Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Pelakon lelaki berbogel dengan model wanita

Posted: 06 Feb 2015 09:54 PM PST

05 Februari 2015 1:44 AM

SEGAMAT 4 Feb. – Seorang model dan pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini sekali lagi menggemparkan industri hiburan tanah air apabila gambarnya berbogel bersama se­orang model tersebar di media sosial.
Gambar pelakon lelaki itu berbogel dan sedang duduk bersama seorang model wanita yang hanya memakai seluar dalam, kini menjadi viral dalam WhatsApp dan Facebook walaupun kesahihannya belum dapat dipastikan.
Dipercayai gambar artis lelaki yang berusia lewat 20-an itu di­am­bil kira-kira lima tahun lalu tetapi mula dimuat turun sejak beberapa minggu lalu.
Seorang kakitangan kerajaan di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Zainal, 25, berkata, gambar itu diperolehnya minggu lalu dan kini menjadi viral dalam kalangan rakan dan kumpulan WhatsApp yang disertainya.
Katanya, pada mulanya dia terkejut tetapi selepas diamati gambar berkenaan sangat mirip dengan artis lelaki berkenaan dan perkara itu turut diakui rakan yang lain.
"Saya tidak tahu mengapa gam­bar ini disebarkan sekarang ji­ka betul artis berkenaan yang ku­rang popular terlibat kerana lakonannya tetapi isu-isu panas yang menjadi tajuk berita dirinya sebelum ini.
"Bagi menjernihkan keada­an artis lelaki berkenaan perlu tampil memberi penjelasan atau penafian. Jika tidak bersalah atau dianiaya, segera membuat laporan polis," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sebelum ini, artis lelaki berkenaan yang pernah menjadi pelakon tambahan dalam beberapa filem termasuk satu cerita ala gangster, kini dilihat lebih banyak berlakon sebagai pelakon tambahan dalam drama tempatan.
Malah, beberapa tahun lalu, kisah percintaannya bersama rakan artis wanita yang kini sudah bergelar isteri kepada seorang pengarah terkenal, menjadi isu panas apabila gambar bercium mereka mula tersebar di media sosial.
Selain itu, pelakon lelaki itu pernah dituduh memukul dan mencekik teman wanitanya namun dinafikannya sebelum berpisah dengan teman wanitanya itu.
Zainal berkata, dalam era internet ketika ini, penafian semata-mata tidak dapat membantu sebaliknya perlu disertakan dengan bukti dan perbuatan itu amat memalukan sebagai seorang yang beragama Islam.
Katanya, golongan artis perlu mengetahui batas-batas mereka se­bagai seorang Islam dan menjadi pelakon atau penyanyi bukan tiket untuk bebas melakukan apa sahaja kerana mereka akan menjadi ejen perosak kepada anak muda. - utusan

Zero dari Sabah juara MLM 2014

Posted: 06 Feb 2015 08:59 AM PST


Oleh Ridzuan Abdul Rahman 

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kumpulan Zero yang dianggotai tiga beradik, Mohd Syaiful Doli Sharif (Syaiful), Sharif Kadir (Sharif) dan Sharid Kunal (Atu) muncul juara program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 menewaskan empat peserta lain pada peringkat akhir, malam ini.
Program disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna dan Astro Mustika HD dari Stadium Putra Bukit Jalil, di sini.
Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi.
Tempat kedua dimenangi kumpulan Sepahtu dan membawa pulang RM250,000.
Tempat ketiga menjadi milik Nabil, membawa pulang RM150,000, manakala tempat keempat dan kelima dimenangi kumpulan Shiro dan kumpulan Bocey.
Masing-masing menerima RM50,000 dan RM15,000.
Hadiah disampaikan pelawak veteran Datuk Jamali Shadat manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara.
Barisan juri terdiri daripada Datuk Jalaludin Hassan, Fazura, Taufik Batisah dan Farah Quinn. Format pemarkahan adalah 70 peratus daripada juri dan 30 peratus menerusi undian SMS penonton.



Tiga beradik dari Sabah, juara MLM 2014.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Sampai bila DAP berdiam isu turun harga barang

Posted: 06 Feb 2015 11:30 PM PST


Taktik alih perhatian bila LGE dan Ngeh tertekan

Posted: 06 Feb 2015 08:30 PM PST


Tiadakah opposisi dan blogger Indon mahu jadukan isu jet Presiden?

Posted: 06 Feb 2015 04:13 PM PST



Jet private PM yg jauh lebih kecil sentiasa mahu dijadikan isu oleh pembangkang dan blogger journo.

Agak2nya, Indon yg jauh lebih terbuka dan vocal timbulan tak isu kapalterbang presiden?

Penulis Indon lebih bangang atau lebih matang? Di Malaysia, orang Indon ramai.jadi pembantu rumah dan buruh kasar.

Sapa kata #turunhargabarang tak ada sokongan

Posted: 06 Feb 2015 07:00 AM PST















 


Sampai guna gangster pasai tak mau #turunhargabarang

Posted: 06 Feb 2015 05:00 AM PST



Pasal gangster ini banyak jadi orang tengah tipu duit rakyat tapi salahkan kerajaan ...


Antara yang paling kuat hentam Ismail Sabri pasal pertahankan gangster adalah si babi berikut:




Nak #turunhargabarang biaq betoi-betoi, bukan auta

Posted: 06 Feb 2015 03:04 AM PST




Semua ini bohong saja ... mana ada semua barang RM2. KPDNKK patut ambil tindakan. Iklan bohong.

Saja menipu orang ramai untuk tarik pelanggan. 


TNB sahut #turunhargabarang, peniaga cina DAP bila?

Posted: 06 Feb 2015 01:00 AM PST








Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


HELAH DAP PERMAINKAN PAS DALAM ISU HUDUD?

Posted: 06 Feb 2015 04:21 AM PST

Artikel dari Tranungkite :

DAP yakah ya



Suatu ketika dahulu para pemimpin Pas, presiden timbalan pressiden dan naib naib presiden dan musyidul Am yakin dengan "ya" yang di yakan oleh DAP.

Atas sebab terlalu yakin dengan DAP para pemimpin Pas dalam mana mana ceramah diseluruh Negara mencanangkan bahawa orang china mahukan Islam.

Dan mengatakan penuh mulut, bahawa orang Islam sendiri tak mahu Islam. Atau dengan kata lain orang Islam tolak Islam atas nama tak mahu hudud dilaksanakan di Kelantan dan di Malaysia Amnya.

Mengapa? Kerana para pemimpin pas bukan calang calang orang dalam menilai pemikiran dan tingkah laku orang orang DAP .mustahil tak faham bukti sejarah DAP yang berasal dari PAP Singapura itu.

Sebelum ini pun tindakan beberapa pemimpin kanan DAP telah mem pamerkan ya memang ya tetap tidak.

Contohnya Karpal Singh pernah bertegas dengan kata kata yang berbunyi: "langkah mayatnya dulu jika hendak jadikan Negara ini sebagai Negara Islam.

Mustahil para pemimpin pas terutama sekali yang kanan kanan tak faham dengan kata tidak yang telah diyakan oleh beberapa pemimpin telah menyembunyikan didalam hati masing masing.

