Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ngeh Nga nafi mereka membalak kah kah kah

Posted: 08 Jan 2015 10:33 PM PST



Ngeh kata dia tak buat pembalakan. Cuma tanam semula ...




Abis tu ... kenapa sampai togel ladang mereka dalam gambar berikut:


Ngeh ngaku tanah dia.


Dahlah menyamun dan membinasakan alam sekitar serta membuat rakyat merana, guna duit kerajaan pulsk tu????

Tabung banjir PASMA untuk bantu DAP jadi Raja Balak Sarawak

Posted: 08 Jan 2015 07:30 PM PST



Dah puas sebat balak, tidak cukup duit juga. Lalu PAS lancarkan tabung.


Ingatkan untuk tujuan banjir, tapi rupanya ...


Cari duit untuk pilihanraya Sarawak. Bukan PAS boleh menang pun mana2 kerusi.

Mereka hanya akan bantu DAP untuk berkuasa dan terus jadi tsukeh balsk lagi besar...


Tujuan sebenar Impian Sarawak yang Pribumi perlu tahu

Posted: 08 Jan 2015 04:25 PM PST





Impian Sarawak hanya melibatkan beberapa tempat yang mereka mahu menang,  akan usaha serius untuk selesaikan masaalah pendalaman.

Program kerajaan negeri lebih banyak dilakukan tanpa bising-bising.

DAP ni bila menang jadilah berikut nanti ...





Tak boleh ngaku kerajaan Islam bila tak jaga alam sekitar

Posted: 08 Jan 2015 01:30 AM PST


Akibat Banjir Besar Jatuhnya Sebuah Kerajaan Islam di Kelantan?

Bila sesebuah kerajaan mengaku sebagai Kerajaan Islam dan mendapat gelaran negeri Serambi Mekah, sudah tentu kita anggap setiap ciri perundangan, ekonomi, sosial, pengurusan dan lain-lain bercirikan Islam. Bukan hanya pakaian dan lagak saja Islam, tapi patut diterapkan cara dan halatuju sesebuah kerajaan mencirikan Islam.




Akan tetapi, bencana alam yang berlaku di Kelantan akhir-akhir ini membongkarkan segalanya. Bila alam dengan rakus dirogol dan diperkosa hingga hilang ekosistem semulajadi, bahananya apabila alam mula rosak dan akibat itu ditanggung oleh manusia.

Pokok-pokok yang subur menghijau bukan sekadar dilihat sebagai ciptaan Allah yang mendamai dan menakjubkan, bahkan Rasulullah SAW mengajar umatnya agar memeliharanya daripada ditebang dan dimusnahkan.

Ini terserlah melalui larangan keras Baginda terhadap usaha penebangannya yang tanpa sebab dan melampau bermaksud: Barang siapa yang memotong pokok (bidara) - tanpa manfaat atau kepentingan - nescaya Allah SWT akan menghumbankan kepalanya ke jurang neraka. 

(Rujuk: Abu Daud, Sulaiman bin al-Asyath al-Sijistani. T.th. Sunan Abi Daud. Kitab Adab. No. Hadis: 4561. Juzuk 4. Hal. 361).




Imam Abu Daud mengulas maksud hadis ini setelah disoal mengenainya dengan penjelasannya: Barangkali yang dimaksudkan dengan amaran Nabi SAW dengan penebangan pokok tanpa sebab ini adalah terhadap pokok-pokok yang terdapat di padang pasir yang dijadikan tempat teduhan orang yang lalu lalang atau para musafir.

Kalau nak dikiaskan dengan geografi negara kita, maka pokok-pokok di lerengan bukit-bukau itu juga dilarang Islam menebangnya tanpa bersebab dan kawalan. Kalau isu penebangan pokok atau peneresan bukit-bukau ini tidak dikawal secara serius, maka tidak mustahil bahawa kita akan menyaksikan banyak lagi penempatan di kawasan-kawasan bukit akan menjadi mangsa.

Memang benar alam tidak menjerit dan melolong apabila diperlakukan penebangan atau peneresan bukit-bukau dengan sewenang-wenangnya, namun kerakusan ini akan berakhir dengan hilangnya keseimbangan alam, kemudian terjadinya tanah runtuh, banjir besar dan lain-lain.



Perbuatan merosakkan alam sekitar adalah sama seperti menafikan sikap adil dan ihsan, sedangkan kedua-dua sikap ini merupakan perintah Allah yang perlu dilaksanakan. Perbuatan mencemar dan merosakkan alam sekitar juga menodai fungsi kekhalifahan yang telah dibebankan kepada manusia.

Ini kerana bumi bukan milik manusia untuk dia berbuat sesuka hati tetapi bumi ini adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia yang kemudiannya dituntut untuk menjalankan segala perintah Allah di atasnya.

Oleh yang demikian, manusia perlu ingat bahawa dia dilantik sebagai khalifah di atas muka bumi yang juga milik Allah. Maka tidak sepatutnya manusia bertindak seperti raja yang seolah-olah tidak akan dipertanggungjawabkan di atas segala yang telah dikerjakannya.

Jadi bagaimana kita boleh kata Kelantan itu merupakan Kerajaan negeri yang berteraskan Islam?

Mampukah mereka melaksanakan hudud secara adil jika mereka sendiri tidak adil kepada alam?

Hanya Allah yang maha mengetahui. - Mc



Hmmm ... padan Husam tolak hudud untuk kelantan. Rasa bersalah ....

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Malaysia bakal ditimpa bala Tuhan?

Posted: 08 Jan 2015 07:29 PM PST

  • Dr Muhammad LukmanDr Muhammad Lukman
 1 / 1 
TIADA siapa dapat menghalang kekuasaan ALLAH. Itu yang boleh dikatakan apabila melihat pelbagai musibah  berlaku di negara ini. Jika dahulu kita biasa diberitakan mengenai kejadian banjir dan ribut taufan berlaku di negara ini.

Tetapi kini  ditambah lagi kejadian luar jangkaan. Antaranya peristiwa tsunami, musim hujan sehingga banjir, kemarau berpanjangan dan baru-baru ini kejadian puting beliung menyebabkan banyak rumah musnah.

Persoalannya mengapa perkara seperti ini berlaku? Sedangkan keadaan Malaysia yang berada di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik selain keadaan geografi yang terletak di garisan khatulistiwa menghalang kepada pembentukan puting beliung dan taufan besar ini. Adakah ini bermakna negara kita bakal ditimpa bala daripada Tuhan sepertimana yang berlaku kepada kaum terdahulu?

Wartawan MOHD AZLI MOHD AlI bertemu Pensyarah dalam bahagian al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, DR MUHAMMAD LUKMAN IBRAHIM bagi mendapatkan jawapan mengenai persoalan ini.


Boleh Ustaz perjelaskan mengenai konsep bala' dalam Islam?

Bala' adalah satu perkataan umum digunakan masyarakat kita yang memberi makna satu ujian, satu peperiksaan dan seumpamanya. Dan dalam al-Quran, ALLAH SWT menggunakan perkataan bala' ini merujuk kepada kebaikan dan kejahatan. Firman ALLAH: "…Kami uji mereka dengan kejahatan dan kebaikan sebagai satu ujian dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan." (Surah Al-Anbiya: 35)

Kata bala' dalam al-Quran disebutkan di enam tempat dengan makna berbeza. Ada yang bermakna cubaan dan ujian yang dibenci manusia. Ada pula yang bererti kemenangan atau kenikmatan (bala' al-hasan).

