Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:58 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Petisyen Desak Pembebasan Anwar Dibuat Di Laman Web White House

Posted: 10 Feb 2015 10:44 PM PST


..
KUALA LUMPUR: Sebuah petisyen telah dibuat bagi mendesak pentadbiran Barack Obama mempercepatkan pembebasan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara sebagai polisi utama AS ke atas Malaysia.
Petisyen yang dibuat oleh rakyat Amerika Syarikat, JM dari Alexandria, Virginia, itu menegaskan bahawa Anwar ialah seorang pendokong demokrasi, percaya kepada keadilan Islam dan rakan lama Amerika Syarikat.
Setakat berita ini ditulis, seramai 9,500 penyokong telah menandatanganinya dengan sasaran sebenar sebanyak 100,000 tandatangan menjelang 12 Mac, 2015.
Petisyen yang dibuat beberapa selepas penghakiman itu turut mendakwa Anwar telah disabit dan dipenjarakan atas tuduhan yang direka-reka pada Selasa dan menambah bahawa kenyataan daripada Rumah Putih yang menyatakan kekecewaan negara Uncle Sam itu sahaja tidak memadai.
Petisyen itu telah dibuat di petitions.whitehouse.gov, sebuah laman web yang membolehkan rakyat Amerika untuk membuat petisyen mendesak kerajaan AS dalam pelbagai isu.
Namun tiada jaminan bahawa petisyen itu akan diberi pertimbangan sewajarnya.
Kenyataan di laman web itu menyebut: "Petisyen ini diwujudkan kerana kerajaan mahu mendengar daripada rakyat Amerika.
"Jika petisyen mendapat sokongan yang cukup, kakitangan White House akan menyemaknya, memastikan ia dihantar kepada pakar-pakar dasar yang sesuai, dan diberikan respon rasmi."- Astro Awani

PKR Pertimbang Mohon Pengampunan Diraja Untuk Anwar

Posted: 10 Feb 2015 05:21 PM PST


Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 11:46 PM

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mempertimbangkan pilihan terakhir untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan selama lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya dengan memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dengan barisan peguam suaminya terlebih dahulu.
"Kami akan mendapatkan nasihat barisan peguam untuk mempertimbangkan mengenai pengampunan terhadap Anwar. Ia melibatkan undang-undang... PKR harus memikirkannya dengan teliti. Barisan peguam juga akan berbincang (mengenai pengampunan) dengan Anwar di penjara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, malam Selasa.
Malah, Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang berkata, PKR  akan memfailkan usul mengkritik prilaku hakim Mahkamah Persekutuan di dalam kes liwat kedua itu berhubung keputusan mengekalkan hukuman penjara terhadap Anwar.
Selain itu, beliau turut menggalakkan orang ramai untuk menyertai perhimpunan solidariti di luar Penjara Sungai Buloh bermula malam esok.
Wan Azizah berkata, PKR akan mengadakan solat hajat pada Khamis malam Jumaat ini di setiap cabang parti itu di seluruh negara.
"Keadilan mengecam sekeras-kerasnya penghakiman kes fitnah kedua ini. Kes tersebut jelas menunjukkan satu konspirasi politik yang bertujuan untuk melemahkan kebangkitan rakyat yang semakin hari mengancam kedudukan Umno-Barisan Nasional," dakwanya.
Sementara itu, ditanya sama ada beliau akan bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh, Wan Azizah berkata, masih terlalu awal bercakap mengenai perkara itu sambil menambah kerusi tersebut masih belum dikosongkan.

"Kerusi masih belum dikosongkan... masih terlalu awal," katanya.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya hanya akan mengumumkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebaik menerima surat rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat.

"Dalam tempoh sepuluh hari daripada tarikh kekosongan, SPR akan mengumumkan tarikh-tarikh penting termasuk tarikh bagi mengadakan pilihan raya kecil kerusi tersebut," katanya pada Selasa.

