Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Maaf Pak Kadiaq ... takkan Najib tak sedar harga minyak dunia dan ringgit jatuh noo?

Posted: 20 Jan 2015 05:36 PM PST


Perutusan khas Dato Najib sebenarnya telah menjawab antara 18 soalan-soalan yang ditimbulkan oleh Dato Abdul Kadir Jasin di SINI.

Tak akan Dato Najib tak ambilkira kejatuhan harga minyak dan ringgit di pasaran dunia. Dan tak kan pasaran dunia jatuh salah kerajaan?


BUTIRAN PENTING
PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI


Bagi minyak mentah, kita adalah pengeksport bersih dengan nilai lebihan eksport sebanyak RM7.7 bilion untuk tempoh Januari-November 2014.

Manakala bagi produk petroleum, kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak RM8.9 biliont untuk tempoh yang sama.


Turun-naik nilai matawang asasnya berdasarkan pengaruh ekonomi global & Ringgit bukanlah satu-satunya yg menyusut berbanding dolar Amerika

Manakala bagi produk petroleum, kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak RM8.9 biliont untuk tempoh yang sama.

Menyentuh tentang Imbangan Akaun Semasa negara pula, perlu diketahui bahawa ia berkait langsung dengan imbangan perdagangan import & eksport

Justeru dengan gabungan kedua-dua ini, kita sebenarnya adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak RM1.2 bilion


Maka wujud tanggapan bila harga minyak merudum baru2 ini, pendapatan eksport keseluruhan akan merosot & mengakibatkan defisit akaun semasa

Oleh itu tanggapan/persepsi umum selama ini bahawa Malaysia adalah pengeluar minyak yang surplus atau berlebihan, adalah tidak tepat

Jika dicampur eksport serta import minyak mentah & ditolak produk petroleum, Malaysia sebenarnya ialah negara pengimport bersih petroleum.

Namun perkiraan ini tidak termasuk Gas Cecair Asli atau LNG, di mana Malaysia masih merupakan negara pengeksport bersih

Situasi kita masih utuh, berikutan kejayaan kita selama ini mempelbagaikan ekonomi negara sehingga dapat menampung kejatuhan harga minyak

Kesan kejatuhan harga minyak dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan barangan pembuatan, yang terdiri drpd 76% jumlah eksport.

Kesan kejatuhan harga minyak dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan barangan pembuatan, yang terdiri drpd 76% jumlah eksport.

Eksport minyak mentah hanyalah mewakili 4.5% daripada jumlah eksport.


Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun ini pada anggaran 5.1% daripada Pendapatan Negara Kasar.

Antara strategi2 bagi memastikan ekonomi negara berada pada landasan kukuh & mampu mencapai pertumbuhan KDNK antara 4.5% - 5.5% tahun ini:

(1) Memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang, inklusif dan mampan;

(2) Meneruskan 'fiscal reform and consolidation'; serta

(3) Menyediakan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir.


Rancakkan eksport

Bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa tindakan berikut akan diambil:

(1) Mempromosi secara aktif 'import-substitution' demi kurangkan kebergantungan kepada sumber luar bagi perolehan barangan & perkhidmatan;

(2.1) Segera membantu pengeksport terutamanya PKS untuk mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu di bawah program jaringan antarabangsa menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri;

(2.2) Mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat;

(2.3) Memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk PKS;

dan (2.4) memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport  serta program promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara.

(3) Mempercepatkan pelaksanaan Logistik dan Fasilitasi Dagangan dengan menambah baik last mile connectivity ke Pelabuhan Klang, menaik taraf terminal keretapi Padang Besar, tambah baik kecekapan proses import & eksport, serta tubuh sistem jaringan perhubungan udara.

(4) Mempergiatkan keseluruhan industri pelancongan negara;

(5) Mengambil langkah2 mengkaji semula kadar levi yang dikenakan ke atas pekerja-pekerja asing; dan

(6) Visa diberi secara percuma kepada para pelancong, antaranya dari negara China

Tingkat peranan swasta

Bagi meningkatkan penggunaan swasta pula, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

(1) Memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan kelas G1 (kelas F), G2 (kelas E) & G3 (kelas D) yang berdaftar dengan CIDB untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan masing-masing yang terjejas akibat banjir

(2) Mempergiatkan promosi pembelian barangan buatan Malaysia;

(3) Meningkatkan kekerapan & memanjangkan tempoh operasi jualan mega di seluruh negara;

(4) Mempergiatkan promosi pelancongan domestik dengan menawarkan tambang penerbangan yang kompetitif; dan

(5) Menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN

Galak pelaburan dari swasta

Seterusnya dalam usaha merancakkan pelaburan swasta di Malaysia, Kerajaan akan:

(1) Tubuh Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah RM5 bilion kepada PKS dalam Sektor Perkhidmatan dengan pembiayaan maksimum RM5 juta dan jaminan Kerajaan sebanyak 70 peratus;

(2) Menggalakkan GLC dan GLIC melabur dalam negara;

(3) Mengurangkan kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik pada tahun 2015 dan penangguhan cadangan kenaikan harga gas untuk sektor industri pada tahun 2015;

(4) Memperuntuk 30% perbelanjaan tahunan agensi Kerajaan & GLC untuk perolehan bekalan & perkhidmatan, kepada PKS tempatan bertaraf pembuat;

(5) Mempergiatkan penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan.

Reform polisi fiskal

Dalam meneruskan 'fiscal reform & consolidation', antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil Kerajaan adalah:

(1) Meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan @kastamhq bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST.  Ini akan menyumbang kepada tambahan kutipan GST sebanyak RM1 bilion. Sehingga pertengahan Januari 2015 lebih 304,000 syarikat telah daftar;

(2) Meningkatkan kutipan dividen drpd GLC & GLIC serta badan2 Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak RM400 juta;

Kurangkan belanja kerajaan

Bagi langkah  merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:

(1) Optimumkan perbelanjaan ke atas bekalan, perkhidmatan, penganjuran majlis, perkhidmatan profesional yang boleh menjimatkan RM1.6 bilion;

(2) Tangguh Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015 dengan penjimatan RM400 juta, bagi membolehkan program dikaji semula & ditambah baik;

(3) Mengkaji semula pemberian & geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan konsisten & rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka beri penjimatan sebanyak RM3.2 bilion;

(4) Menjadual semula pembelian aset tidak kritikal seperti peralatan pejabat, perisian & kenderaan yang mampu memberi penjimatan RM300 juta

(5) Menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN

Penurunan harga minyak


Harga minyak mentah global 6 bulan kebelakangan ini menjunam lebih 50%. Salah satu sebab ialah lebihan bekalan & permintaan global yg lemah.

Negara2 OPEC pula enggan mengurangkan pengeluaran mereka bagi mengekalkan penguasaan pasaran.

Keadaan lebih buruk dengan pertambahan bekalan daripada kalangan negara2 bukan OPEC (Organisation of the Petroleum Exporting Countries).

Trend ini juga disebabkan pengeluaran gas & minyak shale yang meningkat ketara di Amerika, berikutan kemajuan teknologi pengeluaran minyak.

Namun pada harga US$55 setong yang diunjurkan sekarang, Kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak RM13.8 bilion.

Persekitaran/percaturan ekonomi dunia telah berubah. Ini memberi impak kepada Malaysia, antara negara mempunyai dagangan terbesar di dunia.

Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun ini pada anggaran 5.1% daripada Pendapatan Negara Kasar.

Banjir


Banjir baru2 ini telah melibatkan sekitar 400,000 mangsa seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur hampir RM2.9 bilion.
Antara tindakan yang telah & akan dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir, adalah seperti berikut:

(1) Kerajaan salur peruntukan tambahan RM500 juta sebagai bantuan permulaan untuk kerja-kerja baik pulih & program kebajikan mangsa banjir. Ini sebagai tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM787 juta,

(2) Kerajaan sediakan RM800 juta untuk baiki  & bina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;

(3) Menyediakan RM893 juta bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir;

(4) Membina rumah kampung bertiang (stilt houses) setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri

(5) Menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang;

(6) Memberi bantuan RM500 bagi setiap keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir dan menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga;

(7) Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan RM100 juta disediakan kepada TEKUN & RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

(8) BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil, sehingga enam bulan

(9) @BNM_official akan tubuh Special Relief Facility berjumlah RM500 juta demi sediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar lebih rendah iaitu 2.25%, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan perbankan

(10) Bank Rakyat akan tawar Skim Pinjaman Peribadi sehingga RM50 ribu pada kadar keuntungan serendah 3.9% untuk mereka yang terjejas dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran

(11) RM500 juta akan disediakan oleh institusi kewangan dengan jaminan pembiayaan sebanyak 70% di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir dan skim ini akan diuruskan oleh ProKhas;

(12) Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia untuk tempoh enam bulan...