Bala' al-hasan adalah satu ujian yang baik diberikan ALLAH kepada orang mukmin dengan sebab ujian tersebut mendekatkan lagi mereka kepada ALLAH. Kalimah bala' al-hasan pada ayat ini juga turut dijelaskan dalam kitab Tafsir al-Jalalain yang dikarang oleh dua imam tafsir. Iaitu merujuk kepada ujian khusus untuk menguji keteguhan iman yang ada dalam diri orang mukmin.

Secara ringkasnya bala' digunakan untuk kedua-duanya iaitu untuk kebaikan dan juga kejahatan. Walau bagaimanapun penggunaan dalam masyarakat kita orang Melayu khususnya, bala' ini merujuk kepada kejahatan sahaja. Dan kefahaman seperti ini perlu dibetulkan.


Apakah yang menyebabkan terjadinya bala' daripada ALLAH?

Bala', apabila kita merujuk kepada perbincangan tadi iaitu bala' yang bermaksud perkara kejahatan, maka dengan ini ia bermaksud perkara tidak baik yang ALLAH turunkan kepada manusia.

Sesungguhnya bala' tidak akan diturunkan oleh ALLAH ke atas manusia, melainkan kerana didahului dengan kesalahan yang dilakukan.

 Bala' terjadi disebabkan kemurkaan ALLAH iaitu apabila manusia melakukan maksiat. Maka dengan sebab itu akan turun bala daripada-Nya. Misalnya dalam hadis riwayat imam at-Tarmizi menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila umat aku melakukan 15 perkara, maka halal bagi ALLAH menurunkan bala'. Dengan sebab melakukan 15 perkara ini secara berleluasa, maka ALLAH akan memberi bala kepada umat tersebut. Antara lain:

a. Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.
b. Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.
c. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
d.Apabila suami terlalu mentaati isteri.
e.Apabila anak menderhakai ibu bapa.
f. Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
g. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.
h. Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid.
i. Apabila pemimpin sesuatu kaum itu dihina oleh kaumnya sendiri.
j. Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya.
k. Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.
l. Apabila ramai lelaki memakai sutera.
m. Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.
n. Apabila wanita bermain alat muzik.
o. Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.

Maka, pada saat itu tunggulah bala' yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tidak menjadi."

Ringkasnya apa yang boleh saya katakan bahawa bala' ini terjadi disebabkan kemurkaan ALLAH dan yang lebih membimbangkan ialah apabila bala ini terjadi, ia tidaklah terjadi hanya kepada orang yang melakukan dosa tersebut, tetapi ia akan terkena kepada semua orang sama ada orang ini adalah dalam kalangan orang yang baik atau yang jahat.

Boleh Ustaz ceritakan sedikit mengenai sejarah Islam di mana ALLAH turunkan bala' kepada kaum yang melakukan kemungkarannya.

Dalam al-Quran, ada kisah masyhur yang ALLAH ulang beberapa kali iaitu kisah kaum 'Aad dan kaum Thamud. Kaum 'Aad, ALLAH turunkan seorang rasul kepada mereka namanya Nabi Hud AS. Kaum Thamud pula diturunkan kepada mereka Nabi Salleh AS.

Kaum 'Aad adalah satu contoh kaum yang ALLAH beri kehebatan. Mereka ada kekuatan tubuh badan yang begitu istimewa sehingga diceritakan dalam riwayat tafsir mereka mampu mencabut pokok dengan tangan mereka. Itu kekuatan mereka. Dengan sebab kekuatan seperti ini mereka ingkar kepada ALLAH dan tidak menuruti atau taat kepada rasul mereka. Akhirnya ALLAH hancurkan dan binasakan kaum mereka.

Begitu juga dengan kaum Thamud, mereka ini diberikan kehebatan dan kekuatan daripada sudut teknologi dan pembangunan yang hebat. Kalau kita lihat di zaman sekarang ini kita mampu membina rumah di atas bukit, tetapi kaum mereka (Thamud) mampu membina rumah di dalam bukit. Sehinggakan dalam al-Quran mencatatkan mereka adalah sebuah kaum yang mempunyai kemahiran memahat gunung-ganang untuk dijadikan kediaman mereka.

Ini kehebatan kaum Thamud. Mereka memahat bukit tersebut dan jadikannya sebagai rumah mereka. Tetapi akibat tidak taat kepada perintah rasul iaitu Nabi Salleh AS supaya beriman dan mentaati-Nya, mereka ini dibinasakan.

Kisah kaum Thamud ini ada dirakamkan di dalam Surah Al-A'raf ayat 73-78.

Apa yang boleh saya simpulkan berdasarkan kedua kisah ini, kita dapat lihat akibat daripada keegoan mereka yang ingkar kepada perintah ALLAH dan rasul, ALLAH datangkan ribut taufan, puting beliung dan seumpamanya yang akhirnya menghancurkan kedua kaum itu. Daripada golongan yang hebat ketamadunannya akhirnya mereka ditenggelamkan oleh ALLAH.

Baru-baru ini negara kita dilanda ribut yang amat dahsyat sehingga mencetuskan angin kencang dan puting beliung yang tidak pernah berlaku di sini. Sebelum itu, kita juga dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang masih belum dijumpai sehingga sekarang dan banyak lagi bencana yang berlaku di negara kita. Adakah ini bermakna negara kita sekarang ini menerima bala' daripada-Nya?

Menjawab persoalan ini kita kena kembali kita kepada persoalan asas iaitu bala ini ada dua perkara iaitu bala' yang dalam bentuk yang baik dan dalam bentuk yang tidak baik. Apabila ALLAH menurunkan sesuatu ujian seperti mana yang berlaku di negara kita baru-baru ini, memang pada asasnya kita kena kembali pada ayat ALLAH yang menyebutkan:

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala' bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana ALLAH hendak mereka berasa sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Surah Ar-Ruum: 41)

Jadi jika kita katakan perkara itu (bencana) disebabkan oleh dosa. Maka dosa tersebut perlu diminta ampun kepada-Nya. Kalaulah pada mulanya ALLAH menurunkan bala' seperti itu dengan tujuan untuk mengingati manusia, maka akhirnya daripada bala' yang kurang baik itu, akan memberi kepada kebaikan. Akhirnya dengan sebab bala seperti itu, mereka kembali merujuk kepada ALLAH.

Tetapi kalaulah bala' yang diturunkan itu menyebabkan manusia tidak sedar juga, maka apa yang berlaku kepada kaum 'Aad dan Thamud sebelum ini, boleh sahaja berlaku kepada umat hari ini. Sebabnya dalam syair Arab ada menyebutkan: "Sejarah pasti berulang".

Walaupun nama bangsa kita berbeza, berbeza daripada pelbagai sudut, tetapi pada hakikatnya manusia tetap sama iaitu bertuhankan tuhan yang sama iaitu ALLAH dan perlu mentaati kepada perintah rasul yang diturunkan pada zaman mereka. Jadi dengan itu, kita tidak terlepas kepada perkara seperti itu.

