Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Sarawak sudah, Sekarang Sabah pun ban

Posted: 07 Feb 2015 01:30 AM PST


Lu memang rasis dan suka buat provokasi. Hati banysk hitam. Nama saja pergi gereja.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Umat Islam haram makan ulat mulong?

Posted: 07 Feb 2015 07:44 PM PST


KUCHING - Pada hari Selasa, 4 Januari 2015, Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) secara rasminya telah mengumumkan bahawa memakan ulat sagu (mulong) dan mengambil bahagian dalam acara ritual 'miring' dan kaul adalah diharamkan dan dilarang dalam agama Islam.

Mufti Negeri Datuk Kipli Yassin berkata '' untuk umat islam, ia adalah haram untuk menjalankan upacara 'miring' atau mengikut ritual semasa Pesta Kaul kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan hukuman syarak''. Masyarakat Islam di Sarawak boleh menghadiri upacara tersebut tetapi tidak harus melibatkan diri dalam upacara pemujaan.

Untuk ulat mulong pula, keputusan sudah lama dibuat yang melarang umat Islam daripada memakannya kerana ulat dianggap sebagai suatu yang jijik dalam Islam.

Beliau juga tegaskan bahawa ''kita tidak akan menghalang masyarakat bukan Islam untuk memakannya dan kami juga tidak mengganggu dan akan menghormati budaya mereka. Tetapi, kita sebagai orang islam mempunyai hukum agama yang tertentu dan ini yang perlu diberi perhatian''.

Suara Politik
Belantan

Betul ke Piza daging babi tidak diedar di Malaysia?

Posted: 07 Feb 2015 12:19 AM PST


SHAH ALAM - Syarikat pengedar dan pembekal makanan sejuk beku, Pok Brothers Sdn Bhd, memaklumkan, produk Dr Oetker Ristorante Hawaii Pizza yang mengandungi daging babi tidak diedarkan di negara ini.

Hal itu dijelaskan oleh Ketua Pegawai Operasinya, Alan Pok, yang memberitahu, syarikat itu hanya mengedarkan enam jenis piza sahaja daripada produk Dr Oetker Ristorante, dan kesemuanya bukan berasaskan daging.

Pok turut menegaskan, semua kandungan produk itu dipantau sendiri oleh Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Produk syarikat mereka, kata Pok, mempunyai logo halal antarabangsa yang diiktiraf oleh Jakim. Malah Jakim sendiri sudah berkunjung dan melakukan pemeriksaan ke atas produk piza yang dikeluarkan syarikatnya.

Minggu lalu, tiga keping gambar produk makanan sejuk beku, Dr Oetker Ristorante Hawaii Pizza tersebar di laman sosial. Produk berkenaan didakwa mengandungi daging babi, namun dalam masa sama mempunyai logo halal.

Salah satu gambar yang tersebar menunjukkan dengan jelas nama syarikat Pok Brothers sebagai pengedar.

Suara Politik
Belantan

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:49 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KULIAH TERTANGGUH..USTAZ SAMSURI

Posted: 07 Feb 2015 07:18 PM PST


Mudah-Mudahan Anwar Dipenjara...

Posted: 07 Feb 2015 07:09 PM PST



Tanggal 10 Februari 2015 hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Tarikh itu begitu ditunggu-tunggu untuk melihat sama ada Anwar Ibrahim akan bebas atau didapati bersalah.

Jika bebas, ia adalah peluang terakhirnya untuk berjuang menawan Putrajaya bersama PR dengan imejnya yang sudah dibersihkan tetapi jika didapati bersalah pula, beliau mungkin menghuni penjara sekali lagi.

Bedasarkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara keatas Anwar, jika bersalah, ada kemungkinan hukuman itu akan dikekalkan tetapi ramai juga menjangka lebih berat daripada itu.

Sejak Anwar dipecat daripada kerajaan pada 1998 dan menggerakkan kekuatan pembangkang, isu yang paling utama ialah mengajak rakyat melakukan reformasi dan perubahan.

Jika dilihat apa yang berlaku hari ini, hasrat kepada perubahan itu sudah meresap ke dalam jiwa dan keinginan majoriti rakyat. Hampir semua kelompok masyarakat bercakap tentang perubahan dan yakin dengan adanya perubahan saja negara ini menjadi lebih baik, perangai pemimpin lebih baik dan kekayaan negara diurus dengan lebih baik.

Tidak cukup dengan rakyat biasa, pengundi atas pagar dan penyokong PR yang mahukan perubahan, ahli dan penyokong UMNO juga semakin ramai yang "letih" dengan kerajaan yang ada.

Dalam PRU 13 lalu, memang rakyat telah menunjukkan keinginan untuk berubah. 52 peratus yang menolak kerajaan adalah bukti ke arah itu tetapi BN kekal memerintah hanya kerana sistem pilihanraya yang digunakan dan pecahan kawasan Parlimen yang tidak seimbang.

Menjelang detik 10 Februari dan berhadapan dengan PRU 14 akan datang, isu perubahan sekali lagi menjadi bualan. Ada yang percaya dengan  memenjarakan Anwar menjadikan peluang BN lebih cerah untuk mengekalkan kuasa.

PR dikatakan akan pecah dan tiada lagi lagi pemimpin yang boleh menyatukannya sebagai Anwar berjaya melakukannya selama ini.

Tetapi pemenjaraan Anwar juga menjadikan simpati rakyat lebih tinggi dan perbualan mengenai hukuman itu dan sistem kehakiman tidak terhenti sampai bila-bila. Ia mungkin sama seperti rakyat terus bercakap tentang motif pembunuhan dalam kes Altantuya walaupun mahkamah paling tinggi telah memutuskan Azilah Hadri dan Sirul Azhar bersalah.

Dalam masa yang sama, jika sudah dipenjara juga akan menjadikan UMNO dan BN tidak boleh lagi mempergunakan kelibat Anwar untuk menakut-nakutkan rakyat seperti menggambarkan beliau sebagai ejen Amerika, ejen Yahudi, pejuang plural dan sama rata dalam agama, pro Cina, alat DAP dan pelbagai kaitan yang lain.

Cabaran pertama yang bakal dihadapi oleh UMNO dan BN jika Anwar dipenjara ialah pilihanraya kecil Permatang Pauh serta perbualan antarabangsa mengenai hukuman yang diterimanya. Kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang dihantar ke penjara juga boleh mengundang persepsi negatif seantero dunia mengenai sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi.

Oleh itu, ada juga yang berpendapat, lebih baik Anwar dibebaskan kerana selain isu mengenai dirinya boleh terus didendangkan, perbualan rakyat mengenai ketidakadilan kerajaan dan sistem kehakiman yang didakwa tempang juga dapat dihentikan.

Selain itu, sejarah juga sudah membuktikan bahawa Anwar seharusnya dihadapi secara politik  serta berdepan dan bukannya dengan penggunaan undang-undang atau kehakiman sebagai alatnya.

Apa yang berlaku dalam konteks kebangkitan rakyat hari ini sebahagian besarnya ialah kerana simpati dan penolakan terhadap undang-undang dan kehakiman yang ditekan secara berlebih-lebihan keatas Ketua Pembangkang itu.

Anwar sendiri, walaupun tidak suka dan cuba mengelak untuk ke penjara sekali lagi, lebih-lebih lagi dalam usianya yang semakin tua ketika ini, tetapi tetap realistik dalam konteks perubahan rakyat jika Penjara Sungai Buloh atau Penjara Kajang bakal menjadi kediamannya sekali lagi.

Menurut Anwar, di sebalik pelbagai masalah yang berlaku dalam dalam PR ketika ini, sokongan undi popular 52 peratus itu kekal menjadi milik mereka.

Dengan yakin juga beliau berkata, tentunya berdasarkan simpati yang lebih tinggi, kebangkitan rakyat dan penolakan terhadap penggunaan undang-undang dan kehakiman yang didakwa tidak adil - sokongan undi popular akan meningkat kepada 60 peratus jika takdirnya ke penjara lagi pada 10 Februari ini.

Seiring dengan keinginan rakyat kepada perubahan, penolakan terhadap UMNO dan BN serta kepimpinan Najib Razak yang sudah seperti "lemak tepu" dan tidak mungkin boleh berubah lagi walau sudah kerap dikritik dan ditegur, pemenjaraan Anwar sebenarnya amat baik sekali untuk rakyat.

Hanya dengan keputusan penjara pada 10 Februari ini, kalau boleh lebih berat daripada hukumah lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini, satu-satunya pemangkin yang boleh meletuskan lagi perubahan.

Berbanding Anwar yang lepas bebas, perubahan yang boleh membawa natijah kebaikan kepada rakyat sebenarnya jauh lebih utama dan diharap-harapkan oleh sesiapa saja.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa semoga Anwar tetap ke penjara kerana itulah yang sebenarnya terbaik buat kita semua. (SH 08/02/2015)
wrlr: Ada buruk dan baiknya jika terpenjara.....Kita akan lihat PAS dimana...DAP dimana dan PKR dimana....Adakah Hadi dapat mengepalai PR atau PAS akan dibawa keluar dan berjuang sendirian menentang BN....Kita lihat detik ini...dan aku tidak akan mendoakan musibah untuk orang lain...kerana deritanya berada di penjara hanya tuan tubuh yang memahaminya...Jadi jangan doakan insan lain walau seburuk mana ia....kerana itu adalah pengakhiran hidup bebas di dunia yang sementara ini.... 

JANGAN SESEKALI LEBEL ORANG KAFIR,MUNAFIK, MALAH BERBAGAI LAGI JIKA SENDIRI TIDAK BETUL......

Posted: 07 Feb 2015 07:39 AM PST

Hadi hadir mesyuarat atau tidak ia tidak merubah keadaan....BAIK BELAH...

