serta melalui beberapa siri perbincangan bersama pemilik dan pewaris tanah.

Dalam pada itu kata Shamsuri, beberapa badan yang tidak berkenaan dengan pembangunan Kampung Baru kini dilihat cuba menunjuk pandai dan memberi versi berlainan dengan kemahuan penduduk.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan peralat institusi kehakiman – PR Johor

Posted: 12 Feb 2015 02:43 AM PST


pr-johor


JOHOR BAHRU, 12 FEB: Pakatan Rakyat (PR) Johor dalam satu kenyataan bersama mengecam keputusan pemenjaraan keatas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kenyataan bersama Pengerusi DAP negeri Liew Chin Tong, Pengerusi PKR Johor Hassan Karim dan Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan hukuman tersebut jelas bermotif politik menghalang kemaraan Anwar melakukan perubahan di Malaysia.
"PR Johor ingin menyatakan kekesalan di atas keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut dan kami menganggap Anwar seorang 'prisoner of conscience'.
"Kami mengecam keputusan mahkamah yang bersifat politik di mana institusi kehakiman diperalatkan untuk menghalang Anwar daripada terus membawa perubahan reformasi di Malaysia dalam bidang politik, ekonomi dan sosial," kenyataan tersebut dipetik.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan pantas Pejabat Perdana Menteri, bukti Anwar telah dianiaya

Posted: 12 Feb 2015 02:42 AM PST


najib-razak-unga-2014


KUALA LUMPUR, 12 FEB: DAP hari ini mempersoalkan kenyataan awal yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang mensabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kesalahan liwat sebelum hukuman tersebut dijatuhkan di dalam prosiding Mahkamah Persekutuan.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, kenyataan awal tersebut yang menuduh Anwar melakukan 'serangan seksual serius' kini menimbulkan lagi persoalan mengenai kebebasan badan kehakiman negara.
"Bolehkah kerajaan menjelaskan bagaimana PMO mengeluarkan kenyataan mempertahankan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar beberapa minit sebelum Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria menjatuhkan hukuman dengan mendakwa bahawa 'semua proses dilaksanakan dengan lengkap dan komprehensif' apabila ia sebenarnya tidak selesai?
"Apakah PMO ini begitu genius berbanding Tun Ariffin yang mengambil masa dua jam membaca penghakimannya sedangkan pihak mereka sekadar mengambil masa beberapa minit saja untuk mencerna jargon undang-undang, kerumitan teknikal dan hujah-hujah dalam penghakiman?
"Adakah kenyataan PMO yang mendahului sabitan terhadap kes liwat Anwar dikeluarkan berikutan 'anomali yang amat nyata' yang menimbulkan syak wasangka bahawa kes ini sebenarnya adalah penganiayaan politik dan bukannya pendakwaan jenayah," soal Kit Siang dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mempersoalkan siapakah sebenarnya individu yang bertanggungjawab terhadap kenyataan PMO tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

“Hakim lebih takut kepada pemerintah dari berkata benar”

Posted: 12 Feb 2015 02:40 AM PST


candle-light-vigil


SUNGAI BULOH, 12 FEB: "Hanya nama sahaja Melayu dan Islam. Tetapi hakim mahkamah lebih takut kepada pemerintah dari berkata benar.
"Mereka boleh penjarakan Anwar, tetapi bukan semangat kami. Ini adalah permulaan perjalanan panjang yang kita tidak tahu berapa lama.
"Namun, malam ini adalah langkah bermakna untuk kita bermula bagi perjuangan menuntut kebebasan.
Demikian ucapan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam perhimpunan nyalaan lilin 'Solidariti Bersama Anwar Ibrahim' di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi.
Di hadapan ratusan penyokong, Setiausaha Agung PKR itu mengingatkan, gerakan Reformasi yang bermula pada 1998 selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi pendidikan politik langsung kepada rakyat Malaysia.
Justeru itu katanya, pemenjaraan kedua keatas Anwar kali ini dari kes fitnah yang sama akan membuka mata generasi muda hari ini selain memberi kesedaran politik baru.
"Sebab itu kita jangan takut. Perjuangan kita adalah bagi menuntut negara yang bebas dari kemiskinan, yang bebas dari rasuah dan adu domba yang melaga-lagakan kita.
"Ketika itu semua pemimpin UMNO lari. Mana Hishamuddin Hussein, Muhyiddin Yassin dan Zahid Hamidi? Tidak ada.
Read More / Baca Lagi >>