Dalam meneruskan 'fiscal reform & consolidation', antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil Kerajaan adalah:

(1) Meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan @kastamhq bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST.

(2) Meningkatkan kutipan dividen drpd GLC & GLIC serta badan2 Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak RM400 juta;

Bagi langkah  merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:

(1) Optimumkan perbelanjaan ke atas bekalan, perkhidmatan, penganjuran majlis, perkhidmatan profesional yang boleh menjimatkan RM1.6 bilion;

 (2) Tangguh Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015 dengan penjimatan RM400 juta, bagi membolehkan program dikaji semula & ditambah baik;



Saya dapat rumuskan 6 perkara sebagai 'key take-away points' daripada perutusan khas sebentar tadi: 

Pertama, kita bukan di dalam keadaan gawat atau krisis, seperti mana pada tahun-tahun 1997 dan 1998 bahkan tidak juga seperti tahun 2009 yang lalu, sehingga pakej-pakej stimulus perlu dilaksanakan

Kedua, strategi2 Kerajaan yang diumumkan tadi adalah langkah proaktif untuk melakukan penyesuaian berikutan faktor luaran di luar kawalan

Ketiga, Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran kita, Insya-Allah, dijangka kekal positif dan tidak berada dalam defisit

Keempat, pasaran kewangan tetap teratur & kukuh. Malah, matawang ringgit walaupun mengalami penyesuaian ketika ini akan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Insya-Allah

Kelima, Perbelanjaan Pembangunan yang diperuntukkan sebanyak RM48.5 bilion tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan.  Ini termasuklah projek2 bersifat people economy yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik & infrastruktur pengangkutan.

Di samping itu, projek-projek MRT jajaran kedua, LRT3 dan High Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura akan tetap diteruskan.  Pada bulan Mei nanti, saya akan bentang RMK11 bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020

Keenam, Perbelanjaan Mengurus dijangka dikurangkan sebanyak RM5.5 bilion dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar2 diperlukan sahaja.

1) NajibRazak.com (Malay): http://www.najibrazak.com/bm/blog/perutusan-khas-perdana-menteri-tentang-perkembangan-ekonomi-semasa-dan-kedudukan-kewangan-negara/

2) NajibRazak.com (English): http://www.najibrazak.com/en/blog/perutusan-khas-perdana-menteri-tentang-perkembangan-ekonomi-semasa-dan-kedudukan-kewangan-negara/

---------------



Bab 1MDB yang Pak Kadiq timbulkan, Unspinners ada maklumat panas kenapa ia jadi isu.

Sebenarnya bukan isu besar tapi ada tangan-tangan yang tidak "ikhlas" menjalankan tanggungjawab dan tamak hanya fikir kepentingan diri.

Tunggu .... :)

Intipati pengstukturan semula bajet

Posted: 20 Jan 2015 07:22 AM PST





Bulletin Utama malam ini mengenai Dr Evil

Posted: 20 Jan 2015 05:03 AM PST




Muahaha ....

Anwar berjaya buat "diversion" dari kes liwat

Posted: 19 Jan 2015 11:09 PM PST



Tidak ... tidak ....

Bukan Anwar disebalik Que Putih yang begitu viral di sosial media. Tapi Anwar berjaya buat diversion dari keputusan kes liwatnya yang akan keluar bila2.

Patutnya sekarang cytro dan media pro BN patut ingatkan balik isu2 kes liwat Anwar.

Anwar patut kalah dalam kes itu. Namun ditakuti faktor X boleh mengubah keadaan.


Untung Anwar dapat liputan di TV3.

Harap semua pihak balik beri fokus pada isu yang lebih menguntungkan dari bercakar sesama sendiri.

Pembangkang hanya senyum tengok sesama kita bercakar dan lari fokus dari masaalah dalaman dan kelemahan mereka....

Terima kasih mereka kata.



MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Sirul ditahan di Australia

Posted: 20 Jan 2015 08:12 PM PST


Sirul Azhar Umar satu dari dua tertuduh kes bunuh Altantuya Shaariibuu, ditahan Selasa malam (waktu Malaysia) di Queensland Australia.
Sirul yang berdepan hukuman mati selepas didapati bersalah ditahan oleh pasukan imigresen Australia.
Media Australia melaporkan, Sirul kini dilokap di pusat tahanan di Brisbane sehari selepas polis antarabangsa Interpol mengeluarkan notis merah ke atasnya.
Sebelum ini dilaporkan Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang Sirul kerana ia melibatkan hukuman mati.
Kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia menyebut, permohonan itu hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.
Sirul, tertuduh kedua kes pembunuhan Altantuya tidak hadir ke pendengaran akhir kesnya di Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu kerana dikatakan "tidak cukup wang" untuk pulang dari Australia.
Mahkamah Persekutuan pada hari itu menjatuhkan hukuman mati ke atasnya dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati melakukan perbuatan itu sembilan tahun lalu.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu selepas membenarkan rayuan mereka.
Bagaimanapun timbul masalah untuk hukuman dijalankan ke atas Sirul apabila undang-undang ekstradisi menyatakan  bahawa Australia tidak akan memenuhi permintaan penghantaran pulang bagi individu berdepan hukuman mati.
Malaysia juga dilapor mungkin membawa kes Sirul ke mahkamah Australia jika negara itu enggan mengekstradisinya.
Peguam Sirul pula berkata akan memfailkan saman di Kuala Lumpur untuk mencabar perkara itu.-21/1/2015 - AGENDA DAILY

Interpol Keluarkan Notis Merah Terhadap Sirul

Posted: 20 Jan 2015 05:31 PM PST




PETALING JAYA: Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan notis merah kepada Sirul Azhar Umar, yang dikenakan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah kerana membunuh Altantuya Shaariibuu.
Sirul dilaporkan berada di Australia dan dikatakan tidak dapat pulang ke Malaysia.
Halaman yang memaklumkan mengenai butiran notis merah di laman web Interpol itu menjelaskan bahawa Sirul dikehendaki pihak berkuasa Malaysia untuk pendakwaan.
Notis merah Interpol bermaksud usaha mencari serta menangkap individu yang dikehendaki tersebut akan dilakukan oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk mengekstradisi.
Minggu lalu dilaporkan bahawa polis akan bekerjasama dengan Interpol untuk memburu Sirul, selepas satu permohon ekstradisi akan difailkan kepada negara berkenaan.
Sirul dilaporkan berada di Australia sejak November lalu, namun dikatakan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Malaysia bagi menghadapi hukuman itu.
Akhbar Sydney Morning Herald berkata, Undang-undang ekstradisi Australia tidak akan membenarkan seseorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi jaminan bahawa hukuman tersebut tidak akan dijalankan.
Sirul dan bekas cif inspektor, Azilah Hadri, dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu pada 2008.
Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadap Sirul selepas dia gagal untuk menghadiri perbicaraan - mStar

Caliph Buskers Bukan Peminta Sedekah,- Pemuzik Jalanan OKU di Jln TAR ke Anugerah Juara Lagu

