Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:59 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Tahniah Sebab Hancurkan Rumah Tangga Saya - Alyah

Posted: 12 Jan 2015 08:27 PM PST

..
Teka teki mengenai gambar wanita di sebelah Datuk Ramli MS yang dimuat naik Alyah akhirnya terjawab.
Penyanyi yang hit dengan lagu Sesal Separuh Nyawa itu turut mengucapkan tahniah kepada wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Siti Hafilah Che Kar kerana dijelaskan turut berkahwin diam-diam dengan suaminya.
"Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar."Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.
"Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti," katanya.
Alyah juga sedar suaminya itu ramai peminat dan selama berkahwin gambar mereka berdua juga ditegah suaminya untuk diambil mahupun dimuat naik di laman Instagram.
"Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.
"Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur," katanya.

Datuk Paduka Khairuddin [suami Umie Aida] diiystihar muflis. Penthouse di Mount Kiara dilelong

Posted: 12 Jan 2015 01:41 AM PST



..
Aktres terkenal, Datin Paduka Umie Aida reda dengan isu lelongan kondominium penthouse milik suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan di Mont Kiara di sini dan menganggap ia sebagai satu dugaan daripada Tuhan.
Katanya, beliau pasrah dengan kehilangan hadiah perkahwinannya itu dan akan terus berdiri teguh di belakang Khairuddin.
"Sudah namanya kehidupan, ia pasti penuh dugaan.
"Tuhan menduga setiap manusia dengan ikut kemampuan. Saya dan keluarga saya diduga dan sebagai isteri, saya akan tetap menyokong suami saya selama-lamanya," kata Umie Aida seperti yang dilaporkan Kosmo!
Umie Aida yang juga adik kepada pengarah terkenal, Erma Fatima itu bernikah dengan Khairuddin pada 14 Mac 2010 di Mekah, Arab Saudi.
Sabtu lalu, unit kondominium mewah di kawasan kediaman elit Mont Kiara milik Khairuddin yang juga Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu dilelong pada Lelongan Mega CIMB di Hotel Istana, Kuala Lumpur
Sementara dalam laporan mStar onlie menyebut, kediaman itu sudah dibeli oleh seorang wanita yang tinggal di Damansara dengan harga RM2.1 juta selepas lelongan itu tidak dibida oleh mana-mana pihak.
Sekiranya rumah berkenaan sudah dibeli, ini bermakna Umie dan Khairuddin perlu mengosongkan kediaman berkenaan.
Khairuddin turut dilaporkan telah diiystihar muflis oleh Jabatan Insolvensi.

Identiti Penembak MH17 Didedah

Posted: 12 Jan 2015 01:02 AM PST


Kapten Vladislav Voloshin  dipercayai menerbangkan pesawat tempur SU-17 yang dilengkapai peluru berpandu ke udara jenis R-60 ketika insiden nahas MH17 ditembak jatuh/Foto:www.dailymail.co.uk.Kapten Vladislav Voloshin dipercayai menerbangkan pesawat tempur SU-17 yang dilengkapai peluru berpandu ke udara jenis R-60 ketika insiden nahas MH17 ditembak jatuh/Foto:www.dailymail.co.uk.KIEV: Teka-teki siapa yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di kawasan timur Ukraine pada 17 Julai lalu dilihat semakin jelas apabila pemberontak pro-Rusia mendedahkan identiti serta gambar juruterbang pesawat tentera Ukraine yang didakwa menembak pesawat malang itu.
Jawatankuasa Siasatan Rusia yang diketuai Alexander Bastrykin menyatakan, juruterbang itu dikenali sebagai Kapten Vladislav Voloshin yang dianggarkan berusia 20-an.
Menurut Bastrykin, ketika nahas pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah Donetsk yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Voloshin dipercayai menerbangkan pesawat tempur SU-17 yang dilengkapi peluru berpandu ke udara jenis R-60.
Jelas Bastrykin lagi, dakwaan mengaitkan Voloshin sebagai dalang dalam insiden yang membunuh 298 penumpang dan anak kapal itu didedahkan seorang 'saksi rahsia' apabila dikatakan dia pulang ke pangkalan Tentera Udara Ukraine tanpa peluru berpandu, dipercayai digunakan menembak jatuh sebuah pesawat (MH17).
"Berdasarkan maklumat saksi yang kami peroleh dari pangkalan tentera Ukraine, Voloshin kelihatan takut apabila memaklumkan dia tersalah tembak pesawat, dipercayai MH17 yang berada di lokasi kejadian pada waktu dan tempat yang salah.
"Saksi yang memberi maklumat itu kini berada di lokasi rahsia di Rusia dan segala laporan yang disalurkan boleh dipercayai kerana dia lulus dalam ujian pembohongan," katanya seperti yang dilaporkan portal berita Mail Online, semalam.
Sementara itu, jurucakap jawatankuasa terbabit, Vladimir Markin menyatakan untuk menjelaskan kebenaran yang mengaitkan Voloshin dalam insiden berkenaan, juruterbang itu perlu menjalani ujian poligraf (ujian mengesan pembohongan) dengan pemantauan pasukan penyiasat Belanda atau Malaysia.- mD

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:57 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Eric Paulsen haram jadah dakwa KPN dipengaruh penyokong UMNO?

Posted: 12 Jan 2015 04:51 AM PST


Bukannya mahu meminta maaf, sebaliknya Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen cuba menegakkan benang basah.

Beliau mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dipengaruhi oleh penyokong dan tentera siber pro-UMNO apabila mengeluarkan kenyataan di Twitter bahawa beliau patut disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Eric memberi alasan bahawa tweet Ketua Polis Negara itu dibuat selepas 'kempen' berterusan yang dilakukan oleh tentera siber pro-UMNO yang mahu supaya siasatan dilakukan terhadapnya.

"Adalah sangat mengejutkan apabila Ketua Polis Negara menerima arahan dari­pada penyokong dan tentera siber pro-UMNO sedangkan beliau sepatutnya bersikap neutral apabila berurusan dengan mereka yang bermotifkan politik.

"Nak kata apa lagi, penyokong dan tentera siber pro-UMNO ini bebas mengatakan apa sahaja yang mereka mahu tanpa perlu takut disiasat oleh polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya sinis.

Beliau juga seolah-olah menganggap kontroversi yang ditimbulkannya sebagai perkara remeh apabila meminta Khalid dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi keutamaan kepada tugas hakiki mereka membanteras jenayah.

"PDRM sepatutnya bersikap profesional, saksama dan cekap dalam menguatkuasakan undang-undang dan menjaga ketenteraman serta menyiasat kes jenayah dan menangkap penjenayah yang sebenar.

"Mereka tidak seharusnya terlibat dalam pengawasan media sosial atau isu-isu yang bermotifkan politik," katanya.

Kelmarin, Eric dalam kenyataan menerusi akaun Twitternya menuduh Jakim menyebarkan fahaman ekstremisme setiap Jumaat dan dakwaan itu dipercayai merujuk kepada khutbah Jumaat yang disampaikan kepada umat Islam.

Kenyataan itu berbunyi: "Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu membanteras ekstremisme di Malaysia."

Bagaimanapun, kenyataan ber­kenaan didapati tidak lagi dipaparkan di dalam akaun Twitter milik peguam tersebut hari ini.

Sementara itu, Eric ketika dihubungi Utusan Malaysia enggan mengulas lanjut apabila ditanya tentang khutbah Jumaat yang didakwa beliau mempromosi fahaman ekstremisme.

"Saya tidak ingin memberi komen selain daripada yang dinyatakan dalam kenyataan saya hari ini," jelasnya.

Wasabi Oyabun..

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:53 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Enggan menaiki pesawat selepas terima ancaman 'maut'?

Posted: 12 Jan 2015 11:36 PM PST


SAN FRANCISCO - 13 anggota krew pesawat yang bekerja dengan United Airlines di Amerika Syarikat dipecatkan selepas mereka enggan untuk bekerja di atas pesawat yang sepatutnya terbang dari San Francisco ke Hong Kong.

Ini kerana mereka merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku selepas menemui perkataan ''BYE BYE'' ditulis di bahagian ekor pesawat itu bersama dengan 2 lukisan wajah senyuman.


Oleh kerana perasaan takut, mereka telah enggan bekerja dan ini telah menyebabkan penerbangan ke Hong Kong itu dibatalkan. Kesemua 13 krew pesawat itu telah dipecatkan dengan serta-merta. Mereka kini dalam proses mendakwa syarikat itu di mahkamah supaya mereka dapat bekerja semula dengan United Airlines.

Di dalam dakwaan yang difailkan mereka pada 6 Januari 2015, mereka telah berkata yang lukisan itu dilihat sebagai ancaman yang serius kerana ia berlaku beberapa bulan selepas kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 dan empat hari selepas Malaysian Airlines MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine.

Suara Politik
Belantan

Nampaknya pengaruh politik Anwar semakin merosot?

Posted: 12 Jan 2015 12:31 AM PST


Anwar Ibrahim sedang terjebak dengan kemelut polemik hudud DAP-Pas yang sudah sampai ke tahap kritikal. Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mahu dilihat sebagai anti enakmen Jenayah Syariah itu kerana tidak mahu dilabel sebagai anti Islam. Dalam isu hudud Anwar agak berhati-hati walaupun sejak dulu Anwar tidak menegah DAP mengambil sikap anti negara Islam dan hudud. Isu hudud yang dirancang untuk dibawa ke Parlimen oleh Pas Kelantan meletakkan Anwar dalam dilema.

