Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:53 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Panas! Senarai ROMBAKAN BARU UMNO Selangor BOCOR?!! @NajibRazak @NohOmar @BudimanZohdi

Posted: 07 Jan 2015 09:24 PM PST


Usah cerita soal menang lagi. Hakikatnya kini, UMNO Selangor perlu melakukan rombakan drastik bagi menjadikan parti tersebut sebagai pembangkang yang disegani terlebih dahulu. Di atas adalah merupakan barisan TERAS yang kami rasakan mampu membawa perubahan positif kepada UMNO Selangor.

1) Sebagai seorang ketua yang dipertanggung jawabkan oleh YAB PM untuk mengemudi UMNO Selangor, DS Noh Omar memerlukan setiausaha yang mampu bekerja keras dan sentiasa berdiri di belakang beliau. Buat masa ini, hanya Dato Zein Isma yang memenuhi kriteria tersebut.

2) DS Noh Omar juga memerlukan gandingan Naib yang berkeupayaan menjana sokongan di seluruh negeri Selangor. Sebagai seorang aktivis bandar, Datuk Yusoff dilihat layak untuk menduduki portfolio Naib Pengerusi Urban. Sementara pengalaman dan pengaruh Datuk Johan di Hulu Langat dan Semenyih pula melayakkan beliau untuk mengepalai portfolio Naib Pengerusi Sub-urban. 

Kerja keras dan kesungguhan YB Shahrum di Dengkil dan Parlimen Sepang selama ini juga sepatutnya sudah cukup untuk melayakkan beliau menjawat Naib Pengerusi Luar Bandar.

3) YB Budiman Zohdi merupakan antara YB BN Selangor yang paling popular dan berpengaruh di media sosial. Pendekatan politik baru beliau telah banyak membantu BN Selangor meluaskan pengaruh di kalangan orang muda. Untuk ini, beliau seharusnya mengepalai Jabatan Penerangan/Pengarah Strategik UMNO Selangor dalam usaha untuk menawan kembali negeri tersebut. Kepakaran beliau dalam bidang komunkasi strategik amat penting untuk memacu sokongan kepada UMNO kembali.

Tn. Azahari yang juga merupakan pemimpin muda yang agresif dilihat layak untuk membantu YB Budiman, terutamanya dalam memperkasakan pengaruh UMNO dalam media siber. Namun, usaha maya tidak akan bermakna tanpa sokongan gerak kerja pilihanraya yang mantap oleh YM Raja Dato Hanipuddin, seorang pemimpin yang bekerja keras di peringkat jentera pilihanraya akar umbi.

Beberapa lagi portfolio tidak disenaraikan dalam cadangan rombakan ini kerana kami merasakan pemimpin yang dipertanggungjawabkan masih lagi boleh bergerak secara efektif. Apa yang penting, portfolio-portfolio di atas ini perlu menjalani perubahan transformasi terlebih dahulu sebelum semuanya bermula.

Agak-agaknya boleh menjadi realiti tak?

SANTAI MALAM CANDID: BIAR GAMBAR BERBICARA LAGI...

Posted: 07 Jan 2015 07:54 AM PST


Soalan cepuk cemas ke manakah Anwar ketika banjir melanda Kajang diikuti Tsunami banjir lumpur dan balak di Kelantan akhir tahun lepas.

Di Malaysiakah atau di New Zealand kah?


Bersantai naik basikal adalah satu kegiatan riadah yang baik...lepas tu makan-makan bersama keluarga...juga amalan baik. 

Tambah-tambah lagi sambil-sambil up date status tanya khabar orang di Malaysia...banjir ok...are you okey?


Anwar beri alasan tiket kapal terbang tak boleh ditukar kerana telah ditempah awal jadi dia tak dapat balik awal nak lawat mangsa banjir;

"Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar".

Begitu hebat pemimpin ini menyusun kata...

Dengar kata shopping sakan di New Zealand...tapi buah kiwi sebiji pun tak bagi kat pencacai...nasiblah Ketum tak ingat kat anak buah.


SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA PEMBALAKAN HARAM

Posted: 07 Jan 2015 05:14 AM PST


Saya mencadangkan supaya Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk tujuan-tujuan yang berikut:-

1. Menyiasat secara terperinci sebab-sebab berlakunya Banjir Luar Biasa di negeri Kelantan yang mengakibatkan Kematian besar, Kerosakan harta awam dan persendirian, Kerugian berbillion Ringgit akibat banjir luar biasa, malah mengganggu emosi mangsa-mangsa banjir.

