Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Rita Rudaini tidak terlibat konspirasi jatuhkan Najib, kata Zam secara sinis

Posted: 24 Jan 2015 05:09 AM PST


Rita Rudaini tidak terlibat konspirasi jatuhkan Najib, kata Zam secara sinis
Tan Sri Zainuddin Maidin dengan sinis berkata pelakon Rita Rudaini yang menjalani penggambaran di Zam Newsroom Cafe miliknya di Putrajaya tidak terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Bekas menteri penerangan itu berkata, teori konspirasi seumpama itu pernah timbul apabila beliau minum pagi bersama Tun Daim Zainuddin, Datuk A Kadir Jasin dan beberapa blogger lain di satu restoran di Damansara baru-baru ini.
"Tentunya kehadiran pelakon jelita Rita Rudaini bersama beberapa pelakon lagi di Zam Newsroom Cafe Putrajaya baru-baru ini bukanlah untuk berkonspirasi bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib," kata Zainuddin secara sinis di blognya Zamkata hari ini.
"Rita dan lain-lain boleh dianggap bersih daripada teori konspirasi ini kerana mereka tidak minum petang atau makan bersama saya sebaliknya hanya membuat penggambaran telemovie Qiam."
Zainuddin pada Selasa membuat keputusan berhenti daripada penulisan politik kerana kecewa dituduh berkonspirasi mahu menjatuhkan Najib.
Beliau kecewa kerana sering kali dianggap mempunyai "sandaran" meskipun bergerak secara bersendirian.
"Setelah menimbang dari semua aspek, kepentingan, kedamaian dan ketenteraman jiwa daripada ugutan, tekanan dan pencemaran nama pada hari tua, maka saya mengambil keputusan untuk berhenti daripada penulisan politik semasa yang menjadi pengisian utama blog zamkata sejak dilancarkan pada 8 Ogos 2012.
"Maka teguran tidak lagi dianggap sebagai sokongan," tulisnya kecewa.
Zainuddin berkata, disebabkan perbezaan pendapat, kepercayaan dan setia kawannya kepada kepimpinan politik yang bersandarkan sejarah dan kejayaan tercemar.
"Saya amat tersinggung apabila kekuatan saya sendiri dianggap sebagai bergantung pada orang lain. Ini bukanlah kejatian dan keperibadian diri saya berdekad dalam dunia kewartawanan," katanya.
Blog zamkata miliknya dilancarkan pada 8 Ogos 2012 kini mempunyai lebih 1.5 juta pelawat, katanya.
"Sepanjang lebih 50 tahun dalam bidang kewartawanan, saya tidak pernah menjadi penulis upahan," kata Zam.
"Saya tidak mempunyai kawan sejati dalam politik, kerajaan, atau mana-mana pertubuhan, kecuali rakan-rakan wartawan," katanya.
Zainuddin di antara penulis blog Umno yang mengkritik kepimpinan Umno secara terbuka.
Minggu lepas Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia berkata, Daim dan Dr Mahathir tidak akan merendahkan martabat mereka dengan mendedahkan maklumat "menyelerakan" Najib.
Mengakui terdapat "perang saraf" di antara penyokong Najib yang mengawal media arus perdana terhadap pengkritik termasuk kedua-dua bekas pemimpin negara itu, Zainuddin berkata beliau sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.
"Dari awal lagi saya sebagai wartawan tua yang mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam perang saraf menjangkakan serangan peribadi TV3 terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, pastinya umum akan merujuknya sebagai arahan serta mendapat keizinan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib," tulis Zainuddin.
"Walaupun saya sering dikatakan sebagai orang (Dr) Mahathir tetapi saya berharap saya tidak dianggap sebagai sekutu Daim kerana menyokong pandangan Kadir dalam posting terbarunya yang melihat kecaman terhadap Daim akan menikam balik Najib dan menghakiskan lagi kewibawaannya," kata Zainuddin merujuk kepada tulisan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin.
Selari dengan pandangan Kadir, Zainuddin berkata tindakan menyerang Daim menggunakan media dikawal Umno bukanlah permainan politik yang bijak.
"Maka saya nampak ini bukanlah suatu permainan politik atau perang saraf yang bijaksana tetapi permainan politik kotor, tidak beretika, tidak profesional dan sangat rendah caranya serta kualiti yang tidak sepatutnya datang daripada Jabatan Perdana Menteri," katanya. –  TMI

Video Zamani: Dua Anggota Polis Digantung Tugas

Posted: 24 Jan 2015 02:42 AM PST


Diterbitkan: Sabtu, 24 Januari 2015 2:42 PM

PETALING JAYA: Dua anggota polis yang memaksa penyanyi kumpulan popular 90-an menyanyi ketika di lokap dan tangannya digari telah digantung tugas.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai berkata, pihaknya mengadakan siasatan berhubung penyebaran video penyanyi, Zamani Ibrahim yang menjadi virul menerusi media sosial itu.
"Ketua Polis Negara memberi kebenaran kepada jabatan untuk memindahkan anggota terbabit daripada tugas sehingga siasatan selesai.
"Kami bukan sahaja menyoal siasat mereka, tetapi juga penyelia mereka untuk mengetahui bagaimana kesilapan seumpama itu boleh berlaku dalam prosedur tugas polis.
"Kami menyiasat dari semua sudut," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pangkat kedua-dua anggota terbabit, tetapi memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan jika didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Senior Deputi Komisioner Zubaidah menambah, pasukan itu tidak akan bertolak ansur terhadap perlakuan buruk itu termasuk menganiaya tahanan.
Malahan, katanya, tindakan yang dilakukan kedua-dua pegawai polis itu adalah sesuatu yang memalukan.Zamani, 43 ditahan pada Rabu kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah di kediamannya di Taman Keramat, Ampang.
Penyanyi kumpulan Slam itu ditahan bersama teman wanitanya yang berusia 32 tahun disyaki memiliki bungkusan mengandungi 1.2 gram heroin.
Menerusi video yang dipercayai dirakam sebaik Zamani ditahan itu menunjukkan dia menyanyikan lagu Gerimis Mengundang, salah satu lagu popular kumpulannya, sambil tangannya digari.
Rakaman video itu menjadi viral di media sosial dan mendorong pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Guan Eng marah Betty diserang 2: "Conflict of interest"

Posted: 24 Jan 2015 08:30 PM PST










Guan Eng marah Betty diserang 1: Banyak beg mahal

Posted: 24 Jan 2015 05:00 PM PST














Pembangkang tak bantu negara ketika hadapi masaalah dan bencana

Posted: 24 Jan 2015 07:28 AM PST




Masa Banjir dan serangan Lahad Datu pun gitu juga sikap.

