Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Malaysia 'Darul Hairan'

Posted: 25 Jan 2015 02:15 AM PST

Oleh Zulkifli Yahaya


KONTROVERSI 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan dakwaan hutang sebanyak RM41.9 juta serta lain-lain pertikaian, bukan perkara kecil. Seperti biasa, jika isu seperti ini berlaku di negara selain Malaysia maka ketua kerajaannya sudah meletakkan jawatan.

Di Malaysia, perdana menterinya boleh bergelak ketawa bermain golf dengan presiden Amerika Syarikat seolah-olah tiada apa berlaku.

'Wanita pertama' pula boleh bebas melancong sambil membeli belah di mana jua. Dunia hairan bagaimana banyak kontroversi besar melibatkan kewangan yang banyak boleh berlaku dengan "selesa" di Malaysia tanpa menjejaskan kedudukan kerajaan yang memerintah.

Timbalan Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Dato' Seri Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan polis terhadap kes 1MDB tiba-tiba mendapati rumahnya dilelong tanpa notis dan penyitaan terlebih dahulu.
Memang orang yang tak bayar hutang atau jadi penjamin terhadap hutang tidak berbayar akan terima tindakan hartanya dilelong. Tapi dakwa Khairudin, lelong dibuat dahulu sebelum beliau terima notis. Itu yang menghairankan.
Jika Khairuddin tidak buat laporan polis, adalah rumahnya akan dilelong sepantas itu?
Sebenarnya banyak lagi senarai keanehan yang terdapat di negara Malaysia yang satu ini. Di Malaysia seorang yang sedang menanti hukuman mati boleh bebas keluar negara secara sah. Bagaimana kerajaan boleh mengeluarkan pasport untuknya? Peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah hairan bagaimana hal ini boleh berlaku. "Saya hairan kenapa dia boleh keluar negara dan Jabatan Imigresen tidak diberitahu yang dia tidak boleh keluar," ujar Muhammad Shafee. Sementara ramai pula di kalangan rakyat Malaysia yang hairan mengapa peguam kanan itu hairan. Sepatutnya dia tidak hairan kerana  "Malaysia serba boleh.
Tiba-tiba kerajaan Australia pula menegaskan tidak membenar kan pembunuh Altantuya dibawa pulang kerana dasar negaranya yang membantah hukuman mati. Macam ada konspirasi dari awal untuk membawa orang yang bakal dijatuhi hukuman mati ke negara selamat. Hairan, siapa yang mengatur ini semua?
Di samping hairan mengapa penunggu hukuman bunuh boleh bebas keluar negara, ramai yang hairan mengapa bekas pelajar yang tidak lunaskan hutang PTPTN tidak dibenar keluar negara.
Rakyat Malaysia yang tidak bayar cukai pendapatan juga antara yang tidak bebas untuk keluar negara. Pembunuh bebas berjalan seantero dunia, manakala penghutang pula dilayan macam pembunuh.
Hairan.
Rakyat baru saja hairan dan tertanya- tanya, siapakah dia penumpang misteri yang menggunakan pesawat negara 9M-NAA mengelilingi dunia penghujung tahun lalu hingga awal tahun ini. Pesawat Airbus 319 kontroversi tersebut direkod menggunakan laluan Honolulu – Los Angeles – Indianapolis – Los Angeles – New York – Dubai – Bangkok dan kemudiaan pulang ke Kuala Lumpur. Pesawat khas milik negara itu hanya digunakan untuk pengangkutan khas Yang di- Pertuan Agong dan perdana menteri.
Hairannya, hanya laluan ke Honolulu disertai Najib. Selebihnya tanpa Najib. Sehingga kini kerajaan masih takut untuk mendedahkan siapakah penumpang misteri yang menghairankan itu dan membazirkan kira-kira setengah juta ringgit wang negara.
Baru-baru ini tercetus kontroversi beberapa gadis Melayu naik ke pentas, lalu dipeluk artis lelaki K-pop. Teruklah gadis-gadis remaja tersebut menjadi mangsa cercaan rakyat Malaysia. Ibu bapa mereka juga jadi mangsa. Hairannya penganjur persembahan tersebut tidaklah pula dibantai teruk macam nasib gadis remaja tersebut. Sepatutnya yang teruk dihentam ialah pihak kerajaan yang menggalak dan membenarkan K-pop. Merekalah yang mula membawa masuk K-pop dari Korea untuk dihidangkan pada para remaja guna bajet Kementerian Belia dan Sukan.