Posted: 20 Jan 2015 03:22 AM PST


..
Kumpulan pemuzik jalanan, Caliph Buskers menyifatkan peluang dan kesempatan mereka berkolaborasi dengan kumpulan Mojo di pentas final Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) semalam sebagai platform terbaik mengubah persepsi sesetengah masyarakat yang menganggap pemuzik jalanan seperti mereka adalah peminta sedekah.
Menurut salah seorang anggota kumpulan ini dikenali sebagai Zaki, 36, wujud segelintir masyarakat memandang serong terhadap mereka apatah lagi golongan orang kelainan upaya (OKU).
"Pandangan sesetengah masyarakat terhadap orang celik dan buta berbeza. Apabila kami busking, ada yang anggap kami ini peminta sedekah tetapi kami bersyukur selepas ditawarkan lesen oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kami terus membuat persembahan.
"Kami mahu bersaing secara sihat dengan busker lain dan kami mahu masyarakat menilai muzik kami seperti mana mereka menilai muzik orang-orang celik. Bukan saja kami tetapi mungkin bakat golongan OKU lain.
" Menerusi AJL29, kami jadikan ia sebagai peluang untuk membuktikan orang macam kami juga mampu bersaing dan berharap masyarakat boleh menukar tanggapan terhadap kami bukan seperti yang difikirkan," katanya ketika ditemui pada sidang media sejurus selesai AJL29.
Selain Zaki, kumpulan yang mula ditubuhkan sejak setahun lalu juga dianggotai Azmi sebagai vokalis dan Nirwan yang juga mengalami cacat penglihatan.
Persembahan Caliph Buskers bersama Mojo menerusi lagu Roman Cinta berjaya menarik perhatian 20,000 penonton di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang terpegun melihat aksi mereka.
Apa yang lebih mengujakan, mereka mendapat sorakan dan tepukan gemuruh termasuk penonton memberikan 'standing ovation' sebagai tanda penghormatan dan kagum pada bakat golongan istimewa itu.
Usaha kedua kumpulan itu bergabung berbaloi apabila lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu berjaya memenangi kategori  Persembahan Terbaik sekaligus melayakkan Mojo dan Caliph Buskers meraih wang tunai sebanyak RM12,000
Tambah Zaki, sewaktu ditawarkan Edry untuk berkolaborasi denga Mojo, dia dan rakan lain seperi tidak percaya malah menganggap tawaran itu hanya sekadar satu gurauan.
"Ketika busking, kami selalu juga nyanyikan lagu-lagu Melayu termasuk lagu Mojo tetapi kami tidak pernah terfikir beraksi di AJL29. Rasa macam mimpi dan kami bukan artis sekadar busker sahaja.
"Edry memberi semangat pada kami untuk beraksi sehingga keyakinan kami bertambah. Selepas itu kami berjumpa dan berbincang seterusnya setuju untuk kami terus memulakan latihan selama dua minggu," katanya.

Lebih baik Najib jual jet untuk jimat RM400 juta – Rafizi

Posted: 20 Jan 2015 01:14 AM PST

(Oleh: Lyn Nasir)

KUALA LUMPUR 20 Jan : Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau kecewa apabila Perdana Menteri tidak menyentuh langsung masalah utama ekonomi seperti penurunan ringgit berikutan kejatuhan harga minyak dunia.
Sebaliknya, katanya, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan khas hari ini hanya mengumumkan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai langkah penjimatan RM400 juta yang disifatkan terlalu kecil.
"Memotong RM400 juta adalah terlalu kecil untuk dilihat kesannya.
"RM400 juta itu cuma harga dua biji jet sahaja, baik dia jual dua biji jet itu untuk jimat RM400 juta," kata Rafizi dalam satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Jelas Rafizi, langkah yang diambil kerajaan itu masih tidak mampu menangani kemerosotan pendapatan negara yang dilihat agak kritikal.
Terdahulu, Perdana Menteri hari ini membentangkan perutusan khas mengenai ekonomi dan keadaan kewangan negara.
Beliau turut mengumumkan penangguhkan PLKN bagi tahun ini dan memperuntukkan RM800 juta bagi membaiki dan membina semula infrastruktur asas di kawasan terjejas banjir.
Namun Rafizi berkata, kelemahan kerajaan dalam menangani krisis kewangan bakal memberi kesan besar ke atas ekonomi dan perbelanjaan kerajaan.
"Saya lihat tiada keseriusan daripada aspek kawal perbelanjaan kerajaan, dan yang kedua ialah tiada fokus mengenai perkara sebenar menggugat kewangan negara iaitu mengenai kejatuhan mata wang kita, (ringgit).
"Masalah ini bukan sahaja memberi kesan yang sangat teruk kepada ekonomi, malah ia memberi kesan yang mendalam kepada kos sara hidup harian rakyat," jelasnya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64852

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SANTAI: MARI BELAJAR ILMU MATEMATIK DAN EKONOMI BERSAMA PENCACAI

Posted: 20 Jan 2015 10:27 PM PST


Janji bagi RM1.5 juta tetapi bila kira hanya dapat RM1.15 juta. mana pergi lagi RM350,000.00? Lu songlap kasi Betty Chew ka???


Dulu masa sekolah suka lepak dan ponteng. Bila gagal salahkan kerajaan. Mengira pun tak pandai. Kononnya gaji RM1,500.00 tak cukup ok fine tetapi mengapa kira hanya RM1,350.00??

Mana perginya baki RM150.00 lagi...joli?

Memang taraf macai tak pandai ekonomi tapi bercakap hebat pasal ekonomi sama macam pemimpin mereka juga...

Itulah dikatakan macai kecik-kecik tak nak mampus dah besar menyusahkan orang...

GST: GILIRAN JAKIM SEKOLAHKAN OSTAD-OSTAD TAK NGAJI EKONOMI - KETUM DAH ANGIN !!!

Posted: 20 Jan 2015 06:20 AM PST


Dalam menguruskan ketidaktentuan ekonomi kini banyak pengubahsuaian terpaksa dilakukan demi menyelamatkan rakyat dan negara.

Apabila rakyat serta negara terselamat dan berjaya diselamatkan dari kemudaratan atau krisis yang lebih besar maka ia dikira sebagai sebuah jihad.

Mengenangkan negara kita kini menerima tempias ketidaktentuan ekonomi global kesan kejatuhan harga minyak maka pemerolehan negara pasti berkurangan. Ia telah mengganggu sedikit sebanyak perancangan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Tetapi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab akan sentiasa menjadikan usaha membantu rakyat itu sebagai ibadah.

Sebab itulah kerajaan perlu membuat pengubahsuaian semula Bajet 2015 bagi memastikan ekonomi negara mampu bertahan dan kesejahteraan negara tidak terjejas. ucapan-penuh-perutusan-khas-perdana  


Manakala bagi seseorang yang busuk hati akan terus menghasut rakyat supaya membenci pemerintah yang sentiasa membantu rakyat kerana dengki dan gelisah, sedangkan tiada pun jasa yang mereka dilakukan. 

Sebaliknya dengan sedikit amalan yang ditonjol, mereka begitu riak kononnya mereka saja yang buat sedangkan orang lain tak buat.

Apabila ditimpa sesuatu musibah maka banyak yang perlu kita muhasabah dan mujahadah, bersama-sama membenteras fitnah yang semakin menjadi-jadi.

Bertambah malang lagi apabila disebarkan oleh mereka yang bergelar ostad-ostad yang tak mengaji ekonomi.       

JAKIM jawab hujah GST haram

Seksyen Muamalat, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah tampil memberi penjelasan berikut;

1. Sistem percukaian adalah salah satu mekanisme untuk menjana kemakmuran ekonomi dalam sesebuah negara. Oleh yang demikian, salah satu sumber negara yang telah diamalkan hampir seluruh negara di dunia hingga ke hari ini ialah melalui konsep percukaian. Percukaian dalam pelbagai bentuk yang dirasakan sesuai akan dikenakan kepada rakyat jelata demi kepentingan mereka.

2. Dalam Islam, sesebuah kerajaan mempunyai hak untuk mengadakan dasar percukaian dalam memungut hasil kepada negara, asalkan dasar tersebut digubal menepati prinsip yang adil dan tidak membebankan individu rakyat (sektor swasta). Hak ini diasaskan kepada hadis Nabi SAW:

3. Mengikut Marghinani, jika sumber pendapatan negara tidak mencukupi, negara perlu memungut cukai daripada rakyat untuk membiayai kepentingan umum (al-Marghinani: 1996). Begitu juga pandangan Imam Abu Yusuf yang menjelaskan bahawa kadar cukai negara boleh menaik atau menurun mengikut kemampuan rakyat (Abu Yusof:1979).

4. Jika disingkap tentang sejarah percukaian dalam Islam, ia telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW apabila cukai yang dikenali sebagai jizyah telah diperkenalkan pada ketika itu. Jizyah merupakan cukai kepala yang dikenakan kepada golongan bukan Islam yang menetap di bawah pemerintahan Islam (al-Mausuah al-Fiqhiyyah: 2001). Dengan cukai jizyah, mereka berhak mendapat perlindungan dan penjagaan terhadap segala aspek sama ada harta, keluarga, darah dan sebagainya.

5. Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau telah mewujudkan cukai tanah (kharaj), cukai perdagangan (ushur) dan lain-lain cukai telah dikembang serta diselaraskan agar dapat memberikan dana yang mencukupi bagi pembangunan negara. Dalam konteks cukai tanah (kharaj), ia dikenakan ke atas tanah-tanah yang dibuka oleh orang Islam secara peperangan. Cukai kharaj mula dilaksanakan dengan meluas apabila Khalifah Umar al-Khattab berdasarkan ijtihadnya dan beliau telah mengarahkan supaya tanah yang diperolehi daripada hasil peperangan tidak lagi dibahagikan kepada tentera yang berperang secara ghanimah. Sebaliknya tanah tersebut dijadikan wakaf bagi kepentingan orang-orang Islam dan bukan Islam. (Abu Yusuf: 1952)

6. Pada asalnya, cukai bukanlah suatu perkara yang dibebankan secara berterusan kepada rakyat dan bukan sesuatu yang fardhu iaitu sama seperti kefardhuan zakat yang tanggungjawabnya secara berterusan dan dikeluarkan dengan kadar yang tetap setiap tahun. Sebaliknya, ia ialah satu pungutan yang diperlukan, sesuai dengan kehendak dan keperluan negara semasa serta selari dengan konsep siyasah syari'yyah yang digariskan oleh Islam.

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

7. Cukai didefinisikan sebagai pungutan berbentuk wang oleh kerajaan terhadap individu dan organisasi yang berkaitan dengan negara untuk kegunaan negara secara langsung atau secara tidak langsung kepada pembayar cukai sebenar yang menerima beban cukai itu (Kamus Dewan: 2010).

8. Manakala cukai langsung ialah cukai yang dikenakan terhadap pembayar cukai secara langsung atau terus dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Contohnya ialah cukai pendapatan. Cukai tidak langsung ialah tanggungan beban cukai yang boleh dipindah oleh pembayar cukai kepada pihak ketiga atau penerima manfaat akhir terhadap barangan atau perkhidmatan itu. Contohnya cukai kastam, cukai jualan. (Wang Leng Whatt: 2013)

9. Terdapat pelbagai pandangan yang dikemukakan oleh ulama mengenai cukai antaranya:

a. Ibn Hazim

Ketika membahaskan tentang permasalahan cukai, beliau tidak menggunakan perkataan cukai (dharibah) tetapi menggunakan perkataan yang sama erti dengan cukai. Beliau telah menggunakan perkataan penetapan pemerintah dalam bentuk kewangan ke atas rakyat apabila berlaku sebab tertentu. (Ibn Hazim: 2003). Pandangan ini bersandarkan kepada dalil-dalil al-Quran, hadis dan pendapat sahabat.

b. Imam Haramain al-Juwaini

Penetapan pembayaran cukai mengikut Imam al-Haramain al-Juwaini adalah berdasarkan oleh ijmak ulama yang menyebut bahawa menjadi kewajipan pemerintah dalam mempertahankan daulah. Maka apabila baitulmal tidak mampu menampung perbelanjaan ketenteraan, maka pemerintah boleh mengenakan sistem pembayaran cukai ke atas mereka yang berkemampuan.

c. Imam al-Ghazali

Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya al-Mustasfa (al-Ghazali:1992), tidak harus dikenakan cukai ke atas rakyat jika sekiranya harta benda yang berada di tangan adalah mencukupi. Namun begitu, jika sekiranya unit ketenteraan Islam tidak memiliki wang yang cukup dan baitulmal tidak mampu menanggung perbelanjaan ketenteraan, maka harus kepada pemerintah mengenakan cukai kepada golongan yang kaya sekadar jumlah yang dapat menampung perbelanjaan ketenteraan. Pemerintah Islam harus memberi tanah kerajaan kepada tentera sebagai ganti cukai.

Oleh itu, penetapan cukai ke atas golongan yang kaya adalah mudharat yang lebih ringan jika dibandingkan dengan tentera yang meninggalkan tugas ketenteraan kerana mencari keperluan hidup.

d. Ibn Taimiyyah

Dalam membincangkan tentang keharusan sistem pembayaran cukai, Ibnu Taimiyyah berdalilkan dengan qias aulawi di mana beliau berkata Jika sekiranya Allah mewajibkan ke atas para sahabat yang berjihad dengan harta dan jiwa raga mengeluarkan usyur dari hasil tanaman mereka, maka sepatutnya lebih diwajibkan ke atas golongan yang berkemampuan yang tidak keluar berjihad mengeluarkan kewangan untuk menampung perbelanjaan jihad (maslahah umum).

e. Al-Shatibi

Mengikut al-Shatibi (al-Shatibi: 2008), pengambilan cukai menjadi keharusan apabila pemerintah itu seorang yang adil dan membelanjakan harta tersebut pada jalan yang diharuskan syarak.

f. Ibn Khaldun

Mengikut Ibn Khaldun pula dalam karyanya al-Muqaddimah (Ibn Khaldun: 2010), beliau telah menggariskan dasar khusus dalam penggubalan percukaian sesebuah negara. Antara saranan yang dinyatakan beliau tentang dasar percukaian ialah:

"Apabila taksiran cukai dan kewajipan membayar cukai ke atas rakyat adalah sedikit, mereka mempunyai kesungguhan dan semangat untuk mengusahakan sesuatu. Budaya keusahawanan menjadi berkembang dan meningkat, sebab pengenaan cukai yang rendah itu mendorong kepada suatu kepuasan hati. Apabila budaya keusahawanan meningkat, jumlah kewajipan terhadap orang perseorangan dan taksiran cukai akan berlipat ganda. Sebagai akibatnya, hasil pendapatan cukai yang merupakan jumlah keseluruhan daripada (taksiran terhadap orang perseorangan) akan meningkat."

Daripada pandangan Ibn Khaldun ini, antara yang ditekankan dalam isu percukaian ialah pembentukan cukai terhadap rakyat hendaklah pada kadar yang rendah kerana ia akan merangsang semangat keusahawanan dan jika jumlah cukai perlu ditingkatkan, maka ia hendaklah pada kadar yang minimum.

Selain itu, pemerintah juga perlu sentiasa berwaspada agar kemewahan yang mengakibatkan perbelanjaan negara meningkat perlu sentiasa dikawal.

g. Ulama Kontemporari

Bagi ulama kontemporari seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi, Sheikh Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi, dan Syeikh Mahmud Syaltut, mereka berpendapat harus pengambilan cukai sebagai tambahan kepada zakat, sedekah, jizyah dan ushur bagi memastikan kerajaan dapat mengurus kemaslahatan ummah seperti membangunkan kebajikan rakyat, bayaran gaji pegawai-pegawai kerajaan dan penyediaan infrastuktur untuk kemudahan rakyat. (Yusuf al-Qaradawi: 2000) Ini berasaskan kaedah fekah yang masyhur.

Masih gatai mulut lagi nak kata GST haram?

Oh yaa kalau GST haram mengapakah 26 buah negara Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) telah melaksanakannya. Adakah alim-ulama dan pakar ekonomi syariah mereka tidak menasihati kerajaan mereka berkaitan GST???

Di Malaysia sehingga 20 Januari 2015, sebanyak 304,000 buah syarikat telah berdaftar dengan sistem GST yang akan menguatkuasakan cukai sebanyak 6% menggantikan sistem SST yang berkadar 16%.

Jika GST haram dan buruk untuk rakyat mengapa banyak syarikat korporat, industri kecil dan sederhana (IKS) dan industri besar serta ada kedai peruncitan terus berlumba-lumba mendaftar dalam sistem GST.

Malah jumlah yang berdaftar GST kini melebihi sasaran awal iaitu 120,000 buah syarikat!


Kerajaan juga telah membuka kembali pendaftaran GST bagi membolehkan pendaftaran terutamanya bagi syarikat-syarikat yang terjejas akibat bencana banjir. 

Bila harga minyak dunia jatuh pendapatan negara dari hasil minyak juga berkurangan. Maka percukaian GST yang akan menampung kekurangan itu. Hasilnya nanti akan disalurkan semula untuk pembangunan rakyat dan negara.

Wahai ostad-ostad apakah mengatasi kesulitan umat dan rakyat itu bukan sebahagian dari ajaran yang dituntut agama Islam?

Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi membantu rakyat pasca banjir ini. Mana nak dapat dana bantu rakyat kalau kantong negara kering?

Dana dari swasta, NGO dan asing pun belum tentu cukup menampung pembinaan semula kerosakan harta benda akibat musibah banjir itu.

Insya Allah jika ikut perancangan negara bakal perolehi RM23.18 bilion bagi tempoh sembilan bulan tahun 2015 ini menerusi GST berbanding hanya RM14.4 bilion jika masih kekal dengan SST.

Wahai ostad-ostad duit itulah nanti kerajaan akan memakmurkan negara dan memastikan rakyat tidak menjadi fakir kerana sabda Nabi s.a.w kefakiran dan kesusahan itu akan mudah menjerumuskan seseorang kepada kekufuran.