Lamaran Hairul Tidak Cerminkan Budaya Melayu - Ustaz Zul Hamat

Posted: 08 Jan 2015 01:20 AM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAFIZI PENING " APA AKU CAKAP NE ? "

Posted: 08 Jan 2015 11:11 PM PST



Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli disoal adakah beliau memperjuangkan rakyat atau bersama peniaga petrol.

Pertanyaan itu dibuat oleh Ketua Biro Hak Asasi dan Undang-Undang Gerakan, Baljit Singh merujuk kepada kenyataan Rafizi yang mendakwa bahawa mekanisme penetapan harga petrol yang digunakan kerajaan hari ini tidak adil kepada peniaga.

"Jika harga minyak naik, rakyat akan menderita.

"Yang mana satu dia lebih suka? Rakyat hilang wang atau kedai minyak buat duit?",katanya dilaporMalaysiakini.

Baljit berkata, orang awam sudah pun terbeban dengan kenaikan harga barang, walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) masih belum dilaksanakan.

"Perkara ini berlaku kerana kebanyakan peniaga tidak bertanggungjawab," katanya.

Pertanyaan sama turut dilontarkan oleh facebooker R Ed Mikael yang membangkitkan kenyataan Rafizi seperti itu bermakna beliau lebih suka harga petrol dinaikkan supaya menguntungkan peniaga.




HUSAM SEMBUNYI DIRI ELAK CAKAP HAL LOJING

Posted: 08 Jan 2015 02:30 AM PST



Husam Musa mempersoalkan TNB di dalam status FBnya pada 7:55 pagi 31 Dis 2014 dengan berkata:

Adakah TNB penyumbang terbesar banjir terpelik ini???

Dan seolah-olah mengatakan bahawa beliau ada maklumat:

Info mula muncul limpahan dari situ menjadi punca.

Sebagai seorang yang berpengalaman, yang dulunya kalau di Parlimen seperti seorang jagoan berhujah dengan "fakta" dan mampu menerbitkan buku bagi mempersembahkan hujahnya untuk bacaan ramai, boleh terbawa-bawa dengan tuduhan liar tanpa siasatan cerdik untuk menyelidik maklumat yang lebih logik (kecuali kali ini dia merasa rendah diri atau dia sudah jadi kurang cerdik semenjak tidak lagi menjadi exco). Apakah dia sudah diserang Alzheimer?

Dalam pada rata-rata orang bercakap tentang kawasan tadahan hujan tanah tinggi di Kelantan (antaranya Lojing) yang dirodok dan digondol musnah tinggal hanya botak warna merah menadah hujan – Husam masih tidak mahu tumpu pandangannya ke arah Lojing.

Kenapa Husam mahu layan cerita pembinaan empangan Kenyir 2 yang langsung tidak masuk akal (kalau dia rasa dia masih cerdik) SEBALIKnya tidak pula melayan teori yang jauh lebih munasah bahawa kawasan tadahan tanah tinggi di Kelantan sudah tidak mampu lagi menahan curahan hujan yang banyak?

Kenapa Husam tidak mahu membersihkan namanya yang diterpalitkan dengan skandal pemusnahan alam sekitar di tanah tinggi Lojing?

Dalam pada TNB telahpun menjelaskan bahawa MUSTAHIL bagi kemusnahan di Kelantan disebabkan kerja-kerja pembinaan di Terengganu, Husam pilih untuk membetulnya tuduhan asalnya hanya sekadar menampal kenyataan TNB pada FBnya dan kemudian menghalakan sasaran baru kepada Gunung Gagau sebagai punca "banjir terpelik"nya.

Husam masih tidak mahu sentuh LOJING. Kenapa?

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Tiga tahun jual daging babi kepada muslim?

Posted: 08 Jan 2015 08:55 AM PST


SWITZERLAND – Seorang penjual daging 'halal' dihadapkan ke mahkamah awal minggu lepas kerana menjual daging babi kepada pelanggan beragama Islam.

Pengusaha daging berbangsa Swiss itu dilaporkan telah menjual sebanyak 3.1 tan daging khinzir sepanjang tiga tahun.

Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati lelaki tersebut telah menipu pelanggan dengan menyatakan daging terlarang tersebut sebagai daging anak lembu.

"Jika para pelanggan mengetahui bahawa ia merupakan daging babi, mereka tidak akan membelinya kerana Islam melarang penganutnya dari makan daging berkenaan," jelas pendakwaraya.

Pengusaha bahan mentah itu didakwa atas kesalahan penipuan dan salah nyataan, dan kini berdepan penjara selama enam bulan serta denda sebanyak 18,000 Swiss franc (RM63,000).

Suara Politik
Belantan

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:41 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Komunikasi bantuan banjir lemah, bantuan tidak sampai

Posted: 08 Jan 2015 09:41 PM PST


Di jambatan menuju ke Kampung Manek Urai Lama di Kuala Krai, Kelantan, tiga wanita pertengahan umur mencangkung di bawah sekeping zink koyak cuba menahan trak yang lalu lalang membawa bekalan makanan ke kampung dipenuhi lumpur.

Kadang-kala ada lori berhenti dan memberikan wanita itu beberapa barangan yang dibawa tetapi sebahagian besarnya terus menuju ke Kampung Manek Urai Lama, yang menjadi terkenal selepas imej kemusnahan seperti tsunami akibat lumpur banjir menjadi "viral" di Internet.

Bagaimanapun, semua wanita di jambatan berkenaan bukanlah dari Kampung Manek Urai Lama, tetapi terpaksa berpusu-pusu di situ kerana tiada bantuan yang didermakan ke kampung mereka, walaupun turut menjadi mangsa banjir.

"Barangan diagihkan tidak sampai ke rumah saya, jadi saya perlu datang ke sini. Saya menunggu selama sejam untuk mendapatkan sedikit makanan yang boleh saya bawa pulang untuk keluarga di rumah," kata Aminah Che Se, 47, kepada The Malaysian Insider.

"Kami seperti burung mencari makanan dan jambatan ini adalah pokok yang penuh dengan buah-buahan."

Aminah dan dua rakannya itu berasal dari Kampung Peria, dan mereka terpaksa menempuh perjalanan sejauh 10km dengan menaiki motosikal untuk sampai ke jambatan dengan harapan dapat menerima sebahagian daripada bekalan bantuan yang dalam perjalanan itu.

Beliau kagum dengan aliran kenderaan yang tidak berhenti memasuki Kampung Manek Urai Lama untuk membawa bantuan, dan tertanya-tanya mengapa tiada yang baik hati mengambil peduli memeriksa kampungnya juga.

"Sejak banjir, ketua kampung saya mengagihkan bekalan makanan hanya dua kali. Tiada bekalan yang mencukupi untuk melakukannya! Tetapi di sini, saya tidak dapat mengira berapa banyak kereta yang datang dengan begitu banyak makanan dan minuman serta pakaian,"katanya.

Tetapi di situlah terletak masalah agihan yang tidak sistematik. Menurut pihak Pengurusan Bencana Kebangsaan bagi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, kumpulan yang "melambakkan" barangan bantuan banjir yang melanda kampung-kampung adalah usaha bantuan bencana pihak berkuasa.

Ketuanya, Datuk Dr Bahari Datuk Abu Mansor, memberitahu akhbar berbahasa Inggeris The Star, beberapa buah kampung mendapat lebih daripada bahagian sepatutnya, manakala mereka di lokasi yang jauh ditinggalkan tanpa sebarang bantuan.