Mampukah mereka jadi pemerintah jika dipilih? Adakah masih salahkan orang lain sokmo????


Pusat tidak lupa Sarawak

Posted: 24 Jan 2015 04:30 AM PST


Najib masih disukai ramai tapi Penasihat dan pembantu kena betul cara

Posted: 24 Jan 2015 01:28 AM PST







Berbanding dengan Anwar ....



Jika kena gaya komunikasi dan PR pihak PMO dan jentera kerajaan serta parti, boleh diterima rakyat. Kenalah pandai mereka lakukan dan usahlah banyak sangat jeneral yang kaki ampu. Ni katanya bercakar sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan.

Belah sana ni, setiap benda baik semua nak diperlecehkan.





Najb balas walaupun kejahatan diberi

Posted: 23 Jan 2015 11:30 PM PST


Najib mendoakan yang baik buat Nik Aziz.


Walaupun doa jahat yang dibuat terhadapnya.

Kadang-kadang bila mendoakan yang tidak baik, akhirnya ....


Berbalik ke diri sendiri.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Mahkamah Benar Permohonan Saiful Pinda Tuntutan Saman Terhadap Anwar?

Posted: 24 Jan 2015 07:17 AM PST


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, untuk meminda pernyataan tuntutan dalam saman RM50 jutanya terhadap ketua pembangkang itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas mendengar hujahan peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful dan Shahid Adli Kamarudin yang mewakili Anwar.

Zamri memberitahu media bahawa mahkamah memerintahkan Anwar memfailkan pernyataan pembelaan pindaan sebelum 23 Feb dan mahkamah menetapkan 13 Mac untuk pengurusan kes.

Pada 16 Jan lepas Mohd Saiful memfailkan permohonan untuk meminda pernyataan tuntutannya itu bagi memasukkan butiran terperinci berhubung dakwaan fitnah oleh Anwar mengenai laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful mengenai kejadian liwat, enam tahun lepas.

Pada 23 Jun tahun lepas, Mohd Saiful, 30, memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh Anwar.


Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar menuduh laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.

Mohd Saiful juga mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar telah meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di sini.

Mohd Saiful mendakwa beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan telah mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu.

Sehubungan itu, Mohd Saiful memohon ganti rugi RM50 juta, ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Anwar dalam pernyataan pembelaan yang difailkan 8 Okt tahun lepas menafikan beliau meliwat Mohd Saiful dan berkata dakwaan liwat itu adalah tidak benar kerana menurutnya kejadian itu tidak pernah berlaku – BERNAMA

Suara Politik
Belantan

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:45 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Pembalakan haram berleluasa, Kelantan perlu Husam Musa sebagai MB

Posted: 24 Jan 2015 02:07 PM PST

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merujuk kenyataan menteri besar Kelantan pada 3 Januari lalu yang disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan. Menteri Besar menyatakan kegiatan pembalakan di Tanah Tinggi Lojing telah dibekukan sejak 2006.


Bagaimanapun timbul persoalan dan SAM menggesa menteri besar memastikan kesahihan kerana mengikut sumber Jabatan Perhutanan Negeri, pada 2014 sahaja sebanyak 41 lesen konsesi pembalakan diluluskan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Jajahan Hutan Kelantan Selatan (meliputi Jajahan Gua Musang dan Jajahan Kecil Lojing).

Kebanyakan kelulusan lesen konsesi pembalakan dalam HSK di Jajahan Hutan Kelantan Selatan adalah untuk tujuan tanaman monokultur atau apa yang dinamakan Hutan Ladang pada skala yang besar.

Sebelum dilaksanakan tanaman monokultur dalam HSK (TMDHSK), litupan hutan asal (hutan asli) akan diusahahasil (harvesting) secara tebang habis.

Penebangan secara tebang habis tersebut tidak tertakluk kepada 'sustainable forest management' dan Catuan Tebangan Tahunan (CTT).

Kenyataan menteri besar bahawa Kelantan mengamalkan pengurusan hutan secara mampan dan telah memperolehi pensijilan 'Malaysian Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management' (MC&I) hanyalah tertakluk kepada kegiatan pembalakan dalam hutan asli di HSK sahaja.

Tetapi kawasan HSK yang dilakukan tanaman monokultur, perlombongan dan lain-lain kegiatan tidak tertakluk kepada pensijilan tersebut.

Kadar curahan hujan yang tinggi tidak boleh dijadikan faktor utama yang menyumbang kepada bencana banjir kerana seperti yang diketahui monsun timur laut di antara bulan Oktober hingga Mac sememangnya membawa hujan lebat ke pantai timur pada setiap tahun.

Geofizikal dan topografi negeri Kelantan juga mempunyai beberapa banjaran utama yang merupakan sebagai 'Central Forest Spine'.

Oleh kerana itu mengikut Rancangan Fizikal Negara (RFN) kawasan tersebut dikategori sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang perlu dipelihara.

Walaupun pihak berkuasa negeri telah menerima pakai RFN tetapi mendukacitakan kerana kebanyakan KSAS tersebut telah dimusnahkan oleh kegiatan manusia terutama pembalakan dan untuk tujuan pertanian.

Malah kegiatan tersebut didapati dilakukan tanpa kawalan walaupun Pihak Berkuasa Negeri mengakui mempunyai 'standard and operating procedure' dan diluluskan oleh pihak-pihak berkuasa berkaitan.

Pihak Berkuasa Negeri harus memahami bahawa apabila kawasan 'Central Forest Spine' yang dikategori sebagai KSAS dimusnahkan dan dilakukan kegiatan selain guna-tanah hutan, impaknya adalah terhadap hidrologi hutan.

Permukaan tanah yang terdedah kepada kadar curahan hujan yang tinggi akan menyebabkan lebihan air larian permukaan, hakisan lereng bukit, kerosakan struktur sungai dan kemerosotan kualiti air.

Hutan asli adalah aset yang sangat penting kerana salah-satu fungsi dirian pokok dan tumbuhan ialah mampu menadah curahan hujan manakala reputan di lantai hutan melindungi tanah daripada impak secara terus curahan hujan.

Di samping itu apabila hutan dimusnahkan, proses penyejatan meningkat dan paras wap air juga biasanya lebih tinggi.

Berdasarkan pemerhatian dan kajian, SAM telah mengenal-pasti antara faktor yang menyumbang kepada bencana banjir di Kelantan baru-baru ini adalah daripada kegiatan manusia yang mengeksploitasi KSAS terutama HSK.