Semua tahu Najib pernah turut sepentas bersama gadis-gadis gedik tidak cukup kain itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Remaja bertudung peminat K-pop itu kini jadi buruan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda RM1,000 atau dipenjara enam bulan. Hukuman seperti itu memang patut sebagai langkah pencegahan supaya umat Islam dapat menjaga maruah. Yang jadi kehairanannya mengapa mereka saja diburu pihak berkuasa agama?
Sewaktu isteri perdana menteri, Rosmah Mansor peluk pemain badminton Lee Chong Wei sampai kelihatan separuh lemas, mengapa Jawi hanya mendiamkan diri?
Pelakon-pelakon yang berpelukan dalam adegan filem, antara berlainan jantina sedangkan, mereka bukan mahram tetap haram hukumnya.
Mengapa pihak berkuasa agama tidak bertindak? Hairan.
Ada dua set penguatkuasaan undang-undang bagi pihak berkuasa agama rupanya. Ramai hairan dan tertanya-tanya apa halnya tiba-tiba Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi menghantar surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan AS, FBI berkaitan warganegara Malaysia Paul Phua Weng San. Phua dan anaknya Darren Wai Kit Phua kini dalam tahanan rumah di AS dan menghadapi pertuduhan di mahkamah negara itu atas kesalahan berkaitan perjudian.
Dia disyaki terbabit dengan kegiatan kongsi gelap 14K. Kononnya surat Zahid tersebut adalah pembelaan terhadap Phua untuk mengesahkan bahawa kongsi gelap 14K tidak wujud di Malaysia.
Sepatutnya biarlah FBI lakukan siasatan. Hairan mengapa Zahid pula yang menyibuk. Jika ia satu dokumen pembelaan, apa hubungan dan kepentingan antara Zahid dan Phua? Hairan.
Tahun lalu harga minyak dunia naik mendadak. Malaysia menaikkan harga minyak kononnya kenaikan itu tidak dapat dielakkan, faktor harga minyak dunia. Maka berbondong-bondonglah peniaga menaikkan harga barang. Kerajaan tidak dapat mengawal, hanya melihat dengan mata putih. Bahkan kerajaan pun turut menaikkan harga gula serta beberapa barangan kawalan yang lain.
Sekarang harga minyak dunia jatuh teruk. Kerajaan Malaysia terus ambil kesempatan menghapuskan subsidi di saat kejatuhan harga minyak. Tanpa subsidi pun minyak masih murah dari sebelumnya.
Hairannya mengapa harga barang dan perkhidmatan tidak turun, termasuk harga barang dalam senarai kawalan kerajaan.
Hairan mengapa kerajaan lemah sangat mengawal harga barang?
Di tengah-tengah banyak peristiwa hairan itu, ada satu perkara yang jadi puncak segala kehairanan.
Terlalu banyak kebejatan yang berlaku dalam negara. Penyelewengan, pemborosan, ketirisan dan penindasan terhadap rakyat berlaku sejak sekian lama di bawah kerajaan BN. Ramai kalangan rakyat yang marah terhadap BN. Namun bila datang pilihanraya; dengan hanya bantuan BR1M yang sekelumit dan sedikit janji untuk membeli undi, sebahagian besar orang Melayu boleh khayal dengan "dadah" pemberian BN itu lalu terus memangkah dacing. Bagaimana teruk pun BN, ia terus berkuasa. Itu adalah ibu segala kehairanan - DetikDaily

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Isu kalimah Allah: Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Gereja Tambah Anggota Panel Hakim?

Posted: 24 Jan 2015 11:35 PM PST


PUTRAJAYA – Gereja Katolik baru-baru ini gagal dalam usahanya untuk menambah anggota panel lima hakim bagi mendengar rayuan terakhirnya mengikut saluran undang-undang berhubung penggunaan kalimah Allah dalam bahagian Bahasa Malaysia majalah mingguannya The Herald.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, yang mempengerusikan panel hakim Mahkamah Persekutuan, sebulat suara menolak permohonan gereja itu untuk mempunyai lebih banyak anggota panel hakim.