Sejak dari dulu lagi jelas dan nyata ya sebenarnya tidak dapat kita lihat dengan mata kepala terang lagi bersuluh dan tergamak mengatakan biar orang china faham dahulu bahru boleh laksanakan hudud.

Yang sangat sedih masih ada para pemimpin yang buta hati mengenali bicarahati orang orang DAP yang diyakan dahulu itu sudah nyata ditidakkan, itu tidak setuju PAS Kelantan melaksanakan hudud.

Penulis tidak tahu kenapa boleh jadi begitu. Nak kata para pemimpin pas sudah dipukau, mustahil kerana mereka golongan bijakpandai Islam di Negara ini yang tidak mudah terpesona dan terperdaya oleh tipuhelah musuh Islam.

Mungkin kerana terlalu bersendirian dalam pilihanraya umum tak menang dan bila bertiga dalam pakatan rakyat mudah dan boleh menang dan memerintah tertutup pintu hati untuk mengena hakikat sebenarnya.

Pada hal hakikat sebenar yang telah dinyatakan dalam Al Quran bahawa yahudi dan Nasrani tidak sekali sekali akan bersetuju dan suka dengan Islam.

Malang sekali telah diawar warkan sedemikian rupa kepada rakyat jelata satu Malaysia bahawa orang china mahukan Islam. Yakah orang china mahu kan Islam. Kini ya itu sudah jadi tidak aitu DAP tak rela hudud dilaksanakan di Kelantan.

Usaha untuk menyakin rakyat jelata satu, yang china mahukan Islam dicanangkan kata kata yang berbunyi: "dah ada orang DAP yang membaca ayat ayat Al Quran".

Apa sudah jadi dengan kempen kempen yang sangat bercanggah dengan lojika yang ya DAP dahulu itu kini ya jadi tidak ya lagi."

Sumber : http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=21130

Pendedahan ini sama seperti yang ditulis oleh blog CinaKawKaw yang mana Melayu di Temasik juga pernah ditipu dengan helah yang sama. Sebelum berkuasa mereka bersetuju, bila dah menguasai, lain pula jadinya. Mungkin anda boleh baca pendedahan tersebut di sini :

http://cinakawkaw.blogspot.com/2015/02/melayu-spore-60an-vs-melayu-penang.html

*Melayu Mudah Cair.....

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:26 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PEMBOHONGAN BN !!!.. Sampai Bila Mahu Tipu Rakyat.. CERITA LAMA, SKRIP BARU...

Posted: 06 Feb 2015 09:14 PM PST

9 TAHUN YG LEPAS, di dlm Dewan Negara telah dinyatakan bhw LebuhRaya Pan Borneo hampir 95.2 PERATUS SIAP !!!.. Tiba2 tahun ini KERAjaan Najib Razak kata 'baru' NAK buat LebuhRaya Pan Borneo Mac ini & dijangka siap tahun 2022..

Kegilaan PENIPUAN apakah KERAjaan yg ada skrg !!!
TAHUKAH ANDA, Lebuhraya Pan Borneo SEPATUTNYA dijangka siap dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), BUKANNYA BARU NAK BUAT DI PENGHUJUNG Rancangan M'sia Ke-10 (2011-2015) !!!

Ismail Sabri salahkan DAP pula berhubung kenaikan harga barang

Posted: 06 Feb 2015 08:09 PM PST

Menteri Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yang berdepan kontroversi berhubung kenyataan boikot peniaga Cina hari ini menyalahkan DAP kerana kenaikan harga barang, selain menggesa rakyat Malaysia melupakan kenyataannya perkaumannya di Facebook minggu lalu.

 Ismail berkata, pembangkang sering menggunakan isu kenaikan harga barang untuk menyalahkan kerajaan.

"Apabila harga barang tidak turun, DAP akan menggunakannya untuk manipulasi rakyat," katanya menjawab dakwaan pembangkang Barisan Nasional (BN) patut disalahkan kerana kenaikan kos kehidupan.

PAS Tidak Akan Sertai Demonstrasi Sokong Anwar kata Mustafa Ali

Posted: 06 Feb 2015 07:53 PM PST

PETALING JAYA: PAS mengesahkan tidak akan menyertai mana-mana demonstrasi menyokong Anwar apabila Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan rayuan kes liwatnya pada Selasa.

"PAS tidak akan turut serta walaupun kami menyokong Anwar. Kami akan serahkan (keputusan) kepada mahkamah," Kata Setiausaha Agungnya Datuk  Mustafa  Ali.

Hal ini disahkan selepas PAS menegaskan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak perlu memberi kata dua kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menghadirkan diri dalam mesyuarat Pakatan Rakyat apabila rekod kehadiran beliau sendiri dipersoalkan.

"Lim juga tidak hadir dalam kebanyakan mesyuarat," kata Datuk Mustafa.

Mustafa berkata Abul Hadi tidak bertanggungjawab untuk menjawab kepada jawatankuasa eksekutif pusat DAP apabila ia melibatkan soalan sama ada beliau akan menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat. Beliau berkata demikian bagi mengulas amaran Lim bahawa mesyuarat Pakatan tidak akan diteruskan pada Ahad sekiranya Hadi tidak menghadirkan diri.

"Presiden PAS akan hadir tetapi bukan kerana desakan DAP," kata Mustafa.
Read More / Baca Lagi >>

Rotan pilihan terakhir mendidik anak.....

Posted: 06 Feb 2015 07:44 PM PST

Isu rotan
KUALA TERENGGANU – Rotan adalah salah satu kaedah untuk mendidik anak-anak, bagaimanapun, ia adalah pilihan terakhir yang boleh digunakan terhadap anak-anak yang telah mumayyiz, iaitu telah pandai membezakan perkara baik dan buruk.

Pegawai Psikologi Unit kaunseling Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Hepa, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Rosni Mohammad berkata, pendekatan mendidik dengan pukulan adalah kaedah terakhir, iaitu setelah semua cara diplomasi tidak berjaya.

"Merotan atau memukul anak bagi tujuan mendidik dan mendisiplinkan anak adalah diharuskan dalam Islam, iaitu ketika anak mula berumur 10 tahun sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun". (Hadis Riwayat Abu Daud).

"Hakikatnya dari segi psikologi, budaya merotan untuk mendidik  yang diamalkan oleh masyarakat timur dalam memberi didikan dan asuhan kepada anak supaya akur serta patuh kepada ibu bapa," katanya.

Beliau berkata, walaupun Islam mengharuskan memukul atau merotan anak bagi tujuan mendidik, ia perlulah dilakukan dengan syarat yang ketat.

"Sekiranya ia kesalahan pertama, ibu bapa hendaklah memberi peluang untuk anak dan memaafkan kesalahan mereka dengan membuat perjanjian tidak mengulangi kesalahan yang sama.

"Ibu bapa juga perlulah memberi kaunseling terlebih dahulu agar anak celik akal kenapa perkara itu salah dan ibu bapa wajib memberikan pemahaman berhubung gaya tingkah laku positif dalam kehidupan mereka," katanya.


