Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


'Saya bukan hidup bawah undang-undang al-Quran'?

Posted: 13 Jan 2015 04:18 AM PST


Ketua editor majalah Charlie Hebdo, Stephane Charbonnier pernah mengeluarkan kenyataan bongkak berhubung tindakan majalah berkenaan menerbitkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Charbonnier atau lebih dikenali sebagai Charb adalah kartunis yang mengagungkan kebebasan bersuara yang melampau.

Malah dia kerap menyiarkan karikatur berbaur penghinaan terhadap agama Islam.

Dalam satu temu bual yang diterbitkan majalah itu pada 2012, Charb menghina Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, dia tidak menyesal dan tidak berasa bertanggungjawab berhubung sebarang keganasan yang bakal tercetus ekoran penerbitan tersebut.

"Saya tidak menyalahkan orang Islam kerana tidak tertawa melihat kartun kami. Saya hidup di bawah undang-undang Perancis dan bukan undang-undang al-Quran," katanya.

Charb, 47, antara yang terbunuh dalam serangan berdarah di pejabat majalah itu di Paris, Rabu lalu.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


SAH!!! Ada terima duit Tonto hentam MyEG

Posted: 13 Jan 2015 09:55 PM PST


Baca kisah Myeg diikut dan diugut Tonto dalam MI di SINI.


Peristiwa ini dilaporkan minggu lepas. Minggu ini, DAP dan PKR bising pula. Takkan tiada kaitan?

Felcra OK saja dan puashati. Baca The Star SINI

Apa benda Jo Bedul cerita pasal keselamatan maklumat? Dia tanya ke bagaimana proses?

Maklumat kepunyaan kerajaan maka tanya gomen.

Lagi bahaya jika maklumat tak dikumpul dan keadaan sebenar tak diketahui.

Berapa underworld sudah kasi RM masyukk????

Berita tipu 1M4U dan BR1M untuk kucar kacir rakyat

Posted: 13 Jan 2015 08:50 PM PST



Sister in Sesat berdiam suka bila gadis Muslim dicabul?

Posted: 13 Jan 2015 07:20 PM PST


GadisMuslim dicabul penyanyi k pop di atas pentas dalam khalayak ramai. Difahami mamat ini mahu keliling di Msia dan lebih ramai gadis dikhuatiri akan dicabul


Ramai pula ambil mudah hal ini.



K pop mungkin ada agenda tersembunyi.

Kenapa Sister in Sesat diam saja terhadap gejala ini? Mereka ini suka ke apa yang berlaku sekarang?

Seperti ISIS, Eric Paulsen extrimis ugama tajaan CIA

Posted: 13 Jan 2015 04:30 PM PST



Siapa Eric Paulsen?

NAMA Eric Paulsen mula disebut sejak beberapa hari lalu susulan kenyataannya yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme atau fahaman pelampau pada setiap Jumaat.

Siapa beliau? 

Beliau adalah seorang peguam, yang juga pengarah eksekutif dan pengasas bersama pertubuhan bukan kerajaan, Lawyers for Liberty (LFL).

Paulsen dilihat kerap bercakap mengenai pelbagai perkara mengenai Islam di akaun Twitternya, terutama mengenai hukum hudud.

Antara status terkini di Twitter beliau mengenai Islam ialah:

1) "Golongan ulama adalah seperti raja/Tuhan, tidak boleh dikritik."- 6 Januari 2015

2) "Hmm apabila agamawan palsu samakan doa dengan cara dapat kontrak besar kroni. Syirik besar ini." - 31 Disember 2014

3) "Lagi agamawan menjaja agama" (merujuk kepada Malam Cinta Rasul 2015 di Dataran Merdeka) - 29 Disember 2014

4) "Ada majlis di tempat terbuka (dan) nampak nak hujan. Jadi penganjur doa agar tak hujan. Tak lama pun hujan. Jadi penganjur kata rahmat Tuhan. Kisah benar." - 27 Disember 2014

5) "Cara Pas Kelantan cakap macam tak ada benda lain dalam dunia/akhirat kecuali hudud. Isu-isu kebajikan, ekonomi, sosial dan keselamatan masyarakat?" - 24 Disember 2014

6) "Taliban menggila. Inilah akibatnya bila terlalu taksub dengan hukum (dan) haram tanpa tahu nilai agama, keadilan, belas kasihan (dan) penyayang." - 17 Disember 2014

7) "Tak faham obsesi Pas dengan hudud. Ia tak berperlembagaan, zalim (dan) tak sesuai dengan zaman moden." - 14 Disember 2014

LFL yang diasaskan beliau pula adalah pertubuhan hak asasi manusia dan undang-undang yang bermatlamat mencabar keputusan dan tindakan tidak berperlembagaan yang dilakukan kerajaan dan pihak berkuasa lain.

Berdasarkan laman web National Endowment for Democracy (NED), LFL mendapat dana sebanyak AS$45,000 (RM160,000) setiap tahun dari 2011 hingga 2013.

NED adalah sebuah yayasan bukan berasaskan keuntungan bermatlamat mengembangkan dan mengukuhkan institusi demokrasi di seluruh dunia.

Mendapat dana daripada Kongres AS, NED menyokong lebih 1,000 projek kumpulan bukan kerajaan di lebih 90 negara.

Menurut laman web NED, sejak penubuhannya pada 1983, NED mengetuai perjuangan demokrasi di dunia dan kedudukannya sebagai badan bukan kerajaan memberikan yayasan itu fleksibiliti untuk bertindak segera apabila ada peluang perubahan politik di mana-mana negara.

Dari Whats App

Jom sokong Ketua Polis Negara!!!

Posted: 13 Jan 2015 07:28 AM PST



Mari tengok, Bar Council dan Bersuh 2.0, sapa ramai?



Banyak ini saja malam tadi ...


EXPOSED!!! Kok & Bedul helping human trafficking cartel?

Posted: 13 Jan 2015 04:00 AM PST


Think!

Foreign workers can be found everywhere and everyday. They are at the coffeeshop or mamak.

Some of them are illegals. Penang had to ban foreign workers from cooking hawker food. Most likely the small little hawker stall hire illegal foreign workers.  
They are depriving Malaysians of jobs. Same with factories who hire illegal foreign workers are not fair to businesses who spend good money to hire legal workers. 

Illegal foreign workers clearing the land at Cameron Highlands was believed to be part of the cause of the landslide.

There have been many cases of foreign maids running away after working for a few months but employers spent more than rm10,000 to hire a maid. There are syndicates that gave these maids jobs at food stalls.

By raising issue on MyEG, Teresa Kok and Johari Abdul are using their Kok and Bedul story to sabotage effort to properly monitor and keep information on foreign workers so as to address problem of illegal workers.

What they are doing is to be popular with these food stall owners harbouring foreign workers.

Maybe they are playing their political role as part of helping to protect illegal foreign worker syndicates. Could be that they are head of the human trafficking cartel.

Aku wrap up kan.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MENJAWAB KERISAUAN DATUK A. KADIR JASIN

Posted: 13 Jan 2015 10:02 PM PST

Tokoh Wartawan Negara - Datuk A. Kadir Jasin
P. Ramlee adalah tokoh dalam bidangnya yang tahu bila masa untuk berdiam diri. Zaman kegelapan P. Ramlee bermula apabila irama Pop Yeh Yeh menguasai muzik tanah air. Namun begitu, sumbangan besar P. Ramlee dalam penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan sangat membanggakan. 

Hari ini, sangat malang apabila seseorang tidak tahu bila masa yang sesuai untuk berhenti dan berehat. Mereka ini tidak menyelami nasihat Tun Dr. Mahathir, supaya berhenti makan sebelum kekenyangan. 

Inilah masalah di dalam negara kita, mereka selalu mahu mencipta news of the year

Kewartawanan Era DS Najib
Kewartawanan hari ini sangat-sangat berbeza dengan era tahun 1960an hingga ke hujung 1990an. Keberuntungan para pengarang pada zaman sebelum DS Najib ialah mereka kurang keberanian untuk mengkritik Perdana Menteri sebagaimana yang mereka lakukan sekarang.