Empat lagi hakim yang bersidang ialah Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Ramly Ali dan Datuk Azahar Mohamed.

"Permohonan anda adalah untuk menyemak semula penghakiman majoriti empat hakim, dan ketika ini kami mempunyai lima hakim, jadi secara praktikalnya mempunyai anggota lebih banyak," kata Hakim Abdull Hamid.

Beliau berkata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria telah menolak permohonan gereja untuk menambah anggota kuorum dan dengan itu, panel ini tidak boleh membuat keputusan yang tidak selari dengan keputusan dibuat ketuanya (Arifin) yang telah diberi kuasa membentuk panel untuk mendengar sesuatu kes.

Gereja memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan kerajaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah Allah.

Jun lepas, panel tujuh anggota Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Arifin, dalam penghakiman majoriti, menolak permohonan gereja bagi kebenaran untuk merayu.


Mahkamah Persekutuan, selepas menolak permohonan gereja itu untuk menambah anggota panel, meneruskan prosiding dengan mendengar hujahan Datuk Dr Cyrus Das, peguam utama gereja itu, berhubung permohonan semakan itu.

Pada awal prosiding, mahkamah mendengar hujahan dikemukakan oleh Das berhubung pertambahan anggota panel. Das berhujah bahawa jumlah anggota panel sepatutnya lebih banyak daripada panel sebelum ini yang dianggotai tujuh hakim.

Beliau berkata adalah tidak sesuai bagi panel dianggotai jumlah anggota yang lebih kecil untuk menyemak keputusan panel sebelum ini yang jumlah anggotanya lebih banyak daripada kuorum sekarang.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan, yang mewakili Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan, berhujah kuasa untuk menentukan kuorum terletak pada Ketua Hakim Negara dan perkara itu tidak boleh dipersoalkan.

"Kami mempunyai keyakinan sepenuhnya, tidak kira berapa ramai hakim yang bersidang dalam panel," katanya.

Peguam Datuk Sulaiman Abdullah, bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Majlis Agama Islam Terengganu, berhujah lima hakim sudah memadai untuk mendengar permohonan semakan itu.

Katanya oleh kerana sidang terakhir dianggotai panel tujuh anggota, adalah sukar untuk memilih anggota panel hakim, dengan mengambil kira jumlah keseluruhan hakim Mahkamah Persekutuan.

Pada 19 Sept tahun lepas, Gereja Katolik itu memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.


Hakim Arifin, mempengerusikan panel tujuh anggota itu, memutuskan bahawa 28 persoalan tentang undang-undang pentadbiran, undang-undang perlembagaan dan soalan umum dikemukakan pihak gereja gagal memenuhi perkara utama mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk diberikan kebenaran merayu.

Mahkamah Rayuan pada 14 Okt, 2013, sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah Allah.

Mahkamah Tinggi pada 31 Dis, 2009 memutuskan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah Allah adalah melanggar undang-undang, batal dan tidak sah.

Terdapat sembilan responden dalam kes ini iaitu Kementerian Dalam Negeri, kerajaan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, lima Majlis Agama Islam negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Lima negeri itu ialah Terengganu, Kedah, Johor, Melaka dan Selangor.

Berikut adalah kronologi kes Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia majalah mingguan terbitannya, 'The Herald'.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya dijadual mendengar permohonan semakan semula kehakiman mengenainya, esok.

2009:

16 Feb – Gereja Roman Katolik diketuai Ketua Paderi Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan semula kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan perisytiharan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarangnya menggunakan kalimah 'Allah' dalam majalah mingguan itu adalah bercanggah dengan undang-undang.

The Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah 'Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam edisi bahasa Malaysianya untuk bacaan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.

Gereja Roman Katolik, antara lain, memohon perisytiharan bahawa:

1. Ia mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam The Herald kerana adalah menjadi haknya, seperti agama selain Islam, untuk mengamalkan agama masing-masing secara aman.

2. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan tidak memberi kuasa kepada responden untuk melarang pemohon daripada menggunakan kalimah 'Allah' dalam The Herald.

