KUALA LUMPUR, 23 Januari:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memaklumkan, pencarum yang rumah mereka terjejas akibat banjir baru-baru ini, boleh mengeluarkan simpanan daripada tabungan Akaun 2.
KWSP dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat memaklumkan, pencarum mempunyai pilihan untuk membuat pengeluaran perumahan, berdasarkan prosedur semasa KWSP.
"Pengeluaran tersebut dibenarkan, sekiranya rumah pertama telah dijual atau berlaku pelupusan pemilikan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu selanjutnya menjelaskan, takrif pelupusan pemilikan bermaksud hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki, melalui pengeluaran KWSP sebelum ini, atas beberapa sebab, termasuk rumah musnah akibat bencana alam, kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.