SUSUPAN PETANG                                                                                         MSO

Abdul Hadi Awang
Esok bagi sesetengah mereka yang menaruh harapan tinggi kepada kelangsungan kerjasama tiga buah parti pembangkang menerusi Pakatan Rakyat mengharap mesyuarat Majlis Pakatan yang dijangka dijudualkan diadakan esok berjalan lancar dan mencapai tujuan diharapkan.

Paling diharapkan mesyuarat itu sempurna dengan dihadiri presiden ketiga-tiga parti pakatan berkenaan; PKR, DAP dan Pas. Katanya sudah hampir setahun mesyuarat majlis pakatan tidak dapat diadakan secara "ideal" apabila presiden Pas Abdul Hadi Awang sering kali absen dengan berbagai sebab dan alasan.

Untuk esok katanya presiden parti agama itu akan hadir. Jaminan untuk beliau hadir diberikan oleh sekurang-kurang dua pemimpin tertinggi parti Pas, Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Mustapa Ali.

Kata Mustapa Ali, Abdul Hadi akan hadir manakala Mohamad Sabu pula berseloka memberi jaminan kehadiran Abdul Hadi itu sebab Abdul Hadi orang Islam. Ertinya jaminan Mohamad yang Hadi akan hadir kerana beliau amanah dan akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya sesuai dengan kepercayaan ajaran agamanya.

Manakala Lim Guan Eng pula awal-awal membayangkan yang mesyuarat esok mungkin tanpa kehadiran Abdul Hadi. Beliau sudah memberi kata dua sekiranya Hadi tidak hadir dia juga tidak akan tidak hadir. Iya, untuk apa beliau hadir atau mesyuarat itu diadakan kalau keputusannya tidak dicapai dengan bulat? Ia membuang masa sahaja disamping memberi model kepada media PB.

Hanya Anwar Ibrahim sahaja yang bersangka baik dengan Abdul Hadi akan hadir kerana baginya mesyuarat esok penting bagi merangka masa depan Pakatan Rakyat sekiranya beliau dipenjara. Anwar nampaknya masih belum serit dengan "politik renyok" Abdul Hadi dan terus mengharap sufaat Abdul Hadi bagi menghidupkan Pakatan Rakyat. Naif sangatkah Anwar kini?

Sebelum ini sudah berlaku kesongsangan dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat. Keputusan yang dicapai mesyuarat itu tidak diakur atau pun dilanggar oleh Abdul Hadi sesuka hatinya. Misalnya dia menyerahkan kepada Mohamad Sabu sebagai mewakilinya dan apabila keputusan dibuat beliau menyanggah begitu sahaja. Beliau boleh menolak keputusan yang tidak dihadirnya seratus peratus.

Kes paling klasik ialah berhubung keputusan dicapai dalam majlis Pakatan Rakyat untuk menggantikan Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail. Mesyuarat sudah sepakat dengan pelan itu. Tetapi malangnya keputusan itu "dirogol" oleh Abdul Hadi dengan tindakannya mahu mengekalkan Khalid sebagai MB. Beliau tidak ada rasa malu untuk membelakang keputusan sebuah majlis.

Tidak cukup itu apa lebih trajis lagi semasa majlis Pakatan Rakyat bermesyuarat membincangkan hal untuk mengganti Khalid dia pula diam-diam berjumpa dengan Khalid Ibrahim dan memberi alasan kenapa dia tidak hadir kerana kononnya tidak ada dalam negeri? Apa lagi tindakan ini kalau tidak boleh dikatakan munafik?

Berdasarkan senario dan kesongsangan itulah mungkin menyebabkan Guan Eng membuat pendirian awal tidak guna hadir mesyuarat majlis Pakatan Rakyat dijadualkan esok sekiranya Abdul Hadi tidak hadir kerana kalaupun mesyuarat itu mencapai konsensus baik sekali pun tetapi ia akan dicabar dan dinafikan oleh Hadi selepas itu.

Katakan esok Abdul Hadi membuang tabiat akan hadir ke mesyuarat berkenaan. Mungkin malam ini ada "wahyu" baru turun dan diterimanya dan dia akan hadir seperti biasa.  Tetapi percayalah kehadiran beliau itu tidak merubah keadaan yang ada hari ini; bahawa sikap acuh tidak acuhnya dan pendirian tidak istiqamahnya kepada Pakatan Rakyat akan berterusan. Dia akan terus menjadi bandut dalam politik Pakatan Rakyat bagi menghibur hati pihak musuh pakatan itu.

Apa yang sudah ternyata hari ini daripada sikap, penerimaan dan ulasan-ulasannya, secara peribadi Abdul Hadi sudah tidak dapat duduk bersama, bukan hanya dengan DAP saja tetapi dengan Anwar Ibrahim juga. Tidak perlu diluruhkan bukti-bukti menunjukkan kejengkilan beliau kepada Anwar dan DAP. Hari ini yang menjadi "hidung tidak mancung dan pipi terjolor" kepada Pas dan Hadi ialah dipihak Anwar. Ada kalanya sikap Anwar ini merendahkan martabatnya sebagai politician ampuh.

Seperti yang saya catatkan dalam posting di bawah itu, sesiapa tidak dapat melindungi yang kononnya Pakatan Rakyat tidak ada masalah, dan masalah dihadapinya berpotensi untuk berpecah. Sesaiapa yang cuba menafikan ianya samalah dengan aktiviti Pak Pandir yang menyembunyikan guni garamnya dalam air itu.

Anwar sendiri mengakui perbalahan dalam Pakatan Rakyat bahaya dan ia perlu ditangani sekiranya pakatan itu mahu terus hidup dan memberi cabaran kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

Ditegaskan kehadiran Abdul Hadi esok (kalau hadir) dalam mesayuarat itu ia tidak membawa perubahan dan kemajuan. Kalau pun dia hadir, ia lebih kepada satu kehadiran untuk beliau menyatakan pendirian tegasnya dan ia boleh menyerabutkan perut. Dan kalau dia hadir esok, kehadiran itu mungkin yang terakhir tidak lagi selepas ini.

Sikap Abdul Hadi terhadap konsensus dalam Pakatan Rakyat ini samalah dengan perangai seorang perempuan tua yang diceritakan dalam Quran yang kerjanya simpul tali kemudian rombak kemudian simpul semula kemudian rombak semula.

Dalam penglihatan saya jalan depan Hadi dengan Pakatan Rakyat sudah tertutup rapat dan gelap. Apa yang berkaca dan bersinar dalam matanya kini ialah bergabung dengan Umno. Sunah politik Allahyarham Mohd Asri Muda yang dikecam suatu masa dulu kini cuba dipraktikan dalam Pas. Hakikat ini hendaknya disedari. Adalah sia-sia mengajak Hadi untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat kerana secara hakikinya jiwa dan hatinya sudah kering untuk Pakatan Rakyat.

Hadir atau tidak esok, ia tidak membawa apa-apa makna kecualilah ia hanya akan menjadi isu sebagai menyambung persoalan sebelum ini mengenai sikap politik hadir yang pelik, tidak istiqamah dan adakalanya kebudak-budakan.

Sejujurnya eloklah para penasihat politik Abdul Hadi menyarankan kepada presiden Pas itu membuat kenyataan terbuka dan terus terang yang beliau sudah "tidak amboh" lagi kepada Pakatan Rakyat tanpa berselindung disebalik tindakan-tindakan politik persis "ombak dilaut sekejap naik sekejap turun" ataupun puyuh yang menyembunykin kepala tetapi ekor terjolor.

Hadi sendiri harus membuktikan kepada umum yang ahli Pas majoritinya masih bersama beliau. Carilah apa juga kaedah untuk mendapat kepercayaan dan sokongan itu. Tidak ada guna "mengelip" di sebalik tiang eletrik. Belajarlah menjadi seorang yang gentlemen yang menempati maksud dalam hadith atau firman yang selalu dibaca sejak berdekad lalu.

Jangan hanya tahu mengingatkan orang jangan cuba pecahkan kapal, sedangkan kita sendiri sedang mengemudikan kapal ke destinasi yang bertentangan dengan kehendak anak-anak kapal? Jujur dan beranilah sebelum kapal dipukul ribut dan karam. Dan para penasihat 20% jangan merobekkan maruah Hadi. [wm.kl.7:20 pm 07/02/15]

Mahathir Tetap Tolak Najib

Posted: 07 Feb 2015 04:13 AM PST



Apabila tersebar dengan meluas gambar Perdana Menteri, Najib Razak bersalam dengan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad di Masjid Negara pada Jumaat lalu, ramai yang mengatakan ianya sebagai bukti hubungan kedua-dua mereka sudah pulih.

Beberapa blog dan akaun media sosial turut menyebarkan gambar tersebut dengan peringatan agar jangan lagi diadu-domba hubungan antara kedua-dua pemimpin itu kerana segala-galanya dikatakan sudah kembali seperti sediakala.

Ada juga yang menghebahkan khabar bahawa atas usaha pemimpin tertentu yang menjadi orang tengah, Mahathir sudah kembali menyokong Najib dan selepas ini tidak lagi melakukan apa-apa kritikan, terutamanya berkaitan ekonomi, pengurusan kerajaan dan  hutang 1MDB.

Dikatakan juga, atas kepentingan UMNO dan BN menghadapi pilihanraya akan datang yang agak kritikal, Najib dan Mahathir akan saling bekerjasama erat selepas ini untuk memastikan kuasa yang selama ini digenggam tidak terlepas ke tangan pihak lain.

Bagaimanapun, hanya sekeping gambar bersalam itu saja yang dijadikan bukti mengenai hubungan yang dikatakan sudah pulih itu.  Baik Najib atau Mahathir, kedua-duanya tidak ada bercakap apa-apa mengenainya.

Sejak mengumumkan penarikan balik sokongannya kepada Najib, Mahathir mula menjadi pengkritik paling lantang dengan antaranya menjadikan hutang 1MDB, kelemahan kepimpinan dan pemberian BR1M sebagai sasarannya.

