Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MENJELANG 50 JANUARI: KETUM MAKIN GALAK BERBOHONG...

Posted: 18 Jan 2015 08:52 PM PST


Bila bercakap mesti bohong, kalau nak berbohong mesti bercakap. Banyak cakap banyaklah bohong. Asal bukak mulut mesti bohong, asal bohong mesti bukak mulut.

Kalau sehari tak bohong mungkin tak boleh hidup. Kalau dia nak terus hidup dalam pentas politik mesti banyak berbohong. 

Macai-macai di bawahnya juga kena banyak berbohong dan kelentong. Kalau tak auta bukan macai pakatan namanya.

Begitu Anwar Berahim kalau sehari tak berbohong hidupnya sepi dan pengikutnya lari. Mulalah ia meroyan memuji-muji diri dan bini sendiri.

Terbaru si KETUM Anwar bohong lagi mendakwa nilai ringgit menjadi matawang paling lemah kerana menyusut dari RM3.32 kepada RM3.55 berbanding US$1.00 sejak setahun lalu. Kononnya ia paling rendah dalam sejarah kewangan negara.


Pembohongan Anwar kebanyakkannya dihadam begitu enak sekali oleh para pencacainya di bawahan. Anwar Ibrahim mungkin mempunyai daya ingatan yang lemah atau beliau suka bercakap bohong. 

Adakah ini petanda penyakit nyanyuk mula menjangkiti Anwar? 

Masa Anwar jadi Menteri Kewangan dulu beliau sendiri menyaksikan kejatuhan ekonomi Malaysia dengan kedudukan matawang ringgit berada diparas terendah iaitu RM4.88 berbanding USD1 pada tarikh 7 Januari 1998. 

Waktu itu juga inflasi berada dalam keadaan teruk dan ramai rakyat sengsara, banyak syarikat gulung tikar. Ada yang kena berhenti kerja dan ada yang gila. Waktu tu kebanyakkan pencacai muda PKR, PAS dan DAP masih lagi memakai lampin pakai buang menghurung botol susu ke hulu ke hilir dengan hidung berhingusan menceceh.

Tapi Anwar ketika itu telah meminta pertolongan dari dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk memulihkan ekonomi Malaysia. Selepas dipecat Anwar berbaik pula dengan George Soros si penyanggak yang telah menghancurkan ekonomi kita.

Mujur ada Dr Mahathir yang ketika itu telah menambat ringgit Malaysia kepada RM3.80 untuk US$1.00 bermula September 1998 hingga 2005.

Anwar mungkin buat-buat lupa pada tahun 2009 dulu nilai Ringgit kita telah mencapai RM3.73 bersamaan dengan US$1.00. Akhirnya nilai tersebut semakin kukuh semula pasca merudumnya ekonomi US akibat krisis ekonomi tahun 2008.

Mungkin Anwar boleh menipu macai-macainya yang bodoh dan bangang ekonomi itu, tetapi dia tidak boleh membodohkan semua orang setiap masa. 

Mungkin kerana dia mahu menonjolkan diri sebagai bekas Menteri Kewangan yang hebat maka dia pun serang mantan-mantan Menteri Kewangan seperti Tun Daim dan Tun Mahathir melalui proksi-proksinya di dalam sektor kerajaan dan swasta. 

Matlamatnya jika dia tak berjaya cara kasar, maka dia akan cuba cara halus pula...Tapi setiap kali dia berbohong maka setiap kali itulah dia kantoi.

Matlamat Anwar dan pembangkang bila masyarakat risau tentang ekonomi negara maka mereka mudah dipengaruhi untuk bangkit memberontak menghuru-harakan negara.


Tokey-tokey kapitalis sudah bersedia dan telah menaikkan harga barang walaupun harga minyak dah turun. Semuanya ada share untuk membantu Anwar naik ditampuk kuasa melalui kuasa rakyat di jalanan.  

Jika berjaya apa yang Anwar akan beri pada mereka?

Bila tak puas hati dengan kos sara hidup yang tinggi, rakyat mudah diprovokasikan dan akan bangkit menentang GST. Isu-isu ketirisan, rasuah, kelemahan akan jadi bahan api untuk membakar perasaan rakyat.

Mudahkan nak baca game Anwar...semuanya kerana dia tak mahu masuk penjara sebab kes liwatnya.

Lebih baik rasanya Anwar dan Jijah jaga cucunya anak si janda Izzah tu dari dok merapu dan menipu sepanjang waktu...


GST: BILA OSTAD TAK CUKUP NGAJI BUAT FATWA GST HARAM...MASYA ALLAH

Posted: 18 Jan 2015 07:05 AM PST


Inilah yang selalu terjadi di kebanyakkan dunia Islam bila seseorang yang bukan ahli bercakap sesuka hati menfatwakan itu haram ini tak betul semuanya salah tanpa lihat pada keseluruhan konteks.

Ada kalangan mereka sesuka hati menfatwakan Islam mengharamkan GST atas alasan pada zaman Rasulullah s.a.w tidak ada GST, tidak ada cukai barangan dan jualan.

Mereka juga berhujah zaman Rasulullah s.a.w cukai tidak dikenakan ke atas umat Islam, yang dikenakan cuma zakat fitrah.

Manakala jizyah atau cukai dikenakan keatas rakyat bukan Islam kerana mendapat perlindungan dari kerajaan baginda.

Percukaian zaman selepas Rasulullah s.a.w

Pada zaman kekhalifahan cukai jizyah diperluaskan ke wilayah-wilayah Islam yang baru dibuka seperti tanah-tanah Empayar Byzantine dan Sassanid milik orang-orang atau rakyat bukan Islam sebagai syarat mereka menerima perlindungan dari pemerintahan Islam.

Begitu juga kharaj iaitu cukai atau duti yang dikenakan ke atas rakyat bukan Islam diperkenalkan apabila sesebuah negara ditakluk oleh tentera Islam samada dalam peperangan atau perjanjian damai sebagai syarat mereka tunduk menyerah dan menerima kedaulatan pemerintahan Islam. 

Perluasan kuasa empayar Islam di seluruh dunia menjadikan sistem kutipan cukai semakin kompleks. Pelbagai bentuk percukaian diperkenalkan antaranya kharaj  http://ms.wikipedia.org/wiki/Kharaj 

Kharaj tidak pun disebut di dalam Al Quran dan Hadis tetapi ia diadakan hasil kesepakatan para ulama, pentadbir dan pakar-pakar ekonomi Islam dizaman silam.

Di dalam undang-undang syariah, kharaj adalah cukai ke atas tanah-tanah pertanian yang dicipta berdasarkan adat dan tradisi dalam masyarakat Islam sesuatu tempat atau dikenali sebagai urf.  

Jadi adakah umat Islam melakukan bida'ah dengan mengada-adakan cukai yang tidak pernah diadakan zaman Rasulullah s.a.w? 

Hasil-hasil dari kharaj, zakat, sedekah dan sebagainya disimpan, ditadbir dan diagih-agihkan secara saksama oleh Baitulmal atau di zaman moden ia setaraf dengan Perbendaharaan atau Treasury.

Percukaian di zaman moden

Bila zaman dah moden, maka pelbagai lagi cukai diperkenalkan oleh pemerintah sesebuah negara bagi menambah hasil pendapatan negara termasuklah GST atau VAT.

Hasil pendapatan percukaian itulah digunakan untuk membayar gaji, membina pelbagai prasarana, membeli kelengkapan ketenteraan, meningkatkan keselamatan, memberi pampasan setiap kali bencana dan sebagainya...

Tapi ada juga di kalangan ilmuan dan agamawan kita nampaknya masih lagi kabur kepentingan GST kononnya GST itu haram dan zalim.

Yang manakah dikatakan haram dan zalim itu?

Jika mereka menfatwakan GST haram, maka ia mungkin haram pada mereka, haram untuk mereka menikmati walau sedikit pun hasil punca atau titisan GST seperti prasarana jalan raya, air, elektrik dan sebagainya yang akan dibangunkan melalui wang kutipan GST!