Sebagai bukti bekalan yang diterima Kampung Manek Urai Lama, pakaian yang baru didermakan bersepah begitu sahaja di atas tanah berlumpur di setiap beberapa meter, manakala jalan menuju ke kampung ini sesak dengan kenderaan pacuan empat roda yang penuh dengan bekalan.

Sukarelawan yang memberhentikan trak mereka untuk mengagihkan bantuan kepada Aminah dan "burung" lain yang menunggu di jambatan mengakui mereka tidak tahu ke mana hendak dituju dan apa bekalan yang diperlukan, tetapi datang ke sini kerana mendengar ia adalah kawasan paling teruk terjejas.

"Lihatlah, terdapat begitu ramai orang menderma barang di sini. Tetapi tiada satu pun di kampung saya. Sila datang ke kampung saya juga," satu suatu kedengaran merayu kepada sukarelawan.

Seorang penduduk tempatan, Wan Sulaiman Wan Zainal memberitahu The Malaysian Insider kampungnya, Kampung Manek Urai Baruterletak sebelum jambatan itu, namun tiada sukarelawan yang masuk.

"Jadi, kami hanya berdiri di jambatan ini, seperti pengemis dan berharap mendapat sebarang lebihan daripada apa yang jiran kami dapat."

Wan Sulaiman berkata dia kehilangan restorannya dalam banjir – perniagaan yang dibina sejak 1987 – dan disebabkan keperluan mendesak dan kelaparan, datang ke sini beberapa hari lepas dengan dua anak-anaknya.

Di sebelahnya berdiri Mohd Shahri Saga, 54, seorang pegawai tentera bersara yang berkongsi kesusahan yang sama. Dia memberitahu, jika tidak ke Kampung Manek Urai Lama, keluarganya akan kelaparan.

"Saya tidak mempunyai pilihan tetapi datang ke sini. Saya tidak boleh memaksa semua sukarelawan datang ke kampung saya juga. Jadi saya hanya datang ke sini dan menunggu," katanya.

ANWAR LAKUKAN LAWATAN DAN ZIARAH MANGSA BANJIR

Posted: 08 Jan 2015 05:30 AM PST

TEMERLOH - Anwar Ibrahim telah melakukan lawatan kerja dan ziarah mangsa banjir di Pahang beberapa hari lepas.Beliau bersama 2 buah lori dan 7 kenderaan pacuan 4 roda membawa bekalan makanan dan pakaian bagi diberikan kepada mangsa banjir.
Beliau diiringi Dr Doroyah dan beberapa pimpinan tempatan melakukan lawatan dibeberapa kampung yang ditenggelami banjir besar yang menimpa Temerloh.
Berita lanjut di Suara Keadilan minggu hadapan.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:38 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Berani Mat Sabu Ambil Tindakan Ke Atas Bukti Ini?

Posted: 08 Jan 2015 08:05 PM PST


Bukti di bawah ini bagaimana? Siasat pun tidak berani rasanya


Mana Hilang Penyokong BERSIH Ketika Banjir?

Posted: 08 Jan 2015 06:42 PM PST



tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:31 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Nilai kerosakan banjir seluruh Malaysia boleh cecah RM2 bilion, kata menteri

Posted: 08 Jan 2015 02:56 AM PST

Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini menganggarkan nilai kerosakan akibat bencana banjir yang melanda seluruh negara boleh mencecah sehingga RM2 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan itu berkata, negeri yang paling teruk terjejas akibat bencana itu mengalami kerugian sebanyak RM932 juta.

Beliau berkata, anggaran kerosakan itu membabitkan kerosakan infrastruktur bangunan kerajaan, jalan raya, jambatan dan sebagainya.

"Ada beberapa perkara yang perlu kita laksanakan bagi membaiki struktur ‎rosak, sekolah, hospital, klinik, jambatan, jalan dan peralatan," katanya pada sidang media selepas melancarkan forum Pertama Usahahawan Muda Malaysia 2015 di Pusat Konvesyen dan Eksibisi Matrade di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata demikian sebagai mengulas laporan peruntukan mangsa banjir sebanyak RM800 juta yang dibuat Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, peruntukan itu dibelanjakan kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Susulan pendedahan Ahmad, Pengerusi Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) Datuk Jazlan Mohamed Selasa lalu berkata mahu memanggil Kementerian Kewangan dan MKN bagi memperjelaskan‎ peruntukan tersebut.

‎Katanya jumlah yang diumumkan tersebut besar dan memerlukan ketelusan dalam cara menguruskannya.

Menjelaskan mengenai isu tersebut katanya, kerajaan bukan sahaja terpaksa menyalurkan wang ihsan namun mengambil kira pembinaan rumah, dan pembaikan infrastruktur.

"Ini beberapa perkara perlu dilaksanakan iaitu wang ihsan pada mangsa banjir itu kita selalu lakukan pada setiap tahun kalau berlakunya‎ mangsa banjir.

"Yang kedua, kita perlu tangani pembinaan rumah ada juga pampasan pertanian, perladangan, namun angka yang kita beri masih tidak lengkap," katanya sambil menjangkakan bandar di Kelantan dapat dibersihkan pada hujung bulan ini.

Pada masa sama ditanya mengenai cadangan kerajaan campuran bagi PAS dan Umno bagi menangani pasca banjir, beliau hanya menegaskan hanya kerjasama perlu diberi tumpuan.

"Ini adalah kerjasama bagi menangani masalah pasca banjir, yang lain tak penting.

"Ia masalah rakyat apa jua parti kita nak bantu rakyat, jadi kita buat keputusan hal ini merentasi parti politik untuk membantu mangsa banjir dan turut dipersetujui kerajaan pusat," katanya.

Isu mengenai kerajaan campuran dibangkitkan oleh pengasas Kumpulan Media Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub apabila menyeru kepimpinan PAS dan Umno di Kelantan membentuk kerajaan campuran dan mengetepikan fahaman politik demi memastikan rakyat Kelantan bangkit menghadapi situasi selepas banjir yang meranapkan kediaman dan harta benda mereka.

Dalam wawancara eksklusif bersama akhbar terbitan syarikatnya, Sinar Harian, Hussamuddin berkata rakyat Kelantan sudah terlalu lama terhimpit dalam pertembungan ideologi dua parti politik antara Barisan Nasional (BN) dan PAS di negeri itu.

"Sudah berpuluh-puluh tahun rakyat Kelantan tersepit sehingga kita terpaksa berhijrah disebabkan pertelingkahan antara dua kerajaan. Jadi saya rasa untuk pulihkan Kelantan bagi jangka masa pendek dan panjang, perlu sebuah kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang betul-betul jujur.

"Maknanya, kedua-dua belah pihak dapat bekerjasama erat dalam erti kata yang sebenar kerana kita mahu semua perkara yang dirancang berjalan lancar. Dengan hubungan sekarang seperti yang kita lihat pada rekod lepas, setakat kerjasama saja tidak akan jadi (tidak mencapai matlamat) dan rakyat Kelantan akan sengsara," kata Hussammudin, dipetik daripada laporan akhbar berkenaan. – TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=233672:nilai-kerosakan-banjir-seluruh-malaysia-boleh-cecah-rm2-bilion-kata-menteri&Itemid=2#ixzz3OE5Kwh9c
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:21 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Dua beradik hilang ditemui

Posted: 08 Jan 2015 08:34 PM PST

Nur Alysyah Zafiera dan Mohd Zafri Iman yang hilang ketika mahu membeli minuman di kedai berdekatan kediamannya, kelmarin.  
Nur Alysyah Zafiera dan Mohd Zafri Iman yang hilang ketika mahu membeli minuman di kedai berdekatan kediamannya, kelmarin.

JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan dua beradik berumur sembilan dan 11 tahun yang dilaporkan hilang malam kelmarin ditemui selamat bersama bapa kandung mereka kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kes orang hilang diberi keutamaan malah beliau sendiri mengetuai siasatan melalui pasukan khas yang ditubuhkan.

Sehubungan dengan itu, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak mensensasikan kes berkenaan sehingga mengganggu siasatan dijalankan pihak polis.

Terdahulu, ibu kanak-kanak berkenaan, Azriana Ahmad, 30, berkata, dua anaknya itu Mohd Zafri Iman, 11, dan Nur Alysyah Zafiera, sembilan tahun hilang selepas meminta izin untuk membeli air minuman di kedai ketika dia sedang menjalankan kelas agama di Jalan Pinang 52, Taman Daya, di sini, kira-kira 9.30 malam, pada 7 Januari lalu.

Kit Siang : Surat Zahid kepada FBI gadaikan reputasi Malaysia

Posted: 08 Jan 2015 08:14 PM PST

Seharusnya surat sedemikian hanya boleh dikeluarkan oleh institusi polis dan disampaikan kepada FBI melalui Kementerian Luar Negeri.
Zahid Lim Kit Siang iiKUALA LUMPUR : Lim Kit Siang pagi ini sekali lagi menimbulkan isu surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Federal Bureau of Investigation (FBI) Amerika Syarikat.
New Straits Times edisi 7 Jan melaporkan, Zahid menjelaskan bahawa suratnya kepada FBI adalah untuk menyampaikan bahawa "14K Triad" tidak wujud di negara ini. Surat Zahid kepada FBI adalah ekoran dari permintaan peguambela Paul Phua untuk menangkis pernyataan FBI bahawa kongsi gelap '14K Triad' wujud di Malaysia dan Paul Phua adalah anggota kongsi gelap tersebut.
Menurut Kit Siang, surat Zahid lebih dari sekadar menidakkan kewujudan '14K Triad' di Malaysia, tetapi telah menggadaikan reputasi dan menjejaskan kedaulatan negara apabila Zahid bertindak menjamin karakter Paul Phua di dalam surat itu.
Kit Siang mendakwa, selain menjamin karakter, Zahid telah menulis bahawa Paul Phua merupakan aset nasional dan memohon agar Paul Phua dibebaskan dan dibenarkan kembali ke Malaysia kerana telah membantu kerajaan Malaysia di dalam projek-projek yang melibatkan isu keselamatan negara.
Tidak cukup dengan itu, Kit Siang berkata Zahid menambah kepada kesalahannya dengan berkata bahawa hubungan antarabangsa yang baik antara kedua-dua negara akan tercipta terutamanya dalam hal pertukaran maklumat, padahal kenyataan Zahid sebenarnya mempertaruhkan negara demi seorang individu.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir eratkan hubungan PAS dan Umno, lapor akhbar milik Umno

Posted: 08 Jan 2015 08:10 PM PST


Banjir yang melanda Kelantan mengeratkan lagi hubungan antara kerajaan negeri yang ditadbir PAS dan kerajaan pusat yang dipimpin Umno, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir yang ditubuhkan untuk membangunkan semula negeri itu menguatkan lagi dakwaan tersebut.
"Hubungan kerajaan pusat dan negeri sudah wujud sejak sekian lama dengan mereka (pusat) memberikan kerjasama penuh dari segi mentadbir pengurusan.
Tidak ada masalah, itu amalan biasa.
 "Malah kesan daripada banjir ini, kerjasama itu dipertingkatkan lagi khususnya bagi membantu mangsa-mangsa banjir," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Bagaimanapun, Mohd Amar berkata kerjasama di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat tidak melibatkan campur tangan politik, tetapi didasari kepentingan rakyat Kelantan.
 "Kerjasama melalui jawatankuasa bersama ini adalah untuk selaraskan gerak kerja. Kalau pusat sahaja buat ia tidak boleh diselaraskan dengan kerajaan negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor komited bantu rakyat harungi kelembapan ekonomi 2015

Posted: 08 Jan 2015 08:05 PM PST

Mei_1_anti_GSTSHAH ALAM, 9 JAN: Rakyat Selangor diingatkan bersiap sedia menghadapi tekanan kos sara hidup ekoran ekonomi 2015 yang dijangka lembap dan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), April ini.
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, antara langkah yang boleh diambil termasuk berjimat cermat walaupun Kerajaan Negeri mempunyai pelan membantu rakyat menghadapi cabaran ekonomi ekoran kejatuhan nilai mata wang ringgit.
"Kerajaan Selangor komited dengan usaha meningkatkan pendapatan petani, program hijrah merapatkan jurang pendapatan miskin-kaya, beri bonus untuk kakitangan awam negeri dan mengekalkan pemberian air percuma.
"Walaupun dapat bantuan kerajaan tetapi yang terbaik boleh lakukan dalam ruang kawal kita sendiri iaitu dengan berjimat cermat," katanya kepada Selangor Kini.
Zaidy juga menyarankan masyarakat di Selangor melancong di dalam negeri itusahaja bagi meminimakan pengaliran wang keluar dan membantu pengusaha tempatan.
zaidy"Sempena Tahun Melawat Selangor 2015, ramai pelancong luar dijangka melawat negeri ini, tetapi kita sendiri tak sedar banyak lagi tempat menarik yang belum dilawati.
"Jadi, kalau nak makan angin lebih baik melancong dalam Selangor sebab dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan dan negeri," katanya.
Zaidy turut menyarankan rakyat Selangor yang layak mengambil bahagian dalam skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang disediakan Kerajaan Negeri bagi membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Lindungi SKMM daripada lantikan politik

Posted: 08 Jan 2015 08:03 PM PST

Kepentingan awam hanya akan dijaga dengan lebih baik sekiranya badan kawal selia yang penting itu dipimpin oleh seorang teknokrat.

PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini menggesa pihak bertanggungjawab dalam Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya segera memberi penjelasan mengenai pengerusi baru yang bakal dilantik menerajui SKMM.
MCMC2Beliau merujuk laporan media yang mendakwa seorang ahli politik UMNO, Dr Mazlan Ismail mungkin dilantik untuk menggantikan Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi sebagai Pengerusi SKMM.
Menurut laporan tersebut, kontrak Mohamed Sharil tidak disambung dan wujud dakwaan ada rancangan untuk menggantikannya dengan Dr Mazlan.
"Akhbar milik UMNO, Utusan telah mengkritik Sharil dan mempromosikan Dr Mazlan secara terbuka.
"Jika ini benar, ia adalah satu perkembangan yang tidak sihat . Ini tidak ada kena mengena dengan kelayakan Dr Mazlan," tegasnya dalam satu kenyataan.
Tambah Nik Nazmi, kepentingan awam hanya akan dijaga dengan lebih baik sekiranya badan kawal selia yang penting itu dipimpin oleh seorang teknokrat.
Read More / Baca Lagi >>

Akta Hasutan: Mahkamah dapati Hisham Rais bersalah

Posted: 08 Jan 2015 08:02 PM PST

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendapati aktivis politik dan bekas wartawan, Hishamuddin Rais bersalah atas tuduhan menghasut.