2. Menyiasat Individu-individu yang terlibat di dalam pemberian kontrak balak, kontrak penebangan hutan supaya keadilan boleh diberikan kepada si penerima dan si pemberi kontrak. Siasatan perlu dijalankan melibatkan prosedur kontrak sama ada dipatuhi atau berlakunya perlanggaran.

3. Menyiasat supaya dapat membersihkan nama Kerajaan Negeri Kelantan daripada dituduh bersubahat dalam kes penggondolan hutan secara luar biasa yang mengakibatkan kerosakan ekosistem dan sistem saliran air bawah tanah dan sistem saliran sungai, seterusnya menjadi punca utama Banjir Luar Biasa di Kelantan.

Beberapa sejarah berkaitan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja:-

1. Pada tahun 1999, Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat kes mata lebam DS Anwar Ibrahim. Suruhanjaya tersebut telah bersidang sebanyak 8 kali. Dalam laporan suruhanjaya berkenaan, tercatat tindakan spontan ke atas DS Anwar Ibrahim berlaku apabila berlakunya penggelaran 'Ni Bapa Anjing'.

2. Satu lagi Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan pada tahun2007 demi untuk memuaskan desakan sesetengah pihak akan hal video klip VK Lingam yang dikatakan kononnya mengatur kedudukan hakim-hakim.

3. Berkaitan kes kematian Teoh Beng Hock, Kerajaan juga menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja dan Inkues (2011)untuk menyiasat kalau-kalau terdapat apa-apa perbuatan yang tidak wajar semasa siasatan ke atas mendiang berkaitan kes rasuah oleh pihak SPRM.

4. Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang terkini (2012) adalah mengenai kononnya pemberian Kad Pengenalan kepada warga asing di Sabah. Hasil daripada Suruhanjaya Siasatan DiRaja tersebut, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah susulan khususnya penubuhan Jawatankuasa Tetap untuk mengurus hal-hal yang berkaitan warga asing.

RASIONAL
Isu penting sekarang pula mengenai banjir luar biasa yang melanda negeri Kelantan khususnya di Kuala Krai, Manik Urai, Gua Musang, Tanah Merah dan banyak lagi tempat. Banjir besar ini telah mengakibatkan setakat ini 11 kematian di Kelantan sahaja.

Pelbagai pihak khususnya rakyat jelata heboh memperkatakan mengenai penggondolan hutan-hutan di negeri Kelantan dalam skala yang besar dan sangat luar biasa. Malaysiakini telah berjaya menunjukkan gambaran yang jelas di sini

Persoalannya, saya fikir tidak adil kita menuding jari kepada sesiapa pun. Kita mahu membersihkan nama mereka yang dikaitkan sepertimana disebutlah bahawa berlakunya penglibatan Kerajaan Negeri Kelantan yang terdahulu, disebut juga dalam media sosial dan media suratkhabar nama Datuk Husam Musa, Nga Kor Ming, Nga Koh Him dan sebagainya.

Jika kita rajin sedikit, akan melihat juga terdapat tuduhan kononnya terdapat individu-individu dan syarikat-syarikat dari luar Kelantan terlibat dalam kemusnahan dan penggodolan hutan-hutan itu.

Jalan penyelesaiannya ialah, tubuhkanlah Suruhanjaya DiRaja Pembalakan Haram. Mengapa tidak? Saya sangat yakin DS Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli sangat bersetuju dengan cadangan ini kerana ianya melibatkan kepentingan awam dan keselamatan rakyat di Kelantan pada tahun-tahun mendatang. Hanya mereka malu untuk mencadangkannya!

Kita bimbang jika tidak ditangani, banjir pada tahun hadapan akan lebih buruk lagi setelah kemusnahan hutan-hutan tersebut yang melampau-lampau tanpa adanya pemulihan, pemuliharaan dan tanam semula.

Dengan adanya Suruhanjaya Siasatan DiRaja ini, maka tindakan susulan seperti pemuliharaan hutan dan penanaman semula boleh diambil hasil daripada laporan suruhanjaya tersebut.