Tak boleh pukul anak belum muamyyiz

Rosni berkata, berdasarkan hadis riwayat Abu Daud, tidak boleh memukul anak yang belum mumayyiz, iaitu belum mampu membezakan antara yang baik dan buruk dan jangan memukul anak ketika ibu atau bapa berada dalam keadaan sangat marah.

Katanya, ia dititikberatkan  kerana khuatir ibu bapa tidak dapat mengawal diri dan pukulan akan melampaui batas yang diharuskan syarak, justeru, ibu bapa perlu mengelak daripada memukul kawasan badan yang menyakitkan dan menimbulkan kesan sampingan seperti kepala, muka, dada dan perut.

"Merotan bagi kesalahan pertama seharusnya tidak keras dan tidak memedihkan. Pukulan itu pula hendaklah pada tangan dan kaki menggunakan rotan yang lembut.

Pukulan mendidik cukup sekali atau tidak melebihi tiga kali kepada anak-anak," katanya.

Menurut Rosni, kanak-kanak yang kerap dirotan akan mengalami perasaan trauma apabila berdepan dengan ibu bapa mereka kerana mereka akan menganggap bahawa rotan sebagai satu hukuman kepada mereka bukannya pengajaran.

"Oleh itu, ibu bapa perlu menyatakan sebab mengapa mereka merotan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa merotan disebabkan oleh anak tidak sembahyang ketika berusia 10 tahun.

Read More / Baca Lagi >>

“Tak perlu ragu hak rakyat Malaysia memilih rakyat Malaysia yang lain”

Posted: 06 Feb 2015 07:37 PM PST


WIRA7702


KUALA LUMPUR, 6 FEB: Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata ahli dan pimpinan PAS tidak seharusnya takut jika pilihanraya kerajaan tempatan dikembalikan kerana ia merupakan sebahagian proses dalam negara demokrasi.
Berucap dalam forum Benarkah Pilihanraya Kerajaan Tempatan Akan Hakis Hak Melayu di Mandarin Court Hotel, semalam katanya, rasa takut tersebut seharusnya dibuang jauh dan dibiarkan hanya menyelebungi kelompok ekstremis seperti Perkasa dan ISMA.
"Saya tidak nampak sebarang masalah dalam usaha mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan.
"Mengapa kita perlu meragui hak rakyat Malaysia memilih rakyat Malaysia yang lainnya dalam satu proses pemilihan di dalam Malaysia sendiri?
"Pada saya, pilihan raya kerajaan tempatan merupakan langkah terbaik dalam kerangka demokrasi ke arah akauntabiliti dan ketelusan dalam pentadbiran," katanya.
Tambah Hanipa, PAS sebelum ini bersetuju untuk menghormati polisi bersama dalam Pakatan Rakyat (PR) sebagai prinsip utama yang terkandung antaranya usaha pemulihan pilihanraya kerajaan tempatan.
Sehubungan itu, beliau amat berharap perbezaan pandangan dalam PR berhubung isu ini dapat diselesaikan segera, selok-eloknya pada mesyuarat majlis pimpinan PR, Ahad ini.
"Persoalannya kini adakah kita (PR) benar-benar serius? Jika kita serius mengukuhkan demokrasi, pilihanraya kerajaan tempatan tidak wajar ditolak.
Read More / Baca Lagi >>

BUSTING THE ALTANTUYA BOGEY: If Sirul 'only following orders', who gave the orders - the IGP, AG, Baginda, Najib's aide Musa Safri?

Posted: 06 Feb 2015 07:35 PM PST

BUSTING THE ALTANTUYA BOGEY: If Sirul 'only following orders', who gave the orders - the IGP, AG, Baginda, Najib's aide Musa Safri?
Adolf Eichmann was a German Nazi SS-Obersturmbannführer (lieutenant colonel) and one of the major organisers of the Holocaust. After the war, when he was finally captured, and brought to trial in Israel, it was finally established that "blindly following orders to commit wrong-doing" is against the human conscience and violates human dignity.
For those interested to read more, please read 'Eichmann in Jerusalem: A Report on the Banality of Evil' by Hannah Arendt. The phrase 'the banality of evil', refers to Eichmann's (right) deportment at the trial, displaying neither guilt nor hatred, claiming he bore no responsibility because he was simply 'doing his job' ('He did his duty...; he not only obeyed orders, he also obeyed the law.' p. 135).
Eichmann was found to be guilty of 'murder'.
The Altantuya case and intentionality
In any first degree murder trial, 'intentionality' for the crime committed is an essential component for consideration by the courts.
William Blackstone (citing Edward Coke), in his Commentaries on the Laws of England set out the common law definition of murder, which by this definition occurs: "when a person, of sound memory and discretion, unlawfully kills any reasonable creature in being and under the king's peace, with malice aforethought, either express or implied."

eichmann adolf
The elements of common law murder are:
1. Unlawful
2. killing
3. of a human
4. by another human
5. with malice aforethought.
The words, 'with malice afterthought' define the intentionality requisite for a first degree murder conviction. In Malaysia, such a conviction by the courts always carries a mandatory death sentence.
The lack of 'malice aforethought'
The Free Malaysia Today report of the above case was recorded in the following way: The Court of Appeal had on Aug 23, last year allowed the appeal brought by the two policemen to set aside the 2009 Shah Alam High Court's decision in finding them guilty for the woman's murder and sentenced them to death.
Read More / Baca Lagi >>

Cerai sebelum daftar mualaf: Apa hukum lengahkan seseorang peluk Islam? – Peguam

Posted: 06 Feb 2015 07:25 PM PST

TRP-Datuk Seri Mohamad Hasan-M
Mohamad dan kerajaan Negeri Sembilan disaran berbincang dengan ulama, sebelum menguatkuasakan peraturan individu perlu bubar perkahwinan, sebelum berdaftar sebagai mualaf.

Kerajaan Negeri Sembilan disaran berbincang dengan ulama dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam, sebelum menguatkuasakan dua cadangan peraturan baru berkaitan mualaf dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.
Dua peraturan baru itu adalah seorang bukan Islam perlu membubarkan perkahwinannya yang terdahulu, sebelum dibenarkan berdaftar sebagai mualaf di Negeri Sembilan dan mereka juga perlu membuat akuan berkanun yang menyatakan dia telah memeluk Islam.
Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mengemukakan cadangan itu berkata, proses seorang bukan Islam membubarkan perkahwinannya di Mahkamah Sivil akan mengambil masa agak lama dan membabitkan banyak perkara, antaranya harta sepencarian dan hak penjagaan anak.
"Apakah hukumnya pihak yang melengah-lengahkan seseorang untuk memeluk Islam? Adakah cadangan pindaan itu mendapat pandangan daripada ahli ulama?
"Jika tidak, saya syorkan supaya pihak pentadbir (kerajaan Negeri Sembilan) berbincang dan meminta pandangan ahli ulama berhubung cadangan itu," katanya dipetik Bernama.
Mohamed Haniff yang banyak mengendalikan kes-kes berkaitan perebutan hak penjagaan anak membabitkan mualaf di Mahkamah Sivil berkata, beliau kurang bersetuju dengan cadangan itu, jika kerajaan negeri tidak mengambil pandangan daripada ulama berserta hukum atau nas-nas yang menyokong cadangan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mujahid kecewa keretakan dalam PR

Posted: 06 Feb 2015 06:10 PM PST

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa 
SEJAK kebelakangan ini, isu dalaman yang berlaku dalam PR semakin mendapat perhatian selepas pelbagai isu menunjukkan perbezaan pendapat oleh pimpinan parti komponen, DAP, Pas dan PKR.

