Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Yes Minister - Next Prime Minister

Posted: 31 Jan 2015 06:19 PM PST

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Minyak turun 3 kali, DAP belum turunkan harga barang

Posted: 31 Jan 2015 11:00 PM PST













Bila minyak turun, DAP tak tuntut harga barang turun

Posted: 31 Jan 2015 08:00 PM PST





Minyak tuntut turun, Bila harga barang mahu turun?

Posted: 31 Jan 2015 05:00 PM PST







Apa lagi alasan untuk kaburi mata rakyat?

Posted: 31 Jan 2015 05:00 AM PST


Dah memang kamu  peliwat dan akan masuk penjara Anwar. Apa yang lagi kamu nak guna sebagai alasan untuk mengaburi mata rakyat?
  


Siapa tiga doktor pertama?

Dr Osman ke????


Kalaa tak nampak kesan pun, itu pasal guna KY Jelly!


Sekarang macam mana ada jumpa mani Anwar 3 cm di dalam?


Apa pula cerita botol plastik?

Itu membuktikan dna air mani sama dengan dna anwar Ibrahim yang diamil dari botol plastik. Kantoi!!!!


Biasalah orang tak puashati di tempat kerja tidak terus ambil tindakan berhenti atau saman atau buat laporan pada pihak di atas dengan segera.

Orang teraniaya pun tak ambil tindakan segera dan memikirkan tindak tanduk seterusnya. Anwar orang berpengaruh, kena fikir panjang dan ambil masa. Sambil tu datang kerja dahulu.

Betul ke tarikh gambar itu  lepas kena liwat???

Yang penting, ini isunya ...

Ahli seumur hidup DAP keluar parti

Posted: 31 Jan 2015 02:00 AM PST


Ganesan a/l Naga Retnam, seorang ahli seumur hidup DAP Cawangan Taman Universiti (2) Johor Baru begitu kecewa dengan AP Gelang Patah Lim Kit Siang yang telah mengabaikan rayuannya untuk mendapatkan bantuan perubatan bagi mengubati penyakit kencing manis tahap kronik yg dihidapinya.

Dalam sidang media di rumahnya di Taman Skudai Johor, Pengerusi Persatuan Setia Jujur Skudai / Bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa, S.Kogilavani telah  memberitahu media bahawa bantuan perubatan telah dijanjikan Kim Kit Siang.

Ia melibatkan perubatan selama 3 bulan  bagi menampung kos perubatan N.Ganesan yang purata berjumlah RM 200 sehari. Kit Siang telah melancarkan Tabung Bantuan Perubatan tapi langsung tiada diusahakan dan bantuan pun tidak kesampian.

S Kogilavani telah mengutarakan dan mengkritik kelemahan Lim Kit Siang yg gagal memenuhi keperluan pengundi selaku AP Gelang Patah.

Di dalam sidang media tersebut, N.Ganesan bersama isteri K.Kamala dan anaknya G.Saravanan telah bertindak memotong kad keahlian DAP mereka sambil melaungkan "Mampus DAP dan Hancur DAP" sebanyak 3 kali.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Haiwan pelik dipercayai beruang matahari kejutkan pekerja ladang sawit ?

Posted: 31 Jan 2015 10:19 PM PST


Sekumpulan pekerja warganegara Indonesia terkejut melihat haiwan pelik muncul dalam khalayak mereka semasa bekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu, pagi semalam.

Menurut salah seorang pekerja, haiwan itu datang secara tiba-tiba semasa mereka sedang sibuk bekerja kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, haiwan terbabit berlari meluru ke arah mereka seolah-olah mahu menerkam dengan kukunya yang tajam.



Khuatir dengan keselamatan mereka, jelasnya, salah seorang daripada mereka bertindak memukul haiwan itu hingga pengsan.

"Apabila haiwan itu sedar semula, kami menghalaunya kembali ke dalam hutan," ujarnya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, ia merupakan kali pertama mereka melihat haiwan pelik yang tidak diketahui spesiesnya itu.

Namun, beberapa pekerja ladang sawit terbabit berpendapat haiwan itu seakan-akan beruang yang sudah tua dan gugur bulunya.

Sehingga kini, jenis haiwan terbabit dan bagaimana ia masuk ke ladang berkenaan masih belum diketahui.

Suara Politik
Belantan

Zulkifli ancam lawatan Pope Francis?

Posted: 31 Jan 2015 07:31 AM PST

Zulkifli Khir (kiri) dan gambar yang dipercayai mayatnya.

Zulkifli Khir @ Marwan yang terbunuh dalam pertempuran dengan polis Filipina Ahad lalu didakwa pernah mengatur pe­rancangan untuk mengancam keselamatan pemimpin Vatican, Pope Francis yang hadir melawat Filipina, baru-baru ini.

Sumber mendedahkan, Zulkifli walaupun tidak lagi memberi ancaman terbesar kepada negara-negara di Asia Tenggara namun dia dikesan menjadi dalang kepada serangan-serangan di Filipina.

Risikan Filipina dikatakan pernah mendapat maklumat berhu­bung rancangan serangan terhadap pemim­pin agama berusia 78 tahun itu dan langkah berjaga-jaga telah diambil pihak berkuasa negara tersebut.

