Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Dadah Baru Daun Khat Diisytihar Daun Teh Untuk Diseludup Ke Malaysia

Posted: 09 Jan 2015 09:06 PM PST

alt
KUALA LUMPUR, 9 Jan. - Polis mengesan dadah organik berupa sejenis daun dinamakan "Khat", yang digunakan masyarakat Timur Tengah dengan cara mengunyahnya kini mula diseludup ke negara ini secara besar-besaran.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata dadah berkenaan dibawa masuk melalui syarikat kiriman barang dan sindiket dadah memalsukan dokumentasi penghantaran daun itu dengan mengisytiharkannya sebagai daun teh dan daun inai.
Beliau berkata hasil siasatan Jabatan Kimia mendapati daun berkenaan mengandungi dadah jenis Cathinone iaitu bahan, yang mengkhayalkan seperti ephiderin dan amphetamine.
"Ia dadah baharu yang diseludup masuk ke Malaysia untuk kegunaan masyarakat Timur Tengah dan mereka mengunyahnya untuk khayal.
"Kita khuatir jika tidak dibendung ia akan merebak dan digunakan oleh penagih tempatan," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di ibu negara.
Katanya pendedahan itu dibuat berdasarkan maklumat awam dan tindakan operasi serbuan pasukan Narkotik Polis Bukit Aman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Rabu lalu dan di sekitar Selangor serta ibu negara, semalam.
Dalam dua serbuan itu, polis menahan empat lelaki, iaitu dua warga tempatan, seorang dan seorang warganegara Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kesemua mereka berusia antara 19 dan 54 tahun dan kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh membawa hukuman mati mandatori.
Noor Rashid berkata polis turut merampas 10 kotak, yang mengandungi daun tersebut seberat 90.78 kilogram dianggarkan bernilai RM50,000 yang diseludup dari Uganda, Afrika.
"Siasatan awal polis mendapati lelaki Yemen telah memasuki negara ini menggunakan pas pelawat beberapa minggu lepas manakala lelaki warga UAE itu merupakan pelajar kolej swasta di ibu negara," katanya.
Polis juga percaya terdapat warga tempatan yang bersubahat dalam penyeludupan dadah itu.
Beliau memberi jaminan pemantauan dan risikan akan sentiasa dijalankan bagi membendung penyeludupan dadah tersebut.

Serangan di Paris: Polis Muslim jadi sanjungan

Posted: 09 Jan 2015 02:09 AM PST


 Serangan di Paris: Polis Muslim jadi sanjungan
Sokongan buat anggota polis yang mati ditembak dalam kejadian di pejabat majalah satira Charlie Hebdo di Paris datang mencurah-curah selepas beliau dikenal pasti sebagai seorang Muslim.
Orang ramai memuji Ahmed Merabet, 40 tahun, yang disanjung kerana berani dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang anggota polis peronda berbasikal, lapor The Guardian.
Beliau juga dipuji kerana gugur ketika mempertahankan hak sebuah penerbitan untuk memperolok-olokkan agamanya.
Pengguna media sosial Facebook dan Twitter giat memuatkan slogan #JeSuisAhmed (Saya Ahmed) di laman mereka sebagai tanda sokongan kepada Ahmed.
Slogan itu muncul sehari selepas orang ramai melaung-laungkan slogan #JeSuisCharlie (Saya Charlie) semalam.
Menurut seorang pegawai polis, Ahmed Merabet diarahkan ke tempat kejadian bersama seorang rakan setugas wanita.
Beliau tiba sewaktu kereta hitam yang dinaiki dua penembak itu baru sahaja meninggalkan pejabat Charlie Hebdo.
"Beliau sedang berjalan dan terserempak dengan pengganas tersebut.Beliau mengeluarkan senjatanya. Itu kerja dan tanggungjawabnya," kata Rocco Contento, seorang rakan sekerja Ahmed dari balai polis tempatnya bertugas.
Kesatuan sekerja polis Perancis memuatkan slogan #jesuispolicier (Kami polis) di laman web dan kain rentang Twitter mereka bagi memperingat dua rakan setugas mereka yang mati.
Rakaman video yang tersebar di Internet menunjukkan dua orang penyerang yang berpakaian hitam dan bertutup muka keluar dari kereta dan menembak bahagian celah kangkang seorang anggota polis.
Anggota polis itu kemudian rebah dan mengerang kesakitan sambil mengangkat tangannya seperti melindungi dirinya.
Pada masa sama, penembak kedua berlari-lari anak ke arah anggota tersebut dan bertanya dalam bahasa Perancis, "Kau nak bunuh kami?"
Ahmed Merabet menjawab,"Tidak, semuanya OK". Penembak kedua itu kemudian menembak Ahmed Merabet di kepala sambil berlalu pergi.
Selain Ahmed, serangan itu mengorbankan 11 yang lain termasuk empat kartunis Charlie Hebdo. - M'kini

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Nurul ... Nurul ... Dulu fitnah Raja Nong Chik, ngaku futnah NFCorp

Posted: 09 Jan 2015 09:02 PM PST


Nurul reckless and irresponsible. NFCorp sues.

Nurul-Izzah

The High Court of Kuala Lumpur today heard how reckless and irresponsible MP Nurul Izzah Anwar had been to lend credence to defamatory remarks delivered by PKR strategy director Rafizi Ramli at a news conference.

"Nurul ought to know that as a political figure, her words would carry weight with the members of the public and therefore, she ought to have been responsible and accountable."

In his testimony before Judge Datuk Hue Siew Kheng, NFCorp chairman Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail testified that Nurul Izzah Anwar and her political party Parti Keadilan Rakyat (PKR) of having made defamatory remarks and statements at a news conference on 7 March 2012 at PKR headquarters.

Nurul together with PKR Strategy Director Rafizi Ramli and its wanita chief Zuraida Kamaruddin had presided at the news conference in which the defendants had alleged that NFC funds and which they meant public funds, had been used to purchase eight KL Eco City office properties in Bangsar at the peril of a government deposit placed at Public Bank Berhad.

The court was shown the two video news clips from Internet news portal MKiniDotCom of the press conference held by the Defendants in which the defamation and slanders were explicitly made.

The suit is between National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) and its chairman Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail (Plaintiffs) against Lembah Pantai MP and PKR vice president Nurul Izzah Anwar and Parti Keadilan Rakyat represented by its secretary-general Datuk Saifudin Nasution (Defendants).

The defendants had alleged that Datuk Salleh was not credit worthy and had leveraged his borrowings on the government deposit of RM72 million.

Datuk Salleh testified and clarified that at the onset, no loans had been taken using NFCorp funds nor leveraged to have put a government loan deposit in jeopardy.

Nurul had relied on false statements made by Rafizi Ramli (now the Secretary General of PKR) in which Datuk Salleh added, "was politically motivated and targeted against his wife who was a minister at that material time leading to her ultimate resignation."

Datuk Salleh said Nurul by her statements made at that press conference acknowledging the details of the disclosure by her counterpart Rafizi and giving credence to it, had caused irreparable damage to his reputation, credibility and standing, and which led to the collapse of the businesses of NFCorp and its related companies.

"I verily believe that the main motivation of why PKR was so actively involved and orchestrated this entire fiasco was mainly in preparation for the general elections held in 2013. Rafizi and indeed the second defendant held nothing back in their pursuit to destroy me and the second plaintiff and its related companies.