Anwar lucut kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh

Posted: 10 Feb 2015 01:44 AM PST

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini lucut kelayakan sebagai seorang anggota Parlimen berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun setelah menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya tujuh tahun lalu.
Ini adalah kali kedua, Anwar lucut kelayakan sebagai anggota Parlimen setelah didapati bersalah oleh mahkamah dan dihukum penjara melebihi setahun.
Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap sabitan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berusia 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Sebelum ini pada 14 April 1999, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini atas empat tuduhan rasuah terhadapnya.
Anwar, 67, dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang mula bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum keenam pada April 1982 atas tiket Barisan Nasional dengan mengalahkan calon PAS Zabidi Ali dengan majoriti 14,352 undi.
Beliau telah mempertahankan kerusi itu sehingga dijatuhi hukuman penjara pada 14 April 1999, dan kerusi tersebut dimenangi oleh isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya umum ke-10 pada November 1999.
Dr Wan Azizah telah terus mempertahankan kerusi itu sehingga meletak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding kerusi itu dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh pada Ogos, 2008.
Anwar yang dibebaskan daripada penjara pada 2 Sept 2004, tidak dibenarkan berpolitik selama lima tahun berkuat kuasa daripada tarikh pembebasan.
Anwar memenangi semula kerusi itu dengan mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah dengan memenangi majoriti 15,671 undi. - BERNAMA

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar kekal?

Posted: 10 Feb 2015 12:12 AM PST


1.18 tengahari: Peguambela Anwar Ibrahim, Gopal Sri Ram telah memulakan dengan merayu supaya hukuman Anwar Ibrahim dipendekkan kepada tempoh 2 tahun sahaja.

Beliau berhujah dengan alasan Anwar Ibrahim bekas pemimpin kerajaan dan juga merupakan Ketua Pembangkang. Gopal juga menyatakan faktor usia dan kesihatan Anwar Ibrahim.

1.31 tengahari: Gopal menyatakan bahawa tiada alasan yang cukup untuk memanjangkan hukuman terhadap Anwar Ibrahim berdasarkan fakta kes.

1.34 tengahari: Shafee pula menyatakan bahawa Anwar Ibrahim perlu mendapat hukuman penjara maksimum 20 tahun tetapi sebatan tidak perlu kerana faktor usia.

Ini adalah kesalahan yang kedua beliau dan kesan daripada kes ini memberikan impak kepada mental dan masa depan Saiful Bukhari. Malah kes Anwar Ibrahim hendak menyaman Saiful Bukhari juga ditarik balik oleh Anwar sendiri.


Shafee turut merujuk kepada kes Datuk Harun yang sebelum ini tidak mendapat pengurangan dari pihak mahkamah walaupun beliau merupakan bekas pemimpin kerajaan.

1.40 tengahari: Shafee turut menyatakan bahawa Mahkamah melakukan kesalahan serius sekiranya meletakkan kesalahan tersebut kurang daripada 6 tahun. Sepatutnya kesalahan kali kedua ini perlu dihukum dengan lebih keras dan berpatutan dengan keputusan mahkamah seluruh dunia.

1.42 tengahari: Pihak hakim bersetuju untuk membenarkan Anwar memberikan kenyataan kepada mahkamah. Malangnya, Anwar Ibrahim menggunakan peluang tersebut untuk menyatakan bahawa ini adalah konspirasi besar untuk menjatuhkan beliau.

Hakim meminta Anwar Ibrahim untuk berhenti, namun beliau masih meneruskan insiden itu dengan menuduh mahkamah pula terlibat dengan konspirasi tersebut.

Hakim mengambil keputusan untuk meninggalkan kamar mahkamah kerana Anwar Ibrahim gagal untuk mematuhi arahan hakim.

Anwar Ibrahim kemudian menjerit di dalam kamar mahkamah menyatakan bahawa beliau tidak akan berhenti untuk memperjuangkan nasibnya.

Wasabi Oyabun..

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Alahai Poji Bulat ... tak ada isu; Boleh jangka Anwar masuk!!!

Posted: 10 Feb 2015 09:24 PM PST


PMO dah ada dua set untuk siarkan. Baca MD SINI

Kalau masuk, keluarkan yang ini. Kalau lepas, keluarkan satu lagi yang kata semua pihak mesti terbuka terima keputusan dan mahkamah telah jalankan tugas.

Semua orang tahu Anwar masuk. Ikut kes mesti masuk. Ikut deal, keluar. Maknanya PM takde deal, maka dah TENTU MASUK!!!