"Dia dipercayai merancang beberapa siri pengeboman di Filipina dan kononnya pada lawatan Pope dua minggu lalu, Zulkifli mahu mencetuskan aktiviti keganasan.

"Mungkin serangan pihak ber­kuasa Filipina Ahad lalu adalah mahu memberi tekanan kepada Zulkifli dan kumpulannya berda­sar­kan maklumat yang diterima dan dia akhirnya tewas," kata sumber ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia men­­dedahkan, risikan polis me­nge­sahkan pengganas paling di­ke­­hendaki di Asia Tenggara itu dilaporkan telah terbunuh dalam serangan yang dilakukan pihak berkuasa Filipina di Wilayah Cotabato, Selatan Filipina.

Walaupun tanpa pengesahan rasmi daripada Filipina, sumber risikan daripada Filipina yakin ma­yat yang ditemui bersama puluhan pemberontak Barisan Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) adalah bekas pemimpin Jemaah Islamiah (JI) tersebut.

Bukti kematian itu berdasarkan satu mayat yang wajahnya menyerupai Zulkifli.

Sebelum itu akhbar Filipina melaporkan seramai 27 polis elit terkorban dalam misi itu dan Zul­kifli bersama Basit Usman yang merupakan pemimpin Barisan Pem­bebasan Islam Moro (MILF) dikatakan terperangkap dalam kepungan dan kemungkinan kehabisan peluru dalam pertempuran sengit itu.

Dalam perkembangan berka­itan, sum­ber turut memberitahu, kedudukan Zulkifli Hir yang dibu­ru polis sejak lebih 14 tahun lalu kemungkinan didedahkan oleh 'orang dalam'.

Kata sumber, hadiah ganjaran RM17.5 juta yang pernah ditawarkan kerajaan Amerika Syarikat kepada sesiapa yang mampu memberi maklumat untuk menangkap atau membunuh Zulkifli masih lagi sah sehingga kini.

"Itu adalah hakikat yang sebenar dan kemungkinan ada pihak yang membocorkan maklumat sehingga pihak berkuasa Filipina terus menyerang lokasi persembunyian Zulkifli," katanya.-UMO

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


PEMAIN bola sepak Jerman Danny Blum, 24, peluk Islam

Posted: 31 Jan 2015 08:00 PM PST


  • Danny bergambar dengan latar belakang sebuah masjid.Danny bergambar dengan latar belakang sebuah masjid.
 1 / 1 
PEMAIN bola sepak dari Jerman Danny Blum, 24, telah mengisytiharkan dirinya memeluk agama Islam selepas 'menemui sesuatu yang baharu'.

Memetik laporan OnIslam.net, Danny berkata, agama baharu anutannya itu (Islam) memberi harapan dan kekuatan terhadapnnya.

"Kadangkala hati dan perasaan tidak menentu dan saya pun tidak faham dengan diri saya ketika itu…hingga saya kenal Islam. Islam beri harapan dan kekuatan, solat menenangkan jiwa saya," katanya.

Jelas Danny, antara keinginannya untuk memeluk Islam tercetus apabila beliau terfikir akan hidup di dunia ini yang tiada arah tujuan.

"Tinggal dalam kemewahan, setiap hujung minggu boleh bercuti, tiada tanggungjawab untuk apa pun dan apa yang akan terjadi ?," katanya.

Danny  menyertai FC Nürnberg Bavaria pada Julai lalu.

Pasukan itu bermain di Divisyen Dua bola sepak profesional di Jerman, Bundesliga.

Tidak lama selepas menyertai pasukan itu, dia mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.

Jelas Danny, ketika melawat masjid, ada sesuatu yang menolaknya untuk mengetahui tentang isinya.

"Saya telah melawat masjid, dan saya terus berdebar-debar. Saya rasa ada sesuatu yang ingin saya tahu," ujarnya.

Semenjak itu, dia berdoa lima kali sehari dan makan makanan halal. Lantas memberitahu ibu bapanya tentang keputusannya untuk memeluk Islam.

"Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama lagi mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa ia adalah betul," katanya.

"Islam adalah agama yang aman. Iman saya mengatakan: tidak pernah memaksa sesiapa untuk melakukan apa yang dia tidak mahu. Jika anda berfikir, ia perlu datang secara sukarela dari hati! " ujarnya

Jerman dianggarkan terdapat hampir 4 juta umat Islam, termasuk 220,000 di Berlin.

Harga RON95, RON97 Dan Diesel Turun Mulai 1 Februari 2015

Posted: 31 Jan 2015 04:07 PM PST



Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2015 10:07 PM

KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON95 diturunkan21 sen seliter kepada RM1.70 seliter manakala harga RON97 diturunkan sebanyak 11sen seliter kepada RM2 seliter berkuat kuasa 1 Februari 2015.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 23 sen seliterkepada RM1.70 seliter.

Beliau berkata kerajaan pada 21 Nov 2014 memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1Dis 2014.

"Harga baharu bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata hargakos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang," katanya dalam satu kenyataan di sini Sabtu malam.