Anwar tidak akan menunjukkan sikapnya secara terbuka kerana beliau pernah menjadi Presiden Angkatan Belia Malaysia (ABIM) dan memperjuangkan Islam sebagai suatu cara hidup. Dalam masa sama, ABIM dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) tidak mengambil sikap menolak konsep negara Islam dan hudud.

ABIM dan Ikram mengambil pendirian partisan terhadap perjuangan politik Anwar walaupun pendirian ini dikritik oleh banyak pihak kerana secara jangka panjangnya ia boleh memberi kesan negatif terhadap imej pertubuhan dakwah itu.

Kalau dulu sebarang isu yang berbangkit antara Pas dengan Pakatan Rakyat dirujuk kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Tetapi sekarang Anwar tidak mampu melakukannya lagi seolah-olah Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi sudah ada pendirian sendiri dan sudah tahu siapa Anwar.

Anwar selalu dilihat sebagai memiliki faktor penyatuan dalam hubungan PKR-DAP-Pas dalam strategi politiknya untuk menawan Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Pernah suatu ketika Pas meninggalkan perjuangan negara Islam dan hudud dan menerima konsep negara berkebajikan dan strategi tahalluf siasi yang banyak menerima kritik.

Kini perjuangan negara berkebajikan tidak lagi kedengaran sebaliknya kerajaan negeri Kelantan mengemukakan Enakmen Hudud untuk dibawa ke Parlimen dengan kerjasama kerajaan Pusat. Ia adalah suatu tamparan kepada Anwar kerana tidak mampu menyekat ia terjadi. Kerajaan yang dibencinya sekian lama menjalin hubungan dengan Pas Kelantan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Jenayah Syariah.

Lazimnya ceramah politik Anwar dihadiri ramai orang kerana penglibatan ahli-ahli Pas sangat membantu. Ceramah politik di Kuantan, Pahang baru-baru ini tidak ramai yang hadir dan dikatakan orang Pas tidak mahu lagi bersama.


Kegagalan Anwar dalam Langkah Kajang untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor dan ingin meletakkan isterinya Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai gantinya menjadi MB juga tidak kesampaian. Kritikan ramai pihak terhadap cara menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR dan jawatan MB menjadikan imej Anwar tercalar teruk.

Anwar kehilangan ramai teman rapatnya dalam perjuangan dan membuat kenyataan kontroversial mengenainya. Malah orang seperti Cikgu Bard yang digantung jawatannya nampaknya semakin berani mengkritik PKR dan Mohamed Azmin Ali tanpa tindakan disiplin diambil. Apakah ini menggambarkan Anwar tidak berani bertindak seperti yang dilakukan kepada Abdul Khalid?

Kita belum tahu mengenai nasib Anwar dengan kes Mahkamah Persekutuan lagi. Sekiranya Anwar didapati bersalah dan memasuki penjara lagi, suasana sokongan terhadap beliau sewaktu ditahan di penjara Sungai Buloh dulu tidak sama dengan suasana sekarang. Ternyata perbicaraan di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini tidak ramai penyokongnya datang. Suasana politik dalam Pakatan berada di tahap kritikal dan ia boleh menyebabkan tahalluf siasi tidak memberi apa-apa makna lagi.

Kalau begitu gambarannya apakah Pakatan Rakyat mampu membuat lonjakan untuk menawan Putrajaya seperti yang berlaku dalam PRU-13. Sama ada Anwar di dalam penjara mahupun di luar penjara ternyata pengaruhnya semakin merosot. Cakapnya mula tidak didengar oleh Pas lagi. Apakah isu hudud bakal menjadi asbab putusnya ikatan dalam Pakatan Rakyat?

Kenyataan pemimpin DAP lebih lantang lagi bahawa Pas mengingkari persetujuan awal dalam kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk tidak menjadikan hudud sebagai agenda perjuangannya. Malah setengahnya mencabar Pas supaya keluar dari pakatan itu jika hudud ingin dilaksanakan juga.

Krisis ini menguji kewibawaan Anwar supaya mampu menjadi faktor penyatuan dan mengambil pendirian jelas mengenai isu hudud. Sekiranya Anwar mengambil pendirian menentang hudud secara terbuka kesannya adalah besar dan sekiranya Anwar tidak melakukan apa-apa peranannya sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat bakal dipersoalkan dan pendirian Pas kini tidak sama seperti dulu lagi. Inilah dilema Anwar.-UMO

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Answering the LIES towards MyEG

Posted: 12 Jan 2015 08:30 PM PST


Teresa Kok and Johari Bedul made several misleading and untrue allegations against MyEG. 

1. THE LIES: MyEG will not disburse the money paid meant for Ketua Imigresen

THE TRUTH:  MyEG collected money on behalf of Government for the past 14 years for roadtax, driver's license, police summons and many other services. 

They are supposed to remit to the Accountant General on the very same day. Government impose a bond deposit to ensure MyEG comply. They can't even take advantage of the float for interest income.

Over the years, some RM20 billion have been collected and remitted efficiently. So why only concern now? To divert the pressure on Ngeh and Nga?

2. THE LIES: MyEG charges are unnecessary, overcharging and forcing public to subscribe to their insurance services.

THE TRUTH: MyEG does not charge any additional amount if insurance is not purchased through us. 

Actually, they will end up doing more work since it require verifying the insurance details with the insurance principals. There had been many cases of fake insurance documents. 

The extra RM20 fee is only an OPTIONAL fee. It is only for user who want MyEG services to make appointments for FOMEMA. 

3. THE LIES: Why must MyEG be given monopoly for online Govt payment on foreign workers permit?

THE TRUTH: MyEG's task is to create and compile a centralised database of legal and iIlegal foreign workers; employers of legal workers,  employer not knowing they are being used to register illegal foreign workers and employers of illegal foreign workers.

This entail MyEG to visit the offices of all the employers to verify the existence of their office and capture biometric identification of their authorised representative.  

For the database to be clean and comprehensive, one party has to be responsible for it. However, the database belongs to the Immigration Dept and not MyEG.

Can that get done efficiently when there is many hands in the soup? To do that it needs a dedicated outfit to do it.

Strategi psywar PR yang telah direncana

Posted: 12 Jan 2015 04:11 PM PST


Pakatan Rakyat terjerat dengan rasa bersalah akibat bencana banjir di Kelantan yang berpunca dari kesalahan mereka hingga ralyat memderita.

Maka puak2 PASma telah berusaha untuk mengkecuhkan dengan cara membuat fitnah dan mereka cerita fiksyen yang melampau2kan keadaa.

Kini satu2 dari mereka kena serah diri pada polis untuk disiasat.


Lalu mereka cerita2 bohong baru seperti butIran tipu seperti tentang BR1M untuk buruk2an 1m4u:


Nasib mereka agak baik apabila perhatian sosial media beralih dari banjir ke isu penyanyi k pop mencabul seorang gadis bertudung dan bahasa biadap Eric Paulsen.


Jgn heran ianya diatur oleh penganjur konsert k pop dan Eric mmg sengaja membiadapkan isu sementang kumpulan E25 dan pembunuhan Charlie Hibode di Paris.


Mengambil peluang dari ini, DAP.dan PKR cuba memanaskan isu2 kenaikkan harga, memulakan isu baru MyEG dan lain2.

Esuk ada PC PKR untuk usaha mengalih terus dari isu banjir ke senarai isu baru berikut:

1) 1MDB - oleh Rafizi Ramli untuk menyambut isu dari Tony Pua

2) Kempen Turun Harga Barang oleh Rafizi Ramli yang sudah termalu dari tuntutan salah yang sebenarnya mahu naikkan minyak yang kononnya bantu pengusaha stesyen minyak.

3) Laporan polis terhadap Zahid Hamidi & Shafee Abdullah oleh Sdr Fahmi Fadzil. Hal surat menyurat antara kerajaan untuk kongsi maklumat  benda biasa tapi kenapa FBI tak dipersalahkan kerana mengeluarkan surat ke mahkamah. Sungguh tak profesyenal oleh pihak FbI.

4) Isu MyEG - YB Dato' Johari Abdul & YB Lee Chean Chung untuk menyambut kenyataan Theresa Kok. Isu ni bodoh tapi orang ramai ambil lojik mudah mereka.


Satu lagi yang sedang berlaku adalah PR nak kuatkan undi untuk mereka dari Sarawak dari Sabah.

Maka isu Eric Paulsen adalah usaha taktikal PR cara Illuminati fremason Jesuit Frank untuk mainkan isu khutbah jumaat.


Sebelum ini, mereka mainkan isu kalimah Allah dalam bible dan meneruskan provokasi agama ketahap yang amat biadap.sekali.

Orang ramai dan penulis blog dan sosial media usah tertipu.





Isu MyEG untuk alihkan tekanan terhadap Ngeh Nga

Posted: 12 Jan 2015 04:33 AM PST


Membaca laporan FMT SINI, Theresa Kok telah menmbulkan persoalan mengenai MyEG dalam kenyataan hari ini. Lama dia tak buat statement, dan tidak kelihatan terutama ketika bencana banjir. Mesti ada apa-apa?

Teresa menyerang menimbulkan persoalan terahdap MyEG yang merupakan kontraktor untuk kerajaan dalam pembayaran online dan sistem pendaftraan untuk kerajaan berhubung pembayaran permit pekerja asing.