Kerajaan Kelantan boleh mencontohi cara Yayasan Sabah memelihara hutan di Sabah dengan proses penanaman semula yang sangat teratur dan diperakui Bank Dunia.


BANJIR SURUT BALAK TERABUR...TAKTIK TEBANG SEMBUNYI DIRI, PAKAI PROKSI... TIPU LAGI?!

Posted: 06 Jan 2015 11:46 PM PST


Cer sesekali miker bukak google map dan cari alamat-alamat ni. Cer tengok ada tak persamaan dengan rumah-rumah ini dengan alamat-alamat yang dipaparkan dalam surat SSM ni.


Mungkin alamat silap atau mereka guna proksi atau guna alamat orang lain supaya senang lari nanti?

Yang pasti dua lahanat tokey balak ini termasuk adik beradik dan kaum keluarga mereka dari Syarikat Upayapadu Plantation Berhad punca banjir lumpur dan balak di Kelantan.

Nama pun syarikat plantation tetapi apa yang mereka tanam?

Proses rundingan terus di dalam masjid. kelihatan Nga dan Ngeh turut membawa hadiah dalam beg kertas bersama 4 biji limau bali Tambun sebagai pelincir mendapatkan kontrak dari MB Kelantan ketika itu... 

Tebang balak banyak-banyak konon nak buat ladang rakyat tetapi akhirnya balak lesap, ladang kemana rakyat kena musibah tsunami banjir.

Cer tengok rumah-rumah yang kami dapat dari google map berdasarkan alamat adik beradik Ngeh dan Nga.

Inikah rumah Ngeh Koo Ham No 23, Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar Perak atau guna alamat proksi???
Adakah ini rumah Nga Kor Ming di No 16 Persiaran Bandar Baru Tambun 2, Ipoh terakhir pada November 2013. Rumah proksi, adik-beradik atau rumah sewa?
Istana Ngar Kor Ming setelah mendapat tender balak di Kelantan melalui syarikat pembalakan Upayapadu Plantation Berhad sebagai syarat menjadikan Nizar Jamaluddin sepupunya sebagai MB Perak 2008 dulu.

Jadi sebagai rakyat yang menjadi mangsa kepada musibah tsunami banjir lumpur dan balak ini masih berharap agar Nik Ajiz dan juak-juaknya bertanggungjawab ke atas kerosakan yang dilakukan olehnya ketika menjadi Menteri Besar Kelantan dulu.

Kita kesian melihat Menteri Besar sekarang terpaksa bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir hingga terpaksa kerajaan Pusat membantu menampung pelbagai kelemahan dan kekurangan.

Itupun masih ramai tak tahu bersyukur dan menentang kononnya menjatuhkan maruah harkat dan martabat PAS. 

Dey... nasib baiklah kerajaan Pusat di bawah BN-UMNO nak membantu kalau nak harapkan puak-puak DAP bantu jangan haraplah. 

Anwar pulak kalau setakat melawat lepas banjir surut lepas tu kutuk-kutuk kerajaan Pusat, UMNO dan BN baik tak payah datanglah.

Bila PM Najib datang melawat macam-macam maki hamun dihambur. 

Bila PM Najib kena E-Coli kesan dari air banjir lagi ramai pencacai mengutuk kononnya dari 200 ribu kena banjir hanya sorang kena penyakit bawaan air. Bukan nak doakan kesembuhannya.

Ketika banjir begitu kritikal di Kelantan,  Nik Aziz masuk hospital tanpa disentuh walau setitis air hujan dan banjir

Kami pun boleh mengata bila banjir besar berlaku kenapa tetiba jer Nik Ajiz masuk spital? Mana kudrat mu untuk melawat kami para mangsa banjir di pusat-pusat banjir?

Kalau yang datang hanya gambar-gambar Tok Guru yang ditempek di plastik-plastik beras dan supik baik tak payah!

Inilah bala akibat balak, semua rakyat menjadi mangsa!

Nga Ngeh pula dah kaya mengaut duit balak Kelantan tapi beranikah mereka datang ke negeri ini sekarang untuk bersama-sama bertanggungjawab dan mengaku salah? 

Adakah cukup hanya sekadar menghantar kayu-kayu balak ke rumah-rumah mangsa sebagai ganti rugi atau bayaran royalti? 



Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


DENGAN IZIN ALLAH PESAT TAHFIZ Madrasatul Tarbiah Aulad INI SELAMAT

Posted: 07 Jan 2015 12:26 AM PST

 Raja Bomo
Secebis Pengalaman...Suatu Perjalanan...
Nik Azam, Sabtu 3/1/15
Sahabat2...
Saya nk kongsikan sedikit cerita ttg pengalaman mnghantar bantuan ke tempat mangsa2 banjir. Dlm byk2 pengalaman membantu..inilah satu2nya pengalaman yg ingin saya sampaikan..
Saya bersama2 sahabat2 dr Trganu yg membawa 1 lori bekalan brg2 pergi ke Dabong utk menghantar bantuan ke kawasan2 pedalaman yg teruk terjejas. Kami juga ingin menghulurkan bantuan ke sebuah pondok yg ada di situ.
 Kami memilih lokasi tersebut krn mndapat maklumat dari Ustaz Nazry yg mnguruskan rumah anak2 yatim & pusat Tahfiz bahawa ada satu pondok di pedalaman yg trlibat dgn banjir dan mngkin memerlukan bantuan krn jauh dr jalan besar. Kedudukan pondok di tepi sungai juga memungkinkan kemusnahan teruk dialami..dan kami tidak dapat maklumat lanjut krn tidak dpt brhubung dgn org2 di situ.
Terima kasih saya ucapkan kpd sahabat2 lain di Machang yg sudi menghulur bantuan utk mndpatkan bekalan tambahan dan mengisi brg2 ke atas lori sblm kami brtolak pergi.
Dlm byk2 tempat yg sy pergi utk mnghulurkan bantuan..pengalaman ini agak luarbiasa krn segala2nya bermula dari kami bertolak dipermudahkan Allah SWT.
Ini sgt berbeza dgn pngalaman saya mmbantu mangsa2 di tempat lain.
Walaupun kami tidak mengetahui lokasi pondok yg kami tuju..tetapi kami seolah2 dipimpin utk smpai ke sana..setelah bertanya kpd bberapa org.
 Pondok yg kami tujui itu digelar Madrasatul Tarbiah Aulad...berada di Kg. Sg. Kenerong, Stong, Dabong...dan diuruskan oleh seorang ustaz yg digelar Pak Teh Din.
Setelah masuk ke kwsn Dabong..kami melihat kemusnahan yg sgt teruk di sepanjang perjalanan. Bila masuk ke jalan kecil utk menuju ke Madrasah Tarbiah Aulad itu..saya membayangkan kemusnahan yg lebih teruk memandangkan kedudukan pondok di tepi sungai.
Madrasah Tarbiyah al-Aulad ini berada di laluan air utama..di bawah stesen hidro TNB Sg.Kenerong, Stong, Dabong.
Apabila stesen hidro itu mlepaskan air..dlm keadaan air yg sudah begitu banyak..maka terjadilah gelombang raksasa yg begitu deras merempuh kawasan madrasah tersebut..!


Jadi masa gelombang air turun dari bukit ke sini..
dgn lajunya, dgn tingginya..dgn arus yg ganas menggila...segala2 yg ada di sekitar kawasan ini dirempuh dgn begitu ganas..


(mngikut cerita P.Teh Din..pemilik pondok ini sendiri)

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Bukan kali pertama, pusat tolong Kelantan

Posted: 07 Jan 2015 07:30 PM PST


Dulu kita pernah tolong PAS ketika mereka gagal mentadbir negeri hingga bankrup.

Walaupun mereka pembangkang, kita tolong juga seperti sekarang demi Islam dan Melayu. Sedihnya, balasan Tok Lebai ni semua adalah memfitnah dan menghina kita begitu melampau sekali.

Baca kisah ini yg kami terima dari Whats App group....


SEJARAH AIR KELANTAN: NIK AZIZ HUTANG RM600 JUTA (SUMBER BERITA DARI KB)

Walau pun dulu Ayahanda Tun Dr Mahathir dan Tok Guru Nik Aziz ni orang kata seteru besar. Tetapi sebenarnya, Tun Dr Mahathir masih lagi memberi wang kepada kerajaan Kelantan untuk membantu Islam melayu disana.

Ini membuktikan, ideologi politik tak memisahkan kita yang sedara semuslim ni.

Seorang aktivis politik, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri dahulu pernah membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan yang ditadbir Pas secara diam-diam.