Sebagai contoh:

  • Pembalakan secara tebang habis berskala besar untuk tujuan tanaman monokultur atau (apa yang dinamakan Hutan Ladang) di Jajahan Gua Musang iaitu sebahagian Hutan Simpan Sungai Berok (HS Sungai Berok), HS Batu Papan, HS Hulu Galas dan HS Gunung Rabong;

  • Pembalakan secara tebang habis berskala besar untuk tujuan perlombongan di Jajahan Gua Musang iaitu di HS Sungai Betis dan HS Nenggiri;

  • Pembalakan secara tebang habis berskala besar untuk tujuan tanaman monokultur atau (apayang dinamakan Hutan Ladang) dilakukan juga di beberapa jajahan lain.


Namun begitu tidak dinafikan terdapat juga faktor lain daripada kegiatan manusia dan faktor semulajadi yang menyumbang kepada bencana banjir.

Malah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah bertitah bahawa semua pihak agar sedar musibah banjir yang berlaku adalah akibat perbuatan manusia sendiri.

Oleh itu SAM berharap Pihak Berkuasa Negeri akan menghentikan dan tidak meluluskan lagi kegiatan-kegiatan yang berisiko impak di KSAS terutama dalam HSK.

SAM juga menggesa Pihak Berkuasa Negeri dan pihak-pihak berkuasa berkaitan mematuhi dan mengguna-pakai pelan perancangan fizikal terutama Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan lain-lain dasar/polisi yang berkaitan pemuliharaan dan perlindungan alam semulajadi disamping menguatkuasakan peruntukan undang-undang sedia-ada.



P/S: Ketika jd Exco Husam Musa pernah menolak  beberapa syarikat yang ingin membalak. Husan lebih maklum apa akan berlaku sekiranya balak ditebang secara semberono. Oleh itu, sultan Kelantan wajar mengeluarkan titah mengganti MB Ahmad Yaakob sebagaimana sultan Selangor pernah meminta MB Selangor, Muhammad Mohd Taib  diganti pada hujung 1990an dahulu.


Husam sememangnya calon yang ditunjuk oleh Nik Aziz untuk mengambil tempat beliau sebagai MB baharu Kelantan. Tetapi sultan tidak bersetuju. Terdapat keperluan mendesak sultan berubah fikiran sekarang sebelum satu lagi bencana banjir berlaku di Kelantan tahun ini. MB Ahmad Yaakob terlalu lembab menangani isu tanam semula dan penebangan hutan balak.




Berpuluh-puluh hektar tanah Johor dijual ke pemaju China

Posted: 24 Jan 2015 02:04 PM PST

webmaster


Walaupun prospek industri hartanah di Iskandar Malaysia dijangkak muram tahun ini, sebagaimana diramal oleh penganalisis tempatan, namun ia tidak menghalang 'selera' besar pemaju hartanah daripada China untuk membeli tanah-tanah bernilai di bandaraya Johor Bahru.

Hari ini, satu lagi gergasi hartanah China, Greenland Group sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang berpengkalan di Shanghai telah menandatangani perjanjian untuk membeli sebidang tanah seluas 51.8 hektar bernilai RM2.4 bilion.

Tanah yang terletak di kawasan strategik berhadapan Selat Johor dipanggil Danga Bay, dibeli daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri Johor, Iskandar Waterfront City Bhd. (IWCB).

"Fasa pertama projek itu bernilai RM3 bilion adalah untuk membangunkan taman tema salji, opera house, hospital berasaskan perubatan tradisional Cina dan sekolah," menurut IWCB.

Greenland Group yang tersenarai di antara syarikat Fortune 500, sebelum ini telah pun membelanjakan RM600 juta untuk membeli sebidang tanah berkeluasan 5.5 hektar di Danga Bay untuk membangunkan projek hartanah Tebrau Bay City Waterfront.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh IWCB itu berkata, pelaburan asing termasuk daripada China penting di dalam meransang aktiviti ekonomi negeri Johor berikutan kesan limpahannya.

Pada masa ini, terdapat 13 syarikat hartanah dalam dan luar negara sedang membangunkan projek Tebrau Bay Waterfront City di Danga Bay yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM125 bilion.

Greenland mengikut jejak langkah beberapa gergasi hartanah China yang membolot tanah-tanah strategik di Johor Bahru seperti R&F Properties berpengkalan di Guangzhou yang membeli tanah-tanah berdepan laut di Tanjung Puteri bernilai RM4.5 bilion.

Selain R&F Properties, syarikat Country Garden Ltd. turut membelanjakan hampir RM1 bilion untuk membeli tanah di Danga Bay dan melancarkan projek hartanah mewah meliputi pembinaan kompleks membeli-belah serta 9,000 unit kondominum.

Tindakan syarikat-syarikat hartanah luar terutamanya daripada China berbelanja besar membeli tanah-tanah di bandar raya dan melancarkan pembinaan kondominium mewah dengan harga melebihi RM1 juta seunit telah menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat tempatan.

Rakyat tempatan menggelar kondominium-konominium mewah ini pencakar langit. 'rumah mampu tengok', di mana mereka hanya mampu melihatnya tetapi diluar kemampuan untuk membelinya.


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:43 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Nik Amar Berani Jawab Balik Kisah Ini?

Posted: 24 Jan 2015 07:06 PM PST

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:40 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Ketika Umno berperang, Pakatan Rakyat ‘karam’

Posted: 24 Jan 2015 09:12 PM PST

Ketika Umno berperang, Pakatan Rakyat 'karam'
Suka atau tidak, Pakatan Rakyat (PR) yang ditubuhkan selepas tsunami politik 2008 oleh PKR, DAP dan PAS boleh dikatakan sudah berakhir.
PR yang menjadi ancaman besar kepada Barisan Nasional (BN) dan mendapat sokongan 51% undi popular semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu mungkin tidak bersama lagi pada pilihan raya umum akan datang.
Ketika itu, gabungan politik yang ada dalam negara ini juga mungkin sudah berbeza.
Hari ini pemimpin PAS dan DAP berbalah secara terbuka hampir setiap hari dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini menjadi "pengikat" kepada dua-dua parti itu sudah tidak memainkan peranannya lagi.
Mungkin Anwar sudah putus asa dan bosan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas kemelut menteri besar Selangor tahun lalu.
Sekutu Anwar di dalam PAS tidak boleh melakukan apa-apa dan kerjasama di antara kelompok Hadi dan kumpulan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tidak dapat dihentikan lagi.
Apabila pada Jumaat lepas Hadi memberi amaran pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mencetuskan tragedi 13 Mei, jelaslah presiden PAS itu sudah mengambil peranan Perkasa dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), dan DAP sudah pasti tidak akan memaafkannya.
Perang Umno
Sebagai seorang bekas pemimpin tertinggi Umno dan menteri Kabinet, Anwar sudah tentu arif dan faham tentang daulah dan kuasa selain dikenali sebagai seorang yang licik berpolitik.
Maka tindakan Anwar membantu Datuk Seri Najib Razak berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya merupakan satu tindakan politik yang sudah dapat dijangkakan.
Apabila media arus perdana seperti TV3 memberi liputan meluas tentang dakwaan rasuah terhadap bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan kesediaan Anwar membantu siasatan, jelaslah Najib juga mengamalkan konsep "tiada kawan dan musuh yang kekal dalam politik".
Manakala sekutu rapat Dr Mahathir yang sebelum ini bersama-sama meyerang kepimpinan Najib secara terbuka, Tan Sri Zainuddin Maidin, tiba-tiba mengumumkan "bersara" daripada menulis politik di blognya "Zamkata" minggu ini.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas menteri Belanda syor pindah Yahudi ke Amerika