Jika dulu ianya dibayar guna cek kepada Ketua Pengarah Imigresen, kali ini ia dibayar ke MyEG yang mana akan diarahkan wang ke pihak Imigresen. Kononnya MyEG akan lambat bayarkan wang itu.

Hmmm ... itu Air Asia yang tak bayar airport tax yang dikutip dari penumpang tapi tak mahu bayar pada kerajaan.

Apa punya baghal susah nak faham konsep one stop payment and service. Dan apa jadi isunya samada bayar kepada kerajaan atau MyEG yang kumpulkan? Ini semua adalah prosedur yang memudahkan perjalanan kerajaan. Yang penting iia memudahkan pelanggan perkhidmatan kerajaan kan?

Dah 14 tahun MyEG beroperasi, Teresa Kok baru nak timbulkan isu monopoli.

Mungkin sebab selama 14 tahun, serangan dan tekanan politik terhadap Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Meng tak sehebat sekarang dan susah sekali mahu pertikaikan kedua-dua mereka terlibat menyebabbkan pembalakan haram yang telah meniinggalkan bencana pada rakyat Kelantan.

Eric Paulsen tak ditegur, Saifuddin putarbelit pula khutbah

Posted: 12 Jan 2015 01:50 AM PST


Eric Paulsen tidak ditegur oleh Saifuddin Abdullah atau lebih layak panggil puding sebab tidak juga dia bela institusi ugama seperti JAKIM.

Nama saja pedang Allah tapi serang institusi Islam dengan menuduh khutbah menyebar kebencian.

Padahal ianya hanya peringatan akan wujudnya mereka seperti Eric Paulsen yang sesuka hati menyerang Islam.

Baca kenyataan yang diterima dari Whats App yang di forward:

Setiap kata2 di Twitter Eric yang hina Islam

PRESS STATEMENT
CONDEMNATION OF ERIC PAULSEN OF LAWYERS FOR LIBERTY FOR TWEET SUGGESTING JAKIM PROMOTES EXTREMISM
12 JANUARY 2015

WE, the Centre for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA) and Concerned Lawyers for Justice (CLJ) condemn in the strongest terms the highly provocative, outrageous as well as downright false tweet by Eric Paulsen of Lawyers For Liberty (LFL) suggesting that the Islamic Development Department of Malaysia (JAKIM) is responsible for fermenting extremism in its preparation of weekly Friday sermons for and on behalf of mosques throughout Malaysia.

We note that this tweet is but the latest in a series of tweets by him and LFL that result in further undermining of the position of Islam enshrined within the Federal Constitution as well as having a negative effect of incitement against the Malay Muslim majority population in Malaysia and a chilling consequence for race and religious relations between different classes of the population of our nation. We wholly reject his subsequent hypocritical claim that he was merely criticizing JAKIM as a government agency, especially in light of some of his equally outrageous previous tweets on matters of Islam.

Among Eric Paulsen's other inflammatory tweets have been that in sermons given during Hari Raya Aidil Adha allegedly urging Muslims to be wary of rational thinking, that JAKIM is a mere unelected body of so-called conservatives with no authority to rule over Islamic affairs; that muftis and ulamas are deranged and obsessed with sexual relations; that PPIM makes deliberate unwelcome visits to supermarkets to ascertain that goods sold do not insult Islam; and calling certain individuals Talibanic.

We further note that JAKIM does not prepare Friday sermons for mosques throughout Malaysia, as ignorantly and falsely claimed by Eric Paulsen. It is the respective Religious Councils of each respective States that prepare the sermons, while JAKIM is in charge only for four mosques: namely the Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Sultan Mizan and Masjid Wilayah. We also note that the weekly Friday sermons prepared by JAKIM are anything but extreme. Sermons given in recent times include the need to build caring societies, to jointly prevent corruption, to have integrity as well as to maintain public peace and harmony. We therefore call upon Eric Paulsen to provide evidence of sermons that encourage extremism as alleged by him and verily believe that there are none in this regard.

Incendiary statements made by unscrupulous individuals and organisations such as Eric Paulsen and LFL demonstrate an even greater need for the Sedition Act 1948 to not only be retained but zealously enforced, especially against the likes of such individuals and organisations. A multi racial and multi religious society such as Malaysia cannot and must not be allowed to become a playground for those organizations and movements funded by dubious foreign entities to deliberately create destructive social atmospheres in the name of promoting abstract, wholly idealistic and non-realist ideals that are alien to this land as well as its inhabitants. We further believe that should these elements not be kept in check by the authorities, who are charged with keeping public peace and security, and be allowed to fester, then the consequences for our nation would be unimaginable.

We call upon the authorities to investigate Eric Paulsen under the Sedition Act 1948 and other laws for making clearly seditious tweets that undermine the position of Islam enshrined under the Federal Constitution, and thereby creating racial discord. We further call upon the authorities to outlaw organizations that have the tendency to be an agent to further sinister agendas of foreign entities. We call upon the Bar Council to take appropriate disciplinary action against Eric Paulsen under the relevant provisions of the Legal Profession Act 1976 as well as the Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978 for making seditious tweets in his capacity as a legal practitioner, which quite clearly tarnishes the good name of the legal profession. We further call upon the Bar Council to immediately revoke its resolution of 19 September 2014 calling for the repeal of the Sedition Act 1948, disavow its so-called Walk for Peace and Freedom and memorandum to the authorities on 16 October 2014 further calling for the abolition of that Act, and to wholeheartedly as well as unreservedly support the Act and other laws designed to protect and maintain the Federal Constitution as well as racial and religious relations within Malaysia.

Azril Mohd Amin
Executive Director, Centre for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA)

Faidhur Rahman Abdul Hadi
Co-Founder, Concerned Lawyers for Justice (CLJ)

Aidil Khalid
Senior Fellow of CENTHRA and activist member of CLJ

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KHUTBAH JUMAAT: SASAUAN NEGARA MEROYAN PULAK...DAH NAK MAMPOS AGAKNYA?

Posted: 12 Jan 2015 09:22 PM PST


Nak marah tak jadi marah tetapi membuatkan aku semakin ketawa terbahak-bahak.

Apa tidaknya apabila melihat bertambah kronik penyakit si Sasauan Negara ni..! 

Ntah apa benda yang dia meroyan merepek meraban sorang-sorang ni. Tak faham isu pasal khutbah Jumaat lepas tu sebar fitnah cari simpati rakyat, nak jadi hero ler tew...

Persoalannya rakyat yang jenis macamana? 


Mungkin kerana tidak suka mendengar khutbah Jumaat berbahasa Melayu yang banyak menceritakan tentang kebaikan atau keamanan negara menyebabkan dia gelisah, resah dan susah dan beralih arah ke Masjid India yang menyampaikan khutbah Jumaat dalam bahasa Tamil yang dia sendiri tak faham.

Hakikatnya khutbah Jumaat di Malaysia walaupun dalam bahasa Tamil, Inggeris, Cina atau Arab sepenuhnya sekalipun tetap mengajak orang melakukan kebaikan dan mengekalkan ukhwah sesama Islam sepertimana terkandung dalam Al Quran, Hadis dan Sunnah.

Dah bertahun-tahun lamanya JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) bertanggungjawab menyediakan teks khutbah Jumaat yang mengajak kepada perpaduan, kebaikan dan menolak sebarang kejahatan.

Sebaliknya terdapat beberapa kes di mana khutbah Jumaat yang menolak teks khutbah yang disediakan JAKIM dan MAIN dengan membaca khutbah yang mereka cipta sendiri untuk menyebarkan idealogi kebencian terhadap pemerintah yang sah.

Mereka tahu mimbar Jumaat adalah mimbar yang paling efektif menyebarkan kebencian dan elemen berontak (bughah) terhadap kerajaan seperti mana yang dilakukan oleh puak-puak pelampau khawarij yang memperalatkan agama demi kepentingan politik mereka. 

Tak percaya pergilah ke sesetengah masjid-masjid di terutamanya di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang atau Selangor yang menggunakan teks khutbah sendiri pasti sedikit sebanyak menghina pemimpin negara, mengajak jemaah supaya membenci kerajaan dengan bahasa yang kasar, marah dan tinggi suara sekaligus mengajak jemaah kufur dan tidak bersyukur dalam keadaan mereka separa sedar (ngantuk kot)

Jika banyak isi yang menghentam pemerintah, BN atau UMNO mereka akan naik syeikh bertakbir semasa khutbah ...emmmm jemaah atau makmum bertakbir ketika khutbah disampaikan?...baguz punya ajaran!

Islam tak mengajak cara kasar begini tetapi kita perlu berdakwah secara berhikmah baru ramai jemaah dan mudah diberi Allah taala hidayah.

Mungkin juga Sasauan Negara ini melihat teks khutbah Jumaat JAKIM dan MAIN tidak begitu bersastera dan menggunakan ayat-ayat sastera aras tinggi siap dengan pantun seloka sajak berpuisi maka ia tidak berkualiti pada pandangan seorang Sasauan Negara. 

Gamaknya kalau Sasauan Negara dan puak-puak khawarij agama dibenarkan merekacipta teks khutbah pasti unsur politik pelampau mereka akan dijadikan asas khutbah. Akhirnya khutbah bukan menjadi alat perpaduan tetapi alat pepecahan.

Adakah sesi pembacaan puisi sebelum baca khutbah akan dilaksana? Calon dah ada.

Sambil-sambil sajak dan puisi Sasauan Negara diselitkan maka barulah dikira khutbah Jumaat tidak berat sebelah dan tidak mengungguli Putrajaya..!