Soalnya, benarkah hubungan mereka sudah pulih dan ok? Benarkan Mahathir sudah kembali menyokong Najib dan ingin beliau terus menerajui negara ini?

Walaupun tersenyum ketika bersalam dengan Najib di tangga Masjid Negara selepas menunaikan solat Jumaat dan bertahlil untuk mangsa MH370, sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa pada hari tersebut juga Mahathir turut mengadakan pertemuan dengan sekumpulan bekas pemimpin UMNO dan pegawai tinggi kerajaan di pejabatnya di Muzium Kesenian Islam.

Dalam pertemuan tersebut selama hampir dua jam itu, Mahathir dikatakan terus melontarkan kritikannya terhadap Najib dan kerajaan, terutama berkaitan hutang 1MDB. Isu lain yang turut disentuh ialah masa depan UMNO, kedudukan Anwar Ibrahim dan keputusan mahkamah berkaitan pembunuhan Altantuya yang menyabitkan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dengan hukuman mati.

Mahathir tetap  lantang meluahkan kebimbangannya dengan pengurusan ekonomi negara ketika ini, hutang yang kian meningkat serta apa yang berlaku dalam 1MDB yang sudah boleh dianggap sebagai suatu skandal kepada negara.

Secara keseluruhannya, dalam pertemuan itu, Mahathir bukan saja dilihat kekal dengan sifat mengkritik dan menegur terhadap kepimpinan Najib, malah nadanya yang keras juga boleh dikatakan sebagai bukti penolakannya yang tetap sama seperti sebelum ini.

Mahathir tidak berubah sama-sekali pendiriannya sejak beliau mengumumkan tidak lagi menyokong Najib, kata sumber yang mengetahui tentang pertemuan dan perbincangan yang diadakan di Muzium Kesenian Islam itu.

Kata sumber itu lagi, berjumpa,  bersalam dan sama-sama tersenyum tidak boleh dijadikan logik bahawa Mahathir sudah berbaik dan menerima semula kepimpinan Najib kerana yang  dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu ialah berkaitan masa depan negara.

Tidak mungkin dengan isu besar yang dibangkitkan Mahathir selama ini boleh selesai hanya dengan bersalam di tangga masjid saja, tambah sumber itu lagi. (SH 04/02/2015)

Gambar Najib bersalam dengan Mahathir inilah yang dijadikan bukti kononnya hubungan mereka sudah pulih...

Tinggalkan Pakatan kalau tak hadir mesyuarat, kata Pak Samad kepada Hadi

Posted: 07 Feb 2015 03:49 AM PST

1. Pak Samad bukan orang berpolitik. Terguran beliau menunjukkan bahawa ada yang tak kena pada Hadi.

2. Pas mengaku bahawa mereka mempunyai pengikut yang ramai. Tak perlu tunduk pada sesiapa. ini pandangan penyokong ulamak dan juga puak UG.kebanyakkanahli Pas menyatakan bahawa Pas mempunyai jentera yang kuat. Kita mengakuinya.

3.Pengikut UG tidak mahu mengaku bahawa Hadi pernah mengaku mahu  mewujudkan perpaduan dengan Umno..Maka eloklah jika hasrat ini dilaksanakan, Akan adanya penentangan antara pakatan lawan Umno Pas.

4. Elok Pas keluar dari Pakatan Rakyat dibawah Hadi kerana difikirkan membawa lebih membawa  keburukan dari kebaikan dalam Pakatan dan boleh bertanding di semua kerusi DUN atau Parlimen.

5. PASma yang dikatakan parti perosak Pas boleh bergabung menjadi satu gabungan baru menggantikan Pas. Bukan tidak ada perpecahan sebelum ini, dan kita hendak melihat ianya menguji kekuatan Pas dibawah Hadi yang mengakui kekuatan Pas dan boleh berdiri sendiri.

6. Ahli Pas percaya kalah menang adalah kerja Tuhan dan setelah berusaha jika manusia tidak mahu mengikutinya , Pas berserah. Tanpa mengambil kira suasana politik semasa dan tidak pedulikan tentang keadaan masyarakat, Elok dan terbaik buat Pas memutuskan keluar dari Pakatan.


Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak patut berkata mengikut suka beliau menghadiri mesyuarat sedangkan menghadiri mesyuarat tanggungjawab seorang pemimpin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2015. 

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak patut berkata mengikut suka beliau menghadiri mesyuarat sedangkan menghadiri mesyuarat tanggungjawab seorang pemimpin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2015. 


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika enggan menghadiri mesyuarat gabungan tersebut esok, kata Datuk A Samad Said.

Sasterawan negara yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata, Hadi perlu serius memberikan komitmen dalam PR kerana itu merupakan tanggungjawab pemimpin.
"Kamu mahu bergabung tetapi tak nak hadir. Apakah ertinya gabungan itu? Mesti ada rasa rendah diri dan sedikit rasa tolak ansur," kata Samad kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara di Kuala Lumpur hari ini. 


"Kalau tidak mahu ikut, jangan masuk. Duduk di luar saja. Saya fikir kadang-kadang pemimpin ini bermain di celah-celah akhbar. Dengan begitu, dia rasa agak terapung kuasanya.
  "Yang jadi masalah Hadi sahaja. Hadi kata 'jangan dipaksa saya hadir'. Itu bukan paksa, itu tanggungjawab."

Hadi berkata malam tadi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berhak menentukan sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang dijadualkan esok.

Menjawab persoalan yang ditimbulkan pimpinan DAP, selaras dengan resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) Selasa lepas yang mengatakan pemimpin DAP hanya akan menghadiri mesyuarat jika ia dihadiri wakil PAS, Hadi mengatakan dia tidak terikat dengan sesiapa.

"Dia (Lim) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya hadir ke, tidak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.

"Tengok hari mesyuarat inilah, saya hadir ke tidak hadir. Saya tidak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir," katanya.

Samad berkata Hadi menjadi penghalang kepada hubungan dalam PR, sekali gus merencatkan potensi pemimpin berpotensi dalam PAS.

Katanya, sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dipenjarakan, maka kemungkinan besar parti dalam PR akan berpecah.

"Masuk politik perlu memikirkan nasib bangsa yang harus dibaiki. Itu tugas mereka. Bukan untuk memperkekalkan diri kita dalam satu pergolakan kuasa.

"Saya bayangkan PR akan pecah. Lebih-lebih lagi kalau Anwar dipenjarakan. Tidak mustahil PAS akan ada anak gantinya. PasMa boleh menyelamatkan dengan bergabung bersama PKR dan DAP. PAS sendiri akan pecah dua.

"Pasma boleh besar. Ia bukan dikira ramai orangnya tetapi mutu orang yang tahu apa yang diinginkan Malaysia dan orang yang mahu asas gabungan ini tumbuh dengan sihat," katanya merujuk kepada kumpulan pro PR yang lahir daripada PAS Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia.

Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu turut melihat kepimpinan Anwar masih relevan walaupun tidak berupaya mendamaikan pergolakan di antara PAS dan DAP.

Katanya, kredibiliti Anwar dapat dilihat apabila ketua umum PKR itu masih relevan dalam arena politik walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan luar.

"Usia sebenarnya hikmah. Tidak bererti orang tua yang melalui pengalaman yang begitu perit sejak umur 20-an boleh diketepikan saja begitu. Itu andaian bagi orang yang tidak mahu Anwar berada dalam lingkungan kuasa.

"Kehadiran Anwar lebih penting kerana sudah menghimpun semua pengalaman. Dia tahu bagaimana individu itu kaya. Orang begini boleh membetulkan.

"Saya tidak nafi memang ada orang gelojoh. Anwar watak konsisten. Ini watak yang benar-benar setia apa yang diperjuangkan dan mengetahui apa yang dilakukan kalau dia berkuasa," katanya kepada The Malaysian Insider.

Selasa ini, Anwar akan berada di dalam kandang Mahkamah Persekutuan menantikan keputusan rayuan liwatnya yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Pada September 2004, keputusan majoriti 2-1 mahkamah membebaskan beliau dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja daripada tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii bersama Azizan Abu Bakar yang merupakan pemandu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Anwar.

Dalam kes liwat keduanya, Mahkamah Rayuan tahun lalu menjatuhkan hukuman terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana melakukan salah laku seksual terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah unit kondominium di Desa Damansara, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.
Pada 2012, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar atas alasan integriti sampel diragui.

Bagaimanapun, Zabidin menerima Saiful sebagai saksi berkredibiliti. Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari ini akan menentukan sama ada testimoni Saiful mampu membalas ruang-ruang kosong dalam hujah pasukan pembelaan Anwar. – 7 Februari, 2015.

Pertikai proses demokrasi : Nik Abduh sepatutnya lebih bijaksana

Posted: 07 Feb 2015 01:00 AM PST

 Oleh:Pukul Canang


Persoalan terbaharu yang dilontar oleh ahli parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz adakah sistem beraja yang diamalkan Malaysia perlu dimansuhkan demi menjayakan proses demokrasi, sudah tersasar jauh daripada hala tuju politik PAS.

Berkata Nik Abduh: "Anda perhatikan, adakah negara kita perlu menukar sistem beraja demi mencapai keadilan dengan alasan adanya raja, maka keadilan akan terbantut selamanya?

"Jika begitu, kita sudah terlalu jauh merajakan demokrasi dan pilihan raya. Islam menolaknya," kata beliau menerusi catatan di Facebook.

Sejak sekian lama PAS berjuang melalui sistem demokrasi dan mengiktiraf pilihan raya. Belum pernah terjadi seorang ahli parlimen parti itu mempersoalkan sistem pilihan raya atau demokrasi.

Sebelum ini, Nik Abduh juga menggelar ahli politik yang mahukan pilihan raya PBT sebagai ekstremis demokrasi.

Faktanya, tidak wujud erti kata ekstremis dalam sistem demokrasi. Setiap pemimpin dipilih rakyat. Proses pengundian akan terdedah kepada debat dan dalam debat seorang boleh menang atau kalah. Ekstremis tidak suka kepada debat dan sering memaksakan idea mereka ke atas semua orang.