Selesai isu di Selangor, terbaru timbul pula perbalahan dan serang menyerang antara pimpinan Pas dengan DAP mengaitkan pelaksanaan pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ikuti temubual Sinar Online dengan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA bagi mendapatkan pandangan mengenai kemelut itu dan ulasan tentang hukum hudud.

Apa perbezaan Pas yang dahulu dengan Pas yang sekarang?

Saya rasa perbezaan itu lebih dilihat kepada usaha Pas untuk menyesuaikan diri. Cuma, apa jua bentuk keadaan Pas sesuaikan diri, dia tidak boleh lari daripada prinsip yang tidak akan berubah dengan berubahnya zaman.

Pertama, prinsipnya parti yang tidak dicap sebagai parti yang perkauman tertentu sebab namanya parti Islam (Pas). Kedua, komited untuk berpegang pada keadilan.

Cuma, saya rasa yang dikatakan berubah itu mungkin kepada situasi-situasi tertentu yang dihadapi dalam dia (Pas) cuba menyesuaikan diri dengan realiti-realiti yang sedang dilalui.

Contohnya, dulu tiada Dewan Himpunan Penyokong Pas. tapi oleh kerana realitinya menuntut supaya Pas ini lebih bersifat terbuka kepada pelbagai kaum, maka ada inisiatif untuk menjadikan Pas 'multiracial'.

Mungkin isu Melayu yang cuba ditunjukkan itu bukanlah ia mengubah dasar kita tapi ia lebih kepada respons terhadap satu pandangan yang mengatakan Pas ini tidak berjuang untuk Melayu dan sebagainya. Cuma cara kita memberi makna kepada perubahan ini, itulah yang kadang kala dilihat adakah ia keluar daripada prinsip atau tidak.

Dalam perjuangan Pas berkenaan hudud, ia seolah-olah dipermainkan oleh DAP yang menentang pelaksanaan hukum itu. Jadi, apa peranan golongan ulama dalam isu ini?

Persoalannya ia bukan ditentang DAP atau dipermainkan DAP. Sejak awal lagi, perkara ini telah dipandang ringan oleh parti Melayu iaitu Umno. Jadi, kalau kita mahu mengambil satu perkembangan, kita jangan ambil yang hujung.

Ada kronologinya, cuma apabila pada tahun 1992 ketika Pas memperkenalkan hukum undang-undang hudud di Kelantan, Umno yang paling kuat menentang. Umno yang tidak memudahkan urusan. Jadi, bagi saya jika kata DAP mempermainkan atau memperkecilkan hudud itu tidak betul.

Saya rasa DAP lebih kepada isu mempertikaikannya dari sudut undang-undang...dari sudut demokratik. Jadi, kita juga harus respons dari sudut demokrasi. Di mana undang-undang yang boleh dan di mana yang tidak boleh.

Jadi, adakah Pas bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada PR supaya hudud itu lebih difahami dan disokong?

Read More / Baca Lagi >>

Hadi putuskan sama ada bentang pindaan hudud kepada majlis PR - Mohd Amar

Posted: 06 Feb 2015 05:51 PM PST


Post Pic

SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menentukan sama ada parti itu perlu membentangkan draf pindaan Rang Undang-Undang Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Ahad ini, kata Timbalan Menteri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
 
"Mesyuarat itu melibatkan Presiden sahaja. Nak bentang atau tidak, itu di atas keputusan Presiden," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Beliau bagaimanapun menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada PKR dan DAP untuk  draf usul itu dibentangkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat. 
 
"Permintaan tiada. Setakat ini memang kita (PAS Kelantan) tidak terima mana-mana permintaan untuk melihatnya," ujar beliau yang juga ahli Jawatankuasa Pusat PAS. 
 
Semalam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa PAS membawa perincian pelaksanaan hudud dan qisas di Kelantan pada mesyuarat gabungan tersebut Ahad ini. 
 
Anwar mendakwa  hasrat PKR dan DAP untuk memgkaji draf pindaan itu sudah disampaikan kepada PAS Kelantan dan PAS Pusat.
 
DAP dan PKR dilihat menentang usaha PAS melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan kerana ia di luar kerangka kerjasama Pakatan Rakyat. 
 
PAS bagaimanapun mendakwa perjuangannya  menegakkan undang-undang hudud di Kelantan bermula jauh sebelum penubuhan Pakatan Rakyat pada tahun 2008.  
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Rakyat perlu cari formula elak perbalahan - Salahuddin

Posted: 06 Feb 2015 05:48 PM PST


Post Pic

SHAH ALAM: Seorang pemimpin kanan PAS mahu Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) pada Ahad ini mencari formula bagi memperkukuhkan kembali gagasan yang dilanda krisis sejak akhir-akhir ini.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, mencari formula itu patut menjadi keutamaan dalam mesyuarat berkenaan apatah lagi dengan hubungan parti dalam komponen Pakatan yang berantakan kerana perselisihan pendapat.
Bagaimanapun katanya, isu-isu berbangkit seperti hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menjadi punca perbalahan terbaru di antara PAS dan DAP, boleh dibincangkan kemudian dalam mesyuarat berkenaan.      
"Mesyuarat Pakatan yang akan ada pada petang berkenaan adalah lebih baik kita fokus kepada perkara umum yang boleh kukuhkan kembali Pakatan Rakyat, bukannya membincangkan perkara yang menjadi pertelagahan pada hari ini yang mungkin kita tak dapat selesaikan dalam jangka masa yang pendek.
"Itu dulu yang kita harus kita cari formula, dan kemudian isu berbangkit itu kita boleh selesaikan kemudian dan kita cuba memperhalusi isu tersebut," ujarnya kepada Antarapos.
Read More / Baca Lagi >>

SAMAN PEMILIK THE EDGE TERHADAP JHO LOW AKAN DEDAHKAN LAGI TEMBELANG 1MDB?

Posted: 06 Feb 2015 04:17 PM PST


Pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong menuntut ahli perniagaan Jho Low berhenti 'pembohongan berniat jahat' terhadapnya dan penerbitan berita di bawah kawalannya. 

Pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong menyerahkan notis kepada ahli perniagaan Low Taek Jho, menuntut Low berhenti "mereka pembohongan berniat jahat" terhadapnya dan penerbitan berita di bawah kawalannya.

Katanya, peguamnya pagi ini menghantar satu surat tuntutan kepada Low, juga dikenali sebagai Jho Low, meminta beliau "berhenti dan menghentikan pembohongan yang dibuat" terhadap The Edge, The Malaysian Insider dan Tong sendiri melalui beberapa blog.

"Saya percaya Low ialah orang yang bertanggungjawab membuat pembohongan berniat jahat dan cerita palsu terhadap The Edge Media Group dan saya, melalui beberapa blog menggunakan platform blog WordPress," kata Tong dalam satu kenyataan hari ini.