Posted: 24 Jan 2015 09:07 PM PST


Kewujudan Zionis-Israel di tanah Palestin merupakan suatu kesalahan sejarah yang fatal. Itu diungkap oleh mantan Menteri Ekonomi Belanda, Herman Heinsbroek, 64.
Dia mencadangkan agar seluruh Zionis-Yahudi yang sekarang berada di Tanah Palestin akan dikeluarkan dan dipindahkan ke Amerika Syarikat, dipetik Eramuslim.com.
"Satu kesilapan besar dalam sejarah ialah memberikan peluang kepada orang-orang Yahudi mendirikan negara di kawasan majoriti Muslim. Anda lihat sendiri, sejak saat itu (penubuhan Israel), perang kian menjadi dan sikap anti-Yahudi pun kian meningkat," demikian kenyataan Herman Heinsbroek dalam wawancara dengan Quote seperti dikutip JTA (22/1).
"Nah, inilah idea saya: hapus Israel dari Timur Tengah, berikan orang-orang Yahudi itu negara mereka sendiri di suatu kawasan di Amerika Syarikat dan masa selama 25 tahun bagi mereka untuk berpindah ke sana," tambah Herman Heinsbroek.
Herman Heinsbroek dengan penuh keyakinan menyimpulkan apabila gagasannya itu diterapkan, keamanan dunia akan lebih mudah tercipta.
Selain menjadi Menteri Ekonomi, Herman Heinsbroek juga pernah berkhidmat sebagai diplomat pada Kementerian Luar Negeri Belanda. Heinsbroek saat itu diutus ke Istanbul, Turki.

Polis Mesir tangkap anak lelaki pemimpin Ikhwan

Posted: 24 Jan 2015 09:07 PM PST


POLIS Mesir menangkap anak lelaki pemimpin Ikhwan Muslimin pada Jumaat lalu, lapor Anadolu Agency.
Keluarga Muhammad al-Beltagi yang menjabat sebagai ketua pejabat parti Ikhwan Muslimin di ibu negara Mesir Kaherah, berkata dalam satu kenyataan Sabtu kelmarin (24/1/2015) bahawa anaknya, Khalid telah ditangkap oleh polis.
Memetik laporan Islampos, pihak keluarga menambah bahawa polis menyerbu rumah al-Beltagi di Kaherah pada hari Jumaat lalu dan menangkap Khalid yang masih berusia 16 tahun.
"Ini adalah tindakan balas dendam terhadap ahli keluarga yang lain," kata pihak keluarga dalam satu kenyataan.
Al-Beltagi sendiri telah berada di penjara selama lebih dari satu tahun. Dirinya menghadapi tuduhan menghasut tindakan kekerasan. Putra sulungnya, Anas juga berada di penjara.
Putri Al-Beltagi, Asmaa gugur padaa bulan Ogos 2013 ketika polis Mesir menyuraikan kem protes menyokong bekas Presiden Muhammad Mursi di Kaherah timur.
Sementara itu, sumber mahkamah berkata bahawa Khalid menghadapi beberapa tuduhan, termasuk menghasut rusuhan, kecurian dan bergabung dengan organisasi pengganas.

Apabila Hadi makan semeja dengan presiden PasMa..!!

Posted: 24 Jan 2015 08:38 PM PST

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang makan semeja dengan Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi di Kuala Kedah dalam majlis Jamuan Rakyat hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 24 Januari, 2015.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang makan semeja dengan Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi di Kuala Kedah dalam majlis Jamuan Rakyat hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 24 Januari, 2015.
Pertemuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi dalam majlis jamuan rakyat di Kuala Kedah hari ini mengejutkan pelbagai pihak.
Ini kerana PAS sebelum ini membuat keputusan, semua pimpinan parti itu tidak boleh menyertai sebarang majlis anjuran PasMa.
Namun Phahrolrazi berharap pertemuan hari ini memberi satu harapan baik agar kedua-dua pihak dapat berbaik selepas ini.
"PasMa tidak ada sebarang perasaan permusuhan terhadap PAS kerana kita NGO yang menyokong Pakatan Rakyat," kata Phahrolrazi kepada The Malaysian Insider.

Hadi bersama anggota Dewan Harian PAS, termasuk Naib Presiden Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah ke Kuala Kedah hari ini.
Mereka menyertai Majlis Jamuan Rakyat di mana PAS Kawasan Kuala Kedah yang dipimpin Phahrolrazi merupakan tuan rumahnya sempena lawatan mereka ke Kedah hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Nine years on, Altantuya still haunts Malaysia

Posted: 24 Jan 2015 07:58 PM PST

The Altantuya murder takes on a new twist as one of her murderers flees the country to Australia while our leaders watch on, defenceless and silent.

J D Lovrenciear
Altantuya_kes_300The Altantuya murder episode is truly disgracing Malaysia's honour in the eyes of the global community. How long more must patriotic Malaysians endure this unending spinning of this brutal, heinous killing?
With the convenient escape of one of her murderers, VVIP bodyguard Sirul Azhar Umar, to Australia, Malaysia's reputation now stinks even more.
Yet the Cabinet seems to maintain a deafening silence. Or is it a tale of the three monkeys – see no evil, speak no evil and hear no evil? Not even Tun Dr Mahathir, who is gung-ho in rescuing Malaysia from poor leadership, has voiced concern for the country's reputation in this matter.
The crime, not a mafia-related killing, had a long nine-year Court battle, that the world covered sensationally in its news rounds. There has been whispers of the murder being linked to those who walk the corridors of power and yet we are unable to put the case to rest in a manner that the world can respect.
Politicians aside, NGOs who claim to be vigilant vanguards of the sanctity of religion should be asked, "Why are you all so silent in this matter?"
Malaysians, let us come to terms with some fundamentals. This is not just a murder case. It has far reaching implications on our national pride as well.
We talk so much about corruption. We want justice for victims of custodial death. We do not hesitate to charge citizens and leaders for fabricated sex-sins. We even go ballistic when young girls get hugged in public.
We scream our lungs out for honour, dignity, pride, sanctity. We swing into action, immediately hauling up citizens for alleged treason and sedition.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar, Daim, SPRM dan Khazanah