The press release, the oral media statements and the disclosure of confidential banking information by the defendants had convinced the media to write and publish adversely of the plaintiffs, said Datuk Salleh.

This resulted in immense public outrage arising from the subsequent news reports on the Internet news portals, mainstream newspapers, radio and television, blogs and tweets, all of which alarmed the government and authorities.

This, he said, resulted in his wife Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil resigning from her federal cabinet position, in him being charged in court five days later, his funds and assets seized and frozen by the authorities, and his entire businesses crippled and collapsed.

"Rafizi Ramli had claimed that I had difficulty in repaying my loans from March 2011. How can that be when the sale and purchase agreements for the eight KL Eco City properties were only signed in December 2011. No bank would provide for any loans prior to the SPAs being signed."

"Rafizi lied, distorted and misrepresented the confidential banking information he had obtained and verified from the bank to authenticate his press release and media statements. Nurul underscored these said disclosures to further slander the plaintiffs."

Datuk Salleh added that the purchase of properties at KL Eco City was private and had nothing to do with NFC the project or NFCorp the company.

The court was also told that the Defendants assumption and presumption that NFCorp had been fully funded by the Government was absolutely wrong.

NFCorp, Datuk Salleh said, had taken a RM250 million loan to operate the business and not as claimed by Nurul, "dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia."

The court was also briefed that NFCorp was established as the integrator of the National Feedlot Centre (NFC) to fulfill the government's policy to meet the objectives of the National Meat Policy (Ruminant Sector) 2006. NFC is a Government High Impact project, and NFCorp was established as a public-private sector collaboration with the Government where an Implementation Agreement was drawn up and executed between the second plaintiff and the government of Malaysia to meet the objectives of the national meat policy.

At the outset, the Defendants had alleged that the plaintiffs were "in a mess". They had taken the Auditor General's Audit Report of 2010 and abused it by lying, distorting and misrepresenting the information by the Auditor General to the media, government and general public.

Auditor General Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang in a press statement and in a letter to NFCorp on 25 January 2012, had clarified that the Jabatan Audit Negara did not audit private limited companies.

Tan Sri Ambrin said NFCorp was never audited by his department. He also underscored the fact that he had never said NFCorp was "in a mess".

The court was shown the key points of the letter in which it was stated,

"Perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN ialah pencapaian projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) sebagai sebuah syarikat."

"NFCorp adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1. Manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn. Bhd."

"Jika dibaca keseluruhan LKAN 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, 'in a mess' atau pun penyelewengan. Perkataan ini digunakan oleh pihak-pihak lain di luar kawalan Jabatan Audit Negara. Perkara ini telah saya jelaskan dalam kenyataan akhbar saya pada 25 Januari 2012."
The trial continues Wednesday when Datuk Salleh is expected to be recalled to the stand to testify on the financial performance of NFCorp.

-----------------

Ketika bayi, Rafizi tak dapat susu ibu, hanya susu tetek lembu

Posted: 09 Jan 2015 05:52 AM PST

Bila dewasa, bodoh macam lembu.

Masak kau Rafizi kes NFC. Padan statement dia meracau.

Sekejap mintak ....


Kemudian tu, mintak ...


Apabenda ko ni ....


Sampai blogger Ameno World pun kata dia pelik. Jawabnya nak mintak kurangkan cukai.

Bukan cam gitu caranya.

Dari kau sibuk mintak cukai turun, mintak tutjnkan harga barang dari peniaga cina DAP.



Perjuanglah sekali ....


Sosial Media tak caya lagi Nga Kor Meng si Raja Balak

Posted: 09 Jan 2015 01:30 AM PST








Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-
Belantan

Belantan


Jumpa ekor QZ8501
di dasar Laut Jawa?

Posted: 09 Jan 2015 04:28 AM PST

Inilah bahagian ekor pesawat AirAsia QZ8501 yang ditemukan oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) di dasar Laut Jawa kira-kira 30 kilometer dari lokasi terakhir pesawat tersebut.

JAKARTA - Pasukan mencari dan menyelamat hari ini berjaya me­nemukan ekor pesawat Air­Asia QZ8501 di dasar Laut Jawa kira-kira 30 kilometer dari lokasi terakhir pesawat tersebut.

Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) berkata, penemuan tersebut merupakan kejayaan yang ditunggu oleh pasukan penyiasat dalam mencari alat perakam data penerbangan atau kotak hitam.

"Kami menemui ekor pesawat yang merupakan sasaran utama kami.

"Ekor pesawat itu ditemui oleh pasukan penyelam selepas dikesan oleh peralatan dasar laut yang mempunyai kelengkapan sistem sonar," kata Ketua Basarnas, Bambang Soelistyo pada sidang media, di sini hari ini.


Beliau berkata, pasukan penyelam itu kini berusaha mencari kotak hitam, yang mampu membantu dalam mencari punca kejadian tersebut.

"Mencari ekor pesawat adalah penting kerana alat perakam perbualan kokpit dan perakam data ber­ada di bahagian belakang pesawat itu," katanya.

Laman web detik.com melaporkan, ekor pesawat itu ditemukan dalam keada­an terbalik dan terbenam dalam lumpur.

Sehingga hari ini, hanya 40 daripada 162 mayat penumpang pesawat Airbus A320-200 itu berjaya ditemukan.

Angin kencang dan ombak besar pula menghalang usaha penyelam untuk ke loikasi objek-objek besar di dasar laut yang dikesan melalui sonar. – Reuters

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ISTERI GUAN ENG DILANTIK, BENDAHARI PAS DIPECAT

Posted: 09 Jan 2015 04:40 AM PST

Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew Gek Cheng diberi jawatan sebagai Ketua Bahagian untuk Perkhidmatan Harta, Perdagangan Pembangunan Hartanah, Pembinaan dan Jawatankuasa Pengurusan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, lapor R Ed Mikael
Betty Chew adalah isteri Lim Guan Eng yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Melaka.
"Dan suami Betty Chew iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang ini juga merupakan Pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Negeri.
"Kini isu tanah dimonopoli sepenuhnya oleh keluarga Lim Guan Eng. Jika ini dilakukan oleh pemimpin BN, maka namanya nepotisme. Jika ini dilakukan oleh PR, namanya entah apa, saya pun tidak tahu,' ulas R Ed Mikael.
Menurut R Ed Mikael, Dewan Perdagangan Cina Pulau Pinang (PCCC) adalah sekutu rapat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
"Pengerusi PCCC adalah Tan Sri Tan Kok Ping, salah seorang Pengarah syarikat yang bertanggungjawab dalam soal pembersihan tanah haram atau skandal "Botak Hill" yang juga merupakan sekutu rapat Lim Guan Eng,"ulasnya lagi.
Sementara itu, Antarapos melaporkan Bendahari PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim tidak dilantik semula sebagai anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang diumumkan kerajaan negeri pimpinan DAP itu hari ini.
Bagi menggantikan Iszuree yang sebelum ini disingkir daripada semua jawatan Jawatankuasa Tetap MPPP, kerajaan negeri mengumumkan pelantikan Yang Dipertua PAS Tanjung Yacoob Omar.
Exco Kerajaan Tempatan, Kawalan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow ketika mengumumkan barisan baharu anggota majlis bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis tahun ini bagaimanapun tidak menyatakan sebab Iszuree tidak dilantik semula sebagai anggota majlis MPPP.
Turut hadir pada sidang akhbar mengumumkan pelantikan anggota majlis MPPP dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) itu ialah Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Iszuree dilapor disingkir daripada semua jawatankuasa tetap MPPP berikutan ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor Bahru yang mengkritik kerajaan negeri berhubung isu dasar perumahan.
Chow berkata, selain Iszuree, lima lagi anggota majlis MPPP sebelum ini juga tidak disambung perkhidmatan iaitu Tay Leong Seng, Mohd Hariszuan Jaharudin, Muhammad Sabri Md Osman, Aidi Akhbal Mohd Zainon dan Mohd Foaz Hamid.
"Enam muka baharu yang dilantik ialah Goh Choon Keong dan Syerleena Abdul Rashid daripada DAP, Felix Ooi Keat Hin (PKR), Yaacob (PAS) dan dua daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Sha'ari Md Salleh dan Mohamed Yusoff Mohamed Noor," katanya.
Beliau berkata, senarai anggota baharu majlis iaitu 10 daripada DAP, lapan PKR, dua PAS dan empat NGO itu telah mendapat persetujuan daripada semua parti dalam Pakatan Rakyat.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohamad Sabu enggan memberi komen ketika diminta mengulas penyingkiran Iszuree Ibrahim.
"No komen, tiada komen apa-apa lagi. No komen!," katanya kepada Antarapos.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:43 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Pihak Berkuasa Perlu Siasat Tulisan Lawyer Anwar Ini