Jika ada pengikut mereka yang percaya dan mengatakan GST itu haram mungkinkah wang gaji, upah, semua urus niaga perniagaan yang mereka juga terlibat juga menjadi haram dan tak boleh disentuh apatah lagi dimakan kerana duit cukai GST juga digunakan untuk tujuan-tujuan tersebut.

Adakah juga yang dikatakan haram dan zalim itu sepertimana yang mereka faham bahawa umat Islam akan dikenakan cukai berganda-ganda?

Kononnya sudahlah zakat kena bayar lepas tu kena bayar GST lagi...

Please jangan jadi jahil murakkab bercakap tanpa ilmu pengetahuan.

Zakat dibayar bila cukup haul dan nisabnya. Cukai pendapatan juga dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bila cukup setahun tiap-tiap tahun.

Di dalam perundangan Malaysia seseorang yang membayar zakat individu boleh memotong pembayaran cukai pendapatan peribadinya.

Begitu juga apabila sesebuah syarikat korporat membayar zakat korporat atau zakat perniagaan mereka maka mereka boleh dikecualikan dari membayar cukai korporat bila nilainya bersamaan atau lebih dari cukai tersebut atau mereka hanya perlu membayar lebihan cukai tahunan yang dikenakan. 

Kalau berlebihan bayar cukai pula wang akan dipulangkan semula.

Itulah mekanisme percukaian yang dibuat oleh pihak pemerintah untuk kebajikan umat Islam di negara ini. 

Manakala GST pula untuk cukai barangan. Ia dikutip berdasarkan barang atau perkhidmatan yang dijual.

GST bukanlah cukai tambahan kepada cukai sedia ada. Jika sebelum ini di bawah SST cukai adalah 16% namun di bawah GST ia cuma 6% sahaja. 

Bukankah ia sistem percukaian yang lebih baik dari cukai sebelumnya? Lagipun bukan semua barang kena GST.

Syarikat perniagaan yang nilai keuntungan tahunannya kurang dari RM500,000 setahun turut dikecualikan dari membayar GST. 

Cukai korporat pula akan diturunkan dari 26% kepada 25%, 24.5% dan akhirnya 24% secara berperingkat-peringkat. 

Adakah haram lagi GST itu apabila pemerintah mahu melaksanakan satu mekanisme perundangan dan perekonomian yang lebih cekap dan dapat membenteras penyelewengan seperti lari dari cukai, mengaut untung berlebihan dan sebagainya?

Apehal dunia Islam lain turut laksanakan GST?

Jika GST bercanggah dengan ajaran Islam mengapakah 26 buah negara-negara Pertubuhan Islam Sedunia (Organization of Islamic Countries – OIC) seperti Algeria, Turki, Jordan, Lebanon, Indonesia, Mesir, Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan, Kazakhstan dan sebagainya turut melaksanakannya? 

Kadarnya pula berbeza dari serendah 5% di Iran hingga tertinggi 20%  di Uzbekistan dan Tajikistan?

Adakah Negara-Negara OIC ini tidak Islamik? 

Adakah selama ini mereka makan duit haram?

Hakikatnya, kadar GST 6% di Malaysia adalah jauh lebih rendah dari negara-negara lain yang mengenakan GST. Contohnya di Hungary kadarnya 27%. 

Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara dunia ini boleh dan berjaya melaksanakannya? 


Adakah mereka telah membatalkan GST dan melaksanakan suatu sistem percukaian yang lain yang lebih baik dari GST?

Dalam sejarah Islam, sistem percukaian mula dilaksanakan di zaman Khalifah Umar Al Khattab (633-644M) untuk membangunkan negara Islam dari pelbagai sudut. Jika cukai itu haram, apakah hukuman yang perlu dijatuhkan ke atas baginda? 

Murtad, terkeluar dari Islam atau sesat...Mungkin itu fatwa yang dikeluarkan oleh puak-puak khawarij dan syiah yang sememangnya memusuhi baginda!

GST tak perlu...boleh pinjam bank asing?

Jika tanpa wang kutipan GST dimanakah lagi sumber kewangan kerajaan di masa hadapan setelah SST dimansuhkan? Tambahan lagi hasil negara kini semakin susut apabila harga minyak semakin turun menyebabkan pendapatan negara semakin berkurangan.

Adakah para ostad ini suruh kerajaan meminjam dari negara asing...kononnya pinjam dari negara-negara Arab-Islam yang tak mengenakan sebarang faedah kononnya mereka menolak riba...

Siapa kata, siapa nak bayar gaji staff bank-bank mereka?....Berniaga mesti nak untung!

Meminjam dan berhutang dari negara-negara asing banyak mudaratnya wahai ostad-ostad kerana ia melemahkan kedaulatan kita. 

Adakah para ostad ini menyuruh kerajaan memaksimakan hasil dalam negara untuk menambah pendapatan negara. 

Nak suruh tebang balak berekar-ekar, jual tanah balak, pasir dan air pada warga negara asing atau tokey-tokey sepet?

Jika itulah pemikiran singkat ostad-ostad ini nampaknya itulah yang terjadi di Kedah yang dahulunya diperintah oleh ostad-ostad yang bukan pakar ekonomi. 


Sama seperti yang berlaku di Kelantan akibat gila menarah hutan dan bukit, bila banjir besar habis semua kena sapu dek tsunami lumpur dan balak.  

Sepatutnya ostad-ostad ini belajar habis-habis dahulu dari pakar-pakar ekonomi Islam yang mempunyai ilmu tentang perekonomian dan percukaian sebelum bercakap.

Di kala negara aman masa inilah hasil percukaian amat penting digunakan untuk membina kekuatan ketenteraan sebagai persediaan menjaga keselamatan dari ancaman musuh-musuh yang kita tahu atau tidak kita ketahui.

Hasil dari percukaian itulah juga akan digunakan apabila keadaan memerlukan seperti menghadapi bencana alam seperti banjir, kemarau, kerosakan tanaman dan sebagainya.

Kalau duit negara dah tak ada adakah para Ostad-Ostad ini suruh kita meminta sedekah melalui tabung-tabung tin milo dan mengharapkan ihsan dari negara-negara lain? 

Itulah bila tak faham jangan memandai-mandai keluarkan pendapat, belajar dan tanya dulu jika tidak nanti keadaan menjadi lebih buruk. Akhirnya kita ditertawakan kerana kejahilan kita. 

Syeikh Nuruddin pun dah nafi fitnah ostad PAS...camna tu macai?
http://penembak-tepat.blogspot.com/2015/01/syeikh-nuruddin-al-banjari-nafi-fitnah.html



  

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ale Uto Ketum!!! HANTU RAYA mana simpan 6 KOTAK????

Posted: 18 Jan 2015 11:00 PM PST


TV3 semalam memberi liputan kepada Anwar dalam serangan beberapa hari terhadap Tun Daim. Kononnya dia sedia serahkan bukti jika dipanggil SPRM.

Kalau dah ada bukti dan dia beriya2 nak tentang rasuah, kwnapa selama ini tak diserahkan pada SPRM?

Ingat tak pada 6 kotak? 6 kotak yang sering disebut Anwar dan Ezam Md Noor lebih 10 tahun.


Bila dah masuk UMNO, Ezam kata dah serahkan pada Anwar. Selama dia mengetuai NGO Gerak yg konon nak perangi rasuah tu untuk apa?

Cukuplah untuk mengelak dari diserang ahli UMNO yg tak lupa kritikannya terhadap Tun M.

Bercerita mengenai Tun M, bila Ezam hantu raya ni nak jumpa dan minta maaf dengan Tun M? Sana sini dia janji pada kawan dan kenalan dan kata akan jumpa. Dah kira tak mahu jumpa.


Kembali balik kepada Anwar dan laporan TV3, kini liputan TV3 jadi perbualan ramai.

