Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Terima realiti Anwar .. tak boleh auta ada sokongan

Posted: 02 Feb 2015 09:30 PM PST


Terimalah realiti bahawa rakyat reda Anwar masuk penjara.

Jika tidak, kenapa merudum sekali sokongan untuknya ketika hadapi rayuan ke mahkamah persekutuan. Kini terbaru, begitu sedikit sekali yang mahu hadhir ke majlis roadshow nye ...

Selama ini Anwar bolehlah auta ada ahli PAS dikerah macam baruah untuk hadhir ke majlis-majlis dia ada.

Komen Semut Hitam berikut:


..... Malah dia juga turut dijadikan sebagai maskot je dalam Pakatan.

Kepimpinan Si Ketua Penipu tu memang dilihat sudah tidak lagi menjadi sandaran kepada parti - parti dalam Pakatan Haramjadah tu. Cengkaman dia terhadap mereka sudah luntur.

Bahkan, Si Ketua Penipu tu kini sudah tidak lagi menjadi sandaran kepada parti - parti dalam Pakatan Haramjadah tu bagi menyelesaikan masalah yang semakin hari semakin hangat diperkatakan.

Jadi, tak heran la kenapa dalam siri jelajah yang dianjurkan sejak beberapa hari yang lepas mendapat sambutan hambar dikalangan rakyat. Mereka pun dah muak dengan Politiking melampau Si Ketua Penipu tu.
Lihat sahaja muka Si Ketua Penipu tu yang jelas kelihatan semakin suram dan kelam seperti mana sambutan yang diberikan terhadap dirinya di Kedah malam tadi. Memang cukup menyedihkan!!!
Sepenuh di SINI

MCA jadi suara DAP bidas panggilan boikot Ismail Sabri

Posted: 02 Feb 2015 06:29 PM PST


MCA membidas Ismail Sabri yang memanggil supaya diboikot peniaga-peniaga yang tidak turunkan harga barang. Baca SINI

Padahal Ismail Sabri hanya kata boikot peniaga yang tidak turunkan harga. Baca MyKMU SINI

Hairannya, kenapa MCA begitu sensitif dan sanggup jadi suara DAP? Bukankah perlu suara consumerism menjadi kuat dan lantang untuk menghadapai kegiatan mengambil untung yang melampau? Sepatutnya kepimpinan yang diberi kepada ISmail Sabri kepada agenda consumerism patut dicontohi dan disokong!!!

Hujah yang MCA guna adalah racism. JIka demikian, mahu juga kami cadangkan MCA buang huruf C dari akronim nama parti dan hentikan perjuangkan sekolah cina untuk perjuangkan sekolah 1malaysia serta berhenti juangkan bahasa cina lalu juangkan bahasa Malaysia.



Jika isu OLD TOWN WHITE COFFEE yang ditimbulkan Ismail Sabri dan disindir blogger pembangkang SINI menjadi sebab MCA membidas, jelaslah MCA perjuangkan DAP.

Terima kasih Anak Sungai Derhaka kerana tegur dan ingatkan ahli UMNO serta orang Islam amnya yang masih mahu kunjungi kedai kopi kepunyaan Ngeh Nga rasis DAP.  



Ingat orang Islam, jom beli makanan yang pastinya Halalan Taoyyiba dengan membeli barangan orang Islam. Barangan Halaalan Toyyiba tidak ada keuntungan berlebihan dan harga mereka berpatutan.

Samping itu, majukan orang Islam. Kita bina ekonomi orang Islam supaya bukan Muslim tidak lagi mengugut dan menuntut bukan-bukan!

Dah masa ada jenama HALAL&MUSLIM. Banyak halal tapi dipunyai dan dibuat oleh bukan Islam masih ada was-was.

Bila Lee Kuan Yew dan PAP, DAP berdiam saje ...

Posted: 02 Feb 2015 04:30 PM PST


Di atas adalah kata2 seorang wakil rakyat DAP. Parti tersebut banyak kritik tentang undang2 ISA, Hasutan, menuntut kesamarataan, menafi hak asasi manusia, dll.

Lihat video berikut tentang Lee Kuan Yew.


Apa komen DAP?

Kenapa selama mana Lee Kuan Yew memerintah dari 1959 dan hingga hari ini masih begitu berpengaruh, DAP berdiam bila melibatkan Lee Kuan Yew dan PAP.

12 sebab Anwar boleh masuk penjara

Posted: 02 Feb 2015 01:02 AM PST


Menghampiri keputusan kes liwat II DSAI ada 10 Feb ini, ada pihak cuba membina persepsi dia tak bersalah. Mereka berharap utk guna sebagai alasan utk dia dimaaf dan dibebaskan kemudian hari sebaik PR dpt memerintah.    

Persepsi yg dibina diharap blh beri tekanan dan pengaruhi hakim utk bebaskan Anwar. Ternyata usaha yg sia2 kerana keputusan mahkamah bukan atas persepsi tetapi berdasarkan fakta dan prinsip2 perundangan yg jelas. 

Berikut adalah antara 12 fakta yg tak membantu bebaskan Anwar:  

1. Laporan Dr Osman bin Abdul Hamid, Pusrawi yg konon takda penetrasi adalah palsu. Dr Osman berhenti memulakan pemeriksaan sebaik Saiful beritahu diliwat oleh seorang VIP dan mengaku TAK LAYAK periksa kes melibatkan jenayah lalu cadangkan pemeriksaan di HKL.

2. Dr Thomas Hoogland pernah menafikan Anwar tak berupaya meliwat seorang lelaki muda umur 25 tahun. Jika benar, kenapa Anwar blh naik basikal bercuti di New Zealand baru2 ini? Mereka yg sakit pinggang hanya berupaya berbongkok seketika bila naiki basikal.

Tambah lagi, Anwar berupaya berjoget atas pentas ceramah politik, mendokong serta menimang cucunya yg umur 10 tahun dan disuspek mengadakan hubungan seks dgn pelacur Cinadoll di dlm video dan anak muda lelaki dlm gambar.

3. Saiful diberi suit jenama mahal BRIONI dan ada bilik sendiri di pejabat ketika baru kerja kurang dari 2 bulan. Takkah penyokong Anwar tertanya2 tentang fakta kes ini?

4. Tambah lagi, Mahkamah Tinggi terima keterangan Saiful sebagai saksi berkredibiliti dan konsisten. Ia tak sama dgn saksi kes liwat pertama, Azizan bin Abu Bakar yg gagal beri tarikh yg tepat malah berubah2.

