Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Awas 'Malware' Pada Telefon Pintar

Posted: 01 Feb 2015 05:45 PM PST


Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 9:06 AM

Rakaman skrin yang diambil daripada video yang memaparkan aksi seorang individu menggunakan telefon pintarnya untuk menggodam pengimbas Touch n' Go.
- Gambar hiasan
PETALING JAYA: 'Malware' (virus) baharu yang menjangkiti dan mengunci data komputer sehingga wang tebusan yang dibayar boleh menjangkiti telefon pintar dengan mudah, CyberSecurity Malaysia memberi amaran.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, pengguna telefon pintar harus berwaspada terhadap malware jenis 'Ransomware' itu.
"Pada bulan Januari sahaja, sebanyak empat kes Ransomware pada komputer telah dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 kami," katanya.
Dr Amirudin berkata insiden itu membabitkan dua syarikat dan dua pengguna individu.
Sebagai perbandingan, terdapat tiga kes pada tahun lepas, dan hanya dua kes pada 2013.
"Sehingga kini, CyberSecurity Malaysia tidak menerima sebarang laporan kes telefon pintar yang dijangkiti Ransomware tetapi mencegah lebih baik daripada mengubati," katanya dalam satu temu bual.
Beliau berkata antara cara yang boleh menyebabkan komputer dan telefon bimbit dijangkiti 'malware' tersebut adalah melalui lampiran e-mel yang mengandungi 'malware' di mana ia akan dimuatnaik dengan sendirinya.
Satu mesej pop-up pada skrin akan menyatakan bahawa komputer telah dikunci dan semua fail disulitkan, selain bayaran 'penalti' sebanyak AS$100 (RM363) dikenakan kerana  melawat 'laman web secara tidak sah'.

Berikutan kejadian tersebut, CyberSecurity mengeluarkan nasihat kepada semua pengguna internet, termasuk pertubuhan-pertubuhan, berhubung ancaman yang mungkin dihadapi.

Dr Amirudin berkata mangsa tidak perlu mengikut arahan pembayaran sebaliknya menghubungi Cyber999 untuk bantuan.

"Selain daripada membantu mangsa, laporan itu juga akan memberikan maklumat penting yang akan membolehkan kita untuk lebih menangani atau mengurangkan masalah ini," katanya.

Beliau berkata, pengguna internet perlu mempunyai perisian anti-virus yang terkini dan tidak meng'klik' pada pautan web yang tidak diminta di dalam e-mel.

Dr Amirudin turut menasihati pengguna untuk sering membuat 'fail sokongan' untuk maklumat penting bagi menghadkan kesan kehilangan data atau sistem dan untuk membantu mempercepatkan proses carian.

Soalan atau laporan boleh dihantar kepada cyber999@cybersecurity.my atau mycert@mycert.org.my atau telefon 1-300-88-2999 (waktu perniagaan) atau +6019 2665850.

Umno ‘bunuh’ Umno, portal disalahkan

Posted: 01 Feb 2015 02:51 AM PST

Oleh Amin Iskandar
Umno 'bunuh' Umno, portal disalahkan
Tidak ada yang lebih lucu daripada membaca berita seorang pemimpin Umno menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan ke atas The Malaysian Insider, Malaysiakini dan Free Malaysia Today kerana dikatakan melaga-lagakan parti Melayu itu.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, ketiga-tiga portal berkenaan berperanan sebagai "batu api" dan mengambil pendekatan baharu untuk dijadikan senjata yang boleh mencetuskan krisis dalaman partinya.
Bekas timbalan menteri itu berkata, ketiga-tiga portal ini mempunyai agenda bersama melagakan pemimpin Umno kerana cubaan mereka sebelum ini menyerang dari luar parti itu seperti memainkan isu sensitif seperti agama dan perkauman, termasuk mendakwa pilihan raya umum lalu tidak telus sehingga tercetus demonstrasi Bersih, tidak berjaya.
Katanya tindakan ketiga-tiga portal itu secara jelas boleh menghasut rakyat membenci pemimpin dan pada masa sama mempengaruhi ahli Umno berpecah-belah.
Puad sebelum ini melibatkan diri secara langsung dalam "peperangan" dalam Umno di antara penyokong Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Puad menyerang Dr Mahathir secara terbuka malahan pernah mengeluarkan kenyataan kepada The Malaysian Insider berhubung kemarahannya terhadap bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.
"Umno wujud dari dahulu lagi dan terpalit dengan pelbagai masalah sejak Dr Mahathir menerajui Umno dan beliau tidak pula merawat kecederaan itu," beliau dilapor berkata pada September 2013.
Baru-baru ini juga, Puad lantang menkritik Dr Mahathir sehingga dijawab bekas presiden Umno itu dalam blog popularnya Chedet.
Mungkin juga sekarang ini apabila menyedari Najib sukar dipertahankan sebagai perdana menteri dan ingin menyelamatkan diri, bekas ahli Parlimen Batu Pahat itu mencari "kambing hitam".
Dari satu segi, Puad mengiktiraf pengaruh The Malaysian Insider, Malaysiakini dan Free Malaysia Today walaupun partinya terus menyekat wartawan mereka daripada membuat liputan sidang akhbar atau perhimpunan agung parti.
Apabila bocor berita tokoh korporat T Ananda Krishnan dikatakan bersetuju meminjam sehingga RM2 bilion kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai bantuan menyelesaikan hutang syarikat kontroversi itu kepada Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd, perkembangan semakin menarik sedang berlaku.
Inilah yang mungkin ditakutkan Puad sehingga perlu mencari kambing hitam menyelamatkan dirinya.
Suntikan RM2 bilion itu menjadikan Ananda pemegang saham majoriti dalam Powertek Investment Holdings Sdn Bhd (PIH), berdasarkan penilaian terkini. Dalam erti kata lain,1MDB akan hilang pemilikan PIH ke tangan Ananda yang dikenali sebagai "orang Dr Mahathir".
Ekonomi Malaysia semakin gawat. Nilai ringgit semakin merudum dan perang dalaman Umno tidak akan berhenti sehingga salah satu kumpulan kalah atau dikuburkan.
Krisis ekonomi Asia pada 1997 menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pada ketika itu timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno yang berpengaruh, terkorban.
Krisis ekonomi kali ini, sekali lagi nama Anwar muncul, cuma bezanya kini ketua umum PKR itu tidak berada dalam kerajaan walaupun masih memainkan watak penting dalam politik Malaysia.
10 Februari ini, nasib Anwar akan ditentukan Mahkamah Persekutuan, sama ada bersalah atau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Keputusan yang bakal dikeluarkan berkait rapat dengan peperangan dalaman parti Melayu terbesar itu.
Pembebasan Anwar akan menguntungkan salah satu kumpulan yang berperang dalam Umno, begitu juga jika keputusan mahkamah sebaliknya.
Pendek kata, keputusan berhubung kes Anwar ini boleh dilihat sebagai keputusan peperangan di antara dua kumpulan dalam Umno pada ketika ini. – TMI

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LAWATAN KERJA KE KAWASAKI JADI BUKTI PEMIMPIN BN TAK BUAT KERJA?...PAROK WEI !!!

Posted: 01 Feb 2015 09:04 PM PST


Inilah akibat terlalu banyak berpolitik ke sana ke mari mencari kesalahan orang lain untuk mempopularkan diri sendiri.

Di kala rakyat sedang susah akibat kenaikan kos harga barang walaupun harga minyak turun tiga dah tiga berturut-turut, namun kaum penganut ajaran komunis DAP tetap mahu menganiaya rakyat sengaja tak mahu turunkan harga barang.