Semalam beri lipuan pada Anwar, malam sebelum iti liputan untuk budak hingus dalam PKR ... hanya timbalan AMK Merbok.

Berkali2 Sam Ketot diberi liputan termasuk satu malam tu dapat live commentary on phone.

Ni sesuatu yang anih. Guna pembangkang untuk serang mantan pemimpin bertaraf Tun. Hingga ada pihak yg kuat kritik Najib pun kata Najib sekongkol dengan Anwar. Tak lojik permainan persepsi tu ....

Sebab pihak yang kuat mengkritik Dato Najib, mereka pun serang guna rujukan Harakah, MI, The Star, SR, Mkini, dll media pembangkang atau condong pembangkang.

Kenapa rosakkan kredibiliti guna sumber pembangkang? Nak tegur pun tegur cara berhemah.

Ini dituju kepada dua-dua pihak.




HANTU RAYA suruh serang Tun M walaupun Tun M-Najib kerap jumpa

Posted: 18 Jan 2015 04:56 PM PST


Bila Zamil Ibrahim bekas KITA, seorang yg pernah berada dalam pembangkang dan kemudian sedia bersama menyertai parti Dato Zaid Ibrahim lalu kini menjadi menyerang Tun M, ada sesuatu tidak kena.

Sekali pandang, tak kena seorang pernah dalam pembangkang serang Tun M dengan tuduhan dia pembangkang. Macam orang tak ada cermin di rumah.

Maka mesti dia berkata sesuatu yang sumbang atas arahan seorang yang kurang cerdik dan strategik tapi perangai main sondol macam lembu dari India yang halal dimakan jika disembelih orang Islam.

Memanglah tidak kena sebarang isu yang lahir dari Zami yang sudah lumrah dilihat semacam menyanyi satu korus dengan personaliti kurang bermutu dan integriti seperti Azwandin JMM, Rani Kulop dan mungkin sekali Ramesh Rao, tapi sentiasa dapat liputan media yang diterajui Dato Jalil NSTP, Dato Aziz Utusan dan Dato Asyraf TV3.

Azwandin tu hanya budak kedai jual buku yang ngaku ada Master GPA 3.8 dari Kanada tapi tak boleh jawab soalan dalam PC hingga sering TV3 terpaksa guna voiceover untuk menutup suara kebudsk2an Azwandin.

Serangan Zamil terhadap Tun M dari arahan seseorang TIDAK KENA sebab Dato Najib sangat menghormati Tun Dr Mahathir dan menerima baik teguran-teguran yang diberi.

Cuma nak dipenuhi semua susah dan kadang kala Penasihat dalaman yg ada agenda masing-masing tidak membantu membolehkan cadangan Tun M.

Namun begitu banyak juga cadangan Tun M yang dilakukan oleh Najib hingga ada blogger yang merungut dan kurang setuju Najib melayani kehendak Tun M bila pulang dari oversea.

Sumber tertentu mengatakan Najib tidak ada langsung membincang untuk menjawab balik malah jauh sekali balas balik teguran yang dilakukan terhadap Tun M dan Tun Daim.

Dato Najib memilih untuk 'engage' dan dia kerap bertemu dengan Tun M untuk menjelaskan isu-isu dan mendengar cadangan beliau.

Sumber tertentu mengatakan Najib sedia datang untuk bertemu Tun M dirumahnya.

Samada benar atau tidak, Dato Kadir Jasin ada minta Najib menalipon Tun Daim sebaik mendarat di Kota Baru sepulangan dari Honalulu.

Malah ada cadangan Tun M yang Najib sedia turuti.

Sapa punya kerja membuat sesuatu berlainan dari keputusan Najib?

Nak kata Dato Tengku Sharifuddin arahkan akhbar untuk serang amat tidak lojik. Baru-baru ini Tengku pun diserang oleh sebuah blog bernama Gelagat Anwar sebagai lembab.

Lagi pun, caranya bukan cara Tengku melakukan tindakan yang tak profesyenal dan terburu2.

Mungkinkah serangan terhadap Tengku adalah untuk menekan dan memaksa dia supaya bertindak lebih aggresif termasuk serang Tun M?

Jika bukan Tengku, kesediaan media untik laporkan Zamil mesti dilakukan oleh tangan seekor Hantu Raya yg boleh arah2 media perdana.

Siapa Hantu Raya yang berpengaruh ini hingga melebihi PM? Apa yang dia ada hingga bolwh arah2 orang????

Hardev Kaur bukan HR yang dikatakan AKJ

Posted: 18 Jan 2015 01:22 AM PST


Raja Petra Kamarudin menulis;


Kadir Jasin is grumbling about what he calls the well-planned and well-coordinated attacks on Tun Dr Mahathir Mohammad and Tun Daim Zainuddin. He even identified the mystery man heading the operation, a person he called H…R…

It seems the mystery man, who is actually a woman, is Hardev KauR. Kadir also accuses her of ordering TV3 to give PKR's Shamsul Iskandar airtime to attack Daim.


What Kadir did not mention is that he, together with Dr Mahathir and Daim, started attacking Prime Minister Najib Tun Razak first. But now that they are being hit back they find the heat too much to bear.

Earlier this week the Anti-Corruption Commission (MACC) visited Daim to record his statement regarding allegations of corruption. Hence the backlash that Daim is facing is more severe and probably too hot for the Mahathir-Daim-Kadir team to handle. This could probably be why this issue is now being raised, as a sort of deflection exercise.

**********************



Mystery man behind attacks on Dr M, Daim

(FMT) – Attacks in the mainstream media on former Prime Minister Mahathir Mohamad and former Finance Minister Daim Zainuddin appear to be gaining momentum.

That's the observation made by former New Straits Times Group Editor Kadir Jasin in his latest blog posting.

Meanwhile, added Kadir, despite Najib blasting pro-government bloggers as bangang (stupid) during the recent Umno General Assembly, the bloggers seem to be emerging as an increasingly influential group.

For example, they have been included in the Prime Minister's entourage, which will leave for Davos, Switzerland, in a few days' time to attend the World Economic Forum (WEF).

"Apart from enlisting Umno people in their efforts to silence the critics, the mainstream Umno-linked newspapers and TV stations continue to quote the opposition parties," said Kadir.

He noted that they started to attack Daim a couple of months ago and about a month ago the attacks spread to Mahathir. 

"They were too systematic to be the work of individual reporters and editors chasing after news," said Kadir. 

"They appear to be working in concert, orchestrated by someone outside the media."

READ MORE HERE

Tak mungkin Hardev Kaur adalah orang yang dikatakan AKJ sebagai HR.

Hardev adalah bekas editor Business Times dan bukan orang luaredia yang fikatakan perancang dan penasihat.

Hardev tidak terlibat dengan hal politik tapi adalah pegawai akhbar PM untuk hal2 ekonomi, business dan korporat.

Langsung tidak kena mengena dengan merancang serangan ke atas sesiapa.

Oleh itu, kenapa tuba2 Hardev dikaitkan tiba2? Apa perancangan pihak2 yg kaitkan namanya?

Projek pendatang haram DAP kena kacau daun

Posted: 18 Jan 2015 12:30 AM PST






MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Bekas Penasihat PM Britain Disyaki Rogol Gadis Bawah Umur

Posted: 18 Jan 2015 09:24 PM PST



Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 9:37 AM

Doug Richard.
SEORANG bekas penasihat kepada Perdana Menteri Britain David Cameron, Doug Richard, 56, ditahan kerana disyaki merogol seorang gadis berusia 13 tahun.

Richard telah disoal siasat oleh polis dan dibebaskan dengan ikat jamin sehingga Mac.
Usahawan teknologi bergelar jutawan itu bagaimanapun menafikan pertuduhan tersebut.
Beliau pernah bekerja dengan Cameron sejak 2007, menemaninya dalam lawatan rasmi ke Afrika pada 2011 selain terlibat dengan pentadbiran di Jabatan Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran untuk mewujudkan sebuah sekolah.