Nik Abduh boleh sahaja tidak suka kepada pilihan raya PBT secara peribadi tetapi tidak boleh mempertikaikan proses pemilihan tersebut yang mana beliau sendiri diangkat sebagai ahli parlimen melalui pengundian. Beliau juga tidak boleh menyamakan tindakan menyingkir raja sebagai ekstrem demokrasi. Di negara Arab yang mengekalkan institusi raja pun banyak negara yang tidak beraja.

Cara lantik pemimpin

Demokrasi adalah satu sistem yang paling mudah untuk melantik pemimpin. Islam juga tidak menghalang pilihan raya dalam mana-mana peringkat sekiranya dengan cara itu pemimpin terbaik boleh dilantik.

Islam pernah berada dalam sistem pemerintahan khalifah selepas zaman para sahabat Nabi Muhammad swt. Namun terdapat sistem yang lebih baik untuk menjamin pentadbiran yang telus pada zaman moden melalui proses pilihan raya umum. Ia juga sesuai diamalkan untuk masyarakat berbilang bangsa seperti di Malaysia. Kaum Cina dan India sebagai minioriti misalnya, perlu diwakili melalui perwakilan yang dilantik secara langsung oleh rakyat.

Sekiranya tidak, akan berlaku ketidak cekapan dan diskriminasi terhadap sesuatu kaum yang membantutkan perkembangan ekonomi. Malaysia bukan negara kaya minyak dan mampu memberi subsidi dalam semua perkara. Rakyat perlu bersaing untuk hidup dan maju.

Amat merisaukan pemikiran generasi pimpinan muda PAS yang berfikir secara berundur ke belakang. Corak pemikiran Nik Abduh hanya boleh ditemui dalam jemaah Tabligh. Tabligh menentang demokrasi kerana percaya falsafah sistem itu akan menjadikan pengikutnya berkiblat kepada Yahudi dan Nasrani.

Tidak mungkin jemaah PAS mahu dibawa ke dalam arus fikiran 'ketinggalan' seperti itu. Di sinilah timbulnya persimpangan antara puak ulama PAS dan puak profesional.

Membelakangkan demokrasi

Ahli PAS yang yakin ulama mampu membimbing mereka ke arah politik yang betul harus memikirkan kembali konsep 'walak tidak berbelah bahagi' mereka selepas wakil puak ulama, Nik Abduh mengeluarkan kenyataan yang membelakangkan konsep demokrasi.

Adakah PAS akan dibawa ke arah yang betul apabila puak ulama ini menguasai jawatan-jawatan penting dalam parti itu pada Muktamar pemilihan Jun nanti?

Inilah persoalan yang sangat sukar untuk dijawab. Setakat ini ulama seolah-olah tidak toleran dengan kritikan rakyat. Sedangkan rakyat itulah yang mengundi mereka dalam PRU lalu. Rakyat hanya mahu PAS melaksanakan janji-janji demokratik yang dimeterai dalam PRU.

Pilihan raya PBT termaktub dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor. Rakyat Selangor yang bertanya bilakah ia akan dilaksanakan dan mengkritik pimpinan PAS sama sekali tidak boleh dipersalahkan. Jika PAS tidak bersetuju dengan pilihan raya PBT maka rakyat akan mengundi parti lain.

Namun adakah PAS akan terus berkeras dengan keengganan itu sekiranya mereka kalah dalam PRU 14 kelak? Berkemungkinan besar ulama sama yang anti demokrasi akan mengubah kebijaksanaan.

Bagi mengelakkan PAS naik turun prestasinya maka perwakilan ke Muktamar kelak wajib berfikiran terbuka dengan mengukuhkan kepimpinan  puak profesional. Sekurang-kurangnya, pendirian puak profesional lebih berjejak di bumi nyata. Mereka menyokong pilihan raya pada semua peringkat kerana mereka diangkat ke kedudukan politik melalui proses tersebut.


Cek RM12j Nong Chik, Chegu Bard sedia berjumpa

Posted: 07 Feb 2015 12:58 AM PST

Oleh: Webmaster


1. pertamanya saya hargai Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin (RNC) memberikan respon terhadap pertanyaan saya mengani imej cek yang bernilai lebih RM12 juta yang saya terima. Saya juga menerima baik pelawaan beliau untuk jumpa dan berbincang. Saya yakin dia punya penjelasan munasabah mengenai cek tersebut malah mungkin banyak lagi perkara lain turut boleh dibincangkan bersama.

2. Bila saya siarkan imej cek bernilai lebih RM 12 juta (yang merupakanhanya sebahagian dari yang diterima) ada beberapa penyokong yang saya tak pasti penyokong parti yang disertai RNC atau penyokong RNC sendiri muncul untuk menyerang saya kononya imej cek tersebut palsu dan sengaja saya cipta.

3. Gambar - gambar tersebut saya terima dari sumber yang tak dikenali namun setelah saya kenal pasti kesahihanya maka dikenalpasti ia benar dan selaku rakyat maka saya ajukan pertanyaan.

4. Akhirnya semalam RNC akui imej cek tersebut benar dan akui itu wang dia. Maka dengan sendirinya mensenyapkan penyokong - penyokong yang bersungguh muncul untuk nyatakan saya menipu dan menfitnah RNC.

5. Cuma kenyataan RNC dalam portal The Malaysian Insider yang dengan nada sedikit angkuh bukan sahaja mengakui wang bernilai lebih RM12 juta itu wang nya tetapi turut menyatakan dia sememangnya kaya malah sejak dari ayahnya sudah punya beratus juta. Seperti biasa bila pemimpin Umno membuat kenyataan pasti bau sentimen perkauman akan ditiup, begitulah juga RNC ketika menjawab isu imej cek bernilai lebih 12 juta miliknya. Dia cuma mengalih perhatian dengan seolah saya anti Melayu dengan menyatakan "salahkah Melayu kaya...?"

6. Wahai RNC, sesungguhnya tidak salah siapa pun baik Melayu ke, Cina ke, India ke, Iban ke atau orang asal ke untuk kaya tetapi selaku bekas menteri, senator dan ahli politik... adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menjawab pertanyaan awam khususnya terhadap harta yang dia miliki.

7. Kerana itulah juga perlunya mewajibkan membuat pengistiharan harta terbuka buat semua menteri dan wakil rakyat... bukan sahaja kakitangan awam sahaja yang perlu istihar harta. Jika dari awal kita istihar harta maka tidaklah menjadi fitnah, sangsi atau salah sangka awam.

8. Akhirnya buat semua menteri yang sombong dan ego dengan harta mereka yang kononya dari kecerdikan dia berniaga, jika kamu tidak mahu dipertikai maka kamu pilihlah nak berniaga kumpul harta kekayaan atau mahu menjadi Menteri yang berkhidmat kepada rakyat kerana akhirnya dilema pertembungan konflik kepentingan tetap akan dipertikaikan.

9. Sekali lagi saya hargai Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin (RNC) memberikan respon terhadap pertanyaan saya mengani imej cek yang bernilai lebih RM12 juta yang saya terima. Saya juga menerima baik pelawaan beliau untuk jumpa dan berbincang. Saya juga ada beberapa pertanyaan susulan berkenaan cek tersebut tetapi pertanyaan terbuka menjadi agak kurang relevan bila RNC sendiri memberikan respon dan sedia berjumpa. Setakat ini saya yakin dia punya penjelasan munasabah mengenainya malah mungkin banyak lagi perkara lain turut boleh dibincangkan bersamademi kepentingan ramai.



Che'Gu Bard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

KERAJAAN BN SILA TURUNKAN HARGA BARANG KAWALAN DAHULU!

Posted: 07 Feb 2015 12:52 AM PST

  Oleh: Webmaster

 Kenyataan Media: Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (PENYEDAR) dalam kajian di lapangan dalam suasana ekonomi negara yang tidak menentu ini dan melihat keadaan yang sediada sekarang ini menunjukkan harga minyak akan terus turun ke satu tahap sehingga USD 40/tong. Peniaga tidak akan menurunkan harga secepat mungkin atas alasan simpanan bekalan yang lama belum habis dan akan menghitung kerugian yang ditanggung ketika kos minyak yang naik secara mendadak tidak lama dulu. Dalam masa yang sama, mereka juga akan mengambil sikap tunggu dan lihat setakat manakah serta berapa lamakah penurunan harga minyak ini akan berterusan di dalam Negara kita.

Mereka juga akan berhujah bahawa, kesukaran untuk mereka menurunkan harga barangan kerana gaji pekerja telah dinaikkan selaras dengan kenaikan kos sara hidup akibat dari kenaikan harga minyak sebelum ini. Apabila gaji seseorang pekerja telah dinaikkan, ianya tidak boleh diturunkan sewenang-wenangnya kerana menyalahi undang-undang Negara.  Malangnya juga, kita tidak mempunyai satu undang-undang yang membolehkan kerajaan menyusun atur  atau menetapkan penurunan harga barangan terutama bahan makanan khususnya.

Untuk itu, kerajaan mesti menunjukkan contoh teladan terlebih dahulu dengan menurunkan harga barangan kawalan seperti gula, tepung dan susu sesuai dengan penurunan harga minyak kini di pasaran dunia. Walaupun Menteri yang terlibat sebelum ini mendesak dan mengarahkan agar restoran, pengusaha bas, teksi dan peniaga ikan untuk menurunkan harga jualan atau perkhidmatan mereka dan keadaan ini agak lucu kerana keadaan ini berpunca dan dikawal oleh kerajaan sendiri. Sepatutnya sebagai seorang Menteri, sebuah kerajaan atau parti yang memerintah, perlu menunjukkan sikap dan perbuatan yang logik sebagai ikutan bagi rakyat seluruhnya.