Ada satu cerita oleh wartawan lama, seandainya anda sedang bertanya kepada seseorang menteri soalan yang sukar, tiba-tiba kaki anda akan dipijak sebagai tanda anda tidak boleh meneruskan soalan itu.

Malang kepada mereka kerana, pada hari ini kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak menghalang dirinya dikritik, walaupun rekabentuk kritikan itu kelihatan sangat hodoh malah menelanjangi kekurangan si pengkritus. 

Mereka tewas kepada kesederhanaan Perdana Menteri yang menerima sebarang bentuk kritikan, dan mereka sangat sakit hati kerana Perdana Menteri boleh bersabar, tenang dan kelihatan hebat di tengah-tengah kritikan yang menggila.

Apalah sangat ketohoran idea wartawan kunos (bukan kuno) yang merasakan diri sebagai pemikir terhebat konon, walhal mereka sering lupa tanpa peranan Kerajaan yang memberikan peluang kepada kita bersuara dan berbisnes, ianya hanya umpama kertas-kertas hangus yang diterbang angin ke ruang kotor udara. 

Saya sangat yakin bahawa kerana semakin vacumnya mereka dengan pemikiran lama, dan tidak berada di dalam cycle kerajaan, mereka menjadi syok sendiri hinggakan berperasan merekalah pengkritik tersohor dekad ini walhal kritikan-kritikan itu tidak signifikan kerana tidak up to date. Mereka ingat Kerajaan hari ini sebuah Kerajaan yang statik. Sedarlah zaman sudah berubah.
Sejak tahun 2009, DS Najib secara peribadi tidak pernah pun menyinggung apa yang dibuat oleh Tun Daim Zainuddin (Tun Daim) hinggalah sekarang ini. Sumbangan Tun Daim tidak pernah pun dipertikaikan oleh Kerajaan. Mengapakah merasakan kerajaan mempertikai atau mengenepikan sumbangan Tun Daim? Mengapa ada orang lain terasa sangat? Hubungan kerajaan dengan Tun Daim Zaindudin dan Tun Dr Mahathir sentiasa dalam keadaan baik sepanjang masa. Jika mereka mempunyai pandangan yang berbeza dengan Kerajaan, bukanlah bermakna Kerajaan bermusuhan dengan mereka.

Baru-baru ini saya terserempak dengan Tun Daim di IJN, walaupun ketuaan beliau sangat jelas, saya tidak fikir Tun Daim mempunyai apa-apa masalah dengan Kerajaan dan DS Najib. 

Kita kena sedar DS Najib tidak mempunyai pegawai tingkat 4 untuk bermesyuarat di luar waktu pejabat atau di luar kawasan.

Saya tidak tahu kepada siapakah Datuk A. Kadir Jasin (Kadir Jasin) menujukan kritikannya, jika orang muda yang berdampingan dengan Perdana Menteri yang dimaksudkan, maka saya bukanlah orangnya. Saya menerima sebahagian kritikan Kadir Jasin, tetapi saya menolak sebahagiannya juga. 

Sebagai ahli Kerajaan yang baik, dan sebagai warganegara yang baik, saya mesti mempertahankan Kerajaan, Negara dan Perdana Menteri. Tetapi percayalah, saya tidak akan mempertahankan menteri yang bertanggungjawab di bawah bidang kuasanya terhadap penganjuran K-Pop baru-baru ini.

Inilah jawapan saya terhadap 18 soalannya.

1. DS Najib telah memberikan jawapan sebab mengapa Darurat tidak diisytiharkan semasa banjir besar baru-baru ini, di antaranya kerana isu insurans sebagaimana dalam laporan Malaysiakini. Majoriti rakyat menerimanya dan pengamal insurans tidak menolak alasan itu, di mana keputusan tersebut dilakukan demi kebaikan rakyat yang ditimpa musibah.

Tanpa Darurat pun, kebijaksanaan kerajaan lebih terkehadapan di mana langkah-langkah pro aktif seperti kerjasama Kerajaan PAS dan Kerajaan UMNO dilihat lebih berkesan. Di peringkat Kerajaan persekutuan pun, agensi-agensi Kerajaan sudah all out sepanjang masa. 

Saya sedar terdapat kekeliruan bilamana angka RM800juta disebut kononnya telah dibelanjakan sepanjang banjir besar baru-baru ini. Walhal, faktanya peruntukan wang itu belum pun dibelanjakan pun, di mana agensi-agensi kerajaan masih menggunakan peruntukan bencana banjir tahun 2014. 

DS Najib seorang Perdana Menteri yang sangat teliti, kerana itulah dua hari lepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara (JAN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menubuhkan Jawatankuasa Memastikan Pengurusan Bencana Banjir sebanyak RM500 juta itu dibelanjakan mengikut cara yang betul, telus dan bertanggungjawab. Satu sen pun daripada RM500 juta itu akan menjadi kawalan ketat oleh pihak SPRM, JAN dan MKN. Sudah pasti rakyat sangat gembira dengan kerjasama Integriti ini

Kerana itulah, jika anda duduk di Kuala Lumpur dan menulis soalan mengapa tidak diisytiharkan Darurat, ianya sama keadaan apabila anda duduk di Brickfields dan seseorang menghantar wassap gambar Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Barrack Obama sedang bermain golf, dan anda membuat pemikiran sendiri kononnya mereka bermain golf selama 8 jam. Saya sudah jelaskan kisah sebenar di Hawai di sini .

2. DS Najib adalah CEO kepada Kerajaan Malaysia. Negara kita mempunyai asas ekonomi yang kukuh. Pemain bisnes minyak di Arab Saudi dan Rusia sedikitpun tidak terganggu dengan kejatuhan harga minyak yang dilaporkan di New York itu. Mereka sangat yakin ianya akan kembali menaik mencecah USD105 ataupun lebih dalam tempoh beberapa bulan mendatang. 

Laporan Reuters dan The Economy tidak boleh dijadikan asas untuk menjatuhkan hukuman awal kononnya Kerajaan akan mengalami kesukaran untuk sustain. Orang luar yang duduk di luar kerajaan boleh bercakap apa sahaja mitos dan hipotesis, yang akhirnya ianya akan menjadi tidak relevan. Sebelum ini, saya sudah menyatakan bahawa kita mesti bersatu mempertahankan PETRONAS, kerana salahsatu sumber ekonomi negara kita ialah melalui PETRONAS. Di sini

3. Kita janganlah terlalu American nice apabila terpikat sangat dengan harga minyak yang dispekulatorkan di New York. Anda harus mengubah sisi tempat duduk anda kerana harga minyak yang sebenar berada di Beijing, Moscow dan Riyadh bukan semata-mata di New York. 

New York adalah pemikiran lama kata Profesor Samuel P. Huntington. Katanya 20 tahun dahulu, bahawa New York dan Barat adalah pemikiran lama, kuno dan ketinggalan zaman. Pemikiran baharu itu berada di Timur Jauh dan Asia Barat. Pemain bisnes minyak di Amerika sengaja melambakkan simpanan minyak mereka untuk memastikan harga setong minyak itu turun ke paras USD40.00 setong tetapi simpanan mereka sendiri sudah pasti hanya mampu bertahan dua tiga bulan. Selepas itu mereka terpaksa menyembah semula negara-negara pengeluar minyak utama dunia, kerana itulah negara-negara Arab tidak peduli permainan harga minyak di New York malah Arab Saudi memberi amaran akan menambah pengeluaran minyak beberapa juta tong sehari tanpa memperdulikan kejatuhan harga yang disengajakan itu. Adakah ada sesiapa tidak mempercayai Kerajaan Malaysia masih boleh sustain?

4. GST telah diterangkan dengan panjang lebar oleh Kerajaan, jika ada seseorang tidak mampu memahaminya, ianya adalah kerana beberapa sebab. Pertama pemikiran sudah tepu dan keras, kedua terlibat dengan bisnes jua, dan ketiga sudah tahu tetapi bertanya semula. Yang saya sangat pasti adalah "penjual pisang goreng tidak dikenakan GST", tetapi saya yakin dakwat, kertas dan bisnes percetakan akan mengalami GST, barangkali kerana itu harga Berita Harian naik 30 sen. 