Kalau jahil murakkab sekalipun janganlah ditunjukkan kejahilan itu, agak-agaklah simpan-simpan sikit kejahilan... buat malu orang Islam jer.

Sepatutnya kita umat Islam perlulah bersatu padu di saat musuh menyerang Islam di sana sini. Ini tidak dia mengeruhkan lagi suasana. Tak ke nampak sangat kejahilan tuh.

Rasanya mereka ini mempunyai agenda tersendiri sebelum orang lain tuduh mereka menyalahgunakan mimbar masjid untuk khutbah politik adalah lebih baik menyerang JAKIM terlebih dahulu yang selama ini dilihat banyak mengekang niat jahat mereka memperalatkan mimbar masjid untuk kepentingan politik sempit memperalatkan agama.

Bila sorang dah kena cekup, yang lain mesti melenting dan panas bontot kan???

Maka angin-angin dari bontot dan perot akan terkeluar dari molot-molot mereka...busuk dan membusukkan sepertimana ayat-ayat keluar dari molot mereka...

Hangpa dok main kutuk member aku,... aku fire jadi Orc baru tau






TAHNIAH PDRM KERANA MENJALANKAN TUGAS....TIADA MAAF BAGIMU ERIC

Posted: 12 Jan 2015 05:35 PM PST


Syabas diucapkan kepada Ketua Polis Negara dan pihak PDRM di atas ketegasan dan tindakan pantas menahan peguam kurang ajar; Eric Paulsen malam tadi atas tuduhan cuba mencetuskan kemarahan umat Islam.

Nasib baik polis cepat cekup, kalau tidak habis lunyai apek sasau ni dikeronyok rakyat diluar sana. Sekurang-kurangnya nyawa apek ni terselamat di dalam lokap polis buat sementara. 

Tapi kalau dia keluar lokap pun belum tentu dia boleh lega kerana kemarahan umat Islam terhadapnya masih belum reda.   

Kita melihat pihak kerajaan kini semakin tegas demi melindungi keselamatan negara dalam masa yang sama cuba mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum.

Nasib baik kita masih mempunyai Akta Hasutan yang menjadi perundangan penting menjaga keharmonian dan keamanan negara.

Bayangkan jika Akta itu juga dihapuskan sepertimana terhapusnya ISA dan Ordinan Darurat. Kita sudah melihat kesannya sekarang.

Sewenang-wenangnya Islam, Melayu, Sultan dihina caci seenak-enaknya oleh golongan tertentu yang merasakan mereka begitu berkuasa dan mempunyai hak asasi sebagai pembayar cukai. 

Apakah umat Islam-Melayu sebagai majoriti tidak mempunyai hak asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan?

Apakah umat-Islam-Melayu sebagai majoriti tidak membayar cukai pada negara menyebabkan mereka tidak berhak mempertahankan hak mereka?

Hakikatnya umat Islam bukan sekadar bayar cukai, tetapi mereka juga merupakan pembayar terbesar zakat, penyumbang derma, sedekah, wakaf, infaq terbanyak untuk kemajuan negara ini.    

Mereka juga bermurah hati memberikan tanah-tanah mereka untuk diduduki oleh nenek moyang golongan pendatang sehingga kadangkala mereka terpaksa merempat kerana membiarkan tanah-tanah mereka diambil oleh kaum lain dengan pelbagai cara.

Apabila umat Islam-Melayu dihina, pasti mereka akan bertindak. Sama juga pada kaum dan ajaran kepercayaan lain akan melakukan perkara yang sama. 

Tu diaaa...berani sampai nak bunuh polis...pihak berkenaan takkan nak tengok saja kot???

Sebab itulah Malaysia masih memerlukan undang-undang pencegahan yang tegas dan perlaksanaan yang efektif.

Pihak polis juga memerlukan undang-undang tersebut untuk menguatkuasa dan menjaga keamanan negara.

Syukur negara kita masih dilindungi Allah s.w.t dari kegiatan keganasan akibat perasaan marah dan dendam terhadap provokasi isu-isu agama dan perkauman.

Namun senario antarabangsa menunjukkan beberapa insiden keganasan berlaku akibat perasaan tidak puas hati di kalangan golongan tertentu kerana agama mereka dipermain-mainkan dan dijadikan bahan cercaan serta lawak jenaka.

Insiden berdarah di Charlie Hepdo, Paris awal Januari lalu adalah respon kepada ketidakpuasan hati dan dendam kesumat terhadap kelancangan akhbar itu terhadap agama dan budaya kaum lain.

Antara wartawan-wartawan kontroversi akhbar Charlie Hepdo yang dibunuh kerana kebiadapan mereka. Selama ini mereka merasakan diri mereka terlalu kebal disebalik sikap liberal mereka yang sering menghina orang lain.
Serangan keganasan di Martin Place, Australia pada 15 Disember 2014 mengejutkan dunia

Persoalannya siapa yang jadi mangsa dan siapa yang dimangsakan?

Kegiatan militan Islamic States (IS) pula semakin menarik minat ramai pejuang termasuk dari Malaysia.

Apa akan jadi jika rakyat Malaysia mendapat inspirasi dari IS untuk melakukan keganasan?

Apa akan jadi jika militan-militan ini pulang ke Malaysia dan akan bertindak melakukan keganasan terhadap negara ini.

Siapa target mereka yang utama kalau dilihat pada senario terkini agama Islam dan orang Melayu dihina dan digasak sewenang-wenangnya oleh puak-puak tertentu di negara ini.

Militan Islamic States (IS) mengganas untuk membalas dendam terhadap kekejaman musuh-musuh mereka yang selama ini menghina Islam dan maruah golongan sunni di Iraq dan Syria. Malaysia nak jadi macam ni? 

Militan IS ini terlalu bahaya kerana terlatih di Syria dan Iraq menyerang sasaran-sasaran yang mereka benci. Jika mereka dapat menyusup atau pulang ke negara ini, siapa yang akan jadi target mereka seterusnya?

Mungkinkah golongan yang selalu menghina Islam dan Melayu akan menjadi sasaran utama mereka?

Sebagai sebuah negara yang mementingkan keamanan dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, pihak keselamatan akan terus menjaga keharmonian antara kaum dan agama di negara ini.      

Sebab itulah kita memerlukan sebuah undang-undang pencegahan terhadap keganasan yang tegas dan menyeluruh untuk mengekang sebarang anasir yang bertujuan merosakkan keamanan negara.

Undang-undang tersebut bukan hanya bertindak sebagai langkah pencegahan tetapi sebagai alat menghukum pelaku-pelaku keganasan agar mereka tidak sewenang-wenangnya mencemar keamanan negara ini.

Kerana itu perlunya penguatkuasaan yang efektif untuk mencegah unsur-unsur penghinaan terhadap mana-mana agama, kepercayaan dan hak-hak kaum-kaum di Malaysia.

Kita perlu kuatkan Akta Hasutan dengan menambah baik akta tersebut bukan menghapuskannya. 

Kalau boleh biarlah hukuman denda dan penjara ditambah. Setidak-tidaknya ada tambahan hukuman sebat mandatori, harta benda boleh disita, dirampas dan disekat jika gagal membayar denda. 

Kita mohon juga SKMM lebih tegas selepas ini mencari dan mendedahkan siapa pemilik akaun media sosial yang menghina, menghasut dan membangkitkan isu-isu sensitif melibatkan perkauman dan agama selain penyebar fitnah dan berita palsu. 

Dapat Ketua Pengarah baru mesti cara kerja pun baru dan lebih tegas. Barulah dihormati!

Jabatan Peguam Negara tolonglah segerakan pendakwaan. Kami tahu tuan-tuan banyak kerja tapi demi keselamatan dan keamanan sama-samalah kita membantu menjaga keharmonian negara ini.

Jangan kita menjadi seperti sesetengah pihak tertentu yang sentiasa dan terlalu bersangka baik kepada pihak-pihak yang kurang ajar supaya menarik balik kenyataan biadap mereka dan minta maaf untuk selesaikan masalah kononnya atas nama tarbiyah dan toleransi.

Golongan yang biadap ini sepatutnya perlu diajar dan ditarbiyahkan agar menjadi lebih beradab sebagai warganegara. 

Jangan sampai mereka berak merata-rata, cuci bontot sendiri tapi dibiarkan taik sana sini orang lain pula yang kena busuk dan cuci.



      





   


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:01 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Apa kesalahan utama Mejar Zaidi sedangkan SPR pun mengatakan perkara yg sama ???

Posted: 12 Jan 2015 09:14 PM PST


PR Wajar Timbang Mejar Zaidi Calon PRU 14

Posted: 12 Jan 2015 09:07 PM PST


Dalam mengharungi hari-hari yang mencengkam kehidupannya sehinggalah keputusan diumumkan semalam, Mejar Zaidi Ahmad telah memperincikan kepada umum mengenai wataknya yang berani, jujur, ikhlas, amanah serta mempunya tawakal yang tinggi kepada Allah.

Dalam dunia yang semakin mencabar di mana kebendaan, wang ringgit dan pangkat sering menjadi kebanggaan, keperibadiaan seperti Mejar Zaidi adalah "intan terpilih" yang barangkali hanya ditemui "satu dalam sejuta".

Sebagai pegawai TUDM, beliau boleh saja memilih berdiam diri dan redha dengan isu "dakwat kekal yang tidak kekal", apatah lagi dengan rekod perkhidmatan selama 26 tahun, mustahil tidak mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukannya sebagai anggota tentera.