Posted: 09 Jan 2015 06:38 AM PST

tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:21 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Peristiwa keganasan di Paris........apa pencetus nya?

Posted: 09 Jan 2015 08:20 PM PST

Charlie Hebdo: Antara ekstrem dan sensiviti
Oleh Abu Qalam al-Seriani
Masakan pokok bergoyang jika bukan kerana ada ribut. Sikap ekstrem juga tidak mungkin timbul tanpa sebab atau penyebab yang tidak kurang melampaunya. Sebab itu teori logik dan mantiq menyatakan, setiap sesuatu ada pemula atau asbabnya. Seperti 1 + 1 = 2 atau 1 + 1 = 11.

Juga tidak sukar untuk memahami, dan tidak perlu menelaah banyak-banyak buku untuk memahami apakah yang menjadi punca kepada serangan ke atas akhbar mingguan Charlie Hebdo beberapa hari lepas, yang natijahnya 12 nyawa, termasuk empat kartunis.

Berlakunya kematian dalam hal ini memang suatu yang menyedihkan dan dikesali, apatah lagi betapa tragis dan kejamnya cara pembunuhan itu dilakukan. Kenapa perlu ada pertumpahan darah, dan rentetan daripada peristiwa ini yang sebenarnya tidak memberikan sebarang kebaikan kepada kerukunan hidup bermasyarakat dan beragama dalam dunia moden yang kepelbagaian.

Fanatisme akan melahirkan fanatisme, perilaku ekstrem membuahkan tindak balas melampau. Banyak yang boleh dipelajari daripada peristiwa di Paris ini, iaitu tentang hidup dan kerukunan, hubungan antara kaum dan agama yang perlu dijaga dan ditertib.


Soal agama dan kepercayaan, kaum dan adat bukan soal yang boleh dipandang mudah dan dipelekeh. Di dalamnya, ada bom jangka yang boleh secara tiba-tiba muncul dan meledak. Agama dan kepercayaan adalah isu sensitif yang tidak boleh dibuat mainan apatah lagi jika sehingga ke tahap menghina dan mengaib.

Ambillah peristiwa ini sebagai ingatan, peringatan, seperti yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Sebab itu juga apabila sesuatu hal yang kita langkaui sempadan dan garis pemisahnya, maka bersedialah untuk natijahnya.

Charlie Hebdo dalam penerbitannya menjunjung secara mutlak kebebasan akhbar dan media yang menjadi puncak tertinggi, lebih tinggi daripada segala perkara yang lain. Itulah hasil daripada liberalisme yang membenih dan tumbuh sekitar 400-500 tahun lalu di Perancis.

Tetapikah apakah wajar menggunakan hak dan kebebasan bersuara dan media untuk sewenang-wenangnya menyentuh agama lain, kepercayaan lain? Orang yang menganut pemikiran hak individu dan kebebasan media sebagai paramount pasti akan mengatakan, ya.

Selepas melihat beberapa karikatur dalam penerbitannya, boleh difahami kemarahan yang membawa kepada serangan itu, apatah lagi karikatur itu secara terang-terangan menyentuh Nabi Muhammad SAW, iaitu junjung besar umat Islam. Tidak ada manusia yang waras, terutamanya umat Islam yang boleh menatap karikatur penerbitan ini tanpa menzahirkan kemarahan, atau rasa tidak senang.

Apakah perlunya sekumpulan manusia asing memperkatakan perihal agama orang lain dengan cara yang amat menghina dan aib seperti Charlie Hebdo perlakukan kepada umat dan agama Islam. Jika ia bukan provokasi pun, ia menunjukkan si pelaku merupakan orang yang bersikap pelampau dan ektrem sehingga menyalahgunakan kebebasan media dan bersuara.

Kalau berani sentuh, maka tanggunglah akibatnya. Kenyataan ini mungkin ekstrem, tetapi ini peringatan supaya dalam hidup seharian perlunya mengenal batas dan sempadan.

Ulasan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa penerbitan satira ini mencetuskan provokasi memang benar. Sebab, atas alasan apa sekali pun mereka tidak ada hak dan keperluan pun menyentuh mengenai Islam. Apatah lagi provokasi melalui beberapa karikatur yang menjadi paparan muka depannya amat menyakitkan hati umat Islam, sebenar-benarnya.

Tidak mengejutkan juga jika ada segelintir yang marah, dan marah tidak boleh dibendung membawa kepada mengambil tindakan dengan cara mereka sendiri. Ya, tindakan mereka tidak akan menyelesaikan masalah kerana ia menambahkan kekalutan dan ketakutan. Imej Islam sendiri pun tidak boleh dipulihkan di kalangan orang yang memandang negatif dan syak terhadap Islam.

Orang yang sengaja bermain dengan api, lambat-laun api yang dimainkan itu yang membakar diri sendiri, maka itu yang terjadi. Darah yang ditumpahkan dikatakan sebagai akibat perbuatan anarki dan pengganas, tetapi amat malang, segala perihal dan perilaku yang membawa kepada kejadian tidak pernah mahu dipeduli dan direnung secara jujur dan terbuka.


Cara paling mudah adalah dengan meletakkan salah kepada pelaku kepada kejadian serangan, dan juga membuat suatu jaringan umum bahawa Islam membawa fahaman ekstrem.

Orang selalu kata, kalau hendak dihormati, maka hormati dulu orang lain, maka kalau mencela orang lain, mencetus marah orang lain, maka balasan buruklah yang dapat.

Amat mudah untuk menuduh orang lain, manusia lain sebagai pelampau atau ekstrem, tetapi perlu diingat pada sebatang jari yang menunjuk orang lain, ada empat lagi yang menunjuk balik kepada si penunjuk.