Saya tidak sangka ada rakyat Malaysia sangat takut dengan GST sedangkan Indonesia sudah lama melaksanakannya, kalaulah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, saya percaya Anwar akan melaksanakan GST paling lewat pada tahun 2000.

5. Dua keadaan yang mencengkam mana-mana negara di seluruh dunia. Pertama kejatuhan harga minyak dan kedua kejatuhan nilai matawang masing-masing. Malaysia sudah pasti tidak terkecuali, melainkan Malaysia terletak di planet Marikh. 

Dengan soalan ke-5 itu, saya ada satu jawapan untuk kita fikirkan iaitu, Kalendar Formula 1 tahun 2015 di Korea Selatan ditutup kerana penganjurnya bankrap, banyak hutang dan Kerajaan mereka tidak mampu membantu. Manakala, Formula 1 di Malaysia terus sustain pada tahun 2015 dan tahun-tahun seterusnya.

Soalan 6 dan 7 saya memberi peluang kepada pembaca untuk menjawabnya kerana saya harus bersikap terbuka dan realistik. Soalannya di sini


8. Berita terkini hari ini (13/1/2015) melaporkan pasaran saham di negara-negara Asia Tenggara khususnya Indonesia, Filipina dan Thailand menjunam. Di Malaysia kita sangat malang kerana ada orang menulis pasaran saham Malaysia lebih buruk daripada negara-negara itu. Jika anda tidak lagi membaca Berita Harian kerana harga sudah naik kepada RM1.80, bacalah Jakarta Post, Manila Times dan Bangkok Post di layar internet supaya gambaran yang lebih adil boleh diberikan.

9. Seseorang wartawan, adalah lumrah bagi mereka membandingkan angka tahun 2012 dengan angka semasa pada tahun 2015. Tetapi wartawan yang rajin akan membuat sedikit homework untuk melihat pula semakan kenaikan harga IPO saham FGVB pada tahun 2016 hingga tahun 2020. Angka-angka pada tahun mendatang menjadi kebiasaan diramal oleh pakar-pakar pelaburan di mana mereka memberikan justifikasi masa hadapan yang sangat tepat dan jelas.

Soalan 10 dan 11 merujuk kepada Bank Negara, di mana tidak mungkin saya boleh memberi gambaran yang tepat. Saya lebih suka mengulasnya dalam bentuk yang lain. Gabenor Bank Negara Malaysia sejak 20 tahun ini menerima pelbagai Pengiktirafan/Anugerah Antarabangsa telah memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa ekonomi Malaysia tidak akan bankrap, prestasi ekonomi Malaysia tidak akan sampai memberi kesan yang buruk kepada negara, di mana ianya terbukti di mana tatkala Malaysia mampu menurunkan harga minyak negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura tidak mampu melakukannya.

Soalan 12 hingga 17 berkaitan kes 1MDB. Oleh kerana saya bukan ahli ekonomi saya tidak berani untuk memberikan angka kerana angka yang baik hendaklah tidak statik. Saya telah menjawab dengan cara saya sendiri isu 1MDB di sini. Saya percaya gambaran saya sangat mudah, malah saya percaya amatlah tidak adil kepada sesiapapun untuk menilai 1MDB di bawah pengurusan baharu Arul Kanda tanpa memberikannya masa tetapi dia sudah pun ada kejayaan terpantas, iaitu mengembalikan wang pelaburan keseluruhannya berjumlah US$2.318 Bilion di Pulau Cayman (US$1.215 Bilion + US$1.103 Bilion)


Dengan kejayaan terbaharu ini, keenam-enam soalan itu menjadi tidak relevan. Saya juga percaya Kadir Jasin akan lebih memuji Arul Kanda berbanding Rafizi.

18. Soalan nombor 18 elok dijawab oleh pelajar tingkatan 6 kerana mereka boleh menjawab dengan tepat. Saya juga percaya DS Anwar Ibrahim pun akan menjawab dengan mudah. Semasa DS Najib berada di Hawai kerana menghormati jemputan Presiden Barrack Obama, pada masa yang sama pula di tanah air situasi banjir khususnya di Kelantan semakin kritikal. Maka sudah pasti DS Najib menggunakan apa jua kemudahan kapal yang ada dan selamat untuk segera pulang ke tanah air selepas menjadi tetamu Presiden Amerika. Sama ada Perdana Menteri pergi menggunakan kapal rasmi dan pulang ke Malaysia menggunakan kapal tentera dan sebagainya, itu adalah secondary. Keutamaan ialah rakyat mahu DS Najib pulang segera bersama-sama mereka dan itulah yang dilakukan oleh DS Najib setiap hari. Kita jangan lupa, menghormati jemputan dan menghormati tetamu adalah ajaran agama Islam. 

Kesimpulan
Akhir sekali, selepas bersoal jawab di sini, suka saya membuat kesimpulan, bahawa amarah, kebencian kalau ada dan kekecewaan Kadir Jasin adalah kerana kebimbangannya melihat DS Najib dikelilingi musuh dalam selimut, ataupun musang berbulu ayam. Namun, pada saya Kadir Jasin perlu mendedahkan siapakah mereka itu?

Jika di sini saya bertanya siapakah pengganti DS Najib itu? Kali ini saya bertanya pula, siapakah musang-musang berbulu ayam itu?

SUMBER

GST: HAJAT GUAN ENG NAK PELECEH BN TAPI TERKENA BALIK...APA PUNYA TUR !

Posted: 13 Jan 2015 07:44 PM PST


Ni chek nak habaq mai kat Penang sana Ketua Menteri hangpa punya la turrrrr...

Nama saja Ketua Menteri tapi apa punya haflah jingga dia dok merepek hantaq surat kat PM mintak tangguh GST.

Dia mintak tangguh sebab dia habaq kat PM yang tiga pekedai kat Balik Pulau akan gulung tikaq sebab tak sedia nak hadapi GST.

La awat hang haflah sangat tur. Guna tiga contoh hang nak habaq orang Penang dan Malaysia tak sedia terima GST.

Utusan Malaysia: Rabu 14 Januari 2015 halaman 22 

Ni habaq mai la ni kat seluruh negara dah lebih 225,000 buah syarikat berdaftar di bawah GST. Kebanyakkan mereka tu syarikat-syarikat kecil untung tak sampai pun RM500,000 setahun tapi depa sukarela nak daftar. 

Ada jugak syarikat besaq yang untung berpuluh juta setahun depa lagi suka dengan GST dapat banyak insentif dari kerajaan nanti.

Kami tak nak cakap banyaklah. Tapi kalau lagu nilah kualiti Ketua Menteri DAP Penang memang patut lama dia diberhentikan. Ganti yang lebih layak, banyak lagi ADUN DAP yang layak. 

Dari ramai-ramai hanya peniaga 3 orang dijadikan contoh untuk menolak GST, dah tu surat pula dihantar kat PM...malulah wei, saja buat ramai.

Guan Eng hang sebagai penjawat awam negeri hantar surat kat boss dengan fakta tak kukuh...tak malu ke wei kat orang Tanjung?

Agaknya hang banyak makan nasi kandaq daun ketum ka Guan Eng?

Malu mamu lagu nih...

Nasi kandaq satu...
* Hangpa baca dengan lenggok bahasa Penang baru faham...

TRAGEDI LAHAD DATU: SEORANG LAGI SEKUTU ANWAR DAH MAMPOS...

Posted: 13 Jan 2015 04:31 PM PST



Ketua pengganas Sulu Filipina yang mengetuai insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah Mac 2013 lalu, Agbimuddin Kiram meninggal dunia pada Selasa akibat serangan jantung, lapor portal berita Filipina, Rappler.

Agbimuddin pernah mendakwa dirinya sebagai 'Raja Muda Kesultanan Sulu' itu meninggal di kediamannya di Barangay Tubig Indangan di pekan Simunul, Tawi-Tawi.

Sebelum itu pada 30 Oktober 2013, ayahnya Jamalul Kiram III turut meninggal dunia kerana masalah jantung dan buah pinggang.