3. Ia mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mingguan itu, sama seperti ia mempunyai hak untuk bebas bersuara dan memberi pendapat.

4. Ia mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam The Herald, sama seperti hak untuk bebas beragama dan mengurus hal ehwal agama sendiri.

5. Ia mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam The Herald, sama seperti hak untuk memberi pendidikan tentang Katolik dan Kristian.

6. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tidak memberi kuasa kepada responden untuk melarang pemohon menggunakan kalimah 'Allah' dalam The Herald.

7. Kalimah 'Allah' bukan eksklusif untuk Islam.

31 Dis – Mahkamah Tinggi, ketika meluluskan permohonan semakan semula kehakiman oleh Gereja Roman Katolik itu, mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan bahasa Malaysianya, yang khusus untuk bacaan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah.

Mahkamah itu memutuskan bahawa The Herald mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah 'Allah dalam majalah mingguannya bagi mengembangkan agama Kristian, bukan agama Islam.

Hakim berkenaan berkata menurut Perkara 11(4) Perlembagan Persekutuan, adalah salah bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' untuk menyebar agama mereka kepada orang Islam.

Tetapi, tidak menjadi kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' untuk menyebarkan agama mereka kepada orang bukan Islam, katanya.

Hakim itu seterusnya berkata menurut Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, The Herald mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah itu bagi tujuan keagamaan dan pendidikan dalam kalangan penganut Kristian.

Katanya menteri berkenaan gagal mengemukakan bukti bahawa penggunaan kalimah itu akan mengancam keselamatan negara dan mencetuskan salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

2010:

4 Jan – Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan memfailkan rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

6 Jan – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan pelaksanaan perintah terdahulu yang membenarkan majalah itu menggunakan kalimah 'Allah' berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik atas alasan untuk kepentingan negara.

2013:

10 Sept – Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi.

14 Okt- Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara meluluskan rayuan kerajaan untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah 'Allah'.

Mahkamah itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah 'Allah'.

Hakim Mohamed Apandi, yang mengetuai panel tiga anggota, berkata mahkamah mendapati kalimah 'Allah' tidak pernah menjadi bahagian penting dalam amalan kepercayaan agama Kristian.

Katanya dengan mengambil fakta sejarah dan keagamaan, beliau tidak menemukan sebarang sebab munasabah kenapa Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur "berkeras" untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mingguan itu.

11 Nov – Gereja Roman Katolik memfailkan permohonan untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan dan mengemukakan 26 persoalan undang-undang yang melibatkan tiga bidang iaitu persoalan undang-undang, isu pentadbiran dan sama ada mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tentang isu perbandingan agama.

2014:

5 Mac – Pendengaran permohonan Gereja Roman Katolik untuk mendapat kelulusan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melarang The Herald daripada menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitannya; Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakimannya ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.

23 Jun – Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan majoriti 4-3, menolak permohonan gereja itu untuk mendapatkan kelulusan merayu bagi penarikan balik larangan kerajaan tentang penggunaan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan dalam edisi bahasa Malaysia The Herald.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mempengerusikan panel tujuh anggota, memutuskan bahawa 28 persoalan mengenai undang-undang pentadbiran, undang-undang perlembagaan dan persoalan umum yang dikemukakan gereja itu, tidak memenuhi syarat asas mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, untuk diberi kelulusan untuk merayu.

Katanya Mahkamah Rayuan secara betul menggunakan ujian objektif berhubung keputusan menteri berkenaan melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam The Herald.

Arifin berpendpat hakim Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya melayan gereja berkenaan untuk mencabar kesahan atau kuasa dari segi perlembagaan pelbagai enakmen negeri yang bertujuan mengawal dan menyekat penyebaran doktrin dan kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan umat Islam.

19 Sept – Gereja Roman Katolik memfailkan permohonan semakan semula kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak memberi kelulusan kepadanya untuk merayu berhubung larangan Menteri Dalam Negeri tentang penggunaan kalimah 'Allah'.