5. Pembelaan tak bangkang keterangan dtg dan pulang Saiful ke kondo. Bukti menunjukkan Saiful dtg ke kondo, menaiki van WKP5925, keluar dari kondo, dan akhirnya pulang dgn kereta WMK6. Tiada isu Saiful tak berada di kondo. 

6. DNA Anwar dijumpai 4 cm dlm dubur Saiful. Mahkamah Tinggi terima bukti 4 calitan swabs (cotton buds) ada semen dan sperma. Juga DNA dari 4 calit sama dgn DNA dari sampel tuala "Good Morning", botol air dan berus gigi yg diguna Anwar ketika di lokap.

7. Tiada isu Saiful lambat buat report polis. Mahkamah rayuan menerima alasan yg diberi ketika dibicara di Mahkamah Tinggi.

8. Bahan bukti tak tercemar atau diubah (tampering). Hujah tampering oleh peguambela tak relevan. Pegawai penyiasat Jude Pereira hanya gunting sampul luar dan bukan plastic seal berisi bahan bukti yg perlu di seal mengikut prosedur dan piawaian yg ditetapkan.

9. DNA pada semen tak luput. Mmg blh terhapus atau turun kualiti tapi tahap penurunan adalah tak sama. Yg penting, para kimia dari Jabatan Kimia Malaysia dpt jumpa semen, sperma dan bakteria, dan DNA dpt diperolehi.

10. Keterangan Anwar dari dock tertuduh tak blh diterima. Ia bukan keterangan yg kuat sprti keterangan bersumpah dari kandang tertuduh yg blh disoal balas dan blh dianalisis.

11. Peguam bela gagal kemukakan 13 saksi dlm permohonan dan nama tlh diberi pada awal2 proseding. Tanpa alibi, Anwar tak blh sangkal dia tak berada di kondo kejadian atau bersama keluarga sprti dikatakan Wan Azizah. 

12. Pakar DNA pembelaan bukan pakar. Sepjg perbicaraan, saksi 'pakar' hanya memberi pendapat dan bukan kepastian. Mereka sebenarnya bukan pakar bidang DNA.

SELAMAT BERISTIREHAT DAN MUHASABAH. BERTAUBATLAH ANWAR!!!

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


PRU14 lebih awal ,Najib dipaksa bersara ?

Posted: 02 Feb 2015 06:44 PM PST


Oleh MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu meramalkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan secara mengejut.Menurutnya, ramalan umum itu timbul apabila melihat kemelut politik yang amat dahsyat sedang berlaku kepada parti pemerintah iaitu BN khususnya Umno.
Kata beliau, Ahli Parlimen Pekan itu dalam keadaan yang sangat tertekan apabila beliau sedang diserang daripada pelbagai sudut oleh pimpinan Umno itu sendiri.



"Najib dalam keadaan yang sangat tertekan, harihari bekas pemimpin Umno termasuklah Mahathir me ngalunkan irama dan memukul gendang 'melanyak' beliau tanpa henti.

"1MDB pula semakin hari semakin parah, Menteri Dalam Negeri (Dato' Seri Zahid Hamidi) diikat dengan surat membela raja judi, ringgit pula makin hari makin jatuh.
"Negara dihimpit dengan pelbagai konflik, ini memberikan lagi tekanan kepada Najib," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pilihan Raya Negeri Sarawak yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, dekat sini semalam. 28 Januari lalu.
Mohamad menyatakan, persoalan timbul apakah Najib akan dipaksa bersara lebih awal seperti Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi di tengah jalan iaitu sebelum pilihan raya umum.
Katanya lagi, tidak mustahil PRU14 akan diadakan segera untuk menyelamatkan Najib yang sedang parah.
Tambahnya, ketika ini seolah-olah lawan utama Pakatan Rakyat adalah Mahathir, bukannya Najib yang mengambil sikap membisu ketika beliau diserang bertubi- tubi.
Namun begitu, jelas Mohamad, dalam keadaan konflik di dalam Umno semakin parah maka PAS perlu selesaikan kemelut yang sedang dihadapi ketika ini.
Tegasnya, belum terlewat untuk PAS membina kesatuan parti serta di dalam Pakatan Rakyat kerana rakyat di seluruh dunia sedang 'mood' membuat perubahan termasuklah di dalam negara kita.
Jelas beliau, rakyat Indonesia telah membuat perubahan dengan memilih orang biasa menjadi presiden dan dapat dilihat perubahan drastik telah dilakukan. Menurutnya lagi, muafakat Pakatan Rakyat adalah formula yang diterima umum bagi menarik perhatian untuk membuat perubahan.
Beliau menyatakan, Parti Al-Adalah di Maghribi telah menyertai pilihan raya setelah memboikot selama 20 tahun dan akhirnya memenangi banyak kerusi namun gagal mem betuk kerajaan oleh kerana kurang beberapa kerusi.
Parti Islam tersebut kata beliau telah bertahaluf dengan empat buah parti berardeologi komunis dan sekular untuk membolehkan memegang tampuk pemerintahan negara tersebut.
"Kanak-kanak biasa pun boleh bercakap hal itu, muafakat membawa berkata, pecah bawa parah.
"Secara umumnya, kita (PAS) kuat tapi jika kita sorang (keseorangan) kita tak dapat undi yang banyak.
"Kita pilih demokrasi iaitu jalan pilihan raya, jalan ini kita kena cari banyak kawan," katanya lagi.
PAS katanya perlu utuh bersama permuafakatan Pakatan Rakyat dengan mengekalkan dasar dan matlamat parti di samping kekuatan amilih terus ditarbiyah. - DetikDaily

Dua Anggota Polis Didakwa Rogol Pelajar Ditahan Reman

Posted: 02 Feb 2015 05:35 AM PST



Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 2:25 PM

PETALING JAYA: Dua anggota polis dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Isnin kerana didakwa merogol dan memeras ugut seorang pelajar kolej berusia 19 tahun, polis mengesahkan.

Remaja berkenaan membuat laporan pada Sabtu, mendakwa kedua-dua pegawai polis terbabit telah menangkap dia dan teman lelakinya yang sedang melakukan hubungan seks di dalam kereta di Kota Damansara pada 26 Januari dan telah mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mangsa mendakwa seorang pegawai membawanya ke dalam kenderaan polis, manakala seorang lagi pegawai membawa teman lelakinya ke balai polis dengan keretanya.

"Mangsa mendakwa semasa di dalam kereta polis, pegawai tersebut telah memintanya membayar RM2,000 untuk dilepaskan.

"Mangsa bersetuju dan pegawai tersebut kemudian menurunkan dia dan teman lelakinya di tepi jalan. Dia berkata pegawai itu kemudian mengambil butir-butir dirinya," kata Azmi.