Tetapi tindakannya membuat laporan polis dan bercakap mengenai dakwat kekal tentulah datang daripada nalurinya tinggi untuk melihat sistem dan perjalanan pilihanraya serta pentadbiran negara berjalan dengan baik dan adil. 

Keyakinannya juga tentulah bersandarkan bahawa hanya melalui sistem dan perjalanan pilihanraya yang adil saja dapat melahirkan sebuah kerajaan yang adil juga.

Mungkin dengan jawatan serta pangkat yang dimilikinya, Mejar Zaidi merasakan suaranya mengenai isu dakwat kekal lebih berupaya mendapat tindak balas yang sewajarnya daripada SPR dan kerajaan, berbanding jika hanya pengundi biasa yang membuat laporan polis.

Malangnya, sementara SPR kemudiannya mengakui dakwat yang digunakan dalam PRU 13 itu memang "ada masalah" serta benar-benar tidak kekal, Mejar Zaidi terpaksa pula berhadapan tindakan yang memusnahkan karier dan masa depannya.
Read More / Baca Lagi >>

Pecat Mejar Zaidi, satu lagi malapetaka pada negara

Posted: 12 Jan 2015 09:05 PM PST

Keputusan yang dibuat terhadap Mejar Zaidi merupakan satu tindakan pelik dalan Institusi Mahkamah tentera apabila seorang pekerja yang memiliki rekod cemerlang selama 26 tahun dibuang.
PETALING JAYA: Timbalan Pemuda PAS Perak, Akmal Kamaruddin melahirkan rasa kecewa dengan keputusan yang dibuat Mahkamah tentera dengan menjatuhkan hukuman buang kerja terhadap Mejar Zaidi Ahmad.
"PAS Perak amat terkedu apabila keberanian Mejar Zaidi dalam menyatakan kebenaran, dianggap sebagai satu kesalahan yang serius.
"Hukuman ini membuktikan bahawa penjawat awam tidak diberi kebebasan bersuara dan ini merupakan satu lagi malapetaka kepada negara," katanya dalam satu kenyataan kepada media.
Jelas beliau, keputusan yang dibuat terhadap Mejar Zaidi merupakan satu tindakan pelik dalan Institusi Mahkamah tentera apabila seorang pekerja memiliki rekod cemerlang selama 26 tahun, ditambah pula dengan penganugerahan pingat Kesatria Angkatan Tentera, namun dibuang kerja.
Sehubungan dengan itu, PAS Perak mencadangkan supaya kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat (PR) tampil memberi pembelaan yang sewajarnya kepada Mejar Zaidi.
Menurut beliau, pembangkang seharusnya menawarkan pekerjaan kepada Mejar Zaidi di negeri-negeri yang di takbir PR, selaras dengan pengalaman serta kepakaran yang dimiliki beliau.
Semalam Mahkamah tentera menjatuhkan hukuman buang kerja daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Mejar Zaidi selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan.
Bagaimanapun Mahkamah Tentera menetapkan hukuman tersebut akan berkuat kuasa tertakluk kepada pegawai pengesahan.

Kes Mejar Zaidi: Siapa sebenarnya yang dibicarakan?

Posted: 12 Jan 2015 09:03 PM PST

MOHAMED HANIPA MAIDIN

MAHKAMAH Tentera telah memutuskan hero Malaysia, Mejar Zaidi bersalah atas dua pertuduhan dan lantas menjatuhkan hukuman buang kerja. Sebagai peguambela beliau, saya langsung tidak hairan dan terkejut dengan hukuman tersebut.

Hakikatnya sebaik sahaja Mejar Zaidi mengambil satu keputusan melakukan tindakan berani membuat laporan polis dengan uniform tentera atas isu cap jari yang tidak kekal dalam Pilihanraya Umum yang lalu, beliau hakikatnya telah di"hukum" meskipun sebelum dibicarakan di Mahkamah Tentera.

Semasa perbicaraan didedahkan bagaimana Mejar Zaidi telah diberikan tugas yang "tidak wujud" dalam skim penjawatan selepas tindakan berani beliau tersebut meskipun beliau adalah seorang juruterbang pesawat pejuang TUDM.

Artikel ini bertujuan untuk berkongsi maklumat "first hand" dari peguambela beliau sendiri tentang apa yang berlaku dalam kes tersebut dan terpulanglah kepada pembaca kemudiannya membuat kesimpulan sendiri tentang perbicaraan tersebut.

Mejar Zaidi pada asalnya dikenakan tujuh pertuduhan. Apabila saya membantah pertuduhan asal itu kerana wujudnya kecacatan pada kertas pertuduhan, Mahkamah Tentera telah membatalkan lima dari pertuduhan tersebut dan hanya mengekalkan dua pertuduhan. Bagaimanapun Pihak Berkuasa Sidang (badan yang membuat keputusan tentang pendakwaan dan penjalanan kes di Mahkamah Tentera) telah mengembalikan semula lima pertuduhan yang ditolak itu dengan membuat pindaan ke atas pertuduhan pertuduhan itu di samping mengekalkan dua pertuduhan yang asal.

Selepas semua saksi pihak pendakwa dipanggil maka mahkamah perlu memutuskan sama ada pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie ke atas kesemua tujuh pertuduhan itu. Saya berhujah pendakwa gagal buktikan kes prima facie ke atas kesemua pertuduhan itu dan pendakwa pula berhujah sebaliknya.

Akhirnya mahkamah yang dianggotai oleh lima orang panel hakim telah memutuskan pendakwa telah gagal membuktikan kes prima facie bagi lima pertuduhan tapi berjaya membuktikan kes prima facie bagi dua pertuduhan iaitu pertuduhan kedua dan ketiga. Maka mahkamah telah memutuskan Mejar Zaidi dipanggil membela diri bagi dua pertuduhan tersebut.

Sebagai peguam beliau, saya (bersama sama peguam Nasar Khan dan Aminuddin Zulkifli) menerima dengan lapang dada keputusan tersebut meskipun keputusan itu agak pelik dan alasan yang diberikan agak aneh. Maka kami pun mula berbincang bagi menyediakan pembelaan Mejar Zaidi. Sehingga tarikh keputusan prima facie itu dibuat saya masih yakin Mahkamah Tentera akan mengendalikan kes Mejar Zaidi dengan adil dan tanpa wujudnya sebarang elemen "prejudgment" atau berat sebelah.

Namun saya silap. Dalam masa dua atau tiga hari sebelum tarikh perbicaraan bagi Mejar Zaidi membela diri diteruskan saya dimaklumkan oleh anakguam saya itu bahawa Tuan Yang Dipertua Mahkamah Tentera yang mempengerusikan panel hakim yang mendengar kes tersebut telah membuat satu komen tentang kes tersebut di portal Malaysiakini.Read More / Baca Lagi >>

Raja Judi: 'K'jaan Amerika Syarikat yang bantah surat Zahid'

Posted: 12 Jan 2015 09:01 PM PST

Surat daripada Kementerian Dalam Negeri untuk membersihkan nama individu yang didakwa raja judi haram Paul Phua daripada siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat, telah ditarik balik.

Satu sumber di negara itu berkata, surat berkenaan ditarik balik beberapa jam selepas permohonannya pada hari yang sama selepas bantahan oleh pihak pendakwa raya, atas alasan teknik.

Ia tidak ada kena mengena dengan Putrajaya membantah surat yang telah ditulis oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi, kata sumber dari Las Vegas kepada Malaysiakini.

Ini dilihat disahkan lagi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa semalam bahawa beliau tidak tahu menahu apa-apa mengenai surat itu.

Pada 29 Disember, pasukan undang-undang Phua daripada Goldstein dan Russell, menulis kepada Majistret Peggy A Leen, untuk menyatakan bahawa mereka menggugurkan surat Zahid selepas "kerajaan itu" menolak permohonannya.

"Adakah maklumat Zahid lebih tepat daripada FBI?" - Mahfuz Omar

Posted: 12 Jan 2015 08:59 PM PST

"Adakah maklumat Zahid lebih tepat daripada FBI?" - Mahfuz OmarKUALA LUMPUR: PAS menuntut penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar menyatakan dengan terperinci mengenai perkhidmatan keselamatan yang telah diberikan oleh warganegara Malaysia, Paul Phua, kepada kerajaan seperti yang dinyatakan dalam surat menteri tersebut.

"Ini melibatkan isu keselamatan negara. Adalah suatu malapetaka besar jika pihak kerajaan sanggup berurusan dengan penjenayah kongsi gelap dalam hal membabitkan keselamatan negara,"  kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media di Pejabat Agung parti itu hari ini.

PAS juga menanti penjelasan Ahmad Zahid berkenaan tindakan mengutus surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat melibatkan Paul yang didakwa sebagai raja judi berkenaan.

"Adakah ini menunjukkan bahawa maklumat Ahmad Zahid tentang Paul lebih tepat berbanding FBI yang kita ketahui sebagai badan siasatan yang terkemuka?
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PKR buat laporan polis terhadap Zahid petang ini

Posted: 12 Jan 2015 08:58 PM PST

Susulan pendedahan isu surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Federal Bureau of Investigation (FBI) , Pemuda PKR hari ini bakal membuat laporan polis petang ini bagi menggesa siasatan menyeluruh dijalankan.
Naib Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil berkata, laporan yang akan dibuat di Balai Polis Damansara Utama itu akan turut disertai Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan beberapa pimpinan  lain.
"Namun ketika isu ini mula dilaporkan media sekitar 31Disember 2014 hinggalah ke hari ini, Ahmad Zahid terus memilih untuk tidak menjawab atau memberikan penjelasan menyeluruh.