Pada 9 Februari 2013, sebuah kumpulan pengganas telah menceroboh perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Agbimuddin (dalam bulatan) bersama bersama Jamalul Kiram (sudah meninggal) dan adik-beradik mereka.
Selepas itu kawasan tersebut menjadi medan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dengan penceroboh Sulu yang merebak ke beberapa kampung hinggalah ke perkampungan air Sri Jaya Simunul.

Pencerobohan ini berpunca berikutan desakan dari Jamalul Kiram yang mengaku sebagai Waris Kesultanan Sulu yang menuntut hak kedaulatan ke atas Sabah secara kekerasan.

Agbimuddin mengetuai insiden pencerobohan itu bersama kira-kira 200 orang bersenjata dari selatan Filipina yang menyaksikan 63 militan terbunuh selebihnya ditangkap dan melarikan diri termasuk Agbimuddin, manakala 10 anggota keselamatan Malaysia gugur.

http://www.rappler.com/nation/80696-agbimuddin-kiram-dies

Susulan itu, kerajaan telah menubuhkan kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah yang dinamakan dikenali sebagai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Ia diwujudkan khusus bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.

Selain itu, Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) juga diwujudkan yang merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau.


Walaupun dah mampos beberapa musuh negara, kita tidak boleh leka dan selalu kena beringat bahawa masih ada segelintir manusia dalam negara ini yang sanggup buat apa saja untuk memperlekeh dan melemahkan kerajaan sedia ada semata-mata kemaruk menjadi Perdana Menteri atau Presiden sebuah republik di negara ini.


Rombak semula UMNO Selangor untuk menang. @NajibRazak @NohOmar

Posted: 13 Jan 2015 01:00 AM PST

Sebelum kita mengulas lanjut mengenai rombakan UMNO Selangor, jom sama-sama kita kaji struktur parti tersebut yang sedia ada.

Carta organisasi UMNO Selangor dibahagikan kepada dua iaitu Organisasi Pengurusan Parti dan Organisasi Pengurusan Pentadbiran.



Carta organisasi pengurusan parti. Sila klik untuk besarkan


Carta organisasi pengurusan dan pentadbiran. Sila klik untuk besarkan

Secara amnya, dalam struktur pengurusan parti, ianya disusun mengikut ranking jawatan yang mana ketua-ketua sayap mengisi ketiga-tiga jawatan naib pengerusi. Selain Bendahari, kesemua jawatan yang lain diisi secara automatik oleh ketua-ketua bahagian di Selangor. Daripada keseluruhan jawatan, hanya ada dua ADUN iaitu YB Datuk Johan Aziz - Semenyih dan YB Datuk Abdul Shukur Idrus - Kuang dan tiga ahli Parlimen iaitu YB Datuk Seri Noh Omar, YB Datuk Nor Hayati dan YB Fasiah Fakeh yang terlibat dalam struktur ini.

Manakala dalam struktur pengurusan dan pentadbiran, baki jawatan dibahagi-bahagikan kepada mana-mana Ketua Bahagian yang tidak terlibat dalam struktur sebelum ini. Hanya ada seorang ADUN yang terlibat iaitu YB Tuan Mat Nadzari Ahmad Dahalan - Batang Kali.

Di Selangor, BN hanya mempunyai 12 orang ADUN. Berikut merupakan senarai ADUN tersebut dan jawatan mereka di dalam parti (tanpa gelaran pangkat dan mengikut maklumat terkini UMNO Selangor - Mohon komen jika terdapat ralat) :

1) YB Kamarol Zaki Malik - Sg. Air Tawar (AJK Bahagian)

2) YB Budiman Zohdi - Sg. Panjang (Naib Ketua Bahagian)

3) YB Rosni Sohar - Hulu Bernam (Ketua Wanita)

4) YB Mat Nadzari Dahalan - Batang Kali (Ketua Bahagian)

5) YB Mohd Shamsudin Bin Lias - Sg. Burong (Timbalan Ketua Bahagian)

6) YB Sulaiman Razak - Permatang (Naib Ketua Bahagian)

7) YB Jakiran Jacomah - Bkt. Melawati (Ketua Cawangan)

8) YB Amiruddin Setro - Jeram (Ketua Cawangan)

9) YB Shukur Idrus - Kuang (Ketua Bahagian)

10) YB Johan Aziz - Semenyih (Ketua Bahagian)

11) YB Halimaton Saadiah Bohan - Kota Damansara (Ketua Wanita)

12) YB Shahrum Sharif - Dengkil (Timbalan Ketua Bahagian)

Daripada 12 ADUN tersebut, didapati hanya DUA orang sahaja yang betul-betul aktif dalam media sosial iaitu YB Budiman (http://mindabudiman.blogspot.com/) dan YB Rosni (rosnisohar.huluselangor.com). Sementara, laman-laman web rasmi UMNO Bahagian, sama ada tidak wujud, atau tidak aktif dan tidak dikemas kini setelah beberapa tahun. Ini merupakan satu perkembangan yang tidak baik.

Walaupun sesetengah ADUN atau Ketua Bahagian sangat popular di peringkat akar umbi/DUN, namun dalam konteks negeri Selangor, pengaruh mereka di media sosial juga memainkan peranan yang amat penting. Berdasarkan pemerhatian kami, hanya ada beberapa orang sahaja pemimpin UMNO yang agak popular dan aktif di media sosial iaitu, DS Noh Omar, YB Budiman, YB Rosni dan Tn. Azahari Shaari. Manakala selainnya hanya kelihatan di laman Facebook atau Twitter sahaja tanpa sebarang impak yang jelas.

Selain itu, struktur badan perhubungan UMNO kini juga tampak mengelirukan dan wujud hanya untuk mengiktiraf ketua-ketua bahagian sahaja. Jawatan-jawatan penting seperti Ketua Penerangan dan Pengerusi Jabatan Pilihanraya seharusnya diberikan kepada mereka yang mampu dan layak melaksanakan tugas tanpa mengambil kira jawatannya dalam parti. Sehubungan itu, kami pernah mencadangkan agar sedikit rombakan drastik dibuat di peringkat pengurusan tertinggi terlebih dahulu:



Justifikasi mengenai peranan dan kelayakan setiap calon bagi rombakan ini kami telah bincangkan dalam artikel seperti URL di atas. Di bawah ini kami perincikan lagi rombakan melalui penyusunan semula struktur organisasi bagi memperkasakan semula Badan Perhubungan UMNO Selangor.




Bagi mengatasi kecelaruan fungsi dan struktur organisasi sebelum ini, kami telah mengkaji prestasi keseluruhan pemimpin UMNO Selangor secara teliti. Peranan pemimpin yang telah memenangi pilihanraya diiktiraf dengan tanggungjawab tertentu agar mereka dapat membantu parti di peringkat negeri pula. Malah, kemahiran dan pengalaman Senator Ezam juga tidak sepatutnya diketepikan demi menjayakan usaha untuk mengembalikan semula kuasa BN di Selangor.

Perubahan dalam beberapa portfolio biro sosial perlu dilakukan bagi memberikan peluang kepada pemimpin lain yang lebih berkeupayaan dan bersemangat untuk menyumbang tenaga dan idea. Para pemimpin pelapis/muda juga sepatutnya diberikan peranan yang lebih berkesan agar transformasi dan peremajaan parti dapat berjalan serentak dengan jayanya.

Sekali lagi, ini merupakan cadangan dari kami yang bukan ahli dan tiada jawatan di dalam UMNO. Niat kami hanya satu, mahu membantu UMNO Selangor berubah.Kalau Kedah dan Terengganu boleh ditawan semula kerana mereka berubah, maka tidak mustahil UMNO Selangor juga mampu melakukan perkara yang sama. Rakyat sebenarnya mengharapkan UMNO Selangor berubah demi masa depan dan nasib orang Melayu Selangor itu sendiri!!!

Berubahlah sebelum semuanya terlambat.



Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:43 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Kenapa Ramai Orang Melayu Meniaga Benda Yang Sama Aje dan Strategi Pemasaran Pun Sama Aje?