Penyedar, menyimpulkan bahawa punca kenaikkan harga barangan dalam Negara kita terletak di bahu kerajaan dan yang bertanggungjawab adalah kerajaan yang memerintah dan sewajarnya kementerian yang terlibat perlu mencari mekanisma terbaik yang menguntungkan rakyat dan bukannya membebankan rakyat dan pengguna khususnya. Dan kepada peniaga, mereka cukup tertekan akan suasana yang ada kini kerana beban yang terpaksa mereka tanggung oleh kerana kelemahan pihak lain dan kerajaan dilihat gagal mengendalinya dengan baik dan berkesan. Jesteru, rakyat perlu jelas akan kuasa mereka di dalam urusan jual beli dan tidak tertipu serta menjadi sasaran atas suasana dan keadaan kini yang jelas harga minyak pasaran dunia turun dan mengapa kita perlu bayar lebih!

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:46 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kukuhi gabungan PR, penuhi tanggungjawab

Posted: 07 Feb 2015 09:15 PM PST

Ustaz Ahmad Awang

Saya mengikuti dengan penuh kehairanan dan kebimbangan, perkembangan mutakhir hubungan antara anggota parti-parti Pakatan Rakyat. Ianya kelihatan seolah-olah perbalahan di antara ketiga-tiga parti lebih diutamakan pemimpin-pemimpin tertentu berbanding dengan berbalah dengan Umno/BN!

Sedangkan Umno/BN adalah merupakan musuh bersama (common enemy) yang mana untuk menhadapi mereka, Pakatan Rakyat dibentuk.
Saya tidak tahu samada perbalahan bersama ini ditimbulkan atas sebab adanya agenda tertentu mereka yang berbalah, atau atas sebab mereka menganggap, perbalahan adalah cara terbaik untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Sekiranya mereka berbalah dengan penuh kesedaran perbalahan ini akan merosakkan PR, maka saya anggap mereka gagal memenuhi tugasan mereka sebagai pemimpin yang bijak dan berhemah.
Sebagai pemimpin tanggung-jawab dan kewajipan utama kita, dalam suasana politik semasa, adalah untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Ini adalah kerana usaha membebaskan rakyat dari penindasan dan kezaliman Umno/BN akan hanya mampu dilaksanakan melalui Pakatan Rakyat buat masa ini kerana PR adalah entiti gabungan politik yang mampu mencabar Umno/BN.
Kekuatan PR tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak dan ianya diakui Umno/BN sendiri.

Dan membawa perubahan pemerintahan adalah bukan sekadar harapan dan kehendak tetapi ianya merupakan keperluan rakyat yang amat mendesak. Saya menyeru kepada semua pimpinan PR untuk menumpu kepada usaha mengukuhkan PR dan melalui itu menjadi pembela nasib rakyat.
Rakyat sentiasa dilaga-lagakan Umno/BN melalui fahaman perkauman mereka sehingga rakyat sentiasa dihantui ancaman perbalahan kaum dan ketidak amanan.

Pada tahun 1999 apabila majoriti orang Melayu inginkan perubahan, Umno/BN tanamkan ketakutan di kalangan bukan Melayu dan kekal berkuasa melalui sokongan majoriti bukan Melayu.
Pada 2008 dan 2013, apabila yang bukan Melayu pula inginkan perubahan, Umno/BN pula menakut-nautkan orang Melayu sehingga melalui perasaan ketakutan ini, Umno/BN sekali lagi mengekalkan kekuasaan.

Ini merupakan bukti soal kaum hanya merupakan alat dalam percaturan politik Umno/BN.
Kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan membebaskan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang beragama Islam, dari minda assobiyyah kaumiyyah yang ditolak Rasulullah (SAW). Inilah sebabnya PAS selama ini nak jatuhkan Umno/BN.

Ia itu supaya politik orang Islam tidak lagi berasaskan politik Melayu yang memperalatkan Islam tetapi sebaliknya berasaskan politik Islam yang membela nasib Melayu dan seluruh kaum di Negara kita!
Amat peliklah sekiranya ada yang menganggap PR tidak menguntungkan PAS dan perjuangan politik Islam.

Saya beranggapan demi menyemarakkan kefahaman politik Islam di kalangan ummat Islam, maka PAS akan merupakan pihak yang paling beruntung dengan kekalahan Umno/BN.
Pada masa yang sama, kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan juga bermakna segala kerosakan yang menimpa Negara, dari sudut politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan segala-gala sektor yang lain akan akhirnya dapat dibenteras dan diatasi.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan bermanfaat walau apa keputusan sabitan kes liwat Anwar, kata penganalisis

Posted: 07 Feb 2015 09:09 PM PST

Tidak kira apa jua keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sabitan dakwaan liwatnya pada Selasa ini, pembangkang Pakatan Rakyat (PR) masih mengatasi Putrajaya dalam perang persepsi, kata penganalisis politik.

Jika ketua pembangkang itu dihantar ke penjara, ia akan menjadi titik hitam kepada kredibiliti Putrajaya di mata dunia, kata mereka, menjelang keputusan mahkamah yang paling ditunggu yang memungkinkan kerjaya politik ketua umum PKR itu berakhir.
Anwar di penjara juga mungkin boleh merangsang gabungan itu serta memberi pemimpin baru dan muda untuk bangkit dan mengisi ruang yang ditinggalkan ahli politik veteran, kata mereka.

Sebaliknya, sesetengah penganalisis berpendapat, jika dibebaskan, Anwar terpaksa berdepan sakit kepala cuba menyelesaikan perbezaan pendapat antara DAP dan PAS yang memberi ketegangan pada ikatan pembangkang yang mengancam kewujudan gabungan itu, dan ini akan menutup peluang pemimpin muda untuk berkembang.

Kredibiliti antarabangsa Kredibiliti Malaysia tidak akan banyak meningkat sekalipun Anwar bebas, kata Dr Lim Teck Ghee, memandangkan PR masih boleh mendapat kemenangan moral dengan melabelkan perbicaraan itu bermotifkan politik oleh Barisan Nasional (BN) dan bermatlamat memusnahkan ahli politik veteran itu dan pakatannya.

 "Pembangkang secara keseluruhannya akan peroleh momentum daripada kutukan dalam negara dan antarabangsa terhadap usaha terbaru memenjarakan ketua pembangkang itu," kata pengarah Pusat untuk Inisiatif Polisi.
Lim berkata Putrajaya hilang sentuhan sepenuhnya dan "tidak tahu langsung" sama ada keputusan bersalah terhadap Anwar akan beri penutup atau dunia akan lupa mengenai Anwar.

Sebaliknya, beliau berkata Anwar mungkin menjadi musuh yang lebih menakutkan sebagai 'syahid politik', dengan kesnya dieksploitasi pembangkang dan pengkritik kerajaan yang lain – kedua-duanya dari dalam atau luar negara – sebagai bukti penindasan kerajaan.
Dr James Chin berkata memenjarakan Anwar akan menjejaskan kredibiliti antarabangsa Malaysia, dan ia berlaku pada ketika negara mempengerusikan kumpulan serantau Asean.

Read More / Baca Lagi >>

Membongkar siapa yang menaja Sirul Azhar di Australia ...

Posted: 07 Feb 2015 08:55 PM PST

Pada satu ketika, pesalah yang dijatuhi hukuman mati Sirul Azhar Umar berkata dia tiada wang untuk pulang ke Malaysia. Kini dia menggaji peguam-peguam Australia bagi menghalang usaha ekstradisi.

Jadi dia ada wanglah! Soalnya: Di mana dia mendapat wang bagi membiayai pasukan guaman yang mungkin mencecah ribuan dolar Australia? Ada seseorang membayar untuk pihaknya?

Atau mungkin Sirul dibiayai kumpulan hak asasi di sana yang membantah keras hukuman mati ke atasnya?

Portal The Malaysian Insider melaporkan Sirul akan menentang perintah ekstradisi yang dihadapinya oleh pihak kerajaan Malaysia.

"Pasti akan ada perkembangan menarik tetapi saya tidak akan mendedahkannya sehingga segalanya selesai," ujar peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin.

Beliau menafikan Sirul ditahan kerana melanggar undang-undang imigresen Australia. Kata Kamarul anak guamnya hanya ditahan di pusat tahanan kerana Interpol meletakkan kod merah ke atasnya.

Nampaknya misteri pembunuhan wanita Mongolia akan kekal menghantui Malaysia.

Kes tersebut sampai ke kemuncak apabila Sirul dan Azilah Hadri dijatuhi hukuman mati, tetapi ia tidak akan tamat begitu saja.

Sirul kini nampak punyai wang untuk mempertahankan diri agar dapat kekal di Australia.

Read More / Baca Lagi >>

10 Feb: Selasa Penentu Hala Tuju Politik Malaysia

Posted: 07 Feb 2015 08:52 PM PST

KUALA LUMPUR - Bersalah atau tidak? Selasa ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan oleh Mahkamah Rayuan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, akan tahu sama ada beliau akan meringkuk dalam tirai besi atau bebas.
  
Ini akan terjawab pada 10 Feb ini apabila Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusan yang ditunggu-tunggu berhubung rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya itu, tujuh tahun lepas.
  
Seorang daripada peguam bela Anwar, Ramkarpal Singh Deo semasa dihubungi Bernama berkata pasukan pembelaan "yakin keputusan akan memihak kepada anak guam mereka".
  
Ditanya sama ada pihak pembelaan akan memfailkan semakan terhadap keputusan mahkamah tertinggi itu jika Anwar gagal dalam rayuan akhirnya itu, peguam itu berkata ia akan bergantung pada alasan penghakiman yang mereka perlu teliti sebelum memutuskan untuk memfailkan semakan.
  
Peraturan 137 Peraturan-Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 membenarkan pihak yang kalah untuk memohon semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan.
  
Walaupun Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk menyemak keputusannya sendiri bagi mencegah ketidakadilan dan salah guna proses mahkamah, umumnya ini hanya akan dilaksanakan dalam keadaan amat luar biasa.