Mereka tak faham ekonomi tapi suka komen dan kritik ikut sedap mulut...useless !

Artikel berkaitan:
1. http://mymassa.blogspot.com/2015/01/gst-bila-ostad-tak-cukup-ngaji-buat.html
2. http://mymassa.blogspot.com/2014/05/gst-buat-mereka-yang-ingin-tahu-apa-itu.html
3. http://mymassa.blogspot.com/2014/04/tolakgst-adakah-gst-haram-disisi.html

ANWAR BANGKITKAN SEMULA STRATEGI USIR HADI AWANG

Posted: 20 Jan 2015 02:00 AM PST



Facebook pro ulama, El Haraki mendedahkan terdapat pakatan di antara Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dengan Ketua Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan bekas Exco Dewan Pemuda PAS, Zulhazmi Shariff membangkitkan semula isu pengunduran Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

"Nampak permainannya?

"Loya 7 undi (Zulhazmi Shariff) memulakan serangan ke atas Tuan Guru Haji Hadi (TGHH), disambut oleh KP KFC (Suhaizan Kaiat). Seterusnya KeTum (Anwar Ibrahim) menyambut dalam keadaan seolah-olah acah tak acah.

"Fokus mereka, mewujudkan suasana di media bahawa ahli sudah tidak perlukan TGHH. Kita tunggu siapa pula akan sambut bola ini,"kata El Haraki sambil merujuk kenyataan terbaharu Anwar.

Anwar dilaporkan Sinar Harian semalam berkata beliau enggan mengulas desakan ahli PAS supaya Presidennya, Abdul Hadi berundur dan tidak bertanding dalam pemilihan parti itu Jun ini.

Bagaimanapun Anwar berkata, tidak wajar baginya dan pimpinan PKR lain untuk mencampuri masalah rakan komponen PR itu kerana ia merupakan urusan dalaman PAS.

"Itu soal urusan PAS, tidak adil saya komen perkara itu lebih-lebih lagi untuk bincang hal PAS, malah tidak adil untuk kita campurinya," katanya kepada pemberita selepas sesi Dialog Bersama Anak Muda anjuran Kelab Anwar Ibrahim (AIC), di Petaling Jaya pada Ahad.


Pada tarikh sama juga, Ketua Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat turut mengulas tentang isu pengunduran Abdul Hadi.

Suhaizan tidak mempertahankan presiden partinya, Abdul Hadi sebaliknya menyerahkan kepada perwakilan parti untuk membuat keputusan.

"Pemilihan pimpinan PAS ini dicadangkan oleh pimpinan PAS peringkat kawasan. Di peringkat kawasan itu, mereka mempunyai penilaian mereka sendiri.

"Biasanya, saya lihat mereka tidak terpengaruh dengan pandangan-pandangan yang ada di luar. Mereka ada pandangan mereka sendiri, jadi, kita serahkanlah pada pimpinan PAS kawasan untuk menentukan perkara tersebut," katanya kepada Sinar Online, semalam.

Suhaizan juga turut membela tindakan Zulhazmi ketika membuat usul Abdul Hadi berundur Presiden PAS.

"Saudara Zulhazmi itu ahli biasa dalam Pas, jadi, dia nak beri pandangan terpulang pada dia sebab itu saluran yang dia ada. Dia bukan pimpinan Pas (untuk bercakap dalam mesyuarat). Jadi terpulanglah.

"Dia bukan mewakili mana-mana pimpinan Pas kawasan. Itu hak dia. Kerana akhirnya keputusan itu nanti akan dibuat oleh pimpinan Pas kawasan juga," katanya.

Anwar dan Suhaizan membuat kenyataan tersebut ketika diminta mengulas usul Zulhazmi pada 11 Jan lalu yang mencadangkan Abdul Hadi tidak dicalonkan sebagai Presiden pada pemilihan parti 2015-2017 yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya beliau lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur.

Zulhazmi berkata oleh kerana Abdul Hadi sudah menganggotai Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti, maka tidak wajar pada masa sama beliau bertanding jawatan lebih rendah (presiden) bagi mengelak berlaku pertindihan kepentingan ketika menjalankan tugas.

"Saya cadangkan Abdul Hadi melepaskan jawatan Presiden dan mengambil alih tugas Nik Aziz yang dilihat semakin uzur.

"Ketokohan dan ilmu yang ada pada Abdul Hadi dan diiktiraf dunia sehingga dimartabatkan sebagai Naib Ketua Ulama Dunia, melayakkan beliau dilantik sebagai Mursyidul Am PAS," katanya.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:38 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Tak sabar rasanya nak mengecapi & NIKMATNYA CUKAI GST terhadap rakyat..

Posted: 20 Jan 2015 09:17 PM PST

Rakyat jgn risau, segala masalah negara akan dapat diselesaikan dgn 
terlaksananya cukai GST 6% tak lama lagi..

Peluang Najib disanjung rakyat masih ada jika....

Posted: 20 Jan 2015 09:08 PM PST

Aspan Alias

"Najib has to immediately retire!" kata seorang pemimpin UMNO yang tidak mengizinkan saya menyebut namanya. Saya tidak faham kenapa pemimpin ini tidak mahu berkata secara terbuka. Saya sudah bersedia untuk menulis namanya tetapi oleh kerana menghormatinya sebagai seorang sahabat yang begitu lama saya mengambil sikap menghormati kemahuannya.
Inilah yang menjadi masalahnya dikalangan pemimpin UMNO, takut berkata benar seolah-olah nyawanya akan melayang jika didapati beliau berkata demikian oleh orang ramai. Ini jugalah masalahnya yang menyebabkan pemimpin yang sepatutnya pergi dan bersara masih kekal memegang kuasa tanpa pegangan yang kuat.
Tetapi bukan rakan Dato' saya ini sahaja yang bersikap demikian, ramai lagi yang terkemut-kemut untuk berkata benar sedangkan mereka sendiri sengsara melihat perlakuan Najib dan keluarganya melakukan jenayah politik dan moral kepada negara. Sesungguhnya yang membuat banyak masalah ialah Najib, kerana masalah dari orang ramai itu boleh diselesaikan apabila mendapat gantian kepada Najib itu adalah pemimpin yang benar-benar pemimpin.
Untuk membetulkan kerosakan yang dilakukan oleh Najib bukan setakat boleh membiarkan apa kemampuan yang ada kepada Muhyiddin atau sesiapa dikalangan Naib-Naib Presiden parti. Seperti yang selalu disebutkan oleh blog ini, kali ini negara perlu memulakan dan membentuk 'ambience' politik yang baru, jangan lagi terlekat dengan budaya politik yang kita sedang lalui sekarang. Ia sentiasa membuatkan kehidupan rasa tidak berkeyakinan terhadap negara. Kita tidak ada negara atau wilayah lain untuk tinggal. Dimana bumi di pijak di situ langit di junjung.
Najib patut merasakan yang beliau sudah tidak dapat lagi menguasai sebuah kerajaan yang 'viable' untuk rakyatnya hidup dalam aman dan makmur. Najib perlu buktikan yang beliau sebenar-benarnya sayangkan negara dan tidak mahu rakyatnya menderita. Tumpukan tenaga melihat ke dalam dan berilah rakyat peluang untuk hidup tenang dan mempunyai pemimpin yang boleh meyakinkan mereka.
"I hope PM Najib will give the rakyat a break" kata seorang guru yang sangat prihatin terhadap apa yang sedang berlaku di negara ini. Najib boleh menutupi kegagalannya dengan bersara bersama barisan yang beliau lantik. Tindakan bersara itu sendiri adalah bukti yang beliau benar dan serius dalam mengambil hati rakyat. Tindakan Najib bersara akan dikenang oleh rakyat sebagai pengorbanan besar terhadap mereka dan sekali gus Najib akan dikenang juga sebagai seorang pemimpin yang mengutamakan rakyat lebih dari dirinya sendiri.
Seperti yang selalu disebut oleh blog ini berkorban untuk rakyat bukan sahaja dengan memegang jawatan tetapi bersara dari jawatan pun adalah pengorbanan. Bagi setengah pemimpin mereka memberikan pengorbanan kepada rakyat dengan memegang jawatan dengan penuh tanggungjawab dan setengahnya pula ialah dengan berhenti dan memberikan laluan untuk rakyat membetulkan sendiri dengan memilih pemimpin yang boleh memperbaiki keadaan ekonomi dan politik negara, berserta dengan budaya dan cara hidup mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Lagi Najib Membisu, Lagi Ramai Yang Meluat

Posted: 20 Jan 2015 07:16 PM PST

Walaupun sudah berhari-hari bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin diserang dan dimalukan oleh media arus perdana sehingga SPRM juga sudah terbuka untuk menyiasat kekayaannya, tetapi sampai hari ini Perdana Menteri, Najib Razak masih lagi berdiam diri mengenainya.