“Dr Mahathir, anda yang cipta kebusukan dalam tempoh 22 tahun menjadi Perdana Menteri”

Posted: 12 Feb 2015 02:39 AM PST


Mahathir

oleh LIM KIT SIANG

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan bahawa saya bukan seorang komunis, namun beliau menggelar saya sebagai seorang "autoritarian".
Saya tidak pasti hendak berterimakasih atau tidak kepada Mahathir kerana membersihkan nama saya daripada tuduhan 'komunis' yang masih dilemparkan kepada saya oleh tentera siber UMNO bersama-sama pembohongan lain, termasuk sebagai dalang rusuhan kaum13 Mei 1969.
Mahathir mungkin mahu membersihkan namanya sendiri, kerana tentu beliau akan dilihat amat bodoh kerana membiarkan seorang 'komunis' bergerak bebas di Parlimen selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan 15 tahun sebagai Menteri Dalam Negeri.
Jika saya seorang 'komunis', maka bererti Mahathir telah gagal sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kerana tidak mengetahuinya.
Saya bagaimanapun tertarik dengan tuduhan beliau bahawa saya seorang "autoritarian" dan mahu anak saya, Guan Eng, menggantikan saya.
Saya tidak mahu menuduh Mahathir nyanyuk walaupun dia mampu berpura-pura nyanyuk atau berpura-pura terkena penyakit lupa, seperti yang dilakonkannya dengan baik ketika tampil di depan Suruhanjaya Siasatan Bebas berkenaan rakaman video Lingam. Beliau ketika itu teruk diserang lupa – perkara yang tidak lagi berulang setelah itu.
Menurut Mahathir, saya mahu Guan Eng menggantikan saya.
Apakah beliau merujuk kepada langkah Guan Eng mengikuti jejak langkah saya menjadi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA); seterusnya 'menamatkan pengajian' dengan mengisi Penjara Kajang selama 18 bulan dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen; hilang hak sivil, termasuk hak mengundi dan ikut serta dalam pilihanraya sebagai calon selama lima tahun kerana mempertahankan hak-hak seorang gadis berusia 15 tahun dari Melaka?
Read More / Baca Lagi >>

Kepimpinan Pakatan Rakyat: Patah tumbuh hilang berganti

Posted: 12 Feb 2015 02:00 AM PST

Oleh Dr Awang Azman Awang Pawi
Kelihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tenang berbisik dengan Mohamed Azmin Ali tidak berapa lama selepas keputusan Mahkamah memutuskan Anwar bersalah. Perlakuan ini menarik perhatian pihak media dan menimbulkan beberapa persoalan.
Bahasa badan tersebut menunjukkan hubungan rapat dan keselesaan antara satu sama lain dalam belantara politik. Lantaran itu, timbullah spekulasi Azmin mungkin akan diberi mandat menggantikan Anwar sebagai ketua pembangkang.