Beliau berkata kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produkdan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petroldan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

"Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agarmematuhi penetapan harga baharu ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan ini," katanya. - mStar

Caliph Buskers tertekan kerana popular mendadak

Posted: 31 Jan 2015 02:56 AM PST

Kumpulan Caliph Buskers ketika membuat persembahan dalam program
Kumpulan Caliph Buskers ketika membuat persembahan dalam program Buskin Amal dan Majlis Kesyukuran di Mat Periuk Cafe, Ipoh, Perak, kelmarin. – Utusan/HANAFI KHAMIS

IPOH 30 Jan. – Kumpulan muzik orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, Caliph Buskers me­ngakui tertekan dengan populariti mendadak yang mereka kecapi selepas muncul juara Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) baru-baru ini.
Vokalisnya, Khairul Azmi Mohd. Saat, menjadi popular secara mendadak juga boleh menyebabkan mereka agak keliru dan mengalami sedikit tertekan kerana perlu sentiasa membuat persembahan yang terbaik.
"Ya memang seronok apabila dikenali tetapi terlalu mendadak, sampai kami tidak tahu hendak bermula dari mana.
"Memang ada tekanan kerana apabila orang sudah kenal, kami kenalah buat persembahan yang lebih bagus," katanya ketika ditemui dalam program Busking Amal dan Majlis Kesyukuran di Mat Periuk Cafe di sini, semalam.
Persembahan khas itu dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat dengan kerjasama Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Kelab Busker Belia Malaysia (MUBC).
Sepanjang persembahan, kumpulan tersebut mendendangkan lima buah lagu dan lagu yang mereka nyanyikan semasa AJL29, Romancinta paling mendapat perhatian kira-kira 500 penonton yang hadir.
Sementara itu, pegawai YBUDR, Abdul Salim Putra Ahmad Shibi berkata, majlis kesyukuran turut diadakan sempena kejayaan kumpulan tersebut muncul pemenang Persembahan Terbaik AJL29.
Menurutnya, selain berhibur, penonton turut menghulurkan derma untuk membantu golongan yang memerlukan.
"Hasil kutipan derma dalam majlis tersebut akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan menerusi YBUDR," katanya.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


HARGA MINYAK JATUH LAGI BIKIN ANWAR - PUSSY DAN SEGALA PENCACAI SASAU SEKALI LAGI!!!

Posted: 31 Jan 2015 08:20 AM PST


Harga minyak jatuh. Bukan sekali tapi tiga kali berturut-turut dalam tempoh tiga bulan.

Lepas ni apa lagi alasan puak-puak pengeluar, pengilang, pemborong, pengedar, pembekal, peniaga dan penjual barang nak beri alasan harga barang tak boleh diturunkan?

Adakah harga tak dapat turun sebab mereka terpaksa import barangan mentah yang sangat mahal?

Adakah mereka nak beri alasan tiada pilihan terpaksa jual harga barang mahal sebab nak habiskan stok lama yang diambil dengan harga tinggi?

Adakah mereka akan beri alasan mengarut kononnya ia sebagai kesan dari perlaksanaan GST maka harga terpaksa dinaikkan? 

Setahu majoriti rakyat, GST akan menghapuskan cukai SST sedia ada dari 16% kepada cukai baru GST yang hanya 6% sahaja! 

Lebih 308,000 buah syarikat telah berdaftar di bawah sistem GST. Mulai 1 Mac 2015 mana-mana syarikat berkeuntungan RM500,000 tidak berdaftar akan dikenakan denda. 

Harga minyak pula jatuh sepatutnya harga barang juga patut turun dalam tempoh tiga bulan lalu!

Masa harga minyak naik cepat jer mereka naikkan harga barang itu dan ini. Tetapi bila harga minyak jatuh entah kenapa senyap seribu bahasa.

Yang pasti ada tokey-tokey sengaja melakukan sabotaj ekonomi dengan meletakkan harga mahal di pelbagai peringkat jualan sebagai tanda protes dan tekanan kepada kerajaan kerana menjadi penyokong tegar puak pembangkang.

Harga akan dinaikkan sesuka hati lagi supaya timbul kemarahan dan kebencian rakyat pada Najib dan kerajaan.

Akan mudahlah kerja puak-puak pembangkang dan pencacai menghasut rakyat menumbangkan UMNO-BN agar Anwar boleh memerintah, maka semuanya akan jadi lebih baik...?

Tapi apa kita dapat dengan menyokong puak-puak pembangkang yang penipu ni...cer cerita?


Apa yang akan diperkatakan pakar ekonomi kongkang Rapussy mengenai penurunan harga minyak kali ini? 

Adakah kerajaan akan dipersalahkan lagi kerana menghapuskan subsidi kononnya jika masih ada subsidi maka harga minyak contohnya RON 95 boleh jadi RM1.00 seliter, RON 97 jadi RM1.40 dan harga Diesel boleh jadi RM1.30?   

Adakah dia akan menyalak macam anjing kurap ketagih mengawan kononnya peniaga-peniaga stesen minyak telah berjumpa dengan dia dan KETUM memohon agar kerajaan memberi subsidi pula pada pengusaha pam minyak yang kerugian?

Adakah akan dikumpul segala 'pakar-pakar ekonomi kongkang bertaraf longkang' untuk desak kerajaan  campurtangan menyelamatkan para pengusaha pam minyak yang kerugian?

Adakah Rapussy akan salahkan UMNO dan BN lagi kononnya parti itu sebenarnya tidak mahu menurunkan harga barang kerana memegang permit import (AP) bukannya para tokey Cina yang mempunyai agenda menyusahkan rakyat supaya imej BN tercemar.