Belum ada sepatah perkataan pun keluar daripada mulutnya mengenai perkara ini, meski semua orang tahu media arus perdana adalah dibawah kawalannya.

Untuk itu, Najib perlu tampil untuk menjelaskan sekurang-kurangnya tiga persoalan ini:-

Pertama, beliau perlu menjelaskan apakah mengetahui permainan yang sedang dicatur oleh pegawai dan para penasihatnya, terutama oleh individu yang bernama HR mengenai serangan terhadap Daim melalui media arus perdana itu?

Kedua, jika mengetahui, apakah beliau merestui semua tindakan yang dilakukan oleh para pegawai dan penasihatnya itu, manakala kalau di luar pengetahuannya pula, kenapa setelah heboh diperkatakan, masih juga berdiam diri mengenainya?

Ketiga, apakah selepas Daim, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan anak-anaknya pula merupakan sasaran seterusnya untuk dimalukan melalui media arus perdana atau turut diseret kepada siasatan SPRM?

Tiga persoalan ini penting untuk dijawab dan dijelaskan oleh Najib kerana ahli-ahli UMNO seluruh negara ingin mengetahui hakikat sebenar mengenainya.

Sekarang ini, sementara ramai yang keliru di sebalik sikap berdiam dirinya itu,  dalam masa yang lebih ramai sebenarnya yang meluat dengan cara serangan yang dilakukan keatas Daim ini.  

Mereka mengatakan ini bukan cara yang betul melayan bekas pemimpin yang cuba menegur dan memperbaiki keadaan dalam UMNO dalam negara.
Read More / Baca Lagi >>

Keadaan TG Nik Aziz beransur baik

Posted: 20 Jan 2015 07:07 PM PST

sultan
Sultan Kelantan, Sultan Muhamad V turut mencemar duli melawat bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat di HUSM semalam.

KOTA BHARU, 21 Januari:

Keadaan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak kelmarin beransur baik.
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melalui status terbaru di akaun Facebook miliknya hari ini.
Menurutnya, dia yang melawat Nik Aziz di HUSM pagi ini gembira melihat keadaan Nik Aziz yang semakin baik.
"Saya baru selesai ziarah Tuan Guru Nik Aziz di HUSM. Keadaan beliau pagi ini bertambah baik. Beliau sedar, solat subuh dan boleh minum. Alhamdulillah teruskan doa," katanya.
Sementara itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhamad V turut mencemar duli melawat Nik Aziz di HUSM Kubang Kerian, semalam.
Baginda turut meluangkan masa membaca Yasin dan mendoakan kesejahteraan Nik Aziz yang juga merupakan bekas Menteri Besar Kelantan.

Sirul telah ditahan di Australia

Posted: 20 Jan 2015 07:06 PM PST


Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirulk Azhar Omar dilaporkan ditahan oleh pihak Imigresen Australia di Queensland berhubung sabitan kesalahan atas tuduhan membunuh Altantuya Shariibuu, lapor ABC News.
Sirul yang dijatuhi hukuman mati ditahan di Brisbane setelah pihak berkuasa antarabangsa Interpol mengeluarkan surat merah terhadapnya semalam.
Dia dipercayai masih dalam tahanan di Brisbane di bawah seliaan pihak imigresen, namun masih belum jelas sama ada dia akan diekstradisi ke Malaysia atau sebaliknya.
Sirul Azhar, yang merupakan tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak hadir ke mahkamah kerana berada di luar negara dan susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota UTK itu selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.
Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka.
Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.
Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.


Lelaki Nak Selamatkan Perempuan Lemas ? - UAI

Posted: 20 Jan 2015 06:59 PM PST

Suami Mahu Isteri Berfesyen - UAI

Posted: 20 Jan 2015 06:57 PM PST

Pilih Antara Kahwin & Motosikal - UAI

Posted: 20 Jan 2015 06:55 PM PST

WhatsApp Dalam Masjid & Tabarruj Niqab - UAI

Posted: 20 Jan 2015 06:51 PM PST

Masjid Halau, Giant Bagi Parking - UAI

Posted: 20 Jan 2015 06:50 PM PST

"Peguam Negara perlu meletak jawatan dan bertanggungjawab untuk Sirul yang melarikan diri"

Posted: 20 Jan 2015 04:37 PM PST

Selepas keputusan Mahkamah Rayuan pada  23 Ogos 2013 yang membebaskan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, dua orang bekas anggota UTK untuk pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, saya telah mengeluarkan kenyataan akhbar mempersoalkan mengapa Jabatan Peguam Negara tidak membuat segera permohonan di bawah seksyen 56A Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk waran tangkap untuk mengekalkan tertuduh di dalam tahanan atau melepaskannya dengan jaminan sementara menunggu pendengaran rayuan Peguam Negara terhadap keputusan tersebut.
Saya telah menegaskan bahawa permohonan sedemikian biasa dibangkit oleh Timbalan Pendakwa Raya dalam keadaan apa-apa pembebasan untuk memastikan kehadiran tertuduh apabila rayuan Peguam Negara didengari. Hakikat itu tidak dilakukan dalam kes profil ini sangat tinggi menimbulkan persoalan tentang kelakuan perkara itu.
Selepas rayuan Peguam Negara telah difailkan di Mahkamah Persekutuan, terdapat satu lagi peluang untuk membuat permohonan yang sama menggunakan seksyen 66 di Akta yang sama untuk perintah jenis yang sama. Sekali lagi ini tidak dilakukan bertentangan dengan amalan biasa. Saya mengeluarkan satu lagi kenyataan mempersoalkan mengapa ia tidak dilakukan. Adakah ini disengajakan? Ketinggalan yang ketara tersebut adalah sukar untuk diterangkan sebagai akibat daripada kecuaian. Kedua-dua tertuduh harus sekurang-kurangnya dikenakan syarat-syarat ikat jamin seperti menyerahkan pasport mereka dan melapor denga kerap kepada pihak polis. 
Read More / Baca Lagi >>

1MDB : Di Mana Dana Negara RM8.24 Bilion Sekarang? Penarafan Kredit Malaysia Berisiko Jatuh Kepada BBB+ Daripada A-

Posted: 20 Jan 2015 04:32 PM PST


Malaysia News 1MDB1MDB dimiliki oleh kerajaan Malaysia. Tidak boleh dinafikan lagi. Ini bermakna ia dimiliki oleh pembayar cukai merangkap pemegang saham bagi syarikat yang bernama "Malaysia". Dan ini bermakna juga ia adalah
sebuah entiti milik awam.
Anda yang merupakan pemegang saham yang melantik barisan Kabinet di Putrajaya termasuklah CEO yang bernama Datuk Seri Najib Razak yang ada  dan ahli politik di setiap adun dan parlimen bagi menguruskan "syarikat yang bernama Malaysia".
Kerajaan Malaysia bergerak hari ini dengan sumber pungutan cukai daripada pembayar cukai yang cukup setia seperti anda. Macam-macam jenis cukai. Malah, ketika kerajaan Malaysia menubuhkan syarikat-syarikat seperti 1MDB, modalnya datang daripada duit pembayar cukai.
  • Ini bermakna segala-gala aset jabatan kerajaan, syarikat milik kerajaan (seperti 1MDB) adalah milik pembayar cukai.
  • Daripada aset yang bernilai tinggi sehinggalah segulung tisu di tandas awam.
  • Pembayar cukai adalah pemilik mutlak
Jadi….jikalau kerajaan Malaysia atau syarikat milik kerajaan Malaysia bertindak meminjam wang wang untuk membeli aset-aset termasuklah bangunan, kenderaan dan sebagainya, pembayar cukai adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hutang. Setiap sen melalui bon yang diterbitkan dan lain-lain hutang asing adalah melalui pembayar cukai. Oleh itu, apabila kerajaan atau syarikat milik kerajaan muflis atau berhadapan menyelesaikan hutang yang dilakukan, siapa yang sepatutnya bertanggungjawab?
"Sudah tentulah anda, anda pembayar cukai yang setia"
Dan…jikalau 1MDB ada masalah, muflis, kerajaan Malaysia pastinya akan menggunakan dana pembayar cukai untuk membayar tunai bagi jaminan yang telah kerajaan Malaysia berikan 1MDB.
Tarikh akhir pembayaran hutang RM2 bilion semakin hampir. Mengapa perlu menunggu saat akhir untuk membayarnya? Jikalau masih lagi lewat membayarnya bank akan mengenakan caj dan beberapa jenis penalti atau fi pembayaran lewat.