Posted: 24 Jan 2015 07:53 PM PST

Anwar, Daim, SPRM dan Khazanah
APABILA Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Daim Zainuddin menjadi berita panas, maka ia amat menggiurkan. Suatu ketika dulu, mereka berkawan rapat, sekurang-kurangnya dalam politik. Kemenangan pasukan A ke atas B dalam Persidangan Agung Umno tahun 1987 melonjakkan karier Mahathir dan menggelongsorkan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam.
Pada satu masa, kemenangan itu menerawangkan Anwar dan Daim seperti rumah api di muka kuala yang gelap.
Daim kekal sebagai menteri kewangan. Aset politik Anwar bertambah nilai yang amat tinggi. Apabila Daim berhenti, jawatan menteri kewangan diberikan kepada Anwar. "Saya sengaja berikan kepada Anwar," Daim dikatakan berkata. "Ada orang lain yang sangat berminat."
Daim berada dalam keadaan yang boleh membuatkannya berkata begitu. Beliau ialah orang kepercayaan PM Mahathir, memain peranan penting dalam kemenangan itu. Ketika itu saya bersama-sama mereka menjadi Ahli Parlimen. Cakap-cakap spontan dan informal banyak mengemukakan maklumat yang bererti, seperti perihal kewajaran pemilihan Anwar sebagai pengganti Daim.
Begitulah budaya dalam koridor politik. Namun lumrah politik boleh memungkinkan strange bedfellows, kata ungkapan Inggeris, yang bererti orang-orang yang tidak sebulu boleh tidur berkongsi katil.
Mengapa boleh jadi begitu dapat dihayati daripada kata-kata seorang pemimpin kolonial British beberapa dekad dulu, berbunyi: Kita tidak mempunyai musuh yang kekal. Apa yang kekal, kepentingan bersama."
Itulah ibarat Anwar dan Daim ketika itu. Mereka seperahu, dan secara logiknya sekepentingan. Tamsil ini boleh bandingkan dengan suami isteri yang berpisah. Pahit sekali! Apabila ia menjadi pengetahuan umum, terdedahlah hal-hal sulit yang diumpamakan seperti mencuci kain kotor di khalayak ramai atau buka pekung di dada.
Read More / Baca Lagi >>

"JANGAN BOROS SANGAT BERBELANJA, wang yang lebih kita simpan"

Posted: 24 Jan 2015 04:31 PM PST

Rakyat semua harus mencontohi sifat "dia" simpan duit dari kecil lagi sehinggakan boleh berbelanja jaket bulu mewah Chinchilla, beg tangan mewah Hermes Diamond Birkin etc...

Harga 'original' $98,000.00 = RM352,000..
ADAKAH standard "dia" nak beli harga bukan 'original' ???

Jangan nak dengki..
Jangan nak jeles..
Tak lama lagi rakyat kena perah bayar cukai GST kononnya dapat mempertingkatkan sumber pendapatan negara..

INFO: Jeket Chinchilla diperbuat drpd satu2nya bulu yg paling lembut di dunia di mana 30 kali ganda lembutnya drpd bulu rambut kepala kita..

Kes Daim: 'Saya sudah sedia' - Anwar

Posted: 24 Jan 2015 04:25 PM PST

IPOH - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Menurut Anwar, beliau telah dimaklumkan tentang perkara itu oleh SPRM dan pihaknya akan berjumpa agensi terbabit secepat mungkin.

"SPRM sudah maklumkan tentang perkara ini dan saya sedang mencari waktu yang sesuai untuk berjumpa mereka.

Rotan anak jadi kesalahan besar....

Posted: 24 Jan 2015 04:19 PM PST

Merotan anak berkemungkinan menjadi kesalahan dalam akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun depan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (gambar kecil) berkata, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan memandangkan negara ini telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Merotan anak merupakan sebahagian budaya masyarakat kita. Namun, kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.
"Kita juga mengambil iktibar daripada rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu," katanya selepas menghadiri program Santai Kopi O anjuran Komuniti Pertubuhan Wanita 1 Malaysia (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Munirah Abdullah Bajanuddin dan Pengerusi Penyelaras Perwani Shah Alam, Radziah Ahmad.
Konvensyen mengenai CRC telah diterima dengan rasminya oleh PBB pada 20 November 1989 secara konsensus.

Four tops in a danse macabre?

Posted: 24 Jan 2015 04:16 PM PST

Anwar and PKR have long been keen to throw a log on this bonfire and no one is now barring their way.

daim anwar najib2It is hardly surprising that Anwar Ibrahim has been willing to step up to bowl, if MACC is willing to bat, over allegations concerning Daim Zainuddin. There is no love lost between the two former Finance Ministers; Anwar campaigned in 2008 to recoup the purported billions swiped from the country's coffers under the financial stewardship of Daim.
Can there now be a nexus between Najib Razak and Anwar all of a sudden, just because Najib's former aide Ariff Sabri says so?
People should bear in mind that Daim and Ariff have been acquainted for a long time, and Ariff Sabri became well-known for his insider tales and political punditry through the "Oracle of Syed Putra", a name he coined for Daim's alter ego or go-between, who regularly fed choice morsels of gossip and prophecies as ammunition for Ariff's Sakmongkol AK47 blog.
Certainly he would lend a hand to a friend in need, what are friends for, after all: without Daim, Sakmongkol's AK47 might have been firing blanks.
Anwar, being Anwar, has little to lose: every day that he remains out of prison is another day in paradise, another day to dish it back to those who cast him out into the wilderness.
It is not impossible that desperate men might resort to desperate measures but it might be too much in the way of conjecture to trace a line between Anwar and the Prime Minister. A more likely scenario would be that Anwar and PKR have long been keen to throw a log on this bonfire and no one is now barring their way. Neither is anyone offering Anwar any matches: Anwar comes with a box of his own.
What is curious is not that Anwar is willing to tell what he knows but that MACC is even showing an interest in a bigwig like Daim.
Read More / Baca Lagi >>

THE ALTANTUYA OPTION: Can Najib outsmart Mahathir? Will Mahathir put up or shut up!