Pelajar itu mendakwa pada hari yang sama, dia menerima panggilan daripada pegawai yang didakwa menuntut bayaran rasuah itu.

Azmi berkata gadis itu mendakwa pegawai itu membawanya ke pusat beli-belah berdekatan, selepas mengambilnya dari asrama dan memaksanya melakukan seks oral di dalam keretanya.

"Katanya, pegawai itu kemudian membawanya ke tandas pusat beli-belah dan memperkosanya. Dia memberitahu, jika tidak melakukan apa yang disuruh, dia akan ditangkap," kata Azmi.

Menurut laporan mangsa, pegawai itu tidak berhenti di situ. Gadis itu mendakwa lelaki itu telah menghubunginya lagi sehingga minggu lalu untuk meminta mengadakan hubungan seks.

"Selepas menerima laporan itu, kita menahan dua pegawai terbabit pada Ahad.

"Kami akan mendapatkan perintah reman untuk kedua-dua lelaki dan menyiasat dakwaan mangsa dengan teliti," katanya.

Azmi berjanji akan melakukan tindakan pantas dan tegas jika dakwaan itu terbukti benar.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MINYAK DAH TURUN TAPI HARGA BARANG TAK TURUN - BUKTI TEORI RAFIZI GAGAL

Posted: 02 Feb 2015 04:00 AM PST


Buat sekian kalinya lagi tukang karut dan carut ekonomi PKR; Rapussy gagal dalam teori ekonominya.

Kegagalan ini bukan pertama kali tapi berkali-kali sepertimana si mana KETUM dituduh meliwat para pekerjanya berkali-kali.

Sudahlah gagal dalam Langkah Kajang dahulu hingga terbuangnya Menteri Besar sedia ada demi melantik bini sendiri jadi MB baru, Rapussy dilihat terus gagal dan gagal mempertahankan teori ekonominya yang bertaraf longkang itu.

Kini KPDNKK telah membuka kaunter aduan 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk menerima aduan dari para pengguna dan rakyat jika ada berlaku kenaikan harga barang.

KPDNKK juga secara permulaan telah mengedarkan buku Panduan Harga GST sebanyak 2 juta naskah dengan percuma kepada rakyat yang mengandungi senarai 500 jenis barang keperluan dan makanan yang dikategorikan sebagai barang mengalami kenaikan harga, penurunan dan kekal.

Tak tahulah kalau buku panduan tersebut nanti disorokkan oleh penganut DAP dan Pakatan untuk melindungi kejahatan mereka. 


Tapi pasti sudah ada unsur untuk sabotaj dari mereka untuk menerbitkan buku palsu tersebut dan dirancang disebar secara besar-besaran dalam media sosial bagi tujuan mengelirukan rakyat. 

Hebatkan unsur sabotaj mereka! 

Menjelang perbicaraan kes liwat Anwar 10 Februari dan pra GST ini, Anwar telahpun menyaipkan momentum kemarahan rakyat dengan merancang bersama para peniaga penganut DAP untuk menyorok barang atas alasan agar berlaku kekurangan bekalan seterusnya harga akan jadi mahal.

Kesannya rakyat akan marahkan kerajaan. Ditambah pula dengan momokkan penurunan harga minyak global menyebabkan hasil kerajaan merosot dan banyak projek tertangguh lalu rakyat akan sengsara.

Rakyat juga akan dimomokkan kononnya dengan penurunan nilai ringgit berbanding dolar US rizab ringgit negara makin menyusut dan akan menyebabkan negara bangkrap.

Kononnya ekonomi Malaysia lebih teruk di kalangan negara-negara ASEAN...malulah sebab Malaysia dah jadi Pengerusi ASEAN.

Maka tidak ada orang lain boleh bantu memulihkan ekonomi Malaysia melainkan Anwar Ibrahim yang telah dianggap seperti Imam Mahdi atau Messiah di kalangan para pencacai dan penganut ajaran Pakatan Rakyat.   


Yang pasti Anwar si KETUM akan himpunkan segala haiwan-haiwan politiknya dengan mengekspoitasi isu-isu ekonomi sebut apa saja dari isu GST, isu harga getah, isu saham FGV, 1MDB, harga barang mahal dan sebagainya untuk mempengaruhi para pengikutnya turun dijalanan membela tabiatnya yang suka meliwat itu.

Berapa banyak pula duit yang dilaburkan DAP untuk buat huru hara di Malaysia demi menyelamatkan si Ketua Peliwat?

Bukankah mereka dah banyak buat terlalu banyak untung hasil spekulasi matawang baru-baru ini? 








Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Benarkah Restoran OldTown White Coffee kepunyaan pemimpin DAP menyediakan hidangan 'Taufu Babi'?

Posted: 02 Feb 2015 08:25 AM PST


Media sosial Facebook pada minggu lalu dikejutkan dengan penyebaran sekeping gambar resit dari restoran OldTown White Coffee yang diragui status halalnya.

Gambar berkenaan menjadi viral ekoran seorang pelanggan mendakwa terdapatnya menu tidak halal di restoran tersebut selepas melihat di resit bayaran tertera nama hidangan 'Taufu Pork'.

Pihak OldTown White Coffee melalui laman Facebook rasmi menafikan penjualan makanan tidak halal di restoran terbabit malah menjelaskan perkara itu terjadi kerana kesilapan ejaan pekerja yang menulis secara manual.

Boleh percaya ke penjelasan mereka ini?

Suara Politik
Belantan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:33 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


10 Feb: Mahasiswa turun bersolidariti di Putrajaya

Posted: 02 Feb 2015 09:03 PM PST

KUALA LUMPUR 3 FEB: Anak muda mahasiswa akan berhimpun beramai-ramai di Istana Kehakiman Putrajaya 10 Februari ini sebagai tanda solidariti kepada pemimpin ikon mereka, Saudara Anwar Ibrahim.

Sokongan padu itu disampaikan Pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya, Abdul Muqit Muhammad kepada Keadilan Daily, yang optimis Anwar akan dibebaskan dari pertuduhan kes Fitnah II.

"Insya-Allah mahasiswa akan turut turun untuk bersolidariti bersama Datuk Seri Anwar.

"Kita juga telah mengadakan perbincangan dengan beberapa persatuan pelajar lain bagi sama-sama memberi sokongan," jelas aktivis mahasiswa itu yang menyatakan akan turut sama dalam perhimpunan itu nanti.

Muqit dalam pada itu berharap keputusan yang bakal diputuskan itu tidak dipengaruhi oleh tekanan politik.

Tegasnya, badan kehakiman di negara ini perlu bertindak secara bebas dan profesional tanpa campur tangan pihak tertentu.