Serangan ke atas Charlie Hebdo sepatutnya menjadi pengajaran kepada umat Islam dan juga rakyat Malaysia seluruhnya. Ada sempadan yang tidak tertulis yang perlu diketahui, jika diterjah atau diceroboh, ia seperti perbuatan sengaja menempah bala. - FMT

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=234312:charlie-hebdo-antara-ekstrem-dan-sensiviti&Itemid=2#ixzz3ONRyZoA3
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:10 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Zahid cemar reputasi kami dengan surat sokong tauke judi, kata polis

Posted: 09 Jan 2015 08:56 PM PST

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sebelum ini tidak percaya, kini naik marah, kerana merasakan reputasi pasukan itu tercalar oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengutus surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) membersihkan nama seorang ketua judi yang menghadapi dakwaan melanggar undang-undang pertaruhan di Amerika Syarikat.
Mereka kecewa kerana surat Zahid bercanggah dengan kerja perisikan terhadap Paul Phua Wei Seng, yang menurut polis terlibat dalam aktiviti kongsi gelap dan kini menghadapi dakwaan pertaruhan sukan haram di Las Vegas, Nevada, selepas ditangkap ketika Piala Dunia FIFA 2014.
Zahid juga gagal mengikuti prosedur dengan bertindak sendirian dalam mengutus surat itu kepada FBI, dan juga tidak memeriksa fakta mengenai Phua sebelum menghantarnya.

Seorang pegawai kanan polis memberitahu The Malaysian Insider, sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid sepatutnya mendapatkan nasihat undang-undang sebelum menulis surat itu. "Apabila isu itu pertama kali dihebohkan, ada pihak yang pada mulanya tidak percaya Zahid bertindak mengetepikan laporan rasmi dari PDRM," kata pegawai itu.
"Kemudian, ketika isu itu semakin berkembang dan peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat sidang akhbar, rasa tidak percaya itu bertukar menjadi ketawa dan akhirnya marah.
"Kredibiliti pasukan polis hancur lumat kerana orang ramai mula mempersoalkan kenyataan bercanggah yang datang dari Malaysia berhubung kes Phua," kata seorang pegawai berpangkat tinggi.
Salinan surat dan rencana mengenainya mula-mula diterbitkan dalam South China Morning Post.
Dalam surat itu, Zahid bukan sahaja membersihkan nama Phua, tetapi juga berkata beliau terlibat membantu kerajaan dalam projek-projek keselamatan negara. Zahid teruk dikutuk  banyak pihak kerana bertindak secara unilateral dan menyalahgunakan jawatannya.
Isu itu menjadi cukup serius hingga Putrajaya mengarahkan peguam Phua menarik balik surat Zahid dari Mahkamah Daerah Nevada di mana sebelum itu ia dikemukakan sebagai sebahagian pertahanan Phua.
Read More / Baca Lagi >>

PM perlu gantung tugas Menteri Dalam Negeri

Posted: 09 Jan 2015 08:51 PM PST


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa supaya menggantung tugas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selagi siasatan ke atas dirinya dalam dakwaan dua berprofil tinggi kes-kes jenayah antarabangsa belum selesai.
Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata seorang Komander Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dan dan sekurang-kurangnya empat orang lagi mengaku bersalah dalam kes rasuah berprofil tinggi yang melibatkan Glenn Francis Leonard (Fat Leonard) iaitu pemilik Glenn Defence Marine Asia (GDMA) dan sudah tiba masanya kerajaan membersihkan urusan yang dilakukan dengan pihak berkenaan.
Menurutnya, GDMA sebelum ini telah menyenaraikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai salah sebuah pihak yang menjadi pelanggan dalam perniagaan mereka.
"Saya telah mengutarakan isu yang sangat kritikal ini di Parlimen pada 25 November 2013 tetapi kerajaan masih belum memberikan sebarang jawapan kepada perkara ini," katanya dalam kenyataan.
Tambah Sim, Ahmad Zahid juga sebelum ini mempertahankan penghalaan semula USS George Washington ke Pelabuhan Klang sedangkan ia hanyalah satu penipuan.
Jelasnya, Ahmad Zahid yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan dalam menjawab kritikan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata lawatan USS George Washington ke Pelabuhan Klang pada Oktober 2012 adalah untuk meningkatkan kerjasama diplomatik dan ketenteraan antara kedua-dua negara.
"Dalam dokumen mahkamah yang dikemukakan di AS, perhentian USS George Washington di Pelabuhan Klang adalah sebahagian daripada skim 'penipuan' Leonard kerana pada asalnya ia dijadual melawat Singapura tetapi sebaliknya diarahkan ke Pelabuhan Klang, iaitu salah satu pelabuhan pilihan Francis yang mana syarikatnya mengemukakan bidaan kontrak palsu.
"Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata lawatan USS George Washington menawarkan peluang ekonomi untuk Malaysia tetapi sebaliknya ia jelas bahawa ia adalah benar-benar "peluang ekonomi" untuk Francis Leonard," dakwanya.
Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor ke Manek Urai bantu pembersihan pasca banjir, hulur bantuan

Posted: 09 Jan 2015 08:46 PM PST

PANTASKUALA KRAI, 10 JAN: Selepas menempuh perjalanan lebih satu jam, Dato' Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memulakan lawatan kerja ke Kelantan dengan mengunjungi bilik operasi banjir Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (Pantas) di Kuala Krai.
Sejurus tiba, Mohamed Azmin meluangkan masa beramah mesra dan melihat sendiri persediaan makanan yang dilakukan petugas Pantas.
Difahamkan pasukan Pantas menyediakan makanan untuk penduduk kawasan Manek Urai, Taman Orked dan Taman Berkat Jaya.
Rombongan Dato' Menteri Besar bergerak ke Manek Urai pada jam 11.05 pagi menaiki pacuan empat roda.
MB KRAI12Mohamed Azmin sebelum itu selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi lawatan kerja sehari pasca banjir di Negeri Kelantan.
Rombongan Kerajaan Selangor yang diketuai Mohamed Azmin menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiba pada jam 9.10 pagi dan disambut oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob.
Lawatan kerja sehari ini akan bergerak ke Kuala Krai dan Manek Urai bagi membantu dan melihat kawasan banjir untuk kerja-kerja pembersihan.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dipertenggungjawabkan untuk bertugas di dua kawasan berkenaan.

"KEJATUHAN NILAI RINGGIT BANTU PULIH EKONOMI"

Posted: 09 Jan 2015 08:37 PM PST


BAGAIMANA org yg DAH MENINGGAL DUNIA 33 tahun yang lps (1981) masih boleh pergi mengundi ???