Tun Mahathir Bersama Sarawak Report : 1MDB Jangan Perjudikan Dana Negara!

Read More / Baca Lagi >>

Zahid Hamidi tertangkap berbohong lagi?

Posted: 20 Jan 2015 04:28 PM PST

KUALA LUMPUR, 20 JAN: Penjelasan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bahawa Kabinet sekadar mendengar, namun tidak menerima penjelasan Zahid Hamidi tentang suratnya kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) membuktikan Menteri Dalam Negeri itu berbohong.
Manakala Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut memberi penjelasan bahawa beliau tidak pernah menulis surat sokongan untuk mana-mana individu kepada FBI, sama ada sekarang mahupun ketika menjadi Menteri Dalam Negeri.
Justeru itu Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menasihatkan Zahid untuk tidak lagi berbohong, kerana dia akan terpaksa berbohong seribu kali lagi untuk menutup pembohongannya yang pertama.
"Adakah Zahid telah tertangkap berbohong, dan mengaitkan menteri-menteri lain dalam pentadbiran sekarang atau yang terdahulu secara tidak adil dan memalukan?
"Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Zahid menggunakan kata jamak – merujuk kepada Menteri-menteri Dalam Negeri dan bukan kata tunggal, yang bermakna lebih daripada satu menteri sebelumnya pernah menulis surat sepertimana yang beliau lakukan," kata Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.
Khamis lalu, Zahid dilihat cuba melepaskan diri ekoran suratnya kepada FBI menjamin integriti individu didakwa raja judi Paul Phua, yang KINI dibicarakan atas tuduhan judi haram di Las Vegas Nevada; kononnya mantan-mantan Menteri Dalam Negeri pernah menulis surat penjelasan sedemikian.
Kit Siang yang juga ahli parlimen selama tujuh penggal berkata, beliau tidak percaya bahawa mantan Menteri Dalam Negeri berkelakuan seperti Zahid, menulis surat secara unilateral kepada FBI tanpa pengetahuan Ketua Polis Negara dan Kementerian Luar.
"Ini kelakuan sebuah kerajaan yang memalukan dan kucar-kacir, dengan menteri bertindak secara tidak berdisiplin, meliar dan secara sesuka hati dan mengkhianati amanah negara terhadapnya," kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Read More / Baca Lagi >>

Semakan semula bajet tak cukup berdepan tahun sukar

Posted: 20 Jan 2015 04:24 PM PST

Semakan semula bajet yang diumumkan kerajaan tidak mencukupi, jauh meliputi persediaan negara untuk mengharungi ekonomi mencabar tahun ini, kata penganalisis. Mereka berhujah, lebih banyak wang boleh dijimatkan dalam perbelanjaan operasi birokrasi untuk memastikan defisit negara tidak bertambah teruk walaupun hasil minyak terus jatuh.

Dan juga, dorongan menggalakkan kepenggunaan awam sebagai cara mengumpul hasil tidak akan berlangsung dalam tempoh lama kerana rakyat akan mula berjimat kerana inflasi yang tinggi.
Walaupun mereka mengarahkan projek pembinaan semula di kawasan terjejas banjir di Kelantan, seorang penganalisis, Wan Saiful Wan Jan percaya kerajaan tidak patut menentukan pra-syarat terhadap syarikat yang akan mendapat kontrak berkenaan.
Secara keseluruhan, penganalisis polisi dari Institut Rakyat, Yin Shao Loong berpendapat semakan semula bajet itu mencerminkan kekurangan penghargaan terhadap seteruk mana keadaan ekonomi dan kurangnya langkah berjaga-jaga tentang cara menangani keadaan itu jika ia bertambah buruk.

 Jangkaan yang samar Yin berkata semakan semula ramalan pertumbuhan Putrajaya, iaitu 4.5 hingga 5.5%, tidak mengambil kira keadaan buruk ekonomi dunia yang boleh menjejaskan ekonomi tempatan.
 "Saya fikir mereka hanya melihat kejatuhan harga minyak dan ringgit yang lemah. Tetapi hujah saya ialah rakan dagangan langsung dan tidak langsung kita juga berdepan keadaan negatif dalam negara mereka.
"Kesatuan Eropah masih dalam kemelesetan, China sedang mengalami ekonomi perlahan dan Jepun juga sedang berdepan kemerosotan.

Jadi eksport kita juga tidak berjalan dengan baik," kata Yin yang juga pengarah eksekutif Institut Rakyat. Ketika Bajet 2015 dibentangkan pada Oktober tahun lalu, Putrajaya meramalkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan bertambah antara 5 hingga 6% tahun ini. Bajet 2015 dirangka dengan andaian harga minyak di antara AS$100 hingga AS$105 setong.
Hasil minyak memberi sehingga 30% hasil pendapatan kerajaan, tetapi ekonomi negara juga bergantung pada pembuatan berorientasikan eksport.
Dalam semakan semula bajet yang diumumkan semalam, Putrajaya berkata pertumbuhan dijangka antara 4.5 – 5.5%. Yin percaya ramalan sepatutnya 4 - 5% kerana mengambil kira keadaan ekonomi dunia yang lembap.

 "Daripada semua rakan dagangan kita, hanya Amerika Syarikat nampak lebih kuat, tetapi mereka berdepan risiko industri minyak syal mereka terkubur kerana kebanyakannya dibiayai oleh bon remeh," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ainaa terima dua tangan mekanikal

Posted: 20 Jan 2015 04:00 PM PST

ainaa
Ainaa kelihatan teruja mencuba tangan mekanikal yang disumbangkan oleh dua pihak yang prihatin dengan nasibnya.
KUALA LUMPUR, 21 Januari:
Murid istimewa Ainaa Amanda Ghazali menerima bukan satu, tetapi dua tangan mekanikal daripada pihak yang sudi menghulurkan bantuan.
Ainaa, 7, menjadi terkenal setelah video yang dimuat naik oleh ibunya di media sosial mendapat perhatian dan menjadi viral minggu lalu.
Berikutan penyebaran video itu, Ketua pegawai Eksekutif Pebblereka 3D, Ahmad Hilmi Muhammad dan ahli perniagaan Sujana Mohd Rejab sudi menghulurkan sumbangan berupa tangan mekanikal khas untuk insan istimewa itu.
Ahmad Hilmi ketika dihubungi mengesahkan akan menyerahkan tangan mekanikal yang direka menggunakan cetakan 3 dimensi (3D) kepada Ainaa dalam rancangan Malaysia Hari ini (MHI) terbitan TV3, semalam.
Ainaa yang dilahirkan tanpa pergelangan tangan kanak turut menerima tangan mekanikal kedua yang disumbangkan oleh Sujab, baru-baru ini.
Dalam rakaman video yang disiarkan melalui laman Facebook Sukan Star Tv hari ini, Ainaa kelihatan gembira dan sering mencuba menggunakan tangan yang disumbangkan.
Minggu lalu, The Rakyat Post melaporkan Ahmad Hilmi menerusi syarikatnya Pebblereka 3D Print akan mendermakan tangan mekanikal bagi memastikan Ainaa dapat menjalankan kehidupan dengan lebih sempurna.
Ahmad Hilmi berkata, walaupun tangan itu tidak boleh berfungsi sebagaimana tangan normal, dengan perkembangan teknologi terkini, jari pada tangan mekanikal itu boleh digerakkan.
Read More / Baca Lagi >>

Motif Bunuh: Sirul, sila hubungi saya – Mahfuz

Posted: 20 Jan 2015 03:58 PM PST

"0194423685 itu adalah nombor telefon saya, dan mahfuz455@yahoo.com adalah emel saya.
mahfuz omar_azilah sirul_300KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyatakan hasratnya membantu bekas Koperal Sirul Azhar Umar bagi mendedahkan motif pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu
Menurut Mahfuz, walaupun Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Sirul didapati bersalah membunuh Altantuya, motif pembunuhan masih tidak terjawab.
"Saya tidak mempertikaikan keputusan mahkamah, tetapi mahkamah tidak sepatutnya menyembunyikan motif pembunuhan tersebut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, hari ini.
Sehubungan itu, Mahfuz bersedia untuk membantu Sirul bagi mendedahkan motif pembunuhan.
"Sirul, sila hubungi saya melalui telefon bimbit, Facebook, dan emel. 0194423685 itu adalah nombor telefon saya, dan mahfuz455@yahoo.com adalah emel saya," jelas beliau.
Tambahnya, beliau tidak melihat Sirul dan Azilah mempunyai motif peribadi, kerana baginya, pastinya ada arahan daripada pihak tertentu.
"Mereka bukan polis biasa, mereka polis daripada Unit Tindakan Khas. Mereka akan membunuh apabila dapat arahan," kata Mahfuz.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada waran tangkap ke atas remaja peluk K-Pop