Penganut -penganut DAP selalu bising tak puas hati dan mintak itu ini. Tetapi dalam masa yang sama mengaut keuntungan berlipat ganda melalui pelbagai penipuan dan menjadi rakyat yang liat bayar cukai serta kurang berterima kasih.

Sebaliknya mereka lebih gemar mencipta apa jua pembohongan dan menyebar kepada rakyat apa jua fitnah demi meraih sokongan dan undi.

Nampaknya cina-cina penganut DAP ni dah panas bontot apabila isu pembalakan haram di Kelantan oleh syarikat milik Nga telah menyebabkan tsunami banjir balak dan selut yang amat dahsyat.


Kini dia ingin melawat orang asli di Kawasaki pula yang kononnya telah diabaikan oleh BN.

Mungkin pada penganut DAP pemakan babi dan todi tegar ini erti kemajuan dan perhatian pada orang asli adalah dengan mengadakan projek-projek tebang balak seperti mana di Lojing dan Kuala Krai.

Balak-balak rakus ditebang hingga gondol tanah-tanah bukit atas nama membangunkan Ladang Rakyat dan Lebuhraya Rakyat.

Bila berlaku banjir besar baru-baru ini rakyat Kelantan mendapat hadiah balak-balak percuma depan rumah mereka. 


Entah berapa ratus juta ringgit yang adik beradik Ngah, Ngeh dan Ngok Nizar untung akibat pembalakan di seluruh Kelantan? 

Mesti perhiasan bini-bini mereka lebih ranggi dan mengancam tip top lip lap dari Betty Chew.     

Jadi kalau Nga Kor Ming mahu pergi ke Kawasaki untuk membela masyarakat orang asli di sana pergilah. 

Mana tahu boleh dapat tanah-tanah balak lagi boleh bikin kilang motor Kawasaki.

Tapi ingat orang asli bukannya masyarakat yang mudah diperbodohkan sepertimana disangka oleh DAP. 

Silap hari bulan disumpit dan dibusungkan perut dan bontot pemimpin-pemimpin  DAP ini.  

 

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Mereka tinggalkan Anwar ... Mereka tahu dia liwat

Posted: 01 Feb 2015 06:28 PM PST








Anak muda Sabah ransangkan Anwar

Posted: 01 Feb 2015 04:30 PM PST




Baru jumaat ini dia perasan dirinya dah tahap TYT Sabah






DAP dan PASMA "Impian Kelantan" di KB ... tak ziarah pun Nik Aziz

Posted: 01 Feb 2015 07:00 AM PST







Impian-impian ni impian DAP. Dilancar di Sarawak, Sabah dan kini Kelantan oleh PASMA.









Tak ramai mana ...

PAS Kelantan pun tak datang.


Masa nak guna Nik Aziz, dijulang. Datang ke KB tak ziarah pun orang tua yang diijulang dahulu sebagai Mursyidul Am tu ... sedo ke tidak orang tua tu. Dah kena guna.

Sekarang DAP guna pula ...


Balaci2 PASMA di Kelantan dengan Mursyidul baru mereka. Lim Guan Eng.



Minyak turun barang tak turun, Minyak naik DAP arah barang diinaikkan!!!

Posted: 01 Feb 2015 02:00 AM PST







Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Myanmar namakan Rohingya pengganas?

Posted: 01 Feb 2015 06:38 AM PST


YANGON - Polis Myanmar menyatakan etnik Rohingya tidak lagi dianggap sebagai satu etnik tetapi sebagai sebuah kumpulan pengganas dalam satu majlis yang diadakan di negara ini.

Portal berita Burma Times melaporkan, pasukan keselamatan tersebut membuat pengumuman tersebut kepada kira-kira 200 orang di Buthidaung Town Bazar, Arakan.

Pertemuan itu berlangsung antara pukul 11 pagi hingga 1.30 petang waktu tempatan (9.30 pagi hingga 12 tengah hari waktu Malaysia).

"Rohingya bukanlah nama sebuah kumpulan orang tetapi adalah sebuah kumpulan pengganas," kata seorang pegawai kanan polis yang merujuk kepada Pertubuhan Persaudaraan Rohingya yang diharamkan.



Beliau berkata, mana-mana individu yang bertegas untuk dikenal pasti sebagai Rohingya akan dilabelkan sebagai pengganas dan tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka.

Tahun lalu, kebanyakan penduduk Rohingya ditahan dan beberapa lagi dikenakan hukuman penjara ketika mereka bertegas dikenali sebagai etnik Rohingya berbanding Bengali.

Seorang lagi anggota polis berkata, mana-mana individu yang mahu tinggal di negara itu perlu mematuhi undang-undang negara tersebut.


"Sesiapa yang ingin tinggal di Myanmar perlu mematuhi undang-undang negara ini," katanya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak beberapa minggu lalu, menggesa kerajaan Myanmar memastikan hak sama rata kepada etnik berkenaan dan pengiktirafan terma Rohingya.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:47 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Pertikai Status Wilayah, Apa Agenda Besar DAP Sebenarnya?

Posted: 01 Feb 2015 07:21 PM PST

1) Apakah ini yang Hadi Awang maksudkan?

2) Jika buat pilihan raya PBT maka sesuatu yang buruk boleh terjadi.

3) Mengapa Kit Siang pertikai KDNK Kelantan dan dalam masa yang sama bercakap soal bajet yang besar di negeri negeri berstatus Wilayah?

4) DAP mahu apa sebenarnya?

5) Boleh disimpulkan, DAP sebenarnya tidak berminat pun untuk tolong negeri negeri Melayu PAS seperti Kelantan. Biarpun rakan sekutu dalam pakatan yang dinamakan sebagai rakyat tetapi DAP sebenarnya lebih haloba untuk kuasai KL, Penang dan Selangor menerusi PBT.

6) Masih lagi ada Melayu hendak sokong DAP jika tahu perkara ini?

Dalang Sabotaj Ekonomi : Bank Negara Harus Segera Siasat

Posted: 01 Feb 2015 05:48 PM PST

Serangan Matawang Ada Dalam Dokumen Ini

Posted: 31 Jan 2015 10:21 PM PST

Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:32 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Getah Penyendal Pintu Rumah Kami Yang Berwarna Merah

Posted: 01 Feb 2015 09:11 PM PST

Hari Jumaat hari tu, bila aku nak hantar anak aku gi sekolah, aku cuba sendalkan pintu rumah aku dengan getah penyendal ni.

Pintu aku gagah mahu menutup kembali dirinya. Aku cuba tekan dan tekan dan tekan getah ni ke dalam lagi supaya sekurang-kurangnya dapat aku dukung anak aku keluar dan biarkan pintu tertutup kemudiannya. Pintu rumah aku pintu rintangan api jadi ada penolak pintu yang akan tarik pintu tutup balik. Gagal jugak.

"Ah, persetankan saja!" Aku sangkut beg baju dekat badan, angkat dia punya beg bekal dan dukung anak aku, kemudian tarik pintu pakai tangan dan tahan pintu pakai kaki sambil anak aku meronta-ronta nak turun. Budak-budak baru dapat kaki memang dia nak berjalan ke mana-mana saja. Aku rasa kalau aku biar aje dia berjalan, sampai Kedah pun dia boleh sampai.

Bila pintu dah tak boleh ditahan lagi dah dengan getah merah dalam gambar tu, barulah aku teringat beberapa hari sebelum tu isteri aku pesan suruh beli pendenal pintu lain sebab dia kata dah tak berfungsi. Aku seperti biasa masih lagi mengamalkan prinsip 3C dalam hidup iaitu "cheap, cheapskate dan cantik" jadi selagi aku tak betul2 pasti sesuatu tu dah tak boleh pakai, aku akan pakai. Bila nak carik ganti pun aku akan carik yang paling murah, yang paling berbaloi dan yang paling cantik.