Posted: 09 Jan 2015 08:36 PM PST


Tun Abdul Rahman Ya’kub dalam kenangan - Al Fatihah

Posted: 09 Jan 2015 07:20 PM PST

Paling diingati pastinya berkisar kepada "Peristiwa Ming Court" pada tahun 1987.
Tun Abdul Rahman Ya'kub1KUCHING: Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Rahman Ya'kub yang dilahirkan pada 3 Jan 1928 di Bintulu, merupakan Ketua Menteri Sarawak yang ketiga (1970-1981) dan bapa saudara kepada Yang Dipertua Negeri sekarang, Tun Abdul Taib Mahmud.
Terkenal dengan kehebatannya berpidato, Allahyarham meninggalkan kesan cukup besar dalam agenda pendidikan negara walaupun menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran dalam tempoh yang hanya setahun pada 1969, dengan langkah beraninya menukar bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi dalam negara kepada bahasa kebangsaan, Bahasa Malaysia.
Beliau adalah tokoh utama dari Sarawak yang dipilih Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj dalam usaha meyakinkan rakyat Sarawak, sekali gus mendapat sokongan padu rakyat negeri itu dalam pembentukan Malaysia.
Pada tahun 1963, beliau dilantik sebagai Menteri Muda di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan, sebelum ke jawatan menteri Muda Kementerian Kehakiman pada tahun berikutnya, Menteri Tanah dan Galian Persekutuan pada tahun 1965 dan Menteri Pelajaran pada tahun 1969.
Allahyarham mendapat mandat ke jawatan Ketua Menteri pada tahun 1970 selepas memenangi pilihan raya pertama Sarawak pasca pembentukan Malaysia dan menerajui kepimpinan negeri selama 11 tahun, sebelum dinobatkan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang keempat antara tahun 1981 dan 1984.
Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor ke Kuala Krai sumbang RM500,000 bina khemah mangsa banjir

Posted: 09 Jan 2015 07:17 PM PST

Azmin MBKOTA BHARU, 10 JAN: Dato' Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi lawatan kerja sehari pasca banjir di Kelantan.
Rombongan Kerajaan Selangor yang diketuai Mohamed Azmin menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiba pada jam 9.10 pagi dan disambut oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob.
Lawatan kerja sehari ini akan bergerak ke Kuala Krai dan Manek Urai bagi membantu dan melihat kawasan banjir untuk kerja-kerja pembersihan.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dipertanggungjawabkan untuk bertugas di dua kawasan berkenaan.
Mohamed Azmin menyertai delegasi misi bantuan kemanusiaan pasca banjir bersama lebih 500 pegawai dan anggota PBT dari Selangor ke Kelantan pagi ini.
"Saya dan warga kerja MPAJ dan PANTAS akan tumpu di Kuala Krai hari ini.
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua YDP dan warga kerja dari 12 PBT Selangor yang memberi khidmat bakti mereka kepada mangsa banjir.
"Kerajaan Selangor menyumbang RM 500 ribu lagi untuk pembinaan khemah bagi penempatan sementara untuk mangsa banjir di Kelantan," kata Mohamed Azmin.

APA SUDAH JADI MALAYSIA !!!

Posted: 09 Jan 2015 07:07 PM PST


Lutfi: Saya masih ketua pengarang Harakah

Posted: 09 Jan 2015 06:43 PM PST

Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menegaskan bahawa beliau masih lagi memimpin redaksi lidah parti PAS itu dan tidak pernah dipecat atau digantung tugas.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berhubung isu permintaan ahli lembaga pengarah lidah rasmi PAS itu supaya beliau meletakkan jawatan, katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, soal mengenai keperluan beliau untuk meletak jawatan akan dibincangkan dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah Harakah yang akan diadakan pada pertengahan Februari depan.

"Saya tak nak keruhkan lagi suasana. Saya cuma nak beritahu yang  saya masih lagi berkhidmat sebagai ketua pengarang kumpulan Harakah.

"Selepas perkara ini timbul, saya ada buat pertemuan dengan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob untuk berbincang mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi.

Selain itu, Lutfi memberitahu, tawaran 'pencen illat' dengan bayaran separuh gaji oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak boleh dilaksanakan kerana kriterianya tidak mencukupi.

Ini kerana, doktor yang merawatnya memberitahu, penyakit yang dihidapinya mempunyai tanda positif untuk pulih memandangkan pencen illat hanya boleh diberikan kepada individu yang mempunyai cacat kekal.

"Apabila berjumpa dengan Dr Rosli, dia maklumkan pada saya, sekiranya tak cukup kriteria, saya akan terus bertugas. Harakah dan Dr Rosli memberi jaminan akan memberi keutamaan dan perhatian dari segi kebajikan saya.

Read More / Baca Lagi >>

Perlu lebih masa pulangkan baki dana 1MDB di Caymans, kata Arul

Posted: 09 Jan 2015 05:38 PM PST

Walaupun janji dibuat yang keseluruhan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang berada di Kepulauan Cayman akan dibawa balik ke Malaysia hujung tahun lepas, ketua pengarah eksekutif kumpulannya Arul Kanda berkata, lebih banyak masa diperlukan bagi membawa balik baki AS$0.93 yang masih tinggal kerana saiz portfolio dan jenis pelaburannya.
Bagaimanapun, bercakap kepada The Malaysian Insider dalam temu bual e-mel, Arul, 38, berkata, syarikat itu sudah memulakan operasi membawa pulang wang tersebut.
Perlu lebih masa pulangkan baki dana 1MDB di Caymans, kata Arul"Saya faham, pada asalnya dana ini dinyatakan akan ditebus pada akhir tahun yang baru berakhir, tetapi sebagai bekas pengurus bank, saya boleh beritahu anda – dengan saiz dan sifat pelaburan sebesar ini – ia mengambil sedikit masa untuk menyelesaikannya.
"Bagaimanapun, proses itu sudah bermula, dan saya boleh memberi jaminan kepada anda, kami akan membuat pengumuman tentang perkara ini sebaik sahaja selesai," katanya yang baru dilantik menerajui firma pembangunan strategik yang kontroversi dan dibebani hutang itu.
Daripada jumlah AS$2.33 bilion yang berada di Caymans, 1MDB berjaya membawa pulang AS$1.4 bilion sehingga kini.
Syarikat itu dikecam kerana pelaburannya di Caymans oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua mempersoalkan kelewatan dalam mendapatkan dana itu kembali, walaupun Putrajaya dan 1MDB berjanji semua wang itu akan dihantar pulang selewat-lewatnya akhir tahun lepas.
Beliau berkata, kelewatan itu bukan hanya menimbulkan persoalan tentang 1MDB tetapi juga mengancam kestabilan sistem kewangan Malaysia.
Pada 6 November lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata di Parlimen, 1MDB sudah menghantar pulang sebahagian daripada dana dalam Caymans dan akan membawa pulang bakinya pada akhir 2014.
Penyata kewangan syarikat bagi tahun berakhir Mac 2014 yang difailkan pada Oktober 2014 juga menyatakan baki AS$1.23 bilion (RM4.07 bilion) akan diterima sepenuhnya sebelum akhir November tahun lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Samseng: Ahli PERKASA dakwa cedera ditumbuk Ketua Pemuda UMNO Lenggong

Posted: 09 Jan 2015 04:41 PM PST

TRP-Pemuda UMNO vs Perkasa-L
Iruan (kiri) didakwa menumbuk Saad (kanan) sehingga cedera di muka dan terpaksa menerima tiga jahitan.
Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Bahagian Lenggong, Saad Abdul Rahman mendakwa cedera di muka dan menerima tiga jahitan, akibat ditumbuk Ketua Pemuda UMNO bahagian sama, Mohamad Iruan Zulkefli, ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir diadakan di Dewan Kampung Kelantan, Lenggong, petang semalam.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 2.25 petang Khamis, ketika Saad bersama dua rakannya, termasuk seorang daripadanya pemandu kepada Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, tiba di dewan berkenaan bagi mengiringi Shamsul yang juga Ketua UMNO Bahagian Lenggong, menghadiri majlis yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim itu.
Difahamkan, insiden itu tercetus apabila mangsa mendakwa dihampiri seorang lelaki yang dikenalinya sebagai Iruan, yang tiba-tiba menerpa ke arah beliau dan meminta PERKASA jangan menganggu urusan Pemuda UMNO.
Saad bagaimanapun menafikan tuduhan Iruan yang juga Pegawai Khas kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Read More / Baca Lagi >>

Rumah tenggelam, nenek cekal hadapi banjir besar

Posted: 09 Jan 2015 04:38 PM PST


Keadaan rumah yang didiami Mah berseorangan 
Keadaan rumah yang didiami Mah berseorangan

KOTA BHARU - Ketika orang lain berkongsi kesedihan kediaman dilanda bah bersama ahli keluarga masing-masing, wanita tua ini pula tabah mengharungi ujian tuhan itu secara bersendirian.