Posted: 20 Jan 2015 03:57 PM PST

Jawi memutuskan idak memanjangkan perkara tersebut. Ketiga-tiga remaja berkenaan masih belum tampil untuk membantu siasatan.
JAWIPETALING JAYA: Tiga remaja perempuan bertudung yang terbabit dalam kontroversi aksi sumbang di konsert kumpulan K-Pop, B1AF mungkin terlepas daripada dikenakan tindakan.
Ia berikutan dengan keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.
Minggu lalu, Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dilaporkan sebagai berkata, waran tangkap melalui perintah mahkamah akan dikeluarkan sekiranya ketiga-tiga wanita berkenaan tidak tampil memberikan kerjasama selepas diberi tempoh seminggu.
Bagaimanapun, sumber Jawi memberitahu, jabatan itu memutuskan untuk tidak memanjangkan perkara tersebut apabila sehingga ke hari ini ketiga-tiga remaja berkenaan masih belum tampil untuk membantu siasatan.
"Kita sudah memberi mereka tempoh selama seminggu untuk tampil membantu siasatan. Tetapi sehingga ke hari ini mereka tidak berbuat demikian.
"Selepas berbincang, kita putuskan untuk tidak mengenakan waran tangkap ke atas mereka. Tetapi kita secara terbuka bersedia untuk memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada mereka," katanya," lapr Mstar.
Menurut sumber Jawi lagi, ketiga-ketiga remaja berkenaan mungkin mendapat nasihat daripada pihak lain berikutan insiden yang mencetuskan kontroversi itu.
Read More / Baca Lagi >>

Visa percuma: Kerajaan perlu kaji semula

Posted: 20 Jan 2015 03:53 PM PST

MERUJUK kepada ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengumumkan pengubahsuaian dan intervensi untuk Malaysia menghadapi senario ekonomi dunia sememangnya suatu langkah yang wajar dalam situasi ekonomi semasa.‎

Tindakan proaktif kerajaan dalam memperkenal langkah tertentu bagi menjamin negara boleh kekal menikmati pertumbuhan ekonomi yang lestari sememangnya tepat dan sangat realistik perlaksanaannya.

Namun, dalam beberpa perkara yang dicadangkan, saya melihat pemberian visa percuma kepada pelancong warganegara China mungkin boleh ditangguhkan perlaksanaannya dan dibuat kajian menyeluruh terutamanya daripada suara rakyat.

Hal ini kerana, kita kerap didedahkan mengenai laporan pelancong dari negara China yang tinggal melebihi masa yang dibenarkan, salah guna visa bagi tujuan pelajaran tetapi bekerja sebagai GRO dan beberapa kes lain yang melibatkan pelancong dari negara tembok besar itu.

Justeru saya ingin mendesak kerajaan memberikan rasioanal yang munasabah disebalik pemberia visa ini. Kerajaan perlu melihat beberapa masalah sosial yang berpunca daripada lambakan pelancong dari negara China terutama bagi mereka yang bekerja sebagai GRO di kelab malam, tukang urut di pusat refleksiologi yang menawarkan khidmat seks serta yang menjadi pelacur.

Perkara ini bukan lagi tersorok dari mata masyarakat apabila saban hari kita dapat melihat laporan di kaca televisyen dan pada berita di dada-dada akhbar hasil tangkapan serta serbuan pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia ataupun Jabatan Imigresen Malaysia.

Read More / Baca Lagi >>

MB Kelantan: Tg Nik Aziz stabil

Posted: 20 Jan 2015 03:48 PM PST

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti‎ Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang melawat beliau dalam satu kenyataan malam tadi berkata, perkembangan kesihatan Nik Aziz akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Saya baru berkunjung ke HUSM menziarahi Tok Guru. Mengikut doktor yang merawatnya keadaan beliau stabil ketika ini.

"Teruskan utus doa diberi kesembuhan kepada beliau. Perkembangan kesihatan Tok Guru akan dimaklumkan.

"Turut bersama saya sekejap tadi, Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan Setiausaha Agung Pas (Datuk Mustafa Ali)," katanya lagi.

Sebelum ini, anak Nik Aziz, Nik Mohamad Abduh memaklumkan keadaan kesihatan bapanya itu menurun berikutan banjir besar yang melanda Kelantan pada bulan lepas.

Oh Malaysiaku...

Posted: 20 Jan 2015 03:05 PM PST


Perangai KERAjaan UMNO/BN MENJAHAMKAN WANG RAKYAT !!!

Posted: 20 Jan 2015 03:02 PM PST

Lihatlah sendiri 'KEJAYAAN' salah satu syarikat GLC kerajaan di bawah pemerintahan 'Benjamin Netanyahu' & KRONI.

MASIHKAH ANDA INGAT !!! semasa era CEO terbaik MAS Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman (1981-1991) slps beliau bersara SIMPANAN syarikat MAS ADA SIMPANAN RM5 BILION !!! DI MANA DUIT ITU SKRG !!!

Slps legasi kroni2 UMNO dibawa masuk ke dlm MAS kini syarikat MAS RUGI RM4.87 BILION. Yang bestnya... duit rakyat RM6 BILION bakal hangus nk slmtkan syarikat angkara kroni & 6 ribu pekerja MAS diberhentikan..

Tengoklah sendiri. 'Mat Rempit' dpt bajet RM4 juta..

Posted: 20 Jan 2015 07:49 AM PST


Macai2 & pendokong UMNO apa dapat !!!


JANGAN LUPA berterima kasih & BERSYUKUR kpd BN. Tanpa BN mat2 rempit tak dapat habuan RM4 juta.. 

Semoga di masa akan datang ramai2lah jadi MAT REMPIT. Lagi byk mat rempit di M'sia LAGI BANYAK PERUNTUKAN akan disediakan... 

SEBELUM PIHANRAYA KAMU RAYU KAMI... LEPAS PILIHANRAYA KAMU TINDAS KAMI...

Posted: 20 Jan 2015 07:16 AM PST

Ada hati merayu beri peluang...
Cukuplah kali ini...
KAMU TAK SENGAJA beri GST kpd kami mmg cukup bermakna & bersemangat bagi kami TUMBANGKAN BN pd PRU14 !!!

BERBEZA SUNGGUH !!!..

Posted: 20 Jan 2015 07:10 AM PST

Negara yg 'kaya' sumber bahan api spt S'pore boleh kurangkan tarif elektrik BERBANDING MALAYSIA yg terlalu 'kurang sumber alam & bahan api' masih DEGIL LIAT nak turunkan tarif elektrik...

APA SUDAH JADI MALAYSIA !!!
Apabila harga minyak naik, TNB terus melatah untuk mengumumkan kenaikan tarif elektrik. Tetapi apabila harga minyak & arang batu terus turun dan menurun, TNB diam seribu bahasa sambil mengaut keuntungan super duper setiap tahun..

Nampak gayanya kerajaan PAP Singapura perlu banyak belajar dengan NAJIB RAZAK CARA2 URUS TADBIR EKONOMI NEGARA

Sirul Azhar diburu Interpol...siapa arah dan apakah motif pembunuhan..??

Posted: 20 Jan 2015 05:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana disabitkan bersalah membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, kini telah dimasukkan dalam senarai individu dikehendaki oleh Polis Antarabangsa (Interpol).

Menurut laman Interpol, lelaki berusia 43 tahun itu dikeluarkan notis merah dan dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia atas kesalahan membunuh.

Notis merah Interpol bermaksud usaha mencari serta menangkap individu yang dikehendaki tersebut akan dilakukan oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk mengekstradisi.

Sirul Azhar
Ekstrak daripada notis merah Interpol. Imej diperoleh dari laman www.interpol.int

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang telah menjatuhkan dua anggota Unit Tindakan Khas polis hukuman gantung terhadap pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun Sirul dilaporkan tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan pada hari tersebut kerana berada di luar negara, dipercayai di Australia.

Menurut sumber dia telah mengetahui tarikh penghakiman mahkamah ditetapkan namun dikatakan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Malaysia.