Tong, pengerusi eksekutif kumpulan itu, diserang beberapa blog, yang kemudiannya dikesan bersumber dari satu blog, kerana medianya memberi liputan kepada dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dibebani hutang.

The Edge Malaysia melaporkan pada Selasa, blogger malaysianexpose.wordpress.com yang di belakang serangan terhadap Tong dan The Edge Media Group juga di sebalik serangan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan eksekutif bank Datuk Seri Nazir Razak, sambil pada masa sama menulis blog lain yang memuji Low.

Satu persamaan antaranya ialah, kedua-dua The Edge dan Dr Mahathir mendedahkan perkara yang negatif tentang 1MDB.

Blogger yang tidak dikenali itu menggunakan nama umum dan nama pengguna "ahrily90" dan menerusi blognya mengkritik Dr Mahathir sejak Julai lalu.

Bagaimanapun, Low menafikan terlibat dalam serangan terhadap tiga pihak ini, mengatakan dakwaan itu mengarut dan palsu.
Read More / Baca Lagi >>

Telaga minyak kita bakal dikuasai China - Mejar Zaidi

Posted: 06 Feb 2015 04:14 PM PST

Oleh ARIF ATAN
KUALA LUMPUR: Malaysia diingatkan berwaspada dengan ancaman kemaraan peluasan kuasa China yang mendakwa Laut China Selatan sebagai miliknya bahkan memasukkan perairan itu dalam peta rasmi negara terbabit.
Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad, 45, berkata demikian ke tika mengulas sikap Malaysia yang di lihat tidak mengambil se barang tindak an proaktif dalam memelihara hak wilayahnya seperti telah berlaku ke atas Pulau Batu Puteh pada 2008 lalu.
Ditemui di kediamannya di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang, beliau berkata, negara lain seperti Filipina dan Vietnam membantah tindakan provokatif China itu sebaliknya Malaysia hanya berdiam diri. "Sudah berlaku beberapa pertempuran antara Chi na dan Vietnam tetapi Vietnam kalah, bot mereka ditembak. China sekarang ini kuasai pulau-pulau di perairan Vietnam.
"Konflik juga berlaku antara China dengan Filipina dan pada masa sama China mara sudah turun sampai ke perairan Sarawak lantas claim satu beting dipanggil Beting Serupai sebagai miliknya siap buat semacam upacara perbarisan menyatakan kesediaan untuk mempertahankan wilayah itu," ujarnya pada 25 Januari lalu.
Walau bagaimanapun, ujar nya, Panglima Tentera Laut Malaysia menafikan upacara itu berlangsung di beting yang tidak timbul itu sebaliknya mengatakan berlaku di kedudukan 2,000 batu nautika ke utara.
"Beting Serupai itu terletak di kawasan paling cetek. China dah pasak batu tanda sempadan dan tahun lepas hantar beberapa kapal untuk buat semacam upacara perbarisan menyatakan ke sediaan untuk memper tahankan apa yang dianggap miliknya.
"China kata buat upacara tersebut di situ bahkan berita antarabangsa juga me laporkan hal sama tetapi pihak Malaysia menafikan. Sejauh mana siapa yang betul kita tidak pasti," kata nya.
Sehubungan itu, beliau memberi amaran supaya kerajaan tidak mengulang insiden sama yang menimpa Pulau Batu Puteh dengan memberi perhatian serius pada kedaulatan negara di Pulau Pisang yang terletak di perairan Pontian, Johor.
"Kalau China kuatkuasa tuntutannya ke atas Beting Serupai, habislah telaga mi nyak kita jadi milik republik itu. Ramai mungkin pandang remeh pada tuntutan beting dan pulau ini pada hal ini berkait juga ke daulatan perairan sekitar pulau sebab setiap tanah  itu ada wilayah.
"Apa yang saya faham, 17 batu nautika dari pantai dipanggil territorial waters (perairan wilayah) bermaksud batas sempadan, orang lain tidak boleh masuk. Kalau masuk itu ceroboh dan boleh diserang.
"Luar daripada itu dipanggil EEZ atau Exclusive Economic Zone (Zon Ekonomi Eksklusif) sampai 350 kilometer. Maksudnya sesebuah negara itu berhak ambil manfaat tetapi orang lain boleh lalu," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa kaitkan pondok dengan keganasan?

Posted: 06 Feb 2015 04:13 PM PST

Oleh Zulkifli Yahaya
 PASCA peristiwa 11 September 2001, kumpulan Islam yang dikaitkan dengan "keganasan" diperangi habishabisan oleh sekutu Barat yang dipimpin oleh Amerika Syarikat.
Semua kumpulan Islam yang berjuang menggunakan senjata secara automatik dimasukkan dalam senarai pengganas, lalu cuba dihapuskan. Institusi pengajian Islam yang diba ngunkan secara tradisional di seluruh dunia adalah antara yang mendapat perhatian Barat untuk dihapuskan.
Oleh kerana di kebanyakan negara Islam, institusi pengajian Islam tradisional ini tidak dapat dipisahkan dari masyarakat umum, maka ia menjadi kesukaran kepada pihak Barat untuk bertindak. Jalan terbaik Barat ialah mengarahkan bidak-bidak catur mereka, iaitu para pemimpin sekular yang memerintah negara umat Islam itu untuk bertindak.
Selepas peristiwa 11 September juga, Pakistan selaku sebuah negara yang terletak bersempadan dengan negara yang dianggap kubu al-Qaeda menerima tekanan dari Amerika. Kerajaan Pakistan terpaksa akur dengan kehendak Barat, menggeledah pusat pengajian Islam di sana dan menangkap para pelajar asing.
Ada yang terpaksa melarikan diri pulang ke tanah air, sekalipun pemergian mereka ke Pakistan hanya untuk belajar agama dan bukan pergi berperang. Pulang ke tanahair pun tidak selamat, kerana kerajaan yang memerintah tetap kerajaan sekular.
Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanggungjawab mengarahkan penahanan 13 orang pelajar Malaysia yang baru pulang dari Pakistan dipercayai menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ia berlaku dua tahun selepas peristiwa 11 September.
Di Malaysia, tiada dalam catatan sejarah bahawa pusatpusat pengajian Islam yang diasas dan berkembang secara tradisional (pondok) merupakan pusat kegiatan pengganas. Namun agak mengejutkan apabila tiba-tiba Pengerusi Yayasan Pondok 1 Malaysia, Dato' Dr Mashitah Ibrahim telah mengeluar kenyataan perlunya ada undang-undang untuk mengawal pergerakan pondok yang dikatakan berpotensi menghasilkan pengganas militan.
Beliau juga menyatakan tidak ada undang-undang tegas termasuk di bawah kerajaan negeri untuk mengawal pergerakan pondok yang banyak diwujudkan tetapi ada kalanya untuk kepentingan peribadi. Kata beliau juga ada pihak yang cuba mendekati warga pondok bagi menarik mereka menganggotai pasukan "jihad" yang dibimbangi boleh mempengaruhi mereka bagi menyertai pergerakan ala militan.
Read More / Baca Lagi >>

10 Feb: Testimoni Saiful faktor utama penentu nasib Anwar, kata peguam

Posted: 06 Feb 2015 04:08 PM PST

Keputusan kes Liwat II akan ditentukan Selasa ini, dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berisiko kehilangan karier politik beliau sekiranya dijatuhkan hukuman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2015. 
Keputusan kes Liwat II akan ditentukan Selasa ini, dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berisiko kehilangan karier politik beliau sekiranya dijatuhkan hukuman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2015.