Seorang jurucakap polis Metropolitan London mengesahkan penahanan Richard.

Richard yang juga bapa kepada dua orang anak sering mengeluarkan kenyataannya mengenai penahanan tersebut.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dilakukan terhadap saya. Namun tidak sesuai bagi saya untuk memberikan komen lebih lanjut kerana polis masih lagi diperingkat awal siasatan mereka," katanya.
Pada November tahun lalu, Richard dilantik sebagai Canselor Universiti Teeside yang baharu dan akan memulakan tugasnya awal tahun ini.
Namun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi Isnin, Universiti tersebut memberitahu Richard memutuskan untuk tidak mengisi jawatan tersebut.

Lagi Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi Maut di Bentong

Posted: 18 Jan 2015 04:50 AM PST




PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal terbunuh dan seorang yang lain cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal berkuasa tinggi berhampiran Bukit Tinggi, Bentong.

Mangsa Syaiful Buhairi Abdullah, 27, dari Sungai Besi menunggang motosikal KTM Duke 200cc dari Kuala Lumpur ke Berjaya Hill ketika kemalangan berlaku kira-kira tengah hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata Syaiful Buhairi dikatakan hilang kawalan di KM7 Jalan Berjaya Hill lalu terbabas ke laluan bertentangan.

"Dia kemudian merempuh seorang lelaki lain yang menunggang motosikal Kawasaki Z800. Syaiful Buhairi meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi.

Mangsa kedua yang motosikalnya meletup dan terbakar mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Video: Pekerja KFC bertumbuk dalam premis?

Posted: 18 Jan 2015 08:43 AM PST


KUALA LUMPUR - Sebuah video yang menunjukkan dua pekerja dari KFC Jalan Raja Laut terlibat dalam satu pergaduhan mula viral di laman media sosial sejak hari Jumaat, 16 Januari 2015.

Video selama 36 saat itu difahamkan telah direkod oleh seorang pelanggan yang sedang menunggu dalam barisan untuk membeli makanan.



Dalam satu kenyataan, Naib Presiden KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan telah berkata bahawa dua pekerja yang terlibat itu adalah adik-beradik dan telah bergaduh kerana hal peribadi. Kejadian ini adalah sesuatu yang KFC Malaysia amat kesali dan siasatan sedang berlaku untuk memahami dengan sepenuhnya punca pergaduhan tersebut.

Kenyataan yang ditulis di laman Facebook KFC juga berkata KFC akan sentiasa memastikan keselamatan pelanggan dan pekerja dijaga pada setiap masa.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:27 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Biadap Betul, Seorang Lagi Hina JAKIM & Islam

Posted: 18 Jan 2015 08:47 PM PST



RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:19 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


K-Pop: K'jaan tak ambil berat isu memalukan umat Islam

Posted: 18 Jan 2015 08:45 PM PST

ISU gadis bertudung yang memeluk artis K-Pop telah menimbulkan kegemparan di kalangan masyarakat Malaysia. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah mengeluarkan kenyataan bahawa Mahkamah Syariah boleh mengeluarkan waran tangkap jika gadis tersebut tidak bekerjasama dalam siasatan yang dijalankan.
Kes ini akan dibawa ke mahkamah untuk diambil tindakan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataannya pula berkata tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur konsert K-Pop berikutan perlakuan kurang sopan tersebut. Jelasnya, Jawi dan Jakim menggunakan kuasa dalam menangani isu ini.
Walau bagaimanapun, terdapat pandangan bahawa Jawi dan Jakim melampau dalam mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan. Mereka melihat bahawa Jawi dan Jakim perlu mendidik dan memberikan kaunseling berbanding menggunakan kuasa mendakwa mereka di mahkamah.
Perlu dijelaskan bahawa berpelukan di antara wanita dan lelaki yang bukan mahram adalah perkara yang ditegah dalam agama dan ia diketahui umum tentang hukumnya (ma u'lima minaddin biddhorurah).
Masyarakat mengetahui tentang hukum tersebut sebagaimana mereka mengetahui tentang haramnya mencuri, berzina, merogol dan lain-lain. Justeru, penggunaan kuasa dalam perkara ini adalah perlu kerana orang ramai tidak jahil tentang perkara tersebut dan tidak memerlukan penerangan untuk difahami.
Islam membenarkan penggunaan kuasa oleh pemerintah sebagaimana hukuman yang ditetapkan oleh Allah kepada pesalah zina, minum arak, mencuri, merompak dan lain-lain.
Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika menjadi Khalifah dalam berhadapan dengan golongan yang tidak mahu mengeluarkan zakat telah menggunakan kuasa dalam memerangi golongan tersebut. Ia adalah kerana perkara tersebut adalah diketahui umum hukumnya.
Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin telah menyebut tentang kepentingan kuasa dalam menjaga agama. Beliau berkata: "Dunia adalah ladang bagi akhirat. Tidak sempurna agama kecuali dengan dunia. Pemerintahan dan agama adalah kembar (yang tidak boleh dipisahkan). Agama adalah asal (asas) dan sultan (kekuasaan) adalah penjaga. Perkara yang tidak ada asal (asas) maka ia akan runtuh dan perkara yang tidak ada penjaga maka ia akan hilang.
Read More / Baca Lagi >>

Hujan, pembalakan dan banjir di Kelantan

Posted: 18 Jan 2015 08:43 PM PST

Oleh Dr Wan Nik Wan Yussof
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

Sesuatu yang pasti ialah kejadian banjir berlaku apabila air dari sungai melimpah memenuhi dataran dan lembah serta menenggelami permukaan yang kebiasaanya tidak digenangi air.
Punca air hujan yang banyak melebihi daripada kebiasaan pada musim-musim tertentu  atau beberapa hari berturut-turut adalah antara kemungkinan menyebabkan banjir.
Dalam konteks kawasan yang mengalami musim monsun, seperti di Kelantan jumlah turunan hujan yang lebat beberapa hari biasanya menyebabkan banjir.
Sebagaimana catatan hujan di semua 13 pusat sukatan hujan seluruh Kelantan pada Disember 2014 lalu, menunjukkan hujan yang turun dalam tempoh berpanjangan pada 17-25 Disember (sembilan hari).
Sementara catatan pada hari-hari tertentu didapati turunan hujannya melebihi daripda kebiasaan. Antaranya, pada 17 Disember sahaja, jumlah turunan direkodkan di semua 13 pusat ialah berjumlah 2,596 mm dan catatan tertinggi ialah di pusat sukatan hujan Kusial Tanah Merah sebanyak 414 mm.
Begitu pula catatan pada 22 Disember, jumlah sukatan di semua pusat ialah 2,161 mm dengan catatan tertinggi direkodkan di pusat sukatan hujan Gunung Gagau, Gua Musang iaitu 478 mm.
Ia diikuti dengan catatan di pusat sukatan yang lain di Gua Musang (Kg Aring, Kg Laloh, dan di Gua Musang sendiri) dan di Kuala Krai ( Dabong dan Tualang) kesemuanya adalah melebihi 200 mm.
Demikian lagi, bagi catatan turunan hujan di Gunung Gagau, Gua Musang mencatatkan turunan hujan lebat yang luar biasa selama tiga hari berturut-turut (21-23 Disember) dengan rekod turunan ialah 302 mm, 478 mm dan 515 mm yang bersamaan 1,295 mm.
Berdasarkan pengalaman ini, pakar kajicuaca menilainya sebagai, "jumlah turunan selama tiga hari ini adalah menyamai dengan 64 hari turunan hujan pada hari-hari biasa (20.23 mm sehari)."
Faktor hujan lebat ditambah pula dengan kedudukan Gunung Gagau pada aras ketinggian melebihi 4,500 kaki dari aras laut sudah cukup dan mampu meluncurkan gerakan air yang laju dan mampu membentuk turunan gelombang menerjah lurah dan tebing sungai.
Atas faktor inilah menjadi salah satu punca utama kejadian banjir yang melanda Gua Musang dan Kuala Krai dan akhirnya melimpahi sampai ke Kota Bharu. Maka terjadilahbanjir 2014 lalu sebagai suatu fenomena banjir agak besar berbanding banjir-banjir sebelum ini.
Kuota perhutanan
Pembalakan merupakan satu aktiviti tradisi yang dikaitkan dengan usaha pembangunan tanah dan hasil ekonomi Negeri Kelantan. Bagi membangunkan ladang di kawasan hutan perlu ditebang pelbagai jenis pokok hutan.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa sanggup jumpa remaja perempuan dipeluk K-Pop?