Siapa kata barang murah tak ada yang cantik?
Ada. Cuma kau kena sabar mencari.

Hari Khamis haritu, lepas aku gi beli barang dekat Tupperware aku gi Aeon, gi Daiso beli penyendal pintu nak gantikan penyendal getah merah ni. Cantik jugak la design dia. Daiso punya barang semua RM5 jadi ok la, dapat dua penyendal pintu dengan harga RM5.

Aku nak buang penyendal pintu merah ni masa aku kemas rumah tadi. Tapi, kau tau apa yang terjadi dekat aku bila aku pegang penyendal pintu tu? Aku terkenang betapa berjasanya benda ni dekat aku sebab itulah penyendal pintu aku dari first time kami duduk rumah ni dan sehinggalah sekarang kami dah ada anak dua.

Aku teringat balik detik bila aku beli penyendal pintu tu dekat kedai hardware mana tah, sebab aku tengah carik drill waktu tu. Kemudian aku terimbau semula kenangan bila ada sekali penyendal pintu tu tergelincir dan aku punya jari terkepit dekat bawah pintu tu. Juga ada waktu bila dia tergelincir, anak aku cuba tahan pintu tu sedaya upaya sebab takut pintu tertutup.

Atau semua waktu di mana kami kelam kabut nak keluar rumah sebab bila kau ada anak seorang, apa-apa saja benda kau buat, kau tambah 10 minit kepada semua benda kau nak buat. Nak keluar rumah pun kena bergaduh dan bergusti dengan anak. Ada waktu di mana aku marah gila, sudah lah baru kena amaran jangan datang lambat kerja hujung 2 tahun lepas tapi anak aku boleh buat selamba nak pilih dulu permainan dia sambil aku berdiri dekat pintu.

Kalau penyendal pintu ni boleh bercakap, dia mesti kata kat aku "banyakkan bersabar."

Tiap-tiap hari kami sekeluarga keluar masuk dengan bantuan penyendal pintu ni. Apatah lagi bila balik dari membeli belah dan anak aku tak dapat apa yang dia nak, mengakibatkan dia tak nak masuk rumah, aku terpaksa biarkan pintu terbukak dan tahan dengan penyendal pintu tu untuk pastikan aku nampak dia duduk luar.

Itu adalah penyendal pintu pertama aku dengan isteri aku sebagai suami isteri.

Bila aku tengok balik ke belakang, dari kami berdua, jadi bertiga dan sekarang jadi berempat, penyendal pintu tu masih lagi setia kat situ, menahan pintu untuk kami setiap masa bila kami nak keluar masuk. Setakat yang aku ingat, ada sekali ajelah anak aku terkepit tangan kat pintu tapi itu pun nasib baik tak kuat.

Pergh.

Banyaknya jasa kau dekat keluarga aku ni bro.

Aku tak berapa suka simpan barang2 lama ni sebab pada aku tak praktikal. Mak aku, jenis suka menyimpan. Kalau kau pegi rumah aku kat Kedah, kau akan nampak macam2 benda yang mak aku kumpul terutamanya majalah dan keratan akhbar. Aku pun tak pasti kenapa mak aku suka benar simpan barang yang aku tak pernah pun tengok mak aku bukak balik. Especially keratan akhbar.

Banyak kali dah aku bagitau kat mak aku, buang aje lah barang2 tu. Pemain VCR lama? Ada dua bijik kat rumah aku. Pemain piring hitam? Aku rasa ada lagi siap ada vinyl Uji Rashid last sekali aku cek. Baju? Beberapa almari. Majalah? Adalah dalam 3 rak buku. Buku? Tak terkira. Ada jugak la terpaksa dibuang lepas Alor Setar banjir tahun 2010 hari tu.

Bila dah ada anak barulah aku paham kot kenapa, walaupun semak, walaupun serabut tengok, walaupun sakit hati aku tengok (aku jenis tak boleh tengok barang tak tersusun) mak aku tetap bertegas tak nak buang barang2 dia tu yang kini dah penuh satu bilik tidur yang dijadikan stor.

Aku dah nak kahwin masuk tahun ke 5.

Memori mak bapak generasi aku ni, kitorang boleh selamatkan dalam pelbagai medium. Gambar yang tak terkira banyaknya dan video yang kau boleh kronologikan dari anak kau lahir hinggalah anak kau besar.

Tapi untuk generasi mak bapak kita, rasanya memori diorang hidup dalam gambar yang statik, helaian negatif gambar yang tak terkira banyak jumlahnya dan...barang-barang yang pernah disentuh, diguna dan dipakai oleh orang-orang yang mereka sayang.

Kita mungkin boleh tengok video anak kita membesar dan rasa sedih dan sayu mengenangkan apa yang kita dah lalui tapi macam mana hebatnya teknologi sekalipun, memori yang paling hebat adalah memori yang bermain dalam bentuk video dalam kepala kau, tiap2 kali kau terpandang sesuatu, sentuh sesuatu, yang membuatkan kau teringat sesuatu.

Aku harap korang masih sedar, yang korang baru aje baca satu artikel panjang yang diinspirasikan dari sebijik penyendal pintu berwarna merah. Aku rasa nak simpan penyendal pintu ni dan jadikan barang warisan turun temurun ke anak cucu. Mungkin masa tu, diorang punya pintu pakai laser dan dijaga oleh robot.


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:06 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Undang Bala Lagi: Sambutan hangat tiket konsert K-pop selepas kontroversi adegan peluk

Posted: 01 Feb 2015 09:05 PM PST


Kekecohan yang timbul apabila artis Korea Selatan memeluk peminat yang terdiri dari gadis Melayu di atas pentas ketika persembahan mereka bulan lepas tidak sedikit pun menjejaskan peminat K-pop di Malaysia.
 Walaupun menerima tempelak pelbagai pihak termasuk badan berkuasa agama susulan video adegan itu tersebar di laman sosial, peminat K-pop terus memberi sambutan hangat kepada satu lagi konsert artis Korea Selatan yang dijadualkan hujung minggu ini.
Setakat Rabu lalu, 75% daripada tiket habis terjual untuk konsert pada 7 Februari di Stadium Negara, yang menampilkan penyanyi Taeyang, ahli kumpulan "Big Bang".
"Setakat ini sambutan amat menggalakkan dan konsert yang akan datang langsung tidak terjejas dengan insiden sebelum ini," kata penganjur konsert, yang enggan didedahkan namanya atau syarikatnya, kepada The Malaysian Insider.
Malah menurut penganjur, setakat ini mereka juga tidak menerima sebarang amaran atau notis daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung penganjuran konsert tersebut, termasuk sebarang sekatan dari segi penjualan tiket. "Kita tidak terima apa-apa amaran.

Pihak berkuasa agama juga belum menghubungi kita lagi untuk memberikan panduan tentang apa yang boleh dibuat atau tidak, semasa konsert malam Sabtu depan," katanya, sambil menambah, penyanyi itu mempunyai ramai peminat di negara ini.
Penyanyi terkenal Korea Selatan itu dijadual mengadakan konsert sulungnya "2015 Taeyang World Tour Rise in Malaysia", membabitkan kos yuran RM1.5 juta dan melibatkan 200 kakitangan bagi memantau efek pentas dan peralatan konsert.

Read More / Baca Lagi >>

PAS gesa haramkan minuman keras di kedai serbaneka seluruh negara

Posted: 01 Feb 2015 08:59 PM PST

PAS menyokong tindakan kerajaan negeri Melaka mengharamkan jualan minuman keras di kedai serbaneka dan menggesa perkara sama dikuatkuasakan di semua negeri di Malaysia.
Satu kenyataan bersama dikeluarkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan, Datuk Khairuddin Aman Razali dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata adalah wajib menyokong setiap usaha membebaskan umat Islam daripada industri arak.