Permohonan itu dibuat berdasarkan tiga asas utama, termasuk isu undang-undang tertentu yang menjadi bahagian penting dalam permohonan untuk mendapatkan kelulusan itu, mengikut skop Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.— BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Siapa penjawat awam yang memperdaya DS @Zahid_Hamidi untuk menyelamatkan kedudukannya sendiri?!! @NajibRazak

Posted: 25 Jan 2015 10:00 PM PST

Surat Sulit Kepada FBI : DS Zahid Hamidi diyakinkan oleh Ghani Patail, Paul Phua Klien Kepada Shafee Abdullah?

1. Pada 31 Disember 2014, South China Morning Post mendedahkan terdapat satu surat sulit yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia kepada pihak FBI menafikan Paul Phua Wei Seng merupakan ahli kongsi gelap 14K.

2. Menurut laporan tersebut, Paul Phua yang berdepan tuduhan menjalankan operasi perjudian di Caesar's Palace Hotel, Las Vegas ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia pertengahan 2014 sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat.

3. Namun mengikut isi kandungan surat sulit kepada pihak FBI yang ditandatangi oleh Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi. Kementerian Dalam Negeri menafikan penglibatan Paul Phua dengan kongsi gelap 14K malah kerap membantu kerajaan Malaysia.

4. Perkara ini mengejutkan dan heboh diperkatakan ramai pihak terutama di media sosial. Ramai bertindak menyalahkan Menteri Dalam Negeri selain menuduh DS Zahid Hamidi terlibat melindungi ahli kongsi gelap.

5. Kerana heboh diperkatakan ramai pihak, Shafee Abdullah tiba-tiba mendakwa berlaku kesilapan oleh pasukan Polis sehingga surat sulit tersebut dikeluarkan.

6. Sebenarnya tiada kesilapan berlaku, sebaliknya Shafee Abdullah mengenali Paul Phua kerana Paul adalah klien kepada Shafee Abdullah yang turut mempunyai 'hubungan' dengan Ghani Patail.

7. Bagi menjaga kepentingan bersama Paul Phua, Shafee Abdullah dan Ghani Patail bertindak menyakinkan DS Zahid Hamidi supaya menandatangani surat tersebut.

8. Boleh dikatakan DS Zahid Hamidi sebenarnya telah ditipu oleh Ghani Patail sebagaimana Ghani menipu DS Hishammuddin Hussein ketika memegang portfolio KDN dan DS Najib Razak bagi memastikan ISA dimansuhkan.

9. Justeru, kami mahu mendesak agar Shafee Abdullah serta Ghani Patail tampil membuat penafian di atas dakwaan dan maklumat yang disalurkan oleh seorang individu berpengaruh.

10. Rakyat Malaysia tidak wajar menghukum DS Zahid Hamidi kerana Menteri biasanya menandatangani setiap surat setelah diperiksa atau selepas dirujuk oleh pihak berkenaan.

DS Zahid Hamidi adalah 'kambing hitam' Ghani Patail dan Shafee Abdullah. - FB Kami Desak Ghani Patail - AG Disiasat & Berundur





Ini bukanlah pertama kali kami dengar penasihat undang-udang (baca: Peguam Negara a.k.a. AG) 'memperbodohkan' pemimpin negara demi agenda peribadi mereka. Isu pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat juga berlaku dengan cara yang sama. Dikatakan 'mereka' menasihati YAB PM untuk memansuhkan kedua-dua akta tersebut kononnya untuk menggantikan dengan rang undang-undang yang lebih efektif. Hasilnya SOSMA; satu akta yang sangat lemah dan banyak lompong kelemahan sehinggakan untuk mendakwa seorang perusuh jalanan pun menjadi sukar.

Dikatakan juga tujuan 'mereka' menasihati kepimpinan negara untuk memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat juga adalah bagi membolehkan klien mereka, yang ketika itu sedang ditahan di Simpang Renggam dapat dibebaskan tanpa syarat. Hasilnya, hari ini ketua-ketua kongsi gelap lepas bebas menjalankan kegiatan jenayah terancang mereka sambil memberikan sokongan kewangan yang sangat kuat kepada DAP. Kerajaan pula hanya dapat mampu melihat kerana SOSMA bukanlah akta yang diwujudkan untuk mencegah kegiatan jenayah.