Selasa ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berada di dalam kandang Mahkamah Persekutuan menantikan keputusan rayuan liwatnya yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.
Pada September 2004, keputusan majoriti 2-1 mahkamah membebaskan beliau dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja daripada tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii bersama Azizan Abu Bakar yang merupakan pemandu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Anwar.
Dalam kes liwat keduanya, Mahkamah Rayuan tahun lalu menjatuhkan hukuman terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana melakukan salah laku seksual terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah unit kondominium di Desa Damansara, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Pada 2012, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar atas alasan integriti sampel diragui. Bagaimanapun, Zabidin menerima Saiful sebagai saksi berkredibiliti. Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari ini akan menentukan sama ada testimoni Saiful mampu membalas ruang-ruang kosong dalam hujah pasukan pembelaan Anwar.
Peguam Amer Hamzah Arshad berkata, bukti baharu tidak akan diambil kira mahkamah jika hakim mendapati hujah dalam testimoni Saiful tidak boleh dipercayai.
Permaidani
Mahkamah ketika pendengaran rayuan Anwar pada 28 Oktober lalu, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu hakim panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Saiful saksi tidak boleh dipercayai atau tidak mungkin menjadi mangsa liwat.
Terdapat ruang-ruang kosong dalam testimoni Saiful, seperti dakwaannya perlakuan berkenaan berlaku di atas karpet, tetapi bukti berkenaan tidak pernah dipersembahkan ke mahkamah.
Cubaan pihak pendakwaan merujuk kepada permaidani lain, namun ia hanyalah yang digunakan unit kondominium berkenaan dan bukannya lokasi dikatakan kejadian berkenaan berlaku.
Sri Ram juga berkata tidak terdapat bukti membuktikan permaidani itu dipindahkan dari lokasi kejadian berkenaan.
"Jika permaidani itu tidak pernah dipindahkan, jadi perlakuan liwat itu tidak pernah berlaku. Jadi, bukti Saiful tidak boleh dipercayai," kata Sri Ram tahun lepas.
Pelincir sebagai bukti
Salah satu bukti dalam testimoni Saiful adalah tiub pelincir yang didakwa digunakan dalam kejadian berkenaan, yang mana didakwa diserahkan kepada pegawai penyiasat kes, Supritendan Jude Pereira pada 28 Jun 2008. Pereira bagaimanapun memberitahu Saiful supaya menantikannya mengambil pelincir berkenaan keesokan harinya.
Sri Ram berkata, pelincir berkenaan digunakan untuk membantu hubungan seksual antara Anwar dan Saiful, hanya diambil daripada pengadu keesokannya dan ini menimbulkan persoalan mengapa pegawai penyiasat menolak bukti daripada pengadu.
Pelincir berkenaan juga tidak pernah diserahkan sebagai bukti, atau dimaklumkan Saiful dalam laporan polisnya. Bekas pembantu Anwar itu hanya membangkitkannya pertama kali ketika testimoni.
Sri Ram juga berkata, jika jeli pelincir itu digunakan dalam aktiviti liwat tersebut, Saiful sudah pasti tidak akan berasa sakit seperti dikatakannya.
Objek plastik
Pasukan pembelaan turut berkata, dakwaan Saiful seperti dimaklumkan kepada Dr Mohd Osman Abdul Hamid, doktor pertama yang memeriksanya selepas dakwaan liwat dan diserang menggunakan objek plastik oleh VIP di lubang duburnya.
Dr Osman bagaimanapun mendapati, selepas pemeriksaan tidak terdapat bukti penembusan.
Bagaimanapun, pendakwaan tidak pernah memanggil Dr Osman untuk memberikan keterangan – satu lagi kegagalan mendapatkan bukti kes daripada saksi utama, kata pihak pembelaan.
Pasukan pendakwaan bagaimanapun menganggap Dr Osman sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai dan menuduhnya mengubah kandungan laporan perubatan Saiful.
Rantaian bukti
Read More / Baca Lagi >>

Kerana Dekat PRN Sarawak... Lebuhraya Tiada TOL...!!!

Posted: 06 Feb 2015 03:38 PM PST

Nak dekat PRN Sarawak tup2 KERAjaan BN 'bermurah hati' bgtau tiada tol di Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak. BAGAIMANA PULA Lebuh Raya Pan Borneo di SABAH !!!.. Nampak tak 'game' mereka...

Macai BN tahu tak sepatutnya kita TIDAK PERLU BAYAR TOL PLUS SELEPAS 2018.. 

Tiba2 'penyangak duit rakyat-KRONI' UMNO/BN melanjutkan lagi tempoh konsesi PLUS sehingga 2038..


Selagi BN memerintah selagi itulah rakyat yg tanggung segala2nya.... Syabas pengundi BN, janji rakyat disuapkan duit2 BR1M... Syukur !!!

Bukan Cina, Bukan Melayu.. tetapi puak Politikus sebenarnya yang RASIS

Posted: 06 Feb 2015 07:50 AM PST

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Menjadi viral video Ustaz Kazim Elias kritik bangsa cina. Beliau sendiri sudah buat laporan polis sebelum orang lain buat apabila mengetahui video tersebut tersebar.
2) Dalam video tersebut, secara ringkasnya beliau mengherdik orang Cina yang mempersoalkan ketuanan Melayu. Orang melayu jadi askar, jadi bomba, jadi cleaner bergadai nyawa menjaga keamanan, sedangkan orang Cina bersukaria dikelab-kelab malam, minum arak dan sebagainya.
3) Ustaz Kazim Elias menggambarkan bahawa orang Cina seolah-olah menjadi tuan disebabkan kebaikan orang Melayu bertolak ansur memberi Tanah, memberi kerakyatan, dan sebagainya.
4) Orang Cina melihat isi video itu sebagai perkara yang ofensif dan menghina kaum Cina. Dengan cepat mereka melabel Ustaz Kazim Elias sebagai rasis.
5) Saya Nampak ada kebenaran kata-kata Ustaz Kazim Elias, tetapi sangat tidak tepat jika ditujukan kepada seluruh kaum Cina. Maka Cina yang tidak bertepatan dengan contoh yang diberi oleh Ustaz Kazim akan bangun menentang kenyataan tersebut.