"Kami mahasiswa berharap keputusan kes ini sama sekali tidak dipengaruhi oleh tekanan politik.

"Keputusan kes ini sangat penting, ia merupakan titik kepada hala tuju politik negara selain menjadi kayu ukur kepada sistem kehakiman negara," jelasnya ketika dihubungi.

10 Feb: Nasib Anwar di tangan rakyat – Tian Chua

Posted: 02 Feb 2015 09:01 PM PST

KUALA LUMPUR 3 FEB: Rakyat Hakim Negara adalah penentuan nasib Anwar Ibrahim untuk dibebaskan daripada pertuduhan fitnah, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Ujarnya, Anwar sendiri telah membuat pilihan sendiri untuk meneruskan perjuangan bersama-sama dengan rakyat bagi mempertahankan hak dan maruah.

Antara pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang bersama memeriahkan program Jelajah Rakyat Hkaim Negara di Seremban.

"Anwar tidak lagi meletakkan nasib di tangan hakim-hakim untuk membuat keputusan tetapi nasib Anwar terletak pada tangan rakyat. Oleh sebab itu disebut 'Rakyat Hakim Negara'.

"Negara ini merupakan milik semua rakyat, Anwar juga milik rakyat dan nasib negara akan ditentukan oleh rakyat sendiri dan bukannya pembesar-pembesar yang merompak dan merampas harta rakyat," kata Tian di Program Jelajah Rakyat Hakim Negara di Seremban, Ahad lalu.
Read More / Baca Lagi >>

10 Feb: Ikut bukti dan fakta, saya yakin bebas – Anwar

Posted: 02 Feb 2015 08:59 PM PST

KUALA LUMPUR 3 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim yakin beliau akan dibebaskan berdasarkan bukti dan fakta yang kukuh.

Hakim NNegaraKatanya, setakat ini tidak ada calon pengganti jawatan Ketua Pembangkang yang lain kerana keputusan belum diumumkan.

"Penghakiman Mahkamah Persekutan 10 Februari ini, saya tetap optimis berdasarkan bukti, undang-undang dan fakta yang dikemukakan.

"Saya masih ada di sini dan tidak akan jadi apa-apa," katanya apabila ditanya siapa calon mengantikannya sebagai Ketua Pembangkang jika dipenjara nanti dalam satu sidang media di Persidangan dan Himpunan Belia Antarabangsa ke-12 di Ampang.

Namun, sekiranya terdapat perkara yang tidak dijangka, itu adalah di luar kawalannya dan hanya berserah.
Read More / Baca Lagi >>

10 Sept: 'Saya tidak akan larikan diri'

Posted: 02 Feb 2015 08:58 PM PST

SEREMBAN – "Saya tidak takut sebab saya dalam penjara lapan tahun masih steady. Sebab itu saya buat keputusan akan tetap hadapi 10 hari bulan ini di mahkamah.

Demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di hadapan kira-kira 400 penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang hadir pada 'Ceramah Rakyat Hakim Negara' di padang Taman Desa Rhu, Sikamat di sini, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR Tian Chua.

Menurutnya, dia sesekali tidak akan melarikan diri seperti yang didakwa sesetengah pihak dan menyerahkan kepada ALLAH SWT tentang nasibnya berhubung keputusan penghakiman kes Liwat II yang akan dihadapinya pada 10 Februari ini.

"Saya bertawakal sesungguhnya ALLAH kasih kepada mereka yang bertawakal kepadanya.

"Saya tidak akan lari dan tak takut. Apa-apa pun saya akan teruskan perjuangan, jika bebas Alhamdulillah dan jika masuk penjara, saya akan terus lawan kerana ini bukan hanya soal Anwar.

"Saya tidak mahu cerita secara lanjut kerana semua tahu. Sebab itu bila orang tanya sama ada saya yakin bebas? Saya cakap boleh, jika ikut undang-undang, tapi kalau sebaliknya itu di luar pertimbangan saya," katanya.

Tun Mahathir 'ganti' Anwar

Posted: 02 Feb 2015 08:57 PM PST

SEREMBAN - Ketua Pembangkang hari ini bukan lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, ia berikutan bekas Perdana Menteri itu dilihat lantang mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang, berbanding PR sendiri.

"Sekarang Umno pula jadi masalah bila yang veteran lawan yang muda. Sebab itu, ketua pembangkang di Malaysia sekarang adalah Tun Mahathir dan bukan lagi Anwar sebab dia yang banyak kecam Najib.

"Sekarang bos yang disanjung sejak 20 tahun lalu, kini dia yang paling mahu Najib berhenti. Kalau kita lihat di laman web dan Twitter Tun Mahathir, banyak yang dia hentam Najib," katanya pada Ceramah Rakyat Hakim Negara di padang Taman Desa Rhu, Sikamat di sini, malam kelmarin.

Mohamad berkata, tindakan Mahathir itu menunjukkan bukan calang-calang orang yang mengkritik pemerintahan Najib hari ini dan rakyat seharusnya boleh membuat penilaian.

Sementara itu, beliau berkata, BN kini berada dalam keadaan 'tenat' berikutan masalah parti komponennya iaitu MIC dan MCA. "Tiada jalan lain untuk rakyat buat perubahan.

MIC bukan lagi parti, tapi akan diswastakan kepada Umno. MCA pula ada, tapi sudah ditelan zaman 'ibarat gerakan kubur tidak bertanda'.

"Jangan BN berpecah, kita pun berpecah. Sebab itu kita perlu bersatu padu sekarang dan inilah masa terbaik untuk PR mengambil alih pentadbiran negara," katanya.

Ismail Sabri cetuskan perkauman, kata MP

Posted: 02 Feb 2015 08:39 PM PST


Dengan kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung peniaga Cina, slogan 1Malaysia yang dilaungkan perdana menteri harus dicampak saja ke dalam tong sampah, kata anggota parlimen Serdang.

Ong Kian Ming berkata menteri pertanian dan industri asas tani itu harus menarik balik kenyataannya dan meminta maaf atas kenyataannya yang didakwa tidak berasas.

Katanya, kenyataan Ismail itu meningkatkan kebencian orang Melayu bukan sahaja kepada peniaga Cina tetapi kepada masyarakat itu keseluruhannya.

"Terdapat komen menggelar peniaga Cina sebagai lintah darat dan terdapat seruan untuk mengisytiharkan perang terhadap kumpulan ini.

"Terdapat komen menuduh Cina menghina Melayu. Terdapat komen menggelar Cina bangsat dan kesat lain," katanya.

Ong justeru berkata kenyataan Ismail itu bukan sahaja tidak berasas tetapi juga menimbulkan kebencian terhadap orang Cina.