Atau akan ada 'pakar-pakar ekonomi mee segera berperisa KETUM' mengatakan penurunan harga barang ini adalah strategi Najib mendapat undi rakyat hasil konspirasi dengan Barrack Obama?

Maka Ostad-ostad dungu ekonomi pun akan keluar segala fatwa mengatakan harga minyak murah adalah rasuah dari BN untuk menyembunyikan ketirisan, rasuah dan penyelewengan kerajaan.

Jika begitulah persepsi para pencacai nyatalah mereka ini spesis manusia yang hanya hidup untuk mengeluh, mengkritik bahkan kufur pada nikmat Allah.

Dikala pemimpin BN sibuk rangsang ekonomi menghadapi masa kesulitan ini dan dikala segala usaha dilakukan untuk membantu mangsa banjir...mereka hanya menjadi haiwan-haiwan politik yang cuma pandai memekik melolong tanpa ada sedikit pun jasa yang boleh dibanggakan...

Malulah jadi rakyat Malaysia sedemian rupa...

Bak kata Ahmad Nisfu; "Kecik-kecik tak nak mampus dah besar menyusahkan orang..."



CADANGAN LIM GUAN ENG DAN MUSTAPHA ALI BERTUMBUK

Posted: 31 Jan 2015 03:46 AM PST


LIM GUAN ENG HANTAR 3 SOLDADU SERANG MUSTAPPHA ALI


Selepas Lim Guan Eng lari dari disoal para pemberita di sini, LGE menghantar 3 Soldadunya untuk berdepan Mustapha Ali, iaitu Loke Siew Fook, Khairil dan Anthony.

S/U Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan memarahi Mustafa kerana membakar jambatan PAS dan DAP apabila beliau mencabar Lim Guan Eng berdebat.

Kata wakil LGE itu, "Mustafa Ali melayan DAP sebagai musuh politik dan mendakwa Mustafa tidak pernah bertindak demikian terhadap UMNO yang menjadi musuh politik PAS"

DAP menyindir dan memalukan Mustapha "Dia sendiri mengetahui jawatan S/U DAP adalah jawatan tertinggi dalam DAP manakala jawatan Setiausaha Agung PAS pula adalah lantikan Presiden PAS dan kedua-dua jawatan tersebut tidak setaraf dalam struktur pimpinan PR walaupun namanya sama," .

‎Pemimpin DAP sangat marah dan berkata "kerana setahu saya, beliau tidak pernah mencabar UMNO untuk berdebat sebaliknya mencabar DAP."

DAP tanya PAS, "Tindakan itu juga seolah-olah menganggap DAP sebagai musuh politik PAS dan bukannya rakan sekutu dalam pakatan !

DAP SINDIR PRESIDEN PAS
DAP sindir PAS, "Dalam hal ini, DAP berpendirian adalah lebih wajar Mustafa memastikan pimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden PAS menghadiri Majlis Pimpinan Tertinggi PR untuk membincangkan isu tersebut daripada mengadakan debat terbuka," katanya.

Jawab Mustapha Ali, "Sebenarnya dia yang berbohong dengan isu itu kerana mulut celuparnya,"

Mustapha Marah wakil Lim Guan Eng, "Kepada Loke, dia tidak payah berbelit. Saya tidak perlu cabar orang lain atau UMNO kerana mereka tidak ada kena-mengena dalam isu ini, oleh itu saya akan buktikan dia (Guan Eng) berbohong," 

Sebelumnya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir DAP, pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan lagi jurang ekonomi antara golongan berada dan tidak berada serta boleh mencetuskan pergaduhan kaum seperti Peristiwa 13 Mei 1969.



RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:46 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kes bunuh lihat motif, kata ketua polis

Posted: 31 Jan 2015 08:00 PM PST

Mahkamah menjatuhi hukuman mati kepada dua bekas polis elit Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar.

Bagaimanapun motif pembunuhan itu masih diperdebatkan.

Mengulas kritikan berhubung motif tidak diketahui itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan kes bunuh meliputi pelbagai aspek.

Ini, katanya, termasuk mengukuhkan sebab di sebalik tindakan itu dan memastikan bukti cukup untuk tujuan pendakwaan.

"Ini akan direkod dalam kertas siasatan yang dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"Semasa pendakwaan, pihak pendakwa akan menentukan kembali perkara itu atau keterangan yang mana satu untuk ditambah untuk membuktikan kes itu," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid berkata prosedur operasi piawai (SOP) sama dilaksanakan dalam siasatan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, ketika itu bawah ketua polis masa itu Tan Sri Musa Hassan.

Dia juga menegaskan bukan tugas polis untuk mempersoal pihak pendakwaan atau mahkamah kerana tidak menyelidik motif semasa pendengaran kes.

Minyak Turun: Terima Kasih Pada Siapa.....??

Posted: 31 Jan 2015 04:29 PM PST



Terima Kasih BN atau Terima Kasih Rafizi Ramli?

Penyokong JDT Rentang Gambar Anjing Piala Sumbangsih 2015

Posted: 31 Jan 2015 04:23 PM PST


Pada Perlawanan Piala Sumbangsih 2015 antara JDT vs Pahang, penyokong JDT merentangkan banner bergambar anjing memakai baju lambang FAM sambil memegang anak anjing.