Menurutnya, bantuan antara RM200 dan RM300 juta setahun itu diberi Dr. Mahatir sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr.Mahathir.

"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru.

"Maka atas arahan Dr. Mahathir, setiap tahun kita (BN) beri RM200 juta, RM300 juta kepada Tok Guru secara senyap-senyap," katanya.

Jelasnya, sebanyak 95 peratus masjid di negeri Kelantan dibina oleh BN dan rakyat sepatutnya mendesak Nik Abdul Aziz sendiri untuk memberikan jawapan.

"Tuan-tuan boleh tanya Tok Guru sendiri, betul ke tidak perkara itu?

"Kita bina jambatan, jalan raya dan sekolah di Kelantan," ujarnya.

Itulah persaudaraan sesama muslim. Sebab tu bila ada orang kata kerajaan pusat tak bantu Kelantan, bagi admin ianya satu benda mengarut.

Takkan ratusan juta tu bukan satu bentuk bantuan?

Gaduh bab politik macam mana pun, kita tetap kiblat yang sama.

Betui dak? Ok sila ambil masa baca fakta bawah ini

1. Krisis ini bermula sejak 1990, apabila PAS berjaya menguasai Kelantan. Ketika itu,Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan  telah bersetuju bekerjasama dengan "Thames Water" sebuah syarikat dari United Kingdom untuk memaju dan membangunkan air di Negeri Kelantan, bertujuan menangani masalah air di negeri berkenaan.

2. Projek mega tersebut gagal dan yang anehnya segala beban hutang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Negeri Kelantan, bukannya tanggungjawab bersama dengan syarikat dari UK itu.

3. Ini kerana memorandum yang ditandatangani tidak memihak kepada kerajaan Negeri Kelantan yang di ketuai oleh Nik Aziz. Manakala Exco yang mentadbir Kelantan yang dilantik oleh Nik Aziz ketika itu tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang di bidang undang-undang.

4. Walaupun ada penasihat undang-undang negeri tetapi Nik Aziz dan Exconya tidak ada pengalaman dan kemahiran mengurus dan gagal membuat keputusan yang tepat dan akhirnya rakyat dan Negeri Kelantan menjadi mangsa menanggung beban hutang sehingga kini.

5. Disebabkan keegoan pemimpin PAS yang enggan mendapat khidmat undang-undang dari kerjaan Pusat menyebabkan kerajaan Kelantan muflis dan akhirnya, Nik Aziz tanpa rasa bersalah mewakili kerajaan Negeri Kelantan memohon bantuan daripada kerajaan pusat dengan menemui Tun Mahathir ketika itu sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan beban hutang.

Orang lain yang berhutang tapi orang lain yang diminta membayarnya.

Tun Mahathir bersetuju membantu kerajaan Negeri Kelantan dengan memberi pinjaman mudah sepertimana yang diberikan kepada National Feedlot Corporation (NFC) yang dimainkan oleh pembangkang iaitu sebanyak RM600 juta dengan pemberian secara berperingkat,bermula dengan RM200 juta hingga RM600 juta dalam tempoh 3 tahun.

6. Keputusan tersebut telah mengecewakan ahli UMNO dan tidak bersetuju dengan tindakan Tun Mahathir membantu Negeri Kelantan kerana orang-orang PAS yang di ketuai oleh Nik Aziz dan pemimpin yang lain ketika itu telah memberi pelbagai gelaran termasuk FIRAUN dan MAHA FIRAUN ketika berceramah di pentas-pentas politik.

7. Tun Mahathir merasionalkan penyokong UMNO dengan mengatakan beliau bukan PM kepada UMNO dan BN tetapi PM kepada rakyat Malaysia. Pem berian RM600 juta itu adalah untuk rakyat Kelantan sebab Kelantan di bawah Persekutuan Malaysia dan bukan RM600 juta untuk Nik Aziz dan orang-orang PAS tetapi untuk membantu rakyat Kelantan. Terpulang kepada Nik Aziz dan kerajaan yang dipimpinnya untuk mengurus tadbir RM600 juta itu sebab duit ini diberi oleh kerajaan pusat terus ke perbendaharaan kerajaan negeri Kelantan tanpa dipantau.

Etika yang perlu ditunaikan oleh kerajaan negeri ialah membayar kembali kepada kerajaan pusat mengikut perjanjian. Terma yang sama diberikan kepada NFC.