Posted: 13 Jan 2015 08:50 PM PST

1. Ubat kurus cepat

Anda mahu kurus? Tetapi dengan kesibukan hidup, selalu menghalang kita dari meluangkan masa untuk bersenam tetapi kini tidak lagi dengan produk kami. Anda tidak perlu bersenam, tidak perlu berlapar dan yang seronoknya, anda boleh makan macam biasa. Tak percaya? Sapukan saja krim kurus yang disertakan sekali dalam pek pembelian dan saiz pinggang anda serta merta akan turun 2 inci.

Tak perlu bersenam, instantly boleh turun 1 inci dalam 5 minit dan boleh makan apa saja yang anda nak? Apa tunggu lagi?

Counterpoint - "Aku nampak pinggang kau sedikit menggeleber. Cuba sapu sekarang ubat tu dan bernafas seperti biasa."


2. Program duit masuk sambil goyang kaki

Jadilah affiliate kami! Anda hanya perlu masukkan surat ke dalam sampul dan jana pendapatan RM300 satu hari! Satu hari! Jika anda tak mahu masukkan surat, kami ada opsyen-opsyen lain yang mampu menjana pendapatan mudah dan senang kepada anda. Sila letakkan nombor telefon anda di sini dan kami akan memberi respon kepada anda.

Counterpoint - "Kalau camtu, baik kau buat sorang-sorang."


3. Program Emas Beranak Tapi Kami Yang Beranakkan Emas Anda

Anda ada emas? Kenapa biarkan ia terperap sebegitu saja? Beri kepada kami untuk kami laburkan. Setiap 10g anda laburkan, KAMI JAMIN, bukan, KAMI JANJI akan bertambah menjadi 12g selepas 3 bulan. Yang paling menarik, anda akan dapat duit poket RM30 sebulan untuk setiap 10g yang anda laburkan. Mudah, cepat dan senang. Anda hanya perlu duduk goyang kaki di rumah dan tunggu duit masuk.

Counterpoint - "Err....siapa kau nak ambik emas aku?"


4. Krim Ubat Licin Instant

Masya Allah! Selepas saya memakai produk ini, serta merta wajah saya bertambah berseri. Sumpah Demi Allah saya tak tipu. Kesan parut jerawat saya berkurangan dan suami terus kata yang saya kelihatan muda 10 tahun. Saya terus buka album gambar lama-lama dan boleh nampak lah perbezaannya. Terus suami nak masa tu jugak. Rasa seolah berbulan madu kali kedua :)

Counterpoint - "Suami puan nampak sangat tak suka puan gelap."


5. Krim Payudara Tegang

Puan risau dengan payu dara yang makin jatuh? Suami dah mula pandang wanita lain? Apa yang ditunggu lagi, dapat krim penegang payudara kami dan lihat kesannya serta merta. Bukan setakat itu, malahan jika diizinkan Allah, cup size puan-puan akan bertambah. Dijamin berkesan kerana saya dah menggunakannya selama 3 bulan ni dan memang benar, makin ramai mata-mata nakal yang memandang saya.

Counterpoint - "Kalau saya sapu kat bahagian lain, tegang jugak ke? Saya tak nak cuping telinga saya jadi tegang."

6. Ubat Vagina Ketat

Selepas bersalin anak ketiga kami melalui kaedah normal, saya mula gelisah mengenangkan takut tidak dapat lagi bersama dengan suami seperti dahulu. Mujurlah ada ubat ini yang bertindak secara semulajadi untuk merapatkan apa yang sudah sedikit longgar. Setelah saya mengambil ubat ini, saya mula merasakan perubahan ke atas hubungan suami isteri dan suami saya mula jarang keluar malam dan lebih gemar berada di rumah.

Counterpoint - "Kau sepatutnya lebih risau tak dapat bersama dengan suami kerana tak cukup masa, dah ada 3 orang anak berbanding vagina yang tidak ketat."

7. Ubat kote tegak

Dulu, saya hanya mampu beraksi seminit, dua minit sebelum tewas. Alhamdulillah selepas diperkenalkan dengan krim zakar power ni, saya dapat mengawal sendiri tubuh saya sehinggakan kadangkala isteri pun terpaksa minta berhenti kerana tak mampu menanggung lagi. Saya dapat rasakan hubungan kami mula kembali pulih, kami jarang bergaduh dan yang paling seronok, setiap hari, makan malam sedap-sedap belaka.

Counterpoint - "Isteri bahagia bukan sebab kote kau tegak lama. Isteri kau bahagia sebab kau tolong kemas rumah. Kenapa ramai lelaki gunakan kote tegak sebagai penanda aras kebahagiaan keluarga?"


8. Air yang bukan H20.

Tuan-tuan dan puan, ini bukan air biasa. Ini air yang telah dipecahkan molekulnya dan kandungan enzim-enzim, amilase, acidity dan alkaliknya telah dipertingkatkan. Struktur air yang lebih halus menjamin kelancaran penghadaman dalam perut dan sistem nano dalam air tersebut mampu mengembalikan semula elektrolit yang diperlukan. Baca dulu bismillah dan selawat ke atas Nabi sebelum meminum air ini. Insya Allah kesan baiknya akan dirasai serta merta.

Counterpoint - "Kalau betul nak membantu ke arah jalan di redhai, kenapa sebotol RM10 ni?"

9. Satu produk pelbagai khasiat

Anda ada kencing manis? Sakit jantung? Darah tinggi? Sakit buah pinggang? Usus membengkak? Makan tak hadam? Berak tak lawas? Migraine? Asthma? Halitosis? Masalah pendengaran? Pernafasan selalu tersekat? Selsema berpanjangan? Thiroid bengkak? Buasir? Perlu perkhidmatan mesin dialisis setiap hari?

Makan ubat kami ni dan dengan izin Allah yang Maha Kuasa, akan berkuranganlah penyakit-penyakit yang ada dalam badan anda. Kenapa perlu mengambil supplement-supplement tambahan yang dijual dari negara barat, yang tidak diketahui apa bahan kimianya? Dengan mengambil ubat kami, anda juga sedang menyumbang kepada tubuh anda Vitamin A,B1,B2,C, folic acid, DHA, nitrogen dioksida, sukrosa, gelatin, zat besi dan 8 lagi khasiat yang diperlukan dalam badan.

Counterpoint - "Oh, dah boleh tutuplah hospital dan klinik tu semua ya? Akak ada ambik medical insurans tak? Kenapa ambik kak? Kan akak ada ubat ajaib ni."

..............

Dalam banyak2 benda, benda aku paling sedih tengok, adalah orang2 Melayu ni jual barang2 yang sebenarnya scam.Dan kemudian mati-matian diorang pertahankan produk diorang tu bila ada orang kritik.

Padahal, dia sendiri tak tau, syarikat mana yang produce produk tu.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:41 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


SEKALI LAGI kenyataan menteri CGPA 3.85 perbodohkan rakyat..

Posted: 13 Jan 2015 09:05 PM PST

Adakah SKMM berani ambil tindakan terhadap menteri yg kerap beri kenyataan bercanggah & menipu rakyat ???

Charlie Hebdo didakwa terus hina Nabi, Islam

Posted: 13 Jan 2015 09:01 PM PST

Pasca Banjir: 3 Kategori Penempatan Bagi Mangsa Banjir

Posted: 13 Jan 2015 09:00 PM PST

Pasca Banjir: Gotong Royong Bersama MB Kelantan Membersihkan Pasar Besar Kuala Krai

Posted: 13 Jan 2015 09:00 PM PST

MB Kelantan Melawat & Meninjau Dapur Rakyat Dabong

Posted: 13 Jan 2015 08:59 PM PST

MB Kelantan Sampaikan Bantuan Kpd Mangsa Banjir Di Bertam Lama Gua Musang

Posted: 13 Jan 2015 08:59 PM PST

MB Kelantan Meninjau Keadaan Selepas Banjir Di Kemubu Dabong

Posted: 13 Jan 2015 08:58 PM PST

MB Kelantan Sampaikan Bantuan Kpd Mangsa Banjir Di Pasir Tumboh Gua Musang

Posted: 13 Jan 2015 08:58 PM PST

MB Kelantan Meninjau Keadaan Terkini Jambatan Kemubu Dabong

Posted: 13 Jan 2015 08:57 PM PST

TIADA SIAPA YANG BERANI NAK SIASAT !!! MANA JAKIM, MUFTI, MENTERI AGAMA SEMUA !!!