Foto tersebut telah tersebar menerusi media sosial bagaimanapun telah mendapat kritikan orang ramai dengan menyifatkan perkara tersebut sangat keterlaluan.

Meskipun banner tersebut tidak ditujukan kepada Pahang namun tenyata ia dituju khas kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Bagaimanapun kami tidak tahu apakah sebenarnya maksud kain rentang dengan gambar anjing tersebut.

Semoga ianya tidak memberi maksud yang tidak baik kerana sukan adalah salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim dan merapatkan hubungan antara pihak lawan.




Persamaan MH370 dan Altantuya – lebih banyak tanda tanya dari jawapan pasti

Posted: 31 Jan 2015 04:19 PM PST

oleh Ng Kee Seng
Apa persamaan di antara kehilangan misteri MH370 pada 8 Mac tahun lalu dengan kes pembunuhan sensasi wanita Mongolia Altantuya Shariibuu? Jawapan: Pihak berkuasa dan kerajaan memuntahkan kenyataan merepek.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada 29 Jan, kehilangan pesawat MH370 dengan kesemua penumpang dan anak kapalnya telah diumumkan sebagai kemalangan mengikut peraturan tetap 12 dan 13 Konvensyen Chicago tetapi pencariannya akan diteruskan.
Tanpa sebarang bukti, kita tertanya-tanya bagaimana Azharuddin dan DCA membuat tanggapan sedemikian. Mungkin ia dirampas, kerana kita juga tiada bukti tentang itu!
Jadi kesimpulan bahawa MH370 ditimpa kemalangan, tanpa bukti, hanya merepek dan tidak patut diterima keluarha mangsa. Teruskan pencarian bagi menemukan sesuatu yang pasti seperti bangkai pesawat dan sebagainya.
Dan kini penganalisa politik Abdul Razak Baginda mendakwa beliau diperas ugut Altantuya, dan mahu rakyat Malaysia percaya pembunuhan itu tiada misterinya.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan akan pulih atau terpecah selepas Anwar dipenjarakan..??

Posted: 31 Jan 2015 04:18 PM PST

Oleh Hazlan Zakaria

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai 'gam' yang menyatukan pakatan pembangkang persekutuan Pakatan Rakyat melalui karisma dan kelicikan politiknya, atau menurut beberapa pihak, sebagai perantara di antara PAS dan DAP. Adakah pemenjaraannya akan menghancurkan kerjasama mereka, atau membantu memulihkan keadaan mereka?

Pada 10 Februari, persoalan sama ada Anwar akan kehilangan kelayakan sekali lagi kerana sebuah lagi sabitan jenayah akan terjawab.
Ini kerana Mahkamah Persekutuan yang telah mendengar rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan untuk membatalkan pembebasannya dari kes Liwat II sebelum itu, pada tarikh tersebut akan mendedahkan penghakimannya.
Pada usia 67 tahun, Anwar sudah berada di penghujung kerjaya politiknya, setelah kehilangan usia kemuncaknya kepada hukuman penjara dalam sabitan jenayah sebelum ini.
Jika keputusan bersalah Liwat II beliau dikekalkan, maka dia mungkin akan dipenjarakan sehingga 20 tahun, dan menjadikan penglibatan beliau dalam Pakatan di masa hadapan sebuah prospek yang tidak mungkin dalam jangka masa panjang, dan pelucutan kerusi Parlimen beliau secara automatik dalam jangka masa pendek.

Sewaktu kebebasan dan kerjaya politik Anwar berada di hujung tanduk, persoalan utama yang timbul sekarang ialah jika ia akan menyebabkan Pakatan, pembangkang yang berjaya menyaingi BN dalam pilihan raya umum lepas, terbubar.
Malah, beberapa pihak melihat kegagalan Anwar untuk mengadakan mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Rakyat selama beberapa bulan lalu, sebagai tanda-tanda penamatnya.
Anwar sentiasa berjaya melaksanakan magisnya bagi memulihkan, atau setidak-tidaknya menyembunyikan, apa-apa isu semasa dan menyatukan semua.
Read More / Baca Lagi >>