Mah Daud, 78, tinggal sebatang kara di sebuah rumah sebesar bilik kecil di Kampung Beris Jambu, Chempaka, di sini.

Katanya, selepas kematian suami beberapa tahun lalu, dia tinggal berseorangan di rumah itu kerana tidak mempunyai anak dan ketika banjir minggu lalu, Mah seperti mangsa yang lain turut tidak terkecuali dari mengharung air untuk menyelamatkan diri.

"Mujurlah anak-anak saudara tinggal berdekatan. Dengan mereka saya menumpang kasih dan mereka juga ada menawarkan bantuan kepada saya ketika menyelamatkan diri ke pusat pemindahan banjir," katanya ketika ditemui pulang membersihkan rumahnya, kelmarin.

Menurut Mah, banjir menenggelamkan rumahnya hingga paras leher dan merosakkan semua barangan di dalamnya.

Read More / Baca Lagi >>

Sungai semakin lebar akibat hakisan selepas banjir

Posted: 09 Jan 2015 04:34 PM PST

Keadaan tebing Sungai Nal di Kampung Pasir Era, dekat Kuala Krai semakin lebar akibat banjir besar melanda, akhir Disember lalu.  
Keadaan tebing Sungai Nal di Kampung Pasir Era, dekat Kuala Krai semakin lebar akibat banjir besar melanda, akhir Disember lalu.
 
 
KUALA KRAI - Bukan sahaja harta benda, sungai turut menjadi 'mangsa' bencana banjir besar yang melanda daerah ini, pada penghujung Disember lalu, apabila ada antara sungai utama semakin lebar.

Arus deras akibat banjir itu menyebabkan tebing beberapa sungai di daerah ini termasuk Sungai Nal di Kampung Pasir Era, dekat sini, terhakis dan membentuk aliran sungai yang lebih besar.

Turut terjejas akibat hakisan tebing itu termasuk perusahaan mengorek pasir di tebing sungai berkenaan selain dikatakan berisiko kepada penduduk yang tinggal di tepian sungai.

Seorang penduduk, Azmi Md Salleh, 53, berkata, sungai menghubungkan Kampung Pasir Kelang itu dilihat semakin lebar apabila kira-kira 30 hingga 50 meter tebing sungai berkenaan terhakis ketika banjir tersebut.

Read More / Baca Lagi >>

Banjir di Kelantan macam tsunami, kata doktor tentera hospital bergerak

Posted: 09 Jan 2015 04:10 PM PST

 Seorang doktor tentera di hospital bergerak yang dibina Angkatan Tentera Diraja (ATM) bagi menangani banjir di Kuala Krai menyifatkan situasi di Kelantan sebagai satu bencana seperti tsunami.
 Leftenan Kolonel Dr Nik Mohd Noor Nik Amin, komander perubatan batalion kedua berkata, pasukannya pada mulanya terpaksa bergelut dengan cabaran seperti pengangkutan dan komunikasi.
"Banyak kenderaann kami rosak kerana cuba meredah banjir untuk masuk ke kampung. Talian komunikasi pula tidak stabil.
Tiada siapa dapat menjangkakan situasi sebegini teruk.
 "Tetapi sekarang kita sudah menambah baik kemudahan, dengan bantuan daripada Kuala Lumpur, setakat ini berjalan baik," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider baru-baru ini.
Sejak dibina pada 29 Disember, hospital bergerak di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru itu merawat 100 hingga 150 pesakit setiap hari, menurut Dr Nik .
Beroperasi 24 jam sehari dengan lapan doktor pakar pelbagai bidang, daripada pakar sakit puan sehingga psikiatri dan fisiologi, 10 pegawai perubatan dan 132 pembantu perubatan, hospital itu berfungsi sebagai sokongan kepada hospital lain yang lumpuh akibat banjir.
"Biasanya wabak di sini adalah jangkitan pernafasan dan cirit-birit. 10 pegawai perubatan saya terpaksa dibawa pulang kerana itu.
"Keadaan semakin teruk sekarang kerana kita sedang memasuki fasa pemulihan. Udara di sini tebal dengan habuk, menyebabkan jangkitan paru-paru seperti batuk, selesema, manakala kebanyakan mangsa banjir memasak makanan menggunakan air banjir yang kotor," katanya.
Hospital bergerak yang pertama di Malaysia itu menurut Nik mempunyai dua bidang tugas iaitu menyediakan rawatan untuk pesakit luar dan pembedahan, serta menghantar pasukan perubatan keluar mendapatkan mangsa banjir yang sakit. Beberapa kisah gembira dan tragedi sepanjang berada di situ turut dikongsi.
Read More / Baca Lagi >>

Kritikan 1MDB dipengaruhi politik, tanpa siasat fakta, kata ketua baru

Posted: 09 Jan 2015 04:06 PM PST

Rentetan serangan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didorong politik dan tidak mempunyai "asas dalam realiti", kata ketua pengarah eksekutif kumpulan yang baru dilantik, Arul Kanda yang bersedia mengemudi syarikat yang dibebani hutang itu melalui satu kajian semula tahun ini.
Ahli perbankan pelaburan yang berpengalaman luas itu berkata, "agak jelas" sebahagian besar tuduhan kepada syarikat itu didorong "politik dan bukannya pertimbangan perniagaan tulen," katanya kepada The Malaysian Insider dalam temu bual e-mel.
Tanpa memberi nama, Arul berkata "individu tertentu" yang tiada maklumat dalaman berhubung operasi syarikat, dan tidak mempunyai "fakta lengkap atau memahami konteks keputusan" yang dibuat 1MDB, berada di barisan hadapan menyerang firma pembangunan strategik negara itu
 "Sebagai pengurus bank, saya pandang serius keperluan mengusahakan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
Oleh itu, apabila mempertimbangkan sama ada untuk mengambil peranan ini atau tidak, saya memeriksa setiap maklumat yang saya dapat tentang 1MDB, termasuk pelbagai laporan media mengenai tuduhan yang dilemparkan kepada syarikat itu.
"Kemudian, saya berpeluang mengadakan perbincangan mendalam dengan Lembaga Pengarah 1MDB, dan saya secara peribadi juga melihat kepada latar belakang isu-isu yang disebut dalam tuduhan yang dibuat itu.
"Di sebalik semua ini, apa yang saya boleh katakan ialah, walaupun tentunya ada beberapa cabaran yang perlu – dan boleh – diatasi, majoriti tuduhan yang dibuat terhadap syarikat yang tidak mempunyai asas dalam realiti," katanya.