Hakim Azman Mustafa ketika menyampaikan keputusannya berkata mahkamah berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah.

"Tertuduh tidak menafikan bahawa beliau mengucapkan kenyataan meminta orang ramai turun ke jalan raya untuk memprotes dan menggulingkan kerajaan BN," katanya.

Hishamuddin dituduh membuat kenyataan menghasut dalam ucapannya di di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor antara 8.55 malam dan 11.15 malam pada 13 Mei, 2013.

Memang ada orang M'sia anggotai 14K kata IGP

Posted: 08 Jan 2015 08:00 PM PST

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sekali lagi mengeluarkan penafian secara halus kepada peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung tuduhan mengenai individu digelar raja judi, Paul Phua.

Khalid tetap enggan mengulas mengenai kenyataan terbaru Shafee, namun dilihat mempertahankan hasil siasatan polis ke atas Phua.

"Saya hanya boleh tekankan bahawa 14K (satu kumpulan jenayah terancang antarabangsa) tidak wujud di sini, ada rakyat Malaysia di luar negara yang diketahui sebagai anggota kongsi gelap ini.

"Bagaimana orang mahu tafsir kenyataan itu terpulang pada mereka.

"Tapi sebelum saya kata sebelum ini, saya tidak akan komen lebih lanjut kerana ia akan menjejaskan prosiding mahkamah di Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Khalid diminta mengulas kenyataan Shafee pada Rabu lalu yang menunjukkan bahawa polis bertindak dengan salah kerana mengaitkan anak guamnbya dengan 14K – memandangkan kongsi gelap itu tidak wujud di Malaysia.

Individu digelar raja judi itu serta anaknya menghadapi tuduhan menjalankan operasi perjudian haram di Las Vegas pada tahun lalu.

Read More / Baca Lagi >>

PERNAHKAH KERAjaan UMNO/BN membawa ulama2, menteri2 agama UMNO, mufti2 berbuat spt kerajaan Indonesia ???

Posted: 08 Jan 2015 07:53 PM PST


DAP pertikai 1MDB cuba kelirukan firma audit semak dana di Pulau Cayman

Posted: 08 Jan 2015 06:52 PM PST

DAP mempersoalkan sama ada syarikat pelaburan strategi negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) cuba mengelirukan pihak audit, Deloitt Malaysia menilai penyata kewangan tahunnya yang berakhir Mac 2014.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, persoalan timbul sama ada dengan wang yang banyak menyebabkan firma audit itu keliru jumlah itu dapat dipulangkan semula hujung November, hanya bertujuan supaya penyata kewangan Mac 2014 dapat diluluskan.
 "Adakah Deloitte Malaysia sudah menilai dengan lebih teliti sebelum menerima janji 1MDB untuk menebus keseluruhan US$1.23 bilion pada hujung tahun?
"Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan risiko kecairan yang dahsyat kepada 1MDB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, mengikut penyata kewangan yang berakhir Mac 2014 dan difailkan pada Oktober 2014 di muka surat 93, menyatakan baki US$1.23 bilion (RM4.07 bilion) akan diterima penuh sebelum November 2014.
Namun kenyataan Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin pada 23 Disember lalu berkata baki dana itu hanya "dijangka dapat ditebus semula pada bulan seterusnya".
Katanya, kenyataan itu bertentangan dengan kenyataan dalam laporan kewangan, sekaligus tidak ada tanda-tanda wang itu akan dikembalikan semua ke Malaysia atau 1MDB.
 "Lodin perlu jelaskan dan bertanggungjawab atas sebab kenapa dana itu tidak diterima dan dikembalikan semula walaupun ada ada arahan jelas dan pemberian kuasa oleh lembaga pengarah 1MDB," katanya. "Mungkinkah ada satu keputusan 'baru' oleh lembaga pengarah 1MDB menggantung arahan terdahulu dan menangguhkan bayaran semula dana Pulau Cayman selama-lamanya?
Read More / Baca Lagi >>

Antara takdir dan tadbir

Posted: 08 Jan 2015 06:41 PM PST

TANPA disedari, kita menempuh tahun 2015. Kita meninggalkan tahun yang dipenuhi dengan musibah, dugaan dan cabaran - ada yang terpahat sahaja di ingatan, ada yang berterusan - terutamanya buat teman-teman di pantai timur sehingga kini.

Bermula dengan kehilangan MH370 dan jua MH17 - keperitan kehilangan tidak mungkin mudah hilang buat semua kita di Malaysia. Bak lirik yang dinyanyikan Yuna, "terbang, terbang tinggi, awan biru menanti bersama pelangi" - kita hanya mampu mendoakan kesejahteraan mereka yang telah pergi berserta keluarga, dan semoga yang belum ditemui menemui pengakhiran yang terbaik.

Di sebalik kehibaan, kedengaran jua suara-suara sumbang yang berniat untuk meruntuhkan keharmonian rakyat Malaysia. Dengan keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu, terutamanya akibat penurunan harga minyak mentah sedunia yang menyebabkan unjuran ekonomi Malaysia sedikit malap, berserta cabaran percukaian dan inflasi yang mendatang, sebarang perpecahan hanya bakal menambah beban untuk semua.

Saya mengambil peluang sempena menyambut Maulidur Rasul untuk memetik kandungan Sahifah Al-Madinah (Piagam Madinah) yang dirangka oleh Rasulullah SAW bagi mengangkat prinsip kesatuan ini.

Fasal 1 menyebutkan: "Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Penyayang: Inilah kitab (Piagam Bertulis) daripada Nabi Muhammad, pesuruh ALLAH bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk agama Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka."

Fasal 2 pula menyebutkan: "Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza daripada manusia-manusia lain."

Jelasnya, Rasulullah SAW beranggapan bahawa mereka yang bersama-sama berjuang demi kebaikan negara pada ketika itu tergolong dalam ummah.

Hal Ini ditekankan lagi dalam Fasal 37 yang menyebut, "Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah membiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama-sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa."

Dalam konteks ini, kesatuan rakyat adalah sebuah aspek yang amat dipentingkan sekali dalam perjalanan pentadbiran sesebuah negara Islam.

Wajarlah kita menghayati dan lantang bersuara menentang mereka yang merencana perpecahan antara umat Islam dengan rakan-rakan senegara kita yang lain.

Read More / Baca Lagi >>

Malaysia bakal ditimpa bala Tuhan?

Posted: 08 Jan 2015 06:38 PM PST


Dr Muhammad Lukman 

TIADA siapa dapat menghalang kekuasaan ALLAH. Itu yang boleh dikatakan apabila melihat pelbagai musibah  berlaku di negara ini. Jika dahulu kita biasa diberitakan mengenai kejadian banjir dan ribut taufan berlaku di negara ini.

Tetapi kini  ditambah lagi kejadian luar jangkaan. Antaranya peristiwa tsunami, musim hujan sehingga banjir, kemarau berpanjangan dan baru-baru ini kejadian puting beliung menyebabkan banyak rumah musnah.