Posted: 18 Jan 2015 08:41 PM PST

BUDAYA hedonisme merupakan antara faktor yang banyak menyongsang akhlak dan peribadi anak muda. Sedangkan golongan ini merupakan tonggak utama dalam memacu pembangunan negara. Berikut kupasan daripada Ahli Parlimen Belia Negeri Perak dari Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat Dan Kesihatan, Nur Najihah Muhaimin yang juga Koordinator Pusat Pendidikan Ummah, Teluk Intan.

HARAKAH: Budaya hedonisme menyebabkan akhlak anak muda tidak dapat dikawal. Sejauh mana kawalan kerajaan bagi membendung budaya ini daripada terus menjalar?

NUR NAJIHAH MUHAIMIN: Budaya hedonisme agak merisaukan. Hasil daripada budaya ini, jangan terkejut dengan kelakuan gadis pada konsert K-Pop. Maknanya jika kita hendak membina sesebuah negara itu kita memerlukan kualiti berdasarkan agama. Banyak hiburan yang telah malampaui batasan yang menyebabkan ada anak muda tidak tahu apa yang dia boleh buat untuk negaranya.

Bagi yang menyedari adanya Parlimen Belia, dia akan menyertainya. Bagi saya, sepatutnya sedari awal semangat kesukarelawan juga harus dipupuk. Jika di United Kingdom, ia mempunyai sistem pendidikan yang menekankan semangat kesukarelawan, terjun kepada masyarakat. Sewaktu tadika lagi kita dapat lihat kanak-kanak tadika memegang 'flyers' untuk kempen alam sekitar di hadapan rumah pemimpin negara. Sedikit sebanyak ia dapat mendidik kanak-kanak semangat sukarelawan.

Kerajaan juga nampaknya cuba untuk mengajak masyarakat ke arah positif apabila menganjurkan program-program seperti Malam Cinta Rasul. Tetapi masa yang sama konsert-konsert juga dibenarkan. Sejak 2010, tidak kurang 11 konsert K-Pop diadakan di Malaysia tidak termasuk konsert artis Barat yang lain. Sampai bilakah kecelaruan ini akan berterusan?

Kita meraikan mereka yang meminati hiburan, cuma kita kena fikirkan kesan hiburan itu pada masa akan datang. Adakah melalui hiburan itu ia boleh menghasilkan pemimpin yang bagus atau menghasilkan rakyat yang inginkan hiburan semata-mata. Mungkin kerajaan boleh hadkan konsert yang boleh diadakan setiap tahun dan kena tengok juga artis itu bagaimana.
Read More / Baca Lagi >>

Paulsen berdegil, minta Sirul dedahkan semuanya

Posted: 18 Jan 2015 08:37 PM PST

Walaupun disoalsiasat oleh pihak polis mengenai 'tweet' mengkritik JAKIM, peguam Eric Paulsen masih tidak serik-serik menyatakan pendapatnya di Twitter.

eric paulsen sirul tell allPETALING JAYA : Peguam Hak Asasi Manusia dan pendiri Lawyers for Liberty Eric Paulsen melalui satu 'tweet' mendesak Sirul Azhar Umar yang dihukum gantung untuk mendedahkan 'semuanya'.
Dalam 'tweet' terbarunya, Paulsen berkata, "Sirul – your backers have abandoned u. Time to tell all?" (Sirul – penyokong kamu sudah tinggalkan kamu. Masanya untuk dedahkan semuanya?)
Sirul dipercayai berada di Australia demi menghindar hukuman gantung sampai mati kerana keterlibatannya didalam pembunuhan Altantuya. Australia tidak mengiktiraf hukuman mati.
Merujuk kepada keengganan kerajaan Australia untuk berkerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk mengekstradisikan Sirul, Paulsen menerusi satu 'tweet' menulis, "Sirul committed murder, hardly a political offence requiring asylum although it was politically convenient for whoever paid/instructed him." (Sirul telah membunuh, bukan kesalahan politik yang memerlukan suaka politik tetapi (keadaan ini) pasti menyenangkan sesiapa yang membayar dan memerintah.)
Paulsen juga menasihatkan Australia, "Australia harus menilai semula syarat-syarat meluluskan suaka politik dan undang-undang ekstradisi yang mengundang kontroversi dimana seorang pembunuh mendapat perlindungan istimewa lebih dari pemohon suaka."
Beliau juga mendesak pihak polis supaya tidak membazir masa berpolitik tetapi lebih memperhatikan penjenayah seperti Sirul, merujuk kepada penangkapan beliau minggu lalu berkenaan 'tweet' yang mengkritik JAKIM.
Read More / Baca Lagi >>

Serangan Kepada Daim Lebih Merugikan Najib

Posted: 18 Jan 2015 02:26 PM PST

Media arus perdana dan pemimpin UMNO terlihat semakin rancak melancarkan serangan terhadap bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin berhubung kekayaannya yang dianggap luar biasa. Pemilik media sosial pro Najib pula menyambut serangan itu dengan tujuan menyebar-luasnya, manakala setengah yang lain menokok tambah dengan pelbagai rekaan fakta supaya lebih menarik untuk dibaca.

Jika sebelum ini serangan terhadap Daim hanyalah mainan parti-parti pembangkang, kini media di bawah kawalan Najib serta beberapa pemimpin UMNO turut tumpang semangkuk dengannya.

Tidak cukup dengan ruang masa di saluran arus perdana, blog dan media sosial melakukannya , sebuah video klip berkaitan seks yang turut dikaitkan dengan Daim juga tersebar meluas sekarang ini.

Seorang pemimpin Selangor iaitu Ketua UMNO Bahagian Subang, Zein Isma Ismail berkata, jika Daim boleh menyerang Najib, maka bekas Menteri Kewangan itu haruslah juga bersedia menghadapi serangan balas daripada penyokong Perdana Menteri pula.

Inilah politik, katanya yang juga Ketua Penerangan UMNO Selangor.

Barangkali media arus perdana dan blogger berbayar  juga mempunyai pemikiran yang sama iaitu jika Daim sudah menyerang, bersedialah pula untuk diserang.

Tentunya juga, niat dan firasat mereka ini, apabila serangan balas dilakukan secara meluas dan berterusan, ia akan menyebabkan Daim terdiam dan berhenti daripada menegur atau mengkritik Najib.

Soalnya, adakah Daim akan diam?