Bagaimanapun Azmin menolak spekulasi tersebut dan menyatakan itu hanyalah pesanan Anwar agar  pimpinan dan anggota parti meneruskan perjuangan. Dengan rendah diri beliau berkata, ramai lagi pemimpin lain yang berwibawa  yang layak ke jawatan tersebut. Perdana menteri bayangan Dalam kerusi parlimen Pakatan Rakyat, DAP merupakan penyumbang terbesar dengan 37 buah kerusi, diikuti PKR sebanyak 28 buah kerusi manakala PAS hanyalah mempunyai 21 buah kerusi parlimen. Dari segi kuasa tawar-menawar politik dalam PR, ternyata DAP mempunyai suara yang kuat dan bukannya PKR dan PAS. Dalam dunia demokrasi dunia, ketua pembangkang merupakan ketua pakatan atau boleh terdiri daripada  parti politik terbesar dalam kalangan parti-parti  pembangkang. 
Lazimnya, ketua pembangkang dilihat sebagai perdana menteri bayangan. Justeru, pelantikan ini akan memberikan bayangan politik kepada rakyat yang semakin celik politik. Bak kata peribahasa "sekilas ikan di air sudah tahu jantan atau betina".  Selain Anwar, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Ustaz Fadzil Nor, Burhanuddin Al-Helmy adalah antara  tokoh yang pernah Ketua Pembangkang tanahair.
PAS kini dalam ambang keretakan apabila Whatsapp Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS tentang senario keluar dari PR, isu hudud dan ketidaksetujuan pilihan raya tempatan. Penubuhan PASMA dilihat seakan-akan wujud kumpulan yang dilabel sebagai erdogan PAS yang dilihat lebih pro Anwar manakala selebihnya dilihat sebagai pro golongan Hadi atau golongan ulama.
PAS seolah-olah sedang mengalami pergolakan dalaman dan pernah juga kehilangan negeri Kedah. Penyertaan PAS dalam PR kini lebih dilihat seolah-olah sebagai kahwin paksa. Yang lebih bermanfaat ialah DAP dengan suara dan kuasa yang terbanyak dalam PR.
Azmin Perdana Menteri Bayangan?
Kedudukan Azmin selaku Menteri Besar dan Timbalan Presiden PKR dianggap strategik dan sesuai untuk mengambil alih Ketua Pembangkang. Kedudukan tinggi dalam PKR ini menjadikan beliau lebih dihormati. Walaupun Azmin mungkin menolak, namun persepsi luar akan mentafsirkan ada usaha yang tidak mahu beliau menjadi calon Perdana Menteri bayangan. Bukankah sebelum ini ada usaha yang pernah cuba menyekat nama Azmin sebagai calon menjadi Menteri Besar Selangor?
Ahli Parlimen Gombak yang berkelulusan bidang ekonomi dan matematik ini dihormati kerana pakar dalam percaturan strategi politik sesuai untuk ciri-ciri PM pada masa akan datang. Tambahan pula, Anwar merupakan mentor langsung Azmin dan beliau tidak pernah meninggalkan Anwar terkapar-kapar ketika kejatuhan Anwar dalam politik Umno hingga kini.
Kesetiaan luar biasa Azmin terhadap Anwar merupakan kesetiaan tanpa bandingan dalam mana-mana tokoh baru dalam PKR.
Dari segi penampilan politik, Azmin kelihatan cermat dalam wawancara media. Beliau dilihat tokoh berpendidikan barat tetapi tidak bersikap liberal terutama dalam isu agama.
Ketika Negeri Sembilan yang dipimpin Barisan Nasional melaporkan akan membuat peraturan baharu yang memerlukan mana-mana individu bukan Islam membubarkan perkahwinannya sebelum memeluk agama Islam, kerajaan Selangor di bawah PR tidak bercadang melakukan hal yang sama kerana menurut Azmin tindakan memerlukan perbincangan teliti dengan semua pihak termasuk pihak akademik dan ilmuan agama.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: Sosok besar dalam politik Malaysia