Posted: 13 Jan 2015 08:08 PM PST


Mejar Zaidi Dipecat: KEADILAN desak Menteri Pertahanan campur tangan

Posted: 13 Jan 2015 07:58 PM PST

PETALING JAYA 14 JAN- KEADILAN mempertikai keputusan Mahkamah Tentera memecat Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad selepas didapati bersalah kerana mendedahkan masalah dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum 2013.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, hukuman dijatuhkan terlalu berat dan tidak setimpal berbanding rekod cemerlang perkhidmatan 26 tahun pegawai Pemerintah No 12 Skuadron TUDM Butterworth itu.
"Mejar Zaidi adalah seorang Pegawai pemerintah skuadran, dia telah berkhidmat dengan cemerlang dan mendapat pelbagai pingat penghargaan selain pernah berkhidmat di Bosnia.
"Apa yang berlaku dalam kes ini, Dia sebenarnya mendapati dakwat yang digunakan dalam pilihanraya lalu tertanggal dengan mudah, sedangkan SPR mendakwa ia boleh kekal.
"Sebagai pegawai tentera, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dia telah ambil tanggungjawab membuat laporan kepada polis, namun sebaliknya terjadi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN semalam.
Menurut Johari, pihak tentera sepatutnya menyiasat dakwa berkenaan, tetapi malangnya Zaidi didakwa di Mahkamah.
"Kalaulah ada sekali pun kesalahan yang dilakukan, ia terlalu kecil berbanding hukuman yang diberikan," katanya.
Sehubungan dengan itu, Johari mendesak Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein campur tangan dalam keputusan kes tersebut memandangkan apa yang dilaporkan Zaidi diakui sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Pengerusi SPR sendiri mengakui ada kelemahan pada dakwat kekal, maknanya jika pengerusi sendiri mengakui ada kelemahan, apa yang didakwa oleh Zaidi adalah betul, beliau bukannya mendedahkan rahsia kerajaan atau rahsia pertahanan.
Read More / Baca Lagi >>

Nilai ringgit jatuh, taraf hidup rakyat merosot lagi

Posted: 13 Jan 2015 07:56 PM PST

ADAKAH kerajaan masih mahu menafikan bahawa negara kita sudah dilanda krisis ekonomi? Penafian yang tidak berasas seperti ini adalah cukup bahawa dan boleh membawa kemudaratan kepada seluruh rakyat Malaysia. Rakyat akan menjadi keliru dan tidak memahami keadaan ekonomi yang sebenar.

Kerajaan harus menjelaskan situasi yang sebenar walaupun semua ini berpunca daripada pengurusan ekonomi yang lemah oleh kerajaan. Rakyat berhak mengetahui status ekonomi yang sebenar. Ini adalah penting supaya mereka boleh bersedia menghadapi keadaan yang tidak menentu pada masa hadapan. Memberi gambaran ekonomi yang tidak betul hanya akan memperbodohkan rakyat dan menyusahkan mereka menghadapi masa-masa genting.

Nilai mata wang Ringgit semakin merosot. Perkara ini tidak boleh dinafikan oleh kerajaan. Tetapi, adalah tidak wajar jika ada pihak-pihak tertentu menyifatkannya sebagai sesuatu yang baik untuk ekonomi negara. Kita semua tahu bahawa, beberapa bulan yang lalu nilai mata wang Malayisa adalah RM3 bagi USD1.

Kini, nilainya semakin hari semakin menurun sehingga RM3.60 bagi USD1. Kenaikan lebih kurang RM0.60 atau 16% ini akan membawa banyak implikasi negatif kepada ekonomi negara. Keadaan ini adalah paling teruk sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1997.

Antara punca-punca kepada kejatuhan yang mendadak ini adalah kerana kemasukan pelaburan asing yang semakin merosot, peningkatan hutang dari luar negara, kemerosotan harga minyak di peringkat global, kemerosotan harga komoditi mentah seperti getah dan kelapa sawit dan isu-isu atau krisis dalam negara yang kerap memberi imej negatif.

Saya kurang setuju jika kerajaan berkeyakinan bahawa penurunan mata wang Ringgit Malaysia akan menawarkan suasana pelaburan yang kondusif dan memulihkan ekonomi negara.

Pada pandangan saya, sektor pelancongan mungkin ada sedikit sebanyak kesan positif tetapi sektor-sektor lain akan mengalami keruntuhan akibat kejatuhan mata wang negara. Negara kita tidak hanya bergantung kepada sumber pendapatan daripada sektor pelancongan.

Oleh yang demikian, kerajaan tidak seharusnya memberi itu sebagai satu alasan yang konkrit. Kejatuhan Ringgit Malaysia hanya menguntungkan pelancong-pelancong yang datang ke negara kita kerana harga barang-barang menjadi semakin murah berbanding mata wang negara mereka. Tetapi, penurunan nilai mata wang negara akan merugikan pelancong-pelancong dari negara kita yang melawat negara-negara lain.

Kita tidak boleh nafikan ratusan ribu rakyat negara kita juga melawat negara-negara asing pada tiap-tiap tahun. Mereka terpaksa berbelanja lebih sekarang kerana nilai mata wang negara asing lebih tinggi berbanding dengan Ringgit Malaysia. Bukankah ini merugikan rakyat negara kita?
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir, Daim tak akan dedah cerita ‘menyelerakan’ tentang Najib, kata bekas menteri Umno

Posted: 13 Jan 2015 07:54 PM PST

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata tidakan menyerang Tun Daim Zainuddin  menggunakan media dikawal Umno bukanlah permainan politik yang bijak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Januari, 2015. 
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata tidakan menyerang Tun Daim Zainuddin menggunakan media dikawal Umno bukanlah permainan politik yang bijak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Januari, 2015.

Walaupun diserang media dikawal Umno, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin percaya Tun Daim Zainuddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan merendahkan martabat mereka dengan mendedahkan maklumat "menyelerakan" tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mengakui terdapat "perang saraf" di antara penyokong Najib yang mengawal media arus perdana terhadap pengkritik termasuk kedua-dua bekas pemimpin negara itu, Zainuddin berkata beliau sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.
"Dari awal lagi saya sebagai wartawan tua yang mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam perang saraf mejangkakan serangan peribadi  TV3 terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, pastinya umum akan merujuknya sebagai arahan serta mendapat keizinan daripada Perdana Menteri  Datuk Seri Najib," tulis Zainuddin di blognya zamkata.blogspot.com hari ini.

"Walaupun saya sering dikatakan sebagai orang (Dr) Mahathir tetapi  saya berharap saya tidak dianggap sebagai sekutu Daim kerana menyokong pandangan Kadir dalam posting terbarunya yang melihat kecaman terhadap Daim  akan menikam balik Najib  dan menghakiskan lagi kewibawaannya," kata Zainuddin merujuk kepada tulisan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin semalam. Selari dengan pandangan Kadir, Zainuddin berkata tindakan menyerang Daim menggunakan media dikawal Umno bukanlah permainan politik yang bijak.
‎"Maka saya nampak ini bukanlah suatu  permaianan politik atau perang saraf yang bijaksana tetapi permainan politik kotor, tidak beretika, tidak profesional dan sangat rendah caranya serta kualiti yang tidak sepatutnya datang daripada Jabatan Perdana Menteri," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Mejar Zaidi, Altantuya: Tunggu di mahkamah akhirat

Posted: 13 Jan 2015 07:50 PM PST

Walaupun berlainan agama dengan Altantuya Sharibu, keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang sekaligus menyebabkan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar bakal menerima hukuman gantung sampai mati, ia sekurang-kurangnya memberi kelegaan kepada sesiapa jua yang cintakan keadilan sesama manusia.