MB Selangor berjaya selesaikan isu Kuil Sivan sejak belum merdeka

Posted: 02 Feb 2015 03:59 PM PST

Kerajaan PKR negeri Selangor bersetuju mewartakan satu ekar tanah di Bukit Gasing bagi pembinaan Kuil Sivan dan sebahagian lagi untuk meletakkan kereta, manakala kawasan cerun akan diselenggara oleh Majlis BandarayaPetaling Jaya (MBPJ) - Foto savebukitgasing.wordppress.com
Kerajaan PKR negeri Selangor bersetuju mewartakan satu ekar tanah di Bukit Gasing bagi pembinaan Kuil Sivan dan sebahagian lagi untuk meletakkan kereta, manakala kawasan cerun akan diselenggara oleh Majlis BandarayaPetaling Jaya (MBPJ)
Akhirnya masalah Kuil Sivan, di Bukit Gasing, Petaling Jaya yang dikatakan berlarutan sejak sebelum merdeka selesai sepenuhnya selepas dua bulan Mohamed Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, sekaligus menyaksikan beliau diangkat sebagai "hero" malam tadi.
Penyelesaian dibuat selepas kerajaan PKR negeri Selangor meneliti laporan yang dibuat Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam.
Menurut Azmin, kerajaan negeri mewartakan satu ekar tanah untuk pembinaan kuil berkenaan yang sebelum ini dibina tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
"Setelah berbincang dengan kerajaan negeri, pihak pengurusan kuil bersetuju untuk merobohkan struktur yang tidak mengikut spesifikasi sementara rundingan dijalankan untuk mewartakan tempat tersebut sebagai tempat ibadat bukan Islam.
"Setelah diteliti laporan Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam dan maklum balas yang dikemukakan kepada kerajaan negeri, kita telah bersetuju untuk mewartakan satu ekar tanah di Bukit Gasing bagi tujuan pembinaan Kuil Sivan di mana keluasan bangunan yang dipohon pihak pengurusan dan sebahagian lagi digunakan untuk meletakkan kereta," katanya selepas meninjau ambang sambutan Thaipusam 2015 di Batu Caves, Isnin malam.
Selain itu, tambah Azmin, terdapat sebuah cerun di kawasan berkenaan yang akan diselenggara oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Sempena sambutan Thaipusam 2015, kerajaan negeri Selangor turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM320,000 yang diserahkan sendiri Mohamed Azmin kepada 20 wakil pengurusan kuil seluruh negeri itu.

Kalau Anwar ke penjara, Pas akan bergaduh besar?

Posted: 02 Feb 2015 03:56 PM PST

MSO

Mauduk yang berkisar dan bergeser dalam kepada orang ramai terutamnya pencandu politik ialah mengenai nasib Anwar Ibrahim pada 10 Februari ini. Tarikh itu telah ditetapkan hari memutuskan apakah Anwar kekal bebas seperti mana diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ataupun dia akan dihantar ke penjara berhubung kes liwat yang dituduh terhadapnya.


Anwar masih tersenyum walaupun pintu penjara terbuka.
Anwar sudah menyatakan kesiap-sigaanya untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Q-sera sera katanya. Kepada keluarganya juga sudah pasti dia sudah memberi "gemanat taruh" dan juga khutbah akhir bagi menghadapi kemungkinan hitam kali kedua. Anwar sendiri sudah mempersiapkan dirinya dari segi mental dan fizikalnya.

Sebagai seorang pejuang Anwar tidak merasakan apa-apa yang perlu ditakuti. Sunah orang berjuang yang berhadapan dengan pencorba dihafalnya. Anwar sendiri sejak mula menerjunkan diri dalam perjuangan menentang arus sudah insaf dan sedia maklum yang sebelah kakinya sudah berada dalam penjara.

Dia sudah bersedia seperti mana yang selalu diserunya. Kalau takut dilambung ombak usah berumah di tepi laut, lawan tetap lawan. Anwar bukan sahaja berumah tetapi sengaja membina rumah di tepi laut kandati dia tahun amokan gelombang sangat dahsyat dan zalim. Beliau boleh berumah atas bukit atau jauh dari pantai kerana dia ada kesempatan itu kalau dia mahu, tetapi itu tindakan hipokrit dan itu bukan Anwar Ibrahim.

Jadi tentang Anwar tidak perlu dipertikaikan dan didebatkan. Apa yang hendak kita suluh ialah bagaimanakah nasib Pakatan Rakyat amnya dan PKR selepas (sekiranya) beliau direhatkan. Siapakah yang akan mengemudikan Pakatan Rakyat. Apakah Dr Wan Azizah Wan Ismail masih betah untuk berdepan dengan situasi yang memeritkan itu seperti mana dilalunya sebelum ini apabila suaminya itu direngkukkan dalam penjara selama enam tahun?

Ada orang mengatakan Azizah sudah tidak larat. Saya tidak setuju kenyataan itu kerana perjuangan tidak mengenal usia dan gender. Lagipun Azizah bukan bersendirian dalam serba kekerdilan dan kedaifannya, tetapi beliau mempunyai anak dan pengikutnya tersendiri. Tidak mudah untuk serikandi itu mengalah dan berundur. Tua bukan alasan. Tiada istilah monopuse dalam jihad.

Atau PKR akan dikemudikan oleh Mohamed Azmin Ali. Jika mengambil kira kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PKR ia secara automatik tugas mengemudikan PKR dan seterusnya Azmin yang menjadi juara mengerakkan aspirasi perjuangan Anwar. Azminlah pemikul tanggungjawab bakal ditinggal Anwar. Azmin bukan sekadar sahabat yang setia sehidup semati, melentang makan embun meniarap makan debu bersama Anwar, tetapi pemikul amanah perjuangan.

Langkah Kajang yang dilakukan sebelum ini dimana akhirnya berjaya menyingkirkan Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor yang menjadi kudis gatal waktu malam kepada PKR, dan diganti dengan Azmin adalah transisi yang disediakan untuk menghadapi apa juga kemungkinan berhubung nasib Anwar Ibrahim.Read More / Baca Lagi >>

1MDB boleh jadi ancaman sistemik - A Kadir Jasin

Posted: 02 Feb 2015 03:51 PM PST


Syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh menjadi punca kepada ancaman sistemik (systemic risk) jika gagal membayar hutang RM5.5 bilion mereka menjelang Jun ini yang boleh menyebabkan ketidakstabilan ekonomi, kata wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin.

Memetik sumber tidak dinyatakan identitinya, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata hutang tertunggak 1MDB kini bersamaan dengan 4% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan syarikat itu sudah dua kali menangguhkan pembayarannya.