Posted: 12 Feb 2015 01:58 AM PST

Oleh Raja Ahmad Kamil Raja Sulaiman
Mahkamah Persekutuan memutuskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat 2 yang berlarutan sejak 2008, dan dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Pelbagai reaksi yang diberikan kawan mahupun lawan, termasuk rakyat marhaen yang bercampur baur perasaan dan harapan.
Ulasan ini ingin dimulakan dengan satu ayat al-Quran yang agak menarik untuk difikirkan, yang merupakan keterangan Allah SWT tentang Permaisuri Saba' semasa menyuarakan kekhuatiran beliau berkenaan kedatangan Nabi Sulaiman AS, maksudnya: "Dia (Permaisuri Saba') berkata: Sesungguhnya raja-raja apabila mereka masuk ke sebuah negeri, mereka akan merosakkannya, dan menjadikan golongan terhormat di negeri itu terhina. (Hakikat sebenarnya, memang) demikianlah kebiasaannya yang raja-raja itu lakukan!"[Surah an-Naml, QS 27: 34]
Setia dengan kebenaran
Ayat ini adalah satu bentuk tarbiah yang penting dan besar untuk kita garap, hadam dan amalkan dalam kehidupan seharian. Kehidupan ini adalah satu perjalanan dalam mencari dan setia bersama dengan kebenaran. Benar kita berada atas petunjuk apabila kita menerima dan yakin dengan Islam, tetapi terdapat cabaran dan rintangan dalam beramal mengikut ajaran agama Tuhan itu sendiri. Adakalanya kebenaran itu diungkapkan seorang yang dikatakan kafir, tetapi ia diiyakan kerana ia memang benar. Itulah apa yang Allah sebutkan dalam ayat di atas. Bukannya ditolak dengan sangkaan buruk yang ditolak Islam. Firman Allah Ta'ala, maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kamu semua dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa.." [Surah al-Hujurat, QS 49:12]
Siapa Anwar?
Saya secara peribadi bukanlah peminat tegar insan yang mendapat liputan ramai 2-3 hari ini, jauh sekali pembencinya. Namun, nama Anwar tidaklah asing dalam kancah politik tanah air tercinta ini yang dikenang sepanjang zaman.
Seorang yang pernah seketika dahulu menjadi tunjang dan akar dalam gerakan mahasiswa pada zaman mudanya, terutama apabila menjadi presiden Abim (1974-1982), yang mana kemudiannya berijtihad membuat keputusan untuk bersama Umno.
Berkecimpungnya beliau selama 16 tahun dalam parti yang memerintah, memberikan pengalaman yang berharga dalam karier politik beliau. Pernah berjawatan sebagai Timbalan Menteri, Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (1982-1998) banyak mengundang kontroversi terutama terhadap masyarakat bukan Melayu, tidak kurang berkaitan jasa dan sumbangan beliau (walaupun ada perbezaan pendapat) kepada pembangunan modal insan, seperti penghantaran pelajar cemerlang SPM untuk mengambil bidang agama.
Sikap "diktaktor" Tun Dr Mahathir Mohammad ketika memegang jawatan Perdana Menteri melahirkan individu-individu yang membentuk kumpulan yang ingin melakukan perubahan. Ia tidalah lain, melainkan salah satu misi pemberontakan sebagai tindak balas kepada sikap penguasa yang mengawal fikiran masyarakat sehingga individu terkepung dalam kongkongan budaya kolektif yang buruk ini.
Gerakan reformasi di Malaysia yang muncul daripada proses permodenan menemui saat klimaksnya, ketika mana berlaku pemecatan beliau dari kerajaan pada 1998, yang kemudiannya dituduh dengan kes liwat.
Pada ketika itu, gerakan masyarakat madani yang sebelumnya kelihatan kurang menyerlah mula memberikan impak yang agak jelas dengan wujud kerjasama pemimpin masyarakat dengan parti-parti pembangkang yang membentuk Barisan Alternatif (BA) dalam satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-10, yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan BA selain Kelantan kekal di bawah PAS, dan peningkatan kerusi di dewan rakyat daripada 30 ke 45.
Selain itu, sikap beliau yang menjaga hubungan dengan para ilmuan Islam seperti Sheikh Yusuf al-Qaradawi sangat menarik untuk kita muhasabah dalam kehidupan kita. Apakah ustaz dan agamawan hanya untuk kita mendengar ceramah, kemudian kalau persoalan feqah, barulah kita akan hubungi atau tunggu kuliah mereka untuk bertanya. Setakat itukah peranan mereka?
Read More / Baca Lagi >>