"Malah rakan-rakan Kabinet beliau termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan memberikan komen sehingga mendapatkan penjelasan daripada Ahmad Zahid sendiri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Fahmi berkata reaksi daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) menimbulkan tanda tanya, apatah lagi perkara penting itu tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet.
"Adakah Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri tidak mengarahkan Ahmad Zahid untuk memberi penjelasan kepada beliau dan jemaah menteri lain," katanya.

Polis jejak Sirul, peguam kata bukan 'hilang'...kita lihat siapa yang kena...??

Posted: 12 Jan 2015 08:52 PM PST

Peguam, Kamarul Hisham Kamaruddin mengakui bahawa beliau terputus hubungan dengan anak guamnya, Sirul Azhar Umar - yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu - sejak enam bulan lalu.

Sirul tidak muncul ke mahkamah dalam pendengaran keputusan rayuan kes itu di Mahkamah Persekutuan pagi ini.

Kamarul berkata, beliau terputus hubungan dengan anak guamnya itu sejak pendengaran kes tersebut di Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun hingga 25 Jun 2014 - dan tidak tahu menahu di mana kedudukan anak guamnya kini.

"Kali terakhir saya dihubungi anak guam saya, mungkin seminggu selepas pendengaran di Mahkamah Persekutuan (dari 23 Jun hingga 25 Jun, 2014), selepas itu (saya tidak dapat) menghubungi (Sirul)," katanya.

"Saya tidak tahu langsung di mana dia berada.

"Berdasarkan perhubungan terakhir dengannya, saya langsung tiada asas untuk mengatakan bahawa beliau berkelakuan aneh. Saya ada sebab untuk percaya bahawa beliau akan hadir untuk (keputusan) hari ini," katanya.

Menurutnya lagi, beliau tidak akan menyifatkan Sirul "hilang" dan hanya menyebut bahawa pegawai polis itu tidak berada di mahkamah hari ini kerana gagal menerima notis untuk hadir ke mahkamah.

Read More / Baca Lagi >>

Kronologi kes pembunuhan Altantuya

Posted: 12 Jan 2015 08:51 PM PST

Berikut kronologi kes pembunuhan Altantuya:

2006:

26 Okt: Cif Inspektor Azilah Hadri dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman ditangkap berhubung kehilangan Altantuya.
  
6 Nov:  Korporal Sirul Azhar Umar dari unit yang sama turut ditangkap.
  
7 Nov:  Penganalisis politik Abdul Razak Baginda ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.
  
15 Nov: Azilah dan Sirul dituduh bersama di mahkamah majistret di Shah Alam atas pembunuhan Altantuya. Mereka didakwa telah membunuh wanita itu di satu lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam 19 Okt dan 1.00 pagi hari berikutnya.
  
16 Nov: Razak didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur kerana bersubahat dengan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan itu. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 9.54 pagi dan 11.05 pagi pada 18 Okt di tingkat 10 Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang.
  
2007:

19 Jun: Perbicaraan Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis berkenaan atas pembunuhan Altantuya bermula.
  
2008:

31 Okt: Mahkamah Tinggi membebaskan Razak tanpa memerintahnya membela diri selepas memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau. Pada hari yang sama, Mahkamah Tinggi mendapati pendakwaan telah
membuktikan kes prima facie terhadap Azilah dan Sirul Azhar dan memerintahkan mereka membela diri.
  
14 Nov: Timbalan pendakwa raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan pendakwaan tidak akan merayu terhadap pembebasan Abdul Razak.
  
2009:

15 Jan: Azilah dan Sirul Azhar memulakan pembelaan diri. Azilah memberi kenyataan bersumpah dari kandang saksi.
  
4 Feb: Sirul Azhar memberi kenyataan bela diri dari kandang tertuduh.
    

Read More / Baca Lagi >>

Mahkamah tentera atau kangaroo adili Mejar Zaidi? soal peguam

Posted: 12 Jan 2015 08:49 PM PST

Peguam yang mewakili bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad mempersoalkan sama ada mahkamah yang membicarakan kes itu sebuah Mahkamah Tentera atau Mahkamah Kangaroo?
Mohamed Hanipa Maidin yang juga ahli Parlimen Sepang berkata, mahkamah yang membicarakan kes Mejar Zaidi sewajarnya mengisytiharkan perbicaraan kes itu sebagai mistrial.
 "Mistrial ialah apabila salah satu pembelaan pihak tertuduh jika mahkamah tidak lagi mampu mengendalikan perbicaraan secara adil dan mengikut lunas-lunas keadilan.
 "Apa yang berlaku? Mahkamah Tentera tidak membenarkan saya membuat penggulungan hujah mengenai mistrial meskipun saya sudah menyediakan hujah dan nas-nas bagi menyokong hujah saya.
 "Apabila berhujah tentang mistrial juga tidak dibenarkan, saya pun menyatakan sayonara kepada mahkamah dan terpulanglah kepada mahkamah untuk buat apa sahaja yang mereka ingin putuskan," katannya dalam satu kenyataan hari ini. Zaidi, 45, semalam diberhentikan daripada TUDM selepas 26 tahun berkhidmat kerana melanggar dua perintah tetap; memberi kenyataan media tanpa mendapat kebenaran Kementerian Pertahanan dan membocorkan maklumat rahsia tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera.

Altantuya: Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman gantung terhadap Azilah dan Sirul

Posted: 12 Jan 2015 08:45 PM PST

Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman gantung terhadap Azilah dan Sirul
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang telah menjatuhkan dua anggota Unit Tindakan Khas polis hukuman gantung terhadap pembunuhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Keputusan itu disampaikan oleh panel lima Hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan dianggotai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Panel Hakim itu sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas membenarkan rayuan mereka.

Dalam penghakiman yang dibacakan Suriyadi, mahkamah berpuas hati bahawa kedua- dua responden gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Suriyadi berkata, notis alibi yang dikemukakan kepada pendakwaan tidak disokong oleh bukti kukuh oleh kedua responden.

Katanya, mahkamah mendapati kedua responden ada niat bersama untuk melakukan pembunuhan itu yang disokong dengan bukti barangan peribadi milik si mati yang dijumpai bersama responden kedua (Sirul Azhar).
Read More / Baca Lagi >>

BUKANNYA RAKYAT BEKERJA & JADI KULI UNTUK KERAJAAN !!!

Posted: 12 Jan 2015 01:27 PM PST



Mustapa perlu merdekakan penjajahan politik ke atas Kelantan

Posted: 12 Jan 2015 07:10 AM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar
Sekali lagi saya ingin berkata khusus kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed yang juga merupakan satu-satu menteri kabinet daripada Kelantan buat masa ini, bahawa inilah masanya kalau beliau ingin meninggalkan apa-apa legasi kepada Kelantan dengan mengambil manfaat daripada bencana banjir melanda Kelantan kini.

Mustapa berjumpa dengan Ahmad demi Kelantan. Inilah "cerlak" terbaik sekali kalau beliau ingin mencatat sejarah buat dirinya dan untuk dikenang rakyat sebagai pemimpin rakyat yang prihatin dan berjasa bukan saja di Jeli kawasan dijaga dan dibangunkannya, tetapi bagi seluruh negeri Tok Janggut dan Tok Kenali itu.
Seperti diperakui umum bah emas, (banjir) yang kini sudah beransur surut merupakan bencana alam paling buruk menimpa negeri Kelantan. Walapun beberapa dekad sebelum ini sudah ada bencana sedemikian tahun 1930-an dan 1960-an, tetapi bencana pertengahan 2000-an adalah paling dahsyat.

Kita semua menyaksikan dengan kepala kita sendiri akan kedahsyatan bencana berkenaan. Peristiwa yang berlaku genap 10 tahun tsunami di Aceh (2004) itu seakan-akan untuk menyambut hari hari jadinya (hari tragedi dahsyat) bencana itu di Kota Bharu Kelantan. Seperti saya nyatakan sebelum ini, persamaan Aceh dengan Kelantan dikenali sebagai Serambi Makkah, seperti sudah kebetulan yang tepat maka itu Tuhan memilih Kelantan untuk melambungkan kemurkaan-Nya (sebenarnya kasih dan sayang) agar semua orang mengambil iktibar dan insaf.


Ramzi sedang menceritakan sesuatu kepada Mustapa.
Bah emas adalah bah bukan sebarangan. Melihat kepada kehancuran, kemusanahan dan penderitaan rakyat (mangsa) ia tidak ubah seperti tsunami. Saya menyimpulkan bah emas yang menghentam seluruh jajahan di Kelantan itu adalah kombinasi padu dua bencana alam di Aceh 2004 dan gempa Bumi di Jawa Timur 2006. Dan bah emas itu juga adalah isyarat jelas setiap 40 tahun sekali malapetaka besar akan berlaku atas muka dunia ini. Kali terakhir bah besar di Kelantan ialah 1967.

Begitulah, keadaan dan suasananya; rumah terbongkar rebah dan hancur. Pokok tumbang bergalempangan manakala ribuan kenderaan tenggelam dan tersungkur ke dalam lumpur. Binatang dan haiwan ternakan kehilangan negeri. Bangunan dan peremis kerajaan juga musnah atau pun rosak. Eleterik, kemudahan air bersih, wifi dan jalan raya putus dan punah ranah. Saking dahsyatnya jambatan kereta api yang dibina dizaman British yang diakui kuat dan teguh pun roboh dan musnah. Kelantan menjadi persis negeri dalam peperangan untuk beberapa ketika.