"Sistem kewangan dan perbankan negara terdedah kepada ancaman sistemik (systemic risk) kalau 1MDB gagal membayar balik hutangnya yang begitu besar," tulis Kadir dalam blognya The Scribe A Kadir Jasin malam tadi.

 "Ada sumber mengatakan keseluruhan hutang dan tanggungan 1MDB kini bersamaan 4% keluaran dalam negara kasar (GDP) – hampir serupa dengan konglomerat Renong-UEM ketika krisis kewangan Asia 1997/98 yang memaksa kerajaan melakukan operasi penyelamatan dengan mengambilnya balik daripada (Tan Sri) Abdul Halim Saad."

Menurut laman sesawang kewangan Investopedia, ancaman sistemik adalah kemungkinan sesuatu yang berlaku di peringkat syarikat boleh menyebabkan ketidakstbilan atau meruntuhkan keseluruhan industri atau ekonomi.

 Ia berkata syarikat yang mempunyai kaitan kuat dengan yang lain boleh menjadi punca ancaman sistemik ini.

"Mana-mana orang yang faham ekonomi akan gementar apabila disebut 'systemic failure'. Itulah yang hampir-hampir melanda kita ketika krisis 1997/98 tetapi, Alhamdulillah, berjaya disekat oleh perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya.

Kadir yang juga adjung profesor Othman Yeop Abdullah (OYA) Graduate School of Business, Universiti Utara Malaysia berkata kemampuan 1MDB membayar faedah dan seterusnya melunaskan hutangnya bergantung kepada kejayaan menyenaraikan aset jana kuasa yang sudah beberapa kali ditangguhkan.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas pejabat diserbu polis, Zunar dapat penghargaan berucap di forum PBB

Posted: 02 Feb 2015 03:41 PM PST

Meskipun karyanya tidak diterima kerajaan dan sering kali diancam pihak berkuasa, namun nama kartunis satira politik Zulkiflee Anwar Hague, atau Zunar, dilihat semakin kukuh di peringkat antarabangsa.

Terbaru, Zunar yang mencetuskan kontroversi dengan insiden serbuan polis di pejabatnya pada minggu lalu, memberitahu The Malaysian Insider, beliau bakal dijemput berucap dalam sebuah forum Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) di Geneva, 6 Mac ini.
 Forum itu katanya, bersempena dengan "Sesi Hak Asasi Manusia" PBB, di mana beliau akan membuat ucapan berdasarkan tajuk program tersebut iaitu "Melindungi Hak Eksperasi Artis" (Defending artistic expression).

 "Saya sudah tentu amat berbangga. Ia membuktikan perjuangan saya melalui kartun akhirnya mendapat pengiktirafan. Apatah lagi tajuk forum tersebut adalah amat penting, iaitu kebebasan hak berkarya artis.

"Hak seorang artis atau seniman tidak sepatutnya dipandang ringan. Kita tidak mahu ada lagi stigma yang kata, sebagai seorang artis kami tidak boleh buat ini atau itu.

Pandangan itu perlu berbeza iaitu tidak menyekat kebebasan karya kami," katanya kepada The Malaysian Insider.
Zunar berkata, atas faktor tersebut, beliau dalam ucapannya pada 6 Mac ini akan menekankan yang hak espresi seniman harus diletakkan di tempat teratas dan tidak boleh dikompromi.

"Saya juga akan menyentuh mengenai komitmen yang sangat minima oleh PBB bagi melindungi artis termasuk kartunis, menyebabkan ekstremis dan regim korup seperti di Malaysia terus menekan kreativiti para seniman," katanya.
Antara lain, Zunar pada forum tersebut bakal membentangkan usul mengisytiharkan 7 Januari "Hari Satira Sedunia."
Read More / Baca Lagi >>

BOHONG LAGI Friends of BN.... !!!

Posted: 02 Feb 2015 06:37 AM PST


Peniaga dakwa pemborong tidak turunkan harga barang

Posted: 02 Feb 2015 05:54 AM PST

TG Nik Aziz dijangka dibenarkan pulang minggu depan

Posted: 02 Feb 2015 05:54 AM PST

183 Muslim Brotherhood supporters sentenced to death

Posted: 02 Feb 2015 05:53 AM PST

IGP: Tak perlu bangkitkan lagi motif pembunuhan Altantuya

Posted: 02 Feb 2015 05:50 AM PST

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membangkitkan berhubung isu motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Mahkamah tertinggi telah buat keputusan, jadi tiada apa lagi yang nak dikatakan.

"Dan saya ingin memberi amaran kepada mereka yang ingin mengulas lanjut kerana ia mungkin menghina (mahkamah)," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan  pasukan peguam Koperal Sirul Azhar apabila Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati tanpa melihat motifnya.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati kepada Sirul dan seorang lagi anggota Unit Tindakan Khas Cif Insp Azilah Hadri.


Kekal dalam PR selagi tidak langgar syariah Islam - Pemuda Pas

Posted: 02 Feb 2015 05:48 AM PST

Suhaizan 
SHAH ALAM - Pas masih akan kekal dalam PR selagi syariah Islam tidak dilanggar oleh mana-mana pemimpin dalam PKR dan DAP.
Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, ia kerana syariah Islam merupakan tunggak utama perjuangan Pas.
"Majoriti ahli Pas mahu parti kekal dalam Pakatan Rakyat. Perikatan itu boleh dikekalkan bersama ketiga parti.

"Tetapi jika ada yang melanggar syariah Islam, mungkin Pas akan buat keputusan lain," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Hubungan Pas dan DAP pernah menghampiri kemuncak apabila keduanya dilihat tidak mencapai persepakatan dalam beberapa isu besar melibatkan pelaksanaan hudud dan pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Melihatkan ketegangan yang dipamerkan oleh pemimpin kedua parti ini, timbul desas- desus yang mengatakan Pas akan keluar dari Pakatan.

Bagaimanapun Suhaizan ketika bercakap dengan Sinar Online hari ini menepis dakwaan tersebut.

Katanya,  buat masa sekarang hubungan Pas dalam PR masih dalam keadaan baik.