Sementara Zamri Idrus yang merupakan peguam pemerhati bagi Mohd Saiful, berkata beliau akan menyerahkan kepada budi bicara mahkamah dalam membuat keputusan berdasarkan autoriti hujahan dan keterangan dikemukakan di mahkamah.
  
Pada 7 November tahun lepas, panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, menangguhkan keputusannya selepas mendengar hujahan daripada 15 peguam yang mewakili Anwar diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Tohmahan kepada 1MDB bermotif politik, niat sabotaj, kata Arul Kanda

Posted: 07 Feb 2015 08:48 PM PST

Tohmahan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilakukan bermotifkan politik dan berniat mensabotaj perniagaan syarikat tersebut, kata Arul Kanda. Ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB itu berkata, kesimpulan itu dibuat ekoran tohmahan berterusan yang dilemparkan kepada 1MDB tidak berasas sama sekali.

 "Sekiranya serangan ini berterusan, ia berpotensi menjejaskan nilai 1MDB dan ini tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa, melainkan mereka yang mendapat keuntungan politik dengan mempertaruhkan kestabilan ekonomi.
 "Kami akan terus fokus terhadap aktiviti perniagaan kami dan berharap individu berkenaan supaya berhenti membuat kenyataan yang tidak berasas dan spekulasi," katanya dalam satu kenyataan disiarkan Mingguan Malaysia.

Arul berkata mereka yang membuat kenyataan tidak berasas terhadap 1MDB tidak mengetahui fakta sebenar. "
Walaupun syarikat berhadapan dengan pelbagai cabaran dari semasa ke semasa, seperti yang dihadapi syarikat-syarikat lain, perniagaan 1MDB disokong asas yang kukuh. "Saya yakin terhadap kemampuan kami untuk menghasilkan nilai yang maksimum daripada aset-aset kami," katanya.

Semalam, PKR menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan siasatan terhadap 1MDB selepas Arul mengesahkan wang berjumlah RM3 bilion dari Pulau Cayman tidak dibawa pulang.
Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli berkata, ini bertentangan dengan kenyataan awal 1MDB yang mengesahkan wang tersebut sudah dibawa balik selepas 1MDB dikecam kerana terlibat dalam urus niaga yang tidak telus di Pulau Cayman.

Read More / Baca Lagi >>

Kepimpinan Najib lemah berbanding Dr Mahathir, kata mufti Perlis

Posted: 07 Feb 2015 07:51 PM PST

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Datuk Seri Najib Razak perlu mengembalikan identitinya sebagai perdana menteri yang mewakili semua kaum di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Februari, 2015.  
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Datuk Seri Najib Razak perlu mengembalikan identitinya sebagai perdana menteri yang mewakili semua kaum di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Februari, 2015.

Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat lambat bertindak, tidak seperti yang ditunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Mufti Perlis itu berkata, jika Najib tidak membaiki corak kepimpinannya, maka tidak mustahil Malaysia akan terus dilanda dengan masalah.
"Ini soal masalah kepimpinan. Najib lambat. Saya suka cara (bekas Perdana Menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad).

"(Sekarang) dekat bertumbuk, baru hendak buat keputusan. Itu pun tidak konkrit, yang (boleh) menggambarkan kepimpinan yang bagus. Kita perlu pemimpin bijaksana, pintar, (dan) tangkas. Saya rasa Najib pada masa ini tidak dapat memimpin dengan baik. "Jika cara kepimpinan begini berterusan, negara tidak akan henti dengan masalah. Jadi Najib (perlu) kemas kini kepimpinannya. Apa yang berlaku dalam negara kini tidak baik," katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian.
Asri berkata, Najib perlu mengembalikan identitinya sebagai seorang perdana menteri yang mewakili semua kaum.
Katanya, apa yang dilihat kini dalam pentadbiran Najib adalah wujud kebocoran dalam aspek pentadbiran kerajaan.
"Najib perlu kembalikan identiti beliau, perlu jadi PM untuk semua.
"Ada majoriti, ada minoriti, ada hak orang Melayu. Lama juga Umno memerintah Tanah Melayu, okey saja, tiada kelemahan dan (tidak) timbul isu-isu begini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Semua kaki bodek sudah tidak relevan dalam UMNO - Khairuddin

Posted: 07 Feb 2015 07:50 PM PST

Semua kaki bodek sudah tidak relevan dalam UMNO - KhairuddinKUALA LUMPUR: Ahli UMNO dinasihat tidak lagi mengamalkan dasar mengampu dan membodek pemimpin tertinggi parti terutama tindakan cuba mempertahankan isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, kenyataan dangkal Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail ‎Kijo yang mahu mematahkan segala agenda jahat yang didakwanya mengenai 1MDB harus difikirkan Ismail sekali lagi.

"‎Saya amat tertarik dengan kenyataan Ismail yang lemah mindanya, kalau hendak mengampu pun berpada-padalah.‎ ‎ "Apa yang Ismail tahu mengenai 1MDB? Jangan hendak menyerbu secara membabi buta. Nanti buruk padahnya.

"Kalangan kaki bodek seperti ini sudah tidak relevan lagi di dalam UMNO. Rakyat pun sudah menyampah dengan pemimpin minda lemah seperti ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Khairuddin mengulas kenyataan Ismail dan beberapa Ketua UMNO bahagian yang ‎mahu bangkit dan mematahkan agenda jahat pihak tertentu yang cuba melakukan sabotaj terhadap ekonomi negara dan 1MDB.

Himpunan Ketua UMNO berkenaa‎n turut berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha membawa negara mengharungi segala cabaran yang bakal mendatang.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS Kuantan desak Dr Hatta Ramli, dan 'konconya' letak jawatan..!!

Posted: 07 Feb 2015 07:03 PM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) Kuantan hari ini mendesak Dr Hatta Ramli dan 'kumpulan konspirasinya' supaya meletakkan kesemua jawatan di dalam parti itu.

Ketuanya Fadhli Ibrahim berkata Dewan Pemuda PAS Kuantan berasakan ahli-ahli PAS perlu sedar tentang kewujudan kerjasama yang ingin menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hadi Awang dan kepimpinan ulama.

"Apa yang membimbangkan kami, keputusan-keputusan yang dibuat PAS adalah didalangi oleh anasir-anasir luar melalui komplot jahat yang digerakkan oleh Dr Hatta Ramli dan kumpulannya," kata Fadhli kepada media di hadapan Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Fadhli berkata kebimbangan ini berdasarkan bukti yang mereka peroleh yang menyatakan komplot ini menguasai lebih separuh Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat sehingga mensabotaj keputusan Parti dan menjadikan Presiden parti tu seperti boneka.
Read More / Baca Lagi >>

KP Pas Kuantan dedah 'dalang' jatuhkan Hadi

Posted: 07 Feb 2015 06:41 PM PST

Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim (dua, kanan) menyerahkan memorandum bantahan dan bukti sabotaj yang didakwa cubaan untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada wakil Pejabat Agung Pas, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN  
Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim (dua, kanan) menyerahkan memorandum bantahan dan bukti sabotaj yang didakwa cubaan untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada wakil Pejabat Agung Pas, di Kuala Lumpur, hari ini. 
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim mendedahkan usaha beberapa pihak dalam Pas sendiri untuk menguasai Pas Pusat dan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau turut menamakan beberapa pemimpin tertinggi Pas Pusat yang didakwa mendalangi perbuatan itu.
"Mereka menubuhkan Pasma serta menyusun strategi untuk memecahbelahkan kesatuan di kalangan ahli Pas dan melakukan 'grand design' untuk menjatuhkan presiden dan kepimpinan ulama.

"Mensabotaj setiap keputusan yang dibuat oleh presiden Pas dan Majlis Syura Ulama Pas yang dilihat tidak selari dengan kehendak pihak-pihak tertentu dalam PR," katanya kepada pemberita di hadapan pekarangan Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Pro UG tuduh Dr Hatta dalang gulingkan Hadi

Posted: 07 Feb 2015 05:55 PM PST

Sekumpulan ahli PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di hadapan Ibu Pejabat parti itu di Kuala Lumpur mendakwa Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli menjadi dalang kepada usaha menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kumpulan yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim itu menuntut Dr Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai agar meletakkan jawatan kerana cuba menggulingkan presiden.

Dengan menaikkan kertas pemidang tertulis "pecat Hatta dan konco-konco" dan "kami dikhianati Hatta Ramli", mereka berhimpun menyambut ketibaan pimpinan PAS yang akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini.
 Pakatan Rakyat (PR) dijadualkan akan bermesyuarat petang ini dan pimpinan ketiga-tiga parti PKR, PAS dan DAP akan hadir ke ibu pejabat parti Islam itu petang ini.

Semalam Norzalilafadli menjemput media untuk hadir hari ini bagi menyerahkan memorandum terbuka bagi mendesak seorang ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat meletakkan jawatan.
Katanya ianya bertujuan mendedahkan nama dan bukti gerakan konspirasi menjatuhkan presiden PAS dan kepimpinan ulama.

Ketika Dr Hatta berhempas pulas di Kuala Krai untuk membantu mangsa banjir di kawasannya, kumpulan ini mendesaknya meletakkan jawatan. Hadi dijangka akan mempengerusikan mesyuarat PAS Pusat pagi ini.

Dr Hatta pernah terlibat dalam mesyuarat pertama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) 31 Ogos tahun lepas di Kota Baru, Kelantan.