Putrajaya bukan tanah jajahan mahu pun ganjaran, tetapi amanah rakyat

Posted: 31 Jan 2015 04:15 PM PST

Oleh Hazlan Zakaria

Dengan penuh bingung saya membaca, ada seorang MP parti pemerintah berkata bahawa semakan Bajet 2015 adalah langkah BN untuk mempertahankan Putrajaya.Seolah-olah pusat pentadbiran negara –tanah dan wilayahnya, adalah hak milik BN, dan perlu kekal begitu.
Syukur kepada Tuhan kerana beliau tidak menceritakan secara terperinci – babak perang penuh darah – bagaimana mereka akan mempertahankannya. 
Hujah MP itu bersifat kewangan. Beliau bercakap tentang ekonomi dan statistik. Namun saya mendapati ia hanyalah pedantic – menunjuk-nunjuk pandai – dan penuh retorik. Malah agak merbahaya, jika mengambil kira pandangannya tentang pentadbiran negara.
Ia bukanlah warisan untuk mereka mahu pun hak bapa mereka, untuk dipegang dan bertukar tangan di sekitar linkungannya.
Seolah-olah BN adalah Smaug dalam filem The Hobbit, yang terbaring tidur dan diam menyusup, manakala Putrajaya adalah "Lonely Mountain" di mana harta karun bertimbun dan bakal menjadi miliknya.
Ini bukanlah kali pertama retorik seperti ini muncul. Ia adalah isi utama dalam setiap ucapan politik BN.
Tentulah tidak membantu keadaan, apabila pakatan pembangkang juga ingin "menawan" Putrajaya. Seperti Dalesmen dalam filem yang sama, bersama-sama Men of the Dale dan sekutu Elven mereka yang turut mendambakan harta karun yang sama.
Nampaknya mungkin itulah Putrajaya bagi kedua-dua pihak, seperti "Lonely Mountain". Hadiah untuk dimenangi dan ditawan, untuk mendapat kekayaan yang tertanam di dalamnya.
Kedua-dua pihak perlu mengerti, Putrajaya adalah mandat yang diberikan oleh pengundi. Bukan hadiah untuk ditawan, atau singgahsana untuk disimpan.
Ia bukannya anjung kuasa, mahu pun anak tangga ke syurga. Jika ditakdirkan berjaya mendudukinya, ia tidak mengurniakan kuasa, atau pun kedudukan lagaknya raja.
Walhal pihak yang menduduki kerusi panas itu adalah hamba kepada rakyat. Mereka yang berada di Putrajaya bukan memerintah, tetapi berkhidmat.
Putrajaya sepatutnya menjadi sangkar emas, memenjarakan mereka dengan rantai tugas. Bukannya taman istana untuk golongan elit dan bangsawan (yang diangkat sendiri) memenuhkan tembolok sendiri.
Sekurang-kurangnya inilah yang sebetulnya, bukannya kelentong dan cakap kosong, selepas lebih 50 tahun yang penuh sukar di bawah BN.
Read More / Baca Lagi >>

Pilihanraya PBT: Presiden PAS ulangi pendirian tidak setuju dengan DAP

Posted: 31 Jan 2015 03:44 PM PST

Pilihan raya PBT kehendak DAP, DAP hendaklah faham pilihan raya itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana tertakluk di bawah Kerajaan Persekutuan

Abdul Hadi Awang_pas_300K NERUS: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mustahil untuk dilaksanakan berikutan beberapa aspek termasuk daripada segi struktur masyarakat negara ini.
Ketika berucap merasmikan program anjuran parti itu di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, di Kuala Terengganu, malam tadi, beliau mengingatkan DAP agar memahami pilihan raya itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana tertakluk di bawah Kerajaan Persekutuan, lapor Utusan Online.
"Apabila timbulnya polemik perdebatan antara Setiausaha Agung (Datuk Mustapa Ali) dengan DAP berkait pilihan raya PBT, kita ada pendirian dalam masalah ini. Kita kena sedar PBT ada kaitan dengan Kerajaan Pusat dan ada kementerian. Kita tidak boleh langgar begitu sahaja selagi kita tidak dapat menguasai Kerajaan Pusat. Kita kuasai dulu Kerajaan Pusat," ujarnya.
Abdul Hadi baru-baru ini melahirkan kebimbangan pilihan raya PBT mampu mencetuskan suasana tidak stabil dan melebarkan jurang masyarakat sekali gus menjadi 'api dalam sekam' untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang disifatkan sebagai titik hitam dalam sejarah negara.
Kenyataannya mengejutkan DAP dan Rabu lalu, Mustafa pula melepaskan geram dengan mencabar Lim Guan Eng bersemuka berikutan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bahawa beliau tidak jujur berhubung pelaksanaan pilihan raya PBT.
Read More / Baca Lagi >>

Wujud 'George Soros Malaysia’?

Posted: 31 Jan 2015 03:35 PM PST


KUALA LUMPUR – Siasatan terperinci wajar dilakukan segera terhadap pihak yang mensabotaj ekonomi negara khususnya melibatkan spekulator mata wang yang bertindak menjatuhkan mata wang negara demi mengaut keuntungan.




Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, besar kemungkinan di negara ini terdapat individu yang menjadi spekulator dengan menjatuhkan mata wang menerusi aktiviti menjual serta membeli mata wang secara spekulatif.
"Memang telah terbukti, George Soros mengakui sendiri menjadi spekulator mata wang di peringkat antarabangsa seperti yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998.
"Kelihatan di negara ini (ada pihak) cuba menjadi seperti George Soros iaitu dengan membuat spekulasi kejatuhan ringgit untuk menjatuhkan mata wang negara sebelum membuat keuntungan daripada nilai ringgit yang rendah," katanya.
Beliau mengulas dakwaan terdapat ada pihak yang cuba mensabotaj ekonomi negara pada Kursus Penulisan Penerangan Puteri UMNO, di sini hari ini.
Jelasnya, kegiatan berkenaan akan mengkayakan segelintir pihak dan pada masa sama memiskinkan orang ramai sekali gus mendatangkan pelbagai kesan buruk terutamanya terhadap ekonomi negara secara menyeluruh.
Read More / Baca Lagi >>

UN calls on Pakistan to protect religious minorities after mosque terror attack

Posted: 31 Jan 2015 03:10 PM PST

Are hostage negotiations a win for ISIS?

Posted: 31 Jan 2015 03:09 PM PST

Going Underground: Tessa Munt talks fracking, succession in Saudi Arabia, & Syriza smeared?