Baca posting lama tentang khilaf hakim di SINI

Hakim pun 5-0 beb. Campur tiga 0rang di Mahkamah Rayuan 8-0, tolak Hakim Mahkamah Tinggi yang takde telor keputusannya ...

8-1

Abenda nak buat isu????

Baiklah kalau tak puashati juga bebal bebal ni deangan jawapan ini, sebenarnya Saiful Bohari yang tuliskan. DIa dah sedia 7 tahun dulu dengan kenyataan ni.

DIa dah tak sabbar nak siarkan.

Heheheh ... baca kenyataan Saiful:

Keputusan Mahkamah Persekutuan buktikan saya benar - Saiful Bukhari

SELASA, 10 FEBRUARI 2015 - 4:40PM

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar atas tuduhan meliwatnya tujuh lepas, membuktikan beliau berada di pihak yang benar.

Mohd Saiful, dalam blognya http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com, berkata beliau dan keluarganya menghormati keputusan mahkamah hari ini.

"Doa, istiqamah dan sabar selama tujuh tahun. Pada hari ini Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar, dan saya seorang saksi yang 'credible'," katanya dalam blog itu hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful yang ketika itu berusia 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai lima anggota panel hakim, menyampaikan penghakiman itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan.

Mohd Saiful berkata, sejak tujuh tahun lepas, dari mula beliau membuat laporan polis sehinggalah ke saat ini, apa yang beliau mahukan sebagai pengadu dan rakyat di negara ini adalah supaya aduannya terhadap perlakuan Anwar ke atasnya disiasat dan diadili.

"....tidak lebih dari itu. Juga sebagai hamba Allah yang tidak sempurna ini, saya menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal di akhirat nanti," katanya.

Mohd Saiful turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah bersamanya selama ini, secara langsung atau tidak langsung.

- BERNAMA

Hadi inginkan Ketua Umum PR, Mahu Anwar dihukum rejam

Posted: 10 Feb 2015 06:31 PM PST




Kalau undang2 syariah, hudud akan hukum anwar direjam sampai mati. Lecik Hadi ....

Takkan cari masaalah letak Ketua PR seorang peliwat juga

Lepas meeting sama-sam abuat kali terakhir pun, akhirnya PAS tetap mahu jalankan hudud. Tak peduli sama Lim Guan ENg walaupun salam-salam dan nak pura2 baik2 ...

Hadi bolayan, LGE tersengih mau



Cuma pening sikit lani. Nik Amar kata hudud di Kelantan akan ditangguh tapi MB Mat Yaacob kata tangguh.




Tak pahe tak pahe dema ni


PAS tak hadhir penghakiman ekoran perang terbuka Ulamak vs Liberal

Posted: 10 Feb 2015 04:22 PM PST

pasma istana kehakiman

KUALA LUMPUR, 10 Feb- Ketidak hadiran pemimpin utama Pas serta sokongan ahli parti Islam itu menjadi tanda tanya media. Yang kelihatan hanyalah sepanduk Pasma iaitu NGO serpihan Pas.

Jika sebelum ini ketika kes ini masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abdul Hadi dan ulama-ulama Pas turut hadir bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar.

Hanya kelihatan di Istana Kehakiman hari ini ialah pemimpin Pas yang dilihat pro Anwar antaranya, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar dah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd. Samad .

Baca sepenuh SINI






Memetik dari Utusan Malaysia:


Kelangsungan kepemimpinan ulama dalam Pas kini menjadi tanda tanya sele­pas komplot terancang untuk menggulingkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didalangi pemimpin kanan parti itu didedahkan semalam.
Tambah menimbulkan persoalan apabila kumpulan yang dilihat pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dalam perbualan di laman sosial WhatsApp mengesahkan, mereka sudah menguasai lebih separuh daripada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
Malah, nama Ahli Parlimen Kuala Krai yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Mohd. Hatta Ramli telah dikaitkan secara terbuka oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim sebagai penggerak utama usaha menggulingkan Abdul Hadi.
Rentetan dakwaan tersebut, Fadhli hari ini memuat naik di laman sosial Facebook miliknya cetakan skrin perbualan WhatsApp yang didakwa sebagai arahan Mohd. Hatta agar 'menyerang' kumpulan ulama.
"Belasah cepat wei!!," dakwa Mohd. Hatta dalam maklum balasnya terhadap perbincangan yang dipercayai merujuk kepada Pengarah Pilihan Raya Dewan Ulama, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan.
Semalam, Fadhli mendakwa kum­pulan yang diterajui Mohd. Hatta cuba menanam kebencian dalam kalangan ahli-ahli Pas dan masyarakat terhadap Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama dengan memburukkan Abdul Hadi dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/kelangsungan-kepemimpinan-ulama-pas-jadi-tanda-tanya-1.57957#sthash.sSd1KNES.dpuf
Pas digesa menjalankan siasatan terperinci terhadap dakwaan wujudnya komplot jahat dan terancang untuk menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepemimpinan ulama.