Namun, jika diselusuri renteten kes itu sejak kejadiannya pada 2006, keputusan mahkamah ini hanya membawa separuh kelegaan saja.

Panel  lima hakim Mahkamah Persekutuan semalam menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan kedua-kedua anggota Unit Tindakan Khas itu sebelum ini, sebaliknya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati mereka bersalah kerana membunuh model kelahiran Mongolia itu.

Dengan hukuman tersebut, Azilah dan Sirul bakal menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka. Hanya Rayuan Diraja saja satu-satunya peluang untuk kedua-dua pesalah ini menukar hukuman mati di tali gantung ini kepada penjara seumur hidup.

Bagaimanapun, dalam keputusan yang diumumkan semalam, hanya Azilah yang hadir di mahkamah manakala Sirul masih tidak dapat dikesan di mana beradanya.  Mula-mula beliau dikatakan hilang dan tidak dapat dikesan, tetapi kemudian dilaporkan beliau sebenarnya berada di luar negara dan tidak mempunyai wang untuk pulang.

Namun demikian, mahkamah sudah pun mengeluarkan waran tangkap terhadapnya dan usaha-usaha mengesannya dipercayai sedang giat dijalankan.

Walaupun hukuman telah dijatuhkan, kes perbicaraan sudah berakhir dan bapa Altantuya juga nampaknya puas, beliau masih tercari-cari motif anaknya dibunuh. Sementara beliau tampak berpuas hati dengan keadilan yang ditegakkan, realitinya hanya separuh kelegaan menjelma dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan ini.

Separuh lagi kelegaan hanya terjawab jika motif pembunuhan itu dapat dirungkai serta siapakah yang mengarahkan kedua-dua anggota polis UTK itu melakukan pembunuhan dengan meletupkannya menggunakan C4.

Tiada siapa tahu apakah motif mereka membunuh Altantuya yang merupakan penterjemah dalam pembelian kapal selam itu?   Apakah mereka mengenali Altantuya atau melakukannya kerana diarahkan oleh seseorang yang lain?
Read More / Baca Lagi >>

Charlie Hebdo: Memerangi ekstremisme & pendekatan ilmu - Dr Mazli

Posted: 13 Jan 2015 07:38 PM PST

Berakhirkah sudah legasi Tok Guru Nik Aziz?

Posted: 13 Jan 2015 07:25 PM PST

  Dinsman

Betul, dulu saya menyanjung Tok Guru Nik Aziz dan sekarang pun saya masih menyanjungnya, kerana Nik Aziz yang dulu dengan Nik Aziz sekarang adalah orang yang sama; hanya bezanya sekarang dia semakin uzur dan peranannya dalam politik PAS jauh berkurangan dan tidak seefektif dulu.
Itulah jawapan kepada salah seorang pembaca yang bertanya, sebagai respons kepada tulisan saya yang mengkritik ulama dalam PAS, awal Disember 2014. Soalannya – kenapa dulu saya begitu menyanjung Tok Guru Nik Aziz tetapi sekarang mengkritik ulama?
Saya tidak mengkritik ulamanya Nik Aziz, tetapi saya mengkritik segelintir ulama lain yang menduduki beberapa jawatan penting dalam pimpinan atasan PAS dan mempengaruhi perjalanan parti itu, bukan sahaja sebagai natijah keberkesanan kepemimpinannya (seperti yang berlaku pada kepemimpinan Nik Aziz), tetapi juga melalui kempen yang digerakkan dengan sedar bagi menyingkirkan pihak yang dianggap mengancam kedudukan mereka di dalam parti.
Itulah yang saya maksudkan apabila saya kata mereka itu "kehilangan keyakinan diri". Orang yang mempunyai keyakinan diri yang teguh seperti Nik Aziz dan juga Almarhum Ustaz Fadzil Noor misalnya tidak pernah berasa kedudukan mereka terancam dan tidak pernah berasa perlu menggerakkan kempen bagi menyingkirkan pihak yang dianggap mengancam dan menyaingi kedudukan mereka.
Bahkan mereka menerima dan meraikan kehadiran golongan profesional dan intelektual tersebut (yang dianggap memberi ancaman dan saingan itu) yang mahu berjuang bersama bagi mencapai matlamat parti.
Satu hal yang sangat jelas menjadi asas kepemimpinan Nik Aziz (dan juga Fadzil Noor) ialah penekanan dan fokus yang diberikan kepada dakwah Islamiyah sentiasa berada di atas daripada segala kepentingan dan pertimbangan lain, termasuk kepentingan politik parti.
Perhatikanlah isi ceramah Nik Aziz misalnya, walau di manapun dan dalam situasi apapun dia berucap, termasuk dalam kempen pilihanraya sekalipun, dia sentiasa bercakap mengenai ajaran Islam begitu dan begini dan sentiasa berusaha memberi penerangan dan penjelasan dari pelbagai sudut, menggunakan bahasa dan perbandingan yang paling mudah difahami orang ramai. Mengenai ajaran Islam. Bukan mengenai kebaikan parti PAS.
Dan dia sentiasa menegaskan kerja dakwah yang dilakukan, bersama alim ulama lain termasuk guru-guru pondok adalah sebagai kesinambungan daripada kerja yang dilakukan oleh para ulama dahulu, sejak zaman berzaman, yang dimulai oleh para Rasul. Begitu dia menjelaskan kedudukan para ulama, tanpa ada kecenderungan berpolitik (atau kelihatannya seperti tidak ada kecenderungan berpolitik).
Read More / Baca Lagi >>

Apa motif pembunuhan Altantuya?

Posted: 13 Jan 2015 07:22 PM PST

KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini perlu mengetahui apa motif sebenar pembunuhan ke atas model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dilakukan oleh dua bekas anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK), demikian menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar.
Tegasnya, motif pembunuhan boleh diketahui dengan memanggil saksi-saksi yang perlu untuk penjelasan segera kes tersebut.
"Apa tujuan mereka bunuh? Itu persoalan," soal Mahfuz kepada Harakahdaily.
Katanya, pendedahan sebelum ini juga ada mengatakan bekas anggota polis yang terlibat dalam kes ini diberi arahan untuk menembak penjenayah yang sukar dibuktikan dalam perbicaraan.
"Saya tidak fikir motif peribadi mereka membunuh Altantuya, apa tujuan utama? Tidak ada kepentingan peribadi," jelasnya.
Bagi Mahfuz keputusan pernghakiman semalam amat mengejutkan kerana sebelum ini Mahkamah Rayuan telah membebaskan mereka.
"Sedangkan perbicaraan kes Altantuya masih lagi dipersoalkan kerana saksi-saksi tertentu tidak dipenggil untuk diberi penjelasan. Mereka kata buat kerja atas arahan. Kita tidak tahu siapa yang arah," tambah Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Semalam Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar kerana membunuh model sambilan itu.
Dalam keputusan sebulat suara, mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan dua anggota polis berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Altantuya Dibunuh: Siapa, apa dan mengapa..?

Posted: 13 Jan 2015 07:20 PM PST

Kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariiibuu telah berakhir dengan bekas anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dihukum mati.

Perbicaraan itu menyaksikan 75 saksi pendakwaan manakala pihak pembelaan hanya memanggil Azilah dan Sirul.

Terdapat beberapa persoalan yang masih berlegas di minda, seperti:

  • Mengapa ada perubahan hakim dan pendakwa?
Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, kes itu pada mulanya dijadual didengar oleh Hakim KN Segara, yang dikenali sebagai seorang hakim yang tegas.

Segara telah mendengar rayuan tiga tertuduh (termasuk penganalisis politik Abdul Razak Baginda) apabila mereka mula-mula dihadapkan ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, kes itu kemudian dipindahkan untuk didengar oleh Hakim Mohd Zaki Yasin. Segara kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi hakim Mahkamah Rayuan di mana beliau kemudiannya bersara.

Terdapat juga perubahan pendakwa dan juga bekas ketua pendakwaan Selangor Sallehuddin Saidin digantikan pada saat-saat terakhir dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang dikenali rapat dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, manakala Sallehuddin pula rapat dengan bekas peguam Ketua II Mohd Yusof Zainal Abiden.