Persoalannya mengapa perkara seperti ini berlaku? Sedangkan keadaan Malaysia yang berada di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik selain keadaan geografi yang terletak di garisan khatulistiwa menghalang kepada pembentukan puting beliung dan taufan besar ini. Adakah ini bermakna negara kita bakal ditimpa bala daripada Tuhan sepertimana yang berlaku kepada kaum terdahulu?

Wartawan MOHD AZLI MOHD AlI bertemu Pensyarah dalam bahagian al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, DR MUHAMMAD LUKMAN IBRAHIM bagi mendapatkan jawapan mengenai persoalan ini.


Boleh Ustaz perjelaskan mengenai konsep bala' dalam Islam?

Bala' adalah satu perkataan umum digunakan masyarakat kita yang memberi makna satu ujian, satu peperiksaan dan seumpamanya. Dan dalam al-Quran, ALLAH SWT menggunakan perkataan bala' ini merujuk kepada kebaikan dan kejahatan. Firman ALLAH: "…Kami uji mereka dengan kejahatan dan kebaikan sebagai satu ujian dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan." (Surah Al-Anbiya: 35)

Kata bala' dalam al-Quran disebutkan di enam tempat dengan makna berbeza. Ada yang bermakna cubaan dan ujian yang dibenci manusia. Ada pula yang bererti kemenangan atau kenikmatan (bala' al-hasan).

Bala' al-hasan adalah satu ujian yang baik diberikan ALLAH kepada orang mukmin dengan sebab ujian tersebut mendekatkan lagi mereka kepada ALLAH. Kalimah bala' al-hasan pada ayat ini juga turut dijelaskan dalam kitab Tafsir al-Jalalain yang dikarang oleh dua imam tafsir. Iaitu merujuk kepada ujian khusus untuk menguji keteguhan iman yang ada dalam diri orang mukmin.

Secara ringkasnya bala' digunakan untuk kedua-duanya iaitu untuk kebaikan dan juga kejahatan. Walau bagaimanapun penggunaan dalam masyarakat kita orang Melayu khususnya, bala' ini merujuk kepada kejahatan sahaja. Dan kefahaman seperti ini perlu dibetulkan.


Apakah yang menyebabkan terjadinya bala' daripada ALLAH?

Bala', apabila kita merujuk kepada perbincangan tadi iaitu bala' yang bermaksud perkara kejahatan, maka dengan ini ia bermaksud perkara tidak baik yang ALLAH turunkan kepada manusia.

Sesungguhnya bala' tidak akan diturunkan oleh ALLAH ke atas manusia, melainkan kerana didahului dengan kesalahan yang dilakukan.

 Bala' terjadi disebabkan kemurkaan ALLAH iaitu apabila manusia melakukan maksiat. Maka dengan sebab itu akan turun bala daripada-Nya. Misalnya dalam hadis riwayat imam at-Tarmizi menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila umat aku melakukan 15 perkara, maka halal bagi ALLAH menurunkan bala'. Dengan sebab melakukan 15 perkara ini secara berleluasa, maka ALLAH akan memberi bala kepada umat tersebut. Antara lain:

a. Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.
b. Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.
c. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
d.Apabila suami terlalu mentaati isteri.
e.Apabila anak menderhakai ibu bapa.
f. Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
g. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.
h. Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid.
i. Apabila pemimpin sesuatu kaum itu dihina oleh kaumnya sendiri.
j. Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya.
k. Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.
l. Apabila ramai lelaki memakai sutera.
m. Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.
n. Apabila wanita bermain alat muzik.
o. Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO Tidak Boleh Dipercayai - Raja Kamarul Bahrin

Posted: 08 Jan 2015 06:09 PM PST

Gambar FotoKUALA TERENGGANU : Idea menubuhkan kerajaan campuran atau perpaduan antara UMNO dan PAS tidak akan menjadi kenyataan, tegas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, kerana "jangan kita jatuh dalam lubang yang sama".
Walapun menyifatkan ia merupakan cadangan yang murni beliau berkata, UMNO perlu membuat penjelasan terlebih dahulu sebelum PAS boleh memberi pertimbangan yang serius.
"Pertamanya, UMNO memegang kuasa yang lebih luas dan besar di peringkat Kerajaan Persekutuan dan merekalah sepatutnya menunjuk inisiatif ikhlas yang boleh meyakinkan ahli-ahli PAS," katanya mengulas cadangan mewujudkan kerajaan campuran PAS-UMNO di Kelantan.
Cadangan tersebut dikemukakan oleh Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub berikutan kemusnahan besar akibat bencana banjir baru-baru ini.
Raja Kamarul juga menolak idea itu, dan PAS perlu mengambil contoh yang berlaku di Aceh selepas tsunami kerana dakwanya, sanggupkah UMNO memberikan autonomi dan royalti minyak kepada Kelantan.
Menurut beliau, Jakarta telah memberikan autonomi yang lebih luas kepada Aceh dalam mentadbir hal-ehwal dalaman wilayah itu selain royalti minyak yang tinggi.
Katanya, UMNO tidak berubah kerana perjuangan nasionalisme bangsa yang menjadi aliran parti itu selain sikap pemimpinnya korup tidak boleh diubah.
Read More / Baca Lagi >>

Pembangunan semula Kelantan: Hentikan segera berpolitikan sempit

Posted: 08 Jan 2015 06:05 PM PST

Pembangunan semula Kelantan: Hentikan segera berpolitikan sempit - ABIM
KUALA LUMPUR: Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan Amidi Abdul Manan, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini :

Saranan agar PAS dan UMNO bersatu membentuk kerajaan campuran di Kelantan bagi membangunkan semula prasarana awam adalah dirujuk. Angkatan Belia Islam Malaysia ingin menyatakan kebimbangan atas obsesi umat Melayu terhadap politik kepartian.

Rakyat di negeri Kelantan amat memerlukan bantuan dari segala segi. Jumlah rumah yang musnah dan ranap akibat banjir menjangkau ribuan jumlahnya. Kerosakan fasiliti awam juga tidak terbayang.  Kemusnahan yang besar ini mengakibatkan kesan psikologi dan emosi terhadap warga Kelantan. Ia sekaligus memberi kesan yang buruk terhadap ekonomi.

ABIM amat prihatin agar proses pembangunan semula Kelantan perlu dilaksanakan dengan pantas dan berkesan. Kaedah pengurusan bantuan perlu dipertingkatkan agar tiada yang ketinggalan dalam proses ini. Bancian perlu dilaksanakan segera agar data dapat dikumpulkan bagi tindakan seterusnya.
Pengurusan bantuan adalah perkara yang diperlukan oleh rakyat Kelantan sekarang ini. Seharusnya pemimpin politik mampu mencari ikhtiar bagi menyalurkan pertolongan tanpa terikat dengan politik kepartian yang sempit.

Rakyat Kelantan telah melaksanakan tugas mereka sebagai warganegara dengan membayar cukai, malah hasil bumi Kelantan juga turut menyumbang kepada kemakmuran negara, oleh itu tiada sebab hak mereka untuk mendapat bantuan tanpa sebarang syarat dinafikan.
Read More / Baca Lagi >>

Kakitangan UM tentang larangan berpolitik di kampus

Posted: 08 Jan 2015 06:02 PM PST

Post Pic
 Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) tidak bersetuju dengan larangan Universiti Malaya (UM) terhadap pelajar dan kakitangan pusat pengajian itu supaya tidak terlibat dalam aktiviti berpolitik.
 