Ahli Jawatan­kuasa Kerja Pas Pu­sat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki ber­kata, dakwaan yang dikemukakan Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim itu tidak boleh dipandang ringan kerana membabitkan pemimpin-pemimpin kanan yang menganggotai pasukan gerak saraf parti.

Menurut beliau, siasatan perlu dijalankan terhadap dakwaan yang dilampirkan dengan akuan berkanun serta salinan cetakan skrin perbincangan ahli-ahli pasukan tersebut menerusi aplikasi WhatsApp.

"Bukti-bukti tersebut menggambarkan rancangan dan strategi termasuk untuk memfitnah serta menggulingkan Abdul Hadi, men­sabotaj keputusan beliau dan Majlis Syura Ulama serta melakukan perang psikologi terhadap Istana Selangor.

"Dakwaan ini merupakan satu perkara serius yang tidak boleh ditepis dengan kenyataan mudah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Dewan Pemu­da Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim mendedahkan tentang komplot terancang yang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin kanan Pas dengan matlamat untuk menjatuhkan Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama.

Beliau mendakwa, komplot jahat yang digerakkan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Mohd. Hatta Ramli itu bertujuan menyusun dan merancang untuk menguasai Pas.

Difahamkan, pasukan gerak saraf Pas itu dikendalikan oleh Mohd. Hatta dan Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat Pas, Aiman Athirah Aljundi.

Mohd. Zuhdi yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas menambah, penafian Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tentang kewujudan komplot berkenaan tidak menjejaskan kredibiliti dakwaan yang dikemukakan Fadhli.

"Penafian dua pemimpin kanan Pas itu dilihat seperti 'menutup bangkai gajah dengan nyiru' kerana dakwaan dibuat dalam akuan berkanun dan setiap helai salinan cetakan skrin ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah," ujarnya.

Baca sepenuh SINI

 Dari komen dua penganalisa politik SINI, nampaknya ada serangan oleh pihak Erdogan/Anwarinas yang liberal serta pro Anwar untuk menggulingkan Haji Hadi.

Siapa KETUM baru PR?

Posted: 10 Feb 2015 07:30 AM PST


Someone should make a police report of this bastard!!!

Posted: 10 Feb 2015 05:30 AM PST


Jika Anwar lepas, pasti anggapan kata ada campurtangan

Posted: 10 Feb 2015 03:28 AM PST




Sudahlah USA!!!!

Jawab dulu perihal Guantanamo Bay yg tahan orang tanpa diadilkan di mahkamah.

Ada dua orang Malaysia ditahan.

Kalau sayang keluarga, kenapa buat kerja terkutuk???!!!

Posted: 10 Feb 2015 01:29 AM PST




Kamu boleh tipu cucu kamu sekarang dan ajar dia kata orang jaha nak penjarakan atok.

Namun satu hari kebenaran akan trserlah dan anak itu akan matang untuk sedar dan rasa malu bila tahu bahawa atoknya melakukan perbuatan yang dikutuk Allah!!!

Bertaubatlah Anwar

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


PROGRAM MISI BANTUAN PASCA-BANJIR "KAMPUNG ANGKATKU"

Posted: 09 Feb 2015 11:45 PM PST

Syabas dan terimakasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program 'KAMPUNG ANGKAT KU' di Kampung Manjor, Manik Urai dari 6-8 feb lalu. Dokongan dan sokongan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dalam memulihkan kawasan yang terjejas teruk akibat banjir mesti di teruskan. Maaf atas kelemahan. Ulasan dan komen rakan rakan akan diberi perhatian, khususnya sebagai panduan melaksanakan misi bantuan pasca banjir berikutnya.
Moga usaha kita di berkati Allah.