8. Apa yang mengecewakan, selepas kerajaan Pusat membantu kerajaan PAS Kelantan, Menteri Besarnya Nik Aziz sebagai pemimpin negeri Kelantan tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir dan tidak pernah buat kenyataan akhbar tentang pertolongan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Kelantan.

9. Apabila ditanya mengapa tiada satu pun ucapan terima kasih diucapkan oleh pemimpin dan penyokong PAS,  mereka menjawab di pentas-pentas politik dengan mengatakan PAS tidak perlu berterima kasih kepada manusia tetapi cukup mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahuwata'ala sahaja.

Begitu sekali sikap pemimpin dan penyokong PAS. Adakah ajaran Islam mengajar umatnya bersikap sedemikian, atau adakah itu ajaran pemimpin parti berkenaan?

10. Episod beban hutang ini berlanjutan apabila Nik Aziz tanpa rasa bersalah meminta pertolongan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi orang tengah untuk berjumpa dengan Tun Mahathir sebelum beliau meletak jawatan sebagai PM pada 2003. Pertemuan itu adalah atas permintaan Nik Aziz yang mewakili kerajaan negeri Kelantan yang merayu supaya sebahagian hutang kerajaan negeri Kelantan (RM500 juta) dapat dilupuskan oleh kerajaan pusat.

Harapan Nik Aziz dan kerajaan Kelantan supaya diterima oleh Tun Mahathir seperti mana beliau membantu Nik Aziz dan kerajaan Kelantan pada pertengahan dan akhir tahun 1990an (isu air) dahulu hampa, kerana Perdana Menteri tidak dapat menunaikan permintaan tersebut dengan alasan jika RM500 juta hutang kerajaan Kelantan dihapuskan oleh kerajaan pusat, maka ada 13 buah negeri di bawah Persekutuan Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan akan meminta perkara yang sama dan adalah tidak adil jika hanya Kelantan diberi keistimewaan seperti itu.

Selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia barulah Nik Aziz mengakui kerajaan Kelantan pernah mendapat bantuan dari kerajaan pusat berjumlah RM600 juta berhubung isu air di Kelantan.

Nik Aziz dalam wawancara dengan akhbar arus perdana itu mengakui bahawa Tun Mahathir seorang yang baik dan hatinya putih kerana pernah membantu kerajaan Kelantan yang pada masa itu menghadapi krisis kewangan.

Persoalannya, kenapa selepas Tun Mahathir meletakkan jawatannya sebagai PM baru Nik Aziz menghargai jasa-jasa beliau dan sekali gus mengakui bahawa kerajaan pusat pimpinan Tun Mahathir pernah membantu kerajaan Kelantan ketika susah dahulu dengan sejumlah wang yang banyak (RM600 juta) walaupun kerajaan Kelantan parti pembangkang dan tidak satu aspirasi dengan kerajaan pusat (BN).

Jawapannya, mungkin anda semua dah tahu.

Inilah fakta-fakta yang cuba dipadamkan oleh pemimpin dan penyokong PAS, supaya mereka boleh mengambarkan UMNO yang mengetuai kerajaan pusat adalah zalim dan perlu ditukar.

Itu sebab PAS mengunakan slogan 'PAS GANTI UMNO', tetapi mereka lupa bahawa sebenarnya 'DAP yang akan GANTI PAS'. 

Bukankah Mat Sabu Al-Komuniz sekarang ini Pencinta DAP!

Lepas jahanamkan Kelantan, penanam sayur cina DAP enggan keluar dari tanah kerajaan

Posted: 07 Jan 2015 04:16 PM PST


Mungkin ramai tidak tahu.

Kisah tanah di kawasan tanah tinggi yang sensitif alam sekitarnya lalu diguna alasan pertanian untuk lakukan pembalakan haram bukan setakat melibatkan Ngeh dan Nga saja.

Kebanyakkan tanah yang diguna untuk tanam sayur yang bertutup dan menyebabkan air cepat sangat menyalir melibatkan penanam sayur cina dap dari pulau pinang.

Malah blog ini pernah dedahkan ada ahli politik DAP kaum India yang diberi tanah secara haram untuk perusahaan tanam sayur.


Sudahlah dap ini jahanamkan alam sekitar di lojing bersama pemimpin negeri dari PAS yang korup hingga rakyat jelata jadi mangsa dan menderita sekali.