Sementara sudah memberi perakuan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung kekayaan yang dimilikinya, mereka yang menyerang Daim seharusnya sedar bahawa teguran Daim ialah untuk kebaikan UMNO dan BN bagi menghadapi pilihanraya akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Masyarakat Bising: Bentuk Masyarakat Masa Depan

Posted: 18 Jan 2015 02:22 PM PST

Paling parah, lagi banyak kita kepoh dalam sehari, lagi perasan kita sedang memperbaiki masyarakat!
oleh Dian Anais
Rahsia dosa komputer
Masyarakat-Melayu"Masyarakat bising", adalah frasa yang paling sesuai untuk menggambarkan bentuk masyarakat kita mutakhir ini. Ini adalah masyarakat yang laju bila bercakap (termasuklah menaip), sehingga hampir tidak ada sela antara satu percakapan dengan percakapan yang lain.
Persoalannya, mengapa masyarakat bising ini semakin hari semakin jelas kelihatan di negara kita? Saya fikir jawapannya kerana komputer (dibaca juga: teknologi).
Sebelum saya "dedahkan" rahsia berkenaan "dosa" besar komputer kepada pembentukan masyarakat bising kita, maka izinkan saya terlebih dahulu membawa contoh mengenai isu K-pop yang timbul baru-baru ini.
Sebelum berlaku kontroversi K-pop, siapa yang sangka peristiwa ini boleh jadi isu di Malaysia? Sudah pasti, tiada siapapun yang sangka. Semuanya bermula gara-gara sebuah laporan media. Tanpa laporan media, kita semua takkan heboh pun.
Kemudian, siapa boleh meneka bahawa anak gadis tempatan yang berpeluk dan bercium dengan K-pop mahu diambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)? Tiada siapa pun yang sangka, sehinggalah media melaporkannya, dan mungkin ramai yang jengkel dan membantahnya.
Setelah itu, siapa boleh meramalkan bahawa nama isteri Perdana Menteri dan Shah Rukh Khan boleh turut terheret dalam isu K-pop? Justeru, kontroversi K-pop ini menunjukkan bahawa kita sebenarnya dipaksa bercakap atas leretan isu dan rantaian percakapan orang lain.
Percakapan kita bukan sahaja dibantu oleh laporan media arus perdana, tapi juga dari lambakan media sosial. Sebab itu, bila ada menteri mengulas kontroversi K-pop, maka kita terhegeh-hegeh terlibat sama dalam memberi tanggapan: mencemuh/memuji.
Reaksi penyebab kebisingan melampau
Semua becok mengulas. Semua sibuk menjadi pengamat kepada apa yang telah diamati oleh orang lain. Di sini, tiada lagi reaksi autentik, sebaliknya semuanya adalah reaksi atas reaksi.
Reaksi atas reaksi inilah yang menyebabkan kebisingan yang melampau. Kebisingan ini bukan sahaja dibantu oleh kebanjiran pengamat sosial (amatur dan profesional), tapi turut dirangsang oleh kemudahan komunikasi yang ada.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: Kerajaan Perlu Bertindak Segera

Posted: 18 Jan 2015 02:06 PM PST

Anwar Ibrahim: Falling Oil Prices & Plunging Ringgit - Government Must Step Up To The Plate

Posted: 18 Jan 2015 02:05 PM PST

Anwar Ibrahim: Stop Using The Charlie Hebdo Shooting To Reintroduce The Sedition Act

Posted: 18 Jan 2015 02:04 PM PST

Anwar Ibrahim: An Immediate Special Budget Session To Discuss The Reduced Oil Revenue

Posted: 18 Jan 2015 02:04 PM PST

Jokowi mempertahankan hukuman mati dalam memerangi dadah

Posted: 18 Jan 2015 06:35 AM PST

Jokowi mempertahankan hukuman mati dalam memerangi dadah
Wakil dari kedutaan Brazil meninggalkan penjara Nusakambangan selepas hukuman mati itu dilaksanakan ke atas pesalah.

JAKARTA: Indonesia tidak akan berkompromi dengan pelaku, pengedar dan sindiket dadah.

Peguam Negara Indonesia, Muhammad Prasetyo memberitahu hukuman mati yang dilaksanakan ke atas enam pengedar bahan terlarang itu pada Sabtu, adalah bukti kesungguhan kerajaan memerangi dadah.

Kenyataan dibuat Muhammad bagi menjawab kritikan komuniti antarabangsa terhadap pelaksanaan hukuman mati itu.

Enam pengedar dadah terbabit terdiri daripada empat lelaki, masing-masing warga Belanda, Brazil, Malawi dan Nigeria.

Manakala dua wanita masing-masing dari Indonesia dan Vietnam.

Hukuman itu dilaksanakan skuad menembak pada tengah malam Sabtu di penjara dekat Pulau Nusakambangan, Jawa Tengah.

Hukuman tembak sampai mati bagi dua wanita itu dijalankan di Boyolali, juga di wilayah Jawa Tengah.
Read More / Baca Lagi >>

Akta baharu mungkin ganti Akta Kanak-Kanak 2001

Posted: 18 Jan 2015 05:49 AM PST

Akta baharu mungkin ganti Akta Kanak-Kanak 2001PETALING JAYA:
Sebuah akta baharu yang memberi lebih penekanan terhadap kecuaian ibu bapa menjaga anak mereka mungkin digubal menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang sedang dalam proses pindaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata lebih 70 peratus kandungan Akta Kanak-Kanak 2001 didapati perlu dipinda bagi menambah kandungan berhubung kecuaian ibu bapa terhadap anak.

"Memandangkan pindaan yang dibuat adalah lebih 70 peratus, sebab itulah ia tidak seharusnya dipanggil pindaan dan lebih baik dikenali sebagai Akta Kanak-Kanak 2015 yang baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Parti Tahunan ke-17 Kanak-kanak Kiwanis 2015, di sini hari ini.

Katanya akta baharu itu akan lebih memberi fokus terhadap pengabaian ibu bapa dalam penjagaan anak mereka memandangkan kandungan Akta Kanak-Kanak 2001 tidak begitu memberi penekanan tentang perkara itu.

Beliau berkata akta terbabit akan mengenakan hukuman lebih berat kepada ibu bapa yang bersalah mengabaikan anak mereka dan diharap dapat memberi pengajaran kepada ibu bapa sebelum melakukan sesuatu perkara yang memudaratkan anak.

Rohani berkata kementeriannya telah menghantar draf pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 kepada Peguam Negara tahun lepas namun dikembalikan semula kepada kementerian itu untuk lebih diperhalusi dari sudut undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

Persempadanan semula ujian getir untuk BN di PRN..!!

Posted: 18 Jan 2015 05:45 AM PST

KUCHING: Pemerhati politik berkata Barisan Nasional (BN) perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan kerusi Bengoh, yang telah dicadangkan untuk dinamakan semula sebagai Mambong.
SARAWAK BNIni adalah kerana persempadanan semula kawasan yang dicadangkan akan menyaksikan pengundi di bawah kawasan Parlimen Mambong ini, yang akan dinamakan semula Puncak Borneo, berpecah kepada tiga kerusi negeri: Mambong, Tarat dan Serembu, yang merupakan salah satu daripada 11 kerusi yang baru dicadangkan.
Mereka mendakwa bahawa BN akan menghadapi masalah untuk Mambong kerana 10,000 pengundi akan beralih daripada Bengoh untuk Serembu – lebih daripada 80 peratus daripada mereka adalah Orang Asal.
"Peralihan pengundi untuk pilihan raya negeri yang baru juga bermakna bahawa pecahan kaum bagi Mambong juga telah diubah dan ini adalah bahagian yang paling menarik.
"Pada masa lalu, beberapa orang kata BN tidak perlu undi Cina untuk memenangi Bengoh. Selagi BN boleh menjamin lebih daripada 60 peratus daripada undi Bidayuh, calonnya pasti akan menang tetapi tidak selepas persempadanan ini," tegas seorang pemerhati.
Para pemerhati berkata jika kerusi baru mula bermain semasa pilihan raya negeri akan datang, Mambong akan mempunyai 16,803 pengundi – lebih 4,500 daripada mereka adalah Cina.
"Ini bermakna bahawa kira-kira 12,000 pengundi atau begitu juga Bidayuh atau Orang Asal lain. Dengan mengandaikan bahawa 60 peratus daripada undi mereka pergi kepada BN, mungkin ia masih boleh menang walaupun dengan margin yang sangat tipis tetapi apa-apa cara kurang masalah," kata pemerhati lain.
Pemerhati, yang termasuk ahli-ahli politik veteran, berkata pengiraan adalah berdasarkan trend politik semasa di kalangan pengundi Cina bandar dan separa bandar, dan juga kewujudan penyokong pembangkang tegar di kawasan itu.
Menurut mereka, berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini, calon-calon pembangkang tidak pernah diberikan "masa yang sukar" kepada parti pemerintah.
Read More / Baca Lagi >>

Daim: Saya memang ada bukti – Anwar

Posted: 18 Jan 2015 05:43 AM PST

Anwar memberi persetujuan membantu SPRM dalam siasatan ke atas Daim.