 "Kami menggesa agar polisi kerajaan negeri berkaitan arak dapat diselaraskan di seluruh negara," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini. "Malah, setiap usaha untuk membebaskan umat Islam daripada industri arak wajib disokong bersama."
Kerajaan Melaka minggu lalu berkata akan melaksanakan pengharaman penjualan minuman keras di kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven di kawasan majoriti Melayu dan Islam.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dalam satu kenyataan berkata, keputusan berkenaan diputuskan dalam mesyuarat exco yang mana komposisi sesuatu kaum bakal dipertimbangkan sebelum pengharaman tersebut dilaksana.
Menurut Idris, kajian terperinci bakal dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mendapatkan maklumat berkaitan jumlah penduduk dan sebagainya. "Sebagai contoh, sekiranya lingkungan jarak antara dua 7-Eleven mempunyai 90% orang Melayu, penjualan minuman keras di kedai terbabit adalah tidak sesuai," kata Idris.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas 13 Mei Hadi, Nik Abduh pula bangkit sistem beraja dalam isu pilihan raya PBT

Posted: 01 Feb 2015 08:55 PM PST

Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata bantahan presiden PAS terhadap pilihan raya tempatan bukan merupakan pendapat peribadi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2015. 
Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata bantahan presiden PAS terhadap pilihan raya tempatan bukan merupakan pendapat peribadi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2015.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini mempersoalkan samada sistem beraja yang diamalkan Malaysia sekarang perlu ditukar semata-mata untuk mencapai keadilan.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu membangkitkan persoalan berkenaan selepas isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) semakin hangat diperdebatkan di antara PAS dan DAP. 
"Anda perhatikan, adakah negara kita perlu menukar sistem beraja demi mencapai keadilan dengan alasan dengan adanya raja, maka keadilan akan terbantut selamanya?

"Jika begitu, kita sudah terlalu jauh merajakan demokrasi dan pilihan raya. Islam menolaknya," kata Nik Abduh menerusi catatan di Facebook semalam. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini memberi amaran pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan jurang antara kaum dan mendorong kepada insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Katanya, desakan DAP untuk pilihan raya PBT akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan kaum Cina sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Jackie Chan dapat Datuk kerana jasa Police Story 3, bela Ku Nan

Posted: 01 Feb 2015 08:51 PM PST

Banyak yang lupa polis story yang di bintangi oleh jacky chan pengambaran nya di Kuala Lumpur filem yang popular
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor hari ini membela pelakon antarabangsa Jackie Chan yang menerima pingat yang membawa gelaran Datuk semalam.

Jackie Chan telah memberikan sumbangannya dalam mempromosikan Malaysia dan Kuala Lumpur khususnya menerusi filem popularnya, "'Police Story 3' pada tahun 1992 selain memiliki bilangan peminat yang ramai di sini, katanya.

"Jackie Chan adalah seorang pelakon yang mempunyai ramai peminat di Malaysia dan boleh menaikkan nama Malaysia dan Kuala Lumpur terutamanya, kerana itu dia layak menerima anugerah ini," kata Tengku Adnan.

Kenyataan yang dibuat menerusi akaun Twitternya itu dibuat susulan kekecohan di media sosial yang mempersoalkan tindakan kerajaan menganugerahkan gelaran tersebut kepadanya.

Jackie Chan menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Hendak boikot peniaga? Itu kerja persatuan pengguna kata Hasan Malek

Posted: 01 Feb 2015 08:47 PM PST

Hendak boikot peniaga? Itu kerja persatuan pengguna - Hasan Malek
KUALA LUMPUR: Tugas memboikot peniaga yang berdegil untuk menurunkan harga barangan selepas pengumuman penurunan harga minyak pada Ahad terletak sepenuhnya di tangan persatuan pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kementeriannya sentiasa memantau 'gelagat' peniaga yang masih degil untuk menurunkan harga selain perlu mengakui tindakan akan dibuat selepas beberapa prosedur penyiasatan selesai.

"Kita sudah kuatkuasa Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, bukan kita tidak buat operasi dan sebagainya.

"Tangkapan juga dilakukan dan banyak kes-kes dalam siasatan. Semuanya ada dilaporkan di media.

"Namun jika isu melibatkan boikot, kita minta persatuan pengguna jalankan segera. Kementerian akan jaga melalui pemantauan dan penguatkuasa. Kalau berjaya boikot itu, saya pasti harga barangan akan turun," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hasan mengulas kedegilan peniaga yang enggan menurunkan harga barangan walaupun kerajaan sudah mengumumkan penurunan harga minyak pada awal Februari.

Dalam pada itu katanya, masyarakat harus faham kuasa kementeriannya yang meliputi semua golongan sasar berkaitan perniagaan serta perdagangan.

"Saya bertemu pembeli, peniaga, pemborong dan semua pihak berkenaan isu ini jadi semua kena faham, saya menjaga semua pihak.

"Pengguna dan persatuan pengguna kena bercakap dan buat tindakan sewajarnya," jelasnya.

Dalam pada itu, media sosial turut 'dikejutkan' dengan status laman Facebook Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberitahu, kedegilan peniaga ini boleh menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.




Status di laman Facebook Ismail Sabri yang mahu pengguna memboikot peniaga yang menaikkan harga tanpa sebab munasabah - Gambar Facebook Ismail Sabri
Read More / Baca Lagi >>

Dr Asri kembali jadi mufti Perlis

Posted: 01 Feb 2015 08:45 PM PST

Pensyarah Datuk Dr Asri Zainul Abidin sekali lagi dilantik sebagai mufti Perlis menggantikan Datuk Dr Juanda Jaya yang tamat kontrak.

Beliau memulakan tugas hari ini.

"Pohon doa semua rakyat Malaysia," katanya dalam Facebook beliau.

10 Feb: 'Ada tawaran, tapi Anwar enggan lari keluar'

Posted: 01 Feb 2015 07:51 PM PST

Menjelang keputusan kes Liwat II minggu depan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau ada dinasihatkan untuk tinggal dan berkhidmat di luar negara

Nasihat itu, katanya, termasuk daripada sarjana terkenal dunia Islam Sheikh Yusof Al-Qardawi.

"Saya yakin saya boleh bebas kalau ikut undang-undang.
"Sheikh Yusof Al-Qardawi menasihatkan saya duduk di luar. Ada pemimpin Turki tawar jawatan penasihat agama dan ajak saya duduk sana.

"Ini tempat lahir saya, ini negara saya, walau apa pun keputusannya nanti, saya tetap akan teruskan perjuangan dan tidak takut masuk penjara sebab dah pernah masuk penjara lapan tahun," katanya.

Beliau bercakap di hadapan 3,000 orang di Seremban malam tadi,  ceramah sulungnya dalam siri bertemakan "Rakyat Hakim Negara".

Beliau selepas ini dijadual berceramah setiap malam di sepuluh tempat menjelang keputusan kesnya pada 10 Februari.

"Mudah-mudahan saya bebas.

"Tapi kawan-kawan kata, manalah tahu," katanya.

Apakah wujud siasatan berasingan keatas motif pembunuhan Altantuya?