6) Jika pun hanya 5 % orang Cina memprotes, ia sudah cukup untuk menghuru-harakan keadaan. Orang Cina ada berapa juta dalam Negara kita? katakana ada 5 juta. 5% daripada 5 juta = 250ribu orang yang memprotes.
7) Mereka tampil membuat kenyataan balas yang saya selalu sebut reverse Rasism. Orang Cina bayar cukai itu dan ini, dan pembayar cukai terbesar dalam Negara, tetapi biasiswa dan bantuan kerajaan semuanya dapat kepada bumiputera.
8 ) Orang Cina memajukan Negara dalam pelbagai sector, tetapi Cina menjadi seolah-olah warganegara kelas kedua. Di mana adilnya?
9) Melayu akan jawab balas, kami sudah kasi Tanah, kerakyatan, jawatan politik dan macam-macam lagi, tarak cukup kaaa?!
Read More / Baca Lagi >>

Bekas CEO Tekun Disiasat Kes Rasuah, Pecah Amanah

Posted: 06 Feb 2015 07:45 AM PST

PETALING JAYA: Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) yang tamat tempoh tahanan remannya baru-baru ini disiasat membabitkan dua kes iaitu meminta suapan dan pecah amanah.
Suspek bergelar Datuk itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan daripada syarikat pengutip hutang pada 16 Januari lalu.
Bagaimanapun, sebaik tamat tempoh berkenaan dan dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suspek ditahan semula pada keesokannya.
Sumber memberitahu mStar Online, bekas pegawai kanan berusia 60 tahun itu seterusnya direman enam hari lagi untuk membolehkan siasatan berhubung dakwaan pecah amanah membabitkan nilai ratusan ribu terhadapnya dijalankan.
"Suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM untuk kali kedua pada 28 Januari lalu dan sehingga kini siasatan membabitkan kedua-dua kes berkenaan masih dijalankan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Buruknya perangai!

Posted: 06 Feb 2015 07:39 AM PST

Padahal sekolah ada ajar matapelajaran Sivik...

Aku tengah tension. Tension yang teramat. Tapi ketensionan aku ni tak disebabkan oleh PM yang menyokong kenyataan rasis Ismail Sabri mahupun kepincangan hubungan PAS dan DAP yang tidak habis-habis tak sehaluan. Tension aku ni juga tak berpunca daripada kerisauan aku tatkala kita mendekati tarikh keramat 10 Februari. Tapi yang pastinya tension aku ni bersebab.
tension2Ceritanya begini. Semalam aku pandu kereta MyVi aku yang dah berbulan tak basuh (nak tolong jimatkan air la katakan) menuju ke Federal Highway. Dalam pada kereta tersangkut-sangkut tengah sesak, kereta aku yang comel lote kena pula langgar dari belakang dek kereta gergasi Hilux. Apa lagi, aku pun matikan enjin dan segera keluar. Nasib baiklah kemeknya sikit saja. Aku pun bukan dari spesis Kiki 'Si Penyerang Berstering', jadi aku maafkan sajalah. Tapi yang sakitnya hati, pemandu Hilux tu sekadar menjenguk dari tingkap seraya meminta maaf. Buruknya perangai!
Selepas bereskan kerja di Damansara Intan, aku pun bergegas nak pulang ke rumah. Alangkah sakitnya hati bila aku dapati ada si mangkuk hayun yang double parking depan kereta aku sedangkan banyak lagi tempat letak kereta yang kosong. Hon punya hon. Pon pon pon pon pon sampai aku tak larat nak pon pon dah. Akhirnya datang la seorang perempuan (aku tak nak sebut kaum apa sebab nanti orang akan ingat aku ni rasis macam Kelab Penyokong Ismail Sabri). Senyum meleret-leret macam biawak kena belacan. Apa dia ingat angkat tangan saja cukup, tak payah minta maaf? Buruknya perangai!
Read More / Baca Lagi >>

Saya yakin Anwar menang – Dr Dzulkefly

Posted: 06 Feb 2015 07:38 AM PST

Keyakinan yang berdasarkan kewibawaan Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR: "Berpandukan bukti dan segala pemerhatian yang saya ikuti, Anwar Ibrahim akan memenangi kes liwatnya itu," kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.
yakinanwarSokongan itu disuarakannya berdasarkan kewibawaan yang ada pada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keyakinannya bahawa Anwar tidak bersalah.
Menurut beliau, apa jua keputusan yang akan disabitkan terhadap Anwar nanti, "Pakatan Rakyat (PR) akan terus membawa perjuangan misi dan visi parti serta perjuangan reformasi yang dibawa oleh Anwar sebelum ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS, di sini hari ini.
Sebelum ini Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 Februari ini untuk keputusan rayuan kes liwat Anwar.
Dr Dzulkefly juga sangat optimis walaupun PR berhadapan pelbagai isu mencabar seperti Hudud, masalah di dalam PR akan dapat diatasi.
Namun, beliau menegaskan perbincangan yang lebih besar perlu dilakukan bagi mendapatkan jalan penyelesaian.
Read More / Baca Lagi >>

Polis siap sedia kemungkinan keputusan Fitnah Liwat II..!!

Posted: 06 Feb 2015 06:29 AM PST

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap siaga berdepan dengan apa jua kemungkinan pada hari keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, Selasa ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan memantau rapi keadaan di sana pada hari berkenaan.
"Saya percaya tidak ada apa-apa yang akan berlaku kerana saya rasa semua orang dah matang, dan akan menerima keputusan mahkamah," katanya kepada   pemberita selepas merasmikan Edisi Khas Kenderaan-kenderaan mainan PDRM oleh syarikat pengeluar peralatan permainan Daisheng (M) Sdn Bhd (Daisheng) di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas persiapan PDRM berkaitan hari keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Read More / Baca Lagi >>

Tuduhan anti-Islam, Ngeh akan saman Ismail Sabri

Posted: 06 Feb 2015 06:24 AM PST


Ngeh-Koo-Ham

KUALA LUMPUR, 6 FEB: Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana menuduh beliau dan keluarganya sebagai anti-Islam.
Menurut Ngeh, tindakan undang-undang itu dibuat berikutan kedegilan Ismail memohon maaf atas seruannya kepada orang Melayu untuk memboikot perniagaan Cina, selain tuduhan jahat bahawa beliau anti-Islam.
"Tindakan Ismail menarik semula tulisan di Facebook dan mengelak mengenalpasti saya serta keluarga bukan individu yang beliau maksudkan adalah bukti beliau bersalah.
"Pada 3 Februari lalu, saya mencabar Ismail membuktikan bahawa individu yang dimaksudkan itu bukan saya, tetapi sehingga hari ini beliau gagal melakukannya.
Read More / Baca Lagi >>

“UMNO yang beruntung dari pilihanraya PBT, bukan DAP”

Posted: 06 Feb 2015 06:23 AM PST


ong_kian_ming


SERDANG, 6 FEB: UMNO Selangor seolah-olah takut ditewaskan sekiranya pilihanraya kerajaan tempatan diadakan di kawasan Melayu, sedangkan 'undi ketiga' itu menguntungkan UMNO di Selangor.
Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming dalam kenyataannya hari ini menyelar tuduhan melulu ADUN Permatang Sulaiman Razak terhadap DAP 'mahu memonopoli kerusi dan jawatan bandaran sekaligus mengenepikan hak kaum lain.
"Ini tuduhan tak berasas. Sebenarnya, pihak yang paling beruntung daripada pilihanraya PBT di Selangor adalah UMNO, bukannya DAP," katanya.
Jelas Kian Ming, UMNO menang 12 daripada 56 kerusi DUN Selangor bersamaan 21 peratus, dan empat kerusi parlimen bersamaan 18 peratus.
Dengan jumlah itu UMNO mempunyai peratusan sokongan yang besar.
"Walaupun ada sokongan 18 peratus, UMNO tak ada wakil dalam mana-mana PBT. Kalau ada pilihanraya dengan sokongan sebanyak itu UMNO boleh menang jawatan di PBT.
"Sekurang-kurangnya 50 dari 100 ahli majlis dapat diwakili UMNO jika mereka menyertai pilihanraya PBT," tambah Kian Ming.
Mengikut bancian penduduk 2010, 10 dari 12 PBT Selangor mempunyai komposisi penduduk majoriti Melayu, antaranya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Read More / Baca Lagi >>