Daim ZainuddinPETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau sedia membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap bekas Menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Dakwanya, SPRM harus menjalankan tugasnya secara profesional dan beliau turut menyatakan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memberikan kerjasama kepada pihak SPRM.
"Saya memang ada bukti tapi ia sudah difailkan," katanya kepada pemberita di One World Hotel.
Sebelum ini, Daim turut menyatakan bahawa beliau sedia bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan terhadap perniagaan perbankannya di luar negara.
"Saya bersedia untuk menyokong dan bekerjasama dengan SPRM dalam penyiasatan mereka," kata bekas Menteri Kewangan itu.
Daim juga berkata beliau mempunyai keyakinan terhadap kemampuan SPRM untuk menjalankan siasatan tersebut.
Sebelum ini terdapat laporan mengatakan Daim mengesahkan memiliki sebuah bank di Tanzania, namun menafikan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.
Daim juga menjelaskan beliau pernah disiasat dua kali sejak 1999 berhubung perkara itu, dan tiada apa yang tidak kena dalam siasatan itu.

Ringgit matawang Asia paling lemah – Anwar

Posted: 18 Jan 2015 05:40 AM PST

Malaysia kini sedang hadapi kemelut ekonomi dan rakyat perlu bersedia bagi menghadapi detik-detik sukar.
Anwar-Ibrahim_1PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kebimbangan ekoran kedudukan ekonomi Malaysia yang semakin menyusut.
Dakwanya, ia berikutan kesan penurunan harga minyak secara mendadak dan ditambah pula dengan penurunan nilai ringgit.
"Malaysia kini sedang hadapi kemelut ekonomi dan rakyat perlu bersedia bagi menghadapi detik-detik sukar.
"Negara sedang berhadapan dengan penurunan harga minyak mentah antarabangsa di samping penyusutan nilai Ringgit Malaysia ke tahap terendah semenjak krisis kewangan Asia pada tahun 1997," kata Anwar dalam program perjumpaan bersama Anwar di One World Hotel.
Jelas Anwar, penurunan harga minyak mentah yang telah jatuh hampir dua kali ganda iaitu 53 peratus, iaitu daripada purata USD 108 setong pada Januari 2014 kepada USD 51 bagi bulan Januari 2015.
Katanya, nilai Ringgit kini merupakan matawang Asia yang paling lemah kerana menyusut kepada RM3.55 untuk setiap USD 1 daripada RM3.32 sejak setahun yang lalu.
Tambah beliau, harga minyak sawit mentah juga dilihat lemah dengan anggaran 10 peratus kepada RM 2,300 satu tan.
"Pada 10 Oktober 2014, Belanjawan Persekutuan 2015 yang telah dibentangkan adalah pendapatan daripada julat harga minyak mentah antara USD 100 hingga USD 105 setong yang membentuk keseluruhan pendapatan kerajaan," jelasnya.
Kata beliau, keseluruhan sumbangan kepada pendapatan kerajaan akan menyusut sebanyak 8 peratus dengan pengurangan sebanyak RM 19.4 bilion daripada anggaran pendapatan sebanyak RM 242 bilion ke atas unjuran belanjawan 2015.
Read More / Baca Lagi >>

Charlie Hebdo: Mainan tangan ghaib CIA?

Posted: 18 Jan 2015 05:39 AM PST

Serangan bendera palsu ini bertujuan menjadikan Paris lembu dicucuk hidung kepada Washington.

hebdo+CIAOleh Iman Hakim
Versi rasmi yang diterima ramai dan dicanangkan ke merata dunia ialah serangan Charlie Hebdo dilakukan oleh pengganas Islam (?) kerana marah yang melampau dengan perbuatan majalah mingguan satira ini mempersenda Islam dan Nabi Muhammad SAW. Ia diterima sebagai benar dan betul, maka dapat dilihat bagaimana Islam dilihat sebagai raksasa hodoh yang menggerunkan lalu mencetuskan Islamaphobia.
Tetapi tunggu dulu. Sekadar sedikit pendapat daripada pemerhatian terhadap aspek, perkara dan sudut tertentu.
Lihat, insiden serangan ke atas pejabat Charlie Hebdo sebenarnya lebih memperlihatkan banyak karateristik "operasi bendera palsu" (false flag operation). Percayalah serangan ke atas pejabat majalah satira di Paris ini dilakukan oleh penyerang profesional dan berdisiplin yang lazimnya berkaitan dengan pasukan khas yang sangat terlatih; sementelahan suspek yang kemudiannya, didakwa sebagai ditangkap dan dibunuh sepertinya tidak profesional dan goyah.
Jadi cerita manusia dalam serangan ini menampakkan dua set manusia berbeza. Begini, serangan dilakukan oleh manusia lain yang amat profesional dan terlatih tetapi lepas bebas, sedang yang ditangkap dan dibunuh sekadar kambing hitam yang tidak tahu pun apa yang berlaku.
Anda percaya orang Muslim yang melakukannya? Penolong Setiausaha Perbendaharaan bagi Dasar Ekonomi, Dr Paul Craig Robert menjelaskan, seorang penyerang Muslim bersedia untuk mati semasa melakukan sesuatu serangan; tetapi dua profesional yang menyerang Charlie Hebdo berusaha melarikan diri dan mereka berjaya. Lebih hebat lagi identiti "penyerang atau pengganas Islam" diketahui melalui dakwaan bahawa penyerang tercicir pengenalan peribadi di dalam kereta yang digunakan untuk melarikan diri. Kesilapan tercicir pengenalan diri seperti ini tidak konsisten dengan tahap profesionlisme serangan yang dilancarkan. Ia mengingatkan kepada cerita passport yang ditemui tidak musnah secara ajaibnya dalam runtuhan dua menara WTC semasa serangan 11 September. Penemuan itu kononnya "mendedahkan identiti penyerang 9/11."
Kesimpulan yang mudah diterima ialah bahawa pengenalan diri yang tertinggal dalam kereta yang didakwa digunakan adik-beradik Kouchi melarikan diri; kemudiannya polis mendakwa, mereka berdua sudah dibunuh, dan selepas itu tidak ada sebarang maklumat mengenai mereka berdua. Siapa penyerang profesional sebenar kini terus dilupakan.
Ada persoalan di sini, bagaimana adik-beradik yang tidak ada latar belakang agama yang kuat boleh menjadi ekstremis dan melancarkan serangan. Amat menyedihkan dua manusia yang dibesarkan di rumah anak yatim kerajaan di bandar Rennes menjadi pengganas dan dibunuh. Tidak lebih sekadar kambing hitam!
Read More / Baca Lagi >>

Pasca banjir: Rumah tiga bilik sebagai ganti - MB Kelantan

Posted: 18 Jan 2015 05:37 AM PST

Ahmad Yaakob 
KUALA LUMPUR - Sebanyak 600 unit rumah akan dibina di Manek Urai, Kelantan dalam masa terdekat bagi menggantikan kediaman yang musnah akibat bencana banjir, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Yaakob.

"Kerajaan Kelantan melalui tabung ini (Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan)  dapat putuskan (kerajaan negeri) dapat  bina 600 unit rumah yang mempunyai tiga bilik, iaitu mempunyai keluasan 800 kaki persegi.

"Buat masa ini, kita masih menyenarai data-data rumah-rumah yang rosak untuk dibaiki semula," katanya selepas melancarkan Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurut Ahmad, sebanyak 2,374 rumah musnah akibat banjir yang melanda negeri itu, 600 daripadanya akan dibina dahulu.

"Manakala rumah yang selebihnya akan dibina dengan jalinan kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Bersama Bantuan Banjir," ujarnya lagi.