Posted: 31 Jan 2015 03:07 PM PST

Greece: The debt challenge

Posted: 31 Jan 2015 03:06 PM PST

Mahkamah Perancis mula siasatan jenayah nahas QZ8501

Posted: 31 Jan 2015 03:04 PM PST

AirAsia QZ8501 Preliminary Report
Siasatan ke atas punca nahas pesawat AirAsia Penerbangan QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa bulan lalu dilakukan di mana ketika itu pembantu juruterbang warganegara itu dikatakan sedang mengemudikan pesawat.
PARIS, 31 Januari:
Mahkamah Perancis secara rasmi kini memulakan siasatan jenayah ke atas punca nahas pesawat AirAsia Penerbangan QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa bulan lalu di mana ketika itu pembantu juruterbang warganegara itu dikatakan sedang mengemudikan pesawat.
Seorang sumber pejabat kehakiman Paris memaklumkan, seorang hakim akan mengetuai siasatan bagi menentukan sama ada wujud unsur 'manslaughter' atau 'kematian tidak disengajakan' akibat kemalangan itu yang meragut 162 nyawa.
Penerbangan QZ8501 terhempas ketika cuaca buruk pada 28 Disember lalu dekat Selat Karimata di Laut Jawa ketika dalam perjalanan dari Surabaya menuju ke Singapura.
Setakat ini hanya sejumlah 72 mayat telah ditemui.
Laporan awal Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia yang sedang menganalisis kandungan rakaman data penerbangan pesawat itu berkata, siasatan awal mendapati sebelum nahas, pesawat itu terbang pada kelajuan yang tinggi dalam suasana awan kumulusnimbus yang tebal sehingga menyebabkan alat penggeranya mula berbunyi.
Read More / Baca Lagi >>

All-female mosque unveiled in Los Angeles

Posted: 31 Jan 2015 02:57 PM PST

Palestinians in Syria once again cut off from aid

Posted: 31 Jan 2015 02:56 PM PST

IS Militants Acknowledge Defeat in Kobani

Posted: 31 Jan 2015 02:56 PM PST

AirAsia Investigation

Posted: 31 Jan 2015 02:55 PM PST

Pasca Banjir: Majlis Pelancaran Gabungan Impian Kelantan - 31-1-2015

Posted: 31 Jan 2015 02:54 PM PST


Harga Baru Ron95 & Diesel RM 1.70, Ron97 RM 2.00 Mulai 1 Feb

Posted: 31 Jan 2015 04:34 AM PST


Harga Baru Ron95 & Diesel RM 1.70 Seliter, Ron97 RM 2.00 Seliter Mulai 1 Feb 2015

Tidak salah jadikan banjir titik tolak perpaduan - Ridhuan Tee

Posted: 31 Jan 2015 02:37 AM PST

Penceramah Bebas, Ridhuan Tee Abdullah ditemuramah oleh wartawan Sinar Harian sempena Karnival Karangkraf 2015. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB 
SHAH ALAM – Tidak masalah jika semua pihak bersatu dan menjadikan musibah banjir di Kelantan itu sebagai satu titik permulaan dalam mengukuhkan perpaduan di negara ini.

Ahli Akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, ahli politik yang beragama Islam wajar melupakan dendam lama demi untuk kebaikan masyarakat Islam di negara ini.

"Kita sudah boleh bincang untuk menyatukan umat Islam contohnya menyatukan Umno dan Pas, sampai bila kita hendak bergaduh, sampai bila kita hendak ingat sejarah lampau, sampai bila kita hendak melihat Umno itu sebagai musuh, sampai bila kita melihat musuh itu sebagai kawan dan saudara seagama itu kita lihat sebagai musuh.

"Saya pelik politik Malaysia, kita sepatutnya bersatu hati, musuh sebenar-benarnya ialah apa jua perkara baik yang kita hendak laksanakan, terang-terangan dia lawan," katanya kepada Sinar Online, di sini, hari ini.

Beliau berkata lagi, sudah tiba masanya umat Islam tampil ke hadapan dan tidak perlu lagi merendah diri ketika menghulurkan bantuan ketika negara dilanda bencana.

"Kadang-kala nama ini penting, sebab itu orang tidak nampak di mana sumbangan orang Islam kita sebab kita terlampau menyorok.
Read More / Baca Lagi >>

Guan Eng tak mahu jawab isu debat

Posted: 31 Jan 2015 02:24 AM PST

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terus menamatkan sidang akhbar apabila para pemberita mendesaknya memberi respons sebagai setiausaha agung DAP terhadap cabaran PAS agar beliau berdebat tentang isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sidang akhbar itu diadakan selepas beliau melancarkan Cafe Sains Pulau Pinang.

Pemberita beberapa kali meminta Lim memberi responsnya terhadap cabaran setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk berdebat tentang isu pilihan raya PBT, tetapi Lim mengulangi kata-kata 'ada soalan lain tak?'

Apabila pemberita terus bertanya tentang perkara itu, Lim menamatkan sidang akhbar itu dengan ucapan 'terima kasih'. Sebelum itu, beliau menyentuh tentang beberapa perkara lain, termasuk kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Mustafa dilaporkan mencabar Lim berdebat tentang isu pilihan raya PBT. Rabu lepas, pemimpin PAS itu menyelar Lim kerana didakwa berkata beliau (Mustafa) bersetuju pilihan raya PBT diadakan, sedangkan beliau tidak berkata demikian.