Cek RM12 juta: Datuk Raja Nong Chick tolong perjelaskan – Che’Gubard

Posted: 02 Feb 2015 05:40 AM PST

SAMM mempertikaikan cek bernilai RM12 juta yang dimiliki oleh bekas Menteri.
raja nong chikPETALING JAYA: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin mendedahkan imej empat keping cek yang bernilai lebih RM12 juta.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Che'Gubard mendakwa, setelah diteliti cek tersebut, beliau mendapati tertera nama bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia, Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin.
"Adakah benar dan apakah urusan bekas Menteri sehingga memperolehi cek bernilai yang sebegitu jumlahnya," tulisnya di dalam blog www.chegubard.blogspot.com.
Katanya, jika benar perkara tersebut berlaku, maka untunglah menjadi bekas menteri itu dan menyoal, "Itu baru dalam bentuk cek, tetapi jumlah sebenar hartanya berapa pula."
Selain itu, Che'Gubard turut meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terus dengan tindakan 'menutup mata' sedang rakyat di bawah dihambat dengan berbagai-bagai cukai.
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) teruslah membuta, lebih baik tangkap kes sarjan ambil rasuah RM50 banyak-banyak untuk turunkan indeks rasuah negara senang kerja dari tangkap jerung siasat bagai nak gila akhirnya buang kes pula," dakwa beliau.
"Mohon Dato Raja Nong Chick tolong perjelaskan," katanya.

Kalau tak BOHONG, BUKAN UMNO/BN namanya...

Posted: 02 Feb 2015 05:08 AM PST


ROTAN...

Posted: 02 Feb 2015 05:06 AM PST

Gambar Hiasan
Aku masih ingat hari yang bersejarah itu. Awal tahun 1950an. Bapak mengayuh basikal tuanya menuju ke Sekolah Pondok, yang terletak tidak berapa jauh dari kampung aku. Aku tercelapak di pelantar basikal tuanya, beralsakan kain buruk yang disediakan oleh emak.
Hari itu merupakan hari pertama aku mula mengaji Quraan di Sekolah Pondok. Mengaji dengan Ustaz Mohd Noor. Aku sememangnya sudah pun mengaji Quran dengan Pak Haji Sulaiman di kampung aku. Itu merupakan 'kelas malam'. Agaknya disebabkan ramai kanak-kanak di kampung mengaji juga dengan Ustaz Mohd. Noor, maka aku dihantar juga untuk mengaji di Sekolah Pondok ( yang merupakan madrasah tempat bapak aku mengaji juga dan bergurukan Ustaz Mohd Noor juga). Kelas waktu siang pulak. Lepas sekolah.
Pelajaran agama Islam amat penting, kata bapak aku.
Bapak membawa bersamanya sebilah rotan untuk diberikan kepada Ustaz Mohd Noor. Walaupun tidak ramai ibu bapak ketika itu yang berbuat seperti bapak aku, namun bapak seolah-olah telah meletakkan syarat kepada dirinya bahawa beliau mesti 'menghadiahkan' rotan kepada siapa sahaja yang menjadi guru Quran aku. Kepada Pak Haji Sulaiman juga 'dihadiahkannya' sebilah rotan.
Cara bapak 'menyerahkan' diriku kepada Ustaz Mohd Noor amat tertib sekali. Maklumlah Ustaz Mohd Noor juga adalah gurunya juga. Kini aku pula akan berguru kepada Ustaz Mohd Noor. Penghormatan yang diberikan oleh bapak kepada Ustaz Mohd Noor adalah luar biasa. Dia menyerahkan aku bersama dengan rotan yang disediakan dengan iringan kata-kata yang tidak mudah aku lupakan. Kata bapak,' Encik buatlah apa yang encik fikir baik untuk anak saya ni. Jangan patah dan buta udah ler……"
Ringkas saja 'ucapan' penyerahan bapak aku tetapi amat berkesan sehingga kini. Jawab Ustaz Mohd Noor pula, ' Usahlah kamu risau, macam mana aku ajar kamu dulu, begitu jugalah aku buat kepada anak kamu….."
Sebenarnya rotan yang dibekalkan oleh bapak aku kepada Ustaz Mohd Noor tidak pun pernah digunakannya sehinggalah aku tamat mengaji Quran dengan Ustaz Mohd Noor. Tidak pernah sekali pun rotan itu 'hinggap' di samada di badan aku atau di tapak tangan aku. Tak pernah.
Read More / Baca Lagi >>

DAPSY: Kenyataan Ismail Sabri cubaan alih kemarahan rakyat isu GST

Posted: 02 Feb 2015 04:57 AM PST

oleh TEO KOK SEONG
Saya mengutuk sekeras-kerasnya dengan kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang cuba menghubungkait dengan kenaikan harga barang disebabkan oleh peniaga Cina serta menasihat orang Melayu untuk boikot peniaga Cina.
Kenyataan beliau amat tidak bertanggungjawab serta berunsur perkauman dan hasutan yang menyakitkan hati seluruh rakyat Malaysia.
Saya berpendapatan bahawa kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob cuma ingin mengalihkan tumpuan rakyat jelata terhadap kenaikan harga barangan yang bakal berlaku ketika perlaksaan sistem percukaian GST pada 1 April 2015.
Selain daripada itu, kenaikan harga barangan yang telah berlaku adalah disebabkan oleh keputusan Kerajaan Pusat dimana beliau merupakan salah seorang anggota di Kabinet untuk memotong subsidi terhadap harga minyak dengan alasan meringgankan beban kerajaan pusat.
Harga petrol telah dibenarkan oleh pihak Kerajaan Pusat dinaikkan sebanyak 2 kali selepas PRU ke-13 iaitu 20sen pada September 2013 dan 20sen pada Oktober 2014.
Siri kenaikan yang sebeginilah merupakan punca utama kenaikan harga barangan kerana kos pengangkutan dan sebagainya telah meningkat.
Saya berasa amat pelik mengapa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak berani mendesak Tenaga National Berhad dan Kerajaan Pusat harus mengumumkan penurunan tarif elektrik serta-merta untuk meringankan beban rakyat tetapi cuba menunding jari kepada peniaga Cina. Ini cuma menunjukkam beliau tunduk kepada syarikat besar.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan perkauman, Ismail Sabri didesak mohon maaf

Posted: 02 Feb 2015 04:55 AM PST


ismail sabri


KUALA LUMPUR, 2 FEB: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan beliau menyeru pengguna Melayu memboikot perniagaan kaum Cina untuk memberi tekanan supaya harga barang di pasaran turun.
"Kenyataan Ismail tidak bertanggungjawab serta berunsur perkauman. Ia menjejaskan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara kita," kata ahli jawatankuasa DAP Selangor, Eddie Ng Tien Chee.
"Ismail harus memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan beliau," tegas ADUN Balakong tersebut.
Ujarnya, kenyataan Ismail itu langsung tidak masuk akal dan menunjukkan menteri itu gagal memahami selok-belok perniagaan.
"Dia cuba memesongkan perhatian orang ramai kerana kegagalan kerajaan meringankan beban pengguna dengan menyalahkan peniaga-peniaga," tegas Eddie.
Tambahnya, harga barangan tidak dapat diturunkan berpuca daripada antaranya penyusutan nilai ringgit Malaysia yang kini pada nilai terendah sejak 2008.
"Ini menunjukkan kegagalan kerajaan menangani impak penyusutan nilai tersebut dan kesan buruk yang bakal timbul selepas perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 1 April 2015 nanti," tambah Eddie.
Read More / Baca Lagi >>

Skrip Lama: 'George Soros baru' dalang kejatuhan Ringgit, atau temberang kerajaan Umno@Bn..!!