Dan semua ini dilakukan bukanlah melalui BAR Council yang sememangnya diketahui anti Islam, anti Melayu dan anti Kerajaan, tetapi oleh seorang pegawai kanan Kerajaan sendiri yang sepatutnya sudah berpencen tetapi disambung-sambung kontraknya sehingga kini.

Kerana itulah, apabila timbul isu surat Menteri Dalam Negeri (MDN) kepada FBI, kami tidak merasa terkejut sangat. Apatah lagi, ianya dikatakan berlaku bagi mengelakkan kedudukannya sebagai NAPOLEON dalam jabatan Kerajaan tidak tergugat. Kerana itulah, beliau sanggup "memperdaya" MDN untuk menandatangani surat tersebut semata-mata bagi memastikan individu tersebut tidak terus menjadi ancaman terhadap kedudukan beliau di jabatan tersebut.

Tekanan terhadap beliau bermula apabila individu tersebut berjaya meneruskan kes Saiful dan menyabitkan Anwar Ibrahim di mahkamah. Ramai yang mula melihat potensi individu tersebut dan mula mendesak pihak Kerajaan untuk menggantikan pegawai kontrak Kerajaan yang tidak lagi efisyen tetapi gaji melambung ke langit ini.

Sekarang kita semua tahu bukan di sebalik misteri "MENGAPA MDN PERLU TANDATANGAN SURAT KEPADA FBI" tersebut?!!

Dan ingatlah, dalam agensi Kerajaan, ini bukanlah satu-satunya NAPOLEON yang wujud. Banyak lagi dinosaur yang menghambat kepentingan diri dan kroni dalam Kerajaan kini sedang berleluasa yang bukan sahaja sedang memberikan impak negatif kepada YAB PM, malah kepada UMNO dan BN sendiri. Lebih parah, mereka ini juga kebanyakannya penyokong pakatan pembangkang!!!

Jadi sampai bila pihak Kerajaan hendak terus berlembut dan membiarkan anasir jahat ini terus membusuk dalam jentera mereka sendiri?!!   

DAP TOLAK HUDUD, HADI BALAS TOLAK PILIHANRAYA TEMPATAN SEBAGAI PUNCA RUSUHAN KAUM

Posted: 25 Jan 2015 05:00 PM PST

DAP tidak sepatutnya membangkitkan soal Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara terang-terangan hanya kerana semata-mata tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, DAP sepatutnya mengambil pendekatan yang lebih wajar dan memikirkan hubungan kerjasama yang terjalin menerusi gabungan Pakatan Rakyat.
Sama seperti PAS kata Mahfodz, parti itu walaupun tidak bersetuju dengan pilihanraya PBT itu sebelum ini, namun masih mengambil pendekatan berdiam diri kerana mahu menjaga hubungan sesama rakan dalam Pakatan.
"Maka sebab itulah dah sampai masanya Datuk Seri Presiden menyuarakan pandangan yang sebenarnya. Yang PAS tak setuju itu ialah pilihanraya itu macam di seluruh Malaysia ada komponen semua kaum.
"Tapi kalau di bandar, kaum Cina menguasai. Sebab itu PAS tak setuju, ini akan timbulkan ketegangan kaum. Dan Melayulah yang akan tersepit itu," katanya kepada Antarapos.
Ujar Mahfodz yang turut bersetuju dengan pandangan Hadi itu lagi, DAP tidak wajar menggunakan isu hudud untuk menyerang PAS kononnya membelakangkan Pakatan, kerana secara asasnya PAS sendiri menghormati pandangan DAP yang tidak mahu hudud dilaksanakan.
"PAS hormati DAP tak mahu hudud tapi dia kena paham apa yang dilaksanakan itu berkaitan dengan hukum hakam orang Islam. Macam kita puasa, sembahyang dan haji..dia tak boleh tak setuju sebab ia berkaitan dengan orang Islam. Hudud pun seperti itu juga, kita tak kenakan apa-apa tindakan kepada orang bukan Islam," ujarnya lagi.
Bekas Pesuruhjaya PAS Johor itu juga tidak menolak kenyataan yang dibuat Hadi itu adalah sebagai respon kepada tindakan DAP yang enggan menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.
"Iyalah.. untuk berlaku adil, maknanya kalau dia nak laksanakan tanpa persetujuan pun dia nak teruskan. Jadi kita pun begitu juga. Walaupun DAP tak setuju dengan hudud, maka kita akan laksanakan juga kerana yang terlibat dengan hudud di Kelantan ini orang Islam saja.
"Tak ada kena mengena (dengan orang bukan Islam). Lagi pun undang-undang itu diluluskan sebelum adanya Pakatan," kata beliau lagi.
Tambah Mahfodz, DAP sepatutnya membincangkan isu pilihanraya PBT itu dalam mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat sebelum membangkitkannya.
"Patutnya ia (pilihan raya PBT) ini perlu dibincangkan dan minta persetujuan dalam Majlis Presiden. Kita diam itu dengan harapan supaya hasrat PAS nak laksana hudud di Kelantan pun DAP tak perlu bising. Macam kita (PAS) tak setuju tapi diam… menggambarkan ada perpaduan dalam Pakatan Rakyat," ujarnya lagi.
Justeru dengan keadaan sekrang ini yang menyaksikan pertikaman lidah antara pemimpin kedua-dua parti, Mahfodz mencadangkan kedua-dua pihak duduk semeja untuk membincangkan permasalahan yang berbangkit. 