Tak Salah: Anwar mungkin tak mohon keampunan kata MP Pas

Posted: 12 Feb 2015 01:55 AM PST


Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad berpendapat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak akan memohon pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, ini kerana sekiranya Anwar berbuat demikian, ia seperti membuktikan bahawa ketua pembangkang itu bersalah di atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

"Saya tak tahu maklumatnya tetapi saya yakin Anwar tidak akan membuat permohonan (pengampunan) kerana ia membawa pengertian seperti dia bersalah," katanya kepada pemberita selepas sidang media di pejabatnya di Shah Alam.

Isu Anwar akan dibawa ke PBB

Posted: 12 Feb 2015 01:54 AM PST

PETALING JAYA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak menolak untuk membawa usul solidariti kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke peringkat masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pengarah Strateginya, Akmal Nasir bagaimanapun berkata pihaknya akan berbincang dengan kartunis Zulkiflee SM Anwar UlHaque sebaik sahaja dia dibebaskan daripada tahanan polis.

"Saya rasa sekarang ini parti sendiri tengah usahakan, kalau kita tengok semalam ada sidang media oleh anak-anak Datuk Seri Anwar mereka lancarkan March to Freedom, usaha itu secara tidak langsung merayu kepada masyarakat antarabangsa.

"AMK tidak tolak kemungkinan tersebut malah peguam yang mewakili Zunar ialah seorang Exco AMK dan beliau sendiri telah berhubung dengan media antarabangsa seperti New York Times dan The Guardians.

"Kalau perlu kita akan bincang dengan Zunar sekiranya kita boleh bawa kes ini lebih jauh ke peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Flashmob solidariti Anwar diadakan esok

Posted: 12 Feb 2015 01:48 AM PST


Nik Nazmi 
PETALING JAYA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menggerakkan pimpinan sayap PKR itu di setiap negeri untuk meneruskan solidariti terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi flashmob yang akan diadakan selepas solat Jumaat, esok.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, himpunan solidariti itu akan dilakukan di masjid-masjid di setiap negeri yang menjadi tumpuan utama.

"Sebagai permulaan, kami menyahut seruan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk berhimpun solidariti (vigil night) di hadapan penjara Sungai Buloh setiap hari yang telah bermula sejak malam semalam.

"Tiga aktiviti utama AMK ialah flashmob, vigil night dan jelajah ceramah," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Hutang 1MDB: Maybank tak terjejas

Posted: 12 Feb 2015 01:37 AM PST

Biarpun enggan mengulas mengenai hutang 1 Malaysia Development Bhd. (1MDB) kerana terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Farid Alias memberi bayangan kumpulan perbankan tersebut tidak akan terjejas akibat isu hutang firma pelaburan berkenaan.
Ini menurutnya, kumpulan tersebut mempunyai modal yang mencukupi selain memiliki asas yang sangat kukuh.
"Saya tidak boleh memberi sebarang komen dan mengeluarkan kenyataan atau data mengenai 1MDB atau mana-mana pelanggan lain.
"Tetapi menjawab sedikit persoalan anda, apa yang boleh saya katakan Maybank melakukan banyak ujian risiko (stress testing), kami melakukan ujian terhadap perkara atau situasi yang khusus dan kami juga melakukan ujian terhadap perkara atau situasi umum.
"Maybank mempunyai modal yang cukup dan kedudukan yang kukuh," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut.
Farid ditemui media di luar Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Pasaran Modal Asean yang dianjurkan Maybank Investment Bank Bhd. dan Bursa Malaysia Bhd.
Terdapat laporan sebelum ini yang memetik sumber sebagai berkata, institusi-institusi kewangan yang memberi pinjaman kepada 1MDB memberi tempoh sehingga 18 Februari ini untuk firma berkenaan membayar hutang berjumlah RM2 bilion yang digunakan untuk membiayai pembelian loji janakuasa pada Mei tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Ananda Krishnan sedia bayarkan hutang 1MDB sebelum tarikh akhir, kata sumber