Mazlan Aliman
Pengarah Program
Presiden Ngo ANAK.
 Abusiraj Almuner
Alhamdulilah Selesai sudah Program Pasca-Banjir "KAMPUNG ANGKATKU" di kampung Manjor Manik Urai Kuala Krai Kelantan sebentar tadi.
Program besar Misi Bantuan Kemanusiaan yang melibatkan beberapa NGO dan badan koperat telah dianjurkan oleh NGO ANAK.
Program yang diadakan selama 3 hari ini bermula 6-8hb Febuari melibatkan seramai 300 orang sukarelawan berjaya menepati matlamat program.

 Antara pengisian program yang diatur adalah menberi sumbangan kepada penduduk kampung,kenduri rakyat,gotong-royong membersih kawasan rumah dan kampung serta membantu membaiki rumah yang telah rosak.
Program yang dianjurkan ini adalah misi bantuan kemanusiaan bukan bermatlamat untuk mendapat sokongan politik maupun meraih undi.jauh sekali niat membezakan fahaman politik bagi menghulurkan bantuan maupun sumbangan.


 Ia adalah usaha kerja amal kebajikan dan tanggungjawap sosial serta tanggungjawap sebagai hamba Allah bagi membantu saudara yang ditimba Musibah.
Kampung Manjor yang terletak di Manik Urai ini adalah diantara kampung yang musnah teruk di landa banjir besar.Pilu dan sedih bila melihat kemusnahan harta benda mereka. Hampir 100 peratus rumah penduduk musnah.




 Program "KAMPUNG ANGKATKU" seterusnya pada awal March akan diadakan di Gua Musang Kampung Limau kasturi...Inshaa Allah kita jumpa di sana.

ISLAM TERAS. NEGARA KEBAJIKAN













Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RINGKASAN PENGHAKIMAN DAN RUJUKAN ALASAN PENGHAKIMAN DARI SUMBER RASMI #anwarverdict

Posted: 10 Feb 2015 06:00 AM PST

Prosecution led by Tan Sri Dato Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah
Defence led by Datuk Seri Gopal Sri Ram
Chief Justice Tun Ariffin:


1) Saiful Bukhari found to be credible witness

2) No impeachment of Saiful B's evidence

3) ‎There were corroborative evidence to support Saiful B evidence (cctv recording, DNA evidence of Anwar, medical experts, lubricant KY used, no scar or tears in Saiful's anus etc)

4) ‎On DNA evidence, Anwar used the items retrieved from lockup he stayed overnight for DNA profiling.

5) ‎DNA of Anwar was not illegally obtained. Even if it was, in law, it was admissible.

6) DNA profiling shows Anwar sodomised Saiful B‎.

7) ‎DNA evidence by prosecution corroborates Saiful's testimony on factum of penetration.

8) DNA evidence was not compromised. No contamination of DNA samples.

9) ‎There is no break in chain of custody. Integrity of samples was not compromised.

10) Defence argument that Anwar's DNA was planted was not sustainable.

11) DNA profile Male Y is Anwar's.

12) Sperm heads observed without tails consistent with Saiful's evidence that he was sodomised few days ago before examination was conducted on Safiul's anus.

13) ‎Prosecution medical/ DNA experts found to be credible.

14) On Anwar's defence of alibi, Anwar submitted 13 alibi witnesses but abandoned it later. In Anwar's unsworn statement, he merely said 'it never happened' Anwar never denied sodomising Saiful.

15) Unsworn statement by Anwar was of little value as it was not tested through cross examination.

16) ‎On political conspiracy raised by Anwar, it was not substantiated by any evidence.

17) Anwar never disputed he was there at the same condominium. He was seen entering car park, elevator etc.

‎18) High Court judge was wrong in acquitting Anwar. High Court imposed 100% test of burden, which was too high.

19) ‎Defence medical experts evidence rejected. They never carried out any practical tests.

20) Compelling evidence ie DNA establish sperm cells of Anwar in Saiful's anus. Anwar failed to cast any reasonable doubt. Prosecution therefore establishes it's case beyond reasonable doubt.

Anwar's appeal dismissed.