Hudud Dapat Beri Keadilan Pada Anwar

Posted: 07 Feb 2015 05:29 PM PST

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan bukan sahaja akan menyelesaikan isu-isu jenayah dan sosial, tetapi juga diharap menjadi wacana kesedaran masyarakat negara ini terhadap keberkesanan hudud.
Malah, ia akan dilihat sebagai wadah mencari keadilan sebenar kepada mereka yang teraniaya oleh kekurangan pada perundangan konvensional, demikian harapan dilontarkan Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

"Misalnya isu tuduhan liwat ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim yang penuh dengan kecurigaan. Sudah bertahun-tahun. Sedangkan beliau akan mendapat keadilan sebenar hanya menerusi hudud. "Jika hudud dilaksana sejak dahulu, sudah tentu Anwar tidak akan dibelengu dengan tuduhan itu secara berulang-ulang dan berpanjangan begini. Sudah tentu juga dia tidak akan menjadi penghuni Penjara Sungai Buluh. Ia soal keadilan.
"Keadilan hudud telah termaktub sejak 1,400 tahun lampau dan secara spontan kita sudah boleh menjangka kes seperti itu pasti ditolak syarak. Berbeza dengan yang dihadapi Anwar sekarang, tiada siapa dapat meletakkan kepastian terhadap keputusan beliau bakal terima," terangnya kepada Harakah, 8 Februari.
Katanya, hanya dengan pelaksanaan hudud akan menghapuskan prejudis dan dogma bohong terhadap perundangan Islam itu.
Menurut beliau, pelaksanaan undang-undang itu nanti sudah pasti dapat menangkis dakyah dilakukan oleh Umno dan mereka yang bersetuju dengannya untuk menakutkan masyarakat bukan Islam di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Politik adalah seni bagi segala kemungkinan – PAS Terengganu

Posted: 07 Feb 2015 05:28 PM PST

Matlamat berpolitik adalah untuk menjaga agama, bukan menggunakan agama untuk kepentingan politik.
Dr Azman IbrahimPETALING JAYA: Pandangan yang berbeza terhadap politik perlu diraikan kerana ia disifatkan sebagai seni segala kemungkinan, akui Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim.
Beliau turut menggambarkan keterbukaannya menerima pandangan segelintir pihak yang melihat politik dari sudut berbeza terutama berhubung beberapa isu yang melanda PR sejak belakangan ini.
Menurutnya, ada yang meluahkan rasa kesal terhadap kemelut PR sehinggakan tidak berminat berpolitik apatah lagi untuk menjadi ahli PAS.
"Saya membaca luahan kawan yang menyatakan kekecewaan mereka terhadap isu politik yang sedang melanda PR sekarang ini sehingga sebahagian mereka mengisytiharkan secara terbuka bahawa mereka tak berminat dengan politik dan tak pernah menjadi ahli PAS walaupun sebahagian mereka menceburi bidang dakwah.
"Saya raikan semua pandangan ini kerana politik adalah seni bagi segala kemungkinan," katanya, lapor Sinar Harian.
Beliau menjelaskan, politik juga berbeza dengan bidang lain contohnya perniagaan yang boleh mengira keuntungan bakal diperoleh, sebaliknya modal yang digunakan dalam politik berkemungkinan hanya boleh dinikmati generasi masa hadapan.
Begitu juga dengan bidang pendidikan katanya, ia tidak bermakna seseorang yang mempunyai ijazah akan mendapat tempat lebih baik berbanding pemegang SPM.
"Kalau ditanya, apakah buku yang perlu kita baca untuk belajar ilmu politik, maka jawabnya terlalu banyak buku tetapi membaca buku belum tentu menjamin kita boleh faham politik.
"Dalam dunia matematik biasa, dua campur dua sama dengan empat tetapi tidak dalam dunia politik. Kadang-kadang hasilnya mungkin lima atau mungkin 'zero'," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di Kuala Terangganu.
Read More / Baca Lagi >>

Konsolidasi Pakatan dalam mesyuarat hari ini menjelang keputusan mahkamah Anwar

Posted: 07 Feb 2015 05:08 PM PST

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (kiri) berjabat tangan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersebelahan dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu semasa Jelajah 'Rakyat Hakim Negara' di Permatang Pauh, Pulau Pinang semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 8 Februari, 2015. 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (kiri) berjabat tangan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersebelahan dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu semasa Jelajah 'Rakyat Hakim Negara' di Permatang Pauh, Pulau Pinang semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 8 Februari, 2015.

Pakatan Rakyat (PR) akan cuba untuk merapatkan barisan dalam mesyuarat pimpinan tertinggi hari ini dan agenda utamanya adalah siapakah yang akan mengetuai gabungan pembangkang itu sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Selasa.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR hari ini juga akan memfokuskan untuk menguatkan gabungan itu selepas 2 daripada parti komponennya, PAS dan DAP berperang dalam media berhubung isu hudud dan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Mesyuarat hari ini diadakan selepas 4 bulan selepas pemimpin kanan ketiga-tiga parti bertemu pada Oktober tahun lepas dan tidak kira apa sekalipun keputusan hari ini, usaha untuk kembali duduk semeja dilihat sebagai satu usaha besar.

Isu berbangkit seperti hudud dan pilihan raya PBT bagaimanapun tidak akan berjaya diselesaikan hari ini, kata sumber PAS. Bagaimanapun, mesyuarat hari ini akan memberikan tumpuan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa yang mampu menamatkan karier politik Anwar.
Sumber memberitahu, isu seperti hudud dan pilihan raya PBT memerlukan masa yang lebih panjang dan masa suntuk kerana keputusan mahkamah kes Anwar lebih mendesak.
Yang bakal menjadi tumpuan hari ini, kehadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sudah lama tidak hadir ke mesyuarat PR termasuk semasa kemelut menteri besar Selangor tahun lepas.
Hadi dijangkakan akan hadir dalam mesyuarat hari ini menjadikan buat pertama kali tahun ini kepimpinan tertinggi PKR dan DAP bertemu secara rasmi dengan rakan PAS mereka tahun ini.
Di sebalik ribut yang melanda di antara parti-parti dalam PR, sesetengah pemimpin optimis mengenai mesyuarat hari ini akan tetapi tidak mahu memberikan sebarang komen.
"Tidak boleh... tunggu sahaja esok, dan bersabar," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Mengenang Tunku: 'Tanah Tumpahnya Darahku' bawa makna besar buat Tok

Posted: 07 Feb 2015 04:53 PM PST

Mengenang Tunku: 'Tanah Tumpahnya Darahku' bawa makna besar buat TokKUALA LUMPUR: Memetik rangkap 'Tanah Tumpahnya Darahku' di dalam lagu Negaraku, cucunda kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman, Datin Sharifah Menjelara Hussein mengakui bahawa lirik lagu kebangsaan itu  memberi makna besar buat nendanya.

Kata Sharifah, 51, semakin dewasa beliau mula mengerti dan berasa lebih dekat dengan makna lagu kebangsaan yang ditulis Tunku pada tahun 1957 itu.

"Ada satu peristiwa yang ketika itu, Tok berusaha membawa makam adiknya Tunku Yusuf yang sudah lama meninggal dunia dan disemadikan di Bangkok pada tahun 1915 ke tanah air. Saya ketika itu tidak mengerti mengapa, Tok bersungguh benar.

"Begitu juga ketika saya masih belajar di England, Tok mengutus surat kepada saya meminta saya pulang ke Malaysia. Kata Tok, "Baliklah ke Malaysia, berkhidmat untuk negara".

"Sekarang saya mengerti, bahawa perkataan 'Tanah Tumpah Darahku' sangat besar maknanya buat Tok. Tok selalu mahu semua ahli keluarga berada di sini dan kekal bersama," cerita Sharifah dalam ucapannya 'Tunku, a voice from the heart' sempena Hari Keputeraan Tunku yang ke 112 tahun di Memorial Tunku Abdul Rahman pada Sabtu.


Kata Sharifah, walaupun nendanya sering dilihat berucap di sana sini, namun di rumah, nendanya tidak  banyak bercakap.

"Tok seorang yang tenang dan banyak menggunakan kata-kata kiasan dalam berbicara. Itu yang lebih besar ertinya dari kata-kata," kata Sharifah yang merupakan anak kepada putera kedua Tunku iaitu Tunku Ahmad Nerang.
Read More / Baca Lagi >>

Legasi Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

Posted: 07 Feb 2015 04:39 PM PST

JIKA Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj masih hidup hari ini, Almarhum akan berusia 112 tahun.

Lahir di kalangan keluarga diraja Kedah pada 8 Februari 1903, Tunku adalah perdana menteri yang pertama, sejak Tanah Melayu mendapat kemerdekaan dari British pada tahun 1957 sehinggalah 1970 apabila beliau melepaskan jawatannya.

Dikenali berperwatakan ceria yang disayangi dan dihormati oleh ramai, Tunku meninggalkan legasi yang masih subur sehingga ke hari ini.

Selamat hari lahir, Bapa Kemerdekaan. Dirimu sentiasa di hati rakyat Malaysia di mana jua berada, selamanya.

Tunku Abdul Rahman

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Tafsir Surah At-Taubah (ayat 120-129)

Posted: 07 Feb 2015 04:22 PM PST

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Pertahankan Ulama' ! Perangi musuh kpd Ulama'

Posted: 07 Feb 2015 04:20 PM PST

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Tegas ! Islam itu agama yang tertinggi

Posted: 07 Feb 2015 04:20 PM PST

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Lari dari kebenaran...Munafik !

Posted: 07 Feb 2015 04:19 PM PST

Mahu jadi pemimpin atau murid sekolah?

Posted: 07 Feb 2015 03:49 PM PST

Amin Iskandar 

Seorang pemimpin itu dihormati kerana kepimpinannya dan bukan kerana dia mahu orang menghormatinya. Apabila seseorang itu menjadi pemimpin, berkelakuanlah seperti seorang pemimpin, hormat akan datang kemudian.
Jika seseorang pemimpin itu sering merajuk, dia tidak mempunyai kualiti kepimpinan dan tidak layak memimpin kerana perangainya seperti murid sekolah.

 Pemimpin yang baik membuat keputusan jelas dan mudah difahami pengikutnya. Jika tidak dapat hadir ke mesyuarat kerana masalah kesihatan atau sibuk di luar negara, hormatilah wakil yang menggantikannya dan bukan menolak keputusan mesyuarat kemudiannya.