Posted: 12 Feb 2015 01:33 AM PST

Hartawan Malaysia, T Ananda Krishnan bersedia menyelesaikan hutang US$550 juta (kira-kira RM2 bilion) pinjaman 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata empat sumber yang dekat kepada isu itu.
Dana itu yang portfolio terbesarnya dimiliki oleh syarikat janakuasa gagal membayar pinjaman pada Disember dan firma memberikan pinjaman mahu hutang itu dibayar sebelum kira-kira suku pertama ditutup.
Media tempatan melaporkan tarikh akhir pembayaran hutang itu pada 18 Februari. 
Ananda yang menjual pegangan janakuasanya kepada 1MDB, kini dalam perbincangan bersama syarikat itu menjadi pelabur asas walaupun kelewatan penyenaraian US$3 bilion aset kuasanya. Pinjaman RM2 bilion diberikan oleh bank terbesar negara, Malayan Banking Bhd dan syarikat pinjaman yang lebih kecil RHB Capital Bhd serta dijamin oleh syarikat Ananda, Usaha Tegas, kata mereka yang mengetahui perbincangan itu.
"Bank berkenaan tahu Ananda membayar segalanya yang kini dalam proses," kata salah satu sumber itu. Sumber enggan mendedahkan identiti kerana perbincangan itu adalah sulit. Bank berkenaan tidak menjawab ketika diminta mengulas isu itu.
1MDB juga enggan mengulas dan Usaha Tegas tidak dapat dihubungi. 1MDB yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan pengerusi lembaga penasihatnya mempunyai keseluruhan hutang US$11.6 bilion. – Reuters

Gelagat tweet IGP tarik perhatian dunia

Posted: 12 Feb 2015 01:30 AM PST

Kerancakan ketua polis negara 'mengawal' laman sosial mikro Twitter mengundang perhatian dunia.

Akhbar berpengaruh di Amerika Syarikat, New York Times semalam menyiarkan laporan Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan anggotanya menyiasat seorang kartunis dan dua ahli politik pembangkang kerana didakwa menghasut.

Kelmarin Kartunis Zunar ditahan ekoran satu posting dalam twitternya yang mengkritik hakim Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala dua anggota parlimen pembangkang itu ialah Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan MP Taiping Nga Kor Ming.

Ini ekoran Rafizi mempromosikan kempen Rakyat Hakim Negara di Twitter sebagai membantah tindakan terhadap Anwar, manakala Nga dalam tulisan di Twitter menyebut: "Doa rakyat tidak dimakbulkan. Tiba masanya untuk menentang rejim kejam".

Laporan New York Times menyebut: "Kerajaan selama beberapa dekad telah dituduh menggunakan undang-undang zalim dan kuno untuk meminggirkan dan menakut-nakutkan pengkritiknya.

"Tetapi kes-kes terbaru datang dengan sentuhan moden: pegawai polis tertinggi negara, Khalid Abu Bakar, menggunakan akaun Twitternya untuk mengeluarkan amaran kepada para pengkritik kerajaan dan untuk mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengesan dan menyiasat suara yang menentang," kata laporan itu lagi.

Dr M: I'd quit if I were PM now, and no 1MDB

Posted: 12 Feb 2015 01:21 AM PST

Mahathir: Chinese still supported me despite Anwar's black eye

Posted: 12 Feb 2015 01:20 AM PST

I'm not good at picking successors, says Mahathir

Posted: 12 Feb 2015 01:20 AM PST

Mahathir: I think I am perfect

Posted: 12 Feb 2015 01:19 AM PST

Ketua pembangkang: PAS T'ganu cadang semua jawatan untuk Hadi

Posted: 12 Feb 2015 01:19 AM PST