Posted: 01 Feb 2015 07:48 PM PST

KUALA LUMPUR, 2 FEB: Ketua Biro Guaman DAP Gobind Singh Deo menggesa Ketua Polis Negara (KPN) Tan Seri Khalid Abu Bakar menjelaskan sama ada wujud penyiasatan berasingan keatas motif kes pembunuhan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribuu.
"Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk mendapatkan keterangan dan kemudiannya melalui pendakwa raya, mengemukakannya di mahkamah.
"Kemudian adalah bagi pihak pendakwa menghujahkan motif, dan bagi mahkamah untuk memutuskan sekiranya atau tidak, pendakwaan telah membuktikan motif melampaui keraguan munasabah," kata Gobind dalam satu kenyataan.
Dalam satu kenyataan semalam Khalid berkata, siasatan kes bunuh meliputi pelbagai aspek, termasuk mengukuhkan sebab di sebalik tindakan dan memastikan bukti cukup untuk tujuan pendakwaan.
Katanya ia direkod dalam kertas siasatan yang dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut, manakala semasa pendakwaan, pihak pendakwa menentukan kembali perkara itu, atau keterangan mana satu untuk ditambah bagi membuktikan kes.
Tambah Khalid, bukan tugas polis untuk mempersoal pihak pendakwaan atau mahkamah kerana tidak menyelidik motif semasa pendengaran kes.
Namun ujar Gobind, hujah bahawa adalah kepada mahkamah untuk memutuskan motif, dan bukannya kepada polis adalah tidak kena pada tempatnya.
"Yang pertama mestilah keterangan, dan hanya kemudiannya mahkamah boleh membuat keputusan.
"Kedua, adalah penting untuk diambil perhatian bahawa KPN sendiri dilaporkan berkata tidak mengetahui mengapa pegawai polis itu membunuh Altantuya.
"Ini menunjukkan dengan jelas kekurangan pengetahuan atau bukti pada pihak polis keatas motif. Oleh itu, bagaimana KPN mengharapkan mahkamah membuat penemuan mengenai siapa mengarahkan pembunuhan?
Read More / Baca Lagi >>

Turun harga barang, Ahmad Maslan patut bertindak pada TNB dulu

Posted: 01 Feb 2015 07:45 PM PST

KULAI, 2 FEB: Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan perlu bertindak keatas Tenaga Nasional Berhad (TNB) terlebih dahulu yang enggan menurunkan tarif elektrik, kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.
Ahmad Maslan sebelum ini dilaporkan berkata, peniaga yang enggan menurunkan harga barangan tertentu selepas pelaksanaan GST pada 1 April depan dikategorikan sebagai 'pengkhianat ekonomi' dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
"Saya mengalu-alukan pengumuman beliau. Tetapi untuk menunjukkan kesungguhannya, saya mencabar beliau bertindak keatas TNB kerana enggan menurunkan tarif elektrik, walaupun harga minyak mentah antarabangsa telah turun," kata Nie Ching dalam satu kenyataan.
Kerajaan pada Januari tahun lalu menaikkan tarif elektrik 16 peratus berikutan peningkatan harga minyak mentah antarabangsa.
Ini kerana harga penanda aras arang batu pada Januari 2014 bagi tarif elektrik adalah RM275 per metrik tan (kos arang batu: USD87.5 per tan metrik pada harga RM3.14 / USD).
Pada Disember 2014, harga arang batu 21 peratus lebih rendah, iaitu RM217 per metrik tan (kos arang batu: USD62 per tan metrik pada RM3.50 / USD).
Menurut Nie Ching, kajian UOB Kay Hian menganggarkan TNB berjimat RM424 juta bagi tempoh enam bulan pertama 2015.
Manakala Hong Leong Investment Bank (HLIB) berpendapat TNB dapat menjimatkan RM310 juta kos bahan api bagi separuh pertama tahun ini dan RM703 juta pada tahun 2015.
Justeru itu, firma penyelidikan itu turut menganggarkan TNB dapat menjimatkan kos RM667.8 juta, atau 13.8 peratus operasinya berikutan harga arang batu lebih rendah, iaitu di bawah USD65 per tan metrik.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan gembira sangat harga minyak turun

Posted: 01 Feb 2015 07:38 PM PST

Oleh Timmy Say 

Saya: "Harga minyak dah turun 60 sen sejak September, mengapa harga kari mee pakcik masih naik harga?"
Pakcik kari mee: "Semua barangan lain meningkat. Perbelanjaan sekolah meningkat. Bayaran tambang bas sekolah meningkat. Pakaian sekolah meningkat. Apa pun meningkat. Kalau saya tak naik harga, macam mana saya nak cover?! Minyak turun 60 sen, gas masak naik harga. Kereta saya pam penuh 3 kali sebulan, 50 liter setiap kali. Saya jimat RM90 sahaja sebulan, you ingat banyak sangat ke RM90 itu?"
Saya: "Kalau harga minyak naik balik ke RM2.30, harga mee kari pakcik akan kekal tak?"
Pakcik: "Bergantung. Tapi rasanya mesti naik sebab masa itu, semua orang akan ambil kesempatan naik harga lagi. Apabila semua benda lebih mahal, takkan saya seorang sahaja yang bodoh tak naik harga? Nak tunggu mati? Saya tak makan, isteri dan anak-anak sahaja pun perlu makan."
Begitulah perbualan saya dengan pakcik yang menjual mee kari di sebuah gerai di USJ.
Apabila Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata harga minyak RON95 sepatutnya RM1.62 per liter, saya terfikir, apakah menurunkan harga minyak ini satu perkara yang baik untuk rakyat?
Penjimatan yang rakyat dapat daripada penurunan harga minyak sebenarnya amatlah kurang. Jika dibandingkan dengan harga bulan September 2014 (RM2.30) dan harga hari ini (RM1.70), sebuah kereta di Lembah Klang yang menggunakan 200 liter RON95 sebulan, penjimatan pada kegunaan minyak kereta hanyalah RM120 sebulan.
Dengan harga barangan lain yang meningkat, lebihan RM120 ini sebenarnya akan hilang begitu sahaja.
Bagi peniaga kecil dan sederhana, lebihan pendapatan yang datang daripada penurunan harga minyak kereta sebenarnya tidak dapat membantu mereka menurunkan harga.
Bahkan, sebenarnya penurunan harga minyak hari ini menjadikan tahap inflasi seperti satu lastik yang ditarik ketegangannya menunggu masa dilepaskan ke arah rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Al-Jazeera’s journalist released from Cairo jail

Posted: 01 Feb 2015 07:32 PM PST

Islamophobia penyebab perpecahan manusia - Anwar

Posted: 01 Feb 2015 07:21 PM PST

AMPANG - Islamophobia yang menular dalam kalangan masyarakat seluruh dunia akan menyebabkan perpecahan, kesangsian dan syak wasangka antara manusia.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika keadaan tersebut berterusan, umat Islam bakal berhadapan dengan keganasan yang dicetuskan oleh pihak tertentu.

"Perkara ini disokong dengan beberapa bukti jelas menunjukkan wujud kebenaran menyerang warga asing terutama orang Islam di beberapa negara.

"Sehingga tahun lepas berlaku peningkatan ketara keganasan terhadap orang Islam hanya disebabkan rasa prejudis atau Xenophobia," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian International Conference Islam Rahmatan  Lil Alamin in Conjuction 12 International Youth Gethering, semalam.

Katanya, golongan ekstremis menggunakan perkataan jihad sebagai  alasan untuk menghalalkan tindakan mereka membunuh bagi menyatakan rasa kebenaran mereka terhadap agama yang dianuti sehingga bertentangan dengan ajaran sebenar.

 Anwar turut berharap supaya pemimpin Islam menjalinkan hubungan inklusif dengan pemimpin lain untuk menyampaikan perspektif atau tanggapan sebenar tentang agama Islam.

Tifo anjing:Penyokong dilarang masuk stadium seumur hidup

Posted: 01 Feb 2015 07:18 PM PST

TINDAKAN sesetengah penyokong yang dengan sengaja mempamerkan poster negatif terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dipandang serius Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Amaran tegas persatuan itu yang dipetik dari laman rasmi Johor Southern Tigers memaklumkan, individu-individu terbabit akan dilarang untuk memasuki stadium di seluruh negeri Johor seumur hidup.