Posted: 24 Jan 2015 04:15 PM PST


The efforts within Umno to remove Datuk Seri Najib Razak started almost immediately after he took power from Tun Abdullah Badawi. But the saboteurs cleverly hid their hands until the 13th general election or GE-13. Indeed, the bids to oust him were so numerous and large-scale that the anti-Najib factions in Umno were quite confident that he would be forced to quit his post.
Some people say the anti-Najib team loosely comprises of Tun Dr .Mahathir Mohamad, Datuk Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi and several others including some Umno leaders from Sabah. There are also other politicians, influential individuals, NGOs and bloggers who contributed to the efforts.
Unfortunately for them, the whole effort fizzled out when Najib was able to persuade most of them to support him and of course with certain promises. It has been Najib's strategy to lure his enemies into his camp, unlike Dr. Mahathir who would not have second thoughts to clamp down on or sack his enemies.
Until recently, the anti-Najib camp have time and again been frustrated with their failures, such that Najib is now more confident of himself. Despite having scandals of his own and scandals of his cabinet ministers and top supporters, Najib has been able to outsmart even the wily Dr. Mahathir many times.
The testimony to his achievement is his wife Rosmah Mansor. Rosmah has not changed a bit in her lifestyle, activities and her self-elect role as the FLOM. Najib has never been so accommodative to her demands and antics as in the recent 9M-NAA government plane related holidaying.
Thus the question should actually be asked the other way around,, "Can Mahathir outsmart Najib?"
Najib, more cunning than Dr M expected

Dr M and PM Najib
Initially the mudslinging that has been going on between the anti-Najib Umno and pro-Najib Umno seems to have gained momentum; it could be the final onslaught, now or never thing. Now it has become a tit for tat thing at the verge of being ridiculous and the furor has somewhat waned off.
What has been going on now is quite predictable and such that some people even suggested several names to replace Najib. However, are the mudslingings for real or just empty threats?
Is Dr. Mahathir really serious in wanting to replace Najib? Won't the risk be too high that the present 'war' could also destroy Umno?
Don't ever take Dr M for granted
Read More / Baca Lagi >>

Pembentangan akta kanak-kanak baharu selewat-lewatnya Jun

Posted: 24 Jan 2015 04:09 PM PST

SHAH ALAM: Akta baharu yang akan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata draf akta baharu itu yang memberi lebih penekanan terhadap kecuaian ibu bapa dalam penjagaan anak-anak, kini sedang diperhalusi Jabatan Peguam Negara selepas pihaknya membuat beberapa pindaan.

"Pada tahun lepas, kita menghantar draf pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 kepada Peguam Negara namun dikembalikan untuk diperhalusi dan kini draf itu diserah semula kepada Peguam Negara dan sedang diteliti dari segi perundangan, perkataan serta istilah digunakan.

"Kita jangka pada Jun, bentang di Parlimen tetapi kami cuba untuk awalkanmemandangkan akta lama telah tidak lagi terpakai.

"Memandangkan pindaan yang dibuat (terhadap akta sedia ada) lebih 70 peratus, kita yakin Peguam Negara akan bersetuju ia jadi satu akta baharu yang mungkin dikenali Akta Kanak-Kanak 2015," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis 'Santai Kopi O' bersama Rakan FB Komuniti Pertubuhan Wanita (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam, di sini pada hari Sabtu.

Mengulas lanjut, Rohani berkata akta baharu itu akan melibatkan penambahbaikan beberapa aspek antaranya tempoh hukuman penjara dan jumlah denda yang lebih setimpal dengan kesalahan membabitkan penderaan dan pengabaian anak-anak.
Read More / Baca Lagi >>

Kesihatan Tuan Guru Nik Aziz baik, lebih selesa untuk rehat

Posted: 24 Jan 2015 07:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Kesihatan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini baik, lebih selesa untuk rehat berbanding semalam.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, pihak doktor meminta supaya dikurangkan jumlah lawatan untuk memberi keselesaan kepada ayahandanya.
Tambah beliau, saluran pernafasan masih tidak boleh dipisahkan ayahandanya masih lemah tanpanya.
"Harapan kami keluarga, semua pihak tidak berkecil hati jika tidak mendapat 'keistimewaan'. Sihat nanti, anda semua adalah VIP kami insya Allah.
"Terima kasih dan mari berdoa untuk ayahanda kami dan anda juga," tulisnya menerusi facebook malam ini.

Macam biasa jer tengok....siapa ler mampu pakai gamaknya....!!!

Posted: 24 Jan 2015 06:43 AM PST


Najib gagal sebagai Perdana Menteri - Ariff Sabri

Posted: 24 Jan 2015 05:26 AM PST

Pentadbiran Najib sebagai Menteri Kewangan juga didakwa menyebabkan hutang rasmi menecah tahap 80 peratus KKNK.
PETALING JAYA: "Najib gagal sebagai PM," dakwa Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz dalam serangan terbarunya ke atas Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan mengaitkan prestasi Perdana Menteri itu dengan kedudukan ekonomi dan kewangan negara.
najib ariff2Menurutnya, Najib gagal sebagai pemimpin negara yang mempunyai kepimpinan, hala tuju dan pengisian makna dan menyoal Malaysia ingin menjadi sebuah "negara koro atau berjaya?"
Beliau berkata, jika ada sesiapa pihak mengatakan bahawa Najib meruakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan terbaik, secara sinis cadangnya, pihak terbabit wajar membuat pemeriksaan doktor.
Mohd Ariff Sabri yang terkenal sebagai blogger sakmongkol.blogspot.com juga mendakwa Mohd Najib gagal secara mutlak sebagai Menteri Kewangan atas beberapa alasan.
Dalam entri terbaru blognya yang berjudul Menilai Najib, beliau menyatakan, kegagalan utama Menteri Kewangan itu ialah hutang sektor awam meliputi hutang rasmi dan tidak rasmi kerajaan, tanggungan melalui surat sokongan, pendanaan tidak bertulis yang didakwa mencecah paras 75 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK).
Read More / Baca Lagi >>

KUMPULAN SYARIKAT “SRC INTERNATIONAL” DITUBUHKAN SEBAGAI ANAK SYARIKAT 1MDB

Posted: 24 Jan 2015 03:55 AM PST


Najib Razak kata 1MDB hanya pakai RM1 juta duit kerajaan. 1MDB pula kata SRC yang ambil RM4 bilion duit pencen tiada kena mengena dengan 1MDB. Sedangkan semua orang dibelakang SRC adalah orang 1MDB. Hutang 1MDB dijamin pula kerajaan, akhirnya rakyat jadi pembayar. Jawablah nanti di hari kemudian apabila ditanya.