Read More / Baca Lagi >>

Siapa Ketua Pemuda, Wanita minta Palanivel berundur? kata S. Balakrishnan

Posted: 31 Jan 2015 02:21 AM PST

S. Balakrishnan (dua dari kiri) menjawab soalan pemberita di Kuala Lumpur.
S. Balakrishnan (dua dari kiri) menjawab soalan pemberita di Kuala Lumpur.
 
Naib Presien MIC, Datuk S.Balakrishnan membidas tindakan sayap Pemuda dan Wanita MIC yang mendesak Presiden, Datuk Seri G.Palanivel supaya berundur kerana gagal memimpin parti sehingga dilanda krisis.
Pengerusi MIC negeri Johor itu juga meminta Ketua kedua-dua sayap itu C.Sivarraajh dan M.Mohana supaya berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan menggesa Palanivel berundur tanpa rasa hormat ke atas pemimpin tersebut.
"Siapa Sivarraajh dan Mohana untuk meminta Palanivel berundur. Presiden dipilih secara demokrasi oleh 4,000 Ketua Cawangan. Bukan kamu berdua sahaja.
"Lagipun gesaan Sivarraajh dan Mohana terhadap Palanivel hanyalah suara peribadi berdua.
"Ia bukan mewakili suara ahli keseluruhan parti. Biar mereka menentukannya. Berhenti mendesak Presiden berundur. Fikir secara matang," tegasnya dalam sidang media di Jalan Ipoh di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Now sedition attack on ‘equal rights’ group

Posted: 31 Jan 2015 02:03 AM PST

After open memo for review of Article 153, Malay rights pressure group calls for police action.

fahmi2KUALA LUMPUR: Police have been urged by a Malay rights pressure group to begin a sedition investigation of a student group that called for equal rights in education for all Malaysians.
Jaringan Melayu Malaysia filed a police report against the Anak Muda Harapan Malaysia group, and said special attention should be given to the leader, former University of Malaya student council president Fahmi Zainol.
JMM director-general Faizan Mod Noor said the student group had violated the Federal Constitution, made "statements contradictory to the national aspiration" and was "provocative in bringing up sensitive issues".
Faizan said Fahmi was the "main culprit" behind the open memo issued by the student group last week, and alleged that Fahmi had links to opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M hanya beri pandangan kepada Najib?

Posted: 31 Jan 2015 02:00 AM PST

SHAH ALAM – Kritikan yang dibuat Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan hanya sekadar memberi pandangan sahaja bukannya menunjukkan perpecahan dalam Umno.
Ketua Wanita Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman berkata, pihak luar dari parti boleh mengemukakan pandangan kepada pihak yang memerintah.
Tun M hanya beri pandangan kepada Najib?"Saya tidak fikir ada dua kem (puak). Saya ingat itu adalah satu pandangan yang diberi oleh bekas perdana menteri dan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran parti dan kerajaan, meneruskan agenda pembangunan seperti yang telah dirangka.
"Jadi, kita sebagai pucuk pimpinan di peringkat yang mendukung pimpinan tertinggi kenalah menyokong kerana itu merupakan asas kepada kestabilan kerajaan dan parti," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen Save Your Dara dan perasmian Karnival Karangkraf, di sini, hari ini.
Menurutnya, segala pandangan yang dikemukakan itu terserah kepada pemerintah untuk mempertimbangkannya.
"Kalau di luar daripada parti dan kerajaan, pihak-pihak boleh memberi pandangan ataupun buah fikiran terpulang kepada pihak yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran negara untuk memberi pertimbangan.
"Kita percaya dan yakin kepada pucuk pimpinan Najib sebagai Perdana Menteri. Beliau akan terus membawa kita ke mercu yang maju dan lebih progresif pembangunannya," katanya.
Krisis terbaharu itu timbul selepas Tun Mahathir dan beberapa veteran Umno dilihat berterusan mengkritik pentadbiran Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Terpaksa mengemis Ananda Krishnan, tindakan 1MDB memalukan

Posted: 31 Jan 2015 01:49 AM PST

KUALA LUMPUR, 31 JAN: Tindakan 1MDB 'mengemis' kepada jutawan Ananda Krishnan untuk membayar hutang tertunggak bukan sahaja memalukan, malah menunjukkan syarikat itu memang menghadapi masalah kewangan serius.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, langkah terdesak tersebut juga membuktikan bahawa tidak ada institusi pinjaman kini bersedia untuk memberi sebarang pinjaman kepada 1MDB berikutan skandal kewangan mereka.
"Tindakan 1MDB serta kerajaan terpaksa tunduk dan bergantung kepada hubungan baik dengan Ananda untuk menyelesaikan hutang adalah sangat memalukan.
"Bukankah 1MDB sebelum ini mendakwa pelaburan kontroversi mereka di Kepulauan Cayman berjumlah RM3.9 bilion sudah ditebus?" soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
The Edge Financial Daily semalam melaporkan Ananda bersetuju meminjamkan sehingga RM2 bilion kepada 1MDB sebagai bantuan menyelesaikan hutang syarikat dengan Maybank Bhd dan RHB Bank Bhd yang perlu dijelaskan akhir bulan ini.
Read More / Baca Lagi >>