Menurut Ahmad, batu asas untuk membina 600 unit rumah tersebut akan dilancarkan pada 22 Januari ini.

"Kita akan letak batu asas pada tarikh tersebut, di atas tanah seluas sembilan ekar," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Apa "rahsia besar" itu, Kit Siang soal kabinet Najib..?

Posted: 18 Jan 2015 05:35 AM PST

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang menggesa kerajaan berterus terang bagi pihak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung projek keselamatan negara antara pihaknya dan 'raja judi' Paul Phua.

Tuntutan itu dibuat selepas Zahid enggan mendedahkan perkara itu atas alasan "rahsia besar" bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

"Kabinet – pada Rabu ini – patut pegang teguh prinsip urus tadbir baik dan telus dan menukar status berhubung maklumat 'projek keselamatan negara' melibatkan individu didakwa raja judi Paul Phua, yang mana polis tidak tahu menahu berhubung perkara itu.

"Kabinet patut biarkan rakyat Malaysia tahu sama ada terdapat 'projek keselamatan negara' melibatkan Phua sebelum ini, berapa banyak semuanya dan kenapa polis tidak tahu menahu," kata Lim.

Zahid mencetuskan konservatif selepas suratnya bertarikh 18 Disember tahun lalu kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat didedah.

Dalam surat itu, Phua dikatakan membantu kerajaan Malaysia dalam projek "keselamatan negara".

MP: Salah guna bukan alasan sekat kebebasan

Posted: 18 Jan 2015 05:34 AM PST

Penyalahgunaan kebebasan bersuara oleh sebahagian individu tidak harus dijadikan alasan untuk menyekat hak asasi manusia itu, kata anggota parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa.

Mengakui kebebasan bersuara harus disertai rasa hormat pada orang lain, Mujahid bagaimanapun berkata, penyalahgunaan itu tidak dapat dihapuskan melalui "sebuah lagi undang-undang zalim".

"Membatasi kebebasan atas alasan terdapat orang menyalahgunakan kebebasan bukanlah jawapannya," kata wakil rakyat PAS itu.

Beliau mengulas kenyataan kerajaan mahu menjadikan insiden tembakan di Paris baru-baru ini sebagai alasan untuk mewajarkan pengekalan Akta Hasutan 1948.

Insiden itu menyaksikan 12 orang terbunuh dalam serangan pada majalah Charlie Hebdo kerana mempermainkan Nabi Muhammad melalui kartun satiranya.

Ganti Hadi: Pemuda Pas serah ahli buat keputusan

Posted: 18 Jan 2015 05:32 AM PST

Suhaizan Kaiat 
SHAH ALAM – Pemuda Pas menyerahkan segala keputusan kepada pimpinan kawasan berhubung isu jawatan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicadangkan agar tidak dicalonkan bagi jawatan sama pada pemilihan parti 2015-2017 ini.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, pimpinan Pas peringkat kawasan yang bertanggungjawab mencadangkan mana-mana calon bagi jawatan Presiden dan bukannya dibuat secara individu.

"Pemilihan pimpinan Pas ini dicadangkan oleh pimpinan Pas peringkat kawasan. Di peringkat kawasan itu, mereka mempunyai penilaian mereka sendiri.

"Biasanya, saya lihat mereka tidak terpengaruh dengan pandangan-pandangan yang ada di luar. Mereka ada pandangan mereka sendiri, jadi, kita serahkanlah pada pimpinan Pas kawasan untuk menentukan perkara tersebut," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Ketika diminta mengulas soal tindakan bekas Exco Pemuda Pas Pusat, Zulhazmi Shariff yang membuat kenyataan di laman Facebook minggu lalu berhubung jawatan Abdul Hadi itu, Suhaizan berkata, sebagai ahli biasa, Zulhazmi berhak memberi pandangan.

"Saudara Zulhazmi itu ahli biasa dalam Pas, jadi, dia nak beri pandangan terpulang pada dia sebab itu saluran yang dia ada. Dia bukan pimpinan Pas (untuk bercakap dalam mesyuarat). Jadi terpulanglah.

"Dia bukan mewakili mana-mana pimpinan Pas kawasan. Itu hak dia. Kerana akhirnya keputusan itu nanti akan dibuat oleh pimpinan Pas kawasan juga," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Syukur.. harga sayur 'murah'... Jom tanam sayur sendiri... Tak tahu ker belakang rumah menteri penuh dgn tanaman sayur

Posted: 18 Jan 2015 05:18 AM PST

KANGKUNG camner.. Kalau dah TURUN, JANGAN LUPA PUJI KERAjaan

DAP desak kerajaan potong dana melampau Jabatan Perdana Menteri

Posted: 18 Jan 2015 04:27 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 JAN: Kerajaan perlu memotong 'dana istimewa' dalam bidang kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM7 bilion dan bukannya mengurangkan perbelanjaan sosial ke atas penstrukturan semula Belanjawan 2015.
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, kerajaan juga harus melantik Menteri Kewangan sepenuh masa yang boleh memberikan dedikasi kepada pengurusan dana dan ekonomi negara.
Menurutnya, penurunan harga minyak global yang menyebabkan pemotongan mendadak pendapatan kerajaan juga menunjukkan betapa perbelanjaan harus dikurangkan.
"Persoalannya kini dana manakah yang akan dipotong. Sebagai permulaan, tidak boleh ada pemotongan untuk pendidikan, kesihatan, kebajikan dan perbelanjaan sosial lain.
"Apa yang harus dipotong adalah 'dana istimewa' yang bukan sahaja diberikan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) tapi Kementerian Kewangan, " kata Chin Tong dalam satu kenyataan, hari ini.
Pengarah Pendidikan Politik DAP itu menegaskan, terdapat tujuh projek di bawah dana pembangunan yang diperuntukkan secara keterlaluan untuk Jabatan Perdana Menteri.
Projek itu adalah Program Kemiskinan bagi Semenanjung/Sabah/Sarawak (RM160 juta), Program Pembangunan (RM1.1 bilion), Projek Mesra Rakyat (RM670 juta), Dana Fasilitasi (RM2.5 bilion), Projek Kecil (RM300 juta) dan Projek Khas (RM1.6 bilion).
"Senarai-senarai ini melibatkan wang pembayar cukai sebanyak RM7.08 bilion, jauh melebihi bayaran BR1M.
Read More / Baca Lagi >>

Pulau Pinang kaji tindakan undang-undang cabar pelaksanaan GST

Posted: 18 Jan 2015 04:24 AM PST


GST_naik


KUALA LUMPUR, 18 JAN: Kerajaan Pulau Pinang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan Pusat melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April nanti, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
"Pada mesyuarat Exco negeri lalu, kami memutuskan untuk berunding dengan peguam untuk mengkaji sama ada pelaksanaan GST boleh dicabar di mahkamah.
"GST tidak boleh dilaksanakan sekarang ini. Ia perlu ditangguhkan untuk memberi lebih banyak masa kepada rakyat Malaysia memahami serta menyesuaikan diri terhadap kesan negatif yang bakal terjadi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Guan Eng berkata, DAP akan lebih menggiatkan usaha membantu hala tuju negara dan kehidupan rakyat terutama akibat kegagalan Kerajaan BN yang dilihat semakin mengabaikan peranannya.
Jelasnya, perkara itu dipersetujui dalam pemukiman tahunan DAP di Subang Jaya yang berlangsung selama tiga hari bermula kelmarin..
"DAP mengambil keputusan memberi tumpuan kepada beban ekonomi ke atas rakyat, kegagalan tadbir urus seperti berlaku dalam krisis banjir di Pantai Timur dan ancaman puak-puak pelampau, perkauman termasuk undang-undang yang menindas," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Ekstremis agama, rasisme, rasuah kesan pelanggaran ajaran Rasulullah - MB Selangor

Posted: 18 Jan 2015 04:16 AM PST

Bencana banjir ragut sikap kemanusiaan

Posted: 18 Jan 2015 04:13 AM PST