Posted: 02 Feb 2015 04:49 AM PST

oleh Mike Tan
Kejatuhan nilai matawang Ringgit secara mendadak baru-baru ini diwarnai natijah baru apabila timbul khabar angin yang mengatakan ada manipulasi pihak tertentu. Tuduhan ini, yang dilaporkan media telah dilemparkan melalui blog-blog, mngatakan yang kininya seorang ahli perniagaan telah memanipulasikan nilai RInggit untuk untung keuntungan peribadi beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandang berat tuduhan ini, melabelkannya sebagai "kegiatan sabotaj ekonomi", dan berkata kerajaan akan mengambil tindakan terhadap sebarang tindakan yang sedemikian.
Walaubagaimana pun beliau memperingati yang semua ini hanyalah jika terdapat bukti kukuh akan apa yang didakwa.
Baik betul atau tidak apa yang diperkatakan, tuduhan manipulasi matawan bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah negara kita.
Nilai matawang Ringgit pernah menurun mendadak sebelum ini, ketika krisis kewangan Asia di akhir tahun 90an, justeru itu tuduhan manipulasi pasaran matawang telah dilemparkan kepada beberapa individu tertentu.
Di kemuncak krisis terbabit, Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamed menuduh pedagang matawang berbangsa Yahudi George Soros sebagai dalang kejatuhan nilai Ringgit kerana hendak menghukum Asean yang telah bersetuju menerima Myanmar ke dalam pertubuhan serantau tersebut.
Ini berlarutan hingga menjadi pertengkaran besar antara Mahathir and Soros, dengan pelbagai serangan mulut dari kedua belah pihak.
Akhirnya, Mahathir mengambil keputusan untuk menetapkan nilai Ringgit kepada US Dollar pada kadar RM3.50 kepada satu Dollar US Dollar pada bulan September 1998 selepas Ringgit kehilangan hampir 60 peratus dari nilainya pasarannya.
Langkah tersebut telah digunapakai selama tujun tahun, sehinggalah penetapan tersebut dimansuhkan pada bulan Julai 2005.
Read More / Baca Lagi >>

Boikot peniaga Cina: Menteri Umno dipanggil polis

Posted: 02 Feb 2015 04:48 AM PST

Tweet IGP Ismail Boikot
Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman Twitter beliau lewat petang Isnin bahawa polis akan memanggil Datuk Ismail Sabri Yaakob bagi merakamkan keterangan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berhubung kenyataan beliau agar peniaga Cina diboikot.

KUALA LUMPUR, 2 Februari:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan beliau yang meminta orang Melayu memboikot perniagaan peniaga Cina.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengambil langkah segera bagi mengelakkan daripada terjadinya ketegangan kaum.
"@PDRMsia akan panggil Menteri Pertanian untuk kita rakam percakapannya dalam isu ini. PDRM akan memastikan keharmonian kaum dihormati," kata Khalid melalui laman Twitternya hari ini.
Terdahulu, Ismail Sabri di akaun Facebook beliau semalam secara terbuka menyeru agar pengguna memboikot peniaga cina yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan menaikkan harga dan menindas pengguna.
Kenyataan beliau itu hadir ketika orang ramai turut tidak berpuas hati dengan kedegilan peniaga yang enggan menurunkan harga barang sekalipun kerajaan sudah menurunkan harga bahan api petrol serta diesel sebanyak tiga kali sejak Disember tahun lepas hingga semalam.
"Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) yang patut gunakan Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga tanpa sebab munasabah, kuasa yang terbesar ada pada pengguna.
Read More / Baca Lagi >>

"Boikot Peniaga Cina": Ismail Sabri enggan minta maaf, bukan Ngeh seorang saja di Perak

Posted: 02 Feb 2015 04:32 AM PST

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan memohon maaf kepada Datuk Ngeh Koo Ham berhubung status Facebook yang ditulisnya semalam, mengatakan ia tidak ditujukan khusus kepada penasihat DAP Perak itu.

 Menteri pertanian dan industri asas tani itu berkata, Ngeh yang juga ahli Parlimen Beruas, bukanlah satu-satunya individu dengan nama itu yang berada di Perak.

"Ngeh… Dia seorang sahaja ke di Perak? Saya tidak sebut Ngeh Koo Ham. (Dan) Saya sebut 'dikatakan'," katanya dalam satu kiriman WhatsApp kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai statusnya di Facebook itu yang menggesa pengguna Melayu memboikot kedai makan Cina seperti restoran kopitiam Old Town White Coffee yang didakwanya milik keluarga Ngeh.
 "Saya dah kata 'dikatakan'," kata Ismail. Ismail semalam mempersoalkan sikap pengguna Melayu yang masih makan di kedai milik kaum Cina yang diragui status halalnya walaupun terdapat banyak restoran Melayu yang lain.

Mengambil contoh kopitiam itu, beliau menulis: "Lihat sahaja Old Town White Coffee, diragui baru-baru ini.

Read More / Baca Lagi >>

Mustafa enggan ulas 'perang' antara Pas, DAP

Posted: 02 Feb 2015 04:25 AM PST

Mustafa Ali
Pas hari ini enggan mengulas mengenai kekeruhan perhubungan Pas dan DAP yang seakan menemui titik buntu dalam PR.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Sinar Online berkata, buat masa sekarang pihaknya masih tidak boleh memberikan  penjelasan terhadap kekeruhan yang dialami Pas dan DAP.

Katanya, segalanya mungkin akan diselesaikan menerusi pertemuan ketiga pemimpin PR yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Apa yang penting, buat masa sekarang kami (Pas, DAP) masih berada dalam PR.

"Nantilah.. Bila semua (pertemuan) sudah selesai, baru kita boleh bercakap mengenai hal ini. Sekarang saya tak boleh cakap apa-apa lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Sebelum ini, Mustafa dalam satu kenyataan berkata, isu perbalahan antara pemimpin Pas dengan DAP berhubung pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang bakal diselesaikan dalam satu pertemuan.

Read More / Baca Lagi >>