Kini kerja tanam sayur di tanah kerajaan pula tak mahu mereka dikekang.

Walhal di Pulau Pinang, orang Melayu di kampong tradisi Melayu yang telah bermastautin lebih 50 tahun boleh dihalau sesuka hati oleh pihak kerajaan DAP Pulau Pinang tanpa pampasan yang wajar dan notis masa Yang munasabah.

Baca kisah berikut dari penulis The Saviour, The Flying Kick:



Pagi esok (maksudnya pagi ini), mereka akan mengadakan demonstrasi depan Kementerian Pertanian di Putrajaya di Precint 4 pada jam 10:30 pagi.

Cina-Cina DAP yang telah menceroboh dan meneroka tanah ribuan ekar tanah kerajaan di Perak, cuba mendapatkan bantuan daripada Kementerian Pertanian agar mendesak dan mempengaruhi Kerajaan Negeri Perak yang sangat mereka benci agar membenarkan emreka terus menceroboh tanah-tanah tersebut, bahkan memberikan hak milik kepada mereka.

Ini adalah kerana, Kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh Zambry Abdul Kadir telaembuat keputusan untuk merampas ribuan ekar tanah-tanah terbabit.

Sebahagian besar daripada pencerobohan tersebut dilakukan pada zaman 11 bulan DAP memerintah Perak dengan menjadikan Nizar Jamaluddin sebagai boneka.

Difahamkan Cina-Cina DAP dan penyokong Pakatan Rakyat itu akan datag dengan enam buah bas untuk berdemonstrasi dan mendesak agar tanah-tanah tersebit diaerahkan kepada mereka.

Pastinya sekali lagi mereka akan menggunakan kuasa dan umpan undi untuk melakukan tekanan. Dan pastinya juga kita akan mendengar KUASA RAKYAT akan dilaungkan walaupun kita juga sedar walaupun mereka dibantu dan dimanjakan seperti penyaluran bantuan untuk sekolah-sekolah Cina mereka, mereka tetap memperjuangkan ketuanan Cina DAP.

-------------------------

Parpukari menggelar mereka di SINI sebagai komunis.

Terroris komunis tidak konsisten asas tindak tanduk mereka samada dari segi moral dan hujah. Isu tanah adalah isu negeri dan bukan Kementeriaan Pertanian.

Mereka hanya mahu memenuhi hasrat tanpa langsung menghormati undang2.




Jangan hairan jika Ngeh dan Nga jadi dalang dibelakang untuk mengurangkan tekanan dan perhatian terhadap mereka sebagai penyebab banjir di kelantan.

Akhir2 ini pihak pembangkang kuat membuat diversion dengan menimbulkan isu2 tentang pengusaha stesyen minyak bankrup, jet eksekutif kepunyaan kerajaan, surat Dato Zahid Hamidi, syarikat proses visa di Nepal dll.

Banjir Kelantan teruk sebab minum teh tarik kot

Posted: 07 Jan 2015 04:41 AM PST



Mula-mula dikatakan banjir teruk sebab TNB dan Tasek Kenyir. Bila ditunjukkan tak lojik, Husam tak boleh kata apa.

Salahuddin Ayub pun akui pembalaksn haram salah satu sebab.

Kemudian tu dikatakan sebab hujan. Dikatakan jumlah hujan turun lebih dari biasa.

Jika betul, ini bukan kali pertama hujan turun sebanyak itu. Kenapa pula kerosakan kali ini teruk sangat?

Tambah lagi, cuba seplain kenapa banjir belah kelantan warna kuning pekat dan belah thailand warna biasa?

Sahlah kerosakkan banjir disebabkan orang Kelantan suka teh tarik manis.

Maka diharap kerajaan Pasma kelak ban teh tarik manis dari Kelantan.


Bersih baru nak lancar??? Turun "polish" lantai ke?

Posted: 07 Jan 2015 01:34 AM PST


Baru nak lancar?

Orang dah seminggu cuci rumah, dia baru nak lancar. Entah bila baru sampai.

Kalau dah lambat sampai, boleh tolong polish lantai kasi kilat.

Bila alam mula bosan ...

Posted: 06 Jan 2015 11:26 PM PST




























Dah begitu sedih keadaan manusia, rupanya ada makhluk lebih mulia diternak untuk disembelih ...