Kadangkala, pemimpin tidak baik itu terus kekal berkuasa kerana mempunyai pengikut yang terlalu taksub. Pengikut tidak berani menegur kelemahan pemimpin itu dan tidak berani menggantikannya apabila sampai masanya.

Tambahan lagi, ada pengikut pandai mengipas dan menceritakan perkara-perkara yang sedap didengar untuk seseorang pemimpin itu terus berkuasa.
Pengikut seperti ini sudah pasti akan sayangi pemimpin sebegini walaupun sudah berperangai seperti murid sekolah.

Bagi pengikut seperti ini, lebih lemah seseorang pemimpin itu lebih baik kerana mereka dapat mengawalnya.
 Tidak kurang juga habuan yang bakal diterima.

Apatah lagi jika pertubuhan atau organisasi itu menjadikan agama sebagai ideologi perjuangannya.
Kata-kata atau perlakuan pemimpin itu akan dianggap sebagai wahyu atau arahan tuhan. Sebab itu kebanyakan pemimpin dalam organisasi agama kekal memimpin sehingga akhir hayatnya.

Read More / Baca Lagi >>

“Tunku bangsawan, saya murbawan…UMNO belum bayar sajak saya” - Pak Samad

Posted: 07 Feb 2015 03:37 PM PST


pak_samad


KUALA LUMPUR, 7 FEB: Kenangan Datuk A Samad Said terhadap negarawan Tunku Abdul Rahman lebih menjurus kepada kisah-kisah pahit manis serta sikap pimpinan UMNO yang masih di takok lama.
Sasterawan Negara itu yang mesra dengan panggilan Pak Samad mengenang pertemuannya bersama Tunku pada tahun-tahun 1950-an, dalam forum meraikan tarikh lahir yang sama untuk kedua-dua tokoh nasional itu di sini petang tadi.
Tarikh lahir dua tokoh itu jatuh pada 8 Februari walaupun tahun berlainan;
Pak Samad pada 1932 manakala Tunku Abdul Rahman pada 1903. Roketkini.com yang mewakili DAP mengambil kesempatan ini untuk meraikannya dalam forum 'Tunku dan Pak Samad; Mengenang Negarawan, Meraikan Sasterawan'.
"Perbezaan saya dengan Tunku ialah dia bangsawan, saya ini murbawan.
"Tunku belajar di London, di luar negeri. Saya pula belajar di Singapura, di dalam negeri (sewaktu Singapura dan Malaya di bawah pentadbiran British).
"Dia kuasawan manakala saya sasterawan," ujar Pak Samad, membandingkan dirinya dengan Bapa Kemerdekaan dari golongan bangsawan itu.
Pak Samad kini dikenali sebagai Sasterawan Rakyat apabila beliau memilih untuk berjuang menentang dasar-dasar kerajaan yang dilihat zalim dan tidak mencerminkan Malaysia yang satu waktu dahulu sangat harmoni dan saling menghormati.
Beliau memilih untuk bersama dengan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) walaupun diganggu-gugat oleh kumpulan-kumpulan pro-BN serta daripada pihak berkuasa sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Teliti dahulu hudud sebelum keluar kenyataan - Mahfuz

Posted: 07 Feb 2015 03:34 PM PST

Image (3)
Mahfuz menafikan dakwaan Noor Farida yang menolak hudud dan memberitahu bahawa golongan pedofil akan membanjiri Kelantan sekiranya undang-undang hudud berjaya dilaksanakan di negeri itu dalam sebuah forum 'Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi' sempena ulang tahun Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang kelima. -

Kumpulan Tokoh Melayu (G25) yang terkemuka sepatutnya terdiri daripada orang-orang yang bijak, tetapi kenyataan jurucakapnya, Datuk Noor Farida Ariffin semalam yang menolak hudud menunjukkan hal yang sebaliknya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Noor Farida sepatutnya meneliti undang-undang Islam itu sebelum mengeluarkan kenyataan yang kelihatan bodoh dan bertentangan dengan imej kumpulan yang digelar sebagai G25.
"Dia tidak jelas dengan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan jika dia benar-benar tidak memahami sepatutnya bertemulah dengan mana-mana pegawai kerajaan negeri sebelum membuat kenyataan seperti itu.
Read More / Baca Lagi >>

“Kenyataan Noor Farida serupa dengan Karpal Singh persoal hudud,” kata Khalid Samad

Posted: 07 Feb 2015 03:32 PM PST

khalid samad
Khalid Samad berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25), Datuk Noor Farida Ariffin yang menolak hudud dan memberitahu bahawa golongan pedofil akan membanjiri Kelantan sekiranya undang-undang hudud berjaya dilaksanakan di negeri itu dalam sebuah forum 'Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi' sempena ulang tahun Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang kelima.

Undang-undang Islam diperbuat daripada tiga kategori iaitu hudud, ta'zir dan qisas.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata jika dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu, sekiranya bukti jenayah yang dikehendaki di bawah hudud gagal dipenuhi, kes itu akan di bawah ke peringkat ta'zir di mana bukti konvensional seperti DNA boleh diterima.
"Kenyataan Noor Farida serupa dengan Karpal Singh yang mempersoalkan hudud dan mengatakan bahawa bagi membuktikan sesuatu jenayah seperti kecurian begitu ketat dan ramai pencuri akan terlepas tanpa hukuman.
"Apa yang perlu difahamkan adalah di bawah hudud, hanya enam jenis jenayah disebutkan untuk mewajarkan hukuman yang ketat dan untuk mengelakkan dari ketidakadilan. Sebab itu kita juga mempunyai kategori lain daripada undang-undang ta'zir yang membolehkan penggunaan kaedah saintifik moden dan dengan itu, hukuman yang bergantung kepada kebijaksanaan manusia," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Gejala pedofil berlaku di seluruh Malaysia, bukan hanya di Kelantan – Pakar psikologi

Posted: 07 Feb 2015 03:29 PM PST

gejala pedofil
Gejala pedofil banyak berlaku di seluruh Malaysia dan ia bukan hanya berlaku di Kelantan sahaja.

Pakar Psikologi, Prof. Dr. Fatimah Daud memberitahu pelaksanaan hukum hudud tiada kena mengena dengan golongan pedofil kerana ia merupakan penyakit mental manakala hudud pula merupakan hal spiritual.
Akuinya, gejala pedofil banyak berlaku di seluruh Malaysia dan ia bukan hanya berlaku di Kelantan sahaja.
"Kes pedofil berlaku di seluruh negara. Orang tua suka kepada budak-budak bawah umur untuk tuntutan seks luar tabie sebab nak rasa dara.
"Ini satu gejala 'sex maniac' sebab kejadian ini tidak mengenal belas kasihan kerana hanya mahu memuaskan nafsu mereka sahaja," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Beliau berkata, kes-kes pedofil juga berlaku di kawasan setinggan dan di rumah kebajikan masyarakat.
"Kes yang ada sekarang, saya tengok sendiri seorang budak lelaki berusia sembilan tahun melakukan seks dengan budak perempuan berusia tiga tahun dan ia berlaku di kawasan setinggan dan di rumah-rumah kebajikan termasuk di ibu kota sendiri.
"Saya kesian tengok hal ini banyak terjadi dan orang ramai tidak tahu akan hal ini. Mungkin yang tahu hanya pengawal yang menjaga kanak-kanak itu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ahead of Pakatan leadership meet, sodomy verdict, Anwar says ties must be strengthened

Posted: 07 Feb 2015 03:21 PM PST

(From left) DAP secretary-general Lim Guan Eng, opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and PAS deputy president Mohamad Sabu at a ceramah in Pematang Pauh last night. Pakatan Rakyat leaders are scheduled to meet this afternoon after more than six months to resolve issues such as the public spat between DAP and PAS on hudud and local council elections. – The Malaysian Insider pic by Hasnoor Hussain, February 8, 2015.  
(From left) DAP secretary-general Lim Guan Eng, opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and PAS deputy president Mohamad Sabu at a ceramah in Pematang Pauh last night. Pakatan Rakyat leaders are scheduled to meet this afternoon after more than six months to resolve issues such as the public spat between DAP and PAS on hudud and local council elections. – The Malaysian Insider pic by Hasnoor Hussain, February 8, 2015.

As Pakatan Rakyat leaders prepare to meet at their leadership council meeting this afternoon, opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said it was important that ties among the partners in the opposition coalition be strengthened and not waver in their common struggle.
"I agree with (Selangor Menteri Besar Mohamed) Azmin Ali and (PAS deputy president) Mat Sabu that we must not be derailed from our common policies," he said at a ceramah in Permatang Pauh last night.
Ties among the PR parties have marked by open bickering between DAP and PAS and it is still uncertain whether PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang will attend the meeting after he said no one could force him to be present.

"I hope the meeting will proceed smoothly," Anwar said of the meeting he is expected to chair. He told a crowd of more than 1,000 people at the "Jelajah Rakyat Hakim Negara" mega ceramah in Ampang Jajar Permatang Pauh last night that the relationship among PKR, DAP and PAS was important and must remain strong.
With or without his presence, the ties among them must be strengthened, he said.
"If I end up in prison again, I urge you all to carry the torch and continue with our struggles," he added, ahead of the Federal Court's verdict on Tuesday on his appeal against his sodomy conviction.
The meeting this afternoon is expected to see Anwar, DAP secretary-general Lim Guan Eng and Hadi thrash out contentious issues plaguing the coalition.
It has been months since the top leaders of the three parties met at the PR leadership council, where all important matters are discussed and finalised.
It was reported that no meeting had been called for more than six months and Hadi had been skipping the meeting for more than a year, causing DAP to criticise him and insist that he must attend the meetings.
Of late, Hadi and Lim have been bickering in the media over hudud and local government elections, straining the relationship between the parties that was already fragile over last year's Selangor menteri besar issue.
Hadi had refused to endorse the coalition's candidate, PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, for the MB's post.
Read More / Baca Lagi >>