"Tidak kira apa jua bentuk tindakan provokasi yang dianggap keterlaluan, polisi PBNJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan provokasi.

"Kami sentiasa menyeru agar para penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) menjaga nama baik organisasi dan mematuhi nasihat yang telah pun disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor agar penyokong JDT menjadi penyokong yang profesional," katanya.

Terdahulu, kemeriahan rakyat Johor untuk menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih 2015 melibatkan JDT dan Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, malam kelmarin, sedikit tercemar dengan tindakan segelintir penyokong yang mempamerkan poster negatif terhadap FAM.

Poster negatif yang disifatkan merujuk kepada badan induk bola sepak negara, gara-gara terdapat logo FAM pada lakaran gambar dipamerkan sebelum bermulanya sepak mula perlawanan.

Tifo anjing: Polis nafi tangkapan

Posted: 01 Feb 2015 07:15 PM PST

Polis Johor menafikan menahan dan mereman 12 penyokong pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) ekoran insiden menghina Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan gambar anjing semalam.

Perkara itu bertentangan sama sekali dengan kenyataan Johor FA dan FAM bahawa 12 orang direman lima hari bagi membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru  Sulaiman Salleh berkata tiada tangkapan dibuat seperti makluman dalam Facebook rasmi  Johor Southern Tigers.

"Tetapi kami tidak tangkap sesiapa pun, jadi bagaimana boleh ada yang direman pula?" katanya.

Sulaiman patut berkata pihak terbabit patut merujuk kepada polis terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Bernama petang tadi melaporkan, seramai 12 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) ditahan ekoran insiden dipercayai bertujuan mengaibkan pemimpin FAM pada perlawanan Piala Sumbangsih 2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu malam semalam.

Read More / Baca Lagi >>

'Tolak p'raya PBT bukan pandangan peribadi Hadi' kata MP Pasir Mas

Posted: 01 Feb 2015 07:14 PM PST

Penolakan PAS terhadap pilihan raya tempatan bukan pendirian peribadi presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata pemimpin muda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz.

Malah, kata anggota jawatankuasa pusat parti Islam itu, ia sudah lama ditolak oleh PAS.

"Jika ada yang menganggapnya sebagai pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi parti, maka ia adalah salah dan amat malang jika ia tidak difahami oleh pemimpin PAS sendiri," kata anggota Parlimen Pasir Mas itu.

Milosuam: 'Kalau tak berani, berhenti sekarang'

Posted: 01 Feb 2015 07:13 PM PST

Penulis blog pro-PKR, Yusuf Al-Siddique yang mengendalikan blog Milosuam mengaku bahawa blog politik seperti yang dikendalikanya mampu menjana sumber pendapatan.

Beliau bagaimanapun menolak anggapan umum yang menyangka mereka mempunyai majikan dari kalangan ahli politik sesetengah parti.

Sebaliknya, pendapatan itu dijana dari pengiklan yang mengiklan di blognya kerana trafik pelawat yang tinggi.

"Kalau nak kata saya dibiaya secara khusus (oleh ahli politik) you tulis blog I dibayar, itu tidak benar.

"Adakah blog ini menghasilkan duit? Ada. Saya ada iklan jadi semua penulis-penulis ini ada mendapat bahagianlah.

"Sebelum ini (duit) dari Innity dan Google Adsense - jadi memang ada menghasilkan duitlah," katanya yang mengaku mengendalikan blog itu bersama beberapa pengendali yang lain sebelum ini.

Namun selepas kesnya dibicarakan di mahkamah, nama 'Milosuam' lekat sebagai nama penanya dan beliau dikenali dengan nama tersebut apabila pergi ke mana-mana selepas itu.

Yusuf kini sedang merayu hukuman penjara dua tahun ke atasnya selepas diputuskan bersalah bawah Seksyen 505, Kanun Keseksaan menerusi rencana yang diterbitkan di blog Milosuam.

Menurut Yusuf, beliau pada mulanya terkejut dengan publisiti yang diterimanya selepas ditahan beberapa hari sebelum pilihan raya umum tahun 2013.

Menurutnya, beliau diberi sambutan seperti seorang selebriti apabila pulang ke Batu Pahat untuk membuang undi.

"Apabila saya balik (Batu Pahat), saya pergi mengundi orang semua macam sudah kenal.

Read More / Baca Lagi >>

Turun Harga: Menteri Kena Buat Kerjalah!!

Posted: 01 Feb 2015 07:07 PM PST

Apabila harga minyak turun lagi, semakin ramai yang bersungut mengenai harga barang-barang keperluan yang tidak juga turun-turun. Malah ramai juga menyalahkan pembangkang berkaitan perkara ini.

Berikutan penurunan harga minyak dunia, harga terbaru minyak petrol RON95 dan diesel kini adalah RM1.70 seliter manakala RON97 pula adalah RM2.00 seliter. 

Ramai yang berkata, oleh kerana dulu pembangkang mengatakan harga barang tidak mungkin naik jika kerajaan tidak menaikkan harga minyak, tetapi kini semuanya seperti tidak bermakna apa-apa kerana penurunan harga minyak tidak pula menyebabkan harga barang turun sama.

Mereka yang pro kerajaan lantas menjadikan ini sebagai peluang menyerang pembangkang dengan alasan bahawa penurunan harga minyak yang diperjuangkan itu tidak memberi kesan langsung kepada harga barang-barang keperluan.

Seolah-olah mereka ini mahu kerajaan terus meletakkan harga minyak pada paras yang tinggi kerana harga yang yang rendah tidak pun menyebabkan penurunan harga barang.

Memang diakui ketika ini hampir tiada barang yang turun harganya. Harga minuman dan makanan di restoran atau warung juga tidak turun sedangkan ketika harga minyak naik dulu, merekalah yang paling awal menaikkan harga.

Kalau ada pun peniaga yang menurunkan harga barang, jumlahnya mungkin terlalu kecil. Selebihnya, lebih selesa dengan keuntungan yang mungkin lebih berganda.

Fenomena ini berlaku memang sebahagiannya disebabkan oleh pengeluar dan pengilang. Jika mereka ini tidak menurunkan harga barang, tentulah mustahil peniaga boleh bertindak menurunkan harga jualan mereka.

Di kedai, restoran atau pasar pula misalnya, meskipun kos pengangkutan sudah menurun berikutan harga minyak semakin murah sekarang, harganya juga tidak turun disebabkan karenah pembekal atau pengeluar ini.

Hakikatnya, jika mahu harga diturunkan, maka pengeluar dan pengilang ini mestilah disasarkan terlebih dahulu.

Dalam hal ini, ia sebenarnya bukanlah salah mana-mana pihak yang mendesak penurunan harga minyak tetapi kerajaan seharusnya lebih memainkan peranannya sebagai pihak yang ada kuasa dalam negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Najib bertanggungjawab arah siasatan penuh motif pembunuhan Altantuya, kata DAP

Posted: 01 Feb 2015 06:42 AM PST

Setiausaha Biro Undang-undang Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab mengarahkan siasatan penuh dan terbuka bagi mengetahui siapa yang mungkin mengarahkan pembunuhan Altantuya dan mengapa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Februari, 2015. 
Setiausaha Biro Undang-undang Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab mengarahkan siasatan penuh dan terbuka bagi mengetahui siapa yang mungkin mengarahkan pembunuhan Altantuya dan mengapa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Februari, 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menjelaskan keadaan dan memaksa pihak polis menjalankan siatan penuh dan terbuka terhadap motif di sebalik pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribuu kerana kes itu mempunyai kepentingan umum dan antarabangsa, kata DAP.
Ini kerana, menurut Setiausaha Biro Undang-undang Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo, Mahkamah Persekutuan di dalam penghakimannya tidak menjawab soalan itu.
"Saya berpandangan perdana menteri mesti bertindak menjelaskan keadaan. Seorang perdana menteri yang rasional tidak boleh sombong dalam situasi seperti ini," katanya.