PEGUAM NEGARA : MENGGESA SABAH SARAWAK BERPISAH DARI MALAYSIA SATU HASUTAN

Posted: 25 Jan 2015 09:37 AM PST





The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Guan Eng marah Betty diserang 8: Cina rebut BR1M, Betty gaya macam Imelda

Posted: 25 Jan 2015 10:33 PM PST


Adakah sudah berlaku penindasan hingga ramai cina jatuh miskin di Penang? Jika tidak, kenapa cina yg dah hampir pasti 90% akan undi DAP boleh berpusu merapak sembah ke pejabat UMNO Pulau Pinang?






Nampaknya ramai dan berebut cina yang jatuh miskin hingga memerlukan BR1M.

Yang nampak jelas juga adalah Betty Lim sudah begitu mewah hungga bertukar2 beg mewah yg mahal. Pakai intan berlian puluhan ribu harga. Guan Eng bertukar2 kereta mewah.

Teringatkan suasana Filipina ketika pentadbiran Marcos dengan Betty dah menyerupai Imelda Marcos yang bukan kaya kasut tapi kaya beg tangan. Selama ini Rosmah Mansor yang diperolok-olokkan. Rupanya nak nutup aib Betty

Guan Eng marah Betty diserang 7: LGE tak tahu tadbir, tapi Betty arah jadi PM

Posted: 25 Jan 2015 08:00 PM PST


Mungkin sekali ini adalah permintaan Betty untuk Guan eng jadi PM maka dia terpaksa serang kebolehan Najib walaupun dia tidak tahu urus pun Penang.


Guan Eng mahu kata Dato Najib tidak tahu urus kewangan dengan disiarkan gambarajah di atas. Hujah Guan Eng dipintas dengan baik oleh Flying Kick di SINI


Sebenarnya yang hancur dalam hal mentadir adalah Guan Eng. Senarai kehancuran Guan Eng mentadbir boleh dibaca dalam gambarajah berikut:





PAS tertipu ...
Tadbir tak pandai tapi angan2 nak jadi PM:


Semua pasal Betty ada cita-cita politik ...


Guan Eng marah Betty diserang 6: Betty nak tapak Line Clear ka?

Posted: 25 Jan 2015 05:44 PM PST



Betty jaga urusan property dalam PCCC. Hairan kenapa dewan ini tidak Malaysian Malaysia tapi Chinese Malaysian.

Kenapa pula Guan Eng boleh prihatin tentang penjaja cina?


Sedangkan Line Clear begitu strict dikuatkuasakan peraturan





Hmmm ... Betty ada projek ke di tapak Line Clear?

Guan Eng marah Betty diserang 5: Nepotisma keluarga

Posted: 25 Jan 2015 07:00 AM PST










Guan Eng marah Betty diserang 4: Projek parking masyuk

Posted: 25 Jan 2015 03:30 AM PST











Guan Eng marah Betty diserang 3: Hidup mewah-mewah

Posted: 25 Jan 2015 12:05 AM PST