Audit bebas boleh rungkai masalah kewangan 1MDB

Posted: 06 Feb 2015 06:22 AM PST


KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini digesa agar melakukan audit bebas bagi merungkai segala persoalan mengenai kedudukan kewangan syarikat milik kerajaan itu.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi Harakahdaily berkata, Perdana Menteri perlu memulakan satu 'Audit Khas' oleh Auditor General atau melibatan Badan Audit Bebas begi meneliti segala urus tadbir syarikat itu.
"Badan Audit Bebas yang berwibawa ini akan meneliti dan membedah segala kegiatan tadbir urus kewangan termasuk pelaburan yang telah menjadi sasaran kritik pelbagai pihak.
"Ia secara langsung dapat memberi jawapan yang jelas mengenai kedudukan kewangan 1MDB yang sebenarnya.
"Kita tidak boleh meletakkan hujah bahawa1MDB yang telah diaudit tidak perlu diaudit lagi kerana terlalu rumit dan sukar (massive), seperti yang disebutkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tempuh hari," katanya.
Menurut beliau, contoh Enron yang diaudit oleh Anderson dan Transmile oleh Deloitte di negara kita sendiri, sudah cukup mengingatkakan kita bagaimana sebuah firma antara the 'Big 4' di dunia melakukan pelbagai 'accounting fraud' dalam kes skandal Transmile Berhad.

Beliau yang turut mempertikaikan hutang 1MDB sebanyaj RM2 bilion yang kini telah tertunggak sejak 30 November tahun lepas telah diberikan lanjutan dua kali.
"Kini telah melepasi tarikh lanjutan pada 31 Januari lalu, informasi yang saya ada ialah hutang 1MDB ini akan dianggap sebagai hutang tak berbayat atau NPL oleh bank-bank terlibat.
"Maybank Berhad dan RHB Capital adalah bank utama (lead lenders) sebanyak 58.99 peratus dan 32.41 peratus, disamping yang lain seperti Alliance Investment Bank Bhd (4.06 peratus), Malaysia Building Berhad (3.24 peratus) dan Hwang DBS Investment Bhd (1.29 peratus)," sambung beliau.
Menurut beliau lagi, hutang RM2 bilion adalah sebahagian dari hutang RM5.5 bilion dibuat oleh anak syarikatnya, Powertek Investment Holding Sdn Bhd (PIH) pada May 2014 untuk membiayai pinjaman sebanyak RM6.17 bilion 'bridging loan' yang dibuat ketikan 1MDB membeli PIH dari Tan Sri Ananda Krishnan pada 2012.
Read More / Baca Lagi >>

Tifo dan budaya protes

Posted: 06 Feb 2015 06:21 AM PST


tifo

oleh MUHAMMAD NAZREEN

Bola sepak merupakan budaya popular yang difahami hampir di seluruh dunia. Tak hairan jika belia-belia Palestin di Tebing Barat menyokong pasukan Manchester United di dalam Liga Barclay Inggeris ataupun warga tua di Iran mengetahui kenapa pertemuan pasukan Argentina dan England di dalam Piala Dunia 1986 begitu bersejarah.
Baru-baru ini penulis terpanggil dengan gambar Tifo yang digunakan oleh sebahagian penyokong JDT dalam pertemuan Piala Sumbangsih di Larkin, Johor Bahru Sabtu lalu.
Gambar Tifo merupakan luahan protes penyokong tim JDT terhadap tindakan FAM ; mungkin kerana penggantungan pemain Pahang Gary Steven Robart kerana didakwa melanggar kontrak. Pemain tersebut akan berhijrah masuk ke JDT musim ini.
Komen Hadi Khalid, seorang aktivis sosial dan penyokong bola sepak yang dilaporkan portal Malaysiakini sedikit memberi perhatian. "Mereka berhak buat, jika merasakan (pengurusan) bola sepak di Malaysia pincang dan tidak cekap.
"Saya rasa peminat ketika ini, guna cara ini (untuk mengkritik). Kita nak kritik cara apa lagi? Kalau demonstrasi di pejabat FAM atau (persatuan) negeri, kita ada Akta Perhimpunan Aman (menyekat)."
Rata-rata penyokong bola sepak di Malaysia kritikal dengan kondisi bola sepak negara. Ini berikutan daripada kekangan-kekangan FAM terhadap persatuan bola sepak negeri. FAM juga dilihat sebagai badan yang tidak professional kerana kesilapan – kesilapan teknikal yang menyusahkan penyokong bola sepak di negara ini.
Tifo merupakan sebahagian bahasa protes yang difahami oleh penyokong bola sepak seluruh dunia. Tifo juga adalah protes moderat dan beradab ; jika dibandingkan dengan tindakan pergaduhan, membakar suar atau vandalisme.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir mahu terus kuasai Umno dan kerajaan

Posted: 06 Feb 2015 06:15 AM PST

Oleh JOHARI M
BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus menunjukkan yang beliau seorang yang berkuasa dalam Umno, walaupun selepas beliau lama meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
Sebelum berundur, Mahathir kelihatan menyusun pewaris-pewarisnya, seperti menyediakan laluan yang selesa untuk Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak untuk menjadi perdana menteri, selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menjawat  jawatan itu.

Mahathir selepas memerintah dengan gaya kuku besi sepanjang pemerintahannya selama dua dekad ingin memastikan Umno dan kerajaan yang dikuasai Umno kekal dapat dikuasai atau dipengaruhi. Ini semua jelas kelihatan melalui tindakannya sejak Abdullah dan kemudian Najib memegang jawatan perdana menteri dan presiden Umno. Mahathir melalui blognya dan pasti juga saluran-saluran lain akan mempengaruhi dan mengkritik tindakan-tindakan yang dilihatnya sebagai salah.
Semasa Abdullah menjadi perdana menteri, Mahathir mengkritik kuat Abdullah hingga menjejaskan populariti perdana menteri dan pentadbirannya pada masa itu, yang kemudian menyumbang kepada keputusan pilihan raya umum yang teruk bagi Umno dan BN pada 2008.
Mahathir kemudian menyokong dan "menjaga" Najib yang menggantikan Abdullah, dengan harapan Najib "mematuhi nasihat-nasihatnya" dan menjelankan agenda yang selari dengan apa yang difikirkan sebagai betul.
Tetapi Mahathir kemudian mendapati beliau bukan penasihat paling dipercayai dan diikuti, dan yang paling berpengaruh terhadap Najib, menjadikannya tidak puas hati dengan perdana menteri yang diharapkan tidak seperti Abdullah itu.
Read More / Baca Lagi >>