Katanya, Najib perlu menuntut satu jawapan dan beliau bertanggungjawab mengarahkan siasatan penuh dan terbuka bagi mengetahui siapa yang mungkin mengarahkan pembunuhan Altantuya dan mengapa. Ahli Parlimen Puchong itu berkata, memandangkan mahkamah tidak menjawab soalan-soalan yang berkaitan itu, "teka teki" itu masih terbuka luas dan jika tidak diselesaikan sepenuhnya, akan menyebabkan Malaysia menjadi bahan ketawa di peringkat antarabangsa.
"Dan rakyat Malaysia akan tetap terus meragui cara kes itu ditangani," katanya.
Gobind berkata, Najib juga perlu menjawab cadangan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa Parlimen dianggotai wakil kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menyiasat kes itu, sekaligus mencerminkan ketelusan kerajaan Malaysia.
Mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengatakan soal motif ialah keputusan kehakiman, bukannya polis, Gobind berkata ia tidak kena pada tempatnya dan menyedihkan.
Read More / Baca Lagi >>

DAP desak KPN siasat menyeluruh mengapa Altantuya dibunuh

Posted: 01 Feb 2015 06:40 AM PST


khalid_abu_bakar_igp


KUALA LUMPUR, 1 FEB: Sabitan kesalahan jenayah terhadap dua bekas anggota polis kerana membunuh Altantuya Shaariibuu tidak harus menjadi alasan untuk Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menyiasat mengapa wanita Mongolia itu dihukum sedemikian rupa, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Beliau berkata, sebagai seorang Ketua Polis yang 'bertanggungjawab dan teliti' sepatutnya beliau menjalankan sendiri siasatan untuk mengetahui mengapa Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri membunuh wanita penterjemah yang tidak mereka kenali pada tahun 2006.
"Tindakan Khalid yang tidak berminat mengetahui mengapa wanita Mongolia itu dibunuh menggunakan bahan letupan C4 oleh dua bekas anggota polis tersebut tanpa motif atau sebab munasabah adalah pengabaian tanggungjawab.
"Walaupun mahkamah tidak menetapkan motif pembunuhan Altantuya, seorang Ketua Polis yang 'bertanggungjawab dan teliti' harus menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengetahui mengapa kedua mereka yang ditugaskan melindungi manusia, bertindak kejam membunuh wanita tidak berupaya," tegasnya dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Gelang Patah sekali lagi menyatakan, Khalid mesti melakukan siasatan menyeluruh untuk mengetahui sama ada perbuatan terkutuk itu didorong wang ringgit, dan pihak yang menawarkannya.
Read More / Baca Lagi >>

Gabungan Impian Kelantan inisiatif kemanusiaan, melangkau politik

Posted: 01 Feb 2015 06:39 AM PST


ik4


KOTA BHARU, 1 FEB: Hikmah banjir Pantai Timur Semenanjung telah membina semula perpaduan rakyat Malaysia.
"Masalah rakyat Kelantan adalah masalah kita semua," kata Pengarah Misi Bantuan Bencana DAP Anthony Loke yang berkongsi pengalaman menguruskan misi menyelamat dan membantu mangsa bencana banjir.
Beliau berkata demikian sewaktu majlis pelancaran Gabungan Impian Kelantan di sini malam semalam yang dihadiri rakyat Kelantan pelbagai kaum.
Menurutnya, DAP serta rangkaian NGO dan sukarelawan yang terlibat dalam usaha membantu serta memulihkan semula keadaan tidak mempunyai sebarang agenda politik.
"Impian Kelantan tidak menggunakan logo roket yang menjadi lambang parti DAP, kerana inisiatif tersebut digerakkan bersama-sama rakyat Malaysia, menjangkaui parti politik," tambah beliau.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula menjelaskan bahawa pihak kerajaan negeri Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah dengan Gabungan Impian Kelantan.
Menurutnya, pihak kerajaan negeri Kelantan telah meraikan rombongan Gabungan Impian Kelantan bersama dengan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang serta tetamu Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan bekas Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dalam satu majlis makan malam di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan.
Walaupun Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob tidak dapat hadir, beberapa Exco Kerajaan Negeri telah sudi makan malam bersama dengan pimpinan Gabungan Impian Kelantan tersebut yang dianjurkan sebelum majlis pelancaran tersebut.
"Itu tandanya restu kerajaan negeri kepada Gabungan Impian Kelantan," tambah Husam yang juga gigih berusaha dalam usaha membantu mangsa banjir sejak akhir tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Tariq Ramadan.: Islam bukan soal hukum saja

Posted: 01 Feb 2015 06:33 AM PST

"Sesiapa yang kini berkata Islam di Malaysia (patut) mula laksanakan hudud dan menghukum, tidak faham. Ini bukan kita," kata seorang sarjana terkemuka dunia Islam Tariq Ramadan.

Tarif, profesor pengajian Islam semasa di Universit Oxford itu berkata demikian ketika menjawab soalan anggota parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar berhubung pelaksanaan hudud di Malaysia.

Tariq juga menjawab, Islam tidak berkisar pada hal ehwal undang-undang semata-mata.

"Islam di Malaysia (tentang) lebih pelajaran, lebih keadilan, lebih kebebasan dan kurang diskriminasi. Mari kita mulakan dengan apa yang sukar ditangani terlebih dahulu," katanya.

Tariq juga mengusik, jika mahu mengurangkan amalan rasuah, pemimpin patut menjadi pihak pertama dihukum.

Beliau bagaimanapun berkata tidak dapat dinafikan bahawa hukuman seperti sebat dan rejam sebahagian daripada undang-undang jenayah Islam.

Read More / Baca Lagi >>

Tekanan Ekonomi: Belanja kahwin RM10,000 tidak mustahil....

Posted: 01 Feb 2015 03:23 AM PST

Pasangan Nur Atiqah Jamaluddin dan Wan Hazme Danial bakal mendirikan rumah tangga bulan depan, dan berhasrat mengadakan kenduri kahwin yang serba sederhana. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Februari, 2015. 
Pasangan Nur Atiqah Jamaluddin dan Wan Hazme Danial bakal mendirikan rumah tangga bulan depan, dan berhasrat mengadakan kenduri kahwin yang serba sederhana. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Februari, 2015.

Ramai merasakan mustahil bagi pasangan pengantin dalam masyarakat Melayu hari ini melangsungkan perkahwinan dengan belanja serendah RM10,000.
Namun, tinjauan The Malaysian Insider mendapati, ia tidak mustahil sekiranya majlis itu dirancang dengan rapi dan pengantin baru serta keluarga mengambil pendekatan bersederhana dan tidak berlebih-lebihan serta membazir.
Bagi pasangan Wan Hazme Danial dan Nur Atiqah Jamaluddin yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada Mac, keseluruhan perbelanjaan mereka untuk majlis itu tidak sampai RM10,000.