Mangsa bergelap dan berlapar beberapa malam sebelum bantuan luar tiba. Cuma bezanya di Kelantan tidak ada mayat bergelempangan di jalan-jalan raya, tersangkut dibumbung rumah, melampong di sungai atau pun tersangkut di pokok kayu seperti mana keadaan di Aceh. Atau pun, di Kelantan tidak ada kubur besar dibina untuk mengembumikan mangsa banjir laksana di Aceh yang punya dua buah kubur besar tempat bersemadinya ratusan mangsa tsunami. Alhamduliah tahap kematian di Kelantan sedikit, kurang daripada 20 orang yang dilapor. Tegas dan jelasnya situasi dan kondisi malapetaka di Kelantan itu sama dengan di Aceh.

Terbesar saya kata kerana ia melibatkan lebih 100,000 rakyat terpaksa dipindahkan. Manakala jumlah kerosakan harta benda awam dan orang ramai mencecah RM932 juta. Itu menurut anggaran Mustapa Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Banjir yang dibuat dengan penuh jimat cermat. Tetapi saya yakin kerugian dialami kerana banjir itu lebih besar dari jumlah berkenaan. Mungkin kalau diperuntukan kesemua wang royalti minyak yang patut diterima Kelantan untuk membangun semula Kelantan tidak mencukupi.Read More / Baca Lagi >>

Kos sara hidup seluruh dunia naik kata Menteri Umno

Posted: 12 Jan 2015 06:55 AM PST

10 sen pada zaman dahulu besar nilainya
datuk hassan malekKUALA LUMPUR : Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata rakyat seharusnya menerima hakikat kenaikan kos sara hidup.
Bahkan, pihaknya juga tidak dapat menafikan bahawa kos sara hidup di seluruh dunia telah meningkat setiap hari.
"Begitu juga duit kita. Pada waktu saya sekolah dahulu, 10 sen itu besar nilainya. Tapi hari ini, 10 sen orang campak kat longkang pun orang tak kutip. Begitu keadaannya.
"Rakyat kena terima hakikat tersebut sebab ini adalah kos sara hidup kita," katanya pada Majlis Pelancaran Program Bersiri 13 Episod 'Kuasa Pengguna' di Angkasapuri hari ini.
Berhubung Cukai Barangan dan Perhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada awal bulan April ini, Hassan berkata pihaknya telah bersedia untuk melaksanakannya.
"Kita semua sebagai satu keluarga KPDNKK dengan bantuan dari kementerian-kementerian, agensi-agensi lain, telah berjanji sesama sendiri bahawa telah cukup bersedia untuk melaksanakan GST, dasar percukaian baru yang akan diperkenalkan mulai 1 April 2015 akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Kadir Jasin cabar 'pendakyah' Najib

Posted: 12 Jan 2015 06:52 AM PST

Wartawan veteran, Datuk Abdul Kadir Jasin melontarkan 18 soalan buat "pendakyah, tukang cerita dan tentera siber Perdana Menteri", Datuk Seri Najib Razak.

Ia berkisar kepada pengurusan 1MDB, perisytiharan darurat sewaktu banjir, kemerosotan nilai ringgit, serta pengurusan hasil negara.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu mengemukakan soalan-soalan tersebut menerusi tulisan terbaru di blognya.

"Mengapakah PM tidak mengisytiharkan darurat kerana banjir besar sedangkan kerajaan mengisytiharkan darurat ketika berlaku wabak SARS pada tahun 2009 dan jerebu pada tahun 2013?

"Bagaimanakah PM, sebagai menteri kewangan, hendak melestarikan Belanjawan 2015 apabila harga minyak mentah sudah jatuh di bawah paras AS$50 setong sedangkan anggaran belanjawan adalah antara AS$100 hingga AS$105 setong?

"Bolehkah GST dan punca-punca lain pendapatan menampung kejatuhan hasil akibat kemerosotan harga minyak mentah yang menyumbang hampir 40 peratus kepada perolehan kerajaan?"

Ini antara soalan-soalan yang dikemukakan Kadir.

Read More / Baca Lagi >>

Dakwat Tidak Kekal: Peguam utama Mejar Zaidi tak hadir tanda protes

Posted: 12 Jan 2015 06:51 AM PST

Peguam Major Zaidi Ahmad, Mohd Hanipa Maidin, berkata pihak pembelaan memutuskan tidak mengambil bahagian dalam keputusan mahkamah tentera hari ini, sebagai tanda protes ekoran keputusan panel hakim yang didakwa berat sebelah.

Hanipa yang juga MP Sepang dan ahli jawatankuasa pusat PAS, menyifatkan kes Zaidi sebagai "satu persendaan terhadap keadilan" berikutan keputusan mahkamah itu mendapati anak guamnya bersalah dan menjatuhkan hukuman maksimum dibuang kerja walaupun kerjayanya yang cemerlang.

Alasannya untuk tidak mengambil bahagian hari ini termasuk:

  • Tiada alasan bertulis diberikan dalam mengekalkan baki dua tuduhan, walaupun mahkamah telah memutuskan untuk menggugurkan lima daripada tujuh tuduhan.
     
  • Pengerusi panel hakim, Kolonel Saadon Hasnan telah membuat posting dipertikaikan pada laman Facebook Zaidi sebelum memanggil Zaidi membela diri. Berikutan itu, peguam beliau mendakwa berlaku berat sebelah.
     
  • Zaidi telah membuat afidavit berhubung posting di Facebook itu, dan ini tidak dipatahkan oleh Saadon atau hakim yang lain. Hanipa berkata jika Saadon mahu menafikannya, beliau sepatutnya membuat laporan polis atau mengemukakan afidavit jawapan. "Mengikut pemahaman saya, tidak ada laporan polis yang dibuat".
     
  • Perbicaraan untuk membatalkan panel hakim itu tidak dilayan berikutan posting tersebut.
     
  • Pihak pembelaan mahu memanggil Saadon sebagai saksi pembelaan, tetapi ini juga telah ditolak oleh mahkamah.
         
  • Pihak pembelaan mahu mahkamah mengisytiharkan ini sebagai salah bicara, dan ini juga telah ditolak oleh mahkamah tentera.
Berdasarkan keadaan itu, kata Hanipa, adalah mustahil untuk beliau turut mengambil bahagian di mahkamah tentera itu.

KAMU GUNA DUIT RAKYAT BERBILION2 RINGGIT untuk PERMATA apa yang rakyat marhaen dapat ???

Posted: 12 Jan 2015 04:57 AM PST


“Muhyiddin, jangan buat-buat tak tahu isu surat Menteri kepada FBI”

Posted: 12 Jan 2015 04:51 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 JAN: Reaksi Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Seri Muhyiddin Yassin seolah-olah tidak tahu mengenai surat Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dalam kes raja judi warganegara Malaysia Paul Phua, sangat menghairankan.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, mustahil TPM dan menteri Kabinet tidak tahu mengenai skandal tersebut, sedangkan ia menjadi tajuk berita utama di dalam dan luar negara setiap hari sepanjang minggu pertama tahun ini.
Sedangkan kata Kit Siang, surat Zahid ditarik balik daripada satu perbicaraan di Mahkamah Daerah Nevada, AS selepas Putrajaya membantah ia digunakan untuk pembelaan kes Paul Phua.
"Siapa yang membantahnya daripada digunakan dalam prosiding di mahkamah terbuka? Zahid, Peguam Negara, Polis atau Perdana Menteri sendiri?
"Sekarang kita tahu bahawa orang itu pastilah bukan Timbalan Perdana Menteri atau menteri kabinet yang lainnya," perli Kit Siang.
Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini berkata kabinet tidak tahu menahu, dan tidak membincangkan sama sekali isu surat Zahid kepada FBI.
Ujar Kit Siang, Muhyiddin dan kabinetnya perlu menerangkan kegagalan mereka menjawab kepada rakyat berhubung skandal tersebut, sekiranya peduli tentang kepentingan dan reputasi negara di persada antarabangsa.
Kit Siang turut menasihatkan Muhyiddin untuk membaca semula kenyataannya Khamis lalu, 'Adakah perihal surat Menteri Dalam Negeri kepada pihak FBI yang menjamin integriti seorang warga Malaysia yang didakwa 'raja judi'.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB bukan ‘peminjam bertanggungjawab’

Posted: 12 Jan 2015 04:50 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 JAN: Jika 1MDB adalah 'peminjam bertanggungjawab', syarikat itu tidak mungkin memiliki hutang terkumpul melebihi RM42 bilion, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Utara Tony Pua.
Kata Tony, kenyataan Pengarah Eksekutif (CE0) 1MDB yang baru Arul Kandasamy bahawa 1MDB adalah 'peminjam bertanggungjawab' sama sekali tidak berasas.
"Memang benar 1MDB tidak pernah gagal dalam pinjamannya, tapi ia tidak bermakna mereka tidak mempunyai masalah membayar hutang.
"Hakikatnya, 1MDB telah terlepas dua tarikh akhir pembayaran balik bagi hutang RM2 bilion pada bulan November dan Disember 2014.
"Pinjaman RM2 bilion itu sendiri sebahagian daripada penyusunan dan penjadualan semula hutang yang tidak dilunaskan pada November 2013," katanya menjawab kenyataan Arul.
Pada 6 Januari lalu, Arul dalam satu wawancara bersama Bloomberg mendakwa 1MDB merupakan peminjam bertanggungjawab walaupun terdapat laporan menyatakan syarikat itu gagal melangsaikan hutang pinjaman berjumlah RM2 bilion bulan lalu.
Kata Arul, selagi sektor perbankan dan kredit saling berkait antara satu sama lain, selagi itulah 1MDB merupakan peminjam yang bertanggungjawab dan tidak pernah gagal.
Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP menegaskan, Arul harus sedar bahawa pada 2010, 1MDB meminjamkan RM4.3 bilion kepada Petrosaudi International dan meminjam lebih banyak untuk memberi pinjaman tambahan kepada firma Arab tersebut.
"Bagaimana pinjaman kepada Petrosaudi yang ditubuhkan pada 2005 oleh Tarek Essam Ahmad Obaid ini boleh dikatakan 'bertanggungjawab'?" soalnya
Read More / Baca Lagi >>