Penduduk Manek Urai Lama sudah sedia bangkit semula selepas banjir

Posted: 09 Jan 2015 02:59 PM PST

Penduduk di Manek Urai bersedia untuk membangunkan semula kampung mereka yang hampir musnah dilanda banjir paling dahsyat dalam sejarah tempatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Januari, 2015. 
Penduduk di Manek Urai bersedia untuk membangunkan semula kampung mereka yang hampir musnah dilanda banjir paling dahsyat dalam sejarah tempatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Januari, 2015.

Buat kali pertama selepas dilanda banjir paling dahsyat dalam sejarah tempatan Manek Urai, solat Jumaat dapat dilaksanakan di Masjid Manek Urai Lama dekat Kuala Krai, hari ini.
Ratusan jemaah terdiri daripada penduduk tempatan dan sukarelawan memenuhi segenap ruang masjid, seakan-akan memberi satu isyarat  kampung ini sedia untuk bangkit semula selepas dilanda bencana.
Dilaksanakan dalam suasana amat sederhana, usaha pembersihan masjid dan pemasangan peralatan elektrik seperti lampu, kipas angin dan sistem pembesar suara bermula sejak beberapa hari lalu.

Seruan azan kembali dilaungkan buat kali pertama pada waktu solat subuh pagi ini dan sebagai pengganti permaidani masjid yang rosak teruk, para jemaah menggunakan sejadah hasil derma orang ramai. Tikar getah, tikar lipat dan tuala turut menjadi pilihan para jemaah setelah semua sejadah habis digunakan.
Itulah yang menjadi alas bagi mereka yang rata-ratanya menunaikan solat di atas lantai yang masih basah, bahkan ada yang sujud di atas takungan-takungan kecil air yang terperangkap dalam dewan solat.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB kelirukan firma audit untuk dapat kelulusan penyata kewangan?

Posted: 09 Jan 2015 07:21 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 JAN: Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mempersoalkan tindakan 1MDB yang dilihat cuba mengelirukan firma audit, Deloitte Malaysia supaya penyata kewangan bagi tahun 2014 dapat diluluskan.
"Adakah akibat jumlah yang terlalu banyak menyebabkan Deloitte percaya semua baki RM4.07 bilion dapat diterima semula pada November 2014?"
"Apakah Deloitte sudah menilai dengan lebih teliti dan menjalankan usaha tambahan sebelum menerima janji 1MDB?"
"Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan risiko kecairan yang dahsyat untuk 1MDB," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tony berkata, berdasarkan penyata kewangan yang berakhir Mac tahun lalu dan difailkan pada Oktober 2014, muka surat 93 jelas menyatakan bahawa baki RM4.07 bilion akan diterima sepenuhnya sebelum November 2014.
Namun Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin baru-baru mendakwa baki dana itu hanya dijangka dapat ditebus semula pada bulan berikutnya.
Melalui kenyataan bercanggah itu, Tony menyatakan ia adalah bukti nyata bahawa wang tersebut tidak akan pulang kepada Malaysia ataupun ke akaun 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Sayur dulu 1kg RM3, kini RM10....Apa Susah2 BR1M kan Ado..!!

Posted: 09 Jan 2015 07:05 AM PST

sayur
KLANG - Sayur-sayuran yang dijual RM3 sekilogram sebelum ini kini mencecah RM10 satu kilogram di Lembah Klang kononnya atas alasan banjir walaupun sumbernya bukan diperoleh dari negeri-negeri yang dilanda banjir, kata seorang pegawai kanan Pejabat Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor.
Bayam, kacang buncis dan sawi yang dijual di sekitar Lembah Klang sebenarnya diperoleh dari Ulu Yam dan Cameron Highlands, kata Penolong Pengarah Kanan PPDNKK Selangor, Yusof Bakar.
Katanya kenaikan harga sayur-sayuran itu sepatutnya tidak berlaku.
Beliau berkata, pejabatnya yang turut mengawasi kawasan Lembah Klang tidak dapat mengambil tindakan kerana sayur-sayuran itu bukan barang kawalan dan hanya boleh menasihatkan para peniaga sahaja.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas mengadakan Ops Pasca Banjir di sini hari ini. - Bernama

Selangor serah zakat untuk mangsa banjir

Posted: 09 Jan 2015 07:04 AM PST


KOTA BHARU - Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyerahkan sumbangan RM150,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, di Kompleks Balai Islam Lundang di sini.
Tengku Amir Shah juga berkenan mendengar taklimat berkaitan banjir yang melanda Kelantan bulan lepas.
Baginda kemudiannya melawat kawasan terjejas banjir iaitu di Tambatan Diraja dan Kampung Tikat di sini. - Bernama

Iskandar ambil PASTI Al Huda Manik Urai jadi PASTI angkat

Posted: 09 Jan 2015 07:02 AM PST

photoSHAH ALAM, 9 JAN: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al Huda, Manik Urai yang musnah dalam banjir lalu diambil sebagai PASTI angkat oleh Exco Perumahan, pengurusan bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Samad.
Peruntukan awal RM20,000 diserahkan kepada Ketua Pemuda Pas iaitu Pengarah PASTI Kelantan, Fadhli Shaari, di Shah Alam, pagi tadi.
Kos membina semula PASTI yang musnah sepenuhnya itu dianggarkan RM40,000.
Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor akan mengusahakan supaya Adun PAS Selangor yang lain mengambil PASTI angkat di Kelantan.
Turut hadir pagi tadi adalah Pengarah PASTI Selangor, Hasbullah Ridhwan.

Prosedur standard apa digunakan hadapi bencana banjir besar?

Posted: 09 Jan 2015 06:08 AM PST

Nur Asyikin Aminuddin

 Bencana banjir besar, terutama yang melanda negeri-negeri pantai timur menjadi penutup tirai bagi tahun 2014.
Malah melangkah ke tahun 2015, masalah banjir masih menghantui sebilangan keluarga, terutama penduduk Kuala Krai, Kelantan yang kehilangan rumah.
Mereka terpaksa tinggal dalam khemah yang dipasang oleh para sukarelawan buat sementara waktu.
Dalam keadaan banjir yang belum reda itu, sudah terdapat ramalan akan berlakunya gelombang ketiga.
Persoalannya, adakah Malaysia cukup bersedia dengan pengurusan bencana alam yang besar sebegini rupa?
 Berdasarkan pengalaman keluarga saya sendiri, pada malam 24 Disember 2014, air melimpah ke kawasan jalan raya di daerah Tanah Merah, Kelantan dalam masa beberapa jam sahaja.
Apabila air mula melimpah ke kawasan rumah, mereka menelefon talian kecemasan meminta bantuan untuk berpindah ke kawasan lebih tinggi.
 Namun begitu, setelah air meningkat ke paras dada orang dewasa, bantuan masih belum muncul, sedangkan mereka memberi jawapan untuk pergi ke tempat kejadian.
Mujur terdapat beberapa orang penduduk memberi bantuan kepada keluarga saya dengan menggunakan pelampung dan tali pengikat lembu kerana arus air banjir pada malam itu terlalu deras.
Selepas kejadian berkenaan, saya menelefon balai polis daerah tersebut untuk melaporkan kejadian berkenaan.
Namun, mereka memberikan jawapan tidak berani masuk ke kawasan tersebut kerana air terlalu deras.
Dalam keadaan penduduk yang hanya bekerja kampung, masih mampu berfikir untuk menggunakan pelampung dan tali pengikat lembu, mengapa pula pihak bantuan yang mempunyai kelengkapancukup dan terlatih dengan keadaan bencana, tidak boleh mencari alternatif lain untuk menyelamatkan mangsa banjir? Sebenarnya banyak persoalan yang timbul selepas terjadinya banjir besar ini.
Adakah garis panduan dalam menghadapi bencana alam digunakan sepenuhnya mengikut Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara di bawah Majlis Keselamatan Negara Arahan 20 (Semakan Semula)?
Read More / Baca Lagi >>