Atiqah, 24, berkata, kenduri dengan bajet rendah tidak mustahil sekiranya kedua-dua pasangan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing tanpa menghiraukan pandangan negatif orang sekeliling. "Bagi saya, ukur baju biar di badan sendiri. Bukan biar papa asal bergaya. Saya bersyukur buat masa ini belum ada saudara-mara atau jiran tetangga yang mempersoalkan persiapan perkahwinan kami dengan peruntukan yang rendah.
"Malah, mereka saling bantu-membantu untuk persiapan kahwin kami, dari segi makanan. Kami menjemput sekitar 400 orang tetamu, tetapi kami menganggarkan 700 orang yang akan datang," kata Atiqah ketika ditemubual The Malaysian Insider.
Hazme, 26, yang bekerja sebagai penolong jurujual itu berkata, beliau mengumpul wangnya sendiri tanpa pertolongan kedua ibu bapanya dan berhasrat mendirikan rumahtangga secepat mungkin kerana sudah mengenali bakal isterinya itu selama tiga tahun.
Atiqah yang juga seorang penolong jualan mengaku, beliau seorang yang sederhana dan hanya akan menggunakan pelamin mini dengan kos RM500 pada majlis itu nanti, serta melangsungkan akad nikah dan persandingan pada hari yang sama bagi menjimatkan kos.
Read More / Baca Lagi >>

12 penyokong JDT ditahan berhubung tifo berwajah anjing

Posted: 01 Feb 2015 03:21 AM PST

Tengku Puan Pahang Azizah Iskandar turut melahirkan kekesalan baginda menerusi Facebook terhadap tindakan penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim yang mempamerkan kain rentang (tifo) seorang pemimpin berwajah anjing. – Gambar Facebook, 1 Februari, 2015. Tengku Puan Pahang Azizah Iskandar turut melahirkan kekesalan baginda menerusi Facebook terhadap tindakan penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim yang mempamerkan kain rentang (tifo) seorang pemimpin berwajah anjing. – Gambar Facebook, 1 Februari, 2015. Seramai 12 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) ditahan kerana mempamerkan kain rentang (tifo) seorang pemimpin berwajah anjing dipercayai bertujuan mengaibkan pemimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada perlawanan Piala Sumbangsih 2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu malam tadi.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kesemua mereka  ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan polis.
"Apa yang berlaku di stadium semalam adalah sikap segelintir penyokong yang tiada sifat bertanggungjawab, tiada adab, kurang berdisiplin, tidak peka dan tidak sensitif.

"Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri mengakui baginda kecewa dan menganggap isu kain rentang itu adalah satu perbuatan tidak wajar. "Penyokong yang tidak berpuas hati sepatutnya perlu mendapatkan fakta yang jelas terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Hamidin berkata PBNJ bertindak cepat dengan mengarahkan marshal yang dibantu dengan pihak polis bagi menangkap penyokong terbabit dalam masa sejam.
"FAM akan mengeluarkan surat pekeliling kepada semua persatuan bola sepak negeri dan kelab supaya memantau kain rentang penyokong masing-masing supaya tidak membawa sepanduk atau apa-apa yang boleh menimbulkan provokasi," katanya.
Hamidin turut menegaskan FAM bukan persatuan yang dikendalikan oleh seorang  individu sahaja tetapi meliputi semua kelab dan persatuan negeri gabungan.
"Ini bermakna semua ahli gabungan di bawah FAM bertanggungjawab dalam hal ini dan semua penyokong di bawah naungan tersebut adalah tidak terkecuali," katanya.
Pada perlawanan semalam, JDT muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015 dengan mengalahkan juara Piala Malaysia musim lepas, Pahang 2-0. – Bernama

'Spekulasi ringgit': Pemilik media ancam saman

Posted: 01 Feb 2015 03:15 AM PST

Pemilik syarikat media Tong Kooi Ong hari ini mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan beliau terlibat dalam spekulasi ringgit dan menyifatkannya sebagai "pembohongan".

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu," katanya merujuk tulisan di blog berhubung perkara itu, termasuk sebuah blog menggunakan nama "Kronismemahathir".

Sebuah lagi blog malah menggunakan kempen agresif dengan membayar iklan untuk mengetengahkan tulisannya.

Dalam kenyataannya, Tong berkata, jika dakwaan itu benar, sudah tentu Bank Negara akan menghubungi.

"Bank Negara tidak menghubungi saya dan saya berikrar memberikan kerjasama penuh jika Bank Negara memerlukan bantuan saya pada bila-bila masa pun," kata Tong.

Bimbang sabotaj

Utusan Malaysia hari ini menuntut Tong, yang juga penganalisis kewangan menjawab dakwaan bahawa beliau terlibat dengan spekulasi ringgit.

Read More / Baca Lagi >>

Kawan, lawan dan setiakawan

Posted: 01 Feb 2015 12:40 AM PST


pemimpin-tinggi-pr-konvesyen-01

oleh MUHAMMAD NAZREEN

Menjelang keputusan perbicaraan kes Fitnah 2 membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berisiko untuk dipenjarakan selama enam tahun, Pakatan Rakyat kini berada di persimpangan. Mereka harus mempertimbangkan dua perkara – menjadi lawan dan kekal berkawan.
Anwar menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan kekal utuh, sekalipun dia terpaksa berhadapan risiko dipenjara dan menuju pengakhiran kerjaya politiknya selama lebih 40 tahun.
Di dalam temubual ekslusif yang dimuatkan di dalam edisi akhbar The Rocket bertajuk, "Pakatan without Anwar" – Anwar kelihatan optimis.
Dia seakan pasrah, sedari belum tentu mengalah. Anwar masih punya keyakinan yang kuat terhadap gabungan politik oposisi yang paling signifikan di dalam sejarah Malaysia.
2015 tahun ketidaktentuan
Di saat krisis bakal menjelma sepanjang tahun 2015, Malaysia tidak terkecuali dibayangi risiko kemelut ekonomi. Pelaksanaan cukai GST bakal menambahkan kesengsaraan rakyat. Ketidakadilan ekonomi merupakan ancaman terhadap kegiatan ekonomi yang sihat di Malaysia.
Laporan State of The Household 2013 yang dikeluarkan oleh Khazanah Research Institute mendedahkan bahawa majoriti rakyat Malaysia masih tidak mempunyai simpanan yang mencukupi dan stabil.
Kenaikan kos hidup menyebabkan generasi muda terpaksa berhutang untuk menampung keperluan harian. Harga rumah yang semakin meningkat menyukarkan rakyat Malaysia untuk memiliki aset hartanah.
Kadar gaji pula tidak selaras dengan kenaikan harga barang. Di dalam laporan yang sama, Khazanah Research Institute turut melaporkan bahawa kadar kenaikan gaji di Malaysia tidak setimpal dengan kadar kenaikan harga barang.
Tanpa kekuatan gabungan parti pembangkang yang kuat, rakyat Malaysia akan lebih mudah diabaikan oleh parti pemerintah yang hanya memikirkan untung dan laba semata-mata.
Rakyat Malaysia tanpa Pakatan Rakyat?
Pakatan Rakyat setidaknya menjadi ancaman utama buat UMNO dan Barisan Nasional. Keputusan PRU ke 13 yang menyebabkan Barisan Nasional kehilangan undi popular merupakan refleksi bahawa majoriti rakyat Malaysia sudah bijak memilih kerajaan apa yang baik buat mereka.
Tugas Pakatan Rakyat – yang mungkin tidak difahami banyak pihak BUKAN semata-mata untuk memastikan mereka menang di Putrajaya. Tugas mereka adalah untuk meyakinkan semua rakyat Malaysia bahawa kuasa sebenar di tangan mereka. Rakyat Malaysia, sama, ada Melayu, Cina dan India mempunyai hak untuk menjadi sebahagian daripada masa depan mereka – Malaysia!
Sekiranya mereka berani untuk tidak mengundi Barisan Nasional, mereka juga pasti mampu mengatakan tidak kepada Pakatan Rakyat sekiranya Pakatan Rakyat gagal untuk menjadi badan pentadbir yang baik kelak.
Apa ertinya setiakawan?
Read More / Baca Lagi >>