Jimat Wang Rakyat: Perjalanan luar negara, Permata patut dikurangkan

Posted: 24 Jan 2015 03:11 AM PST

SHAH ALAM, 24 JAN: Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak terus berbelanja boros walaupun sudah berkali diingatkan lebih berjimat cermat dalam membelanjakan dana kerajaan.
rosmah-permata-2Keadaan itu bertambah buruk apabila keadaan ekonomi pada 2015 dijangka lembab ekoran kejatuhan nilai mata wang ringgit dan harga minyak.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berkata, Permata yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan perjalanan ke luar negara adalah antara beberapa isu yang sudah banyak kali disentuh Ahli Parlimen.
"Dah letih kami tegur. Sepatutnya perbelanjaan JPM, Permata dan perjalanan ke luar negara perlu dikurangkan tetapi nampaknya tak ada kesan, masih berbelanja besar walaupun ekonomi lembab.
"Saya harap rombakan belanjawan yang disebut Perdana Menteri akan kaji tiga isu yang saya sebutkan tadi," katanya ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.
Beliau berkata, tambah mengecewakan kerajaan sebaliknya mengambil pendekatan menekan rakyat dengan mengenakan cukai termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatam (GST) bagi menampung pembaziran mereka.
"Mereka wajar lebih bertanggungjawab, jangan hanya mengalihkan beban akibat kelemahan kerajaan kepada rakyat," katanya.

Tertangkap menipu, kredibiliti Zahid Hamidi hancur dalam seminggu

Posted: 24 Jan 2015 02:55 AM PST

GELANG PATAH, 24 JAN: Dakwaan Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa amalan mengutus surat kepada FBI dilakukan Menteri Dalam Negeri dinafikan Tan Sri Syed Hamid Albar dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata, kini tinggal tiga lagi mantan menteri yang belum bersuara bagi menyatakan sikap terhadap dakwaan Zahid Hamidi.
"Mereka harus bersuara sebagai seorang negarawan bagi menjernihkan keadaan.
"Jangan bersikap seperti pelarian dari keadilan untuk mencari perlindungan dari kebenaran, jika mereka sudah melakukan perkara yang merugikan negara," tegas Kit Siang.
Ketiga trio tersebut ialah Datuk Seri Mohd Radzi Syeikh Ahmad, Datuk Azmi Khalid dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Justeru itu, Kit Siang menggesa kesemua Menteri Dalam Negeri sejak dari 15 tahun lalu agar rekod mereka dapat dibersihkan, bukan hanya demi kepentingan negara, malahan membersihkan nama mereka yang tercemar sebagai menteri.
"Nampaknya, Zahid membuat dakwaan untuk mengatakan bahawa dia tak buat apa-apa yang salah ketika mengutus 'surat penjelasan' mengenai raja judi 14K Paul Phua kepada FBI.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan perlu segera tamatkan era Umno-BN

Posted: 24 Jan 2015 02:52 AM PST

Pentadbiran Najib berdepan dengan pelbagai isu kontroversi sejak bergerak dari garis mula pada 2009, selepas pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa Umno-BN melalui pilihan raya umum dengan prestasi paling buruk dalam sejarah terkini.
Pada masa ini, isu lama dan baharu muncul menghambat Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak, daripada kontroversi pengurusan 1MDB hingga kepada persoalan-persoalan berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Najib banyak menghadapi nasib tidak baik kebelakangan ini, termasuk perkara-perkara yang melibatkan imej di pentas politik, seperti didedahkan bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semasa beberapa buah negeri di Malaysia dilanda banjir yang dahsyat. Kemudian, didedahkan pula pesawat rasmi dinaiki Najib meneruskan satu perjalanan yang jauh di beberapa bandar di AS dan akhirnya ke Bangkok sebelum kembali ke Kuala Lumpur.
Semasa banjir buruk melanda negara, kerajaan dan pihak-pihak berwajib kelihatan dikejutkan dengan skala bencana yang dihadapi, hingga sekali lagi mengundang kritikan terhadap Najib, selepas dipersoalkan kepimpinan dan keprihatinannya kerana bermain golf semasa rakyat berdepan banjir.
Banjir buruk yang akan memerlukan kos pemulihan yang amat besar diiringi dengan kejatuhan harga minyak daripada lebih AS$100 setong kepada sekitar AS$40 setong akan segera menguji seluruh pentadbiran Najib.
Dalam menuju ke Pilihan Raya Umum ke-14, Najib berdepan tekanan yang kuat disebabkan perkembangan yang tidak menyebelahinya ini, selepas pilihan raya umum yang lalu menunjukkan peluang Umno-BN untuk pulih terlalu sukar.
Sepanjang 2014, memang kelihatan nasib tidak menyebelahi Najib apabila negara menghadapi insiden buruk bertimpa-timpa, terutama insiden antarabangsa yang berprofil tinggi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dan kemudian pesawat MH17 ditembak jatuh di ruang udara Ukraine.
Read More / Baca Lagi >>

Berjuanglah untuk rakyat, jangan untuk kroni....

Posted: 24 Jan 2015 02:51 AM PST

Oleh Sir Wenger
Saya sayang kepada Datuk Seri Najib Razak, tetapi beliau tidak sayang dengan saya. Kalaulah saya merasa kecil hati atau "stress", saya akan menonton kembali ucapan beliau semasa perasmian Pehimpunan Agung Umno yang terpapar dalam YouTube kerana gelagatnya menjinakkan para perwakilan Umno dengan laungan "So-li-da-ri-ti" amat melucukan.
Tetapi persoalan mengenai pentadbiran dana 1MDB bukannya jenaka. Meskipun beliau menyuruh rakyat supaya tidak mengendahkan pertukaran CEO yang berlaku dengan kerapnya dan angka-angka yang disebut Tony Pua dan Rafizi Ramli, hakikatnya persoalan mengenai dana tersebut masih tidak dijawab dengan baik dan sempurna oleh mana-mana pihak. Lebih lagi, kini negara mendapat persepsi buruk oleh para penganalisis antarabangsa di mana mereka turut melahirkan rasa kurang senang dan risau atas keteguhan ekonomi negara disebabkan pinjaman berbilion kepada dana 1Malaysia Develompment Berhad (1MDB), dengan lebih RM15 bilion dijamin secara langsung dan tidak langsung oleh kerajaan.
Persoalan yang membenak di dalam hati rakyat ialah sama ada dana tersebut disalah gunakan kroni untuk memperkayakan diri masing-masing sementara rakyat terpaksa hidup sehelai sepinggang. Persoalan itu timbul disebabkan pelaburan yang dibuat dalam syarikat Petrosaudi yang tidak dikenali mana-mana pihak, fi dan komisen tinggi dibayar kepada "banker", peranan orang tengah mengaut keuntungan dengan menjual kembali bon diterbitkan 1MDB, pelaburan dibuat di luar persisiran pantai dan tidak diketahui sama ada pelaburan tersebut dapat ditebus kembali ataupun luput sama sekali, pinjaman RM2 bilion yang tidak dapat dijelaskan kepada bank tempatan dan akhir sekali, pelaburan duit rakyat dalam bekas anak syarikat 1MDB iaitu SRC International untuk membeli lombong arang di Mongolia.
Read More / Baca Lagi >>