Jarak tembok tebatan banjir Sungai Kelantan perlu ditambah

Posted: 09 Jan 2015 05:38 AM PST

KOTA BHARU - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan meneliti kesan banjir di Kelantan untuk dijadikan asas berhubung cadangan menambah jarak tebatan banjir di Sungai Kelantan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Husaini Sulaiman berkata, penelitian itu akan difokuskan kepada projek tebatan di Kota Baharu sebelum ini selain beberapa lokasi lain yang terjejas teruk akibat banjir.
http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.40352.1419395891!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg
"Projek tebatan banjir fasa pertama yang menelan kos RM220 juta telah disiapkan sepanjang 3.5 kilometer di tebing Sungai Kelantan di Kota Bharu sebelum ini dan ia membantu melambatkan banjir di kawasan terbabit.
"Kita lihat perlu menambah satu kilometer lagi di sebelah hilir sungai dan melihat sedikit di sebelah hulu," katanya kepada pemberita selepas mengikuti taklimat mengenai bencana banjir di Wisma JPS Negeri di sini, hari ini.
Selain kawasan Kota Bharu, penelitian juga akan dilakukan di tempat lain yang dinaiki air untuk merangka satu konsep bagi mengurangkan banjir.

"Dalam kajian asal sebelum ini, penelitian banyak dibuat di Kota Bharu.
Kini kita juga perlu melihat kawasan lain seperti Kuala Krai dan Tumpat yang lebih serius menerima kesan banjir lepas," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Penduduk kampung dilanda banjir geledah sisa timbunan sampah di Kelantan

Posted: 09 Jan 2015 05:28 AM PST

Air banjir di Kelantan sudah surut, tetapi kini jalan-jalan di Kuala Krai dibanjiri banjir berbeza – bau sampah, perabot rosak, barang-barang pecah dan bertan-tan pakaian yang tidak diingini didermakan melimpah keluar di bahu jalan.
Mangsa banjir sudah mengosongkan rumah dan kedai mereka untuk membuang barang-barang yang dimusnahkan air berlumpur, tetapi dengan bandar masih terkesan daripada bencana tersebut, timbunan sampah menimbuni di setiap beberapa meter dan masih tidak dikutip, mengundang haiwan perosak dan risiko penyebaran penyakit.
Bagaimanapun banjir bahan terbuang bukan berita buruk untuk semua – bagi penduduk kampung yang mendapatkan pendapatan sampingan daripada menyelamat dan menjual barangan terbuang, timbunan sampah tersebut ialah lubuk emas.
 "Dalam tempoh enam hari sejak banjir surut, saya sudah memperolehi sekitar RM50 hingga RM70 sehari daripada mengumpul sisa logam dan barangan elektronik yang dibuang," kata Mohd Syukri Abdul Rahman, 37.
"Hasil kutipan seharian saya adalah sekitar 400kg dan saya bawa barang-barang tersebut ke satu tempat di Kota Baru untuk dijual."
Syukri yang berasal dari Tumpat, tidak terjejas akibat banjir, tetapi pergi ke Kuala Krai setiap hari bersama dua rakannya untuk menggeledah longgokan sampah yang dapat diselamatkan.
Seakan-akan tidak sedar keadaan panas terik dan bau busuk yang terlampau, Syukri berhati-hati memanjat longgokan sampah, membongkokkan badan sekali-sekala untuk mengangkut sebuah basikal yang rosak atau bingkai katil yang ditinggalkan mangsa banjir.
Read More / Baca Lagi >>

Ketegasan Jokowi Yang Najib Perlu Belajar Daripadanya

Posted: 09 Jan 2015 05:18 AM PST

Sebaik dipilih menjadi Presiden Indonesia, langkah Joko Widodo  atau Jokowi yang paling menarik perhatian negara kita ialah tentang amarannya untuk menenggelamkan kapal-kapal nelayan Malaysia yang didapati menceroboh perairan negara itu.

Jokowi ketika itu dilaporkan berkata, pendekatan menenggelamkan itu didapati paling berkesan untuk mencegah pencerobohan nelayan asing daripada terus berlaku dan juga untuk menjaga kepentingan nelayannya sendiri.

Kita akan akan tangkap dan selamatkan dulu nelayan-nelayan yang menceroboh itu sebelum kapalnya kita letup dan tenggelamkan, demikian Presiden Indonesia daripada golongan marhaen itu dilaporkan memberi amarannya tidak lama dahulu.

Hari ini sebagaimana yang dilaporkan oleh kebanyakan media, pemerintah Indonesia telah membuktikan kata-kata itu dengan meletupkan sebuah kapal nelayan tunda yang dipercayai milik Malaysia di perairan Pulau Pandan, Sumatera Utara.

Sebelum ia diletupkan, kesemua empat orang anak kapalnya daripada warganegara Myanmar telah diselamatkan terlebih dahulu dan mereka akan dihantar ke Jabatan Imigresen sebelum diibenarkan pulang.

Meskipun ada yang menganggap tindakan Indonesia itu keterlaluan tetapi Presiden Jokowi telah membuktikannya dirinya seorang pemimpin negara yang tegas dan lebih mengutamakan kepentingan rakyatnya berbanding rakyat luar.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan lantik boneka UMNO dalam SKMM– Kit Siang

Posted: 09 Jan 2015 05:13 AM PST

Pelantikan boneka UMNO sebagai pengerusi SKMM akan menjerumuskan Malaysia jadi negara gagal
Mohamed Sharil Tarmizi Lim Kit Siang2PETALING JAYA: "Adakah UMNO/BN mahu Malaysia terjerumus menjadi sebuah negara yang gagal dengan melantik seorang boneka UMNO menjadi Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)?" soal Lim Kit Siang hari ini.
Ketua Parlimen DAP itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek akan memutuskan sama ada UMNO-BN mahu supaya Malaysia terjerumus menjadi sebuah negara yang gagal apabila membuat keputusan melantik pengerusi baru SKMM.
Tambahnya, pelantikan boneka UMNO menjadi pengerusi SKMM bukan sahaja ‎akan diperkudakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab, tetapi juga akan diperkudakan Utusan Malaysia dan pihak-pihak berkepentingan dalam UMNO
"SKMM akan bertukar menjadi unit komunikasi dan multimedia UMNO," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas laporan bahawa bekas pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi yang tamat kontraknya pada 31 Disember lalu tidak disambung, beliau berkata, jawatan tersebut amat-amat diinginkan ekoran pengaruhnya terhadap penganugerahan menara-menara komunikasi yang begitu menguntungkan, yang akan dibina di kawasan-kawasan luar bandar.
Read More / Baca Lagi >>