OIC: Kebencian terhadap orang Islam mencemaskan

Posted: 12 Jan 2015 04:45 AM PST

Tindakan berlandas kebencian terhadap orang Islam mencapai kadar mencemaskan di banyak negara Eropah bulan lepas, kata badan pemerhati Islamophobia Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
  
Badan dikenali sebagai Islamophobia Observatory itu berkata jumlah kejadian di Perancis, Sweden dan Jerman begitu tinggi dan semakin membimbangkan jika dilihat daripada jumlah orang Islam yang menjadi mangsa.
  
"Di United Kingdom, jumlah wanita Islam yang dilaporkan menderita akibat jenayah kebencian meningkat sebanyak 10 peratus, manakala jumlah kes serangan dalam bentuk cacian dan ancaman terhadap orang Islam pada umumnya meningkat sekali ganda, terutama melalui media sosial," kata OIC dalam kenyataan yang dikeluarkan di Jeddah pada hari Ahad.
  
Di Sweden, lima orang Islam cedera dalam serangan khianat yang dilakukan terhadap sebuah masjid di bandar Eskilstuna.
  
Kenyataan itu berkata jenayah yang dilakukan terhadap masyarakat Islam akibat kebencian semakin menjadi-jadi, termasuk perbuatan menyerang imam, meletakkan kepala babi di masjid, menconteng dinding masjid dan menyerang wanita bertudung.
  
"Di Belanda, masjid terus menjadi sasaran vandalisme. Di Jerman pula, penolakan masyarakat akar umbi terhadap Islam dan umatnya mencapai tahap yang belum pernah dialami sebelum ini," kata kenyataan itu.
  
Bagaimanapun, katanya, di Amerika, Islamophobia menunjukkan trend menurun bulan lepas apabila jumlah kejadian jauh lebih rendah daripada dua bulan sebelumnya.

Bimbang
    

Read More / Baca Lagi >>

Mahfuz kaitkan k-pop dengan 'agenda' global

Posted: 12 Jan 2015 04:44 AM PST

Banyak pihak berspekulasi berhubung 'sebab sebenar' penganjuran acara artis k-pop B1A4, yang menyaksikan aksi kontroversi peluk cium, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempunyai versinya tersendiri.

Beliau pergi lebih jauh dengan mengaitkan apa yang berlaku dengan agenda global untuk "menjatuhkan maruah wanita Islam".

"Saya bimbang yang pakai tudung ini sebenarnya orang yang tidak memakai tudung tetapi diupah memakai tudung dan melakukan agenda yang tidak bermoral.

"Saya bimbang itu yang akan berlaku seperti mana banyak khabar angin yang dibuat (seperti dalam) isu pembunuhan di Perancis adalah agenda Mossad (badan risikan Israel, kiri).

"Sama juga seperti apa yang berlaku pada acara malam tadi. (Mungkin) bukan wanita yang pakai tudung yang naik (pentas).

"Tetapi untuk menjatuhkan maruah wanita Islam. Ini satu penghinaan dan saya harap pihak berkuasa polis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) siasat," katanya.

Kenapa dapat kelulusan?

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur petang ini, Mahfuz kesal apabila program itu diluluskan kerajaan.

"Atas dasar apa mereka beri kebenaran artis luar dibawa masuk.

"Dan apa garis panduan (program) ini? Seolah-olah tidak ada garis panduan kepada penganjur dan penganjur boleh buat apa sahaja (termasuk) peluk dan cium.

"Saya minta satu siasatan dibuat oleh pihak berkuasa kepada penganjur kerana saya bimbang sekiranya penganjur ini yang cipta satu suasana untuk bersifat penghinaan kepada Islam," katanya.

Penganjur acara itu TGM Events hari ini menjelaskan bahawa mereka tidak berniat membiarkan gadis bertudung dipeluk dan dicium kerana ia dipilih secara rawak.

Read More / Baca Lagi >>

Bollywood bawa pluralisme, K-pop bawa Kristianisasi, kata timbalan mufti Perak

Posted: 12 Jan 2015 04:42 AM PST

Budaya hiburan dari Korea Selatan atau K-pop membawa pakej yang merbahaya kepada umat Islam kerana menyebarkan fahaman liberalisme dan Kristianisasi, kata Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim.
Beliau berkata, dengan tersebarnya budaya berkenaan tembok keimanan umat Islam sedang ditanggalkan satu demi satu jika tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa.
"Bollywood membawa fahaman pluralisme agama maka K-pop membawa sekali fahaman liberalisme dan Kristianisasi," kata Zamri yang juga ahli Majlis Ulama Isma (Muis) dalam satu kenyataan hari ini.

"Kajian rambang yang dilakukan mendapati hampir 80% daripada artis K-pop beragama Kristian. Selebihnya terdiri daripada golongan atheis, Buddha dan kepercayaan animisme. "Kebanjiran filem Korea di stesen TV di Malaysia juga menyumbang kegilaan remaja wanita kepada artis ini," katanya.
Zamri berkata, ibu bapa perlu mengawasi anak mereka daripada teruja dengan budaya K-pop.
Katanya, gadis yang terlibat memeluk artis K-pop pada minggu lalu perlu bertaubat dan bertekad untuk tidak mengulanginya.
"Ambillah budaya yang baik daripada orang Korea seperti rajin bekerja, sayangkan identiti diri dan lain-lain.
"Jangan jadikan perbuatan kalian menjadi fitnah kepada rakan muslimah lain yang bertudung. Sesungguhnya wanita yang bertudung sepatutnya menjaga maruah.
 "Sesungguhnya wanita muslimah itu sudah mulia dengan Islam, mereka tidak memerlukan kepada kerendahan serta kehinaan hawa nafsu," katanya.
Konsert artis berkumpulan K-pop yang menggelar diri mereka B1A4 mencuri perhatian pengguna media sosial apabila beberapa gadis Melayu yang bertudung dipeluk dan dicium ketika mereka membuat persembahan.
Read More / Baca Lagi >>

KALAU BERANI, hebahkan kepada rakyat agar rakyat tahu.. Berani kerana benar, TAKUT KERANA SALAH.

Posted: 12 Jan 2015 04:03 AM PST


Mejar Zaidi bukan menteri ....

Posted: 12 Jan 2015 03:40 AM PST


Dakwaan berpilih-pilih bulu
juga hukuman atas arahan
mengikut kepentingan politik
adalah satira paling jahanam
pabila rasuah dan korupsi
dipejamkan kedua mata
melihat bukti tetapi tidak nampak
selagi ketuanan terpelihara
keislaman tidak dipeluk KPop
kerana keadilan ada darjat
keluhuran undang-undang juga
mempunyai kelas berlainan
mengikut kasta kuasa.
Mejar Zaidi bukan menteri
yang menulis surat sokongan
kepada perisikan negara asing
untuk penjenayah tegar dibebaskan
atau penjual maklumat rahsia negara
yang mendapat habuan kontrak
kerana Mejar Zaidi hanya sekadar
peniup wisel yang bermaruah
menjaga integriti demokrasi
untuk sebuah negara berdaulat.
Nanti kita lihat
di mahkamah akhirat
para wira-wira dunia yang disanjung
apakah mereka yang kaya raya
buncit perut sendawa dalam kubur
masih boleh membayar rasuah
dan melindungi kebobrokan
dengan segala kuasa dan pengaruh
yang mereka pernah ada
dan pertahankan halal atau haram
di atas nama politik kebangsaan!

Pas minta kerajaan bendung program cemar maruah

Posted: 12 Jan 2015 03:36 AM PST


Jabatan Alimat Dewan Ulamak Pas Pusat, menggesa kerajaan untuk menghentikan sebarang bentuk program yang menjerumuskan masyarakat Malaysia khususnya umat Islam ke lembah penghinaan yang tidak disukai ALLAH.
 
Ketuanya, Mastura Ismail berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi telah  memberi isyarat kepada pemerintahnya agar menyekat budaya hiburan yang tidak menepati syariat.
 
"Kami menyeru kepada semua pihak khususnya kepada pihak kerajaan agar menggunakan kuasa yang dianugerahkan oleh ALLAH untuk menghentikan sebarang bentuk program yang menjerumuskan masyarakat Malaysia ke lembah penghinaan.
 
"…sekaligus agar masyarakat kembali kepada cara hidup Islam yang lengkap dan sempurna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden memalukan di mana remaja muslimah dipeluk dan dicium dalam satu konsert k-pop Korea B1A4 Kuala Lumpur pada 10 Januari 2015 lalu.
Read More / Baca Lagi >>