Sallehuddin akhirnya berhenti daripada Pejabat Peguam Negara. Tun Abdul Majid juga mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes tipu terhadap bekas menteri pengangkutan Dr Ling Liong Sik yang melibatkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Turut menarik perhatian ialah hakikat bahawa peguam Wong Kian Kheong, yang dikatakan rapat dengan peguam negara, telah mewakili kedua-dua Abdul Razak dan Ling.

Wong pada mulanya berkhidmat di Pejabat Peguam Negara tetapi beliau kemudiannya menyertai Lee Hishammuddin, sebuah firma guaman yang diasaskan oleh sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang ketika itu menteri dalam negeri.

Wong telah pun dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.
  • Mengapa dan siapa Azilah telefon?
Azilah telah menelefon seorang individu yang tidak dikenali sebanyak dua kali dari Puncak Alam (tempat kejadian) selepas jam 11 malam pada 19 Oktober 2006 sebelum pembunuhan berlaku, berdasarkan rekod telefon bimbitnya. Mengapa dan siapa yang dihubunginya?
  • Mengapa motif tidak dijelaskan?
Read More / Baca Lagi >>

Surat FBI: Bukan surat sokong buka gerai dekat Ulu Bendul

Posted: 13 Jan 2015 07:19 PM PST

Angkatan Muda Keadilan minta siasatan lanjut mengenai surat kes Paul Phua ke FBI.
PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini menyuarakan kerisauannya terhadap kabinet kerajaan yang tidak mengetahui isu Paul Phua.
Beliau pelik kerana kerajaan tidak mengetahui langsung tentang surat yang ditulis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berhubung kes warga negara Malaysia Paul Phua.
Katanya,"Surat ini bukan surat sokong buka gerai dekat Ulu Bendul," tetapi surat itu ditulis kepada FBI dan Paul Phua.
"Ini bukan sesuatu perkara yang kecil dan perkara ini perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di Balai Polis Damansara Utama.
Nik Nazmi dan Naib Ketuanya Fahmi Fadzil hadir untuk membuat membuat laporan polis terhadap Zahid dan seorang peguam terkemuka Tan Sri Datuk Muhammad Shafee Abdullah berkenaan sepucuk surat yang dipercayai ditulis oleh Zahid kepada pihak FBI, Amerika Syarikat mengenai status keanggotaan seorang yang bernama Paul Phua Wei Seng di dalam sebuah organisasi kongsi gelap "14K Triad", seperti laporan media South China Morning Post pada 31 Disember 2014.
Nik Nazmi menegaskan bahawa isu tersebut sangat besar yang melibatkan kedaulatan undang-undang dan telah menimbulkan banyak persoalan.
Beliau berkata, respon yang diperoleh hanya semakin mengelirukan.
"Zahid perlu jelaskan mengenai surat itu dan pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera bagi menyelesaikan perkara ini. Kita tuntut satu siasatan yang telus agar kewibawaan negara kita dapat dibela," jelasnya.
Sementara itu Fahmi Fadzil berkata Pakatan Rakyat (PR) juga telah mendesak untuk Zahid memberi penjelasan mengenai perkara itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pembunuh altantuya boleh lesap..peminjam PTPTN diburu dan dihalang ke luar negara..!!

Posted: 13 Jan 2015 07:10 PM PST




CEO 1MDB WAJIB TERANGKAN KE MANA WANG RM4 BILION DARI KUMPULAN WANG AMANAH PENCEN

Posted: 13 Jan 2015 06:52 PM PST


Ustazah Norhafizah Musa - Aku STRESS

Posted: 13 Jan 2015 04:21 PM PST

Hukuman Hosni Mubarak ditarik balik oleh Regim Zionis As-Sisi

Posted: 13 Jan 2015 03:45 PM PST


Mubarak bersama anak lelakinya Gamal dan Alaa hadir semasa perbicaraan di Akademi Polis tahun lalu. Foto: AFP 

KAHERAH - MESIR. Sebuah mahkamah di Mesir semalam menarik balik hukuman penjara tiga tahun ke atas bekas pemimpin negara itu, atas tuduhan rasuah.

Mahkamah turut mengarahkan perbicaraan semula Hosni Mubarak bersama anak lelakinya Gamal dan Alaa atas tuduhan menggunakan lebih AS$14 juta (RM50 juta) wang awam untuk kediaman peribadinya.

Menurut AFP, pada Mei tahun lalu, Mubarak dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, manakala kedua anak lelakinya masing-masing dipenjara empat tahun atas kesalahan itu.

Mubarak juga dibebaskan pada bulan November daripada dakwaan membunuh semasa protes empat t

Serangan media terhadap Daim ancam kewibawaan Najib

Posted: 13 Jan 2015 03:39 PM PST

Ketika menyerang bekas kumpulan medianya, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin hari ini memberi amaran Media Prima Bhd yang dikawal Umno supaya berhenti menghentam Tun Daim Zainuddin atau ia boleh menikam balik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Kadir dalam tulisan terbaru di blognya hari ini mendedahkan lebih lanjut perang saraf antara penyokong Najib yang menggunakan media arus perdana menghentam pengkritiknya, termasuk Daim dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) yang kini di bawah Media Prima berkata, Najib lebih terdedah kepada serangan peribadi berbanding Daim atau pengkritik lain.  "Kalau mereka kata mereka ada maklumat 'juicy' (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka," tulisnya dalam di blog kadirjasin.blogspot.com.
Kumpulan Media Prima menggendalikan 4 stesen televisyen percuma dan akhbar edisi Bahasa Melayu dan Inggeris.
Kumpulan itu baru-baru ini melepaskan hampir 400 pengurus dan eksekutif dalam satu skim pemisahan bagi meningkatkan hasil dan keuntungan syarikat. Satu lagi media di bawah Umno ialah Utusan Melayu Bhd.
"Mungkin diayah murahan mengenai para pengkritik Najib boleh merosakkan imej mereka, tetapi mereka bukan PM dan mereka pun tidak berkedudukan politik.
"Tetapi cerita-cerita yang menyelerakan mengenai Najib, kalau ada, boleh menjatuhkan beliau. Setidak-tidaknya pun beliau tidak nyenyak tidur malam yang lebih teruk daripada gangguan bunyi motosikal pelumba haram seperti yang isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, ceritakan baru-baru ini.
"Para pendiayah dan laskar siber wajib sedar, iaitu ketika mereka masih merangkak dalam dunia maklumat dan propaganda, para pengkritik Najib sudah pun makan sekarung garam dan kenal bos mereka dari A ke Z," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin serangan Lahad Datu Agbimuddin Kiram meninggal dunia

Posted: 13 Jan 2015 03:34 PM PST


Agbimuddin Kiram yang mengetuai militan bersenjata dari selatan Filipina untuk menceroboh Lahad Datu, Sabah pada Februari 2013, dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung di Simunul, Tawi-Tawi, semalam, lapor portal berita Rappler.com. Portal berita Filipina itu mengatakan Agbimuddin meninggal dunia akibat serangan jantung di kampung halamannya Pulau Tawi-Tawi pada Selasa.
Abangnya, "Sultan Jamalul Kiram" meninggal dunia enam bulan selepas pencerobohan Lahad Datu di Manila juga kerana sakit jantung.
 Menurut laporan Rappler.com, selain polis, tiga sumber yang berbeza mengesahkan Agbimuddin atau nama lainnya Datu Puing meninggal dunia di rumahnya di bandar Simunal Tawi-Tawi.
Agbimuddin adalah individu yang bertanggungjawab melatih ratusan "tentera diraja Sulu", di Tubig Simunul, sebelum kira-kira 200 daripada mereka menyerang Sabah atas alasan itu tanah warisan Kesultanan Sulu.
Pencerobohan diketuai Agbimuddin, manakala timbalannya adalah bekas pegawai kanan dalam pasukan tentera Filipina Jeneral Musa Abdulla yang kemudiannya terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia.
Sepanjang pencerobohan pengganas Sulu yang berlarutan hampir dua bulan itu, seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban dalam mempertahankan bumi Malaysia.