By
JR Tey
Shafee & Co

Sumber : http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/02/20-summary-points-of-sodomy2-verdict-by.html#sthash.S4xSRbgu.dpuf

Jika anda mahukan alasan kehakiman dari sumber rasmi, anda boleh ke sini :





SIAPA KETUA PEMBANGKANG SELEPAS ANWAR IBRAHIM? #anwarverdict

Posted: 10 Feb 2015 01:18 AM PST

Berikutan Mahkamah menjatuhkan hukuman kepada Anwar Ibrahim, dia sudah tidak layak menjadi Ahli Parlimen seterusnya jawatan Ketua Pembangkang kosong secara automatik. Berikut adalah senarai ketua pembangkang di Parlimen sejak merdeka.



Berdasarkan senarai di atas, Lim Kit Siang merupakan pemimpin paling lama menjadi Ketua Pembangkang.

Berdasarkan senario ketika ini, ada kemungkinan Azmin Ali dicalonkan wakil PKR untuk jadi Ketua Pembangkang memandangkan Wan Azizah hanya ADUN dan bukannya Ahli Parlimen. Jika diikut kekananan, Azmin Ali adalah orang No.2 selepas Wan Azizah.

Bagi PAS, Presiden parti layak menjadi Ketua Pembangkang. Orang No.2 PAS pula bukanlah wakil rakyat dan secara automatiknya tidak layak.

Bagi DAP pula, selain Lim Kit Siang, anaknya Guan Eng layak menjadi Ketua Pembangkang jika disokong oleh DAP dan PKR. Tambahan pula, DAP merupakan parti yang paling banyak mempunyai kerusi Parlimen iaitu sebanyak 37 kerusi (hilang satu kerusi dalam PRK Parlimen Teluk Intan kepada Gerakan-BN). Manakala PKR dengan 30 kerusi dan PAS dengan 21 kerusi.

Siapakah Ketua Pembangkang selepas Anwar Ibrahim? Sama-sama kita nantikannya.

BULETIN RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 9:50 PTG | Posted in

sumber :-

BULETIN RAKYAT


PERJUANGAN DI TERUSKAN - DS ANWAR

Posted: 10 Feb 2015 12:41 AM PST


PETALING JAYA, 9 FEB: Walaupun menghadapi risiko dipenjarakan, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yakin perjuangan Pakatan Rakyat akan terus menyala tanpanya. "Pilihan untuk saya duduk diam ada, tapi saya tidak pilih itu. Saya tidak bersalah, saya akan terus lawan," tegas Anwar. Difahamkan Anwar Ibrahim telah mendapat tawaran Turki dan United Kingdom untuk tinggal di sana bagi mengelak dirinya dipenjarakan oleh institusi yang disifatkan negara itu mempunyai campur tangan kerajaan. "Mereka pujuk saya, tahukah anda kenapa? "Ini kerana mereka tahu institusi kita ada masalah," beritahu Anwar. Dalam ucapannya Anwar berkata, Malaysia sedang menghadapi masalah perkauman dan ketegangan agama yang meruncing di bawah pemerintahan setengah abad Barisan Nasional. "Adakah kita mahu Malaysia ada Taliban, ISIS dan Boko Haram yang guna agama untuk laksana kezaliman? "Hanya dengan keharmonian agama dan kaum saja dapat selamatkan Malaysia, semua agama (bertanggungjawab) selamatkan Malaysia dari korupsi UMNO," ujar beliau sambil dipersetujui hadirin. Justeru itu, Anwar berkata menjadi komitmen seluruh rakyat untuk ubah sistem bobrok di bawah UMNO. "Kalau harga perjuangan ini adalah penjara, saya bersedia dipenjarakan. "Ini sebenarnya hanya sedikit saja pengorbanan yang saya lakukan. "Tidak ada apa yang dapat halang saya walau kerajaan guna institusi untuk penjara saya dan pimpinan pembangkang yang lain. "Saya sanggup terima apa saja untuk sebuah kebebasan," katanya penuh semangat. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN 

PenangWasabi

0

Posted by Unknown | Posted on 9:45 PTG | Posted in

sumber :-

PenangWasabi


Kes Liwat : Anwar didapati bersalah?

Posted: 10 Feb 2015 12:33 AM PST


PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi memuktamadkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.

Keputusan itu diumumkan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Hukuman penjara lima tahun terhadap beliau dikekalkan, bermula hari ini.

Penang Wasabi..