Presiden PKAUM Azmi Sharom berkata larangan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan berhimpun.
 
"Justeru, sebarang perlanggaran terhadap sebarang hak kakitangan UM mesti ditentang oleh kesatuan atas alasan tindakan universiti harus terikat oleh batasan dan perlindungan yang dinyatakan dalam perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan.
 
UM semalam mengeluarkan arahan melarang pelajar dan kakitangannya daripada terlibat dengan sebarang penganjuran aktiviti berunsur politik, berikutan peningkatan penglibatan golongan berkenaan dalam aktiviti sedemikian sejak akhir-akhir ini. 
 
Menerusi satu surat pekeliling yang bertarikh 23 Disember 2014 itu, UM mengatakan tindakan tersebut diambil bagi memastikan kepentingan institusi berkenaan tidak terjejas.
 
UM sebelum ini menjadi tumpuan kerana menjadi lokasi ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dianjurkan pelajarnya sendiri tanpa kebenaran institusi berkenaan, Oktober lalu.
 
Berikutan itu, lapan pelajar yang terlibat dengan pengajuran ceramah berkenaan termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol dan Pengerusi Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin digantung pengajian.

Tambah 11 kerusi DUN Sarawak, taktik kotor SPR bermula

Posted: 08 Jan 2015 06:00 PM PST


Dewan-Undangan-Negeri-Sarawak


KUALA LUMPUR, 9 JAN: Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menambah 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak jelas bermotifkan politik, kata Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming.
Beliau berkata, cadangan penambahan kerusi DUN tanpa peningkatan bilangan kerusi Parlimen merupakan petunjuk bagaimana SPR sekali lagi bertindak membelakangi prinsip demokrasi demi kepentingan pihak tertentu.
"Apakah rasional untuk menambah 11 kerusi DUN tetapi tidak menambah langsung kerusi Parlimen?"
"Jika peningkatan bilangan pengundi digunakan sebagai alasan untuk mewajarkannya, mengapa hujah tersebut tak terpakai bagi kerusi Parlimen?"
"Ini bukti jelas bahawa SPR tidak mematuhi prinsipprinsip demokrasi tetapi tunduk kepada kepentingan politik untuk meratakan persempadanan semula Sarawak menjelang Pilihanraya Negeri tahun depan (2016)," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Kian Ming, dengan tindakan terbaru ini, SPR sekali lagi menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka bukanlah sebuah badan yang bebas, adil dan telus untuk melakukan persempadanan semula.
Pada 5 Januari lalu, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh menyatakan pihaknya mengesyorkan jumlah DUN Sarawak ditambah sebanyak 11 daripada 71 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 82 kerusi.
Beliau mendakwa, syor itu dibuat selaras pindaan undangundang dalam Perlembagaan Negeri yang telah dikuatkuasakan pada 5 Disember tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Pecat Pengarang Harakah tindakan kurang berakhlak - Paksi

Posted: 08 Jan 2015 05:22 PM PST

Pecat Pengarang Harakah tindakan kurang berakhlak - Paksi
KUALA LUMPUR: Tindakan memberhentikan secara serta-merta khidmat tiga Pengarang Harakah disifatkan langkah kurang berakhlak pengurusan akhbar itu kepada kakitangannya.

Setiausaha Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Rozan Azen Mat Rasip berkata, ia sekaligus menggambarkan sikap tidak beretika, zalim dan tidak berakhlak.

"Paksi merakamkan simpati kepada tiga orang rakan wartawan di Harakah yang diberhentikan tanpa mengikut etika kerja yang lazim apatah lagi akhlak Islam seperti yang selalu disyarahkan oleh pimpinan parti Islam PAS selama ini.

"Bermula dengan tindakan memberhentikan secara serta-merta khidmat Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam, pada 1 Oktober 2014, kerana mengkritik UG (kerajaan campuran) dalam pimpinan PAS. Diikuti pertengahan Disember tindakan yang sama ke atas Roslan Hamid (editor rencana) kerana menyiarkan tulisan Dinsman yang mengkritik ulama dalam pimpinan PAS.

"Seterusnya tindakan ke atas Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, atas alasan kesihatan, ketika beliau sedang bercuti sakit dan masih dalam rawatan doktor," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Dalam pada itu Paksi memohon penjelasan ulama PAS di atas tindakan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Sri Ram diarah tinggalkan firma semasa kendali kes rayuan liwat Anwar

Posted: 08 Jan 2015 03:46 PM PST


Bekas hakim kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang menimbulkan kekecohan apabila muncul di mahkamah Oktober lalu untuk mengetuai pasukan pembelaan dalam perbicaraan akhir rayuan sabitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipaksa meninggalkan firma undang-undang Soo Thien Ming & Nashrah semasa pendengaran berlangsung, kata sumber.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Sri Ram, 71, bagaimanapun kekal sebagai peguam Anwar sehingga rayuan kes liwat itu diputuskan.
 "Ia tidak jelas sama ada Sri Ram diarahkan berhenti kerana tekanan luar digunakan terhadap firma itu kerana muncul dalam kes profil tinggi Anwar atau rakan kongsi ketakutan apabila melihat perunding mereka mempunyai peranan langsung dalam kes itu," kata sumber berkenaan. 
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu menyertai Soo Thien Ming & Nashrah sebagai perunding tidak lama selepas bersara pada 2010. Firma undang-undang yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur itu menguruskan hal litigasi dan pemindahan hak dan pelanggan, termasuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan serta institusi kewangan.
Rakan kongsi pengurusan Soo Thien Ming tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen kerana berada di luar negara. Sri Ram, ketika dihubungi enggan mengulas berkenaan hal itu tetapi berkata beliau menubuhkan syarikat sendiri pada bulan lepas.
Katanya, beliau kini mempunyai lebih fleksibiliti dan boleh mengambil sebarang kerja yang dipilih. "Selepas kes Anwar, saya membuat keputusan amalan yang saya terlibat dalam membawa banyak konflik.
Read More / Baca Lagi >>

Fighting Islamophobia in Paris following terror attack

Posted: 08 Jan 2015 03:26 PM PST

Cartoon shooting: Is Islam to blame?

Posted: 08 Jan 2015 03:15 PM PST

Full Sky Debate: Freedom Of Speech Vs Freedom Of Religion

Posted: 08 Jan 2015 03:15 PM PST

Several mosque attacks reported following Charlie Hebdo massacre

Posted: 08 Jan 2015 03:14 PM PST

Cartoonists unite in wake of Charlie Hebdo attack

Posted: 08 Jan 2015 03:12 PM PST

Kemusnahan Kampung Manjor, Kuala Krai Selepas Bencana banjir 2014

Posted: 08 Jan 2015 03:10 PM PST

ADAKAH ROSMAH JUGA DAH PANDAI CUBA NAK PERBODOHKAN RAKYAT sepertimana pemimpin2 UMNO yg lain ???

Posted: 08 Jan 2015 03:09 PM PST


Dulu Dan Sekarang....!!!

Posted: 08 Jan 2015 07:33 AM PST