Rita Rudaini tidak terlibat konspirasi jatuhkan Najib, kata Zam secara sinis

Posted: 24 Jan 2015 12:52 AM PST

Tan Sri Zainuddin Maidin dengan sinis berkata pelakon Rita Rudaini yang menjalani penggambaran di Zam Newsroom Cafe miliknya di Putrajaya tidak terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Bekas menteri penerangan itu berkata, teori konspirasi seumpama itu pernah timbul apabila beliau minum pagi bersama Tun Daim Zainuddin, Datuk A Kadir Jasin dan beberapa blogger lain di satu restoran di Damansara baru-baru ini.
"Tentunya kehadiran pelakon jelita Rita Rudaini bersama beberapa pelakon lagi di Zam Newsroom Cafe Putrajaya baru-baru ini bukanlah untuk berkonspirasi bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib," kata Zainuddin secara sinis di blognya Zamkata hari ini.
"Rita dan lain-lain boleh dianggap bersih daripada teori konspirasi ini kerana mereka tidak minum petang atau makan bersama saya sebaliknya hanya membuat penggambaran telemovie Qiam."
Zainuddin pada Selasa membuat keputusan berhenti daripada penulisan politik kerana kecewa dituduh berkonspirasi mahu menjatuhkan Najib.
Beliau kecewa kerana sering kali dianggap mempunyai "sandaran" meskipun bergerak secara bersendirian.
"Setelah menimbang dari semua aspek, kepentingan, kedamaian dan ketenteraman jiwa daripada ugutan, tekanan dan pencemaran nama pada hari tua, maka saya mengambil keputusan untuk berhenti daripada penulisan politik semasa yang menjadi pengisian utama blog zamkata sejak dilancarkan pada 8 Ogos 2012.
"Maka teguran tidak lagi dianggap sebagai sokongan," tulisnya kecewa.
Zainuddin berkata, disebabkan perbezaan pendapat, kepercayaan dan setia kawannya kepada kepimpinan politik yang bersandarkan sejarah dan kejayaan tercemar.
"Saya amat tersinggung apabila kekuatan saya sendiri dianggap sebagai bergantung pada orang lain. Ini bukanlah kejatian dan keperibadian diri saya berdekad dalam dunia kewartawanan," katanya.
Blog zamkata miliknya dilancarkan pada 8 Ogos 2012 kini mempunyai lebih 1.5 juta pelawat, katanya.

"Sepanjang lebih 50 tahun dalam bidang kewartawanan, saya tidak pernah menjadi penulis upahan," kata Zam.
Read More / Baca Lagi >>

Najib kepanasan diserang blogger

Posted: 24 Jan 2015 12:49 AM PST

Perdana Menteri tidak dapat menerima kritikan, sebaliknya melancarkan serangan ke atas blogger dan pegamal media yang tidak sehaluan.
najib_air asia_300PETALING JAYA: Serangan dan kritikan keras yang bertali arus terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak termasuk membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin telah memberi kesan ke atas blogger dan pengamal media sosial yang tidak memihak kepada Perdana Menteri itu.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin mendakwa, pengamal media yang menjadi pendokong Najib mendapat ganjaran lumayan malah ada yang diberikan pakej percutian ke luar negara.
Bagaimanapun ujarnya, kalangan blogger dan pengamal media sosial yang mengkritik Presiden UMNO itu ditekan dan akan menderita.
"Bagi yang menjadi pengkritik dan penegur Najib pula, ada yang terus menjalankan tugas mereka tanpa seramai yang sedang 'menderita' kerana telah digodam akaun mereka. Pengamal media sosial pro-Najib tidak pula kedengaran mengalami masalah yang sama.
"Beberapa pemilik akaun Facebook yang tegar mengkritik Najib dan dilihat menjadi penyokong Mahathir dan Daim seperti Blue Ocean misalnya, paling teruk diserang dan akaun Facebooknya yang tiba-tiba hilang begitu saja," jelasnya dalam entri terbaru blog beliau, shahbudindotcom.blogspot.com.
Jelas Shahbudin, perkara yang menjadi persoalan pada masa ini ialah pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan yang dilihat sebagai cubaan mematikan dan menyekat suara pengkritik daripada menyampaikan maklumat kepada rakyat. .
Read More / Baca Lagi >>

GST: Kita akan daftar secara paksa kata Timb Menteri Umno

Posted: 24 Jan 2015 12:48 AM PST

Mereka perlu tahu bahawa nama syarikat dan maklumat lain ada di Lembaga Hasil Dalam Negeri.
ahmad-maslanKUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memberitahu, sebanyak 50,000 syarikat masih berdegil untuk mendaftar di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) berdasarkan semakan di pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan memaksa syarikat berkenaan untuk mendaftar dan mengenakan kompaun minimum RM2,000 berikutan tarikh akhir pendaftaran wajib telah berakhir pada 31 Disember lepas.
"Sekiranya masih enggan daftar, kita akan daftar (secara paksa) dan kompaun mereka sehingga maksimum RM15,000.
"Mereka perlu tahu bahawa nama syarikat dan maklumat lain ada di Lembaga Hasil Dalam Negeri," jelasnya, lapor Bernama.
Bercakap dalam program 'Ruang Bicara' bertajuk 'Melindungi Ekonomi Negara' di Bernama TV, di sini malam tadi, Ahmad menyifatkan secara keseluruhannya, sambutan syarikat-syarikat terhadap CBP sebagai amat menakjubkan.
Malaysia akan melaksanakan GST mulai 1 April pada kadar enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan pada masa kini.
Kerajaan pada awalnya hanya menjangkakan 150,000 syarikat berdaftar untuk CBP, tetapi bilangannya kini meningkat lebih 305,000 syarikat.

SENGAJA cipta isu & cari punca utk berbalah sesama Islam, ITULAH CIRI2 ameno !!!

Posted: 23 Jan 2015 11:37 PM PST

Pihak Masjid At-Taqwa Taman Brown Taman Tun Sardon menafikan kandungan surat berkenaan kerana tidak ada sebarang aduan daripada mana-mana komuniti bukan Islam tentang laungan azan. Laungan azan di masjid ini sejak dulu hingga sekarang berkumandang seperti biasa.

Oleh yang demikian diharap kenyataan ini dapat merungkai kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencari publisiti tanpa mendapat atau merujuk kepada sumber yang sahih. - Masjid At-Taqwa Taman Brown Taman Tun Sardon

Orang Asli claim logging destroying villages, causing landslides

Posted: 23 Jan 2015 09:50 PM PST